senarai kertas kerja yang dibentangkan dijpbdselangor.gov.my/laporan/spc/keputusanmjpns2008.pdf ·...

44
SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008 1 / 44 BIL. MESYUARAT TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN 1/2008 28/1/2008 PEMBENTANG KERTAS MENGENAI DASAR 1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/1/2008 Tatacara Permohonan Pemajuan Di Bawah Perenggan 2A(2)(b) dan Subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). Jawatankuasa bersetuju :- i. Tatatacara ini dijadikan panduan dan rujukan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan bagi permohonan di bawah perenggan 2A(2)(b) dan Subseksyen 22(2A), Akta 172; ii. Tatacara ini akan dijadikan asas untuk penyediaan Pekeliling Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor yang akan dilaksanakan oleh JPBD Negeri Selangor; dan iii. Cadangan Pembangunan Water Treatment Plant di Semenyih perlu diangkat ke JPN Selangor dan seterusnya ke MPFN. 2. KERTAS JPN Sel. Bil. 2/1/2008 Penyeliaan Unit Pusat Setempat (OSC) Di Setiap Pihak Berkuasa Tempatan Oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Jawatankuasa bersetuju :- i. Penyeliaan Unit Pusat Setempat (OSC) oleh Pengarah JPBD Negeri Selangor dan mengambil maklum pelaksanaan Mesyuarat Bersama Ketua Unit Pusat

Upload: lamtruc

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

1 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

1/2008 28/1/2008 PEMBENTANG KERTAS MENGENAI DASAR

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/1/2008

Tatacara Permohonan Pemajuan Di Bawah Perenggan 2A(2)(b) dan Subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Tatatacara ini dijadikan panduan dan rujukan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan bagi permohonan di bawah perenggan 2A(2)(b) dan Subseksyen 22(2A), Akta 172;

ii. Tatacara ini akan dijadikan asas untuk penyediaan Pekeliling Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor yang akan dilaksanakan oleh JPBD Negeri Selangor; dan

iii. Cadangan Pembangunan Water Treatment Plant di Semenyih perlu diangkat ke JPN Selangor dan seterusnya ke MPFN.

2. KERTAS JPN Sel. Bil. 2/1/2008

Penyeliaan Unit Pusat Setempat (OSC) Di Setiap Pihak Berkuasa Tempatan Oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Penyeliaan Unit Pusat Setempat (OSC) oleh Pengarah JPBD Negeri Selangor dan mengambil maklum pelaksanaan Mesyuarat Bersama Ketua Unit Pusat

Page 2: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

2 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Setempat (OSC) seperti di perenggan 3.5. (KERTAS JPN Sel. Bil. 2/1/2008); dan

ii. Penyeliaan dilaksanakan bersama-sama Seksyen PBT, Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN).

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI RANCANGAN PEMBANGUNAN

3. KERTAS JPN Sel. Bil. 3/1/2008

Kajian Rancangan Kawasan Khas Seksyen 13, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Meluluskan sempadan kawasan kajian RKK Seksyen 13, Petaling Jaya selaras dengan peruntukan subseksyen 16B(1); dan

ii. Menerima Draf Cadangan RKK Seksyen 13 untuk MBPJ sebagai PBPT mengadakan proses publisiti dan bantahan awam Draf RKK tersebut

4. KERTAS JPN Sel. Bil. 4/1/2008

Kajian Rancangan Kawasan Khas Tanah Rezab Melayu (TRM) Pulau Indah, Klang.

− Jawatankuasa bersetuju:-

i. Meluluskan sempadan Kawasan RKK TRM Pulau Indah yang telah disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B, Akta

Page 3: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

3 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172);

ii. Meluluskan keputusan Jawatankuasa Bantahan Awam bagi Laporan Akhir RKK TRM Pulau Indah;

iii. MPK perlu melihat semula rangkaian saliran-saliran yang terdapat dalam kawasan kajian;

iv. MPK perlu mengkaji semula untuk mengadakan kolam-kolam tadahan (retention pond) yang berskala kecil untuk mengurangkan kos pengambilan tanah;

v. MPK boleh mensyaratkan penyediaan tanah lapang bagi permohonan KM di kawasan TRM Pulau Indah; dan

vi. Setelah menyemak perkara iii, iv dan v, MPK diminta untuk mengangkat semula Kajian RKK TRM Pulau Indah ke Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor

5. KERTAS JPN Sel. Bil. 5/1/2008

Asas Rujukan Kajian Rancangan Kawasan Khas Sungai Pusu, Gombak 2008 – 2020.

− Jawatankuasa bersetuju:-

Meluluskan Asas Rujukan RKK Sg. Pusu mengikut peruntukan Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa

Page 4: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

4 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

1976(Akta 172);

i. Bersetuju supaya kos kajian ini menggunakan peruntukan P16 -Peruntukan Pembangunan JPBD Negeri Selangor; dan

ii. Mengekalkan lot-lot yang bersebelahan dengan Taman Warisan Negeri Selangor sebagai tanah pertanian.

6. KERTAS JPN Sel. Bil. 6/1/2008

Asas Rujukan Kajian Rancangan Kawasan Khas Tanjong Karang, Kuala Selangor 2008-2020.

− Jawatankuasa bersetuju:-

i. Menimbang dan meluluskan Asas Rujukan RKK Bandar Tanjong Karang mengikut peruntukan Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172);

ii. Kerajaan Negeri atau PBPT menanggung 1/3 daripada kos kajian; dan

iii. Kawasan tanaman padi di dalam kawasan kajian tidak boleh ditukar syarat dan perlu kekal sebagai tanah pertanian (jelapang padi negara).

Page 5: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

5 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

7. KERTAS JPN Sel. Bil. 7/1/2008

Asas Rujukan Kajian Rancangan Kawasan Khas Megasteel, Kuala Langat 2008 - 2015.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Meluluskan Cadangan RKK Megasteel mengikut peruntukan Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172);

ii. JPBD Negeri Selangor sebagai penyelaras bagi kajian RKK ini;

iii. Pelantikan Jawatankuasa dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pasukan Kajian mengikut Garis Panduan RKK yang disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia;

iv. Pihak Megasteel Sdn. Bhd. menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dengan nelayan-nelayan di kawasan kajian dan nelayan-nelayan persisiran pantai; dan

v. Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Hj. Raja Ideris @ Idris b. Raja Ahmad akan diadakan. MDKL, PTDKL, Jabatan Perikanan dan JPS dijemput bersama-sama Megasteel Sdn. Bhd. ke mesyuarat tersebut.

