strata sosial masyarakat melayu tradisional

50
KARYA AGUNG BMS 3022 Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional Kumpulan : C Nama Pensyarah : Dr. Hj. Mohd Rashid bin Hj. Md Idris BI L. NAMA NO. MATRIK 1. SITI MARIAM KHAIRUNISA BINTI MOHD BADRI D20101037120 2. GEORGIANNA ANAK GEORGE PETER D20101033720 1

Upload: geehamid

Post on 30-Jun-2015

589 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

KARYA AGUNG BMS 3022

Tajuk : Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Kumpulan : C

Nama Pensyarah : Dr. Hj. Mohd Rashid bin Hj. Md Idris

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. SITI MARIAM KHAIRUNISA BINTI MOHD BADRI D20101037120

2. GEORGIANNA ANAK GEORGE PETER D201010337201

Page 2: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Aspek perbincangan

Pengenalan

Strata sosial masyarakat Melayu

tradisional

Contoh : sulalatus al-Salatin

Perbandingan dengan sistem sosial

masyarakat Melayu moden

Adat Temenggung

Adat Perpatih

Kesimpulan

Page 3: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Pengenalan

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1525), perkataan ‘strata’ dapat didefinisikan sebagai tingkat kedudukan, peringkat taraf (dalam susunan atau hieraki tertentu).

• Perkataan sosial dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat.

• Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratafikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan (Mahdi Shuid dan Sazlina Othman, 2006:2)

• Stratafikasi sosial pula merupakan satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia dalam sesuatu masyarakat (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:135).

Page 4: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Strata sosial masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman tradisi dan zaman moden.

• Zaman tradisi ialah keadaan sebelum berlakunya proses penjajahan yang panjang, iaitu semasa British memerintah.

• Zaman moden pula bermula sejak British menjajah hinggalah negara mencapai kemerdekaan.

• Strata sosial ini menyumbang kepada terbinanya suatu bentuk organisasi yang cekap dalam sistem politik dan sosial negeri-negeri Melayu sepanjang sejarah kewujudan ketamadunan Melayu itu sendiri (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005:78).

Page 5: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Secara umumnya, masyarakat Melayu tradisional dapat didefinisikan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan sesuatu adat istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara turun temurun dalam kehidupan mereka.

• Masyarakat ini tidak terpengaruh dengan perubahan dan keadaan sekeliling.

• Walau bagaimanapun, apabila terdapat perubahan yang berlaku, perubahan tersebut akan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:133).

Page 6: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Menurut Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2005:78), masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan atau kelas utama, iaitu kelas aristokrat (golongan atasan atau pemerintah) dan golongan bawahan (golongan rakyat jelata atau diperintah).

• Terdapat sarjana, iaitu Zainal Abidin Wahid yang mencadangkan bahawa strata sosial ini mempunyai tiga golongan.

• Golongan yang dicadangkan ialah golongan pertengahan (middle class).Golongan ini berada di tengah-tengah antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah.

• Walau bagaimanapun, cadangan ini kurang diterima oleh sarjana-sarjana lain(Azmah Abdul Manaf, 2001:55).

Page 7: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Susun Lapis Masyarakat Melayu

Diraja

Bangsawan

Rakyat jelata(Yang merdeka)

Hamba (Pelbagai jenis hamba)

Rujukan: Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:134

Golongan yang memerintah

Golongan yang

diperintah

Page 8: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Golongan Diperintah

Rakyat biasa

Hamba

Hamba raja

Hamba abdi

Hamba berhutang

Golongan Diperintah

Rakyat biasa

Hamba

Hamba raja

Hamba abdi

Hamba berhutang

Golongan Memerintah Golongan Diperintah

(Rujukan: Sah Rezan Abdul Salam, 2009)

(Rujukan: Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013: 134-135)

Page 9: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Sinopsis Hikayat Sulalatus Salatin• Hikayat ini telah memberi gambaran tentang strata sosial

masyarakat Melayu.

