media antarabangsa

29
HNP 3043 ISU-ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA TAJUK : MEDIA ANTARABANGSA SENARAI AHLI KUMPULAN : Suwannee a/p Ding Sea Poh (D20111048974) Maryam Kartini Bt Mat Hussein (D20111049059) Wan Nurul Wahidah Binti Wan Lanang (D20111049117) Nor Aishah Binti Ibrahim (D20111048995) Nur Nadhirah Bt A.Wahid (D20111048975) Nur Asyikin Binti Mohamad (D20111048969)

Upload: kesuma-wahida

Post on 30-Jun-2015

419 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

HNP 3043

ISU-ISU SERANTAU DAN ANTARABANGSA TAJUK : MEDIA ANTARABANGSA

SENARAI AHLI KUMPULAN : Suwannee a/p Ding Sea Poh (D20111048974)

Maryam Kartini Bt Mat Hussein (D20111049059)

Wan Nurul Wahidah Binti Wan Lanang (D20111049117)

Nor Aishah Binti Ibrahim (D20111048995)

Nur Nadhirah Bt A.Wahid (D20111048975)

Nur Asyikin Binti Mohamad (D20111048969)

PENGENALAN

Penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang di abad ke-21 bukanlah sesuatu yang baru. Boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba

merealisasikannya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60-an.

Di Malaysia, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa pengguaan teknologi maklumat yang dimanfaatkan menerusi media seperti komputer dan internet merupakan perkara asas yang menjadi perkara utama dalam sistem sosialisasi yang berlaku samaada di dalam negara mahupun di luar negara.

Teknologi, komputer, internet, dan media merupakan elemen yang saling bekaitan antara satu sama lain yang didorongkan oleh satu perkara utama iaitu globalisasi dan kemajuan teknologi.

…sambungan

Teknologi pada dasarnya merupakan satu hasil yang wujud daripada sesebuah peradaban manusia. Hal ini demikian kerana manusia dianugerahi akal fikiran dan perasaan yang memilki kehendak dan naluri untuk menuju sesuatu perkembangan dan kemajuan dari semasa ke semasa khususnya dalam kehidupan mereka bagi merncapai kelestarian hidup.

Hal ini dibuktikan dengan adanya kehidupan yang terus meningkat tarafnya dari semasa ke semasa sebagaimana yang berlaku pada dunia hari ini yang bukan sahaja lagi melibatkan kemajuan dalam menentukan hala hidup sendiri, malah juga kemajuan pelbagai aspek kehidupan yang lain seperti teknologi maklumat.

Penggunaan media secara meluas kini menjadi semakin rancak dengan bantuan faktor globalisasi yang menyebabkan masyarakat dunia kini lebih mudah menerima sebarang bentuk maklumat, pengaruh, dan sebarang kemudahan walaupun penciptaan sesuatu teknologi bukan berasal dari negara mereka sendiri.

Dengan wujudnya pengaruh globalisasi, telah merancakkan lagi penyebaran sesebuah media untuk digunapakai oleh masyarakat dunia sekaligus menganggkat media tersebut sebagai media antarabangsa.

KONSEP MEDIA ANTARABANGSA

Dari segi bahasa, perkataan „media berasal daripada bahasa Latin "Medius" yang bermaksud tengah, ‟perantara atau pengantar. Manakala menurut bahasa Arab, „media bermaksud perantara atau pengantar ‟pesan dari pengirim kepada penerima pesan.

Pengertian „media menurut Purnamawati dan Eldarni (2001) menyatakan bahawa media merupakan ‟segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan dari pengirim ke penerima sehingga dapat merangsang pikiran, perasaan, perhatian dan minat.

Menurut Djamarah (1995), beliau menyatakan bahawa media adalah alat bantu atau apa sahaja yang dapat dijadikan sebagai penyalur pesanan.

Manakala, Gerlach dan Ely (1971), menjelaskan bahawa media difahami secara garis besar adalah manusia, materi, atau kejadian yang membangun yang membolehkan masyarakat memperoleh pengetahuan.