Page 6: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

6 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI PENGAWALAN PERANCANGAN

8. KERTAS JPN Sel. Bil. 8/1/2008

Cadangan Pindaan Pelan Konsep Guna Tanah Yang Telah DiLuluskan Untuk Pembangunan (Berjaya City) Di Atas Lot-Lot 1, 5, 6, 8, 13, 14, 15, 18, 20, 22, 24, 25, 27, 30, 35, 36, 37, 60, 62 dan 69, Mukim Sungai Tinggi, Daerah Hulu Selangor Dan Di Atas Lot-Lot 25, 161, 316, 555, 575, 4555, 1713 Dan 1714 Mukim Batang Berjuntai, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

− Jawatankuasa bersetuju:-

i. Meluluskan pindaan Pelan Konsep Pembangunan Berjaya City dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa, mematuhi ulasan terperinci JPBD Negeri Selangor, MDHS, MDKL dan lain-lain jabatan teknikal yang berkaitan;

ii. Mengemukakan semula ke MPFN cadangan pembangunan Pusat Ekuestrian dan Sukan STC;

iii. Nama pembangunan Berjaya City disyorkan ditukar kepada nama-nama yang lebih bercirikan Negeri Selangor;

iv. Zon penampan 500 meter (radius) yang telah disediakan di keliling tapak pelupusan sisa pepejal Bukit Tagar perlu dikekalkan sebagai kawasan hijau;

v. Pihak Pemaju perlu menyelesaikan isu jalan masuk ke tapak dan disyaratkan untuk membina jalan terus ke Lebuh Raya Utara Selatan melalui Bandar Bukit Beruntung;

Page 7: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

7 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

vi. Pihak Pemaju menyediakan satu Taman Bandar (Town Park) yang berskala besar bagi kemudahan masyarakat untuk berekreasi dan beriadah; dan

vii. Pihak Pemaju dikehendaki menyediakan 10% kawasan lapang di setiap parcel pembangunan.

9. KERTAS JPN Sel. Bil. 9/1/2008

Cadangan Zon Penampan Bagi Tapak Pelupusan Sampah (Sisa Pepejal) Di Atas Tanah Kerajaan, Seluas 160.23 Ekar, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju:-

i. Kedudukan dan keperluan zon penampan selebar 500 meter di sekeliling tapak pelupusan sampah (sisa pepejal) di atas tanah kerajaan, seluas 160.23 ekar, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor dan menolak sebarang permohonan pembangunan tanah di dalam kawasan tersebut;

ii. Cadangan pembangunan tanah di sebahagian lot 5499 dipinda supaya selaras dengan keputusan Majlis MMKN yang telah di adakan pada 18 April 2007 MMK ke 11/2007 dengan mengekalkan kawasan sekurang – kurangnya selebar 500 meter dari sempadan tapak pelupusan sampah (sisa pepejal) sebagai kawasan pertanian; dan

Page 8: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

8 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

iii. Pindaan dibuat kepada DRT Daerah Klang (2002 - 2015) yang melibatkan sebahagian lot 5499 Pembangunan Bercampur Ladang Acob.

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI KEPUTUSAN/ ARAHAN/ MAKLUMAN

10. KERTAS JPN Sel. Bil. 10/1/2008

Laporan Kemajuan Pelaksanaan Agenda 21 Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju:-

Mengambil maklum perkara-perkara yang dinyatakan di perenggan 3.1 (Kertas JPN.Sel Bil.10/1/2008), seterusnya bersetuju dengan Cadangan Program Pelaksanaan Agenda 21 Selangor bagi tahun 2008 seperti di perenggan 3.2 (Kertas JPN.Sel Bil.10/1/2008).

11. KERTAS JPN Sel. Bil. 11/1/2008

Pelaksanaan Sistem Petunjuk Bandar Mampan (MURNInet) Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju:-

i. Mengambil maklum mengenai Keputusan Kajian Petunjuk Bandar Mampan (MURNInet) Tahun 2006 bagi seluruh PBT di Negeri Selangor;

ii. Mengambil maklum mengenai pelaksanaan MURNInet oleh semua PBT

Page 9: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

9 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Selangor pada tahun 2008 seperti di para 3.7(Kertas JPN.Sel Bil.11/1/2008); dan

iii. PBT perlu mengadakan program-program ke arah mencapai tahap kemampanan secara berterusan.

12. KERTAS JPN Sel. Bil. 12/1/2008

Laporan Kemajuan Pelaksanaan Program Bandar Selamat Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju:-

i. Tahap kemajuan pelaksanaan Program Bandar Selamat di Negeri Selangor;

ii. PBT perlu menyediakan GIS-Based Mapping dan bekerjasama dengan PDRM;

iii. PBT perlu menyediakan peruntukan kewangan setiap tahun bagi Program Bandar Selamat untuk memudahkan pelaksanaannya;

iv. PBT perlu mensyaratkan pemasangan CCTV di kawasan-kawasan pembangunan baru;

v. Seksyen PBT UPEN menyelaraskan penggunaan dan pemakaian sistem CCTV antara semua PBT Negeri Selangor;

Page 10: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

10 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

vi. Seksyen PBT UPEN perlu memastikan CCTV yang akan dipasang oleh KPKT compatible dengan sistem yang digunakan oleh PBT Negeri Selangor ;

vii. Seksyen PBT UPEN perlu menyelesaikan isu perletakan Bilik Kawalan (Command Centre) sama ada di PBT atau di Ibu Pejabat PDRM; dan

viii. Edaran risalah-risalah mengenai Program Bandar Selamat perlu disebarluaskan kepada masyarakat

13. KERTAS JPN Sel. Bil. 13/1/2008

Status Pewartaan Kawasan Lapang Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Menerima mengenai status pewartaan tanah lapang sehingga Disember 2007;

ii. Agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam proses pewartaan tanah lapang awam perlu mengambil langkah-langkah bagi mempercepatkan proses pewartaan;

iii. Pelan pra-hitungan digunakan untuk tujuan pewartaan tanah lapang;

iv. Tanah-tanah lapang yang mempunyai hakmilik di dalam suatu kawasan PBT yang telah disediakan RT perlu diwartakan dan kegunaan parcel-parcel

Page 11: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

11 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

tersebut perlu dikekalkan sebagai kawasan lapang; dan

v. Status kawasan lapang Negeri Selangor ini akan diangkat dan dibentangkan ke Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara

