baik buruk kegiatan kokurikulum

5
BAIK BURUK KEGIATAN KOKURIKULUM Pada masa ini, terdapat ramai ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengambil bahagian di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Ini disebabkan kebimbangan ibu bapa bahawa jika anak mereka meluangkan terlalu banyak masa dalam kegiatan kokurikulum, pelajaran mereka akan terjejas. Kegiatan kokurikulum telah menjadi salah satu kemestian di setiap sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdapat di Singapura sekarang. Namun, ramai murid tidak mengambil bahagian di dalam aktiviti sedemikian disebabkan oleh ibu bapa. Adakah ini pandangan yang betul dan sesuai atau tidak? Marilah kita menyelidiki perkara tersebut. Kegiatan kokurikulum ini mempunyai banyak kebaikan dan juga keburukannya. Mula-mula, kami akan meneliti kebaikannya. Satu kebaikan “kegiatan kokurikulum” yang jelas adalah bahawa ia boleh menyihatkan dan menyegarkan badan. Ini lebih jelas pada murid-murid yang mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum bersukan. Sukan-sukan ini memerlukan banyak tenaga dan mencerdaskan otak. Ini boleh menjadikan seseorang lebih baik dari segi kesihatan dan minda. Kebaikan yang lain pula adalah bahawa kegiatan kokurikulum boleh menanamkan disiplin pada seseorang murid. Kegiatan kokurikulum yang terbaik adalah pasukan beruniform seperti pasukan pengakap dan Pandu Puteri. Murid-murid melakukan kerja yang menjadikan mereka berdisiplin dan mempunyai semangat setia kawan. Kebaikan ketiga adalah kegiatan kokurikulum mengilhamkan bakat yang sudah ada pada seseorang murid. Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, seorang murid boleh menunjukkan bakatnya yang tersembunyi lalu menjadi seorang yang terkenal di dalam bidang yang dia berkemahiran. Bagaimanapun, kegiatan kokurikulum juga ada keburukannya. Seperti pendapat beberapa ibu bapa, kegiatan kokurikulum harus dikurangkan kerana ia boleh menjejas kelakonan murid dalam pelajarannya. Kegiatan kokurikulum juga mengurangkan tumpuan murid pada pelajaran kerana murid juga harus memberi tumpuan kepada kegiatan kokurikulumnya. Satu keburukan lain berlaku kepada murid yang menceburi kegiatan kokurikulum bersukan. Kegiatan bersukan boleh menjadikan seseorang murid mendapat cedera dan dia tidak dapat pergi ke sekolah. Ini boleh menyebabkan dia tidak dapat belajar apa yang diajar guru semasa dia berehat di rumah ataupun di hospital. Keburukan lain pula adalah dengan menyertai kegiatan kokurikulum, seseorang murid akan menjadi sombong jika dia mahir dalam sesuatu bidang. Kalau ini terjadi, dia akan tidak disukai oleh kawan sedarjahnya. Juga, kalau ada orang yang tidak mahir dalam kegiatan kokurikulumnya, dia mungkin menjadi putus asa dan tidak mahu membuat apa-apa lagi di samping menjadi bosan.

Upload: izzat-amir

Post on 04-Jul-2015

3.629 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Baik Buruk Kegiatan Kokurikulum

         BAIK BURUK KEGIATAN KOKURIKULUM

        Pada masa ini, terdapat ramai ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengambil bahagian di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Ini disebabkan kebimbangan ibu bapa bahawa jika anak mereka meluangkan terlalu banyak masa dalam kegiatan kokurikulum, pelajaran mereka akan terjejas. 

        Kegiatan kokurikulum telah menjadi salah satu kemestian di setiap sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdapat di Singapura sekarang. Namun, ramai murid tidak mengambil bahagian di dalam aktiviti sedemikian disebabkan oleh ibu bapa. Adakah ini pandangan yang betul dan sesuai atau tidak? Marilah kita menyelidiki perkara tersebut.

