belajar saham bersama - pak di

54
Belajar Saham – bersama Pak Di 1 | akhiey Apa Itu Saham? December 7, 2012 by Suzardi Maulan 7 Comments 1. Saham adalah bisnes. 2. Misalnya, kita mahu jual air soya tepi jalan. Kita keluarkan modal RM 500, kawan kita keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes air soya, saham bisnes kita adalah 50%. 3. Bisnes berkembang, kita pun pergi bank minta pembiayaan. Bank luluskan. Kita dapat buka kilang. 4. Bisnes makin berkembang. Kita pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.” 5. Kita setuju. 50% dari saham kita dan rakan kita tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO). 6. Sekarang, pemilik saham syarikat berhad air soya tadi adalah kita, rakan kita dan 100,000 pemegang saham yang lain. 7. Farizal Marlias (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pemilik saham yang baru itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai yang mahu saham syarikat berhad air soya, harga sahamnya naik di Bursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama Farizal Marlias. Dia pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain. 8. Nazmi Faiz (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham. Walaupun harga saham telah naik, tapi dia tak mahu jual lagi. Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah, dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya. 9. Kita selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat menumpang keuntungan syarikat kita dengan membeli saham- saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia. 10. Cuma kita selaku pembeli / penjual saham, urusan jual beli ini diuruskan oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal selia (.e.g. badan hisbah).

Upload: akhiey-akhieyzs

Post on 16-Apr-2017

313 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

1 | a k h i e y

Apa Itu Saham?

December 7, 2012 by Suzardi Maulan 7 Comments

1. Saham adalah bisnes.

2. Misalnya, kita mahu jual air soya tepi jalan. Kita keluarkan modal RM 500, kawan kita keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes air soya, saham bisnes kita adalah 50%.

3. Bisnes berkembang, kita pun pergi bank minta pembiayaan. Bank luluskan. Kita dapat buka kilang.

4. Bisnes makin berkembang. Kita pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”

5. Kita setuju. 50% dari saham kita dan rakan kita tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).

6. Sekarang, pemilik saham syarikat berhad air soya tadi adalah kita, rakan kita dan 100,000 pemegang saham yang lain.

7. Farizal Marlias (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pemilik saham yang baru itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai yang mahu saham syarikat berhad air soya, harga sahamnya naik di Bursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama Farizal Marlias. Dia pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain.

8. Nazmi Faiz (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham. Walaupun harga saham telah naik, tapi dia tak mahu jual lagi. Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah, dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya.

9. Kita selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat menumpang keuntungan syarikat kita dengan membeli saham-saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia.

10. Cuma kita selaku pembeli / penjual saham, urusan jual beli ini diuruskan oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal selia (.e.g. badan hisbah).

Page 2: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

2 | a k h i e y

10 Proses Jual Beli Saham

May 16, 2013 by Pakdi.net 8 Comments

Knowledge is power. Information is liberating. Education is the premise of progress, in every society, in every family. – Kofi Annan

Perkara pertama yang perlu anda buat sebelum terjun ke dalam dunia pelaburan adalah melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi.

Anda dapat menghadiri bengkel saham, seminar atau baca buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan saham.

10 Proses Jual Beli Saham

1. Buka CDS akaun dengan syarikat broker. Hanya RM10, salinan kad pengenalan dan penyata bank diperlukan untuk membuka akaun trading ini.

2. Setelah selesai membuka akaun, seorang remisier atau dealer akan “menjaga” hal ehwal anda. Anda boleh bertanya segala bentuk soalan kepada mereka. Semua urusan teknikal mereka akan bantu.

3. Anda boleh menggunakan online trading platform yang disediakan oleh broker. Caj yang dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan caj biasa (telefon). Setiap broker ada menyediakan video tutorial bagaimana menggunakan trading platform mereka. Malah, ada broker yang mengadakan kelas mingguan khas untuk pelabur baru.

Page 3: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

3 | a k h i e y

4. Masukkan duit ke dalam trust account broker. Anda boleh lakukan secara online, deposit mesin atau menggunakan cek sekiranya jumlah wang tersebut besar. Maklumkan kepada remisier anda yang anda sudah masukkan duit ke dalam trading akaun anda.

5. Langkah seterusnya adalah placing your order. Masukkan order anda. Pilih kaunter saham yang hendak anda beli, masukkan kuantiti dan harga. Submit. Jika anda menggunakan khidmat remisier, pastikan anda menggunakan kod kaunter yang betul dan bukan sekadar menyebut sahaja.

Contohnya, ada beza bunyi tak antara “Hup Seng” dan “Hap Seng“? Kedua-dua syarikat ini adalah berbeza tetapi sebutan bunyinya kedengaran sama. Jadi, bila nak beli kaunter, sebutkan juga kod syarikat tersebut untuk mengelakkan salah faham.

6. Price queue. Harga yang anda request mungkin belum lagi ada yang sudi menjualnya. Jika anda mahu beli harga semasa, memang ramai yang akan jual pada harga semasa. Tetapi jika bukan pada harga semasa, mungkin anda perlu tunggu untuk beberapa ketika sebelum order tersebut match. Status pending akan dipaparkan.

7. Match order. Transaksi selesai apabila ada persetujuan antara pembeli dan penjual pada harga yang sama. Status done akan dipaparkan.

8. Trade confirmation. Setelah selesai proses jual atau beli saham tersebut, anda akan menerima trading confirmation yang menunjukkan summary urusniaga yang dijalankan sebentar tadi. Pihak broker juga akan menghantar hard copy statement ke rumah anda setiap bulan bagi urusniaga yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.

9. Contract note. Anda juga akan menerima contract notes yang menunjukkan brokerage fee, clearing fee, stamping fee, kos belian dan juga hasil jualan saham tersebut.

10. Jika anda mahu keluarkan duit dari akaun trading anda samada duit untung atau duit modal, maklumkan sahaja kepada remisier anda dan mereka akan uruskan.

Selesai. Itu sahaja prosesnya. Jangan risau jika anda menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan ketika proses ini berlaku, anda dapat rujuk dealer atau remisier anda untuk dapatkan bantuan.

Bagi mereka yang dah lama main saham, proses ini sudah dihadam sebab sudah biasa. Bagi mereka yang belum bermula, pasti anda rasa seperti “susahnya nak main saham ni”. Kelas dan buku sudah banyak baca tetapi masih juga belum bermula. Katanya belum confident lagi.

Learning by doing.

Page 4: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

4 | a k h i e y

Selagi belum bermula, selagi itulah anda tidak tahu dunia saham itu bagaimana. Gunakan modal yang kecil dahulu ketika dalam masih dalam proses belajar ini. Rasa dulu untung RM50 sebelum berangan nak buat duit ribu-ribu di Bursa Malaysia.

Just Do It! bak kata orang Jawa.

5 Sebab Kenapa Main Saham?

September 12, 2012 by Suzardi Maulan 12 Comments

Tiada pelaburan yang sempurna.

Setiap satu ada baik dan buruk.

Kali ini mari tengok mengenai pelaburan saham. Saya ada 5 sebab kenapa kita patut terlibat dalam pelaburan saham.

1. Pelaburan Saham adalah Pelaburan Dalam Bisnes

Ada orang berbakat buat bisnes sendiri. Ada orang tidak berbakat dalam hal tersebut. Maka pasaran saham membuka peluang kita membeli bisnes-bisnes yang hebat.

Misalnya, kita suka bisnes bank. Kita ada impian nak ada bank sendiri. Masalahnya, modal nak buka bank sendiri bukan macam modal buka kedai pisang goreng. Dengan pasaran saham kita berpeluang membeli saham-saham yang berkaitan dengan bank seterusnya memiliki sebahagian kecil bisnes bank walaupun modal kecil.

Kemudian disebabkan kita ni kurang berbakat dalam bisnes sendiri, maka kita dapat membeli bisnes yang diuruskan oleh mereka yang berbakat.

2. Mudah Dapat Maklumat Penting

Pasaran saham dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

Syarikat berhad perlu melaporkan laporan tahunan, penyata kewangan kepada pemegang saham. Dokumen ini perlu diaudit oleh pihak ketiga. Ada standard laporan yang perlu dipatuhi.

Seterusnya jual beli saham dibuat dalam pasaran terbuka. Jadi, penjual tak boleh nak tipu harga pasaran. Kalau harga saham tu dijual dengan harga yang lain, sama ada ada proses take over besar-besaran atau ada orang sedang menipu individu yang tamak nak untung cepat main saham.

Undang-undang yang wujud sekitar pasaran saham ini dikenali sebagai the elimination of gharar.

Page 5: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

5 | a k h i e y

3. Senang Nak Urus Portfolio Pelaburan

Perkara ini khusus untuk pelabur kecil macam kita.

Selepas kita menganalisa 100 syarikat, kita mendapati cuma ada 3 sahaja yang menepati kriteria yang kita mahukan. Maka kita boleh beli saham tersebut selagi kita ada duit.

Kita cuma perlu fokus dan memantau 3 syarikat yang kita dah analisa itu tadi dari masa ke masa. Kalau rasa perlu duit sikit, jual sahaja sebahagian saham yang kita ada itu tadi. Kalau duit banyak lebih, beli beli dan beli.

4. Kurang Prosedur

Dah ada ada CDS, trading account dan modal maka kita dah dapat bermula.

Kita tak perlu tunggu bank luluskan pinjaman. Kita tak perlu risau status kredit kita sebab lambat bayar hutang kad kredit. Kalau tersilap beli, sekejap sahaja dah boleh jual semula. (Rugi kos brokerage tapinya).

Ya, seperti mana yang saya sebutkan awal tadi, pelaburan saham tidak sempurna. Tapi untuk tujuan post ini kita tengok yang baik-baik dahulu. Apa lagi kelebihan main saham pada pandangan tuan puan pula?

5. Kalau Lepas Matematik Sekolah Rendah, Dah Boleh

Kita tak perlu ada IQ tinggi.

Tak perlu jadi professor, PhD atau orang paling bijak dalam batch.

Kita cuma perlu tengok sekeliling kita untuk tahu bisnes tu besar atau kecil. Anak-anak kecil pun dah tahu Milo. Tak perlu habis SPM untuk tahu apa itu air Spritzer. Budak sekolah rendah pun tahu beli top-up Maxis.

Warren Buffett ada menyebut:

“Success in investing doesn’t correlate with I.Q. once you’re above the level of 25. Once you have ordinary intelligence, what you need is the temperament to control the urges that get other people into trouble in investing”

7 Sebab Jangan Main Saham

September 13, 2012 by Suzardi Maulan 2 Comments

Jangan terlibat dalam pasaran saham.

Page 6: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

6 | a k h i e y

Sekiranya kita mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Tidak Tahu Beza Pelabur & Spekulator

Spekulator / trader berbeza dengan pelabur (investor).

Mereka melihat dengan cara berbeza. Tempoh masa berbeza. Tools yang berbeza. Ada orang melihat kereta hanya sebagai alat pengangkutan. Ada orang melihat kereta sebagai gaya, mutu dan keunggulan.

Maka apabila mentaliti berbeza, maka yang lainnya pasti berbeza. Paling berbahaya apabila kita berpendapat kedua-duanya sama. Kita jadi macam orang gila.

2. Menjadi Spekulator Yang Tidak Mahir

Scalper. Swing trader. Spread trading. Counter trend trading. Momentum trading. Trend trading. Dan seterusnya.

