berita minggu 13 iktibar daripada perdebatan isu cpf/media/gov/files/media/20140622_bh_i...parlimen...

1
ISU Tabung Simpanan Pe- kerja (CPF) kini hangat dibin- cangkan. Namun, setakat manakah pengetahuan kita tentang skim simpanan wajib ini? Berikut tiga soalan ringkas menguji pengetahuan anda. Soalan 1: Jumlah Minimum akan dinaikkan lagi mulai 1 Ju- lai tahun depan. Kenaikan itu adalah: a) Daripada $155,000 kepada $162,000 b) Daripada $148,000 kepada $155,000 c) Belum lagi ditetapkan. Soalan 2: Anda boleh mengikrarkan rumah anda yang dibeli menggunakan CPF bagi memenuhi sehingga ......... peratus daripada Jumlah Minimum. a) 25 b) 50 c) 100. Soalan 3: Anda boleh tetap mengeluarkan sejumlah wang walaupun tidak memenuhi syarat Jumlah Mini- mum pada usia 55 tahun. Jumlah itu adalah: a) $5,000 b) $10,000 c) tidak sesen pun (Jawapannya adalah 1c, 2b dan 3a). Bagi anda yang menjawab dengan betul, baguslah. Ba- gi anda yang gagal, usah risau. Saya pasti ramai lagi yang tidak tahu tentang perincian skim ini. Walaupun telah diperkenalkan pada 1955, skim CPF masih mengeliru- kan sesetengah orang. Sebagai wartawan, saya sendiri mendapati sukar mengingati perincian skim yang agak rumit ini. Manakan tidak. Walaupun tujuan asal penubuhannya kekal sama, skim CPF telah menjalani banyak perubahan sejajar de- ngan sekitaran dan keperluan kita yang berubah. Ini ter- masuklah pengenalan skim Medisave pada 1984, Jumlah Minimum (1987), MediShield (1990), pelaburan CPF (1997) and CPF Life (2008). Yang terbaru ialah skim MediShield Hayat yang bertu- juan membantu menampung kos perubatan sepanjang hayat. Jadi, kita kenalah luangkan masa memahami skim-skim itu dengan teliti demi mengelakkan kekeliru- an dan salah faham. Sebaiknya, usahlah cepat bersangka buruk dan membuat andaian atau dakwaan melulu yang tidak berlandaskan fakta. Pada masa sama, adalah tidak munasabah bagi kita berdiam diri tentang bagaimana dana CPF hendak diurus- kan. Ini kerana, seperti yang dinyatakan Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan Chuan-Jin, sendiri bahawa wang dalam akaun CPF kita adalah wang kita. Takkanlah kita hendak buat bodoh atau “buat dak” sahaja. Jadi, kita perlulah diberi ruang memberi panda- ngan dan maklum balas asalkan ia membina. Yang jelas, perdebatan tentang isu CPF ini bukanlah suatu yang sia-sia belaka. Ia ada hikmahnya. Berikut adalah tiga pengajaran penting yang boleh di- timba. Pendidikan awam perlu diutamakan Rata-rata keprihatinan awam tentang CPF berkisar ke- pada dua perkara utama. Pertama adalah kebimbangan bahawa kenaikan Jum- lah Minimum dan Usia Pengeluaran (DDA) akan mengu- rangkan jumlah dan melengahkan tempoh dana CPF yang boleh digunakan bagi persaraan. Kedua adalah tanggapan bahawa kadar pulangan CPF adalah tidak memadai berbanding dengan kadar pu- langan pelaburan pemerintah. Keprihatinan tentang Jumlah Minimum timbul sete- lah berita tersiar bahawa ia akan dinaikkan daripada $148,000 kepada $155,000 mulai 1 Julai ini. Sebenarnya, perubahan kali ini adalah sebahagian daripada siri semakan yang telah pun diumumkan pada 2003. Antara lain, perubahan itu mengambil kira kenai- kan dalam kadar inflasi dan jangkaan semakin tinggi rakyat Singapura tentang keperluan asas persaraan. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa pemerintah sudah pun mengumumkan perubahan itu awal-awal lagi. Lantaran itu, timbul tanggapan bahawa perubahan ini adalah suatu yang baru dan sengaja dibuat bagi “mengun- ci” simpanan rakyat. Jadi, pihak berkuasa kenalah giatkan jentera komuni- kasinya meningkatkan kesedaran awam tentang perubah- an kepada skim CPF dan membuat peringatan dari masa ke masa. Sebaiknya, pengumuman dan peringatan ini dilaku- kan dalam keempat-empat bahasa rasmi. Satu saranan yang boleh ditimbangkan ialah menyer- takan terjemahan tentang butiran skim CPF atau sekurang-kurangnya ruangan Soalan Yang Kerap Dita- nya (FAQ) dalam laman rasmi lembaga itu. Ini penting demi mengelakkan berulangnya kekeco- han apabila Jumlah Minimum dinaikkan sekali lagi pada Julai tahun depan. Teruskan rundingan awam Yang jelas, skim CPF masih boleh diperhalusi lagi. Hakikat ini diakui sendiri oleh pemerintah. Dalam ucapannya sempena pembukaan sesi kedua parlimen baru-baru ini, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata pemerintah sedang mengkaji cara memperbaiki skim CPF and CPF Life sejajar dengan pe- rubahan dalam kos sara hidup. Dalam sidang yang sama, beberapa Anggota Parli- men (AP) turut memberikan beberapa saranan membai- ki skim itu. Misalnya, AP GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mo- hamad, menyarankan pembentukan sebuah pelan pela- buran disokong pemerintah yang menawarkan kadar faedah lebih tinggi dan mengambil kira kadar inflasi. Saranan lain termasuklah memberi lebih banyak pili- han dan kelonggaran dalam mengeluarkan simpanan CPF berdasarkan keperluan seseorang. Saranan-saranan seperti ini wajar dipertimbangkan dalam semakan yang sedang dijalankan pemerintah. Di samping itu, orang ramai juga boleh digalakkan memberi maklum balas dan pandangan menerusi rundi- ngan awam. Proses rundingan awam ini amat berguna dalam sema- kan CPF ini. Secara tidak langsung, proses rundingan ini boleh membantu meningkatkan kesedaran dan sokongan awam terhadap sebarang perubahan CPF yang bakal diperkenalkan kelak. Pentingnya perancangan kewangan dan persaraan Perbincangan awam tentang CPF telah menimbulkan satu isu pokok – memastikan warga Singapura mempu- nyai persediaan yang mencukupi bagi persaraan mereka. Hakikatnya, CPF bukanlah satu-satunya wadah bagi memenuhi matlamat ini walaupun ia merupakan bahagi- an yang penting. Yang jelas, CPF hanya membentuk persediaan yang asas bagi persaraan. Anda perlu melengkapinya dengan persediaan lain seperti simpanan dan pelaburan jika ingin mengekalkan taraf hidup yang biasa dinikmati semasa masih bekerja. Tahap keselesaan sebegini memerlukan perancangan awal. Namun, tidak ramai yang mempunyai wawasan, pengetahuan ataupun kelebihan sebegini. Lantaran itu, pendidikan awam tentang peri penting perancangan kewangan dan persaraan wajar diper- tingkatkan. Usaha ini boleh dimulakan pada peringkat sekolah la- gi. Dalam hal ini, kita tidak mampu gagal kerana persia- pan persaraan yang lemah boleh meninggalkan implikasi terhadap keutuhan jaringan keselamatan sosial dan per- paduan masyarakat pada masa depan. Hakikatnya, jika seseorang tidak mampu menang- gung kos persaraannya atas sebab-sebab tertentu, beban- nya akan perlu dipikul pembayar cukai yang lain pada akhirnya. Pucuk pangkalnya, skim CPF telah terbukti berkesan dalam memenuhi keperluan perumahan, kesihatan dan persaraan warga setempat sejak sekian lama. Dalam skim simpanan yang sejagat seperti ini, semesti- nya, sebarang perubahan tidak akan memuaskan semua pihak. Namun demikian, usahlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Iktibar daripada perdebatan isu CPF PERLU TINGKATKAN KESEDARAN: Pihak berkuasa perlu giatkan jentera komunikasinya meningkatkan kesedaran awam tentang perubahan kepada skim CPF dan membuat peringatan dari masa ke masa dalam keempat-empat bahasa rasmi. – Foto fail NAZRY MOKHTAR [email protected] Berita Minggu | 22 Jun 2014 13 Wacana PANDANGAN

Upload: lekhanh

Post on 06-Jun-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISU Tabung Simpanan Pe-kerja (CPF) kini hangat dibin-cangkan.