Menurut Prof. Charles Wright, media adalah komunikasi tersusun, yang dari segi relatifnya ditujukan kepada orang perseorangan atau berkumpulan, dan mesej yang disampaikan adalah berbentuk umum, sementara, dan sekaligus untuk masyarakat menerima maklumatnya.

Mengikut pendapat McCombs dan Shaw (1977) pula menyatakan bahawa media berupaya untuk memindahkan kepentingan sesuatu isu berita yang dipaparkan di muka depan akhbar dan tajuk utama berita radio dan televisyen kepada agenda umum untuk dibincangkan oleh masyarakat dalam mahupun luar negara.

JENIS MEDIA ANTARABANGSA

Akhbar Televisyen Laman sosial (Facebook, Tagged,

Myspace, Twitter, dan lain-lain)

Akhbar

Akhbar merupakan antara salah satu media yang digunakan di peringkat antarabangsa walaupun bersifat agak konvensional seperti mana ia menjadi sumber penyebaran maklumat pada beberapa abad yang lalu.

Akhbar berperanan sebagai salah satu sumber dan cara untuk menyebarkan informasi terkini kepada masyarakat.

Dengan adanya kebebasan akhbar, berita, informasi dan maklumat terkini berkenaan sesuatu perkara dan peristiwa yang berlaku di luar negara dapat disampaikan secara cepat dan tepat kepada pembaca.

Perkembangan terkini berkenaan dengan kejadian atau peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara dapat diperolehi melalui pembacaan akhbar.

Secara tidak langsung, akhbar boleh mempengaruhi sikap dan pemikiran setiap individu yang membacanya. Ini adalah penting kerana dengan adanya informasi dan berita terkini, masyarakat dapat digerakkan selari dengan proses pembangunan negara.

…sambungan

Kebebasan akhbar bertindak sebagai satu badan yang mengawasi tingkah laku pemimpin dan kerajaan.

Akhbar boleh bertindak melaporkan salah laku individu, pemimpin-pemimpin (baik di dalam pentadbiran kerajaan pusat atau negeri) dan kerajaan.

Kebebasan akhbar memainkan peranan penting di dalam melaporkan perkara-perkara tersebut secara cepat dan tepat bagi menjamim ketelusan pemerintahan sesebuah kerajaan.

Akhbar mempunyai pertalian erat dengan masyarakat dan akhbar dapat mempengaruhi persepsi, pemikiran dan tingkah laku individu, persatuan dan masyarakat.

Kebebasan akhbar akan dapat memberikan peluang yang lebih baik kepada masyarakat untuk menilai sejauh manakah keberkesanan sistem pemerintahan negara.

Televisyen

Televisyen berperanan menyampaikan berita terkini berkenaan isu antarabangsa. Memudahkan setiap negara menerima maklumat dengan cepat dan menambahkan pengetahuan masyarakat

malah mampu menyampaikan berita dari luar negara. Televisyen juga berperanan sebagai alat siaran kerajaan sesebuah negara dalam penyiaran isu sehingga ke

peringkat antarabangsa. Berupaya menyebarkan isu-isu berkaitan antarabangsa atau luar negara. Misalnya, Penubuhan televisyen di

Filipina bermula pada tahun 1953. Di Filipina memiliki 31 buah stesen Televisyen. Channel Televisyen percuma ABS-CBN dan GMA Network yang dimiliki oleh kerajaan Filipina.

Rangkaian dalam bahasa tempatan dan mendapat rangkaian liputan yang meluas. Televisyen berbayar dimiliki oleh syarikat persendirian atau swasta menawarkan SkyCable, Global Destiny

Cable, Cablelink. Capaian satelit sampai terus kepada rumah yang ditawarkan oleh Dream Satelit TV, Cignal dan G-Sat turut

dikenakan televisyen berbayar. Telefon dan internat TV juga menawarkan seperti WatchPad, MyGMA, TFC Now, Sandbox, myTV and iWanTV.

Kemudahan-kemudahan inilah yang meningkatkan lagi keberkesan media televisyen dalam menyampaikan dan menyiarkan dengan pantas berita-berita berkenaan luar negara dan di peringkat antarabangsa.

