hem sarikei

41
Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam menghasilkan iklim kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bidang ini banyak melibatkan kemahiran komunikasi, psikososial dan interpersonal. Walau bagaimanapun, dasar yang boleh diterima umum, ‘caring’, terbuka, konsisten, adil dan saksama merupakan bahagian yang penting dalam menentukan suasana yang harmoni, aman damai, ceria, sihat dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran. Skop pengurusan hal ehwal murid amat luas dan saling berkaitan. Di antara bidang utama adalah: disiplin murid, bimbingan dan kaunseling, kebajikan murid (termasuklah pelbagai jenis biasiswa dan bantuan), skim pinjaman buku teks, Lembaga Pengawas, Lembaga Ketua Tingkatan, Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya, 3K, Kantin Sekolah dan majlis- majlis sekolah. 1 DISIPLIN PELAJAR 1.1 Menyedia dan Mengemaskini Peraturan Sekolah 1.2 Menguatkuasa peraturan sekolah Peraturan Sekolah akan disimpan dalam setiap kelas untuk rujukan pelajar. Guru Tingkatan menerangkan Peraturan Sekolah kepada semua pelajar kelasnya pada hari pertama persekolahan awal tahun. 1.3 Mengendalikan kes disiplin

Upload: fiealya

Post on 12-Jul-2016

276 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SA

TRANSCRIPT

Page 1: Hem Sarikei

Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam menghasilkan iklim kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bidang ini banyak melibatkan kemahiran komunikasi, psikososial dan interpersonal. Walau bagaimanapun, dasar yang boleh diterima umum, ‘caring’, terbuka, konsisten, adil dan saksama merupakan bahagian yang penting dalam menentukan suasana yang harmoni, aman damai, ceria, sihat dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran.

Skop pengurusan hal ehwal murid amat luas dan saling berkaitan. Di antara bidang utama adalah: disiplin murid, bimbingan dan kaunseling, kebajikan murid (termasuklah pelbagai jenis biasiswa dan bantuan), skim pinjaman buku teks, Lembaga Pengawas, Lembaga Ketua Tingkatan, Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya, 3K, Kantin Sekolah dan majlis-majlis sekolah.

1          DISIPLIN PELAJAR

1.1       Menyedia dan Mengemaskini Peraturan Sekolah

1.2       Menguatkuasa peraturan sekolah

Peraturan Sekolah akan disimpan dalam setiap kelas untuk rujukan pelajar. Guru Tingkatan menerangkan Peraturan Sekolah kepada semua pelajar kelasnya pada hari pertama persekolahan awal tahun.

 1.3       Mengendalikan kes disiplin

1.3.1    Ketidakhadiran

Page 2: Hem Sarikei

Pelajar ditegah ponteng sekolah. Jika pelajar tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah atau tanpa surat sakit, guru tingkatan dikehendaki melaporkan kepada Pengetua atau PK HEM. Hukuman merotan dan Perkhidmatan Komuniti akan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang ponteng.

 Guru Tingkatan juga harus memastikan Ketua Tingkatan atau penolongnya/ Guru Kaunselor menghantar Slip Ketidakhadiran kepada PK HEM setiap pagi. Sila nyatakan dengan jelas nama pelajar-pelajar yang tidak hadir dan sebab-sebabnya. Pelajar-pelajar yang tidak hadir akan direkod. Slip ini memudahkan PK HEM untuk mengesan pelajar-pelajar yang tidak hadir pada hari-hari tertentu. Borang Ringkasan ini akan disimpan di pejabat am/ Bilik Kaunselor untuk rujukan pihak sekolah sekiranya perlu. Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah atau terlibat dalam aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah juga perlu ditanda sebagai hadir.

 Guru Tingkatan dikehendaki mengeluarkan surat amaran melalui pengetua kepada ibu bapa/ penjaga pelajar yang ponteng tersebut:

Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berterusan

Bilangan Hari Ponteng Surat AmaranTidak hadir 3 hari berturut-turut  Surat Amaran Pertama DikeluarkanTidak hadir 10 hari berturut-turut Surat Amaran Kedua DikeluarkanTidak hadir 17 hari berturut-turut Surat Amaran Terakhir DikeluarkanTidak hadir 30 hari berturut-turut Buang Sekolah

 

Page 3: Hem Sarikei

 

 

 

Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berkala

Bilangan Hari Ponteng Surat AmaranTidak hadir 10 hari ke sekolah  Surat Amaran Pertama DikeluarkanTidak hadir 20 hari ke sekolah Surat Amaran Kedua DikeluarkanTidak hadir 40 hari ke sekolah Surat Amaran Terakhir DikeluarkanTidak hadir 60 hari ke sekolah Buang Sekolah

 

 

 

 

1.3.2    Datang lewat

Pelajar-pelajar yang datang lewat (selepas pukul 6:55 pagi) akan ditahan oleh pengawas sekolah di pintu sekolah. Nama mereka akan dicatatkan dan diberikan amaran serta mata demerit atau hukuman seperti merotan sekali/ buat kerja amal. Semua kes ini akan direkod dalam fail Sistem Merit dan Demerit dan Buku Rekod Masalah Disiplin Pelajar.