14. KERTAS JPN Sel. Bil. 14/1/2008

Pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Bahagian VI - Lembaga Rayuan Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum mengenai pelaksanaan Akta 172, Bahagian VI - Lembaga Rayuan Negeri Selangor dan pencapaiannya di sepanjang 2007; dan

ii. Cadangan program pemantapan pelaksanaan Lembaga Rayuan Negeri Selangor

15. KERTAS JPN Sel. Bil. 15/1/2008

Pembangunan e-MURNInet Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum dan seterusnya bersetuju dengan pembangunan e-MURNInet Selangor; dan

ii. Pembangunan e-MURNInet Selangor akan dimasukkan dalam Selangor.Net

Page 12: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

12 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

16. KERTAS JPN Sel. Bil. 16/1/2008

Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Tarikh kelulusan Kebenaran Merancang adalah dua belas bulan dari tarikh ianya diberikan selaras dengan subseksyen 24(1), Akta 172.

ii. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan perlu mengambil perhatian terhadap pewartaan dan menguatkuasakan Rancangan-Rancangan Tempatan;

iii. Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaksanakan penyampaian notis lot berjiran mengikut subseksyen 21(6) bagi kawasan yang tiada Rancangan Tempatan yang diwartakan; dan

iv. Datuk Bandar atau Timbalan Datuk Bandar, Yang DiPertua atau Timbalan Yang DiPertua bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat mendengar bantahan mengikut subseksyen 21(7), Akta 172

Page 13: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

13 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

17. KERTAS JPN Sel. Bil. 17/1/2008

Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Sebuah Bangunan Balai Polis 1 Tingkat Dan 1 Unit Pondok Pengawal 1 Tingkat Di Atas Sebahagian Tanah Lapang (Taman Rekreasi), Lot 1384 (PT 15756), No. 99, Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, Mukim Damansara , Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Tetuan Sunway City Berhad.

− Jawatankuasa menolak cadangan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Sebuah Bangunan Balai Polis 1 Tingkat Dan 1 Unit Pondok Pengawal 1 Tingkat Di Atas Sebahagian Tanah Lapang (Taman Rekreasi), Lot 1384 (Pt 15756), No. 99, Jalan Pjs 11/28a, Bandar Sunway, Mukim Damansara , Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Tetuan Sunway City Berhad. mengekalkan tapak cadangan sebagai kawasan lapang/zon penampan.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Garis Panduan Piawaian Peracangan ‘Hypermarket’.

− Telah mengadakan perbincangan pada 18 Jan. 208 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Antara PBPT Negeri Selangor. Mesyuarat memutuskan supaya garispanduan ini dikaji semula oleh JPBD Semenanjung Malaysia berdasarkan ulasan-ulasan dari PBT Selangor.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat untuk dibincangkan semula bersama JPBD Semenanjung Malaysia dan 12 PBPT di Selangor.

Page 14: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

14 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.2 Garis Panduan Permohonan Lesen Premis Perusahaan Sarang Burung Walit.

− JPBD Selangor telah melaksanakan Garis Panduan tersebut dan syarat-syarat Jawatankuasa.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat kerana tindakan telah selesai.

4.3 Pemakluman Pewartaan Rancangan Struktur Negeri Selangor.

− JPBD telah mengedarkan Laporan RSN Selangor 2020 kepada semua Exco, Ahli Parlimen, ADUN, PBT, Agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri / Persekutuan.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat kerana tindakan telah selesai.

4.4 Kertas Cadangan Pengubahan Rancangan Struktur Sebahagian Majlis Perbandaran Kajang 1995 – 2020.

− Jabatan mengambil maklum mengenai keputusan Jawatankuasa mengenai Pengubahan Rancangan Struktur Sebahagian Majlis Perbandaran Kajang 1995 – 2020. RS ini digunakan tetapi tidak diwartakan memandangkan RSN Selangor telah diwartakan dan RT MPKajang sedang disediaka mengambilkira pengubahan tersebut.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat kerana tindakan telah selesai.

Page 15: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

15 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.5 Cadangan Pengubahan dan Publisiti Kali Kedua Draf Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015 Yang Telah Diluluskan.

− MPK telah mengemukakan kertas DRT Klang 2015 kepada Setiausaha MMKN pada 17 Januari 2008 bagi perakuan Pihak Berkuasa Negeri untuk pewartaan.

− MPK diminta untuk mewartakan dengan kadar segera.

4.6 Asas Rujukan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang.

− JPBD Semenanjung Malaysia sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk perlantikan perunding.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat kerana tindakan telah selesai.

4.7 Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Bukit Perdana Di Atas Lot PT 13430, PT 13432 Dan PT 13429, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor.

− Pemohon telah memaklumkan untuk menangguhkan permohonan memandangkan ulasan teknikal masih belum diperolehi.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat kerana tiada maklum balas daripada pemaju.

4.8 Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Pembangunan Bercampur di Pekan Pasir Penambang Melalui Menyerah Balik dan Memberi Milik Semula Tanah Lot No. 469, 32, 14, 15, 617, 618, 619, 620, 27 dan 474 Mukim Kuala Selangor dan Kampung Pasir

− Pemohon telah memaklumkan untuk menangguhkan permohonan memandangkan ulasan teknikal masih belum diperolehi.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk

Page 16: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

16 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Penambang, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan Mengikut Seksyen 204 Kanun Tanah Negara.

perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat.

4.9 Cadangan Pindaan Pelan Konsep Pembangunan Di Atas Lot 41, 181, 42, 1000, 223 Mukim Sepang Untuk Tetuan Vintage Heights Sdn. Bhd.

− Jawatankuasa telah bersetuju untuk perkara ini dikeluarkan dari minit mesyuarat kerana tindakan telah selesai.

4.10 Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya Dan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2003 – 2020 Serta Program Publisiti Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

− Majlis Perasmian telah diadakan pada 29hb Nov. 2007 yang dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hj. Mohd Mokhtar Bin Hj Ahmad Dahlan di Auditorium MBSA.

− Program Publisiti ini dijalankan pada 29hb Nov. 2007 hingga 28hb Dis. 2007. Diatas permintaan Dato’ Bandar dan Yang DiPertua, tempoh publisiti dilanjutkan sehingga 28hb Jan 2008.

