pengetian dan fungsi ekosistem dan biodiversiti

75
TAJUK 1 PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM 1.1 Sipnosis Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi. 1.3 Definisi dan Pengertian Ekosistem 1

Upload: suzuki-tan

Post on 25-Dec-2015

81 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Fungsi Ekosistem Dan biodiversiti

TRANSCRIPT

Page 1: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

TAJUK 1 PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

1.1 Sipnosis

Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara

struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah

berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang

mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi.

Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan

dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem.

Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari

untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang

banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan

tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya

dalam bentuk haba metabolisma.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem

ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi.

1.3 Definisi dan Pengertian Ekosistem

Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris

bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan konsep

yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi tentang istilah

dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam

literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum, 1993).

Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

1

Page 2: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara

benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan dengan

berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya

berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem

lain di luarnya.

(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik

maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling

bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam

suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi

kehidupan dalam alam (Dephut, 1997).

(iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat,

tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh,

sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran

tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).

(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi

organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya

saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional

dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen

secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses ekologi

secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga sesuai

dengan keadaan ekosistemnya.

(v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang

saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik)

dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling

berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik

antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan organisasi

ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen dengan fungsi

2

Page 3: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing komponen terjadi

hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam rantai makanan dan

jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga dan kitar material.

1.4 Fungsi Ekosistem

Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan

dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan-

bahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input, perpindahan

dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem

berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof

fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah

organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang

kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada

jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai

makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari

pengeluar, pengguna yang pelbagai dan pengurai .

. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran

terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar semula dalam

jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen,

fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak

melalui kitaran biogeokemikal.

3

Semak Kendiri 1 Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem?

Terangkan bagaimanakah ekosistem berfungsi?

Page 4: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

SENARAI BAHAN RUJUKAN

1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell

1. Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity:

biomes.

2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar

Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other

creatures.

3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/

Chapter 1 The soil food web online

4

Page 5: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

TAJUK 2 JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM

2.1 Sinopsis

Sesebuah negara menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim dan

kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing. Setiap ekosistem

mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada

lokasi yang berbeza. Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada tahap

biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti

yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1.Menerangkan jenis-jenis ekosistem

2.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem .

3.Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem

2.3 Jenis-Jenis Ekosistem

Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah ekosistem

akuatik, ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem

hutan gambut, ekosistem kolam dan agro ekosistem seperti ekosistem sawah

padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.

.

2.3.1 Ekosistem Akuatik

Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Komuniti-

komuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka.

Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air

tawar

5

Page 6: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

2.3.2 Ekosistem Air Masin (Marin)

Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi

hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih

utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan

klorida. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian

perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin.

Terumbu Karang di Pulau Perhentian

Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-

i .Bahagian cetek (oceanic)

ii. Bahagian air dalam (Profundal)

iii. Dasar laut (benthic);

iv. Kawasan antara tidal (tides) tinggi dan rendah (intertidal)

v. Muara (estuaries)

vi. Paya Garam (salt marshes)

vii. Terumbu Karang (coral reefs)

ix. Kawasan bakteria sulfur kimosintetik membentuk makanan

asas (hydrothermal vents)

.

Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah alga perang,

dinoflagellates, karang, cephalopods, echinoderms, dan jerung. Ikan dalam ekosistem

6

Page 7: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam sekitar yang

berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak

mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.

2.3.3 Ekosistem Air Tawar

Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0.009% dari

jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air dunia.

Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.

Ekosistem Air Tawar

Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;-

1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik.

2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai.

3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air

Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi yang

tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber

makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien

penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah

kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis. Tanah

lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi yang

produktif.

7

Page 8: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

2.3.3.1 Ekosistem Kolam

Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang

asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri daripada

ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.

Ekosistem Kolam

2.3.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik

Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar nutrien, air

bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat untuk

kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan

sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai. Tekanan

terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah

perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air. Pencemaran kimia pula

mengakibatkan kekurangan nutrien, oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin

kepada hidupan . Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi

tekanan kepada ekosistem akuatik.

2.3.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan terletak

di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan

tanah pamah seperti di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas,

dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 ° C serta menerima lebih daripada 250

8

Page 9: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

sm³ hujan setahun. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama

sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan

tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud adalah kawalan iklim utama di hutan

hujan tropika.

Hutan Hujan Tropika

2.3.5 Ekosistem Paya Gambut

Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh

di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada tumbuh-

tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri- ciri terendam

air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air

yang berasid. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi

75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat

seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana 70%

daripadanya terdapat di Sarawak, kurang daripada 20% di Semenanjung Malaysia

dan yang selebihnya terletak di Sabah.

Ekosistem Paya Gambut

9

Page 10: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

2.4 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan

Biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies,

berapa banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di

sesuatu ekosistem . Kompleksiti sesuatu ekosistem ber gantung kepada

biodiversiti sesuatu ekosistem . Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan

beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk mendefinisikan sebagai

sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas d iganggu, lebih cepat

ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu.

2.4.1 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan

biojisim total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini

terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu daripada

adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran

yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau

daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati

menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat

daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah

ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri

amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun. Sebagai contoh

katak beracun dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam, D.

leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D. granuliferus yang

berwarna merah di bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.

Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome

ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan

kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tum buhan di ekosistem hutan hujan

tropika ini mempunyai pucuk atau daun muda yang berwarna merah. Tumbuh-

tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada haiwan yang hidup di lantai hutan

kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti

di kanopi hutan ini. Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di

kawasan ini. Anai-anai adalah sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini.

Kerana kompleksiti ekosistem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.

10

Page 11: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

2.4.2 Biodiversiti, Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya

Gambut

Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempat tinggal

kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindunga n bagi lebih

daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang utan,

Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storm’s

Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula

jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui

dan diterokai.

Aktiviti 1

1. Senaraikan perbezaan dan persamaan diantara ekosistem Hutan Hujan Tropika

dengan Hutan Paya Gambut.

2. Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia

11

Page 12: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

TAJUK 3 PERKHIDMATAN EKOSISTEM

3.1 Sinopsis

Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan

sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan

tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini

memberi kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita. Di antara kesannya

adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan,mengitar dan menggerakkan

nutrient, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan menyebarkan biji

benih.Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan

perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah sukar untuk

mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini

nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting

dan mudah diabaikan. Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti kadar

perkembangan manusia (saiz populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi

penghasilan barangan kegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh

kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang

masyarakat . Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah

ekosistem setiap hari seperti pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan

haiwan, pencemaran tanah, air dan udara,memperkenalkan spesies bukan asli,

penangkapan ikan yang berlebihan dan hakisan tanah.

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia .

2. Membincangkan perkhidmatan ekosistem.

3.3 Kitaran Biogeokimia

Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dim ana unsur-unsur kimia

atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi.

12

Page 13: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat

dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.

3.3.1 Kajian Kes: Kitaran air

Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di

permukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar

bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran

air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa

molekul air secara individu boleh datang dan pergi. Air bergerak dari satu

takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke

atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengewapan, kondensasi,

pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan. Semasa proses-proses ini air

melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas.

Rajah 3.1 Kitar Air

Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabkan

suhu berubah. Satu contoh semasa proses pengewapan, air menyerap tenaga

dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Bertentangan dengan proses

kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga kepersekitaran dan

memanaskan persekitarannya. Rajah kitaran air menerangkan kesignifikan dalam

menetapkan kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu

kawasan tadahan ke kawasan tadahan yang lain, kitar air m enulenkan air,

13

Page 14: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan garam mineral ke

bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi

bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan

kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim

sesuatu ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3.1

3.3.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien

Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di

persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling

penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen. Kedua -dua kitaran ini merupakan

bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.

3.3.2.1 Kitar Nitrogen.

Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua

nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan

oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu

dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi

kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen dioksida

NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan

air hujan untuk mem bentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate yang terbentuk boleh

digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien.

Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan

bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang

seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya

dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara dan

menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh

bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).

14

Page 15: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Kitar Nitrogen

Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk

pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan

seterusnya menghasilkan protein. Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses

sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam

keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk membentuk

ammonia. Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor perladangan.

Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid nitrik. Tindakbalas

ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang boleh digunakan sebagai

baja. Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga membentuk nitrat. Untuk

melengkapkan kitar nitrogen, bakteria dalam tanah menjalankan proses denitrifikasi

dengan menukar kembali nitrat kepada gas nitrogen. Lain-lain hasil dari proses ini ialah

nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai gas ketawa , juga gas rumah hijau yang

meyumbang kepada pemanasan sejagat.

15

Page 16: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

3.3.3.2 Kitar Karbon

Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi,

kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh

didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila

tumbuhan berfotosintesis ,ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan

menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain.

Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat

dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang

memakan tumbuhan. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk

membina, memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini

memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora

seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya,

menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila

akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan

mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan

dipecahkan oleh fungi dan bacteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah

dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

16

Page 17: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

3.3.5 Kitar Fosforus

.

3.3.6 Kitar Kalium

17

Page 18: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

3.3.7 Kitar Sulfur

Senarai Rujukan

1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes.

2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures.

3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web [online] Chapter 2 The food web and soil health

18

Page 19: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Amali 1

Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Pendahuluan

Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik

yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien

dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga

disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan

selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan

tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien

balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam

ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih

kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh

kajian ekosistem yang mudah.

Tugasan: Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan

organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu,

bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil.

Kumpul satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon

– tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari laman, kawasan

tumbuhan asli, aman,di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain.

Masukkan sampel-sampel ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan dengan nama

anda dan lokasi kutipan. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman pada lokasi (contoh,

hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri- ciri dalam jadual di bawah, kemudian gunakan

untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. Jika anda tidak mempunyai peralatan

yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer), buang ciri tersebut.

19

Page 20: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis tanaman

tahap naungan

Kelembapan/Kekeringan Tanah

pH Tanah

Kemampatan Tanah

Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

Jadual 1

Kembali ke makmal, campurkan sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang

sama. Masukkan satu sampel yang diketahui ke dalam corong Tulgren. Biarkan selama 2

hari, kemudian tuangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. Masukkan sampel

dari lokasi kedua ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur

yang sama. Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji, anda akan boleh membandingkan

kehadiran makrofauna antara dua lokasi.

Daripada beg-beg sampel , periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon

dengan menggunakan microskope atau kanta tangan. Masukkan sebarang fauna

yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Kenalpasti semua organisma

dan kelaskan kedalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki –

20

Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Page 21: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

cacing; kumpulan B 8 kaki – laba-laba, hama dan lain-lain). Kira jumlah individu dalam

setiap kumpulan. Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya.

a. Makrofauna Terbesar

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1isipadu tanah = ____

Bilangan @ lokasi 2isipadu tanah = ____

Jadual 2

Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri, dan kenal pasti

dalam kumpulan. Kira jumlah individu dari setiap kumpulan.

b. Makrofauna terkecil

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1isipadu tanah = ____

Bilangan @ lokasi 2isipadu tanah = ____

Jadual 3

21

Page 22: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter

tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter

tanah dan litupan daun.

Makrofauna lokasi 1 lokasi 2

bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan 15 7

bil. individu seliter tanah/litupan

bil. individu seliter tanah/litupan

Laporan Anda – Menerangkan peranan biota tanah

Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pendahuluan yang menerangkan tentang amali

tersebut, dan satu penerangan tentang perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan)

berdasarkan soalan-soalan berikut. Anda juga mesti memasukkan satu jadual ringkasan bagi

menunjukkan keputusan anda. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya

hendaklah tepat dan betul.

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?

Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka.

Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk

menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut?

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota

(contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan

(pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga

22

Page 23: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya

berakhir (puncak rantai makanan).

Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada

puncak rantai makanan mati?

Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

23

Page 24: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

ILMU PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK )1

Pengumpulan Data Ekosistem Tanah

Arahan:1. Dalam kumpulan 4 orang , pilih dua lokasi di kawasan institut anda untuk membuat

kajian lapangan ekosistem tanah.2. Buat pemerhatian terhadap beberapa ciri-ciri yang terdapat di lokasi-lokasi tersebut.3. Lengkapkan jadual-jadual berikut:

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis tanaman

tahap naungan

Kelembapan/Kekeringan Tanah

pH Tanah

Kemampatan Tanah

Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

Jadual 1

a. Makrofauna Terbesar

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1isipadu tanah = ____

Bilangan @ lokasi 2isipadu tanah = ____

Jadual 2

b. Makrofauna terkecil

24

Page 25: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1

isipadu tanah = ____

Bilangan @ lokasi 2

isipadu tanah = ____

Jadual 3

Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter

tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter

tanah dan litupan daun.

