berita pasir gudang - mppg.gov.my · umum tentang cara dan amalan terbaik bagi ... 450,000 orang...

16
PROGRAM E-LEARNING JOHOR DILANCARKAN FASILITI SUKAN MEMANAH PASIR GUDANG: HADIAH KEPADA MASYARAKAT PASIR GUDANG MULA DIGUNAKAN RASMIKAN PECAH TANAH YAB MENTERI BESAR www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT LENSA EDISI KHAS FLLSPG KALI KE-23 MENARIK DI DALAM :

Upload: phunghanh

Post on 25-Mar-2019

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FEBRUARI2018

2017

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

02

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

FESTIVAL LAYANG-LAYANGSEDUNIA PASIR GUDANG KE-23BERLANGSUNG MERIAH

PROGRAM E-LEARNING JOHOR DILANCARKAN

FASILITI SUKAN MEMANAH PASIR GUDANG: HADIAH

KEPADA MASYARAKAT PASIR GUDANG MULA DIGUNAKAN

RASMIKAN PECAH TANAHYAB MENTERI BESAR

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

LENSA EDISI KHASFLLSPG KALI KE-23

MENARIK DI DALAM :

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EdITorEncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNg KETuA EdITorPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENgArANgEncik Nazarul bin Jaafar

PEmbErITA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

.............................................

Diterbitkan olehJAbATAN PEmbANguNAN mASYArAKAT

YAB Menteri Besar Rasmikan Pecah Tanah PPR Masai.

MPPG Komited Perangi Rasuah : Anjur Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah.

Perhimpunan Bulanan MPPG : Taklimat Program Takaful Cuepacscape dan Cuepacspa.

Enhancing World Community : Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Ke-23 Berlangsung Meriah.

Lensa Edisi Khas : Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Ke-23.

Lensa MPPG Februari 2018.

Majlis Muafakat YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Bersama MPPG.

Program Gotong Royong Sepanjang Februari.

Fasiliti Sukan Memanah Pasir Gudang: Hadiah Kepada Masyarakat Pasir Gudang Mula Digunakan.

Pendidikan Terus Diberi Keutamaan, Program E-Learning Johor Dilancarkan.

Taman Cendana Rai Sambutan Maulidur Rasul 1439H.

KSK Biro Agama Anjur Program Wakaf Kali Ke-4.

Walkabout 24 Zon Pasir Gudang.

Yayasan Pasir Gudang - Program SepanjangFebruari 2018.

Info Terkini : Sewaan Tapak Bazar Ramadan & Sewaan Iklan Skrin LED

3 114

5

10

14

13

12

15

168&96&7

SATu SAJA uNgKAPAN yang dapat saya gambarkan iaitu syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada bulan Februari di edisi Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita semakin bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini. Bagi bulan Februari 2018 ini, kita dapat menyaksikan sekali lagi penganjuran festival di peringkat antarabangsa yang merupakan acara tahunan di Pasir Gudang, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) kali ke-23. Dengan membawakan tema ‘Enhancing World Community’, penganjuran festival edisi kali ini, telah mengetengahkan penyertaan 24 zon di bawah Pasir Gudang bagi menyertai acara Pertandingan Layang-Layang Bercahaya dan persembahan pada malam perasmian festival. Bagi tahun ini juga, terdapat tambahan 2 buah negara menyertai festival ini iaitu Norway dan Finland yang menjadikannya sebanyak 45 buah negara dan 1135 jumlah peserta pelayang antarabangsa juga tempatan pada festival kali ini. Selain itu, bagi memantapkan kredibiliti MPPG sebagai sebuah PBT yang komited dan telus dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam, satu program Gerakan Revolusi Anti Rasuah telah diadakan. Dalam program tersebut juga, MPPG telah menerima penyerahan pelekat kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) secara rasminya menandakan sokongan yang padu dalam operasi membanteras pemberi dan penerima rasuah. MPPG terus komited bagi memperindahkan lagi taman-taman di kawasan Pasir Gudang. Justeru MPPG telah menganjurkan Kursus Penyelenggaraan Landskap khusus dalam Pengurusan Cantasan dan Keselamatan Tapak di bawah Jabatan Landskap. Antara objektif penganjurannya ialah bagi mempertingkatkan pengetahuan serta memperbetulkan persepsi umum tentang cara dan amalan terbaik bagi kerja-kerja cantasan dan meningkatkan nilai pokok serta aspek pengurusan aset hidup khususnya di kawasan Pasir Gudang. Manakala dalam aktiviti sukan pula, Unit Sukan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Kejohanan

Sukan Memanah Terbuka Pasir Gudang. Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini merupakan kerjasama antara MPPG bersama Politeknik Ibrahim Sultan dan Tenaga Nasional Berhad. 2 kategori telah dipertandingkan iaitu acara tradisional dan acara recurve. Bagi memberi keselesaan dan peluang kepada penduduk Pasir Gudang untuk memiliki kediaman sendiri, satu lagi Majlis Pecah Tanah di bawah Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Masai, Pasir Gudang telah dilaksanakan. Projek perumahan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini akan membina 330 unit rumah pangsa PPR Masai yang akan disewakan kepada pemohon yang berkelayakan dengan kadar harga RM124.00 sebulan. Melalui projek ini, keperluan tempat tinggal masyarakat yang menghuni dan datang bekerja dapat dipenuhi khususnya di Pasir Gudang. Bagi melahirkan masyarakat yang berilmu maka MPPG juga telah berusaha untuk mempertingkatkan sistem pendidikan agar diberi keutamaan di Pasir Gudang, Program E-Learning Johor telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor di Dewan Mawar Pasir Gudang. Ianya adalah Program NBOS anjuran Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang dan pihak Kenshido dalam membangun dan menggunakan platform i-Learning Asia. Bagi melaksanakan E-Learning berkonsepkan alam maya dan bersifat digital ini boleh diakses melalui laman sesawang dengan menggunakan kemudahan internet di mana-mana sahaja. Program yang menelan belanja berjumlah RM300,000.00 ini bakal memberi peluang kepada 25,000 pelajar Negeri Johor dengan bayaran RM1.00 sebulan sahaja yang perlu ditanggung oleh pelajar. Dalam bulan Februari ini juga, satu sesi yang istimewa iaitu Majlis Muafakat Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hj. Md Jais bin Sarday bersama MPPG telah diadakan. Dalam Majlis ini, YB Datuk telah diberi penerangan mengenai perkembangan semasa MPPG pada masa kini yang telah mencapai bilangan 450,000 orang penduduk, laporan prestasi KPI, Projek yang telah dan akan dibina bagi tahun

