eksa - mppg.gov.my · patrol denggi dilancarkan di smk pasir gudang. ydp turun padang. ... jabatan/...

16
BAGI KATEGORI PAKAIAN SERAGAM TERBAIK www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera WALKABOUT MPPG JOHAN M/s3 M/s14 & YDP TURUN PADANG PASIR GUDANG TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Upload: vandat

Post on 12-Jun-2018

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGOGOS 2017

2017

EKSA

BERITABERITA

PASIR GUDANG

BAGI KATEGORI PAKAIANSERAGAM TERBAIK

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

WALKABOUTMPPG JOHAN

M/s3

M/s14& YDP TURUN PADANG

PASIR GUDANGTUAN RUMAH

SAMBUTAN HARI KEBANGSAANPERINGKAT NEGERI JOHOR

Page 2: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran yang

tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita berjumpa di keluaran edisi Berita Pasir Gudang (BPG) bagi bulan Ogos dan dapat kita meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir MPPG ke arah kemajuan dan pembangunan yang berwawasan serta perkhidmatan dan layanan yang lebih cekap kepada pelanggan.

Bulan ini kita sama-sama menyaksikan Pasir Gudang menjadi tuan rumah sambutan Ulang tahun Kemerdekaan kali ke-60 Peringkat Negeri Johor. Sambutan kali ini, Majlis Tahlil dan Malam Ambang, Perhimpunan Pagi telah berlangsung dengan jayanya serta MPPG tidak lupa tanggungjawab sesama warga Pasir Gudang dengan menyampaikan sumbangan kepada pesakit hospital menjadi tuan rumah sebagai tanda penghormatan daripada kerajaan negeri.

Setiap orang perlu menanamkan semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam diri masing-masing. Semangat ini menjadi pemangkin kepada perpaduan kaum seterusnya kepada kemajuan negara.

Pada bulan ini juga, program Walkabout YDP di Bukit Dahlia dan Cendana terus dekati rakyat untuk melihat sendiri permasalahan untuk diselesaikan. Selain itu, MPPG

mengambil inisiatif dengan merancang membina tiga lagi dewan muafakat di Bistari Perdana, Tanjung Puteri dan Kampung Pasir Putih sebagai kemudahan warga Pasir Gudang dan menaiktaraf infrastruktur sekitar Pasir Gudang seperti penurapan jalan, pembaikan taman-taman perumahan dan sebagainya yang menjadi permasalahan.

Aktiviti-aktiviti di setiap zon dalam Pasir Gudang memerlukan penglibatan semua pihak agar keberkesanannya dapat dilihat. MPPG semakin giat melakukan pengindahan kawasan sekitar. Ini menunjukkan kerajaan terus komited memajukan Pasir Gudang supaya setaraf dengan bandar-bandar utama yang lain di Malaysia.

Dewasa ini, ingin saya tekankan agar semua warga Pasir Gudang berganding bahu bersama-sama MPPG dan perlu bersedia untuk membangunkan Pasir Gudang dari aspek fizikal dan kerohanian.

Tidak lupa juga, dalam kita mengejar arus pembangunan yang serba moden, warga Pasir Gudang juga perlu memberi perhatian mengenai aspek kebersihan. Kebersihan adalah tunjang kepada kesihatan yang baik. Alam sekitar adalah anugerah dan amanah dari Allah yang perlu kita pelihara demi kesejahteraan kita bersama. Justeru, semua lapisan masyarakat mestilah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

Pasir Gudang Tuan Rumah Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor.

Projek Mudball Di Ecoworld.

Perhimpunan Bulanan : Ogos.Program Jom Naik Bas Dilancar.

Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan Emas Milik Jabatan Landskap & Penguatkuasa.Combi Terus Aktif Di Pasir Gudang.

Lensa MPPG Ogos 2017.

Uptown PG “Night Bazar”.Wakaf Pembelian Karpet Bagi Masjid Anjuran Kelab Biro Agama KSK MPPG .

PiS Lancar Karnival Ummah Sejahtera.

Pasar Awam Masai Bakal BerubahWajah.Gotong Royong Zon Scientex di JalanTiong.

Perangi Denggi : Combi Pasir Gudang kerjasama bersama Jabatan Kesihatan.Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang.

YDP Turun Padang.

Yayasan Pasir Gudang - Program Sepanjang Ogos 2017.

Kursus Pengendali Makanan & Kitar Semula Minyak Masak.

312

11

56

7

101415

13

16

8&9

Saya merasakan bahawa tugas untuk membawa MPPG ke arah lebih cemerlang adalah satu tugas yang penuh cabaran. Namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Ketua Jabatan/ Bahagian dan Unit serta sokongan daripada semua Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MPPG, setiap pencapaian, anugerah dan sumber pendapatan akan terus dipertingkatkan.

Saya juga berharap agar semua warga kerja MPPG sentiasa mengamalkan prinsip kerja berpasukan, bekerja dalam suasana yang ceria di samping berfikiran positif, kreatif dan inovatif untuk merancang dan melaksanakan sesuatu yang baru bagi meningkatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Akhir kata, sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang.Sekian.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

SAMBUTAN HARI KEBANGSAANPERINGKAT NEGERI JOHOR

Page 3: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

.............................................

PASIR GUDANGTUAN RUMAH

SAMBUTAN HARI KEBANGSAANPERINGKAT NEGERI JOHOR

Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2017 sangat meriah

di Pasir Gudang bagi edisi kali ini apabila Pasir Gudang telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan peringkat Negeri Johor. Dengan membawa tema Negaraku, Sehati Sejiwa sambutan kali ini diadakan bertempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Program sambutan bermula pada 30 Ogos dengan pengisian Majlis Tahlil dan Yassin di Masjid An-Nur Pasir Gudang pada jam 6.30 petang dan diikuti oleh Majlis Ambang Merdeka yang diadakan di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir bagi bersama-sama pengunjung meraikan detik 12.00 malam.