4.11 Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang Serta Program Publisiti Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

− Laporan Publisiti dan Bantahan Awam telah siap untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan Awam yang akan dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Hj. Mohd Mokhtar Bin Hj. Dahlan pada 4 Februari 2008.

4.12 Cadangan Rancangan Kawasan Khas Bandar Wawasan Selangor (Selangor Vision City).

− MPFN bersetuju secara dasarnya ke atas syor-syor Cadangan Pelan Induk Strategik Bandar Wawasan Selangor (Selangor Vision City-SVC) Daerah Petaling Dan Daerah

Page 17: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

17 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Gombak, Selangor Darul Ehsan Mengikut Perenggan 2A(2)(b) Akta 172 dan mengesyorkan permohonan ini dirujuk ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk mendapatkan pandangan dan dibawa semula ke Majlis ini sebelum diluluskan.

− Telah maklum keputusan MPFN kepada MBSA, MPS dan Guthrie melalui surat JPBD Sel./S/P1/0010 Vol. 5 (7) bertarikh 16 Jan. 2008.

− Jawatankuasa bersetuju agar JPBD Selangor menyelaraskan Jawatankuasa Teknikal bagi pembangunan Selangor Vision City.

4.13 Fi Kebenaran Merancang. − Fi Kebenaran Merancang telahpun siap dimuktamadkan oleh Pengarah JPBD Selangor dan telah dikemukakan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 21 Januari 2008.

− YB Dato’ Setiuasaha Kerajaan Negeri memohon maklumat tambahan iaitu peratus pertambahan Fi Kebenaran Merancang berbanding dengan Fi Kebenaran Merancang yang telah digunapakai.

Page 18: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

18 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.14 Garis Panduan Perancangan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Perbukitan Dan Tanah Tinggi Selangor.

− LESTARI telah menghantar laporan akhir untuk semakan Pengarah JPBD Selangor sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar.

4.15 Cadangan Pelaksanaan Projek Perintis Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) Di Rezab Melayu Puchong Daerah Sepang.

− Fasa 1 mengandungi 5 lot tanah dan 8 orang pemilik tanah telah bersetuju dan menandatangani perjanjian bersama PKNS pada 12 Sept. 2007.

− Fasa 2 Seramai 11 orang pemilik/waris yang mewakili 12 lot telah bersetuju untuk menyertai Projek PTB manakala 5 orang pemilik/waris yang mewakili 3 lot masih belum membuat keputusan. Mesyuarat telah diadakan pada 13hb Dis. 2007 untuk majlis perjanjian persefahaman (MOU).

Page 19: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

19 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

2/2008 29/8/2008 PEMBENTANG KERTAS MENGENAI DASAR

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/2/2008

Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor.

− Jawatankuasa Jawatankuasa bersetuju dan mengambil maklum terhadap:-

i. Fungsi dan peranan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor yang ditubuhkan di bawah peruntukan Subseksyen 4(1), Akta 172;

ii. Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa selaras dengan Subseksyen 4(1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); dan

iii. Cadangan ahli-ahli MMKM dan ahli-ahli lain di dalam Jawatankuasa ini adalah berasaskan portfolio yang dipegang oleh ahli-ahli tersebut.

2. KERTAS JPN Sel. Bil.2/2/2008

Majlis Perancang Fizikal Negara dan Keputusan Dasar.

− Jawatankuasa bersetuju dan mengambil maklum terhadap mengenai penubuhan MPFN dan fungsi serta peranannya.

Page 20: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

20 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI RANCANGAN PEMAJUAN

3. KERTAS JPN Sel. Bil.3/2/2008

Permohonan Kelulusan Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam Terhadap Bantahan Dan Cadangan Yang Diterima Daripada Orang Awam Ke Atas Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang (DRT) Dan Pewartaannya Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

− Jawatankuasa menangguh kelulusan terhadap :-

i. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam DRT Daerah Sepang; dan

ii. Pewartaan DRT Daerah Sepang oleh Pihak Berkuasa Negeri

iii. Cadangan ahli-ahli MMKN dan ahli-ahli lain di dalam Jawatankuasa ini adalah berasaskan portfolio yang dipegang oleh ahli-ahli tersebut.

− Jawatankuasa bersetuju untuk :-

i. MPSepang mengadakan taklimat khas DRT Daerah Sepang kepada Y.B Tuan Iskandar b. Abdul Samad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor dan Ahli-Ahli MMKN yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor.

ii. MPSepang perlu mengangkat semula DRT Daerah Sepang ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.3/2008.

Page 21: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

21 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4. KERTAS JPN Sel. Bil.4/2/2008

Kajian Rancangan Kawasan Khas Tanah Rezab Melayu (TRM) Pulau Indah, Klang.

− Jawatankuasa menangguh kelulusan terhadap :-

i. Pindaan Laporan Akhir Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Rezab Melayu (TRM) Pulau Indah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.1/2008 bertarikh 28 Januari 2008; dan

ii. Perakuan Draf RKK TRM Pulau Indah untuk kelulusan dan pewartaan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

− Jawatankuasa bersetuju untuk :-

i. MPK perlu menilai dan menyemak semula keseluruhan kajian DRKK TRM Pulau Indah secara terperinci dan mengambil penggandaan (multiplier) potensi pembangunannya dan melonjakkan nilai hartanah di kawasan Tanah Rezab Melayu Pulau Indah ini.

Page 22: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

22 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

5. KERTAS JPN Sel. Bil.5/2/2008

Cadangan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Siasatan dan Pendengaran Awam Bagi Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.

− Jawatankuasa bersetuju terhadap :-

i. Penubuhan Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam bagi RT dan RKK; dan

ii. Penambahan Ahli Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran, diantaranya:-

a. Pakar Luar/ Proffesional - 1 orang

b. Badan Bukan Kerajaan - 1 orang

iii. Pelantikan-pelantikan ini akan dirunding oleh Pengarah JPBD Negeri Selangor dengan Pengerusi Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam.

Page 23: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

23 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI PENGAWALAN PERANCANGAN

6. KERTAS JPN Sel. Bil.6/2/2008

Cadangan Pindaan Pelan Konsep Guna Tanah Yang Telah Diluluskan Untuk Pembangunan (Berjaya City) Di Atas Lot-Lot 1, 5, 6, 8, 13, 14, 15, 18, 20, 22, 24, 25, 27, 30, 35, 36, 37, 60, 62 Dan 69, Mukim Sungai Tinggi, Daerah Hulu Selangor Dan Di Atas Lot-Lot 25,161, 316, 555, 575, 4555, 1713 Dan 1714, Mukim Batang Berjuntai, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

− Jawatankuasa menangguh kelulusan terhadap :-

i. Pindaan pelan konsep pembangunan Berjaya City;

ii. Permohonan Pusat Ekuestrian dan Sukan STC dalam pelan pembangunan Berjaya City dan seterusnya diangkat semula ke Mesyuarat MPFN.

