definisi negara maju tepati keperluan...

1
M1NGGUAN MAlAYSIA. AHAD 22 FEBRUARI20tS " 11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111 1 11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111 Definisi n ega ra maju tepati kepe rl ua n manusia 1 ). P. _ OLEH KU SEMAN KU HUSSAIN B agi sesetengah pihak pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur seperti tumbuhnya kondominium, pusat membeli belah mewah, pusat hiburan serta kawasan-kawasan kediaman elit di pinggir ban dar ialah garis penunjuk negara maju menjelang tahun 2020. Perubahan daripada kawasan perumahan di Bangsar menjadi kawasan elit ala Hollywood dengan bercambah tempat bersantai para selebriti di pusat hiburan menegaskan lagi status negara maju semakin hampir genggaman kita. Pusat membeli belah mewah dan ternama di Kuala Lumpur menyediakan semua yang ada di pusat membeli belah terkemuka di London mahupun New York. lni juga menjadi satu penanda aras peningkatan tarafhidup warga kota yang mampu memiliki barang-barang berjenama dengan harga yang luar biasa mahalnya. Selain pusat membeli belah, Kuala Lumpur juga mempunyai rangkaian pusat perubatan yang menawarkan rawatan oleh pakar yang bukan lagi selesa tetapi bercirikan kemewahan. Ciri-ciri lain ialah ruang dan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang terbuka luas dengan tumbuhnya pusat pengajian tinggi swasta, malah yang bertaraf universiti dalam keadaan tidak terkawal. Pendidikan menjadi satu ciri penting negara maju tetapi yang berlaku di negara ini ialah menginc,lustrikan pendidikan. Kesannya melebarkan jurang , kampung dan bandar, antara kaum dengan kaum lain. Daripada yang dicapai itu, nampaknya tidak sampai tahun 2020 pun kita sudah mencapai status negara maju mengikut definisi Barat. Antara yang digariskan ialah pencapaian ekonomi yang tinggi dipacu oleh kemajuan industri, teknologi yang akhirnya menjurus kepada peningkatan pendapatan perkapita warga negara. Negara kita sudah memenuhi beberapa kriteria lain mengikut definisi Barat antaranya sistem demokrasi dalam politik, wujudnya kesedaran hak asasi manusia yang tinggi, sebagai bukti kebebasan bertindak dan bersuara sudah terlalu luas hingga mengambil ruang kebebasan golongan lain. Negara ini sudah KEMAJUAN fizikal bukan menjadi satu penanda aras nepra maju sekiranya mengabaikan aspek kemanusiaan. sarna seperti di Barat apabila orang.ramai bebas mengambil hak kebebasan orang lain di jalan-jalan raya kononnya untuk menegakkan hak asasi man usia. Banyak yang menganggap . pendapat perkapita dan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi penanda aras utama negara majll. Malah ciri-ciri yang menjurus kepada pencapaian material dilihat sebagai "kemajuan" dengan meminggirkan aspek-aspek lain kehidupan beragama, budaya dan moral. Pencapaian material inilah yang menjadi petanda aras status negara maju dalam kamus Barat. Kepentingan Adakah hanya disebabkan untuk menjadi negara maju maka beberapa ciri-ciri yang bertentangan dengan keperluan manusia untuk hidup dengan - aman dan harmoni harus dikorbankan? Apakah dengan pencapaian kita dari segi fizikal dan material sekarang ini mewajarkan sesetengah pihak berbangga kita semakin hampir menggenggam status negara maju? Padahal beberapa kecelaruan dari aspek keperluan manusia perlu ditambahbaik. Oleh kerana itu definisi "maju" dan "kemajuan" mesti dibaca dalam konteks yang lebih luas merangkumi kepentingan manusia secara umumnya. Tidak ada ertinya pencapaian yang materialistik seperti pendapatan perkapita atau KDNK kalau rakyat hidup dalam kebimbangan dan diganggu oleh ruang kebebasan melampau hak asasi manusia lain. Malah tidak ada ertinya negara maju kalau prinsip moral dan agama menjadi semakin rendah atau diperendahkan oleh gerakan menjurus kepada liberalisme agama dan budaya. Apakah ertinya kemajuan yang dizahirkan secara fizikal sekali gus mendidik naluri materialistik dengan berdirinya Bangsar South, Sri Hartamas, Mount Kiara dan berceracak pengiI),apan mewah pencakar langit di sekitar Jalan Duta kalau generasi muda Melayu menjadi mangsa kecanggihan teknologi penyiaran. Sebabnya banyak bahan yang dibawa tidak membangunkan pemikiran dan citra manusia. lnilah model kemajuan materialistik Barat. Kita tidak boleh merujuk model begini untuk menentukan status negara maju. Sebabnya model ini tidak dapat menyelesaikan masalah jurang kaya dan miskin, agama, so sial dan juga moral. Dengan , peningkatan grafkejadian pelanggaran garis moral dan agama dan bertambahnya kadar jenayah berat bunuh dan kekejaman yang melampaui naluri manusia, ini membuktikan model kemaj uan material Barat tidak boleh digunakan. Kemajuan secara mudahnya bukan sahaja maju di segi material tetapi mewujudkan satu ruang kehidupan yang aman serta tinggi citra insani dalam kalangan warganya. Maknanya sekiranya kita mendiami sebuah kawasan perumahim elit di Kuala Lumpur tetapi jalan menuju ke kediaman kita penuh dengan jenayah, manusia rosak akhlak seperti di Jalan Alor (pusat persundalan yang tidak diambil tindakan), semua itu menunjukkan kita belum mengecapi kemajuan yang sebenar. Begitu juga dengan kejayaan negara memiliki beratus-ratus saluran televisyen berbanding 20 tahun lalu hanya tiga saluran. lni belum lagi menunjukkan kita menuju negara maju melainkan kemajuan teknologi penyiaran itu mampu membina kekuatan jiwa kepada rakyat. Malah beratus-ratus saluran itu mungkin membawa kesan yang lebih buruk dari segi sosial walaupun kelihatan meningkat dari segi material. Berderetnya pusat judi, tidak kira sama ada halal atau haram menjadi pemangkin kepada penularan penyakit . dalam konteks agama dan moral bukanlah kemajuan namanya. Dalam konteks Barat, agama dan moral tidak menjadi ukuran konsep pembangunan bermodelkan materialistik. Tetapi dalam konteks kita, agama, moral dan rasa kemanusiaan menjadi kompas utama. Kalau terlepas dari kompas ini maknanya kita belum maju. Maka status negara maju mestilah dalam definisi kita kerana model Barat banyak pertentangan dengan inspirasi dan nilai masyarakat negara ini. Dalam kata lain secara mudahnya perkara material dan fizikal bukanlah ukuran mutlak menjadi negara maju sekiranya rakyat tidak dapat menikmati keamanan, kesejahteraan dan ruang penyuburan kemanusiaan yang yang secukupnya. •••••••••• •••••••••••• •• ••••• , ••••• ,11 111 11 111 1 "111111111.' •• •• •• 11 • • ••••• •• ••·•· •• ••••• •• ••••• •• ,'11111 11 IIIIIIIIilili

