kelengkapan pelindung peribadi

47
ISI KANDUNGAN TAJUK MUKASURAT KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA 1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI 2-5 TOPI KESELAMATAN DAN SAFETY BOOTS 6-9 GOOGLES DAN SARUNG TANGAN 10 -12 APRON 13 TOPENG 14- 15 FIRST AID KIT 16-20 PEMADAM API 21-23 LAIN-LAIN YANG BERKAITAN 24-28 ETIKA DAN PERATURAN 29 KESIMPULAN 30 LAMPIRAN 31- 50

Upload: azil14

Post on 25-Jun-2015

12.011 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kelengkapan Pelindung Peribadi

TRANSCRIPT

Page 1: Kelengkapan Pelindung Peribadi

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA 1

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI 2-5

TOPI KESELAMATAN DAN SAFETY BOOTS

6-9

GOOGLES DAN SARUNG TANGAN 10 -12

APRON 13

TOPENG 14- 15

FIRST AID KIT 16-20

PEMADAM API 21-23

LAIN-LAIN YANG BERKAITAN 24-28

ETIKA DAN PERATURAN 29

KESIMPULAN 30

LAMPIRAN 31- 50

RUJUKAN 51

Page 2: Kelengkapan Pelindung Peribadi

KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Pada hari ini, berita mengenai kemalangan di tempat kerja kerap didengari, ditontoni

dan dibaca serta terpapar dalam akhbar tempatan. Malah, ada juga kemalangan itu alami oleh

saudara atau kawan kawan kita sendiri. Apa yang anehnya ialah ada di antara kemalangan itu

diulangi seolah-olah kita tidak mempelajari dan mengambilnya sebagai iktibar. Akibat terlalu

kerap kita mendengar mengenai kemalangan, ada kadangkalanya kita merasakan kemalangan

itu semacam lumrah, iaitu sesuatu yang memang akan berlaku dan tidak dapat dielakkan di

dalam dunia pekerjaan sekarang.

Oleh kerana kemalangan tersebut melibatkan manusia, maka manusialah yang

bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling manusia itu

hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di dalam mencipta, mempunyai,

mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazard tersebut.

Oleh sebab itu, kita memerlukan peralatan , pemakaian, undang –undang ,dan sikap

manusia itu sendiri agar keselamatan tidak kira di tapak bina, bengkel kereta atau di mana-

mana pun hendaklah sentiasa dipandang serius.

Page 3: Kelengkapan Pelindung Peribadi

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

Kelengkapan Pelindungan Peribadi (PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT)adalah

kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada

hazard yang sedang ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api,

Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Kelengkapan

dan peralatan di bawah menunjukkan beberapa jenis Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang

biasa digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng

terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini

dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.

Seperti kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi ini mestilah dipilih secara

terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang optimum serta

had penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yang

ditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Keadaan ini bagi memastikan bahawa

kelengkapan tersebut boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan apabila digunakan.

Page 4: Kelengkapan Pelindung Peribadi

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

(PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT)

BENGKEL MEKANIKAL

Sarung Tangan Keselamatan

Apron (kimpalan)

Jaket industri

Topeng Muka Kimpalan

Safety Boots

Page 5: Kelengkapan Pelindung Peribadi

KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

(PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT)

BENGKEL KAYU

Safety helmet

Ear Muff

Goggles

Dust Mask

Safety Boots

Page 6: Kelengkapan Pelindung Peribadi

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DI BENGKEL KESELAMATAN

Page 7: Kelengkapan Pelindung Peribadi

TOPI KESELAMATAN

Topi keselamatan ialah sejenis topi yang popular digunakan di tempat kerja

terutamanya di tapak bina. Di dalam topi tersebut terdapat ‘’suspension’’ di mana ia dapat

meyebarkan berat helmet di atas topi.Ia juga memberi ruang iaitu sebanyak 30mm di antara

kulit helmet dengan kepala pemakai supaya dapat melindingi kelapa jika terdapat objek

terjatuh ke atasnya

Topi kaledar pula digunakan jika anda bekerja di kawasan pengimpalan atau kawasan

bahan cairan. Kecederaan di kepala adalah disebabkan oleh objek yang beterbangan atau jatuh

pada objek yang tetap. Pelindung kepala dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu

menahan hentakan dan gelungan yang mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan

kepada tengkorak dan juga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.

Page 8: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Topi keselamatan Kegunaan Kesan

Kelas A Hazard hentakan misalnya digunakan dalam industry

perlombongan , pembinaan, pembinaan kapal, pembalakan dan

pembuatan.