7. KERTAS JPN Sel. Bil.7/2/2008

Permohonan Kebenaran Merancang Cadangan Pembangunan Satu Blok Bangunan Pejabat 9 Tingkat Berserta 2 Tingkat Sub Basemen Tempat Letak Kereta Di Atas Sebahagian Lot 22395, Persiaran Perpaduan, USJ 6, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Bagi Pemohon Tetuan Pujangga Budiman Sdn. Bhd.

− Jawatankuasa menangguh keputusan terhadap Permohonan Kebenaran Merancang Cadangan Pembangunan Satu Blok Bangunan Pejabat 9 Tingkat Berserta 2 Tingkat Sub Basemen Tempat Letak Kereta Di Atas Sebahagian Lot 22395, Persiaran Perpaduan, USJ 6, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Bagi Pemohon Tetuan Pujangga Budiman Sdn. Bhd.

− Jawatankuasa bersetuju untuk:

i. Tetuan Pujangga Budiman Sdn. Bhd. dikehendaki mengemukakan profil

Page 24: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

24 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

syarikat dan pengalaman projek-projek yang telah dimajukan sebelum ini;

ii. Tetuan Pujangga Budiman Sdn. Bhd. diminta mengemukakan Laporan Traffic Impact Assesment (TIA);

iii. Syarikat Telekom Malaysia perlu mengemukakan asas penjualan tanah kepada Tetuan Pujangga Budiman Sdn. Bhd.; dan

iv. MPSJ perlu mengangkat semula cadangan pemajuan ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2008.

8. KERTAS JPN Sel. Bil.8/2/2008

Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 22 (2A) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976:

Rayuan Ke Atas Syarat-Syarat Yang Di Kenakan Terhadap Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172 Bagi Tujuan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Dibawah Seksyen 204D Di Atas Lot PT 834 Mukim Ijok Dan PT 1092 Mukim Jeram, Bandar Puncak Alam, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

− Jawatankuasa menangguhkan Rayuan oleh Tetuan Puncak Alam Resources Sdn. Bhd.

− Jawatankuasa bersetuju untuk:

i. Cadangan pemajuan ini dikaji semula secara keseluruhan oleh Y.B. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor dan dibantu oleh Pengarah JPBD Negeri Selangor.

Page 25: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

25 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

9. KERTAS JPN Sel. Bil.9/2/2008

Permohonan Rayuan Bagi Mendapatkan Jalan Keluar Masuk Ke Atas Tanah Hakmilik No. HS(D) 110086 PT. 1, Bandar Sunway, Daerah Petaling Untuk Tetuan Nusa Kota Sdn. Bhd.

− Jawatankuasa menangguhkan keputusan terhadap Permohonan Rayuan Bagi Mendapatkan Jalan Keluar Masuk Ke Atas Tanah Hakmilik No. HS(D) 110086 PT. 1, Bandar Sunway, Daerah Petaling Untuk Tetuan Nusa Kota Sdn. Bhd

− Jawatankuasa bersetuju untuk:

i. MBPJ menimbangkan permohonan kebenaran merancang PT 853 yang telah dikemukakan dengan mengambil kira jalan keluar masuk ke Lot PT1 yang dimiliki oleh Tetuan Nusa Kota Sdn. Bhd.;

ii. MBPJ diminta memberikan maklum balas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.3/2008.

10. KERTAS JPN Sel. Bil. 10/2/2008

Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 Akta 172 Bagi Tujuan Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200 Kanun Tanah Negara Bagi Pembangunan Agro Industri (Pembangunan Taman Eko Burung Walit) Di Atas Lot 234, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Golden Swallow Wetlands (M) Sdn. Bhd.

− Jawatankuasa menangguhkan keputusan terhadap Permohonan Rayuan Bagi Mendapatkan Jalan Keluar Masuk Ke Atas Tanah Hakmilik No. HS(D) 110086 PT. 1, Bandar Sunway, Daerah Petaling Untuk Tetuan Nusa Kota Sdn. Bhd

− Jawatankuasa bersetuju untuk:

Page 26: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

26 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

i. Mengekalkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2007 yang bersidang pada 30 Julai 2007 di mana dalam mesyuarat tersebut, jawatankuasa bersetuju kawasan seperti berikut dibenarkan untuk mendapat Lesen Premis Perusahaan Sarang Burung Walit (dengan syarat tiada bantahan dari penduduk) :-

a. Kawasan Pertanian;

b. Kawasan Persisiran Sungai ; dan

c. Kawasan Tanah Bencah.

Manakala zon perumahan, perniagaan, perindustrian dan institusi tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, bagi aktiviti sedia ada yang telah diluluskan di zon-zon berkenaan dibenarkan untuk lesen sementara sahaja, dan difasakan untuk pemindahan dalam masa dua tahun.

ii. Mengekalkan zon perumahan bagi tapak cadangan tersebut selaras dengan Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015 yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Penuh MPSepang pada 31 Julai 2008.

Page 27: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

27 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

iii. Menolak permohonan Kebenaran Merancang Bagi Tujuan Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200 Kanun Tanah Negara Bagi Pembangunan Agro Industri (Pembangunan Taman Eko Burung Walit) Di Atas Lot 234, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Golden Swallow Wetlands (M) Sdn. Bhd.

11. KERTAS JPN Sel. Bil.11/2/2008

Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172 Bagi Cadangan Membina Sebuah Dewan Serbaguna Tiga Tingkat Di Atas Lot 3439, Mukim Serendah Untuk Tetuan Cheng Teng Soong.

− Jawatankuasa menolak Cadangan Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172 Bagi Cadangan Membina Sebuah Dewan Serbaguna Tiga Tingkat Di Atas Lot 3439, Mukim Serendah Untuk Tetuan Cheng Teng Soong; dan

− Jawatankuasa bersetuju untuk:

i. MDHS mengeluarkan Notis Henti Kerja dan mengenakan kompaun di atas kerja-kerja yang telah dijalankan tanpa mendapat kebenaran merancang serta menjalankan kerja pemantauan secara berterusan; dan

ii. JAIS perlu menyiasat dan membuat lawatan tapak.

