lamanbahasa.files.wordpress.com  · web viewsentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti...

30
PERCUBAAN SPM SE-MALAYSIA 2018 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Atas segala limpah kurnia Allah, saya mengucapkan syukur ke hadrat- Nya kerana masih mengurniai insan daif ini dengan sedikit ruang masa, kesihatan, tenaga dan fikiran. Dengan rahmat tersebut, hamba berjaya menyempurnakan rangka isi dan beberapa sampel karangan yang sempat dikutip daripada soalan Peperiksaan Percubaan sekolah-sekolah Malaysia sesi 2018. Inisiatif ini adalah atas komitmen hamba dalam memenuhi hasrat rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar di 86 buah alma mater yang sudi menjemput hamba untuk berbicara tutur dalam siri jerayawara BM Kertas 1 sesi 2018. Terima kasih rakan dan taulan. Sementara itu, bahan yang seadanya ini hamba dedikasikan kepada rakan-rakan murabbi yang cakna mendidik di seluruh negara yang berada di dalam rangkaian grup GURU BMSPM dan grup-grup lain yang seumpama dengannya. Mohon sampaikan oleh-oleh ini kepada semua anak- anak calon SPM 2018, moga-moga boleh dijadikan rujukan terakhir sebelum mereka melangkah ke medan ‘tempur’ SPM 2018. Atas faktor ketiadaan pembaca kedua, kemungkinan berlaku banyak kesilapan ejaan yang tidak disengajakan, hamba memohon kemaafan. Selain itu, koleksi soalan pada sesi 2018 agak terhad atas kesukaran memperoleh soalan yang terakrudari negeri-negeri selain kedaifan hamba sendiri dalam kudrat yang terhad. Sebagai lazim rangka dan contoh karangan ini bukanlah terbit atas jaminan 100 peratus akan keluar dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun isu dan tema adalah betepatan dengan silibus dan cukup berguna untuk anak-anak didik jadikan panduan. Atas kesudian anda manfaatkan buah hasil daripada cakna minda dan cendekia hamba, seyogia salam kasih sayang dan terima kasih hamba hulurkan. SELAMAT MAJU JAYA KEDAH 1 1. Kini, alam pekerjaan memerlukan individu yang memiliki pelbagai ilmu dan kemahiran. Sebagai seorang murid, huraikan persediaan anda untuk menempuh alam pekerjaan.

Upload: hakhue

Post on 07-Dec-2018

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERCUBAAN SPM SE-MALAYSIA 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Atas segala limpah kurnia Allah, saya mengucapkan syukur ke hadrat-Nya kerana masih mengurniai insan daif ini dengan sedikit ruang masa, kesihatan, tenaga dan fikiran. Dengan rahmat tersebut, hamba berjaya menyempurnakan rangka isi dan beberapa sampel karangan yang sempat dikutip daripada soalan Peperiksaan Percubaan sekolah-sekolah Malaysia sesi 2018. Inisiatif ini adalah atas komitmen hamba dalam memenuhi hasrat rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar di 86 buah alma mater yang sudi menjemput hamba untuk berbicara tutur dalam siri jerayawara BM Kertas 1 sesi 2018. Terima kasih rakan dan taulan.

Sementara itu, bahan yang seadanya ini hamba dedikasikan kepada rakan-rakan murabbi yang cakna mendidik di seluruh negara yang berada di dalam rangkaian grup GURU BMSPM dan grup-grup lain yang seumpama dengannya. Mohon sampaikan oleh-oleh ini kepada semua anak-anak calon SPM 2018, moga-moga boleh dijadikan rujukan terakhir sebelum mereka melangkah ke medan ‘tempur’ SPM 2018. Atas faktor ketiadaan pembaca kedua, kemungkinan berlaku banyak kesilapan ejaan yang tidak disengajakan, hamba memohon kemaafan. Selain itu, koleksi soalan pada sesi 2018 agak terhad atas kesukaran memperoleh soalan yang terakrudari negeri-negeri selain kedaifan hamba sendiri dalam kudrat yang terhad.

Sebagai lazim rangka dan contoh karangan ini bukanlah terbit atas jaminan 100 peratus akan keluar dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun isu dan tema adalah betepatan dengan silibus dan cukup berguna untuk anak-anak didik jadikan panduan.

Atas kesudian anda manfaatkan buah hasil daripada cakna minda dan cendekia hamba, seyogia salam kasih sayang dan terima kasih hamba hulurkan.

SELAMAT MAJU JAYA

KEDAH

Samudera gelora pawana berpintal

Cuaca redup ditutup mega

Jikalau kail panjang sejengkal

Lautan dalam jangan diduga

Pantun yang tersebut di atas membawa amanat bahawa sesuatu yang berisiko jangan sama sekali dicuba tanpa sebarang persediaan yang rapi. Banyak padah yang boleh menimpa jikalau

1

1. Kini, alam pekerjaan memerlukan individu yang memiliki pelbagai ilmu dan kemahiran.

Sebagai seorang murid, huraikan persediaan anda untuk menempuh alam pekerjaan.

tersalah duga. Walau bagaimanapun, dalam dunia yang mencabar seperti hari ini, kemampuan meneroka sesuatu yang baharu dan lebih mencabar memungkinkan individu tertentu boleh mencapai kejayaan sehingga di luar jangkaan. Sebagai individu yang inginkan cabaran, saya mengidami kecemerlangan dalam kerjaya kelautan (anda boleh masukkan sebarang kerjaya pilihan anda). Oleh yang demikian, saya faham untuk memenuhi matlamat tersebut bukanlah boleh dicapai dengan mudah. Persis untuk mencapai matlamat besar seperti itu, saya hendaklah memperlengkap diri dengan pelbagai persediaan sama ada dalam aspek fizikal, mental, emosi, dan berani menempuh segala cabaran .

Isi 1: Memantapkan diri dengan persediaan yang paling asas – persediaan fizikal, mental, emosi, cita-cita dan motivasi (olahkan setiap satu persediaan tersebut)

Isi 2: Memprogramkan jadual harian yang amat teliti dan berdisiplin – agar semua perancangan dapat berjalan mengikut jadual – meletakkan cita-cita sebagai perkara yang paling hadapan daripada aktiviti yang kurang berfaedah

Isi 3: Memantapkan psikologi dan emosi – agar sentiasa bermotivasi tinggi – tidak mudah pudar semangat dengan cabaran-cabaran yang ditempuhi – mengenal pasti seseorang yang boleh dijadikan idola dalam bidang yang akan diceburi

Isi 4 Membuat kajian dan mencari maklumat yang tepat tentang bidang dan kerjaya yang ingin diceburi – usaha melalui pembacaan, berbincang dengan rakan-rakan, guru, internet dan memperoleh maklumat daripada tokoh-tokoh yang pernah terbabit dalam kerjaya berkenaan

Isi 5 Berusaha dan bertawakal dengan tidak pernah melupakan ibadah kepada Allah SWT – sebagai sandaran agar segala usaha dan cita-cita dimakbulkan.

Kesimpulan : Berpandukan maksud peribahasa hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa, saya sudah pasti akan berusaha sehabis daya untuk merealisasikan impian saya menjadi kenyataan. Saya amat yakin dengan cita-cita, usaha, dan amal takwa Allah tidak akan menghampakan setiap niat yang baik daripada hamba-Nya. Oleh itu, saya yakin setiap persediaan yang saya buat secara berterusan akan memberi natijah yang besar kepada diri saya.

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun

tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca iaalah

suatu kewajipan yang penting. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada

sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya,

bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan

nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di

2

2. Amalan membaca belum dihayati sepenuhnya dalam kalangan remaja pada hari ini.

Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja.

peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal

dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan

tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan matlamat

membangunkan insan berminda kelas pertama melalui amalan membaca, nescaya seluruh

adiwangsa memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca khususnya dalam

kalangan remaja.

Kelompok sasar yang pertama untuk merancakkan budaya membaca ialah ibu bapa.

Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke perdu juga menunjukkan bahawa, segala

tingkah laku yang baik daripada ibu bapa akan menjadi turutan anak-anak. Al hasil, sikap yang positif

daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik dan melakukan kerja-kerja

yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-anak juga. Tanamlah sifat

positif dalam kalangan anak-anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari maklumat baru dengan

cara membaca. Membaca juga boleh dijadikan sebagai suatu aktiviti penerokaan minda yang

membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia mereka. Sindrom ‘mabuk’ gajet yang

tidak boleh lekang dengan budaya Whatsapp, Facebook, Twiter dan Instagram yang mula menyerap

ke dalam gaya hidup ibu bapa haruslah dikurangkan. Sesungguhnya, inilah virus yang sedang

bergerak aktif untuk meletakkan manusia pascamilenium terperap dalam kopompong kebodohan

ciptaan sendiri.

Institusi alma mater merupakan pusat kemenjadian manusia yang telah terserlah fungsinya

sejak zaman-berzaman. Di sinilah insan mula membina sahsiah, ilmu dan akal budi. Oleh sebab itu,

sekolah berperanan penting untuk melahirkan warga pelajar yang cinta akan ilmu melalui kalam

membaca. Ejen terpenting yang berfungsi menggerakkan insan pelajar yang gemar membaca ialah

para guru. Guru seharusnya membudayakan alma mater dengan menyuburkan minat membaca

dalam kalangan murid-murid. Cetusan daya berfikir seperti mencari maklumat dan meneroka gaya

berfikir seperti orang-orang bijaksana sewajarnya digalakkan sama ada di dalam kelas mahupun di

luar kelas. Dalam usaha mengaktifkan minat membaca, semua medium maklumat hendaklah

dimanfaatkan. Pihak sekolah haruslah boleh menganjak paradigma agar bijak memanfaatkan peranti

elektronik sebagai sumber baharu bahan bacaan. Dalam wacana ilmu moden yang semakin

bekembang, para guru seharusnya tidak terperap dalam gaya lama, sebaliknya berani keluar

daripada kepompong katak di bawah tempurung.

