budaya politik matang - bpms.mybpms.my/wp/.../08/...politik-matang-dan-sejahtera.pdf · politik dan...

26
PAS Menerajui Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Oleh : Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat Muqaddimah. 1. Transformasi imej yang sedang diolah oleh PAS bagi mendepani cabaran perjuangan dan persekitaran politik semasa hari ini telah mula menarik perhatian umum. Banyak maklum balas telah kami terima untuk menambah baik dan mengemaskini agenda pemerkasaan parti dan transformasi imej. PAS menyambut mesra pelbagai pandangan dan saranan, sementara itu PAS terus memacu perjuangan dengan membudayakan politik matang dan sejahtera dalam semua gerakkerja dan pendekatannya. Definisi Budaya Politik Matang dan Sejahtera 2. Sebuah budaya berpolitik yang berasaskan kepada i - kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan, ii - berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, iii - sesuai dengan realiti masyarakat, iv - dan bermatlamatkan : * kesejahteraan rakyat, * kemakmuran negara dan * keredhaan Allah swt. Sikap PAS terhadap Assaabiquunal Awwalun 3. Terdapat pandangan sinis dilemparkan kepada PAS kononnya hari ini baru nak matang ? apakah orang terdahulu tidak matang ? apakah usaha pimpinan terdahulu tidak betul ? 4. Transformasi imej ini adalah tindakan dan pendekatan semasa PAS mendepani cabaran. Ia bukan satu tindakan untuk menafikan apa yang dilakukan oleh mereka terdahulu. Sebaliknya pendekatan dan tindakan pimpinan atau generasi terdahulu adalah terbaik dan sesuai pada zaman mereka. Semoga Allah swt melimpahkan ganjaran sewajarnya atas usaha mereka memperjuang dan mempertahankan Islam bersama PAS, jua diampunkan segala kesalahan mereka terdahulu. Muka Surat 1

Upload: dangdieu

Post on 01-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PAS Menerajui Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Oleh : Nasrudin bin HassanKetua Penerangan PAS Pusat

Muqaddimah.

1. Transformasi imej yang sedang diolah oleh PAS bagi mendepani cabaran perjuangan dan persekitaran politik semasa hari ini telah mula menarik perhatian umum. Banyak maklum balas telah kami terima untuk menambah baik dan mengemaskini agenda pemerkasaan parti dan transformasi imej. PAS menyambut mesra pelbagai pandangan dan saranan, sementara itu PAS terus memacu perjuangan dengan membudayakan politik matang dan sejahtera dalam semua gerakkerja dan pendekatannya.

Definisi Budaya Politik Matang dan Sejahtera

2. Sebuah budaya berpolitik yang berasaskan kepada

i - kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan, ii - berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, iii - sesuai dengan realiti masyarakat, iv - dan bermatlamatkan :* kesejahteraan rakyat, * kemakmuran negara dan * keredhaan Allah swt.

Sikap PAS terhadap Assaabiquunal Awwalun

3. Terdapat pandangan sinis dilemparkan kepada PAS kononnya hari ini baru nak matang ? apakah orang terdahulu tidak matang ? apakah usaha pimpinan terdahulu tidak betul ?

4. Transformasi imej ini adalah tindakan dan pendekatan semasa PAS mendepani cabaran. Ia bukan satu tindakan untuk menafikan apa yang dilakukan oleh mereka terdahulu. Sebaliknya pendekatan dan tindakan pimpinan atau generasi terdahulu adalah terbaik dan sesuai pada zaman mereka. Semoga Allah swt melimpahkan ganjaran sewajarnya atas usaha mereka memperjuang dan mempertahankan Islam bersama PAS, jua diampunkan segala kesalahan mereka terdahulu.

Muka Surat 1

5. Islam mengajar kita menghiasi diri dengan akhlak terhadap generasi terdahulu. Firman Allah swt :

يمان وال تجعل في خواننا الذين سبقونا باإل والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا وإلقلوبنا غال للذين آمنوا ربنا إنك رءوف رحيم

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

Surah Al Hasyr : 10

Muwaajahah Silmiyah (Pendekatan Secara Aman)

6. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan mengambil ruang demokrasi untuk menyampaikan dakwah Islam serta mendaulatkan syariat di bumi Malaysia ini. PAS tidak memilih gerakan revolusi atau gerakan subversif sebaliknya PAS mengambil pendekatan secara aman dan damai untuk menjana kemenangan dalam pilihanraya bagi memiliki kuasa politik ke arah merealisasikan perubahan pada dasar dan sistem negara.

7. Strategi umum Muwajahah Silmiyah untuk memenangi pilihanraya ialah terhenti diatas dua nokhtah.

Pertama : Memenangi hati rakyat bahawa PAS parti yang terbaik

Kedua : Meyakinkan rakyat bahawa PAS mampu memerintah.

8. Justeru itu, kematangan dan kesejahteraan politik yang dipersembahkan oleh PAS untuk menjayakan strategi umum Muwajahah Silmiyah tersebut adalah dengan mempraktiskan wahyu Allah swt :

Muka Surat 2

وا من حولك فاعف عنهم فبما رحمة من اهلل لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب النفضلني ل على اهلل إن اهلل يحب املتوك واستغفر لهم وشاورهم في األمر فإذا عزمت فتوك

Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lunak terhadap mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Surah Aali Imran : 159

9. Hayati sifat dan sikap yang digariskan oleh Allah swt dalam ayat di atas.

Politik itu kotor ?

10. Kita biasa dengar orang berkata politik itu kotor. Malah mereka tidak percaya kepada ahli politik. Walhal, yang kotor itu ialah sebahagian ahli politik kerana mereka gagal berpolitik berasaskan akhlak Islami, ataupun mereka mewarisi subjek politik peninggalan penjajah yang nyata terpisah dari nilai dan didikan wahyu Allah swt.

11. Tentu sahaja politik warisan penjajah adalah berteraskan politik penaklukan, permusuhan, peperangan, perebutan kuasa, bolot kekayaan yang kemudiannya menelurkan budaya politik perkauman, politik fitnah, politik emosi tanpa kawal, politik kebencian, politik retorik, politik persepsi, politik menghalalkan cara, politik syak wasangka, politik kemasyhuran, politik keras kepala, politik angkuh dan 1001 jenis politik negatif yang mempalit stigma "politik itu kotor".

