bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia

9
BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa – tidak kira bahasa apa pun – menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa. Ahli bahasa deskriptif hanya tertarik untuk mengkaji dan menghuraikan sistem linguistik bahasa itu, mengkaji peraturan tatabahasanya dan sistem fonologinya tetapi kurang memberikan perhatian terhadap fungsi atau budaya dan nilai sosial bahasa itu. Pakar-pakar sosiolinguistik pula mengkaji tentang fungsi sosial bahasa. Tentang bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam masyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks sosialnya. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata `budi bahasa’. Orang yang dikatakan `tidak tahu bahasa’ bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat berbahasa menurut konteks sosialnya. Bahasa juga boleh dikaji dari segi psikologi. Ahli psikolinguistik (atau ahli psikologi bahasa) mahu tahu apakah proses yang berlaku dalam minda atau otak manusia apabila dia mengeluarkan atau mengucapkan bahasa dan memahami bahasa. Kajian ini menumpukan perhatian kepada proses pemikiran yang berlaku apabila orang menggunakan bahasa. Antara persoalan yang cuba dipastikan ialah soal pengaruh bahasa terhadap pemikiran manusia dan pengaruh pemikiran manusia terhadap perkembangan bahasa. Ahli antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan genetik atau budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik yang menggunakan bahasa. Jadi, mereka mahu tahu setakat mana bahasa menandakan jati diri (identiti) bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa aslinya. Dari sini timbul pula soal `nasionalisme bahasa’ yang termasuk dalam kajian sains politik.

Upload: jurimi-kasran

Post on 30-Jun-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia

BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa – tidak kira bahasa apa pun – menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa.

Ahli bahasa deskriptif hanya tertarik untuk mengkaji dan menghuraikan sistem linguistik bahasa itu, mengkaji peraturan tatabahasanya dan sistem fonologinya tetapi kurang memberikan perhatian terhadap fungsi atau budaya dan nilai sosial bahasa itu.

Pakar-pakar sosiolinguistik pula mengkaji tentang fungsi sosial bahasa. Tentang bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam masyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks sosialnya.

Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata `budi bahasa’. Orang yang dikatakan `tidak tahu bahasa’ bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat berbahasa menurut konteks sosialnya.

Bahasa juga boleh dikaji dari segi psikologi. Ahli psikolinguistik (atau ahli psikologi bahasa) mahu tahu apakah proses yang berlaku dalam minda atau otak manusia apabila dia mengeluarkan atau mengucapkan bahasa dan memahami bahasa.

Kajian ini menumpukan perhatian kepada proses pemikiran yang berlaku apabila orang menggunakan bahasa. Antara persoalan yang cuba dipastikan ialah soal pengaruh bahasa terhadap pemikiran manusia dan pengaruh pemikiran manusia terhadap perkembangan bahasa.

Ahli antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan genetik atau budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik yang menggunakan bahasa. Jadi, mereka mahu tahu setakat mana bahasa menandakan jati diri (identiti) bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa aslinya. Dari sini timbul pula soal `nasionalisme bahasa’ yang termasuk dalam kajian sains politik.

Soal yang dikaji ialah peranan bahasa sebagai alat politik. Misalnya, bagaimana bahasa digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut `negara’ atau negara bangsa’.

Sering kali, `politik bahasa’ ini menyebabkan sesebuah negara menggubal dasar bahasa atau membuat undang-undang mewajibkan warganegara menggunakan satu-satu bahasa yang dipilih sebagai bahasa rasmi negara itu.

Dasar ini terdapat di kebanyakan negara, terutama di negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai bahasa. Contohnya yang terdekat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak negara lain lagi, termasuk Amerika Syarikat dan seluruh negara Eropah, Jepun, China, Korea, Australia dan New Zealand.

Ada negara yang dasar bahasanya tidak bertulis. Tidak ada akta bahasa. Contohnya, di Britain bahasa rasminya iaitu bahasa yang digunakan dalam semua urusan dan kegiatan sektor swasta ialah bahasa Inggeris. Padahal di Britain terdapat banyak bahasa lain seperti bahasa Scottish,

Page 2: BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia

bahasa Wales dan bahasa Irish yang hampir-hampir luput kerana fungsinya di seluruh Britain sangat terhad.