BERITA PASIR GUDANG2

PEruTuSAN YANg dIPErTuAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

2018 dan cadangan-cadangan pada masa akan datang. YB Datuk turut berkongsi idea dan cadangan Kerajaan Negeri bagi cadangan pembangunan di Pasir Gudang. Bagi bulan Februari ini juga dua program walkabout YDP juga telah diadakan di Zon Tanjung Puteri dan Zon Taman Pasir Putih. Program yang merupakan program rutin dan melibatkan 24 zon ini merupakan satu platform bagi zon di bawah pentadbiran MPPG mendasari dan meneliti segala permasalahan dan aduan yang disalurkan melalui pengerusi zon masing-masing supaya gerak kerja tumpu yang lebih berkesan dan segera dapat dilaksanakan. Akhir kata, kepentingan hubungan masyarakat dengan Kerajaan seperti MPPG selaku diperingkat Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu terus utuh dan mampu memberi perkhidmatan yang saksama dan terbaik kepada masyarakat Pasir Gudang khususnya, sejajar dengan pertambahan penduduk dan selaras dengan Visi dan Misi “Pasir Gudang Milik Kita” dan komitmen pentadbiran bagi mencapai “MPPG: PBT Di Hari Rakyat”. Sehingga kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.

Hasrin Kamal bin HashimYang dipertua mPPg

KANDUNGAN

.............................................

YAB Menteri Besar bersama Timbalan Menteri KPKT melancarkan gimik perasmian majlis Pecah Tanah yang dijalankan.

YAB Menteri Besar menandatangani plak perasmian sempena Majlis Pecah Tanah sambil disaksikan oleh Y.Bhg Timbalan Menteri KPKT.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

PRoGRAM PERUMAhAN RAkyAt (PPR) merupakan satu projek perumahan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menawarkan penyewaan unit kediaman. Di Pasir Gudang, projek ini merupakan satu projek Kerajaan Persekutuan untuk dibina di Bandar Masai Pasir Gudang yang melibatkan 330 unit rumah pangsa bakal dibina di mana setiap unit menempatkan ruang tamu, ruang dapur, 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air yang berkeluasan 700 kaki persegi. Antara kemudahan lain yang di sediakan ialah taska, gerai, surau, dan berpagar. Projek yang memakan peruntukan berjumlah RM60.95 juta ini bakal disewakan dengan kadar serendah RM124.00 sebulan sahaja.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Hadir sama dalam majlis ini ialah, Y.Bhg Datuk Halimah binti Mohd Sadique, Timbalan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Hjh. Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Tuan Hj. A. Rahim bin Hj. Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Y.Bhg. Dato’ Indera Khairul Dzainee bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan KPKT, Tuan Hj. Elias bin Hasran, Timbalan Pengerusi Eksekutif YPJ Holdings Sdn Bhd dan Tuan Hj. Rofiki bin Dato’ Hj. A.Samsudin, Pegawai Daerah Johor Bahru.

Dalam ucapan perasmiannya, ucapan terima kasih ditujukan kepada KPKT khususnya kepada Y.Bhg Menteri dan Timbalan

YAB MENTERI BESAR RASMIKAN PECAH TANAHPROGRAM PERUMAHAN RAKYAT MASAI

Menteri KPKT atas pemilihan Bandar Masai sebagai satu daripada projek PPR di Negeri Johor. Masai merupakan salah satu daripada empat projek PPR yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Johor.

“Ia merupakan satu usaha mencerminkan kerajaan sedia ada yang bersifat pro rakyat. Kerajaan juga fokus dalam keperluan memenuhi impian rakyat untuk memiliki rumah. Tiga perkara yang perlu di ambil kira ialah inklusif, seimbang dan kesejahteraan rakyat merupakan kriteria dalam soal menyediakan yang terbaik untuk rakyat Johor. Penyewaan unit PPR ini juga terbuka kepada semua kaum”, jelas beliau dalam ucapannya dan berharap projek ini dapat disiapkan seperti mengikut yang dirancang.

Dalam majlis yang sama juga, YAB Menteri Besar bersama VIP yang lain turut melawat pameran kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Johor. Antara agensi dan jabatan yang turut serta dalam pameran yang dianjurkan ialah, Pejabat SUK Bahagian Perumahan, Yayasan Pelajaran Johor, Petronas Malaysia, AEON Berhad, Job Street Malaysia dan pelbagai lagi.

BERITA PASIR GUDANG4

DALAM MENGhADAPI cABARAN sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang komited melahirkan warga kerja yang berintegriti, MPPG melalui program NBOS bersama pihak SPRM Johor telah mengambil langkah menganjurkan Program kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR). Taklimat telah disampaikan oleh Puan Erni Juzarina binti Zainuddin Pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor.