Hentaman yang kuat akan mempecahkan tulang

tengkorak

Kelas B Hazard hentakan dan penembusan daripada objek

tajam dan hazard elektrik, misalnya digunakan oleh

pekerja elektrik

Benda tajam akan menembusi tulang

tengkorak

Kelas C Hazard impak yang kurang kuat dan tanpa perlindungan hazard elektrik . Digunakan dalam industry pembuatan, penapis minyak, logi kimia.

Member ketidakselesaan jika terkena hentaman

Topi keselamatan dilengkapi dengan

perlindungan telinga dan pengikat

Perlindung kepala dalam operasi memadam

kebakaran.

Bunyi yang amat kuat akan merosakkan gegedang

telinga

Topi keselamat yang dilengkapi cermin dan

perlindungan pernasafan

Melindung mata,hidung dan organ kita semasa berada di

tempat yang mempunyai hazard kimia yang tinggi

Bahan kimia akan memrosakkan system

pernafasan dan organ badan

Page 9: Kelengkapan Pelindung Peribadi

KASUT KESELAMATAN

Terdapat banyak jenis dan gaya kasut keselamatan di pasaran pada hari ini. Kasut

keselamatan penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya

seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya

diperkuatkan dengan keluli. Kasut tersebut juga menahan atau bertindak sebagai penebat bagi

suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik.

But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti percikan api.

Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril digunakan bagi

melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter juga menampilkan penetap atau menggunakan

zip bertujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan bahan-bahan yang masuk ke

dalam but. Jika bekerja di kawasan elektrik, but istimewa penebat elektrik tersebut direka khas

seperti menggunakan tapak penebat elektrik.

Page 10: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Kasut keselamatan Kegunaan Kesan

Tapak berlapik dengan bahan kalis haba

Perlindungan kaki daripada hazard panas

Kulit kaki akan terbakar, cedera

Hujung kasut (bahagian jari kaki)

Perlindungan kaki daripada hazard berat

Tulang kaki akan terpatah, retak dan hancur jika

hentaman yang terlalu kuat

Kasut diperkukuh dengan logam atau pelindung

metatarsal

Perlindung kaki daripada hazard tekanan dan tajam

Tekanan yang tinggi akan menbatalkan kaki dan

menghancur tulang

Kasut keselamat tapak bergetah dan berlekuk

dan beralur

Perlindungan daripada tergelincir

Tergrlincir akan menyebabkan kaki terseliur

dan patah

Page 11: Kelengkapan Pelindung Peribadi

GOOGLES

Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yang

beterbangan,partikal,wasap,luapan atau cahaya yang boleh menyebabkan kecenderaan

penglihatan.

Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin baisa tetapi melindungi mata dari

partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh

diperolehi do dalam bentuk perlindung tepi,cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan

tambahan.

Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan

ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang dtang dari semua arah seperti

gambar di atas.

Page 12: Kelengkapan Pelindung Peribadi

CIRI-CIRI GOOGLES DAN FUNGSINYA

Pelindung mata dan muka direkabentuk untuk hazard tertentu. Pemilihan boleh dibuat

berdasarkan jenis dan darjah hazard serta keseledaan memakai.

Pelindung mata dibuat dalam berbagai spesifikasi lense bagi tujuan perlindungan

daripada tenaga pencaran. Misalnya, ketebalan < 3.2mm kelengkapan perlindungan

minimum 4 (lensa paling gelap membawa nilai 10)

Ketebalan > 12.7mm kegelapan perlindungan minimum 6

Perisai muka'goggle'

Page 13: Kelengkapan Pelindung Peribadi

SARUNG TANGAN

Sarung tangan tidak menjaminkan tidak berlakunya kemalangan,tetapi hanya mengamalkan cara kerja yang selamat dan berhati-hati sahaja bagi mampu memastikan pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan,selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya. Jenis-jenis sarung tangan seperti:

Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan dari kesan gatal.

Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi tangan anda dari kesan panas,haba atau sejuk.

Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau pengeseran pada permukaan kasar.

Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar. Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.

Pakaian dan sarung tangan diperbuat daripada:

Bulu kambing Kulit Fabrik getah,neoprene dan plastik Fabrik berlapikkan plumbum Fabrik kapas berkait

Pelindungan daripada harzard haba. Pelindungan daripada haba kering dan api.