Yang terakhir, bahasa juga menjadi subjek kajian dan renungan ahli falsafah. Soal yang dikaji selalunya bersifat abstrak dan logikal: Bagaimana kita tahu bahawa satu-satu ayat atau perkataan itu, yang disebut `proposisi’, benar atau tidak benar. Misalnya, bagaimana kita hendak memastikan dalam minda atau otak kita, bahawa perkataan `meja’ benar-benar melambangkan benda yang disebut `meja’ itu. Orang yang mengkaji soal semiotik, iaitu kajian tentang `tanda’ atau `lambang’, juga menanyakan soal yang sama.

Tetapi kaedah yang digunakan tidak sama dengan kaedah yang difikirkan oleh ahli falsafah bahasa. Manakala ahli semiotik menggunakan kaedah hermeneutik, pragmatisme dan sosiologi untuk mengkaji `makna’ pada tanda atau lambang atau dalam teks tertentu, ahli falsafah pula lebih mementingkan kaedah logik untuk mengkaji hubungan antara bahasa dengan makna.

Berdasarkan huraian ringkas tentang kepelbagaian minat yang diberi oleh pelbagai ahli dan pemikir (tidak hanya ahli bahasa) terhadap bahasa dan hubungannya dengan manusia, masyarakat, politik, falsafah, budaya, etnisiti, psikologi dan pemikiran, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bahasa tidak hanya bererti sistem linguistik semata-mata. Sistem linguistik ialah soal nahu atau tatabahasa, istilah, ejaan, sebutan baku dan sebagainya.

Tetapi bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Ia juga sebagai pembentuk keperibadian dan nilai manusia.

Jadi, yang penting bukan hanya bahasa itu sebagai sistem linguistik semata-mata tetapi sebagai sistem nilai. Bahasa Latin masih menjadi sumber peminjaman kata dan istilah baru bagi bahasa-bahasa Eropah, tetapi nilainya sebagai alat penjana tamadun dan pemikiran tinggi dalam zaman moden ini tidak ada lagi.

Salah satu nilai yang perlu ada pada bahasa Melayu ialah nilainya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Para pengkaji bahasa, baik ahli bahasa deskriptif, ahli sosiolinguistik, ahli psikolinguistik, ahli budaya (antropologi) bahasa, ahli semiotik, mahupun ahli falsafah bahasa, walaupun mereka menggunakan kaedah kajian yang berlainan, semuanya sepakat tentang bahasa. Menurut pengkaji, bahasa – tidak kira bahasa apa pun – mempunyai keupayaan yang tidak terhad untuk mengungkapkan fikiran bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa utamanya.

Seperti kata seorang pemikir psikologi atau kognitif bahasa, Steven Pinter (1994), yang mencipta bahasa ialah minda (fikiran) manusia. Jikalau fikiran bangsa atau manusia itu maju, maka akan majulah bahasanya.

Setiap kali manusia berfikir dia mencipta makna dan makna ini boleh disampaikan melalui kata-kata yang sudah ada dalam perbendaharaan kata bahasanya. Atau melalui kata-kata dan istilah

Page 3: BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia

baru yang boleh diciptakan, sama ada melalui proses peminjaman atau melalui cara lain, berdasarkan sistem linguistik bahasanya.

Demikianlah caranya bangsa Inggeris misalnya, maju dalam bidang ilmu bukan kerana bahasa Inggeris itu dilahirkan sejak asalnya sebagai bahasa yang memang `sudah maju’ dari segi sistem linguistiknya atau dari segi kehadiran peristilahan ilmunya.

Tetapi bangsa mereka maju dalam bidang ilmu kerana dua faktor: Pertama, kerana di kalangan bangsa Inggeris wujud sekumpulan manusia yang kita sebut `ahli fikir’ atau `ahli sains’ seperti Roger Bacon dan Isaac Newton dalam abad ke-16 dan 17.

Mereka juga memiliki `sasterawan besar’ seperti Shakespeare yang berfikir dan menulis dalam bahasa Inggeris, bahasa ibunda mereka. Kedua, bahasa Inggeris asal, iaitu bahasa Anglo-Saxon, tidak mempunyai istilah sains untuk menyatakan konsep dan teori baru.

