bab 2_masyarakat melayu tradisional

68
Malaysia Pembinaan Negara Bangsa BAB 2: Masyarakat Melayu Tradisional

Upload: nell-mizuno

Post on 10-Jul-2016

265 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

MalaysiaPembinaan Negara

BangsaBAB 2: Masyarakat Melayu Tradisional

Page 2: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Definisi : masyarakat

Sekumpulan manusia yang hidup dalam satu kelompok,

saling berinteraksi dan mengamalkan nilai hidup yang sama.

Para ahli antropologi merujuk masyarakat kepada:

Kumpulan manusia yang buta huruf

Menghasilkan pengeluaran sendiri

Mempunyai adat-istiadat yang tersendiri

Mempunyai tempat tinggal khusus

Mempertahankan peraturan sosial

Page 3: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Definisi : melayu

Dari segi bangsa: satu kelompok masyarakat yang mewarisi

kumpulan manusia pertama yang wujud dinegara ini.

Dikaitkan dengan bangsa Yunan (kumpulan pertama yang

wujud dinegara ini menurut pengkaji).

Page 4: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Definisi : tradisi

Perkara yang bersifat asal, lama, teradat, diamalkan sejak turun-

temurun.

Masyarakat Tradisi:

Masyarakat atau kelompok manusia yang hidup dalam nilai-nilai lama

dan kehidupan mereka sangat terikat dengan budaya dan adat resam.

Dalam konteks masyarakat melayu tradisi, masyarakat tradisi

merupakan kelompok yang mempunyai sistem politik, ekonomi dan

sosial yang lengkap.

Boleh dicirikan sebagai telah maju dalam etika pencapaian

masyarakat pada zaman tersebut.

Page 5: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Perbezaan Masyarakat Melayu Tradisional dengan Masyarakat Melayu Moden.

Dapat dibezakan melalui cara hidup dan nilai-nilai yang diamalkan.

Masyarakat Melayu Tradisi:

Sikap kerjasama, tolong-menolong, gotong-royong dan hidup bermasyarakat.

Amalan hidup yang berteraskan kesopanan dan kesusilaan.

Mementingkan prinsip hidup, kebenaran, berpegang pada janji dan ada harga

diri.

Masyarakat melayu moden:

Lebih terbuka kepada pengaruh barat.

Tidak mengambarkan nilai masyaraky melayu yang sebenar.

Lebih kepada materialistik

Tertumpu dalam mengejar kesenangan hidup.

Page 6: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Siapakah Orang Melayu?

Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu.

Mengamalkan adat-resam orang Melayu.

Melayu:-

Perkataan “Melayu” dikatakan berasal dari sebatang sungai

Melayu di Hulu Sungai Batang Hari (Kerajaan Sumatra).

Bangsa Melayu: menurut Abdullah (1993), Istilah melayu merujuk kepada suatu kesatuan bahasa dan bangsa

iaitu “Melayu” berdasarkan kepada kerajaan-kerajaan Melayu.

Page 7: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Konsep MelayuMenurut Abdul Rahman (2000)

Konsep melayu lebih dekat dengan elemen kebudayaan berbanding

elemen bangsa.

Tiga pendekatan membincangkan konsep melayu:-

Persamaan akar budaya

Kulit sawo matang terdiri daripada pelbagai suku bangsa di alam Melayu

Bertutur bahasa melayu-Polinesia

Berasaskan kepada asas nama “Melayu” dilihat sebagai konstruksi sosial.

Melayu merupakan pengikut raja, berketurunan Bukit Siguntang yang mengasaskan

kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Perlembagaan Perseketuan Malaysia 1957, Fasal 160 dan Fasal 89 (6)

Mereka yang berbahasa melayu

Mengamalkan agama Islam

Mengamalkan kebudayaan Melayu.

Page 8: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Orang Melayu

Takrifan Antropologi menurut Syed Husin Ali :-

Mereka yang berkulit sawo matang

Berbadan sederhana besar dan tegap

Bersifat lemah-lembut dan berhemah tinggi

Bahasa melayu:

Berasal dari bahasa yang dipertuturkan oleh bangsa Indo-Melayu atau

Austronesia (Bahasa Melayu Proto)

Kini berkembang kepada bahasa melayu yang lain (batak, jawa, Minang)

Cabang bahasa yang dihasilkan dari bahasa Melayu Proto sebanyak 150

cabang.

Page 9: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Kerajaan Melayu TuaPermantapan sistem politik, ekonomi dan sosial amat

jelas dilihat pada:-Kerajaan Kedah TuaGangganegaraGanggayu atau Klang KiuLangkasukaPan panChih tuTemasik

Page 10: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Kesultanan MelayuKesultanan yang pernah wujud pada kurun ke-14 di

semenanjung Malaysia :-Kerajaan NaningKerajaan Negeri SembilanKerajaan PerlisKesultanan JohorKesultanan KedahKesultanan KelantanKesultanan PerakKesultanan PataniKesultanan SelangorKesultanan TerengganuKesultanan Melaka

Page 11: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Kerajaan Melayu Melaka Kerajaan Melayu melaka selalu dijadikan rujukan berkenaan masyarakat

Melayu tradisional kerana:

Mempunyai susunan politik, corak pentadbiran serta sistem ekonomi dan sosial

yang lengkap sesuai dengan zamannya.

Merupakan permulaan tradisi sosio-politik orang melayu di negara ini (INTAN,

1991)

Kepentingan Kerajaan Melayu Melaka (menurut Abdul Rahman, 1996; 6):-

Mempunyai kedudukan yang istemewa dalam sejarah pembentukan dan

pemantapan negara bangsa Malaysia.

Jati diri, keabsahan dan keunggulan kedaulatan bangsa melayu di Tanah melayu

menjadi jelas, mantap dan sempurna selepas kemunculan Melaka.