1.3.3    Slip Mengesan Pergerakan Pelajar

Page 4: Hem Sarikei

Guru-guru dipertanggungjawabkan memastikan pelajar-pelajar sentiasa berada dalam kelas semasa P & P dijalankan. Semua guru akan diberikan sekeping PAS . Jika pelajar ingin pergi ke tandas, mereka mesti mendapat kebenaran dan PAS daripada guru berkenaan. Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar lelaki atau dua orang pelajar perempuan untuk keluar dalam satu masa. Semua hal keluar-masuk kelas tanpa kebenaran akan dicatatkan oleh Ketua Tingkatan atau penolongnya dalam Slip Mengesan Pergerakan Pelajar Dalam Kelas untuk rekod dan rujukan PK HEM.

 Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia dikehendaki mendapat kebenaran daripada Pengetua, PKT, PK HEM, PK KK atau Guru-guru Kanan dengan mengisikan Slip Kebenaran Balik Awal dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk mengambil mereka.

**Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran, sila memberi amaran atau laporkan kepada Pengetua atau PK dengan segera.

1.3.4    Sistem Merit Dan Demerit

Sistem Merit Dan Demerit masih diamalkan. Guru Tingkatan dikehendaki mengisi maklumat peribadi pelajar dalam Kad Disiplin Sistem Merit dan Demerit. Borang-borang akan disimpan dalam fail ikut kelas di Bilik Hal Ehwal Pelajar. Guru-guru kaunselor dan Penyelia Disiplin akan menolong mengemaskinikan jumlah mata merit atau mata demerit sekali sebulan dan laporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.

Page 5: Hem Sarikei

1.3.5    Perkhidmatan Komuniti

Sebarang kes ponteng, datang lewat atau salah laku seperti tidak membuat kerja rumah perlu diambil tindakan. Perkhidmatan Komuniti adalah satu cara hukuman bagi pelajar-pelajar yang berulang kali melanggar peraturan. Guru-guru, Penyelia Disiplin atau Guru B & K perlu menyerah nama pelajar dan jumlah mata demerit kepada PK HEM untuk tindakan lanjut seperti perkhidmatan komuniti/ hukuman/ nasihat.

 1.3.6    Wajah Pelajar

Semua pelajar dilarang sama sekali memakai barang perhiasan atau mewarnakan rambut. Jika didapati ada pelajar berbuat demikian, sila mengambil tindakan dengan segera. Setiap guru dikehendaki menasihati pelajar tersebut untuk menyerahkan barang-barang perhiasannya. Sekiranya pelajar tersebut enggan mengikut arahan guru, sila laporkan kepada Pengetua atau PK HEM. Pakaian berlengan panjang juga dilarang. Pelajar yang melanggar peraturan ini harus dihantar balik untuk menukar baju. Begitu juga dengan pemakaian selipar dan tali pinggang selain daripada warna hitam atau coklat gelap. Pendek kata, wajah pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas dan bersesuaian dengan watak mereka sebagai seorang pelajar. Jika terdapat yang enggan mengikut arahan walaupun sudah ditegur beberapa kali, sila laporkan kepada PK HEM.

 1.3.7    Kes Ponteng

Pelajar yang tidak hadir diminta membawa bukti sebab tidak hadir, seperti Sijil Sakit/ Surat Ibu bapa. Jika tidak ada, pelajar itu akan

Page 6: Hem Sarikei

dianggap ponteng sekolah dan hukuman seperti merotan akan diberikan. Ibu bapa akan dihubungi untuk mendapat keterangan lanjut jika perlu.

 1.4       Penyelia Disiplin

Penyelia-penyelia Disiplin bertanggungjawab membantu pihak sekolah mengawal disiplin pelajar di kawasan sekolah. Mereka menjalankan tugas secara proaktif, iaitu, meronda kawasan sekolah, menegur pelajar, memberi nasihat, memberi amaran dan melaporkan salahlaku pelajar. Mereka juga akan membantu pengawas semasa menjalankan tugas. 

 Kaunselor Sekolah/ Penyelia Disiplin membantu PK HEM mengemaskan Mata Borang Merit Demerit Kad Disiplin dan dikemukakan kepada PK HEM untuk tindakan lanjutnya.

 

Bil Aktiviti Huraian Tugas Sasaran1 Penyeliaan Membuat rondaan di kawasan

yang ditetapkan secara berkala. Membantu guru-guru semasa waktu mengajar sekiranya ada gangguan. Membantu pengawas-pengawas  pada setiap masa khususnya semasa waktu rehat.