Oleh itu, para pemikir dan ahli sains Inggeris terpaksa meminjam istilah yang cukup banyak daripada bahasa Latin dan bahasa Greek. Hari ini, tidak ada satu ayat bahasa Inggeris dalam bidang apa pun yang tidak mengandungi istilah pinjaman.

Demikianlah juga proses yang berlaku pada bahasa Melayu sejak abad ke-15, lebih-lebih lagi sejak abad ke-16 dan 17. Para pengarang, pemikir dan sasterawan berbahasa Melayu di rantau ini menghasilkan seberapa banyak karya besar dalam bidang kesusasteraan, ilmu teologi, ilmu metafizik dan tasawuf dan falsafah dalam bahasa Melayu.

Mereka bertembung dengan pelbagai tamadun luar, terutama tamadun Islam, lalu mempelajari `ilmu Islam’, meminjam istilah-istilah baru dari bahasa Arab untuk menghasilkan karya-karya yang besar itu dalam bahasa Melayu.

Daya kreatif bahasa Melayu terkenal. Pemikir Melayu sering menggunakan bahasa metafora (bahasa perumpamaan), bahasa kiasan dan bahasa alegorikal untuk menyampaikan isi hati, pandangan hidup dan pemikiran mereka secara padat dan mendalam.

Mereka tidak hanya menggunakan kata-kata yang literal atau leksikal. Tetapi yang penting ditegaskan ialah, bahasa Melayu sudah berkurun-kurun lamanya berfungsi sebagai alat penjana tamadun ilmu dan tamadun budaya tinggi di seluruh rantau ini.

Jadi, kalau hari ini ada orang yang berkata bahawa bahasa Melayu `tidak mampu’ menjana tamadun tinggi, tidak mampu menjadi bahasa sains dan bahasa teknologi, saya kira orang itu tidak membaca sejarah bahasa Melayu ini.

Ataupun orang ini sengaja menutup fikirannya terhadap peri pentingnya bahasa ini sebagai alat kemajuan bangsa berbahasa Melayu di rantau ini.

Hari ini terbukti bahawa tradisi yang sudah terbina sejak berkurun lamanya itu dapat disambung semula setelah dasar negara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Page 4: BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia

Beribu-ribu sarjana dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk antaranya beberapa banyak pakar sains dan perubatan, dari semua kaum terdidik melalui sistem kebangsaan ini.

Jika dasar ini dikekalkan dan diperkukuhkan lagi, pasti nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terus meningkat dan orang akan terus tertarik untuk mempelajari bahasa ini kerana nilainya.

Yang penting ialah bangsa Melayu harus mengembangkan ilmu dalam bahasanya, baru bahasa kita terus menjadi bahasa yang kreatif dan produktif ilmu. Maksudnya, kita harus terus berfikir dalam bahasa kita sendiri, sebagaimana juga bangsa lain maju dalam bahasa sendiri.

Inilah yang dimaksudkan dengan peranan bahasa sebagai alat pemikiran bangsa. Ini tidak bererti bahawa kita tidak usah mencari ilmu yang ada dalam bahasa-bahasa lain. Ada orang yang menyangka bahawa orang Melayu yang cuba memperjuangkan bahasa Melayu mengamalkan `nasionalisme bahasa’ yang sempit.

Kita patut menyedari bahawa orang yang dikatakan menganut faham `nasionalisme’ yang sempit ini banyak yang menguasai bahasa Inggeris tinggi.

Mereka tidak pernah membenci bahasa asing. Malah merekalah paling ke depan menyokong segala usaha kerajaan untuk meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah kita.

Tidak cukup kalau `martabat’ bahasa Melayu di negara ini kekal hanya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan sahaja, atau sebagai lingua franca biasa, jika taraf atau nilainya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan tidak dimajukan terus.

Dan usaha ini tidak hanya mesti bergantung kepada dasar kerajaan. Para pemikir, para sarjana, penulis Melayu sendiri harus melakukan usaha ini dengan lebih gigih dan komited.

Dengan usaha itu, tidaklah mustahil suatu ketika nanti, bahasa Melayu boleh menjadi sumber ilmu yang penting di rantau ini.

