bab pendahuluan 1.1 pengenalan - core.ac.uk · bab pendahuluan 1.1 pengenalan pendidikan merupakan...

165
1 BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan telah bermula apabila Allah mencipta Nabi Adam a.s untuk menjadi khalifah di bumi dan berkesinambungan sehingga hari ini. Di dalam al-Quran banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan. Antaranya firman Allah S.W.T tentang kedudukan orang yang berilmu: Maksudnya: Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat. (Surah al-Mujadalah,58:11) Ayat di atas menjelaskan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memperoleh darjat atau ketinggian sebagai insan khalifah Allah di bumi. Kurniaan Allah akan darjat manusia adalah untuk meninggikan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang akan mentadbir alam. Menurut Dr. Muhammad Fadhil Al-Jamali, tujuan pendidikan al-Quran adalah membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas dirinya, sistem kemasyarakatan Islam dan sikap serta rasa tanggungjawab sosial di samping memberi kesedaran terhadap alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya bagi kebaikan umat manusia. Tetapi yang penting ialah ma‟rifah kepada Allah dan beribadah kepadaNya dengan cara mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. 1 1 Drs. Hanafi Mohamed (1996), Falsafah Pendidikan Menurut al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi , h. 112.

Upload: trinhtruc

Post on 11-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

1

BAB PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun

manusia. Pendidikan telah bermula apabila Allah mencipta Nabi Adam a.s untuk

menjadi khalifah di bumi dan berkesinambungan sehingga hari ini. Di dalam al-Qur‟an

banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan. Antaranya firman Allah

S.W.T tentang kedudukan orang yang berilmu:

Maksudnya: Allah meninggikan orang-orang yang beriman di

antara kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa

darjat. (Surah al-Mujadalah,58:11)

Ayat di atas menjelaskan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memperoleh darjat

atau ketinggian sebagai insan khalifah Allah di bumi. Kurniaan Allah akan darjat

manusia adalah untuk meninggikan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan

yang akan mentadbir alam.

Menurut Dr. Muhammad Fadhil Al-Jamali, tujuan pendidikan al-Qur‟an adalah

membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas dirinya, sistem kemasyarakatan

Islam dan sikap serta rasa tanggungjawab sosial di samping memberi kesedaran

terhadap alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya bagi

kebaikan umat manusia. Tetapi yang penting ialah ma‟rifah kepada Allah dan

beribadah kepadaNya dengan cara mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala

laranganNya.1

1 Drs. Hanafi Mohamed (1996), Falsafah Pendidikan Menurut al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi , h. 112.

Page 2: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

2

Proses pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula sejak dilahirkan dan

sehingga ke liang lahad. Secara terperinci, bentuk pendidikan terbahagi kepada dua iaitu

secara tidak formal dan secara formal. Pendidikan tidak formal biasanya dirujuk kepada

pendidikan yang berlaku di rumah dalam lingkungan keluarga. Manakala pendidikan

formal ialah pendidikan asas yang berlaku di institusi pendidikan seperti sekolah.

Pendidikan boleh disampaikan dengan pelbagai metodologi atau pendekatan. Al-

Qur‟an merupakan sumber rujukan dan pedoman yang amat lengkap dan sempurna

dalam penyampaian pengajaran dan pendidikan2. Di antara metodologi atau pendekatan

pendidikan yang digariskan di dalam al-Qur‟an ialah pengajaran dan

nasihat(maw‟izah)3, peringatan (tazkirah)

4, penceritaan atau kisah

5, tanya jawab atau

diskusi (muhadharah)6, perbandingan

7, janji dan ancaman (targhib dan tarhib)

8, teladan

yang baik (qudwah)9, amar ma‟ruf dan nahi mungkar

10, perumpamaan (tamthil)

11 dan

seruan jihad12

.

Oleh itu, kajian ini dilakukan tertumpu kepada salah satu metodologi pendidikan

iaitu janji dan ancaman ataupun dikenali sebagai targhib dan tarhib. Kajian ini akan

meneliti konsep targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an. Pengkaji ingin melihat

2 Ibid , h. 195 3 Contoh ayat: Surah Ali „Imran :ayat 138, Surah Taha:ayat 44, Surah al-„Araf:ayat 68 dan Surah al-„Asr:ayat 1-3.

4 Contoh ayat: Surah az-Zariyat: ayat 55, Surah al-Ghashiyah: ayat 21, Surah Qaf:ayat 37, Surah al-„Araf:ayat 62, Surah al-Isra‟:

ayat 41 dan Surah az-Zukhruf: ayat 36.

5 Contoh ayat: Surah Yusuf:ayat 3, Surah Yusuf:ayat 111, Surah Luqman: ayat 13, 17 dan 18, surah an-Nahl: ayat 11 dan ayat al-

Fussilat: ayat 34.

6 Contoh ayat: Surah an-Nahl: ayat 125, Surah al-Mukminun: ayat 84-87 dan Surah al-Anbiya‟: ayat 7.

7 Contoh ayat: Surah al-Ankabut: ayat 43, Surah Ibrahim: ayat 24-25, Surah An-Nisa‟: ayat 162 dan Suran Az-Zumar: ayat 9

8 Contoh ayat ancaman (tarhib): Surah An-Nazi‟at: ayat 37-39 dan Surah al-Mu‟min: ayat 76. Contoh ayat janji(targhib): Surah An-Nisa‟:ayat 124, Surah at-Tin: ayat 6, Surah Ali „Imran: ayat 179 dan Surah at-Talaq: ayat 2.

9 Contoh ayat: Surah al-Ahzab:ayat 21, Surah al-Qalam:ayat 4 dan Surah Ali „Imran: ayat 132 . 10 Contoh ayat: Surah al-„Araf: ayat 199, Surah al-Maidah: ayat 2, Surah al-Ahzab:ayat 21 dan Surah Ali „Imran: ayat 57.

11 Contoh ayat: Surah al-Kahf: ayat 54, Surah al-Hashr: ayat 21 dan Surah al-Anbiya‟: ayat 11.

12 Contoh ayat: Surah al-Baqarah: ayat 190, Surah an-Nisa‟:ayat 84, Surah At- Tawbah:ayat 41 dan Surah al-Haj: ayat 78.

Page 3: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

3

sejauhmanakah metode ini difahami dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah iaitu dalam pendidikan formal.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Meneliti akhlak sebahagian umat Islam hari ini dari pelbagai peringkat usia,

seolah-olah kita sedang menyaksikan zaman jahiliah. Setiap hari kita akan melihat dan

mendengar pelbagai masalah yang timbul dikalangan remaja. Menurut Pengarah Jabatan

Pendaftaran Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, seramai 623 anak tidak sah

taraf dilahirkan di negeri tersebut pada tahun 2011 dan lebih menyedihkan, majoriti bayi

yang dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya13

. Selain itu,

menurut Datuk Zainab Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Kesejahteraan Negeri Sembilan, kes pembuangan bayi yang dicatatkan

oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun 2005 hingga 2009 mencatatkan

407 kes dan ia menunjukkan situasi yang amat membimbangkan.14

Berdasarkan laporan-laporan gejala sosial yang kian meruncing ini, pelbagai

pihak perlulah memainkan peranan dalam menanganinya. Pada 23 Mac 2012, Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Program Jelajah Elok Saja Tau!

(BEST!) sebagai inisiatif membendung gejala sosial yang semakin serius di kalangan

masyarakat.15

Selain pihak berwajib, ibubapa dan guru-guru merupakan antara pihak

yang amat penting dan dekat dengan golongan yang sering terlibat dalam gejala soaial

ini iaitu remaja.

Guru merupakan pihak kedua terpenting yang berperanan selepas ibubapa dalam

menangani masalah gejala sosial ini. Ini kerana sebahagian besar perjalanan hidup

13 Berita Harian Online, www.b.harian.com.my/bharian/articles/Gejalasosialkronik/Article/print_html, 7 April 2012.

14 Arkib Utusan Online 14/04/2011, www.utusan.com.my , 7 April 2012. 15 Arkib Utusan Online 24/03/2012, www.utusan.com.my , 7 April 2012

Page 4: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

4

remaja adalah berada di sekolah iaitu 6 jam sehari selama 11 tahun. Oleh itu, guru

perlulah menjadikan ilmu yang diajar bukan hanya sebagai teori, sebaliknya menjadikan

diri mereka seumpama cermin kepada murid-murid. Guru-guru perlulah bijak

menggunakan pelbagai pendekatan dan metodologi pendidikan yang terdapat di dalam

al-Qur‟an agar murid- murid sedar akan akibat keterlibatan dalam gejala-gejala sosial.

Perbincangan teori metodologi pendidikan yang terdapat di dalam al-Qur‟an

banyak diperbincangkan namun kajian ini memperbincangkan secara teliti mengenainya

dari sudut teori dan praktikal dalam situasi yang sebenar. Kajian ini akan meneliti

sejauhmana guru-guru menggunakan metodologi pendidikan targhib dan tarhib dalam

pendidikan formal. Ini kerana semua golongan remaja di Malaysia mengalami

pendidikan formal selama 11 tahun iaitu 6 tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan dan 5

tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Jika diteliti pada silibus Pendidikan Islam, terdapat unsur-unsur targhib dan

tarhib yang tersembunyi di dalamnya. Falsafah Pendidikan Islam iaitu melahirkan

insaniah yang berakhlak akan tercapai sekiranya metodologi pendidikan berdasarkan al-

Qur‟an disampaikan dengan sempurna terhadap pelajar-pelajar. Gejala-gejala sosial

yang berlaku dikalangan remaja akan dapat diatasi.

Page 5: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

5

1.3 Permasalahan Kajian

Kajian ini merumuskan permasalahan kajian sebagaimana berikut :

1. Apakah konsep targhib dan tarhib di dalam al-Qur‟an.

2. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan modul pendidikan menggunakan

metode targhib dan tarhib dengan modul pendidikan barat .

3. Bagaimanakah guru Pendidikan Islam mengaplikasi metode targhib dan tarhib

dalam pendidikan.

4. Apakah kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan

pembelajaran.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti konsep targhib dan tarhib di dalam al-Qur‟an.

2. Mengenalpasti perbezaan dan persamaan modul pendidikan menggunakan

metode targhib dan tarhib dengan modul pendidikan barat.

3. Mengkaji dan menyelidik pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

4. Mengkaji dan menyelidik kesan metode targhib dan tarhib terhadap pengajaran

dan pembelajaran.

Page 6: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

6

1.5 Kepentingan Kajian

Setiap penyelidikan yang dilaksanakan sudah tentu mempunyai kepentingannya yang

tersendiri. Kajian ini berperanan untuk membaiki kelompongan yang ada dari kajian-

kajian yang lepas berkaitan targhib dan tarhib yang kebanyakannya menumpukan

kepada aspek hadith, bidang dakwah dan teori metode pendidikan. Justeru, kajian ini

akan menggabungkan dua elemen iaitu targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an dan

pengkajian terhadap pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam di sekolah.

Seterusnya, kajian yang dilakukan ini diharap dapat memberi sumbangan,

rujukan dan panduan kepada warga pendidik khusus guru Pendidikan Islam dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Metode atau pendekatan

pengajaran yang berkesan dapat memberi impak yang positif kepada pelajar khasnya.

Oleh itu, kajian ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman dan

penguasaan ilmu yang secukupnya melalui pengajaran dan pembelajaran guru

Pendidikan Islam yang berkualiti.

Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti punca-punca

masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam usaha mereka untuk

meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu,

pihak pentadbir sebagai pembimbing dan penggerak kepada guru bersama-sana

berusaha menangani permasalahan yang wujud dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini semua sangat penting bagi menghasilkan guru Pendidikan Islam

berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mencapai objektif untuk

melahirkan murid yang berakhlak dan beramal soleh.

Page 7: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

7

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Kebangsaan di daerah Shah Alam. Shah Alam dipilih sebagai lokasi kajian kerana ia

sebuah kota metropolitan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran hidup. Justeru,

cabaran guru berhadapan dengan murid yang mudah terdedah dengan gejala sosial

adalah tinggi. Oleh itu, pendidikan agama amat diperlukan sebagai pedoman dalam

kehidupan murid.

1.7 Huraian Istilah

Sebelum penulis mengupas tajuk dengan lebih terperinci terlebih dahulu penulis

memperjelaskan pengertian tajuk yang diberi. Tajuk yang dipilih ialah “Metode targhib

dan tarhib Menurut Al Qur‟an : Aplikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Matapelajaran Pendidikan Islam Di Kalangan Guru Pendidikan Islam Di Shah Alam.”

Metode

Metode ialah cara melakukan sesuatu atau sistem.16

Targhib

Targhib ialah satu bentuk galakan, rangsangan dan motivasi kepada umat manusia agar

mereka sentiasa mempertingkatkan ketaqwaan dan keperibadian mereka kepada Allah

s.w.t. Targhib juga sebagai janji-janji baik dan ganjaran pahala orang soleh.17

16 Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 887.

17 Al-Mundhiri, Imam al-Hafiz Zaki al-Din Abd al-„Azim Ibn Abd al-Qawiy (t.t.), al-Targhib wa al-Tarhib min al-Hadith al-Sharif,

j.1. Bayrut : Dar al-Fikr, h. 38.

Page 8: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

8

Tarhib

Tarhib ialah satu bentuk peringatan dan ancaman kepada manusia supaya mereka

menghindarkan diri daripada sebarang bentuk kejahatan dan kemaksiatan samaada zahir

atau batin.18

Menurut al-Qur’an

Menurut bermaksud seperti yang dikhabarkan, diberitakan dan dihebahkan.19

Kalimah

Al-Qur‟an adalah kalimah Bahasa Arab yang beerti bacaan. Al-Qur‟an pada istilah ialah

kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai

mukjizat, mendapat pahala membacanya, yang dipindahkan kepada kita secara

mutawatir , yang termaktub di dalam mushaf, dimulakan dengan surah al-Fatihah dan

disudahi dengan surah An-Nas.20

Aplikasi Dalam Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Aplikasi bermaksud kegunaan (pada praktiknya)21

. Pengajaran pula ialah perihal

mengajar segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem

mengajar. Manakala pembelajaran pula ialah proses kegiatan belajar.22

Dalam

menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau

penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar dan murid, yang sifatnya sentiasa

berinteraksi dan pengaruh-mempengaruhi. Menurut al-Syaibani, kaedah yang baik dapat

membantu murid memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, mengubah sikap dan

18 Al-„Imrani, A. Hayei (1983), Hadha al-Qur‟an. Emiriyah Arab Bersatu:Ihya‟ Turas al-Islami, h.131. 19 Noresah bt Baharom (2002), op. cit, h. 1500.

20 Mahmud Salim „Abidat (1990), Dirasat fi „Ulum al- Qur‟an. Aman:Dar „Umar, h. 11.

21 Noresah bt Baharom (2002),op. cit, h.59. 22 Ibid, h. 18.

Page 9: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

9

tingkah laku, menanamkan minat dan nilai- nilai yang diingini.23

Sementara Pendidikan

Islam dalam kajian ini adalah merujuk kepada mata pelajaran Pendidikan Islam dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).Mata Pelajaran ini wajib dipelajari

dan diambil oleh setiap murid Islam di semua sekolah menengah di Malaysia. Justeru

itu, pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada proses

pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam di dalam kelas.

Guru Pendidikan Islam di Shah Alam

Guru Pendidikan Islam dalam kajian ini merujuk guru –guru yang mengajar

mata pelajaran Pendidikan Islam (Teras) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM).

Sementara Pendidikan Islam dalam kajian ini adalah merujuk kepada mata

pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Mata Pelajaran ini wajib dipelajari dan diambil oleh setiap murid Islam di semua

sekolah menengah di Malaysia

Shah Alam pula merupakan salah sebuah daripada sembilan daerah di negeri Selangor.

23 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan

Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 66.

Page 10: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

10

1.8 Ulasan Kepustakaan

Ulasan kepustakaan atau dikenali sebagai kajian literatur merupakan bahagian yang

penting dalam penyelidikan di mana pengkaji membuat tinjauan ke atas kajian-kajian

lepas untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan kajian.24

Ulasan Kepustakaan

berperanan sebagai panduan kepada penyelidik untuk mengetahui tentang apa yang

perlu diselidiki, data yang perlu dikumpul dan jenis analisis yang perlu digunakan.25

Pengkaji telah meneliti beberapa kajian berkaitan dengan targhib dan tarhib

iaitu:

1. Jamil bin Hashim (1990)26

“Persoalan targhib dan tarhib menurut perspektif

Aqidah Islamiah”. Beliau mengkaji dan menyelidik sikap sebenar umat Islam

terhadap targhib dan tarhib dan meneliti sejauhmana wujudnya hubungan dan

konteksi di antara persoalan targhib dan tarhib dengan „Aqidah Islamiah dan

Ibadah. Kajian ini membataskan kepada Jama‟ah Tabligh dan al-Arqam sebagai

responden untuk menilai penerimaan manusia terhadap konsep targhib dan

tarhib.

2. Jamiah bte Minhaj (1997)27

“Kedudukan Uslub targhib dan tarhib dalam

Da‟wah”. Latihan ilmiah ini mengupas konsep targhib dan tarhib, contoh-

contoh yang terdapat dalam al-Qur‟an dan Hadith serta membincangkan

penggunaan uslub tersebut dalam dakwah.

24 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, h. 35.

25 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM, h.44.

26 Jamil Hashim (1990), “Persoalan Targhib dan Tarhib menurut perspektif „Aqidah Islamiah”, (Latihan Ilmiah , Fakulti Usuluddin

Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

27 Jamiah Minhaj (1997), “Kedudukan Uslub Targhib dan Tarhib dalam Da‟wah”, (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Akademi

Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Page 11: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

11

3. Ahamad Asmadi bin Sakat, Mohd Najib bin Abdul Qadir dan Aroma bin Abdul

Wahid (2002)28

“Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode al-

targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam

konteks Dakwah Serantau”. Kertas kerja ini membincangkan perbandingan

keunggulan metodologi al-targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan al-

Hadith dengan teori motivasi Barat. Skop kajian kertas kerja ini adalah tertumpu

kepada pelaksanaan al-targhib dan al-tarhib dalam konteks dakwah Islamiyyah.

4. Sulaiman Muhammad Hasan (2003)29

“Tahqiq dan Takhrij Kitab Hidayat al

Habib Fi al-targhib wa al-tarhib oleh Syeikh Nur al-Din al-Raniri”. Kajian ini

bertujuan untuk menghidupkan kembali karya-karya Syeikh Nur al-Din al-Raniri

dan melihat sejauhmana kesahihan hadith-hadith yang digunakan di dalam Kitab

Hidayat al Habib Fi al-targhib wa al-tarhib. Bagaimanapun kajian ini tidak

membincangkan konsep al-targhib dan al-tarhib di dalam al-Qur‟an, ia hanya

tertumpu kepada kajian atau tahqiq Kitab.

5. Abdul Razzak Abdul Rahman Al-Sa‟di (2003)30

“Konsep Irhab di dalam Al-

Qur‟an dan Al-Sunnah Mengikut Pengertian Barat”. Kertas kerja ini

membincangkan pendirian al-Qur‟an dan Hadith mengenai konsep Irhab iaitu

keganasan di dalam Islam. Kajian ini juga melakukan perbandingan antara

konsep Irhab menurut al-Qur‟an dan Hadith dengan pengertian yang diberikan

oleh pihak Barat. Walaupun perkataan Irhab adalah kata terbitan yang

membawa maksud menakutkan dan menggerunkan, kajian ini tidak

28 Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode al-Targhib dan al-Tarhib

menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau” (Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18 Mei 2002).

29 Sulaiman Muhammad Hasan (2003). “Tahqiq dan takhrij Kitab Hidayat al Habib Fi al-Targhib Wa al-Tarhib oleh Syeikh Nur al-

Din al-Raniri”, (Disertasi, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor).

30 Abdul Razzak Abdul Rahman Al-Sa‟di (2003), “Konsep Irhab Di Dalam Al-Qur‟an Dan Al-Sunnah Mengikut Pengertian Barat”,

(Kertas Kerja 13, Muttaqa Ulama Sedunia, Putrajaya, 10-12 Julai 2003).

Page 12: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

12

membincangkan secara khusus mengenai uslub targhib dan tarhib di dalam al-

Qur‟an.

6. Syed Abdurahman bin Syed Hussin (2005)31

“Pendekatan targhib dan tarhib

Dalam Penyampaian Dakwah” telah mengupas bentuk-bentuk dan contoh

targhib dan tarhib yang terdapat di dalam al-Qur‟an secara umum. Manakala

skop artikel ini membataskan konsep dan kepentingan targhib dan tarhib dalam

penyampaian dakwah.

7. Khader bin Ahmad, Muhammad Faidz bin Mohd Fadzil, Mohd Aizul bin

Yaakob dan Khairul Saufil Hadi bin Muhamad (2010)32

“Pendekatan Al- targhib

dan Al- tarhib Dalam Membentuk Remaja dan Belia Cemerlang”. Skop

perbincangan artikel ini adalah berkaitan pendekatan targhib dan tarhib ke arah

membentuk jiwa remaja dan belia yang mengikut telunjuk al-Qur‟an dan hadith

dalam membina peribadi dan membentuk akhlak mulia dalam diri.

Walaubagaimanapun artikel ini hanya membincangkan konsep al- targhib dan

al- tarhib menurut al-Qur‟an secara umum sahaja.

8. Bahrudin (2006)33

. “Metode targhib dan tarhib dalam Pendidikan Islam

(Analisis Hadith Nabi saw)”. Skop perbincangan kajian ini adalah analisis

hadith-hadith yang berkaitan targhib dan tarhib. Beliau melakukan takhrij

hadith dari segi sanad, matan dan asbab al-wurud. Berdasarkan penelitian,

kajian ini tidak membincangkan targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an secara

terperinci.

31 Syed Abdurahman Syed Hussin (2005), “Pendekatan Targhib Dan Tarhib Dalam Penyampaian Dakwah”, Jurnal Usuluddin, Bil. 21, Julai 2005, h. 117-138.

32 Khader bin Ahmad et al. (2010), “Pendekatan al-targhib dan al-tarhib Dalam Membentuk Remaja dan Belia Cemerlang”, dalam Mustaffa Abdullah et al. (eds.), Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi

Pengajian Islam, h. 241-257.

33 Perpustakaan IAIN Walisongo Semarang, http://library.walisongo.ac.id/digilib/gdl.php?mod=browse&op=read&id=jtptiain-gdl-

s1-2006-bahrudinni-1595 , 16 April 2012.

Page 13: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

13

9. “Mengenal Metod Targhib dan Tarhib”34

Artikel ini membincangkan metode

targhib dan tarhib dari aspek definisi targhib dan tarhib serta contoh-contoh

targhib dan tarhib dari al-Qur‟an dan Hadith secara ringkas.

Walaubagaimanapun, artikel ini tidak menilai sejauhmana metode ini

dilaksanakan dalam bidang pendidikan di Indonesia.

10. “Metode „amali, „Ibrah wa Mau‟izah dan targhib wa tarhib Dalam Pendidikan

Islam”.35

Artikel ini membincangkan pengertian ketiga-tiga metode yang telah

disebutkan dan bentuk-bentuk pelaksanaannya dalam Pendidikan Islam. Ia juga

mengenengahkan beberapa contoh targhib dan tarhib dari al-Qur‟an dan Hadith.

Walaubagaimanapun, artikel ini tidak membincangkan uslub targhib dan tarhib

menurut al-Qur‟an secara terperinci dan ia merupakan perbincangan secara teori

sahaja. Artikel ini tidak membincangkan sejauhmana ia dilaksanakan oleh guru

dalam pengajaran.

Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan, perbincangan metode targhib dan

tarhib tertumpu kepada konsep uslub tersebut dari segi maksud, bentuk dan contohnya

yang terdapat di dalam al-Qur‟an dan Hadith. Kebanyakan kajian yang dijalankan

adalah tertumpu dalam bidang dakwah dan juga secara teori dalam Pendidikan Islam.

Berdasarkan kajian literatur, pengkaji tidak menemui mana-mana kajian yang

membincangkan sejauhmana metode targhib dan tarhib diaplikasikan dalam Pendidikan

Islam pada situasi yang sebenar.

Selain dari kajian literatur di atas, terdapat satu lagi kajian yang mempunyai kaitan

dengan uslub targhib dan tarhib iaitu kajian yang dijalankan oleh Sharifah Norshah

34 Ibnu Qosim‟s Blog, http://ibnuqosim.blogspot.com/2010/10/mengenal-methode-targhib-dan-tarhib.html , 16 April 2012.

35 Diary Ukhtie Blog, http://nountilakad.blogspot.com/2012/01/metode-amaliibrah-wa-mauizah-dan.html, 16 April 2012.

Page 14: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

14

Bani bt Syed Bidin (2009) “Impak Uslub Tabshir dan Indhar dalam membentuk

personaliti: kajian di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas dan Batu Gajah, Perak.”36

Selain istilah al-Targhib wa al-Tarhib, penggunaan istilah al- Tabshir wa Indhar juga

mempunyai konsep yang sama iaitu memberi galakan melakukan kebaikan dengan

pengkhabaran gembira dan menakutkan dengan sesuatu ancaman daripada melakukan

sebarang kemungkaran.37

Beliau mengkhususkan bidang kajian berkaitan uslub tabshir

dan Indhar di dalam al-Qur‟an . Kajian ini merupakan kajian lapangan yang

membataskan kepada penghuni dua buah Sekolah Henry Gurney38

.