Makrofauna lokasi 1 lokasi 2

bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan 15 7

bil. individu seliter tanah/litupan

bil. individu seliter tanah/litupan

4. Bincangkan dan hantarkan laporan kajian kepada pensyarah anda untuk di beri markah.

25

Page 26: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

TAKSIRAN:3. Menilai pelaporan.

RUJUKAN;

1. http://soils.usda.gov/sqy/concepts/soil_biology/Create soil food web

2. Coyne M.S. 1999. Soil Microbiology. Delmar Publishers. Ch. 4 The macrofauna.

3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/

Chapter 1 The soil food web (Jaringan makanan Tanah)

Chapter 2 The food web and soil health (Jaringan makanan dan Kesihatan

Tanah)

26

Page 27: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

1.1

Sinopsis

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi

semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan

vertebrata),bakteria,kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan

sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun

samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem

yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.

Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta spesis.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menyatakan maksud biodiversiti dan kepentingan menghargainya

ii. Menyatakan konsep spesis

1.3 Konsep Biodiversiti

Biodiversiti adalah kepelbagaian kehidupan yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan yang diwakili oleh spesis-spesis yang wujud. Biodiversiti termasuk sejumlah

bilangan variasi dari aras-aras yang berbeza dalam dunia semulajadi yang melibatkan

genetik, spesis dan ekosistem ( Ricklefs & Miller).Begon et al. pula menyatakan

bahawa biodiversiti adalah istilah yang boleh digunakan untuk menerangkan jumlah

spesis , jumlah variasi genetik atau jumlah jenis komuniti yang hadhir dalam sesuatu

kawasan.

1.4 Kepentingan Menghargai Biodiversiti

Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting bagi kita

menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingan-kepentingan kepada

keseimbangan alam dan juga manusia.

27

TAJUK 4 KONSEP BIODIVERSITI DAN SPESIS

Page 28: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

1.4.1 Kepentingan Kepada Alam Sejagat

1.4.1.1 Pengekalan Kitar Hidrologi (Kitar Air)

Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau menyerap

air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput

dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya

sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

1.4.1. 2 Memodifikasi Iklim Dunia

Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca

dan iklim dunia. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan

wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan

iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

1.4.1.3 Mengawal Hakisan Tanah

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak timpaan air

hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi

“mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di

kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan

mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang

berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan

sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

1.4.1.4 Menyelenggara Kitar Oksigen dan Kitar Nitrogen

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula

membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam

tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen

seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

28

Page 29: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

1.4.2 Kepentingan Kepada Manusia

1.4.2.1 Mempunyai Nilai Perubatan

29

Page 30: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-

kanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk

menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan

pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti

Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Misai Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip

Fatimah (Labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan

meningkatkan jangka hayat manusia. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di malaysia

yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri barbados,Cermai,

chinese honeysuckle, Cucur atap, Daun Dewa, Daun segugur, Delima, Depu Pelanduk,

Derhaka Mertua, Dukung Anak, Durian Belanda, Ekor Anjing,Embun tengahari, Gadis

Lompat, Gaharu/depu, Gajus, Galak tua, Gandarusa , Garuda, Gelam Tikus,

Gelenggang, Gorek, Halia, Hamba Raja, Hempedu beruang, Hempedu bumi, Hujan

panas, Inai, Jambu batu, Jarak Minyak, Jarak pagar, Jarum Mas, Jarum tujuh bilah,

Jelai, Jerangau, Jeremin, Jeruju, jerun, jintan hitam, Kacang Malabar, Kacang telang,

Kaduk, kancing baju, Kancing Baju Merah, Kantan, Kapalterbang, Kari, kayu manis,

Kecubung, Keladi candik, Keladi Tikus, Kelapa, Kemangi, kembang semangkuk,

kemoyang, Kemunting, Kemunting Cina, Kenerak, Kerak-kerak nasi, Kerian, Kermak

putih, Kesum, Kesumba, Ketumbar jawa, Ketumpangan air, Kucing galak, Kulim, Kunyit,

Kunyit Hitam, Lada Hitam, Laici, Lakum, Larak, Lemba, Lemon Balm, Lempoyang gajah,

Lemuju, Lemuni, Lengkuas, Lengkuas geting , Lenjuang merah, letup-letup, Lidah

buaya, Limau kasturi, Limau Purut, Lontar, mahkota dewa, Maman Hantu, Maman

Ungu, Mambu, Manggis, Mas cotek, Mata Ayam, Matakucing Pingpong, Melada pahit,

Memali, Mempelas, Mengkirai, Mengkudu, Mengkunyit, Misai ali, Mulberi, Nam Nam,

Oregano, Paku Tunjuk Langit, Pala, Palas, Pandan wangi, Patawali, patikan kerbau,

pegaga, Penaga, Perah, Peria pantai, Periuk Kera, Petai, Petai belalang, Pokok ajaib,

Pokok lelipan, Pokok Manjakani(mempening), Pokok Nilam, Pokok Tea, Pudina,

Pulosari, Pulut-pulut, Putat, Rosemary, Rozel, Ruku Hitam, Rumput Israel, Sagu

Bemban, Salam, Sambung Nyawa, Sarang semut, Sedap Malam, Sehelai setahun,

Sekentut, Selada, Selai Jendela, Selasih, Selasih dandi, Selom, Sembung, Senduduk,

Senduduk Paksa, Senduduk putih, Senna mekah, Sepang, Serai, Serai aceh, Serai

Wangi, Setawar, Setawar Putih, Sintok, Sirih, Sri Gading, Stevia, Subang nenek, Sundal

malam, Sungkai, Susun kepala, Tebengau, Teja, Temu hitam, Temu kunci, Temu lawak,

Tenggek Burung, Tepus Kesing, Tepus Tanah, Teratai, Terung asam, Terung Kemar,

Terung Ranti, Terung susu kambing, Timun betik, Tomato, Tongkat Ali Hitam, Tutup

30

Page 31: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Bumi, Ubat Kurap, Ubi jaga, Ubi sarek, Ulam raja, Ulat Bulu, Urang-Aring, Vanila,

Yesterday, today, tomorrow, Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini.