Perlakuan pelajar dipantau secara preemptive pada setiap masa di sekolah. Pergaduhan atau keadaan huru-hara tidak berlaku dalam atau di luar kelas.

2 Laporan Salahlaku

Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Setiap kes yang dirujuk oleh guru: tindakan harus diambil

Page 7: Hem Sarikei

Segala maklumat penting mesti dicatat secara ringkas dan jitu. Borang  Salahlaku harus difail.

3 Tindakan DisiplinMemiliki kuasa merotan, menahan, menghantar pulang, menggantung serta memanggil ibubapa berjumpa dengan pihak sekolah.

Pelajar mematuhi peraturan serta kehendak sekolah.

4 Bimbingan & Kaunseling

Sebagai tindakan preemptive, menegur atau memuji pelajar secara sengaja dan sedar.

Pelajar faham bahawa pihak sekolah mengambil perhatian yang ikhlas. Pelajar faham tentang tindakan pihak sekolah setiap kali salahlaku dikesan.

5 Ahli Lembaga Disiplin

Menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin yang diadakan apabila dipanggil untuk menimbang sama ada membuang atau mengambil tindakan secara rasmi terhadap pelajar.

Mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang meluas untuk mencapai keputusan yang munasabah.

6 Membantu Kawalan Kelas

Mengesan kawalan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan membuat laporan kepada Pengetua.

Pelajar-pelajar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

 

 

Page 8: Hem Sarikei

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.5 Menasihati Lembaga Pengawas Sekolah

Pengawas bertanggungjawab membantu guru-guru menyelia pergerakan serta perlakuan pelajar-pelajar. Mereka melaporkan segala kes salahlaku pelajar dan menasihati mereka. Mereka juga dibenarkan memberi mata demerit kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti datang lewat ke sekolah dan rambut panjang/ berwarna.

Page 9: Hem Sarikei

 Pada Bulan Januari juga, kadet-kadet pengawas akan dipilih oleh guru-guru Tingkatan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4. Calon-calon pengawas akan diberikan taklimat dan latihan oleh Lembaga Pengawas dan mereka akan menjalani tempoh percubaan sehingga hujung bulan Mac sebagai kadet pengawas. Guru-guru dan semua pengawas akan menilai perlakuan dan sikap kadet-kadet pengawas. Biasanya 120 kadet pengawas diperlukan.

 Kem Kepimpinan Pengawas akan diadakan pada cuti Penggal I. Pengetua, PK HEM, Guru-guru Kaunseling dan guru-guru yang berpengalaman akan dijemput untuk memberi ceramah dan nasihat. Biasanya semua pengawas diwajibkan menghadiri kem ini.

 Pengawas-pengawas baru akan dilantik oleh Pengetua/ Ahli Pengurus Sekolah pada Bulan Jun. Calon-calon untuk Barisan Konsul-konsul Pengawas – Ketua Pengawas, Penolong-penolong Ketua Pengawas, Konsul-konsul Pengawas yang lain akan dipilih oleh guru-guru dan Barisan Konsul Pengawas lama akan diluluskan oleh Pengetua. Pengawas sesi baru akan menjalani tugas pengawas sehingga hujung bulan Jun 2013/ selepas `hand-over’ ke sesi berikut.

 Guru-guru Penasihat kepada Lembaga Pengawas sekolah termasuk semua Guru Penyelia Disiplin.

 1.6  Lembaga Ketua Tingkatan

Lembaga Ketua Tingkatan Sekolah ditubuhkan untuk menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Ketua Tingkatan dan penolongnya akan membantu Guru Tingkatan dalam hal mengutip dan manghantar buku-buku latihan, mengawasi

Page 10: Hem Sarikei

kelas sebelum guru masuk kelas, menghantar Slip Ketidakhadiran Pelajar dan Slip Pengerakan Pelajar kepada PK HEM serta tugas-tugas lain yang diminta oleh guru-guru.

 1.7   Program Waja Diri

Pengenalan

Program Waja Diri merupakan program yang akan memantau kemajuan pelajar dari segi sahsiah dan akademik secara berterusan dan berfokus. Menerusi program ini, kemajuan pelajar akan dinilai dan dikategorikan dengan cara pengumpulan markah merit yang menggambarkan tahap prestasi mereka. Program ini diharap dapat memberi dorongan dan galakan untuk pelajar memajukan serta mengubah ciri-ciri baik peribadi di samping tahap prestasi mereka pada penilaian yang seterusnya.

 

Rasional

a.         Dipercayai keinginan memajukan diri dengan mengubah sikap merupakan langkah pertama mencapai kejayaan akademik.

b.         Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang maju dalam akademik dan sahsiah.

