berita petaling jaya • mac

16
PERCUMA MAC - APRIL 2014 Bil. 3/2014 Jamadilawal - Jamadilakhir 1435 Berita PETALING JAYA www.mbpj.gov.my majlis bandaraya PJ Petaling Jaya City Council petaling jaya city council JALAN YONG SHOOK LIN, 28 MAC - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melancarkan stesen mengecas kereta elektrik pada 21 Mac lalu sebagai usaha mencapai status Bandar Raya Hijau Berkarbon Rendah. Penubuhan stesen ini telah mendapat kerjasama daripada organisasi First Energy Networks Sdn. Bhd. (FEN) dan Malaysian Green Technology Corporation. Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata pada masa ini, stesen mengecas pertama yang beroperasi di Ibu Pejabat MBPJ itu menawarkan khidmat secara percuma kepada orang ramai yang memiliki kereta hibrid sehingga tempoh yang akan dimaklumkan nanti. “Kami memberikan pelekat meletak kereta percuma selama setahun dan insentif rebat cukai taksiran sehingga 20 peratus kepada pemilik kereta hibrid bagi menyokong dasar teknologi hijau,” katanya selepas merasmikan pelancaran stesen berkenaan. Sementara itu, Ketua Projek FEN, Huzaimi Omar berkata setakat ini terdapat 20 stesen mengecas seumpamanya yang beroperasi di enam negeri dengan kawasan Petaling Jaya terdapat empat stesen iaitu di Ibu Pejabat MBPJ, Jaya One serta masing-masing di pusat pameran Nissan dan Renault. “Kereta elektrik ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa empat jam dan boleh bergerak antara 150 hingga 200 kilometer,” jelasnya. Naib Presiden Kanan, Malaysia Green Technology Corporation, Mohamed Azrin Mohamed Ali pula berkata projek itu akan ditingkatkan untuk memajukan industri kenderaan berteknologi hijau seperti bas elektrik dan motosikal elektrik. Dalam pada itu, MBPJ akan meneruskan perancangan memberi parkir percuma selama setahun kepada pemilik kereta hibrid dan elektrik berikutan sambutannya yang menggalakkan. “Inisiatif yang bermula sejak 2011 ini telah memberikan parkir percuma kepada 209 pemilik kereta dan terbaru 16 pemilik rumah telah menerima diskaun cukai taksiran atas daya usaha mereka sendiri dengan menerapkan elemen kehijauan di rumah masing-masing. “MBPJ juga sedang mengkaji kemungkinan untuk menggunakan bas elektrik sebagai bas komuniti pada masa akan datang,” kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad lagi. Program Seksyen 52 Bandar Sihat, Selamat Dan Berbudaya Platform Promosi Pusat Bandar PJ Inisiatif Membela Nasib Golongan Miskin Bandar Ahli Majlis Sesi 2014 - 2015 m/s 03 m/s 09 & 10 m/s 14 & 15 MBPJ LANCAR STESEN MENGECAS KERETA ELEKTRIK PERCUMA Dari kanan, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan stesen pengecas elektrik pertama di Ibu Pejabat MBPJ, sambil ditemani oleh bekas Ahli Majlis, Derek John Fernandez, Timbalan Setiausaha MBPJ, Hj. Ahmat Mohaayen Hj.Said, Pengarah Aduan Awam MBPJ, Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin, serta wakil daripada FEN dan Malaysian Green Technology Corporation 17 - 22 JUN 2014

Upload: nguyenthien

Post on 31-Dec-2016

337 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PETALING JAYA • Mac

PERCUMA MAC - APRIL 2014Bil. 3/2014 Jamadilawal - Jamadilakhir 1435

Berita PETALING JAYAwww.mbpj.gov.my majlis bandaraya PJ Petaling Jaya City Council petaling jaya city council

JALAN YONG SHOOK LIN, 28 MAC - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melancarkan stesen mengecas kereta elektrik pada 21 Mac lalu sebagai usaha mencapai status Bandar Raya Hijau Berkarbon Rendah.

Penubuhan stesen ini telah mendapat kerjasama daripada organisasi First Energy Networks Sdn. Bhd. (FEN) dan Malaysian Green Technology Corporation.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata pada masa ini, stesen mengecas pertama yang beroperasi di Ibu Pejabat MBPJ itu menawarkan khidmat secara percuma kepada orang ramai yang memiliki kereta hibrid sehingga tempoh yang akan dimaklumkan nanti.

“Kami memberikan pelekat meletak kereta percuma selama setahun dan insentif rebat cukai taksiran sehingga 20 peratus kepada pemilik kereta hibrid bagi menyokong dasar teknologi hijau,” katanya selepas merasmikan pelancaran stesen berkenaan.

Sementara itu, Ketua Projek FEN, Huzaimi Omar berkata setakat ini terdapat 20 stesen mengecas seumpamanya yang beroperasi di enam negeri dengan kawasan Petaling Jaya terdapat empat stesen iaitu di Ibu Pejabat MBPJ, Jaya One serta masing-masing di pusat pameran Nissan dan Renault.

“Kereta elektrik ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa empat jam dan boleh bergerak antara 150 hingga 200 kilometer,” jelasnya.

Naib Presiden Kanan, Malaysia Green Technology Corporation, Mohamed Azrin Mohamed Ali pula berkata projek itu akan ditingkatkan untuk memajukan industri kenderaan berteknologi hijau seperti bas elektrik dan motosikal elektrik.

Dalam pada itu, MBPJ akan meneruskan perancangan memberi parkir percuma selama setahun kepada pemilik kereta hibrid dan elektrik berikutan sambutannya yang menggalakkan.

“Inisiatif yang bermula sejak 2011 ini telah memberikan parkir percuma kepada 209 pemilik kereta dan terbaru 16 pemilik rumah telah menerima diskaun cukai taksiran atas daya usaha mereka sendiri dengan menerapkan elemen kehijauan di

rumah masing-masing.

“MBPJ juga sedang mengkaji kemungkinan untuk menggunakan bas elektrik sebagai bas komuniti pada masa akan datang,” kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad lagi.

Program Seksyen 52 Bandar Sihat, Selamat Dan BerbudayaPlatform Promosi Pusat Bandar PJ

Inisiatif Membela Nasib Golongan Miskin Bandar

Ahli Majlis Sesi 2014 - 2015

m/s 03 m/s 09 & 10 m/s 14 & 15

MBPJ LANCAR STESEN MENGECAS KERETA ELEKTRIK PERCUMA

Dari kanan, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan stesen pengecas elektrik pertama di Ibu Pejabat MBPJ, sambil ditemani oleh bekas Ahli Majlis, Derek John Fernandez, Timbalan Setiausaha MBPJ, Hj. Ahmat Mohaayen Hj.Said, Pengarah Aduan Awam MBPJ, Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin, serta wakil daripada FEN dan Malaysian Green Technology Corporation

17 - 22 JUN 2014

Page 2: BERITA PETALING JAYA • Mac

TAMAN MEGAH, 18 MAC – Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata usaha Kelab Rotary Petaling Jaya (RCPJ) yang memberi tumpuan kepada golongan ibu tunggal menjalankan perniagaan bakeri merupakan contoh terbaik kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain.

Projek Supermom Bakery telah bermula sejak Ogos 2012 dan memberi pendedahan dalam bidang keusahawanan serta memberi latihan pembuatan kek, roti dan biskut kepada mereka yang layak.

“Saya berharap pertubuhan NGO lain dapat mengikut contoh usaha yang dilakukan oleh RCPJ dalam membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan sumber kewangan mereka seterusnya mengurangkan lagi jurang golongan miskin di Petaling Jaya,” katanya semasa merasmikan majlis.

Majlis perasmian Projek Supermom Bakery turut dihadiri oleh Timbalan Datuk Bandar, Tuan Puasa Md Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan Ahli Majlis Zon 7, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ir. Lee Suet Sen.