Pokok Misai Kucing; Ubat Kencing Manis

Pegaga; Anti Kanser

1.4.2.2 Membekalkan Bahan Mentah Kepada Manusia

Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti boleh membekalkan makanan dan

minuman yang cukup kepada manusia seluruhnya. Contohnya hidupan akuatik yang

terpelihara dapat membekalkan sumber protin secukupnya kepada manusia. Sumber

makanan berasaskan ikan didapati dengan banyak jika laut tidak tercemar. Air bawah

tanah boleh membekalkan air mineral , manakala sungai membekalkan air minuman

kepada hidupan. Biodiversiti juga membekalkan bahan mentah untuk kegunaan industri

seperti minyak kelapa sawit dan getah.

Getah; Sumber Bahan Mentah yang penting

Ikan adalah bahan makanan yang penting kepada Manusia.

31

Page 32: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

1.4.2. 3 Biodiversiti Menjadi Tempat Riadah

Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan dan air

terjun. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kehijauan hutan hujan tropika

yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh membantu menyihatkan badan.

Keindahan pantai dan muara sungai boleh mendatangkan ketenangan jiwa.

Air Terjun adalah tempat rekreasi yang menarik Muara Sungai kaya dengan pelbagai spesis

1.4.2.4 Mempunyai Nilai Intrinsik

Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “Nilai tersendiri” dan “Hak untuk hidup”.

Setiap fauna dan flora mempunyai “hak asasi” dan keistimewaan masing-masing. Semuanya

dijadikan Allah untuk kegunaan manusia. Kepandaian manusialah yang akan memastikan

pengekalan semua benda hidup di muka bumi ini. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas

biodiversiti ini, bermakna manusia menempah kesukaran hidup di masa depan dan

memusnahkan peluang anak cucu mereka untuk hidup dengan sempurna.

1.5 Konsep Spesis

Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada

populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya,

32

Aktiviti 1

Huraikan Kepentingan Biodiversiti.

Page 33: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu

spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik,

dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan

Hibiscus rosa-sinensis. Homo adalah genus dan sapiens adalah spesis. Panthera adalah

genus dan tigris adalah spesis.

Panthera tigris (Harimau)

1.1

Sinopsis

Sebenarnya spesis baru adalah modifikasi dari spesis sedia ada melalui beberapa

kaedah. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti pemilihan secara semulajadi, pemilihan

ekologi dan pemilihan seks. Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat

dominan diwarisi turun temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak

dengan jayanya melalui variasi genetik. Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme

pemilihan sebagai kesan persekitaran . Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks

dan interseks. Dalam intraseks, berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina

dalam sesebuah populasi manakala interseks, ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan

33

TAJUK 5 SPESIS BARU DAN KEPUPUSAN

Aktiviti 2

Beri 5 contoh spesis haiwan liar yang terdapat di dalam hutan hujan tropika.

Berikan 5 contoh spesis tumbuhan herba yang boleh didapati dalam negara

kita.

Page 34: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

memilih di kalangan pasangan-pasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi.

Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen . Kepupusan biodiversiti

ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap.

Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-muncul lagi. Kepupusan spesis pula

disebabkan oleh beberapa faktor seperti Variasi Genetik Berkurangan , pembersihan hutan,

bencana alam, pencemaran alam sekitar dan pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan

sukan di dalam hutan.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menyatakan bagaimana spesis baru dihasilkan

ii. Menyatakan bagaimana kepupusan spesis boleh berlaku

1.3 Kemunculan Spesis BaruKemunculan spesis baru boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti berikut:-1.3.1 Pemilihan secara semulajadi

Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat dominan diwarisi turun

temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak dengan jayanya melalui

variasi genetik. Contohnya, di United Kingdom rama-rama Biston betularia wujud dalam dua

warna iaitu berwarna terang dan gelap, tetapi ketika revolusi perindustrian, kebanyakkan pokok-

pokok yang didiami oleh rama-rama ini menjadi hitam akibat terkena jelaga, sekaligus memberi

kelebihan kepada rama-rama berwarna gelap untuk bersembunyi dari pemangsa. Ini memberi

peluang yang lebih cerah kepada rama-rama berwarna gelap untuk bermandiri dan

membiakkan anak-anak berwarna gelap, sehingga beberapa generasi kemudiannya majoriti

rama-rama ini berwarna gelap. Rama-rama ini mengalami adaptasi (penyesuaian diri) mengikut

ekologinya.

Pemilihan semula jadi boleh bertindak pada mana-mana sifat fenotip dan sering

menghapuskan varian-varian yang kurang dominan. Pemilihan semula jadi berlaku di setiap

peringkat hidup setiap individu. Dari segi kedominanan , individu yang lebih dominan akan lebih

berpeluang menghasilkan zuriat untuk generasi seterusnya, manakala individu yang kurang

dominan berkemungkinan mati awal atau gagal membiak. Kesannya, alel yang meningkatkan

kedominanan secara amnya menjadi lebih banyak pada generasi seterusnya, manakala alel

yang mengurangkan kedominanan itu semakin kurang. Dalam setiap generasi, mutasi dan

gabungan semula baru timbul secara spontan, maka terhasilnya spektrum fenotip yang baru

dan akan menghasilkan spesis yang mempunyai ciri-ciri baru.

34

Page 35: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

1.3.2 Pemilihan Ekologi

Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme pemilihan sebagai kesan

persekitaran . Sesetengah organisma akan mengalami modefikasi mengikut ekologi dan habitat

kehidupan mereka yang sering berubah. Ini seolah-olah menghasilkan satu spesis baru

walaupun sebenarnya adalah spesis asal yang mengalami proses modefikasi .Setiap

organisma yang boleh menyesuaikan diri dengan ekologi akan terus hidup sehingga mencapai

usia dewasa dan membiak, dan mempunyai keupayaan kemandirian yang tinggi.