Dalam program yang sama, borang soalselidik Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dan Sahabat GERAH telah diedarkan kepada semua warga kerja. Banyak perkara yang didedahkan oleh fasilitator untuk mengelakkan individu dari terlibat dengan rasuah antaranya penjawat awam perlu berintegriti, jujur, tegas dan menolak kepada pemberi rasuah dengan tegas. Gimik Penyerahan poster dan pelekat GEMPUR telah diserahkan kepada Puan Mariaton binti Ibrahim, Ketua Jabatan Kewangan MPPG selaku wakil Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

PERHIMPUNaN bUlaNaN MPPg:TAKLIMAT PROGRAMTAKAFUL CUEPACSCAREDAN CUEPACSPA

MPPG KOMITED PERANGI RASUAH:ANJUR PROGRAM GERAKAN REVOLUSI ANTI RASUAH

Bacaan ikrar warga kerja MPPG yang dilantik.

Encik Nazry bin Arif merupakan salah seorang penerima cenderahati bagi penyampaian hadiah hari lahir bagi Bulan Februari.

PERhIMPUNAN PAGI merupakan program bulanan yang dianjurkan oleh MPPG. Bagi edisi Februari, ucapan telah disampaikan oleh Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman bin Hj Amat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian KPI MPPG sepanjang tahun 2017 dan penekanan bagi memastikan KPI 2018 yang baharu dan KPI tambahan dapat dirangka agar dapat dicapai bagi tahun 2018.

Majlis diserikan lagi dengan memperkenalkan 30 orang warga kerja MPPG yang baru dilantik bagi Siri 2/2018. Bacaan ikrar warga kerja telah diketuai oleh Encik Muhammad Shafik bin Shahrol dari Jabatan Penguatkuasaan. Dalam program yang sama, telah diadakan taklimat Program Takaful Cuepacscare dan Cuepacspa oleh Encik Muhammad Zulhusni bin Masrom pegawai dari Cuepacscare. Warga Kerja MPPG telah diberi informasi mengenai pakej takaful insurans yang ditawarkan oleh pihak Cuepeacs kepada semua warga kerja Kerajaan termasuklah warga kerja di bawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Hadir sama dalam majlis ini, Yang Dipertua Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian serta seluruh warga kerja MPPG. Selain itu, sesi penyampaian hadiah kepada warga kerja yang lahir pada bulan Februari turut diadakan.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

PERHIMPUNaN bUlaNaN MPPg:

FEStIvAL LAyANG-LAyANG SEDUNIA PASIR GUDANG telah memasuki edisi yang ke-23 bagi tahun 2018. Bagi penganjuran tahun ini, tema ‘Enhancing World Community’ telah digunakan bagi merancakkan lagi promosi penganjurannya. Festival yang merupakan acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Tourism Johor, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor merupakan salah satu program Bertaraf Antarabangsa di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Festival ini dimulakan dengan sesi pra pelancaran yang bertempat di Paradigm Mall Johor Bahru pada 25 Februari yang lalu. Bagi tahun 2018, sebanyak 45 buah Negara telah menyertai festival ini termasuk 2 buah negara baru iaitu Norway dan Finland. Seterusnya festival ini telah berlangsung dengan meriah di Taman Bandar, Bukit Layang-Layang Pasir Gudang pada 28 Februari hingga 4 Mac 2018. Sebanyak 7 kategori penyertaan telah dianjurkan melibatkan Peringkat Antarabangsa, Kebangsaan, Sekolah Menengah, Sekolah Jemputan

bagi bengkel, PBT Johor, Rokaku Korporat dan Komuniti 24 Zon Pasir Gudang yang melibatkan seramai 1135 orang peserta secara keseluruhan.

‘Walkabout’ YB Exco Pelancongan, Perdagangan & Kepenggunaan YB Datuk Tee Siew Kiong telah diadakan pada 2 Mac. Dalam lawatannya, YB Datuk telah melawat bengkel pembuatan wau, beramah mesra bersama peserta-peserta festival, menyertai bengkel mengukir wau bersama peserta kebangsaan dan bersama-sama ahli jawatankuasa festival menerbangkan layang-layang di padang Bukit Layang-Layang. Pada sebelah malam pula, telah diadakan Majlis Perasmian yang dihadiri dan dirasmikan oleh YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor. Persembahan layang-layang bercahaya dan pertunjukkan bunga api turut diadakan. Persembahan Kumpulan Eco World Symphony Drummers dan Eco World Choir turut dipersembahkan pada malam tersebut.

Selain itu, festival edisi ke - 23 ini terlihat begitu istimewa kerana ‘Budak Terbang’ yang merupakan nostalgia festival pada tahun 1995 di mana seorang kanak-kanak berumur 4 tahun bernama Ahmad Syakirin yang pernah diterbangkan oleh

Layang-Layang Sotong Gergasi setinggi 30 kaki telah dibawa khas bagi dikenang kembali peristiwa tersebut.

Antara acara yang dipertandingkan sepanjang festival ini berlangsung ialah, Pertandingan Layang-Layang Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Membuat Wau Tradisional Peringkat Kebangsaan, Sekolah dan PBT Johor, Pertandingan Rokkaku Korporat, Pertandingan ‘Lollypop Drop’ oleh peserta antarabangsa dan Tempatan, Persembahan Kebudayaan dan Artis Jemputan, Ekspo Pelancongan dan Kraftangan, Persembahan Bunga Api dan pelbagai lagi acara menarik. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj. A. Rahim bin Hj. Nin Pegawai Kewangan Negeri Johor merangkap Pengerusi Persatuan Pelayang Malaysia, selaku wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan.

Dianggarkan hampir 300,000 orang pengunjung telah hadir bagi meraikan dan memeriahkan aktiviti sepanjang festival ini berlangsung. Semoga penganjurannya pada tahun akan datang akan lebih meriah dan mendapat sambutan secara berterusan.