Anjakan Budaya Politik Negara

12. Kini PAS sedang mengorak langkah untuk menerajui anjakan budaya politik negara, daripada politik konvensional tinggalan penjajah kepada meletakkan prinsip politik Islam berteraskan panduan Al Quran dan Hadis Nabi saw. Langkah ini adalah membersihkan politik negara dari budaya negatif dan digantikan dengan budaya politik yang matang dan menepati syara'.

Muka Surat 3

13. Negara perlu anjakan budaya politik ini demi pembinaan tamadun atau peradaban yang hebat pada masa depan. PAS mengambil tanggungjawab ini dengan penuh sedar bahawa negara tercinta ini memerlukan perubahan yang total dan optimis bahawa ia boleh dilakukan dengan baik dan berkesan di bawah sinar petunjuk wahyu Allah swt dan sunnah nabiNya saw.

Realiti Budaya Masyarakat Malaysia

14. Menganalisa kedudukan sosio budaya masyarakat Malaysia, kita dapati secara umumnya ia terbentuk dengan sifat lemah lembut dan sopan santun, sesuai dengan sejarah kemasukan Islam dan kemerdekaan negara.15. Justeru itu, rata - rata rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya ini mulai bosan serta jemu dengan karenah dan budaya politik yang agerasif, kasar, kesat, fitnah, adu domba dan akhirnya membawa kepada perpecahan serta benci membenci antara satu sama lain.

16. Ternyata negara sangat memerlukan anjakan budaya politik kepada yang lebih matang, sejahtera, bertanggungjawab dan harmonis. PAS sebagai sebuah parti politik Islam sangat memahami realiti ini lantas segera memposisikan diri untuk menerajui budaya politik matang dan sejahtera. Pendekatan ini adalah lebih sesuai bagi PAS sebagai sebuah gerakan tarbiyah, dakwah dan siasah serta dalam masa yang sama, pendekatan ini lebih dekat di hati masyarakat.

Kepentingan Budaya Politik Matang dan Sejahtera

17. Terlalu banyak kepentingan yang boleh diraih melalui amalan budaya politik matang dan sejahtera. Paling menonjol ialah :

a : mengekang berlakunya ketidakadilan b : mengelak penyalahgunaan kuasac : menghindari ketidak-stabilan politikd : menghindari kemelesetan ekonomie : menghindari keruntuhan sosialf : menamatkan perselisihan rakyatg : mengurangkan pembaziran masah : mengelakkan campurtangan asingi : menggalakkan budaya politik ilmuj : menyuburkan budaya politik faktak : mendidik rakyat buat keputusan berasaskan maklumat yang benar.

Muka Surat 4

18. Marilah kita menghayati sejenak firman Allah swt dari Surah An Nuur ayat ke 55. Betapa politik yang berpaksi pada iman dan amal soleh akan mengutuhkan kedudukan dan mengukuhkan kuasa.

الحات ليستخلفنهم في األرض كما استخلف الذين وعد اهلل الذين آمنوا منكم وعملوا الصنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدونني ال من قبلهم وليمك

يشركون بي شيئا ومن كفر بعد ذلك فأولئك هم الفاسقون

Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Kriteria Politik Matang dan Sejahtera.

19. Politik matang dan sejahtera yang diterajui oleh PAS sewaktu mengemudi halatuju perjuangan Islam dewasa kini telah dikemukakan dengan Tujuh (7) KRITERIA yang mesti difahami, dihayati serta dipraktis oleh setiap anggota parti samada pemimpin ataupun ahli biasa.

KRITERIA PERTAMA : POLITIK BERTUNJANGKAN PRINSIP.

20. Prinsip perjuangan PAS pasti sahaja berpaksi kepada Al Quran dan As Sunnah. Justeru itu, apa jua keputusan PAS mestilah menepati syarak. Ini adalah prinsip yang tidak boleh bertolak ansur padanya. PAS menolak sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan "matlamat menghalalkan cara". Sebaliknya hanyalah cara yang halal akan digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam.

Muka Surat 5

21. Tindakan bertunjangkan prinsip akan menyelamatkan PAS dari situasi flip flop ketika membuat keputusan dan tindakan. Malah lebih tegas, ianya mesti konsisten di atas prinsip Islam yang diperjuangkan, meskipun dilihat ianya sebagai tindakan yang tidak popular dikalangan pengundi mahupun parti - parti politik. PAS tetap akan mempertahankan prinsip - prinsip Islam atau keputusan politik yang disepakati bersama selagi tidak melewati frame syarak.

22. Perjuangan PAS bukan sekadar mendepani UMNO dan BN. Tidak juga sekadar berpada untuk mendapatkan Putrajaya dari tangan UMNO dan BN. Perjuangan PAS adalah jauh lebih besar dan penting dari itu. Ia adalah sebuah perjuangan untuk menyebarkan risalah Islam, menyelamatkan ummah dari perangkap jahiliyyah dan mendaulatkan syariat Islam serta meninggikan kalimah Allah swt di atas tanahair tercinta ini.

Kekeliruan

23. Ada pihak tertentu berhujjah, kita mesti menang dulu. Jangan gopoh untuk bercakap hal Islam dan jangan tergesa - gesa untuk memperjuangkan Islam. Apa yang penting buat masa ini ialah memburu kemenangan walau dengan apa cara sekalipun. Kita mesti menang dan selepas menang barulah kita boleh bercakap mengenai perlaksanaan Islam. Kalau tidak menang, bagaimana kita mahu melaksanakan Islam ?

24. Hujjah sebegini mampu mengelirukan sebahagian dari kita dan akhirnya lari meninggalkan PAS kerana tidak berpuas hati dengan "kedegilan" PAS untuk terus bercakap mengenai Islam secara terbuka termasuk usaha untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan.