Kesemuanya nampak sama tetapi berbeza. Kemahirannya juga berbeza-beza. Yang lebih dahsyat ada yang terlibat tanpa ada sebarang kemahiran yang betul.

3. Tidak Ada Simpanan

Sekiranya kita cuba menjadikan saham sebagai punca pendapatan bulanan, maka kita pasti mempunyai masalah.

Begitu juga sekiranya kita menggunakan duit yang sepatutnya dijadikan perbelanjaan untuk makan minum, susu anak dan sewa rumah sebagai modal main saham.

Modal mesti datang dari duit yang kita tidak mahu guna dalam tempoh terdekat. Jangan berhutang untuk main saham.

4. Mahu Untung Jangka Pendek

Sekiranya kita mahu untung cepat, atau buat duit cepat maka kita perlu buat bisnes dan bukannya terlibat dalam pelaburan saham.

Kita perlu membiarkan duit kita berkembang dengan sendirinya pada kadar yang realistik. Jika kita memaksa duit kita berkembang pada kadar yang tidak sepatutnya maka ia ibarat tanam bunga terlebih baja. Mati. Modal habis.

5. Tiada Kesabaran & Disiplin

Melabur perlukan kesabaran.

Page 7: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

7 | a k h i e y

Modal RM 10,000 jika kita dapat untung 100% setiap tahun, masih memerlukan 7 tahun untuk menjadi RM 1.28 juta.

Ya, 7 tahun. Bukan 7 hari, 7 minggu atau 7 bulan.

Itupun kalau dapat untung 100% secara konsisten selama 7 tahun berturut-turut.

6. Malas

Pasaran saham hanya untuk orang yang rajin.

Orang yang sedar dirinya tak pandai, tidak tahu banyak benda dan tidak cuba jadi tuhan dengan meneka esok harga naik atau turun. Pelabur yang berjaya adalah pelabur yang sentiasa merendah diri dan terbuka dengan idea-idea baru.

Kena rajin membaca. Sentiasa membuat analisa. Yakin dengan analisa diri sendiri.

7. Bosan Dengan Artikel Ini

Sebab tak dapat cara untuk gandakan modal dalam tempoh 3 bulan.

Macam artikel biasa-biasa je. Tiada idea yang sophisticated.

Apa kelas kena tunggu 7 tahun!

“Take a simple idea and take it seriously.” – Charlie Munger

9 Istilah Yang Mesti Anda Tahu Dalam Pelaburan Saham – Siri Pengenalan Saham Part I

January 22, 2013 by Pakdi.net 5 Comments

Anda dah boleh join sekaki sembang saham selepas membaca artikel ini.

Berikut adalah 9 istilah yang mesti anda tahu dalam pelaburan saham.

1. Syarikat Broker

Syarikat broker merupakan syarikat yang menguruskan transaksi jual beli saham yang menghubungkan di antara penjual dan pembeli pada sesuatu masa. Syarikat broker ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) & Bursa Malaysia. Syarikat broker menerima komisyen setiap kali berlakunya urusan jual beli saham.

Page 8: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

8 | a k h i e y

Klik disini untuk lihat senarai syarikat broker yang patuh syariah.

2. Remisier & Dealer

Remisier & dealer adalah sama sahaja tugasnya, iaitu menjadi wakil syarikat broker atau pun orang tengah antara penjual dan pembeli saham. Kedua-duanya ada bekerja dengan syarikat broker yang berdaftar. Tugas mereka adalah menerima arahan daripada pelanggan dan “key-in” order tersebut. Remisier tidak mendapat gaji dari syarikat broker tetapi hanya menerima komisyen dari setiap transaksi yang dibuat. Manakala dealer pula lebih kepada bekerja makan gaji dan tidak menerima komisyen seperti remisier. Untuk menjadi remisier & dealer ini, mereka harus mendapatkan lesen daripada SC.

3. Bull trend

Merujuk kepada pasaran saham yang sedang naik.

4. Bear trend

Merujuk kepada pasaran saham yang sedang menurun.

Lihat video penerangan tentang bear vs bull market.

5. KLCI

KLCI adalah singkatan kepada Kuala Lumpur Composite Index. KLCI merupakan indeks saham bagi pasaran Malaysia. Indek saham ini digunakan oleh para pelabur sebagai indikator untuk melihat pergerakan harga saham secara umum. KLCI terdiri daripada syarikat-syarikat besar yang mana pergerakan harga saham pada syarikat-syarikat ini mampu mempengaruhi pergerakan saham keseluruhannya.

Baca di sini untuk penerangan mengenai saham indeks di sini :

6. Teknikal Analisis & Fundamental Analisis

Kaedah menganalisa sesuatu syarikat. Satu berasaskan harga saham semata-mata. Satu lagi berdasarkan asas-asas bisnes, ekonomi dan perakaunan.

7. IPO

IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. Ia merupakan saham yang ditawarkan oleh syarikat kepada kepada orang awam untuk kali pertama diniagakan di Bursa Malaysia. Tujuan utama syarikat tersebut mengeluarkan IPO dan menjadikannya public listed company adalah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. Kebiasaannya, harga yang ditawarkan untuk kali pertama

Page 9: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

9 | a k h i e y

ini adalah lebih rendah berbanding dengan harga sebenar selepas disenaraikan di Bursa Malaysia nanti.

8. Akaun CDS

Untuk melabur dalam pasaran saham di Malaysia, anda perlu membuka CDS akaun atau trading account. CDS adalah singkatan kepada Central Depository System. Akaun ini digunakan untuk melakukan semua traksaksi jual beli saham. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana syarikat broker dengan membawa RM10 beserta dokumen seperti salinan kad pengenalan dan juga penyata akaun bank.

Baca di sini untuk cara step-by-step membuka CDS akaun.

9. Return On Investment – ROI

Pulangan daripada pelaburan. ROI ini penting untuk kita mengetahui prestasi portfolio pelaburan kita.

Nilai ROI adalah lebih penting untuk dijadikan kayu pengukur daripada jumlah income yang diperolehi Sebagai contoh, si A mendapat income RM30,000 sebulan dengan modal berjumlah RM1 juta, manakala si B pula mendapat RM1,500 sebulan dengan modal berjumlah RM10 ribu. Mengikut formula diatas, ROI si B adalah 15% berbanding si A yang hanya memperoleh 3% sahaja. Prestasi pelaburan si B adalah lebih tinggi berbanding dengan si A walaupun pendapatan yang dijana adalah lebih rendah daripada si A.

Senarai Ahli Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2012/2014

April 26, 2013 by Pakdi.net 2 Comments

Ahli Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (2012/2014)

Tarikh perlantikan: 1 July 2012 – 31 July 2014

1. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad Former Chief Justice of the Federal Court, Malaysia

Page 10: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

10 | a k h i e y

2. Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman Shariah Legal Advisor, Attorney General’s Chambers

3. Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail Pro-Chancellor Insaniah University College and Chairman, Shariah Committee of Shariah-Compliant Funds of Amanah Mutual Bhd

4. Dr. Mohd. Daud Bakar Chairman, Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia and CEO of Amanie Advisors Sdn. Bhd.

5. Dr. Muhammad Syafii Antonio Rector of TAZKIA University College of Islamic Economics, Bogor, Indonesia

6. Professor Mohammad Hashim Kamali Founding Chairman and CEO of the International Institute of Advanced Islamic Studies, Malaysia

7. Professor Dr Ashraf bin Md Hashim Head of Consultancy Department, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

8. Associate Professor Dr. Azman bin Mohd Noor Department of Fiqh and Usul al Fiqh, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia

9. Assistant Professor Dr. Aznan Hasan Department of Islamic Law, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia

10. Associate Professor Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali Institute of Islamic Banking and Finance (IIBF), International Islamic University Malaysia

11. Associate Professor Dr. Shamsiah Mohamad Lecturer, Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies, University of Malaya

Saham Halal Patuh Shariah di Bursa Malaysia

July 20, 2012 by Suzardi Maulan 13 Comments

Update 29 Nov 2013.

Page 11: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

11 | a k h i e y

Pada November 2013, kita dapat menyaksikan banyak saham-saham yang patuh Shariah menjadi tidak patuh Shariah. Ini berlaku disebabkan Suruhanjaya Sekuriti telah menggunakan kaedah lain untuk menilai sesuatu syarikat (new Shariah stocks screening methodology)

Perubahan utama meibatkan dua penilaian:

A. Penilaian aktiviti bisnes

1) Aktiviti yang jelas haram pendapatan perlu kurang dari 5%. Iaitu aktiviti perbankan riba, insurans, judi, arak, babi, restoran tak halal, hiburan yang tidak patuh Shariah, pendapatan dari akaun riba dan rokok.

2) Aktiviti dalam ‘grey area’ pula pendapatannya perlu kurang dari 20% seperti syarikat hotel & resort, syarikat broker saham, sewa hartanah untuk aktiviti no 1).

B. Penilaian ratio kewangan

Kaedah ini meneliti balance sheet sesebuah syarikat.

1) Duit tunai syarikat perlu disimpan dalam akaun perbankan Islam / instrumen kewangan Islamik sahaja.

2) Hutang syarikat mestilah diterbitkan / datang dari perbankan Islam / instrumen patuh Shariah seperti sukuk.

Sekiranya tunai & hutang dari sumber riba maka tak boleh lebih dari 33% dari jumlah aset syarikat. Jika lebih status syarikat bertukar walaupun aktiviti bisnes patuh Shariah.

Selain itu imej / persepsi umum yang melibatkan Shariah juga diambil kira.

Perubahan ini menyebabkan tuan selaku pelabur runcit juga perlu menjual saham-saham berkaitan. Syarikat-syarikat pengurus dana patuh Shariah juga perlu menjual saham-saham mereka dalam tempoh 6 bulan.

Sila klik sini untuk senarai saham patuh Shariah pada 29 November 2013.

Update 31 Mei 2013:

801 dari 910 syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh Shariah.

89%.

Iaitu 825 dari 930 saham di Bursa Malaysia adalah halal.

Page 12: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

12 | a k h i e y

Ini adalah statistik sehingga 25 Mei 2012.

Untuk pasaran modal seperti pasaran saham, maka pihak yang bertanggungjawab untuk mengesahkan sesuatu saham itu patuh Shariah atau tidak adalah Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS SC). Majlis ini mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan sama ada sesuatu saham itu patuh Shariah atau tidak.

Sehingga artikel ini ditulis (20 Julai 2012), kaedahnya adalah:

Semua kaunter saham adalah halal melainkan syarikat yang perniagaan terasnya mempunyai:

1. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah); 2. Perjudian dan pertaruhan; 3. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan; 4. Insurans konvensional; 5. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah; 6. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan; 7. Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan 8. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Seterusnya, MPS SC mempertimbangkan persepsi umum dan juga maslahah.

Sekiranya ada syarikat yang mempunyai pendapatan yang bercampur dari 8 perkara yang ditetapkan di atas, maka MPS SC mempunyai tanda aras berikut:

a. 5 peratus (pendapatan riba, judi, arak dan babi) b. 10 peratus (perkara yang sukar dielakkan, FD riba dan tembakau) c. 20 peratus (hasil sewa premis yang melibatkan perniagaan haram) d. 25 peratus (bisnes itu ok tapi selalu bercampur dengan pendapatan haram seperti hotel, resort & broker)

Selaku orang biasa, tak mampu nak kira semua. Maka Islamic Capital Market (ICM) Suruhanjaya Sekuriti telah memudahkan urusan kita dan kita cuma perlu rujuk senarai tersebut, 2 kali setahun. Tapi kalau dah pakai broker halal maka lebih mudah.