• Sulalatus Salatin mengandung peristiwa yang berasaskan fakta-fakta sejarah seperti kisah raja-raja memerintah Melaka. Contohnya peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman pemerinthan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, Sultan Mahmud Syah dan lain-lain.

• Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negara-negara jiran dan negara-negaraluar seperti hubungan Melaka dengan Negeri Siam, Benua China, Benua Keling, Pasai, Pahang dan lain-lain.

Page 10: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Sulalatus Salatin juga memaparkan kisah-kisah peperangan dan penaklukan. Contohnya penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan lain-lain, serta kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka.

• Selain itu Sulalatus Salatin turut mengaitkan peristiwa-peristiwa yang bersifat fiksyen dan mitos. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang bernama Dika dan juga kisah-kisah di Bukit Si Guntang.

• Selain itu terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat dan negeri, seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka, mitos kemasukan Islam di Melaka, dan mitos peminangan Puteri Gunung Ledang.

• Sulalatus Salatin tidak ketinggalan memuatkan kisah tokoh-tokoh yang dianggap legenda seperti Badang, Hang Tuah, Tun Perak dan lain-lain.

Page 11: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Raja / Sultan/ Yang Dipertuan

• Raja merupakan autoriti atau pemerintah tertinggi dalam pentadbiran.

• Raja juga bertindak sebagai pemimpin dalam hal peperangan, mengadakan hubungan luar dan menjadi lambang kesatuan dan kebesaran negeri.

• Kedudukan raja dikukuhkan dengan konsep daulat.

• Seseorang yang menentang raja dianggap penderhaka.

• Penderhaka akan menerima kesusahan seperti balasan tulah, iaitu sesuatu kesaktian istimewa raja yang dimilikinya.

• Oleh itu, timbullah ungkapan ‘pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya’.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 38-39)

Page 12: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Golongan diraja dan kerabat menduduki strata sosial yang teratas.

• Di Melaka dengan mengambil contoh semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, golongan raja terdiri daripada sultan dan keluarganya.

• Kuasa pemerintahan terletak di bawah baginda (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:134).

Sebermula berapa lamanya Sultan Mahmud Syah di atas kerajaan maka terlalulah ‘adil baginda pada memeliharakan segala ra’yat (Halaman 65).

Page 13: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Keluarga dan Kerabat

• Golongan yang mempunyai jurai keturunan raja yang memerintah sesebuah kerajaan.

• Mempunyai kedudukan istimewa dan diberi jawatan penting seperti bendahara dan temenggung.

(Azmah Abdul Manaf, 2001: 55)

• Jumlahnya agak ramai kerana amalan pologami.

• Tidak semua anak raja diberikan jawatan politik.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 79)

“ Bahawa sudahlah hamba kawinkan anak raja Kida Hindi yang bernama Tuan Puteri Syahr al-Bariyah itu dengan Raja Iskandar, isi kawinnya tiga ratus ribu dinar emas. Redhakah tuan hamba?” (Halaman 6)

Page 14: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Pembesar dan Pentadbir

• Mempunyai tugas dalam pentadbiran sama ada sebagai penasihat raja ataupun pembesar daerah.

• Raja membenarkan pembesar daerah berkuasa penuh di daerah-daerah berkenaan seperti Selangor.

(Azmah Abdul Manaf, 2001: 55)

• Orang-orang besar yang biasanya mempunyai gelaran dan fungsi tertentu.

• Pembesar daerah biasanya diambil dari satu keturunan yang mempunyai hubungan yang lama dengan daerah itu. Pembesar juga mendapat kewibawaan daripada raja.

Page 15: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Pembesar mempunyai hak seperti raja untuk menyuruh rakyat menjalankan kerja-kerja seperti membina jalan, parit, tali air dan berkhidmat sebagai tentera dalam peperangan yang dihadapi raja atau pembesarnya.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 38-41/79)

• Golongan ini terdiri daripada pembesar dan pegawai tadbir seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Perdana Menteri, Temenggung, Bentara, dan Syahbandar

(Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:134)

Maka sahut orang, “emas tadi hilang, tuanku” Maka kata Bendahara Seri Maharaja, “Janganlah menangis kata benarlah, nescaya aku mengganti” Maka diberi pula Bendahara emas segenggam seorang. (Halaman 202)

Page 16: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Ulama / Pendeta• Merupakan golongan intelek dan alim ulama yang

pakar dalam hal ehwal agama Islam.