Masyarakat massa termasuk rakan sebaya hendaklah menjadi rakan penggalak agar budaya

membaca terus diperkasakan. Belakangan ini kita amat kecewa apabila pelbagai pegaruh negatif

begitu aktif menguasai minda dan sikap anak-anak muda. Gejala membuang masa seperti berhibur,

3

bergelandangan dan merempit yang menjadi kegilaan anak-anak muda hari ini akan membawa

kecelakaan kepada negara pada masa hadapan. Oleh sebab itu, masyarakat hendaklah menggempur

habis-habisan gejala pagan ini daripada terus menular. Sebarang bentuk tindakan sama ada melalui

nasihat dan kaunseling mahupun penguatkuasaan undang-undang perlulah dilakukan dengan

segera. Sementara itu, anak-anak muda yang sedang memenuhi ujana ilmu hendaklah kembali

kepada matlamat asal yakni untuk membentuk insan kamil yang berbudaya dan berilmu. Carilah

rakan sebaya yang sealiran dan saling menyokong sebagai usaha melahirkan generasi cendekia.

Sesungguhnya, rakan yang baik itu ibarat cahaya sepanjang kehidupan.

Agensi kerajaan dan swasta merupakan institusi masyarakat yang terpenting berperanan

untuk menyemarakkan budaya membaca sebagai suatu tingkah laku positif. Apabila agensi-agensi

berpengaruh ini mula menggerakkan inisiatif pardana amalan membaca, justeru masyarakat massa

dengan sendirinya akan membentuk jati diri membaca. Sudah tiba masanya agensi seperti Jabatan

Penerangan, Imigresen, hospital dan jabatan-jabatan lain menyediakan brosur dan bahan bacaan

berkala yang menarik untuk dibaca oleh pengunjung pada setiap kali menanti giliran ketika

berurusan dengan agensi berkenaan. Sementara itu, agensi swasta terutama gedung-gedung

perniagaan utama berpada-padalah menyajikan pengunjung dengan sumber-sumber hiburan yang

bermula daripada awal pagi hingga lewat malam. Langkah mundur ke belakang seumpama itu hanya

mengumpan masyarakat untuk menjadi warga hedonistik yang pada akhirnya kokok berderai ekor

bergelumang tahi.

Tuntasnya, insan yang membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke

seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan

bijaksana melalui aksara dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, masyarakat yang

sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai masyarakat yang sedang mengembara ke seluruh

polosok alam. Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli masyarakat dengan amalan membaca

kerana membaca jambatan ilmu dan bangsa membaca bangsa yang berjaya.

Pendahuluan: Nabi SAW telah bersabda dalam mafhumnya, “Sembilan persepuluh daripada kekayaan datangnya daripada perniagaan”. Iktibar daripada Hadis tersebut dengan jelas

4

4. Perniagaan secara dalam talian merupakan satu trend baharu dalam urus niaga tanpa sempadan.

Huraikan kebaikan urus niaga secara dalam talian kepada masyarakat antarabangsa.

menerangkan bahawa bidang perniagaan mampu mengangkat kuasa ekonomi seseorang untuk hidup senang-lenang. Sejajar dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat, bidang urus niaga juga turut mengalami proses transformasi apabila urus niaga sistem tradisional telah bertukar kepada transaksi secara dalam talian. Hal yang tersebut telah mengimpakkan anjakan paradigma dunia perniagaan menjadi lebih efektif, mudah dan berkesan.

Isi 1: Sistem urus niaga dalam talian benar-benar mempercepat urusan – urusan berkaitan maklumat barangan dan jenama, iklan, tempahan dan bayaran amat mudah dilaksanakan

Isi 2: Sistem urus niaga yang berkaitan dengan tempahan dan bayaran cukup selamat dan mudah – urusan hanya boleh dibuat di dalam talian dan terhindar daripada sebarang tindakan jenayah – meminimumkan penggunaan tukaran tunai.

Isi 3: Sistem yang menjimatkan dalam aspek pengurusan masa, tenaga dan kos – tempahan boleh dibuat dari dalam bilik tidur sahaja walaupun premis perniagaan yang terletak beribu-ribu kilometer jauhnya – tidak bersesak-sesak di jalan raya dan tidak perlu bersesak-sesak dan beratur panjang di premis perniagaan.

Isi 4: Suatu sistem perniagaan yang tidak memerlukan ruang dan tempat yang terlalu luas – boleh dilakukan di premis tempat tinggal sahaja – secara relatifnya kos operasi dapat dikurangkan manakala harga barang menjadi lebih murah

Isi 5: Suatu inovasi yang mendidik manusia moden supaya lebih amanah, bertanggungjawab dan menyantuni etika kehidupan – sistem ini amat mementingkan tahap amanah dan sikap saling percaya – membentuk suatu jaringan saling menyokong dan implikasi “menang menang” antara peniaga dan pengguna.

Kesimpulan: Sesungguhnya, inovasi bijak niaga dan mesra pelanggan ini sudah pasti akan berkembang dengan pantas dan mula menguasai dunia perniagaan. Hal yang demikian, jika dimanfaatkan dengan baik akan melahirkan sebuah generasi umat dunia yang lebih cakna, peka dan bertanggungjawab. Amalan monopoli dan menindas mahupun tindakan jenayah sudah pasti dapat dikurangkan sesuai dengan taraf kebijaksanaan manusia moden.

NOTA: Sila rujuk modul saya edisi 2018, muka surat 85, soalan latihan kendiri no. 3

PPD KOTA BELUD – SUMBER TN JUILIS MOKUJAL

5

5. Slogan, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ merujuk kepada hubungan yang erat antara jiran bagi mewujudkan negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita.

Pendahuluan: Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut turut disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan teknologi internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta. Fenomena tersebut amat mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula oleh semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah krisis remaja yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur dalam gejala sosial. Walau bagaimanapun, remaja tidak boleh selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang boleh memusnahkan diri dan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu diperkasakan oleh remaja demi berhadapan dengan ancaman yang berbahaya itu.

Isi 1 : Mendalami ilmu agama dan moral – agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak – faham akan konsep dosa dan pahala – memperoleh iman dan takwa – faham bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal

Isi 2 : Meletakkan keutamaan belajar dan mencari pengalaman demi masa depan – hanya ilmu dan pengalaman sebagai jaminan masa depan

Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran – rakan sebagai pewarna kehidupan – tersalah memilih rakan boleh mengundang mudarat – mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO

Isi 4 : Membina motivasi – motivasi merupakan enjin yang menggerakkan individu untuk mencari kejayaan – tidak mudah terpedaya dan mengikut telunjuk rakan – mempunyai matlamat masa depan yang terjamin

Isi 5 : Memahami dan mendalami dasar dan visi negara – faham akan hala tuju negara – memahami hasrat pemimpin – bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda wawasan negara - tidak mudah terpengaruh dengan anasir perosak negara

Kesimpulan : Tokoh falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata, “Ketahanan sesebuah negara bukan bergantung kepada hasil buminya yang mewah, sebaliknya berada dalam tangan anak mudanya yang gagah dan bijaksana”. Apabila menghayati kata-kata hebat tersebut, saya begitu teruja untuk menjadi anak muda yang berwawasan. Saya beriltizam untuk membina Malaysia yang tercinta ini menjadi negara yang bebas daripada ancaman parasit dan anasir perosak khususnya daripada kalangan anak-anak muda itu sendiri. Oleh itu, saya dan rakan-rakan hendaklah memilih jalan yang betul yang telah dirintis oleh generasi yang terdahulu.

6

2. Amalan membaca haruslah dipupuk kepada generasi muda untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan.

Tuliskan satu rencana tentang peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca kepada anak-anak.

1. Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

NOTA : Sila rujuk jawapan lengkap di dalam modul saya edisi 2018 ms 49

Pendahuluan: Apabila berbicara perihal melancong, banyak orang yang akan mengalih pandang sama ada ke negara-negara Barat mahu pun di negara-negara Asia Timur Jauh seperti Jepun, Korea, dan Taiwan. Sebenarnya dalam ghairah kita melancong ke tempat lain, tanpa disedari ramai pula pelancong asing yang datang ke negara kita. Berdasarkan laporan portal pelancongan negara, Malaysia berada di tangga yang kesepuluh dalam kalangan negara-negara yang wajib dilawati. Destinasi utama seperti Gunung Kinabalu dan taman pertanian Kundasang, Cameron Highland, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan banyak lagi destinasi telah lama gah dan tersohor dan menjadi ciapan kepada pelancong asing dan tempatan. Oleh itu, jelaslah bahawa Malaysia pun tidak kurang hebat dengan destinasi pelancongan yang menarik. Peluang tersebut wajar sekali kita manfaatkan demi faedah kepada negara kerana industri pelancongan sangat banyak impaknya kepada kemajuan ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara.