Risiko Main Saham

June 24, 2013 by Suzardi Maulan

Bayangkan kita mempunyai RM 100,000 modal pelaburan saham. Hari ini kita beli saham.

Page 13: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

13 | a k h i e y

Kemudian ‘paper loss’, nilai pelaburan tinggal RM 90,000.

Minggu seterusnya, nilai pelaburan jadi RM 75,000.

Dan jatuh lagi sehingga RM 50,000.

Apa reaksi kalian?

Sekiranya masih dapat tidur dengan baik maka pelaburan saham adalah sesuai untuk kita. Jika tak berani, pergi main congkak.

Cara Buka Akaun Main Saham di Bursa Malaysia

July 19, 2012 by Suzardi Maulan 65 Comments

Main saham di Bursa Malaysia.

Dulu orang panggil Bursa Saham Kuala Lumpur. BSKL.

Jadi, kalau dengar orang masih sebut BSKL maksudnya dia dah ada pengalaman lama tu, yang mana dulu 1 lot = 1000 unit. Tapi sekarang ni 1 lot = 100 unit.

Nak jual beli saham mesti melalui melalui syarikat broker. Individu yang mewakili syarikat broker ni dikenali sebagai remisier atau dealer. Remisier dapat komisyen manakala dealer dapat gaji. Dulu kena telefon, sekarang boleh trade online melalui platform yang disediakan oleh syarikat-syarikat broker. Nak guna tablet, iPad, smartphone pun boleh.

Barangsiapa yang beli saham tanpa melalui syarikat broker, ketahuilah dia telah ditipu.

Page 14: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

14 | a k h i e y

Maka nak main saham sila buka trading account dengan syarikat broker terlebih dahulu.

Langkah 1

Pergi ke website Bursa Malaysia dan cari syarikat broker yang berhampiran atau yang kita selesa berurusan. Sama ada nanti senang nak keluar masuk duit, yang kita suka online trading platform dia atau yang caj komisyen rendah. Sila klik di sini untuk melihat senarai syarikat broker yang sah.

Langkah 2

Semak sama ada syarikat broker kita tu ada tawarkan Islamic trading account ke tidak. Syarikat broker saham ada banyak, tapi yang tawarkan Islamic trading account ni bukan semua. Sila klik di sini untuk mendapatkan senarai syarikat broker halal atau semak dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bahagian Islamic Capital Market (ICM).

Langkah 3

Setelah memilih syarikat broker halal yang kita mahu, maka sila pergi ke pejabat broker, bawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, penyata akaun bank dan sediakan RM 10 untuk tujuan buka trading account dan CDS account.

Akaun CDS atau Central Depository System adalah akaun kita dengan Bursa Malaysia yang digunakan untuk semua urusan jual beli. Kita boleh ada lebih dari satu trading account tetapi cuma perlu ada 1 akaun CDS sahaja. Jangan risau, semua syarikat broker uruskan.

Masa jumpa pegawai di syarikat broker tu, tanya lah semua benda. Trading online macam mana. Brokerage fee macam mana. Bayaran dividen nanti macam mana. Dan seterusnya.

Langkah 4

Buka akaun ni mengambil masa beberapa hari bekerja. Bergantung kepada proses dalaman sesebuah syarikat broker. Apabila akaun telah dibuka, pastikan kita catat no CDS dan trading account di tempat yang senang kita nak ingat. Dan juga no akaun syarikat broker untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account.

Langkah 5

Apabila duit modal pelaburan dah masuk dalam trading account maka dapatlah kita membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Biasakan dulu dengan platform online yang disediakan. Nanti nak buy, tertekan order sell. Naya je.

Modal yang diperlukan bergantung. Banyak buat cara banyak. Sikit buat cara sikit.

Page 15: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

15 | a k h i e y

Kalau harga saham tu cuma 56 sen, maka modal yang diperlukan adalah:

RM 0.56 x 100 unit = RM 56 (1 lot) dan belum campur komisyen broker.

Kalau harga saham tu RM 56, maka modal yang diperlukan adalah:

RM 56 x 100 unit = RM 5,600, belum campur jumlah komisyen broker.

Kesimpulan

Ada modal -> buka trading account menerusi syarikat broker -> masukkan duit dalam trading account -> mula jual beli saham.

Selamat melabur!

Senarai Syarikat Broker Saham Halal di Malaysia

June 13, 2012 by Suzardi Maulan 33 Comments

Senarai terbaru Disember 2012:

Islamic stockbroking Malaysia.

Barangkali kalian tertanya-tanya apa bezanya dengan non-Islamic trading account. Bukan buat pinjaman pun.

Ada 3 perbezaan ketara:

Page 16: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

16 | a k h i e y

1. Kita hanya dibenarkan jual beli kaunter halal sahaja.

2. Kita tidak menerima sebarang interest atas duit yang kita simpan dalam trading account.

3. Urusniaga secara margin tidak dibenarkan.

Mungkin ada pembaca yang mahu tambah perbezaan lain.

Setakat September 2011, ada 7 sahaja yang menawarkan kita Islamic trading account untuk main saham iaitu:

1. BIMB Securities 2. Affin Investment Bank 3. AmInvestment Bank 4. CIMB Investment Bank 5. Maybank Investment Bank 6. Jupiter Securities 7. RHB Investment Bank

Ini saya ambil dari Buletin Islamic Capital Market, SC.

Ini pula respons dari Ustaz Adi Hanif Wafa yang terlibat secara langsung dengan syarikat broker:

Page 17: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

17 | a k h i e y

Modal Beli Saham

June 26, 2013 by Suzardi Maulan

Berapa modal yang diperlukan untuk beli saham?

Ia bergantung kepada harga saham seunit. Barangkali sedikit, barangkali banyak.

Contoh 1

Ok. Andaikan kita berminat nak beli saham syarikat JCY International Bhd (5161). Tengok harga semasa JCY adalah 65 sen seunit saham. Maka pengiraannya adalah seperti berikut:

RM 0.65 seunit x 100 unit = RM 65.

Kita perlu beli paling kurang 1 lot iaitu bersamaan dengan 100 unit. Maka, dengan modal serendah RM 65 dah boleh beli saham JCY. Tapi perlu tengok kos juga. Takut-takut tak untung.

Contoh 2

Seterusnya, kita berminat nak beli saham syarikat Dutch Lady Milk Industries Bhd (3026). Tengok harga DLADY adalah RM 45 sesaham. Maka pengiraannya adalah seperti berikut:

RM 45 seunit x 100 unit = RM 4,500

Untuk melihat cara mengira kos yang terlibat semasa beli saham, sila klik sini untuk membaca artikel tersebut.

3 Jenis Caj Yang Dikenakan Setiap Transaksi Saham

May 9, 2013 by Pakdi.net 6 Comments

There is no such thing as a free lunch.

Kos kos kos.

Untuk setiap transaksi jual atau beli saham di Bursa Malaysia, ada caj yang dikenakan. Sama ada kita untung atau rugi, caj tersebut tetap berjalan. Jadi, sebagai pelabur kita

Page 18: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

18 | a k h i e y

perlu tahu jumlah caj-caj tersebut supaya kita dapat mengira pulangan yang kita perolehi dengan tepat.

Lebih parah kita sangkakan kita sedang untung besar, rupanya disebabkan caj sebegini, keuntungan kita menjadi begitu kecil.

3 Caj Yang Dikenakan Untuk Setiap Transaksi

1. Brokerage Fee

Caj yang dikenakan oleh pihak broker kepada pelabur untuk setiap transaksi yang dilakukan samada ketika membeli atau menjual saham. Nilai caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut broker. Terdapat dua kategori iaitu :

• Normal trading account Pelabur menggunakan khidmat remisier atau dealer untuk execute order samada untuk membeli atau menjual saham.

• Online trading account Pelabur melakukan sendiri proses membeli & menjual saham.

Bagi pelabur yang menggunakan online trading account, caj yang dikenakan adalah lebih murah berbanding normal trading account (30% diskaun).

Contoh caj yang dikenakan oleh Maybank Investment :

Page 19: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

19 | a k h i e y

2. Clearing Fee

Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi jual beli saham. Jumlah caj yang dikenakan adalah 0.03% daripada nilai transaksi.

3. Stamping Fee

Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi jual beli saham. Untuk setiap RM1,000 nilai transaksi, RM1 akan dikenakan.

Contoh :

Norman membeli saham syarikat ABC Berhad pada harga RM 2.00 seunit sebanyak 1,000 unit saham melalui online trading platform yang disediakan oleh pihak broker.

Maka bayaran yang dikenakan ke atas beliau adalah :

1. Brokerage Fee RM2 x 1,000unit x 0.42% = RM8.40 Disebabkan minimum brokerage fee adalah RM12, maka Norman perlu membayar sebanyak RM12.

2. Clearing fees RM2 x 1,000unit x 0.03% = RM0.60

3. Stamp Duty Contract Value = RM2 x 1,000unit = RM2,000 Setiap RM1,000 contract value dikenakan RM1 stamp duty Maka, jumlah stamp duty yang perlu dibayar adalah RM2.

Jumlah fee = RM14.60

7 Cara Dapat Modal Beli Saham

June 28, 2013 by Suzardi Maulan

Secara prinsipnya, modal main saham perlu datang dari duit lebih. Berapa banyak? Soalan itu subjektif. Yang penting, duit tersebut kita memang tidak akan usik untuk

Page 20: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

20 | a k h i e y

tempoh paling kurang 1 tahun. Kalau beli saham dengan duit susu anak, itu memang cari nahas.

Berikut adalah 7 cara dapat modal untuk melabur dalam pasaran.

1. Duit simpanan

Duit simpanan yang kita dah simpan dari zaman kecil sampailah sekarang. Duit yang kita simpan dalam tabung nuri, tabung buluh & bawah bantal (mungkin). Duit yang kita potong tiap-tiap bulan lepas ambil gaji. Duit yang kita jimat masa dulu dalam belanja sekolah, biasiswa dan duit raya.

2. Duit KWSP

Orang kerja kerajaan yang mula-mula ambil KWSP dan kemudian ambil skim pencen, maka dia berpeluang dapat duit KWSP. Manakala untuk yang kerja swasta, terhad kepada framework pelaburan unit trust. Manakala, orang yang sudah berusia 50 tahun dah boleh keluarkan duit KWSP. Malangnya, bila dah usia 50 tahun kena betul-betul faham risiko melabur saham.

3. Duit harta pusaka

Rezeki bergolek. Dapat duit tunai peninggalan ibu bapa. Kalau duit ini tak dapat pun kita masih dapat hidup macam biasa. Maka duit ini juga sesuai untuk digunakan melabur dalam pelaburan saham.

4. Duit untung dari pelaburan lain

Mungkin kita ada beli beberapa rumah dulu. Ada yang tersilap beli. Ada yang memang beli untuk sewa. Hari ini tengok harga dah untung kalau jual semula. Maka keuntungan tersebut kita dapat gunakan untuk mula melabur dalam saham.

5. Duit bonus tahunan

Alhamdulillah. Ada orang bonus pun tak dapat. Kita dapat bonus. Maka duit bonus ini dapat dijadikan modal pelaburan saham kita.

6. Duit untung bisnes

Bisnes kita baik. Untung telah pun dilaburkan semula dalam bisnes sedia ada. Masih ada berbaki. Jadi ini pun adalah sumber modal.