Berdasarkan penyelidikan terhadap kajian – kajian lepas yang telah dijalankan, tidak

terdapat kajian yang tertumpu kepada pelaksanaan uslub al-targhib dan al-tarhib dalam

bidang pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan. Walaupun kajian yang dijalankan

oleh Sharifah Norshah Bani tertumpu di sekolah, namun terdapat perbezaan dari segi

responden yang berlainan. Ini menunjukkan, keperluan satu kajian yang menyelidik

tentang konsep al-targhib dan al-tarhib menurut al-Qur‟an dan bagaimanakah ia

dilaksanakan sebagai modul atau kaedah dalam pendidikan.

36 Sharifah Norshah Bani bt Syed Bidin (2009), “Impak Uslub Tabshir dan Indhar dalam membentuk personaliti: kajian di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka dan Batu Gajah, Perak”. (Tesis PHD, Jabatan al-Qur‟an dan al-Hadith, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

37 Khader bin Ahmad et al. (2010), op cit, h. 243.

38 Sekolah Henry Gurney (SHG) merupakan institusi pemulihan akhlak di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Di Malaysia, terdapat

empat buah SHG iaitu dua buah di Semenanjung Malaysia iaitu SHG Telok Mas (SHGTM) dan SHG Wanita Batu Gajah (SHGWBG), sementara dua buah lagi terletak di Sabah, iaitu Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu (Wanita) dan Sekolah Henry

Gurney II Keningau.

Page 15: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

15

1.9 Metodologi Kajian

Metodologi kajian ialah kaedah yang akan digunakan sama ada untuk mengumpul data

atau menganalisa data.39

Kajian ini difokuskan kepada Guru Pendidikan Islam di

Sekolah Menengah Harian di sekitar Shah Alam. Pengkaji akan menganalisa konsep

targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an dan juga mengkaji pengaplikasiannya dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan,

Shah Alam.

1.9.1 Rekabentuk kajian;

i. Kajian Tinjauan.

Secara umumnya, kajian ini adalah bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah

tinjauan (survey) dan deskriptif 40

sebagai metodologi kajian. Melalui metode ini

pengkaji akan berusaha sedaya upaya mencari , mengumpul dan mengupas beberapa

data yang dapat dikumpulkan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik, temu bual,

instrumen pemerhatian dan pengamatan (observasi) dan seterusnya menentukan serta

memastikan kebenaran data yang diperolehi.

ii. Kajian Perpustakaan .

Di samping itu, pengkaji akan menggunakan kajian perpustakaan dalam mencari bahan-

bahan bertulis berbentuk fakta dan sebagainya seperti dokumentasi , histori seperti al-

Qur‟an dan al-Hadith sebagai rujukan utama, buku- buku , jurnal dan majalah.

39

Ahmad Sunawari Long (2009), Op cit., h. 42.

40

Penyelidikan deskriptif bertujuan menjelas dan mentafsir terhadap “apakah dia (what is)”. Ia memfokuskan kepada fenomena

kontemporari dan belum diselidik atau kemungkinan sudah diselidik tetapi ditumpukan kepada aspek lain. Ibid, h. 24.

Page 16: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

16

1.9.2 Persampelan

Untuk instrumen soal selidik dan temubual, kajian ini melibatkan guru Pendidikan

Islam sebagai responden.Terdapat 20 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Shah

Alam. Berdasarkan populasi, terdapat 167 Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Kebangsaan di sekitar Shah Alam. Mengikut Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel

bagi populasi 160 ialah 113 41

dan ia menepati 30% dari populasi.Oleh itu, pengkaji

akan menggunakan persampelan rawak mudah bagi menentukan pemilihan sampel

tersebut.

1.9.3 Instrumen kajian:

Instrumen yang akan dibina dan digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini:

i. Borang soal selidik.

Satu set soal selidik akan digunakan iaitu soal selidik kepada Guru Pendidikan Islam

bagi mengetahui pelaksanaan metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan, Shah Alam

ii. Temubual

Temubual akan dijalankan kepada guru yang dipilih secara rawak untuk mengetahui

tahap kefahaman mereka terhadap metode pengajaran berlandaskan targhib dan tarhib.

iii. Instrumen pemerhatian dan pengamatan (observasi)

Pengkaji membuat observasi ke atas responden terbabit semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (P&P) berlangsung. Perkara ini penting kerana dengan cara ini pengkaji

dapat mengetahui perkara sebenar yang berlaku di dalam kelas.

41 Chua Yan Piaw (t.t), Op. cit, h. 186.

Page 17: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

17

1.10.3 Kaedah analisis data

Data – data yang bersifat kuantitatif akan dianalisa menggunakan perisian komputer

Pemerosesan Data SPSS. Pengkaji akan membentangkan hasil kajian dalam bentuk

jadual yang mudah dan akan membuat ulasan ke atas data dan keputusan kajian yang

diperolehi.

Maklumat yang diperolehi dalam bentuk temubual dianalisa berdasarkan rekod

dan catatan semasa sesi temubual bagi menjawab persoalan kajian. Data berdasarkan

temubual ini akan dapat membantu bagi mengetahui lokasi kajian dengan lebih tepat

dan juga pandangan-pandangan responden mengenai metode targhib dan tarhib.

1.10 PENUTUP

Cendikiawan-cendikiawan ilmu tarbiyyah (pendidikan) bersepakat bahawa penggalakan

dan memberi ganjaran adalah perkara yang penting dalam pendidikan apabila anak

melakukan perkara-perkara yang baik. Begitu juga hukuman perlu dibuat untuk

mengatasi perkara yang sebaliknya dan perkara ini diperakui oleh cendekiawan-

cendekiawan ilmu psikologi.42

Al-Qabisi43

mengatakan bahawa sanjungan atau galakan adalah salah satu

pendekatan pendidikan di mana ia mempunyai kesan dalam mendorong seseorang

pelajar untuk tekun sehingga mereka dihormati. Al-Qabisi juga berpesan kepada guru

agar tidak menjalankan hukuman kecuali setelah dipergunakan segala bentuk

penggemaran. Ini bertujuan mendalamkan hubungan kasih sayang antara guru dan

pelajar di mana hubungan guru dan pelajar samalah seperti hubungan bapa dan anak.44

42 Zahazan Mohamed (2006), Anakku Hebat Anakku Soleh. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, h. 24-25. 43 Namanya yang lengkap ialah Abu al-Hasan „Ali bin Muhammad bin Khalaf al-Mu‟afiri al-Qairani. Beliau dilahirkan di Qairawan

pada tahun 935 Masihi. Beliau seorang yang banyak meriwayat, mengetahui Hadith, „illah-„illahnya dan tokoh-tokohnya, mengetahui fiqh dan usulnya, seorang yang petah berbicara, baik tindak tanduknya dan beliau merupakan seorang yang buta. Antara

hasil karyanya ialah Risalah fi al-„Itiqadat, Risalah fi al-Zihri wa al-Du‟a, Mulakhkhas al-Muwatta‟, al- Risalah al-Mufassilah li Ahwal al-Muta‟alimin wa Ahkami al-Mu‟alimin wa al-Muta‟alimin dan lain- lain lagi.

44

„Abdullah Al-Amin Al-Na‟miy (1994), Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Mohd Ramzi Omar

(terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 241.

Page 18: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

18

Al-Ghazali berkata dalam Ihya‟ „Ulumuddin, semua perkara baik yang

ditunjukkan oleh anak perlulah dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik

kerana kelakuannya itu merupakan sesuatu yang bermanfaat.45

Menurut Dr. „Abdullah Nashih Ulwan, metode pendidikan dengan menggunakan

uslub targhib (iaitu memberi dorongan dengan kata-kata yang baik atau memberikan

hadiah) dan tarhib (iaitu memberikan hukuman) adalah amat penting dalam membina

iman dan akhlak seorang pelajar.46

Berdasarkan kata-kata tokoh ilmuan di atas, pendekatan targhib dan tarhib amat

penting dan merupakan metodologi pendidikan yang berkesan dalam membina jatidiri

pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Pendekatan ini banyak disebut di dalam al-

Qur‟an yang menganjurkan manusia berfikir tentang implikasi yang akan diterima

berdasarkan perbuatan atau amalannya. Setiap perbuatan dan tindakan yang baik akan

membawa kesenangan dan kenikmatan hidup dan sebaliknya perbuatan dan amalan

yang jahat atau buruk akan mengakibatkan kesusahan dan penderitaan hidup di dunia

dan akhirat.

Oleh itu, satu kajian yang mendalam diperlukan dalam mengkaji sejauhmana

metode targhib dan tarhib ini digunakan oleh para pendidik dalam pengajarannya dan

kesannya terhadap pembinaan jatidiri murid.

45

Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi Ad-Damasqi (2006), Intipati Ihya‟ „Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-Orang

Mukmin Imam Al-Ghazali. Abu Hasan Din Al-Hafiz (terj.), Kuala Lumpur: Darul Fajr, h. 726. 46 „Abdullah Nashih Ulwan (1996), Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Saifullah Kamalie et al.(terj.), j.2. Kuala

Lumpur: Victory Agencie, h. 63-64.

Page 19: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

19

BAB 1

KONSEP TARGHIB DAN TARHIB MENURUT AL-QUR’AN

1.0 Pendahuluan

Al-Qur‟an adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

untuk menjadi pedoman dan pegangan hidup seluruh umat manusia. Malah al-Qur‟an

juga merupakan kitab suci dari Allah yang mengandungi peraturan yang amat lengkap

dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia yang wajib diimani dan

dinyakini untuk mencapai kebahagian hidup didunia dan di akhirat. Segala usaha untuk

menyingkap rahsia-rahsia yang terkandung di dalam al-Qur‟an dapat menambahkan

kenyakinan terhadap kebenaran al-Qur‟an sebagai satu-satunya pegangan dan jalan

untuk mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah. Firman Allah:

Maksudnya: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya

(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula

menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Al-Baqarah (2):2

Al-Qur‟an menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa47

atau yang berusaha

membentuk diri mematuhi perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganya. Oleh itu,

jika diteliti terdapat pelbagai metodologi atau pendekatan yang digunakan dalam al-

Qur‟an untuk menarik manusia ke arah ketakwaan kepada Allah. Diantara metodologi

yang sering diperkatakan ialah metode targhib dan tarhib. Metode ini sering

47

Takwa ialah memelihara atau melindungi diri dari sesuatu yang ditakuti atau dibimbangkan. Bertakwa kepada Allah ialah

memelihara diri dari sesuatu yang membawa kepada siksaan dan kemurkaan Allah dengan menjalankan undang-undang

peraturannya serta hukum perintahnya. „Abdullah Muhammad Basmeih (1983), Tafsir Pimpinan ar-Rahman, c.6. Kuala Lumpur:

Dar al-Fikr, h. 6.

Page 20: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

20

diperbincangkan dalam bidang dakwah dan juga pendidikan. Ini kerana matlamat

kedua-dua bidang ini adalah untuk melahirkan insan yang mantap „aqidah, membentuk

akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh

dan bertaqwa kepada Allah swt.

1.1 Konsep Targhib Dan Tarhib

1.1.1 Definisi al-targhib

Kalimah al-targhib berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu kata nama yang

diambil daripada kata kerja رغب . Kalimah رغب telah disebut sebanyak lapan kali di

dalam al-Qur‟an dalam pelbagai bentuk iaitu fi‟il mudari‟ marfu‟ )تزغبىن( 48

dan

(يزغب(49

, fi‟il mudari‟ mansub )يزغبىا( 50

, fi‟il amar mabni )فارغب( 51

, hal ) رغبا( 52

,

khabar muqaddam )راغب( 53

serta khabar ان 54)راغبىن( . Berdasarkan terjemahan ayat

bagi kalimah tersebut, ia membawa maksud suka, membenci, mengasihi, gemar, ingin

atau harapan55

. Walaubagaimanapun, hanya ayat 9 Surah at-Taubah menunjukkan ayat

yang menggunakan metode targhib dalam jihad iaitu:

48 Surah An-Nisa‟ (4): 127. Muhammad Fuad „Abdul Baqi (2001),al-Mu‟jam al-Mufarras al-Alfaz al- al-Qur‟an al-Karim, al-

Qaherah:Dar al-Hadith,h. 396. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi (1997), Mu‟jam I‟rab al-Alfaz al-Qur‟an al-Karim. Nashirun: Maktabah Lubnan, h. 127.

49 Surah Al-Baqarah (2):130. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h25.

50 Surah At-Taubah (9):120. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h263. 51 Surah Al-Syarh (94): 8. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 813.

52 Surah Al-Anbiya‟ (21): 90. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 430.

53 Surah Maryam (19):46. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 400 . 54 Surah At-Taubah (9): 59 Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 250 dan Surah Al-Qalam (68):32. Ibid. Lihat

Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h759 . 55 Abdullah Muhammad Basmeih (1983), opcit.

Page 21: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

21

Maksudnya:Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-

orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'rab"

ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan

tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan

tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana

Sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan

merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan)

pada jalan Allah; dan (Tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu

tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan

juga (Tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang

mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu

ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya

Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang berusaha

memperbaiki amalannya.

Surah at-Tawbah (9):120

Ayat ini merupakan teguran keras Allah kepada penduduk Madinah yang

membelakangi Rasullullah dalam perang Tabuk yang dikenali orang „Arab. Allah juga

memberi rangsangan dan motivasi semangat kepada mereka dengan menyatakan

bahawa setiap apa juga bentuk kesusahan yang mereka terima dalam usaha memberi

sokongan kepada Rasullullah s.a.w. itu akan dicatat sebagai amalan soleh yang akan

diberikan ganjaran pahala56

. Ini merupakan bukti bahawa kebanyakan metode targhib di

dalam al-Qur‟an tidak menggunakan perkataan raghaba, tetapi ia memerlukan

penelitian terhadap maksud dan tafsiran ayat.

Dari segi pengertian, kalimah al-targhib yang berasal daripada kata kerja رغب

mempunyai dua maksud iaitu :

1. Perkataan رغب apabila diikuti selepasnya dengan harf jar في yang bererti

menghendaki , menyintai , menyukai, gemar atau memberangsangkan .

2. Perkataan tersebut apabila diikuti selepasnya dengan عن bererti enggan atau

56 Ibnu Kathir (2000), Tafsir al-Qur‟an al-„Azim , Muhammad „Abdul Rahman al-Mar‟ashli (ed.), j.2. Beyrout: Dar Ehia al-Tawrath

al-„Arabi, h. 398. Lihat juga Salahuddin Abdullah et al. (2009), Tafsir Mubin, J.3. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka, h.23.

Page 22: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

22

benci kepada sesuatu dan meninggalkannya (seperti ayat 130: Surah al-

Baqarah). 57

Daripada dua pengertian di atas dapat dirumuskan bahawa al-targhib itu ialah

sesuatu yang disukai dan digemari yang menyebabkan atau menimbulkan rasa benci

terhadap sesuatu yang tidak disukai atau tidak digemari.

Ia adalah suatu bentuk galakkan , rangsangan dan motivasi kepada umat manusia

sejagat agar mereka sentiasa mempertingkatkan ketakwaan dan ibadat mereka kepada

Allah S.W.T. Al- targhib juga dimaksudkan sebagai janji- janji baik dan ganjaran

pahala kepada orang – orang soleh. Ia boleh didapati di dalam dua sumber utama di

dalam Islam iaitu al-Qur‟an dan al-Hadith. Antara contoh – contoh al- targhib adalah

seperti galakkan supaya sentiasa ikhlas di dalam amalan, benar dalam perbuatan dan

lain- lain lagi.58

1.1.2 Definisi al-Tarhib

Al-tarhib juga berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu kata nama yang diambil

daripada kata kerja رهب yang bererti takut atau gerun59

. Kalimah رهب telah disebut

sebanyak dua belas kali dalam pelbagai bentuk iaitu fi‟il mudhari‟ marfu‟ )يزهبىن (60

,

fi‟il amar mabni )فارهبىن ( 61

, fi‟il mudhari‟ marfu‟ ) تزهبىن( 62

, fi‟il madhi mabni

57 Mahmud Yunus dan Muhammad Qasim Bakri (1930), al-Qamus al-Dhahabi. Misr: al-Matba‟ah al-Rahmaniyyah, h. 130. Lihat juga al-Bustani , al- Mu‟allam Butrus (1987), Muhit al-Muhit : Qamus mutawwal li al-Lughat al-A‟rabiyyah. Bayrut: Maktabah

Lubnan, h. 341. Lihat Seminar Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat dengan Metode

al-Targhib dan al-Tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah: Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau” (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18 Mei 2002), h.1.

58 Al-Mundhiri, Imam al-Hafiz Zaki al-Din „Abd al-„Azim Ibn „Abd al-Qawiyy (1994), al-Targhib wa al-Tarhib, j. 1. al-Kaherah:Dar al-Hadith, h.19.

59 Ibn Manzur. Abu al-Fadl al-Din Muhammad al-Mukarram(1968), Lisan al-A‟rab, j. 4. Bayrut: Dar al-Bayrut, h. 436.

60 Surah Al-A‟raf (7):154. Fuad „Abdul Baqi,Ibid, h.399. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h 216.

61 Surah Al-Baqarah (2): 40 dan Surah An-Nahl (16): 51. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h. 9 dan 352.

Page 23: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

23

) استزهبىهم(63

,majrur ) 64

)الزهب , tamyis) 65

)رهبة , ma‟tuf ) رهبا( 66

, ma‟tuf ) الزهبان ( 67

,

ma‟tuf) رهبانا( 68

, ma‟tuf ) رهبائهم( 69

dan ma‟tuf) رهبانية( 70

.

Al-tarhib membawa erti menakutkan dan menggerunkan manusia dalam pengabdian

diri kepada Allah dengan cara menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan

segala larangan Allah dengan pelbagai bentuk dalam kehidupan71

. Ia menyebabkan

seseorang itu merasa takut, gerun dan perasaan benci kepada sesuatu yang buruk dan

seterusnya menyebabkan seseorang itu meninggalkannya.

Ia adalah satu bentuk peringatan dan ancaman kepada manusia supaya mereka

sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang bentuk kejahatan dan kemaksiatan

samaada zahir ataupun batin . Al-tarhib ini dapat diketahui dari dua sumber utama di

dalam Islam iaitu al-Qur‟an dan al-Hadith.

Kesimpulannya , al-targhib merupakan suatu galakan dan rangsangan (motivation)

kepada umat manusia seluruhnya di dalam bentuk ganjaran pahala dan balasan baik

supaya mereka sentiasa berbuat baik dan meninggalkan segala tegahan sepanjang

menjalani liku- liku kehidupan di dunia ini.

62

Surah Al-Anfal (8):60. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h236. 63 Surah Al-A‟raf (7):116. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h210.

64 Surah Al-Qasas (28):32. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h511.

65 Surah Al-Hasyr (59):13. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h732.

66 Surah Al-Anbiya‟(21):90. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h430.

67 Surah At-Taubah (9):34. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h246.

68 Surah Al-Mai‟dah(5):82. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h153.

69 Surah At-Taubah (9):31. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h245.

70 Surah Al-Hadid (57):27. Ibid. Lihat Muhammad Sayyid Tantawi, ibid, h723.

71 Yusuf al-Qardawi (1993), al-Muntaqa Min al-Targhib wa al-Tarhib lil Mundhiri, c.1. al-Mansurah: Dar al-Wafa‟ al-Taba‟ah wa

Nasr wa al-Tawzi‟, h. 9.

Page 24: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

24

Manakala al-tarhib pula lebih merupakan ancaman (warning) 72

dan peringatan

(reminder) dari Allah s.w.t kepada manusia di dalam bentuk dosa dan balasan azab

supaya tidak melakukan sebarang kejahatan dan seterusnya berusaha untuk mematuhi

segala perintahNya.Tegasnya, manusia mestilah bertakwa kepada Allah dengan

melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

1.1.3 Persamaan dan perbezaan targhib dan tarhib.

Berdasarkan definisi, al- targhib mempunyai perbezaan dengan al- tarhib dari segi

maksud. Al- targhib bermaksud menyemarakkan, menarik perhatian dan mendorong

kearah ketaatan kepada Allah. Manakala al- tarhib pula bermaksud mengancam dan

menjauhkan diri daripada larangan Allah.

Namun terdapat persamaan dari segi sumber dan tujuan. Kedua- dua istilah adalah

berasal dari sumber al-Qur‟an dan al-Hadith. Allah menggunakan uslub targhib dan

tarhib di dalam al-Qur‟an untuk memberi perangsang kepada manusia melakukan

kebaikan dan meninggalkan kejahatan serta untuk mencapai ketaatan kepada Allah.

1.2 Bentuk targhib dan tarhib dan contohnya yang terdapat dalam al-Qur’an.

Uslub targhib dan tarhib adalah uslub al-Qur‟an dan banyak disebut di dalam al-

Hadith juga. Ia menerangkan mengenai janji dan ugutan )الىعد و الىعيد(, perihal akhirat,

gambaran syurga dan neraka, ganjaran orang mukmin yang bertakwa dengan

kenikmatan yang kekal dan balasan bagi orang yang kufur dengan azab yang pedih.

Dalam al-Qur‟an terdapat banyak ayat menggemarkan kepada menerima kebenaran

dan menggerunkan terhadap kekufuran dan akibat darinya. Uslub targhib dan tarhib

banyak disebut di dalam al-Qur‟an, khususnya dalam ayat-ayat Makiyyah dan tertumpu

72

Khalid M. Hussain et al. (1995), Kamus dwi bahasa : Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu, c. 10. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, h. 1418.

Page 25: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

25

pada dua juzu‟ yang terakhir iaitu juzu‟ dua puluh sembilan dan tiga puluh.73

Antara

gaya bahasa dan tajuk yang diperbincangkan dalam ayat Makki ialah dakwah kepada

tauhid dan beribadah hanya kepada Allah, pembuktian mengenai risalah, hari

kebangkitan dan hari pembalasan, hari kiamat dan kedahsyatannya, neraka dan

seksaannya serta syurga dan nikmatnya.74

Uslub targhib dan tarhib dalam syariah datang mengikut pelbagai keadaan, pelbagai

bentuk kejiwaan, dan pelbagai sikap yang diambil. Ia datang dalam bentuk penyelesaian

kepada halangan, juga bentuk berita gembira dan amaran. Ini kerana terdapat

kepelbagaian emosi dan mentaliti manusia. Jiwa manusia yang sukakan perkara

kebaikan akan mudah menerima uslub targhib sebagai suatu motivasi untuk menjadi

lebih baik. Manakala manusia yang gemar kepada kebendaan dan kemungkaran, perlu

dikejutkan dengan tarhib, disekat dengan amaran serta diperingatkan dengan perkara

yang menakutkan mereka terhadap akibat daripada perbuatan yang dilakukan mereka.

Dalam konteks pendidikan, al-Qur‟an telah menggariskan beberapa petunjuk untuk

membimbing manusia ke jalan yang benar yang diredhai Allah. Oleh itu, uslub targhib

dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an merupakan salah satu pendekatan untuk

mencapai tujuan pendidikan. Antara tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an ialah untuk

mengabdikan diri kepada Allah, bertakwa kepada Allah, membentuk insan soleh,

mewujudkan kemakmuran di muka bumi dan mewujudkan kebahagiaan hidup,

Berdasarkan tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an, uslub targhib dibahagikan

kepada dua bentuk iaitu menggesa dan mendorong ketaatan kepada Allah dan

pembinaan sakhsiah diri yang mulia. Kedua- dua bentuk ini saling berkaitan, ketaatan

kepada Allah akan mendorong melakukan ibadat dan seterusnya ibadat pula akan

menghalang sifat keji dan mungkar serta mendidik jiwa manusia ke arah akhlak mulia

73 Yusuf al-Qardawi (1993), Op. cit., h. 12.

74 Manna‟ al-Qatan (1992), Mabahith fi „Ulum al-Qur‟an. Bayrut: Muassasah al-Risalah, h.63.

Page 26: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

26

yang menjadi benteng kepada gangguan syaitan. Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam

banyak ayat, antaranya melalui surah-surah al-Ankabut (29):45, al-Baqarah (2): 182 &

198, al-Dhariyat (51): 56, al-Tawbah (9):103 dan al-A‟raf (7): 14-17.

1.2.1 Bentuk targhib yang menggesa dan mendorong ketaatan kepada Allah

Mendorong seseorang untuk taat kepada Allah memerlukan pendekatan yang

menggembirakan. Allah memberikan nikmat yang kekal dan benar kepada mereka yang

beriman kepada Allah iaitu ganjaran syurga. Perkara ini banyak disebut dalam al-Qur‟an

seperti Surah an-Nisa‟: 124, Surah ad-Dukhan (44): 51-56, Surah an-Naba‟ (78): 31-36,

Surah al-Thur (52): 17-24 dan surah al-Taghabun (28): 9.

Maksudnya: (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari

perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing

nampak kerugiannya. dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada Allah

serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-

dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga Yang mengalir di

bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;

yang demikian itulah kemenangan yang besar.