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KE-23 BERLANGSUNG MERIAH

YB Datuk Tee Siew Kiong bersama YB Tn Hj. A. Rahim bin Hj. Nin dan En Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG di dalam sesi lawatan ke khemah peserta antarabangsa.

Perasmian buku Festival Layang-Layang Seduniakali ke-23 yang disempurnakan oleh

YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim diiringi suami Encik Dennis Muhammad Abdullah serta dif-dif.

BERITA PASIR GUDANG6

1

3

PRA PELANCARAN FLLSPG DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU

MAJLIS PERASMIAN OLEH YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM

5 MAJLIS PENUTUP DI STADIUM PERBANDARAN PASIR GUDANG

6 AKSI ‘BUDAK TERBANG’ PADA TAHUN 1995, TELAH DIBAWA KHAS BAGI DIWAWANCARA PADA FESTIVAL KALI INI

7 SEKITAR WARNA-WARNI SEPANJANG FESTIVAL LAYANG-LAYANG YANG BERLANGSUNG SELAMA 5 HARI

2 LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN PERDAGANGAN & KEPENGGUNAAN YB DATUK TEE SIEW KIONG

4 LAWATAN WALKABAOUT MENTERI PELANCONGAN, KESENIAN, KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SARAWAK KE FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA KALI KE-23

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIAPASIR GUDANG KALI KE-23

1

3

PRA PELANCARAN FLLSPG DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU

MAJLIS PERASMIAN OLEH YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM

5 MAJLIS PENUTUP DI STADIUM PERBANDARAN PASIR GUDANG

6 AKSI ‘BUDAK TERBANG’ PADA TAHUN 1995, TELAH DIBAWA KHAS BAGI DIWAWANCARA PADA FESTIVAL KALI INI

7 SEKITAR WARNA-WARNI SEPANJANG FESTIVAL LAYANG-LAYANG YANG BERLANGSUNG SELAMA 5 HARI

2 LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN PERDAGANGAN & KEPENGGUNAAN YB DATUK TEE SIEW KIONG

4 LAWATAN WALKABAOUT MENTERI PELANCONGAN, KESENIAN, KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SARAWAK KE FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA KALI KE-23

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

BERITA PASIR GUDANG8

FEBRUARI 2018

MaJlIS RaMaH MESRa PENDUDUK CaSUaRINa TaMaN SCIENTEX bERSaMa Yab MENTERI bESaR JOHOR

YAB Menteri Besar melihat cadangan membina gerai dan handrail di Jalan Helang.

TaKlIMaT KIK HORIZON baHaRU

Taklimat telah disampaikan olehEncik Syukrie bin Mohd Nasir dari INTAN Wilayah Selatan

PROgRaM 2gETHER WITH IRWaN

Program 2GetHER With Irwan bersamaY.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua

Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merasmikan Masjid Bandar Seri Alam Pasir Pasir Gudang.

MaJlIS aNUgERaH KONgRES DUTa JaUHaR 4.0

MaJlIS PERaSMIaN MaSJID baNDaR SERI alaM OlEHDYaM TUNKU MaHKKOTa JOHOR, TUNKU ISMaIl IbNI SUlTaN IbRaHIM

laWaTaN DaRI KHaZaNaH NaSIONal KE laMaN EKSTREM MPPg

SAtU MAJLIS MUAFAkAt bersama Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Hj. Md Jais bin Sarday telah diadakan di Menara Aqabah MPPG.

Dalam majlis ini, YB Datuk telah diberi penerangan mengenai sejarah penubuhan MPPG, fungsi serta peranan mengenai perkembangan semasa MPPG pada masa kini yang telah mencapai bilangan 450,000 orang penduduk, laporan prestasi KPI dan projek yang telah dan akan dibina bagi tahun 2018.

Beberapa projek sedang dalam pelaksanaan termasuklah membina dan menyiapkan sebuah Dewan Muafakat Kampung Pasir Putih Pasir Gudang, membina dan menyiapkan sebuah Dewan Muafakat Tanjung Puteri, membina dan menyiapkan sebuah

Dewan Muafakat Bandar Bistari Perdana dan kerja-kerja membina dewan terbuka Taman Air Biru. Manakala projek MPPG dalam pelaksanaan menaiktaraf pula, antaranya seperti kerja-kerja menaiktaraf Pasar Awam Masai, menaiktaraf Dewan Raya Masai, menaiktaraf Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah yang terletak di Cahaya Masai, Pasir Gudang, cadangan membina Medan Selera Sungai Buloh Pasir Gudang dan kerja-kerja membina dan menyiapkan 2 buah padang ragbi di Dataran Pasir Gudang.

Seterusnya bagi tahun 2018, cadangan membina sebuah dewan terbuka di Taman Flora Height, membina balai komuniti dan dewan terbuka cawangan Jalan Gelam Taman Rinting. Bagi projek berimpak tinggi, pihak Kerajaan Negeri melalui MPPG sedang merangka dua buah projek iaitu cadangan pembinaan Dataran Mahkota Pasir Gudang dan

YB Datuk Hj. Md Jais bin Sarday menandatangani buku pelawat UTC Pasir Gudang.

YaNg bERHORMaT PENgERUSI JaWaTaNKUaSa PERUMaHaNDaN KERaJaaN TEMPaTaN NEgERI JOHOR BERSAMA MPPG

MAJLIS MUAFAKAT

PROGRAM GOTONG-ROYONGSEPANJANg fEbruArISELARAS DENGAN MISI DAN vISI MPPG dalam sistem pengawalan alam sekitar yang berkesan dan memberikan ciri-ciri sebuah persekitaran bandar hijau, soal kebersihan menjadi aspek utama pengawalan dan pemantauan yang berterusan dan memerlukan komitmen semua pihak.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Jabatan Kesihatan Awam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah dan COMBI Pasir Gudang telah menganjurkan aktviti program gotong-royong sepanjang Februari yang lalu.

Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan menjaga kebersihan di persekitaran tempat tinggal, mengelakkan pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah serta memberikan keceriaan dan kebersihan kepada penduduk di kawasan Pasir Gudang di samping dapat mengeratkan hubungan antara penduduk, Pihak NGO, PBT dan masyarakat. Antara zon yang mengambil bahagian dalam program gotong-royong yang diadakan ialah, Zon Taman Kota Masai, Zon Cendana, Zon Scientex dan Zon Air Biru.

BERITA PASIR GUDANG1 0

cadangan pembinaan Balapan Pasir Gudang Johor yang amat diperlukan oleh masyarakat Pasir Gudang.

Selepas tamat program, YB Datuk telah dibawa melawat ke UTC Pasir Gudang yang terletak di dalam Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Hadir sama dalam program ini, En. Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG, Tuan Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MPPG, ahli-ahli Majlis MPPG, Barisan Ketua Jabatan Agensi UTC Pasir Gudang dan Ketua-ketua Jabatan MPPG.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG buat julung kalinya telah menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka Pasir Gudang pada tahun ini. Kejohanan ini merupakan kerjasama antara Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Politeknik Ibrahim Sultan dan Tenaga Nasional Berhad. Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu acara tradisional dan recurve. Bagi acara tradisonal kategori terbuka lelaki dan terbuka wanita telah diadakan pada 10 Februari manakala bagi acara recurve di adakan pada 11 Februari. Seramai 64 orang telah penyertaan telah menyertai acara tradisional manakala bagi acara recurve seramai 37 orang.

Pertandingan telah diadakan di Padang Sasar Memanah Laman Ekstreme Pasir Gudang bersempena soft launch fasiliti sukan memanah tersebut. Ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa bukan sahaja dari Pasir Gudang, malahan peserta dari seluruh negara juga turut serta dalam kejohanan ini.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG diiringi Encik Saipol Rahman bin Hj Amat, Setiausaha MPPG dan Puan Hajah Rahamah binti Mahmood, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Berikut merupakan senarai pemenang :

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan diharapkan sukan ini akan dapat dijadikan sebagai acara tahunan penganjurannya.

FASILITI SUKAN MEMANAH PASIR GUDANG: HADIAH KEPADA MASYARAKAT PASIR GUDANG

MULA DIGUNAKAN

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

tradisional terbuka Wanita

tradisional terbuka Lelaki

Recurve

Johan - Siti Norhaslisa Rinny binti Masturi RM 500.00 + Medal + SijilNaib Johan - Irinah binti Abdullah RM 300.00 + Medal + SijilKetiga - Dzullizah binti Mohd Ithnin RM 100.00 + Medal + SijilKeempat - Sarah binti Md Nor RM 50.00 + Medal + SijilKelima - Siti Zaleha binti Abd Rahman RM 50.00 + Medal + SijilKeenam - Farah Bella Medal + SijilKetujuh - Nurul Syafika binti Zainudin Medal + SijilKelapan - Faradila binti Rosnan Medal + SijilKesembilan - Noor Adilah binti Mohmad Nor Medal + SijilKesepuluh - Siti Nur Syaza Taheera binti Sheikh Medal + Sijil Abd Rahman

Johan - Hishamuddin bin Hashim RM 500.00 + Medal + SijilNaib Johan - Mat Rani bin Ibrahim RM 300.00 + Medal + SijilKetiga - Sheikh Hassan bin Sheikh Husain RM 100.00 + Medal + SijilKeempat - Mohd Yusof bin A. Rahim RM 50.00 + Medal + SijilKelima - Ahmad Al Rafaie bin Hj Ali RM 50.00 + Medal + SijilKeenam - Azaha bin Abdullah Medal + SijilKetujuh - Hairulnizam bin Abd Aziz Medal + SijilKelapan - Saiyed Shagap bin Saiyed Mohamad Medal + SijilKesembilan - Mohamed Sham bin Sidek Medal + SijilKesepuluh - Hasrul bin Hisham Medal + Sijil

Johan - Shamil Hakimi bin Shamsul Bahrin RM 500.00 + Medal + SijilNaib Johan - Hishamuddin bin Hashim RM 300.00 + Medal + SijilKetiga - Daniel Hans Edwin RM 100.00 + Medal + SijilKeempat - Mohd Fadzli bin Samsor RM 50.00 + Medal + SijilKelima - Muhammad Zikry bin Zainal Ariffin RM 50.00 + Medal + SijilKeenam - Danial Erfan Shah bin Nor Azam Shah Medal + SijilKetujuh - Ariff Iqman bin Ramlee Medal + SijilKelapan - Nurin Hanisah binti Shahrin Medal + SijilKesembilan - Ahmad Tarmizi bin Mohd Radzi Medal + SijilKesepuluh - Azfar Danish bin Mohd Fadzil Medal + Sijil

DALAM MEREALISASIkAN JohoR sebagai Negeri yang membangun dan memberi penekanan terhadap dasar pendidikannya. Satu lagi program anjuran Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang (YPG) telah melancarkan program E-Learning Johor dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00. Yayasan Pelajaran Johor dan Yayasan Pasir Gudang telah bekerjasama dengan pihak Kenshido dalam membangunkan dan menggunakan platform i-Learning Asia, yang sebelum ini dikenali sebagai Skor A. Program ini sebagai pembelajaran tambahan pelajar melalui laman sesawang sebagai media perantaraan dan pembelajaran serta boleh diakses.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Datuk Haji Ayob bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Y.Bhg. Tuan Haji Ab Han bin Ramin, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor, Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG, Encik Azman bin Adnan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Puan Monaliza binti Mat Tahir, Pengurus Besar Wilayah Selatan Kenshido International.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin berkata, pakej pembelajaran digital itu ditawarkan dengan bayaran