7. Tabung spesifik untuk melabur

Kita memang letakkan sejumlah duit khusus dalam tabung untuk pelaburan. Tabung khas. Akaun khas. Tak campur dengan simpanan yang lain. Bagi saya ini merupakan

Page 21: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

21 | a k h i e y

cara yang paling baik. Sebab akaun ini khas untuk tujuan melabur. Kita telah tetapkan simpanan khas hanya untuk melabur.

Ya, barangkali ada cara lain yang kreatif untuk difikirkan. Tak terhad kepada 7 cara yang disebutkan di atas. Apa yang utama, ia mestilah duit lebihan kita setiap bulan. Barulah betul nak jadi pelabur hensem.

3 Cara Buat Analisa Saham

June 27, 2013 by Suzardi Maulan

Untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, wajib ada ilmu. Nak makan guna sudu garfu pun kena belajar, ini kan pula pelaburan.

Pelaburan saham secara spesifik ada 3 cara yang ramai orang guna.

# 1 Fundamental analysis (FA)

Kita bermula dengan mencari latar belakang mengenai syarikat tersebut. Kita ambil tahu apa syarikat itu buat. Kita perlu faham bisnes syarikat itu bagaimana. Seterusnya mendapatkan penyata kewangan syarikat tersebut. Kita tengok potensi bisnes syarikat tersebut. Ini gaya seorang pelabur hensem.

Pendek cerita, tak perlu tengok carta saham dulu.

# 2 Technical analysis (TA)

Kita bermula dengan mendapatkan pergerakan harga saham. Kita plot carta. Pakai candlestick, pakai bar chart ke. Seterusnya kita plotkan pula indikator tertentu. Kemudian kita kaji kaji dan kaji. Harga baru naik lagi ke, dah habis naik ke puncak ke atau dah mati pucuk.

Pendek cerita, kita tengok carta saham.

# 3 Hot tips

Kalau dulu-dulu tengok akhbar. Saham apa yang hangat dibicarakan hari ini. Sekarang tengok online news portal, online forum dan laman sosial. Login Facebook tengok saham apa yang sedang hangat diperkatakan. Rasa puas hati, beli. Untung update status di laman sosial. Tak untung, senyap je.

Pendek cerita, ini berjudi. Bukan ada analisa pun, tapi ramai yang buat. Nak rugi, buatlah selalu.

Bacaan selanjutnya: Mana Lagi Power, TA atau FA?

Page 22: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham

22 | a k h i e y

Mana Lagi Power (TA) atau Fundamental Analysis (FA) ?

January 23, 2013 by Pakdi.ne

Nak main saham kena ada ilmu.

Antara ilmu yang penting adalah

Sekiranya anda serius dalam dunia saham, pasti tajuk di atas sudah anda. FA & TA merupakan kaedah yang digunakan untukada untuk membeli saham syarikat berkenaan atau sebaliknya.

Technical Analysis (TA)

TA hanya tertumpu kepada analisa pergerakan harga saham sesebuah syarikat. Terdapat banyak teknik dan kaedah yang digunakan dalam bidang teknikal analisis ini. Prinsip asasnya adalah dengan mengkaji pergerakan harga saham yang lepasprice movement) dapat menentukan pergerakan harga saham pada masa akan datang. Analisis teknikal menggunakan keadaaan sebenar syarikat berkenaan seperti untung rugi, jumlah jualan, aset, liabiliti dan lain-lain. Teknik ini amat digemari oleh golongan muda dan mereka yang berstatus active trader, daily trader dan

Contoh carta harga saham

Fundamental Analysis (FA)

FA pula menggunakan kaedah yang berbeza dengan teknikal analisis. Teknik ini tertumpu kepada analisa mengikut kaedah ekonomi semasa dan kaedah

Belajar Saham – bersama Pak Di

Mana Lagi Power – Technical Analysis (TA) atau Fundamental Analysis (FA) ?

Pakdi.net 4 Comments

Nak main saham kena ada ilmu.

Antara ilmu yang penting adalah technical analysis dan fundamental analysis

Sekiranya anda serius dalam dunia saham, pasti tajuk di atas sudah sinonim dengan anda. FA & TA merupakan kaedah yang digunakan untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli saham syarikat berkenaan atau sebaliknya.

TA hanya tertumpu kepada analisa pergerakan harga saham sesebuah syarikat. t banyak teknik dan kaedah yang digunakan dalam bidang teknikal analisis ini.

Prinsip asasnya adalah dengan mengkaji pergerakan harga saham yang lepasdapat menentukan pergerakan harga saham pada masa akan datang.

menggunakan chart atau graf harga dan tidak mementingkan keadaaan sebenar syarikat berkenaan seperti untung rugi, jumlah jualan, aset, liabiliti

lain. Teknik ini amat digemari oleh golongan muda dan mereka yang berstatus dan speculator.

nakan kaedah yang berbeza dengan teknikal analisis. Teknik ini tertumpu kepada analisa mengikut kaedah top down seperti melihat keadaan makro ekonomi semasa dan kaedah bottom up iaitu melihat prestasi syarikat berkenaan dari

Technical Analysis (TA) atau Fundamental Analysis (FA) ?

fundamental analysis.

sinonim dengan membuat keputusan sama

TA hanya tertumpu kepada analisa pergerakan harga saham sesebuah syarikat. t banyak teknik dan kaedah yang digunakan dalam bidang teknikal analisis ini.

Prinsip asasnya adalah dengan mengkaji pergerakan harga saham yang lepas (history dapat menentukan pergerakan harga saham pada masa akan datang.

atau graf harga dan tidak mementingkan keadaaan sebenar syarikat berkenaan seperti untung rugi, jumlah jualan, aset, liabiliti

lain. Teknik ini amat digemari oleh golongan muda dan mereka yang berstatus

nakan kaedah yang berbeza dengan teknikal analisis. Teknik ini seperti melihat keadaan makro

prestasi syarikat berkenaan dari

Page 23: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

23 | a k h i e y

sudut untung rugi, jumlah jualan, nilai aset dan liabiliti, jenis perniagaan, jenama, dan lain-lain. Kaedah ini tidak menumpukan kepada pergerakan harga saham semata-mata, tetapi lebih detail dan terperinci.

Analisa yang lengkap membuatkan anda terasa seperti syarikat tersebut kepunyaan anda dan turut serta dalam perniagaan tersebut. Anda kenal siapa CEO syarikat berkenaan, latar belakang majority shareholders, situasi kewangan syarikat sehinggalah anda dapat detect masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat tersebut. Kaedah ini adalah lebih bersifat jangka panjang dan mereka yang menggunakan kaedah ini tidak melakukan transaksi jual beli secara aktif.

Klik di sini untuk lihat penerangan berbentuk video.

Mana Yang Lebih Power?

Tidak ada jawapan yang tepat untuk soalan ini.

Setakat ini (dan masa depan), tidak ada teknik atau kaedah yang menjanjikan keuntungan 100% tanpa ada kerugian.

Kedua-dua kaedah ini mempunyai pro & contra-nya tersendiri. Terpulang kepada anda untuk memilih kaedah mana yang lebih sesuai dengan jiwa anda. Ada orang lebih suka melihat graf saham setiap hari tetapi dalam masa yang sama ada juga orang yang akan muntah-muntah sekiranya berada di depan komputer menghadap carta saham setiap hari.

Sebagai contoh, pengamal TA berpendapat bahawa teknik ini lebih mencabar emosi dan lebih cepat pulangan yang diterima berbanding dengan FA. Orang putih kata “lebih thrill”. Maklumlah hari ini rugi RM 100. Esok dapat untung balik RM 100. Lepas tu untung lagi RM 75. Kemudian rugi balik RM 50. Macam roller coaster. Adrenalin!

Manakala ada juga yang seronok membaca laporan tahunan sesebuah syarikat kerana katanya dengan membaca laporan tersebut, dia merasakan seolah-olah sedang “mengembara” bersama syarikat tersebut sejak dari awal penubuhan syarikat sehingga sekarang. Dapat merasa jatuh bangun syarikat tersebut. “Lebih feel” bak kata orang Jawa.

Sebagai contoh, anda sedang mengira prestasi syarikat untuk 10 tahun. Kalau untuk kiraan mudah, anda ambil sahaja nilai keuntungan untuk tahun pertama dan tahun terakhir dan lihat perkembangannya. Jadi, anda tahu dalam masa 10 tahun ini apakah situasi syarikat tersebut. Adakah untung atau rugi? Itu cara paling senang.

Cara yang lebih baik adalah membuat analisa setiap tahun dan anda akan nampak perkembangan syarikat tersebut dari tahun ke tahun. Contohnya Air Asia. Dari awal penubuhannya sehingga 2007, syarikat menunjukkan perkembangan yang positif. Tetapi pada tahun 2007, cashflow statement syarikat ini menunjukkan angka negatif

Page 24: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

24 | a k h i e y

dan amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Nah, di sini anda akan mengkaji dengan lebih teliti dan anda akan dapati bahawa pada tahun ini Air Asia sedang melalui fasa growth yang pesat pada tahun tersebut. Jadi, it make sense.

Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih kaedah yang lebih sesuai untuk anda. Lain orang lain caranya.

3 Strategi Pelaburan Saham Yang Menguntungkan di Bursa Malaysia

December 26, 2012 by Suzardi Maulan 9 Comments

Ramai orang nak main saham.

Tapi tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk melabur.

Kalau dah silap strategi, sudah pasti tak dapat buat duit dalam pasaran saham. Habis modal begitu saham.

Ada 3 strategi asas yang dapat kita gunakan untuk melabur di bursa saham di negara kita. Tiada formula yang sukar untuk kita fahami. Kalau kita lepas matematik sekolah rendah, kita dah boleh jadi seorang pelabur hensem.

Strategi #1 Indeks

Other’s people time. OPT.

Biar orang lain yang analisa syarikat-syarikat saham yang berkualiti untuk kita. Kita cuma tunggu senarai tersebut dan beli pada masa yang sesuai.

Hampir semua syarikat yang berkaitan indeks ini beri dividen. Jadi kalau harga saham jatuh sekalipun, kita masih ada untung. Kalau jatuh banyak sekalipun, apa nak takut? Kita beli lagi banyak-banyak. Ho ho ho. Itulah pentingnya membeli syarikat-syarikat yang berkualiti.

Strategi ini semudah A-B-C.

Strategi #2 Growth

Buka penyata kewangan syarikat dan cari angka-angka tertentu.

Kalau dah baca ebook Panduan CashFlow dan buat banyak kali latihan yang diberikan dalam ebook tersebut, insyaAllah mudah nak melaksanakan strategi ini. Ebook itu

Page 25: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

25 | a k h i e y

bukan sekadar nak atasi kebocoran duit gaji setiap bulan, ia juga dapat membantu kita bersedia menjadi pelabur hensem.

Ada banyak syarikat yang berpotensi untuk berkembang di Bursa Malaysia yang bersesuaian dengan ‘peribadi’ kita. Kita perlu tahu cara yang bersistematik untuk mencarinya. Syarikat-syarikat ini ada di sekeliling kita. Cuma tak ramai yang tahu bagaimana untuk melihatnya.

Strategi #3 Value

Ada syarikat yang telah melepasi fasa growth.

Dividen pun berbaloi-berbaloi.