Page 5: BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia

Punca penutur guna bahasa rojakOleh Johan JaaffarORANG seperti saya berkemungkinan besar membuat banyak kesilapan bahasa.Saya mendapat pendidikan Inggeris dan banyak menulis dalam bahasaInggeris. Saya juga pernah menjadi Ketua Pengarang sebuah akhbar arusperdana bahasa Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu. Pada masa ini,saya menjadi kolumnis untuk akhbar New Straits Times (setiap Sabtu)selain akhbar ini, tentunya menggunakan dua bahasa yang berbeza. Sayaamat sedar kemungkinan saya menulis dalam bahasa Melayu menggunakan poladan gaya bahasa Inggeris atau menulis dalam bahasa Inggeris sambilberfikir dalam bahasa Melayu. Kedua-duanya adalah bahasa yang berbeza dari segi ragam, nahu, strukturayat dan lenggok. Bahasa-bahasa itu juga dicorakkan oleh budaya yangberbeza. Lagi pula bahasa adalah sebahagian daripada sistem budaya dansosial. Bahasa mencerminkan bangsa. Malah, lebih tepat lagi jikalaudikatakan bahasa itu sebenarnya jiwa sesuatu bangsa. Memang sukar untuk berfikir dalam satu bahasa sambil menulis dalambahasa yang lain. Berdasarkan pengalaman, jikalau menulis untuk NST, sayaharus berfikir dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, sementara saya akanberfikir dalam bahasa Melayu apabila menulis untuk akhbar ini. Dalamkajian ilmu bahasa, terdapat konsep yang disebut code-switching. Mungkindalam ilmu bahasa, konsep ini merujuk pada proses pemindahan ataupercampuran unsur bahasa atau language codes antara bahasa-bahasa yangterbabit (dalam konteks kita bahasa Melayu dan Inggeris). Mungkin bagiorang yang menulis dalam dua bahasa seperti saya, proses ini tidak lebihdaripada sekadar menutup satu `paip' pemikiran untuk masuk ke `paip'pemikiran lain. Saya percaya penutur yang menguasai banyak bahasa menggunakan kaedahini. "Berfikir dalam satu bahasa pada satu masa", demikianlah lebihkurang prinsipnya. Sekiranya saya berfikir dalam bahasa Melayu, sayatidak mungkin menulis ayat sebegini dalam salah sebuah rencana saya, "Ifind it perplexing that books by an indefatigable crusader forinter-faith dialogue are deemed disruptive to Muslims in this country."(NST, 30 Jun 2007). Bahasa Melayu mempunyai gayanya yang tersendiri, ataunuansa kebahasaan khusus sesuai dengan nilai dan budaya bahasa itu.Bahasa Inggeris juga mempunyai ciri dan sifat yang khusus. Ada kalanya saya menyedari kesilapan saya kerana dipengaruhi oleh salahsatu daripada bahasa berkenaan. Mungkin ayat bahasa Melayu saya `berbau'Inggeris dan ungkapan bahasa Inggeris saya agak janggal kerana pengaruhbahasa Melayu. Kadangkala beberapa ungkapan yang saya gunakanterang-terang adalah terjemahan literal daripada bahasa Inggeris. Malah,saya juga pernah ditegur agar tidak terlalu `keInggerisan' dari segistruktur ayat bahasa Melayu saya. Maka itu saya amat bersetuju dengan banyak hujah yang diberikan olehDatuk Dr Hassan Ahmad apabila beliau membentangkan kertas kerja berjudulKecelaruan Bahasa Melayu dari Faktor Dalaman dalam Seminar Bahasa Rojakdi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berakhir Khamis lalu. Seminar itubertujuan `untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa rojak dalammencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik dalam pelbagaisituasi dan konteks.' Memang isu bahasa rojak ini banyak diperkatakan akhir-akhir ini. Adapandangan yang mengatakan bahawa kemunculan bahasa rojak tidak dapatdielakkan. Bahasa perlu dinamis untuk berkembang. Bahasa rojak adalahsebahagian daripada akibat langsung `penciptaan semula' bahasa Melayuyang dalam proses perkembangannya yang pesat. Malah, seperti juga

