pengenalan belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan...

25
PENGENALAN Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak- kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. DEFINISI MAIN Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak- kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak- kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak- kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif

Upload: dadyboboy

Post on 14-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

PENGENALAN Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. DEFINISI MAIN Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990). Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. CIRI-CIRI MAIN DALAM P&P PRASEKOLAH Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa

Page 2: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu. Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti: i. main yang terancang ii. main yang berstruktur iii. main yang fleksibel iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions. Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah: i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial iv. membina keyakinan diri v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. JENIS PERMAINAN i) Permainan ‘solitary’ Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi pengkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan menggembirakan. ii.) Permainan ‘parallel’ Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain. Misalnya,dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama. iii) Permainan ‘associative’ Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan. Misalnya, beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan. iv)Permainan ‘cooperative’ Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Ada kerjasama dan tolak

Page 3: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru. KEPENTINGAN BERMAIN DI PRASEKOLAH Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000). “Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers” Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience. Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan “play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life.” Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu. 1) Bermain untuk Perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). 2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan

Page 4: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. 3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti : i) Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. ii)Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan. iii) Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. iv) Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak. v) Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Bermain

“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan

bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak.

Page 5: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan

pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”

[Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]

Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang

dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain

membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang

sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak

dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk

kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil

belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu

aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang

menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.

John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip

belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap

kanak-kanak.

1.3.1 Kategori Main

Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau

mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-

kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai

sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan

rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

 Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) – kanak-kanak bergerak di dalam

kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain;

 Main sendirian (solitary play) – kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan

kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;

 Main pemerhatian (onlooker play) – kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak

lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;

 Main selari (parallel play) – kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak

bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama;

 Main asosiatif (associative play) – kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak

lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main; dan

 Main koperatif (cooperative play) – kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan

melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan

masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai

Page 6: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti

main untuk mencapai matlamatnya.

2.1 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif

kanak-kanak

Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai

aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral.

Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang

biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat

pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual

beli di pasar atau pun pasar raya.

Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif

kanak-kanak;

Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak,

(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.

Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan

rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk

bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya

dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba

disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur

dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan

komunikasi dan bahasa kanak-kanak.

(b) Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku.

Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk

menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan

membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang

mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-

sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan

mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau

pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual.

(c) Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut.

Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik

ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing

menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual

dan pembeli.

(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.

Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual

beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu

berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang

Page 7: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk

mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah

dipersetujui.

(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.

Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan

wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan

menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan

akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk

berjimat cermat dalam penggunaan wang.

Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, Piaget pernah menyatakan

bahawa bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia

terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui

interaksi dan persekitarannya. Kegunaan permainan ini dari segi perkembangan

kognitif kanak-kanak adalah;

(a) Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek.

Secara tidak langsung permainan ini membantu kanak-kanak dalam perkembangan

inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati

situasi yang berlaku di sekelilingnya. Konsep awal matematik yang digunakan

dalam permainan ini adalah seperti konsep seriasi, konsep nombor, operasi

nombor, konsep wang dan penyelesaian masalah.

2.2 Penilaian dan Rekod tentang Emosi Kanak-kanak Semasa Bermain

Permainan ‘Pergi Ke Pasar’

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, emosi setiap murid perlu

direkod untuk menguji keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi

kanak-kanak. Penilaian ini juga dilakukan adalah untuk;

 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh,

 Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid,

 Membuat perancangan aktiviti yang berikutnya,

 Meneliti keberkesanan aktiviti dan strategi yang digunakan semasa pengajaran dan

pembelajaran,

 Menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam kalangan murid atau masalah-

masalah lain yang berkaitan dengan pembelajaran,

 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak

mereka,

 Menghargai hasil kerja murid, dan

 Membuat tindakan susulan serta merta.

Page 8: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

Penilaian yang dibuat telah direkodkan dalam borang rekod skala kadar. Satu

salinan dibuat untuk diserahkan kepada guru Prasekolah Bestari untuk tindakan

selanjutnya.

2.2.1 Rekod Skala Kadar

Penilaian telah dibuat dengan menggunakan rekod skala kadar untuk melihat

keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi kanak-kanak. Rekod

skala kadar secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid

yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka. Penilaian terhadap kemahiran

atau amalan dibuat berdasarkan skala tertentu. Skala yang digunakan boleh

dinyatakan secara angka atau gred. Contohnya:

 A – Cemerlang

 B – Baik

 C – Sederhana

 D – Perlu bimbingan

PENGENALAN:

Bermain menjadi fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu pendidikan prasekolah menekankan pendekatan “belajar melalui bermain” kerana melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung dan natural.

Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau dan rasa akan teransang dan memberi satu pengalaman pembelajaran secara tidak langsung. Pengalaman ini memberikan pegalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina.

Penekanan kepada pendekatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tu menggembirakan dan kanak-kanak merasa seronok untuk belajar. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum.

PANDANGAN TOKOH TENTANG MAIN:

Page 9: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

FROEBEL: bermain adalah suatu keadaan semula jadi yang membantu kanak-kanak belajar dan berkembang.

MONTESSORI: Permainan adalah seperti pekerjaan kepada kanak. permainan memberi peluang kanak-kanak meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka menemui pengetahuan yang baru. Aktiviti bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka

VYGOTSKY: Permainan pilihan kanak-kanak sendiri yang disokong oleh seorang guru atau orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi

IMAM AL-GHAZALI: Bermain mengembangkan sifat semula jadi kanak-kanak, menyuburkan tubuh, menguatkan otot, mendatangkan kegembiraan dan kerehatan selepas penat belajar.

KONSEP BERMAIN

Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan konsep “belajar melalui bermain” perlulah: i. sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang kepada murid melahirkan perasaan

ii. dapat murid meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan kemahiran

iii. murid berpeluang memberi tumpuan dan perhatianiv. membantu murid mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotorv. bebas, terancang dan selamatvi. peluang mencuba idea sendiri;

TUJUAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

Apabila kanak-kanak belajar melalui bermain sewajarnya mereka memperoleh perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek fizikal, sosial, emosi, kognitif dan bahasa. Melalui pendekatan belajar melalui bermain kanak-kanak boleh:

-         mempelajari sesuatu konsep;-         meningkatkan keupayaan kognitif;-         meningkatkan penerokaan untuk memenuhi perasaan ingin tahu;-         memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif;

Page 10: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

-         membantu menyelesaikan masalah;-         membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa;-         membina kemahiran fizikal serta meningkatkan motor halus dan motor kasar;-         mempelajari dunia keliling mereka;-         mengamalkan proses pembelajaran bahasa dan literasi-         membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan;-         membina konsep kendiri yang positif;-         memupuk sikap bertanggungjawab kepada kehidupan dewasa kelak

Aktiviti belajar melalui bermain dapat meningkatkan dan menyokong proses pembelajaran dan peluang untuk kanak-kanak berjaya dalam kelas dan kehidupan hari depan mereka.

JENIS-JENIS MAIN

Sebagai guru prasekolah, kita harus tahu pelbagai jenis permainan . Ini memudahkan kita memilih, merancang dan menyediakan bahan yang bersesuai dengan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) . Dengan itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan hasil pembelajaran dapat dicapai seperti yang diharapkan.

Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan pendekatan dalam melaksanakan kurikulum prasekolah. Di antaranya ialah:

-         Main Sosial (Sosial Play)-         Main Kognitif (Cognitif Play)-         Main Bebas (Informal Play)-         Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play)-         Permainan Luar (Outdoor Play)

MAIN SOSIAL (SOSIAL PLAY)

Main sosial belaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Terdapat beberapa jenis main social seperti:

- main ‘ occupied ’ kanak-kanak tersebut tidak bermain apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Dia hanya berdiri atau duduk tanpa berbuat apa-apa.

Page 11: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

- main ‘ solitary ’ kanak-kanak tersebut bermain seorang diri. Tanpa menghiraukan rakan atau keadaan

sekeliling.

- main ‘ onlooker ‘ kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan permainan orang lain.

- main ‘parallel ’ kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya.

- main ‘ associative ’ kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.

- main ‘cooperatif ’ kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.

FAEDAH MAIN SOSIAL Main sosial mempunyai banyak faedah kepada kanak-kanak, di antaranya ialah:

-         memberi ruang dan peluang bagi kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan mempelajari banyak kemahiran sosial seperti bertolak ansur, menyelesaikan masalah, bekerjasama dan memupuk semangat kepimpinan antara mereka.

-         Memberi peluang kepada kanak-kanak memupuk dan membina kemahiran interpersonal dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

-         Membantu kanak-kanak belajar mengawal emosi supaya mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh berbuat sesuatu dengan sesuka hati.

