bio enzim

5
ENZIM PERANAN ENZIM DALAM PROSES HIDUP ORGANISMA kesemua tindak balas biokimia yang berlaku dalam organisma hidup disebut metablisme. metabolisme sel membolehkan pembinaan dan penguraiaan sebatian kompleks dalamsel hidup. sesuatu tindak balas metabolisme bermula dengan molekul substrat dan berakhir dengan hasil. enzim ialah mangkin organik yang mengawalatur semua tindak balas biokimia dalam sel. enzim ialah mangkin biologi yang mempercepat kadar tindak balas biokimia dalam sel. dalam sel, tindak balas biokimia mestilah berlaku dengan kadar yang pantas supaya proses hidup sentiasa dipelihara. tindak balas biokimia dapat berlaku dengan cepat dengan kehadiran enzim dalam sel. CIRI-CIRI ENZIM semua enzim ialah protein yang dihasilkan oleh sel hidup. dalam tindak balas enzim, enzim bertindak dengan substrat bagi membentuk hasil. secara ringkasnya:- SUBSTRAT(ENZIM) = HASIL HASIL(ENZIM) = SUBSTRAT enzim mengubah atau mempercepat kadar tindak balas kimia tetapi struktur enzim kekal tidak berubahpada akhir tindak balas. enzim mempunyai tapak aktif yang spesifik untuk bergabung dengan substrat spesifik. enzim diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kerana enzim tidak habis digunakan tetapi dibebaskan pada akhir tindak balas.

Upload: richard-shakespeare

Post on 30-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Belum lengkap kaka

TRANSCRIPT

ENZIM

PERANAN ENZIM DALAM PROSES HIDUP ORGANISMA kesemua tindak balas biokimia yang berlaku dalam organisma hidup disebut metablisme. metabolisme sel membolehkan pembinaan dan penguraiaan sebatian kompleks dalamsel hidup. sesuatu tindak balas metabolisme bermula dengan molekul substrat dan berakhir dengan hasil. enzim ialah mangkin organik yang mengawalatur semua tindak balas biokimia dalam sel. enzim ialah mangkin biologi yang mempercepat kadar tindak balas biokimia dalam sel. dalam sel, tindak balas biokimia mestilah berlaku dengan kadar yang pantas supaya proses hidup sentiasa dipelihara. tindak balas biokimia dapat berlaku dengan cepat dengan kehadiran enzim dalam sel.

CIRI-CIRI ENZIM

semua enzim ialah protein yang dihasilkan oleh sel hidup. dalam tindak balas enzim, enzim bertindak dengan substrat bagi membentuk hasil. secara ringkasnya:- SUBSTRAT(ENZIM) = HASIL HASIL(ENZIM) = SUBSTRAT enzim mengubah atau mempercepat kadar tindak balas kimia tetapi struktur enzim kekal tidak berubahpada akhir tindak balas. enzim mempunyai tapak aktif yang spesifik untuk bergabung dengan substrat spesifik. enzim diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kerana enzim tidak habis digunakan tetapi dibebaskan pada akhir tindak balas. kebanyakan tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim adalah tindak balas berbalik. aktiviti enzim boleh diperlahankan atau diberhentikan oleh perencat. contoh perencat ialah plumbum dan merkuri. kebanyakan enzim memerlukan bantuan kofaktor untuk berfungsi dengan baik. contoh kofaktor tak organik ialah besi dan kuprum contoh kofaktor organik ialah vitamin larut air seperti vitamin B.

PENAMAAN ENZIM nama enzim didapati dengan menambahkan imbuhan akhir -ase kepada nama substrat yang dimangkinkannya. contoh, nama enzim yang memangkingkan hidrolisis laktosa ialah laktase dan untuk lipid ialah lipase. secara ringkasnya:- LIPID + AIR = (LIPASE) ASID LEMAK +GLISEROL

sesetengah nama enzim telah lama wujud sebelum cara sistematik penamaan enzim terbentuk. contoh nama-nama enzim ialah pepsin, tripsin dan renin yang dikekalkan penggunaannya.

TAPAK SINTESIS ENZIM

enzim ialah sejenis protein. oleh itu, ribosom juga merupakan tapak sintesis enzim. ribosom didapati terlekat pada jalinan endoplasma kasar atau bebas dalam sitoplasma. maklumat untuk sintesis enzim terkandung dalam molekul DNA nukleus. urutan bes bernitrogen pada DNA yang berlainan menggekodkan protein yang berbeza. dalam proses, bebenang tunggal molekul RNA dibentuk untuk menterjemah kod-kod tersebut menjadi satu urutan asid amino.

ENZIM INTRASEL DAN ENZIM LUAR SEL

enzim disintesis oleh sel-sel tertentu. enzim yang tidak dirembes ke luar sel tetapi dikekalkan untuk kegunaan dalam sel dinamakan enzim intrasel. enzim intrasel terdapat dalam sitoplasma, nukleus, kloroplas atau membran plasma. enzim oksidoreduktase yang terdapat dalam organel mitokondrion ialah enzim yang memangkinkan respirasi sel. enzim yang disintesis dalam sel dan kemudiannya dirembes keluar untuk bertindak di luar sel disebut enzim luar sel.PENGHASILAN ENZIM LUAR SEL kebanyakan enzim yang dihasilkan oleh sel khusus dirembes keluar daripada sel. contohnya, pankreas merembes jus pankreas yang mengandungi enzim pencernaan ke dalam duodenum. protein yang disintesis dalam ribosom diangkut melalui lumen jalinan endoplasma kasar . apabila sampai di hujung jalinan endoplasma kasar, bahagian membran di situ membentuk tunas yang menggenting untuk menghasilkan vesikel angkutan. protein yang terkandung dalam vesikel angkutan kemudian bergerak menuju ke arah jasad golgi dan bercantum dengannya. dalam jasad golgi diubah suai. kemudian, enzim dirembes ke dalam vesikel rembesan yang terbentuk di hujung jasad golgi berhampiran dengan membran plasma. vesikel rembesan yang mengandungi protein yang diubah suai akan bergerak menuju ke membran plasma. vesikel ini akan berpadu dengan membran plasma sebelum membebaskan protein keluar daripada sel sebagai enzim luar sel. MEKANISME TINDAKAN ENZIM enzim ialah protein kompleks yang terdiri daripada satu atau lebih rantai polipeptida. rantai polipeptida enzim berlipat-lipat menjadi bentuk tiga dimensi yang mempunyai satu lurah atau lekuk pada permukaannya disebut tapak aktif. mekanisme tindakan enzim yang spesifik dikenali sebagai hipotesis mangga dan kunci kerana penggabungan substrat kepada enzim dapat dianalogikan sebagai kunci dam mangga.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AKTIVITI ENZIM1. suhu2. pH3. KEPEKATAN SUBSTRAT4. KEPAKATAN ENZIM