Surah al-Taghabun (28): 9

Dalam menghuraikan ayat di atas, al-Maraghi menyatakan “Hari Taghabun”

ialah hari ketika orang kafir dapat melihat dengan jelas kerugian dan nasib malang

mereka kerana kekufuran mereka. Orang yang beriman pula melihat nasib mereka yang

baik kerana mereka mengutamakan keimanan daripada keduniaan. Orang yang beriman

kepada Allah dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya akan

terhapus dosa dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan nikmat. Inilah

Page 27: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

27

kemenangan yang besar bagi manusia75

. Uslub targhib yang dinyatakan dalam ayat ini

menggunakan kaedah perbandingan antara orang yang rugi dan orang yang berjaya di

akhirat. Setiap manusia pasti tidak mahukan kerugian dan ia akan mendorong seseorang

mentaati perintah kepada Allah kerana mereka mahukan kemenangan dan kejayaan

yang besar iaitu Syurga yang penuh dengan nikmat. Syurga merupakan janji Allah yang

utama yang diberikan kepada orang yang bertakwa. Terdapat banyak ayat al-Qur‟an

yang menggambarkan perkara ghaibiyyat ini seperti Surah al-Zukhruf (43):70-73, Surah

al-Waqiah (56): 12-14 dan surah „Ali-Imran (3): 133.

Uslub ini juga didatangkan dalam bentuk menerangkan apa yang manusia akan

dapat di dunia lagi dari segi keamanan, keselamatan dan ketenangan diri apabila

melakukan amal soleh seperti dalam surah Maryam (19): 96:

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh,

Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan

bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.

Syeikh „Abdullah bin Muhammad Basmeih menyatakan maksud perasaan kasih

sayang ialah Allah akan menanamkan perasaan kasih sayang dalam hati orang ramai di

dunia terhadap mereka dan akan diberikan apa yang mereka inginkan pada hari akhirat

kelak76

. Al-Qurtubi juga mengatakan bahawa kasih sayang yang dianugerahkan di

dunia sama juga akan dinikmati di akhirat. Allah akan menganugerahkan nikmat,

kebaikan, rahmat dan memuliakan seseorang yang beramal soleh dengan ikhlas77

. Inilah

ganjaran dan janji yang diberikan oleh Allah di dunia lagi bagi menaikkan semangat

75

Ahmad Mustaffa al-Maraghi (1946), Tafsir al-Maraghi, j. 29. Mesir: Syarikat Maktabah dan Percetakan Mustaffa al-Bab al-

Halani, h. 125.

76 ‘Abdullah Muhammad Basmeih (1983), op. cit. hlm. 630.

77 Al-Qurtubi (2006), al-Jami‟ li Ahkam al-Qur‟an, „Abdullah bin „Abdul Mohsin al-Taraki (ed.), c.1. Beirut: Muassasah al-Risalah

lil-Toba‟ah wa Nasr wa al-Tauzi‟, h. 527.

Page 28: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

28

untuk sentiasa melakukan amal soleh. Begitu juga orang yang selalu mengingati Allah

atau zikrullah akan dapat mententeramkan hati dan jiwa seperti dalam surah ar-Ra‟d:

ayat 28.

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang

tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan

"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Surah Ar-Ra‟d (13): 28

Selain itu, Allah juga akan memberikan janji kepada orang yang bertakwa dengan

jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi, rahmat, memberikan rezeki dari

sumber yang tidak pernah terlintas oleh manusia dan juga mengampunkan dosa. Ia

banyak disebutkan seperti dalam surah al-Talaq (65): 2 dan 3, surah al-Taghabun (64):

11 dan 17, surah Ali „Imran (3): 101 dan surah al-Baqarah (2): 186.

1.2.2 Bentuk targhib yang mendorong pembinaan sakhsiah diri yang mulia

Pembinaan insan yang mulia adalah antara salah satu tujuan pendidikan, Terdapat

banyak ayat al-Qur‟an yang menerangkan mengenai ganjaran kepada seseorang yang

sentiasa berakhlak dengan akhlak mulia. Allah memberikan khabar gembira kepada

manusia yang sentiasa meninggikan akhlak dengan cara Allah akan memberikan

balasan pertolongan kepada mereka juga. Perkara ini banyak disebut di dalam al-Qur‟an

seperti dalam Surah al-Baqarah (2): ayat 152 dan 153.

Bagi melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia, seseorang itu haruslah

memiliki jiwa atau rohani yang bersih daripada penyakit-penyakit hati, dan cara yang

terbaik untuk membersihkan jiwa ialah bertaubat. Allah mengaitkan taubat dengan

kebahagiaan. Lafaz al-tawwab di dalam al-Qur‟an di sebut sebanyak 11 kali iaitu dalam

surah al-Baqarah (2): ayat 37, 54, 128, 160, surah al-Nisa‟ (4): ayat 16, 64, surah al-

Page 29: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

29

Tawbah (9): ayat 104,118, surah al-Nur (24): ayat 10, surah al-Hujurat (49): ayat 49

dan surah al-Nasr (110): ayat 3 78

. Al-Sya‟rawi menuturkan, kalimah tawwab

menunjukkan Allah tidak mengambil kira hamba-hambanya yang melakukan dosa

kerana Allah adalah tawwab yang bermaksud maha menerima taubat walaupun

seseorang melakukan banyak dosa dalam satu masa ataupun ramai orang yang

melakukan dosa. Inilah antara bentuk targhib yang mendorong seseorang bertaubat

dengan mengkhabarkan bahawa Allah Maha menerima taubat bagi orang yang taubat

nasuhah tanpa sebarang syarat walau sebesarmanapun dosa dan maksiat yang telah

dilakukan.

Bagi melahirkan tindak-tanduk yang terpuji, ibadat merupakan salah satu cara

untuk mendidik jiwa serta membersihkan hati daripada kekotoran dan kekejian.

Terdapat banyak uslub targhib yang menggesa dan mendorong supaya melakukan

ibadat seperti solat, zakat, sedekah dan jihad. Ganjaran yang sering disebutkan adalah

berbentuk pahala dan gandaan pahala bagi setiap ibadat yang dilakukan. Perkara ini

banyak disebut dalam al-Qur‟an seperti surah al-Baqarah (2): 271, 274, 277 dan surah

al-Layl (92); 17-21.Selain ganjaran pahala, mereka juga disebut sebagai orang yang

berjaya dan akan mendapat petunjuk dari Allah seperti yang disebutkan dalam surah

Luqman (31): ayat 2 hingga 5.

Seseorang yang mempunyai sakhsiah yang mulia perlulah menghiasi diri mereka

dengan akhlak yang baik. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang melahirkan

perbuatan manusia terhadap Allah s.w.t terhadap dirinya sendiri dan juga makhluk lain

bersandarkan pertimbangan dan petunjuk al-Qur‟an al-Karim dan Hadith Rasullullah

s.a.w79

. Terdapat banyak ayat al-Qur‟an yang menggesa berakhlak mulia seperti

78 Zulkifli Haji Mohd Yusoff et al (2009), Kamus al-Qur‟an. Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd, h. 117.

79 Norzulaili Mohd Ghazali et al (2005), “Metode Al-Quran Dalam Membina Akhlak Dan Peribadi” , Jurnal Isu Semasa Pengajian

Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia, h. 22.

Page 30: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

30

bercakap benar, bersabar dan berbudi bahasa dengan ibubapa seperti surah al-Ahqaf

(46): ayat 15-16, surah Taha (20): ayat 130-132 dan surah al-Ahzab ( 33 ): ayat 70- 71.

Maksud: Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada

Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam

Segala perkara), Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan

amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan

(ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka

Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Surah al-Ahzab (33): 70-71

Ar Razi menjelaskan bahawa ayat ini menyuruh manusia melakukan kebaikan samada

dari segi perbuatan atau perkataan kerana ia adalah ciri-ciri orang yang bertakwa 80

.

Ketakwaan kepada Allah akan mendorong kepada amalan-amalan yang baik dan ia akan

kekal sehingga ke syurga dan juga diberi pengampunan oleh Allah.

Uslub targhib yang disampaikan oleh Allah di dalam al-Qur‟an adalah sesuatu

yang amat berkesan dalam mendidik jiwa seseorang. Pelaksanaannya dalam mendidik

perlulah diseimbangkan dengan uslub Tarhib. Larangan yang disertakan ancaman

mampu menyedarkan dan mengingatkan seseorang akan kesan melakukan kemungkaran

tersebut. Berdasarkan tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an, tarhib dibahagikan kepada

dua bentuk iaitu tarhib terhadap perbuatan syirik dan ketidaktaatan kepada Allah dan

tarhib terhadap perbuatan melakukan kemungkaran dalam masyarakat.

1.2.3 Bentuk tarhib terhadap perbuatan syirik dan ketidaktaatan kepada Allah.

Tarhib datang dalam bentuk mengalihkan perhatian kepada akhirat dengan

dorongan mengutamakan kehidupan yang kekal ke atas kehidupan yang fana ini.

Dorongan begini perlu dilakukan kerana terdapat kalangan manusia yang jiwanya

80 Ar Razi (1981), Tafsir Al Fakhrul Razi Al Mushtahir Bi Al Tafsir Al Kabir Wa Mafatih Al Ghaib, j.2. Lubnan: Dar al-Fikr, h.235.

Page 31: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

31

tergoda dengan harta benda dunia dan syahwat sehingga meninggalkan amalan-amalan

dan perbuatan baik. Terdapat banyak ayat al-Qur‟an yang menjelaskan bahawa dunia ini

hanyalah sebagai tempat persinggahan dan kehidupan yang abadi adalah di akhirat

seperti surah al-Hadid (57):ayat 20-21, surah al-Shura (42): ayat 20, surah al-„Ala (87):

ayat 16-17, surah al-Inshiqaq (84): ayat 6, Surah al-Balad (90): ayat 4, Surah al-

Taghabun (64): ayat 14-15 dan surah al-Inshirah (94): ayat 5-8.

Tarhib kadang-kadang datang dalam bentuk memberi ingatan tentang kemurkaan

dan kemarahan Allah dengan menyebut ayat-ayat al-Qur‟an yang menakutkan mereka

yang menderhaka, yang fasiq dan yang sombong dengan siksaan azab neraka. Allah

juga menggambarkan azab-azab yang terdapat dalam neraka bagi menggerunkan

manusia yang dalam kelalaian. Hal ini diperingatkan melalui banyak ayat al-Qur‟an

antaranya dalam al-Nisa‟ (4):55, surah al-„Araf (7): ayat 40-43, surah an-Nahl (16):ayat

84-87,surah al-Ma‟arij (70): ayat 42, surah al-Waqi‟ah (56): ayat 41-44, surah An-

Naziyat (79): ayat 37-39, surah al-Mu‟min(40): ayat 76 dan surah al-Mulk (67): ayat 6-

11.

Maksudnya:Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap

Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah

seburuk-buruk tempat kembali.Apabila mereka dicampakkan ke

dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung,

sedang ia menggelegak.Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai

kerana kuat marahnya. tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya

Page 32: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

32

sekumpulan besar (dari orang kafir), Bertanyalah penjaga-

penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah

didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia

dahulu)?"Mereka menjawab: "Ada! sebenarnya telah datang

kepada Kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu

Kami dustakan serta Kami katakan (kepadanya): Allah tidak

menurunkan sesuatupun, kamu (Wahai orang Yang mendakwa

menjadi Rasul) hanyalah berada Dalam kesesatan Yang besar!

".Dan mereka berkata: "Kalaulah Kami dahulu mendengar dan

memahami (sebagai orang Yang mencari kebenaran), tentulah

Kami tidak termasuk Dalam kalangan ahli neraka".Akhirnya

mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang Yang

kufur ingkar), maka tetaplah JauhNya rahmat Allah dari ahli

neraka.

Surah al-Mulk (67): 6-11

Perkataan نذيز yang terdapat dalam ayat di atas adalah sama maksud dengan إنذار

yang membawa pengertian peringatan dan ancaman.81 Antara tugas Rasullullah adalah

pemberi ingatan dan amaran mengenai balasan azab neraka terhadap orang yang engkar

terhadap Allah. Oleh itu, peringatan mengenai azab neraka akan menggerunkan

seseorang dan mendorong untuk taat pada perintah Allah.

Uslub tarhib ini juga kadang kala datang dalam bentuk pengajaran dari kisah-kisah

umat nabi terdahulu seperti bala bencana yang ditimpa kepada kaum Nabi Luth dan

kaum Nabi Nuh. Surah al-„Araf banyak menggambarkan bentuk kisah nabi Nuh, Hud,

Soleh, Luth dan syu‟ayb a.s dan peristiwa kebinasaan yang menimpa kaum- kaum

mereka dan peristiwa keselamatan golongan Mu‟minin dari kaum mereka. Syed Qutb

mengulaskan bahawa metodologi surah ini memperlihatkan perencanaan Allah terhadap

kaum-kaum yang mendustakan dakwah dan bagaimana mereka ditimpa malapetaka

supaya hati mereka sedar dan lembut dan kembali kepada Allah serta tunduk

kepadaNya. Dan apabila hati-hati itu tidak juga sedar dan tidak mengambil pengajaran

dari ujian Allah, maka Allah akan menurunkan bala dalam bentuk kesenangan dan ini

81

Abu al-Qasim Jad Allah Mahmud bin „Umar al-Zamakhsyari (1998), Al-Kashshaf an Haqa‟iq Ghawamid al-Tanzil wa „Uyun al-

„Aqawil fi Wujuh al-Ta‟wil, al-Syeikh A‟dal Ahmad „Abdul Mawjud (ed.), j.7. Ar-Riyadh: Maktabah al-„Abikan, h.173.

Page 33: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

33

merupakan satu ujian yang lebih berat dari ujian malapetaka sehingga mereka

bertambah lalai dan memandang hidup ini sebagai permainan dan hiburan, maka ketika

itulah mereka dibinasakan Allah secara mendadak tanpa disedari mereka.82

Kisah

kebinasaan kaum nabi Nuh, Hud, Soleh dan Shu‟awb a.s disebut dalam ayat 59 hingga

93 surah al-„Araf. Kisah ini menunjukkan bahawa Allah akan menimpakan malapetaka

kepada orang yang engkar beriman kepada Allah dan Rasul dengan balasan di dunia

lagi.

1.2.4 Bentuk tarhib terhadap perbuatan melakukan kemungkaran dalam

masyarakat

Menurut Dr. Muhammad Fadhil Al-Jamali, tujuan pendidikan menurut al-Qur‟an

adalah membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas dirinya, sistem

kemasyarakatan Islam dan sikap serta tanggungjawab sosial di samping memberi

kesedaran terhadap alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya

bagi kebaikan umat manusia83

. Al-Qur‟an telah menggariskan beberapa prinsip dalam

memberi kebaikan umat manusia dan seterusnya kemakmuran di muka bumi ini. Antara

prinsip yang dinyatakan ialah mengajak manusia agar menyelesaikan segala urusan

dengan hukum Allah dan mengajak manusia meneliti serta memanfaatkan segala apa

yang ada di alam ini untuk keperluan dan kepentingan manusia sejagat.

Namun kadang kala manusia akan terleka dengan nikmat yang diterima dan akan

melakukan kemungkaran yang boleh merosakkan masyarakat seperti zina, pembunuhan

dan mencuri. Bagi mengelakkan perkara mungkar ini berlaku, Allah telah menyebut

hukuman-hukuman bagi orang yang melakukan kemungkaran ini seperti hukuman bagi

orang yang membunuh dengan tidak sengaja dalam surah An-Nisa‟ (4): ayat 92,

82

Sayyid Qutb (2000 ), Tafsir Fi Zilal al-Qur‟an. Yusoff Zaky Haji Yacob ( terj.), j.6. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd, h.

209.

83 Drs. Hanafi Mohamed (1996), Falsafah Pendidikan Menurut Al-Qur‟an. Selangor: Pustaka Ilmi, h. 112.

Page 34: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

34

hukuman mencuri dalam surah al-Ma‟idah (5):ayat 38 dan hukuman bagi orang yang

berzina dalam surah An-Nur (24):ayat 2. Ini merupakan salah satu uslub tarhib bagi

menggerunkan manusia supaya lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk seharian kerana

setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada pembalasan yang setimpal di dunia lagi yang

telah ditetapkan oleh Allah.

Allah menyuruh manusia sentiasa bersifat dengan akhlak yang terpuji bagi

menjamin kemakmuran hidup bermasyarakat. Uslub menggalakkan berakhlak mulia

tidak hanya didatangkan dalam bentuk targhib tetapi kadangkala dalam bentuk tarhib.

Kadangkala manusia perlu dikejutkan dengan ancaman mengenai balasan Allah kepada

manusia yang sering menimbulkan kekacauan dalam masyarakat dengan kemurkaan

Allah dan azab neraka. Penjagaan lidah dari segi berkata-kata amat dititikberatkan

kerana kata-kata yang dusta mampu memecahbelahkan masyarakat. Peringatan ini

sering dikaitkan dengan balasan azab neraka seperti dalam surah Al-Humazah (104):

ayat 1-9 dan kebencian Allah terhadap orang yang pandai memberi nasihat tapi tidak

berbuat kebaikan dalam surah Al-Soff (61): ayat 2-3.

Begitu juga dalam muamalah, Allah menyuruh manusia supaya jujur dalam

hubungan manusia terutamanya dalam urusan jualbeli. Ia diperbincangkan dalam surah

al-Mutaffifin iaitu kecelakaan dan kemusnahan merupakan balasan bagi orang yang

tidak berlaku jujur, yang mengurangkan sukatan serta timbangan ketika menjual barang

kepada orang lain. Surah al-Mutaffifin merupakan Surah Makkiyyah yang dinyatakan

dengan gaya bahasa al-Qur‟an penuh galakan dan ancaman (targhib dan tarhib)84

.

Surah ini membincangkan perihal orang yang melakukan kejahatan dan maksiat di

samping menyatakan balasan yang bakal diterima di akhirat iaitu azab neraka.

Selanjutnya, surah ini juga memaparkan keadaan hidup orang yang bertakwa akan

memperoleh kurnia dan nikmat serta kesenangan yang kekal abadi. Pada ayat 14 dan 15

84 Salahuddin Abdullah et al. (2009), Tafsir Mubin, j.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 536-537.

Page 35: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

35

dalam surah yang sama juga, terdapat bentuk tarhib yang lain iaitu ancaman kepada

orang melakukan maksiat akan menyebabkan mata hati gelap, sukar menerima

kebenaran dan akan terhalang dari mendapat rahmat Allah.

Melenyapkan keberkatan pada harta merupakan salah satu bentuk tarhib yang

dinyatakan oleh Allah mengenai kesan bahaya riba yang disebut dalam surah al-

Baqarah (2): ayat 275 dan 276. Walaupun pada zahirnya harta berkenaan kelihatan

bertambah tetapi hakikatnya janji Allah bahawa ia tidak berkembang kerana rezeki yang

tidak halal.

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu

tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang

dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan

(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka

mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja

seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli

(berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah

sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia

berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya

dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan

perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli

neraka, mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan

mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang

dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka

kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan

selalu melakukan dosa.

Surah al-Baqarah (2): 275 dan 276

Page 36: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

36

Ayat di atas menggerunkan manusia akan kesan riba iaitu penyusutan harta dan

juga ancaman dengan azab neraka. Maksud bentuk penyusutan ialah orang yang

memakan riba dibenci dan dimurkai Allah dan juga manusia. Semua manusia akan

mempunyai rasa dengki dan rasa perseteruan terhadapnya. Khususnya jika ditimpa

musibah. Semua orang menantikan kecelakaan kesudahannya. Perkara ini memang

dapat dilihat dengan jelas dalam realiti kehidupan. Harta orang yang memakan riba akan

cepat musnah dan kesenangan mereka adalah malapetaka. Allah telah membuat

perbandingan antara perbuatan golongan yang kafir dan perbuatan soleh golongan

mukmin pada ayat 279 surah al-Baqarah. Justeru, ia menjadi dorongan yang lebih kuat

bagi menghentikan kederhakaan orang yang menderhaka dan mengukuhkan kepatuhan

orang beriman yang ikhlas85

.

Uslub al-targhib dan al-tarhib yang disampaikan Allah dalam al-Qur‟an terdiri

dari pelbagai bentuk samada ia diterima di dunia atau di akhirat. Bentuk targhib yang

sering disebut dalam al-Qur‟an dalam bentuk ganjaran di akhirat ialah ganjaran nikmat

syurga, pahala dan pengampunan dari Allah. Manakala ganjaran yang diterima di dunia

lagi ialah dalam bentuk keamanan, ketenangan hati, perasaan kasih sayang, rahmat dan

juga pemberian nikmat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Begitu juga dengan tarhib didatangkan dalam dua bentuk juga samada diterima

di dunia lagi atau di akhirat yang kekal abadi. Antara bentuk tarhib yang diterima di

dunia ialah berbentuk malapetaka seperti kisah-kisah umat Nabi Nuh yang

ditenggelamkan dalam banjir besar disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah,

tiada keberkatan pada harta. mata hati gelap iaitu sukar menerima kebenaran dan dalam

bentuk hukuman perundangan yang banyak terdapat dalam ayat-ayat hukum. Manakala

85 Wahbah al-Zuhaily ( 2001), Tafsir al-Munir. Hj. Mohd Salleh et al ( terj. ), j.3. Selangor: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel

Multimedia and Publication, h. 102-104.

Page 37: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

37

bentuk tarhib yang banyak disebut di dalam al-Qur‟an ialah ancaman dengan azab api

neraka.

Kepelbagaian bentuk uslub targhib dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an

merupakan petunjuk dari Allah bahawa setiap ketaatan dan kederhakaan terhadap Allah

akan dibalas dengan setimpal samada cepat atau lambat.

1.3 Hikmah targhib dan tarhib kepada manusia

Menginginkan sesuatu ganjaran apabila melakukan kebaikan serta takut terhadap

sesuatu ancaman merupakan fitrah setiap manusia. Justeru itu, metode targhib dan

tarhib yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya adalah sesuatu yang sangat berkesan

dalam jiwa muslim. Jika diteliti dalam al-Qur‟an, kebanyakan ayat yang mengandungi

metode targhib akan disertai dengan ayat metode tarhib seperti dalam surah al-Infitar

(82): ayat 13 dan 14.

Maksudnya: (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk

menyatakan siapa Yang berbakti dan siapa Yang bersalah) -

Kerana sesungguhnya: orang-orang Yang berbakti (dengan taat

dan amal kebajikan), tetap berada Dalam syurga Yang penuh

nikmat;Dan Sesungguhnya orang-orang Yang bersalah,

bertempat Dalam neraka Yang menjulang-julang.

Surah al-Infitar (82): 13 dan 14

Metode targhib dan tarhib yang terdapat dalam ayat di atas mampu menjadi

perangsang kepada manusia supaya sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan

kejahatan. Ganjaran pahala dan syurga yang sering disebut dalam al-Qur‟an merupakan

berita gembira kepada manusia supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan

beribadah. Seterusnya, ia akan melahirkan seorang hamba yang patuh dan taat kepada

Allah.

Page 38: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

38

Selain itu, metode targhib dan tarhib juga mampu menghindarkan diri manusia

dari sifat putus asa. Ganjaran Syurga dan ancaman Neraka merupakan bukti kehidupan

manusia tidak hanya di dunia sahaja, malah ia adalah jambatan menuju ke akhirat. Oleh

itu, manusia yang tersedar dari kesilapan dan ketidaktaatan yang telah dilakukan akan

kembali berharap dan taat kepada Allah. Ia akan memberikan kenyakinan bahawa hidup

yang kekal adalah di akhirat.

Metode targhib dan tarhib ini juga mampu menyedarkan manusia bahawa segala

amalan akan dipertanggungjawabkan. Mengikut prinsip tanggungjawab manusia, setiap

orang akan menerima balasan dari hasil usahanya dan ia telah disebut di dalam al-

Qur‟an seperti yang tertera dalam Surah An-Najm (53): ayat 36 hingga 41 dan Surah al-

Fussilat (41): ayat 46.

Maksudnya: Sesiapa Yang mengerjakan amal soleh maka

faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa

Yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya

sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada

hamba-hambanya.

Surah al-Fussilat (41): 46

Manusia yang sedar akan balasan yang diterima bagi setiap amalan baik dan

buruknya akan berusaha menjadi seorang hamba yang taat dan meningkatkan amal

ibadah untuk mencapai keredhaan Allah.

1.4 Istilah – istilah lain yang seerti dengan targhib dan tarhib

Selain daripada perkataan targhib dan tarhib, terdapat beberapa perkataan lain lagi

yang memberi erti yang sama iaitu perkataan dan dan juga serta 86

86 Lihat Seminar Ahamad Asmadi Sakat et al.(2002), Op. cit, h.4. Lihat juga Syarifah Norshah Bani (2009), Op. cit, h. 100.

Page 39: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

39

Perkataan bererti menyukakan dan bererti menakutkan atau mengancam.

Daripada kata terjadinya nama terbitan yang memberi pengertian yang sama

dengan al-targhib, manakala kata perbuatan pula menerbitkan kata terbitan yang

bererti sama dengan al-tarhib. Oleh itu al-targhib adalah seerti dengan manakala

al-tarhib adalah seerti dengan .

Jika dirujuk lisan al-„Arab, perkataan Indhar bererti menakutkan dan

memperingatkan.87

Ini adalah berdasarkan kepada ayat al-Qur‟an :

Dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada mereka

tentang (hari kiamat) Yang dekat (Masa datangnya), Iaitu

ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut,

sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (pada saat

itu) orang-orang Yang zalim tidak akan mendapat seorang

sahabatpun Yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat

pemberi syafaat Yang diterima pertolonganNya.