Program dimulakan dengan upacara memotong kek anak-anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos. Seterusnya persembahan kebudayaan tarian pelbagai kaum yang diketuai oleh Yayasan Warisan Johor. Tayangan video Johor Berkemajuan yang berdurasi 5 minit juga dipertontonkan kepada pengunjung yang dikendalikan oleh pejabat Media & Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor. Upacara perarakan masuk bendera kira-kira 5 minit sebelum tepat jam 12.00 malam.

Kiraan detik jam 12.00 telah dilakukan bersama-sama YAB Menteri Besar. Tepat jam 12.00 malam laungan merdeka sebanyak 7 kali dilaungkan oleh YAB Menteri Besar. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku diiringi upacara menaikkan jalur gemilang dijalankan dan diteruskan dengan persembahan bunga api yang turut diiringi lagu patriotik Tanggal 31, Sehati Sejiwa dan lagu Muafakat Johor.

Antara pengunjung yang hadir program Ambang Merdeka di Bukit Layang-Layang.

YAB Menteri Besar menaiki kereta antik meninggalkan pentas tabik hormat menuju ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang.

YAB Menteri Besar memotong kek bersama anak-anak merdeka.

Page 4: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

4

Manakala keesokan harinya, sambutan bagi majlis perbarisan dan perarakan diadakan bertempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan kemasukan kontinjen perbarisan mengambil tempat seawal jam 6.30 pagi. YB Dato Azmi bin Rohani SUK Kerajaan Johor hadir kira-kira jam 7.50 pagi diikuti oleh YAB Menteri Besar kira-kira jam 8.00 pagi. Perarakan kontinjen dimulakan di kawasan padang perbandaran Pasir Gudang dan melalui bangunan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang merupakan pentas utama dan acara tabik hormat diadakan dan diteruskan sehingga berakhir di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Seramai 115 pasukan kontinjen yang

terdiri daripada agensi swasta, NGO, Pertubuhan, Badan Berkanun, Jabatan Persekutuan/Negeri, PBT, Sekolah, dan IPTA/IPTS, telah menyertai acara perarakan yang melibatkan perarakan sejauh 2.65 kilometer.

Majlis sambutan diteruskan di stadium dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan menaikkan jalur gemilang. YAB Menteri Besar telah menyampaikan amanat beliau seterusnya merasmikan pra pelancaran Ekspo Johor. YAB Menteri Besar turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan yang telah dianjurkan dan acara perbarisan yang telah dijalankan pada sebelah pagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Antara senarai pertandingan yang dianjurkan dan pemenang yang berjaya.

i. Pertandingan Keceriaan Bangunan Negeri Johor

MBJBJohan Sek. Keb. Seri Kota Puteri 4Naib Johan Puteri Pacific Johor BahruKetiga Tuan Haji Kamdi bin Kamil

MPJBTJohan Pusat Aktiviti Masyarakat Makmur 1Naib Johan Balairaya Hang Jebat Taman Skudai BaruKetiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling

MPPGJohan Jawatankuasa Zon Taman CendanaNaib Johan Encik Kandapan a/l MurugesaKetiga SMK Nusa Damai

Persembahan bunga api jugaturut diadakan.

MPPG Johan Bagi Kategori Pakaian Seragam Terbaik.

BERITA PASIR GUDANG

Page 5: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

Antara pemenang bagi kategori Bangunan Tercantik di bawah PBT MPPG.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

ProJEK MUDBALL DI ECOWORLD

Dalam memperkasakan kebersihan dan penjagaan alam sekitar di Pasir Gudang, Ecoworld yang merupakan syarikat pemaju yang beroperasi di Kota Masai Pasir Gudang telah melancarkan projek melontar ‘mudball’ bagi merawat air tercemar.

Sebanyak 332 biji ‘mudball’ digunakan dan dibaling ke dalam Tasik Ecoworld di Kota Masai bagi merawat air tasik tersebut. Projek yang julung kali di adakan adalah hasil kerjasama Ecoworld Development Sdn. Bhd., MPPG dan komuniti Kota Masai. Objektif di adakan adalah bagi menjaga alam sekitar dan mengurangkan serta mengelakkkan pencemaran terutama sekali pencemaran air.

KATEGORI HADIAH (RM) + PIALA PEMENANG

Sepanduk TerbaikJohan RM3000.00 Jabatan Kesihatan Negeri JohorNaib Johan RM2000.00 Pej. Pendidikan Daerah Pasir GudangKetiga RM1000.00 MBJB

Pakaian TerbaikJohan RM3000.00 MPPGNaib Johan RM2000.00 Daerah MuarKetiga RM1000.00 Dearah Tangkak

Perbarisan Terbaik Kategori Zon Pasir

Gudang

Johan RM3000.00 JKZ Zon Seri Alam 2Naib Johan RM2000.00 JKZ Kota Masai 1Ketiga RM1000.00 JKZ Scientex 1

Perbarisan Terbaik Kategori Agensi

Swasta

Johan RM3000.00 SAJ RanhillNaib Johan RM2000.00 Gabungan Pertubuhan China JohorKetiga RM1000.00 Lemabaga Pelabuhan Johor

Perbarisan Terbaik Kategori Daerah

Johan RM3000.00 Daerah Johor BahruNaib Johan RM2000.00 Daerah MersingKetiga RM1000.00 Daerah Batu Pahat

Perbarisan Terbaik Kategori Jabatan

Kerajaan

Johan RM5000.00 Yayasan Warisan JohorNaib Johan RM3000.00 Jabatan Perbendaharaan JohorKetiga RM2000.00 Kastam Diraja Malaysia Johor

ii. Pertandingan bagi Kategori Perarakan Kontinjen Negeri Johor

Kontinjen PAGEMA turut menyertai acara perarakan yang diadakan.