 Objektif

1.         Meningkatkan disiplin pelajar.

Page 11: Hem Sarikei

2.         Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

3.         Menuju ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruhi dan bersepadu.

4.         Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelaksanaan

Bil Perkara Keterangan1 Anugerah Lencana emas rekaan khas yang

bermotokan ‘ Pelajar Mithali Sekolah Lestari ‘ akan dianugerahkan kepada seorang pelajar untuk setiap tingkatan yang mendapat mata merit tertinggi pada masa-masa tertentu. Untuk penganugerahan akhir tahun, seorang pelajar yang mengumpul mata merit yang tertinggi sepanjang tahun akan dianugerahkan lencana Waja Diri dan Sijil penghargaan.

 2 Jadual

Penyemakan Status

3 kali setahun, iaitu pengumpulan mata-mata merit Jan-Mac, April-Jun dan Julai-pertengahan Oktober.

3 Majlis Penganugerahan

 

3 kali setahun, iaitu April dan Julai (semasa perhimpunan) serta Oktober (Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah)

 

Page 12: Hem Sarikei

4 Pemantauan Penyelaras akan memastikan pelajar yang dianugerahkan lencana sentiasa memakai lencana tersebut. Penyelaras tingkatan juga akan memberi nasihat dan bimbingan kepada mana-mana pelajar yang merosot prestasinya.

 5 Galakan dan

Dorongan

Mempamerkan senarai nama dan gambar yang mendapat anugerah di papan notis sekolah.

Pelajar yang dapat mengekalkan prestasinya sepanjang 

           tahun, nama dan gambarnya akan dimuatkan dalam    

           majalah sekolah.

 

 

Semua guru digalakkan untuk memberi mata merit kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukan sifat yang baik. Diharapkan Program Waja Diri ini akan dapat membantu pelajar memajukan ciri-ciri peribadi yang baik seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik dan juga meningkatkan lagi pencapaian sekolah.

 

 

 

Page 13: Hem Sarikei

 

 

 

 

 

2          BANTUAN KEPADA PELAJAR

 2.1       Mengurus pelbagai bentuk bantuan pelajar

2.1.1    Biasiswa

Tujuan

Untuk membantu membiayai perbelanjaan persekolahan pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi dalam pelajaran. Biasanya, syarat dan kriteria pemilihan akan dinyatakan dalam borang permohonan. Dalam aspek ini, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk dicalonkan sebagai penerima biasiswa. Semua penerima biasiswa wajib membuka satu akuan di BSN tanpa kad (Akaun Giro) dan bukunya akan disimpan oleh PK HEM / PK KK / Guru-guru Biasiswa sehingga mereka tamat persekolahan. Setiap orang pelajar hanya dibenarkan menerima satu jenis tawaran biasiswa.

 Jenis-jenis biasiswa

Page 14: Hem Sarikei

Bil Jenis Biasiswa Keterangan1 Yayasan Sarawak

 

Borang permohonan akan dikeluarkan pada hujung bulan Januari. Calon-calon yang terpilih akan mendapat Borang Permohonan dari PK HEM. Laporan prestasi Ujian Penggal penerima biasiswa yang disediakan oleh PK HEM akan dihantar ke pejabat Yayasan Sarawak pada Bulan Jun dan November setiap tahun.

 2 Biasiswa Kecil

Persekutuan (BKP)

 

Seperti YS, borang permohonan juga akan dikeluarkan pada awal bulan Januari . Tumpuannya juga diberikan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang mampu. Hanya pelajar-pelajar yang layak akan diberikan borang permohonan tersebut. Senarai penerima baru akan dimaklumkan pada bulan September / Oktober. Jumlah biasiswa ialah RM 840.00 setahun untuk pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

 3 MLNG dan

Petronas

Permohonan bermula pada bulan Januari dan tarikh tutup pada bulan Februari. Biasiswa ini hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja. Dua calon dari setiap tingkatan. Keputusan akan dimaklumkan pada bulan Mei / Jun. Jumlah biasiswa ialah RM660.00 setahun.

 

Page 15: Hem Sarikei

4 Yayasan Telekom Tawaran bermula pada bulan Februari dan borang permohonan perlu dihantar pada bulan Mac. Hanya ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 4 sahaja yang cemerlang dalam akademik dan berkelayakan iaitu jumlah pendapatan ibubapa kurang daripada RM1000.

Penerima biasiswa akan diberi elaun poket sebanyak RM50 sebulan untuk Tingkatan 1 dan RM70 sebulan untuk Tingkatan 4. Bayaran PMR dan SPM boleh dituntut dengan resit pembayaran.