Laman Sosial (Facebook, Tagged, Myspace, Twitter dan lain-lain)

Medium komunikasi yang paling popular masa kini ialah Facebook. Medium ini popular di utara Amerika Syarikat dan menular ke negara-negara lain.

Laman ini telah digunakan bagi memudahkan interaksi, penyampaian maklumat di seantero dunia. Kini, laman Facebook telah dimiliki oleh 316 juta penduduk dunia dan boleh digunakan di setiap masyarakat dalam sesebuah negara yang mempunyai alamat email yang sah.

Terdapat juga sesetengah negara yang disekat penggunaannya seperti negara Syria, China, Vietnam dan Iran. Misalnya, kedutaan Amerika Syarikat di Iraq telah membuka akaun facebook.

Sumber daripada Alexa.com menyatakan bahasa laman sosial facebook berada pada tempat pertama laman web yang kerap dilawati oleh rakyat setiap negara.

Contohnya, fenomena global telah menarik minat penduduk di Malaysia sehingga Mac 2009 pengguna facebook di Malaysia telah mencecah 3.4 juta pengguna di mana 1.7 juta pengguna merupakan pengguna perempuan dan selebihnya ialah pengguna lelaki .

…sambungan

Membuka minda rakyat untuk mengetahui isu-isu dalam mahupun luar negara.-dibuktikan melalui ucapan Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa

keindahan internet ini telah meruntuhkan benteng sesama individu. Laman sosial ini telah memusnahkan perbezaan atau jurang antara kaum dan agama di mana Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan juga budaya serta agama.

Menghasilkan komunikasi antarabangsa wujud apabila seseorang rakan berkomunikasi dengan rakan dari negara lain. Komunikasi diantara ‘High Culture’ dengan ‘Low Context Culture’ juga akan menjadi mudah. Penyebaran ilmu-ilmu antarabangsa juga cepat dan mudah diperoleh.

Misalnya, perbincangaContext n sesuatu topik boleh disentuh bukan sahaja di peringkat lokal malah sesuatu topik itu boleh menjadi isu sehingga ke peringkat global apabila pengguna yang terdiri dari pelajar yang tinggal di luar negara turut menyertai perbincangan.

PERANAN/SUMBANGAN MEDIA ANTARABANGSA

Merupakan alat perhubungan yang melepasi sempadan antara negara.

Menjadi medium yang amat penting dalam dunia global kini. Melalui media rasmi atau media sosial antarabangsa. Tidak terikat dengan kerajaan negara pusat.

a) LIPUTAN MELUAS

Liputan meluas terhadap sesuatu isu-kepada pengguna dalam dan luar negara.

Isu yang dijelaskan adalah menyeluruh terhadap isu yang menjadi perhatian dunia-pengguna negara lain boleh mengetahui isu semasa.

Perkhidmatan atau berita adalah pantas dan cepat.

CNN mempunyai liputan perkhidmatan kepada 98,496,000 isi rumah di Amerika Syarikat pada Ogos 2013 dan 212 buah negara di seluruh dunia.

b) MEDIUM PERANTARAAN ILMU

Media antarabangsa menerbitkan banyak rancangan yang berkonsepkan ilmiah dan ilmu pengetahuan.

Contoh: National Geography, Crocodile Hunter, dan sebagainya.

Media sosial: penghubung kepada perkongsian ilmu-Facebook, twitter, instagram, dan lain-lain.

Juga digunakan dalam program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

c) MEDIUM PERTUKARAN BUDAYA

Melalui media, dunia boleh mengalami pertukaran budaya antara negara.

Terutama golongan muda yang ingin mencuba perkara yang baru-program yang disediakan: cth Youth Exchange and Study (YES), Program Pertukaran Belia Antarabangsa dan International Students Exchange Programs (ISEP) .

Bertujuan agar remaja-remaja ini sendiri merasai pengalaman merasai budaya negara lain-mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.

