harga barangan naik

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 13 - 20 Januari 2017, 14 - 21 Rabiulakhir 1438 5 Lagi Rumah Mampu Milik Selangor Fruit Valley berwajah baru Ke arah sistem lebih dinamik 14 Bekal tenaga pakar masa depan 10 16 l Harga barangan naik l Tekanan Inflasi l Kos perkhidmatan meningkat l Harga barangan naik l Tekanan Inflasi l Kos perkhidmatan meningkat l Harga barangan naik l Tekanan Inflasi l Kos perkhidmatan meningkat l Harga barangan naik l Tekanan Inflasi l Kos perkhidmatan meningkat l Harga barangan naik l Tekanan Inflasi l Kos perkhidmatan meningkat l Harga barangan naik l Tekanan Inflasi l Kos perkhidmatan meningkat Nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berada paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�. �� sedolar” Nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berada paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�. �� sedolar” Nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berada paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�. �� sedolar” Nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berada paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�. �� sedolar” MERUDUM, MERUDUM, RINGGIT RINGGIT RAKYAT MERANA RAKYAT MERANA BERITA PENUH MUKA � TANPA BEG PLASTIK, RESPON POSITIF BERITA PENUH MUKA �, � &

Upload: lamhanh

Post on 28-Jan-2017

299 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Harga barangan naik

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 13 - 20 Januari 2017, 14 - 21 Rabiulakhir 1438

�� lagi terima tawaran Rumah Selangorku

5

Lagi Rumah Mampu Milik

Selangor Fruit Valley berwajah baru

Ke arah sistem lebih dinamik

14Bekal tenaga pakar masa depan

10

16

lHarga barangan naikl Tekanan InflasilKos perkhidmatan

meningkat

lHarga barangan naikl Tekanan InflasilKos perkhidmatan

meningkat

lHarga barangan naikl Tekanan InflasilKos perkhidmatan

meningkat

lHarga barangan naikl Tekanan InflasilKos perkhidmatan

meningkat

lHarga barangan naikl Tekanan InflasilKos perkhidmatan

meningkat

lHarga barangan naikl Tekanan InflasilKos perkhidmatan

meningkat

Nilai ringgit berbandingdolar Amerika Syarikat berada

paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�.��� sedolar”

Nilai ringgit berbandingdolar Amerika Syarikat berada

paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�.��� sedolar”

Nilai ringgit berbandingdolar Amerika Syarikat berada

paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�.��� sedolar”

Nilai ringgit berbandingdolar Amerika Syarikat berada

paling terendah sejak krisis kewangan Asia ���8 apabila melepasi RM�.��� sedolar”

MERUDUM,MERUDUM,RINGGITRINGGITRAKYATMERANARAKYATMERANA

BERITA PENUH MUKA �

TANPA BEG PLASTIK,RESPON POSITIF

BERITA PENUH MUKA �, � & ��

Page 2: Harga barangan naik

2Utama

SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

SHAH ALAM - Kejatuhan berte-rusan nilai ringgit dilihat sema-kin membimbangkan, sekali gus memberi tekanan hidup kepada rakyat di negara ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kejatuhan nilai mata wang mem-beri lebih banyak keburukan ber-banding kebaikan terutama kepa-da rakyat berpendapatan kecil dan sederhana.

“Barangkali perdana menteri dan menteri kabinetnya tidak merasai kesusahan seperti rakyat marhaen.

“Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai mata wang memberi impak buruk melebihi kesan baik,” tulis-nya di Facebook.

Pada masa sama, Wan Azizah berkata, tiada negara di dunia ini

yang mahukan nilai mata wangnya rendah.

Pada 4 Januari lalu, nilai ring-git berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 apabila melepasi paras RM4.50 sedolar.

Pergerakan ringgit seterusnya menerobos sempadan RM4.50 mencecah RM4.5002 sedolar un-tuk tempoh 40 minit, pada hari sama.

Bagaimanapun, ringgit kembali ke bawah paras 4.4998 dalam da-gangan menjejaki corak perge-rakan mata wang serantau yang turut terkesan pengukuhan luar biasa dolar AS.

Mata wang utama lain turut menyaksikan prestasi bercampur ringgit.

Ringgit terendah dalam sejarah

SHAH ALAM - BMI Research yang merupakan anak syari-kat Fitch Ratings melaporkan Ringgit Malaysia (RM) dijangka menurun lagi selepas menun-jukkan prestasi tidak mem-berangsangkan dalam kalangan mata wang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu.

Laporan media antarabangsa BLOOMBERG, pada 5 Januari lalu menyatakan salah satu punca kejatuhan itu ialah mata wang tempatan sangat terkesan de-ngan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.

“Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia yang semakin merun-cing dengan Malaysia mung-kin mengekalkan dasarnya, manakala rizab Persekutuan me-naikkan kadar 50 mata asas.

“Kelemahan seterusnya da-lam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malay-sia dipegang pelabur asing,” kata firma itu.

Ringgit menjunam ke paras terendah iaitu RM4.5002 ber-banding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ringgit mencecah titik teren-dah pada nilai RM4.88 berban-ding AS$1, pada Januari 1998.

BMI Research berkata, ringgit bagaimanapun mungkin dapat memulihkan kerugian dalam jangka masa panjang ekoran ke-naikan harga komoditi seperti minyak dan lonjakan perdaga-ngan.

“Kedudukan fiskal Malaysia yang agak positif berbanding AS juga mampu menjurus kepada tekanan inflasi rendah,” katanya.

Prestasi ringgit diramal terus menurun

SHAH ALAM - Peguam mewaki-li The New Straits Times Press (NSTP), Ranjit Singh Dhillon memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana me-nyebarkan fitnah terhadap Ke-tua Umum KEADILAN itu.

Rundingan antara Anwar dan semua defendan iaitu NSTP, Ran-jit dan dua individu lain selesai pada hari pertama perbicaraan kes saman fitnah itu, pada 9 Ja-nuari lalu.

NST pula mengakui artikel itu tidak berasas dan sedia me- nyiarkan permohonan maaf Ran-

jit serta membayar RM60,000 ke-pada Anwar.

Selain itu, defendan juga memohon maaf kepada men-diang pemimpin DAP, Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim.

Kenyataan maaf Ranjit akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Anwar memfail-kan saman fitnah RM70 juta ter-hadap New Straits Times (NST) dan tiga individu itu berhubung artikel yang didakwa menggam-barkannya terbabit dalam pe-

ngubahan wang haram.Anwar memfailkan tuntu-

tan itu berdasarkan satu artikel bertajuk “Declare your assets, if you have nothing to hide” yang disiarkan, pada 6 Ogos 2013 menerusi akhbar NST edisi ce-takan.

Terdahulu, bekas Ketua Pem-bangkang itu memohon perin-tah mahkamah supaya defendan menyiarkan permohonan maaf dan menarik balik dakwaan dibuat selain memohon ganti rugi yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

NSTP mohon maaf fitnah Anwar

RINGGIT JAN 20171USD = RM4.47

Sum

ber:

ww

w.x

e.co

m

Rakyat makin sengsara

Page 3: Harga barangan naik

3SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Utama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari ber-mula 1 Januari lalu mendapat sam-butan baik dalam kalangan rakyat.

Rata-rata bersetuju kempen bebas plastik itu dilaksanakan se-bagai langkah menyemai sema-ngat sayangkan bumi.

Ia memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malahan untuk masa de-pan generasi akan datang.

Pengguna, Alissala Suwanmani berkata masyarakat perlu sedar pelaksanaan itu mampu menyela-matkan bumi daripada dipenuhi sampah sarap.

“Penggunaan plastik di negara kita sangat membimbangkan ke-rana di setiap kawasan dipenuhi bahan buangan ini. Bagi menyo-kong kempen hijau, saya akan me-mastikan beg hijau sentiasa diba-wa jika ke pasar raya,” katanya.

Bagi Fazy Sahir, pelaksanaan kempen itu adalah tindakan wajar dilaksanakan.

Beliau turut mencadangkan ke-rajaan memperbanyakan kempen kesedaran, sekali gus dapat mendi-dik masyarakat.

“Cuma caj RM0.20 untuk plastik itu dipersoalkan kerana pengguna sudah terbeban dengan Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan, (GST)” kata-nya.

Pengguna, Knewrule Shah-himin berpendapat, pasar raya mahupun kedai serbaneka perlu

#BebasPlastik

Kempen terima sambutan baik

SHAH ALAM - Rakyat Selangor berkelayakan berpeluang menik-mati tawaran biasiswa penuh peng-ajian Doktor Falsafah (PhD) meneru-si Program Selangor Brain Bank.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ta-waran terbuka untuk pengajian PhD di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017.

“Selangor komited untuk me-nyediakan sumber kepakaran dalam pelbagai bidang strategik yang merupakan asas penting pemangkin kepada pembangu-nan lestari selaras dengan konsep #SmartSelangor.

“Layari dan muat turun borang permohonan di laman sesawang: http://tkwbns.selangor.gov.my/pu/index.php/muat-turun-borang,” ka-tanya di laman Facebook rasminya.

Tawaran terbuka kepada rakyat Selangor dan penjawat awam ber-status tetap atau kontrak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri untuk tempoh lima tahun sebelum atau

Jangan lepas peluang Selangor Brain Bank

menjual beg kitar semula sebagai alternatif kepada beg plastik.

“Jika mahukan plastik, kita di-minta membayar caj RM0.20. Bagi saya, lebih baik jika kita beli beg kitar semula,” katanya.

Sementara itu, Farhah Amir ber-kata lebih baik jika pihak pasar raya menyediakan beg kertas sebagai alternatif kepada beg plastik se-cara percuma.

“Ia sebagai usaha mengelakkan penggunaan plastik dan unsur pe-niaga mendapat faedah melalui pembelian beg plastik tidak terca-pai,” katanya.

Bagi Jiha Najiha, caj RM0.20 patut dikenakan untuk semua beg plastik yang diminta, bukan hanya satu plastik sahaja.

“Contohnya, di Pulau Pinang, caj

RM0.20 hanya sekali sahaja dike-nakan. Ada juga pasar raya yang menyediakan kotak di hadapan kaunter untuk kegunaan penggu-na,” katanya.

Bayaran 20 sen akan dikenakan terhadap penggunaan beg plastik bermula 1 Januari lalu selaras kem-pen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di ne-geri ini.

Exco Pelancongan, Alam Seki-tar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berka-ta, pada masa sama, Kerajaan Ne-geri turut mengharamkan peng-gunaan beg plastik.

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat, Kerajaan Negeri mendapati 71 peratus rakyat selangor mera-sakan kempen Bebas Beg Plastik, pada Sabtu sahaja tidak memadai.

KEPONG - Pembangunan kemu-dahan infrastruktur negeri untuk tempoh 2017 mengutamakan penggunaan sistem dan teknolo-gi berteraskan agenda ‘Smart State’ demi kelangsungan serta kemudahan rakyat.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, peng-gunaan teknologi yang menca-pai tahap ‘Smart State’ akan di-laksanakan secara menyeluruh seiring hasrat Kerajaan Negeri ke arah itu menjelang 2025.

Beliau berkata, usaha itu di-jalankan bersama agensi Jabatan Pengairan Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri menerusi usahasama Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI) dan Smart Sela-ngor Delivery Unit (SSDU).

“Kerajaan Negeri teruja un-tuk menyediakan peluang itu menerusi penggunaan teknologi

mampan yang kita ada sebagai landasan yang boleh diberikan kepada rakyat Selangor menca-kupi aspek pembangunan infra-struktur negeri.

“Antara pendekatan dan tum-puan yang sedang diberi perha-tian termasuk gerak kerja untuk melaksanakan sistem peman-tauan sungai secara langsung, sistem hidrologi dan smart traffic light,” katanya kepada Selangor-Kini.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menjalankan perbinca-ngan bersama agensi Kerajaan Negeri lain untuk menyediakan garis panduan menilai pelak-sanaan dasar yang dijalankan sepanjang 2016.

Katanya, perbincangan itu dijalankan bagi mengenalpasti sebarang gerak kerja yang me-merlukan pembaikan demi ke-sejahteraan rakyat Selangor.

Kemudahan infrastruktur sarat elemen Smart State

SHAH ALAM - Kemurahan pen-tadbiran Selangor pimpinan PA-KATAN yang memberikan pel- bagai skim bantuan kepada rak-yat membuka lebih banyak pintu keberkatan.

Pendakwah bebas, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, program bantuan diperkenalkan Kerajaan Negeri dari bayi sehing-ga warga emas berhasil mem-buat rakyat gembira dan selesa dengan pentadbiran sedia ada.

“Ambil contoh Selangor, wa-laupun di hujung 2015 buat un-juran belanjawan defisit sama dengan Kerajaan Persekutuan tetapi di hujung 2016 rupanya keberkatan Allah buka kepada Selangor, kita ada lebihan RM300 juta.

"Malahan, Selangor juga mem-punyai rizab simpanan tinggi. Apabila rakyat gembira, lebih

Kemurahan Selangor bawa keberkatan

banyak pintu keberkatan terbu-ka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu forum perdana ber-tajuk ‘Rezeki Berkat, Keluarga Se-lamat, Allah Rahmat’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada 30 Disember lalu.

Dipengerusikan selebriti ter-kenal, Sharifah Anis Al-Idrus,

forum berkenaan turut diser-tai Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff.

Forum berlangsung lebih se-jam itu antara lain menekankan soal keberkatan dalam mencari rezeki supaya dapat membentuk sahsiah keluarga yang harmoni.

pada 31 Januari 2017.Permohonan perlu dikemu-

kakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan per-khidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

Individu berkhidmat di sektor swasta negeri untuk tempoh lima tahun juga digalakkan memohon dengan mendapatkan surat penge-sahan majikan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dan menguasai lebih daripada satu bahasa antara-bangsa.

Page 4: Harga barangan naik

Utama4 SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Nasib ringgit tidak menentu

Rakyat kian buntuOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kejatuhan ni-lai ringgit dan ketibaan musim tengkujuh bulan ini menjadi penyebab berlakunya kenaikan harga bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging.

Musim tengkujuh yang ke-biasaannya berlaku sekitar No-vember dan Disember saban tahun tiba lewat kali ini dan me-nyaksikan beberapa negeri se-dang dilanda banjir selain laut bergelora.

Tinjauan SelangorKini sela-ma tiga hari ke beberapa lokasi mendapati harga ikan kembung yang tular di laman sosial pada harga hingga mencecah RM17 sekilogram sejak seminggu ini sememangnya berlaku.