Tapi kebiasannya syarikat dah ‘nampak biasa-biasa’ sahaja. Tapi masih ada sesuatu yang menarik. Kesemua kita dapat nampak sekiranya kita tahu membaca penyata kewangan syarikat.

Kita tidak mengejar harga, tapi kita mencari nilai sebenar di sebalik syarikat-syarikat sebegini. Beli ketika diskaun, jual ketika premium. Pasti untung.

Awas! Strategi Ini Bukan Untuk Semua Orang

3 strategi ini adalah bersifat medium-long term. Untuk mereka yang sabar. Untuk mereka yang ada duit lebih setiap bulan. Tidak sesuai untuk mereka yang mahu quick money dalam pasaran saham. Bukan untuk mereka yang suka melihat carta-carta saham.

Kalian mungkin tidak perlu lagi melihat carta & graf turun naik harga saham lagi selepas mengetahui 3 strategi ini.

Boleh bekerja di pejabat tanpa menjejaskan prestasi kerja, boleh outstation tanpa perlu risau tiada connection internet dan dapat pergi bercuti bersama keluarga meluangkan masa sepenuhnya untuk mereka tanpa membebankan beg dengan laptop dan kos internet.

Sesuai untuk beginner yang telah bersedia & mereka yang dah bosan melihat carta & graf saham.

2 Cara Dapat Untung Melabur Saham

June 29, 2013 by Suzardi Maulan

Page 26: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

26 | a k h i e y

Bila kita beli saham bermaksud kita membeli sebahagian kecil - ya, sebahagian kecil sahaja - pemilikan dalam sesebuah syarikat. Seterusnya, kita berpeluang mendapat keuntungan dari 2 cara.

Keuntungan #1 Untung dapat dividen.

Dividen ini diperoleh setahun sekali atau 2 kali setahun atau 4 kali setahun (interim dividend). Bergantunglah kepada polisi syarikat.

Sesebuah syarikat memberikan dividen sebagai cara berkongsi keuntungan operasi syarikat kepada para pemegang saham mereka.

Dividen diberi berdasarkan prestasi sesebuah syarikat dalam bisnes mereka dan bukannya berdasarkan turun naik harga saham di pasaran. Justeru, harga saham jatuh pun kita masih mendapat keuntungan dari saham-saham yang kita miliki.

Tapi perlu diingat, dividen sahaja tidak menjadi penentu syarikat itu berkualiti atau tidak.

Keuntungan #2 Untung capital gain

Untung beli harga rendah, jual harga tinggi.

Misalnya kita beli saham JCY sebelum ni, dari harga RM 0.65 naik menjadi RM 0.70. Keuntungan 5 sen sesaham. Jadi kalau kita beli 10 lot kita dah untung RM 50.

Kalau kita beli saham Dutch Lady pula, harga RM 45 naik menjadi RM 46. Keuntungan RM 1 sesaham. Jadi, kalau kita beli 1 lot, kita dah untung RM 100.

Paper Loss, Untung Dividen

Jika harga semasa lebih rendah dari harga sewaktu kita beli, itu namanya paper loss. Kerugian sebenar (actual loss) belum berlaku selagi mana kita tak jual saham-saham tersebut.

Kita beli saham Parkson Holdings Berhad [5657] RM 4.00, sekarang harga RM 3.70. Kita beli saham 10 lot. Maksudnya paper loss kita adalah RM _______ (Sila kira sendiri).

Jadi kalau jual memang lah jadi rugi betul (realized loss).

Sekiranya syarikat yang kita beli itu beri dividen, walaupun paper loss masih dapat dividen.

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan IPO?

Page 27: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

27 | a k h i e y

October 9, 2011 by Suzardi Maulan 10 Comments

“Pakdi, IPO MClean Technologies ok tak kalau saya nak beli?” tanya seorang rakan.

Emel yang lain punya berbunyi:

“Focus Lumber, ok tak IPO dia? Saya nak beli ni.”

Ramai yang bertanyakan saya soalan ini. Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana untuk buat duit dengan Initial Public Offering (IPO).

Sepanjang 2011, sehingga 9 September 2011, ada 26 syarikat telah menawarkan IPO. Sehingga tarikh tersebut:

• 9 kaunter memberikan keuntungan (capital gain), dari serendah 1.67% hingga setinggi 84.85% – Boilermech Holdings.

• 1 kaunter tidak berubah, 0.0%. • 16 kaunter rugi (capital gain) serendah (0.59%) sehingga (68.75%) – XOX

(Sumber: Personal Money, Oct 2011)

Pelaburan IPO sama dengan pelaburan lain. Ada rugi, ada untung. Jangan sebab dengar orang main IPO dapat untung, kita pun sama nak main IPO. Beli memang mudah, tapi nak jual tidak semudah yang kita sangka.

Hari pertama naik 15%, kemudian naik 23% dan terus naik 30%. Namun hati berkata, tunggu untung 100% lah.

Bulan ketiga, jatuh jatuh dan terus negatif pulangannya. Hati menyesal kerana tak jual ketika keuntungan mencecah 50%. Oh, 25% pun dah ok. Argh… patut first day lagi dah jual!

Jadi bagaimana nak buat duit dengan IPO?

Main Saham Untuk Dapatkan Income Bulanan

October 22, 2012 by Suzardi Maulan 11 Comments

Satu soalan diterima.

Assalamualaikum,

Page 28: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

28 | a k h i e y

Nama saya R, saya memang teringin nak mengikuti program ini, cuma saya kurang yakin adakah pelaburan ini betul-betul dapat menambah sedikit pendapatan bulanan saya pada masa akan datang setelah menyertai kursus.

Sebelum ini saya pernah menyertai MLM lain tapi tak menjadi. Dah beribu saya laburkan di situ, lagi pun kos untuk kursus ni pun agak mahal bagi saya yang berpendapatan sederhana ni.

Soalan : Adakah modal minimum yang perlu dilaburkan adalah RM 10,000?

Saya harap Pakdi dapat memberi komen.

Jawapan:

Salam Cik Puan,

Bengkel Rancang Wang Masterclass adalah bengkel pelaburan saham. Membantu peserta cara-cara memilih saham dengan betul, masa yang sesuai untuk jual dan beli. Bengkel ini fokus kepada cara kaedah analisa fundamental untuk mencari syarikat yang berkualiti.

Tiada sebarang pulangan pelaburan dijanjikan kerana ini cuma bengkel semata-mata dan bukannya satu program pelaburan. Selepas bengkel, Cik Puan perlu urus sendiri portfolio pelaburan saham dan pulangan itu bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Kalau keadaan pasaran semasa adalah baik, maka pulangan yang bakal diterima Cik Puan juga akan baik.

Strategi pelaburan saham yang ditunjukkan tidak sesuai untuk mendapatkan pendapatan secara bulanan tapi lebih sesuai kepada pendapatan tahunan (yearly basis). Contohnya, dengan modal RM10,000 andainya pulangan adalah 10%, maka kita akan dapat RM1,000 untung dalam tempoh setahun.

Modal pelaburan sebenarnya adalah subjektif, bergantung kepada individu tersebut. Cik Puan kena pastikan jumlah wang yang hendak dilaburkan ke dalam pasaran saham ini adalah modal yang tidak digunakan atau lebihan wang dan bukan wang yang hendak gunakan dalam masa terdekat. Sebab kalau Cik Puan rugi dalam peringkat awal pelaburan saham ini, kita tidak berasa ralat atau tertekan dengan situasi tersebut.

Untuk permulaan pembelajaran, boleh guna modal yang rendah. Nanti bila dah mahir dengan pasaran saham ini, Cik Puan dapat tambah modal yang lebih besar.

Terima Kasih

Return On Investment – ROI

Page 29: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

29 | a k h i e y

October 12, 2012 by Suzardi Maulan 6 Comments

“Fuh, RM 500 dalam masa 30 minit!”

Pelabur hensem menggunakan R.O.I - Return On Investment.

Kenapa?

Mari kita lihat 2 situasi berikut:

1. Untung RM 700 atau 70%?

Siti.

Modal pelaburan RM 1,000.

Selepas setahun, modalnya berkembang menjadi RM 1,700.

ROI kasar yang Siti dapat adalah 70%.

2. Untung RM 3,000, atau 30%?

Mat.

Modal pelaburan RM 10,000.

Selepas setahun, modalnya berkembang menjadi RM 13,000.

ROI kasar yang Mat dapat adalah 30%.

Siapa Lebih Untung?

Pelabur hensem faham Siti yang lebih untung.

Mat cuma untung besar pada angka, tetapi bukan pada % ROI. Sekiranya kedua-dua mereka mempunyai modal yang sama maka keuntungan Siti pasti RM 7,000.

Sebagai pelabur hensem kita mencari syarikat yang memberikan ROI yang tinggi. Bukan syarikat yang mengumumkan untung bilion-bilion tetapi ROI nya rendah.

Justeru, lepas ini apabila kita mendengar orang berkata:

“Aku untung RM 350 dalam masa 2 jam woo…”

Maka, persoalan penting yang perlu kita tahu adalah, berapakah modal & kos yang diperlukan untuk mendapatkan RM 350 tersebut?

Page 30: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

30 | a k h i e y

Cara Beli Saham IPO Melalui MITI

February 20, 2013 by Pakdi.net 15 Comments

Artikel sebelum ini ada berkongsi cara mencari maklumat berkaitan IPO di website Bursa Malaysia. Boleh klik di sini jika anda masih belum baca artikel tersebut.

Kali ini cara pembelian IPO pula.

Ada 4 cara untuk membeli IPO :

1. Melalui MITI (Bumiputera sahaja) 2. White Form (Broker) 3. Online Banking 4. ATM

Artikel ini fokus membeli IPO melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Penglibatan bumiputera di dalam pasaran modal masih kurang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Atas kesedaran inilah, MITI telah menyediakan peruntukan khas untuk bumiputera bagi menggalakkan mereka terlibat di dalam pasaran saham di Malaysia ini.

Langkah-Langkah Membeli Saham IPO MITI

1. Pergi ke website MITI dan klik pada Bumiputera shares pada sidebar sebelah kanan website tersebut.

Page 31: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

31 | a k h i e y

2. Di bahagian ini, anda dapat lihat pelbagai maklumat dan pengumuman berkaitan IPO. Di bahagian bawah sekali ada juga maklumat berkaitan tentang IPO terbaru yang bakal diapungkan di Bursa Malaysia.

3. Sepatutnya anda boleh terus isi borang maklumat anda secara online, tetapi buat masa sekarang sistem berkenaan dalam penyelenggaraan. Lihat pengumuman dari MITI.

Jadi anda perlu gunakan borang yang telah disediakan.

Page 32: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

32 | a k h i e y

4. Siapa yang layak memohon?

• Warganegara Malaysia; • Berstatus Bumiputera; • Berumur 18 tahun ke atas; dan • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. • Nota: pelajar adalah tidak layak memohon.

5. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan individu:

• Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online)/borang; • Salinan kad pengenalan/surat pengesahan status Bumiputera yang jelas; • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri ; • Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan oleh

pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ; dan • Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai

bank (nama & nombor staf ) berserta tarikh dan cop bank . • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada); • Bagi pegawai Kerajaan , sila dapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk

melanggan saham khas ini.

6. Selepas itu, hantar borang dan dokumen yang diperlukan ke :

Pengarah Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera Bahagian Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Aras 7, Blok Menara, Menara UsahawanNo. 18, Persiaran Perdana, Presint 262652 Putrajaya.