Isi 1: Dari segi politik, hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin meluas – imej Malaysia akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong

Isi 2: Dalam aspek ekonomi – banyak sekali peluang ekonomi yang terjana – kemajuan yang berkaitan dengan industri pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang perhotelan – memajukan industri hiliran berkaitan pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata, pengangkutan dan sebagainya.

Isi 3: Dalam aspek sosial – masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada interaksi dengan orang asing – aspek budaya – bahasa dan cara berfikir semakin berkembang – gaya berfikir di luar kotak

Isi 4: Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara – sistem pengangkutan yang dibangunkan, kemudahan prasrana, alam sekitar yang terjaga dan semua potensi alam berjaya dimanfaatkan

Isi 5: Boleh mempertingkatkan tukaran asing – satu lagi peluang dalam bidang ekonomi – minat yang tinggi daripada pelancong-pelancong dari Timut Tengah, Jepun, Korea, dan Eropah boleh meningkatkan kadar tukaran mata wang negara.

Kesimpulan: Sektor pelancongan sebenarnya telah lama menjadi penjana ekonomi kepada banyak negara di dunia. Negara-negara terkemuka di Eropah seperti Switzerland, Perancis dan walayah Scandinivia amat mesra kepada pelancong. Demikian juga dengan di Asia, negara Jepun, Korea dan Thailand sering menjadi pilihan. Sesungguhnya, industri pelancongan menjadi titian yang

7

3. Terdapat banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong tempatan atau pun pelancong asing.

Huraikan kepentingan-kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara.

menyambungkan interaksi budaya, cara hidup bahasa dan emajuan ekonomi. Walaupun industri pelancongan pada awalnya sering dilabelkan dengan pelbagai implikasi yang negatif, namun imej tersebut boleh diatasi sekiranya rakyat Malaysia sendiri memiliki jati diri yang kuat terutama dalam aspek budaya dan agama. Janganlah disebabkan nilai setitik rosak susu sebelanga.

Pendahuluan: Bandar raya Kuala Lumpur semakin hampir mencapai taraf kosmopolitan apabila berada sebaris dengan bandar-bandar besar dunia yang lain. Situasi itu diwarnai oleh kepelbagaian aktiviti perniagaan, pendidikan, sosial dan kemajmukan masyarakatnya yang datang dari seluruh dunia. Pada hari ini apabila berkunjung ke bandar raya kebanggaan Malaysia itu, kita seakan-akan terasa seperti berada di planet yang berbeza dengan lokasi yang lain di Malaysia sebagai kesan daripada kepelbagaian sosial dan budayanya. Tempias di Kuala Lumpur turut merebak ke bandar-bandar utama lain juga, seperti Pulau Pinang, Johor Baharu, Ipoh dan kawasan Lembah Kelang yang semakin melimpah dengan kebanjiran pelajar-pelajar asing. Kehadiran mereka ini adalah selaras dengan dasar negara yang menggalakkan IPTA dan IPTS membuka pintu kepada pelajar antarabangsa. Dikhabarkan kebanjiran mendadak pelajar-pelajar asing ke Malaysia adalah disokong oleh pelbagai faktor positif sebagai daya tarikan.

Isi 1: Secara relatifnya kadar yuran pengajian dan kos sara hidup di Malaysia adalah rendah

- Kadar mata wang RM adalah lebih rendah daripada mata wang utama dunia- Belanja kos hidup dan biaya pengajian lebih murah

Isi 2: Situasi pengajian dan pembelajaran di Malaysia yang selamat selesa dan kondusif

- Jaminan keselamatan dalam negeri yang aman- Tingkah laku masyarakat Malaysia yang sopan dan berbudaya tinggi- Semua kampus dan prasarana IPTA dan IPTS yang moden dan kondusif

Isi 3: Silibus pengajian tinggi di Malaysia mendapat penarafan akreditasi antarabangsa

- Lulusan IPT Awam mahupun swasta diterima di mana-mana negara di dunia- Tenaga pengajar yang profesional dan ramai yang berkelulusan dari IPT di negara maju

Isi 4: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPT memudahkan pengajaran

- BI sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu yang merentasi dunia- Semua pelajar antarabangsa boleh berkomunikasi dalam BI- Sumber rujukan dalam BI juga mudah didapati di premis-premis jualan buku mahupun di

pusat sumber awam

Kesimpulan: Peribahasa telah menyatakan, di mana-mana ada air di situ ada ikan, adalah dengan jelas menunjukkan manusia akan berpusu-pusu ke sesuatu tempat apabila wujudnya peluang di

8

4. Kemasukan pelajar asing ke negara ini telah menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang tersohor di peringkat global.

Huraikan faktor-faktor yang menarik minat pelajar-pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

tempat tersebut. Demikianlah halnya dengan peluang menuntut ilmu seperti yang disajikan oleh Malaysia kepada semua anak muda di seluruh dunia. Kepada Malaysia, peluang ini diibaratkan seperti sambil menyelam minum air kerana pelbagai peluang ekonomi dan sosial boleh dijanakan daripada polisi yang bersifat “menang menang” ini.

5. Adat sezaman ditinggal jauhAdat agama dipandang remehAdat kuning menjadi ikutan

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada sajak “Adat Sezaman” yang membawa maksud sikap masyarakat yang semakin melupakan adat resam, memandang remeh ajaran agama, dan mengamalkan budaya kuning.

Huraikan peranan masyarakat untuk membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan remaja.

PULAU PINANG

1. Telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja pada masa ini.

Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid.

Sila rujuk sampel karangan penuh di dalam modul saya edisi 2018

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun

tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca adalah

merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada

sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya,

bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan

nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di

peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal

dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan

tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu amalan itu

9

2. Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk semula

amalan membaca.

Berpandukan peribahasa, cahaya yang cerah bermula daripada lampu di tengah rumah

membuktikan semua amalan yang baik hendaklah bermula daripada keluarga. Demikianlah dengan

budaya membaca, keluargalah yang perlu membudayakan amalan tersebut. Amalan membaca perlu

dibudayakan dan bukan sekadar dibiasakan. Apabila sudah menjadi budaya, justeru semua pihak

akan berasa seperti suatu keperluan untuk membaca. Setiap ahli keluarga terutama ibu bapa harus

menjadikan diri mereka umpama lampu yang menyinari kehidupan keluarga. Lampu tersebut sudah

tentulah sikap yang gemar kepada percambahan ilmu melalui tradisi membaca. Dalam tradisi Islam,

setiap anak perlu dididik dengan amalan membaca Al Quran sejak berumur lima tahun lagi. Oleh itu,

amalan ini haruslah diperluas kepada bidang pengetahuan yang lain melalui amalan membaca.

Alangkah indahnya apabila budaya membaca mula terpahat kukuh di dalam benak anak-anak sama

seperti gemar menonton televisyen dan berinteraksi dengan gajet.

Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke perdu juga menunjukkan bahawa, segala tingkah laku yang baik daripada ibu bapa akan menjadi turutan anak-anak. Al hasil, sikap yang positif daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-anak juga……………………………………….. (sila baca sambungannya di dalam modul)

3. Gejala rasuah dalam kalangan masyarakat perlu dibanteras supaya imej negara tidak terjejas.

Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala ini.

4. Pergolakan dan peperangan yang berlaku di sesebuah negara telah menyebabkan berlakunya krisis pelarian yang semakin serius.

Ulaskan kesan-kesan yang timbul akibat daripada krisis tersebut.

NOTA: Sesiapa yang memiliki MMM edisi 2018, sila rujuk sampel lengkap soalan ini dalam muka surat 68. Terima kasih.

5. Peribahasa Melayu ada menyebut, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit bermaksud sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga.

Tuliskan sebuah cerpen berdasarkan peribahasa di atas.

10

SELANGOR – SET 1

1. Zaman remaja merupakan tempoh yang sangat berharga dan perlu diisi dengan sebaik mungkin. Zaman remaja hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Huraikan kegiatan bermanfaat yang perlu anda lakukan untuk mengisi zaman remaja.

Sila rujuk modul saya edisi 2018 muka surat 75.

Pendahuluan: Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut turut disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan teknologi internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta. Fenomena tersebut amat mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula oleh semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah krisis remaja yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur dalam gejala sosial. Walau bagaimanapun, sebagai remaja saya tidak boleh selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang boleh memusnahkan diri dan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu saya perkasakan untuk menangani cabaran tersebut.

Isi 1: Mendalami ilmu agama dan mengamalkan nilai moral – agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak – faham akan konsep dosa dan pahala – memperoleh iman dan takwa – faham bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal

NOTA: Soalan ini dalam bentuk berformat. Calon hendaklah peka akan segala syarat format seperti KATA ALU-ALUAN, PANGGILAN TETAMU & PENUTUP UCAPAN. Calon juga hendaklah benar-benar menguasai laras syarahan/pidato yang merupakan laras bahasa tinggi.

Pendahuluan: Kesedaran melestarikan alam sekitar ialah frasa yang menerangkan prakarsa atau keiltizaman untuk mewujudkan mahupun mengembalikan fungsi asal alam sekitar berlandaskan hukum tabii. Alam sekitar dalam komponen yang terdiri daripada sungai, lautan, gunung-ganang, hutan belantara serta flora dan fauna hendaklah dikembalikan kepada fitrah kejadiannya yakni untuk saling bergantungan dan saling memperoleh impak kebaikan daripada sistem semula jadi tersebut. Oleh sebab itu, manusia sebagai sebahagian daripada komponen alam dan berfungsi sebagai khalifah yang menjaga kesinambungan lestari hendaklah bertanggungjawab terhadap alam jagat raya ini. Sesungguhnya, kelompok sasar yang harus memikul peranan sebesar ini ialah remaja.

