tahap kemahiran belajar yang mempengaruhi …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan...

21

Upload: others

Post on 06-Feb-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak
Page 2: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR CINA DAN PELAJAR MELAYU

TAHUN

4 SPA/E/J/H (PERDANA)

ROSEMARIA BINTI SALLEH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2003

Page 3: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak
Page 4: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak
Page 5: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

Teristimewa untuk abah dan ma yang dihormati dan disayangi:-

Encik Salleh B. Din & Puan Alani Bt Mohd Nawawi.

Terima kasih diucapkan di atas segala pengorbanan & doa untukku.

Untuk adik-beradik yang dikasihi:-

Rosemarzuna, Mohd. Fadzlee, Rosemarinie, Rosemarlinda, Mohd. Farizal,

Rosemariati & Mohd. Faizul.

Sesungguhnya kalian adalah pendorong kejayaanku.

Buat teman-teman tersayang:-

Shalot, Ros, Saa & Mas.

Terima kasih di atas galakan dan dorongan kalian.

Untuk teman-teman seperjuangan 4 SPH (Perdana) 2002/2003.

Terima kasih di atas tunjuk ajar kalian.

Mudah-mudahan kalian semua mendapat keberkatan dari Allah.

Insya-Allah………….

Page 6: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

penyelia PSM saya, Puan Rohana Binti Hamzah kerana sanggup meluangkan masa dan

tenaga membantu saya menyiapkan projek ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada semua responden saya yang

terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 SPA/E/J/H (Perdana) sesi 2002/2003 kerana

sudi memberikan kerjasama mereka untuk menjawab soal-selidik yang telah

disediakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi bantuan kepada saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya

yang sentiasa memberikan dorongan kepada saya dan mendoakan kejayaan saya.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala bantuan yang telah diberikan oleh

kalian semua. Sekian, Terima Kasih.

Page 7: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran belajar yang

mempengaruhi pencapaian akademik dikalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu tahun

4 SPA/E/J/H (Perdana) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian

ini hanya menumpukan kepada tiga kemahiran belajar iaitu kemahiran mencatat nota,

kemahiran pengurusan masa. Kajian yang menggunakan soal-selidik ini dijalankan

secara tinjauan ke atas 60 orang sampel yang dipilih secara rawak mudah. Data yang

diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 For Windows untuk

mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratus. Hasil kajian ini menunjukkan tiada

sebarang perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar Cina dan juga pelajar

Melayu.

Page 8: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

ABSTRACT

The purpose of this research is to studies the influence of study skills’ level in

academic result between Chinese and Malays students (4 SPA/E/J/H) at Faculty of

Education of University Technology Malaysia. This research was based on three study

skills. It is taking note, time management and listening. This research using a

questionnaire and has been conducted on 60 sample which randomly chosen. The data

was analysis using SPSS 11.0 For Windows to obtained a mean, frequency and

percentage. The research shown that there is no difference between Chinese and

Malays students’ study skills’ level.

Page 9: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

Page 10: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.4.1 Objektif Am 4

1.4.2 Objektif Khusus 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Batasan Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 5