Anda juga boleh menyuruh wakil iaitu broker anda untuk menghantarkan borang berkenaan ke alamat di atas.

7. Selepas 2 minggu, keputusan akan diumumkan samada anda layak untuk membeli IPO berkenaan atau tidak. Minimum pembelian unit saham adalah 1,000 unit dan tiada

Page 33: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

33 | a k h i e y

had maksima. Walaubagaimanapun, jumlah yang diluluskan adalah tertakluk kepada pihak MITI.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan cara membeli saham IPO ini, anda boleh rujuk remisier/dealer anda. Mereka akan membantu anda di dalam proses ini. Nampak macam susah, tapi bila baca balik step yang ditunjukkan di atas dan guidelines yang diberikan oleh pihak MITI, mudah sahaja caranya.

Sekiranya anda berjaya mendapatkan saham IPO ini, sila rujuk remisier/dealer anda untuk tindakan selanjutnya bagi tujuan pembayaran dan tandatangan.

IPO Astro: Patuh Shariah, halal atau tidak?

October 1, 2012 by Suzardi Maulan Leave a Comment

“Macam mana nak tahu IPO tu halal ke tidak?”

Itulah antara soalan popular hari ini.

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro Malaysia) akan disenaraikan semula di Bursa Malaysia. Syarikat ini bercadang untuk meraih modal sebanyak RM4.56b dari penyenaraian ini.

Status halal sesuatu IPO agak ‘tricky’ kerana ia tidak disahkan lagi oleh Suruhanjaya Sekuriti sehinggalah penyenaraiannya selesai dan selamat didagangkan.

Jadi, saya rumuskan panduan yang kita dapat buat (terima kasih Ustaz Adi Hanif Wafa). Untuk sebarang IPO, tidak terhad untuk IPO Astro.:

Panduan Menyemak Status Halal IPO

1. Sila dapatkan prospektus syarikat tersebut.

Hari ini prospektus dapat diperoleh secara online (muat turun fail berbentuk PDF). Jika tidak pasti sila berhubung dengan syarikat broker, jabatan ‘investor relations’ syarikat tersebut dan pihak berwajib seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

2. Jika prospektus tidak menyatakan hal patuh Shariah, maka dapat rujuk dengan syarikat broker kerana ada syarikat broker seperti BIMBSEC yang membuat semakan awal untuk perkara sedemikian.

3. Kalau masih gagal juga mendapatkan status halal IPO, maka kalian disarankan untuk tidak membelinya terlebih dahulu sehinggalah wujud keyakinan melalui pengesahan statusnya melalui Suruhanjaya Sekuriti.

Page 34: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham

34 | a k h i e y

Berita IPO Astro:

Cara Mencari Maklumat Saham IPO Pengenalan Saham Part II

January 24, 2013 by Pakdi.ne

Belajar Saham – bersama Pak Di

Cara Mencari Maklumat Saham IPO Pengenalan Saham Part II

Pakdi.net 6 Comments

Cara Mencari Maklumat Saham IPO – Siri

Page 35: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

35 | a k h i e y

IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering.

IPO merupakan saham yang ditawarkan oleh syarikat berhad kepada kepada orang ramai untuk kali pertama melalui Bursa Malaysia. Tujuan utama sesebuah syarikat mengeluarkan IPO dan menjadikannya public listed company adalah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan IPO yang akan dilancarkan, atau untuk mengkaji maklumat mengenai IPO yang terdahulu, anda boleh ikut langkah-langkah berikut.

1. Buka website Bursa Malaysia

2. Lihat di bahagian menu bar:

Listed Companies > Initial Public Offerings

Ketika artikel ini ditulis, IPO terdekat adalah China Automobile Parts Holdings Limited (Shariah compliant) di mana tarikh listing IPO ini ialah pada 30 Januari 2013.

IPO Summary

Page 36: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

36 | a k h i e y

Di bahagian ini anda dapat lihat ringkasan IPO yang akan dilancarkan pada tahun 2013, dan juga senarai IPO yang telah disenaraikan pada tahun 2012 dan 2011. Maklumat yang dikeluarkan adaah seperti offer period, harga, jumlah shares yang dikeluarkan, dan juga tarikh penyenaraian ke Bursa Malaysia.

Untuk melihat prospektus dan maklumat lanjut IPO tersebut, anda boleh klik pada nama syarikat berkenaan.

IPO Performance

Di ruangan ini, anda dapat melihat prestasi IPO yang disenaraikan dalam tempoh setahun yang lalu. Data akan dikemaskini sehari selepas trading day.

Klik pada tarikh yang anda hendak lihat.

Listing Statistics

Disini anda dapat lihat jumlah senarai IPO yang telah disenaraikan pada tahun sebelum-sebelum ini.

Page 37: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

37 | a k h i e y

Prospectus

Di sini anda dapat melihat secara ringkas prospektus syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa dan juga IPO pada tahun yang lepas. Mungkin anda tak sempat nak baca word-by-word prospektus syarikat tersebut yang disediakan dalam bentuk PDF. Jadi, ruangan ini boleh membantu anda membaca sekali lalu maklumat-maklumat yang penting sahaja.

Klik pada nama syarikat tersebut dan anda akan dapat lihat Timetable IPO. Tarikh penting yang perlu anda tahu seperti IPO Tune Ins Holdings Berhad berikut.

Page 38: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

38 | a k h i e y

Selain dari itu, apabila anda subscribe newsletter daripada mana-mana syarikat broker, mereka akan memaklumkannya melalui email. Jadi, beginilah antara cara yang ada jika anda berminat untuk melanggan / membeli sesuatu IPO.

Apa Itu Unit Trust ?

January 3, 2013 by Suzardi Maulan 3 Comments

Ada orang panggil unit amanah.

Juga dipanggil amanah saham. Saham amanah.

Bahasa Inggerisnya di Malaysia kita panggil unit trust. Kalau orang Amerika, diorang sebut mutual fund.

Apa yang penting kita faham adalah unit trust ini adalah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurus dana yang mengutip duit orang ramai (pelabur) untuk syarikat tersebut laburkan bagi pihak. Syarikat tersebut dikenali sebagai fund management company.

Pada 2011, ada 40 syarikat dan ada 604 produk unit trust. Syarikat unit trust yang paling besar di Malaysia adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Ke Mana Duit Pelabur Dilaburkan?

Majoriti dana unit trust melabur dalam tiga instrumen kewangan utama:

1. Saham (ekuiti) 2. Bon / sukuk 3. Money market

Jadi ada produk unit trust yang fokus utamanya adalah saham. Ada juga yang fokus kepada bon / sukuk. Ada juga yang fokus kepada money market. Tidak ketinggalan, yang melabur 50:50.

Ini bermakna, apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, kita melabur dalam pasaran saham. Cuma yang tolong beli bagi pihak kita adalah fund manager yang bekerja di bawah fund management company.

Pelabur -> bagi duit kepada unit trust company -> fund manager beli saham

Macam Mana Pelabur Untung?

1. Situasi apabila saham yang fund manager beli ada bagi dividen, maka kita pun selalunya dapat juga melalui distribution.

Page 39: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

39 | a k h i e y

2. Situasi apabila saham yang fund manager beli dah untung dari sudut harga, maka mereka pun jual. Untung tersebut syarikat salurkan melalui distribution.

3. Harga unit trust kita beli naik, kita kira-kira dah dapat untung. Tak perlu tunggu distribution. Kita dapat terus jual.

Unit Trust Terbaik?

Susah nak jawab soalan tu.

Walaupun pada 2012 unit trust tu menang anugerah, tak semestinya dia dapat menang lagi pada 2013. Atau unit trust tu dah menang pada 2011.

Yang utama adalah unit trust itu menepati objektif pelaburan kita dan konsisten prestasinya.

Nak Beli Macam Mana?

Setakat hari ini, pembelian online masih terhad. Kita masih perlu beli melalui ejen. Ejen yang menguruskan pembelian tersebut. Jadi kita kena cari ejen yang mewakili syarikat yang tertentu.

Bagus ke Unit Trust Ni? Ada Untung ke?

Kalau kita tahu apa yang kita buat, dapat untung.

Walaupun kita ada ejen, pastikan kita juga ada ilmu pelaburan. Kalau dapat ejen yang memang jaga klien, alhamdulillah. Jika sebaliknya?

Sehingga hari ini, kos jualan yang mencecah 7% adalah faktor utama pelaburan unit trust tak berapa nak untung. Jadi, berdoalah agar caj jualan ini turun sehingga 1% sahaja. Kalau dapat turun bawah 1% itu sangatlah bagus.

Atau pun mereka ubah struktur caj kepada performance fee. Kalau untung, mereka dapat untung. Kalau tak untung, mereka tak untung juga sama-sama dengan pelabur.

Cuma entah bila perkara itu akan terjadi.

Sementara nak tunggu caj unit trust ni turun dan seterusnya bagi kita lebih banyak duit, jom belajar main saham sendiri dulu. Lagi untung. Klik sini kalau nak tahu ceritanya.

Apa itu Exchange Traded Fund (ETF)?

February 25, 2013 by Pakdi.net 8 Comments

Page 40: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

40 | a k h i e y

“ETF?”

“Apa tu? Macam cerita ET pula.”

ETF adalah singkatan kepada Exchange Traded Fund yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia pada tahun 2005. Dana ETF yang pertama diperkenalkan di Malaysia adalah ABF Malaysia Bond Index Fund.

Bahasa mudahnya, ETF ini macam unit trust atau saham amanah yang didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham-saham lain. Ianya merupakan open-ended investment fund iaitu dana terbuka yang tidak ada tarikh luput.

Objektif utama ETF adalah untuk mendapatkan pulangan yang dapat menyamai atau menghampiri pulangan indeks penanda aras (benchmark market porfolio seperti KLCI). ETF ini diuruskan oleh fund manager yang akan kumpulkan duit daripada para pelabur dan gunakan duit tersebut untuk membeli dan menjual beberapa kaunter saham yang telah ditetapkan. Maksudnya para pelabur ETF memegang unit dana yang melabur dalam beberapa sekuriti.

Dana-dana ETF ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu equity ETF, fixed income ETF dan commodity ETF. Di dalam sesuatu dana ETF, terdapat kombinasi saham, bond atau komoditi di dalamnya. Kombinasi ini bertujuan untuk diversify aset-aset ini sekaligus mengurangkan risiko yang wujud.

Dengan melabur di dalam ETF, seperti pembelian MyETF DJIM pelabur seolah-olah membeli 25 kaunter sekaligus dengan hanya satu transaksi. Lebih murah kos yang terlibat berbanding beli 25 kaunter saham tersebut secara individu. Tidak seperti saham amanah yang lain di mana kos yang terlibat adalah jauh lebih tinggi.

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 5 dana ETF di Malaysia dan satu dana sahaja yang patuh Shariah iaitu MyETF- Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (MyETF-DJIM25) yang juga merupakan dana ETF patuh Shariah pertama di Asia. Dana ini adalah di dalam kategori dana equity ETF. Dana ini mengandungi 25 kaunter saham syarikat patuh Shariah yang besar dan terkemuka di Malaysia. Antaranya ialah Sime Darby, IOI, Digi, KL Kepong, SP Setia, UMW Holdings, Petronas Gas dan lain-lain. Boleh lihat senarai lengkap 25 syarikat yang terlibat di sini.

Apakah kelebihan melabur dalam ETF ini?