CABARAN MEDIA ANTARABANGSA

i) Hiburan menjadi keutamaan masyarakat Hiburan berupaya mengubah gaya hidup seseorang, dan

membentuk corak serta ragam perhubungan individu tersebut. Kini, pelbagai peralatan seumpama televisyen bersama program

siarannya sudah bertindak sebagai sebuah institusi sosial yang amat berpengaruh.

Televisyen sudah mempunyai banyak rangkaian dan lebih daripada 60% ruangan radio dan televisyen lebih berfokus kepada hiburan.

Apabila hiburan menjadi keutamaan, cabaran yang akan dihadapi oleh generasi muda masa kini akan mudah meresapi gejala-gejala kurang sihat.

…sambungan

Sebagai contoh, mereka lebih menyenangi budaya pop, rock dan rap serta lebih mengenali penghibur-penghibur mereka daripada para sahabat Rasulullah (s.a.w.) dan tokoh ulama Islam.

Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah melupakan budaya ketimuran dan agama mereka sendiri.

…sambungan

ii) Kesasihan Maklumat Melalui media antarabangsa, terdapat pihak yang tidak

bertanggugjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta dalam menyampaikan maklumat.

Tujuannya adalah untuk menyesatkan orang ramai. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam

mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet

seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat.

…sambungan

iii) Penyebaran Fitnah dan Gosip Kemudahan media antarabangsa seperti internet, ICT dan siaran

televisyen yang berbentuk hiburan sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi pengguna.

Cabaran yang selalu dikaitkan dengan medium tersebut ialah penyebaran fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain.

Penyebaran fitnah dan gosip ini boleh mencetuskan pergaduhan dan perpecahan dalam masyarakat. Hal ini sekali gus akan menggugat perpaduan masyarakat sesebuah negara.

…sambungan

iv) Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa

Pengaruh media antarabangsa yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi.

Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkah laku, hiburan telah menukar jati diri manusia.

Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan.

Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan import dengan pelbagai jenama terkenal di dunia.

…sambungan

Selain itu, cabaran dalam media antarabangsa kini ialah berlakunya tanpa kita sedari ialah kerosakan bahasa.

Hal ini kerana, bahasa SMS dan chatting menggunakan tulisan yang ringkas dan mudah.

Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutamanya dalam kalangan anak remaja.

Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm, Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya.

Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

…sambungan

v) Gejala Penipuan Berleluasa Cabaran yang terakhir berkaitan media antarabangsa adalah melibatkan

penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan ini semakin merebak dan semakin ramai

mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini juga dilakukan dengan pelbagai cara.

Antara contohnya ialah tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab seperti alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang, kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar melalui pindahan akaun bank atau kad kredit sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut.

KESAN NEGATIF MEDIA ANTARABANGSA

•Budaya barat yang tidak sesuai dengan budaya tempatan.

•Menjajah minda masyarakat dunia.

BUDAYA DAN

SOSIAL

•Media dikatakan kelihatan tidak begitu demokrasi.

•Menyampaikan fitnah terhadap sesuatu pihak atau individu.

POLITIK

•syarikat multinasional yang berpangkalan di negara utama akan cuba menguasai pasaran global melalui pengiklanan.

•Negara membangun tambah mundur kerana kuasa beli dikuasai oleh syarikat multinasional.

EKONOMI

CARA MENGATASI KESAN-KESAN NEGATIF

1. Kerajaan mampu menangani NGO yang bebas atau liberal.2. Pengawasan dan kawalan pihak media untuk mendedahkan

perkara kesan negatif terhadap sosial masyarakat (perubahan struktur dan interaksi sosial) - melahirkan masyarakat yang lebih berwawasan.

3. Media itu seharusnya tidak hanya menampilkan hiburan tetapi perlu seimbang antara Pengawasan, Hiburan, Hubungan, Transmisi budaya, Kontemporer, bahkan Pendidikan harus lebih ditonjolkan. - Kenyataan ucapan Menteri Kuwait, Sheikh Al-Mohamad Al-Ahmad Al Sabah ketika berucap pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

…sambungan

4. Penggunaan internet perlu lebih ditingkatkan dengan mengoptimalkan provider internet yang ada dan melakukan pemblokan site internet yang berbahaya seperti site atau laman pornografi dan sejenis dengannya adalah diperlukan untuk dikuatkuasakan.