1.3.3 Pemilihan seks

Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks dan interseks. Dalam intraseks,

berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina dalam sesebuah populasi manakala

interseks, ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan memilih di kalangan pasangan-

pasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi. Selalunya, pemilihan intraseks melibatkan

persaingan jantan lawan jantan, manakala pemilihan interseks melibatkan si betina memilih si

jantan yang sesuai. Namun begitu, keadaan sebaliknya berlaku untuk sesetengah spesies,

seperti si jantan paling cerewet memilih pasangannya; contoh terbaik diperhatikan pada

sesetengah ikan dalam famili Syngnathidae, selain itu juga sesetengah spesies amfibia dan

burung.

Ada ciri-ciri yang terhad kepada satu jantina dalam spesies tertentu, dan ini boleh

diterangkan dengan pemilihan yang dilaksanakan oleh jantina lain ketika memilih pasangan,

misalnya, sesetengah burung jantan memperagakan bulu yang berwarna ranggi. Begitu juga,

kelangsangan sesama ahli-ahli yang sama jantina boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang amat

menonjol, seperti tanduk rusa yang digunakan untuk berlawan. Secara amnya lagi, pemilihan

intraseks sering dikaitkan dengan dimorfisme seks, termasuklah perbezaan saiz badan antara

jantan dan betina dalam suatu spesies.

1.3.4 Pengawanan Secara Berpilih

Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen. Pengawanan

berpilih menyebabkan pengawanan sesama ciri dan mungkin menghasilkan spesis-spesis yang

amat berbeza, Pembiakan kacukan yang berlaku dalam tumbuh-tumbuhan dan spesies haiwan

seperti ikan siklid boleh menghasilkan spesis-spesis baru.

1.4 Kepupusan Biodiversiti

35

Page 36: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin

menghilang dan akhirnya lenyap. Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-

muncul lagi. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kepupusan ini. Antaranya

adalah seperti berikut:-

1.4.1 Variasi Genetik Berkurangan

Pemilihan semula jadi menyebabkan berkurangnya variasi genetik melalui penghapusan

individu yang maladaptasi (kurang beradaptasi), dan juga mutasi-mutasi yang menyebabkan

maladaptasi itu. Pembiakan sesama sendiri dalam keluarga menyebabkan generasi anak

mempunyai ketahanan kepada penyakit yang sama. Jika sekiranya berlaku kurang ketahanan

kepada penyakit, maka semua anggota populasi tersebut akan terkena penyakit. Ini akan

menyebabkan berlakunya kematian keseluruhan populasi yang mana akhirnya populasi itu

akan pupus.

1.4.2 Pembersihan Hutan

Hutan adalah habitat semulajadi spesis-spesis. Umum mengetahui bahawa hutan yang

paling teruk terjejas ekoran ketamakan manusia ialah hutan hujan tropika di Amerika Syarikat,

Asia Tenggara dan Afrika. Di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak di musnahkan bagi

tujuan pembangunan, perumahan, kawasan pertanian,dan sebagainya. Keadaan ini secara

tidak langsung akan menyebabkan spesies-spesies ini akan kehilangan habitat semulajadi

mereka. Ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali

ganda spesis dengan kadar purata 1 km2.langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per

sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies akan mengalami

kepupusan.contohnya haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa,harimau,gajah

dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies dapat

dikekalkan.

1.4.3 Bencana Alam

Bencana alam seperti letusan gunung berapi , kebakaran hutan yang besar , taufan,

banjir, tanah runtuh dan sebagainya memberikan impaks yang tidak kurang hebatnya kepada

36

Page 37: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

biodiversiti. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan mati disebabkan oleh pelbagai bencana yang

melanda bumi.

1.4.4 Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar mendorong kepada pencemaran ekosistem dan pencemaran

habitat. Terbukti bahawa apabila sesuatu kawasan itu tercemar maka secara tidak

langsung spesis di kawasan itu akan mula berkurangan mungkin kerana spesies mati atau

berpindah ke tempat yang selamat. Pencemaran boleh berlaku dalam banyak bentuk seperti

pencemaran udara, air, tanah dan sebagainya. Pencemaran air dan tanah oleh bahan-bahan

kimia hasil dari aktiviti manusia menyumbang kepada kepupusan spesis hidupan air dan

hidupan tanah termasuk juga tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan eksotik akan

mengalami kepupusan yang ketara apabila kawasan semulajadi mereka tercemar. Pencemaran

air tawar, air laut dan tanah boleh membawa kepada lenyapnya jumlah spesis dalam sesuatu

ekosistem. Racun serangga dan baja pertanian yang berlebihan boleh meresap masuk ke

dalam tanah dan menyebabkan pencemaran tanah. Racun dan baja ini juga akan melarut lesap

ke dalam aliran air bawah tanah di mana air ini memasuki sungai dan laut di mana ia akan

menjejaskan segala hidupan akuatik di kawasan yang diliputinya. Manakala pencemaran

atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak dan di jangka

akan mengakibatkan gangguan kepada taburan spesis dan akhirnya membawa kepada

kepupusan biodiversiti.

1.4.4 Pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan

Hal ini dapat dilihat apabila sesuatu tempat baru yang ingin dibuka untuk dijadikan

kawasan pelancongan dan sukan secara tidak langsung kawasan itu akan dibersihkan dan ciri-

ciri geografinya akan turut terjejas seterusnya ekosistem di dalam hutan tersebut akan

terganggu dan menyebabkan kestabilan alam turut terjejas. Situasi seumpama ini akan

menyebabkan kepupusan biodiversiti.

1.5 Kesan Kepupusan Biodiversiti

1.5.1 Perubahan Iklim

37

Page 38: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Aktiviti penyahutanan akan mengurangkan jumlah pokok yang amat ketara sekarang ini.

Pengurangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi,kekerapan hujan,dan kadar

penggunaan dalam atmosfera semasa proses fotosintesis. Penggunaan karbon dioksida oleh

pokok bagi tujuan fotosintesis akan berkurang dan ini akan menyebabkan paras karbon

dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kesan

rumah hijau yang membawa kepada fenomena pemanasan global. Pemanasan global akan

meningkatkan suhu bumi yang akan memberi kesan kepada kecairan ais dan glasier di kutub

utara dan selatan. Pencairan ais akan meningkatkan isipadu air laut yang menyebabkan paras

air laut meningkat dan menenggelamkan daratan sedikit demi sedikit. Fenomena ini akan

merubah lanskap muka bumi. Pemanasan global juga akan mempengaruhi tekanan angin dunia

dan suhu akuatik dunia. Semua ini akan mengubah hala tiupan angin dan juga arah aliran arus

laut. Ini akan menyebabkan perubahan iklim yang sangat ketara dewasa ini.