Komuniti bersama staff Ecoworld mengambil mudball yang disediakan.

Bergambar sebelum memulakansesi membaling ‘mudball’.

Page 6: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

Perhimpunan pagi merupakan satu platform yang menghubungkan tuan YDP dan warga kerja MPPG. Melalui perhimpunan pagi yang di jalankan, YDP berpeluang berkongsi aktiviti yang diadakan sepanjang bulan yang terlibat. Selain itu, sebarang masalah

atau perkara berbangkit turut dikongsikan oleh YDP. YDP juga berpeluang menegur warga kerja jika terdapat sebarang kesilapan dalam menjalankan tugas, beliau juga sering mengingatkan setiap warga kerja mengenai tanggungjawab dan tugas yang dipikul sebagai penjawat awam haruslah sentiasa mengamalkan sikap telus, jujur dan berintegriti dalam setiap perkara yang dilakukan.

Dalam program ini juga YDP turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) sesi 2015/2017 yang telah bertugas dan berkhidmat kepada KSK MPPG sepanjang 2 tahun. Warga kerja yang lahir pada bulan Ogos juga turut diraikan dengan pemberian cenderahati yang disampaikan oleh Yang Dipertua.

Program yang dianjurkan oleh Causeway Link dan disokong

oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) merupakan 1 program yang memberi kemudahan kepada pelajar sekolah menggunakan pengangkutan awam bas dengan menawarkan kemudahan kad muafakat Johor secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah.

Konsep Jom Naik Bas ini dikenali sebagai projek 555, di mana sasaran penganjur adalah untuk mengedarkan 5000 keping kad muafakat johor kepada 5000 orang pelajar dengan harga serendah RM5.00 sahaja. Namun sebagai usaha menyokong program ini, pihak penganjur telah memberikan perkhidmatan kemudahan secara percuma sehingga 31 Mac 2018 bagi meringankan beban menampung

BERITA PASIR GUDANG6

Pesanan dan ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua MPPG,

Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

PERHIMPUNANBULANAN :

OGOS

kos pengangkutan para pelajar. Perkhidmatan bas percuma ini telah bermula sejak 1 April 2016 lagi di mana ia telah di kendalikan oleh PAJ. Sasaran utama kad muafakat ini diperkenalkan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat Johor di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di bawah pengawasan PAJ. Khidmat bas ini meliputi 11 laluan dalam kawasan Johor antaranya Johor Bahru, Kulai, Kluang, Pasir Gudang, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Pontian, Segamat, Tangkak dan Mersing.

Cara penggunaan Kad Muafakat Johor ini amat mudah di mana pengguna hanya perlu menyentuh kad tersebut ke atas mesin pengesah sebelum menaiki bas. Lampu hijau akan menyala dan penama kad akan terpampang di skrin

mesin. Ini menunjukkan Kad Muafakat Johor tersebut adalah aktif dan boleh digunakan. Namun jika lampu merah yang menyala, pemegang kad perlu menghubungi PAJ untuk bantuan lanjut.

Tuan Haji Rahman bin Salleh selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor telah merasmikan program yang dianjurkan. Penyerahan Kad Muafakat Johor kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tuan Haji Shaharuddin bin Sharif turut diadakan.

Diharap dengan adanya kemudahan seperti ini, dapatlah membantu pelajar-pelajar sekolah terutama mereka yang tergolong dalam keluarga yang miskin dan tidak berkemampuan dalam menyediakan wang bagi perkhidmatan pengangkutan ke sekolah.

ProGrAM

DIlANCArJOM NAIK BAS

Puan Zanariah binti Basri merupakan penerima cenderahati bagi warga kerja yang lahir pada bulan Ogos.

Encik Halim bin Nasaruddin merupakan jawatankuasabagi KSK MPPG sesi 2015/2017

Page 7: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

7

Kumpulan Trees bergambar bersama Tuan Yang Dipertua dan hadiah kemenangan.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

MPPG sekali lagi melakar kejayaan dengan memperoleh Emas

dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan bertempat di Hotel Ramada Plaza Melaka. Program anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini merupakan program yang sentiasa disertai oleh MPPG selaras dengan Pelan Strategik 2016-2020 ; Memperbanyakkan program kreativiti dan inovasi di bawah KPI Jabatan yang memastikan setiap jabatan mempunyai sekurang-kurangnya satu projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) setahun. MPPG telah diwakili oleh 2 pasukan hebat, Pasukan Trees dari Jabatan Landskap dan Kumpulan Petir dari Jabatan Penguatkuasa.