1.8 Definisi Istilah 6

1.9 Penutup 8

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Kemahiran Belajar 10

2.3 Kemahiran Mencatat Nota 12

2.4 Kemahiran Pengurusan Masa 17

2.5 Kemahiran Mendengar 21

2.6 Penutup 24

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

Page 11: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

3.3 Sampel Kajian 26

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Kajian Rintis 29

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Analisis Data 29

3.8 Penutup 30

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA 31

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Data Bahagian A 31

4.2.1 Jantina 32

4.2.2 Bangsa 33

4.2.3 Kursus 34

4.2.4 CPA Semester Lepas 35

4.3 Analisis Bahagian B 36

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 36

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 38

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 40

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 41

4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian 5 42

4.4 Kesimpulan 43

Page 12: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN DAN CADANGAN 44

5.1 Pengenalan 44

5.2 Perbincangan 45

5.2.1 Bahagian A 45

5.2.2 Bahagian B 46

5.2.2.1 Tahap Kemahiran Mencatat 46

Nota Di Kalangan Pelajar

5.2.2.2 Tahap Kemahiran Pengurusan Masa 48

Di Kalangan Pelajar

5.2.2.3 Tahap Kemahiran Mendengar 49

Di Kalangan Pelajar

5.2.2.4 Tahap Kemahiran Belajar 50

Di Kalangan Pelajar

5.3 Cadangan 51

5.3.1 Kemahiran Mencatat Nota 51

5.3.2 Kemahiran Pengurusan Masa 52

5.3.3 Kemahiran Mendengar 52

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 53

5.5 Kesimpulan 53

Page 13: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 54

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

A. Set Soal-Selidik 60

B. Analisis Kebolehpercayaan (ALPHA) 64

C. Surat Pengesahan Isi Kandungan 65

Instrumen Kajian

Page 14: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 32

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 33

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 34

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut CPA 35

semester lepas

4.5 Data analisis bagi tahap kemahiran mencatat nota 36

4.5.1 Nilai min bagi tahap kemahiran mencatat nota mengikut 37

bangsa

4.6 Data analisis bagi tahap kemahiran pengurusan masa 38

4.6.1 Nilai min bagi tahap kemahiran pengurusan masa mengikut 39

bangsa

4.7 Data analisis bagi tahap kemahiran mendengar 40

4.7.1 Nilai min bagi tahap kemahiran mendengar mengikut bangsa 41

4.8 Analisis bagi tahap kemahiran belajar 41

4.9 Analisis perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar 42

Cina dan pelajar Melayu

Page 15: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Bilangan responden mengikut jantina 32

4.2 Bilangan responden mengikut bangsa 33

4.3 Bilangan responden mengikut kursus 34

4.4 Bilangan responden mengikut CPA semester lepas 35

Page 16: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set soal-selidik 60

B Analisis Kebolehpercayaan (ALPHA) 64

C Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 65

Page 17: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada hari ini isu pencapaian pelajar Melayu yang kurang memuaskan mendapat

perhatian umum. Dari hari ke hari, perkara ini kerapkali diperkatakan. Kenapakah

masalah ini terjadi? Adakah kerana lebih ramai pelajar bukan Melayu berjaya

menempatkan diri di universiti tempatan?

Menurut Kajian Prestasi Pelajar di UTM yang dilakukan oleh Abu Bakar, et. al

(1997), kelemahan pelajar Melayu seringkali dikaitkan dengan sikap. Dapatan lain

menunjukkan pelajar Melayu kurang menguasai Bahasa Inggeris berbanding pelajar

bukan Melayu. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan pelajar Melayu kurang cekap

dalam mengambil nota. Adakah hanya masalah ini yang dihadapi oleh pelajar Melayu

ataupun masih terdapat masalah lain?

Page 18: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

1.2 Latar belakang masalah.

Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah pencapaian pelajar Melayu yang

kurang memuaskan kerapkali diusulkan di dada akhbar. Malahan, Perdana Menteri kita

iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah menitiskan air mata ketika

memperkatakan tentang pencapaian pelajar Melayu yang kurang memuaskan ini. Ini

menunjukkan bahawa masalah ini mendapat perhatian umum termasuklah Perdana

Menteri sendiri.

Kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ini

berhubung pencapaian akademik pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT)

terutama untuk memperolehi ijazah kelas pertama memang berasas. Setelah segala

usaha yang dilakukan oleh kerajaan, pencapaian pelajar Melayu masih di tahap lama.

(Utusan Malaysia, 2001).

Berdasarkan Kajian Prestasi Pelajar di UTM yang dijalankan oleh Abu Bakar,

et. al (1997), mendapati bahawa pelajar Melayu lebih ramai yang mendapat keputusan

3.0 ke bawah berbanding pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan 3.0 ke atas.