Isi 1: Membina semula kesedaran dalam kalangan remaja bahawa mereka adalah sebahagian daripada alam – apabila alam dimusnahkan bermakna manusia pun bakal musnah – remaja harus diberi ingatan bahawa tinggal 12 tahun sahaja lagi untuk penduduk bumi melaksanakan inisiatif yang

11

2. Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan peringkat daerah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri.

Tajuk syarahan anda ialah, Usaha-usaha Meningkatkan Kesedaran Remaja dalam Melestarikan Alam Sekitar”.

agresif untuk menyelamatkan bumi daripada ditenggelami fenomena cairan ais di Kutub Selatan dan Kutub Utara.

Isi 2: Menyebarluaskan fahaman agama bahawa menjaga alam itu adalah sebahagian daripada amanah Allah – perbuatan memusnahkan alam merupakan dosa yang amat besar – Allah melaknat sesiapa sahaja yang tidak peka akan kesejahteraan alam dengan didatangi bencana seperti tanah runtuh, banjir, ribut taufan, gempa bumi dan tsunami.

Isi 3: Mendidik remaja agar hidup dalam persekitaran yang mesra alam, ceria dan sihat – jauhi tingkah laku negatif seperti membuang sampah sesuka hati, membunuh dan merosakkan makhluk flora dan fauna.

Isi 4: Menghidupkan semula budaya ‘SEKOLAH DALAM TAMAN’ – budaya yang menyuntik kesedaran dalam kalangan murid untuk menjaga keindahan alam sekitar dalam kawasan institusi pendidikan.

Isi 5: Pihak sekolah menjalankan lebih banyak program koakademik di kawasan dengan landskap semula jadi – aktiviti di kawasan pergunungan, hutan, sungai mahupun pantai – murid menikmati keindahan alam dan tertanam rasa cinta terhadap alam.

Kesimpulan: Akhir kalam dan penutup bicara, remaja ialah pewaris bangsa dan pewaris tamadun. Merekalah pelakar kesejahteraan umat manusia dan penyelamat kelestarian alam sekitar. Mereka harus dididik dan diberitahu bahawa kebejatan alam oleh tindakan tangan mereka memungkinkan hari depan tamadun menjadi hambar dan samar-samar. Seyogialah remaja menjadi insan yang paling cakna akan kesejahteraan alam yang menjadi isyarat kesejahteraan untuk mereka juga. Binalah slogan, “LESTARIKAN ALAM, SELAMATKAN REMAJA, MAKMURKAN DUNIA”.

Sila rujuk sampel lengkap karangan saya di dalam MMM edisi 2018, muka surat 56.

Pendahuluan: Peribahasa Melayu menyatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baiklah di negeri sendiri. Pernyataan peribahasa ini mendorong seseorang supaya lebih mengutamakan tempat sendiri mahupun negeri sendiri. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi masa kini seseorang dituntut agar lebih celik dunia dan mencari potensi bagi merebut peluang mencari rezeki di luar negara. Berpandukan peluang yang sentiasa terhidang di mana-mana jua,

12

4 Remaja berpendapat bahawa bekerja di luar negara lebih menguntungkan berbanding dengan bekerja di dalam negara.

Huraikan komen anda.

3. Ilmu pengetahuan dan kemahiran sangat penting untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seseorang dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

ramai anak muda pada hari ini mula bertebaran di seantero pelosok dunia untuk merebut peluang kerjaya yang lebih baik. Hal yang demikian telah menimbulkan pelbagai polemik tentang pro dan kontra pendirian seperti itu.

Isi 1: Boleh membuka persaingan yang lebih luas dan lebih mencabar – anak muda boleh meniru budaya kerja masyarakat antarabangsa – sentiasa berusaha untuk merebut peluang yang lebih baik – meniru dan menceduk segala pengetahuan dan pengalaman para pekerja terutama dari negara maju dalam aspek teknologi mahupun inovasi terkini.

Isi 2: Berpeluang memperoleh tawaran gaji yang lebih lumayan – tawaran gaji di negara-negara maju dan kaya seperti di Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat secara relatif adalah lebih tinggi.

Isi 3: Memperluas minda dan pengalaman berada di bumi asing – fikiran semakin terbuka, membina sifat berani, berdikari dan meningkatkan kreativiti.

Isi 4: Menceduk segala ilmu dan teknologi untuk dibawa pulang ke tempat sendiri – menyebarkan pengetahuan dan pengalaman untuk membangunkan watan – sebagai suatu langkah pemindahan teknologi dengan perantaraan tenaga manusia – menjadi aset penting negara

Isi 5: Berlaku integrasi budaya, cara hidup dan pemikiran di luat kotak – anak-anak tempatan di luar negara biasanya lebih bijak, cepat membuat keputusan dan bijak dalam berkomunikasi – mereka menjadi duta tidak rasmi negara di persada antarabangsa.

Kesimpulan: Memertik sepotong ayant al-Quran dalam surah al-Jumaah, “Apabila selesai bersolat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ini dan tuntutlah keredaan Allah dan ingatlah pada Allah adalah sebagai dorongan supaya manusia sentiasa positif untuk merebut peluang yang Allah sediakan di muka bumi ini. Oleh itu, di mana-mana ada peluang, justeru rebutlah peluang tersebut dengan syarat tidak mengabaikan syariat Allah.

5 Anda gemar membaca novel pada waktu senggang. Anda mendapat bahawa watak utama berperanan sebagai pengarang untuk menyampaikan pelbagai nilai kemanusiaan.

Jelaskan nilai-nilai kemanusiaan pada watak utama yang boleh anda amalkan dalam kehidupan.

NOTA: Soalan ini amat strategik kerana belum pernah ditanya dalam mana-mana peperiksaan SPM.

MRSM

13

1. Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia, anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah yang bertajuk ‘Faedah-faedah Melabur dalam Saham Amanah.

Tulis syarahan anda selengkapnya.

NOTA: Soalan ini dalam format syarahan, justeru calon perlu peka tentang peraturan format seperti ucapan alu-aluan, panggilan hormat dan penutup ucapan.

Pendahuluan: Dalam menghurai kandungan tersurat dan tersirat tajuk syarahan ini, adalah lebih afdal saya memetik peribahasa yang menyatakan, ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis. Peribahasa ini mendidik kita agar beringat dan berwaspada dalam setiap keadaan supaya tidak menjadi mangsa keadaan mahupun dilanda kepapaan. Oleh hal yang demikian, prakarsa faedah-faedah melabur adalah amat penting terutama sekali dalam pelaburan saham seperti Saham Amanah. Sesungguhnya, amat besar faedah yang bakal dituai pada masa hadapan dengan langkah bijak seperti ini.

Isi 1: Bijak merancang ekonomi secara melabur di tempat yang betul – menyimpan sambil meraih keuntungan – ada jaminan urusan kewangan yang dijamin oleh undang-undang

Isi 2: Membantu pertumbuhan ekonomi negara dan manfaat sosial melalui caruman modal secara berkumpulan – dana terkumpul daripada simpanan orang ramai dijadikan modal niaga dan pelaburan

Isi 3: Menyelamatkan wang dan mengelakkan pembaziran – tidak melakukan perbelanjaan yang membazir – mengekang nafsu berboros – tabii manusia gagal mengawal nafsu apabila wang tersimpan di dalam tangan

Isi 4: Sebagai strategi masa depan dan berfikir secara berhemat tentang untung nasib masa depan – strategi jaminan masa depan – simpanan ketika menghadapi krisis kewangan – kemungkinan ditimpa bencana yang tidak diduga

Isi 5: Mengumpul dana dalam skala besar untuk membantu agensi pelaburan yang sah sebagai suntikan ekonomi yang pantas berkembang – membantu institusi kewangan yang sah dari sudut undang-undang untuk menguruskan dan melaburkan dana awam dan memperoleh keuntungan untuk diagih sebagai manfaat bersama.

Kesimpulan: Memetik kata-kata golongan bijaksana yang menyatakan, “Harta milik kamu bukanlah atas seberapa banyak yang anda belanjakan sebaliknya seberapa banyak yang mampu anda simpan”, dengan jelas menerangkan bahawa simpanan dan pelaburan amatlah penting. Oleh sebab itu, menabunglah dalam saham amanah moga-moga masa depan lebih selamat dan lebih terarah.

Pendahuluan: Kita acap kali mendengar akan kata-kata, ‘Tiada yang lama, maka tiadalah yang baharu’. Kata-kata tersebut menerangkan bahawa segala yang dimiliki pada hari ini sama ada harta benda, pengalaman, ilmu dan budaya merupakan warisan silam. Malang sekali sikap manusia yang mudah lupa kerap mengabaikan warisan silam apabila memperoleh sesuatu

14

2. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau dan batu seremban semakin dilupakan oleh generasi muda kini.

Bincangkan sebab-sebab permainan tradisional semakin dilupakan dan langkah-langkah untuk mempopularkannya.

inovasi moden. Oleh sebab itu, banyak tradisi silam sama ada yang berkaitan dengan adat dan budaya, sukan dan permainan malahan gaya hidup telah dilupakan begitu sahaja. Musibahnya, beberapa warisan silam seperti permainan congkak, wau, batu seremban dan banyak lagi akhirnya semakin luput ditelan zaman. Fenomena seperti ini terjadi berpunca daripada pelbagai sebab, justeru langkah-langkah berkesan hendaklah diambil untuk memulihkannya.