Surah al-Mukmin(40) : 18

Perkataan yang berasal dari yang bermaksud ancaman atau peringatan ini telah

disebutkan di dalam al-Quran melebihi dari 100 kali.88

Ini menunjukkan bahawa al-

Qur‟an itu mengandungi banyak perkara yang berunsur peringatan dan ancaman, supaya

manusia patuh kepada perintah- perintah Allah dan jangan sekali- kali menderhaka

kepadaNya.

87 Ibn Manzur. Abu al-Fadl al-Din Muhammad al-Mukarram(1968), Lisan al-A‟rab, Jil. 5 . Bayrut: Dar al-Bayrut, h. 201.

88 _____(t.t), Fath al-rahman li talib ayat al-Qur‟an. Bayrut: Dar al-Fikr, h. 428-429.

Page 40: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

40

Mengulas tentang maksud atau Lisan al-arab menjelaskan bahawa

atau itu bermaksud orang yang menggembirakan sesuatu kaum dengan kebaikan

atau keburukan. Perkhabaran gembira itu boleh disampaikan atau diberikan dengan

memberitahu kebaikan dan keburukan sekali , seperti firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar akan

ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi Dengan

jalan Yang tidak benar, serta membunuh orang-orang Yang

menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita

Yang mengembirakan mereka, Dengan azab seksa Yang tidak

terperi sakitnya.

Surah Ali-Imran (3): 21

Selanjutnya ia menjelaskan bahawa khabar gembira itu disampaikan dengan tiga

cara89

:

1. Memberi perkhabaran gembira di dunia tentang amalan yang memudahkan

seseorang itu memperolehi pahala atau balasan baik di dunia lagi sepertimana

dalam Surah al-Baqarah (2): ayat 223.

2. Memberikan khabar gembira dengan menerangkan bahawa mereka akan

menerima balasan baik di akhirat dengan memperolehi syurga.

3. Memberi perkhabaran gembira di dunia dengan melalui mimpi yang benar di

mana syurga itu diperlihatkan kepada seseorang mukmin di dalam tidurnya. Ada

pendapat yang mengatakan bahawa perkhabaran gembira di sampaikan kepada

89 Ibn Manzur (1968), Op.cit, , Jil. 5, h. 61-62. Lihat Seminar Ahamad Asmadi Sakat et al.(2002), Op. cit, h.5-6.

Page 41: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

41

mereka di dunia tanpa seseorang itu dikeluarkan ruh dari jasadnya kecuali

diperlihatkan tempatnya di syurga. Perkara ketiga ini berdasarkan firman Allah

dalam surah Fussilat (41): ayat 30.

Selain itu, perkataan targhib dan tarhib juga memberi erti yang sama dengan

perkataan serta . Al-wa‟du adalah janji dan al-wa‟id pula bermaksud janji

balasan jahat. Menurut al-Jauhari, al-wa‟du digunakan untuk janji atau balasan terhadap

perkara kebaikan atau kejahatan.90

Ia bertepatan dengan penggunaan perkataan al-wa‟du

di dalam al-Qur‟an yang membawa kedua-dua maksud tersebut. Al-wa‟du yang

membawa erti janji bagi perkara kebaikan berdasarkan Surah Luqman(31): ayat 9.

Manakala janji bagi perkara kejahatan pula ialah berdasarkan Surah al-Mu‟min(40):

ayat 77.

Walaubagaimanapun, menurut Ibn Sayyidah al-wa‟du adalah janji atau balasan

bagi perkara kebaikan dan al-wa‟id pula adalah balasan untuk perkara kejahatan

ataupun dikenali sebagai amaran atau ancaman.91

Ini berdasarkan ayat 113, Surah

Taha(20):

Maksudnya: Dan Demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran

sebagai bacaan Dalam bahasa Arab, dan Kami telah terangkan di

dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia

seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu

peringatan dari faedah mereka.

Surah Taha(20): 113

90 Ibn Manzur (1968), Op.cit, , Jil. 15, h. 463.

91 Ibn Manzur (1968), Op.cit.

Page 42: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

42

Daripada segi bahasa, al-targhib boleh diterjemahkan sebagai rangsangan.

Manakala al-tarhib pula ialah ancaman92

. Jika dilihat daripada sudut Bahasa Melayu

pula selain daripada rangsangan ia juga sering disebut sebagai dorongan ataupun

motivasi , manakala ancaman sering juga disebut sebagai ugutan.

Menurut Kamus Dewan, rangsangan ialah sesuatu yang digunakan untuk

menimbulkan rangsangan ( perasaan marah, gembira dan lain- lain ). Memberi

perangsang pula bererti memberi galakan93

. Manakala ancaman ialah menakut-

nakutkan dengan cara menyatakan keinginan untuk melakukan sesuatu perkara yang

membahayakan (menyusahkan , merugikan dan sebagainya)94

.

Manakala al-tarhib pula boleh diertikan sebagai ugutan kerana ugutan didefinasikan

sebagai kata- kata dan sebagainya yang bertujuan untuk menakut- nakutkan supaya

melakukan atau mematuhi sesuatu perkara95

.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan di antara pengertian – pengertian di atas

dengan makna al-targhib dan al-tarhib, namun apa yang dimaksudkan itu adalah

terangkum di dalam al-targhib dan al-tarhib. Walaupun berbeza, ianya hanyalah

mengenai ugutan kerana ugutan merupakan sesuatu yang mungkin diada- adakan

sahaja tetapi al-tarhib adalah sesuatu yang nyata dan tidak diperolok-olokkan.

92 A. Hafiz Anshari A. Z.(1981), Rangsangan dan Ancaman. Al-Syeikh Husin Matar et al (terj.), Surabaya: Al-Ikhlas, h. 5.

93 Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 1101. 94 Ibid, h. 42.

95 Ibid, h. 1509.

Page 43: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

43

1.5 Kesimpulan

Pada asasnya, uslub targhib sama pentingnya dengan uslub tarhib kerana rasa

mengharap rahmat Allah itu sama penting dengan rasa takutNya. Adalah menjadi suatu

kelaziman di dalam al-Qur‟an, apabila Allah menyebut ayat-ayat al-targhib berserta al-

al-tarhib dan al-bashirah dengan al-indhar, dengan tujuan supaya dapat menggerakkan

manusia untuk beribadah kepada Allah dan melemahkan mereka dari melakukan

perkara yang membinasakan.

Kedua-dua uslub ini amat penting dalam pembinaan jiwa insan. Terdapat pelbagai

bentuk targhib dan tarhib dalam al-Qur‟an samada ia diterima di dunia atau di akhirat.

Namun, syurga dan neraka merupakan subjek yang pasti dijanjikan oleh Allah kepada

setiap perbuatan baik dan buruk.

Walaubagaimanapun, kedua-dua uslub ini perlu diseimbangkan kerana jika perasaan

gerun yang terlampau akan membawa kepada putus asa. Manakala jika telalu dikuasai

pengharapan dan keinginan yang berlebihan ia akan membawa kepada perasaan selesa

dari ditimpa balasan buruk. Ia bertepatan dengan kata-kata Abu Bakar al-Siddiq dalam

wasiatnya kepada „Umar Ibn al-Khattab ketika penyerahan perlantikan „Umar sebagai

khalifah selepasnya:

“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan penggemaran (targhib)

dan penggerunan (tarhib) agar orang mukmin berkeinginan lalu melakukan amal, dan

merasa gerun sehingga dia tidak dicampakkan dirinya ke dalam kebinasaan.”96

Imam al-Shatibi juga pernah berkata:

“Sekiranya ditemui di dalam al-Qur‟an, al-targhib beriringan dengan al-tarhib

samada mengiringi atau disebut sebelumnya atau dalam bentuk perbezaan atau

96 Yusuf al-Qaradawi, op.cit, h. 11-12.

Page 44: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

44

sebaliknya, demikian juga harapan disertakan dengan ketakutan dan sesuatu yang

seumpamanya, di antaranya disebut ahli syurga disertai dengan menyebut ahli neraka

dan sebaliknya kerana menyebut mengenai ahli syurga dengan amalan mereka yang

merupakan suatu galakan dan dalam menyebut tentang ahli neraka dengan amalan

mereka yang merupakan suatu ancaman, kesemua ini kembali kepada sifat pengharapan

dan ketakutan.”97

Demikianlah Allah menggambarkan tentang balasan-balasan yang akan diberikan

kepada manusia di akhirat kelak. Sebagaimana yang dikatakan di atas bahawa di dalam

al-Qur‟an itu berisi dengan perkara-perkara mengenai balasan baik dan buruk. Balasan

baik itu adalah sebagai pendorong kepada manusia melakukan ketaatan, menenangkan

jiwa bagi orang yang ditimpa mala petaka dan bersabar menghadapinya. Sebagai

ganjaran kepada orang-orang yang taatdan sabar itu, Allah menceritakan perkara

tersebut supaya hati mereka tenang dan jauh dari perasaan resah gelisah.

Manakala neraka pula untuk menceritakan amaran dan ancaman Allah yang akan

menimpa mereka yang melakukan maksiat dan tidak menerima kebenaran. Dengan

menceritakan balasan siksa neraka itu manusia akan menjadi takut tentang kekuasaan

Allah dan menimbulkan perasaan tidak mahu melakukan kejahatan, sebaliknya

mendorong mereka melakukan ketaatan.98

97 Al-Mundhiri. Al-Hafiz Zaki al-Din „Abd al-„Azim Ibn „Abd al-Qawiyy (1991), Ithaf al-muslim bi ma al-targhib wa al-tarhib min

ahadith al-Bukhari Muslim. Bayrut: Dar al-Fakr al-Mu‟asir, h. 13.

98 Lihat Seminar Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), Op. cit, h.16-17.

Page 45: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

45

BAB KEDUA

METODE TARGHIB DAN TARHIB DALAM PENDIDIKAN.

2.0 Pendahuluan

Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan

tamadun manusia. Tahap pendidikan menentukan sejauhmana ketamadunan sesuatu

bangsa. Islam memandang tinggi terhadap ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan

yang bertanggungjawab terhadap diri dan Pencipta. Al-Attas memandang pendidikan

sebagai proses penanaman nilai pada diri manusia. Hassan Langgulung pula

memandang pendidikan sebagai usaha mengubah dan memindahkan nilai budaya

kepada setiap individu dalam masyarakat yang dilakukan melalui proses tertentu.

Manakala Ali Ashraf melihat pendidikan sebagai sebuah aktiviti sistematik yang

memiliki maksud tertentu untuk mengembangkan daya kreativiti individu secara

menyeluruh. Zamroni pula mendefinisikan pendidikan sebagai proses mengembangkan

potensi anak didik yang meliputi aspek pandangan hidup, sikap dan ketrampilan

manakala H.M Ariffin memandang pendidikan sebagai satu proses yang sistematik

dalam mengarahkan manusia mencapai tujuan tertentu.99

Berdasarkan definisi daripada sebilangan sarjana di atas, pendidikan adalah satu

proses untuk mengubah peribadi dan tingkah laku seseorang ke arah lebih positif bagi

mencapai matlamat tertentu dalam kehidupan.

99 Noraziah Ahmad Nadzim et al (2010), “Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam membentuk generasi Pelajar Rabbani”(Kertas

kerja pada 1st International Conference On Islamic Education di Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Malaysia, 29 November

hingga 1 Disember 2010), h.536.

Page 46: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

46

2.1 Pendidikan menurut al-Qur’an

Pendidikan sering disebut dalam al-Qur‟an dan al-Hadith dalam beberapa bentuk istilah

bahasa Arab seperti ta‟lim, tarbiyyah, ta‟dib, tarbib, tadris, tazkiyyah dan riyadah.

Terdapat pelbagai perbincangan di kalangan tokoh pendidikan mengenai perkataan

bahasa Arab yang paling tepat dengan pendidikan.

Kalimah ta‟lim ialah nama terbitan yang berasal daripada kata dasar allama

yang bererti mengajar. Sebutan itu bersesuaian dengan firman Allah:

Maksudnya: Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan

Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian

ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman:

"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika

kamu golongan Yang benar".

Surah al-Baqarah(2):31

Ayat ini menggambarkan bagaimana Allah mengajar Adam segala nama benda

yang terdapat di dunia yang bakal dihuninya. Tujuan pengajaran ini untuk kemudahan

baginda dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat.

Selain itu, pendidikan juga dikenali sebagai tarbiyyah. Perkataan tarbiyyah adalah

berasal daripada kata dasar rabba (رب) yang membawa erti mengasuh, memelihara dan

memimpin. Kata-kata ini juga dapat diertikan sebagai memiliki, mentadbir, menguasai

dan memperbaiki selain erti memimpin atau mendidik. Kalimah „rabbun‟ mengandungi

dua konotasi iaitu Tuhan dan Yang mendidik alam. Allah menjadikan alam bukanlah

dengan sia-sia bahkan tiap-tiap ciptaan mempunyai tujuan dan kepentingan tertentu,

terutamanya bagi kemaslahatan manusia. Allah sentiasa memberi bimbingan dan

Page 47: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

47

pemeliharaan supaya masing-masing dapat berperanan bagi mengabdikan diri kepada

Penciptanya sesuai dengan sifat dan kepentingannya100

.

Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan

Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Surah al-Fatihah (1):2

Syeikh Abduh dalam Tafsir al-Manar juga mengatakan bahawa lafaz Rabb bukan

hanya membawa maksud Tuhan dan pemilik sahaja, bahkan ia membawa makna

mendidik dan memperkembangkan101

.

Di samping itu perkataan ta‟dib juga digunakan untuk maksud pendidikan,

seperti sebuah Hadith Rasullullah s.a.w

Terjemahan: Allah mendidikku, maka Ia memberikan

kepadaku sebaik-baik pendidikan. (Ibn Mas‟ud)102

Menurut al-Attas , konsep ta‟dib sudah merangkumi unsur ilmu („ilm), pengajaran

(ta‟lim) dan penyuburan yang baik (tarbiyyah)103

. Beliau mendefinisikan pendidikan

sebagai proses penitisan sesuatu (ilmu/adab) ke dalam diri manusia. Oleh itu, beliau

berpendapat konsep al-ta‟dib dalam pendidikan sangat penting untuk diketengahkan

kerana gejala keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam bukan disebabkan mereka

100 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.5.

101 Muhammad „Abduh (1947), Tafsir al-Manar. Di ta‟lif oleh Sayyid Muhammad Rashid Redho, j.1. Kaherah: Huquiq al-Tab‟ah wa al-Tarjamah Mahfuzah liwarath tuhu , h. 36.

102 Al-Imam Jalaluddin „Abdul Rahman As-Suyuti (4991), Jami‟ al-Ahadith al-Jami‟ al-Saghir wa Zawai‟duhu wa al-Jami‟ al-

Kabir, no. hadith 780 Qismu al-Awal , j.1. Beirut: Dar al-Fikr, h.133.

As-Suyuthi menyebutkan hadis sebagaimana berikut,namun tidak dipaparkan sanad secara lengkap pada hadis ini kecuali

dinyatakan hadis ini daripada Ibnu al-Sama‟ni dalam Adab al-Imla‟:

(

103 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M.Naquib Al-Attas satu Huraian Konsep Asli

Islamisasi. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya, h.118.

Page 48: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

48

tidak mempunyai pendidikan dan ilmu pengetahuan, tetapi kerana mereka telah

kehilangan adab.

Oleh kerana wujud ketidakseragaman dalam penggunaan istilah pendidikan di

kalangan umat Islam, maka sarjana-sarjana Islam telah mengambil inisiatif untuk duduk

bersama mencari penyelesaian. Persidangan Dunia Pertama mengenai Pendidikan Islam

yang diadakan di Mekah pada tahun 1977 menegaskan bahawa pendidikan didefinisikan

sebagai al-Tarbiyyah, al-Ta‟lim dan juga al-Ta‟dib secara bersama.104

Menurut Islam, matlamat pendidikan adalah untuk membentuk dan

mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, spiritual,

mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan

Mukmin yang bertaqwa untuk mengabdikan diri kepadaNya105

. Pentakrifan ini

bertepatan dengan matlamat utama penciptaan manusia iaitu mengabdikan diri kepada

Allah seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Dhariyat (51): ayat56.

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan

manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat

kepadaKu.

Surah al-Dhariyat (51): 56

Menurut Ibnu Kathir, kewajipan beribadah kepada Allah adalah supaya mereka

mengenali Allah dan bukan kerana Allah berhajat kepada mereka106

. Peringatan tentang

peranan dan tugas manusia perlu dilakukan secara berterusan agar manusia tidak lalai

hidup di dunia ini. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam memberi

104 Ibid.

105 Abdullah Ishak (1995), op. cit, h.12. 106 Ibnu Kathir (2000), Tafsir al-Qur‟an al-„Azim , Muhammad „Abdul Rahman al-Mar‟ashli (ed.), j.4. Beyrout: Dar Ehia al-

Tawrath al-„Arabi, h. 230.

Page 49: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

49

peringatan tersebut dan seterusnya dapat melahirkan individu yang cemerlang dari

sudut akhlak dan akademik.

Ibn Khaldun menyatakan bahawa untuk sampai kepada matlamat dan tujuan

pendidikan yang diinginkan, terdapat dua saranan utama yang harus diberi perhatian

sewajarnya oleh sistem pendidikan iaitu:

Pertama: dari segi ilmu pengetahuan atau kokurikulum pendidikan yang sesuai

harus diajarkan kepada murid.

Kedua : Kaedah dan langkah yang harus digunakan oleh guru dalam Pendidikan107

.

Berdasarkan saranan Ibn Khaldun, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan

peranan dalam menggubal silibus dan kokurikulum pendidikan dalam semua

matapelajaran. Kurikulum Pendidikan Islam KBSM yang sedang dijalankan juga

menepati asas pendidikan yang diutarakan oleh Luqman al-Hakim dalam ayat 12-19

surah Luqman iaitu „aqidah, ibadah dan akhlak108

. Manakala guru pula sebagai

pengantara dalam penyampaian ilmu pengetahuan perlu menggunakan pelbagai kaedah

untuk mencapai matlamat utama pendidikan iaitu melahirkan individu yang berakhlak

mulia dan mengabdikan diri kepada Allah khusus untuk mukmin.

Manhaj yang telah digariskan oleh al-Qur‟an dan al-Sunnah telah berjaya merubah

perilaku orang yang beriman melalui pengajaran dan pembelajaran „aqidah dan nilai-

nilai Islam dengan cara beberapa pendekatan utama yang signifikan iaitu motivasi,

pengulangan, menarik perhatian, penyertaan aktif dan berkesan, belajar secara beransur-

ansur, meneladani, membuat penelitian, menegur dan memberi nasihat secara langsung.

Segala pendekatan yang digariskan di dalam al-Quran dan al-Sunnah juga

107 Abd Munir Mohamed Noh (2010), “Falsafah Pendidikan Menurut Ibn Khaldun dan John Dewey: Kajian Perbandingan”,

(Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM), h. 78. 108 Kamarul Ariffin b. Mohd Sharif (1998), “Konsep Pendidikan di dalam Surah Luqman dan kaitannya dengan Kurikulum

Pendidikan Islam KBSM: Penekanan kepada ayat 12-19 Surah Luqman”, (Disertasi Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya).

Page 50: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

50

diperkembangkan oleh Sarjana Pendidikan Islam melalui penggunaan beberapa strategi,

kaedah dan aktiviti yang sesuai dengan keperluan semasa bagi menghasilkan kesan

pendidikan yang lebih mantap.

2.2 Metode targhib dan tarhib dalam pendidikan menurut tokoh pendidikan Islam.

Al-Quran dan al-Sunnah telah menggunakan pelbagai pendekatan dalam memberi

motivasi pendidikan rohani kepada orang beriman seperti membangkitkan semangat,

memberikan harapan, janji ganjaran (targhib) dan ancaman seksaan (tarhib), bercerita

serta mengambil manfaat dan pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Targhib dan tarhib atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai galakan dan ancaman

merupakan salah satu teknik motivasi yang sering digunakan dan berkesan dalam

pendidikan. Ia juga merupakan metodologi pendidikan yang sering digunakan oleh

Rasullullah bagi mendidik umat manusia. Selain galakan dan ancaman, terdapat

beberapa istilah lain yang mempunyai maksud yang sama dengan Targhib dan tarhib

iaitu dorongan, ganjaran, rangsangan, motivasi, peringatan dan hukuman.

Metode targhib dan tarhib merupakan suatu rangsangan yang dapat menggerakkan

jiwa dan hati seseorang kepada yang lebih baik. Ini kerana pendidikan bukan sahaja

sekadar memenuhi otak dengan segala ilmu yang belum diketahui tetapi bermaksud

mendidik akhlak dan jiwa, menanam kesedaran, membiasakan pelajar dengan

kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci

serta ikhlas dan jujur. Ia seiring dengan pendapat Ibn Khaldun dan Al-Ghazali bahawa

aspek pendidikan sangat luas bidangnya, yang mana bukan sekadar proses memberi dan

menerima ilmu malah ia lebih dari itu iaitu merupakan proses membentuk akhlak dan

peribadi seseorang pelajar menjadi manusia yang berguna. Al-Ghazali berkata: “Tujuan

pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat, harta, menipu orang

bodoh atau bermegah-megah dengan kawan-kawan.” Oleh itu pendidikan itu tidak

Page 51: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

51

terkeluar daripada pendidikan akhlak. Tujuan murid mempelajari segala ilmu pada masa

kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwanya.109

Al-Ghazali menjelaskan terdapat beberapa prinsip dasar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang patut dipegang oleh setiap pendidik dan pelajar iaitu110

:

Pertama: Hubungan guru dan murid adalah positif. Hubungan dibina atas dasar kasih

sayang, lemah lembut, saling mempercayai dan hormat menghormati. Apabila

hubungan ini tercipta maka mesej setiap guru dan pelajar mudah terlaksana dan

menggembirakan. Sebaliknya jika pelajar menjauhkan diri daripada guru atau berasa

tidak tenteram akibat kekasaran guru menyebabkan kegagalan proses pendidikan.

Kedua: Kebersihan jiwa dan hati pelajar. Al-Ghazali menjelaskan murid perlu memiliki

sifat-sifat seperti tawadduk, jiwanya suci daripada amalan tercela, setia dan ikhlas

dalam hatinya supaya mereka dapat mengambil manfaat daripada proses pengajaran.

Ketiga: Kesesuaian ilmu dengan keupayaan pelajar. Al-Ghazali mengakui wujud

perbezaan individu dari sudut persediaan akal dan kemampuan. Oleh itu, beliau

menyarankan supaya proses pendidikan hendaklah selari dengan kemampuan akal

pelajar.

Keempat: Mempelajari ilmu mudah kepada kompleks. Guru perlu ilmu empirikal

tentang jiwa, watak atau tingkah laku murid dalam rangka melaksanakan tugas. Dalam

erti kata, psikologi adalah satu subjek yang sangat penting dikuasai oleh bakal guru.

Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dilakukan secara berperingkat-peringkat

mengikut tahap kemampuan pelajar.

109 Abdul Salam Yussof (2010), Idea-idea Pendidikan berkesan Al-Ghazali dan Konfusius. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,

h. 41. 110 Ibid, hlm. 85-87.

Page 52: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

52

Kelima: Guru perlu memberi idea dan pandangan yang dapat membimbing murid.

Pandangan itu boleh meningkatkan pengalaman dan maklumat mereka.

Berdasarkan lima prinsip dasar pendidikan yang dikemukakan oleh Al-Ghazali, guru

perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai aspek samada aspek tingkah laku, aspek

minat dan tumpuan proses pengajaran dan pembelajaran, aspek kemahiran serta

keterampilan mengajar dan aspek ilmiah serta cintakan kebenaran. Apabila hubungan

guru dan murid terbina dengan baik, segala perilaku dan kata-kata guru akan mudah

diikuti oleh murid. Maka metode targhib dan tarhib yang terdiri dari pelbagai bentuk

samada ganjaran syurga, ancaman neraka, kata-kata pujian, pemberian hadiah dan

hukuman akan memberi kesan kepada diri murid dari segi sahsiah diri ataupun

pembelajarannya.

Menurut al-Qabisi, sanjungan dan hukuman merupakan salah satu faktor bagi

mewujudkan iklim pembelajaran yang baik. Sanjungan dan hukuman adalah salah satu

bentuk yang terdapat dalam metode targhib dan tarhib. Sanjungan ialah rasa kepuasan

oleh seseorang ketika diganjari atas sesuatu yang dilakukan. Hukuman pula ialah rasa

sakit seseorang dikenakan tindakan. Targhib atau pemberian sanjungan akan

mendorong seseorang pelajar untuk tekun belajar dan mewujudkan tingkah laku yang

baik. Al-Qabisi telah berpesan agar guru tidak menggunakan metode tarhib kecuali

setelah menggunakan pelbagai metode targhib. Ini bertujuan untuk merapatkan

hubungan kasih sayang antara guru dan pelajar seperti hubungan bapa dan anak. Ia

seiring dengan pendapat Al-Nawawi dalam Kitab Riyad al Solihin, bahawa metodologi

targhib perlu diutamakan berbanding tarhib dari segi metodologi penyampaian

pendidikan dengan nisbah 6:4.111

Tujuan pendidikan untuk membangunkan

pembangunan insan. Justeru, sewajarnya pendidik memperbanyakkan metode targhib

111 Kamarul Azmi b. Jasmi (2002), “Paradigma Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu kajian Teks Terhadap Kitab

Riyad Al-Solihin”. (Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya) h. 126.