1. Tak perlu pening kepala

Kaunter yang dipilih merupakan syarikat yang besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Business moat mereka juga kuat dan kukuh (susah untuk orang lain tiru). Malah, dana ini diuruskan oleh mereka yang profesional.

Page 41: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

41 | a k h i e y

2. Kos pengurusan yang rendah

ETF sama sahaja konsepnya dengan saham amanah yang lain. Diuruskan oleh fund manager dan dikenakan yuran pengurusan bawah dari 1%. Berbanding dengan saham amanah lain yang dijual melalui ejen-ejen, kos yang dikenakan adalah 5-7 %.

3. Mudah berjual beli

Urusan jual beli ETF ini adalah sama sahaja prosesnya dengan jual beli saham yang lain. Sekarang dah ada online platform, anda boleh terus key-in order dari komputer anda. Tak perlu nak berjumpa ejen untuk beli saham amanah ini.

4. Diversify

Boleh mengurangkan risiko berbanding beli 25 kaunter saham yang terbabit secara individu.

Untuk bacaan lanjut mengenai ETF boleh klik di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai MyETF Dow Jones Islamic, boleh klik di sini

Apa itu Real Estate Investment Trust (REIT)?

February 6, 2013 by Pakdi.net 3 Comments

Jom beli hartanah melalui Bursa Malaysia.

Ha? Beli hartanah? Bursa Malaysia?

Ya, melalui Real Estate Investment Trust (REIT).

REIT merupakan instrumen pelaburan yang diperkenalkan pada tahun 2005. REIT merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah dan didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham syarikat awam. Duit yang dikumpul dari para pelabur akan diuruskan oleh pengurus dana dengan membeli, menyewakan, dan menjual hartanah yang diuruskan.

Kalau syarikat awam yang lain, keuntungan yang diperolehi adalah melalui perniagaan yang dijalankan, samada mereka menjual produk atau perkhidmatan. REIT pula keuntungannya datang daripada sewaan (rental) atau hasil jualan hartanah yang dimiliki.

Page 42: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

42 | a k h i e y

REIT terlibat dalam pelaburan hartanah yang berskala besar seperti bangunan pejabat, hotel plantation, hospital, shopping complex, dan lain-lain lagi. Nilai hartanah sebegini bernilai jutaan ringgit dan pelabur runcit seperti kita pasti tidak mampu untuk terlibat dalam pelaburan jenis ini.

Melalui REIT, kita boleh membeli sebahagian (fraction) daripada nilai hartanah tersebut. Mungkin kita beli pasu bunganya sahaja seperti video di bawah. Hoho :

Baca lanjut mengenai Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di sini.

Sehingga artikel ini ditulis, di Malaysia terdapat 16 REITs dan hanya 3 daripadanya yang patuh Syariah. Patuh Syariah bermaksud REIT tesebut hanya melabur dalam premis yang tidak terlibat denga perniagaan yang haram.

1. Al-’Aqar Healthcare REIT (5116) 2. AXIS REIT (5106) 3. Al-Hadharah Boustead REIT (5124)

Apakah kelebihan melabur dalam REIT?

REIT berbeza kerana REIT hanya melabur dalam hartanah sahaja. Oleh sebab itu, harga saham REIT ini tidak begitu fluctuate (tidak naik atau turun terlalu cepat) dan lebih stabil berbanding dengan jenis saham yang lain. Nilai REIT juga bergantung kepada pasaran hartanah semasa. Jika harga sewa semakin tinggi, maka keuntungan yang dijana oleh syarikat REIT ini juga turut akan meningkat.

Selain itu, dividen yang diberikan oleh REIT adalah tinggi iaitu dalam julat 3% – 9% (average 5% – 7%) dan dibayar 2-4 kali setahun . Lihat pada graf di bawah, “D” menunjukkan tarikh dividen dibayar.

Al-Hadharah Boustead REIT (2x setahun)

Page 43: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

43 | a k h i e y

Axis REIT (4x setahun)

Macam-macam sebenarnya peluang pelaburan di Malaysia ini.

Sila ke website Bursa Malaysia untuk membaca lebih lanjut mengenai REIT

Main Saham Cara Contra Trading ? – Siri Pengenalan Saham Part V

February 12, 2013 by Pakdi.net 7 Comments

“Jom main contra trading, cepat untung!”

“Contra? Game Contra aku tahu lah.”

Bagi mereka yang terlibat dalam pasaran saham, istilah ini mungkin sudah biasa anda temui. Ada yang menyokong teknik ini dan ada juga yang tidak menyokong pendekatan sebegini digunakan.

Dari sudut hukum Shariah pun, para ilmuwan kita berbeza pandangan.

Bahasa mudahnya ialah kita trade tanpa menggunakan modal kita sendiri. Kita guna dahulu duit daripada broker dan perlu selesaikannya transaksi tersebut dalam tempoh T+3. Sekiranya kita close transaksi tersebut dalam keadaan kita untung, maka kita tidak perlu membayar apa-apa kepada pihak broker, malah mereka yang akan masukkan jumlah keuntungan yang kita perolehi ke dalam akaun kita.

Contohnya :

Page 44: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

44 | a k h i e y

Nasharuddin (bukan nama sebenar) telah membeli 10 lot saham ABCD Berhad dengan harga RM0.50 dengan kos RM500. Disebabkan beliau menggunakan teknik contra trading, bayaran kos tersebut tidak perlu dijelaskan lagi. Sebelum tamat tempoh T+3, harga saham tersebut telah naik sehingga RM1 dan Nasharuddin membuat keputusan untuk menjual kesemua saham-sahamnya. Beliau telah untung kasar sebanyak RM500 dan keuntungan tersebut telah dimasukkan oleh pihak broker ke dalam akaun trading beliau.

Faham kan?

Satu sen pun tak guna duit kita sendiri. Itu kalau harga tengah naik, kalau harga jatuh?

Situasi yang sama, tetapi kali ini harga saham telah jatuh sehingga RM0.25. Apa pilihan yang ada pada Nasharuddin?

1. Sekiranya tidak sempat jual semula dalam tempoh T+3, beliau perlu membayar penuh jumlah saham yang dibeli iaitu sebanyak RM500. Tapi nilai yang tinggal sekarang hanyalah RM250 kerana harga telah jatuh sehingga RM0.25 seunit.

2. Jual sebelum tamat tempoh T+3 dan hanya perlu membayar jumlah kerugian sahaja iaitu RM250.

3. Sekiranya beliau masih belum menjual saham-sahamnya walaupun tempoh T+3 telah tamat, pihak broker berhak melakukan force selling padaT+4. Pihak broker akan menjual saham-saham tersebut pada market price.

Contra trading ini nampak macam menarik dan mudah. Easy money sebab tak guna duit sendiri.

Tetapi teknik berisiko sebab kita main saham walaupun tak ada duit yang mencukupi dalam akaun. Kalau untung, memang seronok. Kalau rugi? Jenuh nak mencekau duit nak bayar. Jadi kalau nak buat, pastikan kita ada sediakan duit lebih if anything goes wrong.

Yang sebaik-baiknya adalah melabur dengan duit sendiri. Gunakan duit lebihan sahaja . Bak kata orang putih , “Use the money that you are willing to lose“.

Boleh ke Pelajar, Mahasiswa Main, Melabur Saham?

December 18, 2012 by Suzardi Maulan 7 Comments

Page 45: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

45 | a k h i e y

Tahniah.

Kepada para pembaca blog saya yang masih bergelar pelajar, mahasiswa dan berminat untuk melabur saham di Bursa Malaysia.

Saya juga mula berminat dalam pelaburan sejak masih di universiti lagi. (Oh, ya saya tidak ambil finance semasa di universiti. Jadi pengetahuan saya bukan datang dari bilik kuliah.)

Saya bermula dengan menjadi kuli di syarikat orang lain dulu untuk belajar dari kosong… kosong… kosong… [ikut style lagu Najwa Latif].

Soalan yang sering saya terima adalah:

Saya masih pelajar, adakah saya boleh terlibat dalam pelaburan saham?

Jawapannya straight to the point.

Boleh. Asalkan cukup modal lebih kurang RM 3,000.

Dan memetik kata-kata abangensem yang saya sangat-sangat bersetuju:

“Korang cuma boleh main saham guna duit yang korang TAK NAK PAKAI”

Ops, saya terdengar lagi suara…

Tapi saya masih belajar, saya takde duit.

Maka sila berniaga dan kumpul modal seawal mungkin. Bagaimana? Rujuk artikel Mahasiswa, Pelajar & Urus Duit.

Page 46: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

46 | a k h i e y

Ada duit, dapat main saham. Tiada duit, kumpul duit dulu.

Jangan meminjam! Pakai duit sendiri untuk bermula.

Bak kata Kak Ros, “Kalau kau pinjam duit tu bukannya duit engkau, tu duit orang lain.”

Jadi, kepada para pembaca yang telah bersedia untuk melabur saham di Bursa Malaysia, sila pastikan kita telah mempunyai ilmu pelaburan untuk bermula.

Pelaburan Saham vs Pelaburan Hartanah

October 31, 2012 by Suzardi Maulan 7 Comments

Saham atau hartanah?

Epal atau nenas?

Tiada yang sempurna. Setiap satu ada kelemahan dan kekuatan. Berikut saya senaraikan 5 perkara yang menjadi perbezaan utama antara pelaburan saham dan pelaburan hartanah.

1. Mudah

Beli saham adalah lebih mudah dari beli hartanah.

Tiada isu CTOS, CCRIS. Bayar RM 10 untuk buka akaun CDS, letak sejumlah modal dalam share trading account. Selesai proses tersebut, login online platform dan letak order buy.

Harga saham sama satu Malaysia. Dari Perlis sampailah ke Sabah.

Dalam bahasa teknikalnya kita kata pasaran saham lebih efisyen. Maka kos menjadi lebih rendah. (Bayangkan kos guaman untuk beli hartanah). Dalam pasaran hartanah, sukar untuk kita tahu apakah harga terakhir / harga semasa sesuatu hartanah. Saham, lihat sahaja harga saham terakhir ‘done‘

Namun, dalam kesukaran membeli hartanah ada peluang yang besar.

2. Cepat Jual Beli

Liquidity.

Page 47: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

47 | a k h i e y

Beli saham bila tengok dah untung, login online platform, letak sell market order.

1,2,3… order filled.

Namun, masalah bila cepat dapat berjual beli kita pun jadi terlebih tamak. Untung sekali dah rasa hebat sangat dah. Cepat-cepat beli yang lain pula. Tapi kali ni rugi pula. Tepuk dahi.

Proses jual beli hartanah memang lambat. Tetapi pelaburan hartanah dapat mengawal ‘rasa tamak’ yang ada dalam diri kita dengan lebih baik.

3. Other’s People Time vs Other’s People Money

Beli saham bermaksud kita membeli sebahagian dari bisnes.

Jadi kalau tidak ada masa buat bisnes sendiri dari bawah, kita tengok syarikat-syarikat yang berkualiti di Bursa Malaysia dan kita beli sebahagian sahamnya. Sebagai pemilik syarikat, kita mempunyai CEO dan para pengurus kanan yang merupakan orang yang hebat-hebat belaka. Gunakan kepakaran mereka untuk menguruskan syarikat kita dengan lebih baik seterusnya menaikkan harga saham yang kita beli.