Sebab-sebab:

Isi 1: Sikap manusia turut dipengaruhi oleh gaya berfikir – pemikiran moden yang sentiasa memberi persepsi yang salah terhadap unsur-unsur lama – hal tersebut turut terjadi kepada permainan tradisional.

Isi 2: Pengaruh dan ancaman daripada permainan dan hiburan moden yang dijanakan oleh pengaruh ICT dan media elektronik – permainan moden lebih ‘simple’ ringan dan bersaiz kecil

Isi 3: Permainan moden tidak memerlukan kerahan tenaga dan pemikiran yang berat lagi lasak berbanding dengan permainan tradisional – anak-anak pasca-Milenium tidak gemar hal-hal yang terlalu mencabar

Tindakan/langkah-langkah:

Isi 4: Ibu bapa dan institusi masyarakat hendaklah menggemblengkan usaha menghidupkan semula tradisi lama – sewajarnya menjadikan unsur-unsur permainan tradisional sebagai acara wajib dalam setiap program kemasyarakatan

Isi 5: Kerajaan seharusnya mengambil inisiatif mengangkat semula permainan tradisional sebagai acara negara – memasukkan permainan tradisional sebagai acara tempatan dalam sukan-sukan antarabangsa – mempersembahkan kepada pelancong dalam pelbagai sambutan untuk tetamu asing

Isi 6: Menghidupkan semula tradisi permainan tradisional dalam kurikulum pendidikan – mengubah suai dan memberi wajah baharu dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesenian Tradisional - Memasukkan ke dalam kurikulum sekolah semua permainan tradisional yang mempunyai nilai kesenian, kebolehtahanan berfikir, mencabar dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

Kesimpulan: Sesungguhnya, imej sesuatu bangsa bukan dikenali sekadar kehebatan mereka menjanakan kuasa ekonomi semata-mata. Bangsa yang hebat dan gah hendaklah memiliki citra budaya, ketahanan minda dan menguasai roh pengaruh silam yang hebat. Oleh hal yang demikian, tidak semua yang bercorak komersial boleh diangkat sebagai imej moden sebaliknya kemajuan yang terjana daripada gabungan unsur moden dan tradisional akan memberikan imej yang sentimental kepada sesuatu bangsa.

3.Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan ini terus wujud dan mengakibatkan pelbagai impak negatif.

Huraikan kesan-kesan gejala rasuah kepada masyarakat dan negara.

15

Pendahuluan: Sejarah pernah membuktikan bahawa dalam era abad ke-19 hingga ke abad dua puluh, gelombang migrasi berskala besar telah melanda dunia. Negara-negara Eropah barat merupakan destinasi paling panas menerima lambakan pendatang dari benua Afrika dan sebahagian kecil dari Asia. Sebelum itu, dalam era Revolusi Cina perpindahan keluar dalam kalangan rakyat Cina ke Asia Tenggara dan Asia Selatan turut terjadi. Semua fenomena tersebut berlaku disebabkan situasi di tanah asal yang tidak selamat akibat bahang perang saudara dan pertelagahan etnik. Hal yang demikian membuktikan bahawa keamanan dan kestabilan politik di sesuatu rantau menjaminkan kesejahteraan rakyat dan sistem pemerintahan dapat berjalan dengan lancar manakala rakyat akan berasa selamat untuk bergiat dalam bidang ekonomi, politik mahupun sosial.

Isi 1: Kestabilan politik menjadi jaminan rakyat berasa selesa dan sentiasa menumpahkan taat setia kepada tanah air – wujud kesolideran dalam bidang siasah, kedaulatan dan keselamatan negara – wujud interaksi yang baik antara pemerintah dan rakyat – hubungan luar negara dan diplomatik yang luas.

Isi 2: Kegiatan ekonomi domestik dan perdagangan antarabangsa berjalan dengan selamat dan lancar – semua potensi ekonomi dalam negara dapat dimanfaatkan – hasil mahsul negara dapat dikongsi secara bersama dan adil

Isi 3: Kemasukan pelabur asing dapat menjanakan pertumbuhan ekonomi – pendapatan perkapita meningkat – kadar tukaran mata wang asing lebih tinggi – rakyat memperoleh kesejahteraan

Isi 4: Boleh menjanakan industri pelancongan – orang asing tiada sangsi akan keselamatan untuk berkunjung ke sesebuah negara yang aman dan selamat – sebagai contoh kadar kunjungan pelancong begitu tinggi ke Jepun, Korea, Australia, Amerika dan negara-negara Eropah

Kesimpulan: Sesungguhnya, sudah menjadi lumrah naluri manusia mahukan faktor keselamatan sebagai jaminan untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang. Oleh hal yang demikian, antara rakyat dan pemerintah hendaklah bahu-membahu untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera. Situasi yang kondusif seperti itu menjadi dorongan utama agar kegiatan ekonomi dan sosial berjalan lancar.

5. Filem yang mengangkat nama tokoh-tokoh negara dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air seperti Filem Sarjan Hasan, Bukit Kepong dan Hati Malaya 1957 telah mendatangkan pelbagai pengajaran.

16

4. Kestabilan politik di sesebuah negara menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial masyarakatnya.

Bincangkan.

Huraikan pengajaran-pengajaran yang diperoleh daripada filem sedemikian.

PPD TANGKAK

Pendahuluan: Dalam suatu lagi peribahasa yang lain menyatakan, hidup tanpa ilmu ibarat si buta yang berjalan dalam malam yang gelap tanpa bertongkat. Ilmu menjadi penyuluh hati nurani. Hati yang hidup ialah hati yang terpancar dengan nur ilmu. Ilmu akan mengangkat martabat insan menjadi mulia atau sebalik seperti maksud dalam sepotong ayat al Quran dengan mafhumnya, “Adakah sama seseorang yang berilmu dengan yang tidak berilmu?” Oleh sebab itu, ilmu menjadi harta seumur hidup yang memboiehkan seseorang itu menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Isi 1: Ilmu menjadi kompas pandu arah untuk membezakan antara yang benar dengan yang batil – ilmu boleh mengenalkan yang baik agar diikuti manakala yang salah ditinggalkan – ilmu membimbing jalan ke arah kemenangan manakala kejahilan membawa kepada kerosakan.

Isi 2: Ilmu sebagai pembuka minda dan pencetus ilham untuk mencapai matlamat hidup yang selamat – insan berilmu sentiasa berjaya dalam hidup apabila cekap memilih peluang dan bijak menyusun strategi bekerja

Isi 3: Ilmu boleh mencegah seseorang daripada jatuh bergelumang dalam perbuatan sia-sia, membazir dan merugikan – sebalikya ilmu memandu seseorang untuk membuat keputusan dengan cara yang paling tepat.

Isi 4: Ilmu sebagai cabang kerjaya – dengan ilmu yang ada seseorang dapat memilih bidang pekerjaan yang sepadan dengan pengetahuannya – ilmu menjadi asbab kehidupan seseorang berjaya sama ada dalam aspek ekonomi, keselamtan dan amalan sosial.

Kesimpulan: Sesungguhnya, ilmu amat besar peranannya yang membolehkan seseorang insan memperoleh darjat dan kemuliaan. Ilmulah sebagai tamsil kehidupan seperti dalam kata-kata Pendeta Za’aba:Ilmu luasnya lautan saujanaSempadannya ajal tepiannya fana.Oleh sebab itu, tuntutlah walaupun hingga ke negeri Cina kerna ilmu menyelamatkan manusia dari hidup hinggalh ke mati.

17

1. “Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan ilmu dalam kehidupan.

2. Penggunaan media sosial amat popular pada masa ini terutamanya dalam kalangan remaja sehingga mendatangkan impak yang negatif sekiranya tidak dibendung.

Bincangkan peranan yang harus dimainkan oleh keluarga dalam usaha untuk memastikan remaja menggunakan media sosial ke arah yang lebih positif.

NOTA: Soalan ini masih dalam isu yang sama dengan soalan 4, SPM 2017.

NOTA: Sila sesuaikan soalan ini dengan rangka latihan Kendiri di dalam modul saya edisi 208 muka surat 91

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kepentingan tertentu masyarakat dunia sering bertelagah sehingga membawa kepada peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat antarabangsa untuk merapatkan semula jurang perbezaan yang wujud. Pelbagai program dan pertandingan termasuk program pertukaran pelajar di peringkat antarabangsa telah dilancarkan. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal diperoleh oleh setiap negara peserta apabila terlibat secara aktif dalam program-program seperti ini.

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan kerjasama dan keamanan di bawah payung PBB – memupuk semangat perpaduan dan berdamai dalam kalangan manusia sejagat

Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan – sifat ilmu yang akan berkembang apabila semakin luas jaringannya (rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW) –memahami hakikat bahawa setiap bangsa memiliki keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan teknologi, bangsa Arab tentang falsafah dan seni bina dan ilmu agama)

Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan sesebuah negara – transformasi amat berkait rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan – anak-anak kesuma yang pulang dengan ilmu pengetahuan akan membantu mempercepat kemajuan negara masing-masing – mereka menjadi penyebar pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju menjelang hari muka.