25. Menyingkap kekeliruan ini, marilah kita meneliti Minhaj An Nabawi, bagaimana Nabi kita Muhammad saw berjuang ? Apakah Baginda saw memburu kemenangan dengan meninggalkan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh Baginda saw ? Rasulullah saw pernah mendapat tawaran yang hebat dari Utbah bin Rabi'ah mewakili Kerajaan Kuffar pada masa itu. Kata Utbah (Abal Walid) :

Muka Surat 6

يا ابن أخي ، إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا األمر ماال جمعنا لك من أموالنا حتى تكون أكثرنا ماال ، وإن كنت تريد به شرفا سودناك علينا ، حتى ال نقطع أمرا دونك ، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا ؛ وإن كان هذا الذي يأتيك رئيا تراه ال تستطيع رده عن

. نفسك ، طلبنا لك الطب ، وبذلنا فيه أموالنا حتى نبرئك منه

Wahai anak saudaraku, jika engkau berjuang ini kerana mahukan harta, kami sedia kumpulkan harta - harta kami dan diserahkan kepadamu sehingga engkau menjadi orang paling kaya dikalangan kami.Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi pemimpin, kami sedia lantik engkau jadi pemimpin sehingga kami tidak memutuskan sebarang keputusan melainkan mendapat persetujuanmu

Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi raja, kami sedia menabalkan engkau menjadi raja yang memerintah kami.

Jika sekiranya engkau dirasuk suatu yang engkau sendiri tidak mampu menghadapinya, kami sedia menyediakan tabib untuk merawatmu dan kos ditanggung oleh kami sehingga engkau sembuh.

Seerah Ibnu Hisyam

26. Jika teori menang dulu itu suatu yang praktis dan rasional, pastinya Nabi saw menerima tawaran menjadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan. Tetapi Nabi saw menolak semua tawaran untuk berkuasa sebaliknya terus bersama Islam yang diperjuangkan oleh Baginda saw.

27. Hayati jua peringatan Baginda saw. Jangan sekali - kali tinggalkan Islam dalam apa jua posisi kita. Memburu kepentingan politik jangan sampai melunturkan nilai pegangan dan amalan Islam. Sabda Rasulullah saw :

سالم دائرة، فدوروا مع الكتاب حيث دار ،أال إن رحى اإللطان سيفترقان، فال تفارقوا الكتاب، أال إنه سيكون عليكم أمراء يقضون أال إن الكتاب والسإن أطعتموهم أضلوكم» قالوا: يا رسول ألنفسهم ما ال يقضون لكم، إن عصيتموهم قتلوكم، و

اهلل، كيف نصنع؟ قال: «كما صنع أصحاب عيسى ابن مريم، نشروا باملناشير، وحملوا«على الخشب، موت في طاعة اهلل خير من حياة في معصية اهلل

املعجم الطبراني الكبير

Muka Surat 7

Ketahuilah sesungguhnya roda Islam itu berputar. Maka berputarlah bersama al Kitab (Islam) sekira - kira bagaimana ia berputar. Ketahuilah sesungguhnya al Kitab dan Pemerintah dua perkara yang berbeza. Maka jangan memisahkan diri dari al Kitab (Islam).

Ketahuilah sesungguhnya kamu akan mendepani pemerintah yang memerintah untuk kepentingan mereka bukan untuk menjaga kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari mereka , mereka akan bunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu.

Lalu sahabat berkata : Ya Rasulullah , (apabila kami bertemu dengan situasi begini) apa yang harus kami lakukan ?

Nabi saw menjawab : Jadilah sebagaimana sahabat - sahabat Nabi Isa ibnu Maryam as, jasad mereka digergaji, digantung pada kayu salib, (namun mereka tetap bersama Islam)

Mati dalam keadaan taat kepada Allah swt lebih baik dari hidup derhaka kepada Allah swt.

Riwayat At Tabarani

28. Perjuangan PAS bertunjangkan nas dan hujjah syarak. Inilah juga prinsip yang menunjangi keputusan dan tindakan PAS. Kita tidak berjuang kerana amarah dan kebencian yang meluap terhadap satu pihak. Bahkan perjuangan kita tidak boleh meniti di atas dendam kesumat meskipun terhadap musuh.

29. Perjuangan bertemakan Asal Bukan UMNO (ABU) adalah salah justeru ia memberi maksud, asal bukan UMNO maka nasionalis pun tidak mengapa, kapitalis pun tidak mengapa, sosialis pun tidak mengapa, apa yang penting asalkan bukan UMNO. Pendirian sebegini adalah salah. Prinsip yang benar ialah Asalkan Islam. ASLIM TASLAM, engkau terima Islam engkau selamat.

Muka Surat 8

Hayati Hadis Nabi saw. dari Abi Musa Al Asyaari Rha yang diriwayat oleh Imam Bukhari :

حدثنا أبو موسى األشعري رضي اللهم عنهم قال قال أعرابي للنبي صلى اللهم عليه وسلمالرجل يقاتل للمغنم والرجل يقاتل ليذكر ويقاتل ليرى مكانه

وفي رواية يقاتل حمية و يقاتل شجاعة و يقاتل غضبا فمن في سبيل اهلل فقال من قاتل لتكون كلمة اهلل هي العليا فهو في سبيل اهلل

Seorang A'rabi telah bertanya kepada Nabi saw. Seorang tokoh berjuang kerana mahu mendapatkan habuan harta rampasan perang. Ada yang berjuang supaya dirinya disebut orang. Ada yang berjuang untuk dilihat kedudukannya.

Dalam riwayat yang lain : ada yang berjuang kerana mahu dapatkan perlindungan, ada yang berjuang kerana mahu tunjuk berani dan yang berjuang kena marah (benci)

Maka siapakah yang berjuang di jalan Allah swt ? Maka jawab Nabi saw : Sesiapa yang berjuang bagi meninggikan kalimah Allah swt maka dia lah yang berjuang di Jalan Allah swt.

Riwayat Imam Bukhari

KRITERIA KEDUA : POLITIK DAKWAH DAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.

30. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang berdaftar sebagai sebuah parti politik yang sah bagi membolehkan ia beroperasi di pentas demokrasi negara menepati ijtihad para alim ulamak terdahulu yang meletakkan konsep perjuangan PAS berasaskan Muwaajah Silmiyah (berjuang secara aman).