Upload: phunghanh

Post on 30-Jul-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

M1NGGUAN MAlAYSIA. AHAD 22 FEBRUARI20tS "

11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111 111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111

Definisi negara maju tepati keperluan manusia 'V\ I"'II.~ ~:;)... I '.I- / I 1 ). ~J P. ~ ~CQr.... _

OLEH KU SEMAN KU HUSSAIN

B agi sesetengah pihak pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur seperti

tumbuhnya kondominium, pusat membeli belah mewah, pusat hiburan serta kawasan-kawasan kediaman elit di pinggir ban dar ialah garis penunjuk negara maju menjelang tahun 2020. Perubahan daripada kawasan perumahan di Bangsar menjadi kawasan elit ala Hollywood dengan bercambah tempat bersantai para selebriti di pusat hiburan menegaskan lagi status negara maju semakin hampir ~alam genggaman kita.

Pusat membeli belah mewah dan ternama di Kuala Lumpur menyediakan semua yang ada di pusat membeli belah terkemuka di London mahupun New York. lni juga menjadi satu penanda aras peningkatan tarafhidup warga kota yang mampu memiliki barang-barang berjenama dengan harga yang luar biasa mahalnya. Selain pusat membeli belah, Kuala Lumpur juga mempunyai rangkaian pusat perubatan yang menawarkan rawatan oleh pakar yang bukan lagi selesa tetapi bercirikan kemewahan.

Ciri -ciri lain ialah ruang dan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang terbuka luas dengan tumbuhnya pusat pengajian tinggi swasta, malah yang bertaraf universiti dalam keadaan tidak terkawal. Pendidikan menjadi satu ciri penting negara maju tetapi yang berlaku di negara ini ialah menginc,lustrikan pendidikan. Kesannya melebarkan jurang , kampung dan bandar, antara kaum dengan kaum lain.

Daripada yang dicapai itu, nampaknya tidak sampai tahun 2020 pun kita sudah mencapai status negara maju mengikut definisi Barat. Antara yang digariskan ialah pencapaian ekonomi yang tinggi dipacu oleh kemajuan industri, teknologi yang akhirnya menjurus kepada peningkatan pendapatan perkapita warga negara.