Secara purata harga ikan kem-bung dalam lingkungan RM15 hingga RM20 sekilogram di Pa-sar Borong Selangor dan Pasar

Awam Seksyen 6, Shah Alam.Tinjauan terhadap harga

ayam pula mendapati ia dijual pada harga RM6.50 hingga RM8 sekilogram bergantung kepada sumber ayam diperolehi sama ada diternak sendiri atau diam-bil daripada pembekal.

Beberapa peniaga yang dite-mui berkata, kenaikan harga min-yak dan penyusutan nilai ringgit mengakibatkan mereka terpaksa menjual barangan pada harga tinggi.

Pekerja gerai daging, Jamal Husin berkata, harga daging import melambung tinggi dise-babkan kejatuhan mata wang, sementara daging tempatan turut merasai tempias sama ekoran harga lembu semasa yang mahal.

Pertemuan SelangorKini den-gan beberapa pengunjung mendapati kebanyakan mereka meluahkan kebimbangan kenaik-

an harga barang yang dilihat se-makin kerap berlaku kebelakan-gan ini selain disokong kenaikan harga minyak yang diumumkan pada awal Januari.

Emma Farahin Idris berkata, setakat ini harga yang ditawar dirasakan berpatutan walaupun berlaku kenaikan tetapi masih perlu berbelanja dengan cer-mat.

“Saya biasa pergi ke pasar seminggu sekali dengan jum-lah perbelanjaan sekitar RM70. Dengan jumlah itu saya boleh membeli ayam, udang dan sa-yur-sayuran,” katanya.

Pandangan sama turut dilon-tarkan Muhd Faiz Khairuddin yang berharap harga barangan semasa dapat diturunkan, pada kadar berpatutan berdasarkan ekonomi semasa rakyat kerana terpaksa berfikir panjang sebe-lum berbelanja walaupun untuk membeli barangan makanan.

Ketuk rumah Exco mohon bantuanSHAH ALAM - Faktor ekonomi mendesak di bawah urus tadbir Barisan Nasional (BN) terus menekan kebajikan rakyat hingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Terbaru, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad mendedahkan, rumahnya diketuk seorang lelaki yang me-minta bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan sekolah anaknya.

“Awal pagi tadi, seorang bapa mengetuk pintu pagar rumah saya untuk memin-jam duit bagi membeli keperluan sekolah anaknya.

“Kebetulan saya belum tidur ketika itu kerana menghadiri mesyuarat yang habis le-wat malam.

“Inilah keadaan rakyat marhaen hari ini, berhempas-pulas membesarkan anak, peja-bat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dibuka jam 1 pagi,” katanya di Facebook.

Posting itu mendapat perhatian penggu-na laman sosial yang mengkritik kelemahan ekonomi Kerajaan Persekutuan.

Antaranya Shehdi Hazrik yang berharap supaya rakyat dapat menikmati kehidupan lebih baik, pada masa akan datang.

“Rakyat sedang sakit kerana tekanan dengan keperluan harian. Manusia bekerja hempas pulas bukan lagi untuk mendapat kesenangan tetapi hanya ingin meneruskan kehidupan sedia ada,” katanya.

Difahamkan lelaki terbabit menerima bantuan menerusi Pusat Khidmat DUN Chempaka.

Turun padang basmi habitat AedesKEPONG - Walaupun memegang porfolio Infrastruktur, Kemudah-an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib tetap meluang-kan masa turun padang bersama penduduk Kampung Baru Ke-pong Ulu, di sini, membersihkan habitat nyamuk Aedes.

Komited memastikan perseki-taran di kawasan pinggir bandar bersih dan bebas daripada wa-bak denggi, Zaidy berkata, tang-gungjawab untuk menjaga ke-bersihan perlu digalas seluruh anggota masyarakat.

“Semua rakyat perlu bersama membersihkan kawasan kedia-man masing-masing dan me-ngambil tanggungjawab untuk lebih peka terhadap isu ini.

“Saya difahamkan banyak juga kes denggi berlaku di luar bandar kerana habitat ini tidak memilih kawasan, sekali gus mengun-dang wabak denggi dan penya-kit,” katanya.

Program dengan kerjasama Parlimen Selayang dan Pusat Khidmat DUN Taman Templer itu dilaksanakan sebagai inisiatif memberi kesedaran kepada pen-duduk terhadap isu kebersihan setempat.

Lebih 100 penduduk setempat tidak melepaskan peluang mem-bersihkan persekitaran taman ke arah menjadikan penempatan mereka lebih ceria, bersih dan bebas denggi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menerusi Exco Kebajikan, Kesi-hatan, Hal Ehwal Wanita dan Ke-luarga komited melaksanakan pelbagai program untuk meme-rangi wabak denggi di Selangor.

Malahan, peruntukkan RM10,000 juga disalurkan kepa-da Pusat Khidmat DUN seluruh negeri untuk menjayakan pro-gram bertujuan memupuk ke-sedaran masyarakat terhadap ba-haya denggi.

Page 5: Harga barangan naik

Utama5SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Transformasi digital Air Selangor

Bersepadu, komprehensif dan efektifOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal melaksanakan sistem pen-gurusan perhubungan pelang-gan dan pengebilan baru yang lebih bersepadu, komprehensif juga efektif pada awal 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif, Su-haimi Kamaralzaman berkata, ia adalah sebahagian inisiatif trans-formasi digital Air Selangor bagi menambahbaik sistem perkhid-matan pelanggannya.

Katanya, ia bakal memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selepas mengambil alih Syari-kat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada Oktober 2015, kami menyedari ia beroperasi dengan sistem legasi propietari tidak bersepadu berusia lebih 10 tahun untuk perhubungan pelanggan, pengebilan dan

semua perkhidmatan berkaitan sistem.

“Dalam usaha memenuhi keperluan dalam talian serta me-layani jangkaan pelanggan serta menyediakan standard perkhid-matan tertinggi, kita tidak mem-punyai pilihan selain memberi laluan kepada sistem lebih di-namik, teguh dan bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika menyempurnakan Majlis Memulakan Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pengebilan di Tech Mahindra ICT Services (Malaysia) Sdn Bhd, Cy-berjaya, pada 9 Januari lalu.

Suhaimi berkata, Tech Mahin-dra dilantik sebagai rakan imple-mentasi sistem baru yang meng-gunakan perisian Oracle itu.

“Apabila siap sepenuhnya, Air Se-langor bakal menjadi pengendali air terulung di Malaysia menggunakan sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilan ber-

taraf dunia,” katanya.Bagi tempoh 12 bulan akan

datang, pembersihan data, perka-kasan dan konfigurasi perisian, pengurusan rangkaian, integrasi, penghijrahan data serta operasi selari juga percubaan akan dilak-sanakan sebelum pelancaran ser-ta pelaksanaan sistem.

Sistem baru menawarkan lan-dasan sehenti yang akan me-namatkan kontroversi pengebil-an dan proses akaun birokratik serta dilengkapi maklumat tepat berkenaan pelanggan, data bil air terperinci, alamat serta nombor telefon bimbit.

Semua maklumat ini memu-

dahkan penyebaran pengu-muman pantas melalui perkh-idmatan mesej ringkas (SMS) kepada pemegang akaun.

Pelanggan juga dapat meng-akses pengebilan atas talian dan maklumat perkhidmatan melalui aplikasi telefon pintar dan laman sesawang.

Garis panduan lesen ‘food truck’ diperkenalSHAH ALAM - Selangor menjadi negeri pertama mengeluarkan lesen perniagaan berkonsepkan ‘food truck’ bagi membenarkan pengoperasiannya di beberapa kawasan perbandaran seluruh negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiru-din Shari berkata, garis panduan perlesenan niaga dengan konsep itu kini dilaksanakan secara men-yeluruh untuk tempoh 2017.

“Kerajaan Negeri baru sahaja meluluskan polisi baru lesen per-niagaan ‘food truck’ dan ‘Smart Truck’ yang mana Selangor men-jadi peneraju dan negeri pertama

memperkenalkan lesen dengan konsep ini.

“Dasar ini merangkumi polisi baru terhadap keperluan pengo-perasian perniagaan yang boleh dimulakan di seluruh negeri bagi tempoh 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Food Mega Festival di perkaran-gan tapak letak kenderaan Sta-dium Melawati Shah Alam, baru-baru ini.

Peniaga yang berminat untuk menjalankan perniagaan berkon-sepkan ‘food truck’ boleh mem-buat permohonan lesen daripada pihak berkuasan tempatan.

Antara syarat pematuhan lesen

adalah kesesuaian lokasi, tidak menyebabkan kacau ganggu dan tidak menghalang aliran trafik.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengeluarkan garis panduan terkini dan mengarahkan PBT menyusun semula penempa-tan gerai berpusat di lokasi ber-sesuaian supaya tidak menjejas-kan pemandangan, kebersihan dan kesesakan dalam bandar.

Antara lokasi terkini pernia- gaan makanan berkonsep-kan ‘food truck’ yang mula mendapat perhatian umum ter-masuklah di tapak letak kende-raan Anggerik Mall Shah Alam, Jalan Kenari USJ 1 dan SS 15 Subang Jaya.

Kaji garis panduan syarikat telekomunikasi KEPONG - Kerajaan Negeri giat menjalankan kajian berhubung pelaksanaan garis panduan sistem telekomunikasi di selu-ruh negeri untuk tempoh 2017.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, inisiatif itu diwujudkan selepas dasar telekomunikasi bagi ta-hun 2012 hingga 2017 tamat, awal tahun lalu.

“Cadangannya untuk kita kaji semula garis panduan perkhidmatan telekomunikasi membabitkan pencawang tele-komunikasi di Selangor kerana apa yang kita ada (sistem terda-hulu) sekarang ini dibubar.

“Jadi, ini adalah masa sesuai

untuk kita kaji semula kerana timbulnya permasalahan dan aduan seperti PBT yang berbe-za prosedur serta menyebabkan sedikit kesukaran kepada syari-kat untuk menyediakan infra-struktur berkaitan telekomuni-kasi.

“Justeru, kita akan permu-dahkan permasalahan ini demi kemudahan rakyat Selangor menerusi proses yang perlu di-lalui sebelum sebarang kelulu-san dibuat,” katanya kepada Se-langorKini.

Perkhidmatan telekomuni-kasi merangkumi capaian peng-gunaan internet, talian telefon, kemudahan wifi dan pemba-ngunan infrastruktur digital.

Cadangannya untuk kita kaji semula garis panduan perkhidmatan telekomunikasi membabitkan pencawang telekomunikasi di Selangor kerana apa yang kita ada (sistem terdahulu) sekarang ini dibubar

ZAIDY ABD TALIBExco Infrastruktur

Page 6: Harga barangan naik

Utama6 SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Tidak kutip sampah seminggu

Kontraktor sengaja sabotajOLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Tindakan kon-traktor yang didakwa sengaja tidak mengutip sampah hampir seminggu dipercayai ada kaitan dengan unsur sabotaj ekoran ti-dak menerima lantikan semula.

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, bebera-pa kawasan di Majlis Perbandar-an Subang Jaya (MPSJ) menga-lami masalah timbunan sampah tidak dikutip kontraktor sebelum tamat tempok perkhidmatan, pada 31 Disember lalu.

Katanya, kawasan yang ter-libat adalah di Pasar Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Universiti Indah dan Taman Bukit Serdang Seksyen 5.

“Ini adalah aduan paling serius saya terima daripada penduduk apabila kontraktor mula berhen-ti mengutip sampah seminggu sebelum kontrak tamat dan kes

sabotaj ini sering berlaku di ma-na-mana pihak berkuasa tem-patan apabila tempoh kontrak hampir tamat.

“Kes ini mengakibatkan pen-duduk dan peniaga terpaksa menghidu bau busuk sampah dan kawasan pembuangan sam-pah menjadi terlalu kotor.

"Kini, kontraktor baru pula ter-paksa mengutip sampah yang sudah ditinggalkan berhari-hari lamanya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Ja-batan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPSJ, Dr Roslan Mohamed Husse-in berkata, pihaknya akan melak-sanakan pemotongan baya- ran perkhidmatan kepada kon-traktor di kawasan terbabit.

"Pihak kami akan menyemak bilangan hari sampah yang ti-dak dikutip dan pemotongan bayaran akan dibuat seperti se-belum ini kerana kontraktor ter-babit sememangnya bermasalah hampir setiap bulan," katanya.

Penduduk diharap bersabarSUBANG JAYA - Penduduk se-tempat diharap bersabar dan memberi peluang kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyelesaikan isu kutipan sam-pah domestik.

Ahli Dewan Negeri (ADN), Han-nah Yeoh berkata, beliau meneri-ma timbunan aduan sampah ti-dak berkutip sejak seminggu lalu.

Katanya, aduan berkenaan su-dah dipanjangkan kepada MPSJ dan pihak berkuasa tempatan itu kini dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatannya.

“Kebanyakan kontraktor adalah baru dan masih tidak faham kawasan sekitar menja-dikan perkhidmatan perlahan, ditambah cuti tahun baru yang menyumbang kepada timbunan sampah lebih banyak.

“MPSJ sendiri sudah melak-sanakan pelan bantuan kepada kontraktor, malahan Yang Diper-tua dan Timbalannya juga turun padang bagi memastikan isu ini selesai.

“Harap penduduk bersabar kerana saya yakin ia akan selesai dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Bermula awal tahun ini, MPSJ melantik kontraktor baru selepas kontraktor lama tamat perkhid-matan, pada 31 Disember lalu.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kam-

��,��� tong sampah sekitar Petaling JayaSHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menye-rahkan 75,000 unit tong sampah secara berperingkat kepada pen-duduk di sekitar kawasan pentad-birannya.

Sekretariat Media MBPJ dalam kenyataan memaklumkan tong sampah berkenaan diserahkan kepada penduduk melalui Ahli Majlis MBPJ zon terbabit, bermula 8 Januari lalu.

Katanya, penduduk yang menerima tong sampah berke-naan perlu menandatangani surat aku janji dan diwajibkan mema-tuhi syarat ditetapkan.

“Antara syaratnya ialah me-letakkan tong sampah berkenaan di hadapan rumah, menggantikan tong sampah baru jika rosak atau

hilang dan tidak meletakkan tong sampah di lokasi yang meng-ganggu laluan.

“Penduduk yang gagal mema-tuhi syarat itu akan dikenakan tindakan undang-undang,” ka-tanya.

Terdahulu, MBPJ menyerah-kan 9,000 unit tong sampah ke-pada ahli majlis antaranya G Su-riase (Zon 1), Shatiri Mansor (Zon 3), Ang Min Ern (Zon 5), Daniel Lee Marn Zhi (Zon 7), Jamaliah Ja-maluddin (Zon 9) dan Ong Swee Long (Zon 13).