        Kegiatan kokurikulum ini mempunyai banyak kebaikan dan juga keburukannya. Mula-mula, kami akan meneliti kebaikannya. Satu kebaikan “kegiatan kokurikulum” yang jelas adalah bahawa ia boleh menyihatkan dan menyegarkan badan. Ini lebih jelas pada murid-murid yang mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum bersukan. Sukan-sukan ini memerlukan banyak tenaga dan mencerdaskan otak. Ini boleh menjadikan seseorang lebih baik dari segi kesihatan dan minda.

        Kebaikan yang lain pula adalah bahawa kegiatan kokurikulum boleh menanamkan disiplin pada seseorang murid. Kegiatan kokurikulum yang terbaik adalah pasukan beruniform seperti pasukan pengakap dan Pandu Puteri. Murid-murid melakukan kerja yang menjadikan mereka berdisiplin dan mempunyai semangat setia kawan.

        Kebaikan ketiga adalah kegiatan kokurikulum mengilhamkan bakat yang sudah ada pada seseorang murid. Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, seorang murid boleh menunjukkan bakatnya yang tersembunyi lalu menjadi seorang yang terkenal di dalam bidang yang dia berkemahiran. 

        Bagaimanapun, kegiatan kokurikulum juga ada keburukannya. Seperti pendapat beberapa ibu bapa, kegiatan kokurikulum harus dikurangkan kerana ia boleh menjejas kelakonan murid dalam pelajarannya. Kegiatan kokurikulum juga mengurangkan tumpuan murid pada pelajaran kerana murid juga harus memberi tumpuan kepada kegiatan kokurikulumnya.

        Satu keburukan lain berlaku kepada murid yang menceburi kegiatan kokurikulum bersukan. Kegiatan bersukan boleh menjadikan seseorang murid mendapat cedera dan dia tidak dapat pergi ke sekolah. Ini boleh menyebabkan dia tidak dapat belajar apa yang diajar guru semasa dia berehat di rumah ataupun di hospital. 

        Keburukan lain pula adalah dengan menyertai kegiatan kokurikulum, seseorang murid akan menjadi sombong jika dia mahir dalam sesuatu bidang. Kalau ini terjadi, dia akan tidak disukai oleh kawan sedarjahnya. Juga, kalau ada orang yang tidak mahir dalam kegiatan kokurikulumnya, dia mungkin menjadi putus asa dan tidak mahu membuat apa-apa lagi di samping menjadi bosan.

        Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum harus digalakkan kepada murid kerana ini boleh menjadikan mereka seorang yang lebih baik. Walaupun ada beberapa orang yang tidak menggemari kegiatan kokurikulum, ia juga boleh menolong mereka menambahkan bakat mereka dan akhirnya, menjadikan mereka berjaya di dalam kehidupan mereka dan negara. Pokoknya, murid harus mengimbangkan penglibatan mereka dalam pelajaran dan juga kegiatan kokurikulum di sekolah.

