banding beza pandangan ahli teori behavior is

7
Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavioris Perkara J.B.Watson Ivan P.Pavlov E.L.Thorndike Pengkaji/ pelopor teori Pengkaji pembelajaran emosi manusia Pelopor konsep pelaziman klasik Pelopor psikologi Amerika dalam pelaziman operan Pendapat Manusia mewarisi 3 emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang Setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas Pembelajara cuba jaya dan hukum penting Hasil kajian Emosi manusia/ perubahannya adalah dipelajari melalui proses pelaziman Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara ransangan dan gerak balas Pembelajaran boleh Berjaya secara cuba jaya dan pengulangan Eksperimen melibatkan proses/hukum Proses pelaziman Proses pelaziman Proses penghapusan Proses pembelajaran semula Proses pemulihan semerta Proses generalisasi Proses diskriminasi Hukum kesedian Hukum latihan Hukum kesan Kajian dijalankan keatas Seorang bayi berumur 9 bulan, seekor tikus putih yang jinak dan dentuman yang kuat Seekor anjing, loceng dan makanan Seekor kucing, sangkar, selak dan makanan

Upload: mr-paan

Post on 21-Jun-2015

946 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavior Is

Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavioris

Perkara J.B.Watson Ivan P.Pavlov E.L.Thorndike

Pengkaji/pelopor teori

Pengkaji pembelajaran emosi manusia

Pelopor konsep pelaziman klasik

Pelopor psikologi Amerika dalam pelaziman operan

Pendapat Manusia mewarisi 3 emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang

Setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas

Pembelajara cuba jaya dan hukum penting

Hasil kajian Emosi manusia/ perubahannya adalah dipelajari melalui proses pelaziman

Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara ransangan dan gerak balas

Pembelajaran boleh Berjaya secara cuba jaya dan pengulangan

Eksperimen melibatkan

proses/hukum

Proses pelaziman Proses pelazimanProses penghapusanProses pembelajaran semulaProses pemulihan semertaProses generalisasiProses diskriminasi

Hukum kesedian Hukum latihanHukum kesan

Kajian dijalankan

keatas

Seorang bayi berumur 9 bulan, seekor tikus putih yang jinak dan dentuman yang kuat

Seekor anjing, loceng dan makanan

Seekor kucing, sangkar, selak dan makanan

Page 2: Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavior Is

SEBAB-SEBAB LUPAAN

1) Kepudaran atau Keusangan

Dengan berlalunya masa, kepudaran atau keusangan berlaku pada ingatan. Ini menyebabkan hilangnya kesan ingatan (memory trace). Ini bermakna makin lama tempoh masa antara masa pembelajaran dengan masa bahan itu diingat kembali, semakin kabur maklumat atau bahan pembelajaran itu sehingga pudar dan luput daripada simpanan ingatan jangka panjang. Faktor ini merupakan penjelasan tentang ingatan yang paling lama dan paling luas digunakan.

2) Represi

Penjelasan fakor ini telah dicadangkan oleh Sigmund Frued dalam teorinya yang berkenaan dengan minda bawah sedar. Menurut beliau, ingatan-ingatan yang tidak gembira atau tidak ingin diterima boleh dilupakan dengan sengaja sekiranya kita berniat berbuat demikian. Ingatan –ingatan tersebut dimasukkan ke dalam minda bawah sedar dengan sengaja supaya seseorang individu tidak perlu lagi hidup bersama dengannya.

Walau bagaimanapun sebahagian daripada perkara dalam Teori Frued tidak diterima secara meluas, tetapi ramai ahli psikologi percaya bahawa lupaan yang bermotivasi tersebut boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita balik daripada percutian, kita selalu akan ingin mengingat waktu-waktu yang gembirasemasa percutian tersebut dan lupa waktu-waktu yang sedih dan tidak seronok. Orang yang berjudi juga berkecenderungan untuk ingat waktu-waktu yang dia menang dan lupa waktu-waktu yang dia kalah. Ini boleh jelas menunjukkan bahawa kita dengan sengaja lupa kerana kita mahu untuk lupa.