31. Mula dari noktah itu, PAS berjuang dengan tiga method atau sistem gerakkerjanya secara seimbang dan sepadu iaitu :

a) gerakan Tarbiyah (bina dalaman)b) gerakan Dakwah (bina luaran)c) gerakan Siasah (bina sultah/kedaulatan)

Muka Surat 9

Aslim Taslam

32. Memanafaatkan ruang demokrasi, PAS tampil membawa risalah Islam kepada semua masyarakat samada muslim mahupun mereka yang belum lagi muslim. Justeru Islam diturunkan oleh Allah swt untuk diterima dan diamalkan oleh seluruh ummat manusia. Siapa jua yang menerima Islam, pasti sahaja ia selamat di dunia dan juga di akhirat. Aslim Taslam ! (Engkau terima Islam, Engkau selamat)

33. Bagi ummat Islam mereka wajib mengamalkan Islam dan seluruh syariatnya selepas ia menerima dan mengucap dua kalimah syahadah. Sementara mereka yang belum menganut ajaran Islam, mereka tidak boleh dipaksa menganut Islam sebaliknya mereka diberi hak untuk terus menganut agama mereka. Namun mereka boleh berada dibawah sistem pemerintahan Islam sementara hak keselamatan, kebajikan dan beribadah mengikut tatacara agama mereka, menjadi urusan wajib pemerintahan Islam ke atas mereka.

Politik berorientasikan dakwah

34. Politik PAS tidak berorientasikan ketamakan kuasa. PAS tidak meletakkan kuasa itu segalanya. Tetapi apa menjadi asas perjuangan PAS ialah berdakwah dan berusaha untuk menyelamatkan manusia dari api neraka Allah swt dengan Islam dan mengusahakan agar wujud sebuah pemerintahan dan masyarakat yang terlaksana padanya sistem, dasar dan hukum Islam yang menuju keredhaan Allah swt. sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS fasal 5 di bawah tajuk tujuan - tujuan PAS.

35. Ini bermaksud, siapa pun yang diberi mandat sebagai pemerintah dan mereka melaksanakan sistem pemerintahan Islam yang adil serta saksama, maka PAS pasti akan mendukung malah membantu pemerintahannya. Justeru perjuangan PAS hanyalah untuk meninggikan kalimah Allah swt (mendaulatkan syariat Islam), bukan berebut untuk menduduki takhta pemerintahan.

Muka Surat 10

Peranan Dakwah PAS

36. Adapun situasi berdepan dengan sebuah pemerintahan yang tidak melaksanakan sistem pemerintahan Islam, PAS akan terus berjuang, berdakwah dan berperanan untuk memastikan Islam dapat didaulatkan.

a) Peranan Dakwah Satu : memberi nasihat dan bimbingan secara berterusan, bagaimana Islam itu boleh dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.

b) Peranan Dakwah Dua : berjuang menegakkan syariat (amar makruf) dalam apa jua kesempatan dan ruang yang boleh dilakukan oleh PAS pada tahap keupayaan yang dimiliki.

c) Peranan Dakwah Tiga : menegur, mengkritik, membantah dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar) dan menentang kezaliman yang berlaku samada dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik. Sekalipun kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah, PAS tegas menyatakan kebenaran. Beramal dengan hadis Nabi saw. yang dikeluarkan oleh Imam Tirmizi Rhm:

أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر

"Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim."

d) Peranan Dakwah Empat : menggerak agenda perubahan total (at taghyir) ke arah mendaulatkan syariat Allah swt. secara berterusan. Terutama apabila PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang degil dan enggan melaksanakan Islam malah memusuhi Islam. PAS akan terus berdakwah bagi menyedarkan masyarakat dan memimpin kebangkitan mereka ke arah sebuah perubahan yang menepati manhaj perjuangan an Nabawi.

PAS senantiasa bersama Islam

37. Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Kepentingan politik PAS terhenti di atas Islam yang diperjuangkan demi mencari keredhaan Allah swt. Kaedah Matlamat Menghalalkan Cara ditolak oleh PAS. Meskipun PAS berjuang bersungguh - sungguh supaya menang, namun kalah menang dalam perjuangan ini, PAS tetap memilih untuk bersama Islam.

Muka Surat 11

38. Memerintah bersama Islam, ke Putrajaya bersama Islam, malah kalah sekalipun PAS tidak akan meninggalkan Islam semata - mata untuk mencongak jalan mudah ke mercu kuasa. Prinsip dan sikap ini dibina di atas tunjuk ajar Nabi saw.

39. Dakwah PAS berterusan dan mensasarkan semua pihak. Madu'u (sasaran dakwah) PAS bukan musuh PAS. PAS tidak memusuhi individu sebaliknya PAS memusuhi kepercayaan dan pegangan yang bercanggah dengan Islam. Peranan dakwah PAS secara umumnya saling tidak tumpah dengan peranan doktor yang bekerja keras untuk menyelamatkan pesakit dan membebaskan pesakit dari penyakit yang memudaratkan. Doktor tidak pernah memusuhi pesakitnya dan da'i (pendakwah) tidak pernah memusuhi madu'unya (sasaran dakwah). PAS untuk semua dan berjuang menegakkan keadilan untuk semua.

Amar Makruf Nahi Mungkar

40. PAS menjadi sandaran ummah untuk menegakkan al Makruf (Asy Syari'ah) dan memerangi mungkar yang berlaku dalam negara kita, samada yang melibatkan segmen sosial mahupun politik dan ekonomi.

41. Ia adalah komitmen PAS yang tidak berbelah bahagi. Justeru inilah tugas yang sewajarnya dilakukan untuk membina Malaysia Sejahtera yang selamat, aman dan harmoni serta mendapat keampunan daripada Allah swt. Bahkan inilah tugas utama sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Peranan ini termaktub dalam firman Allah swt :

الة وآتوا الزكاة وأمروا باملعروف ونهوا عن املنكر ناهم في األرض أقاموا الص الذين إن مكوهلل عاقبة األمور

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Surah Al Hajj : 41

Muka Surat 12

Amar Makruf

42. Al Makruf tidak bermaksud amal kebajikan semata - mata sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan. Sebaliknya Al Makruf adalah merangkumi semua aspek Amal Islami yang diperintah perlaksanaannya oleh Allah swt. Para mufassir sebahagiannya menakrifkan Al Makruf sebagai Asy Syari'ah.

43. Menegakkan al Makruf ataupun Asy Syari'ah dan memperjuangkannya agar ia tegak di atas tanahair kita adalah menjadi tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Ia menjadi solusi utama kepada pelbagai bentuk kegagalan sistem ciptaan manusia.

