bilik darjah abad 21.pptx

19
HABSAH BINTI ISMAIL GURU BESAR SK BANDAR BANTING BILIK DARJAH ABAD 21

Upload: anne-zakaria

Post on 16-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

BILIK DARJAH ABAD 21

HABSAH BINTI ISMAILGURU BESAR SK BANDAR BANTINGBILIK DARJAH ABAD 21

Yang paling utama, guru-guru perlu mempertimbangkan jenis keududukan pelajar dan susunan meja yang bersesuaian di dalam bilik darjah.Susunan berkumpulan adalah sangat di galakkan. Ini kerana, pelajar sekolah rendah biasanya akan banyak melakukan aktiviti interaktiv dan berkumpulan.Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna susunan atau aturan kedudukan yang biasa tidak sesuai. Setiap susunan mempunyai kelebihan tersendiri untuk situasi yang berbeza.Guru perlu memikirkan kesesuaian susunan dengan saiz bilik darjah itu.susunanAdalah sangat penting untuk guru-guru memastikan adanya ruang untuk pelajar-pelajar bergerak dengan mudah di dalam bilik darjah.Bilik darjah yang baik adalah adalah sangat bagus kerana akan melancarkan pergerakan pelajar dan guru semasa proses PdP.Ia juga akan memudahkan pelajar untuk melakukan aktiviti yang memerlukan mereka banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat serta menjalankan aktiviti kumpulan.Menurut Foreman (1996): some classroom may require free and quiet spaces to facilitate learning Menurut Fred Jones pula: teacher mobility should be the aim of any classroom seating arrangementTrafik dalam bilik darjahEye-contact adalah sangat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Ia adalah untuk memaksimumkan kebolehan guru untuk melihat dan dilihat oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Apabila eye-contact berlaku secara aktif, pelajar-pelajar akan merasakan mereka mendapat perhatian daripada guru dan memudahkan lagi proses penyampaian instruction, information dan knowledge.Mengekalkan eye contactDalam konteks sosial, pelajar tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana susunan yang disarankan ini tidak akan membuatkan pelajar belajar dalam environment yang tersisih.Maka, perbincangan akademik sesama pelajar akan menjadi lebih senang.Ia bergantung kepada guru bagaimana hendak membentuk susunan berkumpulan tersebut di dalam bilik darjah. Adalah sebaiknya jika terdapat 3 bahagian, kiri tengah dan kanan. Kumpulan di tengah adalah terdiri daripada pelajar yang berpencapaian rendah dan di bahagian kiri dan kanan untuk pelajar yang berpencapaian sederhana dan tinggi. Ini kerana, bahagian tengah akan di panggil action zone di mana pelajar-pelajar tersebut akan mendapat perhatian lebih daripada guru-guru matapelajaran.Oleh itu, banyak interaksi akan berlaku antara pelajar dan guru (learning community)Mempromosikan pembelajaran interaktifRuang tambahan perlu dipertimbangakan oleh setiap guru di dalam bilik darjah.Contoh: Mini-library kebanyakan bilik darjah di Malaysia menyediakan satu ruangan khas iaitu mini-library di bahagian belakang bilik darjah. Tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan habit membaca dalam kalangan mereka. Jika guru pandai menghidupkan suasana membaca di dalam bilik darjah, secara automatik pelajar akan menjadikan membaca sebagai habit mereka.Performance-corner performance corner juga adalah salah satu idea ruangan yang mampu membuatkan bilik darjah menjadi satu bilik yang multi-use. Untuk aktiviti seperti role-play, public speaking, pantun, bercerita dan lain-lain lagi yang memerlukan pelajar untuk membuat persembahan. Guru boleh menghias ruangan tersebut secara bersesuaian, supaya ia kelihatan lebih lively dan real seperti pentas bersembahan.Ruang tambahan Rak-rak tambahan selain dari yang sediaada perlu dipertimbangkan untuk digunakan sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan bantuan mengajar serta buku-buku latihan mahupun fail-fail pelajar supaya kelas tampak lebih kemas,tersusun dan memudahkan kerja guru.Ia juga adalah lebih sistematik untuk pelajar meninggalkan buku-buku latihan di dalam rak yang disediakan supaya mudah bagi mereka apabila buku tersebut diperlukan. (agar tidak tertinggal dirumah)Ini kerana, adalah telah menjadi norma kepada pelajar sekolah rendah untuk terlupa membawa buku ke sekolah dan akan mengganggu proses PdP untuk hari tersebut. Maka, apabila rak disediakan kemungkinan untuk mereka terlupa membawa buku akan menajdi kecil.Rak-rak Segala info yang di lekatkan di dinding atau board bilik darjah perlu sentiasa dikemaskini/ update.Untuk memudahkan kerja guru, guru kelas boleh mengarahkan setiap pelajar untuk mencari info yang berbeza bagi subjek/isu yang berbeza dan menarik setiap minggu. Setiap informasi pada di dinding dan board bilik darjah kebiasaannya akan digunakan semasa perbincangan atau perbentangan atau sebagai info tambahan.Selain itu, salah satu cara menceriakan bilik darjah dan untuk mewujudkan bilik darjah yang welcoming guru-guru boleh mempamerkan hasil kerja pelajar di dalam bilik darjah.Apabila hasil-hasil kerja di pamerkan, ia akan membantu meningkatkan instrinsic motivations serta sense of belonging. Malahan, self-esteem pelajar juga akan meningkat apabila mereka melihat hasil kerja mereka di hargai oleh guru.CLASSROOMS WALLSMari kita lihat beberapa gambar aturan dan hiasan di dalam bilik darjah dan bincangkan kelebihan dan kelemahan membentuk bilik darjah seperti ini dalam konteks pendidikan di malaysia.