Isi 4 : Mendedahi remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat asing – boleh mengubah cara berfikir dan bertindak secara lebih matang – bijak bergaul dan mempunyai jaringan komunikasi di seluruh dunia

18

4. Program Pertukaran Budaya Serantau membawa banyak kebaikan kepada para pelajar.

Berikan komen anda.

3. Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara, kerajaan begitu prihatin untuk terus memperkembang Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Selaku ahli jawatankuasa kampung, anda telah mengundang seorang pegawai daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk memberikan ceramah tentang langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memajukan Industri Kecil dan Sederhana.

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik – membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – kemajuan dunia berkembang secara positif untuk manfaat semua warga dunia – tiada lagi penindasan dan peperangan.

Kesimpulan: Sesungguhnya, langkah ini amat tepat dengan maksud peribahasa iaitu, lama hidup banyak pengalaman jauh perjalanan luas pandangan. Untuk memperoleh lebih banyak maklumat dan pengetahuan yang berguna, manusia hendaklah selalu bermobiliti. Apabila banyak bermujahadah dan bermusafir, justeru pelbagai pengalaman baru dan menarik bakal diperoleh. Segala pengalaman dan pengetahuan baharu itu akan merobah daya berfikir dan daya bertindak selaras dengan kematangan yang diperoleh. Oleh itu, rakyat yang matang dan bijak akan menjadi penjana kepada kemajuan negara.

PERLIS

CATATAN: Sila sesuaikan soalan ini dengan Sampel Karangan Cemerlang A++ di dalam modul saya edisi 2018 muka surat 50. Atas ihsan saya lampirkan semula sampel karangan ini:

Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan remaja yang serba boleh.

Ulaskan pernyataan di atas.

Arus perubahan global dalam cabaran globalisasi telah menuntut rakyat Malaysia agar sentiasa terampil dan menjadi masyarakat yang mampu mencapai pemikiran bertaraf dunia. Dalam memenuhi hasrat tersebut, anjakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menegaskan bahawa, setiap individu pelajar hendaklah dididik agar seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Bagi merealisasikan objektif tersebut komponen dalam pendidikan nasional telah memberikan penekanan dalam dua aspek yang utama iaitu kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermatlamat membangunkan ummah yang berminda kelas pertama, sementara kokurikulum pula sebagai pelengkap keterampilan fizikal, emosi dan sahsiah pelajar. Berdasarkan pernyataan tersebut, saya bersetuju bahawa penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum pasti menatijahkan pelbagai impak positif kepada remaja (pelajar).

19

5. Jiran yang baik ibarat peribahasa cubit paha kiri paha kanan pun terasa amat sukar ditemui.

Berdasarkan peribahasa tersebut, tuliskan sebuah cerpen yang berkisar tentang semangat kejiranan.

1. Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang, meningkatkan disiplin diri dan membentuk daya kepimpinan.

Ulaskan.

Penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan remaja yang memiliki keterampilan diri yang hebat, segak dan gagah. Keterampilan yang menarik adalah amat penting kerana dapat meningkatkan keyakinan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sudah sewajarnya setiap remaja mempersiap diri dengan pakej fizikal, mental, dan emosi dengan memiliki personaliti yang mengagumkan. Dalam memperlengkap ciri-ciri tersebut, remaja hendaklah sentiasa aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti bersukan, menyertai pasukan dan kelab atau kegiatan beruniform. Semua aktiviti tersebut berupaya memberikan impak yang cukup positif apabila individu tersebut lebih sihat, yakin kepada diri sendiri, dan bermotivasi tinggi. Pendek kata, nilai diri seseorang itu akan dilihat daripada kehebatan susuk tubuhnya, minda yang cerdas, dan emosi yang stabil (harmoni).

Daya kepimpinan ialah ciri perwatakan yang sangat berguna akan diperoleh remaja apabila bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya kepimpinan ialah aset yang penting untuk seseorang itu diterima dalam masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin. Oleh itu, daya kepimpinan amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah memiliki keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif, dan matang. Sewajarnya, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua bakat istimewa sebagai pemimpin berjaya dibentuk melalui kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform seperti (…………………………masukkan nama kelab dan persatuan yang pernah anda sertai) Seyogia, sifat cemerlang yang dapat dibentuk seperti membina ketahanan diri, berdisiplin, dan pembinaan jati diri sebagai pemimpin yang memiliki karisme dan disegani. Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada pada setiap individu bak kata perbidalan, kok kaya tumpang hartanya, kok cerdik tumpang akalnya.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi penawar yang paling mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dan adu domba. Oleh itu, kokurikulumlah wadah yang paling relevan untuk menjalinkan perpaduan, hubungan mesra, setia kawan dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk. Sehubungan dengan itu, inilah suatu jaminan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu di bawah payung sebuah negara yang sejahtera. Dalam memupuk semangat perpaduan, beberapa aktiviti seperti sukan, penyertaan dalam badan beruniform dan kem jati diri boleh dijadikan jambatan untuk mempererat hubungan silaturahim kerana pelajar yang selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum biasanya lebih cepat mesra, bertolak ansur, dan berfikiran terbuka.

Impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum adalah dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh. Hal ini demikian kerana, disiplin merupakan anak kunci kepada semua hasil kerja yang berjaya. Berdasarkan tokoh-tokoh ternama seperti Thomas Alva Edison, Oville dan Wilbur Right, Bill Gate dan ramai lagi, kejayaan mereka berada di puncak kegemilangan adalah didorong oleh disiplin yang ketat. Sesungguhnya, unsur inilah yang mahu diperkasakan ke dalam diri remaja apabila mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Mereka dikehendaki patuh kepada ketepatan masa, menjalankan tugas mengikut peraturan, dan perlu merancang sesuatu aktiviti dengan baik. Sehubungan dengan itu, kokurikulum boleh dijadikan platform untuk melahirkan remaja yang teguh jati diri dan berdisiplin.

Nilai-nilai kesyumulan dan pemurnian rohani seseorang insan hendaklah dibentuk sejak awal, ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Insan syumul ialah individu yang tahu akan

20

tanggungjawab terhadap Tuhannya, amanah kepada diri sendiri dan masyarakatnya. Proses membentuk jiwa yang syumul perlu melalui tatacara tajdid dan ‘tazkiyah’ iaitu proses penyucian hati nurani. Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kokurikulum merupakan matlamat tersirat untuk membentuk jati diri yang bersih dan kaya dengan nilai-nilai murni. Mereka amat jujur, ikhlas dan berjiwa patriotik lagi cakna akan perasaan kasih sayang kepada sesama insan dan alam sekitarnya. Seyogialah, penglibatan dalam aktiviti kerohanian seperti perkhemahan rohani, perkampungan solat dan aktiviti gotong-royong boleh melahirkan insan yang sedar diri dan peka terhadap denyut nadi masyarakat di sekitar mereka. Sesungguhnya, inilah watak yang bakal menggalas tanggungjawab terhadap negara sejajar dengan kata-kata motivator tersohor, Dato Dr Mohd Fadzillah Kamsah, “Seseorang yang baik, ketiadaannya dicari, kehadirannya dinanti, kepergiannya dirindui, kematiannya ditangisi dan kebaikannya diteladani”.

Tokoh falsafah agung Yunani, Aristotle pernah menyatakan, “Kejayaan sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada kualiti rakyatnya yang sentiasa berfikiran positif dan dinamik.” Oleh hal yang demikian, dalam usia remaja rakyat perlulah dididik dengan nilai-nilai jati diri dan serba boleh. Oleh sebab itu, para pelajar yang berada di bangku sekolah hendaklah menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai platform untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama.

Pendahuluan: Di Malaysia Peperiksaan Siil Pelajaran Malaysia (SPM) bolehlah dianggap sebagai pintu terakhir kelayakan akademik yang membolehkan seseorang menentukan hala tuju kerjayanya. Walaupun masih banyak sistem peperiksaan di Malaysia, naman SPM memainkan peranan yang besar. Apabila memperoleh keputusan SPM, seseorang itu sudah boleh menjangkakan arah tuju matlamat hidupnya. Walaupun individu itu meletakkan impian yang tinggi melangit, sebaliknya keputusan SPM yang diperoleh adalah penentu kepada segala arah tuju. Oleh sebab itu, ibu bapa masa kini begitu prihatin dan mahukan anak-anak mereka menjadi yang tebaik, justeru inilah masa untuk mereka berhabis-habisan bagi memperkasakan kecemerlangan anak-anak di peringkat SPM.

Isi 1: Ibu bapa harus bermotivasi tinggi untuk membina keyakinan yang tinggi terhadap anak – menunjukkan semangat yakin boleh, kethamana fizikal, mental dan emosi – jauhi sikap berputus asa sebaliknya berkeinginan mencapai bintang.

Isi 2: Ibu dan ayah hendaklah sentiasa berkolaborasi mewujudkan iklim rumah tangga yang dilingkungi mawaddah, kemesraan, harmoni dan kondusif – mengelak sebarang salah faham sama ada antara suami isteri mahupun dalam kalangan anak-anak – menjadi rangsangan dan galakan untuk anak-anak menuju puncak

21

2. Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak melanjutkan pelajaran selepas menduduki Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini demi menjaminkan masa depan.

Huraikan usaha ibu bapa dalam pemupukan minat anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Isi 3: Menyediakan kemudahan prasarana belajar yang selesa, kondusif dan mesra pembelajaran – memberi keutamaan kepada peluang belajar daripada hal-hal lain – menyediakan bahan bacaan tambahan dan sumber rujukan yang mencukupi.