Namun, setakat manakahpengetahuan kita tentang skimsimpanan wajib ini?

Berikut tiga soalan ringkasmenguji pengetahuan anda.

Soalan 1: Jumlah Minimumakan dinaikkan lagi mulai 1 Ju-lai tahun depan. Kenaikan ituadalah: a) Daripada $155,000

kepada $162,000 b) Daripada $148,000 kepada$155,000 c) Belum lagi ditetapkan.

Soalan 2: Anda boleh mengikrarkan rumah andayang dibeli menggunakan CPF bagi memenuhi sehingga......... peratus daripada Jumlah Minimum. a) 25 b) 50 c)100.

Soalan 3: Anda boleh tetap mengeluarkan sejumlahwang walaupun tidak memenuhi syarat Jumlah Mini-mum pada usia 55 tahun. Jumlah itu adalah:

a) $5,000 b) $10,000 c) tidak sesen pun(Jawapannya adalah 1c, 2b dan 3a).Bagi anda yang menjawab dengan betul, baguslah. Ba-

gi anda yang gagal, usah risau. Saya pasti ramai lagi yangtidak tahu tentang perincian skim ini. Walaupun telahdiperkenalkan pada 1955, skim CPF masih mengeliru-kan sesetengah orang.

Sebagai wartawan, saya sendiri mendapati sukarmengingati perincian skim yang agak rumit ini.

Manakan tidak.Walaupun tujuan asal penubuhannya kekal sama,

skim CPF telah menjalani banyak perubahan sejajar de-ngan sekitaran dan keperluan kita yang berubah. Ini ter-masuklah pengenalan skim Medisave pada 1984, JumlahMinimum (1987), MediShield (1990), pelaburan CPF(1997) and CPF Life (2008).

Yang terbaru ialah skim MediShield Hayat yang bertu-juan membantu menampung kos perubatan sepanjanghayat.

Jadi, kita kenalah luangkan masa memahamiskim-skim itu dengan teliti demi mengelakkan kekeliru-an dan salah faham. Sebaiknya, usahlah cepat bersangkaburuk dan membuat andaian atau dakwaan melulu yangtidak berlandaskan fakta.

Pada masa sama, adalah tidak munasabah bagi kitaberdiam diri tentang bagaimana dana CPF hendak diurus-kan.

Ini kerana, seperti yang dinyatakan Menteri TenagaManusia, Encik Tan Chuan-Jin, sendiri bahawa wangdalam akaun CPF kita adalah wang kita.

Takkanlah kita hendak buat bodoh atau “buat dak”sahaja. Jadi, kita perlulah diberi ruang memberi panda-ngan dan maklum balas asalkan ia membina.

Yang jelas, perdebatan tentang isu CPF ini bukanlahsuatu yang sia-sia belaka. Ia ada hikmahnya.

Berikut adalah tiga pengajaran penting yang boleh di-timba.

Pendidikan awam perlu diutamakanRata-rata keprihatinan awam tentang CPF berkisar ke-

pada dua perkara utama.Pertama adalah kebimbangan bahawa kenaikan Jum-

lah Minimum dan Usia Pengeluaran (DDA) akan mengu-rangkan jumlah dan melengahkan tempoh dana CPFyang boleh digunakan bagi persaraan.

Kedua adalah tanggapan bahawa kadar pulanganCPF adalah tidak memadai berbanding dengan kadar pu-langan pelaburan pemerintah.

Keprihatinan tentang Jumlah Minimum timbul sete-lah berita tersiar bahawa ia akan dinaikkan daripada$148,000 kepada $155,000 mulai 1 Julai ini.

Sebenarnya, perubahan kali ini adalah sebahagiandaripada siri semakan yang telah pun diumumkan pada2003. Antara lain, perubahan itu mengambil kira kenai-kan dalam kadar inflasi dan jangkaan semakin tinggirakyat Singapura tentang keperluan asas persaraan.

Namun, tidak ramai yang sedar bahawa pemerintahsudah pun mengumumkan perubahan itu awal-awal lagi.

Lantaran itu, timbul tanggapan bahawa perubahan iniadalah suatu yang baru dan sengaja dibuat bagi “mengun-ci” simpanan rakyat.