 5 Biasiswa SHELL Hanya ditawarkan kepada pelajar-

pelajar lepasan SPM. Borang permohonan boleh didapati daripada Pejabat Pelajaran Daerah pada bulan Februari. Borang permohonan perlu dikembalikan kepada syarikat tersebut dalam tempoh seminggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

6 Dermasiswa SHELL

Ditawarkan oleh Sarawak Shell Berhad/ Sabah Shell Petroleum Company Ltd. Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang layak dan berpotensi. Penawaran akan dibuat mulai bulan Januari. Pelajar-pelajar yang berjaya akan menerima cek/ draf bank yang bernilai RM600 yang akan disampai pada Majlis Penganugerahan Pendidikan Shell atau dihantar kepada penerima melalui Pengetua sekolah.

Insentif Skim Hadiah Cemerlang oleh Pihak Yayasan Sarawak berdasarkan keputusan

Page 16: Hem Sarikei

peperiksaan umum pelajar. Penerima akan dimaklum melalui pengetua. Majlis penyampaian biasanya akan diadakan pada bulan April / Mei.

Para penerima akan dipilih oleh Pihak Yayasan Sarawak berdasarkan keputusan peperiksaan umum pelajar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 17: Hem Sarikei

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 18: Hem Sarikei

 

 

** Guru Tingkatan diminta mengutip Borang Permohonan dan menyerah kepada PK HEM / PK PP / Guru biasiswa pada tarikh yang ditetapkan.

 

2.2       Bantuan Pakaian Seragam

Rasional

Satu skim oleh kerajaan Negeri Sarawak dari kelas-kelas Tingkatan 1 dengan membekalkan seragam, kasut dan beg sekolah secara percuma.

 Borang Skim Pakaian Seragam akan diedarkan kepada pelajar-pelajar  Tingkatan 1 yang layak melalui Guru Tingkatan. Guru Tingkatan akan mengumpul balik semula borang tersebut pada hujung bulan Januari dan diserahkan kepada PK(HEM). Pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti akan dimaklumkan kemudian oleh PK(HEM).

 Objektif

1.         Memberi insentif atau perangsang dalam bentuk pakaian seragam, kasut dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar untuk bermula persekolahan mereka di sekolah rendah (Tahun Satu) atau sekolah menengah (Tingkatan Satu) dengan selesa.

Page 19: Hem Sarikei

2.         Mengurang beban dan tanggungjawab keluarga yang kurang mampu dengan memberi bantuan asas persekolahan kepada anak-anak mereka demi kepentingan pendidikan.

2.3       Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

SPBT bertujuan membantu semua pelajar yang layak menerima Buku Teks.

 2.4       Kesihatan Pelajar

Rasional

Kesihatan merupakan satu proses yang dinamik dan sentiasa berubah dan tidak boleh diperolehi dengan serta merta tetapi melalui pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berterusan dan berpanjangan. Keadaan fizikal, emosi, mental, sosial dan rohani adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan keseimbangan di antaranya adalah amat penting dalam hidup seseorang individu. Andainya salah satu daripada aspek kesihatan ini terganggu atau diabaikan, maka kesihatan lain akan terganggu dan seseorang itu dikatakan tidak lagi sihat.

 Objektif

1.         Program-program peningkatan kesihatan dan kebersihan untuk kepentingan pelajar dengan kerjasama dan sokongan agensi lain.

2.         Sekolah melaksanakan program peningkatan keselamatan dan keceriaan supaya kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: Hem Sarikei

3.         Kerjasama yang erat di antara sekolah dan masyarakat digalakkan untuk kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.

Program / Aktiviti

1.         Pertandingan 3K (Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah)

2.         Program Bebas Denggi dan Amalan Kebersihan di Sekolah.

3.         Pengurusan Buku/ Kad Rekod Kesihatan Murid (RKM I).

4.         Kawalpandu Kebersihan Kantin dan Persekitaran.

5.         Skim Subsidi Cermin Mata – pengujian penglihatan murid dengan Carta “E” Snellen.

6.         Pendidikan Kesihatan – ceramah kebersihan, kesihatan dan pengendalian makanan, pameran bahan pendidikan kesihatan, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster, drama kerja gotong-royong dan sebagainya.

 Pemeriksaan kesihatan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan dijalankan setiap tahun oleh Pegawai Kesihatan. Suntikan ATT adalah wajib untuk pelajar-pelajar berkenaan dan ia kemudian akan dicatatkan dalam Buku Kesihatan Pelajar sebagai rekod.

 Di samping itu, Ceramah Anti dadah dan Program Ujian Air Kencing juga akan dijalankan setiap tahun kepada pelajar-pelajar. Ia dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan dan Jabatan Narkortik Sarikei.

Page 21: Hem Sarikei

 

2.4.1 Kantin Sekolah

Rasional

1.         Menyediakan kemudahan tempat makan untuk  semua warga sekolah secara selamat, bersih dan halal serta memenuhi kriteria kesihatan Jabatan  Kesihatan / Majlis Daerah Tempatan.