Isi 4: Sentiasa mendampingi anak-anak semasa mereka mengulang kaji pelajaran – tunjukkan komitmen bahawa ibu bapa juga turut serta dalam misi menuju puncak – elakkan aktiviti yamg kurang mesra pelajaran seperti menonton televisyen, menyertai aktiviti luar dan kerap keluar untuk makan malam

Isi 5: Memastikan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang sempurna kepada anak-anak – menyediakan keperluan makan minum seperti sarapan pagi dan makan malam yang menepati jadual – menyediakan minuman ringan sewaktu anak belajar agak lewat malam – memastikan ubat-ubat dan vitamin yang sesuai untuk anak yang keletihan atau kurang sihat kerana tumpuan belajar yang lebih.

Kesimpulan: Dalam suatu ungkapan yang agak menarik yang orang selalu bertanaya apabila bertemu rakannya, “Anak berapa orang?”. Demikianlah menariknya apabila seseorang tidak pernah ditanya tentang pangkat darjat mahupun harta dan wang ringgit miliknya. Oleh sebab itu, anak-anak sentiasa menjadi kebanggaan ibu bapa dan keluarga. Lebih-lebih lagi anak-anak yang cemerlang akademik dan tinggi pekertinya sudah pasti menjadi sumber inspirasi ibu bapa. Dengan hal yang tersebut, ibu bapa wajar mengambil peluang terbaik untuk mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang semasa SPM kerana kejayaan mereka akan menjadi halwa mata dan telinga dan penyejuk hati ayah dan bonda.

3.

Berdasarkan rangkap sajak di atas, perjuangan nenek moyang sejak dahulu untuk mempertahankan negara dibina hasil perpaduan kaum. Sehubungan dengan itu, perpaduan hendaklah dikekalkan demi kepentingan generasi akan datang.

Jelaskan peranan masyarakat untuk mencapai hasrat tersebut.

SMK SUNGAI ISAP, KUANTAN @ PPD KUANTAN

22

Gelanggang

Ini gelanggang kita

Yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu

Satu persepakatan kaum untuk diteruskan kepada anak cucu di kemudian hari

1. Amalan menjaga kebersihan diri sangat penting kepada remaja. Remaja akan menjadi lebih yakin dan kesihatan diri lebih terjaga. Sebagai remaja contoh, anda diminta menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar baharu di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah “Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri.”

Tulis ceramah anda selengkapnya.

PERINGATAN: Soalan ini dalam format ceramah. Oleh sebab itu, calon hendaklah cakna tentang format syarahan dan perlu tahu lenggok dan laras bahasa ceramah.

Pendahuluan: Dalam suatu ungkapan mudah orang selalu menyatakan, ‘Wajah sebagai cerminan peribadi’. Ungkapan tersebut menjelaskan bahawa personaliti seseorang dinilai berpandukan aura yang ditampilkan. Sekiranya penampilan dalam wajah yang bersih, segak dan kemas sudah tentu individu tersebut memiliki karisma yang baik dan boleh meyakinkan orang lain terhadap dirinya. Oleh hal yang demikian, prakarsa menjaga kebersihan diri adalah menjadi tanggungjawab utama kepada semua orang. Sebagai remaja, anda dan saya haruslah cakna terhadap kebersihan diri dan ikutilah ceramah saya atas maudhuk, “Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri.”

Isi 1: Langkah yang utama setiap remaja hendaklah menyucikan batinnya terlebih dahulu – batin ialah perihal kesucian dalaman yang berkaitan dengan keimanan, ketakwaan, ihsan dan moral – nurani yang bersih akan menampilkan aura peroman yang ceria lagi meyakinkan – dekatkan diri dengan insan-insan yang baik dan patuhi hukum dan larangan Tuhan

Isi 2: Remaja hendaklah cakna terhadap kebersihan fizikal – kebersihan fizikal akan mempengaruhi aspek kesihatan – fizikal yang sihat cergas menatijahkan akal yang cerdas

Isi 3: Remaja hendaklah mengutamakan kebersihan dalam amalan pemakanan - memilih makanan yang baik, bersih lagi halal mengutamakan tempat makan yang tidak tercemar seperti bahaya kencing tikus, lalat dan serangga bawaan penyakit

Isi 4: Remaja hendaklah mengamalkan cara berpakaian yang bersih, kemas dan sesuai dengan keadaan cuaca, aktiviti dan tempat – mengelakkan diri menjadi mangsa perubahan cuaca atau keadaan persekitaran

Isi 5: Amalkan jadual harian yang teratur – masa tidur, masa bangun, masa dan cara mandi serta menjaga kebersihan bilik tidur dan tempat belajar

Kesimpulan: Kesimpulannya, setiap insan adalah bertanggungjawab atas dirinya sendiri. Dalam hal yang berkaitan dengan kesempurnaan peribadi dan penampilan, sama ada remaja atau sesiapa jua hendaklah menzahirkan sikap yang meyakinkan sama ada kebersihan, kesihatan, cara berpakaian mahupun berkomunikasi dalam cara yang tertib. Oleh sebab itu, ingatlah akan pesan Iman al Ghazali, “Mengenal diri lihatlah pada cermin, mengenalkan peribadi bercerminlah pada wajah”.

23

2. Kehidupan generasi muda kini yang lebih mengutamakan kemewahan hidup menyebabkan mereka memandang rendah terhadap kepentingan semangat patriotisme.

Bincangkan cara-cara berkesan menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja.

Pendahuluan: An Anisah Mai pernah berkata, “Hormatilah golongan yang lebih tua kerana pengalaman yang telah mereka lalui mengajarkan mereka pelbagai kebaikan. Jagalah anak mudamu kerana jalan untuk mereka adalah lebih jauh ke hadapan dan terlalu banyak pengalaman baharu yang akan dikutip oleh mereka”. Demikinalah tentang caknanya seorang tokoh falsafah yang sangat mementingkan pengalaman lalu dan harapan masa depan untuk individu mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, agak mengesalkan juga apabila pengalaman susah generasi silam yang berusaha dengan peluh dan air mata mempertahankan negara kurang dihargai oleh anak-anak muda dewasa ini. Dek sirnaan kesenangan mereka bagaikan hilang rasa sayang dan mencintai tanah air. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum berlaku pisang berbuah dua kali, semua pihak hendaklah prihatin untuk menerapkan remaja menjadi golongan yang patriotik.

Isi 1: Seluruh anggota masyarakat termasuk pemimpin hendaklah sentiasa meniupkan sentimen sayang akan negara kepada generasi muda – masyarakat hendaklah lebih banyak berbicara perihal kejayaan dan kemajuan negara – elakkan mengulang-ulang episod lama tentang sejarah hitam dan kelemahan individu – ranapkan perbuatan adu domba, fitnah dan menyerang peribadi pemimpin atau individu

Isi 2: Peranan media massa mahupun media sosial untuk mempropagandakan semua kejayaan negara sebagai tatapan umum – generasi muda hendaklah didedahkan dengan sebanyak mungkin perihal kejayaan negara sama ada di peringkat dalam negara mahupun di luar negara – media massa khususnya media elektronik mesti mengutamakan tayangan dokumentari yang berkaitan dengan negara – media alternatif hendaklah menjauhi perbuatan menularkan isu-isu sensitif dan menanamkan kebencian.

Isi 3: Sektor pendidikan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengutamakan nilai patriotik dalam silibus di semua institusi pendidikan – KPM sebagai institusi yang perlu sensitif dan menjadi agen pembentukan watak anak Malaysia – semua bahan pelajaran mesti berlatarbelakangkan Malaysia – memantau kegiatan sekolah dan guru agar tidak menyimpang daripada matlamat membentuk Malaysia baharu yang bersatu padu

Isi 4: Menganjurkan program-progaram massa yang diisikan dengan sentimen sayang dan berbangga menjadi rakyat Malaysia – semua acara sambutan kenegaraan hendaklah diisi dengan program aktiviti ekonomi, perindustrian, pendidikan dan kebudayaan tinggi rakyat Malaysia – sambutan seperti hari kemerdekaan, sambutan perayaan, sukan dan menyambut deligasi dari luar negara

Isi 5: Mendorongkan rakyat untuk belajar hingga ke peringkat tertinggi dan berazam untuk kembali menyumbangkan tenaga dan kepakaran demi pembangunan negara – langkah membangunkan negara daripada kepakaran anak-anak watan – memupuk perasaan bangga, terhutang budi dan berterima kasih atas jasa negara melahirkan rakyat yang berminda kelas pertama

Kesimpulan: Sebagai warga yang bernaung di bawah langit bumi tercinta ini semua pihak hendaklah memiliki kesedaran bahawa di sini bumi dipijak justeru di sinilah langit dijunjung. Sikap sayang dan cinta akan negara hendaklah dipupuk agar menjadi darah daging setiap individu. Amatlah tidak wajar seseorang itu berrnaung di bawah kedaulatan nusa sebaliknya menjadi duri dalam daging. Hubaya-hubayalah tanpa kesedaran patriotisme kedaulatan negara mudah tergugat dan kesudahannya terjadilah jong pecah yu yang kenyang.