Konvensyen ini telah disertai oleh sektor awam dan swasta dari pelbagai negeri terutama di bahagian Selatan Malaysia. Antaranya, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Kuantan. Manakala sektor swasta yang mengambil bahagian pula antaranya ialah Johor Land Berhad, Rapid Rail Sdn. Bhd. Panasonic AVC Network Johor (M) Sdn. Bhd., Kulim Malaysia Berhad dan Fujitsu Compenant (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kumpulan Trees yang dipimpin oleh Puan Zanariah binti Kadir sebagai

KONVENSYENTEAM EXCELLENCE WILAYAH SELATANEMAS MILIK JABATAN LANDSKAP & PENGUATKUASA

fasilitator mempertandingkan tajuk Projek Peningkatan Pokok Hiasan Berpasu Mati Di Tapak Semaian Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Antara inovasi yang diperkenalkan ialah ciptaan alat baru dan sistem pembajaan yang sistematik. Alat penyukat baja diinovasikan untuk kegunaan di tapak semaian, bahagian landskap MPPG. Alat ini dapat mengukur ketepatan ukuran sebenar kadar baja yang diperlukan untuk setiap jenis pokok yang disemai di tapak semaian dan mudah digunakan serta menjimatkan masa dan kos dalam pembelian baja dan pokok hiasan yang baru. Inovasi yang dicipta oleh kumpulan Trees ini dinamakan ‘Scoop’.

Manakala tajuk bagi kumpulan Petir pula mempertandingkan tajuk Kesukaran Memantau Lesen Iklan Tamat Tempoh. Antara inovasi yang dicipta oleh kumpulan ini ialah dengan mewujudkan pelekat baharu iklan bagi memudahkan anggota penguatkuasa membuat pemeriksaan iklan di tapak pemeriksaan yang dinamakan ‘Ad-Flash’. Kumpulan ini diketuai oleh Puan Faridah binti Abd Hamid sebagai fasilitator.

Yang dipertua MPPG turut meraikan kemenangan kedua-dua kumpulan MPPG ini dengan menghadiri majlis penyampaian hadiah pada sebelah petang. Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Genting International

Convention Centre (GICC) pada 14 hingga 16 November akan datang. Semoga MPPG berjaya terpilih ke peringkat seterusnya.

SMK Taman Scientex mengambil inisiatif bagi mendidik dan memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan dengan menjemput

COMBI Pasir Gudang bagi memberikan taklimat pencegahan denggi di sekolah mereka. Taklimat disampaikan oleh En Isa bin Paksun selaku pengerusi COMBI Pasir Gudang. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar supaya mengamalkan hidup sihat dan memberi keutamaan pada kebersihan persekitaran rumah dan premis.

Pelajar diberi pendedahan cara-cara mengamalkan persekitaran yang baik dan selamat bagi mencegah gejala denggi dan nyamuk aedes di rumah dan juga di persekitaran sekolah. Aktiviti seperti ini mampu memupuk sikap bertanggungjawab dan sayang akan alam sekitar seawal dari usia muda dan bangku sekolah.

COMBI TERUS AKTIFDI PASIR GUDANG

Kumpulan Petir bergambar bersama TuanYang Dipertua dan hadiah kemenangan.

En Isa bergambar bersama urusetia yangterlibat dari MPPG dan juga pihak sekolah

Pelajar-pelajar sekolah yang terlibatdalam sesi program.

Kumpulan Petir menmperkenalkan cadangan penyelesaian masalah

bagi projek yang dipilih.

Kumpulan Trees berbincangbersama penilai dari MPC mengenai

kertas kerja yang dibentang.

Page 8: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

BERITA PASIR GUDANG8

OGOS2017

PERINGKAT NEGERI JOHORDI PASIR GUDANGKE-60

CORET-CORET Antara artis undangan malam ambang kemerdekaan, Elly Mazlein.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Antara tetamu yang hadir pada pagidi sambutan perarakan yang diadakan.

Kontinjen PAGEMA turut menyertai acara perarakanyang diadakan.

Page 9: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Johan Pertandingan Keceriaan Bangunan Negeri Johor di bawah PBT MPPG.

Naib Johan Pertandingan Keceriaan Bangunan Negeri Johor di bawah PBT MPPG.

PERINGKAT NEGERI JOHORDI PASIR GUDANG

Bacaan Yassin dan Tahlil turut diadakan.Suasana ambang kemerdekaan dengan

kemeriahan warna-warni bunga api.

Page 10: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

PIS LANCAR KARNIVAL UMMAH SEJAHTERA

Uptown PG Night Bazaar telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin sambil diiringi oleh Encik

Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG dan Encik Dahari bin Hasan selaku Ahli Majlis MPPG Zon Seri Alam 2 pada 21 Ogos 2017 di Jalan Suria 7, Bandar Seri Alam.

Uptown PG Night Bazaar mula beroperasi pada 1 Julai 2017. Pada bulan pembukaannya dan sehingga ke hari ini, jumlah peniaga di Uptown PG Night Bazaar adalah sebanyak 60 dan dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.

Semasa ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Johor, beliau menekankan ilmu dan kemahiran sangat penting pada zaman kini sejajar dengan arus pemodenan bagi meningkatkan perniagaan. Peniaga perlu kreatif dan berdaya saing bagi meneruskan lagi kelangsungan perniagaan mereka lagi.

Menjanjikan pusat riadah seisi keluarga dengan menyediakan pelbagai jenis perniagaan, makanan, hiburan untuk semua lapisan masyarakat Pasir Gudang. Antaranya, pakaian, gajet, produk kecantikan dan kesihatan, makanan, dan carbooth. Bagi menarik perhatian orang ramai, pentas hiburan untuk aktiviti busker, live band, dan karaoke juga turut disediakan di samping mengetengahkan bakat dengan menyanyikan lagu-lagu yang terkini dengan pelbagai genre muzik.

BERITA PASIR GUDANG10

UPTOWN PG“NIGHT BAZAR”MErIAHKAN SuASANA MAlAM DI SErI AlAM

Antara aksi pemain ping pongyang dipamerkan dalam kejohanan kali ini.