Peradapan Melayu yang berbeza selepas kelahiran Melaka yang mana pada waktu

agama Islam sedang berkembang.

Page 12: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Politik dan Kemasyarakatan

• Sistem pemerintahan masyarakat melayu tradisi banyak mempengaruhi pembentukan

susun lapis masyarakatnya.

• Dua golongan utama dalam masyarakat:-

• Golongan pemerintah

• Terdiri daripada raja dan pembesar.

• Golongan ini dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil berdasarkan taraf kedudukan dan fungsi

seseorang.

• Golongan yang diperintah

• Golongan rakyat

• Dikelaskan mengikut taraf dan fungsi masing-masing.

• Masyarakat melayu merupakan masyarakat yang berkelas-kelas.

• Kelas sosial ditentukan melalui pola demografi yang wujud, jumlah pemilikan harta, jumlah

hamba yang dimiliki, rekabentuk rumah atau tempat tinggal.

Page 13: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Unit Politik dan pentadbiran

• Negeri dan Raja• Daerah dan Pembesar• Kampung dan Penghulu• Golongan Rakyat• Golongan Hamba

Page 14: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Negeri dan Raja

• Negeri merupakan unit politik terbesar masyarakat melayu tradisional.

• Negeri bermaksud sebuah kawasan dibawah pemerintahan yang merdeka.

• Kawsasan negeri berkait dengan keadaan geografi Semenanjung Tanah

Melayu.

• Sungai merupakan alat perhubungan dan perdagangan utama.

• Ibu negeri terletak di muara –muara sungai (mudah mengawasi orang

keluar atau masuk dari negeri).

• Kerajaan Melayu:

• Kerajaan berbentuk sistem feudal

• Raja/sultan berkuaasa mutlak

• Raja/sultan ada unsur kuasa dan wibawa.

Page 15: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Institusi Beraja

• Ketika pengaruh hindu-buddha:

• Konsep raja berkembang (ketua kerajaan)

• Raja adalah Devaraja (keturunan dewa/tuhan), dapat dilihat pada Hikayat

Pendawa Lima dari Kitab Mahabrata.

• Sistem politik menerima pengaruh hindu.

• Kedudukan raja paling tinggi dan mempunyai kuasa mutlak.

• Kedatangan Islam:-

• Gelaran raja digantikan dengan gelaran sultan.

• Konsep Devaraja tidak lagi relevan.

• Sultan dianggap sebagai Khalifah Allah.

• Sultan menjadi ketua dan pelindung agama Islam.

Page 16: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Institusi Beraja

• Kekuasaan raja merupakan suatu bentuk kuasa yang unggul dan terpelihara melalui

unsur-unsur spiritual dan material.

• Secara spiritual:

• Nilai dan tanggapan masyarakat terhadap raja.

• Contoh: Raja dianggap Khalifah Allah di muka bumi ini.

• Tanggapan dikukuhkan dengan konsep daulat dan derhaka yang diletakkan ke atas diri

raja itu sendiri.

• Pandangan masyarakt melayu dahulu:

• Raja merupakan subjek yang sangat mulia dan hampir tiada cacat cela.

• Raja ditak boleh dipertikaikan atau dicela meskipun ada kekurangan dari segi tingkah laku

atau kewibawaan selaku pemerintah.

• Segala perintah raja adalah sesuatu yang wajib dituruti meskipun bercanggah dengan hukum

agama atau nilai kemanusiaan.

Page 17: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Institusi Beraja

• Unsur material:

• Peruntukan-peruntukan istemewa dikhusukan untuk raja-raja,

• Antaranya ialah seperti adat-istiadat, bahasa, pergiasan, warna, pakaian dan

lain-lain.

• Pemakaian dan penggunaa warna kuning merupakan satu larangan yang

termaktub dalam Hukum Kanun Melaka.

• Rakyat atau pembesar hanya boleh memakai pakaian warna kuning sekiranya

ianya adalah kurniaan raja.

• Golongan rakyat tidak dibenarkan memakain pakaian yang nipis hingga

menampakkan badan.

• Rakyat juga ditegah dari memakai keris yang hulunya diperbuat dari emas

kecuali anak-cucu raja, anak-cucu bendahara ataupun anak-cucu temenggung.

Page 18: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Konsep daulat

• Mendasari unsur spiritual terhadap kemuliaan dan kedaulatan raja.

• Meletakan raja/sultan ditempat yang lebih tinggi serta memberi

banyak hak dan kemudahan kepada mereka.

• Kesetiaan rakyat yang mutlak kepada raja/sultan.

• Merupakan perlambangan terhadap kuasa dan keutuhan serta

kewibawaan yang dimiliki oleh raja/sultan

• Daulat mengukuhkan kedudukan raja.

• Daulat meletakkan kuasa raja sebagau kuasa yang paling unggul dan

bersesuaian dengan kedudukannya dalam hirarki.

Page 19: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Konsep daulat

• Kedaulatan raja turut diasaskan kepada kebendaan/material:-

• Harus mempunyai alat-alat kerajaan ketika pertabalan unutk dianggap

sah.

• Alat-alat kerajaan adalah seperti keris/pedang, lembing, mahkota atau

cop mohor dan sebagainya.

• Alat-alat kerajaan bukan sekadar perhiasan sahaja.

• Daulat seseorang raja itu bukan sahaja terhad dari segi undang-

undang malah turut mengaitkan aspek kebudayaan dan agama.

• Konsep daulat sering dipadankan dengan konsep derhaka.

• Daulat juga bererti rakyat harus taat dan mematuhi perintah raja.

Page 20: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Konsep Derhaka

• Satu perbuatan yang disifatkan ingkar terhadap perintah raja

ataupon membelot.