24

Pendahuluan: Pada masa ini sudah menjadi fenomena biasa apabila para pemandu terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya akibat kesesakan trafik. Keadaan menjadi lebih parah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu terutama dalam waktu puncak. Keadaan tersebut mengakibatkan peningkatan kos dan pembaziran tenaga serta masa. Adakah keadaan yang bertambah parah ini sekadar dapat ditonton dan didengari sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Bagi kalangan warga kota, inilah suatu cabaran besar yang tepaksa mereka harungi sejak puluhan tahun yang lampau. Dalam mendepani cabaran pembangunan yang semakin pesat usaha memodenkan sistem pengangkutan awam haruslah diperhebat. Kecaknaan terhadap krisis tersebut bukan sahaja menyaksikan pelbagai sistem pengangkutan awam yang lebih moden wujud, malahan memberikan pelbagai impak positif kepada masyarakat dan negara.

Isi 1: Memperoleh jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien terutama di bandar-bandar besar – mengangkat taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional – pengangkutan awam lebih canggih, lancar dan istimewa daripada kenderaan persendirian – kewujudan rangkaian rel yang canggih seperti LRT, Komuter, MRT dan pelbagai lagi.

Isi 2: Pengguna memperoleh pilihan yang lebih untuk menggunakan pengangkutan awam – dapat menarik minat penumpang serta sesuai dengan pilihan mereka – kenderaan konvensional seperti bas dan teksi telah mengalami transformasi kepada kenderaan yang lebih sofistikated

Isi 3: Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian pengangkutan awam – menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi utama ke destinasi hiliran – sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien

Isi 4: Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi dalam sistem pengangkutan awam – menukar paradigma bahawa pengguna pengangkutan awam berada dalam kelas tersendiri – logistik dan status kenderaan memenuhi pilihan dan cita rasa setiap kelas masyarakat – perkhidmatan grab dan uber yang lebih efisien

Isi 5: Mengangkat budaya dan pemikiran operator/pengusaha pengangkutan awam dalam budaya berfikir kelas pertama (pemikiran berkelas dunia) – menjadikan bidang pengangkutan awam sebagai pekerjaan yang mulia dan lumayan – menjadi pemandu yang berhemah, mesra pelanggan dan berilmu pengetahun – membuang imej buruk pemandu teksi dan sebagai kasar, baran dan pengotor

Kesimpulan: Tokoh-tokoh bijaksana pernah berkata, “Jikalau mahu maju bersedialah untuk keluar daripada kepompong jumud katak di bawah tempurung dan berani membuat anjakan paradigma barulah nampak kejayaannya. Sesungguhnya, kejayaan yang hakiki biasa lahir daripada kebolehan insan-insan biasa yang mampu berfikir secara luar biasa. Oleh sebab itu, dalam mencari penyelesaian

25

3. Pengangkutan awam di Malaysia diperhebat seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pengangkutan awam kepada masyarakat dan negara.

kepada masalah kronik kesesakan trafik, sudah tiba masanya sesuatu idea baharu yang kreatif dan produktif dicetuskan segera. Kini di kota raya metropolitan Kuala Lumpur khususnya dapat dilihat transformasi sistem pengangkutan awam dan keadaan tersebut sudah tentu akan melebar ke seluruh negara pada suatu masa nanti..

Pendahuluan: Jangkaan bahawa pada 2030 akan berlaku suatu fenomena luar biasa tentang perubahan suhu alam amatlah menakutkan kita. Pada hari ini jangkaan tersebut seolah-olah semakin pasti apabila pelbagai fenomena perubahan iklim seperti ribut taufan, kemarau yang melampau dan tanah runtuh telah terjadi di senatero pelosok dunia. Selain perubahan iklim, aktiviti pergerakan sesmik dan letupan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami mula mengancam wilayah-wilayah yang terlatak di atas Lingkaran Api Pasifik. Negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Filipina dan Indonesia benar-benar mencemaskan penduduk dunia. Sengsaranya alam pada hari ini memanglah tidak terbendung lagi apabila pencemaran dalam skala yang besar turut menjejaskan kehidupan manusia. Saesungguhnya, pelbagai malapetaka bakal menimpa masyarakat dunia apabila keceriaan alam mula didustai.

Isi 1: Kemusnahan alam sekitar boleh menghancurkan kesan tamadun – rosaknya sesebuah peradaban manusia yang dibina selama beribu-ribu tahun – bandar, kampung, desa dan taman hancur dengan sekelip mata

Isi 2: Mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan kelestarian hidup – pelbagai ancaman penyakit seperti barah, radang paru, penyakit kulit dan penyakit bawaan vektor

Isi 3: Memusnahkan sumber ekonomi dan sumber makanan – banjir besar dan kemarau panjang memusnahkan ladang gandum, padi dan haiwan ternakan – krisis kebuluran yang mengancam 100 juta jiwa manusia

Isi 4: Mengancam keamanan dan tamadun manusia – kemudahan asas seperti institusi pendidikan musnah – kerosakan kemudahan prasarana – manusia tidak mempunyai peluang/kemudahan untuk belajar dan bekerja

Isi 5: Meningkatkan kes jenayah – manusia cepat hilang pertimbangan apabila susah, kebulur dan terdesak – terjadi krisis kemanusiaan seperti menindas, berperang, pelarian dan pemerdagangan manusia

Kesimpulan: Manusia mungkin tidak mampu menangisi malapetaka takdir daripada yang maha berkuasa, sebaliknya perbuatan manusia yang menempah bala dengan merosakkan kelestarian alam amatlah dikesali. Akibat gelojah dengan nafsu serakah, manusia menjadi pendek akal dan sanggup menelanjangkan hutan dan belantara. Akhirnya sumber air dan sumber marina terkorban. Inilah

26

4. Pencemaran alam sekitar boleh menjejaskan kualiti hidup masyarakat.

Jelaskan kesan kemusnahan alam sekitar kepada masyarakat global.

seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Surah ar-Rumm dengan mafhumnya, “Kemusnahan yang berlaku sama ada di darat mahupun di lautan adalah kerana perbuatan tangan manusia sendiri”. Ayuh, umat sejagat sekalian, bangunlah di atas keinsafan dan kesedaran, kita lestarikan alam jagat raya ini.

MELAKA

Pendahuluan: Cerita yang tular di dalam media sosial tentang keindahan landskap kawasan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak telah menarik minat banyak pihak. Inisiatif pihak sekolah tersebut dengan sokongan murid-murid dan waris telah berjaya memulihkan longkang menjadi tempat membela ikan kap Jepun. Inilah inisiatif yang sepatutnya murid-murid berikan komitmen kerana sekolah merupakan rumah kedua mereka yang saban hari mereka berada di situ. Teruja dengan berita tersebut, sebagai murid saya berazam untuk memainkan peranan yang proaktif dalam prakarsa merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’.

Isi 1: Memupuk jalinan kasih sayang antara guru, murid dan seluruh warga sekolah – memainkan peranan aktif dalam kalangan murid untuk menyokong semua kegiatan yang berpaksikan kebaikan di sekolah

Isi 2: Berkolaborasi dengan pihak sekolah untuk mewujudkan persekitaran kawasan selalu yang kondusif, menarik, indah dan selamat – setiap murid sentiasa berasa seronok dan saban hari ingin terus berada di sekolah.

Isi 3: Menjadi pelopor dalam kalangan pelajar untuk membentuk disiplin yang baik – disiplin sebagai sokongan kepada keharmonian dan pencapaian akademik yang baik

Isi 4: Berusaha mewujudkan suasana mesra rakan, mesra guru dan mesra pembelajaran di sekolah – sentiasa mengamalkan sifat berbudi bahasa, berakhlak mulia dan suka membantu tanpa memilih rakan, bangsa mahupun agama – membina slogan, ‘Sekolah Kita, Syurga Kita, Milik Kita’.

Kesimpulan: Sekolah boleh diibaratkan sebagai taman-taman ilmu yang bakal melahirkan arkitek manusia yakni modal insan memiliki ilmu dan citra. Sebagai anak pasca-Milenium yang menjadi pengungsi Malaysia baharu, saya beriltizam untuk memartabatkan alma mater yang mendidik saya menjadi insan pencetus generasi tersohor. Oleh itu, selagi nyawa dikandung badan, saya akan terus berusaha untuk menjenamakan sekolah saya sebagai taman inderloka ilmu dalam kalimah, ‘Sekolahku Syurgaku’.

27

1. Murid memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’.

Bincangkan peranan anda untuk menjayakan konsep tersebut.

2. Ibu bapa merupakan suri teladan dalam membentuk tingkah laku anak-anak khususnya dalam membentuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan masyarakat.

Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa dalam mengekalkan dan menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

NOTA: Sila rujuk soalan yang sama dengan soalan PPD KUANTAN

NOTA: Soalan dengan tema keamanan sejagat pernah keluar dalam SPM 2015.

ALHAMDULILLAH, TABARAKALLAH, KADAR INI SAHAJA SUMBANGAN SAYA ATAS KUDRAT YANG TERHAD INI. SEMOGA USAHA YANG KECIL INI BOLEH MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA ANAK-ANAK CALON SPM 2018 DI SEANTERO MALAYSIA.

SEHINGGA KITA BERJUMPA SEMULA DALAM SIRI JERAYAWARA SESI 2019 ATAS ASBAB ALLAH KURNIAI SAYA KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL.

28

3. Pengangkutan awam menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia kerana mempunyai banyak kelebihan.

Ulaskan pernyataan di atas.

4. Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Namun begitu, sudah menjadi lumrah di dunia bahawa konflik antara negara di dunia pasti berlaku.

Jelaskan cara-cara untuk menyelesaikan persengketaan antara negara di dunia.

HAJI ISHAK BIN MD SHAH

ALOR SETAr, KEDAH

019 4789803

29