Usaha RCPJ membantu golongan ibu tunggal agar

dapat mempelajari selok-belok perniagaan dan memperoleh pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain dan seterusnya menjadi usahawan berjaya patut dipuji.

Beliau berkata RCPJ perlu merancang sesuatu agar produk yang dihasilkan Supermom Bakery dapat menembusi pasaran di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya menyarankan agar produk Supermom Bakery ini dapat diperluaskan dan menembusi pasaran perniagaan di pasar raya terkemuka agar perniagaan ini sentiasa maju dan berjaya,” ujarnya.

Pada masa yang sama, golongan ibu tunggal turut diberi tunjuk ajar daripada Malaysian Institute of Baking (MIB) tentang cara pembuatan pastri supaya dapat dipraktikkan untuk menghasilkan produk yang lebih bermutu tinggi.

Projek Supermom Bakery telah mendapat tajaan sebanyak RM120,000 daripada Sun Media Management dan MBPJ telah membenarkan Pusat Komuniti Gelanggang Sukan Skuasy di SS24/1 sebagai tempat modus operandi tanpa bayaran sewa selama tiga tahun.

RCPJ telah mensasarkan pendapatan pelan pemasaran

mereka sebanyak RM18,000 sebulan namun sehingga kini mereka hanya mampu mendapatkan pendapatan pulangan purata sebanyak RM13,000 berikutan kos operasi yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan kerja pembersihan tandas awam MBPJ melalui Contract for Service yang dilaksanakan MBPJ terbukti berjaya dan mutu kebersihan tandas adalah lebih baik.

“Kita melantik golongan ibu tunggal dan membayar mereka sebanyak RM1,500 sebulan untuk membersihkan tandas awam, dewan dan bangunan milik MBPJ dan hasil laporan yang saya terima kebersihan tandas awam

adalah lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik sebelum ini,” kata Datin PAdukaAlinah Ahmad.

02 BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H BERITAProjek Supermom Bakery Tumpu Golongan Ibu Tunggal

DATUK BANDAR : Datin Paduka Alinah binti Ahmad

TIMBALAN DATUK BANDAR : Puasa bin Md. Taib

TIMBALAN SETIAUSAHA : Hj. Ahmat Mohaayen bin Hj. Said

PENGARAH PERBENDAHARAAN : Hjh. Sa’diyah binti Khasiman

PENGARAH PERANCANGAN PEMBANGUNAN : Hjh. Sharipah Marhaini binti Syed Ali

PENGARAH KEJURUTERAAN : Ir. Ismail bin Shafie

PENGARAH PENILAIAN : Datin Sr. Amreeta Kaur a/p Pretham Singh

PENGARAH KESIHATAN PERSEKITARAN : Dr. Chithradavi a/p Vadivellu

PENGARAH KAWALAN BANGUNAN : Hamidah binti Ariffin

PENGARAH KEMASYARAKATAN : Aznan bin Hj. Hassan

PENGARAH PENGUATKUASA : Mohd Fauzi bin Maarop

PENGARAH LANDSKAP : Zuraidah binti Sainan

PENGARAH UNDANG-UNDANG : Abd. Muttalib bin Mohd Ali

PENGARAH PERHUBUNGAN AWAM : Haniza binti Abdul Hamid

PENGARAH AUDIT DALAM : Hj. Ainul Adnan bin Abdul Rahaman

PENGARAH ADUAN AWAM : Tengku Nazaruddin bin Tengku Zainudin

KETUA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) : Lee Lih Shyan

KETUA UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) : Nor Shabani binti Johari

PENAUNG : Datin Paduka Alinah binti Ahmad Datuk Bandar Petaling Jaya

PENASIHAT : Puasa bin Md. Taib Timbalan Datuk Bandar

KETUA PENGARANG : Haniza binti Abdul Hamid

PENOLONG PENGARANG : Zainun binti Zakaria

PENGARANG BERITA : Siti Husna binti Idrus

WARTAWAN : Nor Shalizawati binti Hj. Baharudin Muhamed Azmi bin Yusoff Ahmad Iskandar bin Mohamad Mukhtar

WARTAWAN : Hasbullah bin Juyahir Saidatulanirah binti Zakaria

JURU GAMBAR : Rusdi bin Mohammed Halik Intan Khairana binti Md. Zali Salimey bin Abu Bakar

PEREKA GRAFIK : Shamsul Bahrin Abdul Muttalib Badrul Hisham bin A Bakar

MAKLUM BALAS DAN : Unit Perhubungan AwamCADANGAN HANTARKAN Majlis Bandaraya Petaling JayaKEPADA : 03-7956 3544 samb. 203 / 205 / 206 : 03-7958 2695 : [email protected]

Pengurusan MBPJ

Sidang REDAKSI

Berita Petaling Jaya Diterbitkan Oleh : MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYAJalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | Tel : 03-7956 3544 | Faks : 03-7958 2695 | E-mel : [email protected] | Laman Sesawang : www.mbpj.gov.my

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected]) ([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

([email protected])

: Petaling Jaya City Council: petaling jaya city council

: majlis bandaraya PJ

Enak! Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad sedang memilih beberapa jenis roti untuk juadah petang sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin, Ahli Majlis Zon 7, Ir. Lee Suet Sen dan Presedin RCPJ, H.S. Dharan

Page 3: BERITA PETALING JAYA • Mac

BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H 03ZON 1 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJU 8 (Damansara Perdana),PJU 9 (Bandar Sri Damansara), PJU 10 (Damansara Damai)

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Tingkat 1, Dewan BU 3/1, Bandar Utama, PJU 6, 47800 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-7726 5164 / 03-6277 6463 FAKS: 03-7722 3569 HP: 019-317 8599 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 2 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJU 6 (Bandar Utama), PJU 7 (Mutiara Damansara) dan Kg. Sungai Kayu Ara

ZON 3 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJU 4 & PJU 5

ZON 4 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJU 1A, PJU 2 (Taman Perindustrian Jaya) & PJU 3

ZON 5 KAWASAN PERKHIDMATAN: SS 21, SS 22 & SS 22A

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: 9, Jalan SS22/16, 47400 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-7726 0441 HP: 012-329 9912 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 6 KAWASAN PERKHIDMATAN: SS 23, SS 24 & SS 26

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: No. 1, Jalan SS 2/54, 47300 Petaling Jaya,Selangor TEL.: 03-7873 6579 FAKS : 03-7876 2686 HP: 019-384 8440 E-MEL: [email protected]

ZON 7 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJU 1, SS 25 & SS 4

ZON 8 KAWASAN PERKHIDMATAN: SS 2

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Unit 22, Sunken Plaza, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-7960 7505 FAKS : 03-7957 9791 HP: 012-218 2949 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 9 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 17A, SEK. 19 & SS 20

ZON 10 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 16 & SEK. 17

ZON 11 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 11, SEK. 12 & SEK. 13

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: 84A, Jalan Othman 1/14, 46000 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-2726 2987 FAKS: 03-2726 2986 HP: 012-389 8054 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 12 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 5 & SEK. 10

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Unit 21, Sunken Plaza, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya,Selangor TEL.: 03-7960 2703 FAKS: 03-7744 4873 HP: 012-379 2189 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 13 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 6, SEK. 7, SEK. 9 & SEK. 52

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Unit 15, Sunken Plaza, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-7785 2426 HP: 012-206 3077 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 14 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 8, SEK. 14 & SEK. 51A

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Unit 16, Sunken Plaza, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-3381 6940 HP: 012-781 3287 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 15 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 2, SEK. 3, SEK. 4 & SEK. 51

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Pejabat Ahli Majlis Zon 15, Stadium Hoki MBPJ, Jalan Selangor, 46050 Petaling Jaya, Selangor TEL. / FAKS : 03-7770 1154 HP: 019-285 998 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 16 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 1, SEK. 1A & SEK. 18

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: 85B, Jalan 1/12, 46000 Petaling Jaya, Selangor HP: 012-525 6008 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 17 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJS 1 & PJS 3