PENDIDIKAN TERUS DI BERI KEUTAMAANProgrAm E-LEARNING JoHor dIlANCArKAN

BERITA PASIR GUDANG1 2

hanya RM1 sebulan bagi membantu 25,000 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. Menurutnya, penyertaan terbuka kepada murid-murid pelbagai kaum dan diutamakan bagi murid tahun enam, pelajar tingkatan tiga dan lima yang bersekolah di seluruh negeri Johor. Program ini dianjurkan bertujuan sebagai pembelajaran tambahan untuk pelajar menerusi laman sesawang yang boleh diakses secara atas talian pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit, komputer riba atau alat elektronik lain. “Ini merupakan salah satu usaha kerajaan Negeri bagi meningkatkan keupayaan anak-anak Johor menerusi sektor pendidikan agar generasi muda tempatan dapat bersaing dan merebut peluang bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka,” katanya lagi.

YAB Menteri Besar turut menegaskan aspek pendidikan di Negeri Johor berpandukan tiga aspek utama yang ditekankan, iaitu Aspek Pertama; semua lapisan masyarakat mendapat akses pendidikan yang berkualiti dan tidak kira semua kaum. Komitmen Kerajaan Negeri sangat jelas dan tegas. Kami mahukan semua pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti selari dengan hasrat Johor mahu menjadi negeri yang berkualiti dan baik.

Aspek Kedua; Pendidikan harus selari dengan kemajuan teknologi. Cara pembelajaran pelajar dan didikan anak bukanlah sesuatu yang bukan membosankan dan membebankan. Dalam aspek ini, proses menuntut ilmu haruslah sesuatu yang bersifat ‘fun’ atau menarik dengan cara yang murah dan mudah serta bersesuaian dengan keadaan semasa. Aplikasi dan platform digital perlu dalam menguasai aspek kehidupan

dengan memaksimumkan penggunaan teknologi. Inisiatif E-learning ini mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan mengubah cara serta pendekatan pendidikan. Kerana ia bersifat terbuka dan dapat diakses di mana-mana sahaja. Platform ini boleh diibaratkan seperti sebuah bilik darjah maya yang besar. Akses kepada pendidikan yang berkualiti bukan lagi satu keistimewaan kepada golongan tertentu sahaja. Semua lapisan pelajar mendapat peluang yang sama rata.

Aspek Ketiga; YAB Menteri Besar mengingatkan bahawa semua pihak, kerajaan, swasta, sekolah atau ibu bapa, perlu bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti pendidikan. Beliau mengingatkan masyarakat di Johor melihat pendidikan sebagai satu tanggungjawab bersama secara kolektif oleh semua pihak.

“Program ini menyediakan medium pembelajaran tambahan dengan isi kandungan yang komprehensif serta silibus yang berpandukan sukatan pembelajaran Kementerian Pendidikan. Sehingga kini, seramai 3,000 pelajar telah mendaftar dan terpilih menyertai program E-learning ini, dan seterusnya jumlah peruntukan yang disediakan akan ditambah pada masa akan datang jika mendapat permintaan menggalakkan” katanya.

Pada majlis berkenaan, YAB Menteri Besar turut menyampaikan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) kepada 10 pelajar terpilih dari kawasan Pasir Gudang yang menerima biasiswa RM600 setahun bagi setiap pelajar tingkatan satu hingga lima dan RM1,000 setahun bagi pelajar tingkatan enam dan biasiswa tersebut akan dimasukkan terus ke akaun SSPN-i bagi mengalakkan mereka menabung di usia muda.

SAMBUtAN MAULIDUR RASUL terus mendapat sambutan hangat dengan diperdengarkan bacaan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Pada sambutan kali ini, Zon Cendana telah mengambil peluang meraikan Hari kelahiran Baginda S.A.W. yang bertempat di Masjid An-Nur Taman Cendana. Beberapa agensi dan jabatan yang terlibat bersama dalam program ini ialah Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon Cendana, Jawatankuasa Masjid An-Nur Taman Cendana, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru, Sekolah Agama Taman Cendana, Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

dan Tabika KEMAS Tunas Pintar 1 & 2 Taman Cendana.

Yang Dipertua MPPG menyerahkan karpet yang diwakafkankepada Tuan Haji Sulaiman bin Osman.

rAI SAmbuTAN mAulIdur rASul 1439H

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

TAMAN CENDANA

PRoGRAM WAkAF kARPEt merupakan satu program amal di bawah Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan MPPG. Bagi edisi kali ke-4 ini, penyerahan sebanyak 13 unit karpet telah diserahkan dan diwaqafkan kepada pengurusan Masjid Kampung Pasir Gudang. Karpet yang bersaiz 2.7 x 8 kaki persegi berwarna emas yang berharga RM4,210.00 ini merupakan sumber wakaf yang telah diperoleh daripada sumbangan warga kerja dan keluarga MPPG.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG, En. Hasrin Kamal bin Hashim kepada Tuan Haji Sulaiman bin Osman, Pengerusi Masjid Kg. Pasir Gudang.

Program di meriahkan dengan pelbagai acara dan pertandingan yang dijalankan. Antaranya Pertandingan Azan, Pertandingan Nasyid Wanita dan Lelaki serta Perarakan Secara Berkumpulan. Sebanyak 53 buah kumpulan yang mewakili blok masing-masing telah turut serta dalam perarakan yang diadakan.

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor yang turut hadir bagi merasmikan Dewan Kuliah An-Nur. Hadir sama, YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang, Y.Bhg. Datuk Kamaruzaman bin Abu Kasim, Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengerusi Zon Cendana dan Tuan Haji Jaafar bin Samat Pengerusi Masjid An-Nur Taman Cendana.

Dewan Kuliah An-Nur, Masjid An-Nur Taman Cendana telah siap dibina pada Disember 2017. Dewan kuliah yang

boleh menempatkan hampir 200 orang pada satu-satu masa ini mendapat peruntukan pembinaan melalui Johor Corporation. Antara aktiviti yang di penuhi melalui penggunaan dewan ini ialah Kelas Feqah Wanita Islam, Kelas Mengaji Iqraq Dan Al-Quran Kanak-Kanak, Kelas Al-Quran Lelaki Dewasa dan Kelas Al-Quran Wanita Dewasa. Program pada malam itu diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah yang disampaikan oleh Tuan Kadi Daerah Kulai, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Maidin.

KSK BIRO AGAMAANJUR PROGRAM WAKAF KALI KE -4

LokASI ISU cADANGANJalan Selasih 26 Longkang pecah dan tidak diselenggara Cadangan penyelenggaraan longkang dilakukan lebih berjadual

dan sistematik.Jalan Selayang 18 Kawasan lapang yang tidak digunakan Dicadangkan kawasan tersebut digunakan sebagai tempat

pembangunan komuniti atau taman permainan.Kawasan Kebayan Lokasi sebagai tempat pembuangan

sampah secara pukalPemantauan yang lebih kerap oleh pihak yang terbabit dan tindakan saman kepada mereka yang masih lagi membuang sampah di situ

Jalan Selasih 10 Kawasan lapang yang boleh digunakan bagi tujuan komersial atau riadah

Cadangan kawasan tersebut digunakan sebagai pembangunan komuniti, kompleks sukan atau taman permainan

Zon taman Pasir Putih

PRoGRAM walkabout merupakan anjuran aktiviti bagi kesemua 24 zon di bawah pentadbiran MPPG. Program yang dianjurkan bagi menyelami permasalahan rakyat dan penduduk sekaligus berusaha dalam apa jua cara bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. Bulan Februari menyaksikan 2 buah zon lagi telah menyertai program ini iatu Zon Tanjung Puteri dan Zon Taman Pasir Putih.

Bertempat di Dewan Muafakat Kampung Pasir Putih, walkabout Zon Tanjung Puteri telah dihadiri oleh Yang Dipertua MPPG En Hasrin Kamal bin Hashim, Pengerusi Zon yang merupakan Ahli Majlis Tanjung Puteri, Puan Hajah Norainee binti Dato’ Ibrahim, Pengerusi Zon yang merupakan

Ahli Majlis Taman Pasir Putih, Y.Bhg. Dato’ Mohamad bin Hj Dolmat, Pegawai-pegawai khas zon, ketua-ketua jabatan serta JKZ Zon Tanjung Puteri dan JKZ Zon Taman Pasir Putih.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Bachok bin Nohong selaku Timbalan Pengerusi Zon Tanjung Puteri dan seterusnya penerangan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohamad bin Hj. Dolmat pula memberi penjelasan mengenai aduan-aduan dari Zon Taman Pasir Putih. Walkabout dimulakan dengan melawat Persekitaran Zon Tanjung Puteri terlebih dahulu. Antara jalan yang dilawati ialah, Jalan Muafakat, Jalan Pantai, Jalan Bahagia dan Jalan Pengkalan 13

dan Pengkalan 15 serta Jalan Kaloi. Seterusnya, Yang Dipertua bersama rombongan dibawa meninjau ke kawasan Zon Taman Pasir Putih. Antara lokasi yang dilawati ialah, Jalan Selasih 26 dan Selasih 10, Jalan Selayang 18, Jalan Merbah, Jalan Merak, Jalan Kelisa, Jalan Rusa dan Jalan Kijang dan kawasan Kebayan.

Program berakhir sekitar jam 12.30 di Dewan Taman Pasir Putih dengan sesi penutup dan jamuan tengahari yang disediakan.

Berikut merupakan aduan yang direkodkan dan cadangan penyelesaian yang diberikan :

YDP TURUN PADANG BAGI MENINJAU PERMASALAHAN DI ZON TANJUNG PUTERI DAN ZON TAMAN PASIR PUTIH

YDP bergambar bersama Ahli Majlis Zon Taman Pasir Putih, YBhg Dato’ Mohamad Dolmat dan Ahli Jawatankuasa Zon.

YDP bergambar bersama Ahli Majlis JKZ Tanjung Puteri, Puan Hajah Noraineebinti Dato’ Ibrahim dan barisan Ketua Jabatan dan Jawatankuasa Zon.

Yang Dipertua meninjau kawasan aduan mengenai longkang tersumbat di kawasan Zon

Taman Pasir Putih.

WALKABOUT 24 ZON PASIR GUDANG

LokASI ISU cADANGANJalan Muafakat Aliran air dari longkang berhadapan Klinik

Kesihatan Kg. Pasir Putih tidak lancarPembaikan dan menaiktaraf longkang tersebut.

Jalan Pantai Laluan longkang/parit di sepanjang jalan tidak ditutup

Perlu tindakan bagi penutup longkang bagi tujuan keselamatan kerana akan dijadikan sebagai laluan ke Dewan Muafakat.

Bangsal yang digunakan oleh pekerja projek pembinaan Dewan Muafakat

Kerosakan dibaikpulih bagi digunakan tujuan program-program lain.

