bidang dan senarai tugas pk hem

3
Bidang dan Senarai Tugas PK HEM Bidang Tugas Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 2. Senarai Tugas 2.1 Pembangunan Diri Murid 2.1.1 Disiplin Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku. Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid. 2.1.2 Bimbingan dan Kaunseling Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama- sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru. 2.1.3 Program Pelindungan Murid Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan. 2.1.4 Kesihatan Mengurus kemudahan rawatan murid. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah. Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

Upload: johari-ibrahim

Post on 26-Jan-2016

306 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

hem

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Dan Senarai Tugas PK HEM

Bidang dan Senarai Tugas PK HEM

 Bidang Tugas

Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan.

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan

kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.

Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas2.1 Pembangunan Diri Murid 2.1.1 Disiplin

Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan

tatatertib dan salahlaku. Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

2.1.2 Bimbingan dan Kaunseling

Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.

Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.

Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.1.3 Program Pelindungan Murid

Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.

Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

2.1.4 Kesihatan

Mengurus kemudahan rawatan murid. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah. Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

2.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks

Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

Page 2: Bidang Dan Senarai Tugas PK HEM

2.1.6 Biasiswa dan Bantuan

Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan. Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

2.1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah

Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.

3. Pengurusan

Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid. Menguruskan kemasukan dan penempatan murid. Menguruskan pertukaran murid. Menyemak buku kedatangan harian murid. Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah. Membantu merancang Takwim Sekolah.

4. Pembangunan Organisasi

Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat. Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

5. Pembangunan Kendiri

Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang

memerlukannya. Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion

keguruan.

6. Tugas-tugas lain

Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.