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Tingkat 1, Dewan Jalan Medan 12, Jalan PJS 3/14, 46000 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-7785 3103 HP: 019-350 9130 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 18 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJS 2 & PJS 4

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Unit 2-07 Dan 2-08, Tingkat 1, Kompleks Pasar, Taman Dato’ Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-7785 6013 HP: 016-290 0350 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 19 KAWASAN PERKHIDMATAN: SEK. 20, SEK. 21 & SEK. 22

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Unit 15, Sunken Plaza, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor. TEL.: 03-7960 0210 HP: 016-244 2581 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 20 KAWASAN PERKHIDMATAN: SS 1, SS 3 & SS 9A

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Pusat Komuniti MBPJ Jalan SS 3/39,47300 Petaling Jaya, Selangor HP: 012-211 2125 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 21 KAWASAN PERKHIDMATAN: SS 5 & SS 6

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Balairaya SS 6/1, 47301 Petaling Jaya, Selangor TEL.: 03-7806 4798 HP: 019-310 7904 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 22 KAWASAN PERKHIDMATAN: SS 7 & SS 11

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Dewan Serbaguna SS 7/28, 47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. TEL./FAKS : 03-7804 0015 HP: 013-340 7527 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 23 KAWASAN PERKHIDMATAN: SS 8, SS 9 & SS 10

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jalan SS 9/10, Sg. Way 47300 Petaling Jaya, Selangor TEL. / FAKS : 03-7875 5902 HP: 019-384 3962 E-MEL: [email protected] [email protected]

ZON 24 KAWASAN PERKHIDMATAN: PJS 5, PJS 6, Sebahagian Kecil PJS 7, PJS 8 & PJS 10

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS: Dewan Taman Dato’ Hormat PJS 10/34, 46000 Petaling Jaya, Selangor. TEL. : 03-5635 8359 HP: 019-239 9809 E-MEL: [email protected] [email protected]

EN. SURIASE A/L GENGIAH Y.M RAJA FAIRUZ BINTI RAJA MAZLAN

ENCIK ARIFFIN BIN MAHAIYUDDIN

ENCIK ANG MING ERN EN. JEYASEELEN A/L T. ANTHONY

PUAN CYNTHIA MANONMANI A/P MICHAEL GABRIEL ENCIK OON CHONG LING

EN. TEH CHI-CHANG ENCIK TANG FUIE KOH TN. HAJI MOHD GHAZALI BIN DAUD

PUAN SIA SIEW CHIN DR.STRERAM A/L SINNASAMY ENCIK AZIZI BIN ARIFFIN

ENCIK MAHHARUL BIN ISMAIL

EN. AZRI BIN MOHAMAD ARISH

TUAN IR.LEE SUET SEN ENCIK TONY CHEONG SIEW THONG

ENCIK HALIMEY BIN ABU BAKAR

AHLI MAJLIS SESI 2014 - 2015

Sumber : Bahagian Urus Setia , Jabatan Khidmat Pengurusan

Belum Diisi Belum Diisi

Belum Diisi

Belum Diisi

Belum Diisi

Encik Suriase A/L Gengiah Encik Mahharul Bin Ismail

Encik Tang Fuie Koh

Dipantau Oleh Dipantau Oleh

Dipantau Oleh

Belum Diisi

Page 4: BERITA PETALING JAYA • Mac

04 BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H BERITA

KELANA JAYA, 10 MAC – Bahagian Komuniti, Sosial dan Belia, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan program Wanita Cekal Berani Menghadapi Cabaran sempena Hari Wanita Sedunia di Dewan D’Kelana, Kelana, Jaya.

Menggunakan tema “Kesaksamaan Wanita, Kemajuan Untuk Semua”, program itu telah menerima penglibatan peserta daripada Program Peningkatan Pendapatan Komuniti Bandar (PPKB) dan Hal Ehwal Wanita (HEWA) yang bersama-sama menjayakan aktiviti.

Ahli Majlis Zon 17 MBPJ, YM Raja Fairuz Raja Mazlan berkata, program ini dapat membentuk sahsiah wanita bagi meningkatkan potensi diri dan hala tuju kerjaya serta menanamkan semangat keyakinan diri serta menjana pendapatan selain mengeratkan hubungan di kalangan para peserta.

“Saya difahamkan program ini disertai seramai 250 peserta yang menyertai pelbagai acara yang telah disusun oleh pihak penganjur, antaranya pertandingan gubahan bunga segar, sirih junjung, tuala, dan kek fondant,” katanya semasa merasmikan majlis.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang mengadakan pameran kesihatan dan keselamatan.

Pameran kesihatan dan keselamatan itu bertujuan memberi pendedahan dan informasi terutama kepada kaum wanita untuk mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya dan mangsa jenayah.

Program Wanita Cekal Berani Menghadapi Cabaran juga menampilkan penceramah dan Selebriti TV9, Ustazah

Noor Laila Aniza Zakaria yang menyampaikan ceramah motivasi bertajuk Kesederhanaan Dalam Mencapai Kesempurnaan.

Selain itu, pihak penganjur juga telah menjemput penyanyi Siti Fairuz yang menyampaikan beberapa buah lagu dan antara nyanyian popularnya Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu, yang pernah menjadi finalis Juara Lagu 1988.

Terdapat juga 12 gerai jualan barangan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) antaranya ialah Momy Ieta Bakery (Kek), D’Maznah Kosmetik, Nora Andaman (barangan perkahwinan), produk Shaklee, hasil tangan PPKB dan lain-lain lagi.

Turut hadir ke program ialah Ahli Majlis Zon 22 MBPJ, Azizi Ariffin, Penyelaras HEWA MBPJ, Datin Paduka Hjh. Norkhaila Jamaluddin serta bekas Ahli Majlis Zon 22 MBPJ, Norliana Mohamad.

Program Wanita Cekal Berani Hadapi Cabaran Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia

SOP Baharu Kendalikan Aduan AwamJALAN YONG SHOOK LIN, 26 MAC – Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan melaksanakan prosedur operasi standard (Standard Operating Procedure, SOP) baharu bagi mengendalikan aduan awam yang diterima daripada penduduk bandar raya Petaling Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata sistem berkomputer yang digunakan oleh Unit Aduan Awam akan disesuaikan mengikut SOP baharu untuk memudahkan pengadu mendapat maklum balas dan status terkini mengenai aduannya.

“Buat masa sekarang, Unit Aduan Awam menerima aduan dan akan melaporkannya kepada jabatan-jabatan MBPJ yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya dan mungkin tidak mendapat status terkini aduan itu,” jelasnya.

Menurutnya, di bawah SOP baharu Unit Aduan Awam akan menjadi pusat utama yang bertanggungjawab memberi maklum balas dan status terkini aduan yang diterima kepada pengadu.

Setiap aduan yang diterima akan dianalisis mengikut tempat dan kawasan sekitarnya yang akan membantu jabatan-jabatan MBPJ mengenal pasti aduan yang sama di kawasan tersebut dan mengelakkan aduan berulang.

Meriah! Sambutan Hari Wanita Sedunia mendapat penyertaan yang ramai dan pelbagai aktiviti dan pertandingan merancakkan suasana.

17 - 22 JUN 2014

Page 5: BERITA PETALING JAYA • Mac

BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H 05BERITA

BTI: Kaedah Baharu Tangani Denggi

JALAN YONG SHOOK LIN, 2 MAC – Umum mengetahui bahawa wabak denggi di negeri Selangor berada pada tahap yang membimbangkan, berikutan peningkatan kes jangkitan dan lokaliti wabak yang telah dikesan.

Hal ini juga termasuk beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya iaitu setakat ini, 738 kes dilaporkan serta 16 lokaliti yang berjaya dikesan sejak awal tahun 2014, dan masalah

KAWASAN KESMentari Court 1 ( A, B, C, D ) PJS 8 177

Seksyen 6, PJU 5 98Ridzuan Kondo 68

tersebut membimbangkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang sentiasa prihatin terhadap keselamatan penduduk.