Page 2: Baik Buruk Kegiatan Kokurikulum

Penglibatan Pelajar dalam Sukan

Umumnya, sukan dapat ditakrifkan sebagai segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang digunakan sebagai acara pertandingan untuk menyihatkan badan dan lain-lain. Berlandaskan penjelasan ini, bidang sukan pula dapat didefinisikan sebagai lapangan atau jurusan yang berkaitan dengan sukan. Kerjaya pada masa depan pula ditamsilkan sebagai penglibatan yang berterusan dan perkembangan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan, profesion, kegiatan, dan sebagainya yang biasanya sebagai cara untuk membina kehidupan. Daripada takrifan ini, satu persamaan dapat diterbitkan, iaitu penglibatan pelajar dalam bidang sukan bersamaan dengan mangkin dalam pembinaan kerjaya masa depan pelajar. Pernyataan ini terbukti benar apabila sistem pendidikan negara-negara sejagat dirombak, diolah, dan dicorak agar peluang pelajar meniti bidang sukan sentiasa terbuka. Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi tunjang Sistem Pendidikan Kebangsaan diwujudkan bersendikan empat aspek kehidupan utama, iaitu jasmani,emosi, rohani, dan intelek. Perkembangan menarik menyaksikan pendidikan di Malaysia sebagai satu usaha berterusan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis, iaitu bidang sukan sama-sama dititikberatkan. Logiknya, pembentukan badan-badan sukan seperti Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil secara eksplisitnya membuktikan bidang sukan amat diutamakan kerana selain memberikan kecergasan diri, bidang ini mampu membina kerjaya masa depan pelajar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa sukan manjadi nadi prima di sebalik kecergasan diri yang optimum. Seperti yang diketahui umum, kecergasan diri ialah keadaan tubuh, otak, dan sebainya yang bertenaga, giat, dan aktif. Sehaluan dengan itu, kegiatan sukan terlibat secara langsung dalam pencapaian kriteria yang mentakrifkan kecergasan diri. Kegiatan sukan membantu untuk menyelaraskan pergerakan otot-otot rangka dengan lebih sempurna di samping meningkatkan kemampuan seseorang bergerak balas terhadap perubahan persekitaran dengan lebih mudah. Kebiasaan bersukan yang dilakukan oleh pelajar dapat mengurangkan risiko kecederaan anggota badan. Ditokok lagi, sukan tentu tidak dimasukkan dalam kurikulum sekolah sekiranya kegiatan ini tidak mendatangkan manfaat kepada pelajar dari segi kesihatan. Sehubungan dengan itu, sukan menjadikan seseorang aktif dari sudut fizikal dan mental. Malahan, ungkapan otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat dirumuskan semata-mata berdasarkan kepentingan sukan dalam memberikan kecergasan dalam diri kepada pelajar.

Skop sukan nyata begitu luas. Atlet atau ahli sukan misalnya, merupakan golongan individu yang menjadi peserta pertandingan yang terlibat secara langsung dalam arena sukan. Karier sebagai atlet semakin menguntungkan, terutamanya dalam dunia yang tepu dengan persaingan ini. Seseorang pelajar yang melibatkan diri sebagai atlet dapat membina kerjaya masa depan dan sekali gus menyara kehidupannya melalui bidang sukan. Pelajar yang berjerih-jerih menjalani latihan nescaya bakal mencapai kejayaan. Sebagai contoh beberapa orang mantan pemain bola sepak kebangsaan negara, mengaut sekitar RM10 000 sebulan sejajar dengan nilai yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Selain itu, jika dilihat pada pendapatan yang diterima oleh pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, misalnya Steven Gerard, dari pasukan Liverpool menerima RM400 000 seminggu. Dalam pada itu, ganjaran lumayan juga sentiasa menanti atlet yang mengharumkan nama pasukan dan negara. Kerajaan Malaysia melalui Majlis Sukan Negara, misalnya pernah menilaikan sebutir pingat emas temasya Sukan Komanwel 1998 pada harga yang menakjubkan, iaitu RM80 000, pingat perak sebanyak RM50 000, dan pingat gangsa sebanyak RM25 000. Bukan itu sahaja, bagi sebarang rekod yang dipecahkan, ganjarannya berupa sebuah kereta Proton Perdana.

Di samping itu, kerjaya seseorang sebagai atlet sukan tidak berakhir walaupun usianya sudah agak lanjut. Atlet yang bersara daripada persaingan kompetitif sukan boleh memilih untuk menjadi jurulatih. Ringkasnya, pelajar yang berminat dapat menyertai kursus dalam bidang kejurulatihan sukan dan seterusnya memohon lesen dalam jurusan kejurulatihan sukan yang dipilih. Sebagai jurulatih, seseorang itu dapat mencari sumber kehidupan. Paul Lissek yang diiktiraf sebagai pemegang lesen A dalam kejurulatihan hoki misalnya, pernah menjadi penasihat kepada pasukan hoki Malaysia semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur sebelum pulang ke negaranya, Jerman. Sepanjang perkhidmatan beliau, Paul Lissek menerima habuan kira-kira RM100 000 sebulan, rumah, dan kereta daripada Persatuan Hoki Malaysia (PHM). Morten Frost yang merupakan bekas juara Kejohanan Keseluruh

Page 3: Baik Buruk Kegiatan Kokurikulum

England serta pemain badminton tersohor Eropah pada tahun 1980-an misalnya, telah meneruskan penglibatan beliau dalam sukan badminton sebagai jurulatih. Beliau pernah menjadi jurulatih pasukan badminton Denmark serta Malaysia dan kerjaya beliau di Malaysia dianggap begitu berjaya kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sanggup membelanjakan RM50 000 sebulan untuk mendapatkan khidmat beliau.