Nahi Mungkar

44. Seiringan dengan usaha gigih untuk menegakkan al makruf, kita wajib mengerahkan kegigihan yang serupa malah perlu dilipat ganda untuk menentang kemungkaran. Lantaran kemungkaran adalah virus yang merosakkan semua usaha menegakkan Amal Islami (al Makruf) di dalam diri kita, masyarakat mahupun negara.

45. Khasnya kemungkaran politik dan ekonomi (tanpa menafikan kesan buruk kemungkaran sosial) mesti dibasmi secara bersungguh - sungguh dan istiqamah serta teliti strateginya, terancang hala tujunya, cermat tindakannya dan berhemah langkahnya.

46. Politik yang digerakkan oleh PAS sekali - kali tidak akan dibenarkan merempuh sempadan syariat. Politik menghalalkan cara adalah satu contoh kemungkaran politik yang ditentang oleh PAS. Maksudnya kematangan berpolitik PAS tidak hanya memburu kemenangan tanpa peduli batas halal dan haram, sebaliknya ia menjadi prinsip utama bahawa jalur politik PAS adalah berlandaskan manhaj an Nabawi.

Gerakan Perubahan

47. Kemungkaran yang melanda negara mutaakhir ini semakin parah khasnya kemungkaran politik dan ekonomi. Ummah mesti bangkit melakukan perubahan sesuai dengan arahan Rasulullah saw :

Muka Surat 13

عن أبي سعيد الخدري رضي اهلل عنه قال: سمعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول: (من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك

.أضعف اإليمان) رواه مسلم

Dari Abi Said Al Khudri Rha telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, jika sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya, sedemikian itu adalah selemah - lemah iman.

Riwayat Imam Muslim.

48. Perubahan tidak akan berlaku tanpa kebangkitan ummah melunaskan Al Amru bil Makruf wan Nahyu A'nil Mungkar seperti mana yang ditegaskan oleh Allah swt :

إن اهلل ال يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Surah Ar Ra'du : ayat 11

49. PAS mengambil tanggungjawab bagi menggerakkan kempen atau dakwah untuk menyedarkan ummah sekaligus memimpin dan memandu gerakan perubahan agar ianya berlangsung dengan jaya tanpa mengundang murka Allah swt.

Muka Surat 14

KRITERIA KETIGA : POLITIK PENYELESAIAN BERASASKAN ISLAM.

50. Layaknya sebagai sebuah gerakan Islam, PAS memposisikan dirinya sebagai sebuah parti yang konstruktif. Setiap kelemahan, kesalahan mahupun kepincangan p ihak pentadbi ran kera jaan mahupun pemerintahannya tidak hanya dibantah atau dibangkang semata - mata, tetapi sebaliknya PAS bertanggungjawab mengemukakan penyelesaian.

51. Penyelesaian yang berasaskan pedoman syariat dan prinsip Islam adalah kriteria penting bukan sahaja untuk merealisasikan politik matang dan sejahtera tetapi juga menepati aspirasi politik Islam itu sendiri. Islam itu adalah penyelesaian. ( اإلسالم هو الحل )

52. Islam tidak hanya menyelesaikan masalah ritual agama sebagaimana difahami oleh kebanyakan, sebaliknya penyelesaian Islam turut merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Pastinya Islam sarat dengan pelan dan jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang sedang dihadapi oleh negara, pemimpin dan rakyatnya.

53. Sebagai contoh mudah, belenggu yang menjerut politik dan ekonomi negara dewasa kini telah habis forum didebatkan, habis wacana didiskusikan. Sang politikus di pentas debat mereka, para akademi di dewan kuliah mereka dan hamba rakyat di majlis rapat umum mereka, namun negara masih buntu mencari formula menangani kemelut politik dan krisis ekonomi yang kian parah.

Formula Taqwa

54. Islam sebagai petunjuk dan wahyu dari Tuhan yang Maha Mencipta telah jelas memberi pedoman dan panduan. Firman Allah swt :

ومن يتق اهلل يجعل له مخرجا

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari kemelut dan krisis yang melanda),

Muka Surat 15

ل على اهلل فهو حسبه إن اهلل بالغ أمره قد جعل اهلل لكل ويرزقه من حيث ال يحتسب ومن يتوكشيء قدرا

serta memberinya rezeki (menyuburkan ekonomi) sekira-kira ia tidak tahu dari arah mana datangnya rezeki itu. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah swt baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Surah At Tholaq : 2 - 3

56. Ekonomi dan Politik Taqwa perlu diperinci, dan dimodulkan secara sistematik lalu diterap-laksanakan dalam penguatkuasaan pentadbiran dan sistem pemerintahan negara. Ke arah membentuk sebuah negara yang aman dan maju namun dalam masa yang sama mendapat keampunan daripada Allah swt.

Anjakan Paradigma

57. Ia menjadi satu solusi yang boleh digarap secara lebih halus dan hikmah samada secara langsung kepada pihak pemerintah mahupun dikemukakan kepada umum sebagai proses pendidikan politik dan anjakan paradigma seraya membentuk kesediaan rakyat untuk berubah dan keluar dari serkup pemikiran lapok dan purba.

58. Bermula dari kepimpinan PAS dan seluruh ahli PAS, juga mesti melangkah dengan jiwa besar dan aqal yang hikmah untuk memimpin perubahan dan kebangkitan rakyat ke arah membina Malaysia Sejahtera.

59. Tidak hanya memburu "political millage" tetapi lebih bermaksud untuk memartabatkan perubahan total, maka PAS mengambil tanggungjawab penuh meletakkan keseimbangan dalam perjuangan yang didukung iaitu komited menentang segala kemungkaran dalam ekonomi, politik dan sosial namun dalam masa yang sama kita turut bertanggungjawab mengemukakan pelan dan formula penyelesaian.

Muka Surat 16

KRITERIA KEEMPAT : POLITIK UTAMAKAN RAKYAT.

60. Politik (siasah) adalah untuk mengatur dan mengurus kehidupan ummah agar menjadi teratur, baik, bermanafaat dan meluruskan perjalanan hidup ini berdasarkan kehendak Tuhan Maha Pencipta, iaitu Allah swt Tuhan yang mencipta ummat manusia dan seluruh alam ini.