Bagi mengatasi masalah berkenaan , MBPJ akan mengguna pakai kaedah semburan BTI atau nama saintifiknya Bacullus Thuringiensis Israelensis memandangkan ia dapat memerangkap serta membunuh jentik-jentik (larva) daripada membiak.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata MBPJ telah menyediakan dana bagi membeli 10 kilogram BTI untuk digunakan di beberapa lokaliti yang membimbangkan sekitar Petaling Jaya.

“Kita mengikut saranan Kementerian Kesihatan untuk menggunakan kaedah ini dan ia hanya sesuai digunakan di bahagian luar premis untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, MBPJ sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani

pembiakan wabak ini, namun usaha dan inisiatif yang diambil akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mendapat sokongan masyarakat.

Tambahnya, kesedaran serta usaha bagi menangani pembiakan wabak ini masih rendah khususnya di kalangan masyarakat bandar dan perkara ini wajar diberikan perhatian.

“Peningkatan jumlah kes di sini adalah disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang meletakkan amalan kebersihan sebagai perkara kedua,” katanya.

Beliau juga berharap agar semua Ahli Majlis dan warga kerja MBPJ dapat mengembleng tenaga bagi bersama-sama mengadakan gotong-royong dan membersihkan kawasan masing-masing.

“Orang ramai dinasihatkan agar dapat meluangkan masa selama 10 minit bersama keluarga untuk membersihkan kediaman masing-masing bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes,” ujarnya.

JALAN SULTAN

PERSIARAN BARAT

LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

AMCORP

MALL

HOSPITALMATA

TUN HUSSIEN ONN

TA

MA

N

JA

YA

BA

NG

UA

NA

NT

NB

STESEN LRTTAMAN JAYA

STESEN LRT

ASIA JAYA

DA

TA

RA

NP

ET

AL

ING

JA

YA

BANGUNANPERSEKUTUAN

MA

KT

AB

KE

RJ

AS

AM

AM

AL

AY

SIASEKSEYN 52

IBU PEJABATMBPJ /

DEWAN SIVIK

MC

IS

JALA

N PE

NCHA

LA

JALAN BARAT

JALA

N UT

ARA

JALA

N UT

ARA

JALAN UTARAJALAN SEMANGAT

JALAN

JALAN PANTAI

CHANGGAI

JALAN UTARA

JALANTIMUR

JALANTIMUR

JALAN SELANGOR

SHOOK LIN

JALAN YONG

LORONG SULTAN

ANGORELA

*Tertakluk kepada pindaan dalam proses reka bentuk kejuruteraan terperinci

Bahagian Penyelenggaraan, Jabatan Kejuruteraan,Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tingkat 13, Menara MBPJ,

Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya

Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Tel: 03 79584221

S

EBUHRLEB

PELAKSANAANSISTEM

JALAN SEHALA

JUN 2014

DI PUSAT BANDARSEKSYEN 52,

PETALING JAYAAKAN MULA DILAKSANAKAN

MBPJ menggunakan BTI untuk memerangkap dan membunuh jentik-jentik daripada membiak

Page 6: BERITA PETALING JAYA • Mac

06 BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H PENGUATKUASAAN

Awas Pusat Siber Haram!JALAN YONG SHOOK LIN, 24 MAC - Pembangunan teknologi yang pesat dalam lingkungan awam menjadi lebih mudah dicapai dengan adanya pusat siber dan kafe siber. Kewujudan pusat siber memberi banyak manfaat kepada masyarakat terutama sekali sebagai medium atau jaringan komunikasi yang lebih praktikal dan pantas.

Dengan adanya kemudahan ini, capaian maklumat dapat dilakukan dengan mudah pada bila-bila masa. Namun begitu, dalam arus pembangunan kini masih terdapat segelintir pengusaha pusat siber yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Seterusnya menimbulkan banyak masalah sehinggakan ada sesetengah masyarakat menganggap pusat siber sangat

berkait rapat dengan tempat perjudian, dan terkenal sebagai tempat pelajar sekolah melepak, ponteng sekolah, memuat turun video lucah dan sebagainya. Jika masalah ini tidak diatasi, rencatan moral di kalangan pelajar akan terus berleluasa.

Selaras dengan Undang- undang Kecil Pusat Siber & Kafe Siber (MBPJ) 2007 yang diguna pakai, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mempergiat operasi serta tindakan penguatkuasaan ke atas pusat siber yang melanggar peraturan di sekitar kawasan pentadbiran Petaling Jaya.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop, berkata tindakan penguatkuasaan ini bertujuan untuk mengekang premis-premis

ini beroperasi secara haram dan membantu mengurangkan gejala sosial di kalangan pelajar yang kerap berlaku di dalam premis tersebut.

“Ada antara pengusaha premis turut menggajikan pekerja warga asing sebagai penjaga di kaunter bayaran. Malah, kesemua premis berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta pintu besi automatik bagi menyukarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya kepada berita Petaling Jaya.

Sejak Januari hingga Mac 2014 MBPJ telah mengeluarkan sebanyak 15 kompaun dan 251 sitaan telah dikenakan ke atas premis-premis yang beroperasi tanpa lesen.

MBPJ menjalankan modus

operandi penguatkuasaan terhadap pusat siber yang tidak berlesen serta melanggar peraturan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Selain itu, anggota penguatkuasa juga akan menyita barang-barang keperluan yang digunakan di dalam premis seperti monitor, CPU, pemain DVD dan sebagainya yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Kesemua pengusaha premis pusat siber yang gagal mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MBPJ akan dikenakan kompaun. Selain itu, premis mereka juga akan dibekukan jika masih gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Walaupun penguatkuasaan telah digiatkan namun masih ada lagi premis pusat siber beroperasi secara haram. Ini menunjukkan bahawa tindakan penguatkuasaan harus diteruskan untuk mengurangkan jumlah pusat siber tanpa lesen yang boleh disifatkan sebagai cendawan yang tumbuh selepas hujan .

Dengan tindakan berkala ini MBPJ berharap agar masyarakat dapat bekerjasama membantu mengawasi anak-anak daripada gejala tidak sihat ini serta melaporkan pada pihak berkuasa sekiranya terdapat premis-premis yang mencurigakan beroperasi di kawasan kediaman anda.

Page 7: BERITA PETALING JAYA • Mac

BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H 07PENGUATKUASAAN

Halangan Lalu Lintas Dan Double Parking

JALAN YONG SHOOK LIN, 2 APRIL - Seiring dengan arus pemodenan, Petaling Jaya telah berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Setiap hari berlalu pantas dengan kenderaan yang bertali arus datang dan pergi untuk berurusan di Pusat Bandar Petaling Jaya dan premis-premis kerajaan mahupun perniagaan industri.

Tanpa disedari pengguna jalan raya bertambah saban hari. Secara tidak langsung menjadikan Petaling Jaya sebagai pusat tumpuan untuk kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat.

Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada pengguna kenderaan awam apabila ada segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya tanpa mempedulikan kepentingan pengguna lain.

Mereka meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan dan tak kurang juga yang meletakan kenderaan secara double parking.

Hal ini bukan sahaja mengundang kemarahan pengguna kenderaan yang lain tetapi turut membebankan banyak pihak.

Menyedari akan masalah yang timbul, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan inisiatif untuk mengurangkan masalah dengan melaksanakan tindakan tunda dan kapit kenderaaan bermotor yang melakukan kesalahan seperti menghalang lalu lintas, meletakkan kereta di luar kotak, meletakkan kenderaan di kawasan zon tunda dan sebagainya.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan, MBPJ Mohd Fauzi Maarop berkata sebelum ini terdapat banyak rungutan daripada orang awam mengenai kesesakan terutamanya di sekitar Pusat Bandar ekoran sikap pemilik kereta yang meletakkan kenderaan bertindih di jalan-jalan utama.