Pelaburan hartanah, kita adalah CEO-nya. Kita kena tahu taktik mengenal pasti perangai penyewa misalnya. Tapi bank lebih mudah nak beri hutang untuk beli rumah berbanding beli saham. Gaji cuma RM 3,000 tapi bank dapat beri kita sehingga 90% dari harga rumah yang kita mahu. Pelaburan saham mana nak dapat kemudahan tu?

4. Had Modal

Andaikan kita mempunyai RM 1 juta tunai.

Selepas kita membuat analisa syarikat, kita berminat beli saham syarikat Gula-Gula Getah Bhd. Tiada masalah untuk beli pemilikan saham bernilai RM 1 juta. Kita perhatikan syarikat tersebut baik-baik.

Manakala dalam pelaburan hartanah, andaikan rumah yang sangat bagus untuk dibeli harganya adalah RM 250,000. Jadi, kita masih ada RM 750,000 lagi untuk dilaburkan. Kalau banyak hartanah yang menarik mudah, tapi jika tidak?

Jadi jika kita dah membuat penyelidikan hartanah secukupnya dan menjumpai lubuk yang sesuai, kombinasi OPM membolehkan RM 1 juta digunakan untuk membeli hartanah yang barangkali bernilai RM 5 juta kesemuanya.

5. Tak Kena Tipu

Pasaran saham dikawal selia dengan ketat.

Page 48: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

48 | a k h i e y

Maka penipuan pelaburan saham sukar dilakukan. Banyak pihak yang memantau. Kalau orang tu kata dia bukan syarikat Malaysia, maka sila semak dengan pasaran saham negara yang kununnya syarikat tersebut didaftarkan. Pasaran saham satu dunia mempunyai standard kawal selia yang hampir sama.

Pelaburan hartanah pula tiada kawalan.

Ya benar, terdedah kepada penipuan seperti hartanah tiada geran, hartanah tu bukan “penjual” punya atau projek terbengkalai. Namun disebalik tiada kawalan itu, sekali lagi wujud peluang yang besar.

Misalnya, ramai orang dapat berpakat mewujudkan kerjasama pelaburan hartanah. Namun untuk pelaburan saham, nak kutip modal dari orang ramai untuk tolong laburkan bagi pihak mereka sila lulus peperiksaan tertentu dan dapatkan lesen terlebih dahulu. Walaupun kita tak menipu, kita masih dapat kena tangkap sebab isu kawal selia yang ketat ini.

Jadi, apa pilihan kita?

Cara Simple Main Saham

October 29, 2010 by Suzardi Maulan 38 Comments

Sila rujuk post terdahulu yang bertajuk pelabur defensif. Strategi main saham macam formasi bola 4-5-1. Cara ini tidak menjadikan untung kita cemerlang, tetapi strategi untuk dapat untung yang amat baik.

Kalau tuan pun dahulu sekolah Arab, maka grednya adalah Jayyid Jiddan. Ya, ini bukan strategi untuk dapatkan gred Mumtaz kerana untuk dapat gred Mumtaz kita perlu jadi pelabur yang guna formasi yang lebih attacking atau pun istilah yang lebih tepat, enterprising investor.

Menjadi seorang entreprising investor, kita kena belajar lebih dari ini. Kita perlu tahu kaedah fundamental seperti kemahiran membaca penyata kewangan syarikat dan juga memahami dengan baik prinsip asas bisnes.

Kaedah yang saya tunjukkan kepada tuan puan adalah kaedah indexing. Beli kaunter saham yang dijadikan sebagai indeks saham.

Apa itu Indeks ?

Hari-hari berita melaporkan indeks FTSE KLCI turun naik. Indeks ini melaporkan pergerakan saham secara keseluruhan. Indeks tidak menggambarkan secara khusus turun naik sesuatu kaunter. Jadi, walaupun indeks FTSE KLCI naik misalnya, saham kita boleh jadi untung, rugi atau tidak berubah.

Page 49: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

49 | a k h i e y

Tuan puan boleh tengok balik kaunter-kaunter saham yang dibeli secara virtual itu dalam gambarajah yang disediakan, ada yang untung ada yang rugi tetapi secara keseluruhannya untung kerana indeks FTSE Hijrah naik (salah satu indeks Shariah untuk Bursa Malaysia dan kaedah yang saya guna pakai untuk indexing kali ini).

Bursa Malaysia hari ini menggunakan kaedah FTSE. Ada pelbagai indeks yang ada. Seperti FTSE KLCI, manakala untuk indeks patuh Shariah adalah Indeks Emas Shariah dan Indeks Hijrah Shariah. Jadi, kaunter-kaunter terpilih akan dikira untuk membentuk indeks-indeks ini.

Kebaikan Melabur Indeks

1. Mudah nak ikut pergerakan pasaran

Memandangkan kita beli indeks, maka hari-hari berita akan melaporkan turun naik indeks. Jadi, kita tak perlu pening kepala nak tahu turun naik portfolio kita hari-hari. Kalau tuan puan beli 20 kaunter saham, kan pening nak tengok hari-hari sekiranya kita bekerja dalam bidang lain?

2. Indeks menggambarkan ekonomi secara keseluruhan

Indeks saham adalah leading economy indicator. Kalau kita yakin dengan masa depan ekonomi negara misalnya, maka lebih mudah kita melabur dengan indeks. Kita tidak perlu teka misalnya sektor mana yang akan untung lebih tahun ini sebab indeks saham yang umum akan memasukkan semua syarikat-syarikat yang utama dari pelbagai sektor.

Jadi, kita takkan terlepas untung yang dibuat oleh syarikat yang utama dalam negara kita seperti TM, Digi, Maxis, Tenaga dan seterusnya. Kalau pun syarikat ini bankrap, akan ada syarikat lain yang dikira menjadi indeks.

3. Pengurusan Portfolio yang Pasif

Memandangkan syarikat yang masuk senarai indeks adalah syarikat yang berkualiti, maka kita tidak perlu selalu sangat jual beli saham yang mana komisen jual beli yang dibayar kepada broker akan makan untung kita.

Jadi kita hanya berjual beli ketika perlu sahaja. Tidak perlu tengok online statement hari-hari. Kita semua bukan kerja dalam syarikat pelaburan saham yang memang dibayar untuk melihat semua itu hari-hari.

Maka kita boleh jimat banyak kos dalam hal ini.

4. Syarikat Berkualiti Bagi Dividen

Page 50: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

50 | a k h i e y

Syarikat berkualiti sahaja akan masuk indeks saham. Syarikat berkualiti adalah syarikat yang dapat untung besar dan beri dividen yang hensem kepada semua pemegang saham mereka.

Tidak mahu ke?

5. Kita akan sentiasa bersama Mr Market, untung dan rugi

Dalam laporan Pakdi-net 2010, saya telah bercerita kepada tuan puan mengenai Mr Market. Mr Market adalah rakan kita dan bukan musuh kita. Kalau kita tidak tahu cara yang betul untuk lebih untung dari Mr Market, maka kita ikut sahaja apa yang Mr Market buat iaitu beli indeks!

Ya, kita pasti rugi kalau pasaran saham jatuh teruk.

Tetapi apa yang lebih penting, kita pasti untung kalau pasaran saham menaik.

Situasi kita? Pasaran saham turun atau naik, kita rugi dalam kedua-dua keadaan.

Pelaburan Indeks Alternatif ASB

Berikut adalah apa yang berlaku selepas sebulan. Saya tidak perlu lihat online statement setiap hari melainkan cuma mendengar / membaca laporan indeks yang hari-hari ada dalam akhbar. Saya beli sekali, goyang kaki dan buat adjustment sekali sekali sekiranya perlu.

Memandangkan sebulan ini (Oktober 2010) pasaran saham naik, maka portfolio saya pun naik dalam 3% ++ . Sekiranya, pasaran jatuh maka portfolio saya pasti jatuh tetapi dividen tetap dapat juga kerana bisnes syarikat-syarikat ini tidak digambarkan sepenuhnya dalam pasaran saham.

Page 51: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

51 | a k h i e y

Bagi saya, ini adalah alternatif terbaik untuk ASB. Alternatif ASB (kepada yang memegang hukum haram) bukanlah dana saham amanah Islam yang bersifat growth, aggresive, balanced dan sebagainya yang menyebabkan kita mengambil risiko yang tidak perlu, tetapi alternatifnya adalah Shariah index fund, iaitu portfolio saham patuh Shariah yang kita cipta sendiri atau beli dari syarikat saham amanah yang menawarkan index fund.

Jika Tuan Berpegang ASB Haram: Inilah Alternatif Terbaik

April 24, 2012 by Suzardi Maulan 11 Comments

Berita baik.

Khusus kepada tuan puan yang berpegang ASB itu haram.

Atau mungkin tak yakin dengan fatwa yang kata harus tu.

Sisi pandang fiqh pengurusan kewangan, kita kena tahu alternatif ASB yang paling sesuai dan bukan main beli sahaja mana-mana produk unit trust patuh Shariah.

Asal halal je alternatif ASB.

Page 52: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

52 | a k h i e y

Asal produk tu ada kelulusan Majlis Pengawasan Shariah (MPS) je alternatif ASB.

Tidak bijak wang kalau begitu.

Macam nasihat untuk orang nak ada badan ketul-ketul. “Alah, kau makan sate je. Kan halal.” “Maka lontong je pagi-pagi, halal.”

Betul lah sate, lontong tu halal, tapi diet itu sesuai ke untuk orang nak ada badan ketul-ketul?

Jadi, saya ulang semula kata-kata yang menyebut, “Alah, kan banyak unit trust patuh Shariah, alternatif lah tu.” Dari sudut hukum ia betul, tapi dari sudut bijak wang ia tidak tepat.

Maka, saya mencadangkan strategi indeks sebagai ganti ASB. Apa itu strategi indeks? Sila klik link di bawah untuk membaca:

Arkib Pakdi.net: Strategi Indeks

Sementara tu, boleh lihat carta berikut:

MYETF Dow Jones Islamic Malaysia Titans 25. Modalnya rendah. Cuma takkan nak beli satu lot (RM 104) je?

Page 53: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

53 | a k h i e y

Satu-satunya unit trust patuh Shariah berdasarkan Syariah Index di Malaysia. Baik untuk pelaburan KWSP.

Kalau ada modal besar, boleh buat sendiri indeks tu.

Page 54: Belajar Saham Bersama - Pak Di

Belajar Saham – bersama Pak Di

54 | a k h i e y

Tak perlu gaduh-gaduh pasal ASB dah.

Pelaburan Yang Lebih Untung Dari ASB Pada 2012

January 1, 2013 by Suzardi Maulan 16 Comments

Menurut Warren Buffett, seorang pelabur biasa-biasa (yang tidak mempunyai masa & kemahiran untuk membuat analisis saham sendiri) adalah lebih baik membeli indeks fund sahaja.

Manakala di Malaysia, pelabur biasa mempunyai peluang lebih baik kerana kita mempunyai pilihan untuk meletakkan duit kita dalam Amanah Saham Bumiputera mahupun Tabung Haji. Kalau tiada ilmu pelaburan sekalipun, ASB misalnya memberikan dividen & bonus sebanyak 8.9% untuk tahun 2012.

Untuk 2012, pelaburan yang berkaitan syarikat saham indeks dapat memberikan pulangan yang lebih baik dari ASB.

i) FBM KLCI – 10.34% (capital gain)

ii) FBM Shariah Index – 12.43% (capital gain)

iii) MAAKL Shariah Index – 14.83% (belum tolak kos jual beli)

iv) MYETF Dow Jones Islamic Index – 13.13% (capital gain) + 2.72 % (dividen).