• Perbuatan tersebut tidak dapat dimaafkan dan merupakan

satu kepantangan dalam masyarakat melayu.

• Dianggap sebagai satu dosa dan akan mendapat ketulahan

kerana mencabar daulat raja.

Page 21: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Perwarisan Takhta

• Mengikut keturunan ataupun jurai sebelah bapa (sistem

patrimonial)

• Anak lelaki akan mendapat keistemewaan dan dipentingkan

dala semua hal berhubung dengan hak dan perwarisan takhta.

• Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan adat temenggung yang

diwarisi dari Palembang.

Page 22: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Tugas-tugas Raja dalam sistem politik tradisional

• Sebagai ketua pemerintah

• Berkuasa penuh dalam pentadbiran

• Titah raja merupakan undang-undang bagi sesebuah negara.

• Berkuasa menjatuhkan hukuman mati

• Berkuasa melantik para pembesar negeri

• Mnegetuai tentera dalam melancarkan serangan

• Mengetuai rakyat dalam mempertahankan negeri dari serangan musuh

• Sebagai ketua agama Islam

• Pemangkin serta memainkan peranan penting dalam perkembangan dan penyebaran

agama Islam.

• Sultan Muzaffar Shah (melaka) memainkan peranan besar dalam kebangkitan Islam

dengan menjadikan hukum Islam asas dalam pemerintahan.

Page 23: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Daerah dan Pembesar• Daerah• Merupakan unit politik kecil yang terletak ditebing-tebing sungai• Mengandungi beberapa buah kampung• Menggunakan sungai sebagai alat perhubungan utama.• Biasa didirikan di kedua-dua tebing sungai negeri atau kuala-kuala sungai

(lembah tepi bertemu pada kuala sungai besar)

• Pembesar daerah• Mentadbir daerah dan kuasa pegangannya ditauliahkan oleh pemerintah• Tugas pembesar daerah:

• Menjalankan keadilan• Memungut hasil• Menjalankan perintah raja/sultan.

• Mempunyai peruntukan yang khusus dalam masyarakat iaitu soal-soal pemilikan harta dan adat-istiadat.

Page 24: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Daerah dan Pembesar

• Pembesar negeri

• Merupakan golongan pemerintah yang memegang kuasa politik

• Berkuasa memungut cukai dan ufti

• Berkuasa mengendali buruh paksa daripada rakyatnya.

• Tiga unsur dalam golongan pemerintah (Gullick, 1969):

• Kerabat diraja (mendapat kedudukan melalui keturunan)

• Kerabat am (mendapat kedudukan melalui keturunan)

• Rakyat ( mendapt keistemewaan melalui jawatan tertentu dan ulama.

Page 25: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Daerah dan Pembesar(golongan pembesar)

• Merupakan individu yang dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah.

• Pemilihan seorang pembesar ditentukan oleh dakwaan zuriat.• Setiap pembesar melayu mempunyai pengikut setia masing-masing. • Kekuatan pembesar bergantung kepada jumlah pengikut.• Pengikut pembesar:• Terdiri daripada kaum kerabat tersendiri, hulubalang/ askar-askar,

petani, pelombong dan hamba.• Kebanyakan pengikut mengikut pembesar (tuan) secara sukarela dan

bekerja tanpa upah.• Pengikut diberikan perlindungan, ada ada diantaranya diberikan

kemudahan tempat tinggal, makan minum dan sara hidup ynag lain.• Sangat setia hingga sanggup mati demi tuan mereka.

Page 26: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Daerah dan Pembesar(golongan pembesar)

• Tinggal berhampiran kawasan istana sultan dan kerabat-

kerabat diraja yang lain.

• Kawasan kediaman peebesar dikelilingi oleh rumah-rumah

para pekerja.

• Dalam konteks hubungan:

• Hubungan dengan raja sebagai golongan yang diperintah

• Hubungan dengan golongan rakyat sebagai golongan yang

memerintah.

Page 27: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Daerah dan Pembesar(Pembesar Empat Lipatan)

• Sistem ini diamalkan oleh Kerajaan Melayu Melaka.• Sistem ini dimulai dengan bendahara, penghulu bendahari,

temenggung dan laksamana.• Pembesar empat lipatan akan dibantu oleh pembesar lapan,

pembesar 16 dan pembesar 32 serta pembesar 64 lapis.• Bendahara:• Ketua dalam sistem pembesar• Kebiasaanya merupakan tokoh berusia dan sangat

berpengalaman dalam hal ehwal dan selok-belok politik.• Berperanan menasihati raja dalam urusan pemerintahan dan

pentadbiran negara.• Umpama seorang ketua eksekutif/perdana menteri • Boleh memberi kesan ke atas perlantikan raja.

Page 28: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Pembesar Empat Lipatan(Bendahara)

• Ketua dalam sistem pembesar, umpama seorang ketua eksekutif/perdana menteri . Boleh memberi kesan ke atas perlantikan raja.

• Kebiasaanya merupakan tokoh berusia dan sangat berpengalaman dalam hal ehwal dan selok-belok politik.

• Merupakan tokoh yang berani dan mempunyai darah kepahlawanan tinggi.

• Tugas bendahara:• Berperanan menasihati raja dalam urusan pemerintahan dan

pentadbiran• Bertanggungjawab menyelia hampir kesemua hal-ehwal negara,

dibantu oleh pembesar-pembesar lain.• Bertanggungjawab memangku jawatan raja apabila ketiadaan

raja.• Mengepelai angkatan tentera dalam sebarang peperangan ke atas

negeri atau menagkis serangan dari luar.