Page 28: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

28 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

12. KERTAS JPN Sel. Bil.12/2/2008

Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Sebuah Asrama (Dormitory) 3 Tingkat Dengan 2 Paras Bawah Tanah Di Atas Lot 3438, Mukim Serendah Untuk Tetuan Chen Teng Soong, Ho Yok Kui Dan Choong Kee.

− Jawatankuasa menolak Cadangan Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172 Bagi Cadangan Membina Sebuah Asrama(Dormitory) 3 Tingkat Dengan 2 Paras Bawah Tanah Di Atas Lot 3438, Mukim Serendah Untuk Tetuan Cheng Teng Soong; dan

− Jawatankuasa bersetuju untuk:

i. MDHS mengeluarkan Notis Henti Kerja dan mengenakan kompaun di atas kerja-kerja yang telah dijalankan tanpa mendapat kebenaran merancang serta menjalankan kerja pemantauan secara berterusan; dan

ii. JAIS perlu menyiasat dan membuat lawatan tapak.

Page 29: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

29 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

13. KERTAS JPN Sel. Bil.13/2/2008

Status Kemajuan Penyediaan dan Pewartaan Rancangan-Rancangan Pemajuan Di Negeri Selangor.

− Jawatankuasa menangguhkan kertas ini ke mesyuarat Bil. 3/2008.

14. KERTAS JPN Sel. Bil.14/2/2008

Status Pewartaan Kawasan Lapang Negeri Selangor.

− Jawatankuasa menangguhkan kertas ini ke mesyuarat Bil. 3/2008.

15. KERTAS JPN Sel. Bil.15/2/2008

Cadangan Pembangunan Perindustrian Dan Perniagaan Di Atas Lot Pt 60773, PT 60775 Hingga PT 61999, Pt 62016 Hingga PT 62923 Dan PT 43139 Hingga PT 45792 Mukim Kapar Daerah Klang – Pindaan Ke Atas Pelan Kelulusan Asal Bil. MPK/KU 75b/2002 Dan MPK/KU 83/2007 Dan Keperluan Pindaan Rancangan Tempatan Klang (2002 – 2015).

− Jawatankuasa menangguhkan kertas ini ke mesyuarat Bil. 3/2008.

Page 30: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

30 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

− Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor pada hari ini mengambil maklum minit mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.1/2008 dan juga maklumbalas perkara-perkara berbangkit. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.1/2008 dan maklumbalas disyorkan untuk dikeluarkan dari minit.

Page 31: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

31 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

3/2008 20/9/2008 PEMBENTANG KERTAS MENGENAI DASAR

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/3/2008

Saiz Minima Lot Yang Dibenarkan Bagi Pembangunan Perumahan Berbilang Tingkat.

− Jawatankuasa Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum terhadap perkara-perkara di para 3.0 dan 4.0; dan

ii. Meluluskan pemakaian saiz minima lot 2 ekar (0.8 hektar) bagi tujuan pembangunan perumahan berbilang tingkat selaras dengan Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor melainkan pembangunan bercampur.

2. KERTAS JPN Sel. Bil.2/3/2008

Pelaksanaan Amalan Perancangan Terbaik (Best Planning Practices) Bagi Perancangan Dan Pembangunan Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju -

i. Mengambil maklum prkara-perkara di para 3.0 dan para 4.0; dan

ii. Melaksanakan Amalan Perancangan Terbaik (Best Planning Practies) untuk digunapakai di dalam perancangan dan pembangunan Negeri Selangor.

Page 32: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

32 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

3. KERTAS JPN Sel. Bil.3/3/2008

Sasaran 1,000 Penduduk / 2 Hektar Kawasan Lapang Awam Bagi Pembangunan Perumahan Berbilang Tingkat.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum perkara di para 3.0 dan para 4.0;

ii. Syor-syor Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor seperti di para 5.0; dan

iii. Sasaran ini digunapakai bagi Negeri Selangor dan diselaraskan semasa permohonan kebenaran merancang yang baru dan pindaan/semakan semula.

4. KERTAS JPN Sel. Bil.4/3/2008

Cadangan Dasar Perancangan Bagi Penyediaan ;

1. Kemudahan ‘Lay-By’ Bagi Bas-Bas Sekolah Dan Kenderaan Ibu Bapa/Penjaga, Dan ;

2. Tempat Menunggu Berbumbung Bagi Pelajar-Pelajar

Di Kawasan Sekolah Negeri Selangor Darul Ehsan.

− Jawatankuasa bersetuju dan mengambil maklum terhadap :-

i. Cadangan dasar perancangan bagi penyediaan kemudahan ‘lay-by’ bagi bas-bas sekolah dan kenderaan ibu bapa/penjaga dan tempat menunggu berbumbung bagi pelajar-pelajar seperti di para 3.0; dan

ii. Dasar ini prlu dijadikan asas pertimbangan dan diselaraskan di peringkat Kebenaran Merancang bagi cadangan pembangunan sekolah-

Page 33: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

33 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

sekolah oleh semua Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan Agensi/Jabatan Teknikal di Negeri Selangor.

5. KERTAS JPN Sel. Bil.5/3/2008

Cadangan Dasar Perancangan Dan Penyediaan Padang Bola Sepak Bagi Kegunaan Awam Di Kawasan Perumahan Negeri Selangor Darul Ehsan.

− Jawatankuasa mengambil maklum dan bersetuju terhadap:-

i. Cadangan dasar perancangan dan penyediaan padang bola sepak bagi kegunaan awam di dalam kawasan perumahan seperti di para 4.1 hingga 4.7; dan

ii. Dasar ini perlu dijadikan asas pertimbangan dan diselaraskan di peringkat Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perumahan oleh semua Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan Agensi/Jabatan Teknikal di Negeri Selangor.

Page 34: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

34 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

6. KERTAS JPN Sel. Bil.6/3/2008

Isu-Isu Pewartaan Taman Warisan Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum perkara-perkara yang dinyatakan di para 3.0;

ii. Satu pasukan petugas )task force) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Y.B. Puan Wong Keat Ping @ Elizaberth Wong, Pengerusi J/K Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar untuk memantau kemajuan pewartaan Taman Warisan Selangor dan melaporkan perkembangannya kepada Jawatankuasa; dan

iii. ‘Task force’ ini diurusetiakan oleh Jabatan Perhutanan negeri Selangor dan dianggotai oleh PTD Gombak, PTD Hulu Langat, PTD Hulu Selangor, MPAJ, MDHS, MPKj, MPS, LUAS, JPBD Selangor, JAS, JMG dan Jabatan Perhilitan Negeri Selangor.