1.5.2 Kehilangan Sumber Bahan Mentah

Kepupusan biodiversiti juga mengakibatkan kehilangan sumber bahan mentah yang

berpotensi untuk pelbagai tujuan dan nilai yang tinggi. Aktiviti manusia yang mengubah

ekosistem akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesis sekaligus

menyebabkan berlakunya kepupusan.Malah kepelbagaian diversiti juga akan berkurangan

akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada. Kehilangan diversiti akan

mempengaruhi rantai dan siratan makanan dalam ekosistem. Akhirnya semua makhluk bumi

akan mengalami krisis makanan dan ini akan mempercepatkan lagi proses kepupusan.

1.6 Langkah Mengatasi Kepupusan Biodiversiti

1.6.1 Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar

Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan

bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Subjek pendidikan alam sekitar hendaklah

diwajibkan dalam semua peringkat persekolahan hinggalah ke universiti. Di samping itu bagi

golongan pekerja dan masyarakat hendaklah didedahkan sebanyak mungkin dengan kempen-

kempen kesedaran tentang betapa pentingnya alam sekitar lestari. Langkah ini amat

38

Page 39: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

dperlukan bagi mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi

menyelamatkan dunia ini daripada terus dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia.

1.6.2 Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekeliling

Akta Alam Sekeliling 1974 jelas memperuntukan undang-undang yang boleh diguna

pakai dalam memelihara alam sekitar. Penguatkuasaan oleh kerajaan boleh dilakukan dengan

penggunaan teknologi pemeliharaan biodiversiti yang banyak terdapat sekarang ini. Teknologi

GPRS (General Packet Radio Service) merupakan teknologi yang praktikal untuk digunakan

secara global pada masa kini bagi pemantauan biodiversiti menerusi satelit. Sensor dipasang di

bahagian tertentu spesis haiwan terancam untuk memudahkan pemantauan dan kawalan yang

lebih bersistematik. Kerajaan juga hendaklah bertindak tegas dengan pihak yang melakukan

aktiviti pembalakan dan pemburuan haram supaya ianya tidak terus membarah dalam kalangan

rakyat negara ini.Undang-undang lama yang tidak relevan hendaklah diganti dengan undang-

undang baru yang sesuai dan mampu mengekang aktiviti yang amat merugikan negara ini.

AKTIVITI 3

AMALI 2 :

Bila di katakan satu Spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran

Kepelbagaian Biologi

Pengenalan

Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling

asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian

genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu

spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza.

(1) Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya

(2) Spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada

morphologinya atau binaan biokimianya.

Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila

kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan

tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini.

39

Page 40: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu

kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam

pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau

keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan

pencegahan menjadi lambat. Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita

menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Sering terdapat perbezaan

yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk

memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Ini

benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita.

Sebagai contoh, bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya

mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimana pun, kaedah bagaimana kita

mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan

pemuliharaan biodiversiti.

Dalam amali ini kita akan kita kan menyiasat kesukaran-kesukaran yang akan kita tempohi

apabila kita cuba menentukan elemen-elemen asas biodiversiti- spesis – menggunakan contoh

hepotetikal.

Tugasan

Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) - MoonMorphs

Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit, beliau mula

mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Moonmorphs itu dibawa balik ke

bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon). Anda diberi

tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza.

Pecahkan ke dalam 4 kumpulan. Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan mengikut

spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. Catatkan jumlah

setiap spesis. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang kelihatan antara

jantan dan betina. Anda tiada maklumat tentang habitat atau perlakuan mereka, jadi anda

hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja sebagai pemerhatian.

Adakah anda mempunyai 29 “spesis”, atau anda kelaskan individu-individu secara bersama

ke dalam sesuatu spesis?

40

Page 41: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Laporan Anda

Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pengenalan yang menerangkan tentang amali

tersebut dan perbincangan (lebih kurang 300 perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut.

Laporan ini boleh ditulis sebagai soalan dan jawapan, tetapi mestilah rujukannya betul.

Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam

kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang

lain-lain ?

Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak

variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?

Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi

individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang

terlalu rendah?

Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua

atau lebih spesies "baru

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi?

Bagaimana spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies”?

Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi.

Tarikh hantar: semasa interaksi ketiga

Laporan ini memenuhi 5% dari jumlah besar markah.

MoonMorphs

41

Page 42: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

42

Page 43: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

43

Page 44: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

1.1 Sinopsis

Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah

sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan

habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan

dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui

pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha

pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif,

pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected

area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan

tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.

Strategi pemuliharaan “in-situ” adalah strategi pemuliharaan jangka panjang dan

terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar

pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan yang

terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotik

44

TAJUK 6 PEMULIHARAAN ‘ IN-SITU’

Page 45: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

(spesies invasif). Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang populasi semulajadi

dan habitat semulajadi.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. memahami Populasi Semulajadi

ii. memahami Habitat Semulajadi

1.3 Pemuliharaan In-Situ

Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah

sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman

negara di negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Taman Negara yang meliputi

Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman

Laut di Pulau Perhentian, Terengganu.

1.4 Populasi Semulajadi

Populasi semulajadi adalah sekumpulan individu yang sama spesies hidup dalam

ruang yang sama pada masa tertentu dalam ekologi semulajadi mereka. Individu-individu

dalam populasi semulajadi saling berinteraksi satu sama lain dan membiak di antara sesama

mereka. Konsep populasi banyak dipakai dalam bidang ekologi dan genetik. Para ekologis

menyatakan bahawa populasi adalah satu unsur dari ekosistem yang lebih luas. Populasi

suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik menyatakan bahawa

populasi adalah sebagai wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu

dalam populasi tersebut.

1.5 Habitat Semulajadi

Habitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi spesis secara

semulajadi. Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan flora. Hutan Malaysia

mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora

dan fauna. Terdapat 8 000 spesies bunga dan 2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia.

Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung dan 140 spesies ular, 165 spesies katak

45

Page 46: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

dan 1 000 spesies rama-rama. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak

dapat ditemukan di negara-negara lain.