Page 53: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

53

berbanding tarhib, kerana penggunaan targhib dapat menimbulkan kegembiraan

beramal dan rasa harap. Sebaliknya tarhib pula menimbulkan rasa takut untuk

melakukan kejahatan. Metode targhib sudah memadai untuk manusia secara umumnya.

Walaubagaimanapun, untuk manusia yang banyak berdalih dan berdegil hanya metode

tarhib sahaja yang dapat memberi kesan kepada mereka.112

Imam al-Nawawi

berpendapat bahawa sekalipun metode targhib melebihi tarhib kerana kepentingannya

tersendiri, tetapi terdapat juga kepentingan metode tarhib dalam pendidikan bagi

menghalang umat manusia daripada melakukan kejahatan dengan panduan yang jelas.

Antara bentuk tarhib yang sering diperbincangkan oleh tokoh pendidikan Islam

ialah hukuman pukulan. Abd Allah Nasih Ulwan menghuraikan pemeringkatan dalam

memberi hukuman ini dengan panjang lebar iaitu ia bermula dengan kecaman,

pemulauan, pukulan dan pukulan yang dilakukan di khalayak ramai. Oleh itu hukuman

dalam mendidik murid tidak semestinya terus kepada pukulan sebaliknya perlu bermula

dengan memberi kecaman. Seandainya kecaman tidak berfungsi dalam mengubah

tingkah laku yang negatif maka pendidik boleh beralih kepada konsep pemulauan113

.

Menurut al-Qabisi, tujuan hukuman adalah untuk melatih dan memperbaiki tingkah laku

pelajar kepada tingkah laku yang lebih baik.Sebarang hukuman perlulah jauh daripada

unsur-unsur kekerasan dan pembalasan dendam. Ibn Khaldun pula berpendapat

seseorang guru tidak harus mengambil tindakan yang keras terhadap kesalahan yang

dilakukan oleh pelajarnya. Ini kerana kekerasan terhadap pelajar akan merosakkan

mereka dan sangat berbahaya terutamanya bagi anak-anak yang masih kecil. Tindakan

112 Kamarul Azmi Jasmi et al ( 2007), Pendidikan Islam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia, h. 46-47. 113 „Abd Allah Nashih Ulwan (1994), Tarbiyyah al-Awlad fi al-Islam , j. 2, c.25. Kaherah: Dar al-Salam , h. 720.

Page 54: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

54

ini menyamai kebiasaan yang buruk di kalangan pelajar114

. Islam telah menetapkan

beberapa syarat dalam pelaksanaan hukuman fizikal seperti hukuman rotan iaitu115

:

1. Hukuman fizikal dilaksanakan setelah pendidik gagal membetulkan murid

dengan nasihat, celaan, amaran dan ugutan.

2. Mengelak daripada menggunakan hukuman fizikal dalam keadaan emosional.

3. Ketika merotan, hendaklah menghindari anggota badan yang sensitif seperti

kepala, muka, dada dan perut.

4. Pukulan yang pertama hendaklah tidak terlalu keras dan tidak menyakitkan

pada kedua tangan atau kaki. Al-Qabisi berpendapat hukuman rotan tidaklah

melebihi tiga pukulan. Namun guru boleh merotan melebihi tiga pukulan

dengan keizinan dan murid tersebut mampu menahan pukulan yang lebih

itu.

5. Jika kesalahan murid adalah untuk pertama kali, perlulah diberi kesempatan

untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut atau memberi kesempatan

untuknya meminta maaf.

6. Pendidik perlulah menjalankan hukuman rotan dengan tangannya sendiri.

Islam amat menitikberatkan pelaksanaan sebarang hukuman kepada murid. Pendidik

perlulah memiliki sikap ramah tamah, kasih sayang dan lemah lembut dalam ketegasan.

Murid-murid perlulah dididik dengan pendidikan Rabbani. Pendidik perlulah

membentuk murid yang muraqabah Allah dan takut kepadaNya. Murid-murid yang

terbentuk dalam nilai pendidikan Rabbani akan merasa takut akan kehidupan akhirat

114 Abd Munir Mohamed Noh (2010), Opcit , h. 90.

115 „Abdullah Nashih Ulwan (1996), Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam. Saifullah Kamalie et al.(terj.), j.2. Kuala

Lumpur: Victory Agencie, h. 166-168. Lihat juga „Abdullah Al-Amin Al-Na‟miy (1994), Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut

Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Mohd Ramzi Omar (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 243-245.

Page 55: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

55

dan ancaman kehidupan dunia. Seterusnya, ia akan memberi kesan kepada jiwa dan

lahirlah tingkah laku serta akhlak yang mulia.

Al-Qur‟an dan Sunnah telah menunjukkan metode targhib dan tarhib adalah antara

metode yang paling efektif dalam membentuk iman dan memperbaiki akhlak seseorang.

Pelaksanaan metode targhib dan tarhib dalam pendidikan boleh diaplikasikan pelbagai

bentuk seperti janji-janji Allah syurga, pahala, dorongan kata-kata yang baik, pujian,

pemberian hadiah, balasan-balasan Allah neraka, dosa, amaran guru dan hukuman rotan.

Oleh itu, seorang pendidik perlulah bijak menggunakan pelbagai metode pengajaran

supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan

intelektual.

2.3 Teori-teori pembelajaran Barat dan tokoh-tokohnya berkaitan ganjaran dan

hukuman.

Kemunculan pelbagai teori seperti Skinners‟s Reinforcement Theory dan Teori

Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) bagi membentuk akhlak atau moral

manusia di Barat adalah petunjuk kepada kenyakinan mereka perihal tindak tanduk

manusia dapat diubah dan dimanipulasi ke arah motif yang dikehendaki. Para pengkaji

Barat membuat kesimpulan umum untuk semua tindak tanduk manusia berasaskan teori

motivasi. Teori ini cuba memberikan jawapan kepada persoalan. Apakah yang

menyebabkan manusia melakukan sesuatu perbuatan? Mereka mengatakan pada setiap

perbuatan atau perlakuan manusia mesti ada sebab yang mencetuskannya. Mereka juga

sedar faktor utama yang mendorong manusia melakukan „tindakan‟ atau „behavior‟

adalah disebabkan faktor ganjaran dan hukuman.116

B.F Skinner (1904-1990) dalam teori galakan (Skinners Reinforcement Theory)

mengatakan perlakuan manusia dikawal oleh faktor ganjaran luaran seperti hadiah,

116 Mohd Khairul Nizam ( 2012), Motivasi gaya Rasullullah. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., h. 67-68.

Page 56: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

56

kenaikan gaji, bonus dan sebagainya. Ganjaran positif menggalakkan individu

melakukan tindakan sesuai dengan motif dan ganjaran. Manakala ganjaran negative

akan membuatkan seseorang meninggalkan perlakuan itu. Katanya, “Behavior is under

the control of external rewards”. Teori ini merupakan salah satu teori pembelajaran

behaviourisme yang menjelaskan bahawa terdapat perkaitan antaran peneguhan

berbentuk ganjaran dan hukuman dengan tingkahlaku atau pembelajaran yang

berkesan.

Selain teori pembelajaran behaviourisme, Albert Bandura telah mewujudkan satu

lagi teori personaliti yang dinamakan teori pembelajaran sosial. Teori ini

mengemukakan bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui proses pemerhatian atau

role model. Murid boleh membentuk tingkah laku yang baik apabila guru memberi

peneguhan positif yang dilakukan oleh rakan sebaya dan dalam masa yang sama

memberi peneguhan negatif untuk tingkah laku yang tidak baik.

Mengikut Gagne (seorang ahli motivasi), pembelajaran bermula daripada

rangsangan-rangsangan di luar. Sama ada rangsangan – rangsangan yang dipilih

menjadi bahan pembelajarannya adalah bergantung kuat kepada motivasi dalaman dan

juga luaran. Motivasi dalam konteks pembelajaran merujuk kepada galakan dalaman

pelajar untuk belajar mengikut kehendak sendiri. Ini bermakna pelajar itu sendiri yang

berhasrat untuk belajar tanpa disuruh atau dipaksa oleh sesiapa. Secara umumnya

motivasi merujuk kepada kecenderungan yang wujud dalam diri individu yang dapat

mempengaruhi pemikiran dan tingkah lakunya117

.

Motivasi ini dapat dirangsang melalui insentif dan juga motif. Insentif merupakan

galakan samada luaran dan dalaman yang dapat mendesak seseorang bertindak untuk

mendapatkan ganjaran. Dalam bilik-bilik darjah, guru boleh memberi insentif dalam

117 Shahabuddin et al (2003), Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd., h. 16-17.

Page 57: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

57

bentuk penghargaan iaitu pujian, gred, kedudukan dalam kelas, hadiah dan sebagainya.

Walaubagaimanapun faktor insentif kebendaan yang keterlaluan akan menyebabkan

pelajar hanya belajar apabila insentif ditawarkan dan tidak apabila tiada ganjaran di

sebalik pembelajaran tersebut. Motif pula merujuk kepada kecenderungan individu yang

menggerakkan dan mendorong individu untuk bertindak bagi mencapai sesuatu

matlamat walaupun melalui satu tempoh masa yang lama. Misalnya pelajar didedahkan

dengan peluang-peluang pekerjaan yang akan diperolehi apabila mereka berjaya dalam

pelajaran. Pelajar akan terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai

motif tersebut.

Maslow (1908-1970) dalam bukunya Motivation and Personality, telah

mengemukakan teori keperluan manusia yang menjadi motivasi untuk manusia

melakukan sesuatu iaitu:

i) keperluan fisiologi - makan, minum dan rehat

Ii) keperluan keselamatan - bebas daripada rasa takut

Iii) keperluan kasih sayang- menyayangi dan disayangi

Iv) keperluan penghargaan diri - memerlukan penghargaan atau pengiktirafan diri

V) keperluan kepuasan diri - perlu kepada kesempurnaan diri.118

Berdasarkan hierarki keperluan yang digariskan oleh Maslow, peneguhan atau

galakan merupakan antara cara untuk menerapkan motivasi dalam proses pembelajaran

termasuklah tingkah laku baik. Beliau membahagikan unsur peneguhan ini kepada

peneguhan positif (rewards) dan peneguhan negatif. Contoh peneguhan positif ialah

memberi hadiah, memberi penghormatan ketika perhimpunan, pujian dan penghargaan.

118 Maslow, Abraham H. (1970), Motivation and Personality, c.2. NewYork: Harper & Row Publishers, h. 35-46.

Page 58: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

58

Manakala peneguhan negatif (punishment) pula adalah berbentuk celaan, sindiran,

amaran, denda dan pukulan. Segala bentuk hukuman tersebut merupakan satu bentuk

motivasi ekstrinsik yang boleh menimbulkan ketegangan di dalam diri sehingga murid

mengelakkannya dengan bertingkah laku baik119

.

2.4 Perbandingan metode targhib dan tarhib dengan ganjaran dan hukuman

menurut Barat.

Asas utama metode targhib dan tarhib dapat difahami daripada kata-kata Allah

dalam Surah an-Nahl (16), ayat 96 iaitu :

Maksudnya: (sebenarnya) apa Yang ada pada kamu akan habis

dan hilang lenyap, dan apa Yang ada di sisi Allah tetap kekal;

dan Sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar Dengan

memberikan pahala Yang lebih baik dari apa Yang mereka telah

kerjakan.

Surah an-Nahl (16): 96

Dua asas utama targhib dan tarhib atau konsep ganjaran dan hukuman yang dapat

difahami adalah120

:

1. Konsep targhib dan tarhib adalah bersifat kekal dan akan berterusan sehingga ke

alam akhirat berdasarkan ayat “… dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal.”

2. Konsep targhib dan tarhib adalah bersifat jauh lebih daripada apa yang mereka

kerjakan di atas dunia. Ini berdasarkan ayat, “Kami akan memberi balasan

kepada orang – orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik.”

119 Blair et al.(1954), Educational Psychology. New York: The Macmillan Company, h. 176. 120 Mohd Khairul Nizam ( 2012), Motivasi gaya Rasullullah. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., h. 45-46

Page 59: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

59

Metode targhib dan tarhib ini adalah benar-benar mutlak daripada Allah s.w.t serta

bersifat imani. Segala pengisiannya adalah bersifat syumul dari pelbagai aspek sama ada

ibadah, muamalat, jenayah dan sebagainya. Ianya mementingkan akhirat disamping

tidak lupa juga keduniaan bagi menjadi insan berjaya sama ada didunia dan juga akhirat.

Manakala ganjaran dan hukuman teori barat pula hanyalah bersifat keduniaan semata-

mata dan bukan datangnya daripada Allah s.w.t.

Metode targhib dan tarhib ini adalah bersifat universal, kekal dan abadi. Ianya

bukan hanya ditujukan kepada golongan,bangsa ataupun individu tertentu sahaja namun

adalah untuk semua umat manusia tidak kira zaman dan sesiapa. Hukum metode targhib

dan tarhib ini adalah kekal. Manakala sesetengah hukuman dan ganjaran teori barat pula

hanya ditujukan buat golongan ataupun tempat tertentu. Ianya tidak bersifat universal.

Hukuman dan ganjaran metode targhib dan tarhib ini adalah berlandaskan al-Qur‟an

dan as-Sunah. Segala hukum adalah diambil daripada al-Qur‟an dan sekiranya tiada nas

dalam masalah tertentu maka akan dikaji pula melalui as-Sunah. Maka al-Qur‟an dan

as-Sunnah merupakan sumber utama menetapkan hukuman dan ganjaran metode ini.

Manakala hukuman teori barat digubal mengikut pandangan ahli falsafah dan golongan

ilmuan semata-mata. Namun manusia ini bersifat terbatas akal fikirannya dan sentiasa

melakukan khilaf walaupun siapapun mereka. Dalam menentukan sesuatu biasanya

menusia cenderung mengikut pandangan sendiri demi mementingkan dan memikirkan

diri sendiri berbanding menekankan kemaslahatan masyarakat sekelilingnya. Ini adalah

bersifat zalim dan tidak adil.Berbanding dengan hukuman dan ganjaran metode targhib

dan tarhib yang bersifat adil dan tidak zalim kerana datangnya daripada Allah swt.

Selain itu, hukuman dan ganjaran metode ini adalah pembuktiannya secara ghaib di

akhirat kelak. Sekiranya sesiapa melanggar kesalahan hukum Allah mereka tidak akan

lepas daripadai siksaan di akhirat. Berbeza dengan metode hukuman Barat yang mana

Page 60: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

60

ganjaran dan hukuman adalah nyata dan dilaksanakan secara terus. Maka sesiapa yang

terlepas dari terkena hukuman di dunia maka bererti terlepaslah mereka daripada

hukuman di atas kesalahan tersebut. Ini kerana tidak dijanjikan dalam hukuman Barat

bahawa akan terkena hukuman di akhirat bagi yang terlepas hukumannya di dunia.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi sumber dan konsep, matlamat targhib dan

tarhib serta ganjaran dan hukuman Barat adalah untuk memotivasikan seseorang supaya

menjadi yang lebih baik. Ia merupakan metodologi penyampaian pendidikan yang

berkesan dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan membantu pembinaan

pembangunan insan.

Bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan, seorang guru hendaklah menguasai

kaedah- kaedah pengajaran, pengetahuan yang mendalam terhadap isi pengajaran yang

hendak disampaikan, mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang pendidikan

seperti psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, pedagogi pendidikan dan juga hasrat

yang terkandung di sebalik kurikulum yang disediakan serta lain-lain bidang yang

berkaitan. Antara ciri-ciri pengajaran yang berkesan ialah guru berjaya memotivasikan

murid ke arah kesedaran perihal kepentingan pelajaran dan menguasai isi pengajaran

dengan memberi sepenuh perhatian. Selain itu, kejayaan guru mengawal disiplin kelas

dan murid pula dapat mendisiplinkan diri sepanjang pembelajaran berlaku121

.

Seorang guru yang mengaplikasi metode targhib dan tarhib dalam pengajarannya

dengan penuh ikhlas semata-mata kerana Allah mampu mendidik murid berakhlak

mulia dan bertakwa kepada Allah. Sebagai contoh, guru memotivasikan murid supaya

belajar bersungguh-sungguh dengan memberitahu tentang janji Allah terhadap orang

berilmu iaitu meletakkan orang yang beriman dan berilmu pengetahuan ke tahap yang

paling tinggi seperti yang ditegaskan dalam al-Qur‟an:

121 Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam Falsafah Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 205-206.

Page 61: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

61

……. ……

Maksudnya:… Allah meninggikan darjat orang-orang Yang

beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu

pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.

Surah al-Mujadalah (58): 11

Cara guru menerangkan tentang janji Allah kepada orang yang berilmu dengan

penuh semangat dan ikhlas akan mendorong murid menumpukan perhatian terhadap

pengajaran dan disiplin kelas dapat dikawal dengan baik.

Metode targhib dan tarhib bukan sahaja berkaitan psikologi pendidikan, bahkan ia

merupakan salah satu metode yang penting untuk menerangkan dan menerapkan akidah

yang benar dalam diri murid serta penghuraian hukum-hakam dalam ibadah. Oleh itu,

pelaksanaan metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam amat diperlukan terutamanya dalam menerangkan tajuk berkaitan aqidah, ibadah

dan adab.

2.5 Aplikasi Metode targhib dan tarhib dalam Pendidikan Islam

Dalam konteks pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia, mata pelajaran

Pendidikan Islam dalam kurikulum pendidikan kebangsaan adalah salah satu

matapelajaran yang diwajibkan kepada pelajar Islam pada peringkat Kurikulum

Bersepadu Sekolah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pada peringkat KBSM, mata pelajaran ini mengandungi komponen Tilawah al-Qur‟an,

Akidah, Ibadah, Akhlak dan Tamadun. Matlamat yang dinyatakan dalam Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang mulia berdasarkan

al-Qur‟an dan sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan

menyumbang ke arah meningkatkan tamadun bangsa dan Negara.

Page 62: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

62

Sasaran utama pembelajaran pendidikan Islam adalah untuk menyemai benih

iman dalam diri murid bagi proses pembentukan Muslim sejati. Oleh itu, fokus utama

pembelajaran adalah pada hati, di mana hakikatnya bersifat lembut dan amat sensitif

serta mudah dipengaruhi oleh sifat mahmudah dan mazmumah. Guru-guru berperanan

menggalakkan murid mentarbiyah hati melalui pelbagai proses, contohnya penyucian,

pembersihan, pengawalan dan penyuburan. Selain itu, guru juga berperanan menanam

rasa kecintaan, kerinduan, kasih sayang serta penghargaan, pengiktirafan dan tidak

ketinggalan doa dan fadail untuk motivasi. Apabila hati telah terdidik, maka mudahlah

tujuan pendidikan Islam untuk membangunkan minda dan membentuk akhlak akan

tercapai.

Guru merupakan perantara atau motivator yang mampu mendorong murid

mentarbiyah hati atau „jiwa dalam‟ dan menggerakkan fizikal manusia bagi melakukan

ketaatan kepada Allah. Perbuatan hasil daripada gerakan „jiwa dalam‟ membuatkan

manusia itu mampu bertahan dan terus konsisten dan istiqamah dalam beribadah.

Kaedah bercerita tentang kisah yang termaktub dalam al-Qur‟an mampu mentarbiyah

hati seseorang. Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas

dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak

mulia dan bertakwa kepada Allah. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul

sesuai dengan kefahaman para pendengar. Gaya juga hendaklah mesra, sopan dan

menarik. Sebagai contoh, guru menerangkan akibat melakukan homoseksual dan

lesbian dengan mengambil iktibar kisah bala bencana yang menimpa kaum Nabi Luth

seperti dalam Surah Hud (11): ayat 82:

Page 63: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

63

Maksudnya: maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah

kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus

Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya

Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya

bertalu-talu.

Surah Hud (11): 82

Metode tarhib yang terdapat dalam ayat al-Qur‟an di atas akan menimbulkan rasa

gerun murid tentang janji balasan Allah terhadap akibat menyalahi fitrah kelelakian dan

keperempuanan. Ia akan membantu murid memahami fenomena semulajadi yang

berlaku di sekeliling mereka seperti orang yang mengamalkan seks luar tabi‟i akan

mudah terkena penyakit merbahaya seperti Aids dan Sipilis. Tadabbur pada ayat-ayat

al-Qur‟an akan merangsang kefahaman bahawa setiap perintah dan larangan adalah

bertujuan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Selain mentarbiyah hati, metode targhib dan tarhib juga digunakan dalam

menjelaskan fadhilat sesuatu hukum ibadah seperti hukum melaksanakan solat fardhu

secara berjemaah ialah fardu kifayah dan orang yang melaksanakannya dikurniakan

Allah pahala yang berlipat kali ganda.

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar r.a, Rasullullah s.aw

bersabda: Solat berjamaah lebih afdhal daripada solat

berseorangan dengan dua puluh tujuh darjat.122

122 Al-Hafiz Abi Al-Hussain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi (t.t), Sahih Muslim, Bab Fadlu Solat al-

Jamaah, No. Hadith : 650. Riyad : Dar As-Salam, h. 302.

Hadith riwayat Muslim :

Page 64: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

64

Hadith diatas menggalakkan umat Islam umat Islam melaksanakan solat secara

berjamaah kerana pahalanya sangat besar berbanding solat bersendirian. Secara tidak

langsung metode targhib yang terdapat dalam hadith di atas memotivasikan seseorang

untuk taat pada perintah Allah.

Metode targhib dan tarhib banyak di sebut dalam al-Qur‟an dan Hadith. Metode

ini digunakan oleh Rasullullah s.a.w dalam mendidik umat Islam terdahulu dan ia masih

digunakan dalam bidang pendidikan tanpa disedari. Menurut kajian yang dijalankan

oleh Sharifah Norshah Bani, targhib dan tarhib mempunyai konsep yang sama dengan

Tabshir dan Indhar iaitu galakan dan hukuman. Beliau telah mengklasifikasikan jenis-

jenis galakan dan hukuman yang diterima penghuni di dua buah Sekolah Henry Gurney

(SHG) iaitu diTeluk Mas, Melaka dan Batu Gajah, Perak.

Jadual 2.1: Jenis-jenis Ganjaran dan hukuman di SHG123

:

Bil Ganjaran Hukuman

1 Wang Saku Di tahan Wang Saku

2 Bercuti Tidak dibenarkan bercuti

3 Keluarga datang melawat Ditegur secara kasar oleh

pembimbing

4 Lawatan/ aktiviti luar Tidak dibenarkan menerima

lawatan

5 Pujian/ galakan dari

pembimbing

Dirotan

6 Dilantik sebagai

ketua/imam

Dikurung dalam bilik asingan

(panel grade)

7 Naik peringkat Didenda

8 Disyorkan untuk

pembebasan awal

Turun fasa pemulihan

9 Hadiah/ anugerah kerana

sesuatu kejayaan / tingkah

laku baik

Tidak dibenarkan mengikuti

lawatan /aktiviti luar

Sumber: Tesis PHD Sharifah Norshah Bani.

Berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan, penulis membuat kesimpulan

bahawa metode targhib dan tarhib dalam pendidikan Islam terbahagi kepada dua iaitu

123 Sharifah Norshah Bani, op. cit, h. 296.

Page 65: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

65

bentuk duniawi dan ukhrawi. Sebarang tindakan dan kata-kata guru yang bertujuan

menggalakkan murid berakhlak mulia dan beramal ibadah adalah diklasifikasikan

sebagai targhib. Manakala tindakan dan kata-kata guru yang berbentuk ancaman,

amaran dan hukuman pula diklafisikasikan sebagai tarhib.

Rajah 2.1 : Bentuk Targhib dalam pendidikan.

Targhib dalam bentuk ukhrawi banyak disebut dalam al-Qur‟an dan merupakan

ganjaran ghaib yang akan diperolehi di akhirat. Manakala targhib dalam bentuk duniawi

pula ialah sebarang bentuk ganjaran yang diperolehi di dunia lagi atau pun ketika

pembelajaran berlaku.

Antara saranan Imam Nawawi yang ditinjau dari perspektif pendidikan „Matan al-

Arbain‟ ialah peka terhadap persekitaraan pelajar dan perkembangan emosi pelajar

ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku124

. Oleh itu, guru perlulah mengenal pasti

terlebih dahulu jika terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kemudian,

memberikan nasihat dan dorongan agar pelajar membetulkan kesalahan dan berubah

menjadi baik. Memberi dorangan bolehlah dengan memberikan kata-kata semangat

bagi menaikkan motivasi kedalam hati dan jiwa pelajar.

124 Zawawi Ahmad (1990), “Sumbangan Imam Nawawi Dalam Pendidikan”, (Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Ketiga, B.H.E.

Islam Jabatan Perdana Menteri kerjasama Akademi Islam UM, Kuala Lumpur, 18-20 Disember1990), h. 143.