61. Inilah tugas utama kita sebagai khalifah Allah swt di atas muka bumi ini. Sebagaimana yang disebut oleh al Imamul Mawardi Rhm dalam kitabnya Ahkam As Sultaniyyah bahawa pengertian khalifah itu ialah :

لخالفة النبوة في إقامة الدين أو حراسة الدين و سياسة الدنيا به

mengganti tugas kenabian dalam urusan menegakkan agama atau memelihara agama dan mentadbir (mengurus) dunia berdasar (pedoman) agama.

62. Allah swt bukan sahaja mencipta manusia dan alam semesta tetapi juga telah menetapkan syariah sebagai perlembagaan dan manhaj hidup yang perlu dipatuhi. Firman Allah swt :

اكم به ق بكم عن سبيله ذلكم وص بل فتفر ذا صراطي مستقيما فاتبعوه وال تتبعوا الس وأن هلعلكم تتقون

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Surah Al Ana'am : 153

63. Kita tidak boleh berpolitik hanya untuk melampias kepentingan diri sendiri atau kelompok kita semata-mata, sebaliknya politik mesti menjadi alat untuk merealisasikan pengurusan dan pentadbiran negara bahkan seluruh rakyatnya dengan baik dan telus tanpa penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dan pengaruh pihak tertentu.

Muka Surat 17

Political Animal

64. Bagi pihak parti politik ataupun sebuah kerajaan selayaknya menjadikan politik sebagai peluang berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan hak mereka agar kehidupan mereka sejahtera dan terbela.

65. Politik tidak boleh dijadikan kesempatan untuk mengaut keuntungan dan membolot kemewahan sedang rakyat derita sengsara. Demikian juga politik dijadikan senjata untuk menjatuh dan mencantas pihak yang tidak disenangi. Lebih malang pergolakan politik dalaman bagi sesebuah parti khasnya parti yang memerintah akhirnya mengorbankan rakyat dalam keputusan politik yang mereka ambil.

66. Kita mesti mengelak sikap keterlaluan dalam mengendali politik sehingga dipalit istilah political animal yang menunjukkan liarnya politik yang dipraktis. Politik kotor yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan masa depan rakyat dan politik jijik yang tergamak merempuh sempadan halal haram dalam tindakan.

KRITERIA KELIMA : POLITIK DAMAI DAN DIPLOMASI.

67. Perjuangan Islam tidak memusuhi sosok tubuh dan rupa wajah. Malah nama dan latar belakang kaum, bangsa dan bahasa bukan persoalan. Itu adalah ciptaan dan anugerah Allah swt yang tiada siapa berhak mempertikaikannya.

68. Islam datang bukan merubah nama, rupa wajah, kaum, bangsa dan bahasa, tetapi sebaliknya Islam membetulkan kefahaman, meluruskan pemikiran dan memurnikan pegangan hidup agar menepati apa yang dikehendaki oleh Allah swt sebagai Tuhan yang Maha Mencipta.

69. Berdiri atas manhaj inilah Islam membimbing dan mendidik manusia biarpun sehuduh mana wajahnya kerana Allah swt tidak memandang rupa wajah, biarpun sejahat mana perilakunya kerana pintu taubat Allah swt terbuka luas buat hambaNya. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah untuk menyelamatkan manusia dari api neraka Allah swt bukan meninggalkan mereka terkapai-kapai di tepi jurang neraka jahannam.

Muka Surat 18

Islam Bukan Pendendam

70. Justeru itu :

a) Allah swt menghantar Nabi Allah Musa Alaihissalam menemui Firaun Alaihi Laknatullah yang zalim dan kejam untuk mengajak Firaun beriman kepada Allah swt menggunakan kalimah yang lunak sedang Allah Maha Mengetahui bahawa Firaun akan kekal kufur sehingga matinya.

ر أو يخشى اذهبا إلى فرعون إنه طغى فقوال له قوال لينا لعله يتذك

Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata - kata yang lunak semoga ia berwaspada dan takut.

Surah Taha : 43 - 44

b) Nabi kita Muhammad saw mendoakan agar Islam diperkuatkan oleh salah seorang dari dua Umar sedang kedua-dua Umar pada waktu itu tegar memusuhi Islam. Sehingga akhirnya Allah swt memilih Umar Ibnu al Khattab untuk memperkuatkan Islam sementara Umar ibnu al Hisyam (Abu Jahal) kekal kufur.

مام أحمد ، والترمذي في جامعه وغيرهما ، عن ابن عمر مرفوعا بلفظ " فقد رواه اإلسالم بأحب هذين الرجلني إليك : بأبي جهل أو بعمر بن الخطاب اللهم أيد اإل

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At Tarmizi dan lainnya dari Ibnu Umar Rhma : Ya Allah bantulah Islam dengan seorang yang paling dikasihi olehMu dari dua lelaki ini iaitu Abi Jahal ataupun Umar ibn Al Khattab.

c) Hari pembukaan Kota Makkah, Nabi saw membebaskan musyrikin Makkah dari sebarang hukuman balas atau dendam kesumat. Malah dengan penuh kasih sayang Nabi saw berkata : Siapa yang berada di dalam rumahnya maka dia selamat, siapa yang masuk rumah Abu Sufian maka dia selamat dan siapa yang masuk Masjidil Haram maka dia selamat.

Muka Surat 19

من دخل دار أبي سفيان فهو آمن، ومن أغلق عليه بابه فهو آمن، ومن دخل املسجد الحرامفهو آمن

Barangsiapa yang masuk rumah Abi Sufian maka is selamat, siapa yang masuk rumahnya lalu mengunci pintunya maka ia selamat dan barangsiapa yang masuk Masjidl Haram maka ia selamat.

Rujuk Seerah Ibn Hisyam.

71. Kita sebagai pejuang Islam sewajarnya menghayati manhaj ini agar perjuangan kita tidak dipengaruhi dendam dan kebencian sehingga kita menjauhkan diri daripada madu'u (sasaran dakwah). Sebaliknya berusaha mendekati semua orang bagi memasarkan Islam yang kita perjuangkan ini.