Selain itu, Ermeemarianna Saadon (Zon 15), Terrance Tan Teck Seng (Zon 16), Ahmad Akhir Pawan Chik (Zon 17), Ariffin Ma-haiyuddin (Zon 18), Onn Chong Lin (Zon 20), Mohd Ghazali Daud

(Zon 21), Azri Mohamad Arish (Zon 23) dan Halimey Abu Bakar (Zon 24).

Tong sampah yang mampu memuatkan 120 liter sisa sam-pah itu berharga RM110 seunit dan tidak boleh dijual beli kera-na ia adalah hak mutlak MBPJ.

MBPJ memberi keutamaan kepada penduduk perumahan di atas tanah (landed residential) yang menggunakan sistem tong sampah berpusat (leach bin).

Ia turut membabitkan pe-rumahan kampung, kampung baru juga tanah lot yang berde-pan halangan bagi lori sampah membuat kutipan (lorong sem-pit dan jalan mati)

Agihan itu menelan peruntu-kan keseluruhan RM7 juta.

pung Baru, Ean Yong Hian Wah ti-dak menolak kemungkinan kon-traktor lama melakukan sabotaj ekoran tiada lantikan semula un-tuk kontrak pembersihan baru.

Kebanyakan kontraktor adalah baru dan masih tidak faham kawasan sekitar menjadikan perkhidmatan perlahan, ditambah cuti tahun baru yang menyumbang kepada timbunan sampah lebih banyak

HANNAH YEOHADN Subang Jaya

Page 7: Harga barangan naik

Utama7SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Insiden letupan bunga api

Jangan politikkan isu

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Kes letupan bunga api di Fiesta Gegar Klang di Kom-pleks Sukan Pandamaran, baru-baru ini tidak seharusnya dijadi-kan isu politik bagi sesetengah pihak.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri serius menangani perkara terbabit dari masa ke masa.

“Kerajaan Negeri serius dalam perkara ini terutama

membabitkan orang awam. To-long jangan politikkan hal ini.

“Ketika ini, polis sedang me-nyiasat perkara ini,” katanya selepas melawat mangsa yang menerima rawatan di klinik di Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini, pada 5 Januari lalu.

Pada masa sama, Ganabati-rau berkata, pihaknya percaya tuduhan liar dibuat terhadap MPK adalah tidak berasas.

“Kerajaan Negeri juga MPK bersedia memberi kerjasama dan tidak menyembunyikan

apa-apa perkara,” katanya.Sementara itu, Yang Dipertua

MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bi-din berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meman-tau mangsa letupan bunga api setiap hari.

“Jawatankuasa ini akan meng- hubungi mangsa setiap hari bagi bertanyakan keperluan dan keadaan mereka.

“Kita juga menyediakan pe-ngangkutan untuk membawa mangsa ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Pegawai MPK diarah cuti hingga siasatan selesaiSHAH ALAM - Pegawai yang ter-libat dalam insiden bunga api meletup di Kompleks Sukan Pan-damaran, Klang, baru-baru ini diarahkan bercuti selama 28 hari bermula 3 hingga 31 Januari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, arah- an itu dikeluarkan sementara menanti laporan penuh siasatan selesai.

“Kerajaan Negeri meman-dang serius insiden ini dan ma-na-mana pihak didapati berlaku cuai serta menyalahguna kuasa akan dikenakan tindakan disip-lin atau undang-undang.

“Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga akan terus beker-

jasama dengan polis untuk men-jalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Pada 1 Januari lalu, MPK me-nubuhkan Jawatankuasa Pe- nyiasatan bagi menyiasat insiden terbabit dan memberi jaminan akan mengemukakan laporan lengkap dalam tempoh 14 hari.

Hian Wah berkata, jawatan-kuasa itu dianggotai dua penga- rah jabatan, seorang timbalan pengarah dan pegawai tadbir.

“Mengikut siasatan awal dan rekod mesyuarat, MPK tidak pernah meluluskan pertun-jukan bunga api dalam Fiesta Gegar Klang, sekali gus mem-buktikan ia bukan komponen atau pertunjukan dibenarkan,” katanya.

Sedia bas khas untuk pengunjung Hospital AmpangSHAH ALAM - Kesesakan yang dihadapi di sekitar Hospital Ampang perlu disele-saikan menerusi penyediaan bas khusus untuk pengguna yang mahu ke sana tan-pa perlu bersesak mencari parkir kende-raan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Cempaka, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, bas itu perlu dihubungkan berhampiran stesen LRT di sekitarnya dan melalui ka-wasan yang mempunyai banyak ruang letak kereta.

“Bas ini perlu kerana terdapat tempat letak kenderaan yang terhad sekitar hos-pital. Pesakit dan pengunjung terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi jalan dan berdepan risiko disaman polis.

“Selain itu, kereta berkenaan meng-ganggu lalu lintas dan boleh menyebab-kan kemalangan,” katanya.

Stesen LRT berhampiran hospital itu adalah Cahaya, Cempaka, Pandan Indah dan Pandan Jaya.

Katanya, jika pihak Hospital Ampang tidak mampu memberi perkhidmatan bas secara percuma, mereka boleh me-ngenakan bayaran minima RM0.50 atau RM1 kepada pengguna dengan kekerap-an 30 minit sekali pada waktu puncak dan sejam sekali pada waktu biasa.

“Penyediaan bas khas adalah penyele-

saian paling praktikal bagi masalah tem-pat letak kereta. Tiada tanah kerajaan ko-song untuk dijadikan tempat letak kereta di kawasan itu.

“Tambahan pula harga tanah adalah tinggi di Ampang dan tidak berbaloi un-tuk dibangunkan sekeping tanah seb-agai tempat letak kereta sahaja kecuali bangunan parkir sedia ada di hospital itu dibangunkan semula dengan ditambah bilangan tingkat,” katanya.

Page 8: Harga barangan naik

8Nasional

SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

SHAH ALAM - PAS tidak ber-setuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengekalkan Isa di FGV akan menyebabkan Tan Sri Shah-rir Abdul Samad sukar melak-sanakan langkah memulihkan Felda.

Katanya, masalah Felda hari ini juga kebanyakannya ber-punca daripada FGV dan pen-

gurusan Isa. "Apakah Shahrir mampu

melaksanakan agenda pemulih-an Felda membabitkan pem-batalan keputusan dibuat Isa sebelum ini terutama FGV tanpa gangguan?

"Bagaimana pula pembelian Eagle High Plantation (EHP)? Apakah Shahrir dapat melakukan apa yang betul untuk menyemak semula pembelian ini yang turut dikritik adik perdana menteri, Da-tuk Nazir Razak tanpa perlu ber-tembung dengan Isa?

"Isu pembelian EHP akan

memberi petanda jelas apakah Shahrir bebas mentadbir Felda atau penyusunan ini sekadar wayang mengalihkan kemarahan peneroka terhadap Isa?" soalnya.

Pada masa sama, Tuan Ibra-him berkata, PAS menjangkakan Shahrir dan Isa bakal bertem-bung, sekali gus mewujudkan persaingan politik yang bakal merugikan Felda dan peneroka.

Beliau berkata, Isa juga perlu dibuang terus daripada Felda untuk mengelakkan pertindihan tanggungjawab terhadap penyu-sunan terbaru itu.

"Penyusunan Felda boleh dija-dikan cermin buat perdana men-teri. Jika betul Najib memahami pentingnya pembahagian tang-gungjawab, diharap beliau dapat melepaskan jawatan Menteri Ke-wangan dengan kadar segera.

"Pembahagian tanggungja-wab antara perdana menteri juga Menteri Kewangan adalah sangat penting dalam mewujud-kan sistem semak dan imbang di antara apa yang cuba dilakukan perdana menteri dengan ke-mampunan serta kepentingan kewangan negara," katanya.

Pelantikan pengerusi baru

Huru-harakan Felda

SHAH ALAM - Menteri MCA, Da-tuk Seri Liow Tiong Lai diminta ti-dak mengamalkan budaya politik cauvinis dengan mengutamakan kepentingan kaum tertentu sa-haja.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, Tiong Lai tidak seharusnya membangkitkan ma-salah peruntukan kaum Cina se-mata-mata, sebaliknya fokus ke arah isu kebajikan semua kaum di negara ini.

“Sebagai seorang menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan, Liow tidak hanya patut mem-

bangkitkan masalah peruntukan sekolah Cina sahaja dengan per-dana menteri.

“Kecualilah jika beliau me-mang seorang ahli politik cauvi-nis yang hanya mementingkan faedah satu kelompok sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Media melaporkan, Tiong Lai akan berjumpa Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan peruntukan RM50 juta untuk pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Bagaimanapun, Tiong Lai tidak

menyatakan peruntukan bagi tu-juan pembangunan sekolah lain, sekali gus menimbulkan persoal-an jika Menteri Pengangkutan itu mengamalkan budaya politik perkauman untuk kepentingan tertentu.

Terdahulu, Menteri Pendidik-an, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan laporan media bahawa kementeriannya menge-hadkan akses peruntukan tahu-nan RM50 juta ekoran kekurang-an dana.

Wang itu bagi penyenggaraan dan pembangunan sekolah Cina.

Jangan amal politik perkauman

ALOR SETAR - Belum selesai isu kenaikan harga ikan, kini peng-guna dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran.

Di Pasar Besar Alor Setar mendapati harga kacang bendi meningkat kepada RM9 hingga RM10 sekilogram berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram se-belum ini, lapor BERNAMA.

Turut berlaku peningkatan ialah harga tomato daripada RM4 kepada RM5 sekilogram, manakala kubis bulat dan lo-bak merah mencecah RM6 sekilogram berbanding RM3

sekilogram.Kekurangan bekalan di pasar-

an adalah ekoran musim teng-kujuh di Pantai Timur yang turut menjadi punca kenaikan harga sayur ketika ini.

Selain itu, ia turut didorong ke-jatuhan nilai ringgit hingga me-maksa barang dibawa masuk dari Thailand, namun pemborong perlu membayar harga lebih.

Sebelum ini, ikan kembung turut mencatatkan peningkatan harga antara RM12 hingga RM15 sekilogram ekoran musim teng-kujuh.

Harga sayur pula alami kenaikan

KKM tarik balik ubat hipertensiSHAH ALAM - Pesakit hipertensi yang menerima produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat Hovid Berhad dinasihatkan menyemak sama-ada terdapat kelompok BG04645 dalam simpanan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Baha-gian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah mengeluarkan arahan kepada syarikat pengeluar itu untuk memang-gil semula kelompok berkenaan.

Katanya, arahan itu dibuat ekoran kotak luar kelompok itu dilabel Ternolol

50, manakala label pada blister dicetak Ternolol Tab 100 miligram (100mg).

“Jika kelompok berkenaan ada dalam simpanan pesakit, kerjasama dipo-hon supaya tidak mengambil ubat dan memulangkannya dengan segera ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti ke-sihatan di mana ia dibekalkan.

“Sila berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat atau pemeriksaan jika perlu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasat-

an menyeluruh bagi mengenal pasti punca masalah.

“Produk itu didaftarkan Pihak Bekua-sa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nom-bor pendaftaran MAL19940057AZ.

“Ternolol 50 Film-Coated Tablet me-ngandungi bahan aktif atenolol yang dipreskrib untuk rawatan hipertensi,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Pang-gilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Page 9: Harga barangan naik

9SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Nasional

SHAH ALAM - Ketua Umum KE-ADILAN, Datuk Seri Anwar Ibra-him mengecam kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah ekoran mendakwa ekonomi negara bera-da dalam keadaan baik.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah penafian ketara terhadap realiti dihadapi jutaan rakyat de-ngan Kerajaan Persekutuan perlu berhenti memberi jaminan kosong berkenaan ekonomi.

“Irwan mengejutkan rakyat dengan mendakwa ekonomi baik dan semua itu hanya ‘persepsi’.

“Ini dusta dan memperkecil-kan cabaran sebenar dihadapi

jutaan rakyat Malaysia ekoran ke-jatuhan ringgit juga peningkatan harga makanan dan barangan se-jak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya dalam kenyataan.

Mengkritik tindakan Kera-jaan Umno-Barisan Nasional (BN) sepanjang 10 tahun lalu dalam menafikan hakikat sebenar, Anwar berkata, tindakan serta-merta per-lu diambil untuk mengembalikan kehidupan dan harapan rakyat.

“Malaysia tidak boleh berharap untuk menyelesaikan isu itu bila pemimpin dan birokrat tertinggi tidak menangani isu ekonomi ter-tunggak,” katanya.

Dakwa ekonomi negara baik

Henti dustai rakyat

SHAH ALAM - Rakyat disaran mendukung usaha pelbagai pi-hak membenteras budaya ra-suah yang berlaku membabit-kan agensi kerajaan di Putrajaya, kini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian itu bagi membentuk negara bebas rasuah dan amal-an korupsi.

“Jangan biarkan ‘undang-un-dang sarang labah-labah’ terus bersarang.

“Ayuh kita bersama rakyat membentuk 'kawanan helang' untuk merobek undang-undang ini bagi memastikan bukan ha-nya golongan kecil ataupun mar-haen sahaja dihukum,” katanya.

Beliau berkata demikian me-ngulas kenyataan bekas pega-wai kanan Suruhanya Pencega-

han Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin untuk tidak berkhidmat dengan ‘un-dang-undang sarang labah-la-bah’ yang hanya memerangkap pesalah kecil dan membebaskan pelaku besar.

Terdahulu, Bahri mengumum-kan perletakan jawatan dalam SPRM walaupun boleh menerus-kan tugas untuk tempoh tiga ta-hun lagi.

Beliau antara pegawai SPRM yang dilaporkan memainkan peranan utama dalam siasatan membabitkan syarikat milik ke-rajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengurusan 1MDB sebelum ini didakwa terpalit dengan skandal kewangan membabit-kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Robek undang-undang bias

SHAH ALAM - Datuk Seri Na-jib Razak perlu menerima pe-ngakuan bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin secara terbuka terha-dap kenyataannya membabitkan isu rasuah dan penyelewengan di negara ini.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, ia bertujuan mencari kebenaran dalam usaha membanteras ra-suah juga membersihkan nama baik pentadbiran perdana men-teri.

Katanya, Najib juga perlu mengiktiraf Bahri sebagai pem-beri maklumat termasuk me-lindunginya seperti diwartakan dalam Akta Perlindungan Pem-beri Maklumat (2012).