Selari dengan perkembangan ini, pelajar dapat membabitkan diri dalam bidang sukan sebagai pengasas akademi atau pusat latihan. Dalam konteks ini, pelajar yang menjadi pengasas sesuatu akademi sukan akan menawarkan kursus latihan kepada atlet melalui jurulatih yang diupah serta memperoleh pendapatan yang lumayan daripada usaha ini. Logiknya, penubuhan akademi dan pusat latihan merupakan suatu usaha pembinaan kerjaya masa depan melalui sukan. Di Malaysia, pembukaan pusat latihan merupakan suatu usaha pembinaan kerjaya masa depan melalui sukan. Di Malaysia, pembukaan pusat latihan sukan seperti ini sedang dipelopori oleh anak-anak Datuk Haji Sidek. Mereka mengasaskan Persatuan Badminton Nusa Mahsuri dan tindakannya ini dianggap sebagai pelaburan yang menguntungkan. Setidak-tidaknya, pelajar yang mengikut jejak beliau akan membina kerjaya yang produktif, berhasil, dan menguntungkan melalui sukan dan cabang-cabangnya.

Pada masa yang sama, pelajar berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan sukan. Palajar yang kreatif, inovatif, dan sanggup menerima risiko kegagalan dapat menjadikan bidang ini sebagai landasan bagi membina kerjaya sebagai usahawan yang menjual peralatan sukan. Secara terperinci, perniagaan yang dijalankan tertumpu pada sukan dan perkembangannya. Keluarga Sidek di Malaysia contohnya, membuka kedai sukan yang menjual peralatan badminton berjenama "Sidek" di beberapa buah tempat utama di Malaysia. Kegiatan ini bukan setakat mencanangkan nama keluarga Sidek, malah menjadi aktiviti yang mampu menyara kehidupan anggota keluarga tersebut. Dalam aspek ini, anggota keluarga Sidek telah membina kerjaya mereka sebagai pemilik kedai sukan yang berjaya.

Sebagai intiha, penglibatan pelajar dalam bidang sukan bukan sahaja memberikan kecergasan diri, malah dapat membina kerjaya pada masa depan. Realitinya, sama ada secara langsung atau tidak, bidang sukan telah menyediakan landasan yang memangkinkan pembinaan masa depan yang cerah. Jadi, tanggapan pihak tertentu yang sentiasa menyalahkan sukan serta kerap membenihkan perasaan dendam yang berbaur dengan kritikan lantang bahawa bidang sukan tidak membawa pelajar ke mana-mana perlu diubah dan dibaiki. Pada masa yang sama, segenap lapisan masyarakat perlu sedar bahawa bidang sukan setanding dengan bidang profesional lain dari segi perspektif masa depan seperti gaji dan seterusnya penampungan kehidupan yang mentap. Rata-ratanya, bakat pelajar dalam kegiatan sukan mesti dicungkil, manakala minat mereka disuburkan sejak bangku sekolah supaya terus mendasari jiwa mereka. Dalam pada itu, sanubari pelajar perlu diselitkan dengan nilai yang menjadikan Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Tan Aik Huang, Muhammad Ali, dan George Best wira sukan yang disanjungi dan diagung-agungkan. Rentetannya, perkembangan seterusnya perlu memperlihatkan usaha untuk menyebatikan ungkapan bersih, cekap, dan amanah di lubuk hati pelajar agar pentadbiran dan penyelarasan masa depan sukan dapat berjalan tanpa cetusan masalah seperti rasuah dan kecurangan. Semoga dengan wujudnya usaha daripada kerajaan, masyarakat, dan pelajar sendiri, dapatlah kerjaya masa depan pelajar dibina berpaksikan bidang sukan demi kepentingan negara masing-masing.