Apakah puncanya pencapaian pelajar Melayu kurang berbanding pelajar bukan

Melayu?

Menurut laporan Utusan Malaysia pada 16 Julai 2001, hanya 28 daripada 6,766

orang pelajar Bumiputera di UTM memperolehi kelas pertama. Bagi pelajar bukan

Bumiputera pula, 301 orang daripada 3,068 orang mendapat kelas pertama. Seramai

240 orang pelajar Bumiputera dan hanya 14 orang pelajar bukan Bumiputera yang

memperolehi kelas ketiga.

Ini menunjukkan pencapaian yang rendah di kalangan pelajar Melayu

berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Walaupun terdapat pembolehubah yang

sama mempengaruhi pembelajaran pelajar untuk semua kaum, namun pelajar

Page 19: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

Bumiputera didapati berada dalam keadaan kekurangan dari segi pembelajaran

berbanding dengan pelajar bukan Bumiputera (Unit Pengajaran dan Pembelajaran

UTM, 1995).

Menurut Sulaiman (1996), dalam proses pembelajaran untuk mencapai

kecemerlangan akademik yang menjadi perkara pokok ialah pelajar itu sendiri. Ini

bermakna bahawa dalam proses mencapai kecemerlangan, ia bergantung kepada daya

usaha pelajar itu sendiri untuk berjaya. Pelajar seharusnya bersedia dan mendorong diri

sendiri untuk belajar agar dapat menghasilkan kemahiran belajar yang berkesan untuk

mendapat kejayaan dalam pelajaran.

Menurut Getingger dan Seibert (2002), pelajar pada semua peringkat yang

memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan.

Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak bergantung kepada

kemahiran belajar seseorang individu. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tahap-tahap

kemahiran belajar yang mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar.

1.3 Pernyataan masalah.

Secara umumnya, keberkesanan kemahiran belajar adalah asas kepada

pencapaian akademik. Kebolehan pelajar mengaplikasikan kemahiran belajar akan

membantu pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran. Kemahiran belajar pula

terbahagi kepada beberapa seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran

mengurus masa dan lain-lain.

Justeru itu, penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap-tahap kemahiran

belajar yang mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu 4

Page 20: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

PTV (Perdana) dari aspek kemahiran mencatat nota, pengurusan masa dan kemahiran

mendengar.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Objektif Am.

Objektif am kajian ini adalah untuk mengkaji tahap-tahap kemahiran belajar

yang mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu 4 PTV

(Perdana).

1.4.2 Objektif Khusus.

Objektif khusus kajian ini adalah untuk:-

a. Mengenal pasti tahap kemahiran mencatat nota di kalangan pelajar.

b. Mengenal pasti tahap kemahiran pengurusan masa di kalangan pelajar.

c. Mengenal pasti tahap kemahiran mendengar di kalangan pelajar.

d. Mengenal pasti tahap kemahiran belajar pelajar 4 PTV Perdana.

e. Mengenal pasti perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar

Cina dan pelajar Melayu.

Page 21: TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI …memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan. Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak

1.5 Persoalan kajian.

Kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan berikut:-

i Apakah tahap kemahiran mencatat nota di kalangan pelajar?

ii Apakah tahap kemahiran pengurusan masa di kalangan pelajar?

iii Apakah tahap kemahiran mendengar di kalangan pelajar?

iv Apakah tahap kemahiran belajar di kalangan pelajar 4 PTV

Perdana?

v Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar

Cina dan pelajar Melayu?

1.6 Batasan kajian

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM yang hanya memfokuskan

kepada pelajar tahun 4 PTV (Perdana). Kajian ini hanya meninjau mengenai tahap-

tahap kemahiran belajar yang mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan

pelajar Melayu 4 PTV (Perdana) dari aspek kemahiran mencatat nota, pengurusan masa

dan kemahiran mendengar.

1.7 Kepentingan kajian.

Kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti tahap-tahap kemahiran belajar yang

mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu 4 PTV