Matlamat utama mewujudkan Uptown PG adalah untuk membantu peniaga-peniaga kecil berniaga secara sah selain itu membantu menaiktaraf pendapatan peniaga-peniaga. Mewujudkan satu kawasan riadah yang meriah untuk penduduk-penduduk setempat amnya & satu tarikan pusat riadah yang meriah untuk penduduk setempat amnya satu tarikan pusat riadah baru untuk warga negeri Johor.

Night Bazaar ini dibuka setiap hari bermula 6.00 petang sehingga 2.00 pagi.

Program yang dilaksanakan ini merupakan satu usaha murni oleh Biro Agama, Kelab Sukan & Kebajikan MPPG dalam menjalankan

tanggungjawab sosial kepada masyarakat muslim.

Sebanyak 20 unit karpet telah diserahkan dan diwaqafkan kepada pengurusan Masjid An Nur Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Pembelian karpet tersebut diperolehi daripada sumbangan warga kerja dan keluarga MPPG. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Pasir Gudang kepada Tuan Imam Abdul Aziz bin Ali, Imam Masjid An Nur Pasir Gudang, Kompleks Pusat Bandar.

Seterusnya program wakaf kedua berlangsung di Pejabat YDP MPPG Aras 19, Menara Aqabah. Sebanyak 14 unit karpet telah diserahkan dan diwaqafkan kepada pengurusan Masjid An Nur Bandar Pasir Gudang melalui wakil Masjid

WAKAF PEMBELIAN KARPET BAGI MASJID ANJURAN KELAB BiRO AGAMA KSK MPPG

Page 11: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

Karnival Ummah Sejahtera merupakan satu program yang berbentuk kemasyarakatan dimana melibatkan pelajar dan staf Politeknik Ibrahim

Sultan (PIS), bersama masyarakat sekitar Pasir Gudang. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pertandingan, pameran, seminar, kolokium, forum perdana, konsert hiburan mendidik jiwa dan sukan komuniti. Dianjurkan selama 3 hari bermula 24 hingga 26 Ogos bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Menyedari hakikat bahawa pentingnya semangat kesatuan Ummah, Masjid Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan beberapa aktiviti menarik bagi menggalakkan lagi interaksi antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dengan komuniti setempat. Menyedari peri pentingnya peranan Institusi Pengajian Tinggi dan Komuniti dalam mewujudkan suasana harmoni maka perlu ada perancangan bagi melaksanakan program-program yang melibatkan kedua-dua pihak. Dengan adanya program ini, Kementerian Pengajian Tinggi akan dapat melahirkan siswa dan siswi yang lebih berdaya saing dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Politeknik Ibrahim Sultan cuba untuk mengambil inisiatif menyediakan program yang dirasakan dapat memenuhi aspirasi dan cita-cita murni ini.

Dengan tema “Karnival Ummah Sejahtera” ianya diharapkan mampu memberi impak yang besar bukan sahaja kepada pembangunan sahsiah pelajar Politeknik tetapi kepada komuniti setempat dan secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat perpaduan ke arah gagasan 1 Komuniti 1 Malaysia. Secara keseluruhannya program ini memerlukan komitmen daripada semua pihak untuk merealisasikan matlamat dan objektif program ini adalah bagi memupuk semangat perpaduan ke arah matlamat kesatuan ummah, menggalak pembangunan kepimpinan, memupuk semangat kerjasama dan hubungan mesra di dalam komuniti setempat dan melahirkan mahasiswa yang lebih berketrampilan dan mampu memberi sumbangan kepada komuniti setempat. Selain itu ia dapat membentuk kepimpinan belia islam yang berdaya saing dan mampu berhadapan dengan cabaran global.

Program ini juga merupakan anjuran bersama Masjid Politeknik Ibrahim Sultan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Scientex 1, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Scientex 2, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Desa Rakyat, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Cahaya Masai, Surau An Nur Taman Cahaya Masai, Surau Al Ikhlas Taman Scientex dan Surau Jalan helang, Surau Cassia, Persatuan Kolej Kediaman Pelajar, kelab Belia Sukan, Persatuan Sahabat YADIM, Kelab Rakan Muda Masjid, Majlis Perwakilan Pelajar, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Pejabat Menteri Besar.

Semoga program ini dapat mencapai matlamat dan mampu memberikan impak bukan sahaja kepada peserta yang terlibat tetapi secara tidak langsung ia mampu meningkatkan imej Politeknik Ibrahim Sultan dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kebertanggungjawaban sebagai ahli komuniti.

PIS LANCAR KARNIVAL UMMAH SEJAHTERA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

YBhg Khairuzzaman bin Mohd Anuar, Imam Masjid An Nur Bandar Pasir Gudang. Pembelian karpet tersebut diperolehi daripada sumbangan warga kerja MPPG.

Usaha murni ini diteruskan dengan projek waqaf yang ketiga. Pembelian karpet untuk diwaqafkan ialah 18 unit saiz berukuran 2.7 X 8 kaki persegi diperlukan oleh Masjid Al Firdaus, Taman Pasir Putih yang menelan kos berjumlah RM5,533.20. Pada masa sekarang, penyertaan masih belum mencukupi dan pihak Biro Agama KSK MPPG masih lagi membuka penyertaan waqaf ini kepada warga kerja atau keluarga dan orang ramai yang berminat.

Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan secara berterusan oleh Biro Agama KSK. Di samping memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah yang menunaikan solat di masjid, semoga warga kerja dan ahli keluarga serta orang ramai yang terlibat dalam program ini mendapat pahala dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

Majlis penyerahan diadakan di Masjid An-Nur Pasir Gudang oleh YDP Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

Antara ribuan pengunjung yang hadir semasa perasmian Karnival

Ummah Sejahtera.

Program Malam Cinta Allah & Rasulyang di adakan di Masjid Politeknik

Ibrahim Sultan.