TARGHIB DALAM PENDIDIKAN

CONTOH TARGHIB

BENTUK UKHRAWI/ GHAIB

1. Pahala

2. Syurga

3. Pengampunan dosa dari Allah

4. Pahala yang berganda

CONTOH TARGHIB

DALAM BENTUK DUNIAWI

1. Pujian

2. Pemberian hadiah

3. Anugerah

4. Memberi dorongan/ nasihat

Page 66: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

66

Selain itu, guru juga boleh mengunakan cara memberi hadiah sebagai salah satu cara

menaikan rasa minat pelajar. Contohnya,memberi hadiah sekiranya pelajar berjaya

dalam peperiksaan mereka. Pemberian hadiah bukan sahaja akan menggembirakan

pelajar malahan akan meningkatkan lagi daya usaha mereka untuk terus belajar dan

mencapai kejayaan. Ia turut memberikan semangat kepada pelajar yang tidak berjaya

untuk belajar bagi mendapatkan penganugerahan tersebut. Secara tidak langsung akan

wujudnya persaingan yang sihat antara pelajar. Hadiah ini juga adalah sebagai tanda

penghargaan terhadap usaha mereka. Namun, seorang pelajar yang pandai dan selalu

menunjukkan hasil pekerjaan yang baik tidak perlu selalu diberikan hadiah kerana

dikhuatiri hal tersebut berubah menjadi upah dan akhirnya ia tidak bertujuan untuk

mendidik lagi. Maka kebijaksanaan seorang guru menjadikan pemberian hadiah ini

perlulah sesuai dengan tujuan dan situasi.

Amalan membaca doa pada permulaan pengajaran juga merupakan metode targhib.

Doa yang dibaca dengan khusyuk dan penuh tawaddu‟ dapat melembutkan hati dan

menghindari gangguan syaitan. Apabila hati lembut, lebih mudah bagi seseorang untuk

menerima ilmu dan menerima kata nasihat dan tunjuk ajar oleh guru.

Mengambil kira perbezaan pelajar merupakan salah satu teknik dan cara mengajar

yang berkesan oleh Rasullullah s.a.w. Guru perlulah memerhatikan tahap pemikiran

anak murid dan berbicara mengikut tahap penerimaan mereka. Terdapat murid yang

boleh berubah sikap dengan metode targhib seperti berubah menghormati guru kerana

mahu mencapai keredhaan Allah dan keberkatan ilmu. Namun, terdapat murid yang

memerlukan metode tarhib sebagai agen pengubah seperti memberi ugutan kepada para

pelajar untuk memberitahu kepada ibubapa mereka jika mereka tidak mendengar kata

dan tidak melakukan apa yang diminta oleh guru. Selain itu, cara sindiran dan teguran

juga boleh digunakan untuk mencegah murid daripada sesuatu akhlak yang tidak baik.

Page 67: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

67

Namun, sindiran dan teguran yang diberi perlulah dilakukan secara berhikmah dan

menggunakan cara yang bijaksana serta tidak kasar sama ada dari segi perlakuan

ataupun ucapan.

Bagi murid yang melakukan kesalahan berulang kali dan gagal mendengar kata

guru, perlulah dikenakan hukuman. Hukuman yang dikenakan adalah bertujuan untuk

mendidik dan mestilah tidak dikuasai oleh nafsu amarah dan dendam. Hukuman tidak

memberatkan dan cukup sekadar telah menyedarkan murid bahawa apa yang mereka

lakukan adalah salah. Hukuman yang dilarang, seperti memukul wajah, kekerasan yang

berlebihan, perkataan buruk, memukul ketika marah, menendang dengan kaki .

Manakala,hukuman yang yang disarankan seperti memberikan nasihat dan pengarahan,

mengerutkan muka, menyindir, mendiamkan, teguran, hukuman rotan dan pukulan

ringan.

Rajah 2.2: Bentuk tarhib dalam pendidikan

Sebagai seorang pendidik, jiwa keibubapaan mestilah wujud. Haruslah mempunyai

nilai kasih sayang yang tinggi. Menganggap murid seperti anak sendiri dan sebagai

rakan. Bersikap peramah dan mudah tersenyum bagi membuatkan murid berasa tidak

takut akan guru dan berasa lebih dekat perhubungan antara guru dan murid itu.

TARHIB DALAM PENDIDIKAN

CONTOH TARHIB

BENTUK UKHRAWI/ GHAIB

1. Neraka

2. Dosa

3. Cerita iktibar bala bencana

yang terdapat dalam al-Qur’an

dan Hadith

CONTOH TARHIB DALAM

BENTUK DUNIAWI

1. Sindiran

2. Teguran

3. Hukuman Rotan

4. PSP

5. Denda

Page 68: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

68

Sekiranya ada nilai kasih sayang maka sudah pastinya proses pembelajaran akan

menjadi lebih berkesan dan pelajar akan mudah mendengar kata guru mereka.

Nilai kasih sayang merupakan perkara utama dalam pengaplikasian metode targhib

dan tarhib. Ia akan mewujudkan komunikasi dua hala yang baik antara guru dan murid.

Ini kerana kedua-dua metode ini amat berkaitrapat dengan respons orang yang

mendengar. Jika guru memotivasikan murid agar berakhlak mulia dengan ganjaran

pahala dengan muka yang masam dan antonasi suara yang agak tinggi, maka sudah

tentu murid tidak akan dapat menerima kata-kata guru tersebut dan objektif membentuk

akhlak yang mulia tidak akan tercapai.

2.6 Kesimpulan

Jiwa yang ada pada diri manusia sememangnya memiliki potensi positif dan negatif.

Namun pada hakikatnya, potensi positif mendominasi jiwa berbanding potensi negatif.

Cuma pengaruh persekitaran yang kuat menyebabkan jiwa cenderung kepada potensi

atau sikap negatif125

. Buktinya Allah s.w.t menyatakan ini dalam firmannya:

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa

yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang

diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang

diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai

Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika

Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah

125 Dr. H. Rifat Syauqi Nawawi (2000), Metodologi Psikologi Islami. Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 13.

Page 69: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

69

Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat

sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang

Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah

Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya

memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta

ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.

Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk

mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Surah al-Baqarah (2): 286

Muhammad Abduh mentafsirkan ayat tersebut sebagai manusia mudah tertarik

kepada hal yang baik, oleh kerana itu didahulukan sebutan pahala untuk amalan

kebajikan manusia berbanding seksaan untuk amalan jahat yang dilakukan126

. Oleh itu,

metode targhib perlulah didahulukan sebelum menggunakan metode tarhib dalam

pengajaran.

Kesimpulannya berdasarkan huraian yang diberikan, ternyata pendidikan menerusi

metode hukuman antara metode yang efektif bagi membangunkan akhlak remaja. Ia

mencetuskan rasa takut dan bimbang yang menyebabkan remaja meninggalkan akhlak

yang buruk. Tetapi sesuatu yang perlu diambil perhatian ialah metode hukuman wajar

digunakan sebagai alternatif terakhir setelah metode pendidikan yang lain tidak berjaya

membentuk akhlak.

Manusia perlulah mengamalkan segala ajaran yang termaktub dalam al-Qur‟an dan

Sunnah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sebarang tindakan

menyelesaikan masalah berdasarkan akal fikiran manusia tanpa berlandaskan wahyu

Allah akan menyebabkan kesesatan dan kegagalan. Sejarah peradaban manusia

membuktikan kelemahan manusia dalam menyusun dan meletakkan satu mekanisma

terbaik dalam mengawal tingkah laku manusia dengan tepat dan berkesan. Sebagai

126 Muhammad „Abduh (1954), Tafsir al-Qur‟an al-Hakim al-Mushtahar bi Ism Tafsir al-Manar, j.3. Kaherah: T.P, h.146. Lihat

Fathiyah Mohd Fakhruddin, “Pembangunan Akhlak Remaja menurut Al- Qur‟an: Kajian tentang pendekatannya terhadap pelajar Tingkatan Empat di Sekolah- sekolah Menengah di Ampang Selangor Darul Ehsan”. (Disertasi Sarjana Usuluddin, Bahagian

Pengajian Bersama Akademi Pengajian Islam, UM, 2002) h. 144.

Page 70: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

70

contoh, seorang tokoh teori kemoralan yang terkenal bernama Lawrenc Kohlberg

(1927-1987) dengan Teori Perkembangan Moral yang memperkenalkan teori dorongan

dan hukuman dalam aktiviti. Perkara yang tidak dapat diterima akal adalah tokoh ini

mati dengan cara membunuh diri. Dia menenggelamkan dirinya di dalam lautan

Atlantik akibat tekanan dan penderitaan penyakit yang merebak pada waktu itu.127

127 Mohd Khairul Nizam ( 2012), op. cit, h. 48.

Page 71: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

71

BAB KETIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Bab ini membincangkan secara terperinci tentang reka bentuk kajian yang digunakan,

lokasi kajian, responden kajian dan metodologi kajian. Metodologi yang dijalankan

merangkumi beberapa bentuk iaitu metode pengumpulan maklumat, metode kajian

lapangan dan metode analisis data. Ketiga-tiga metode tersebut signifikan dalam

melakukan analisa terhadap dua (2) skop kajian iaitu kitab-kitab rujukan dan Guru-guru

Pendidikan Islam. Seterusnya bab ini juga menghuraikan kebolehpercayaan dan kesahan

teknik yang digunakan, prosedur kajian, analisis data dan rumusan berkaitan bab ini.

Bab ini merupakan bahagian yang amat penting memandangkan ianya menjelaskan cara

hasil dapatan diperolehi bagi menjamin kualiti sesuatu kajian yang dijalankan.

3.1 Metode Pengumpulan Maklumat

Metode dokumentasi ialah metode pengumpulan yang didapati dengan melakukan

kajian terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang dikaji.

Manakala dokumen ialah sesuatu yang bertulis atau bercetak yang digunakan sebagai

rekod atau bukti128

.

Kajian yang dijalankan memerlukan pengumpulan maklumat khususnya dalam

menjelaskan kerangka teori dengan membuat rujukan kepada kitab-kitab, buku-buku

dan kajian ilmiah melalui kaedah kajian perpustakaan (literature review). Di samping

128 Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 311.

Page 72: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

72

itu, kaedah historis juga dijalankan bagi menjelaskan sesuatu perkara yang berkaitan

sejarah dan sebab penurunan ayat al-Quran yang berkaitan.

3.1.1 Dokumentasi Melalui Kajian Perpustakaan (Literature Review)

Pengumpulan maklumat yang dijalankan lebih menumpukan untuk mengeluarkan

contoh-contoh metode targhib dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an berdasarkan

matlamat pendidikan. Selain itu, huraian mengenai metode targhib dan tarhib dan juga

ganjaran dan hukuman mengikut pandangan tokoh pendidikan Islam dan Barat akan

dikaji untuk proses pengkajian.

3.2 Metode Kajian Lapangan

Kajian lapangan dijalankan memfokuskan kepada skop kajian terhadap guru-guru

Pendidikan Islam. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Islam adalah merupakan responden

dalam kajian lapangan ini. Kajian ini menggunakan metod borang soal selidik bagi

mendapatkan data mengenai faktor demografik, kefahaman metode targhib dan tarhib

dan aplikasi metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

menengah. Penyelidikan ini juga menggunakan kaedah pengamatan atau pemerhatian

bagi memperolehi maklumat tambahan yang sukar diperolehi melalui pengedaran

borang soal selidik.

3.2.1 Pemilihan Responden

Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) merupakan responden dalam kajian lapangan yang

melibatkan seramai 138 orang dari seluruh sekolah-sekolah menengah Kebangsaan di

Shah Alam. Responden seramai seratus tiga puluh lapan (138) orang ini adalah

merupakan sampel yang dipilih bagi mewakili populasi keseluruhan guru-guru

Pendidikan Islam di seluruh Shah Alam iaitu 167 orang. Jumlah 138 orang GPI

(sampel) adalah mewakili 82.6% daripada 167 orang GPI (populasi) di seluruh sekolah

Page 73: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

73

menengah Kebangsaan di Shah Alam. Oleh itu, sampel 138 adalah bertepatan dengan

saiz sampel yang ditetapkan oleh Krejcie dan Morgan (1970)129

iaitu jika populasi bagi

suatu kajian ialah 160, maka bilangan responden yang diperlukan ialah 113. Ia akan

menghasilkan keesahan keputusan kajian yang akan menggambarkan keseluruhan tahap

kefahaman dan pengaplikasian metode targhib dan tarhib di kalangan GPI, Shah Alam.

3.2.1 (a). Latarbelakang Guru-guru Pendidikan Islam

Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) ialah guru-guru yang mengajar matapelajaran

Pendidikan Islam. Pendidikan Islam merupakan pelajaran wajib yang perlu dipelajari

oleh semua pelajar Islam. Peruntukan masa bagi matapelajaran Pendidikan Islam di

peringkat menengah rendah ialah 240 minit yang boleh dibahagikan kepada enam waktu

dengan 40 minit bagi satu waktu. Tiga waktu diajar dalam waktu persekolahan biasa,

dua waktu diajar dalam masa tambahan dan satu waktu untuk amali solat. Di peringkat

menengah atas pula, peruntukan masa ialah 160 minit seminggu yang boleh dibahagikan

kepada tiga waktu pengajaran biasa dan satu untuk amali solat. Pelajaran jawi menjadi

sebahagian daripada pelajaran Pendidikan Islam. Di sekolah menengah, penggunaan

jawi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tulisan jawi.

Kebanyakan guru-guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah menengah adalah guru-

guru yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda bidang-

bidang tertentu dalam Pengajian Islam seperti berikut:

i) Usuluddin

ii) Syariah Islamiah

iii) Pendidikan Islam

iv) Bahasa Arab

v) Pengajian Islam

129 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill Education: Kuala Lumpur, h.186. Lihat juga Ahmad Sunawari

Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi, h.81.

Page 74: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

74

vi) Lain-lain ( yang lebih mengkhususkan sesuatu bidang tetapi mempunyai

kaitan dengan pengajian Islam seperti kewangan Islam, al-Qur‟an dan al-

Sunnah, dakwah dan kepimpinan dan sebagainya)

Selain Pendidikan Islam, terdapat matapelajaran lain yang perlu diajar oleh guru

Pendidikan Islam seperti matapelajaran pengkhususan bidang agama seperti:

i) Pengajian Syariah Islamiah

ii) Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah

iii) Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi

iv) Tasawwur Islam

Walaubagaimanapun, kajian ini hanya mengambil kira guru-guru yang mengajar

matapelajaran Pendidikan Islam sahaja kerana tidak semua sekolah menengah yang

menawarkan kesemua matapelajaran tersebut berbanding matapelajaran Pendidikan

Islam yang dipelajari oleh semua pelajar Islam di sekolah menengah.

3.2.1 (b). Latarbelakang Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan di Shah Alam

Shah Alam merupakan bandaraya yang terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-

kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Berdasarkan data yang diperolehi,

terdapat 20 Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Shah Alam iaitu:

1. SMK Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam

2. SMK Alam Megah (2), Seksyen 28 Shah Alam

3. SMK Seksyen 9, Shah Alam.

4. SMK TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam.

5. SMK Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam.

6. SMK Seksyen 19, Shah Alam.

7. SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam.

Page 75: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

75

8. SMK Seksyen 24(2), Shah Alam.

9. SMK Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

10. SMK Subang Bestari, Seksyen U5 Shah Alam.

11. SMK Seksyen 27, Shah Alam.

12. SMK Seksyen 18, Shah Alam.

13. SMK Seksyen 7, Shah Alam.

14. SMK Bukit Jelutong, Seksyen U8 Shah Alam.

15. SMK Seksyen 16, Shah Alam.

16. SMK Seksyen Sebelas, Shah Alam.

17. SMK Seksyen 24(1), Shah Alam.

18. SMK Subang, Kampung Melayu Subang, Shah Alam.

19. SMK Jalan Kebun, Seksyen 32 Shah Alam.

20. SMK Kota Kemuning, Seksyen 31 Shah Alam.

Semua Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Shah Alam adalah di

bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana kecuali SMK Jalan

Kebun dan SMK Kota Kemuning adalah di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah

(PPD) Klang.

3.2.2 Soal selidik yang dijalankan

Data dikumpulkan melalui soal selidik, temubual dan pemerhatian. Kaedah soal selidik

diperlukan kerana data yang diperoleh daripada responden adalah sistematik dan terarah

untuk dianalisis bagi menjawab persoalan kajian berkaitan pelaksanaan metode targhib

dan tarhib di kalangan GPI di Shah Alam.

Soalan-soalan yang dirangka dalam soal selidik dibahagikan kepada empat

bahagian. Pertama, faktor demografik berkaitan kefahaman metode targhib dan tarhib

dan tiga bahagian lagi merangkumi item-item soalan berkaitan dengan aplikasi metode

Page 76: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

76

targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran serta kesan pengaplikasian

metode targhib dan tarhib terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3.2.2 (a). Faktor Demografik

Dalam kajian ini, faktor demografik merangkumi jantina, umur, status perkahwinan,

tahun pengalaman bekerja, jawatan yang dipegang sekarang, tingkatan pelajar yang

pernah diajar, tahap tertinggi kelulusan pendidikan, pengkhususan pendidikan ijazah

pertama dan tempat kelulusan pendidikan,

Selain itu, responden juga dikemukakan persoalan tentang tahap penguasaan

bahasa Arab yang merangkumi penguasaan pembacaan, penulisan, pendengaran dan

percakapan.

Disamping itu, beberapa soalan umum yang berkaitan kajian diajukan seperti berikut:

i) Adakah responden mengetahui maksud targhib dan tarhib.

ii) Bagaimanakah responden mengetahui metode targhib dan tarhib.

iii) Adakah responden pernah memberitahu kepada murid tentang balasan

syurga dan neraka.

iv) Berapa kalikah amaran yang diberikan oleh responden kepada murid yang

melakukan kesalahan sebelum diambil tindakan.

Soalan umum tersebut bertujuan untuk mengetahui kefahaman responden terhadap

metode targhib dan tarhib dan amalan responden berkaitan metode targhib dan tarhib

secara umum. Ia juga untuk membuktikan bahawa terdapat hubungkait diantara GPI

yang tidak mengetahui maksud targhib dan tarhib dengan amalan GPI dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Seterusnya, penyelidikan ini akan mengkaji pengaplikasian metode targhib dan

tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan amalan guru

Page 77: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

77

dan juga keutamaan GPI menggunakan metode targhib dan tarhib ketika berhadapan

dengan sesuatu tujuan atau permasalahan.

3.2.2 (b). Amalan guru terhadap aplikasi targhib dan tarhib dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam

Amalan guru merupakan suatu kebiasaan130

yang dilakukan oleh guru ketika

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Bagi menentukan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan seperti

penyampaian isi secara sistematik dan lancar, penggunaan alat bantu mengajar serta

penilaian proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, penyampaian isi

pengajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan pengajaran, peringkat

perkembangan dan peringkat penutup. Bahan bantu mengajar pula berfungsi untuk

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala penilaian proses pengajaran

dan pembelajaran pula adalah untuk menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran

guru131

.

Berdasarkan kriteria tersebut, penyelidik telah membahagikan aplikasi atau

pelaksanaan targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran kepada 5 bahagian

untuk mengkaji amalan guru, iaitu:

1. Permulaan Pengajaran

2. Perkembangan Pengajaran

3. Penutup Pengajaran

4. Bahan Bantu Mengajar

5. Pengalaman

130 Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 33. 131 Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, h.206-210.

Page 78: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

78

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan guru terhadap aplikasi targhib

dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan skala

kekerapan mengikut persepsi GPI.

Selain itu, objektif kajian ini juga untuk mencari hubungan diantara amalan GPI

mengaplikasi metode targhib dan tarhib dengan kesan pengaplikasiannya dari segi

pengalaman. Objektif ini penting bagi menilai keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan pengalaman yang berlaku terhadap GPI.

3.2.2 (c). Kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib pada Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada konsep

dan pendekatan yang digunakan untuk mencorak suasana pembelajaran di dalam bilik

darjah. Dalam memilih konsep dan pendekatan P&P, guru perlu sentiasa memikirkan

cara untuk menjamin wujudnya penglibatan dan interaksi kelas yang aktif. Penggunaan

metode dan teknik yang bersesuaian boleh memberi kesan yang besar terhadap kejayaan

dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji kesan pengaplikasian metode

targhib dan tarhib terhadap P&P Pendidikan Islam berdasarkan tiga perkara utama

iaitu:

a. Pembinaan iman

b. Pembentukan sakhsiah diri

c. Pembinaan pembelajaran kondusif

Ketiga-tiga perkara utama yang disebutkan merupakan unsur penting dalam

ajaran Islam yang merangkumi aspek keimanan, ilmu dan akhlak. Ia juga bertepatan

Page 79: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

79

dengan pendapat al-Nahwi bahawa asas falsafah pendidikan dalam Islam terdiri

daripada tiga iaitu132

:

a. Keimanan kepada Allah swt, meninggikan kalimah-Nya dan menyeru

kepada jalan-Nya.

b. Manhaj rabbani, iaitu penghayatan kepada al-Qur‟an dan al-Sunnah.

c. Kesedaran dan penerokaan terhadap realiti alam dan manusia yang

berteraskan kepada dua asas di atas.

Kesan pembinaan iman dikalangan murid dinilai berdasarkan persepsi GPI

terhadap tingkah laku murid seperti beribadah dengan tenang, istiqamah beribadah,

sentiasa melakukan ibadah sunat dan khusyuk beribadah. Manakala kesan pembinaan

sakhsiah diri pula, pengkaji menganalisanya berdasarkan dua aspek iaitu sifat murid dan

persepsi GPI terhadap pernyataan Metode targhib dan tarhib sebagai penggerak

perubahan sifat negatif kepada sifat positif.

Selain itu, pembinaan pembelajaran kondusif pula dikaji berdasarkan dua aspek

iaitu sifat murid dan persepsi GPI terhadap pernyataan kesan targhib dan tarhib dari

sudut negatif dan positif. Pembelajaran kondusif merupakan salah satu bukti

keberkesanan sesuatu P&P. Oleh itu, pengkaji akan menyelidik persepsi GPI terhadap

tingkah laku murid dari segi penglibatan aktif dalam pembelajaran, meningkatkan

motivasi murid, kawalan disiplin dan merangsang Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis

(KBKK).

Persepsi guru dalam menilai kesan terhadap P&P adalah tepat kerana antara

peranan guru ialah sebagai penilai proses P&P serta melaksanakan pengukuran dan

penilaian terhadap kemajuan murid. Kelemahan yang didapati hasil daripada penilaian

132 Al-Nahwi, Adnan „Ali Rida (2000), Al-tarbiyyah fi al-Islam: al-Nazariyyah wa al-Manhaj. Riyad: Dar al-Nahwi, h.127-128.

Page 80: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

80

tersebut perlu diperbaiki oleh guru dalam pengajaran yang berikutnya dan begitulah

seterusnya sehingga guru tersebut dapat mencapai tahap guru yang paling berkesan133

.

3.2.2 (d). Soalan Terbuka ( Open-Ended Questions)

Pada akhir bahagian item soal selidik, pengkaji telah menyediakan tiga soalan

terbuka menggunakan item bebas. Item bebas merupakan item yang meminta

responden untuk menyatakan pendapat mereka sendiri tanpa diberi sebarang pilihan

atau kategori134

. Objektif tiga soalan bercapah yang disediakan adalah untuk:

a. Mengenalpasti masalah atau halangan yang dihadapi oleh GPI dalam

mencapai matlamat Pendidikan Islam iaitu melahirkan pelajar yang

cemerlang dunia dan akhirat.

b. Mencadangkan aktiviti atau program untuk melahirkan pelajar yang

cemerlang dari segi rohani, akhlak dan akademik.

c. Mengenalpasti tindakan pertama GPI apabila terdapat murid Islam yang

melakukan kesalahan curi makan ketika bulan Ramadhan.

Soalan terbuka atau bercapah merupakan amat sesuai untuk mendapat

pandangan , cadangan dan sikap responden terhadap sesuatu kajian tanpa dipengaruhi

oleh sebarang pilihan yang diberi135

. Ini akan membantu penyelidik mendapatkan

insight terhadap tingkahlaku sampel yang dikaji.

133 Kamarul Azmi Jasmi et al (2007), op. cit,h. 80

134 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill Education: Kuala Lumpur, h.270. 135 Mok Soon Sang (2010), Penyeledikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Perak:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., h. 213.

Page 81: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

81

3.2.3 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah pengumpulan data yang berbentuk „non-

verbal‟ bagi meneliti situasi atau kejadian sebenar disamping memikirkan secara kritikal

terhadap tingkah laku informan. Dalam Islam, pemerhatian sering digalakkan oleh al-

Qur‟an supaya dapat dijadikan pengajaran kepada manusia dan menjadi sumber kepada

pengesahan maklumat. Dalam epistemologi, pancaindera memberikan ¾ maklumat

kepada manusia. Kaedah pemerhatian mempunyai tiga kelebihan iaitu136

:

1. Penyelidik dapat memerhati secara langsung tingkah laku subjek kajian.

2. Dapat mengelak daripada kesilapan tanggapan memberi tafsiran dan

membuat kesimpulan.

3. Meneroka isu secara mendalam dan berkemungkinan memperolehi

maklumat di luar jangkaan.

Teknik pemerhatian digunakan untuk memerhati pelbagai fenomena seperti

tingkah laku fizikal, tingkah laku verbal, gambaran zahir manusia seperti mimik muka

dan nada suara, keadaan hubungan dan objek fizikal seperti gantungan kata-kata hikmah

di dinding sekolah. Bagi kajian ini, pengkaji telah menjalankan dua klasifikasi

pemerhatian iaitu:

1. Pemerhatian tanpa penyertaan dan tanpa kawalan

Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat ringkas tentang

penghayatan agama dikalangan murid, hubungan GPI dan murid Islam dan

adab terhadap tetamu. Kaedah ini membolehkan pemerhati menggarap

suasana persekitaran secara live dan tanpa unsur-unsur pura-pura. Pengkaji

menjalankan pemerhatian kepada 10 buah SMK yang mewakili populasi 20

136

Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi,

h.54-55.