Page 14: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Pelindungan daripada asid. Pelindungan daripada sinar gama dan x-ray. Pelindungan daripada benda tajam,kasar dan berat.

TOPENG KESELAMATAN

Kerja-kerja kimpalan jika dibuat tanpa pemakaian dan pemeriksaan keselamatan yang cukup

mungkin membahayakan manusia itu sendiri.Oleh itu ,bagi mengelakkan perkara ini berlaku,

maka kita perlulah memakai peralatan kelengkapan pelindung peribadi ( Personal Protective

Equipment).

Topeng Muka Kimpalan ( Welding Helmets )

Fungsi Welding Helmets yang dilengkapi dengan plat bewarna hitam adalah untuk:

Kesan-kesan jika tidak menggunkan peralatan di atas:

Berlakunya Arc Eye di mana cahaya UV menyebabkan berlakunya keradangan pada kornea dan boleh menyebabkan retina mata kita terbakar.

Mencegah daripada muka, mata dan leher dari percikan api dan juga memberi perlindungan dari sinaran radiasi dan keamatan cahaya yang tinggi atau

kimpalan semasa bekerja menggunakan pengimpal .

Page 15: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Mata terdedah pada percikan api, habuk-debu, objek tajam-kasar dan yang seumpamanya.

KESELAMATAN SEMASA KERJA KIMPALAN DIJALANKAN

Page 16: Kelengkapan Pelindung Peribadi

APRON

Apron atau dikenali sebagai ‘welding apron’ .Ia banyak digunakan semasa kimpalan dilakukan

disebabkan kebanyakan proses kimpalan membabitkan open electric arc atau open electric

flame Risiko untuk terbakar, melecur adalah amat tinggi. Oleh sebab itu, kita mestilah memakai

kelengkapan pelindung peribadi dengan sarung tangan keselamatan (leather gloves) dan jaket

industry serta apron (untuk kimpalan).

Fungsi Apron (untuk kimpalan) adalah untuk :

Bentuk perlindungan yang dapat diberi ialah:

Hazard haba (memberi insulasi kepada tubuh)

Hazard asid (asid tidak akan terus terkena kepada kulit,sebaliknya mengenai jaket sahaja)

Objek-objek tajam, kasar (mengurangkan risiko kecederaan –luka,calar,hirisan pada badan)

memberi perlindungan kepada bahagian atas badan (kecuali kepala), merangkumi lengan, tangan, dada serta bahagian belakang badan

Page 17: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Hazard radioaktif – menyekat sinaran gamma atau sinaran TIDAK meresapi tubuh

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia

merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap

keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau

kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans

membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan

keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri,

kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia

merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang

menyeluruh

Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi

kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi

Page 18: Kelengkapan Pelindung Peribadi

mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering .Kandungannya mestilah diperiksa dalam

satu jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh

dan berada dalam keadaan baik.

UBAT-UBATAN YANG ADA PADA FIRST AID KIT

Page 19: Kelengkapan Pelindung Peribadi

SATU KIT YANG ASAS MENGANDUNGI :

1. Krim “antihistamine” untuk melegakan rasa gatal

2. Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)

3. Tablet “paracetamol” atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada orang di bawah umur 16 tahun)

4. Pembalut luka (bandage)

Page 20: Kelengkapan Pelindung Peribadi

5. Plaster (sepeket)

6. Pita bergam untuk membalut

7. “Crepe” bandage (untuk rawatan terseliuh)

8. Pembalut elastik

9. Pembalut tiga segi

10. Losyen “calamine” untuk ruam yang gatal

11. Kapas steril (1 gulung)

12. Pembalut luka atau dressing

13. “Gauze” parafin (untuk luka terbakar)

14. “Gauze” steril

15. “Dressing” untuk luka (2 saiz)

16. Basuhan mata

17. Lampu suluh

Page 21: Kelengkapan Pelindung Peribadi

18. Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)

19. Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu

20. Putik kapas (untuk meletakkan ubat)

21. Pin (untuk menetapkan bandage)

22. Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan

pertolongan cemas sahaja)

23. Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)

PEMADAM API

Page 22: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Pemadam api adalah alat yang digunakan untuk memadamkan api dalam sebuah

kebakaran kecil. Pemadam api tidak dirancang untuk digunakan pada kebakaran yang sudah

tidak terkawal, misalnya ketika api sudah membakar langit-langit. Umumnya pemadam api

terdiri dari sebuah tabung tekanan tinggi yang berisi cairan pemadam api.