TAJUK 7 PEMULIHARAAN ‘EX-SITU’

1.1 Sinopsis

Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna

dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari

lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan.

Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah

bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti

propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan

kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam,

menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk

rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam

memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan

pemuliharaan ini.

46

Page 47: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam  atau akan mengalami

kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia

sebelum dilepaskan ke habitat semula  jadi mereka apabila  saiz  populasi spesis tersebut telah

pulih dan  mempunyai  habitat yang sesuai. Pemuliharaan  ex situ  hidupan liar  fauna

dijalankan  di zoo , aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora

dijalankan di taman botani, arboreta dan bank benih. Pemuliharaan jenis ini mempunyai

beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang

semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan,

simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai

manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi

meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang

dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus.  Tujuan program

pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna diwujudkan antara lain ialah:

1. Impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan.

2. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya

ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat

asalnya.

3. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi

dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan.

4. Membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi.

Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti,

permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan

embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). Terdapat beberapa

organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan

Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain.  Jabatan Perhilitan dan

Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna

sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung

Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan

Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan

Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan

beberapa  pusat pemuliharaan ex-situ  seperti taman botani dan arboretum. Program

47

Page 48: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti,

permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering),

pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation).

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Memahami tentang Zoo dan Akuarium

2. Memahami tentang Taman Botani dan Arboreta

3. Memahami tentang Bank Benih

1.3 Pemuliharaan ex-situ

Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan

flora di luar habitat semulajadi mereka.Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan

aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian,

FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan

beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu

seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan

Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat

Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan

Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat

pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum.

1.3.1 Zoo dan Akuarium

Seiring dengan keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti, maka peranan

zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah, gajah dan lain-

lain kepada pusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga dan

lain-lain kumpulan haiwan. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan

program pembiakbakaan hidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan.

48

Page 49: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain seperti universiti dan organisasi

kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang terlibat dengan aktiviti

pemuliharaan hidupan liar. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan kepakaran dan

latihan penjagaan haiwan serta ubatan veterinar kepada pihak zoo manakala pihak zoo

akan menguruskan penjagaan haiwan yang dilindungi dalam kurungan.

Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat

tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan telah mendapat banyak sokongan

dan sumbangan daripada masyarakat. Di samping itu, zoo merupakan tempat rekreasi, pusat

rujukan dan penyelidikan hidupan liar. Terdapat pelbagai spesies fauna seperti

mamalia, burung, reptilia, amfibia, serangga, yang terancam kepupusan dilindungi di zoo.

Spesies ini akan dibiakbaka kurungan sehingga mencapai saiz populasi yang sesuai sebelum

dilepaskan ke habitat semula jadi. Namun begitu pelbagai persoalan timbul terhadap

sejauhmana keupayaan haiwan kurungan tersebut berupaya menyesuaikan diri di habitat

semula jadi.

Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. Antara zoo yang aktif

menjalankan program pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping manakala Zoo

Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan tempat rujukan serta penyelidikan oleh para

penyelidik. Pengurusan zoo memerlukan kepakaran, tenaga kerja terlatih, ruang yang luas

dan kos pengurusan yang tinggi. Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti

NGO, badan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan swasta.

1.3.2 Taman Botani dan Arboreta

Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan

tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta rekreasi manakala

arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja

seperti taman herba, taman paku pakis, taman orkid, kebun buah-buahan dan lain-lain.

Pelbagai organisasi terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk memulihara

pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Fokus taman botani kini tertumpu kepada

usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhan tumbuhan yang diancam

kepupusan.

49

Page 50: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew, England dikenali sebagai Taman

Botani DiRaja mempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kira-kira 10% daripada jumlah

spesies tumbuhan dunia dan 2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang

telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union

Conservation N). Di Malaysia, organisasi kerajaan, swasta, institut penyelidikan mahupun

institut pengajian tinggi awam turut memain peranan membangunkan pelbagai taman botani

untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat rujukan penyelidikan serantau.

Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusat penyelidikan adalah

seperti berikut iaitu Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya; Pusat Penyelidikan Botani,

Semengoh, Sarawak; Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam; Pusat Orkid dan Stesyen

Penyelidikan Pertanian, Tenom, Sabah ; Taman Botani, Putrajaya; Taman Botanikal, Melaka;

Taman Botani, Pulau Pinang dan Taman Botani Kepong.

Selain berfungsi sebagai institut penyelidikan perhutanan, FRIM juga berfungsi

sebagai taman botani. Sekurang-kurangnya 1098 spesies tumbuhan peringkat tinggi

(Angiosperma dan Gimnosperma) direkodkan di kawasan institut yang meliputi 600 hektar.

Senarai ini termasuk spesies tempatan dan bukan tempatan yang dibawa masuk melalui

program pertukaran. Kawasan penyelidikan seluas kira-kira 391 hektar mempunyai 786

spesies, manakala Taman Botani yang dibangunkan oleh FRIM di Kepong (93 hektar)

mempunyai pelbagai koleksi semaian spesies pokok liar. Arboretum Dipterokarpa yang

ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala Arboterum bukan

Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies. Arboretum yang ditubuhkan baru-baru ini, iaitu

arboretum pokok buah-buahan mempunyai 65 spesies, manakala Arboretum Koniferatum

dan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masing-masing.

Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu diberi

tumpuan memandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita

merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja. Namun

begitu beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membangunkan taman botani

seperti memerlukan kawasan yang luas, kos pengurusan, kepakaran, tenaga kerja serta

keperluan menyediakan habitat seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam.

1.3.3 Aquaria

50

Page 51: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Aquaria awam kebiasaannya lebih cenderung mempamerkan spesis marin yang

menarik dan luar biasa seperti singa laut, ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung

aquaria. Namun begitu fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan

spesis marin yang terancam kepupusan. Aktiviti pemuliharaan aquaria merupakan suatu

keperluan memandangkan beribu-ribu spesis ikan kini mengalami ancaman kepupusan.

Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran

dan perubahan persekitaran.