-         Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti perpaduan , sikap prihatin dan penyayang.

-         Menggalakkan interaksi dan kemahiran sosial yang penting dalam kehidupan masa depan kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak bersikap pasif dan menyisihkan diri.

MAIN KOGNITIF (COGNITIF PLAY)

Dalam permainan berbentuk kognitif kanak-kanak mengalami proses berfikir untuk membuat keputusan dan menentukan matlamat. Mereka terlibat secara aktif

Page 12: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

dalam ativiti pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud atau mengaplikasikan peraturan

J. Piaget mengkategorikan main kognitif kepada empat iaitu:

- main berfungsi (Functional Play)-         main simbolik-         main ‘games and rules’-         main konstruktif (Constructive Play)

MAIN BERFUNGSI DAN MAIN SIMBOLIK

Permainan jenis ini sering dimainkan oleh kanak-kanak dalam peringkat umur 2-3 tahun, iaitu dalam tempoh sensorimotor sebagai gerak balas kepada aktiviti otot.

Main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak berlatih secara fizikal semasa meneroka persekitaranya dan ia mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan imitasi (ajukan). ( eg. kanak-kanak suka bermain naik-turun tangga dan akan mencubanyaberulang kali sehingga berjaya).

Kanak-kanak pada peringkat ini gemar dan gembira apabila dapat membuat pergerakan dan sebutan yang berulang.

Main berfungsi dan main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal, dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadi satu objek kepada objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama, makanan, ibu atau sekuntum bunga,

MAIN ‘GAMES AND RULES’

Dalam main ‘Games and Rules’ kanak-kanak belajar bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut MAIN KONSTRUKTIF (CONSTRUCTIVE PLAY)

Main konstruktif adalah berasaskan kepada main simbolik dan mewakili adaptasi kanak-kanak kepada masalah dan tingkah laku kreatif. Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan mereka untuk mengenali dunia mereka.

Pada mulanya mereka menggunakan bahan atau alatan mainan dan digunakan

Page 13: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

untuk mewujudkan atau membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan dan kedai.Misalnya,mereka membina dengan menggunakan bongkah atau bermain doh.

MAIN BEBAS (INFORMAL PLAY)

Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi dengan rakan sebaya, orang dewasa dan bahan yang disediakan.

MAIN SOSIODRAMA (SOCIO-DRAMATIC PLAY)

Main dramatik atau sosiodrama memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang luas meliputi keluarga, masyarakat dan warisan budaya.

Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik atau fantasi kepada kanak-kanak tersebut

PERMAINAN LUAR (OUTDOOR PLAY)

Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal. Pusat parasekolah perlu menyediakan alat permainan luar yang sesuai seperti bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang jongkit, buaian, rangka memanjat, dan gelunsur untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan.Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa konsep seperti imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan serta konsep banyak dan sedikit.Penerapan nilai murni berlaku, seperti bersabar, mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.Aktiviti permainan luar melibatkan perkembangan motor halus dan motor kasar, koordinasi tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti

CIRI-CIRI PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

-         bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah-         konkrit, benar dan bermakna-         memudahkan murid ingat kembali dan pengalaman bermakna-         menggalakkan komunikasi-         merangsang imaginasi dan kreativiti

menggembirakan murid dalam menjalani proses pembelajaran

Page 14: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

PENGENALAN Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. DEFINISI MAIN Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang

Page 15: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990). Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. CIRI-CIRI MAIN DALAM P&P PRASEKOLAH Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan

Page 16: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu. Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti: i. main yang terancang ii. main yang berstruktur iii. main yang fleksibel iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions. Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah: i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial iv. membina keyakinan diri v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. JENIS PERMAINAN i) Permainan ‘solitary’ Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi pengkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan menggembirakan. ii.) Permainan ‘parallel’ Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain. Misalnya,dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama. iii) Permainan ‘associative’ Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan. Misalnya, beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan. iv)Permainan ‘cooperative’ Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru. KEPENTINGAN BERMAIN DI PRASEKOLAH Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000). “Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers” Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang

Page 17: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience. Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan “play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life.” Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu. 1) Bermain untuk Perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). 2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. 3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan

Page 18: PENGENALAN Belajar Melalui Bermain Adalah Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kepada Kanak

pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti : i) Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. ii)Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan. iii) Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. iv) Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak. v) Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