Page 82: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

82

buah SMK di daerah Shah Alam. Pengkaji telah mengunakan satu senarai

semak bagi memudahkan pemerhatian tanpa penyertaan dan tanpa kawalan

ini.

2. Pemerhatian terkawal

Pemerhatian terkawal adalah pemerhatian secara tidak turut serta dalam

pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam di dalam kelas. Ini

bermakna pengkaji tidak terlibat dalam suasana (setting) kajian tetapi hanya

sekadar memerhati apa yang dilihat dan merekodkan pemerhatiannnya137

.

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap dua orang GPI dari

belakang bilik darjah. Responden yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria

iaitu mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan Islam melebihi 5 tahun,

mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di Shah Alam serta mewakili

GPI lelaki dan perempuan. Bagi memudahkan proses pemerhatian, pengkaji

menggunakan satu senarai semak untuk merekod metode targhib dan tarhib

yang digunakan oleh GPI semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah.

Kaedah pemerhatian ini amat penting bagi memperolehi data yang bersifat meluas dan

abstrak atau sukar diperoleh ketulenannya melalui kaedah soal selidik dan temubual138

.

Selain itu, pemerhatian juga adalah penting bagi mengukuhkan maklumat yang

diperolehi dari kaedah soal selidik.

137 Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd, h. 137.

138 Mohd Hairudin Amin et al. (2011), Sekolah Agama Penjana Generasi Berakhlak. Skudai; UTM, h.145.

Page 83: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

83

3.2.4 Temubual

Temubual adalah kaedah secara langsung mendapatkan maklumat berbentuk

pandangan daripada responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah temubual tidak

berstruktur melibatkan pelbagai kelompok informen yang terdiri guru pendidikan Islam,

murid, pentadbir sekolah dan pegawai pendidikan pelajaran di Jabatan Pelajaran Negeri

Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Kelebihan temubual tidak

berstruktur ialah penemuramah dan responden berkeadaan natural dan selesa serta dapat

menerokai banyak maklumat kerana perbualan tidak tertumpu untuk menjawab soalan

kajian semata-mata139

.

Data yang diperolehi daripada temu bual sangat penting untuk mengkaji

pengalaman pihak yang terlibat dengan pelaksanaan Pendidikan Islam bagi

mengenalpasti sikap, persepsi, kecenderungan GPI melaksanakan metode P&P

Pendidikan Islam dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan P&P Pendidikan

Islam. Pengkaji telah merekodkan segala maklumat temubual melalui catatan nota.

Kaedah temubual digunakan bagi menguatkan maklumat penyelidikan yang diperolehi

melalui pengedaran soalselidik.

3.3 Metode Analisis Data

Maklumat dan data-data yang diperolehi daripada metode pengumpulan

maklumat dan metod kajian lapangan akan dianalisa dengan menggunakan metod

komparatif dan metod induktif. Melalui metode pengumpulan maklumat, penyelidik

telah meneliti secara mendalam berkaitan Metode targhib dan tarhib menurut Al-

139 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi,

h.66.

Page 84: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

84

Qur‟an, pelaksanaan metode targhib dan tarhib menurut tokoh pendidikan Islam serta

konsep ganjaran dan hukuman menurut tokoh pendidikan Barat.

Data-data daripada kajian lapangan pula dianalisa mencakupi kefahaman,

pengaplikasian dan kesan metode targhib dan tarhib menurut persepsi responden.

Semua data kuantitatif dianalisa secara deskriptif dan seterusnya kesimpulan umum

dibuat dengan sokongan data kaedah temubual dan pemerhatian yang telah dijalankan.

3.3.1 Metode Komparatif

Metode Komparatif ialah cara membuat kesimpulan dengan menjalankan perbandingan

antara beberapa data yang diperolehi, di mana kesemua data dan pendapat ahli yang

berauthoriti dikumpulkan dan dilakukan perbandingan seterusnya kesimpulan dibuat

beserta generalisasi dan dalil.

Justeru, metode komparatif diaplikasikan dengan kaedah perbandingan skop

kajian iaitu perbandingan antara pelaksanaan metode targhib dan tarhib menurut tokoh

Islam dan konsep ganjaran dan hukuman menurut tokoh Barat. Perbandingan kedua-dua

metode ini adalah untuk mencari penjelasan terhadap pelaksanaan dan kesan metode

targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

3.3.2 Metode Induktif

Metode Induktif adalah satu kaedah analisa data yang dilakukan untuk mengeluarkan

kesimpulan secara umum melalui pemerhatian yang dilakukan secara khusus.

Pendekatan induktif adalah proses pemahaman masalah kajian atau mencari

penyelesaiannya berlaku secara generatif atau berterusan di mana maklumat dikumpul

Page 85: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

85

dan terus dikumpul sehingga terjelas masalah tersebut atau dirumuskan

penyelesaiannya140

.

Metode ini digunakan bagi menghuraikan metode targhib dan tarhib dengan

mengambil beberapa contoh ayat al-Qur‟an berkaitan targhib dan tarhib.

Selain itu, metode ini juga digunakan dalam merumuskan dapatan yang

diperolehi dari soalselidik dan pemerhatian yang dijalankan secara khusus untuk

mengukur kefahaman dan amalan pengaplikasian metode targhib dan tarhib dikalangan

responden iaitu Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) khususnya di Sekolah Menengah

Kebangsaan daerah Shah Alam.

3.4 Metode Pengukuran, Skala Pengukuran dan Aplikasi Perisian SPSS

Metode pengukuran hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian lapangan dianalisa

dengan menggunakan aplikasi statistic melalui perisian Statical Package for Social

Science (SPSS). Untuk melakukan analisa tersebut, soalan yang dikemukakan dalam

soal selidik kajian lapangan adalah berdasarkan kepada kerangka teori dengan aplikasi

teknik skala dimana ianya boleh diukur. Maka jawapan yang akan dikemukakan oleh

responden tertakluk kepada jenis kadar skala yang ditentukan.

Di samping itu, pembolehubah-pembolehubah perlu ditentukan sama ada pembolehubah

bergantung atau pembolehubah yang tidak bergantung untuk mengenalpasti hubungan

signifikan di antara dua pembolehubah.

3.4.1 Pembolehubah dan Pemilihan Jenis Pembolehubah

Model penyelidikan kuantitatif memfokuskan pembolehubah-pembolehubah dalam

populasi. Pembolehubah lazimnya diklasifikasi kepada pembolehubah independen dan

pembolehubah dependen.

140 Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam. Shah Alam; Kamil dan Shakir Sdn. Bhd., h.101.

Page 86: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

86

i) Pembolehubah (variables) Independen.

Pembolehubah independen merujuk pembolehubah input yang membawa atau

menyebabkan, sebahagian atau jumlahnya, sesuatu hasilan (outcome) atau akibat. Ia

merupakan sebagai rangsangan yang digunakan untuk mempengaruhi respons atau

faktor yang dimodifikasikan di bawah keadaan eksperimental untuk mempengaruhi

hasilan atau akibatnya.

ii) Pembolehubah (variables) Dependen.

Pembolehubah dependen pula merupakan sebagai sesuatu kesan atau akibat

daripada, atau respons kepada sesuatu pembolehubah independen.

Di dalam penyelidikan , interaksi di antara pembolehubah independen dan dependen

menjadi fokus kajian yang utama. Oleh itu, „Metode targhib dan tarhib‟ merupakan

pembolehubah independen untuk mengkaji pelaksanaannya di kalangan GPI dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang merupakan pembolehubah

dependen atau dikenali sebagai pembolehubah respons141

.

3.4.2 Skala Pengukuran

Skala pengukuran dalam konteks Sains Sosial ialah proses mengukur perbezaan

persepsi, jawapan atau sikap antara satu individu dengan individu lain (responden)

terhadap sesuatu isu142

. Terdapat beberapa jenis skala pengukuran piawai yang telah

diterima pakai dalam penyelelidikan seperti skala Likert, skala Thurstone, dan skala

Perbezaan Semantik. Walaubagaimanapun, teknik pengukuran yang digunakan dalam

kajian ini untuk mengukur elemen-elemen dalam pembolehubah ialah dengan

menggunakan skala Likert.

141 Mok Soon Sang (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., h. 403-404. 142 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM: Bangi ,

h. 62

Page 87: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

87

Skala likert ialah teknik skala pengukuran yang digunakan untuk mengenalpasti dan

mengukur kadar persetujuan terhadap pernyataan-pernyataan pembolehubah yang

dikemukakan. Skala yang diasaskan oleh Rensis Likert pada tahun 1932 ini banyak

digunakan dalam penyelidikan untuk menggambarkan sikap responden terhadap sesuatu

objek. Setiap persoalan yang dikemukakan dalam soal selidik perlu dipilih oleh setiap

responden satu jawapan berdasarkan skala likert yang disediakan.

Pada asasnya, skala Likert menggunakan 5 skala143

dan ia bertepatan dengan 5 skala

yang digunakan dalam kajian ini iaitu:

a. Menggunakan skala „kekerapan‟ bagi menganalisa amalan pengaplikasian Metode

targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam

1. Tidak Pernah (TP)

2. Tidak Kerap (TK)

3. Agak Kerap (AK)

4. Kerap (K)

5. Sangat Kerap (SK)

b. Menggunakan skala „setuju‟ bagi menyatakan pandangan responden tentang kesan

pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam.

1. Sangat Tidak Setuju (STS)

2. Tidak Setuju (TS)

3. Kurang Setuju (KS)

4. Setuju (S)

5. Sangat Setuju (SS)

143 Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, h.232. Lihat juga Ahmad Sunawari Long (2009),

ibid, h.62.

Page 88: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

88

3.4.3 Analisa Secara Statiskal melalui aplikasi perisian SPSS

Berdasarkan data-data hasil dapatan yang diperolehi daripada soal selidik kajian

lapangan, kesemuanya dianalisa secara statiskal dengan menggunakan aplikasi perisian

Statiskal Package for Social Science (SPSS). Data-data tersebut dianalisa secara

deskriptif berdasarkan kekerapan (Frekuensi) dan peratusan.

Penganalisaan yang dilakukan adalah seperti berikut:

i) Analisa Pembolehubah Secara Deskriptif Kekerapan (Frekuensi)

Berdasarkan data-data pembolehubah-pembolehubah yang diperolehi,

kesemuanya akan dianalisa secara deskriptif kekerapan (frekuensi) yang

merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

Faktor demografi di kalangan guru-guru Pendidikan Islam

Penguasaan Bahasa Arab di kalangan guru-guru Pendidikan Islam

Kaedah mengetahui targhib dan tarhib di kalangan guru-guru

Pendidikan Islam

ii) Menganalisa dan mengenalpasti Hubungan Di antara Pembolehubah-

pembolehubah.

Berdasarkan data-data pembolehubah, kajian akan mengenalpasti hubungan

di antara pembolehubah-pembolehubah yang merangkumi perkara-perkara

berikut:

1. Mengenalpasti hubungan di antara metode targhib dan tarhib dengan

keberkesanannya dari segi pengalaman GPI

a. Galakan Tilawah al-Qur‟an dengan gandaan pahala dan kesannya

terdapat murid yang berjumpa GPI untuk mempelajari tilawah al-

Qur‟an.

Page 89: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

89

b. Penceritaan azab api neraka dan kesannya terdapat murid yang

menangis kerana takut akan neraka.

c. Motivasi pelajar dengan membina hubungan akrab guru dan

murid dan kesannya terdapat murid yang mahu berkongsi

masalah dengan guru.

d. Amaran berjumpa dengan ibubapa jika murid melanggar

peraturan sekolah dan keberkesanannya dalam menyelesaikan

masalah.

3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Kajian

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (realibility) adalah aspek terpenting

dalam sesebuah kajian kerana ia akan mengesahkan sejauh mana hasil dapatan kajian

mempunyai kredibiliti yang boleh dipercayai. Kesahan (validity) merujuk kepada

keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai sebenar konsep

dalam hipotesis. Kesahan dikatakan tinggi jika instrumen yang dibina benar-benar

mengukur konsep yang dinayatakan dalam hipotesis144

. Sementara kebolehpercayan

(realibility) pula merujuk kepada ciri-ciri ketekalan atau ketepatan dalam alat

pengukuran. Ia juga merupakan keadaan di mana skor atau ukuran bebas daripada

kesalahan pengukuran145

.

Kesahan dalam penyelidikan kuantitatif bererti definisi konsep-konsep di dalam

peringkat konseptual mestilah selaras dengan definisi konsep-konsep tersebut dalam

peringkat operasional. Bagi mendapat kesahan, pengkaji telah menemui seorang pakar

144 Chua Yan Piaw (2006), op. cit, h.212.

145 Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah,

Fakulti Pengajian Islam UKM, h.84.

Page 90: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

90

dalam Pendidikan Islam untuk memastikan variabel-variabel dalam kajian didefinisikan

dengan jelas dan tepat.

Selepas memperolehi pengesahan dari pakar, pengkaji menjalankan kajian rintis

(pilot study) untuk melihat kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sesuatu kajian yang

bakal dilakukan.

3.5.1 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan bahagian penting bagi sebuah kajian yang baik. Tujuan

kajin rintis ialah untuk mempastikan bahawa kaedah yang direka itu mempunyai nilai

kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi yang mampu mengumpul data setepat dan

secekup yang diperlukan146

.

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis menggunakan soalselidik kepada 20

orang subjek kajian rintis. Ciri utama subjek kajian rintis ini ialah guru Pendidikan

Islam yang mengajar di luar kawasan daerah Shah Alam. Penyelidik telah

menggunakan beberapa langkah untuk meningkatkan kesahan instrumen kajian seperti

menyoal subjek kajian rintis untuk memberi maklum balas tentang sebarang kekeliruan

yang timbul dalam item-item yang dijawabnya dan mencatat masa yang diperlukan

untuk menjawab soalselidik. Subjek kajian rintis memerlukan 20 minit bagi menjawab

soalselidik yang disediakan, ini bertepatan dengan pendapat Chua Yan Piaw bahawa

responden hanya dapat menumpukan perhatian pada soal selidik selama 10-20 minit

sahaja.

146 Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam. Shah Alam; Kamil dan Shakir Sdn. Bhd., h. 91.

Page 91: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

91

Semua respons yang diberikan oleh subjek kajian rintis diproses menggunakan

kaedah Alpha Cronbach.

Jadual 3.1: Jadual Indeks Kebolehpercayaan Soalselidik

Nombor item Bilangan item Alpha Cronbach

Item B01 hinggaB35 35 0.886

Item C01 hingga C11 11 0.845

Item C12 hingga C21 10 0.863

Item C23 hingga C33 12 0.803

Sumber: Soal selidik 2013

Indeks kebolehpercayaan soalselidik bagi kajian rintis yang telah dijalankan

adalah dalam lingkungan 0.8. Menurut Kerlinger (1973), sesuatu alat pengukuran

dianggap baik sekiranya mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.6 ke atas. Manakala

menurut Kaplan dan Saccuzzo (1982) pula tahap reabiliti yang baik berada di dalam

lingkungan 0.7-0.8147

. Ini menunjukkan bahawa kesahan (validity) dan

kebolehpercayaan (realibility) alat pengukuran yang digunakan dalam kajian ini adalah

pada tahap yang baik.

3.6 Prosedur Pengumpulan Dan Analisa Data

Setelah mendapat kelulusan tajuk pada 5 Julai 2012 , penyelidik memulakan proses

kajian dengan mengumpulkan maklumat khususnya dalam menjelaskan kerangka teori

dengan membuat rujukan kepada kitab-kitab, buku-buku dan kajian ilmiah melalui

kaedah kajian perpustakaan (literature review). Disamping itu, penyelidik

mengenalpasti sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Shah Alam

melalui Jabatan Pelajaran Selangor dan Penolong PPD Pendidikan Islam, Petaling

147 Ahmad Sunawari Long (2009), op. cit, h.85

Page 92: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

92

Perdana, Selangor pada bulan Disember 2012. Setelah mengenalpasti populasi kajian,

penyelidik meneruskan proses kajian dengan memohon surat kebenaran untuk

menjalankan kajian di sekolah daripada:

i. Bahagian Penyelidikan dan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian

Pelajaran Malaysia. Surat daripada EPRD diterima pada 2 Januari 2013.

ii. Bahagian Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru, Jabatan Pelajaran

Selangor (JPS). Surat kebenaran daripada JPS diterima pada 17 Januari

2013.

Setelah mendapat keizinan daripada pihak yang terbabit, pelbagai langkah yang

sejajar dengan kaedah kajian telah diambil bagi memenuhi prosedur pengumpulan dan

analisa data untuk melaksanakan kajian ini. Langkah-langkah tersebut ialah:

i. Menjalankan kajian rintis dengan menggunakan sampel yang hampir

sama dengan kajian sebenar pada 29 Januari 2013 sehingga 8 Februari

2013. Setelah respons kajian rintis dianalisa menggunakan perisian SPSS

menggunakan kaedah Alpha Cronbach.

ii. Mengenalpasti sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di

Shah Alam.

iii. Meminta keizinan daripada pengetua-pengetua bagi semua sekolah yang

terpilih untuk mendapatkan kerjasama serta bantuan daripada mereka.

iv. Mengenalpasti sampel yang hendak dikaji.

v. Berdasarkan skop dan batasan kajian yang telah ditetapkan, pengkaji

telah mengedarkan Borang Soal Selidik kepada respondens. Soal selidik

ini diedarkan sendiri oleh pengkaji untuk menggalakkan responden

menjawabnya dengan baik dan jujur tanpa penipuan.

vi. Kemudian borang soal selidik telah direkodkan dalam SPSS dan diproses

untuk mendapatkan dapatannya. Manakala sesi temubual bersama guru

Page 93: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

93

Pendidikan Islam dan pihak – pihak yang berkaitan diringkaskan dalam

bentuk isi-isi penting.

vii. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara tidak turut serta dalam

pengajaran dan pembelajaran dua orang guru Pendidikan Islam yang

terpilih di dalam kelas. Bagi memudahkan proses pemerhatian, pengkaji

menggunakan satu senarai semak untuk merekod metode targhib dan

tarhib yang digunakan oleh GPI semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

viii. Setelah keseluruhan data-data yang diperlukan dikumpul secara

bersepadu, proses analisis dilakukan melalui perisian SPSS dan secara

manual. Hasil daripada kedua-dua ini akan dipersembahkan dalam

disertasi ini.

3.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya bab ini menghuraikan aspek metodologi yang digunakan

dalam kajian ini iaitu bermula dengan reka bentuk kajian, lokasi kajian, responden

kajian, teknik pengumpulan data, kesahan dan kebolehpercayaan, prosedur kajian dan

analisis data. Kajian ini menitikberatkan prosedur pengumpulan data dan penganalisisan

data bagi menjawab segala soalan kajian dan menghasilkan kajian tepat. Selain itu,

kajian ini juga menitikberatkan konsep kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian

melalui kajian rintis yang dijalankan. Justeru itu, pengkaji berusaha memastikan segala

prosedur kajian dilaksanakan sebaik mungkin bagi melahirkan kajian yang mengikut

standard yang ditetapkan.

Page 94: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

94

BAB KEEMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

Di dalam bab empat ini, pengkaji akan menganalisis data-data yang diperolehi

daripada soal selidik yang telah dijawab oleh 139 orang guru Pendidikan Islam di Shah

Alam, pemerhatian di lokasi kajian dan temu bual dengan pihak yang berkaitan . Ini

bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam dikalangan guru Pendidikan Islam SMK di Shah

Alam secara terperinci.

Sebelum borang soal selidik diedarkan, pengkaji telah menjalankan kajian rintis

terhadap 20 orang subjek kajian rintis.. Kajian rintis ini dilakukan dengan tujuan untuk

mengkaji sama ada soal selidik yang disediakan dapat mencapai tahap pemahaman

responden atau tidak, mengenalpasti kesalahan ejaan dan sebagainya. Hasil daripada

kajian rintis tersebut terdapat beberapa pembetulan dan beberapa soalan telah

diubahsuai. Perbincangan di dalam bab ini adalah meliputi penjelasan profil responden,

membuat analisa terhadap pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam serta dapatan deskriptif. Data yang diperolehi

adalah data yang diproses dan dianalisis menggunakan gambarajah graf berpalang dan

dengan bantuan komputer menggunakan perisian SPSS 21.0 For Window.

Page 95: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

95

4.1 Faktor Demografi

Sebanyak 11 soalan telah dikemukakan di dalam bahagian ini. Soalan-soalan ini

telah dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu latar belakang diri responden, latar

belakang pengajian guru Pendidikan Islam dan kefahaman terhadap targhib dan tarhib.

Bahagian latar belakang diri responden meliputi jantina, umur, status perkahwinan,

lama berkhidmat, jawatan dan kelulusan akademik. Manakala latar belakang pengajian

guru Pendidikan Islam pula mengandungi hubungan pengkhususan Pendidikan Ijazah

Pertama dan Tempat Kelulusan Ijazah Pertama dan penguasaan Bahasa Arab di

kalangan GPI. Bahagian mengenai kefahaman terhadap targhib dan tarhib pula

merangkumi persoalan adakah mereka mengetahui maksud targhib dan tarhib dan

bagaimanakah GPI mengetahui metode targhib dan tarhib bacaan al-Qur'an.

4.1.1 Latar Belakang Diri Responden

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan, seramai 38 responden (27.3%) terdiri daripada

responden lelaki dan 101 responden (72.7%) pula terdiri daripada responden

perempuan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan responden yang menjawab soal selidik

ini adalah 139 orang. Berdasarkan jadual di bawah, majoriti responden sudah berkahwin

dan hanya 5 orang responden (3.6%) sahaja berstatus bujang.

Selain itu, data juga menunjukkan peratusan tertinggi bagi kategori umur

dikalangan responden adalah berumur dalam lingkungan 31-40 tahun iaitu seramai 83

orang (59.7%) , diikuti responden berumur 41-50 tahun seramai 39 orang (28%) dan

hanya 3 orang responden (2.2%) berumur 51-59 tahun.

Kajian yang dijalankan juga turut mengenalpasti pengalaman GPI dalam bidang

pendidikan dari segi lama berkhidmat sebagai guru dan jawatan yang dipegang

sekarang. Dapatan kajian menunjukkan 23 responden (16.5%) telah berkhidmat selama

Page 96: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

96

kurang dari lima tahun, 83 responden (59.7%) pula telah berkhidmat di antara 6 tahun

hingga 15 tahun dan 33 responden (23.7%) telah berkhidmat di antara 16 hingga 25

tahun. Sementara itu, dapatan juga menunjukkan seramai 37(26.6%) memegang jawatan

guru tingkatan, 31 (22.3%) memegang jawatan Ketua Panitia, 20 (14.4%) memegang

jawatan Guru Disiplin/ Warden Asrama dan hanya 7 (5%) memegang jawatan guru

Kanan/ Guru Pakar. Manakala 44 responden (31.7%) pula memegang jawatan-jawatan

lain yang terdapat di sekolah seperti Guru Matapelajaran, Guru Panitia, Penyelaras

Jadual waktu dan lain-lain.

Selain itu, data juga menunjukkan bahawa kebanyakan GPI berkelulusan Ijazah

Sarjana Muda/ Ijazah Pertama iaitu seramai 129 (92.8%) dan hanya 10 orang (7.2%)

berkelulusan Ijazah Sarjana.

Jadual 4.1: Faktor Demografik di kalangan GPI (n=139)

Perkara Kekerapan Peratus (%)

Jantina

Lelaki 38 27.3

Perempuan 101 72.7

Umur

20-30 tahun 14 10.1

31-40 tahun 83 59.7

41-45 tahun 27 19.4

46-50 tahun 12 8.6

51-59 tahun 3 2.2

Status Perkahwinan

Berkahwin 134 96.4

Bujang 5 3.6

Lama Berkhidmat Sebagai Guru

< 5 tahun 23 16.5

06-15 tahun 83 59.7

16-25 tahun 33 23.7

Jawatan Dipegang Sekarang

Guru Kanan/ Guru Pakar 7 5.0

Ketua Panitia 31 22.3

Page 97: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

97

Guru Disiplin/Warden Asrama 20 14.4

Guru Tingkatan 37 26.6

Lain-lain* 44 31.7

Kelulusan Akademik Tertinggi

Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Pertama 129 92.8

Ijazah Sarjana 10 7.2

*Lain-lain melibatkan Guru Matapelajaran (63.6%), Guru Panitia (2.3%), Penyelaras ICAA/Jadual

Waktu/Panitia Petang/SPBT/Tingkatan (20.5%) dan Tidak dinyatakan (13.6%)

Rajah di bawah menunjukkan hubungan di antara jawatan yang dipegang

sekarang dengan tahun berkhidmat sebagai guru oleh responden. Data menunjukkan

bahawa kebanyakan GPI yang berkhidmat di antara 6 tahun hingga 15 tahun memegang

jawatan ketua panitia dan guru tingkatan. Selain itu, adalah suatu yang membanggakan

bahawa terdapat GPI yang memegang jawatan Guru Pakar/Guru Kanan iaitu seramai 3

orang walaupun baru berkhidmat dalam bidang pendidikan di antara 6 tahun hingga 15

tahun. Ini membuktikan bahawa terdapat guru Pendidikan Islam yang cemerlang dari

segi pengajaran dalam pendidikan.