Pemadam api terbagi menjadi beberapa jenis: bahan kimia kering (natrium hidrogen

karbonat/amonium sulfat) menghilangkan reaksi kimia antara panas, oksigen, dan bahan bakar.

Pemadam busa memisahkan oksigen dari bahan bakar. Pemadam yang menggunakan air

menghilangkan api dan panas dari bahan yang terbakar. Pemadam CO2 menghilangkan oksigen

yang dipakai oleh pembakaran.

Tidak kesemua jenis pemadam itu boleh digunakan dalam keadaan yang sama. Sebagai

contoh, seseorang tak dapat menggunakan pemadam CO2 untuk memadamkan kebakaran yang

diakibatkan oleh aliran eletrik. Sebaliknya, seseorang harus menggunakan bahan kimia kering.

ALAT-ALAT PEMADAM KEBAKARAN DIBAHAGIKAN KEPADA DUA BENTUK UTAMA IAITU :

1. Pemadan api jenis mudahalir

Page 23: Kelengkapan Pelindung Peribadi

2. Pemadam api jenis tetap.

A)Pemadan api jenis mudahalih

Alat ini penting untuk semua jenis bangunan dan rumah-rumah kediaman termasuk bangunan yang telah dipasang dengan system pemercik automatic

Ia berfungsi sebagai alat bantu mula untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Alat ini hendaklah diletakkan di lokasi yang mudah dicapai atau dilihat di dalam

sesebuah bangunan. Berikut adalah jenis-jenis alat pemadam kebakaran mudahalir yang dikelaskan

mengikut kesesuaian penggunaannya iaitu :o Alat pemadam api jenis air.o Alat pemadam api jenis busao Alat pemadam api jenis gas karbon dioksidao Alat pemadam api jenis serbuk kering

Alat pemadam api jenis serbuk kering :

Boleh memadam api bagi semua jenis kebakaran. Kandungan bahan-bahan kimia yang digunakan terdiri dari 97% sodium

bikarbonat,1.5% magnesium stearat,1% magnesium karbonat dan 0.5% trikalsium fosfat.

Kandungan bahan-bahan kimia ini diisikan di dalam tabung luar. Warna silindernya ialah biru muda. Kelebihannya ialah :

o Dapat bertindakbalas dengan lebih berkesan jika berbandingkan dengan alat-alat pemadam api jenis lain.

KEGUNAAN ALAT PEMADAM API

Page 24: Kelengkapan Pelindung Peribadi

PASS P – Pull

A – Aim

S – Squeeze

S – Sweep

Pull : Cabutkan pin alat pemadan api

Aim : Halakan nozel ke pangkal api

Squeeze : Tekan tuil.

Sweep : Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan sampai api dipadam.

Page 25: Kelengkapan Pelindung Peribadi

ETIKA DAN PERATURAN DI BENGKEL / MAKMAL

JAKET BENGKEL/MAKMAL

1. Diperbuat dari kapas (cotton) ataupun polyester 2. Dipakai semasa berada di dalam makmal/bengkel3. Tujuan :

a. Melindungi pakaian dan juga bahagian atas badan si pemakai dari tumpahan cecair (panas,asid,berminyak dsb.) dan juga sentuhan dengan objek tajam,kasar,panas ; apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan hazard kepada individu terbabit

b. Mewujudkan satu bentuk keseragaman semasa berada di makmal dari segi pakaian bagi memenuhi peraturan dan kod etika Politeknik bagi para pelajar

c. Memberi keselesaan serta keyakinan kepada para pelajar apabila melakukan kerja-kerja luar,aktiviti di bengkel mahupun ujikaji di dalam makmal

d. Memberi sebuah imej profesional kepada si pemakai (pelajar ataupun pensyarah) , politeknik dan seterusnya institusi pengajian di mana kemahiran vokasional dan teknik dapat diserlahkan dengan pemakaian jaket ini.

4. Mempunyai tiga poket ; dua berbutang di bahagian dada (di bahagian poket kiri terdapat satu lubang kecil di atasnya bagi tujuan menyimpan pen atau yg seumpamanya) dan satu di sebelah luar lengan kiri

5. Di bahagian hujung lengannya juga turut berbutang seperti kemeja.6. Butang pada bahagian tengah jaket dilitupi dengan kain jaket itu juga ,menjadikan

butang-butangnya tersembunyi dari pandangan hadapan.7. Tujuan butang-butang tersebut disembunyikan ialah untuk mengelakkan butang-butang

dari mengenai objek-objek atau apa-apa sahaja yang boleh ,secara tidak sengaja,

Page 26: Kelengkapan Pelindung Peribadi

merosakkan malah mencabut butang-butang dari baju. Di samping itu, penyembunyian butang-butang terbabit memberi rupa yang elegan kepada jaket tadi.