“Selain mengatasi kesesakan ia juga bertujuan mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin terutama dalam aspek meletakkan kenderaan di

tempat yang sesuai tanpa perlu mengganggu perjalanan lalu lintas.”

Kenderaan yang ditunda akan diberi tempoh selama 14 hari, jika tidak dituntut selama tempoh berkenaan ia akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan lebih dari tempoh yang ditetapkan akan menerima kompaun maksimum sebanyak RM100, manakala bagi kenderaan yang diletakkan di luar petak akan dikenakan kompaun maksimum RM300.

Bermula dari Januari hingga Mac 2014, MBPJ telah mengeluarkan sebanyak 892 kompaun kepada pesalah lalu-lintas. Sejak Januari hingga Februari 2014 pula sebanyak 1,048 kenderaan telah ditunda dan 505 kenderaan telah dikenakan tindakan kapit tayar.

Selain itu, masih terdapat kenderaan berat yang memasuki zon larangan seperti kawasan pusat bandar walaupun arahan telah dikeluarkan dan dipamerkan menerusi papan-papan tanda.

Tambah bermasalah

apabila ada sesetengah individu yang bertindak menghentikan kenderaan di bahu-bahu jalan untuk berurusan di premis berdekatan. Kesemua kesalahan yang dinyatakan ini akan dikenakan tindakan kapit dan tunda serta-merta.

Sebab utama tindakan ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat melalui penguatkuasaan sejajar dengan undang-undang yang digariskan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (MBPJ) 2007.

Namu begitu, pada masa yang sama MBPJ juga mengambil inisiatif lain dengan menyediakan lebih banyak ruang untuk kemudahan orang awam. Kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan di tempat-tempat yang strategik untuk meletakkan kenderaan seperti di Kompleks C sedang dilaksanakan.

Usaha ini menampakkan kebertanggungjawaban MBPJ yang sentiasa ingin memberikan khidmat terbaik untuk memudahkan masyarakat yang tinggal di bandar raya Petaling Jaya khususnya.

siapa pula double parking ni?tak apalah, mungkin sekejap je...

facebook.com/MMVectoristiclamanya tak alih-alih lagi kereta ni

janganlah pentingkan diri sendiri.nak balik....

17 - 22JUNE 2014

Page 8: BERITA PETALING JAYA • Mac

08 BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H

PROGRAMBANDAR RAYA BERDAYA HUNI

@ SEKSYEN 52

REKA BENTUK PEMBANGUNAN

BERORIENTASIKANTRANSIT (TOC)

KEMUDAHAN AWAM

BA

ND

AR

B

ER

INO

VA

TIF

BANDARBEBASHALANGAN

PERSEKITARAN SELAMAT DANHUJAU

Page 9: BERITA PETALING JAYA • Mac

BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H 09

JALAN YONG SHOOK LIN, 30 MAC – Penganjuran Program Seksyen 52 Bandar Sihat, Selamat dan Berbudaya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ialah sebagai usaha untuk mempromosikan Pusat Bandar Petaling Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata program ini ialah salah satu aktiviti di dalam penyusunan kalendar tahunan Petaling Jaya International Fair 2014 dan telah berlangsung selama empat hari bermula 29 Mac 2014.

Program itu diisi dengan gabungan tiga aktiviti utamanya iaitu Bazar Kraf Selangor 2014, PJ Safe... Safety For All dengan bertemakan Keselamatan Wanita

Teras Masyarakat Sejahtera dan PJ Car Free Day (Hari Tanpa Kereta).

“Program ini ialah sebagai pencetus dan pelbagai perancangan telah dirangka untuk menaikkan lagi imej dan menghidupkan pusat bandar Seksyen 52 terutama pada waktu malam dan hujung minggu,” katanya.

Menurutnya “MBPJ juga turut mendapatkan pandangan dan cadangan daripada golongan Orang Kurang Upaya dan warga emas yang bertujuan untuk menjadikan Pusat Bandar Seksyen 52 sebagai bandar bebas halangan,”.

Platform Promosi Pusat Bandar PJ

PROGRAM SEKSYEN 52 BANDAR SIHAT, SELAMAT DAN BERBUDAYA

Pertandingan mewarna turut dianjurkan kepada kanak-kanak.

> sambung di muka surat 10

Sempena program PJ Safe...Safety For All, MBPJ telah melancarkan Tempat Letak Kereta Khas Wanita di kawasan Pusat Bandar Seksyen 52 yang disediakan khusus untuk pemandu wanita berseorangan yang turut dilengkapi dengan pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elazabeth Wong Keat Ping hadir merasmikan program bersama Datin Paduka Alinah Ahmad serta Ahli Majlis Zon 16 dan 24, Tony Cheong dan Halimey Abu Bakar

BERITA

Page 10: BERITA PETALING JAYA • Mac

10 BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H BERITA

TABUNG WARISAN ANAK SELANGORYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park Cityi-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5521 8740 / 03-5521 8741Faks : 03-5521 8742 / 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMASRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455E-mel : [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7385 / 03-5521 2275Faks : 03-5510 4095/ 03-5511 0659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd.Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3 Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5518 7735 Faks : 03-5518 7736E-mel : [email protected] web : www.semesta.com.my

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri SelangorTingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7306 / 03-5512 3618Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 / 03-5544 7622Faks : 03-5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Bhd.Tingkat 16-17, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999Faks : 03-5510 9977E-mel : [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor A23, Pusat Perniagaan Jubli 20Jalan Singa J20/J, Seksyen 2040300 Shah Alam, SelangorTel : 03-5541 3616 Faks : 03-5541 3617Laman web : www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan SelangorTingkat 2, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7104 / 03-5519 1692/ 03-5521 2312Faks : 03-5510 5829Laman web : www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7480 / 03-5544 7481 / 03-5544 7391Blog : tuisyenrakyat.blogspot.com

Kira-kira 300 orang peserta telah menyertai aktiviti mengelilingi Pusat Bandar sejauh 7 km dengan menaiki basikal, papan luncur dan sebagainya tanpa menggunakan kenderaan bermotor sempena PJ Car Free Day.

Sebahagian Jalan Yong Shook Lin telah dilencongkan ke Jalan Taman melalui Menara Choy Fook Onn bagi laluan kenderaan bermula pukul 6.00 pagi sehingga 2.00 petang sempena pelaksanaan aktiviti tersebut.

Beliau berkata, PJ Car Free Day memberi peluang kepada pengunjung untuk beriadah dan berekriasi tanpa halangan daripada kenderaan bermotor dan mensasarkan untuk dilaksanakan dua minggu sekali pada setiap bulan.

SABAR

“Tiada seorang mukmin yang ditimpa musibah, sama ada kepayahan, penyakit, kebimbangan, kesedihan, kesakitan mahupun dukacita sehingga duri yang dipijaknya melainkan semua itu pasti akan menjadi sebab Allah menghapuskan dosa-dosanya". (Riwayat Ahmad)

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Pengunjung terutama kanak-kanak tidak melepaskan peluang menaiki basikal extream drift cycle yang semakin popular pada masa kini

Pengunjung bertuah daripada ratusan yang hadir telah berjaya memperoleh hadiah lumayan sempena aktiviti Cabutan Bertuah

> dari muka surat 9

17 - 22JUNE 2014

Page 11: BERITA PETALING JAYA • Mac

BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H 11

Saudara sudah tidak asing lagi dengan Zon 24 dan sudah sedia maklum permasalahan di kawasan ini. Setelah dilantik semula sebagai Ahli Majlis apakah fokus tuan untuk membangunkan Zon 24?

Memang Zon 24 sudah sinonim dengan saya kerana perkhidmatan saya sebagai Ahli Majlis pada penggal-penggal sebelum ini bermula di Zon 24 inilah. Setelah dilantik semula melihat beberapa aspek yang perlu diambil perhatian khusus untuk menambah baik kehidupan masyarakat di sini. Fokus utama saya ialah pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan longkang serta aspek kebersihan iaitu berkaitan kutipan sampah.