• Terdiri daripada masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu.

• Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam.

• Tetapi apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis.

Page 17: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak.

• Pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.

• Menjadi rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi Sultan.

(Sah Rezan Abdul Salam, 2009)

Page 18: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Terdapat juga dalam kalangan pendatang yang tergolong dalam golongan ini seperti ulama Islam yang terdiri daripada tuan-tuan sayid, makhdum, maulana, dan kadi.

• Sultan Melaka sendiri terpaksa tunduk dan menghormati golongan ulama ini.

• Seorang guru bernama Kadi Yusof enggan membenarkan Sultan Mahmud Syah menghadap dan menaiki gajah (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:134).

… “Beritahu Maulana Yusuf, Yang Dipertuan, Sultan Mahmud Syah, datang.” Maka diberi orang tahu Maulana Yusuf. Maka kata Maulana Yusuf, “Tutup pintu. Apa kerja Sultan Mahmud Syah datang ke rumah fakir?” (Halaman 161)

Page 19: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Rakyat biasa • Lapisan pertama dalam golongan yang diperintah.

• Golongan terbesar dalam masyarakat Melayu.

• Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar.

• Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan selebihnya adalah orang asing dan Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam.

Page 20: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan raja sebagai hulubalang.

• Terdiri daripada golongan peniaga dan saudagar yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada golongan buruh kasar dan tukang mahir.

(Sah Rezan Abdul Salam, 2009)

Page 21: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Terdapat golongan saudagar yang mempunyai hubungan erat dengan golongan atasan.

• Contohnya, Kitul dikatakan rapat dengan Raja Mendeliar kerana mempunyai hutang dengan Raja Mendeliar, namun Kitul telah menyampaikan fitnah bahawa Nina Sura Dewana pergi berjumpa dengan Bendahara Seri Maharaja untuk merancang pembunuhan ke atasnya.

• Secara tidak langsung, Raja Mendeliar menghapuskan hutang Kitul terhadapnya (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:134).

Maka kata Kitul, “Malam tadi Nina Su{a}r(a) Dewana datang kepada bendahara, dipersembahkannya emas sebahara, hendak membunuh tuan hamba. Akan sekarang bendahara se(bi)caralah dengan Nina Su{a}r(a) Dewana, tuan hamba hendak dikerjakannya.” Demi Raja Mendeliar menengar kata Kitul itu maka Raja Mendeliar mengambil surat utang Kitu(l), dicarik-cariknya. (Halaman 204)

Page 22: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Hamba• Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu dikaitkan

dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu.

• Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat.

• Hamba dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya.

(Sah Rezan Abdul Salam, 2009)

• Strata sosial masyarakat Melayu yang paling bawah ialah golongan hamba.

• Golongan hamba terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba abdi.

Page 23: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Institusi ini wujud sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka.

• Buktinya, Badang telah diterima sebagai pahlawan Singapura yang sebelum ini ditugaskan oleh tuannya untuk membersihkan hutan.

• Kekuatannya telah mengubah status sosialnya daripada seorang hamba kepada rakyat biasa yang merdeka (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:134-135).

Maka oleh Badang segala perihal ehwalnya semuanya dikatakannya kepada tuannya. Maka oleh tuannya Badang itu dimerdehekakannya (Halaman: 37).

• Selain itu, Tun Mutahir dikatakan mempunyai bilangan hamba yang banyak sehingga tidak dikenalinya.

Maka kata Bendahara Seri Maharaja, “Siapa tuan hamba?” Maka sembah orang itu, “Sahaya ini hamba datuk, anak si anu, cucu si anu.”(Halaman: 203)

Page 24: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Hamba Raja • Terdiri daripada orang yang merdeka yang telah melakukan kesalahan

jenayah dan ditangkap tetapi mendapat keampunan daripada sultan dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun.