"Merujuk kepada kes rasuah, ketirisan, penyelewengan dan pembaziran begitu teruk seperti dilaporkan melalui pendedahan skandal juga Laporan Ketua Au-dit Negara, secara tidak langsung memberi asas terhadap kebenar-an pengakuan Bahri.

"Ini adalah tuduhan berat ter- hadap SPRM seolah menun-jukkan badan itu tidak mampu memerangi rasuah, sekali gus mencabar integriti pentadbiran

Lindung pemberi maklumat kes rasuah

Kenyataan itu adalah penafian ketara terhadap realiti dihadapi jutaan rakyat dengan Kerajaan Persekutuan perlu berhenti memberi jaminan kosong berkenaan ekonomi

ANWAR IBRAHIMKetua Umum KEADILAN

Najib," katanya.Pada masa sama, Akmal ber-

kata, bagi membolehkan Bahri membuktikan maklumatnya, Najib perlu mendedahkan do-kumen berkaitan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Katanya, invididu dinama-kan Bahri sebagai pemberi atau penerima rasuah juga wajar di-panggil dan diberi ruang mem-bela diri secara terbuka dengan merujuk kepada jawatankuasa khas Parlimen atau membentuk suruhanjaya khas bagi menyiasat maklumat didedahkan.

"Ini adalah peluang terbaik Najib memulihkan integriti pend-tabiran beliau dalam usaha me-lawan rasuah dan jika gagal ber-buat demikian, rakyat akan terus hilang kepercayaan terhadap usahanya melawan rasuah juga penyelewengan," katanya.

Akmal Nasir

Jelaskan projek ‘gajah putih’ di KLSHAH ALAM - KEADILAN mende-sak Datuk Bandar Dewan Banda-raya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz menjelaskan projek didakwa menjadi ‘gajah putih’ dianggar-kan hampir RM700 juta.

Pengarah Komunikasi KEADI-LAN, Fahmi Fadzil berkata, lapor-an akhbar The Star bertajuk ‘From monuments to failures’ memer-anjatkan warga Kuala Lumpur dan membangkitkan semula pandangan perlunya reformasi untuk menyelamatkan DBKL.

Beliau mendakwa secara pu-rata, RM47 juta dibelanjakan setiap tahun selama 15 tahun untuk projek ‘gajah putih’ yang tidak mendatangkan manfaat sepatutnya.

“Sepuluh projek ‘gajah pu-

tih’ dilaporkan antaranya be-lon amaran banjir di Kampung Kasipillay, pada 2013 bernilai RM200,000 dan RM365 juta bagi sistem pengawasan lalu lintas (ITIS), pada 2002 dianggarkan RM700 juta.

“RM700 juta ini mungkin bo-leh digunakan untuk membina sepuluh sekolah yang mempu- nyai 24 bilik darjah dengan meng-gunakan Industrialised Building System (IBS) seperti disebut Men-teri Pendidikan, Datuk Seri Mah-dzir Khalid, pada Ogos lalu.

“Jumlah ini juga lebih dari mencukupi untuk mengganti-kan semua lif di 62 PPR dan PA di seluruh Kuala Lumpur, pada harga RM500,000 sebiji,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi turut menimbulkan

persoalan bagaimana kos projek yang tinggi itu boleh diluluskan, malahan ia berlarutan bertahun lamanya tanpa meletakkan soal kebertanggungjawaban terha-dap penggunaan wang rakyat.

“Bagaimanakah Lembaga Pe-nasihat Bandaraya yang mem-punyai 15 ahli yang tidak dipilih dan dipengerusikan Datuk Ban-dar boleh membenarkan projek ‘gajah putih’ ini berlaku tahun demi tahun? Tidakkah mereka berasa bertanggungjawab ke-pada rakyat?

“Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL digesa memberi penjela-san penuh terhadap projek itu serta mengumumkan projek ‘ga-jah putih’ lain yang mungkin be-lum kita ketahui,” katanya.

Page 10: Harga barangan naik

10Ekonomi

SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Penuhi keperluan rakyat

Anggun City bakal tawar rumah mampu milikOLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR - Sekurang-kurangnya 200 unit rumah mampu milik bakal ditawarkan di Anggun City yang dimajukan kumpulan Hong Bee Land (HBL).

Pengurus Jualan, K Jamilchel-van berkata, ia adalah sebaha-gian perancangan awal kawasan perbandaran itu dan kini di pe-ringkat ‘drawing board’.

“Kita akan siapkan secepat mungkin selaras permintaan ke-rajaan yang mahu ia ditawarkan untuk orang awam.

“HBL sentiasa komited men-jayakan agenda kerajaan demi kepentingan rakyat,” katanya ke-

pada SelangorKini.Mula ditubuhkan pada 1994,

HBL mempunyai bank tanah berkeluasan 2,900 ekar di Se-menanjung Malaysia.

Lebih kurang 1,600 ekar ter-letak di Rawang, sementara baki 1,300 ekar terletak di Iskandar Development Region (IDR), Pulai, Johor.

Anggun City adalah projek perbandaran sulung HBL dengan keluasan 700 ekar tanah.

Setakat ini, Anggun City dilengkapi perumahan Anggun 1 dan Anggun 2 serta pusat mem-beli-belah Aeon Rawang dan restoran makanan segera popu-lar, McDonalds.

��,��� peminjam HIJRAH sehingga �� Disember ����SHAH ALAM - Skim pem-bia-yaan mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) mempu-nyai 31,035 peminjam berdaf-tar dengan pembiayaan RM163,092,000 sehingga 31 Disember 2016.

Berdasarkan statistik sejak 2015, jumlah peminjam bertam-bah dari 15,208 kepada 15,827 orang dengan jumlah pembi-yaan RM86,352,000 bagi 2016.

Dipecahkan mengikut tiga zon, zon 1 terdiri dari cawa-

ngan Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Shah Alam, Sungai Besar dan Tanjong Karang mempunyai peminjam teramai berjumlah 13,367 dengan pembiayaan RM64,695,000.

Zon 2 mempunyai 8,929 peminjam dengan pembia-yaan RM51,458,000, manakala Zon 3 dengan pembiayaan RM46,939,00 membabitkan 8,739 peminjam.

Mengikut pecahan cawa-

ngan, Subang mempunyai jumlah peminjam tertinggi se-ramai 2,244 orang diikuti Su-ngai Besar (2,1910) dan Kapar (2,026).

Dalam belanjawan lalu, Ke-rajaan Selangor memberikan peruntukan tambahan RM50 juta dengan penyediaan dana pusingan RM185 juta, ber-mula 2017 serta menyasarkan pembiayaan kepada veteran angkatan tentera dan wanita ladang.

Pasaran hartanah dijangka terus suramKUALA LUMPUR - Industri harta-nah dijangka kekal suram tahun ini ekoran jualan lemah, pada 2016 didorong sentimen lemah berpanjangan, kemampuan ren-dah dan penawaran meningkat.

Dalam nota penyelidikannya, baru-baru ini, AllianceDBS Re-search Sdn Bhd berkata, pembeli mungkin mengambil sikap tung-gu dan lihat dengan menjangka-kan harga jualan akan lebih ren-dah dalam tempoh terdekat juga sederhana.

“Kami masih melihat per-mintaan kukuh bagi projek ba-haru terpilih yang menawarkan kedudukan nilai kepada pembeli walaupun pasaran agak lemah.

“Ciri berbeza dan harga ber-pacukan nilai kini semakin menguasai senarai keutamaan pembeli berdasarkan sentimen semakin lemah,” katanya lapor BERNAMA.

Pada masa sama, AllianceDBS berkata, pemaju yang menawar-kan produk tepat di koridor per-tumbuhan baharu dengan jumlah penduduk besar dijangka dapat mengekalkan jualan mereka.

“Pemaju perlu menyemak semula tawaran produk mereka untuk menggabungkan lebih banyak hartanah bernilai tambah dengan kemudahan gaya hidup berlainan yang akan membeza-kan mereka daripada kos skim perumahan awam lebih rendah,” katanya.

Rizab antarabangsa turun kepada AS$��.� bilionSHAH ALAM - Bank Negara Ma-laysia (BNM) mengumumkan rizab antarabangsa berada pada paras AS$94.6 bilion (RM423.10 bilion), sehingga 31 Disember 2016 berbanding AS$96.4 bilion (RM431.15 bilion), pada 15 Di-sember lalu.

BNM dalam kenyataan berka-ta, paras rizab itu memadai un-tuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, rizab itu mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran as-ing dan terus disokong lebihan akaun semasa juga aliran masuk pelaburan langsung asing.

“Bagaimanapun, ini diimba-ngi pelaburan langsung di luar

negeri oleh syarikat Malaysia dan aliran keluar semula sebaha-gian pelaburan portfolio bukan pemastautin,” kata BNM.

Rizab Malaysia turun ke paras rendah lapan bulan, pada akh-ir November 2016 ketika BNM mengenakan langkah mening-katkan kecairan dan mengga-

lakkan dagangan ringgit dalam negeri.

Ia dalam usaha mengekang kejatuhan matawang terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin meningkat.

Pada 2016, ringgit merosot kira-kira 4.3 peratus berbanding dolar AS.

Page 11: Harga barangan naik

11SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

ADN

Sedia kemudahan terbaik

Pusat rekreasi DUN Damansara Utama dinaik tarafOLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA - Tujuh kawasan rekreasi membabitkan taman permainan, tasik awam dan ka-wasan riadah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Dam-ansara Utama bakal dinaik taraf fasilitinya bagi tempoh 2017.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Da-mansara Utama, Yeo Bee Yin ber-kata, gerak kerja terbabit kini giat dirancang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi peruntukan pembangunan diu-mumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,

pada pembentangan Belan-jawan 2017 lalu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar menerusi pengu-muman belanja pembangunan disalurkan kepada PBT seluruh negeri sebelum ini.

“Daripada belanja pemban-gunan yang diumumkan itu, MBPJ konsisten meningkatkan kemudahan awam di seluruh pentadbirannya termasuk tu-juh pusat rekreasi di Damansara Utama.

“Selain itu, penduduk di SS 2 Petaling Jaya akan menerima

bumbung baru untuk pasar pagi di sana dan kemudahan di balai raya Kampung Chempaka juga akan dinaik taraf demi kemuda-han penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada SelangorKini ketika Maj-lis Penyerahan Tong Sampah di Balai Raya Kampung Chempaka, Petaling Jaya Utara 1/5, di sini, pada 8 Januari lalu.

Terdahulu, RM1.8 bilion diper-untukkan Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan pembangunan di kawasan pinggir bandar, desa dan pembangunan kampung baru seluruh negeri.

Kerjasama elak beban kadar yuran naikSHAH ALAM - Kadar yuran taman asuhan kanak-kanak (taska) yang dinaikkan mulai Januari ini diharap berpatutan dan tidak membeban-kan ibu bapa juga penjaga di Se-langor.

Malahan, pengusaha taska di-harap tidak mengambil kesempa-tan terhadap perkara itu dan mem-beri kerjasama kepada golongan berkaitan demi kebaikan bersama.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail ber-kata, peningkatan kos operasi ke-tika ini menyebabkan kenaikan kadar yuran tidak dapat dielakkan sehingga membebankan ibu bapa.

“Situasi menang-menang perlu dipraktikkan antara pengusaha taska dan ibu bapa juga penjaga kerana kedua-duanya saling me-

merlukan.“Walaupun kenaikan kadar

yuran perlu tetapi kita berharap ia tidak membebankan, malahan pengusaha Taska juga boleh mem-bantu mendaftar anak ini dengan skim bantuan disediakan Kerajaan Negeri,” katanya kepada Selangor-Kini.

Kerajaan Negeri menyediakan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR) dikhaskan untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah yang dihantar ke taska atau nurseri berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Melalui skim itu, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran RM100 setiap bulan dibayar terus kepada pusat berkenaan.

Sementara itu, ADN Morib, Has-nul Baharuddin berkata, keadaan mendesak dewasa ini memberi ke-san kepada ibu bapa dan diyakini kenaikan kadar yuran taska juga ti-dak terkecuali.

“Ibu bapa terutama pasangan muda yang menghantar anak ke taska pasti sedikit terbeban de-ngan kenaikan ini dan pengusaha taska harus bertolak ansur dalam perkara berkaitan.

“Tentunya pengusaha taska juga terbeban dengan keadaan dan pe-rubahan yang perlu dilakukan teta-pi diharap ia membawa kebaikan kepada semua,” katanya.

Bermula Januari ini, kadar yuran Taska di Selangor dinaikkan antara RM10 hingga RM50 ekoran kos ope- rasi yang semakin meningkat.

Elak tanah rizab jadi tapak lupus sampah

SHAH ALAM - Tanah yang sepat-utnya menjadi rizab pembinaan sekolah tamil didapati menjadi tapak pelupusan sampah dan pembakaran secara haram di Ja-lan 18/19, Taman Kanagapuram, Petaling Jaya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv berkata, tapak yang sepatutnya didirikan sekolah hanya dibiarkan tanpa sebarang pembangunan se-hingga menjadi pusat pelupusan sampah.

“Kerajaan Persekutuan men-gumumkan sejak 2012 lagi akan membina sekolah tamil di atas ta-nah rizab itu tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan.

"Bukan itu sahaja, malahan tia-da wakil yang turun menjaga ma-hupun membuat pantauan.

“Apabila terlalu lama terbiar, kawasan itu menjadi tempat pembakaran dan pembuangan sampah sehingga menyebab-kan bau busuk yang tidak me-nyenangkan penduduk di seki-tarnya,” katanya.

Kira-kira 800 unit perumahan berdekatan kawasan terbabit mengalami gangguan masalah bau busuk dan asap daripada pembakaran secara haram itu.

Rajiv berkata, beliau dimak-lumkan penduduk pada awal waktu pagi ada individu yang melakukan pembakaran dan ia hanyut di sekitar kawasan pe-rumahan menyebabkan pen-duduk tidak berpuas hati.

Beliau berkata, Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) sudah berkali-kali membersihkan tapak sampah dan mengadakan perte-muan dengan Kementerian Pela-jaran mengeluarkan surat pekel-iling, namun masalah tetap tidak dapat diselesaikan.

“Jika dalam waktu terdekat tidak dapat membina sekolah, Kementerian Pelajaran dinasihat-kan untuk menjadikannya seb-agai tapak padang bola buat se-mentara waktu.

"Ia bagi mengelakkan tapak itu menjadi pusat pelupusan sampah haram,” katanya.

