barangan ribawi

9
PENENTUAN BARANGAN RIBAWI OLEH ULAMA & CARA URUS NIAGANYA AZHAR IMTIAZ COOPERATION IPEM 3101 SISTEM KEWANGAN ISLAM

Upload: nor-azhar-aduka

Post on 21-Jun-2015

350 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

IPEM3101 Sistem Kewangan Islam, Penentuan Barangan Ribawi,

TRANSCRIPT

Page 1: Barangan Ribawi

PENENTUAN BARANGAN RIBAWI OLEH ULAMA & CARA URUS NIAGANYA

AZHAR IMTIAZ COOPERATION

IPEM 3101 SISTEM KEWANGAN ISLAM

Page 2: Barangan Ribawi

HADIS BARANGAN RIBAWI

:وسلمعليهاهللصلىاهللرسولقالقالالصام ت ب ن عبادة عن

رب الشع ير والشع يرب ال ب ر وال ب ر ب الف ضة وال ف ضةب الذهب الذهب والتم ر ث لاب ال م ل ح وال م ل حب التم ث ل م اب سواء سواءاب م ت لفت فإ ذاب يد يدا هذ ه اخ

ناف ص ئ تم كي ففب يعواال اكانإ ذاش .ب يد يداDaripada ‘Ubadah b. al-Samit, Rasulullah bersabda:

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar garam dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan sama, unjuk-mengunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unjuk mengunjuk.”

Page 3: Barangan Ribawi

Ulama’ tidak sependapat dalam barang-barang yang dikategorikan sebagai barang ribawi iaitu apakah ia terhad kepada apa yang terkandung dalam hadis sahaja atau barang-barang lain yang mempunyai 'illah yang sama juga termasuk dalarn kategori berkenaan?

Dalam persoalan di atas, pendapat fuqaha boleh dipecahkan kepada dua:

i) Barang ribawi hanya terhad kepada apa yang dinaskan dalam hadis Rasulullah s.a.w. sahaja, yang dipegang dinyatakan oleh fuqaha Zahiri

ii) Barang-barang ribawi tidak terhad kepada apa yang dinaskan dalam hadis Rasullullah s.a.w. sahaja, malah mana-mana barang lain yang mempunyai 'illah yang sama dikira barang ribawi (pandangan jumhur)

Page 4: Barangan Ribawi

Pendapat yang rajih ialah pendapat jumhur kerana enam kategori barang yang disebut dalam hadis 'Ubadah ibn al-Samit tersebut merupakan barang-barang yang masyhur dan banyak digunakan dalam urusan seharian masyarakat Arab ketika itu. Jadi apa yang disebut dalam hadis berkenaan hanyalah atas dasar contoh dan tidak bertujuan mengehadkan enam kategori itu sahaja sebagai barang ribawi.

Sebagai dalilnya, terdapat hadis lain yang dalam bentuk umum seperti hadis berikut:

ث ل ب م ث لا م الطعامب الطعام

Yang bermaksud:

"(Sebarang pertukaran) makanan dengan makanan hendaklah sama banyak ... "

Page 5: Barangan Ribawi

Walaupun jumhur sepakat mengatakan barang ribawi tidak terhad kepada enam kategori yang disebut dalam hadis berkenaan sahaja, tetapi mereka tidak sepakat dalam menentukan 'illah barang tersebut disifatkan sebagai barang ribawi. a. Bagi emas dan perak, 'illahnya ialah alat pertukaran (mata wang). Ini kerana emas dan perak merupakan alat pertukaran dalam transaksi seharian pada zaman Rasulullah s.a.w. Tambahan pula pemakaian 'illah ini membolehkan kita mengkategorikan wang kertas sebagai barang ribawi kerana emas dan perak pada zaman kini bukan lagi alat pertukaran dalam transaksi harian.

Page 6: Barangan Ribawi

b. Bagi 4 kategori selainnya (gandum, barli, kurma dan garam), 'illahnya ialah makanan yang disukat atau ditimbang dari jenis yang sama. 'Illah ini selaras dengan hadis riwayat 'Ubadah ibn al Samit yang mana makanan yang disebut merupakan makanan asasi yang biasanya dijual secara timbangan atau sukatan dan kebiasaannya makanan tersebut sentiasa ada dalam stok simpanan orang ramai. Tambahan pula makanan yang dijual secara sukatan atau timbangan menjadi bukti tentang kepentingan makanan tersebut dalam kehidupan seharian, atau apa yang dinamakan sebagai makanan asasi yang boleh menjejaskan maslahah orang ramai bila berlaku riba dalam urusan yang berkaitan dengannya.

Page 7: Barangan Ribawi

Persamaan jenis dalam kelompok yang sama

- At-Tasawi: Kedua-dua barang tukaran perlu sama banyak kuantitinya

- At-Tanaqud: Penyerahan serta merta barang tukaran dalam majlis kontrak

Perbezaan jenis dalam kelompok yang sama

- Membenarkan lebihan

- Melarang penangguhan

Perbezaan jenis dalam kelompok yang berlainan

- Membenarkan lebihan

- Membenarkan penangguhan

KAEDAH URUSNIAGA BARANG RIBAWI

Page 8: Barangan Ribawi

A= Syarat al-Tanaqud B= Syarat at-Tasawi

Syarat Urusniaga Barang Ribawi

Page 9: Barangan Ribawi

SYUKRAN !!!!