• Mereka terlepas daripada menerima hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan.

• Golongan ini juga terdiri daripada tawanan perang atau banduan.

• Dikenali juga sebagai ‘biduanda’ yang melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan.

• Mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding hamba-hamba lain. (Sah Rezan Abdul Salam, 2009)

Page 25: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Hamba Abdi • Umumnya, terdiri daripada orang bangsa Afrika, orang Asli dan orang Batak

yang bukan Islam.(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 79).

• Hamba secara mutlak oleh seseorang dan boleh dijual beli.

• Peluang untuk merdeka tipis dan hanya boleh bebas jika dimerdekakan oleh tuannya.

• Tidak mendapat pengiktirafan dalam masyarakat.

• Tawaran perang, lanun, pesalah jenayah berat dan sukarela atas alasan untuk mencari tempat bergantung hidup.

(Azmah Abdul Manaf, 2001: 56)

Page 26: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Hamba Berhutang• Orang yang pernah berhutang dan gagal membayarnya.

• Berkhidmat dengan pemiutang.

• Mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding hamba abdi.

• Merdeka selepas langsai hutang.

• Masih diakui sebagai anggota masyarakat yang sama dengan tuan mereka.

• Tidak boleh dijual beli. (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 79)

Page 27: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Perbandingan dengan strata sosial masyarakat Melayu moden

• Menurut Syed Hussein Al-Attas, tidak terdapat perbezaan yang banyak antara strata sosial masyarakat Melayu tradisional dengan moden.

• Strata sosial selepas kedatangan Inggeris tidak banyak mengalami perubahan.

• Walau bagaimanapun, dari segi tugas dan kedudukan pentadbiran telah mengalami perubahan dan wujudnya kelas sosial baru, iaitu pegawai Inggeris yang bertugas sebagai penasihat kepada Sultan.

Page 28: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Corak pentadbiran pula mengalami perubahan kepada lebih berbentuk birokratik.

• Kebanyakan fungsi pentadbiran dan politik golongan aristokrat tradisi diambil alih oleh birokrasi negeri baru yang dikawal oleh pegawai Inggeris.

• Banyak jawatan baru telah diperkenalkan seperti Menteri Besar, Setiausaha Negeri, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan sebagainya.

• Melahirkan golongan kelas menengah Melayu terutamanya selepas merdeka apabila segala jawatan eksekutif yang ditinggalkan oleh pegawai Inggeris diganti oleh pegawai Melayu.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 79-81)

Page 29: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Strata sosial masyarakat Melayu moden

Kelas atasan(Sultan, Perdana Menteri,

Menteri Kabinet, Setiausaha Tetap, Ketua

Jabatan)

Kelas menengah

Kelas menengah tinggi(Pegawai awam dan tentera, tuan tanah, pengusaha, orang

profesional)

Kelas menengah rendah(Guru, wartawan,

pedagang atau peniaga, pekerja mahir)

Kelas bawahan

Kelas bawahan tinggi(Petani, nelayan, pekerja

kilang, buruh kasar)

Kelas bawahan rendah(Pelacur, peminta

sedekah)

( Rujukan: Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005:81)

Page 30: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Perbandingan Sistem Pemerintahan Tradisional dan Sekarang

(Rujukan : Mohd Fadzil bin Abdul Hanid, 2012)

Page 31: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Adat• Adat merupakan cara manusia Melayu mengatur

kehidupan mereka seharian.

• Masyarakat Melayu mengadakan pelbagai institusi termasuklah institusi sosial ekonomi, politik, sistem nilai, sistem hukum dan sebagainya.

• Apabila berbincang tentang strata masyarakat Melayu, terdapat dua jenis adat yang sangat berkait rapat dengan aspek ini, iaitu adat temenggung dan adat perpatih.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 70)

Page 32: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Adat Temenggung• Adat ini diamalkan oleh semua masyarakat Melayu di Malaysia kecuali Negeri

Sembilan.

• Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungngan, iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Palembang (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:104).

• Dicipta oleh seorang pembesar Minangkabau yang bernama Sutan Maharajo Basa dengan Gelaran Datuk Katamanggung.

• Nama adat ini diambil sempena nama penciptanya (Azmah Abdul Manaf, 2001: 186).

• Adat ini telah dibawa ke Melaka pada abad ke-15.

• Pada awalnya, adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu dan Buddha.

• Selepas kedatangan Islam, adat ini dipengaruhi oleh ajaran Islam (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:104).

Page 33: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Susunan Hieraki Pemerintahan Adat Temenggung

Raja atau Sultan

Bendahara

Temenggung

Penghulu Bendahari

Syahbandar

Rujukan: Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:105

Page 34: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Pentadbiran Adat Temenggung

• Corak pemerintahan dalam adat temenggung bersifat aristokrasi (Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim, 1995: xxvii).

• Raja atau sultan mempunyai kuasa tertinggi dalam sistem pentadbiran negara.

• Menurut Liaw Yock Fang (2003: xiii), kuasa melantik pegawai-pegawai terletak pada raja.

• Contohnya, petikan daripada Hukum Kanun Melaka dalam Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim:

“Adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadi Bendahara, kedua menjadi Temenggung, ketiga menjadikan Penghulu Bendahari, keempat menjadi Syahbandar, maka terpeliharalah segala raja-raja itu dengan segala rakyatnya.

Page 35: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Raja atau Sultan • Mempunyai kuasa yang tertinggi.

• Berkuasa untuk melantik pegawai-pegawai dibawahnya.

• Memainkan peranan penting dalam aspek politik, sosial dan ekonomi.

• Ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar sebagai penasihat.

• Ketua agama Islam dan penggubal undang.

(Sah Rezan Abdul Salam, 2009)

Page 36: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Bendahara• Pentadbir dan pelaksana segala arahan raja.

• Orang paling kanan dalam pemerintahan dan sebagai pemangku tugas raja semasa ketiadaan raja.

• Ketua angkatan tentera darat dan laut.

• Ketua hakim ketika mengadili kes-kes awam dan jenayah di peringkat negeri.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 41)

Page 37: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Temenggung• Penjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri.

• Tugasnya seperti ketua polis negara.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 41)

• Temenggung berperanan sebagai : Ketua Keamanan Negeri. “Pengatur” orang makan di balai istana. Timbalan Ketua Hakim untuk menghakimkan perbicaraan yang

besar. Menangkap orang yang melakukan kesalahan. Membaiki keadaan pasar dan pekan. Ketua perancang bandar dan jalan raya.

Page 38: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Penghulu Bendahari• Ketua semua bendahari raja.

• Mempunyai peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil kerajaan (Menteri Kewangan).

• Ketua adat istiadat dan upacara diraja.

• Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya: Bendahari-bendahari Pemegang hasil negeri Syahbandar-syahbandar Hamba-hamba raja

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 41)

Page 39: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Syahbandar• Ketua pelabuhan.

• Mengutip cukai, menjaga keselamatan pelabuhan dan segala hal ehwal berkaitan urusan di pelabuhan.

(Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 41)

• Syahbandar bermaksud ‘pemerintah pelabuhan’ yang diambil daripada perkataan Parsi.

• Menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar asing.

• Diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari.

Page 40: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Contoh Gambar Adat Temenggung

Page 41: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Adat Perpatih• Adat ini hanya diamalkan di Negeri Sembilan dan

sebahagian kecil pula di Beranang, Selangor serta di Alor Gajah, Melaka (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:106).

• Keturunan dikira daripada sebelah ibu.

• Tanggungjawab ketua keluarga masih di tangan suami.

• Adat ini dicipta dan disusun oleh saudara seibu kepada Datuk Katamanggung, iaitu Sultan Balun.

• Berasal dari Minangkabau, Sumatera. (Azmah Abdul Manaf, 2001: 186).