Page 35: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

35 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI PENGAWALAN PERANCANGAN

7. KERTAS JPN Sel. Bil.7/3/2008

Cadangan Pemajuan Di Bawah Seksyen 20A Dan Seksyen 22(2A)(b), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor Oleh Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi Di Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

− Jawatankuasa bersetuju terhadap perundingan oleh KTAK bagi permohonan mengikut seksyen 20A, Akta 172.

i. Satu pasukan petugas (task force) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Hassan b. Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam untuk memantau kerja-kerja pembinaan projek ini;

ii. Mengangkat cadangan pemajuan ini untuk mendapat asihat dan pandangan (MPFN) selaras dengan perenggan 22(2A)(b) dan subseksyen (2B Akta 172);

iii. Memastikan pengurusan keluar masuk sisa-sisa pembinaan diurus dengan baik;

iv. Memastikan air di Kawasan Rekreasi di Sungai Congkak tidak terancam semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan;

v. Menyediakan penempatan pekerja

Page 36: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

36 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

yang khusus di kawasan pembinaan;

vi. Memastikan semasa pembinaan tiada kacau ganggu kepada penduduk sekitar;

vii. Menyelaraskan jalan keluar masuk di Adit 3 dan Adit 4 dengan MPKj dan juga JKR; dan

viii. PTD Hulu Langat dan MPKj sentiasa membuat pemantauan semasa pembinaan dijalankan.

8. KERTAS JPN Sel. Bil.8/3/2008

Cadangan Pembangunan Perindustrian Dan Perniagaan Di Atas Lot PT 60773, PT 60775 Hingga PT 61999, PT62016 Hingga PT 62923 Dan PT 43139 Hingga PT 45792 Mukim Kapar Daerah Klang.

− Jawatankuasa menangguhkan keputusan terhadap Cadangan Pembangunan Perindustrian Dan Perniagaan Di Atas Lot PT 60773, PT 60775 Hingga PT 61999, PT62016 Hingga PT 62923 Dan PT 43139 Hingga PT 45792 Mukim Kapar Daerah Klang.

− Jawatankuasa bersetuju untuk :-

i. MPK perlu mengadakan mesyuarat bersama Malaysian Industrial Estate Land Sdn. Bhd. (MIEL) dan pemaju-pemaju mengenai cadangan pembangunan perindustrian ini; dan

ii. MPK perlu menggunakan cadangan pemajuan ini untuk menyelesaikan isu

Page 37: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

37 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

kilang-kilang haram di Daerah Klang.

PEMBENTANG KERTAS KEPUTUSAN /ARAHAN/ MAKLUMAN

9. KERTAS JPN Sel. Bil.9/3/2008

Status Kemajuan Penyediaan dan Pewartaan Rancangan-Rancangan Pemajuan Di Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju:-

i. Mengambil maklum perkara-perkara yang dinyatakan di para 3.1, 3.2 dan 3.3 dan seterusnya bersetuju dengan perkara di para 3.6, 3.7 dan 3.8;

ii. Mengambil maklum perkara-perkara yang dinyatakan di para 3.1, 3.2 dan 3.3 dan seterusnya bersetuju dengan perkara di para 3.6, 3.7 dan 3.8;

iii. Semua PBT Tempatan menguatkuasakan pelaksanaan RT dan RKK dalam permohonan kawalan perancangan;

iv. Semua jabatan/agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan menggunapakai RT dan RKK yang telah diwartakan; dan

v. Bagi DRT MBSA, MBPJ dan MPSJ, jadual bagi Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan Awam yang dipengerusikan Y.B. Tuan Iskandar b. A. Samad akan disediakan. Mesyuarat akan dimulakan dengan MBSA, MBPJ dan MPSJ.

Page 38: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

38 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

10. KERTAS JPN Sel. Bil.10/3/2008

Status Pewartaan Tanah Lapang Negeri Selangor.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. Mengambil maklum mengenai status pewartaan tanah lapang sehingga Jun 2008, dan

ii. PBT, PTD dan PTG Negeri Selangor yang terlibat dalam proses pewartaan tanah lapang awam perlu mengambil langkah-langkah bagi mempercepatkan proses pewartaan.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Permohonan Kelulusan Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam Terhadap Bantahan Dan Cadangan Yang Diterima Daripada Orang Awam Ke Atas Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang (DRT) Dan Pewartaannya Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

− Maklum balas telah di sampaikan oleh Tn. Azizan b. Mohd. Saidin (Kertas JPN Sel. Bil. 11/3/2008 adalah berkaitan) berkenaan dengan penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang telah diadakan pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) di MPSepang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Iskandar b. A. Samad, Pengerusi J/K Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Y.B. Elizabeth Wong dan dihadiri oleh jabatan teknikal yang berkaitan.

− Jawatankuasa bersetuju untuk:

i. menerima keputusan Mesyuarat

Page 39: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

39 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan dan bersetuju untuk meminda DRT tersebut selaras dengan keputusan bantahan dan cadangan yang telah diterima;

ii. mengambil maklum keputusan Mesyuarat Taklimat Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang 2015 yang dipengerusikan Y.B Tuan Iskandar Bin A. Samad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor dan perkara-perkara di para 3.0;

iii. memperakukan Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang ini diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan pewartaan.

4.2 Kajian Rancangan Kawasan Khas Tanah Rezab Melayu (TRM) Pulau Indah, Klang.

− Majlis Perbandaran Klang sedang menyemak semula cadangan pelan pembangunan bagi melonjakkan nilai hartanah di kawasan Tanah Rezab Melayu Pulau Indah.

4.3 Cadangan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Siasatan dan Pendengaran Awam Bagi Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.

− Perkara ini dipohon untuk keluar dari minit mesyuarat.

Page 40: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

40 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

4.4 Cadangan Pindaan Pelan Konsep Guna Tanah Yang Telah Diluluskan Untuk Pembangunan (Berjaya City) Di Atas Lot-Lot 1, 5, 6, 8, 13, 14, 15, 18, 20, 22, 24, 25, 27, 30, 35, 36, 37, 60, 62 Dan 69, Mukim Sungai Tinggi, Daerah Hulu Selangor Dan Di Atas Lot-Lot 25,161, 316, 555, 575, 4555,1713 Dan 1714, Mukim Batang Berjuntai, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

− Perkara ini dipohon untuk keluar dari minit mesyuarat.