3 )Penyelewengan

Ingatan manusia boleh dipengaruhi oleh nilai-nilai dan minat-minat kita. Oleh itu, kita boleh mengingat sesuatu dalam cara yang kita mahu mengingatinya. Faktor ini menjelaskan bahawa kita menukar ingatan kita untuk sesuai dengan apa yang kita mahu ia jadi atau bagaimana kita rasa ia sepatutnya jadi. Faktor ini boleh didemontrasikan seperti contoh berikut. Cuba baca perkataan-perkataan berikut dengan kuat: katil, rehat, bangun, letih, mimpi, malam, selesa, dengkuran dan makan. Sekarang tanya orang yang mendengar perkataan-perkataan tersebut untuk menyenaraikannya sebanyak mungkin yang dia boleh ingat. Biasanya, sekurang-kurangnya separuh daripada senarai perkataan-perkataan tersebut melibatkan perkataan TIDUR.

Ini kerana banyak perkataan-perkataan tersebut adalah berkaitan dengan tidur. Oleh itu, nampaknya macam perkataan “tidur” patut berada dalam senarai tersebut. “Distortion” boleh diaplikasikan secara menarik dalam situasi penyiasatan kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diberi oleh saksi dalam mahkamah. Contohnya dengan menanya soalan pembawaan, penanya tersebut boleh menyebabkan saksi untuk “ingat” sesuatu peristiwa yang

Page 3: Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavior Is

sebenarnya tidak berlaku. Contohnya soalan seperti “Apakah warna jaket mangsa?” boleh menyebabkan saksi untuk ingat jaket yang tidak wujud sebenarnya.

4) Gangguan

Banyak lupaan berlaku adalah kerana gangguan melalui pembelajaran yang lain. Ia tidakmembayangkan kapasiti simpanan ingatan yang terhad di mana maklumat baru yang diterima akan menolak maklumat lama keluar daripada minda. Ia tidak berkaitan dengan Jumlah yang telah kita pelajari tetapi Apa yang kita belajar yang menentukan berlakunya lupaan melalui gangguan.

5) Ingatan Tidak Disimpan

Ingatan tidak disimpan boleh berlaku atas beberapa sebab, iaitu:

a) Perkara yang kita ingin ingat tidak memberi masa yang cukup kepada kita untuk menyerapnya

b) Masa diberi dengan cukup kepada kita untuk menyerapnya tetapi kita tidak notisnya atau pedulinya

c) Masa diberi dengan cukup tetapi tidak meletakkan perhatian yang cukup untuk memastikannya dipindah ke ingatan jangka panjang.

d) Tekanan :-

Ahli pakar ingatan, Arthur Bornstein telah mengkategorikan tekanan yang tinggi sebagai musuh pertama kepada ingatan yang baik. Menurut beliau,

respons- respons tradisional atau biasa yang dilakukan oleh orang ramai untuk menghadapi stres seperti minum minuman alkohol dan merokok boleh membawa kesan buruk kepada ingatan dan menyusahkan lagi kita untuk mencapai matlamat. Oleh itu, beliau mengajar kliennya untuk menghilangkan stres melalui meditasi, sesi yoga dan senaman supaya tidak merosakkan ingatan manusia.

Page 4: Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavior Is

STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan. 

1- Minat terhadap apa yang dipelajari.           Ini adalah syarat yang pertama.  Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati.  Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang telah dipelajari. 

 

2- Belajar dengan tujuan untuk mengingat.            Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham.  Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda sudah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh deria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas. 

 

3- Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.            Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan.  Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru. 

 

4- Fahami dahulu sebelum mengingat.           Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat tersebut di simpan dalam ingatan. 

 

5- Menyusun ingatan secara logik.           Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika sesatu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain. 

 

Page 5: Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavior Is

6- Mengingati fakta dalam satu rangkaian.           Biasanya adalah lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika sesatu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain. 

 

7- Latih tubi dan ulang berkali-kali.          Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan. 

 

8- Menilai kembali apa yang dipelajari.            Anda perlu menguji kembali ingatan dan kefahaman anda terhadap maklumat yang dipelajari.  Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda boleh menggunakan soalan soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda. 

 

9- Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.            Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri mengamalkan apa yang dipelajari. Oleh itu, anda perlulah :           

a) Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui-

            Contohnya, mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan dengan fakta yang diketahui.

            Nombor telefon               :           5776242            Boleh dipecahkan kepada   :           57-76-242                        Boleh diingat sebagai :          Tahun kemerdekaan Malaysia  (57)                                                                         Umur nenek  (76)                                                             Nombor rumah  (242)                 

b) Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenali atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta.