folio sejarah perayaan tradisi (complete)

41
PENGHARGAAN Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan kerja kursus ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih yang khusus saya tujukan kepada: Guru subjek sejarah Tingkatan 2, Puan Maizatul Akmam bt Mohd Hussain. Beliau telah menolong saya sejak mula menerima tugasan daripada pihak sekolah. Banyak nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada saya selama saya melaksanakan tugasan ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada beliau. Jasanya cukuplah besar. Ibu Bapa saya, Kedua-dua orang tua saya telah banyak mengeluarkan biaya untuk saya membeli bahan- bahan. Bapa saya menyediakan pengangkutan percuma untuk kami pergi ke perpustakaan. Bapa saya mempunyai kereta persendirian. Jadi mudahlah saya bergerak untuk mengumpul sumber-sumber yang saya perlukan. Selain itu, kos penggunaan internet juga di bawah tanggungan mereka.

Upload: amirun-ikmal

Post on 19-Jun-2015

1.608 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FULL PUNYE DOWN LOAD LA. YANG X DE 2 X BLEY NAK WAT PE LA. CIKGU AQ KATE FOLIO AQ DAPAT MARKAH 20/20 TAHUN NIE. :-)

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan kerja kursus ini. 

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang khusus saya tujukan kepada: Guru subjek

sejarah Tingkatan 2, Puan Maizatul Akmam bt Mohd Hussain. Beliau telah menolong

saya sejak mula menerima tugasan daripada pihak sekolah.  Banyak nasihat dan

bimbingan yang diberikan kepada saya selama saya melaksanakan tugasan ini.  Oleh

itu, saya amat berterima kasih kepada beliau.  Jasanya cukuplah besar. Ibu Bapa saya,

Kedua-dua orang tua saya telah banyak mengeluarkan biaya untuk saya membeli

bahan-bahan.  Bapa saya menyediakan pengangkutan percuma untuk kami pergi ke

perpustakaan.  Bapa saya mempunyai kereta persendirian.  Jadi mudahlah saya

bergerak untuk mengumpul sumber-sumber yang saya perlukan.  Selain itu, kos

penggunaan internet juga di bawah tanggungan mereka.

Page 2: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dapat memperkaya pengalaman hidup saya terutama mengajar saya

kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.  Saya perlu cekap mendengar dan

mencatat perbualan rakan-rakan dengan tokoh yang ditemu bual.  Saya juga mendapat

pendedahan tentang persediaan yang perlu dibuat sebelum menjalankan sesi temu

bual. Kajian ini membolehkan saya mendalami perayaan yang dikaji oleh serta asal-

usul sesuatu perayaan. Saya juga dapat mengetahui secara dekat peraturan, amalan ,

pantang larang sesuatu perayaan.  Maklumat ini sangat penting kepada generasi muda

seperti saya untuk mengetahui kekayaan khazanah budaya negara Malaysia khususnya

dalam perayaan.

Page 3: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

KAEDAH KAJIAN

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.

Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan SMK Tasek Damai.  Saya cuba

mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan perayaan. Saya telah membuat

fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan tugasan

kami untuk dibawa balik dan dibaca isi kandungannya.

Kaedah Melayari Internet.

Saya telah menggunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman web

yang memaparkan artikel  berkenaan permainan tradisional.  Kami berjaya

mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web carian Google dan

Yahoo.  Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan kami telah memuat turun

bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan.  Guru komputer telah mengajar kami cara

untuk muat turun bahan tersebut.

Page 4: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)
Page 5: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Nama perayaan : Hari Raya AidilFitri

Juga dinamakan : Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran

Diraikan oleh : Umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada

Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia

yang beragama Islam

Tempoh : 1 Syawal hingga 30 Syawal

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada

tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

2008 : 1 Oktober

2009 : 21 September

2010 : 10 September

2011 : 31 Ogos

2012 : 19 Ogos

2013 : 8 Ogos

2014 : 29 Julai

2015 : 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya

matahari.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)

ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,

ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah

Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah

petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Page 6: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Tujuan : Bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana

umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun

Page 7: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)
Page 8: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Sejarah

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera

menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang

diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam

menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih

bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau

Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan

keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya

yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat

mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan

minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan

menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan

terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama

meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Page 9: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada

fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang

sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari

raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja

diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti

memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda

kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan

bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang

baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati

akan mati, iaitu hari kiamat.”