Page 29: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Pembesar Empat Lipatan(Penghulu Bendahari)

• Merupakan jawatan yang diwariskan• Penyangdang jawatan ini berazal dari keluarga diraja Melaka• Memakai gelaran Seri Nara Diraja• Merupakan setiausaha kepada sultan.• Tokoh berperanan dalam segala perjalanan dan protokol istana.• Tugas penghulu bendahari:• Menjaga dan menyelia kewangan dan hasil negara• Bertanggung jawab terhadap bendahari-bendahari, syahbandar-

syahbandar dan hamba-hamba raja dalam urusan menjaga hasil-hasil kerajaan.

• Wakil menerima ufti dari wilayah jajahan dan takluk kerajaan.• Bertanggungjawab menjaga bangunan, menyelia dan memeriksa

jemputan diraja serta menguruskan perhiasan diraja dan jamuan keraian.

Page 30: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Pembesar Empat Lipatan(Temenggung)

• Dipilih dikalangan Hulubalang negeri• Disifatkan sebagai menteri dalan negeri dan fungsi seperti ketua polis

negara• Terkenal dengan kecekapan dan keberanian. Cth: Temenggung seri

maharaja• Tugas temenggung:• Bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara• Bertanggngjawab dalam memastikan perjalanan dan perlaksanaan undang-

undang dalam negara.• Memastikan keamanan dalam negeri bagi menjamin pertumbuhan

ekonomi negeri• Berfungsi sebagai ketua majestret • Mempunyai kuasa membunuh tanpa mendapatkan kebenaran dari pihak

raja• Mempunyai kuasa menafahus 9 menyelidik dengan teliti dan mengeledah)• Ketua adat-istiadat dalam urusan jamauan di istana• Berperanan memilih individu dan menentukan tugas mereka

Page 31: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Pembesar Empat Lipatan(Laksamana)

• Jawatan ini ujud pada awal pemerintahan Sultan melaka yang ketiga (Sultan Muhammad Shah)

• Jawatan ini wujud kerana kesedaran sultan dalam kepentingan pertahanan laut Melaka (mempunyai perairan yang luas)

• Perluasan kuasa Melaka banyak bergantung kepada angkatan tentera dan kebijaksanaan laksamana.

• Tugas Laksamana:• Mengawal sempadan dan perairan negara• Ketua angkatan tentera laut (lebih besar dari angkatan tentera

bendahara)• Laksamana Hang tuah:• Terkenal dengan kebijaksanaan dan kepahlawanan• Bertanggungjawab mempertahankan jajahan takluk, sungai dan

perlabuhan (serangan lanun, perompak, kuasa luar yang ingin menjajah Siam, Jawa dan laian-lain)

Page 32: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Pembesar Empat Lipatan(Ulama)

• Peringkat awal perkembangan dan penyebaran agama Islam:• Kebanyakan ulama terdiri dari para mubaligh dan saudagar-

saudagar Arab.• Para mubaligh dan saudagar Arab tiba di Melaka dengan tujuan

perdagangan dan penyebaran agama Islam.• Sebelum agama Islam kukuh bertapak, ulama hanya berperanan

dalam penyebaran agama sislam sahaja.• Apabila Sutan Muzaffar Shah menaiki tahta kerajaan Melaka:• Islam menjadi agama rasmi• Ulama menjadi sama penting dengan pentingnya politik dan

pentadbiran negara.• Maulana Abu Bakar menjadi penasihat Sultan dalam memberikan

pandangan berkenaan perkara yang berkaitan dengan agama.

Page 33: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Kampung dan Penghulu

• Kampung:• Didefinisikan sebagai satu kelompok atau satu kumpulan• Merupakan unit politik yang terkecil.• Merupakan unit tempat kediaman masyarakat, ekonomi dan unit

penguasaan politik.• Ketua kampung ialah penghulu kecuali di Negeri Sembilan.• Susunan dan keluasan kampung ditentukan ole kehendak

penghidupan kampung tersebut.• Rumah kampung didirikan di sepanjang tebing sungai kerana

sungai merupakan jalan, sumber bekalan air, tempat mandi dan parit.

• Keluasan kampung berbeza-beza :• Perkampungan kecil (terdiri daripada lebih kurang lima buah

rumah)• Perkampungan Besar (terdiri daripada beratus-ratus buah

rumah)

Page 34: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Kampung dan Penghulu

• Penghulu:• Jawatan penghulu dipenuhi secara warisan/askriptif• Merupakan wakil raja dan perlantikan dibuat oleh raja.• Tugas penghulu:

• Menjadi perantaraan di antara anak buah dengan pembesar daerah.• Menjaga keamanan kampung• Menyelesaikan pertikaian• Memungut cukai• Mengarah rakyat melaksanakan tugas pembesar dan raja• Sebagai lambang perpaduan di sesebuah kampung.

Page 35: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Golongan Rakyat

• Merupakan jumlah terbeasr penduduk• Terbahagi kepada 3 kumpulan:• Kumpulan pertama terdiri daripada petani, nelayan dan utas• Kumpulan kedua terdiri daripada pedagang• Kumpuan ketiga terdiri daripada hamba

• Golongan rakyat merupakan asas kepada kekuatan sesebuah kerajaan.

• Jumlah golongan rakyat melambangkan sama ada kerajaan itu kuat dan berkuasa.

• Cth: pada awal kurun ke-16, bandar Melaka mempunyai 19 laksa (190000) orang tidak termasuk jumlah kesemua rakyat jelata di seluruh jajahan takluk melaka (Zainal Abidin, 1996)

Page 36: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Golongan Rakyat

• Rakyat harus patuh dan setia kepada pemerintah.• Segala permintaan raja mesti dijunjung dan kerja sendiri diketepikan.• Sistem Kerah:• Rakyat terpaksa menyumbang tenaga kerja secara percuma• Rakyat boleh disuruh membina masjid, parit, benteng dan membersihkan

sungai tanpa dibaya gaji.• Pengendalian sistem ini dengan sewenang-wenangnya akan menjejaskan

aktiviti lain. Cth: pengeluaran pertanian.• Sistem ini mengakibatkan rakyat tertekan lantas mereka berpindah ke

tempat lain.• Merupakan orang awam yang bebas dan merdeka meskipun terlibat

dalam sistem kerah.• Golongan ini turut dikenali sebagai orang “merdheka”• Orang awam meyara diri dan keluarga dengan bertani, bertukang

dan berdagang.