Program Qiamuallial Perdanayang diadakan.

Antara aktiviti-aktiviti sempena Karnival Ummah Sejahtera.

Bengkel Asas Grafik Komputerturut dianjurkan.

Page 12: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

BERITA PASIR GUDANG1 2

Pasar awam Masai merupakan nadi keperluan penduduk Masai sejak lama dahulu. Bertempat di tengah Bandar Masai lama, pasar ini telah

menjadi keperluan pengguna khususnya penduduk sekitar Masai, Kg Sepakat Jaya dan Taman Bukit Dahlia lebih 20 tahun yang lama. Kini, pasar ini telah mendapat suntikan wajah baru apabila diberi sumber kewangan untuk dibuat penambahbaikan dan menaiktaraf.

Projek yang menelan belanja berjumlah RM4.65 Juta ini telah memulakan kerja-kerja pembinaannya pada 3 Julai yang lalu dan dijangka tamat pada 2 Julai 2018. Kontraktor Tetuan RM Teguh Sdn. Bhd. merupakan kontraktor yang telah dilantik bagi melaksanakan projek menaiktaraf pasar awam ini.

Pasar yang akan menempatkan 39 unit lot jualan seperti barangan basah; ikan, ayam daging, barangan kering; sayur, buah dan barangan runcit ini telah memberi kemudahan kepada ribuan pengguna dan pelanggan sekitar Masai dan kawasan perumahan yang berdekatan.

Berikutan kes denggi yang pertama disahkan dikawasan perumahan

Komuniti Jalan Tiong, Taman Scientex. Pihak AJK penduduk telah mengambil tindakan drastik iaitu memanggil semua penduduk untuk mengadakan aktiviti gotong royong dengan objektif utama mencari dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, mengutip semua sampah di jalan hadapan dan belakang rumah masing-masing dan mengenal pasti tempat tempat pembiakan nyamuk yang tidak boleh dimasuki contohnya rumah jiran yang disewa, kawasan di dalam pembinaan dan lain-lain.

Gotong-royong di mulakan dengan semua penduduk berkumpul di point lorong masing-masing untuk menerima arahan dari ketua lorong. Seramai 50 orang penduduk yang melibatkan lelaki dan wanita dari lorong Tiong 1 hingga Tiong 10 menyertai aktiviti ini. Semua

PASAr AWAM MASAIBAKAL BERUBAH WAJAH

YDP melakukan lawatan tapak di Pasar Awam Masai lama bersama Setiausaha.

Bacaan doa selamat bersama VIP dan YDP MPPG.

Tapak pasar Awam Masai yang telah dirobohkan dan bakal berubah wajah.

AKTiViTi GOTONG-ROYONG DiZON SCIENTEX JALAN TIONG

sampah-sarap yang dikumpulkan di setiap lorong dan diangkat terus oleh lori SWM. Sampah yang dimasukkan kedalam lori SWM amat banyak sehinggakan penuh kapasiti muatan lori yang disediakan.

MPPG telah memberikan bantuan dan kerjasama dari segi peralatan dan pihak SWM telah menyediakan lori sampah jenis “Open Type” bagi memudahkan penduduk membuang sampah.

Penduduk berkumpul bersama-samamembersihkan lorong rumah masing-masing.

Staff SWM turut membantu dalammengendalikan tong sampah

yang disediakan.

Page 13: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

Bagi meningkatkan kesedaran bahaya aedes dan denggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang telah mengambil inisiatif melancarkan Program

Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan. Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Haji SR Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Pasir Gudang, dianjurkan oleh Jawatankuasa Patrol Denggi di bawah unit Hal Ehwal Murid SMK Pasir Gudang.

Hadir sama bagi memeriahkan majlis ialah Encik Mohd Faisal bin Abdullah, Penyelia Kanan Kesihatan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Mohd Hairudin bin Rubaain, Penyelia Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Encik Amran bin Arsat, Yang Dipertua PIBG SMK Pasir Gudang, dan Encik Isa bin Paksun, Pengerusi COMBI 710 Negeri Johor dan Tokoh Combi Negeri Johor.

Objektif utama program Patrol Denggi diadakan ialah untuk meningkatkan ilmu tentang kesedaran denggi. Di samping itu, menggalakkan aktiviti membanteras penyakit denggi dengan komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat. Murid memegang peranan sebagai duta kepada rakan sebaya bagi menyampaikan mesej pencegahan denggi.

Kumpulan sasaran program meliputi semua lapisan masyarakat seperti pelajar, guru dan komuniti setempat. Mesej pencegahan denggi disampaikan kepada masyarakat melalui pelbagai wahana termasuklah media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Program Patrol Denggi SMK Pasir Gudang diharapkan akan mencapai misinya dalam memberi kesedaran kepada warga sekolah khususnya terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan sekolah dan rumah mereka. Program ini juga diharapkan dapat melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti.

Bagi memastikan warga Pasir Gudang sentiasa bebas gejala denggi dan aedes,

Pasukan COMBI 710 Pasir Gudang telah bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Bahagian Kesihatan MPPG mengadakan Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI) bertempat di kawasan Jalan Cermai, Taman Kota Masai.

Operasi ini bertujuan memberi kesedaran dikalangan penduduk setempat akan bahayanya demam denggi serta menyampaikan mesej berkaitan demam denggi dan tempat-tempat potensi pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah. Lokasi operasi ini ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berdasarkan lokaliti hotspot yang kritikal mengikut arahan dari Jabatan kesihatan Negeri Johor.

