bedah buku : politik baru - mematangkan demokrasi malaysia

Upload: gptd-unisel

Post on 04-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Bedah Buku : Politik Baru - Mematangkan Demokrasi Malaysia

    1/3

    #Bedah Buku | Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)

    Judul : Politik Baru Mematangkan Demokrasi Malaysia

    Penulis : Saifuddin Abdullah

    Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) 2008

    Cetakan : Cetakan Kedua 2009

    ISBN : 978-983-068-328-7

    Halaman : 90

    Ada keperluan mendesak untuk mengadakan pemikiran semula tentang amalan politik. Ini

    disebabkan kematangan politik demokrasi di Malaysia masih ada jalur politik wang, rasuah,

    kronisme, nepotisme, fitnah. Justeru, usaha mewujudkan amalan politik baru yang membawa

    arus integriti politik dengan makna politik perjuangan sebenar adalah wajar. Penulis

    memperkenalkan tiga sendi utama di dalam integriti politik iaitu idealisme, aktivisme dan

    intelektualisme. Jika ini dapat digarap, maka Idealisme Politik yang menjanjikan sebuah negara

    ibarat sebuah taman yang nyaman akan dapat direalisasikan.

    Dalam pelaksanaan integriti politik, ianya mesti merangkumi tiga sendi di dalam Idealisme

    Politik iaitu politik ilmu dan bukan politik ampu; politik hikmah dan bukan politik fitnah serta

    politik bakti dan bukan politik undi. Ini penting kerana idealisme merujuk kepada prinsip

    fundamental yang berasaskan kepada dua komponen. Pertama : cinta kepada nilai kebenaran,

    keadilan, mulia dan murni. Kedua : benci kepada kepalsuan, kezaliman dan huru-hara. Inilah

    yang dikatakan sebagai amalan politik baru, politik perjuangan. Dari perspektif kepemimpinan

    pula, integriti politik melahirkan ciri pemimpin yang berwawasan, kuasai tindakan dan membina

    jaringan kerjasama.

    Selain itu, amalan politik baru juga haruslah meliputi kerangka governans baru (pengurusan

    negara yang lebih segar daripada apa yang ada sekarang). Governans baru tidak lagi terlalu

    berorientasikan kerajaan/politik tetapi melibatkan tiga entiti iaitu kerajaan/politik, perniagaan

    dan masyarakat madani sebagai rakan pembangunan dalam kedudukan yang sama. Ini penting

    kerana kita tidak mahu lagi demokrasi hanya signifikan kepada pilihanraya sahaja.

    Model yang telah dilaksanakan di peringkat kebangsaan adalah Majlis Perundingan Belia

    Negara, Majlis Perundingan Ekonomi Negara dan Majlis Teknologi Maklumat Negara telah

  • 7/29/2019 Bedah Buku : Politik Baru - Mematangkan Demokrasi Malaysia

    2/3

    menterjemahkan kerangka governans baru. Jika penghayatan terhadap semangat dan inspirasi

    governans baru dengan idealisme digarap bersama. Maka kecintaan terhadap kebenaran, keadilan

    dan keharmonian sudah pasti dapat dirasakan. Malah kebencian kepada kepalsuan, kezaliman

    dan kehuru-haraan dapat diterjemahkan dalam konteks mencegak kemungkaraan sejajar dengan

    ajaran Islam.

    Kritikan terhadap pelaku politik yang mempunyai sikap tidak menghayati budaya ilmu, kalau

    ada pun sekadar menganjurkan program keilmuan dengan terlalu banyak masa, tenaga dan dana

    digunakan untuk acara perasmian yang kerusi baris depannya sering dipenuhi mereka yang tidak

    begitu berminat dengan ilmu tetapi sekadar menunjuk muka kepada sang pembesar negeri atau

    negara. Selepas acara rasmi dan pembesar beredar maka yang tinggal hanya mereka serius

    dengan keilmuan. Malah pembesar mengambil kesempatan untuk berkempen dan mengangkat

    peranan sendiri sambil menemplak lawan politiknya dengan nada sindiran.