2.         Mematuhi segala penetapan buku panduan Pengurusan Kantin Sekolah yang dikeluarkan oleh KPM.

3.         Guru Bertugas Harian perlu membuat / mengisi laporan harian kantin sekolah.

 2.4.2      Program bebas Denggi Peringkat sekolah

Kaedah Pelaksanaan

Enam kumpulan pengawas ditugaskan untuk memeriksa seluruh kawasan sekolah termasuk tandas, bilik guru, stor, kantin, makmal dan lain-lain untuk mengesan bekas-bekas yang mungkin bertakung air dan membuangkannya.

 Laporan mingguan akan disediakan oleh Penyelaras pengawas dan diserahkan kepada Guru Penyelaras untuk tindakan lanjut.

 Laporan bulanan akan disediakan oleh PK HEM berdasarkan laporan mingguan dan dihantarkan ke PPD dan Jabatan Kesihatan.

 2.4.3      Skim Subsidi Cermin Mata

Page 22: Hem Sarikei

Rasional

1.         Membuat tinjauan tentang pelajar-pelajar yang miskin/ kurang mampu yang perlu memakai cermin mata.

2.         Pelajar diminta mengisikan Borang Permohonan untuk skim ini dan akan disahkan oleh Pihak Sekolah.

3.         Pelajar diminta berjumpa dengan pembekal cermin mata  yang terlibat dalam skim ini untuk tindakan lanjut.

 2.5       Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Rasional

1.         Membantu pelajar mengenalpasti potensi dan bakat sendiri.

2.         Membimbing pelajar mencari jalan menyelesaian masalah peribadi.

3.         Membimbing pelajar memilih aliran pembelajaran berdasarkan kebolehan sendiri.

4.         Membimbing pelajar agar kurang terlibat dalam salahlaku disiplin.

5.         Membimbing pelajar untuk membantu pelajar lain.

6.         Membangunkan kepimpinan pelajar.

7.         Membimbing pelajar dalam menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan.

Page 23: Hem Sarikei

8.         Membimbing pelajar dalam permohonan kemasukan ke universiti.

9.         Membimbing pelajar dalam pemilihan kerjaya.

10.       Menyediakan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain kepada pelajar.

 Jenis Khidmat Utama

1.         Khidmat inventori dan rekod.

2.         Khidmat memberi maklumat.

3.         Khidmat bimbingan kelompok.

4.         Khidmat kaunseling.

5.         Khidmat penempatan.

6.         Khidmat mencegah penyalahgunaan dadah.

7.         Khidmat rundingan dan rujukan.

8.         Khidmat penyebaran dan resos.

9.         Khidmat konferens dengan ibu bapa.

10.       Khidmat penilaian.

 2.6       Skim Takaful Pelajar Malaysia (STPM)

2.6.1    Objektif

Page 24: Hem Sarikei

Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah adalah bertujuan menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan kepada pelajar dan keluarga mereka bagi meringankan beban kewangan yang akan ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku apa-apa bencana, malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri.

 2.7       Yuran Sekolah

Semua pelajar dikehendaki membayar yuran sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan baru. Jika didapati ada pelajar-pelajar yang belum bayar atau kurang berkemampuan, sila maklumkan kepada PK HEM. Bagi pelajar-pelajar yang dikecualikan daripada pembayaran yuran, nama mereka akan direkodkan dan dimaklumkan kepada Guru Tingkatan berkenaan oleh PK HEM.

 Bagi pelajar-pelajar baru di kelas-kelas Peralihan dan T. I, mereka sepatutnya telah membayar yuran semasa pendaftaran. Jika belum, PK (HEM) akan memaklumkan kepada guru tingkatan untuk tindakan selanjutnya. Berikut adalah bayaran keperluan untuk setiap pelajar:

 

A.     Bayaran Keperluan Pelajar Baru  BIL. JENIS BAYARAN AMAUN BAYARAN1 e-Lapor Kemajuan Akademik Pelajar RM  2.002 Buku Laporan Kokurikulum Pelajar RM  2.003 Baju PJK RM 20.004 Tali Leher RM 10.005 Buku Latihan dan Kertas Jawapan (1 set) RM 20.00

Page 25: Hem Sarikei

6 Lencana Nama (3 keping) RM  6.007 Tracksuit RM 20.00

JUMLAH RM 80.00

 

B.     Bayaran Lain  

BIL. JENIS BAYARAN AMAUN BAYARAN1 Bayaran Tabung Bangunan (Dipungut oleh

Lembaga Pengurus Sekolah)RM  30.00

2 Sumbangan PIBG RM  10.00JUMLAH RM 40.00

 

C.     Bayaran Komputer  

BIL. JENIS BAYARAN AMAUN BAYARAN1 Bayaran Tahunan Komputer Bayar sekali gus (RM

90.00)                    Bayar Dua Kali (RM 50+RM 50)

 

 

3          MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PELAJAR

 3.1       Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

3.1.1    Pendahuluan

Page 26: Hem Sarikei

PBSS merupakan satu program yang menyatupadukan atau yang mempunyai semua aktiviti-aktiviti kesihatan di sekolah. Aktiviti-aktiviti kesihatan  termasuklah semua aktiviti yang sedia ada seperti pemeriksaan fizikal murid-murid sekolah, perkhidmatan pergigian, Rancangan makanan Tambahan, kempen Sekolah Bebas Denggi dan lain-lain serta semua aktiviti-aktiviti kesihatan yang bakal dijalankan di sekolah nanti.

 Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah, PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat:

 1.         Polisi kesihatan sekolah.

2.         Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat.

3.         Persekitaran sosial sekolah yang sihat dan selamat.

4.         Penglibatan komuniti.

5.         Kemahiran kesihatan diri.

6.         Perkhidmatan kesihatan sekolah.

 3.1.2    Matlamat PBSS

Menetapan polisi kesihatan sekolah. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih,

ceria dan selamat. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan

amalan cara hidup sihat. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam

program kesihatan sekolah.

Page 27: Hem Sarikei

Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

 3.1.3    Peranan

Bil Pihak Peranan1 Murid Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

PBSS yang dirancang. memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS

yang boleh dilaksanakan. Mempertingkatkan pengetahuan dan

kemahiran kesihatan supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.

Menyampaikan maklumat kepada ibubapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah.

 2 Guru memahami teras-teras utama PBSS.

menyokong, melaksana dan memperkukuh aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.

Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat Sekolah.

Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.

Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.

Memberi penerangan kepada ibubapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS.

 3 Pengetua memberi penerangan kepada guru-guru

mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah. menubuhkan Jawatankuasa PBSS di

Page 28: Hem Sarikei

peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru.

Merancang aktiviti dengan mengambil kira keperluan warga sekolah, pengalaman murid dan guru, kemahiran kesihatan dan kemahiran berfikir secara kritis, kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan.

Memastikan murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.

Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan PBSS.

 4 Ibu bapa

dan Masyarakat

Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah.

Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS.

Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS.

Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.

Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

 

 

 

 

Page 29: Hem Sarikei

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 30: Hem Sarikei

 

 

 

 

3.2       Konsep Sekolah Selamat

3.2.1    Definisi

Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

 3.2.2    Matlamat

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

 3.2.3    Objektif

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah.

 3.2.4    Rasional

Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.

Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.

Page 31: Hem Sarikei

Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.

Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

 3.2.5    Bidang Keselamatan

Bil Bidang Keterangan1 Bidang Aktiviti

Murid

Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.

Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum.

Keselamatan semasa mengadakan kegiatan luar.

Tatacara tindakan apabila berlaku kemalangan dalam atau luar kawasan sekolah.

 2 Bidang

Bencana Alam

Kebakaran. Banjir. Perubahan cuaca. Wabak Penyakit

 3 Bidang Fizikal

Dan Bangunan Sekolah

Keselamatan pendawaian dan peralatan elektrik.

Tandas. Keselamatan peralatan (Loose

handrails & tingkap pecah). Kerosakan perabot kelas. Keselamatan penghuni asrama. Keselamatan makmal sains. Keselamatan Bengkel. Keselamatan Pusat Sumber /

Perpustakaan. Keselamatan padang dan gelanggang

permainan. Keselamatan stor, kebun sains

pertanian.

Page 32: Hem Sarikei

Keselamatan di kawasan sunyi dan gelap.

Keselamatan semua bangunan dalam kawasan sekolah.

 4 Bidang Sosial Gangguan Seksual.

Keselamatan gangguan emosi dan rohani.

Keharmonian Kaum di sekolah. Membuli / Pelacuran. Peras ugut. Sumbang Mahram.

 5 Bidang

Persekitaran dan Lokasi Sekolah

Kawasan air bergerak/ statik (sungai/ lombong/ laut/ tasik/ air terjun).

Sekolah berhampiran jalanraya, lebuh raya & rel keretapi.

Kawasan Bukit. Kawasan Perumahan / Bandar-bandar

Besar. Kawasan Pendalaman. Kawasan Rancangan (Felda /

FELCRA / SLD).

 

 

 

 

 

 

Page 33: Hem Sarikei

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.3       Program Keceriaan & Kebersihan Sekolah

Page 34: Hem Sarikei

Program keceriaan sekolah akan digiatkan lagi pada Tahun 2012. Ia merangkumi semua kawasan sekolah termasuklah bahagian luaran dan dalaman bangunan.

 Keceriaan sekolah akan dibahagikan kepada 5 kawasan dan dibawa jagaan 10 orang pekebun kontrak dengan bantuan Lembaga-lembaga sekolah setelah program penanaman semula pokok dan bunga dilakukan.

 3.4       Perhimpunan Sekolah

Bil Perkara Aktiviti1 Objektif Memberi taklimat umum dan maklumat

terkini kepada semua warga sekolah.