Page 42: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Susunan Hieraki Pemerintahan Adat Perpatih

Yang Dipertuan

Besar

Undang

Lembaga

Buapak

Anak Buah

(Rujukan : Haron Daud, 1994: 8)

Page 43: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Pemerintahan Adat Perpatih

• Sistem bagi adat Perpatih ini dilakukan mengkut peringkatnya yang disebut dalam perbilangan, iaitu:

Di atas raja,Di tengah undang,Di bawah lembaga,Raja berdaulat dalam alamnya,Penghulu berdaulat dalam lukanya,Lembaga bernobat dalam anak buahnya.

(Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:108).

Page 44: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Berdasarkan perbilangan tersebut, dalam sistem pentadbiran adat ini, masyarakat di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada dua tatatingkat iaitu perut dan suku.

• Perut diketuai oleh seorang lelaki yang dinamakan Buapak dan anggota di dalam perut dipanggil Anak Buah. Buapak dilantik oleh anak buahnya.

• Suku pula terdiri daripada beberapa perut yang mempunyai pertalian saudara.

• Suku berada di bawah lembaga yang mana lembaga itu dipilih dalam kalangan ahli perut.

Page 45: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Lembaga bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran sukunya.

• Pemilihan lembaga ini mengikut giliran yang telah ditentukan mengikut peraturan tertentu.

• Suku-suku bergabung ke dalam satu persekutuan yang di sebut Luak atau Luhak.

(Haron Daud, 1994: 7)

• Luak atau dikenali sebagai daerah mempunyai seorang pemerintah yang digelar penghulu atau kini dikenali sebagai undang yang mana penyandangnya dikenali dengan gelaran Datuk Undang.

• Jawatan ini akan diwarisi atau sakanya disandang oleh ahli suku biduanda yang terdiri daripada lelaki.

Page 46: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Hanya lelaki sahaja yang boleh menyandang saka, manakala wanita boleh mewarisi harta.

• Tingkat tertinggi atau pemerintah tertinggi pula ialah Yang Dipertuan Besar.

(Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:109)

• Pelantikan adat perpatih dapat dirumuskan melalui teromba:

Anak buah yang mengangkat BuapakBuapak yang mengangkat LembagaLembaga yang mengangkat Penghulu.

(Haron Daud, 1994: 7)

Page 47: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Contoh Gambar Adat Perpatih

Page 48: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Perbandingan Adat Temenggung dan Adat Perpatih

Yang Dipertuan Besar

Undang

Lembaga

Buapak

Anak Buah

Raja atau Sultan

Bendahara

Temenggung

Penghulu Bendahari

Syahbandar

Adat Temenggung Adat Perpatih

Page 49: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Kesimpulan• Strata sosial menggambarkan

kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat.

• Strata sosial menyumbang kepada terbinanya suatu bentuk organisasi yang cekap dalam sistem politik dan sosial.

• Sistem sosial masyarakat Melayu sangat terikat dengan adat dan tradisi yang diwarisi secara turun-temurun.

Page 50: Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

RUJUKAN• A. Samad Ahmad (1979). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. • Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim (1995). Sastera Undang-undang. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. • Azmah Abdul Manaf (2001). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.• Haron Daud (1994). Kesusasteraan klasik manusia dan kepercayaan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. • Mahdi Shuid dan Sazlina Othman (2006). Sejarah Malaysia. Selangor: Pearson

Longman. • Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2005). Peradaban Melayu. Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.• Seri Lanang Jaya Haji Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd RashidMd. Idris dan Naffi

Mat (2013). Penghayatan Karya Agung. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

• Sah Rezan Abdul Salam (2009). Sistem sosial masyarakat melayu tradisional. Diperoleh pada Mac 8, 2014 daripada http://horlicksejuk.blogspot.com/2009/08/sistem-sosial-masyarakat-melayu.html

• Mohd Fadzil bin Abdul Hanid (2012). Sistem pemerintahan Malaysia. Diperoleh pada Mac 26, 2014 daripadahttp://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/sistem-pemerintahan-malaysia-ydp-agong.html