    Buku ini menegaskan tentang Politik Ilmu dengan memetik gagasan Wan Mohd Nor Wan Daud

    dalam bukunyaBudaya Ilmu. Terdapat tiga prinsip politik ilmu. Pertama : meletakkan politikusberilmu di tempat paling tinggi melalui pemilihan dan diberi jawatan dalam kerajaan. Kedua :

    Politikus kena terus menuntut ilmu termasuk membaca dan menulis serta membangunkan

    program ilmu. Ketiga : setiap keputusan dan tindakan politikus berdasarkan penyelidikan dan

    pembangunan (R&D). Mengambil contoh Prof Universiti Harvard, Robert B. Reich telah

    dilantikan sebagai Setiausaha Parti Buruh semasa Bill Clinton menjadi Presiden dan masalah

    kadar pengangguran dapat diturunkan dengan rekod paling baik dalam sejarah AS moden.

    Dibincangkan juga idea Politik Hikmah yang berteraskan kearifan ilmu dan kebijaksaan dalam

    berpolitik tanpa rasa perlu gelojoh dan gila kuasa. Malah tidak bijaksana jika terlalu partisan

    sehinggakan kelabu kebenaran dan hanya mahukan kemenangan. Oleh itu penting juga untukmenolak politik yang terlalu partisan kerana ia akan mencari persefahaman dan tidak akan

    berlawan. Garis bawah politik hikmah adalah memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat,

    maka politikus terbabit akan bersedia untuk menjadi kawan. Kehebatan seorang panglima itu

    tidak bergantung kepada berapa banyak kepala musuh yang dipenggalnya, tetapi berapa banyak

    musuhnya menjadi kawannya

    Sisi Politik Bakti pula mengajak pembaca untuk merenung amalan politik yang diingini oleh

    rakyat adalah, wakil rakyat yang sentiasa berbakti setiap masa bukan sekadar berkokok semasa

    pilihanraya sahaja. Jika ini berlaku maka berlakukan sindrom Politik Undi. Kebiasaan calon

    wakil rakyat yang sering menabur janji dengan manifesto yang indah. Tetapi kurang bertindakselepas berjaya memenangi kerusinya. Politikus yang berjiwa besar menggunakan undi untuk

    membolehkannya berbakti kepada rakyat. Selepas mendapat undi, baktinya luar biasa. Bagi

    mengelakkan perkara ini berlaku, setiap ahli parlimen perlu menyediakan Kad Laporan dan

    Penilaian Prestasi. Sesuatu perkembangan yang menarik dan baik.

  • 7/29/2019 Bedah Buku : Politik Baru - Mematangkan Demokrasi Malaysia

    3/3

    Kritikan dan lontaran dalam buku ini boleh dikembangluaskan kepada sisi politik kampus,

    politik perniagaan dan politik organisasi. Aspirasi politik lama telah terlalu lama dan selesa

    berada di dalam kepompongnya sendiri. Kita perlukan anjakan paradigma dan iltizam untuk

    melakukan transformasi di dalam amalan politik lama. Sudah sampai masanya, kesedaran ini

    dirimbunkan sehingga kelapisan kepemimpinan dan mengakar ke akar umbi sebagai nadi

    penggerak (kepengikutan) yang dapat memahami makna-makna penting integriti politik, politik

    perjuangan dan idealisme politik. Jika Kepemimpinan-Kepengikutan mampu membudayakan

    Politik Ilmu, Politik Hikmah dan Politik Bakti, usaha merealisasikan governan baru adalah tidak

    mustahil.

    Biodata Saifuddin Abdullah Beliau ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Mantan

    Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi dan Ahli Parlimen Temerloh. Sebelum

    ini, pernah beliau ialah Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Timbalan Presiden

    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau merupakan bekas Ahli PanelTertinggi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Pekerjaan bagi Belia

    & Perunding Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik (ESCAP).

    ABU IRSYAD

    Bestari Jaya

    26 Februari 2013