72. Lihat bagaimana pendekatan para sahabat Rhm. Saat mereka lemah dan ditindas, mereka berhijrah menemui An Najaasyi raja yang menganut agama Nasara. Walaupun asal mereka ingin mendapatkan perlindungan di bawah pemerintahan An Najaasyi, tetapi akhirnya prinsip para sahabat Rhm yang dipimpin oleh Jaafar bin Abi Talib pada waktu itu membuatkan An Najaasyi akhirnya menerima kebenaran Islam.

73. Sejarah juga menarik untuk dikaji bagaimana Islam dengan pendekatan para alim ulamaknya berjaya menunduk dan mengislamkan bangsa yang menjajah mereka dengan kejam.

a) Siapa tidak tahu dengan Dinasti Hulagu Khan yang menghancurkan pusat peradaban Islam Baghdad pada tahun 1258 malah tentera Monggol yang dipimpinnya membunuh dan merogol penduduk Kota Baghdad dengan begitu sadis. Namun ringkasnya, bangsa Monggol yang ganas dan kejam itu kemudiannya menerima Islam agama yang mereka jajah dan menjadi pejuang Islam yang handal dalam sejarah moden.

b) Kisah perang salib yang memaparkan bagaimana tingginya akhlak Sultan Salahudin Al Ayyubi yang menghantar tabib merawat Richard The Lionheart yang cedera parah (setengah kisah meriwayat bahawa Salahudin sendiri menyamar sebagai tabib), akhir menyaksikan Richard The Lionheart terpaksa patah balik ke England seraya berkata "hari ini kita tewas bukanlah kerana kekuatan jumlah ummat Islam tetapi kerana kekuatan akhlak Salahudin Al Ayubi".

Muka Surat 20

Muwaajahah Silmiyah.

74. Masa dan tempat kita berjuang hari ini, tidak lagi menggunakan senjata. Bukan sahaja alim ulamak kita berijtihad untuk memperjuangkan Islam ini secara Muwaajahah Silmiyah (mendepani lawan secara aman) bahkan sememangnya musuh Islam tidak menggunakan senjata untuk menghadapi kita. Sebaliknya mereka menyerang Islam melalui pemikiran, kebudayaan, sosial dan peradaban.

75. Menghadapi serangan pemikiran ini, kita tidak perlu menghunus pedang atau menghalakan senjata api ke dada musuh, sebaliknya kita mesti menguasai hujjah dan memiliki keupayaan budi bahasa yang tinggi serta skil diplomasi yang matang untuk memenangi hati mereka melalui prinsip dan akhlak Islam yang jitu agar mereka menyokong dan mengundi perjuangan Islam di bumi Malaysia ini.

76. Politik dakwah menjadi salah satu sarana utama dalam mendepani serangan pemikiran. Malah selain dari keutuhan ilmu, kebijaksanaan tindakan dan penguasaan psikologi sangat penting dalam perjuangan Islam di era ini. Ia bukan lagi soal pertentangan fizikal tetapi dasar dan pegangan hidup yang mesti diperbetulkan. Merealisasikan pendekatan ini, kita mesti mendekati semua orang (dengan cara yang tidak bertentangan dengan Syara') bukan menjauhkan diri dan membina benteng antara kita dengan mereka.

77. Bagaimana kita boleh menjauhkan diri dari mereka ? Sedang yang rosak fikiran itu mungkin ahli keluarga kita, jiran tetangga kita, ahli qariah kita dan juga pemimpin negara kita. Tugas kita sekarang ialah selamatkan mereka dari api neraka Allah swt. Dekati mereka dan sampaikan Islam yang benar kepada mereka. Bimbing dan didik mereka dengan Islam yang benar selama mereka tidak memerangi kita dengan kekerasan dan persenjataan.

Damai dan Diplomasi dari Al Quran

78. Allah swt telah mengajar kita bagaimana mengaplikasikan politik damai dan menangani kesan langsung yang berbangkit.

Pertama : Apabila berdepan dengan pihak yang menghulurkan perdamaian ataupun pihak yang tidak menentang kita dengan kekerasan, Allah swt mengajar kita mendepaninya secara damai dan bertawakkal kepada Allah swt terhadap apa jua kemungkinan.

Muka Surat 21

Firman Allah swt :

ميع العليم ل على اهلل إنه هو الس لم فاجنح لها وتوك إن جنحوا للس و

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Al Anfaal : 61

Kedua : Kaedah menangani sebarang kemungkinan disebalik bendera putih yang dikibar. Juga menjawab persepsi kononnya suatu kebodohan mempercayai dan menerima perdamaian tersebut sedang ia adalah anjuran Qura'ani. Firman Allah swt :

إن يريدوا أن يخدعوك فإن حسبك اهلل هو الذي أيدك بنصره وباملؤمنني و

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Surah Al Anfaal : 62

KRITERIA KEENAM: POLITIK KEBENARAN BUKAN PERSEPSI.

79. Kematangan berpolitik turut dinilai pada benarnya keputusan dan tindakan politik yang diambil. Ianya berasaskan fact and figure, bukan lagi andaian dan persepsi. Prosesnya melalui kajian ataupun pembuktian yang benar. Mempunyai sandaran ilmu yang tepat dan nas yang betul.

80. Meskipun banyak pihak sering menyebut bahawa politik itu ialah persepsi, namun ia bukanlah suatu yang muktamad. Persepsi bukan kebenaran tetapi suatu yang masih bersifat andaian dan kabur kedudukannya. Sedang politik Islam yang dipraktiskan oleh Rasulullah saw adalah politik yang jelas, benar, berfakta dan didukung oleh nas Ilahi.

Muka Surat 22

81. Medan politik bukan zone yang membolehkan kita berbohong dan mempermainkan perasaan rakyat apatah lagi memperbodohkan mereka dalam buaian persepsi politik yang dicipta. Inilah dangkalnya politik persepsi kerana persepsi boleh di "create" pada bila - bila masa dan ia bukan suatu realiti.

82. Kebenaran adalah suatu yang bersifat realiti bukan persepsi. Politik yang matang dan sejahtera mestilah keputusan dan tindakannya berpaksi kepada realiti bukan persepsi dan fantasi.