Page 12: Harga barangan naik

Album12 SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Album13SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

ADN Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan bergambar bersama penerima sumbangan Back to School di pejabatnya

ADN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan merasmikan sesi taklimat dan temu dugaKursus Pemanduan Kenderaan Komersial di Kampung Melayu Subang

ADN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak turun padang menyantuni dan menyerahkan sumbangan persekolahan kepada pelajar di Dewan Ladang Sungai Tinggi

ADN Taman Medan, Haniza Talha menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada mereka yang layak di DUN beliau

ADN Morib, Hasnul Baharuddin turun padang menyantuni murid di Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis

ADN Kampung Tunku, Lau Weng San menyampaikan sumbangan pendidikan kepada penerima berkelayakan di DUN beliau

ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail turun padang mendapatkan penjelasan penduduk berkenaan isu sampah di Pangsapuri Seri Nipah

ADN Ijok, Dr Idris Ahmad menyantuni masyarakat di program Back to School di DUN itu

ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pelajar di program Back to School di DUN beliau

Page 13: Harga barangan naik

14Rencana

SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Iklim ekonomi dan politik tidak menentu

Berani tempuh gelombang ����OLEH MOHD EZLI MASHUT

MEMASUKI 2017 iklim ekonomi dan politik dunia dalam ke-adaan tidak menentu. Suasa-

na politik di Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump bakal mem-pengaruhi dunia dengan dasar serta polisi barunya.

Cabaran itu bakal memberikan tem-piasnya kepada kuasa ekonomi dunia lain dan Malaysia turut menerima im-paknya.

Prestasi nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat yang menjunam memberikan kesan terhadap kenaikan barangan import khususnya makanan.

Mata wang Malaysia itu terjejas te-ruk apabila turun sebanyak 4.52 peratus semasa mengakhiri tahun 2016, pada 4.4845/4875 berbanding dolar AS. Pada 2015, ringgit berakhir pada 4.2900/2970.

Pada 3 Januari 2017, hari pertama ringgit diniaga terus mencatatkan ke-jatuhan apabila dibuka pada 4.4932 ber-banding dolar AS. Bursa Malaysia turut mengejutkan pasaran dan penganalisis apabila membuka tirai 2017 de-ngan kedudukan lemah pada hari pertama da-gangan tahun ini.

Pada 20 Disem-ber 2016, ringgit mencecah 4.4790 pada satu ketika, ia tahap paling lemah sejak krisis kewangan Asia, pada 1998. Kadar inflasi negara, pada 2017 dijangka tinggi antara 2.5 dan 2.8 pera-tus sebagaimana diukur In-deks Harga Pengguna (IHP)

Sementara itu, kemungkinan bakal wujud beberapa kenaikan harga merangkumi barangan terkawal seperti minyak masak, gas kegunaan rumah, tol dan tarif elektrik seterusnya menyum-bang kepada kadar inflasi tinggi, pada 2017.

Wujud kemungkinan rakyat Malay-sia, pada 2017 ini berbelanja lebih un-

tuk petrol tidak se-perti 2016 yang mana harga minyak tidak mencecah RM2 seli-ter.

Keyakinan Selangor hadapi cabaran 2017

Prestasi ekonomi Selangor bagi 2017 dijangka kekal pada lan-

dasan pertumbuhan antara 5.0 – 5.5 peratus iaitu pada kadar sama sebagai mana 2016.

Keyakinan ini didorong jangkaan pertumbuhan sederhana di peringkat global, asas ekonomi negeri yang kukuh melalui permintaan domestik berdaya tahan dan berterusan, sumber pertum-buhan pelbagai dan kadar penganggur-

an rendah, dipacu perbelanjaan sektor swasta.

Sektor perkhidmatan dan pembuatan dijangka akan terus kekal sebagai pe-nyumbang utama pertumbuhan ekono-mi di Selangor.

Selangor juga membuat satu an-jakan strategik ke arah industri berasas-kan pengetahuan dan berteknologi tinggi serta mempergiat sektor ekonomi menerusi Industri Kecil dan Sederhana (SME).

Kerajaan Negeri memberi fokus lima teras utama yang mampu mengem-bangkan peluang SME seperti industri aeroangkasa, bioteknologi, sains hayat, e-dagang dan industri halal.

Melihat sisi positif 2017

Bank Dunia menjangkakan harga min-yak mentah global akan naik AS$55 do-lar (RM246.73) satu tong berbanding jangkaan AS$53 dolar (RM237.75) satu tong sebelum ini selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bakal mengurangkan pengeluaran mi- nyak mentah bagi menstabilkan pasaran.

Keadaan ini seterusnya bakal memberi kesan langsung positif kepada industri minyak tempatan khususnya di Malaysia dan memberikan lebih pendapatan ke-pada negara.

MIDF Amanah Investment Bhd ber-kata terdapat beberapa harapan positif yang boleh disandarkan bagi ekonomi Malaysia untuk tahun ini selepas ia me-lalui tempoh amat mencabar sepanjang tahun 2016.

Katanya ekonomi Malaysia mampu berkembang 4.3 peratus tahun ini, me-

ningkat berbanding pertumbuhan 4.1 peratus yang diunjurkan untuk 2016.

Berani menghadapi cabaran

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada 2017 terus mening-kat antara 45,000 hingga 50,000 orang. Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Orien-tal Daily seramai 31,000 pekerja diber-hentikan setakat September lalu.

Namun, di sebalik berita menakutkan ini, kita perlu berani menempuh gelom-bang cabaran ini dengan sikap positif dan proaktif. Persedian mental penting bagi membina kekuatan untuk meng-hadapi sebarang krisis dan dugaan yang tiba tanpa diduga.

Teruskan melangkah 2017 dengan azam, harapan serta tekad baru. Sema-kin tinggi cabaran dan dugaan, sema-kin tinggi ganjaran. Kita tidak boleh me- ngubah arah angin tetapi kita boleh me-ngubah arah layar ke mana untuk dituju.

MOHD EZLI MASHUT adalah Penolong Pengarang SelangorKini

Prestasi ekonomi Selangor bagi 2017 dijangka kekal pada landasan pertumbuhan antara 5.0 – 5.5 peratus iaitu pada kadar sama sebagai mana 2016.

Page 14: Harga barangan naik

15SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Rencana

Selangor Brain Bank

Pembekal tenagapakar masa depan SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:

1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.3. Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya. 6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2015 Times Higher Education atau QS World University Ranking).7. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).8. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.9. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.10. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.11. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.12. Sihat tubuh badan.13. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.14. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.

KATEGORI PEMOHON:1. Penjawat Awam- Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.- Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

2. Orang Awam- Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.- Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.

BIDANG PENGAJIANSkop Smart Selangor- Governance- Energy And Utility- Water Management- Waste Management- Building And Housing- Transport And Mobility- Safety And Security- Healthcare- Disaster Management- Food And Agriculture- Education

Bidang Berkaitan- Human &Social Development- Culture & Heritage- Manufacturing- Environment- Business- Retail- Commercial- Technology- Communication- Islamic Affairs

OLEH LIZAWATI MADFA

Dalam tempoh kurang 10 tahun, Selangor mensa-sarkan negeri itu bertaraf

'Smart State' terulung di rantau ASEAN.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali komi-ted cita-cita itu mampu dicapai menjelang 2025.

Melihat kepada agenda itu, sektor pendidikan negeri tidak ketinggalan merangka adu-nan tersendiri bagi memastikan kelancaran Gagasan Smart Sela-ngor menuju puncaknya.

Lantas, pada pembentangan Belanjawan Selangor 2017 lalu, Mohamed Azmin mengumum-kan RM5 juta bagi menjayakan program khas, Selangor Brain Bank (SBB).

SBB menawarkan tajaan bi-asiswa penuh dalam pengajian Doktor Falsafah (PhD) bagi me-nyediakan sumber kepakaran masa depan di Selangor.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keutamaan diberikan ke-pada pemohon dalam bidang strategik yang relevan dengan 12 domain 'Smart Selangor'.

Domain berkenaan adalah 'Smart Government', 'Smart De-velopment', 'Smart Digital Infra-structre' dan 'Smart Waste Ma-nagement', ‘Smart Education’ dan ‘Smart Energy’.

Domain lain adalah ‘Smart Wa-ter Management’, ‘Smart Agro’, ‘Smart Transport and Mobility’, ‘Smart Safety and Security’, ‘Smart Disaster Management’ dan ‘Smart Healthcare'.

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

Menerusi SSB, kita yakin mampu melahirkan tenaga pakar cemerlang seterusnya merealisasikan misi menjadikan Selangor sebagai Smart State

NIK NAZMIExco Sains, Teknologi dan Inovasi

"Sumber kepakaran dalam pelbagai bidang strategik adalah asas penting sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari.

"Kita juga menyedari keper-luan kepada kepakaran dalam bi-dang strategik ini sangat kritikal di negeri pesat membangun se-perti Selangor.

"Menerusi SSB, kita yakin mampu melahirkan tenaga pakar cemerlang seterusnya merealisa-sikan misi menjadikan Selangor sebagai Smart State," katanya.

Beliau berkata, tawaran bagaimanapun terbuka kepada pemohon yang berhasrat me-nyambung pengajian PhD di uni-versiti luar negara yang berada dalam kelompok 50 terbaik du-nia.

"Kelompok 50 terbaik dunia itu bukan keseluruhan tetapi melihat kepada bidang dipohon, misalnya ekonomi, kita akan me-lihat senarai universiti 50 terbaik dalam bidang berkenaan.

"Kita tawarkan di luar nega-ra kerana bidang strategik ke-biasaannya ditawarkan di sana berbanding dalam negara.

"Dengan kekurangan biasiswa ditawarkan pada masa kini, Kera-jaan Negeri percaya peluang ini seharusnya direbut mereka yang berminat," katanya.

Tiada sebarang kuota ditetap-kan, Nik Nazmi berharap mereka yang layak tidak mensia-siakan peluang keemasan itu.

"Peluang ini membolehkan mereka mendapat pendidikan terbaik dan seterusnya menyum-bang kembali kepada Selangor sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Diharap 'batch' pertama SBB juga dapat meletakkan satu tanda aras terbaik untuk 'batch' seterusnya dalam usaha mela-hirkan rakyat berpengetahuan tinggi dalam bidang strategik," katanya.

Permohonan SBB terbuka ke-pada rakyat Selangor atau sudah bermastautin di Selangor melebi-hi lima tahun, tidak kira sama ada penjawat awam atau swasta.

Tarikh akhir permohonan adalah 31 Januari 2017, yang jatuh pada hari Rabu, pada jam 5 petang.

Hanya permohonan lengkap akan diproses dan mereka yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

Untuk permohonan dan mak-lumat lanjut, orang ramai boleh rujuk laman sesawang Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) di http://tk-wbns.selangor.gov.my/portal/in-dex.php/tentang-kami/program-khas-selangor-brain-bank.

Page 15: Harga barangan naik

16Pertanian

SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KEPONG - Selangor Fruits Valley (SFV) yang sebelum ini dihentikan operasinya bagi proses pemuliharaan bakal dibuka semula secara rasmi, pada Februari ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pembukaannya sekali gus diyaki-ni mampu menjana pertumbuhan ekono-mi dan industri agro-pelancongan negeri untuk tempoh 2017.

“Apabila ia dibuka pada Febuari ini, SFV juga menyediakan tempat mem-proses madu kelulut diusahakan usaha-wan tani muda yang dilatih menerusi pro-gram Agrogems (Pertanian Agro Generasi Muda).

“Pengunjung boleh mengambil pelu-ang ini untuk merasai kemanisan dan keas-lian produk madu kelulut yang dihasilkan sendiri usahawan tani tempatan,” katanya.

SFV yang bakal dirasmikan Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu dikenali masyarakat setempat sebagai dusun buah-buahan di Rawang dan men-jadi antara pusat tanaman buah-buahan tropika terbesar di Malaysia.

Kawasan berkeluasan 1,000 ekar itu se-belum ini turut mendapat perhatian China untuk mengadakan kerjasama ekonomi dalam bidang pertanian bersama Selangor.

Ia susulan rangka kerja delegasi Interna-tional Oversea Retrunees Promotion Asso-ciation of Lianing China yang diberi pelu-ang melihat sendiri perkembangan sektor pertanian negeri di SFV, pada Ogos lalu.

Pembangunan SFV dikawal selia di bawah pengurusan Perbadanan Kema-juan Pertanian Selangor (PKPS).

SHAH ALAM - Program Agro Generasi Muda Selangor (AGRO-GEMS) 2017 diteruskan dengan sasaran melahirkan lebih ramai petani muda di seluruh negeri.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pro-gram terbabit diyakini memban-tu golongan muda mendapat pemahaman jelas berkenaan pel-

uang pertanian.“2016 menyaksikan penyer-

taan yang saya sifatkan sebagai ‘dasyat’ kerana kita menerima ramai penyertaan daripada golo-ngan muda.

“Perkembangan ini mem-buktikan bahawa individu terli-bat dalam sektor pertanian juga mampu berjaya dan menjana pendapatan yang baik khusus-

nya kepada golongan muda,” ka-tanya.

Zaidy berkata, pengisian pro-gram bagi tahun ini diteruskan dengan sesi seminar membabit-kan peserta dan individu yang berjaya dalam bidang pertanian.

“Mereka akan diberikan tak-limat dan panduan oleh usaha-wan tani yang pernah menyertai program ini dan sudah bergelar

jutawan tani hasil daripada akti-viti pertanian diusahakan.

“Selepas seminar, mereka juga akan diberikan kursus lanjutan dan ilmu secara praktikal supaya mereka boleh mengaplikasikan pemahaman secara terus dalam sektor pertanian,” katanya.

Program AGROGEMS mula di-perkenalkan pada Januari 2016 sebagai suntikan Kerajaan Negeri

menggalakkan penyertaan usa-hawan tani di bawah umur 40 ta-hun dalam sektor pertanian.

Mereka yang berminat bo-leh mendaftar di pejabat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemode-nan Pertanian dan Industri Asas Tani di Tingkat 15 bangunan Sul-tan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selangor Fruits Valley

Rancak agro-pelancongan

AGROGEMS ���� sasar lahir jutawan tani muda

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyalur-kan bantuan kewangan RM800,000 kepa-da petani terjejas ekoran serangan Hawar Daun Bakteria (BLB), pada Disember lalu.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, jumlah terbabit meliputi bantuan peralatan, cecair semburan dan baja hasil tani.

Katanya, pesawah juga turut menerima khidmat nasihat daripada beberapa agensi pertanian negeri sebagai inisiatif memberi pemahaman sebenar berkenaan gejala itu kepada petani seluruh negeri.

“Petani dan pesawah terjejas juga turut dibantu daripada segi khidmat nasihat dan panduan menangani serangan BLB, pada masa akan datang.