Jadi, pihak berkuasa kenalah giatkan jentera komuni-kasinya meningkatkan kesedaran awam tentang perubah-an kepada skim CPF dan membuat peringatan dari masake masa.

Sebaiknya, pengumuman dan peringatan ini dilaku-kan dalam keempat-empat bahasa rasmi.

Satu saranan yang boleh ditimbangkan ialah menyer-takan terjemahan tentang butiran skim CPF atausekurang-kurangnya ruangan Soalan Yang Kerap Dita-nya (FAQ) dalam laman rasmi lembaga itu.

Ini penting demi mengelakkan berulangnya kekeco-han apabila Jumlah Minimum dinaikkan sekali lagi padaJulai tahun depan.

Teruskan rundingan awamYang jelas, skim CPF masih boleh diperhalusi lagi.

Hakikat ini diakui sendiri oleh pemerintah.Dalam ucapannya sempena pembukaan sesi kedua

parlimen baru-baru ini, Perdana Menteri Encik LeeHsien Loong berkata pemerintah sedang mengkaji caramemperbaiki skim CPF and CPF Life sejajar dengan pe-rubahan dalam kos sara hidup.

Dalam sidang yang sama, beberapa Anggota Parli-men (AP) turut memberikan beberapa saranan membai-ki skim itu.

Misalnya, AP GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mo-hamad, menyarankan pembentukan sebuah pelan pela-buran disokong pemerintah yang menawarkan kadarfaedah lebih tinggi dan mengambil kira kadar inflasi.

Saranan lain termasuklah memberi lebih banyak pili-han dan kelonggaran dalam mengeluarkan simpananCPF berdasarkan keperluan seseorang.

Saranan-saranan seperti ini wajar dipertimbangkandalam semakan yang sedang dijalankan pemerintah.

Di samping itu, orang ramai juga boleh digalakkanmemberi maklum balas dan pandangan menerusi rundi-ngan awam.

Proses rundingan awam ini amat berguna dalam sema-kan CPF ini.

Secara tidak langsung, proses rundingan ini bolehmembantu meningkatkan kesedaran dan sokonganawam terhadap sebarang perubahan CPF yang bakaldiperkenalkan kelak.

Pentingnya perancangan kewangan dan persaraanPerbincangan awam tentang CPF telah menimbulkan

satu isu pokok – memastikan warga Singapura mempu-

nyai persediaan yang mencukupi bagi persaraan mereka.Hakikatnya, CPF bukanlah satu-satunya wadah bagi

memenuhi matlamat ini walaupun ia merupakan bahagi-an yang penting.

Yang jelas, CPF hanya membentuk persediaan yangasas bagi persaraan.

Anda perlu melengkapinya dengan persediaan lainseperti simpanan dan pelaburan jika ingin mengekalkantaraf hidup yang biasa dinikmati semasa masih bekerja.

Tahap keselesaan sebegini memerlukan perancanganawal. Namun, tidak ramai yang mempunyai wawasan,pengetahuan ataupun kelebihan sebegini.

Lantaran itu, pendidikan awam tentang peri pentingperancangan kewangan dan persaraan wajar diper-tingkatkan.

Usaha ini boleh dimulakan pada peringkat sekolah la-gi.

Dalam hal ini, kita tidak mampu gagal kerana persia-pan persaraan yang lemah boleh meninggalkan implikasiterhadap keutuhan jaringan keselamatan sosial dan per-paduan masyarakat pada masa depan.

Hakikatnya, jika seseorang tidak mampu menang-gung kos persaraannya atas sebab-sebab tertentu, beban-nya akan perlu dipikul pembayar cukai yang lain padaakhirnya.

Pucuk pangkalnya, skim CPF telah terbukti berkesandalam memenuhi keperluan perumahan, kesihatan danpersaraan warga setempat sejak sekian lama.

Dalam skim simpanan yang sejagat seperti ini, semesti-nya, sebarang perubahan tidak akan memuaskan semuapihak.

Namun demikian, usahlah kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar.

Iktibar daripadaperdebatan isu CPF

PERLU TINGKATKAN KESEDARAN: Pihak berkuasa perlugiatkan jentera komunikasinya meningkatkan kesedaran awamtentang perubahan kepada skim CPF dan membuat peringatandari masa ke masa dalam keempat-empat bahasa rasmi. –Foto fail

NAZRY [email protected]

Berita Minggu | 22 Jun 2014 13

Wacana PANDANGAN