 2 Masa Setiap Hari Rabu 07.00 – 07.40 (Sesi Pagi)

 3 Tempat Dewan Sekolah.

 4 Aturcara Pemeriksaan oleh Guru-guru Tingkatan &

Guru-guru Disiplin. Nyanyian LAGU NEGARAKU DAN LAGU IBU

PERTIWIKU. Doa -Terpilih. Taklimat oleh Tuan Pengetua. Pengumuman laporan. Bersurai. Amaran dan Hukuman diberi kepada pelajar-

pelajar yang berambut panjang dan kuku panjang.

 

Page 35: Hem Sarikei

5 Catatan Perhimpunan dikendalikan oleh Lembaga Pengawas Sekolah.

Pada Hari Perhimpunan, masa setiap waktu akan dipendekkan 5 minit supaya hari persekolahan masih ditamatkan seperti hari persekolahan biasa.

Laluan pelajar-pelajar pergi ke Dewan adalah seperti di Lampiran.

 6 Tugas

Utama

Mengawal pelajar-pelajar berbaris di luar bilik darjah dan pergi ke Dewan ikut barisan.

Menyediakan sistem PA dan pentas di Dewan. Mengawal disiplin pelajar dalam dewan

semasa perhimpunan berlangsung. Mengawal pelajar keluar dewan apabila tamat

perhimpunan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 36: Hem Sarikei

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4          MENGEMASKINI PELBAGAI DOKUMEN/ REKOD/ LAPORAN PELAJAR

 4.1       Buku Kesihatan Pelajar

Buku Kesihatan Pelajar juga diuruskan oleh guru tingkatan dan disimpan dalam pejabat PK HEM. BiIa berpindah, pelajar akan membawa bersama-sama buku ini. Jadi, semua pelajar wajib menyerahkan buku ini kepada guru tingkatan. Guru tingkatan pula perlu mengisi maklumat-maklumat pelajar-pelajar terkini seperti ketinggian, berat badan dsb dalam Buku Kesihatan Pelajar.

 4.2       Laporan Bulanan Pelajar (Jumlah Pelajar Dalam Kelas)

Page 37: Hem Sarikei

Pada setiap akhir bulan, setiap guru tingkatan dikekendaki menghantar laporan ini kepada PK HEM pada tarikh yang telah ditetapkan. Maklumat ini adalah penting untuk mengemaskinikan enrolmen pelajar-pelajar sekolah mengikut kaum; perpindahan keluar dan kemasukan pelajar baru. Maklumat ini kemudian akan dihantar ke JPB untuk direkodkan.

 4.3       Laporan Disiplin Bulanan

Laporan ini dihantar 3 kali dalam setahun, iaitu 30 April, 31 Ogos dan 10 Oktober. Guru tingkatan perlu mengisikan laporan tersebut berpandukan rekod salahlaku pelajar pada bulan-bulan Jan-Apr / Mei-Ogos/ Sept-Okt dan serahkannya kepada PK HEM pada tarikh yang dinyatakan. Semua maklumat ini akan direkodkan ke dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) dan dihantar ke JPN melalui talian untuk tindakan selanjutnya.

 4.4         Mata Merit-Demerit

Guru Kaunseling dikehendaki menghantar jumlah mata M-D pelajar untuk maklumat dan rujukan Pengetua dan PK HEM sekali sebulan. Semua guru diingatkan bahawa pelajar-pelajar yang memperlihatkan perubahan dalam perlakuan, khususnya mereka yang telah mengumpul banyak mata demerit, diberi galakan dan diberi mata merit.

 4.5         Sijil Akuan Persekolahan Peiajar Tingkatan 5

Semua guru tingkatan 5 perlu menyediakan sijil tersebut pada bulan September. Keperibadian pelajar dinilai oleh semua guru mata pelajaran. Maklumat lain seperti sumbangan khas, pencapaian dalam

Page 38: Hem Sarikei

bidang ko-kurikulum dan catatan guru tingkatan perlu diisi sebelum ia diserahkan kepada PK HEM untuk dimasukkan ke dalam komputer.

 4.6       Sistem Maklumat Murid (SMM)

Mulai April 2005, semua sekolah di Sarawak akan mengemaskinikan maklumat peribadi pelajar dengan memasukkan data-data peribadi pelajar ke dalam software `Sistem maklumat Murid’ (SMM) dan dihantar ke JPN Kuching dua kali setahun iaitu 30 April dan 15 Julai. Semua Guru Tingkatan dikehendaki mengemaskinikan/ melengkapkan maklumat peribadi pelajar semula dan serahkan kepada SMM untuk kerja key-in.

 4.7       Jumlah kehadiran pelajar

Jumlah kehadiran tahunan juga wajib diserahkan kepada PK HEM pada akhir bulan Oktober untuk direkodkan atau tindakan lanjut