banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

11
BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR 1 BANDING BEZA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR). PERBEZAAN KBSR DAN KSSR Di antara perbezaan KBSR dan KSSR ialah : a) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah berasaskan tiga bidang sahaja iaitu komuikasi,manusia dan alam sekeliling serta perkembangan individu.Manakala KSSR pula reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang yang terdiri dari komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta ketrampilan diri. b) Bahan kurikulum KBSR adalah SukatanPelajaran. Manakala bahan kurikulum bagi KSSR adalah Dokumen Standard Kurikulum. c) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah Linear tetapi rekabentuk kurikulum bagi KSSR pula berbentuk Modular. d) Organisasi kurikulum KBSR bagi tahap 1(1,2dan 3) meliputi matapelajaran teras,wajib dan tambahan.Manakala bagi tahap II (4,5 dan 6) pula matapelajaran

Upload: zaharin-nordin

Post on 06-Jul-2015

349 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

untuk ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

1

BANDING BEZA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal

insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru

akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi

menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan

sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan

modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat

direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi

pendidikan.Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan

yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan

perubahan bentuk,organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah

pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah

menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Standard SekolahRendah (KSSR).

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

Di antara perbezaan KBSR dan KSSR ialah :

a) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah berasaskan tiga bidang sahaja iaitu

komuikasi,manusia dan alam sekeliling serta perkembangan individu.Manakala

KSSR pula reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang yang terdiri dari

komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan

estetika, sains dan teknologi serta ketrampilan diri.

b) Bahan kurikulum KBSR adalah SukatanPelajaran. Manakala bahan kurikulum

bagi KSSR adalah Dokumen Standard Kurikulum.

c) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah Linear tetapi rekabentuk kurikulum bagi

KSSR pula berbentuk Modular.

d) Organisasi kurikulum KBSR bagi tahap 1(1,2dan 3) meliputi matapelajaran

teras,wajib dan tambahan.Manakala bagi tahap II (4,5 dan 6) pula matapelajaran

Page 2: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

2

teras, wajib dan tambahan.Bagi organisasi kurikulum KSSR tahap 1(1,2 dan 3)

pula mengandungi Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.

Untuk Tahap II (4,5dan 6) pula Mata pelajaran Teras dan Elektif.

e) Elemen KBSR berfokuskan Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif.

Manakala elemen KSSR pula ialah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan serta

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit.

f) KBSR berfokuskan kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira. KSSR pula

lebih berfokuskan kepada 4M (Membaca,Menulis danMenaakul).

PERBEZAAN DALAM BENTUK JADUAL

BIDANG

KSSR

KBSR

Bentuk

Modular berasakan 6 tunjang:

Komunikasi

Kerohanian, sikap & nilai

Kemanusiaan

Perkembangan fizikal &

estika

Sains dan teknologi

Keterampilan diri

Linear berasaskan 3 bidang:

Komunikasi

Manusia dan alam kelilingnya perkembangan diri individu

Organisasi

Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) dan

Modul Teras Asas, Modul Teras

Tema & Modul Elektif

Tahap II ( Tahun 4, 5 & 6)

Mata pelajaran Teras & Elektif

Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) dan

Mata pelajaran Teras, Wajib

& Tambahan

Tahap II ( Tahun 4, 5 & 6)

Mata pelajaran Teras, Wajib

& Tambahan

Page 3: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

3

Pedagogi

Penegasan dan penekanan

kepada pendekatan berikut:

Kemahiran Berfikir dalam

P&P

Aplikasi Kecerdasan

Pelbagai Dalam P&P

Penggunaan TMK

Pengajaran Berasaskan

Kajian Masa Depan

Pembelajaran Secara

Konstruktivisme

Pembelajaran Secara

Kontekstual

Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Masteri

Belajar Cara Belajar

Kemahiran Berfikir dalam P&P

Aplikasi Kecerdasan Pelbagai

Dalam P&P

Penggunaan TMK

Pengajaran Berasaskan

Kajian Masa Depan

Pembelajaran Secara

Konstruktivisme

Pembelajaran Secara

Kontekstual

Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Masteri

Belajar Cara Belajar

Kaedah

Pentaksiran

Dijalankan secara berterusan

untuk mengesan

perkembangan dan

pencapaian murid dalam

pembelajaran

Bersifat autentik dan holistik

Penekanan yang ketara

kepada pentaksiran

sumatif

Bahan

Dokumen Kurikulum

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Buku Teks

Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran

Kandungan

Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti P&P

Buku Teks

Page 4: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

4

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru

yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini

akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.

Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang

menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju

dan canggih kini.

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi,manusia dan alam

sekeliling serta perkembang diri individu.Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR

terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini

merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara

matapelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris,Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini

diajar padatahap 1dan tahap 2. Contohnya, bagi matapelajaran Bahasa melayu,

berfungsi sebagaibahasa imlu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.

Pada tahap 1, murid murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti

bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu.

Manakala, pada tahap 2 pula,murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran

belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan

dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan

untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta

menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa

ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling

mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap.

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat

terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara

seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi

yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu

kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang.

Jika kita lihat di dalam KSSR reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas

berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi

memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa

Page 5: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

5

semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk

verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan

pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang

komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar,

bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita

lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar,

bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi

ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu

menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu

yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga

tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-

kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia

memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai

dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang

yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan

dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sIstem pendidikan negara

memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan

yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.Tunjang ini juga

memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan

ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. setempat, negara dan global.

Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep

pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber

tenaga berterusan (sustainable and renewal energy).

Selain itu, ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat

patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum,budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang

menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat

patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal

persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk

perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya

dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,

Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.Seterusnya, Tunjang

Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda

Page 6: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

6

pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai

keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut

mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing,

berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan

mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu

dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan

penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam

aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah,

daerah mahupun kebangsaan.

Tunjang ketrampilan diri memberi pula tumpuan kepada pemupukan kepimpinan

dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.Penglibatan dalam aktiviti sedemikian

memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan

mengamalkannya dalampenglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid

memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga,

masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang

mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan

seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid

menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan

jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat

umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan

hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi

penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan

apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan

apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian

terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk

tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan

tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang

dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains

dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran

Page 7: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

7

dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di

samping kemahiran ICT.

Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu

memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua

aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan

penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid

celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran

proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam

pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,globalisasi dan

konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi

Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan

masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau

infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan

seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya

manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR

ialah dari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah

memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi

sesuatu tujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh

Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses

pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah

pelajar serta untuk membuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan

sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah,

merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran

seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan

diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif

dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian

merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat

murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan

pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk

Page 8: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

8

merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-

satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan

atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang

diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah

Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga

peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan

berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca,

menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu,

Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti

penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang

ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR

terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat

beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan

modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil

peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan

seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah

ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran

yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di

sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab

peperiksaansemata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem

pentaksiran KBSR.

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR,

maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat

mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan

berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang

digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan

perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah

pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah

pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan

kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta

Page 9: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

9

pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab

melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru

membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu

pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan

proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam

melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal

mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar

membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan

mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada

hujungpembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid

dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau

kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala

perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan

peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan

pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu

bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan

menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen

ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio

perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke

semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta

membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang

hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa

menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau

kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.

Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada

akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan

penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan

mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian

penghargaan.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek

yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari

aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai

persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,aplikasi kecerdasan pelbagai dalam

Page 10: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

10

p&p, penggunaan TMK,pengajaran berasaskan kajian masa depan,pembelajaran

secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses

kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan

masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran

khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan

sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu.

Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit

seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak

sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif

mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang

seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi

pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia.

Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam

system pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-

peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa

kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan

P&P yang berkesan; dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen

menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum,

ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Page 11: Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )

BMM 3101 PERBEZAAN DI ANTARA KSSR DENGAN KBSR

11

KESIMPULAN:

Dunia pendidikan sekarang mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam

arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam

kurikulum.Seiring dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif

untuk menyemak dan melakukan penambahbaikan kurikulum.Tujuannya adalah bagi

meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih releven dengan cabaran masa ini

dan abad ke 21. Untuk menjayakanhasrat Kementerian Pendidikan, guru haruslah

memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan

pembelajaran supaya lebih berkesan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan

komitmen menyeluruh daripadasemua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus

kurikulum, ibubapa serta pihak berkepentingan. Matlamatnya adalah untuk

memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu

pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, serta penerapan nilai.murni.Kurikulum ini

dikajisemula adalah bagi memastikan kurikulum yang holistic dan sentiasa relevan

bagi melahirkan modal insane seimbang yang dapat menangani cabaran dan masa

depan.