“Untuk tempoh ini, RM800,000 juga dipe-runtukan bagi tujuan itu sebagai bantuan dan input pertanian khusus untuk menan-

gani permasalahan BLB,” katanya. Dilaporkan, serangan BLB menjejas-

kan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar membabitkan petani dan pesawah di Sabak Bernam.

Serangan itu dikatakan paling teruk ber-laku pada musim kedua tahun ini dengan kerugian hampir RM5 juta.

Pada masa sama, Zaidy berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan program bantuan menyeluruh kepada petani seluruh negeri bagi tempoh 2017.

“Pada 2017 ini kita akan melaksanakan skim sedia ada termasuk usaha untuk terus menyalurkan pelbagai infomasi dan maklu-mat kepada petani.

“Pada masa sama, kita berharap supaya petani dan pesawah juga lebih bersedia terhadap sebarang kemungkinan jika sera-ngan wabak berlaku dan menjejaskan hasil tani mereka,” katanya.

RM8��,��� bantu petani Sabak Bernam

Page 16: Harga barangan naik

17SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Pelancongan

Selangor Fruits Valley

Rancak agro-pelanconganOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Ameri-ka Syarikat (AS) tidak membawa signifikan kepada pertambahan kedatangan pelancong ke Sela-ngor, pada 2016.

Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, ia dapat dilihat apabila tiada peningkatan mendadak ke-datangan pelancong dari Singa-pura walaupun jurang nilai ring-git dan dolar Singapura semakin melebar.

“Biasanya pelancong luar ne-gara akan membuat tempahan awal sebelum mereka melan-cong ke sini.

“Kita turut dimaklumkan ada peningkatan kedatangan pelan-cong ke Selangor tahun lalu, ber-banding 2015.

“Bagaimapun, kita dapati ke-jatuhan nilai ringgit bukan fak-tornya kerana tiada peningkatan

SHAH ALAM - Menyokong usa-ha pengharaman penggunaan beg plastik di seluruh negeri, pertubuhan sosial AnimalCare menghasilkan beg lebih selesa dan mesra alam ke-pada pengguna.

Struktur beg yang dihasilkan melalui jahitan tangan itu dijual pada kadar se-rendah RM60 setiap satu dengan se-tiap pembeli-an disumbangkan ke tabung kebajikan haiwan.

Lebih istimewa, penghasilan beg ini adalah sebahagian dar-ipada inisiatif pencegahan pe-nganiaaan terhadap haiwan dan alam menerusi penggu-naan beg plastik sebelum ini.

Dihasilkan dengan empat

jenis rekaan menerusi pelbagai jenis warna dan corak, orang ramai boleh membuat pembe-lian menerusi [email protected].

Terdahulu, Kerajaan Negeri menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan polis-terina di premis perniagaan seluruh negeri, bermula 1 Ja-

nuari lalu.Selangor mula

mengharamk an penggunaan beg plastik, pada se-tiap Sabtu sejak 2009 dan dilan-

jutkan tujuh hari seminggu, bermula ta-

hun ini.Kempen Hari Tanpa Beg

Plastik bertujuan menyemai se-mangat sayangkan bumi yang diharapkan mampu menjadi ta-biat masyarakat seluruh negeri.

HULU SELANGOR - Identiti beruang di kawasan perhuta-nan Rawang suatu masa dahulu diangkat sebagai ikon acara la-rian komuniti, Rawang Bear Run 2017.

Wakil penganjur, Noel Azzy berkata, pemilihan haiwan itu juga bagi mempromosi Rawang sebagai destinasi pilihan warga Lembah Klang.

“Rawang suatu masa dipenuhi pokok sawit, getah dan lombong bijih timah serta dihuni binatang liar termasuk beruang.

“Bukan bersandar kepada se-jarah itu semata-mata, beruang juga dilihat mempunyai sifat fizikal dan identiti tersendiri yang

digemari ramai.“Jadi, kita mahu keunikan

beruang ini menarik minat orang ramai termasuk kanak-kanak untuk meng-amalkan gaya hi-dup sihat,” katanya di sini, pada 5 Ja-nuari lalu.

Terdahulu, be-liau mengiringi Pengurus Jualan Hong Bee Pro-perty Management Sdn Bhd, K Jamilchel-van merasmikan Rawang Bear Run 2017.

Noel berkata, turut diadakan karnival jualan menampilkan

lebih 50 gerai jualan usahawan produk tempatan.

“Terdapat 25 ‘food truck’, persembahan artis, perkhid-matan rawatan Islam dan peme-riksaan kesihatan percuma,” ka-tanya.

Bakal berlangsung pada 22 Januari ini, ia dijangka diser-tai 1,500 peserta menerusi dua ka-tegori jarak larian iaitu 12 kilometer (km) dan lima km.

Yuran penyertaan adalah RM75 bagi dewasa, se-mentara RM20 dikenakan bagi peserta tempatan.

Pelancong ke Selangor meningkat

Nilai ringgit bukan faktormendadak pelancong Singpura walaupun jurang ringgit ber-banding dolar Singapura sema-kin besar,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Bagaimanapun, katanya, ang-ka sebenar kehadiran pelancong ke Selangor tahun lalu hanya akan diketahui, pada Mac ini.

Katanya, selain Singapura, di negara Asia Tenggara lain secara amnya juga mengalami perkara sama walaupun mata wang ma-sing-masing turut menyusut ber-banding dolar AS.

“Selain pelancong asing, ke-hadiran pelancong tempatan tu-rut banyak menyumbang kepada peningkatan sektor pelancongan Selangor,” katanya.

Rawang Bear Run ���� angkat identiti beruang

AnimalCare lancar beg mesra alam

https://myanimal-care.org/2017/01/01/

bebasplastik- campaign-buy-our-

shopping-bags/

https:// mro.myraceonline.

com/bear17/ registrations

Kita turut dimaklumkan ada peningkatan kedatangan pelancongke Selangor tahun lalu, berbanding 2015. Bagaimapun, kita dapati kejatuhan nilai ringgit bukan faktornya kerana tiada peningkatan mendadak pelancong Singapura walaupunjurang ringgit berbanding dolar Singapura semakinbesarELIZABETH WONGExco Pelancongan

Page 17: Harga barangan naik

18PBT

SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Bandara-ya Petaling Jaya (MBPJ) meng-alu-alukan syarikat, pengusaha makanan, pasar raya dan hotel untuk menyumbang makanan bagi menjayakan PJ City Food Bank yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan itu.

MBPJ dalam kenyataan berka-ta, sumbangan itu akan diagih-kan kepada penerima terdiri dari rumah orang tua, kebajikan, anak yatim dan orang kurang upaya di sekitar kawasan pen-tadbirannya.

“PJ City Food Bank adalah salah satu inisiatif di bawah Pro-gram Local Agenda 21 Petaling Jaya, justeru kita juga menjem-put semua termasuk sukarela-wan untuk bersama membantu menjayakannya,” katanya.

Terdahulu, Datuk Bandar Pe-taling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, program itu

bakal diperluaskan kepada pela-jar sekolah terutama di kawasan majoriti penduduk berpendapa-tan rendah.

Sejak pelaksanaannya, PJ City Food Bank berjaya menyum-bang makanan dan minuman seberat 49.71 tan kepada 1,733 penghuni di 64 rumah kebajikan seluruh Petaling Jaya.

pj-foodSebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Mampan, Ja-batan Perancangan Pembangu-nan MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 370 dan 374.

Pada 23 Jun 2016, MBPJ menandatangani perjanjian kerjasama dengan Bank Rak-yat untuk memberi tajaan juga sumbangan di bawah program terbabit.

MBPJ adalah PBT pertama di Malaysia yang melaksanakan projek itu bagi membantu golongan kurang berkemam-puan, sejak 2012.

Jayakan PJ City Food Bank

MBPJ alu-alukan sumbangan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperoleh RM490,404 menerusi perkhid- matan Shah Alam On Wheel (SAOW), sepanjang tahun lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pejabat bergerak itu juga beroperasi 47 kali dalam tempoh sama.

Katanya, antara lokasi persing-gahan SAOW adalah tumpuan awam seperti pusat membeli-belah.

“Kita turut beroperasi di Plaza Shah Alam, Seksyen 9; Pasar Raya Giant, Seksyen 18 dan TESCO Se-tia Alam.

“Pelbagai perkhidmatan dise-diakan termasuk semakan dan bayaran cukai taksiran, semakan juga bayaran kompaun, pembe-

lian kupon parkir, semakan sta-tus aduan serta membuat aduan awam,” katanya.

Pada 2014, SAOW mula di-perkenalkan untuk memberi ke-mudahan kepada orang ramai berurusan dengan MBSA, pada hari cuti.

Shahrin berkata, ia menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat dan ber-harap lebih ramai dapat meman-faatkan perkhidmatan itu.

“MBSA sentiasa komited me-ningkatkan perkhidmatan demi kemudahan dan kesejahteraan orang ramai.

“Kami juga berharap dapat menjalin hubungan lebih erat dan mesra dengan masyarakat setempat menerusi SAOW,” ka-tanya.

SAOW berkesan, mudahkan urusan

PETALING JAYA - Persatuan Penduduk Apartment Idaman menerima Anugerah Khas Juri, sekali gus membawa pulang RM30,000 dalam Anugerah Sus-tainable Community oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Anugerah disampaikan Da-tuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain dalam majlis di Hotel Royale Chulan, Damansara, ba-ru-baru ini.

Azizi berkata, pengiktirafan itu berdasarkan inisiatif pem-bangunan mampan untuk me-ningkat kreativiti serta kema-hiran merancang projek dalam kalangan komuniti bagi me-mikirkan idea baru yang boleh

diketengahkan.“Langkah positif ini mendapat

53 penyertaan berbanding 25, pada 2014.

“Kali ini, MBPJ turut mem-perkenalkan kategori baru di bawah program belia meman-dangkan golongan ini adalah modal insan yang akan mem-bentuk masa depan generasi,” katanya.

Azizi berkata, sebanyak 1,160 inisiatif atau projek pembangun-an mampan terhasil daripada komuniti ini, sejak 2000.

Katanya, ia sekali gus menge-sahkan impak pelaksanaan di-jalankan perunding Universiti Malaya, pada 2015.

“Anugerah Komuniti Mampan adalah landasan paling berkesan dalam membina kapasiti komu-niti Petaling Jaya,” katanya.

Turut menerima anugerah ialah KRT SS24 Taman Megah Fasa2, Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari bagi kategori alam sekitar, Persatuan Kebaji-kan Penduduk Petaling Perdana (kategori ekonomi), Persatuan Penduduk Apartment Idaman (budaya dan komuniti) juga Per-satuan Penduduk SS20 Zon Sen-tral (habitat).

Manakala, Persatuan Pemilik dan Penghuni Rumah Daman-sara Jaya memenangi kategori urus tadbir.

Persatuan Penduduk Apartment Idaman gondol RM��,���

Page 18: Harga barangan naik

19SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

PBT

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) akan me-ngambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal melunas-kan tanggungjawab serta ing-kar kepada syarat pembersihan awam ditetapkan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shah-rin Ahmad berkata, penamatan kontrak akan dilakukan segera jika mereka tidak berjaya menun-jukkan prestasi cemerlang.

“Antara tindakan bakal diam-bil adalah mengenakan ‘Notice to Correct’ (NTC), penggantu- ngan kontrak, perkhidmatan ti-dak dibayar dan penamatan kon-trak,” katanya.

Terdahulu, 105 kontraktor menerima surat tawaran kon-trak pembersihan awam daripa-da MBSA bagi sesi 2017 hingga 2019, termasuk 15 kontraktor pembersihan dewan dan seorang kontraktor kutipan sampah sisa domestik.

Bagi kontraktor pembersihan awam, kerja yang perlu dilak-sanakan adalah memotong rum-put dan menyapu jalan selepas kerja pemotongan, membersih-kan longkang, perangkap pasir (sump) serta parit erong dengan kekerapan dua kali sebulan,

Kontraktor juga perlu melaku-kan kutipan sampah sisa pukal, sisa kebun dan sisa haram tiga kali seminggu, menyapu jalan dan kekemasan jalan peruma-

han dengan kekerapan dua kali sebulan serta menyapu jalan dan kekemasan jalan utama, komer-sial juga persiaran setiap hari.

Manakala, kontraktor kuti-pan sampah sisa domestik pula membabitkan kutipan sisa bagi rumah jenis ‘landed’ empat kali seminggu juga kutipan sisa do-mestik di premis seperti industri sesebuah, teres, berkembar dan hotel dengan kekerapan kutipan lima kali seminggu.

Sementara, kontraktor pem-bersihan dewan Majlis pula me-liputi pembersihan kawasan dalam, luar dan sekitar dewan, pembersihan tandas dewan, pembekalan perkakas tandas serta pembersihan tong sampah atau ‘bin chamber’.

Patuhi syarat pembersihan awam

Tiada kompromi kontraktor gagal

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindak-an tegas meroboh serta memus-nahkan pembinaan tanpa kelulus-an di tapak Perbadanan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhampiran Taman Raintree, Batu Caves, baru-baru ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, operasi itu dijalankan melalui Ja-batan Bangunan setelah pemerik-saan dan notis pertama dikeluar-kan, pada 26 Julai 2016.

“Operasi ini dijalankan setelah MPS menerima aduan daripada orang awam yang memaklum-kan terdapat binaan haram se- perti kabin dan pondok di ka-wasan berkenaan.

“Notis dikeluarkan di bawah

Seksyen 80, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang mewajibkan pemilik struktur mengemukakan bukti serta dokumen binaan ter-babit kepada MPS,” katanya dalam kenyataan.

Fauzi berkata, tindakan pero-bohan dijalankan di bawah Sek-syen 72, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 selepas pemilik premis gagal mematuhi syarat.

“Hasil maklumat, kita juga mendapati tanah itu milik Per-badanan Aset Keretapi (PAK) dan disewakan kepada syarikat Teraju Biru,” katanya.

Operasi terbabit diketuai Tim-balan Yang Dipertua MPS, Dato’ Juhari Ahmad bersama anggota penguat kuasa dari pelbagai ja-batan.

Roboh pembinaan haram

‘Smart PJ’ urus cabaran pertumbuhan bandarPETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan projek ‘Smart PJ’ berasaskan matlamat bandar raya selamat, bersih dan bahagia.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, Smart PJ adalah sistem pengurusan bandar bersepadu yang meng-gunakan teknologi maklumat.

Katanya, satu pusat dikenali sebagai ‘command centre’ akan diwujudkan untuk menghubung, mengawasi dan mengawal aktivti berteraskan kepada tiga elemen.

“Smart PJ adalah penyelesai-an menyeluruh bagi mengurus cabaran pertumbuhan bandar.

“Ia boleh mencorakkan bu-

daya dan gaya hidup termasuk kediaman, pendidikan, kesihatan juga keselamatan,” katanya sem-pena Majlis Anugerah Sustain-able Community Award 2016 dan Pelancaran PJKita, baru-baru ini.

Pada masa sama, Azizi berkata, Smart PJ akan disokong program PJKita dalam mempersiapkan ko-muniti ke arah inisiatif itu.

Katanya, program itu adalah landasan digital bagi ‘community engagement’ yang akan mem-promosikan lima prinsip utama.

"Ia membabitkan jalinan ker-jasama, kerjasama strategik, amalan sukarelawan, budaya dan gaya hidup serta digital ‘fabrica-tion’," katanya.

SHAH ALAM - Usaha menjadikan Shah Alam sebagai perbandaran hijau seiring diumumkan Kera-jaan Negeri sebelum ini diperku-kuh menerusi inisiatif 'Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan', pada 22 Januari ini.

Program anjuran Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA) yang disokong sepenuhnya Kerajaan Negeri itu dilaksanakan sebagai usaha melestarikan bandar raya berkenaan.

Pelaksanaan program itu juga dibuat selaras hasrat Kerajaan Negeri mengurangkan penggu-naan karbon secara holistik.

Antara jalan terlibat terma-suklah di Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato' Menteri dan Per-

'Shah Alam Tanpa Kenderaan' �� Jan ini

siaran Damai.Dalam pada itu, penganjuran

program terbabit turut mem-beri peluang kepada masyarakat awam untuk melakukan aktiviti

riadah tanpa gangguan lalu lintas. Ini termasuk aktiviti berbasikal

santai, ‘rollerblade’, papan luncur, ‘hover board’, jalan kaki dan ‘skut-ter blade’.

Page 19: Harga barangan naik

20Pendidikan

SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut

Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa

03-7968 7002

E-mel : akreditasi@ mqa.gov.my

Lepasan KV layak sambung ijazah

SHAH ALAM - Sudah tiba ma-sanya Kerajaan Persekutuan me-mansuhkan pinjaman Perbadan-an Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjerut rakyat dan memberi pendidikan percuma kepada semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ah-mad berkata, PTPTN jelas tidak boleh bertahan untuk jangka masa panjang memandangkan kadar bayar balik tidak mem-berangsangkan.

Katanya, kerugian terkum-pul PTPTN mencapai RM6.5 bilion dengan hutang tidak ter-bayar mencecah RM8.49 bilion, manakala kadar pembayaran semula sekadar 46.6 peratus, an-tara 2011 hingga 2015.

“Saya beranggapan pem-bayaran sepatutnya dibuat hanya selepas graduan mendapat gaji

SHAH ALAM - Lepasan Kolej Vo-kasional (KV) yang menerima Dip-loma Vokasional Malaysia (DVM) di bawah Kementerian Pendidik-an Malaysia (KPM) dan berkei-nginan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah boleh memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkata, ia boleh dibuat melalui laluan teknikal dan vo-kasional dengan memenuhi syarat ditetapkan iaitu pengala-man kerja sekurang-kurangnya sehingga berumur 21 tahun juga mendapat sijil Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL).

“Lepasan KV yang menerima

sijil DVM juga boleh melanjut-kan pengajian ke IPT serta- merta dengan syarat lulus kesetaraan Sijil Pelajaran Malaysia-Sijil Vo-kasional Malaysia (SPM-SVM) ditetapkan Lembaga Peperik-saan dan KPM.

“Ini menunjukkan setiap lepasan KV masih berpeluang melanjutkan pengajian walau-pun memasuki alam pekerjaan lebih awal,” katanya dalam ke-nyataan.

MQA berkata, Sijil APEL dike-luarkan MQA diiktiraf Kemen-terian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menggantikan SPM iaitu syarat minimum ditetapkan un-tuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

SHAH ALAM - Alumni Maktab Tentera Diraja (Royal Military College-RMC) akan menganjur-kan program wacana khas ber-tajuk ‘Integration With Integ-rity’, pada 15 Januari ini.

Wacana yang berlangsung di Paum House, Medan Dam-

ansara, Kuala Lumpur itu akan bermula, pada jam 3 hingga 6 petang.

Lima penceramah itu terdiri daripada Tan Sri Datuk Dr Ka-mal Mat Salih, Profesor Dr Chan Chee Khoon, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram, Mohamed

Tawfik Tun Dr Ismail dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Manakala, moderator adalah Profesor Gurdial Singh Nijar.

Sebarang pertanyaan berke-naan wacana itu boleh meng-hubungi Raaj Naidu di talian 012-3078615.

SHAH ALAM - Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin diangkat sebagai juara bagi Pertandingan Penulis Muda Kemanusiaan 2016 bertemakan ‘The Power of Humanity’.

Beliau yang juga aktivis Ma-laysian Life Line for Syria (MLLFS) dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia memenangi tempat pertama dalam kategori bukan wartawan (Bahasa Melayu).

Serahan dibuat Timbalan Ke- tua Delegasi Serantau ICRC, Claire Servoin di Wisma UOA, Kuala Lumpur.

Beliau menerima peralatan elektronik RM1,500, manakala pemenang tempat kedua mem-bawa pulang peralatan elektro-nik RM1,000.

Pertandingan itu dilancarkan,

pada 8 Mei lalu sempena sam-butan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia an-juran ICRC juga Kelab Akhbar Ke-bangsaan Malaysia (NPC) dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Panel hakim yang terdiri dari-pada ahli akademik, pengamal dan pakar dalam bidang komu-nikasi, undang-undang kemanu-siaan antarabangsa serta hal eh-wal kemanusiaan memilih enam pemenang yang menunjukkan pemahaman asas baik berkenaan isu juga cabaran kemanusiaan.

Pada 2015, artikel tulisan Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS, Syahrir Azfar Saleh (Syahrir Azfar Al-Halabi) bertajuk  Allah, Suriah, Hurriyah Bas yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian memenangi tempat kedua menerusi pertan-dingan sama.

Pendidikan percuma

Selesai kemelut PTPTN

selesa kira-kira RM4,000 sebulan seperti dilakukan di United King-dom dan Australia.

“Penyelesaian utama adalah

pendidikan percuma untuk semua IPTA, apatah lagi ini bukan angan-angan kosong tetapi rea-liti di Finland, Sweden, Norway,

Jerman dan Scotland. “Chile pula memperkenalkan

dasar ini bagi separuh 50 peratus pelajar termiskin ekoran kadar yuran tinggi,” katanya dalam ke-nyataan.

Selain itu, Nik Nazmi berkata, pelajar miskin sewajarnya diberi elaun sara hidup dan penginap-an bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung.

Pada masa sama, katanya, ke-rajaan perlu beransur mengakhiri biasiswa sarjana muda JPA dan MARA ke luar negara meman-dangkan negara kini tidak lagi kekurangan universiti berban-ding 30 tahun lalu.

“Lagipun, ramai pemegang

biasiswa JPA dibenarkan berhi-jrah ke luar negara tanpa mem-bayar sesen pun kepada kerajaan. Alangkah baiknya jika kita mela-bur di dalam IPTA kita sendiri?

“Kita juga sewajarnya mem-bina lebih banyak IPTA untuk me- ngurangkan permintaan terhadap IPTS dan hanya mengekalkan IPTS terbaik untuk kekal beroperasi.

“Kita juga boleh belajar dari-pada pengalaman Jerman yang membolehkan mereka melak-sanakan pendidikan tinggi per-cuma dengan mengasaskan pen-didikan teknikal dan vokasional yang menarik juga berkualiti bagi mengelak kebanjiran graduan universiti di pasaran,” katanya.

Aktivis MLLFS juara Penulis Muda Kemanusiaan

Alumni RMC anjur wacana ‘Integration With Integrity’

Katanya, MQA turut menye-diakan kemudahan semakan untuk orang awam dengan me-layari portal APEL di www.mqa.gov.my/APEL atau hubungi talian 03-7968 2253 / 3315 untuk per-tanyaan lanjut.

Page 20: Harga barangan naik

21SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR13 - 20 Januari 2017

14 - 21 Rabiulakhir 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

13 Jumaat 5:53 6:03 7:23 1:25 4:47 7:21 8:3514 Sabtu 5:54 6:04 7:23 1:25 4:47 7:22 8:3515 Ahad 5:54 6:04 7:23 1:25 4:48 7:22 8:3616 Isnin 5:55 6:05 7:24 1:26 4:48 7:23 8:3617 Selasa 5:55 6:05 7:24 1:26 4:48 7:23 8:3618 Rabu 5:55 6:05 7:24 1:26 4:49 7:23 8:3719 Khamis 5:56 6:06 7:24 1:27 4:49 7:24 8:3720 Jumaat 5:56 6:06 7:25 1:27 4:49 7:24 8:37

13 Jumaat 5:56 6:06 7:25 1:27 4:49 7:23 8:3714 Sabtu 5:56 6:06 7:25 1:27 4:50 7:24 8:3815 Ahad 5:57 6:07 7:26 1:28 4:50 7:24 8:3816 Isnin 5:57 6:07 7:26 1:28 4:50 7:25 8:3817 Selasa 5:57 6:07 7:26 1:28 4:51 7:25 8:3818 Rabu 5:58 6:08 7:26 1:29 4:51 7:25 8:3919 Khamis 5:58 6:08 7:27 1:29 4:51 7:26 8:3920 Jumaat 5:58 6:08 7:27 1:29 4:51 7:26 8:39

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Per-tubuhan Islam Malaysia (MAPIM) men-sasarkan sumbangan RM2 juta untuk membantu mangsa konflik di Syria bagi membeli keperluan asas.

Pengarah Strategiknya, Sani Arabi Abd Halim berkata, keperluan terbabit meliputi makanan, alat pemanas, pa-kaian dan selimut.

Katanya, MAPIM turut merancang membina 1,000 rumah kontena bagi kemudahan pelarian di Syria dengan kerjasama Kerajaan Turki.

“Tinjauan mendapati banyak khemah pelarian yang digunakan sejak tiga tahun lalu rosak dan kurang sesuai daripada segi privasi juga kebersihan.

“Perkampungan pelarian yang akan

diberi nama Kem Malaysia Turki ini akan dibina mulai Februari. MAPIM dan Turki akan menjadi operator selama tiga tahun,” katanya.

Pada masa sama, Sani turut merayu rakyat Malaysia supaya menyalurkan bantuan kepada mangsa krisis di Alep-po sebagai persediaan menghadapi musim sejuk.

Katanya, situasi kemanusian sangat genting di wilayah itu dengan jumlah pelarian meningkat kepada 11 juta serta memerlukan bantuan makanan, perubatan dan tempat tinggal.

“Mereka kini berhadapan cuaca sejuk di bawah enam darjah celcius dengan kebanyakan khemah yang di-jadikan tempat berlindung sudah rosak dan uzur.

“Cuaca sejuk ini akan berlarutan

SHAH ALAM - Prosedur yang lama bagi pindah milik tanah wakaf daripada geran bersama kepada milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyebabkan hartanah wakaf belum didaftar-kan atas nama MAIS.

Ketua Pegawai Eksekutif Per-badanan Wakaf Selangor (PWS), Abu Bakar Yang berkata, prose-dur terbabit adalah salah satu punca badan berkenaan dite-gur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 ekoran pengurusan kurang memuaskan.

“Dalam maklum balas PWS pada September 2015, 14 permo-honan selesai dipindah milik dan 26 lagi masih belum diselesaikan kerana memerlukan tindakan PWS, pewakaf serta pejabat ta-nah dan daerah.

“Proses penukaran hak milik kebanyakannya berlarutan se-hingga enam bulan, justeru pe-

ngurusan hartanah tidak dapat dilakukan kerana masih milik pewakaf,” katanya ketika taklimat Jawantuakuasa Kira-Kira Wang Selangor (PAC), di sini, pada 29

Disember lalu.Bagaimanapun, katanya, PWS

sentiasa mencari mekanisme ter-baik bagi menangani masalah itu secara efektif dan status terkini

mendapati hanya 14 tanah lagi belum diselesaikan.

Katanya, 12 daripadanya su-dah diterima hak milik asal, baru-baru ini dan kini dalam proses

Sasar sumbangan RM2 juta

Bantu mangsa konflik Syria

hingga April, sekali gus mengakibat-kan ramai kanak-kanak berhadapan penyakit atau kematian,” katanya.

MAPIM akan berlepas ke Syria bagi misi bantuan kelapan, pada 15 Januari ini.

Salurkan sumbangan anda melalui:

562834636987(Maybank)

atas nama Syria Emergency Appeal Dana MAPIM

Prosedur lama punca tanah wakaf belum daftar MAISpindah milik ke atas nama MAIS.

“Satu lagi dalam tindakan penyerahan pemberi milikan kepada MAIS kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Sabak Bernam.

“Manakala, satu tanah lagi menjadi isu memandangkan PTD Sabak Bernam tidak mengiktiraf proses pemberi milikan semula tanah yang diwakafkan individu kerana mahu menjadikannya se-bagai tanah kerajaan,” katanya.

Terdahulu, hasil pengauditan mendapati data daftar hartanah wakaf tidak lengkap dan tidak dikemas kini dengan 27.5 peratus daripadanya masih belum didaf-tarkan hak milik MAIS.

Sebanyak 87.6 peratus dari-pada hartanah wakaf yang sudah didaftarkan sebagai hak milik MAIS tidak diwartakan, manakala 75.3 peratus masih belum diman-faatkan.

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan biskut Iced Gem yang dikilangkan dan dike-luarkan beberapa syarikat adalah peme-gang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Perkara itu didedahkan susulan dak-wa pihak tidak bertanggungjawab men-dakwa biskut terbabit daripada lelemak haiwan tidak halal mula viral dan me-ngundang keresahan dalam kalangan pengguna.

“Kebanyakan pemborong menjual-nya kembali dalam bentuk timbang atau sukat atau paket kecil (pembung-kusan semula) dan ada di antaranya yang belum memohon pensijilan halal.

“Justeru, jadilah pengguna bijak de-ngan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Ha-lal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM,” kata Unit Hal Ehwal

Jadi pengguna bijak, pilih produk halal

Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM.Untuk semakan lanjut berkenaan

produk yang mempunyai Sijil Pengesah-an Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM, boleh layari www.halal.gov.my atau muat turun ap-

likasi telefon pintar myJakim.Bagi sebarang kemusykilan dan

penjelasan berkenaan isu halal yang tular (viral), boleh layari laman facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim.