Usaha kini tertumpu kepada membangunkan teknologi pembiakbakaan spesies marin

yang jarang ditemui. Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan,

aquarium serta habitat air buatan. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies

marin juga sedang dibangunkan. Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di

KLCC dan di beberapa negeri lain. Terdapat juga beberapa pusat penetasan penyu di

Tanjung Bidara Melaka, Segari Perak dan Pasir Panjang, Kelantan. Pembangunan

aquaria juga perlu kepada kepakaran yang tinggi tentang hidupan marin, kos yang tinggi

dan tenaga kerja terlatih disamping penyediaan habitan seperti habitat semulajadi

spesies marin tersebut.

1.3.4 Bank Benih

Taman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma

tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan bank benih. Di bank benih terdapat koleksi pelbagai

benih daripada tumbuhan liar mahupun tanaman. Bank benih memberi tumpuan kepada 100

spesies tanaman yang merupakan 90% daripada sumber makanan kepada masyarakat

setempat. Namun begitu bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul koleksi

benih bagi spesies tumbuhan yang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik.

Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu rendah berupaya

mengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang. Kemudian benih ini akan

dicambahkan untuk menghasilkan populasi baru dan sebahagiannya digunakan untuk

menambah koleksi benih di bank benih. Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan

germplasma untuk tujuan pertanian, lanskap, penyelidikan atau taman botani atau arboreta.

Sebahagian germplasma tumbuhan di simpan dalam bentuk biji benih, keratan tumbuhan

51

Page 52: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

dan juga dalam bentuk tisu kultur.

Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi tumpuan oleh pihak

kerajaan supaya germplasma yang diperlukan terutamanya tanaman makanan tidak

mengalami kepupusan. Namun begitu pengurusan bank benih memerlukan kepakaran yang

tinggi, kos yang banyak, ruang dan peralatan penyimpanan serta tenaga kerja terlatih.

Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah secara beransur-ansur benih yang disimpan

akan kehilangan keupayaan untuk bercambah atau mengalami mutasi. Terdapat beberapa

bank benih telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang terletak

di Artik. Di negara kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihak MARDI seperti

bank benih padi di MARDI, Bertam dan lain-lain bank benih.

AKTIVITI 4

AMALI 3

Pemuliharaan ex-situ :

Zoo & Taman Botani

Pengenalan

Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam

populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). Walaubagaimana pun

bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan, dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan

yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Kemudahan-kemudahan

pemuliharaan ex situ termasuklah zoo, aquaria, program pembiakan dalam kurungan, taman

botani, arboreta and bank benih. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Pertama,

membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani, dan

keduanya membuat perbincangan tentang merit, kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ.

Tugasan

52

Page 53: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawati Zoo

Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. beberapa

tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini, tetapi anda akan

temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka.

Laporan AndaLaporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan

bertulis individut.

Bahagian 1 : Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan

dalam kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan

haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex- situ. jika boleh gunakan sebarang

imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.(Buat dalam PCK 2)

Part 2 Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk essei lebih kurang 300 patah perkataan tentang isu-isu di bawah. Termasuk satu huraian tentang tujuan amali, nyatakan teks rujukan dan senarai rujukan dengan format yang betul pada akhirnya.

Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah biodiversiti diwakili

pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman

botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang

diwakili? Terangkan.

Apakah erti in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan

(shortcomings) pemuliharaan ex situ?

Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang

cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai

strategi pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau

apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?

Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk “ membawa kembali” spesis yang pupus

seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan

akibat dari tindakan ini?

Tarikh Akhir Hantar

53

Page 54: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Semak tarikh tugasan. Pembentangan ini memperuntukkan 10 % dari markah keseluruhan .

Laporan bertulis 5% dari keseluruhan markah.

AKTIVITI 5

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN 2 (PCK 2)

Pembentangan Pemuliharaan ex-situ

Tugasan

Lawati satu Zoo (Zoological Garden) atau Taman Botani (Botanical Garden) . Jika anda tidak

dapat berbuat demikian, lawatilah Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden)

dalam laman sesawang. Antara laman sesawangnya adalah seperti berikut:-

Zoos

IUCN Conservation Breeding Specialist Group : (go to the Global Zoo Diresctory)http://www.cbsg.org/

South East Asian Zoos Association http://www.seaza.org/

American Zoo & Aquarium Association : http://aza.org/

ZooNet (International Index) :http://www.mindspring.com/~zoonet/www_virtual_lib/zoos.html

Arizona-Sonora Desert Museum : http://www.desertmuseum.org/

54

Page 55: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

Australian Museumhttp://www.amonline.net.au/thylacine/index2.htm

San Diego Zoohttp://www.sandiegozoo.org/

Gardens/Plants

http://www.mobot.org/CPC/welcome.html

http://www.rbgkew.org.uk:80/conservation/index.html

http://www.florabank.org.au/

http://www.rbgkew.org.uk/BGCI/australi.htm

http://www.rbgsyd.gov.au/

http://www.rbg.ca/cbcn/

http://www.anbg.gov.au/chabg/newsletter/3-july-02/

Botanical Gardens in Malaysia

Rimba IImu Botanic Gardenhttp://rimba.um.edu.my/

Penang Botanic Gardenshttp://www.sukpp.gov.my/KebunBunga/main.html

Botanic Gardens Conservation Internationalhttp://www.bgci.org.uk/botanic_gardens/Fruit_germplasm_collection_Malaysia.html

http://www.bgci.org.uk/conservation/Conservation_Rimba_ilmu?Malaysia.html

http://www.wcs.org/

http://www.edf.org/

http://www.defenders.org/

http://www.wri.org/wri/wri.html

http://www.iucn.org/

http://www.unep-wcmc.org/

55

Page 56: Pengetian Dan Fungsi Ekosistem Dan Biodiversiti

http://www.environment.gov.au/

http://www.dse.vic.gov.au/

Rujukan;

Burgman M.A. & Lindenmayer D.B (1998) Conservation Biology for the Australian Environment.

Surrey Beatty & Sons. Chapter 2 What should be conserved ? sections 2.1-2.5.

Primack R.B. (2002) Essentials of Conservation Biology 3rd edition. Sinauer Associates,

Publishers. Chapter 2 What is biological diversity pp 27-33.

Primack, R.B. (1998). Essentials of Conservation Biology 2nd edition. Sinauer Associates,

Sunderland, Massachusetts. Chapter 14 “Ex situ Conservation Strategies”

56

Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan dalam

kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu

tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex- situ. jika

boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.