Page 37: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Golongan Rakyat• Golongan pertengahan dalam kumpulan yang diperintah:• Kiwi merupakan rakyat yang sangat giat dan mahir menjalankan urusan

jual beli.• Gologan pertengahan ini juga turut terdiri dairpada saudagar-saudagar

tempatan, nakhoda, pegawai kerajaan, sida-sida, bentara, ceretria, hulubalang, pemungut cukai , anak-anak kapal dan saudagar asing.

• Golongan yang diperintah dari kelompok rakyat:• Rakyat peribumi

• Merupakan suku-sakat keturunan bangsa melayu di kepulauan Melayu.• Orang Melayu jati, Minangkabau, jawa, Mendahiling, orang Laut dan Orang

Asli.• Rakyat asing

• Mereka yang terdiri dari penghijrahan luar dan datang bermaustatin di negeri-negeri melayu.

• Orang-orang Arab, India, China, farsi dan lain-lain.• Datang dengan tujuan berdagang dan pengembangan agama Islam.

• Lahirnya peranakan hasil dari perkahwinan rakyat peribumi dan rakyat asing.

Page 38: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Golongan Hamba• Merujuk kepada individu iaitu rakyat biasa yang telah kehilangan

taraf kebebasan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. • Digunakan oleh pembesar bagi melambangkan status dan kuasa.• Hamba (Mohd Taib, 1989):• Dianggap sebagai keupayaan orang lain dari segi undang-undang

dan adat • Tidak mempunyai hak• Dianggap sebagai barangan yang boleh dipindah-pindahkan

• Hiraki terbawah dalam masyarakat melayu tradisional.• Tugas hamba:• Meliputi segala kerja yang disuruh oleh tuan mereka.• Selain menjadi buruh, hamba perempuan menjadi pengasuh.• Merupakan tentera bagi pemerintah Melayu• Menjadi gundik kepada pembesar bagi hamba wanita yang cantik.

Page 39: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Golongan Hamba(Jenis hamba)

• Hamba abdi• Diperoleh daripada bebrapa cara seperti tawanan peang (hamba

tawanan)• Kumpulan manusia yang ditangkap secara paksa seperti Orang

Asli dan Batak oleh lanun dan kemudian dijual sebagai hamba abdi (Amarjit, 1991)

• Terdapat jua hamba abdidari bangsa kulit hitam yang dibawa dar Benua Afrika dn didangangkan di negeri-negeri Melayu.

• mereka yang ditangkap secara paksa dan kemudian dijadikan hamba abdi turut dikenali sebagai hamba diranggah.

• Turut merupakan mereka yang melakukan kesalah berat an dijatuhkan hukuman menjadi hamba abdi

Page 40: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Golongan Hamba(Jenis hamba)

• Hamba berhutang:• Lebih tinggi status dari hamba abdi• Masih diakui sebagai anggota masyarakat yang sama dengan tuan

mereka selepas hutang dijelaskan.• Ada empat kategori utama:• Orang berhutang (bebas dari jadi hamba selepas bayar hutang)• Anak Mas (orang yang menjadi abdi melalui perkahwinan dengan abdi wanita)• Hamba waris (terdiri dari isteri dan anak-anak hamba berhutang)• Hamba bayar (abdi yang diserahkan oleh tuannya sebagai bayaran hutang)

• Hamba serah• Mereka yang sangat miskin dan tidak mampu menyara hidup sendiri.• Serahkan diri untuk menjadi hamba kepada mereka yang sanggup beri

makan, minum dan tempat tinggal.

Page 41: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang

• Adat• Merupakan amalan yang diperturunkan sejak zaman-berzaman .• Dianggap penting sebagai alat pengawalan hubungan masyarakat

dan tingkah-laku ahlinya.• Amalan adat dilakukan bagi setiap tahap dalam proses kehidupan

individu.• Arnold Van Gennep: proses perubahan hidup diistilahkan sebagai

“The Rites of Passage”• Pengamalan adat membawa falsafah kehidupan manusia yang

mempunyai aturan, kawalan dan kekangan.• Sesetengah amalan adat ini bercampur dengan kepercayaan

animesme yang menyalahi hukum agama Islam.

Page 42: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang

• Undang-Undang:• Peraturan yang diterima dan dipakai oleh sesebuah masyarakat

dan termaktub dalam bentuk yang bertulis.• Undang-undang masyarakt melayu dahulu merangkumi semua

aspek kehidupan masyarakat.• Cth: hak raja dan pembesar serta rakyat, kekeluargaan, jenayah,

perniagaan dan perdagangan serta undang-undang laut.• Pembentukan undang-undang digubal atas perintah raja.• Raja tidak boleh didakwa tetapi merupakan hakim tertinggi.• Selepas kedatangan islam, undang-undang diubahsuai mengikut

hukum Islam berbanding dahulunya yang banyak mempunyai pengaruh Hindu.