VEST FLUORESCENT/PEMANTUL CAHAYA

1. Diperbuat dari pelbagai bahan(gabungan atau salah satu daripada) - kapas (cotton), polyester, kanvas dsb.

2. Tujuannya ialah untuk meningkatkan lagi kebolehlihatan (visibility) si pemakai vest ini kepada orang lain

Contoh aplikasi vest pemantul cahaya ini

i. Pekerja tapak bina – terutama sekali pada waktu malam, atau mereka yang membaikpulih jalanraya dan sebagainya

ii. Penunggang motorsikal – waktu malamiii. Anggota polis iv. Pengawal keselamatanv. Paramedik

vi. Penunggang basikalvii. Pengendali (‘operator’) kawasan

di mana penglihatan adalah terbatas atau sukar – pengendali landasan kapal terbang, pekerja landasan keretapi

3. Penggunaan vest ini tidak semestinya digunakan pada waktu malam sahaja, malah turut digunakan pada waktu siang. Lazimnya vest pemantul berwarna oren akan digunakan bagi meningkatkan lagi kebolehlihatan mereka bagi membezakan si pemakai dengan persekitarannya. Vest pemantul waktu pagi (oren) dan malam

(kuning)

Page 27: Kelengkapan Pelindung Peribadi

4. Tidak berlengan dan dikancing dengan samada butang ,zip ,tali dan “fastener” ataupun tidak berkancing.

5. Mempunyai dua jalur (atau tiga) reflektif merentasi bahagian abdomen vest

Sedangkan haiwan seperti unta pun memakai pakaian fluorescent, apakah alasan kita untuk tidak mementingkan keselamatan di tempat kerja?

Pemakaian vest pemantul di tapak bina

Page 28: Kelengkapan Pelindung Peribadi

“BOILERSUIT”,”OVERALLS”, ”COVERALLS”

1. Merupakan pakaian yang paling meluas digunakan dalam bidang perindustrian, perkilangan, permesinan dan juga seumpamanya (termasuk industri pembinaan)

2. “Boilersuit” dan “coveralls” merupakan sejenis overall, dimana merupakan “one-piece” suit, namun yang membezakan overalls dengan yang lain ialah overalls tidak berlengan dan ianya melitupi sebahagian kecil bahagian abdomen.

3. Tujuannya :Memberi perlindungan kepada pekerja daripda hazard yang pelbagai seperti

i. Hazard fizikal - Objek keras,tajam,kasar,berkarat,panas,api dsbii. Hazard kimia - Minyak,asid,alkali,pelarut,racun,sisa toksik

b. Memberi keselesaan kepada para pekerja semasa melakukan kerja-kerja, berbanding dengan mereka yang tidak memakai pakaian ini semasa bekerja

c. Memberi kemudahan bagi para pekerja untuk melaksanakan tugas,misalnya overalls mampu menampung sebilangan kecil alatan pertukangan dalam poket kecilnya

d. Menjadi uniform bagi sesetengah organisasi (kecuali overalls)e. Sebagai identiti bagi organisasi, bagi membeza-bezakan pekerja kepada seksyen

ataupun unit (division, lazimnya dalam kod warna – misalnya – hijau untuk unit elektrikal,kuning untuk unit pemasangan – kilang mesin)

4. Persamaan ketiga-tiga jenis pakaian ini ialah ianya diperbuat dari kain yang mempunyai ketahanan,kelasakan (durability) yang tinggi seperti kanvas dan juga polyester yang telah diubahsuai. Namun bagi overalls pula ianya diperbuat dari denim (kain jeans) tetapi boleh juga diperbuat dari bahan yang lain (kanvas, “cotton” dsb.)

5. Perbezaan yang ketara antara pakaian ini ialah bahagian atasnya. Overalls lazimnya dikancing dengan butang (“bib-and-brace”) manakala coveralls/boilersuit adalah seperti jumpsuit,dikancing dengan zip ataupun dengan butang. Boilersuit/coveralls juga berlengan panjang tidak seperti overalls

Overalls (kiri) , boilersuit/coveralls (kanan)

Page 29: Kelengkapan Pelindung Peribadi

6. Boilersuit/coveralls juga lebih kurang sama seperti jumpsuit, dari segi litupan pada badan pemakai (jumpsuit – pakaian penerjun udara atau tentera udara)

7. Pemakaian pakaian ini amat sinonim sekali dengan bidang perindustrian dan memang termaktub di dalam undang-undang akan kewajipan pemakaiannya.