5. Sikap kesedaran untuk terus berubah dan menghalang perkara yang membawa kepada negatif dalam masyarakat sangat penting.

- felo Allama Iqbal dan felo Selwyn College, University of Cambridge itu menyebut media sebagai demon master. (peranan masyarakat supaya tidak diperbodohkan oleh media).

…sambungan

6. Media sepatutnya lebih efisyen dalam memperkatakan perkara yang benar kepada masyarakatnya. - kebebasan bersuara pihak media terikat dengan tanggungjawab berkata benar.

7. Menurut L. John Martin dan Anju Grover Chaudhary (1997) berpendapat bahawa masyarakat mampu memilih untuk mengetahui maklumat terhadap media cetak seperti akhbar.- berlaku di Amerika Syarikat – 41% berhenti melanggan akhbar Izvestia.

…sambungan

8. Tuntutan penegakan kod etika media harus dipenuhi tanpa kompromi ekoran kerosakan akibat pelanggaran etika media sudah terlalu parah dan tidak dapat ditoleransi lagi. - media sebagai agen masyarakat dan pembudayaan nilai-nilai murni. - Dr. Mahmud Muhammad ‘Imarah dalam bukunya al-I`lam al-Islamiy fi Muwajahati al-I`lam al-Maddiy beliau menyamakan watak Abu Lahab sebagai jelmaan media massa hari ini yang didasari semata-mata oleh kepentingan kebendaan.

9. Oleh sebab itu, lembaga penapis bagi menapis dan mengawasi tingkah laku penyiaran dan sebaran maklumat untuk media juga penting kepada negara. - Soviet Union, Glavlit.

…sambungan

- Akta Penyiaran 1988 berubah kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas tertubuhnya TV3. -kawalan dan tugas lembaga penapis serta undang-undang ini perlu lebih diperketatkan bagi menjamin keselamatan negara dan menjamin kebersihan informasi yang telus kepada masyarakat.

10. Media memiliki peranan yang sangat besar dalam mewujudkan negara demokrasi yang sebenarnya dalam pembentukan perspektif dan pandangan orang awam dan propaganda politik yang berkaitan.

…sambungan

Media cetak di Malaysia hari ini tidak berlaku keseimbangan dalam menyatakan ideologi, propaganda, dan pandangan yang telus antara pihak pemerintah dan pembangkang.

pihak media memainkan peranan penting dalam bersikap seimbang antara kedua-duanya.

bukan hanya mementingkan mana-mana pihak dan kepentingan tersendiri sahaja.

# Hakikat sebenarnya politik itu mempengaruhi media dan dengan erti kata yang lain, politik itu sangat bergantung harap kepada media untuk kepentingan ahli-ahli politik negara.

PENUTUP

Media antarabangsa merupakan satu bahan yang sentiasa berubah menuju kea rah perkembangannya yang tersendiri bergantung kepada perubahan teknologi yang wujud pada sesuatu masa dan keadaan.

Penggunaan media yang digunakan pada ketika itu juga adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat klusus sehingga wujudnya akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang khusus untuk digunakan oleh pembaca.

Era pemodenan yang mewujudkan pelbagai teknologi yang canggih seperti teknologi komunikasi menjadi asas kepada perkembangan sesebuah media untuk menjadi media antarabangsa.

Dengan wujudnya kecanggihan teknologi seperti pemancar satelit, penggunaan media dapat digunakan dengan lebih meluas dan lebih berkesan serta mampu mendatangkan pelbagai kemudahan kepada manusia dala memanfaatkannya.

Teknologi seperti ini kini dilihat semakin mejuju arus perkembangan dari semasa ke semasa dengan bantuan pelbagai penemuan baru dalam bidang pembuatan teknologi maklumat oleh golongan cendikiawan sekaligus menyumbang kepada kebajikan masyarakat sejagat termasuklah bidang sosial, ekonomi, politik, dan sebagainya.