Upacara Khusus

Solat Hari Raya

Tatacara Solat Aidil Fitri

Waktu untuk mengerjakan solat Aidil Fitri adalah setelah terbitnya matahari setinggi

tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk

Page 10: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

melewatkan solat Aidil Fitri agar memberikan kesempatan mereka yang belum

menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya.

1 – Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat Aidil Fitri.

Dari Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada

Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula

sesudahnya.

(hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis

no: 989)

Hanya sahaja di Malaysia ini solat Aidil Fitri dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu

untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali

seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat sunat

dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu ‘alaihi

wasallam:

Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua

rakaat sebelum duduk.

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no:

444)

2 – Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Aidil Fitri.

Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh: Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah.

(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis

no: 968)

Page 11: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk

memberi tahu para hadirin bahawa solat Aidil Fitri berjamaah akan bermula, agar

mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas

dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat.

3 – Jumlah rakaat solat Aidil Fitri adalah dua.

Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh dia berkata: Bahawasanya Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat…

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis

no: 989)

4 – Terdapat tambahan takbir di dalam solat Aidil Fitri.

Dari `Aisyah (radhiallahu ‘anha), dia berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam biasa bertakbir pada solat Aidil Fitri dan aidil Adha, pada rakaat pertama

tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk.

- Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah,

hadis no: 970.

Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah,

maka terdapat dua pendapat yang masyhur:

i – Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir

kerana solat Aidil Fitri. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir

kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 5 = 6.

ii – Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir

solat Aidil Fitri. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana

memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat Aidil Fitri. 1 + 4 = 5.

Page 12: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan.

Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam

solat Aidil Fitri dalam pendapat yang dipilihnya.

5 – Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut

Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya

ketika takbir pada solat Aidil Fitri (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh

kali dan pada rakaat kedua lima kali)…

Hanya sahaja Ibnul Mundzir berkata: “Malik telah berkata bahawa di dalam masalah

ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang

dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu

takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih

aku sukai.”

(Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)

Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan

ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi

shallallahu ‘alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya. Wallahu’alam.

6 – Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin

`Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan dari

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-

takbir solat Aidil Fitri, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anh

bahawasanya dia berkata mengenai solat Aidil Fitri: “Di antara dua takbir dipanjatkan

pujian kepada Allah ‘Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atasNya.”

Page 13: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

(Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu

‘alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61)

Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah sunat di antara dua takbir

itu membaca zikir seperti:

“Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar”.

(Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan

oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286)

7 – Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam setelah

membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata:

Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan

bacaan kedua surah al-A’laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih

dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat Aidil Fitri).

(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49)

8 – Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat Aidil Fitri bersama secara

berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-

Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata:

Jika seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia

solat dua rakaat.

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab

Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia

Melaksanakan Solat Dua Rakaat)

Takbir Raya

Page 14: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Hari Raya Aidil Fitri

Sunat bertakbir 1 hari - bermula waktu Maghrib malam 1 Syawal, 'Isyak,

Subuh, Dzuhur & 'Asar.

Tamat sebaik masuk maghrib 2

Syawal.

Takbir Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha

Individu yang mengetuai upacara khas

Sembahyang hari raya diketuai oleh Imam tiap-tiap masjid yang dilantik oleh kerajaan

negeri.

Tempat khusus sambutan dijalankan

Sembahyang hari raya diadakan di masjid seluruh negara. Bagi Hari Raya peringkat

Kebangsaan sesuatu tempat dipilih untuk dirayakan secara bersama dengan lain-lain

penganut agama. Bagi kebanyakan orang Melayu , mereka akan pulang ke kampung

pada musim perayaan untuk berhari raya bersama ahli keluarga dan sanak-saudara.

Page 15: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)
Page 16: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Sebelum

Masyarakat beragama Islam terutama orang Melayu menjadikan Hari Raya Puasa

sebagai sebuah sambutan yang besar bagi mereka berbanding dengan Hari Raya Aidil

Ahda yang disambut secara lebih sederhana . Ini kerana ianya disambut selama

sebulan. Antara perkara yang diberi perhatian sebelum menyambut Hari Raya ialah :

Bulan ramadhan

Ramadhan , terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak")

adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam.

Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat

Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang

bermaksud:

” Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi

manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)

perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di

bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ”

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan

Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik

daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun

menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan

Page 17: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau

ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap

seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini

dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh

malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam

ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil

beribadah sepanjang malam.