Usaha-usaha seperti ini dilihat mampu memberi kesedaran kepada warga Pasir Gudang yang terlibat agar lebih mementingkan kebersihan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam membanteras gejala demam denggi dan aedes.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

DENGGIPERANGI COMBI PASIR GUDANG

KERJASAMA BERSAMAJABATAN KESIHATANDAERAH JOHOR BAHRU

Encik Isa Paksun selaku Pengerusi COMBI Pasir Gudang memberi taklimat kepada

petugas yang terlibat.

Kerja-kerja gotong-royong dijalankan di kawasan yang menjadi punca takungan air

terutamanya di belakang rumah yang terbiar.

Semua urusetia yang terlibat mengambil gambar di khemah pendaftaran yang disediakan.

PATROL DENGGIDILANCARKANDI SMK PASIR GUDANG

Gimik adegan seekor nyamuk yang sedang menggigit seorang pelajar yang dilakonkan oleh

pelajar-pelajar SMK Pasir Gudang.

Ikrar banteras denggi yang di lafazkan oleh pelajar-pelajar SMK Pasir Gudang dalam

majlis yang dianjurkan.

Page 14: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

MPPG terus komited untuk memberikan perkhidmatan

yang terbaik kepada masyarakat Pasir Gudang. Sebanyak dua lagi zon ditinjau oleh Tuan Yang Dipertua MPPG iaitu Zon Bukit Dahlia dan Zon Cendana. Program dimulakan dengan melawat lokasi di zon Bukit Dahlia yang merangkumi 4 buah kawasan Serangkai, Sekuntum, Sejambak dan Semerbak. Pengerusi Zon Bukit Dahlia Puan Hajah Che Nooriah binti Ismail

Aduan Zon Bukit Dahlia

- Air buangan sampah dari pasar besar Kipmart.- Longkang tersumbat di jalan Serangkai.- Ketiadaan lampu di taman permainan Jalan Serangkai.- Permohonan 2 tapak surau di kawasan perumahan Bukit

Dahlia.- Pertambahan penjaja yang menyebabkan kesesakan dan

kekotoran di kawasan Jalan Sejambak.- Permohonan gelanggang futsal berbumbung untuk

keselesaan pengguna.

Aduan Zon Cendana

- Permohonan bagi memperlengkapkan prasarana tambahan penurapan parkir kenderaan di Dewan Terbuka Taman Cendana yang sediada becak dan berlumpur.

- Gantian jalan masuk ke Dewan Terbuka Blok 50 Jalan Cendana 11 bagi mengelakkan kesesakan parkir di jalan tersebut.

- Menaik taraf gelanggang futsal berbumbung - Pembinaan kemudahan tangga laluan pintas jemaah dari

Penempatan Komuniti ke Masjid An-Nur Taman Cendana.

bersama pegawai khas zon beliau, Puan Zazarena binti Mohamad turut bersama Yang Dipertua melawat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibuat penambahbaikkan.

Seterusnya, sesi di Zon Cendana dijalankan Tuan Haji Omar bin Salleh selaku pengerusi Zon Cendana turut bersama YDP melawat kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian. Yang Dipertua juga dijemput bagi

merasmikan Pelancaran Program Pertandingan Patriotik Negaraku Malaysia yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Zon Cendana dan dibawa melawat Pusat Internet 1 Malaysia yang baru beroperasi di Taman Cendana.

Berikut merupakan aduan yang direkodkan hasil dari sesi lawatan tapak yang dijalankan.

COMMUNITY ENGAGEMENT:WALKABOUT & YDP TURUN PADANG ZON BUKiT DAHLiA DAN ZON CENDANA

BERITA PASIR GUDANG14

Yang Dipertua dan Pengerusi Zon bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Zon Bukit Dahlia.

Keadaan Jalan besar yang rosakyang boleh membahayakan pengguna

jalan raya di Zon Bukit Dahlia.

YDP bersama semua yang terlibat bergambar selepas sesi pelancaran program Pertandingan Patriotik Negaraku Malaysia.

Lawatan ke lokasi tapak naik tarafgerai usahawan di zon Cendana.

Page 15: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

WALKABOUT & YDP TURUN PADANG ZON BUKiT DAHLiA DAN ZON CENDANA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

YAYASAN PASIR GUDANG

21 OGOS 2017

25 OGOS 2017

25 OGOS 2017

28 OGOS 2017

30 OGOS 2017

Nama Program : Lawatan YAB Dato Menteri Besar ke Tapak Penanaman Cendawan (Taman Rinting) dan Penanaman Cili (Taman Air Biru) Program Transformasi Ekonomi Rakyat (ERA)Masa : 9.00 PagiTempat : Jalan Ketapang Taman Rinting & Perjiranan 9 Taman Air BiruSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin NordinJumlah Peserta/Penerima : Lebih Kurang 20 orang (Cendawan) & 20 orang (Cili)Butiran : Projek Transformasi Ekonomi Rakyat merupakan projek sasaran untuk golongan suri rumah dan ibu tunggal. Terdapat 4 program di bawah projek ini iaitu Projek Keusahawanan

Aiskrim, Projek Fertigasi Cili, Projek Pengusahaan Cendawan dan Projek Penghasilan Madu Kelulut. Projek Fertigasi Cili bertempat di Perjiranan 9 Taman Air Biru dan Pengusahaan Cendawan bertempat di Jalan Ketapang Taman Rinting. Projek ini dijalankan oleh komuniti setempat yang merupakan golongan ibu tunggal dan suri rumah. Mereka akan dipantau oleh mentor yang memberikan panduan.