Seperti yang boleh dilihat di sini, coveralls (kiri) melitupi keseluruhan bahagian badan (kecuali bahagian tapak kaki dan kepala/leher) manakala overalls tidak. Akan tetapi overalls mempunyai kantung yang besar di bahagian hadapan bajunya (anak panah merah) yang boleh digunakan untuk meletak alatan pertukangan dan sebagainya

Page 30: Kelengkapan Pelindung Peribadi

KESIMPULAN

Apa yang dapat kami simpulkan di sini ialah keselamatan di tempat kerja adalah mandatori dan kritikal. Menegaskan bahawa ianya penting sahaja tidak memadai bagi mengingatkan para pekerja apabila bertugas di kawasan yang berisiko akan keselamatan.

Berdasarkan apa yang telah kami dapati dari hasil pencarian kami untuk tugasan ini ialah terdapat pelbagai jenis kelengkapan perlindungan diri bagi melindungi hampir kesemua bahagian di badan yang terdedah kepada hazard. Baik dari kepala hinggalah ke kaki , terdapat alatan serta pemakaian yang khusus untuk melindungi bahagian badan terbabit.

Namun demikian, tidak semua alatan atau pakaian perlindungan diri ini sesuai untuk sesetengah keadaan. Misalnya sarung tangan heavy duty seharusnya dipakai semasa mengimpal berbanding dengan sarung tangan kain biasa.

Perlindungan yang diberikan pula khusus dan terbukti selamat, ditambah lagi dengan faktor individu (mematuhi peraturan,etika). Etika serta peraturan di tempat kerja juga bukanlah semata-mata pernyataan di atas papan sahaja. Sewajarnya ia dipatuhi oleh semua pihak yang termaktub dengannya.

Tugasan ini telah memberikan kami peluang untuk meneroka dengan lebih mendalam lagi mengenai perihal peralatan perlindungan diri di tempat kerja, etika dan peraturan di tempat kerja, kemudahan kecemasan di tempat kerja dan juga pendedahan mengenai alam pekerjaan dalam bidang industri yang tpenuh dengan hazard dan risiko bagi kemalangan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Ronina dan juga semua pihak yang terbabit dalam proses melengkapkan tugasan ini, terutama sekali ahli-ahli kumpulan kami

Page 31: Kelengkapan Pelindung Peribadi

LAMPIRAN

Gambar di atas menunjukan alat-alat keselamatam yang perlu dipakai semasa berada di bengkel mekanikal

Page 32: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Gambar di atas menunjukkan tanda-tanda keselamatan di mana perbuatan sesetengah perkara

dilarang sama sekali semasa berdekatan di bengkel .

Page 33: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Gambar di atas menunjukkan postes ‘ UTAMAKAN KESELAMTAN’ agar tahap kesedaran keselamatan bagi setiap pelajar diberi perhatian semasa di bengkel .

Page 34: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Gambar di atas menunjukkan simbol ‘ KELUAR ’ iaitu sebagai laluan keluar kecemasan bagi memudahkan pelajar tahu akan laluan keluar dari bengkel.

Page 35: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Gambar di atas menunjukkan tempat letaknya ‘FIRST AID KIT’

Page 36: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Gambar menunjukkan Contoh Fire Blanket

Page 37: Kelengkapan Pelindung Peribadi

Gambar menunjukkan simbol Pertolongan Cemas

Page 38: Kelengkapan Pelindung Peribadi

KEMALANGAN PEKERJAAN DARI

JANUARI 2009 SEHINGGA OGOS

2009 (TELAH DISIASAT)

Sumber : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Kementerian Sumber Malaysia

Page 39: Kelengkapan Pelindung Peribadi

THUK – TANPA HILANG UPAYA

HUK – HILANG UPAYA

Page 40: Kelengkapan Pelindung Peribadi

RUJUKAN

1. http://www.worksafebc.com/news_room/news_releases/assets/nr_07_01_12/

crane_accidents_mobile.pdf

2. http://www.hazardinfo.com/CraneResearchStudy-PrintFormat.pdf

3. http://shippai.jst.go.jp/en/Detail?fn=2&id=CD1000142

4. http://www.osh.dol.govt.nz/order/catalogue/pdfs/piling-rig.pdf