tajuk 6.pptx

23
Tajuk 6 : REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN Mohd Farid Bin Mohd Ashari

Upload: fid-ashari

Post on 17-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 6.pptx

Tajuk 6 : REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

Mohd Farid Bin Mohd Ashari

Page 2: Tajuk 6.pptx

REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

Reka Bentuk dan Pembinaan ujian

Kebolehpercayaan item ujian

Kesahan item ujian

Page 3: Tajuk 6.pptx

Kebolehpercayaan item ujian

• ketekalan ujian iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur secara konsisten.

• Merupakan sesuatu alat pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap kali digunakan untuk mengukur.

• iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa yang hendak diukur oleh item tersebut. Satu item yang baik mestilah memenuhi kedua-dua perkara tersebut.

Page 4: Tajuk 6.pptx

Untuk menjamin kebolehpercayaan yang tinggi sesorang guru harus mengawal keadaan ujian supaya ia tidak menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon. Antara langkag-langkah yang boleh diambil ialah:

1. Gunakan bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya calon tidak keliru.

2. Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secara lisan harus juga diberi secara bertulis.

3. Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak soalan(yang setara) semakin tinggi kebolehpercayaannya.

4. Masa yang diberikan harus mencukupi.

5. Keadaan ujian yang sama (arahan, soalan, masa dan keadaan fizikal)

harus disediakan untuk semua calon.

6. Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan skema yang sama digunakan untuk semua calon.

Page 5: Tajuk 6.pptx

Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

1. bilangan soalan2. panjang soalan3. kesukaran soalan4. kejelasan soalan

next

Page 6: Tajuk 6.pptx

Bilangan Soalan

• sekiranya faktor-faktor yang lain tidak berubah, ujian yang lebih panjang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna ujian yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai.

back

Page 7: Tajuk 6.pptx

Panjang Soalan

• Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi sebilangan besar soalan pendek akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

back

Page 8: Tajuk 6.pptx

Kesukaran Soalan

• Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang kesukarannya sederhana akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

back

Page 9: Tajuk 6.pptx

Kejelasan Soalan

• Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan tahap kebolehpercayaan ujian.

back

Page 10: Tajuk 6.pptx

Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian.

1. dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian

I. Pentadbiran dua ujian.II. Pentadbiran satu ujian.

next

Page 11: Tajuk 6.pptx

Pentadbiran dua ujian.1. Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)

2. Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method)

– Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran kebolehpercayaan pengukuran akademik.

– Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli atau bentuk selari

– Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item yang diuji

– Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama

– Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali penyetaraan

– Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, kedua-dua bentuk ini adalah setara

– Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan penyetaraaan

– Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah memenuhi spesifikasi berikut:

• sama bilangan

• sama bentuk

• sama arahan

• sama tempoh ujian

• sama format

• sama kandungan

• Sama julat

• sama aras kesukaran

• soalan berbeza

back

Page 12: Tajuk 6.pptx

Pentadbiran satu ujian.

• Kaedah belah dua (Split half method)• Kaedah Belah Dua.– Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada satu

kumpulan calon. – Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan

item kepada dua sub-ujian. – Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan item

yang asal. – Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian ialah

untuk mendapatkan dua ujian yang selari mungkinback

Page 13: Tajuk 6.pptx

Kesahan Item Ujian

• Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat.

• sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai.

• Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.

Page 14: Tajuk 6.pptx

• kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur.

• ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.

Page 15: Tajuk 6.pptx

Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori

1. kesahan konstruk, 2. kesahan isi kandungan, 3. kesahan kaitan-kriteria.

next

Page 16: Tajuk 6.pptx

Kesahan Konstruk

• Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk.

• Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk.

• Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik.

back

Page 17: Tajuk 6.pptx

Kesahan Kandungan• Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang

terpenting di dalam proses pembinaan ujian.• Ujian adalah pensampelan yang representatif

tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, • supaya markah atau skor yang diperoleh nanti

daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.

Page 18: Tajuk 6.pptx

• Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina.

• Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.

back

Page 19: Tajuk 6.pptx

Kesahan Kaitan-Kriteria

• Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi.

• dua jenis kesahan iaitu:– kesahan ramalan, – kesahan serentak/semasa.

backnext

Page 20: Tajuk 6.pptx

Kesahan Ramalan

• Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar.

back

Page 21: Tajuk 6.pptx

Kesahan Serentak/Semasa

• Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa.

back

Page 22: Tajuk 6.pptx

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria

1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan.

2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang rendah mengurangkan kesahan.

3. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian, kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.

Page 23: Tajuk 6.pptx

tamat