Masalah sampah suatu masalah yang dipandang serius dan perlu diambil berat memandangkan mentaliti penduduk di sini masih di tahap yang lama dan perlu diubah. Sikap penduduk yang suka membuang sampah merata-rata memburukkan lagi keadaan ini ditambah lagi ramai penduduk di sini merupakan pendatang asing yang tidak mengendahkan arahan dengan sewenang-wenang meletakkan sampah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya misalnya di tangga.

Bukti masalah sampah perlu ditangani dengan sebaiknya ialah sejak saya dilantik sebagai Ahli Majlis pada 19 Februari lalu hampir setiap hari aduan berkenaan sampah diterima. Saya mengenal pasti mentaliti penduduk perlu diubah dan ia bukan berpunca daripada kegagalan MBPJ atau pihak kontraktor yang dilantik tetapi penduduk yang tidak menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara yang betul.

Rata-rata penduduk di Zon 24 merupakan golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Apakah perancangan saudara untuk membantu golongan miskin bandar ini?

Alhamdulillah sekali lagi saya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Petaling Jaya. Kita kini dalam proses merangka program untuk membantu golongan miskin bandar ini bukan sahaja dengan memberi bantuan dari segi kemahiran tetapi juga membantu dengan menawarkan kepada mereka gerai-gerai MBPJ yang kosong untuk mereka memulakan perniagaan.

Sepanjang MBPJ menangani masalah miskin bandar ini satu masalah yang dikenal pasti ialah mereka terlalu bergantung kepada MBPJ menyediakan segalanya. Sebagai contoh bengkel kemahiran anjuran bersama GIATMARA bukan semuanya berpusat di Petaling Jaya setengahnya di luar kawasan misalnya di Selayang. Peserta terlalu berharap MBPJ menyediakan segalanya seperti pengangkutan dan perbelanjaan untuk mengikuti bengkel tersebut. Kita tidak mampu menyediakan semuanya.

Satu lagi masalah yang diwujud ialah golongan miskin bandar ini kurang berkeyakinan untuk memulakan perniagaan seperti untuk mendapatkan modal misalnya yang disediakan oleh kerajaan Selangor melalui Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). MiMBAR ada penyediakan pinjaman antara RM1,000 hingga RM5,000 untuk golongan ini memulakan perniagaan. Kita kena berbincang dengan jabatan berkenaan untuk

memudahkan proses di samping memberi keyakinan kepada golongan ini untuk mengubah hidup.

Apakah inisiatif pihak saudara dalam membantu MBPJ menangani masalah sosial di samping membendung masalah jenayah di kawasan di bawah pemantauan?

Memang tidak dinafikan kawasan Petaling Jaya Selatan umumnya merupakan salah satu hotspot kadar jenayah di Petaling Jaya. Saya memandang skim rondaan sukarela (SRS) di bawah Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) merupakan salah satu cara yang dapat membantu membendung masalah ini.

Setakat ini saya telah menerima tiga permohonan dari penduduk di pangsapuri Desa Mentari dan satu permohonan dari PJS 10 untuk mendapatkan bantuan PKKPJ. Saya menggalakkan persatuan penduduk atau rukun tetangga di kawasan ini menubuhkan SRS untuk membantu polis dan MBPJ menangani isu-isu sosial dan jenayah.

Berbalik kepada hobi saudara pada masa lapang. Adakah tuan terlibat dalam sebarang aktiviti sosial atau hobi pada masa lapang?

Saya menggemari hobi berbasikal pada waktu lapang. Saya sering menyertai acara-acara berbasikal seluruh negara misalnya kayuhan Terengganu sejauh 160 km, jambori sejauh 45 km merentasi hutan dan dalam masa terdekat pada penghujung April ini saya akan menyertai kayuhan Manjung sejauh 133 km dan pada Mei

kayuhan Kuantan untuk jarak 160 km.

Hobi ini akan cuba dikembangkan di peringkat Petaling Jaya dengan perancangan untuk menghidupkan kelab basikal Petaling Jaya yang sedia ada supaya lebih dikenali oleh orang ramai seperti yang dilaksanakan di Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bagi peminat basikal, saya dan beberapa rakan telah menubuhkan Musangking Cycling Team yang disertai seramai hampir 40 ahli berumur antara 18 ke 57 tahun. Keanggotaannya terbuka kepada penduduk Petaling Jaya dan seluruh Selangor. Pelbagai acara diatur pihak kelab untuk memupuk hobi sihat ini di kalangan penduduk.

Fokus Kepada Perkhidmatan Asas Perbandaran

HALIMEY ABU BAKARAhli Majlis Zon 24

Kawasan Perkhidmatan:PJS5, PJS6, Sebahagian kecil PJS7, PJS8 & PJS10

Pusat Khidmat Ahli Majlis:Dewan Taman Dato' Hormat,PJS10/34, 46000 Petaling Jaya,Selangor.Tel: 03-56358359HP: 019-2399809E-mel: [email protected]

Lantikan Ahli Majlis: 2008 - 20112014 - 2015

Halimey Abu Bakar

INFO

AHLI MAJLIS

Page 12: BERITA PETALING JAYA • Mac

12 BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H

Gesaan Penduduk Dipandang Serius

Pelajar PASTI Lawat Kilang Beryl’s

BANDAR SRI DAMANSARA, 8 MAC – Sebanyak 90 kes demam denggi dicatatkan di Bandar Sri Damansara sepanjang bulan Januari hingga Mac 2014 berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Jalan Saga merupakan kawasan hotspot yang mengalami wabak ini dengan catatan sebanyak 30 kes berbanding lagi 13 kawasan lain di kawasan tersebut diikuti Jalan Kenanga sebanyak 13 kes dan Jalan Ara sebanyak 12 kes demam denggi yang dilaporkan untuk suku pertama tahun ini.

Persatuan Penduduk Bandar Sri Damansara (BSDRA) bekerjasama dengan Ahli Majlis Zon 1 MBPJ, Suriase Gengiah dan Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ telah

melaksanakan program gotong-royong membasmi wabak denggi di kawasan perumahan Jalan Saga, Bandar Sri Damansara.

“Kerjasama penduduk sangat diharapkan untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan misalnya program gotong-royong ini. Mereka bersama-sama keluar membersihkan kawasan sekitar termasuk longkang daripada segala sampah-sarap,” ulas Suriase yang turut menyertai program ini.

“Pihak persatuan penduduk merancang untuk mengedarkan risalah dari rumah ke rumah sebagai kempen kesedaran kepada penduduk untuk menjaga kebersihan dan memeriksa kawasan sekitar bagi mengawal tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes,” ujar Pengerusi (BSDRA), Gooi Thean Chooi.

KELANA JAYA, 16 MAC - Persatuan Penduduk Jalan SS 8/8 di Kelana Jaya disokong Ahli Majlis Zon 23 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Azri Mohamad Arish mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kawasan sekitar untuk mencegah wabak denggi.

“Diharapkan dengan adanya aktiviti gotong-royong seperti ini kita dapat membantu Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengawal wabak denggi di Petaling Jaya khasnya di kawasan ini dan juga dapat mencegah pembiakan binatang berbisa seperti ular,” kata Azri Mohamad Arish.

PJS 2, 1 APRIL - Ahli Majlis Zon 18, Ariffin Mahaiyuddin bersama wakil Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Petaling Utama turun padang meninjau masalah belukar di belakang Sekolah Kebangsaan Taman Medan berhampiran Jalan PJS2D/8.

Masalah ini menjadi keluhan penduduk sekitar kerana ia menjadi tempat tinggal anjing liar di samping menjadi lokasi

AHLI MAJLIS@MPP

Gotong-Royong Basmi Aedes SS8

pembuangan barangan curi seperti motosikal.

