barangan logam dan kelengkapan

10
Kerangka konsep Jenis bahan mentah 4.0 PENGENALAN Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah- langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Keadah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah dalam kerja kemasan ialah: BAHAN KEMASAN JENIS MINYAK LINSID LILIN SYELEK LEKAR CAT VARNIS STAIN TIMBERTON E

Upload: tan-kooi-hiang

Post on 19-Feb-2015

293 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

dsfsdf

TRANSCRIPT

Page 1: Barangan Logam Dan Kelengkapan

Kerangka konsep Jenis bahan mentah

4.0 PENGENALAN

Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja

terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan.

Keadah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan

bendakerja.

Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau

projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak

akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut.

Antara langkah dalam kerja kemasan ialah:

Memilih cat atau kemasan yang sesuai

Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan

tepung penyumbat ( Filler power )

BAHAN KEMASAN

JENIS

MINYAK LINSID LILIN

SYELEK LEKAR

CAT VARNIS

STAIN TIMBERTONE

Page 2: Barangan Logam Dan Kelengkapan

Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand

paper )

Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat

dan mengecat samada mengunakan berus atau spray

Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik

Menghilangkan kesan calar atau cacat

Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga

Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama

4.1 Jenis Bahan Kemasan

Lilin

Minyak Linsid

Syelek atau sampang syelek

Cat

Lekar

Varnis

Stain

Timber tone

JENIS BAHAN JENIS KEMASAN YANG SESUAI

Page 3: Barangan Logam Dan Kelengkapan

Kayu

Cat minyak

Syelek

Sampang

Lekar

Lilin

Lekar plastic

vinil

KeluliCat minyak

Cat bitumen

lekar

Lepa simen/gypsiumCat distemper

Cat air / cat emulasi

Cat minyak

4.1.1 Kemasan Lilin

Page 4: Barangan Logam Dan Kelengkapan

Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan

lembut.

Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine

dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap

ke dalam ira kayu.

Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain

lembut. Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine

sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam

cecair lilin.

4.1.2 Syelek

Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu.

Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac

bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di

Asia Tenggara.

Resin syelek larut di dalam alkohol – methylated spirit.

Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara

sembur atau sapu dengan berus.

Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam

alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap.

Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca

atau bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan

menjadi gelap.

Page 5: Barangan Logam Dan Kelengkapan

4.1.3 Sampang (Varnis)

Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila,

kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak

pengering (linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti

turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atai

sembur.

Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil

masa selama 12 hingga 24 jam.

Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai

digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

4.1.4 Cat minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.

Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan

pengoksidaan.

Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu

lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih

dan minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti

turpentine.

Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

4.1.5 Cat air atau cat emulsi.

Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah

dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan.

Page 6: Barangan Logam Dan Kelengkapan

Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan

dan memerlukan air sebagai agen pencair.

Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan

untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok

dalam dan tembok luar.

Pengeringanya ialah melalui sejatan dan resapan.

Cat ini mudah digunakan samada disapu dengan berus, digelek

dengan penggelek ataupun disembur.

Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang

baru..

4.1.6 Lekar (lacquer)

Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-

cellulose).

Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering.

Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.

4.1.7 Venier Kayu

Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada

permukaan kayu.

Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada

permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.

Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:

a. Kayu Cengal

b. Kayu Nyatoh

c. Kayu Balau

d. Kayu Meranti

e. Kayu Sepetir

4.2 Barangan logam dan kelengkapan

4.2.1 Jenis-jenis paku

Page 7: Barangan Logam Dan Kelengkapan

Paku biasa (common nail) – berkepala bulat dan sesuai digunakan

dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding,

membuat kotak dan pembinaan am.

Paku kotak (box nail) – serupa dengan paku biasa kecuali toloknya

lebih kecil.

Paku kemasan (finishing nail) – digunakan untuk kerja-kerja kemasan

seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang

tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru

dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan

pembenam paku.

Paku panel (casing nail) – sejenis paku dawai yang halus, kepalanya

berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada

kayu.Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai

digunakandalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu.

Paku venir – Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan

kadang-kadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai

dan bahan-bahan yang nipis.

Paku payung – kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam

pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang

kebocoran di tempat yang dipakukan.

Page 8: Barangan Logam Dan Kelengkapan

Paku berkepala dua – mempunyai dua kepala, digunakan dalam

pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama

terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut

dengan tukul berkuku.

Paku konkrit – diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan

kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang,

memasang pendakap dan sebagainya.

Paku bergelugur (berangkai) – sejenis paku nipis berbentuk segiempat

bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan

untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung

tanggam.