Amalan sewaktu Ramadhan

Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana

ganjarannya digandakan pada bulan ini.Antara yang wajib ialah berpuasa dan berzakat

sementara yang disunatkan ialah membanyakkan bersedekah , membaca al quran ,

menghidupkan malam dengan qiamulail , qatam quran dan sebagainya

Berpuasa di bulan ramadhan

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh

hingga ke maghrib.Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga

dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan

seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak

berpuasa. . Di negara ini

ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil. Walaupun tidak dapat

menghabiskannya sehari penuh , kanak-kanak ini dibolehkan berbuka pada tengah

hari ( puasa sekerat hari ) sebagai satu bentuk latihan apabila mereka sudah baligh

nanti.

Page 18: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar)

membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar),

disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-

lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan

melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan

Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya

dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum

pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat atau tazkirah untuk menasihati

para jama'ah tentang hal-hal keagamaan.

Membayar zakat

Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu

adalah juga rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan

Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan rohani dari kemungkaran. Ia mesti

ditunaikan sebelum akhir Ramadhan

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat

fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.

Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.

Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan

puasa bermula . Di negeri Johor ianya bernilai RM 5.50 setiap orang . Bagi keluarga

yang memiliki 3 orang ahli ia perlu membayar sebanyak RM 16.50

Malam tujuh likur

MALAM tujuh likur yang menjadi sebahagian daripada budaya setempat pada setiap

Page 19: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Ramadan di negara ini . Daripada sudut agama , malam tujuh likur sering dikaitkan

dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga

apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang

bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.

Di sesetengah kampung lazimnya beberapa rumah berhampiran akan bersatu tenaga

menyediakan juadah seperti dodol dan meminta bantuan kanak-kanak untuk

menumbuk gula mahupun tepung menggunakan lesung kaki selain bergilir-gilir

mengacau kerana ia mengambil masa panjang untuk dimasak,” katanya.

Tradisi memasang panjut atau pelita raya di kawasan sekeliling rumah juga

diadakan .Ianya dikatakan bagi membantu mereka yang menuju ke surau atau masjid

bagi menunaikan tarawih kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin

membahayakan keselamatan. Orang kampung memasang panjut sepanjang Ramadan

sebenarnya sebagai simbol meraikan bulan mulia itu dan menjadi penyeri setiap

rumah kerana pada masa dahulu tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Kad raya

Kad raya biasanya dihantar kepada beberapa pihak sebagai satu cara mengucapkan

salam lebaran kepada orang tersayang , ibu bapa , kenalan dan sanak saudara terdekat.

Ianya melahirkan rasa gembira dan sekaligus mengucapkan selamat Hari Raya dan

memohon maaf zahir dan bathin atas segala salah dan silap sepanjang hubungan ini

berlangsung. Pada masa sekarang ianya dibuat dalam bentuk kad raya yang boleh

diemailkan , sms , mms dan sebagainya.

Page 20: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Lagu raya

Bagi masyarakat Melayu hari raya tidak akan lengkap dengan lagu raya. Radio akan

mula memutarkan lagu raya sepanjang seminggu sebelum hari raya tiba. Suasana ini

meningkatkan kemeriahan pra sambutan . Lagu raya yang sangat berkesan kepada

ramai orang Melayu ialah Dendang Perantau oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Ini

diikuti dengan lagu-lagu nyanyian Saloma( Selamat Hari Raya ) , Sanisah Huri

( Aidilfitri ) , Sudirman ( dari jauh ku mohon maaf ), S Jibeng ( Musafir di Aidilfitri )

dan lain-lainnya. Kebanyakan nada lagu raya berkisarkan melankolik iaitu kesedihan

terhadap perpisahan semasa sambutan hari raya.

Malam raya

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid

sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah

antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari

Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada

pagi hingga malam.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari

raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja

diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti

memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda

kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan

bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang

Page 21: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati

akan mati, iaitu hari kiamat.”

Bagi para ibu bapa pada malam tersebut mereka sibuk membuat persiapan terakhir

untuk menyambut ketibaan hari lebaran. Tugasan utama biasanya berkisar memasang

langsir , menghias rumah , memasak ketupat , lodeh dan sebagainya.

Semasa

Pagi Aidilfitri – solat sunat hari raya

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara berjemaah

(biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri . Solat Hari Raya Aidil Fitri

hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana

Rasulullah SAW.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat

Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi

membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan

kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan

pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih

banyak masa untuk penyembelihan korban.

Kita juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya).

Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong

kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan

memakai wangi-wangian.

Page 22: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar

dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan

dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang

diwajibkan berpuasa.