Page 43: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Perpatih)

• Berasal dari Sumatera• Dibawa oleh orang minangkabau yang berhijrah secara

beramai-ramai ke Tanah Melayu sekitar abad ke-12 dan ke-13• Diperkenalkan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang• Merupakan undanag-undang yang diamalkan di Negeri

Sembilan, Melaka dan Perak (di Malaysia)• Mempunyai dua buah teks utama :• Undang-undang Sungai Ujung• Undang-undang Adat

• Sering diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka)• Merupakan sekumpulan pepatah dan hukum-hukum dalam

Adat perpatih tidak bertulis tetapi dihafal oleh Ketua Adat.• Susunan hukum dan adat dikenali sebagai Ketua pembilang

Adat

Page 44: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Perpatih)

• Hukuman dalam adat ini bertujuan membaiki keadaaan dan

tidak bertujuan menghukum pesalah.

• Pesalah dihukum mengikut kesalahannya dan mangsa akan

diberi ganti rugi.

• Perkahwinan sesama suku dilarang.

• Adat ini mengutamakan kaum perempuan dalam banyak hal.

• Perempuan menjadi ketua keluarga dan perwarisan harta

diberatkan kepada pihak peempuan.

Page 45: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Perpatih)

• Hukum dan Adat perpatih berdasarkan dua sumber:• Resam dan adat turun-temurun yang diwarisi• Hukum syarak daripada Mazhab Shafie

• Adat Perpatih merupakan satu peraturan hidup yang berlandaskan:• kepentingan hidup bersama• bergotong-royong dan berdemokrasi• merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuklah:

• undang-undang pentadbiran dan pembahagian kuasa politik• pembahagian harta pusaka• penyusunan prinsip-prinsip nikah kahwin dan lain-lain lagi.

• Perkara penting yang diutamakan dalam adat perpatih termasuklah soal pemerintahan, bentuk hukuman, jurai keturnan dan perwarisan harta.

• Adat ini juga amat mementingkan prinsip demokrasi dan permuafakatan.

Page 46: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Perpatih)

• Tidak ada satu kuasa yang boleh memegang teraju pemerintahan secara mutlak kerana setiap jawatan akan dilantik oleh jawatan yang lain.• Yamtuan Besar dilantik oleh Empat Undang• Undang dipilih oleh Lembaga• Lembaga dipilih oleh Buapak• Buapak dipilih oleh anak buahnya.

• Hieraki pemerintahan yang terkandung dalam adat perpatih:• Yamtuan Besar (paling atas)• Undang (bawah Yamtuan Besar)• Lembaga (bawah Undang)• Buapak (bawah Lembaga)• Anak Buah (bawah Buapak)

Page 47: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Perpatih: Yamtuan besar)

• Puncak kuasa pentadbiran dan pemerintahan• Dipilih secara demokrasi oleh ketua-ketua suku (Undang)• Dianggap sebagai raja yang memerintah alam• Berperanan sama seperti raja-raja melayu yang lain• Tidak mempunyai hak dalam soal perlantikan orang besar

negeri lain.• Setiap keputusan berdasarkan keputusan yang dibuat bersama

dengan Undang.

Page 48: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Perpatih: Undang)

• Terbentuk hasil gabungan bebrapa penghulu dari beberapa daerah.

• Gabungan ini dikenali sebagai Lembaga penghulu• Undang dipilih oleh Lembaga• Di Negeri Sembilan, Undang turut dikenali sebagai Luak.• Merupakan pemerintah seluruh luak dan menjadi raja di

daerahnya• Tugas utama ialah menentukan siapa yang bakal dilantik

sebagai Yamtuan Besar.• Undang terbesar ialah Undang Sungai Ujung.

Page 49: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Perpatih: Lembaga dan Buapak)

• Lembaga merupakan sekumpulan wakil suku ataupun keluarga yang mendapat kuasa melalui pemilihan yang dibuat oleh Buapak.

• Tugas Lembaga:• Berperanan memilih individu yang layak menjadi Undang ataupun

Penghulu.• Bertanggungjawab menyeleasikan masalah-masalah yang bersabit

dengan adat dan hukuman (ringan) yang berlaku dikalangan suku mereka.

• Buapak pula merupakan ketua Perut (anak buah)• Tugas Buapak:• Menjadi tempat rujukan kepada setiap masalah terutamanya yang

berkaitan dengan soal adat dan hukum yang berlaku dalam kumpulannya.

Page 50: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung)

• Dibawa dari Palembang berasal dari Minangkabau• Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dari Minangkabau• Saudara kepada Datuk Perpatih Pinang Sebatang• Adat ini dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-15• Berkembang ke seluruh Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri

Sembilan.• Adat ini merupakan adat asal yang berasal dari negeri-negeri

melayu.• Awalnya, adat ini menerima pengaruh unsur-unsur Hindu

(Undang-Undang Manu).• Apabila Islam berkembang, adat ini menerima pengaruh Islam

(hukum-hukum syarak dalam Mazhab Shafie) .

Page 51: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung)

• Adat ini membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja kecuali mereka yang mempunyai pertalian darah.• Adat ini mengutamakan pihak lelaki (mengikut syarak)• Lelaki mejadi ketua keluarga dan berhak mewarisi harta

yang lebih banyak daripada perempuan.• Tiada sistem kekeluargaan yang bersifat kesukuan.• Kebanyakan negeri-negeri melayu mengamalkan adat ini

dalam hal ehwal politik dan pentadbiran, serta dalam adat-adat harian.• Pihak yang mahir melaksanakan hukum ini ialah Tok

Sidang, Tok Penghulu atau Tok Penggawa

Page 52: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung)

• Sudut politik, adat ini merupakan satu sistem pemerintahan yang terbentuk dari atas ke bawah.

• Puncak pemerintahan dan kekuasaaan terletak ditangan pemerintah.

• Setiap pemerintah dalam adat ini diberikan gelaran masing-masing mengikut negeri-negeri tertentu iaitu seperti gelaran Sultan.