Mengulas mengenai perjumpaan bersama ini, Ariffin berkata, wakil Kementerian Pendidikan yang hadir menjelaskan bahawa isu ini akan dibawa ke pihak atasan untuk mencari jalan penyelesaian segera memandangkan isu tersebut telah menjejaskan pelajar sekolah dan penduduk sekitar.

Suriase Gengiah (dua dari kiri) bersama Gooi Thean Chooi (paling kanan) dan peserta gotong-royong

Anak-anak PASTI Petaling Jaya Utara bersama Ahli Majlis Zon 23, Azri Mohamad Arish (kiri) melawat kilang coklat Beryl's di Seri Kembangan.

Cegah Denggi Bandar Sri Damansara

AZRI MOHAMAD ARISH

SURIASE GENGIAH

ARIFFIN MAHAIYUDDIN

Ahli Majlis Zon 23

Ahli Majlis Zon 1

Ahli Majlis Zon 18

Page 13: BERITA PETALING JAYA • Mac

BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H 13

Direktori PERKHIDMATAN

UNIT ADUAN AWAM Aduan Melalui E-mel - [email protected] Hotline 24 jam - 03-7954 2020 Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544 samb.115 / 117 Aduan Melalui SMS - 33213

PEJABAT DATUK BANDAR 03–7956 3544 samb. 325

PEJABAT TIMBALAN DATUK BANDAR03–7956 3544 samb. 323

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN Perkhidmatan Pelesenan - 03–7960 4667 / 03-7956 6922

JABATAN PERBENDAHARAAN Perkhidmatan Bayaran Cukai Taksiran - 03-7956 3544 sambungan 102/ 103/ 106/ 109

JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN Perkhidmatan Kawalan Alam Sekitar - 03-7956 2939 Perkhidmatan Bandar (Kutipan Sampah & Pembersihan

Kawasan) - 03-7955 5473 Perkhidmatan Kawalan Vektor dan Kesihatan Awam - 03-7955 2381

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA Perkhidmatan Nilaian dan Pindah Milik Harta - 03-7954 5984/03-79545986

JABATAN KEJURUTERAAN Perkhidmatan Penyelenggaraan Infrastruktur - 03-7958 4221 Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal - 03-7876 7399 Pengurusan Tender dan Kontrak - 03-7960 2817 / 03-7960 2819

JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN PerkhidmatanTempahan Dewan / Balai Raya / Gelanggang Sukan - 03-7956 3544 sambungan 148/ 158 Pembangunan Sukan & Kemudahan Am - 03-7960 1219 Pelancongan, Sukan Berprestasi Tinggi dan Kebudayaan - 03-7957 1195 Pembangunan Komuniti, Sosial & Belia - 03-7956 0206 Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya - 03-7781 2775

Perpustakaan Cawangan Taman Medan - 03-7781 1484 Perpustakaan Cawangan Kota Damansara - 03-6157 5420 Muzium Petaling Jaya - 03-7954 8122 Perkhidmatan Perkuburan - 03-7873 7895 Perkhidmatan Krematorium - 03-7873 7730

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN Proses Permohonan Kebenaran Merancang - 03-7956 3544 sambungan 360

JABATAN KAWALAN BANGUNAN Kelulusan Pelan Bangunan - 03-7956 3544 samb. 260

JABATAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN Penguatkuasaan - 03-7958 8085 Tunda Kenderaan - 03-7956 3544 sambungan 149

JABATAN LANDSKAP DAN KEHIJAUAN BANDAR Perkhidmatan Hiasan / Permit Memancing / Penyelenggaraan Pokok Teduhan / Permit Taman

Permainan & Kawasan Lapang / Penebangan Pokok / Perundingan Landskap - 03-7804 8907 / 03-7804 8908

UNIT PERHUBUNGAN AWAM Sekretariat Media / Penerbitan - 03-7956 3544 sambungan 126 / 203

UNIT PERUNDANGAN Perundangan - 03-7958 6487 / 03-7957 5912

UNIT KORPORAT DAN INOVASI Pengurusan Kualiti - 03-7960 0716 / 03-7960 0927

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) Permohonan Pelan Pembangunan - 03-7954 1725 / 03-7956 3544 sambungan 400/ 401

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) Urusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan - 03-7960 1646 / 03-7960 2410

ADUAN Pokok Tumbang Selesai

JALAN YONG SHOOK LIN, 14 MAC – Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyelesaikan kira-kira 70 kes aduan masalah pokok tumbang sepanjang bulan Februari 2014.

Pengarah Unit Aduan Awam MBPJ, Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin berkata antara kerja-kerja yang dijalankan ialah pemotongan dan pengalihan pokok-pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.

“PANTAS akan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas sehingga selesai dan penduduk di kawasan sekitar dapat kembali melakukan aktiviti harian tanpa gangguan,” ujarnya.

Kebiasaannya masalah pokok tumbang terjadi khususnya ketika musim hujan lebat berikutan permukaan tanah yang lembab dan menyebabkan cengkaman

akar pokok longgar.

Menurutnya, PANTAS MBPJ ditubuhkan untuk mengurus dan mengambil tindakan kes kecemasan dan bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kemalangan (tiang serta pokok tumbang, kerosakan harta awam, tumpahan minyak) dan kebakaran.

MBPJ akan memperkemaskan lagi pasukan sedia ada dan pada masa yang sama akan berkongsi kepakaran dengan agensi berkaitan yang mempunyai kemahiran tertentu dalam menangani kes kecemasan dan bencana.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 24 jam MBPJ, 03-7954 2020 atau emelkan kepada [email protected] untuk membuat laporan aduan dan meminta bantuan kecemasan.

Selain masalah pokok tumbang, PANTAS MBPJ juga menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok mati di jalan-jalan awam.

PANTAS MBPJ sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dahan pokok tumbang yang boleh berbahaya kepada penduduk di kawasan sekitar

Moto & Misi Perkhidmatan Pelanggan MBPJ “Mesra, Cepat & Tepat Kualiti Keutamaan Kami”

Page 14: BERITA PETALING JAYA • Mac

14 BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H KEMASYARAKATAN

JALAN YONG SHOOK LIN, 21 MAC – Pembangunan pesat yang dialami Malaysia telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup di bandar-bandar besar dan memberi kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Kesan yang diterima golongan ini berpunca daripada pendapatan perkapita yang kecil untuk menampung kos kehidupan di bandar yang tinggi dengan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Menyedari situasi ini Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah merangka pelbagai program dan inisiatif membela nasib golongan miskin bandar untuk memastikan mereka mendapat hak yang sama rata di Petaling Jaya.

Berdasarkan statistik MBPJ terdapat sebanyak 625 keluarga miskin di Petaling Jaya yang telah berdaftar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) sehingga Mac 2014. Golongan miskin bandar

ini berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah RM1,500 dan ke bawah.

Program khas telah dirangka untuk golongan ini dengan menyediakan latihan-latihan kemahiran untuk menggalakkan mereka menceburkan diri dalam bidang peniagaan kecil-kecilan bagi menyara kehidupan.

Antara bengkel kemahiran yang telah dilaksanakan ialah bengkel jahitan, sulaman manik, bengkel kek dan hiasan, urutan refleksologi, gunting rambut dan kemahiran komputer. Pelaksanaan bengkel kemahiran itu juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Zakat Selangor dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Hasilnya MBPJ telah berjaya mengurangkan jumlah keluarga miskin daripada 1,471 pada 2011 kepada 1,082 keluarga pada 2012 dan hanya 625 keluarga dicatatkan sehingga Mac 2014.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 325 ialah dikategorikan sebagai miskin tegar dengan pendapatan bulanan kurang dari RM420, 271 keluarga ialah miskin relatif yang berpendapatan antara RM421 hingga RM740 manakala 29 keluarga berada dalam kemiskinan yang telah digariskan oleh kerajaan negeri Selangor dengan pendapatan RM741 hingga RM1,500.