Page 6: BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia

bahasa-bahasa utama dunia yang berdepan dengan krisis, ekoran ragambahasa di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, bahasa Melayuharus juga berdepan dengan masalah kecelaruan berikutan penggunaannyayang meluas dan oleh pelbagai kalangan. Apa yang membezakan bahasa ituialah laras dan ragamnya sesuai dengan taraf penguasaan pengguna atausituasi penggunaannya. Ada yang berpendapat asal bahasa formal dapatdipertahankan, memadailah. Apa yang membimbangkan ialah bahasa rojak begitu meluas digunakan dimedia hingga akhirnya menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Pada akhirnya apa yang dianggap bahasa yang celaru diterima sebagaipemakaian yang betul dalam masyarakat. Dalam kertas kerja itu, Hassan menyebutkan di antara punca utamaberlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidakmempunyai kecekapan linguistik (linguistic competence) tetapi jugaketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat (communicativecompetence). Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasaInggeris sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak,sering berfikir dalam atau melalui bahasa Inggeris, lantas merekamelakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat sistem atau strukturbahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata. Katanya, masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasaInggeris) digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yangsama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' BahasaMelayu digunakan tidak lebih untuk `menterjemahkan fikiran' yang dibentukdalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu peraturan sistem bahasa Inggerisyang mewakili cara berfikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cubadigunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu. Hassan berpendapat bahawa kecelaruan bahasa tidak semestinya berertikesalahan bahasa saja. Kecelaruan ini berlaku `apabila terdapatperaturan-peraturan bahasa, biasanya peraturan yang preskriptif, yangtidak konsisten atau yang tidak sesuai dengan sistem bahasa Melayu yangasli.' Atau lebih jelas apabila bahasa yang digunakan itu menyalahiperaturan bahasa `asli' bahasa Melayu. Katanya, `orang Melayu makin lama makin tidak berfikir atau tidakpandai berfikir lagi dalam bahasanya sendiri.' Lantas mereka menggunakanbahasa kedua, khususnya bahasa Inggeris sebagai `bahasa fikiran' merekadan ini menyebabkan mereka membuat pelbagai kesalahan dalam bahasaMelayu. Apabila `sistem' bahasa Inggeris mempengaruhi pengguna bahasa,ayat dan kata-kata bahasa Inggeris mulai bercampur-baur dengan ayat dankata-kata bahasa Melayu. Apabila orang Melayu mulai bergantung padakata-kata leksikal dalam bahasa Inggeris, maka bahasa rojak akanberleluasa. Bagaimanapun, kata Hassan, tiga perkara harus diambil perhatian apabilakita bercakap tentang bahasa rojak. Pertama, bahasa rojak bukan bahasakacukan seperti bahasa Creol dan Pidgin atau bahasa Melayu pasar. Malah,jikalau dikaji kebanyakan ayat, frasa atau kata-kata yang digunakan tidaksalah dari segi bentuk dan strukturnya. Kedua, bahasa rojak tidaksemestinya digunakan oleh mereka yang lemah bahasa Inggeris atau bahasaMelayunya. Ketiga, bahasa rojak digunakan hanya dalam bentuk komunikasilisan tetapi tidak dalam bentuk tulisan. Jikalau begitu keadaannya, bahasa rojak masih belum terlalu serius danmasih boleh diperbaiki. Paling penting ialah orang Melayu harusmenggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikiran utamanya bagimengelakkan kecelaruan berfikir dan menggunakan bahasa. Beliau juga

Page 7: BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia

mencadangkan agar bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah tidak harusditumpukan hanya sebagai sistem linguistik tetapi juga diajar sebagaisistem atau alat pemikiran dan budaya. Saya bersetuju dengan beliau bahawa sekiranya bahasa rojak ini tidakdikawal orang Melayu `akan kehilangan alat yang penting bagi kemajuanpendidikan, fikiran, ilmu dan budaya mereka, yakni bahasa Melayu.' Kedua,bahasa rojak akan menjadikan bahasa Melayu bahasa kacukan seperti bahasaCreol atau Pidgin. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara harusdipertahankan martabatnya sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sikapketerbukaan kita untuk melihat bahasa itu maju dan dinamis jangan sampaimembenarkan ia menjadi bahasa bertaraf rendah dan dicemuh di negaranyasendiri. Hassan mengingatkan penulis dwi-bahasa seperti saya akan bahayanya saya`mencelarukan' bahasa saya sendiri.