• Adat ini juga turut memuatkan keistemewaan khusus raja (unsur daulat dan derhaka; raja ada kuasa sakti)

• Adat ini juga turut mempunyai pantang larang ditujukan terhadap rakyat dalam aspek hubungan mereka dengan raja (larangan pemakaian warna kunid dan pengunaan emas)

Page 53: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung)

• Adat ini mengariskan peranan-peranan pembesar dalam membantu sultan untuk mentadbir negeri.

• Piramid Hirarki:• Orang Besar Berempat• Orang Besar Berlapan• Orang Besar Enam Belas• Orang Besar Tiga Puluh Dua

• Hukuman dalam adat ini bertujuan untuk menghukum (denan tegas), berbeza dengan adat perpatih.

• Adat ini memberikan peruntukan melakukan kekerasan dalam pelaksanaan undang-undang (sebagai pengajaran dan amaran)

• Undang-undang dalam adat ini banyak megambil contoh-contoh perundangan hindu.

• Hukuman bunuh merupakan hukuman yang paling berat.• Undang-undang dalam adat ini memerlukan pembuktian terhadap

kesalahan (berbentuk keterangan yang kukuh meskipun bukti tidak kukuh)

Page 54: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung: Sultan)

• Ketua pemerintah dan pentadbiran• Ketua agama• Simbol kedaulatan sesebuah negeri dan perpaduana rakyat• Memiliki kuasa bersifat autokratik (kuasa hampir mutlak

dalam kebanyakan urusan)• Berhak melantik pembesar-pembesar (peringkat negeri,

jajahan, daerah mahupun kampung)• Dilantik melalui istiadat pertabalan• Pewaris tahta merupakan putera sulung• Pewaris haruslah lahir dari permaisuri ynag berketurunan raja

(anak gahara)

Page 55: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung: Raja Muda)

• Perlantikan raja muda dibuat ketika raja yang memerintah masih hidup

• Gelaran raja muda berbeza mengikut negeri (Tengku Besar, Yang Dipertuan Muda)

• Raja muda akan mengantikan raja yang mangkat• Perak mempunyai satu pengantianraja yanag istemewa:• Apabila raja mangkat;• Raja Muda dilantik Menjadi Sultan• Raja Bendahara akan dilantik menjadi Raja Muda • Raja Di Hilir akan dilantik menjadi Raja bendahara

Page 56: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung: Hukum Kanun Melaka)

• Merupakan rangka dasar yang sangat penting bagi kebanyakan undang-undang di negeri Melayu

• Diwujudkan dalam sesebuah Kerajaan Melayu bagi mengatur pentadbiran negeri.

• Wilayah-wilayah dalam empayar Melaka tertakluk kepada Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kelautan Melaka.

• Kedua-dua hukum ini meliputi keadaan masyarakat pada kurun ke-15.

• Hukum Kanun Melaka mangandungi 44 fasal yang dipecahkan kepada tambahan-tambahan dan pecahan-pecahan yang lebih kecil.

• Merupak satu cara pemerintahan yang ditulis semasa pemerintahan Sultan Muhammad syah (1422-44)

Page 57: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung: Hukum Kanun Melaka)

• Bahagian-bahagian dalam Hukum Kanun Melaka:• Isi uta Hukum Kanun Melaka• Undang-Undang Laut Melaka• Undang-undang Perkahwinan Muslim• Undang-Undang Jualan dan Peraturan Muslim• Undang-Undang Negeri• Undang-Undang johor

• Hukum ini juga turut menunjukkan keadaan pertanian di kalangan masyarakat pada zaman itu.

• Hukum ini juga turut mementingkan perkara seharian masyarakat.

• Perakuannya (Hukum Kanun Melaka) akan kedudukan hamba abdi.

Page 58: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung: Undang-Undang Laut Melaka)

• Merupakan bahagian kedua daripada Undang-Undang Melaka• Peraturan dan pentadbiran hampir serupa dengan

pentadbiran dalam sesebuah negeri.• Antara pembesar-pembesar di laut:• Nakhoda (Sultan/Raja)• Jurukemudi (Bendahara)• Pengawas disiplin (Temenggung)• Pegawai (Pembesar)• Anak-anak kapal (Rakyat Jelata)

• Undang-undang ini merangkumi:• Peraturan pelayaran• Tugas-tugas serta bidang kuasa pegawai pelayaran• Menerangkan tentang kuasa nakhoda dan hak anak-anak kapal.

Page 59: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung: Undang-Undang Laut Melaka)

• Peraturan undang-undang khas ini menunjukkan kewujudan satu kumpulan pedagang dan peraturan yang mengawasi kegiatan mereka• Perdagangan tidak terhad kepada pedaang sahaja tetapi

turut dijalankan ooleh nakhoda dan anak-anak kapal.• Undang-undang ini penting kerana Melaka merupakan

perlabuhan entrepot (berdagang dengan negara-begara asing)

Page 60: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Adat dan Undang-undang(Adat Temenggung: Hubungan dengan negeri lain)

• Terdapat tatatertib protokol berkenaan menyambut kedatabngan utusan bergantung kepada kecil atau besar sesebuah kerajaan itu.• Pasai atau Haru:• Disambut dengan upacara yang mengandungi nobat

besar.• Perutusan serta bingkisan mereka akan diarak di atas

gajah• Sesetngah utusan disambut dengan nobat kecil dan

perutusan serta bingkisan dibawa dengan kuda sahaja.• Sesetengah Raja dari negeri kecil hanya dibenarkan

duduk setimpal dengan bendahara sementara seseorang raja diletakkan bersama engan Temenggung.