“Penurunan kadar miskin bandar ini disebabkan kejayaan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan misalnya perniagaan secara dalam talian (online) atau perkhidmatan jahitan di rumah,” jelas Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

“Ini menunjukkan usaha yang kita jalankan dengan kerjasama agensi-agensi lain mencapai kejayaan dan usaha ini akan diteruskan untuk membantu golongan tersebut meningkatkan sumber ekonomi seterusnya keluar daripada kelompok kemiskinan,” tambah beliau lagi.

Inisiatif Membela Nasib Golongan Miskin BandarUsaha membantu golongan

berpendapatan rendah dan miskin mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup di bandar bukan terhad kepada PBT malah kerajaan negeri Selangor juga telah mengumumkan pemberian diskaun 25 peratus cukai taksiran pangsapuri kos rendah di seluruh negeri pada penghujung 2012.

Syarat kelayakan untuk menerima diskaun ini ialah pemilik perlu mendiami sendiri pangsapuri, kemukakan bukti perakuan sah pemastautin dan pangsapuri tersebut tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran.

Pemberian diskaun ini akan diberikan secara automatik semasa pemilik membuat bayaran cukai taksiran dengan menyertakan bersama Borang Perakuan Pemastautin Pemilik (BPPP 1/2012) yang boleh diperolehi di pejabat Pesuruhjaya Bangunan MBPJ atau dimuat turun di portal Selangorku.

Pada tahun 2009 dalam Bajet Mesra Rakyat MBPJ telah menurunkan sebanyak 2.0% hingga 2.2% kadar cukai taksiran bagi semua pegangan bertingkat di Petaling Jaya. Langkah ini untuk mengurangkan beban penduduk dan seiring dengan tema bajet Selangor “Merakyatkan Ekonomi Selangor.”

Kadar cukai taksiran bagi pangsapuri kos rendah dikurangkan daripada 7.0% kepada 5.0%. Bagi pangsapuri dan kondominium pula kadar cukai dikurangkan daripada 8.0% kepada 6.0%, manakala bagi kawasan Sri Damansara, Mayang Mas dan Megah Mas, cukai taksiran bagi pangsapuri dan kondominium kekal pada kadar 5.0%.

Bagi pangsapuri servis, kadar cukai yang baru adalah 6.6% dikurangkan sebanyak 2.2% daripada kadar lama iaitu 8.8%. Kesan daripada penurunan kadar cukai taksiran bagi kediaman bertingkat di kawasan Petaling Jaya ini, Majlis mengalami penurunan kutipan cukai sebanyak RM8,624,544 bagi pegangan sedia ada.

Bengkel kemahiran yang dilaksanakan di bawah program PPKB mengguna pakai kaedah hand-on iaitu peserta boleh terus mengaplikasi kemahiran yang telah diajar

Page 15: BERITA PETALING JAYA • Mac

BERITA PETALING JAYA • Mac - April 2014 • Jamadilawal - Jamadilakhir 1435H 15

Tender & Sebut HargaMajlis Bandaraya Petaling Jaya

Sumber : Bahagian Tender dan Kontrak, MBPJ

No. / Tajuk Tender Kod Bidang Tarikh Jual Tarikh Tutup Harga Dokumen (RM)

MBPJ/TD/K/9/2014 Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan Bumbung Di 4 Blok Bangunan PPR Kota Damansara Petaling Jaya, Selangor

CIDB Gred G3 - B - B15 09/04/2014 29/04/2014 100.00

MBPJ/TD/P/13/2014 Cadangan Mengendalikan Kutipan Letak Kereta Di Kompleks Letak Kereta A, Jalan 52/1, Petaling Jaya, Bagi Tempoh 1 + 1 + 1 Tahun

MOF 221510 09/04/2014 29/04/2014 100.00

MBPJ/SH/K/94/2014 Cadangan Kerja-Kerja Membaik Pulih Kerosakan Lantai Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Muzium Petaling Jaya, Petaling Jaya Selangor (Tawaran Semula)

CIDB Gred G2 - CE - CE21 dan Gred G2 -

B - B2403/04/2014 22/04/2014 50.00

MBPJ/SH/P/117/2014 Cadangan Tawaran Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Oleh Sepuluh (10) Orang Pengawal Keselamatan Bagi Tugas Mengawal Dan Meronda Di Menara MBPJ Di Atas Lot 96, Seksyen 52, Jalan Tengah, Petaling Jaya Bagi Tempoh 6 Bulan + 6 Bulan + 1 Tahun

MOF 220801 09/04/2014 22/04/2014 30.00

MBPJ/SH/B/68/2014(R) Cadangan Membekal, Mencetak, Menyampul, Mengisih Dan Mengepos Bil Dan Notis Untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya Bagi Tempoh 6 Bulan + 6 Bulan + 1 Tahun (Tawaran Semula)

MOF 221605 dan 221606 dan

221710

08/04/2014 21/04/2014 30.00

MBPJ/SH/K/118/2014 Cadangan Pembaikan Peralatan Yang Berkaitan Untuk Tiga (3) Unit Lif PI-1, Bl-2 & Pl-3 Pada Blok A, B, C Di Pangsapuri PPR Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya, Selangor

CIDB Gred G2 - ME - M03 11/04/2014 17/04/2014 50.00

MBPJ/SH/P/92/2014 Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Memberi Latihan, Mentauliah Dan Menyelenggara Pekakasan Dan Perisian Bagi Pemasangan CCTV Indoor Untuk Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan MBPJ.

MOF 210101 dan 210102 dan 210103 dan 210105 dan

210108

03/04/2014 16/04/2014 30.00

MBPJ/SH/P/93/2014 Cadangan Perkhidmatan Pembersihan Dan Pencucian Di Pang-sapuri Inai Court, Jalan Templer, Majlis Bandaraya Petaling Jaya Bagi Tempoh 6 Bulan (Tempoh Percubaan) + 6 Bulan + 1 Tahun

MOF 221001 03/04/2014 16/04/2014 30.00

KEMASYARAKATANMBPJ turut menyediakan

perkhidmatan rawatan percuma di Klinik Kesihatan MBPJ kepada golongan miskin dan orang kurang upaya di Petaling Jaya untuk menampung kos rawatan kesihatan yang turut meningkat.

Golongan yang dikenal pasti layak dibekalkan dengan kad rawatan percuma khas untuk menerima rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan yang diuruskan oleh MBPJ di Seksyen 8, Petaling Jaya.

Klinik Kesihatan ini ialah sebagai alternatif selain mendapatkan rawatan di institusi-institusi kesihatan kerajaan yang lain.

Akibat daripada kesempitan hidup yang dialami, mobiliti golongan ini turut terjejas. Menyedari masalah ini MBPJ telah memperkenalkan perkhidmatan bas komuniti percuma pada tahun 2008 kepada warga emas dan golongan miskin.

Terdapat dua kawasan utama perkhidmatan bas komuniti percuma iaitu Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan yang meliputi perumahan kos

rendah untuk menghubungkan mereka dengan pusat-pusat kesihatan, pasar-pasar awam dan juga perpustakaan.

MBPJ juga dalam proses untuk mewujudkan perkhidmtan bas pengantara percuma kepada penduduk Petaling Jaya yang akan memulakan perkhidmatan dalam masa terdekat sebagai alternatif kepada penduduk selain menggunakan kenderaan persendirian untuk ke pusat bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.

Perkhidmatan bas ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu-lintas di Seksyen 52 dan secara langsung dapat membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan kos pengangkutan mereka.

Bas ini akan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 7.00 malam meliputi kawasan PJS 2, PJS 3, PJS 4, Jalan Yong Shook Lin, Seskyen 14, Jalan Universiti dan beberapa kawasan lain yang sedang dikenal pasti.

Page 16: BERITA PETALING JAYA • Mac

PERCUMA MAC - APRIL 2014Bil. 3/2014 Jamadilawal - Jamadilakhir 1435

Berita PETALING JAYAwww.mbpj.gov.my majlis bandaraya PJ Petaling Jaya City Council petaling jaya city council