Nama Program : Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidiladha 2017Masa : 8.30 MalamTempat : Tempat Letak Kenderaan Kebayan Jati Taman Air BiruSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin NordinJumlah Peserta/Penerima : 200 orang penerimaButiran : Majlis Sumbangan Aidiladha merupakan program yang diadakan pada setiap tahun. Majlis sumbangan ini

bertujuan untuk memberi sumbangan perayaan kepada keluarga fakir miskin, golongan sederhana dan berpendapatan rendah dan lain-lain. Sumbangan diberi dalam bentuk barang dan wang tunai kepada penerima. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Mahamed Khaled bin Nordin.

Nama Program : Fitness Roadtour (Zumba) - Dewan Serbaguna MasaiMasa : 8.30 MalamTempat : Dewan Raya MasaiJumlah Peserta/Penerima : 30 Orang PesertaButiran : Fitness Roadtour Pasir Gudang telah berlangsung di Dewan Raya Masai. Peserta yang mengambil bahagian akan dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman. Program

ini merangkumi zumba, senamrobik, cardio dan lain-lain lagi. Program ini merangkumi beberapa lokasi dimana ianya bermula di Dewan Raya Masai dan akan jelajah ke beberapa kawasan lain. Program ini mengajak peserta untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Nama Program : Program Transformasi Minda InsanMasa : 2.00 petangTempat : Savannah Hills Resort, Ulu TiramJumlah Peserta/Penerima : 10 Orang PesertaButiran : Tujuan utama program ini adalah untuk membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar untuk lebih bermotivasi dan meningkatkan ilmu serta pendapatan keluarga. Program ini

dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang.

Nama Program : Sambutan Ulangtahun kelahiran anak merdeka Pasir Gudang 2017Masa : 9.00 malamTempat : Bukit Layang-Layang Pasir GudangSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Jumlah Peserta/Penerima : 74 Orang PesertaButiran : Yayasan Pasir Gudang berpeluang untuk meraikan anak merdeka

di mana mereka telah dilahirkan pada 31 Ogos. Majlis meraikan mereka telah diadakan di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang bersama-sama dengan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 yang telah diadakan di Bukit Layan-Layang Pasir Gudang. Peserta anak merdeka berpeluang memotong kek bersama-sama YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Mereka telah diraikan dengan meriah bersama-sama orang awam yang datang untuk meraikan Hari Kemerdekaan 2017.

Page 16: EKSA - mppg.gov.my · Patrol Denggi Dilancarkan di SMK Pasir Gudang. YDP Turun Padang. ... Jabatan/ Bahagian dan Unit serta ... Ketiga Pusat Komuniti Jalan Pekaka Taman Perling MPPG

Tujuan kursus pengendali makanan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan dalam mengendalikan makanan.

Semua pengendali makanan perlu mengikuti kursus ini sekali seumur hidup. Namun begitu, pengendali makanan perlu menghadiri kursus semula sekiranya berlaku kejadian keracunan makanan dan premis tidak sanitari.

Telah diwartakan 28 Februari 2009 di dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Bahagian IV Bab 1.

(Jika gagal, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 (sepuluh ribu ringgit) atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun).

Untuk tempahan, sila hubungi :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang.

Tel : 07-254 7777 (Sambungan ke Bahagian Kesihatan)Faks : 07-251 5260

KURSUS PENGENDALI MAKANAN

KURSUSPENGENDALI MAKANAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :JABATAN KESIHATAN AWAM (KESIHATAN)MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGAras 15, Menara Aqabah, Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang.Tel : 07-254 7777 / 07-2513720/21/22Email : [email protected]

JOM KITAR SEMULA MINYAK MASAK

SILA HUBUNGI UNTUK PENGAMBILAN MINYAK :07-254 7777 (BAHAGIAN KESIHATAN MPPG)

PENGAMBILAN SETIAP HARI KHAMIS JAM 5.00 PETANG-7.00 PETANG

NILAIAN TUNAI !1KG = RM1

MINYAK MASAK TERPAKAI• Sisaminyakmasakhasildaripadagorengayam,ikan,sayurdansebagainya.• Penggunaanberulangkalibolehmemudaratkankesihatandanpencemaran.

KESAN & BAHAYA MINYAK MASAK TERPAKAI•Pembuanganminyakmasaksecaratidakefisenbolehmenyebabkanpencemaranalam

sekitar & longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan lipas dan tikus•Kesihatanterjejas,peningkatankolestroldanseranganjantung.

KITAR SEMULA MINYAK MASAK•Minyakmasakterpakaidiprosesmenjadibiodieseluntuk kegunaan mesin dan jentera.•Kumpulminyakmasakterpakaidalambekasataubotolyangsesuai.•Bawaminyakmasakterpakaikepusatpengumpulanatauhubungi anggota MPPG bertugas untuk kutipan.

BIL TARIKH PUSAT LATIHAN1. 24/01/2017 (Selasa) Principal Amity

2. 21/02/2017 (Selasa) Principal Amity

3. 21/03/2017 (Selasa) Principal Amity

4. 25/04/2017 (Selasa) Principal Amity

5. 23/052017 (Selasa) Principal Amity

6. 25/06/2017 (Selasa) Principal Amity

7. 22/07/2017 (Selasa) Principal Amity

8. 26/08/2017 (Selasa) Principal Amity

9. 24/09/2017 (Selasa) Principal Amity

10. 21/11/2017 (Selasa) Principal Amity

11. 19/12/2017 (Selasa) Principal Amity

LOKASI : Bilik Latihan Aras 4, Menara Aqabah MPPGMASA : 8.30 Pagi - 1.00 TengahariBAYARAN : RM50

JADUAL KURSUS PENGENDALI MAKANAN TAHUN 2017

SERTAI PROGRAMKITAR SEMULA MINYAK MASAK BERSAMA MPPG…