Negara kita sudah memenuhi beberapa kriteria lain mengikut definisi Barat antaranya sistem demokrasi dalam politik, wujudnya kesedaran hak asasi manusia yang tinggi, sebagai bukti kebebasan bertindak dan bersuara sudah terlalu luas hingga mengambil ruang kebebasan golongan lain. Negara ini sudah

KEMAJUAN fizikal bukan menjadi satu penanda aras nepra maju sekiranya mengabaikan aspek kemanusiaan.

sarna seperti di Barat apabila orang.ramai bebas mengambil hak kebebasan orang lain di jalan-jalan raya kononnya untuk menegakkan hak asasi man usia.

Banyak yang menganggap . pendapat perkapita dan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi penanda aras utama negara majll. Malah ciri-ciri yang menjurus kepada pencapaian material dilihat sebagai "kemajuan" dengan meminggirkan aspek-aspek lain kehidupan beragama, budaya dan moral. Pencapaian material inilah yang menjadi petanda aras status negara maju dalam kamus Barat.

Kepentingan Adakah hanya disebabkan

untuk menjadi negara maju maka beberapa ciri-ciri yang bertentangan dengan keperluan manusia untuk hidup dengan -aman dan harmoni harus dikorbankan? Apakah dengan pencapaian kita dari segi fizikal dan material sekarang ini mewajarkan sesetengah pihak berbangga kita semakin hampir menggenggam status negara maju? Padahal beberapa kecelaruan dari aspek keperluan manusia perlu ditambahbaik.

Oleh kerana itu definisi "maju" dan "kemajuan" mesti dibaca dalam konteks yang lebih luas merangkumi kepentingan manusia secara umumnya. Tidak ada ertinya pencapaian yang materialistik seperti pendapatan perkapita atau KDNK kalau rakyat hidup dalam kebimbangan dan diganggu oleh ruang

kebebasan melampau hak asasi manusia lain. Malah tidak ada ertinya negara maju kalau prinsip moral dan agama menjadi semakin rendah atau diperendahkan oleh gerakan menjurus kepada liberalisme agama dan budaya.

Apakah ertinya kemajuan yang dizahirkan secara fizikal sekali gus mendidik naluri materialistik dengan berdirinya Bangsar South, Sri Hartamas, Mount Kiara dan berceracak pengiI),apan mewah pencakar langit di sekitar Jalan Duta kalau generasi muda Melayu menjadi mangsa kecanggihan teknologi penyiaran. Sebabnya banyak bahan yang dibawa tidak membangunkan pemikiran dan citra manusia.

lnilah model kemajuan materialistik Barat. Kita tidak boleh merujuk model begini untuk menentukan status negara maju. Sebabnya model ini tidak dapat menyelesaikan masalah jurang kaya dan miskin, agama, so sial dan juga moral. Dengan

, peningkatan grafkejadian pelanggaran garis moral dan agama dan bertambahnya kadar jenayah berat s~perti bunuh dan kekejaman yang melampaui naluri manusia, ini membuktikan model kemajuan material Barat tidak boleh digunakan.

Kemajuan secara mudahnya bukan sahaja maju di segi material tetapi mewujudkan satu ruang kehidupan yang aman serta tinggi citra insani dalam kalangan warganya. Maknanya sekiranya kita mendiami sebuah kawasan perumahim elit di Kuala Lumpur tetapi jalan menuju ke kediaman

kita penuh dengan jenayah, manusia rosak akhlak seperti di Jalan Alor (pusat persundalan yang tidak diambil tindakan), semua itu menunjukkan kita belum mengecapi kemajuan yang sebenar.

Begitu juga dengan kejayaan negara memiliki beratus-ratus saluran televisyen berbanding 20 tahun lalu hanya tiga saluran. lni belum lagi menunjukkan kita menuju negara maju melainkan kemajuan teknologi penyiaran itu mampu membina kekuatan jiwa kepada rakyat. Malah beratus-ratus saluran itu mungkin membawa kesan yang lebih buruk dari segi sosial walaupun kelihatan meningkat dari segi material.

Berderetnya pusat judi, tidak kira sama ada halal atau haram menjadi pemangkin kepada penularan penyakit . dalam konteks agama dan moral bukanlah kemajuan namanya. Dalam konteks Barat, agama dan moral tidak menjadi ukuran konsep pembangunan bermodelkan materialistik. Tetapi dalam konteks kita, agama, moral dan rasa kemanusiaan menjadi kompas utama. Kalau terlepas dari kompas ini maknanya kita belum maju.

Maka status negara maju mestilah dalam definisi kita kerana model Barat banyak pertentangan dengan inspirasi dan nilai masyarakat negara ini. Dalam kata lain secara mudahnya perkara material dan fizikal bukanlah ukuran mutlak menjadi negara maju sekiranya rakyat tidak dapat menikmati keamanan, kesejahteraan dan ruang penyuburan kemanusiaan yang yang secukupnya.

•••••••••• •••••••••••• •• ••••• , ••••• ,11 111 11 111 1 "111111111.' •• •• •• 11 • • ••••• • •• • ••·•· •• ••••• •• ••••• •• ,'11111 1 1 IIIIIIIIilili