Page 21: Harga barangan naik

22 SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Wanita & Kebajikan

OLEH LIZAWATI MADFA

KLANG - Nasib tiga keluarga miskin In-dia terus mendapat perhatian Exco Ke-bajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Ne-geri (ADN) Sementa berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sudah be-berapa kali cuba membantu keluarga berkenaan.

Katanya, usaha itu bagaimanapun gagal kerana kesemua mereka tidak memiliki pengenalan diri sah.

“Masalah utama mereka selain ke-miskinan adalah tiada dokumen sah iai-tu sijil pengenalan diri.

“Kami akan terus mencari jalan pe-nyelesaian bagi membolehkan mereka mendapat sijil pengenalan diri sah se-terusnya membolehkan mereka mene-rima bantuan lain sama ada daripada JKM atau Kerajaan Negeri,” katanya.

Pada 8 Januari lalu, Daroyah menzia-rahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan yang kini

Jadilahseperti Balqis dan KhadijahOLEH RADIN MUHD IMADUDDIN

Wanita juga mampu mentadbir dengan baik seperti Ratu Bal-qis yang mengamalkan sistem

pemerintahan syura serta berunding de-ngan kabinetnya.

Dalam Al-Quran turut tercatat pujian kepada negara pemerintahannya iaitu baldatun toyyibatun warabbun gha-fur (negeri yang subur, baik, aman dan mendapat keampunan Allah SWT).

Pasti ada nilai ketamadunan tinggi yang boleh dipelajari, justeru jangan memperkecilkan keupayaan wanita un-tuk memimpin dengan bijaksana.

Bagaimanapun, dalam era moden abad ke-20, Islam tidak dilihat secara praktikal, malahan mereka yang menuntut di kuliah pengajian Islam di Universiti Al-Azhar ti-dak mengenakan hijab.

Hanya pada akhir 70-an, pelajar Malay-sia dan Indonesia yang memulakan amalan penutupan aurat di Mesir hingga akhirnya Al-Azhar mengeluarkan pekeliling mewa-jibkan pelajar menutup aurat, pada 1984.

Daripada peristiwa ini, jelas Melayu lebih dahulu berubah dan membawa amalan berhijab ke Al-Azhar.

Di Selangor, isu perjuangan hak dan perlindungan wanita diusahakan ber-sungguh-sungguh, malahan dinobatkan sebagai terbaik antaranya Rumah Per-lindungan Wanita Darul Wardah (DARWA) yang diiktiraf Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS) Al-Riqab.

Namun, kita sedar kisah realiti wanita dalam masyarakat masih jauh daripada pengorbanan dan keimanan Siti Khadijah juga Balqis.

Kebanyakan kita hanya mengeluh dalam mengurus kehidupan. Dalam perkahwinan misalnya, ketahuilah ba-hawa mencuci najis anak dan melipat kain adalah cebisan realiti yang menguji keikhlasan kita.

Yang pasti, tanggungjawab ini ialah tanggungjawab bersama suami dan isteri.

Khadijah hebat, dihebatkan lagi dengan Muhammad SAW, begitu juga Balqis yang dihebatkan lagi dengan Sulaiman AS.

Isteri hebat, mesti dihebatkan lagi de-ngan suami hebat. Melayu hebat, mesti dihebatkan lagi dengan perjuangan Islam yang hebat.

Radin Muhd Imaduddin adalah Yang Dipertua ABIM Selangor

Kebajikan untuk rakyat

Tiga keluarga miskin dibela

tinggal di pondok kecil dibina di atas ta-nah rizab kerajaan di Pekan Kapar dan Kampung Rantau Panjang.

Turut serta, Naib Ketua Wanita KEADI-LAN, G Sivamalar, Ketua Komuniti India Kapar, Naren dan wakil JKM.

Terdahulu, Daroyah menyertai Persa-tuan Rekreasi Dan Kebajikan Amal Klang menziarahi anak istimewa di Persatuan

Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang. Bertempat di Lorong Bunga Raya,

Kampung Raja Uda, beliau turut me-nyampaikan sumbangan kewangan, ba-rangan keperluan asas dan kerusi roda.

Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor ditubuhkan pada 1994 dan kini menjaga 70 anak istimewa.

SHAH ALAM - Pengalaman sebagai penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) mampu membentuk jati diri kepimpinan wanita Selangor.

Ini terbukti apabila bekas penyelia-nya, Ngian Yoke Mooi dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak 2016.

“PWB banyak mengajar dan melatih saya ciri-ciri kepimpinan baik dan berke-san untuk dipraktikkan.

“Walaupun tidak lama jodoh bersama PWB, pengalaman berharga itu mem-beri kesan be-

sar kepada diri saya.“Ia menjadikan saya lebih berdisiplin

dan bertanggungjawab,” katanya.Di MPK, Yoke Mooi turut mengang-

gotai Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Jawatankuasa Ke-sihatan , Kemasyarakatan dan Teknologi Maklumat dan Jawatankuasa Peruma-han, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.

Turut dilantik sebagai Ahli Majlis, Azi-mah Muda mengingatkan penyelia dan penyelaras PWB tidak mensia-siakan amanat diberikan.

“Ambil peluang dan belajar tentang pentadbiran, pengurusan kewangan dan sumber.

“Semua ini mampu membentuk wanita menjadi lebih matang dan yakin jika diberi tanggungjawab lebih besar selepas ini,” kata Ahli Majlis MPK itu.

Dilantik sejak 2016, Azimah pula meng- anggotai Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran, Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan Jawatankua-sa Kesihatan, Kemasyarakatan dan Teknologi Maklumat.

PWB bentuk jati diri dan kepimpinan

Page 22: Harga barangan naik

23SelangorKini 13 - 20 Januari 2017

Sukan

membuka lebih ruang kepada pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.

Pengarah Safe Aim Mutual

Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, pi-haknya memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar, pada

tahun lalu memandangkan sam-butan menggalakkan daripada remaja yang berminat menjadi pelumba.

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Saingan perlum-baan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka se-makin menarik dengan kemung-kinan tambahan kepada tujuh kategori dalam kalendar musim ini.

Promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd berkata, ia bagi menarik lebih banyak pe- nyertaan dalam kalangan pelum-ba muda menerusi saingan musim ke-24 yang bermula, pada awal Mac dan berakhir Novem-ber ini.

Ketika ini, siri kejuaraan mo-tosikal kebangsaan itu mem-punyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu perlumbaan sep-ara amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lalu.

Pertimbangan dibuat bagi menambah satu lagi kategori perlumbaan iaitu kelas ‘rookie’ dalam musim ini supaya dapat

Jangka tambah kategori

Cub Prix kian memikatKALENDAR KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONASKALENDAR KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS

“Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka berpe-luang menyertai perlumbaan pe-ringkat pembangunan dikenda-likan pihak pengeluar Honda dan Yamaha.

“Kita akui terdapat permintaan dan keperluan bagi memboleh-kan lebih banyak pelumba muda menceburi sukan permotoran ini,” katanya.

2017Pusingan 1 Temerloh, Pahang 4 & 5 Mac

Pusingan 2 MAEPS, Selangor 25 & 26 Mac

Pusingan 3 Kelantan 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 4 Melaka 13 & 14 Mei

Pusingan 5 Johor 15 & 16 Julai

Pusingan 6 Teluk Intan, Perak 4 & 5 Ogos

Pusingan 7 Kemaman, Terengganu 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)

Pusingan 8 Kangar, Perlis 7 & 8 Oktober

Pusingan 9 Jempol, Negeri Sembilan 4 & 5 November

Pusingan 10 Batu Kawan, Pulau Pinang 18 & 19 November

SHAH ALAM - Pengalaman membimbing skuad bola sepak orang pekak Malaysia mencip-ta kenangan manis buat bekas pemain Selangor, Azlan Johar walaupun terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada me-reka.

Katanya, walaupun adaka-la menguji kesabaran, namun komitmen diberikan atlet kelain-an upaya itu sangat dikagumi.

“Saya terpaksa memberi pe-nerangan dan demonstrasi ber-ulang kali serta penjelasan pan-jang dalam mengurus pasukan orang pekak.

“Saya mengagumi cara me-reka menghormati antara satu

sama lain walaupun satu ketika dahulu tidak diberikan pende-dahan meluas,” katanya.

Pada masa sama, Azlan ber-kata, nasib orang pekak dalam arena sukan tanah air mula di-beri perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) melalui pengan-juran Sukan Orang Pekak Malay-sia (SOPMA).

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor pernah membimbing skuad bola sepak orang pekak kebangsaan dalam kejohanan Sukan Bola Sepak Oceania, pada 2015.

Kejayaan itu menyaksikan pa-

Atlet orang pekak terus bangkit

sukan kebangsaan bakal beraksi dalam Sukan Bola Sepak Asia Orang Pekak 2017 yang bakal berlangsung di Hokkaido, Jepun.

Saya mengagumi cara mereka meng-hormati antara satu sama lain walaupun satu ketika dahu-lu tidak diberikan pendedahan meluasAZLAN JOHARBekas Jurulatih Skuad Bola Sepak Orang Pekak Malaysia

Pertimbangandibuat bagi menambah satu lagi kategori perlumbaan iaitu kelas ‘rookie’ dalam musim ini supaya dapat membuka lebihruang kepada pelumba mudaberada di atas grid perlumbaan

PKNS FC bentuk skuad mantap, yakin mencabarSHAH ALAM - Keputusan diraih dalam beberapa perlawanan pra musim memberi keyakinan ke-pada PKNS FC untuk mengha-dirkan cabaran bermakna dalam saingan Liga Super musim ini.

Selaku pendatang baru, naib juara Liga Perdana 2016 itu me-nyedari bakal berdepan caba-ran getir pasukan lawan dengan perlawanan pembukaan menen-tang Felda United, pada 21 Ja-nuari ini.

Bagi tujuan itu, kelab bim- bingan Ketua jurulatih, E Ela-varasan terus memantapkan per-siapan dan kini dalam fasa ter-akhir dengan latihan dijalankan di Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

Pengurusnya, Mahfizul Rusy-din Abdul Rashid berkata, PKNS FC perlu terus mengganda-kan usaha bagi meningkatkan prestasi pasukan, sekali gus

membentuk persefahaman mantap dalam kalangan pemain.

“Pemain baru seperti Safee Sali, Amiruddin Taj, Kyril Mu-haimin dan Patrick Ronaldinho Wleh dilihat semakin serasi serta dijangka mampu memantapkan pasukan, pada musim ini.

“PKNS FC mengadakan tu-juh perlawanan persahabatan dengan mencatatkan keputu-san memuaskan serta prestasi pemain semakin meningkat de-ngan bebrapa gandingan diuji bagi mendapat gandingan ter-baik dan keserasian,”katanya ke-pada SelangorKini.

Sebelum berangkat ke Sabah, PKNS FC mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan per-sahabatan terakhir iaitu menen-tang Kuala Lumpur (1-1), pada 4 Januari lalu dan Kedah (0-0), pada 7 Januari lalu.

Page 23: Harga barangan naik

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Isu bola sepak te- rus mendapat perhatian DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah apa-bila baginda menyentuhnya melalui catatan dimuat naik di laman sosial.

Kali ini, Tengku Amir berkongsi ge-jala tidak sihat yang berlaku dalam arena bola sepak melalui pembacaan-nya daripada buku bertajuk ‘I Am The Secret Footballer:

Lifting the Lid on the Beautiful Game’.“Bacaan pertama beta, pada 2017

berkenaan apa yang berlaku di luar padang termasuk rahsia kotor dan ra-suah di dalam kelab bola sepak.

“Mungkin boleh mema-hami perkara lebih baik dari s in i . . .# revampselangor footbal l #changingtheguard #rnytwd,” coret-nya di Facebook Raja Muda Selangor (RMS), pada 2 Januari lalu.

Catatan itu di-yakini mempu- nyai kaitan dengan p e r k e m b a n g a n The Red Giants juga kemelut yang melanda Persatu-an Bola Sepak Se-langor (FAS), sejak akhir-akhir ini.

Terdahulu, ba- ginda pernah membuat ke-nyataan me-nyarankan Exco

FAS berundur se-cara terhormat jika gagal menangani masalah persatuan itu dan membawa

perubahan.Kenyataan Raja Muda Selangor

mendapat sokongan banyak pihak termasuk kelab penyokong bola sepak Selangor dengan harapan per-mintaan itu ditunaikan FAS.

FAS mengalami masalah apabila Exco sedia ada didakwa tidak mem-beri kerjasama kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selaku Presiden dalam melakukan perubahan kepada bola sepak Sela-ngor.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin dan pengurus pasukan, Amiru-din Shari meletak jawatan selepas gagal mencari penyelesaian bersama barisan Exco FAS.

Ekoran itu, timbul pelbagai isu terma-suk pembayaran gaji dan bonus kepada pemain serta pegawai pasukan selain penghijrahan beberapa pe-main utama

Selami skandal bola sepak

RMS tuju pada FAS?

Bacaan pertama beta, pada 2017 berkenaan apa yang berlakudi luar padang termasuk rahsia kotordan rasuah di dalam kelab bola sepak.Mungkin bolehmemahami perkaralebih baik dari sini...TENGKU AMIR SHAHDYTM Raja Muda Selangor

ke pasukan lain yang sedikit se-banyak menjejaskan persiapan The Red Giants menghadapi

kempen Liga Super 2017.Bagaimanapun, Ami-

rudin dalam kenyataan-nya berkata, FAS mampu membayar gaji serta bo-nus kepada pemain hasil kutipan tiket juga jualan pemain, pada musim 2015

dan 2016 lalu.

Jangka tambah kategoriCub Prix kian memikat

ZURICH - Penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menepati ramalan membawa pulang Anugerah Puskás 2016, sekali gus menjadi pe-main pertama dari Asia Tenggara memenangi trofi itu dalam satu majlis yang berlangsung di Zurich, Switzerland, pada 10 Januari lalu.

Beliau menewaskan dua lagi finalis, pe-main Brazil, Jonath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela dengan undian

59.46 peratus.Mohd Faiz, 30, meledak gol istimewa itu

ketika membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Su-per di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari 2016.

Beliau yang segak mengenakan sut hitam menerima trofi kemenangan disampaikan lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo meleng-

kapkan musim gemilang sebagai pemain Portugal dan Real Madrid apabila dipilih Pemain Terbaik FIFA 2016.

Beliau menewaskan dua lagi calon pi-lihan Antoine Griezmann dari Perancis dan Lionel Messi dari Argentina.

Ronaldo berjaya menjulang Piala Euro 2016 di Perancis selain membantu Real Madrid memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-11.

Anugerah Puskás milik Mohd FaizAnugerah Puskás milik Mohd Faiz