Page 61: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Kepercayaan• Kepercayaan yang pertama adalah animisme:• Merupakan kepercayaan kepada makhlu-makhluk halus.• Percaya bahawa makhluk gahib boleh mendatangkan rezeki

atau pun membinasakan.• Wujudnya jawatan bomoh/ Pawang, merupak perantara

antara penduduk dengan makhluk ghaib.• Waktu ini, kedudukan bomoh menjadi penting dan

dihormati.• Sebelum kedatangan Islam:• Menganut agama Hindu dan Buddha tetapi masih ada yang

berpegang kepada animisme.• Kepercayaan Hindu-Buddha hanya menjadi amalan golongan

pemerintah sahaja.

Page 62: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Kepercayaan

• Selepas kedatangan Islam:• Lunturnya pengaruh Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme.• Kemasukan Islam melalui dua cara iaitu perdagangan dan

dakwah.• Dibawa oleh pedagang dari Semenanjung Tanah arab.• Pedagang-pedagang arab menjadi penting dalam meluaskan

ajaran Islam.• Kesan kedatangan Islam:

• Membetulkan akidah orang-orang melayu• Memperbaiki doktrin sistem pemerintahan Hindu (Devaraja)• Gelaran pemerintah bertukar kepada ‘Sultan’• Dominasi Islam dalam Hukum Kanun Melaka ( hukuman bersabit zina,

membunuh, memfitnah, minum arak, murtad dan lain-lain)• Faktor rakyat mudah menerima Islam:

• Islam menekankan keadilan, kesamaan dan bersifat sederhana.• Pemelukan Islam oleh pemerintah yang diikuti oleh rakyat.• Peranan dan sikap gigih pendakwah Islam menyebarkan Islam

Page 63: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa

• Sistem ekonomi tradisional terbahagi kepada dua:• Pertanian • Perdagangan

• Kegiatan ekonomi pada waktu ini berbentuk sara diri (cukup unutk meneruskan kehidupan).

• Perdagang dijalankan dalam bentuk sistem barter.• Sistem barter dalam bentuk secara terus atau melalui perantara.• Sistem ekonomi pada waktu ini dihidupkan oleh semangat

gotong-royong.• Masyarakat melayu merupakan masyarakat pertanian, unit

pengeluaran bergantung kepada unit keluarga sbagai satu unit asa pengeluaran. Oleh itu penghasilan bergantung kepada keluasan tanah yang dimiliki.

• penduduk di pendalaman bergantung kepada kegiatan mengumpul hasil-hasil hutan.

Page 64: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa

• Kebanyakkan mereka merupakan orang Asli, berkemahiran mengenali spesis pokok dan kegunaannya.

• Sumber utama hasil hutan ialah kayu-kayan seperti cendana (minyak wangi), rotan dan lain-lain.

• Orang melayu menjadi perantara dalam mendapatkan bekalan hasil hutan dan kemudian menjualnya kepada pedagang luar.

• Banyak penduduk tempatan juga menjadi pelombong kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan galian seperti emas dan bijih timah.

• Kepulauan Melayu terkenal kerana pengeluaran emasnya dan dikenali sebagai “Golden Chersonese”

• Manakala masyarakat melayu yang hidup di pinggir sungai pula mencari rezeki dengan menangkap hidupan laut.

• Salah satu hasil laut paling penting adalah karang.

Page 65: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa

• Permintaan terhadap hasil-hasil laut semakin meningkat ekoran perkembangan pasaran cina.• Perdagangan Antarabangsa:• Merupakan ekonomi terpenting pada abad ke-15• Penyumbang besar kepada kebangkitan Melaka sebagai

pusat kuasa bagi empayar Melayu-Islam.• Kemasyuran Melaka menyebabkan:• Orang arab memanggil Melaka sebagai “mulaqa” beerti sama.• Cina pula memanggi Melaka sebagai “Man La Cha”.

• Menurut sejarah cina, melaka merupakan pelabuh entrepot yang memperdagangkan timah, cendana, gading, lada hitam dan bahan-bahan hutan.

• Logam digunakan sebagai matawang danukuran menilai harga., sistem barter masih digunakan secara meluas.

Page 66: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa(Faktor Pembentukan Melaka sebagai perlabuhan entrepot)

• Kedatangan parameswara dan bergelar sultan Iskandar Syah selepas memeluk Islam.• Ini menarik pedanagn-pedanag Islam Untuk berdagang.

• Langlkah-lanagkah yang dijalankan oleh Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah:• Menjemput ulama dan cendekiawan Islam ke Melaka.• Merupakan daya tarikan utama pedagang Islam.

• Corak pemerintahan kerajaan Melaka yang sistematik, cekap dan stabil

• Perlantikan pegawai khas dan syahbandar bagi menguruskan hak-hak perdagangan (beri kemudahan dan menjamin kepentingan pedagang).

• Cukai perdagangan yang tetap dan adil (6% kapal asing, 3% kapal tempatan).

• Kedudukan geografi (laluan utama perdagangan)• Penguasaan politik Melaka ke atas negara-negara sekitar.

Page 67: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa :Kegemilangan Melaka

• Kegemilang Melaka menarik minat pedagang, cerdik-pandai dan Ulama serta masyarakat biasa datang dab menetap di Melaka.• Antara orang-orang asing yang datang ialah China,

Arab, serta India.• Jumlah penduduk Melaka awalnya berjumlah 1000

meingkat kepada 40,000 orang.• Terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka

dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kerajaan dan pentadbiran (lingua franca).

Page 68: Bab 2_Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa :Kemerosotan Melaka

• Akibat kemerosotan kerajaan Melaka• Hubungan antara China yang kian merosot• Kelemahan politik Dalaman (Hubungan antara raja dan

pembesar)• Pengkhianatan serta pembelotan masyarakat imigran• Pegawai mengenakan cukai yang tinggi dan tidak adil

ke atas pedagang-pedagang.• Pemerintah yang lemah, Sultan Mahmud adalah sultan

yang lemah, malas, tidak adil dan zalim.