83. Hayati penegasan Allah swt. bahawa selain kebenaran maka ia adalah suatu yang bathil, karut dan dusta.

الل فأنى تصرفون فذلكم اهلل ربكم الحق فماذا بعد الحق إال الض

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?

Surah Yunus : 32

84. Usah ragu dan teragak-agak untuk membudayakan politik kebenaran dalam orientasi politik kita. Meskipun pahit, namun kebenaran wajib ditegakkan jua. Boleh jadi kita bakal hilang sokongan dalam tempoh tertentu, namun demi kebenaran, perjuangan ini mesti dilangsungkan. Insyaallah kebenaran pastikan akan membuahkan hasil lumayan di dunia mahupun di akhirat.

Firman Allah swt:

بك فال تكن من املمترين الحق من ر

Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

Surah Aali Imran : 60

Muka Surat 23

85. Mutaakhir ini politik negara kita dicemari oleh janji-janji palsu sebahagian politikus semata-mata ingin memenangi pilihanraya. Lebih tragis apabila politik turut tercemar dengan fitnah dan maklumat separuh masak yang diviralkan kepada umum termasuk menerusi media sosial. Tambah parah apabila masyarakat kita pula suka mengambil maklumat tanpa usul periksa lalu tercetus persepsi yang salah.

86. Ingat penegasan Rasulullah saw:

ما من عبد يسترعيه اهلل رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إال حرم اهلل عليه الجنة

Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Surga atasnya'.

Riwayat Imam Muslim.

87. Politik yang bertunjangkan kebenaran adalah politik yang akan membawa kebaikan kepada negara dan keseluruhan rakyat. Mengendurkan ketegangan dan pertelagahan politik justeru tiada pihak yang akan rasa terinaya dengan kebenaran kecuali pihak yang anti kebenaran.

Sabda Rasulullah saw :

إن البر يهدي إلى الجنة، وما يزال الرجل ، و دق يهدي إلى البر دق، فإن الص عليكم بالصإياكم والكذب، فإن الكذب يهدي إلى دق حتى يكتب عند اهلل صديقا، و يصدق ويتحرى الصإن الفجور يهدي إلى النار، وما يزال الرجل يكذب، ويتحرى الكذب حتى يكتب الفجور، و

عند اهلل كذابا

Dari Ibnu Masu'ud Rha, Nabi saw telah bersabda " Kewajipan ke atas kamu untuk berlaku benar. Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Sesungguhnya seseorang itu bersifat jujur (benar) hingga ditulis disisi Allah swt sebagai seorang yang Siddiq. Awas kamu terhadap pendustaan. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya seseorang itu berbuat dusta hingga ditulis disisi Allah swt sebagai pendusta.

Riwayat Muttafaqun A'laihi.

Muka Surat 24

KRITERIA KETUJUH: POLITIK RASIONAL DAN PROFESIONAL.

88. Langkah dan tindakan politik kita mestilah berlandaskan hujjah dan mempunyai alasan yang munasabah serta rasional. Memahami realiti masyarakat malah bersesuaian dengan ketika dan keadaan semasa.

89. Membudayakan proses membuat keputusan dan tindakan secara profesional. Mengutamakan maklumat dan data yang sah dan benar. Memulangkan hak kepada yang berhak memilikinya tanpa khianati amanah yang diberi.

Sikap profesional ini pernah ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq Rha.

أيها الناس فإني قد وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني وإن أسأت فقوموني. الصدق أمانة والكذب خيانة . والضعيف فيكم قوي عندي حتى أرجع إليه حقه إن شاء اهلل،

والقوي فيكم ضعيف عندي حتى آخذ الحق منه إن شاء الله

wahai manusia , Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin ke atas kamu sedang aku bukanlah orang terbaik dari kalangan kamu. Jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku dan jika aku melakukan kesalahan maka perbetulkan aku. Benar itu amanah dan dusta itu khianat. Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku memulangkan haknya insyaallah. Sementara orang yang kuat dikalangan kamu adalah lemahdi sisiku sehingga aku mengambil hak yang wajar darinya Insyaallah.

Seerah Ibnu Hisyam

90. Berpaksi kepada kebenaran yang tentunya bertunjangkan fakta dan nas yang betul. Meskipun kebenaran itu datang dari pihak lain tanpa mementingkan kelompok sendiri, kebenaran itu diterima dengan lapang dada dan sikap terbuka.

91. Sedia menerima teguran, memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan yang dilakukan dengan sikap yang positif. Senantiasa terbuka menerima pandangan dari pihak lain dan menganalisa semua pandangan lalu menerima pakai apa yang terbaik untuk perjuangan Islam yang didukung.

Muka Surat 25

92. Mengutamakan kualiti kerja dan memastikan ianya tepat dengan piawaian yang dikehendaki. Cekap dan bijak melunaskan tugasan yang diberi.

Dari Saidatina Aisyah Rha. bahawa Rasulullah saw bersabda :

إن اهلل تعالى يحب إذا عمل أحدكم عمال أن يتقنه

Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang kamu menjalankan sesuatu amal (tugas), ia melakukannya dengan teliti (profesional).

Riwayat Imam Al Baihaqi

PENUTUP

93. Politik matang dan sejahtera ini mesti dibudayakan dalam amalan politik kita. Samada diperingkat parti mahupun diperingkat awam dan kerajaan. Ianya merupakan budaya politik yang berasaskan politik Islam. Paradigma pemimpin dan ahli mesti sedia dibentuk agar menepati konsep, prinsip, definisi dan kriteria budaya politik matang dan sejahtera.

94. Budaya politik matang dan sejahtera adalah politik Rasulullah saw. Ia juga merupakan penyelesaian kepada cara ummat manusia berpolitik malah amat sesuai dengan fitrah kehidupan manusia. Ia adalah anugerah Allah swt untuk menyelamatkan dunia yang kacau bilau lantaran budaya politik kotor warisan jahiliyyah yang masih diterima pakai oleh sebahagian pengamal politik.

Selamat Tinggal Politik Kotor

95. Mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera, ertinya kita mengucapkan selamat tinggal kepada politik persepsi, politik emosi, politik provokasi, politik fitnah, politik kebencian, politik dendam, politik kasar, politik keras, politik maki hamun dan politik yang bertindak secara membabi buta.

Sekian.

و باهلل التوفيق و الهداية

Muka Surat 26