Longkang tersumbat Dibaiki dan di naiktaraf longkang tersebut.Jalan Pengkalan 13 Lokasi pembuangan sampah haram Kawasan tersebut dijadikan kawasan lanskap bagi mengelakkan

dijadikan tempat pembuangan sampah.Jalan Kaloi Tanah runtuh di jambatan Kerja-kerja baikpulih disegerakan.

Zon tanjung Puteri

BERITA PASIR GUDANG1 4

YaYaSaN PaSIR gUDaNg

3 FEBRUARI 2018

10 FEBRUARI 2018

14 FEBRUARI 2018

Nama Program : mAJlIS PElANCArAN ProgrAm E-lEArNINg JoHor 2018Masa : 9.30 PagiTempat : Dewan Serbaguna Taman MawarSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) YB Dato’ Hjh Normala binti Abd Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang 3) En Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 10 000 orang pesertaButiran : i. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Program ini memberi manfaat kepada 10,000 orang pelajar di bawah tajaan YPG dan 14,000 orang di bawah tajaan YPJ. iii. Ibu bapa hanya perlu membayar RM 10.00 setahun bagi setiap satu id pelajar. iv. Program ini berfungsi untuk memberikan pendidikan tambahan secara dalam talian kepada pelajar yang terpilih dalam menghadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. V. Boleh diakses di mana-mana sahaja kerana setiap pelajar mempunyai id sendiri.

Nama Program : mAJlIS PENYAmPAIAN SumbANgAN TAHuN bAru CINAMasa : 9.30 PagiTempat : Dewan Serbaguna Taman ScientexSenarai VIP : 1) YB Dato’ Hjh Normala binti Abd Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang 2) Tuan Hj Adnan bin Abd Gahni Wakil Rasmi YDP Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YPG 3) Mr Tan Cher Puk Pengerusi MCA Bahagian Pasir GudangPeserta/ Penerima : 200 orang pesertaButiran : i. Majlis disempurnakan oleh Dato’ Hjh Normala binti Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. ii. Seramai 200 orang penerima pelbagai kaum yang berlatar belakangkan dari keluarga kurang berkemampuan, oku, pesakit kronik dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan.

Nama Program : mAJlIS PENYErAHAN PEruNTuKAN TAHuNAN PTK PErCumA YPg PASIr gudANg dAN TEbrAu 2018Masa : 8.30 MalamTempat : Dewan Serbaguna Taman MawarSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) YB Datuk Hj Maulizan bin Bujang Adun Tiram merangkap ALPA YPG 3) Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 250 orang pesertaButiran : i. Majlis Disempurnakan Oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG ii. Pusat Tuisyen Komuniti (PTK) Percuma Yayasan Pasir Gudang merupakan inisiatif YPG dalam memberikan Pendidikan Percuma kepada pelajar sekitar Pasir Gudang. iii. Terdapat lebih 10 pusat tuisyen yang telah beroperasi di bawah kelolaan Yayasan Pasir Gudang.

PROGRAM SEPANJANG FEBRUARI 2018

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

sewaan tapak bazar ramadan

sewaan iklan skrin led

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mempelawa individu/ syarikat/ pengiklan luar untuk mengiklankan maklumat produk/ perkhidmatan semasa mereka di skrin LED milik MPPG ;Lokasi : Persimpangan Jalan Mesjid/ Jalan Besar Pasir GudangSaiz LED : 5.76m x 10.56m

1. Jalan Pasar Awam, Taman Air Biru 2. Jalan Sena, Taman Air Biru 3. Jalan Bacang 36, Taman Kota Masai4. Jalan Pulasan Utama, Taman Kota Masai 5. Jalan Tembikai 1, Taman Kota Masai6. Tempat letak kenderaan Dewan Taman Mawar7. Jalan Sejahtera 1, Taman Nusa Damai8. Jalan Kijang, Taman Scientex9. Jalan Kenari 15, Taman Scientex

SEWAAN IKLAN SKRIN LED

loKASI TAPAK bAZAr rAmAdAN 2018

SEWAAN TAPAK BAZAR RAMADAN 2018

10. Jalan Pelanduk, Taman Scientex11. Jalan Asli 17, Taman Pasir Putih12. Jalan Intan, Taman Cahaya Masai 13. Taman Cendana14. Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia15. Jalan Pengkalan 5, Kg Pasir Putih16. Jalan Balau 3, Taman Rinting17. Jalan Tasek 60, Bandar Seri Alam18. Jalan Sg.Masai, Masai

Di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

Sila hubungi :07-254 7777 / 254 7823(bahagian Pelesenan)

Sebarang pertanyaan sila hubungi;07-254 7777 Bahagian Pelesenan (En. Rozaiman) / Unit IT (En. Zarizal)

atau layari website www.mppg.gov.my

kADAR SEWAAN oUtDooR LED SkRINMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

WAktU oPERASI 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam

FoRMAt IkLAN Video & Image (Bmp, Gif, Jpeg, Tiff)

JUMLAh PAPARANMinima 150 Kali/ Hari

Minima 4,500 Kali/ Bulan

DURASI 2 MINGGU 1 BULAN 3 BULAN 6 BULAN 12 BULAN

15 Saat RM 700 RM 1,400 RM 4,200 RM 8,400 RM 16,800

20 Saat RM 900 RM 1,800 RM 5,400 RM 10,800 RM 21,600

25 Saat RM 1,100 RM 2,200 RM 6,600 RM 13,200 RM 26,400

30 Saat RM 1,300 RM 2,600 RM 7,800 RM 15,600 RM 31,200

kADAR PRoMoSI SEMPENA PEMBUkAANJumlah Paparan Minima 30/ Hari

Durasi 30 Saat

3 hari RM 500

harian/ tambahan 1 hari RM 100