Selain itu disunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun bukan berwarna

putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Disunatkan juga membawa anak-

anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir

lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut.

Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

Takbir

Takbir ialah menyebut dan melaungkan kalimah Allahu Akbar, اyang bermaksud

"Tuhan itu Besar" atau "Tuhan Maha Besar," Pernyataan ini adalah pernyataan bagi

mengagungkan Tuhan dan dijadikan sebagai salah satu zikir harian dan munajat bagi

masyarakat Islam. Pada kebiasaannya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-

masjid, yang telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya.

Di masjid ia ianya dikendalikan oleh kalangan jemaah yang mahir melaungkan takbir

dan diikuti oleh para jemaah yang lain secara nyaring.

Bersalam-salaman

Page 23: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, pada kebiasannya para jemaah akan saling

bersalam-salaman di samping bermaaf-maafan . Bagi sesebuah keluarga akan

berkumpul untuk bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak

akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta maaf dari datuk

dan nenek.Ianya ialah suatu bentuk budaya yang diterima dalam masyarakat Melayu

sebagai salah satu pengisian penting sempena hari lebaran.

Juadah hari raya

Pada kebiasaannya juadah yang dihidangkan ialah ketupat , nasi himpit , lemang ,

berlaukan lodeh , serunding daging , kuah kacang , ayam masak kari .

Begitu juga kuih raya akan disediakan di atas meja untuk dijamah oleh para tetamu.

Kuih raya paling popular ialah bahulu , kek , bangkit , batang buruk , wajik , dodol ,

sarang semut ,kuih tat ,

Kuih moden ialah almond london , kek lapis,

Kunjung-mengunjung

Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-

mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat berziarah. Ucapan

‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu

telah dilupakan.

Duit raya

Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke

Page 24: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

rumah jiran, saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’

memeriahkan lagi suasana.

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket

di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju

kurung dan Baju kebaya.

Selepas

Puasa enam

Apabila hari lebaran disambut ada sesetengah umat Islam memulakan puasa sunat

pada hari raya kedua sebanyak enam hari. Tidaklah disyaratkan ialanya

berturutan .Terdapat pelbagai fadhilat hasil berpuasa enam iaitu pahalanya seolah-

olah sama seperti puasa sepanjang tahun.

Rumah terbuka

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang

bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga

sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang

pulang ke bandar setelah cuti tamat. Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan

dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.Pada masa inilah peluang

diambil sempena cuti hari raya kunjung mengunjung antara sanak saudara dapat

direalitikan . Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat merupakan satu

amalan yang sangat dititiberatkan sepanjang hari perayaan ini.

Page 25: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

Sesuai dengan nama ianya bersifat keagamaan , maka sudah semestinya amalan

berpuasa dan sambutan hari raya tidak terkeluar daripada tuntutan agama. Contohnya

tidak boleh bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ,

meminum minuman yang memabukkan dan sebagainya.

Page 26: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)
Page 27: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

1. kekeluargaan

- ikatan kekeluargaan bertambah baik / amalan berziarah / bermaaf-maafan / dah lama

tidak berjumpa / melepas rindu

2. perpaduan

- perayaan disambut bersama - tidak kira bangsa dan agama

- kunjung mengunjung - sesama jiran / rumah kakitangan

- sambutan peringkat kebangsaan

- meriah .. semua rakyat malaysia terlibat

3. pelancongan

- pelancong ingin melihat keunikan yang terdapat di negara ini

- cara perayaan disambut/ dilaksanakan

- juadah hari raya

- keistimewaan tersendiri

4. peluang perniagaan

- buka bazar ramadhan

- peluang berniaga terbuka luas di seluruh negara

-rezeki bulan puasa melimpah ruah

- kunjungan bertali arus

- menjual pelbagai juadah berbuka

- jualan sempena hari raya oleh pasar raya

- lipat ganda keuntungan

- pendapatan sampingan

- berniaga songkok , baju , tempahan menjahit baju dan langsir

Page 28: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)
Page 29: Folio Sejarah Perayaan Tradisi (Complete)

RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur

patriotisme yang saya perolehi. Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini

menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana

perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya.

Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa

dalam hidup saya. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar

belakang perayaan yang ada di Malaysia ini. Perayaan tradisi akan disambut oleh

semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.

Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan

nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan

kunjung mengunjung antara kaum semasaperayaan. Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini

terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Negara Malaysia merupakan sebuah

negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat menyayangi

negara Malaysia. Salam Satu Malayasia.