4.5 Permohonan Kebenaran Merancang Cadangan Pembangunan Satu Blok Bangunan Pejabat 9 Tingkat Berserta 2 Tingkat Sub Basemen Tempat Letak Kereta Di Atas Sebahagian Lot 22395, Persiaran Perpaduan, USJ 6, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Bagi Pemohon Tetuan Pujangga Budiman Sdn. Bhd.

− Maklumbalas telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Adnan b. Hj. Md Ikhsan dan Jawatankuasa secara dasarnya telah bersetuju dengan pembangunan yang dicadangkan.

− Perkara-Perkara Yang Dimaklumkan

i. Tapak cadangan terletak di atas sebahagian Lot 22395 Mukim Damansara, Persiaran Perpaduan, USJ 6 Subang Jaya.

ii. Tapak asalnya merupakan rizab TELEKOM di mana tanah ini telah diserahkan oleh pemaju SIME UEP Properties Sdn. Bhd. untuk kegunaan TELEKOM. Sebahagian tapak telah dibangunkan sebagai bangunan Ibu Sawat TELEKOM.

iii. Menyediakan keperluan tempat letak

Page 41: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

41 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

kereta sebanyak 158 petak dan tempat letak motosikal sebanyak 96 petak. Kawasan Plinth yang dibenarkan adalah 60% iaitu melebihi keperluan sebenar yang diperlukan.

iv. Menyediakan hanya satu jalan keluar masuk sahaja dengan kelebaran 50 kaki melalui jalan utama (persiaran perpaduan);

v. Pihak MPSJ perlu mengadakan sesi penerangan kepada penduduk berkenaan cadangan pembangunan tersebut.

vi. Menyediakan ‘perimeter planting’ dengan kelebaran 10 kaki (termasuk anjakan bangunan jika ada); dan

vii. Nisbah plot (plot ratio) yang dibenarkan bagi cadangan pemajuan ini adalah 1:4.

4.6 Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 22 (2A) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976:

Rayuan Ke Atas Syarat-Syarat Yang Di Kenakan Terhadap Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172 Bagi Tujuan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Dibawah Seksyen 204D Di Atas Lot PT 834 Mukim Ijok Dan PT 1092 Mukim Jeram, Bandar

− Pihak Pemaju masih belum mengemukakan seperti yang telah diputuskan dalam perbincangan bersama Y.B. Tn. Iskandar b. A.Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan bangunan dan Setinggan pada 5hb September 2008

Page 42: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

42 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Puncak Alam, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

4.7 Permohonan Rayuan Bagi Mendapatkan Jalan Keluar Masuk Ke Atas Tanah Hakmilik No. HS(D) 110086 PT. 1, Bandar Sunway, Daerah Petaling Untuk Tetuan Nusa Kota Sdn. Bhd.

− Majlis Bandaraya Petaling Jaya perlu memberi maklumbalas pada Jawatankuasa pada mesyuarat akan datang.

4.8 Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21 Akta 172 Bagi Tujuan Serah Sebahagian Tanah Di Bawah Seksyen 200 Kanun Tanah Negara Bagi Pembangunan Agro Industri (Pembangunan Taman Eko Burung Walit) Di Atas Lot 234, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Golden Swallow Wetlands (M) Sdn. Bhd.

− Perkara ini dipohon untuk keluar dari minit mesyuarat.

4.9 Permohonan Kebenaran Merancang Mengikut Seksyen 21, Akta 172 Bagi Cadangan Membina Sebuah Dewan Serbaguna Tiga Tingkat Di Atas Lot 3439, Mukim Serendah Untuk Tetuan Cheng Teng Soong.

− Maklumbalas telah dibentang oleh Yang Berusaha Tuan Tukiman b. Nail dan memaklumkan tindakan Notis Berhenti Kerja dan kompaun telah dikenakan dan telah dibayar oleh Tetuan Cheng Teng Soong.

− Telah memakluman perkara-perkara berikut:-

i. Kompaun telah ditelah dikenakan mengikut Akta Parit, Jalan dan Bangunan (Akta 133) kepada Cheng Teng Soong sebanyak RM 14, 266.50 pada tarikh 18hb Sept. 2007. Sehingga

Page 43: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

43 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

kini pembayaran kompaun belum dijelaskan.

ii. Mengikut Akta 172 Notis Arahan Berhenti Kerja telah dikeluarkan pada 3hb Ogos 2008 kepada Tetuan Cheng Teng Soong.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. MDHS sebagai PBPT memproses permohonan kebenaran merancang mengikut Seksyen 21 Akta 172.

4.10 Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Sebuah Asrama (Dormitory) 3 Tingkat Dengan 2 Paras Bawah Tanah Di Atas Lot 3438, Mukim Serendah Untuk Tetuan Chen Teng Soong, Ho Yok Kui Dan Choong Kee.

− Maklumbalas telah dibentang oleh Yang Berusaha Tuan Tukiman b. Nail dan memaklumkan tindakan Notis Berhenti Kerja dan kompaun telah dikenakan dan telah dibayar oleh Tetuan Cheng Teng Soong.

− Telah memakluman perkara-perkara berikut:-

i. Kompaun telah ditelah dikenakan mengikut Akta Parit, Jalan dan Bangunan (Akta 133) kepada Cheng Teng Soong sebanyak RM 23,896.00 pada tarikh 18hb Sept. 2007. Pembayaran kompaun telah selesai.

ii. Mengikut Akta 172 Notis Arahan Berhenti Kerja telah dikeluarkan pada 3hb Ogos 2008 kepada Tetuan Cheng

Page 44: SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DIjpbdselangor.gov.my/Laporan/SPC/KEPUTUSANMJPNS2008.pdf · SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT ... vi. Pihak Pemaju menyediakan

SENARAI KERTAS RINGKASAN YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

44 / 44

BIL. MESYUARAT

TARIKH MESYUARAT AGENDA / TAJUK KERTAS RINGKASAN KEPUTUSAN

Teng Soong.

− Jawatankuasa bersetuju :-

i. MDHS sebagai PBPT memproses permohonan kebenaran merancang mengikut Seksyen 21 Akta 172.

C:\Documents and Settings\All Users\Documents\SPC\KEPUTUSAN JPNS MENGIKUT TAHUN\KEPUTUSAN MJPNS thn 2008.doc