Rajah 4.1: Jawatan dipegang dan tahun berkhidmat

0.0

5.0

10.0

15.0

20.0

25.0

Guru Kanan/Guru Pakar

Ketua Panitia GuruDisiplin/Warden

Asrama

Guru Tingkatan Lain-lain

1.0

4.0

9 9

3

22

11

24 23

4

8

5 4

12

< 5 tahun

06-15 tahun

16-25 tahun

Sumber: Soal Selidik 2013

Sumber: Soal Selidik 2013

Jadual 4.1: sambungan

Page 98: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

98

Jadual 4.2 menunjukkan hubungan di antara lama berkhidmat sebagai guru

dengan pengalaman mengajar murid oleh responden. Data menunjukkan bahawa

kebanyakan GPI yang berkhidmat di antara 16 tahun hingga 25 tahun lebih

berpengalaman mengajar murid pada semua tahap dari tingkatan 1 hingga 5 kecuali

hanya 3 orang sahaja yang tidak pernah mengajar tingkatan 1 dan 2, 2 sahaja yang tidak

pernah mengajar tingkatan 3 dan 5 dan seorang sahaja yang tidak pernah mengajar

tingkatan 4.

Data juga menunjukkan bahawa GPI yang berkhidmat kurang dari 5 tahun

diberi tanggungjawab mengajar tertumpu kepada murid tingkatan 1 dan 2. Manakala

GPI yang berkhidmat di antara 6 tahun hingga 15 tahun merupakan golongan

pertengahan yang berpengalaman mengajar murid pada semua tahap.

Jadual 4.2: Hubungan lama berkhidmat sebagai guru dengan pernah mengajar

Tahun Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

< 5 tahun 20 3 21 2 13 10 11 12 8 15

06-15 tahun 70 13 73 10 66 17 70 13 56 27

16-25 tahun 30 3 30 3 31 2 32 1 31 2

Sumber: Soal Selidik 2013

4.1.2 Latar Belakang Pengajian Responden

Rajah 4.2 di bawah menunjukkan dapatan kajian mengenai latar belakang pengajian

responden. Kajian yang dijalankan menunjukkan 111 (79.9%) responden berkelulusan

ijazah pertama dari Institut Pengajian dalam Negara dan 28 (20.1%) responden pula

berkelulusan Ijazah pertama dari Institut Pengajian luar Negara.

Page 99: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

99

Paparan rajah di bawah juga menunjukkan bahawa majoriti responden

berkelulusan Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan Islam iaitu seramai 51 responden

(36.7%), terdiri 46 responden (33%) menuntut di Institusi dalam Negara dan 5

responden (3.7%) menuntut di Institusi Pengajian luar Negara.

Berdasarkan rajah di bawah, dapatan menunjukkan bahawa bidang pengajian

luar Negara yang tertinggi ialah Bahasa Arab & Kesusasteraan iaitu seramai 10

responden, diikuti bidang Syariah Islamiah seramai 8 responden, bidang Pendidikan

Islam seramai 5 responden dan Usuluddin & Falsafah seramai 4 responden.

Rajah 4.2: Hubungan pengkhususan ijazah pertama dan tempat kelulusan ijazah pertama

15

21

13

46

16

4 8

10

5 1

Usuluddin &Falsafah

Syariah Islamiah Bahasa Arab &Kesusasteraan

Pendidikan Islam Lain-lain

Dalam Negara Luar Negara

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 100: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

100

Berdasarkan Jadual 4.3 di bawah, kajian mendapati dapatan tertinggi bagi pengkhususan

pendidikan Ijazah Pertama bagi kategori lain-lain ialah dalam bidang Dakwah iaitu 7

responden dalam bidang Dakwah Islamiyah dan 2 responden dalam bidang Dakwah dan

Kepimpinan.

Jadual 4.3: Pengkhususan Ijazah Pertama dalam bidang lain-lain.

Pengkhususan Pendidikan Ijazah

Pertama

Tempat Kelulusan

Pendidikan Ijazah Pertama

Dalam Negara Luar Negara

Al-Quran dan Sunnah 1

Dakwah Islamiyah 7

Dakwah dan kepimpinan 2

Ilmu wahyu dan teras Islam 1

Ilmu Wahyu dan Warisan Islam 1

Pendidikan Al-Quran 1

Pengajian Islam 1

Perbankan Islam 2

Takhassus Qiraat - 1

Jumlah 16 1

Selain pengajian, kajian yang dijalankan juga turut mengenalpasti penguasaan

Bahasa Arab dikalangan responden dari empat sudut kemahiran iaitu membaca,

menulis, mendengar dan bercakap Bahasa Arab. Dapatan ini penting kerana ia berkaitan

dengan tajuk kajian iaitu penggunaan perkataan targhib dan tarhib yang merupakan

istilahBahasaArab.

Berdasarkan Rajah 4.3, kajian mendapati penguasaan Bahasa Arab dari sudut

pembacaan yang tertinggi adalah pada tahap baik iaitu 54.3%. Manakala tiga kemahiran

yang lain pada tahap pertengahan iaitu kemahiran menulis Bahasa Arab adalah 42.8%,

mendengar Bahasa Arab adalah 44.9% dan bertutur dalam Bahasa Arab adalah 52.9%.

Ini menunjukkan responden lebih menguasai kemahiran membaca dari tiga kemahiran

yang lain.

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 101: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

101

Rajah 4.3: Penguasaan Bahasa Arab

4.1.3 Kefahaman Terhadap Targhib Dan Tarhib

Dapatan yang terdapat pada rajah 4.3 menunjukkan terdapat penguasaan responden

terhadap Bahasa Arab pada tahap sangat lemah iaitu 2.1%. Dapatan ini berkaitrapat

dengan dapatan kajian untuk mengenalpasti kefahaman responden terhadap maksud

targhib dan tarhib. Berdasarkan jadual 4.4, data kajian menunjukkan terdapat 44

responden (31.7%) tidak memahami maksud targhib dan tarhib. Ini menjelaskan

bahawa responden yang tidak mengetahui maksud targhib dan tarhib merupakan antara

responden yang lemah dan sangat lemah penguasaannya dalam Bahasa Arab.

0.0

10.0

20.0

30.0

40.0

50.0

60.0

Pembacaan Penulisan Pendengaran Percakapan

Sangat Baik 13.0 8.7 7.2 5.1

Baik 54.3 40.6 42.8 27.5

Pertengahan 28.3 42.8 44.9 52.9

Lemah 4.3 7.2 5.1 13.0

Sangat Lemah 0.7 1.4

%

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 102: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

102

Jadual 4.4: Kefahaman maksud Targhib dan Tarhib

Perkara Bilangan Peratus

Ya 95 68.3

Tidak 44 31.7

Walaupun dapatan kajian menunjukkan terdapat 44 responden yang tidak memahami

maksud targhib dan tarhib tetapi mereka mengaplikasikan metode targhib dan tarhib

dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Ia dijelaskan melalui jadual 4.5

di bawah.

Jadual 4.5: Hubungkait kefahaman targhib dan tarhib dan amalan pengajaran

Saya tahu

maksud Targhib

dan Tarhib

Saya pernah memberitahu murid tentang

balasan Syurga dan Neraka Jumlah

Tidak Ya Tidak Berkenaan

(Aplikasi dalam

P&P)

Tidak - 44 44

Ya - 95 95

Jumlah - 44 95 139

Rajah 4.4 di bawah menunjukkan dapatan kajian mengenai cara responden mengetahui

metode targhib dan tarhib. Kajian yang dijalankan menunjukkan kekerapan tertinggi

cara responden mengetahui metode targhib dan tarhib ialah ketika menuntut Ijazah

Sarjana Muda iaitu seramai 43.2%. Kemudian melalui perbincangan iaitu 27.4%, ketika

di sekolah menengah iaitu 23.2% dan melalui pembacaan iaitu 22.1% responden.

Sumber: Soal Selidik 2013

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 103: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

103

4.2 Analisis Data

Bahagian analisis data ini dibahagiakan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama

berkaitan amalan guru terhadap aplikasi targhib dan tarhib dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam . Bahagian kedua berkaitan dengan bentuk pelaksanaan

metode targhib dan tarhib berdasarkan matlamat falsafah Pendidikan Islam. Manakala

bahagian ketiga pula berkaitan kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib pada

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam.

Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package

For the Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Kaedah statistik deskriptif seperti min dan

peratus telah digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif kajian.

23.2

43.2

22.1

27.4

Sekolah Menengah

Ijazah Sarjana Muda

Pembacaan

Perbincangan

Peratus

Peratus

Rajah 4.4: Cara mengetahui metode targhib dan tarhib

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 104: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

104

4.2.1 Amalan guru mengaplikasikan targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan

Islam

Di dalam bahagian ini, pengkaji membentangkan dapatan mengenai amalan guru

mengaplikasikan targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam. Soal selidik

menggunakan gaya skala Likert 1 hingga 5. Untuk menghuraikan analisis deskriptif ini,

pengkaji menggunakan jadual interpretasi min yang telah dirumuskan oleh Nunally148

.

Jadual ini juga telah digunakan oleh Norasmah149

dan Azhar150

dalam kajian mereka.

Jadual 4.6: Interpretasi Skor Min (Gaya Skala Likert 5)

Skor purata Min Interpretasi

4.01 hingga 5.00

3.01 hingga 4.00

2.01 hingga 3.00

1.00 hingga 2.00

Tinggi

Sederhana Tinggi

Sederhana Rendah

Rendah

a. Permulaan Pengajaran.

Secara keseluruhan, Jadual 4.7 menunjukkan pengaplikasian targhib dan tarhib di

permulaan pengajaran adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.4). Tiga amalan

aplikasi targhib dan tarhib yang mencapai skor min pada tahap tinggi ialah murid

membaca doa beramai-ramai (min=4.7), memastikan pelajar bersedia (min=4.5) dan

galakan tumpukan perhatian dalam pengajaran dengan ganjaran pahala (min=4.2).

Ketiga-tiga aplikasi tersebut merupakan cara yang paling kerap digunakan oleh GPI

pada permulaan pengajaran P&P.

Sementara sebanyak tiga cara aplikasi targhib dan tarhib yang mencapai skor

sederhana rendah ialah memberi amaran denda kepada pelajar yang tidak memberi

tumpuan (min=2.5), membaca doa dalam Bahasa Melayu (min=2.2) dan menjanjikan

hadiah pada permulaan pengajaran kepada pelajar yang menumpukan perhatian

148 Nunnally (1976), Psychometric Theory. New York: Mc Graw Hill Book Company

149 Norasmah Hj. Othman (2002), “ Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah”, ( Tesis Doktor Falsafah,

UKM, Bangi) 150 Azhar Ahmad (2006). “Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah

Menengah di Sarawak”, ( Tesis Doktor Falsafah, UKM, Bangi)

Page 105: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

105

(min=2.2). Dapatan juga menunjukkan peratusan yang amat tinggi iaitu 45.3% pada

amalan bacaan doa dalam Bahasa Melayu bagi skala tidak pernah. Ini menunjukkan

bahawa responden kerap membaca doa dalam Bahasa Arab.

Jadual 4.7: Taburan peratusan dan min aplikasi targhib dan tarhib pada permulaan

pengajaran

Bil Perkara 1 2 3 4 5 Min

1

Saya mengetuai bacaan doa pada permulaan

pengajaran. 8 14.5 10.9 20.3 46.4 3.8

2

Pelajar membaca doa secara beramai-ramai pada

permulaan pengajaran 1.4 0.7 3.6 10.1 84.2 4.7

3 Pelajar membaca doa dalam Bahasa Melayu 45.3 20.4 13.9 12.4 8 2.2

4

Saya memberitahu pelajar agar memberi tumpuan

pada pengajaran kerana belajar ilmu itu adalah

pahala pada permulaan pengajaran 0.7 4.3 15.9 33.3 45.7 4.2

5

Saya menggunakan ayat al-Quran atau Hadith

sebagai set induksi. 2.9 33.8 30.9 21.6 10.8 3

6

Saya memulakan pengajaran dengan menjanjikan

hadiah bagi pelajar yang menumpukan perhatian. 23.2 45.7 17.4 11.6 2.2 2.2

7

Saya memulakan pengajaran dengan memberi

amaran denda kepada pelajar yang tidak memberi

tumpuan. 15.1 39.6 28.1 11.5 5.8 2.5

8

Saya akan memastikan pelajar bersedia setiap kali

pengajaran. 0.7 7.9 - 32.4 59 4.5

Min keseluruhan 3.4

Skala: 1= Tidak Pernah 2=Tidak Kerap 3=Agak Kerap 4=Kerap 5=Sangat Kerap

b. Perkembangan Pengajaran.

Pada bahagian ini, pengkaji akan menganalisa dapatan berdasarkan dua tujuan iaitu

pembentukan sakhsiah diri dan penerangan matapelajaran. Berdasarkan analisis

terhadap amalan targhib untuk pembentukan sakhsiah (Jadual 4.8) menunjukkan

terdapat tiga amalan targhib yang mencapai skor tinggi iaitu galakkan pelajar belajar

bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik (min=4.6), diikuti galakkan

membaca al-Quran dengan ganjaran pahala (min=4.5) dan pujian (min=4.5).

Walaubagaimanapun, targhib berbentuk pemberian hadiah mencapai tahap sederhana

rendah (min=2.8) kerana ia jarang-jarang diaplikasikan dalam P&P.

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 106: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

106

Jadual 4.8: Taburan peratusan dan min aplikasi targhib untuk pembentukan sakhsiah

diri

Bil Perkara 1 2 3 4 5 Min

1

Saya menggalakkan pelajar baca al-Quran kerana

ganjaran pahala yang banyak. - 7.9 35.3 56.8 4.5

2

Saya memberi hadiah kepada pelajar yang boleh

menjawab soalan dengan betul. 7.2 41.3 25.4 20.3 5.8 2.8

3

Saya memberi pujian kepada pelajar yang dapat buat

tugasan dengan baik. - 1.4 5.8 37.7 55.1 4.5

4

Saya menggalakkan pelajar belajar bersungguh-

sungguh supaya dapat keputusan pelajaran yang baik. - 0.7 3.6 25.9 69.8 4.6

Min keseluruhan 4.1

Skala: 1= Tidak Pernah 2=Tidak Kerap 3=Agak Kerap 4=Kerap 5=Sangat Kerap

Berdasarkan Min keseluruhan pada amalan targhib (Jadual 4.8) dan amalan

tarhib (Jadual 4.9) , dapatan mendapati responden lebih menggunakan metode targhib

(Min=4.1) berbanding metode tarhib (Min=3.1) untuk membentuk sakhsiah pelajar. Ia

bertepatan dengan teori Ibn Khaldun yang mengutamakan metode targhib dalam

mendidik.

Jadual 4.9 menunjukkan bahawa amalan tarhib berbentuk lisan iaitu nasihat

tentang ancaman dosa (min=4.4) dan penceritaan kisah tauladan (min=4.1) mencapai

tahap tinggi. Manakala metode tarhib berbentuk amali iaitu pengabaian pelajar yang

bising (min=1.0) dan menghantar pelajar yang bising kepada kaunselor (min=2)

merupakan amalan yang tidak pernah atau jarang-jarang diaplikasikan dalam P&P

Pendidikan Islam.

Jadual 4.9: Taburan peratusan dan min aplikasi tarhib untuk pembentukan

sakhsiah diri

Bil Perkara 1 2 3 4 5 Min

1

Saya sering menceritakan kisah bala bencana terhadap

kaum Nabi terdahulu yang engkar perintah Allah agar

pelajar menjadi mukmin yang taat pada Allah. - 3.6 18.8 42.8 34.8 4.1

2

Saya akan mengabaikan pelajar yang tidak beradab di

dalam kelas walaupun telah diberi amaran. 40.3 38.8 10.8 8.6 1.4 1.9

3

Saya akan menghantar pelajar yang bising ketika

pengajaran kepada kaunselor. 36.7 39.6 12.2 8.6 2.9 2

4

Saya menasihati pelajar agar hormat guru kerana

biadap terhadap guru merupakan suatu dosa. - 0.7 8.6 36 54.7 4.4

Min Keseluruhan 3.1

Sumber: Soal Selidik 2013

Skala: 1= Tidak Pernah 2=Tidak Kerap 3=Agak Kerap 4=Kerap 5=Sangat Kerap

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 107: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

107

Selain pembentukan sakhsiah pelajar, metode targhib dan tarhib juga digunakan

untuk menerangkan matapelajaran seperti memberi kata kunci cara menjawab soalan

berkaitan hikmah dan hukum ibadah. Berdasarkan Jadual 4.10, amalan mengaitkan

hukum ibadah dengan pahala dan dosa merupakan amalan pada tahap tinggi (min=4.4),

manakala targhib kisah para Rasul dan Nabi untuk memberi kefahaman ayat al-Qur‟an

(min=3.9) dan bentuk targhib dan tarhib sebagai jawapan kepada soalan „hikmah‟

(min=3.8) mencapai tahap sederhana tinggi.

Jadual 4.10: Taburan peratusan dan min aplikasi targhib dan tarhib untuk

penerangan matapelajaran

Bil Perkara 1 2 3 4 5 Min

1

Saya menggunakan kaedah bercerita mengenai kisah para

Rasul dan Nabi apabila mengajar tajuk kefahaman ayat

al-Quran - 7.2 20.9 42.4 29.5 3.9

2

Saya menjelaskan bahawa Syurga, Neraka, hati

tenang,pahala dan dosa adalah jawapan bagi soalan yang

bermula kata kunci 'hikmah'. 1.4 7.9 28.1 36.7 25.9 3.8

3

Saya mengaitkan hukum ibadah seperti halal dan haram

dengan pahala dan dosa. - 0.7 7.2 40.3 51.8 4.4

Min keseluruhan 4.1

Skala: 1= Tidak Pernah 2=Tidak Kerap 3=Agak Kerap 4=Kerap 5=Sangat Kerap

c. Penutup Pengajaran.

Pada bahagian ini, penutup pengajaran merupakan salah satu kompenan penting dalam

P&P. Seorang guru perlulah mengakhiri sesuatu pengajaran dengan refleksi pengajaran

atau motivasi untuk membangkitkan semangat pelajar. Berdasarkan jadual 4.11, metode

targhib berbentuk nasihat dengan ganjaran syurga menacapai tahap yang tinggi

(min=4.5), diikuti metode targhib berbentuk memberi maklumbalas pada buku kerja

seperti bagus (min=4.1) dan tarhib berbentuk amaran pula mencapai tahap sederhana

tinggi (min=3.9). Namun demikian, analisis menunjukkan terdapat responden tidak

pernah memberikan maklumbalas seperti bagus pada buku kerja murid walaupun dalam

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 108: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

108

peratusan yang kecil 0.7%. Ini menunjukkan terdapat sikap kurang menghargai

dikalangan responden walaupun dalam bilangan yang kecil.

Jadual 4.11: Taburan peratusan dan min aplikasi targhib dan tarhib pada

penutup pengajaran

Bil Perkara 1 2 3 4 5 Min

1

Saya akan memberi maklumbalas pada buku kerja murid

seperti Bagus, Cemerlang 0.7 5.1 17.4 35.5 41.3 4.1

2

Saya akan memberi amaran kepada pelajar yang tidak

menyiapkan kerja rumah. - 7.2 22.3 38.8 31.7 3.9

3

Saya menasihati pelajar agar berakhlak mulia kerana

Allah akan memberi ganjaran syurga. - 0.7 6.5 38.1 54.7 4.5

Min keseluruhan 4.2

Skala: 1= Tidak Pernah 2=Tidak Kerap 3=Agak Kerap 4=Kerap 5=Sangat Kerap

d. Bahan Bantu Mengajar.

Membuat Rujukan sebelum mengajar merupakan salah satu bahan bantu

mengajar yang sering dilakukan oleh responden iaitu mencapai tahap sederhana tinggi

(Min=4). Manakala amalan responden berkaitan mengajar hanya menggunakan buku

teks sahaja merupakan amalan yang jarang dilakukan oleh responden (Min=2.6). Ini

menunjukkan sikap responden yang mementingkan penguasaan ilmu adalah tinggi.

Selain itu, amalan menggantung ayat-ayat al-Qur‟an atau Hadith dalam kelas

berkaitan ganjaran syurga dan neraka adalah pada tahap sederhana rendah (min=2.5).

Manakala amalan membawa rotan ketika pengajaran sebagai tanda amaran supaya

pelajar menumpukan perhatian ketika P&P adalah mencapai tahap rendah (min=1.5)

iaitu majoriti responden (73.4%) tidak pernah membawa rotan ketika pengajaran.

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 109: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

109

Jadual 4.12: Taburan peratusan dan min aplikasi targhib dan tarhib pada bahan

bantu mengajar

Bil Perkara 1 2 3 4 5 Min

1

Saya menggantung ayat-ayat al-Quran atau Hadith

dalam kelas berkaitan ganjaran syurga dan neraka 16.5 38.1 25.2 15.1 5 2.5

2 Saya akan membawa rotan ketika pengajaran. 73.4 14.4 3.6 5.8 2.9 1.5

3

Saya akan mengajar murid berdasarkan buku teks

sahaja. 21 26.8 30.4 14.5 7.2 2.6

4

Saya membuat rujukan bagi tajuk pengajaran dengan

membaca buku ilmiah yang lain. 3.6 24.5 41 30.9 4

Min keseluruhan 2.7

Skala: 1= Tidak Pernah 2=Tidak Kerap 3=Agak Kerap 4=Kerap 5=Sangat Kerap

Berdasarkan data, respondan lebih mengutamakan metode targhib dalam

mendidik pelajar. Pernyataan ini disokong dengan jawapan yang diberikan responden

berkaitan tindakan pertama responden apabila terdapat pelajar Islam melakukan

kesalahan curi makan ketika bulan Ramadhan, majoriti menyatakan tindakan pertama

mereka ialah memberi nasihat (93.4%) dan hanya sebilangan kecil (6.6%) sahaja

menyatakan perlu diberikan hukuman dan amaran.

Walaupun amaran merupakan bentuk tarhib yang sering digunakan oleh responden,

Jadual 4.13 menunjukkan sebahagian besar responden (36.5%) memberikan amaran

lebih 3 kali sebelum diambil tindakan. Manakala 34.3% responden memberi amaran

sebanyak 3 kali , 22.6% memberi amaran sebanyak 2 kali dan hanya 6.6% memberi

amaran satu kali sahaja sebelum diambil tindakan. Pemberian amaran sebanyak tiga kali

atau lebih merupakan suatu tindakan yang mempunyai unsur targhib iaitu pelajar

diberikan masa untuk berubah sebelum diambil tindakan. Ia bertepatan dengan

pandangan Imam Nawawi berkaitan metode targhib dan tarhib iaitu mengaplikasikan

metode tersebut dengan nisbah 6:4 ( iaitu 6 targhib dan 4 tarhib).

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 110: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

110

Jadual 4.13: Analisis bilangan amaran sebelum diambil tindakan

Bilangan amaran Bilangan Peratus

Satu kali 9 6.6

Dua kali 31 22.6

Tiga kali 47 34.3

Lebih 3 kali 50 36.5

Jumlah 137 100

4.2.2 Kesan Metode Targhib Dan Tarhib dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kepada Pelajar Mengikut Persepsi GPI

Di dalam bahagian ini, pengkaji membentangkan dapatan mengenai kesan metode

targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam mengikut persepsi responden/ GPI.

Soal selidik menggunakan gaya skala Likert 1 hingga 5. Untuk menghuraikan analisis

deskriptif ini, pengkaji menggunakan jadual interpretasi min yang telah dirumuskan

oleh Nunally151

.

Jadual 4.14: Interpretasi Skor Min (Gaya Skala Likert 5)

Skor purata Min Interpretasi

4.01 hingga 5.00

3.01 hingga 4.00

2.01 hingga 3.00

1.00 hingga 2.00

Tinggi

Sederhana Tinggi

Sederhana Rendah

Rendah

Analisis deskriptif ini dibahagikan kepada tiga perkara utama iaitu kesan metode

targhib dan tarhib dalam pembinaan iman, pembentukan sakhsiah diri dan pembinaan

pembelajaran kondusif.

151 Nunnally (1976), Psychometric Theory. New York: Mc Graw Hill Book Company.

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 111: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

111

a. Pembinaan Iman.

Secara keseluruhan, Jadual 4.15 menunjukkan kesan metode targhib dan tarhib dalam

pembinaan iman adalah pada tahap tinggi (min=4.2). Metode tarhib tentang balasan

Neraka menimbulkan kesan takut akan pembalasan Allah mencapai skor min yang

paling tinggi iaitu 4.5. Manakala tiga bentuk metode targhib iaitu menyebut ganjaran

syurga, bercerita tentang kisah para Nabi dan kerap menyebut pahala menimbulkan

kesan ketenangan beribadah dan meningkatkan amalan ibadah sunat mencapai skor min

yang sama iaitu tahap tinggi (Min=4.4).

Berdasarkan Jadual 22, data menunjukkan hanya terdapat dua pernyataan yang

mencapai tahap sederhana tinggi iaitu metode tarhib dalam bentuk denda (Min=4.0) dan

rotan (Min=3.4) . Ini menunjukkan hukuman denda dan rotan merupakan metode tarhib

yang dapat memberi kesan dalam pembinaan iman, tetapi ia perlulah dilaksanakan

selepas metode targhib.

Jadual 4.15: Taburan peratusan dan min kesan metode targhib dan tarhib

dalam pembinaan iman

KOD PERNYATAAN

METODE TARGHIB/

TARHIB

KESAN SKOR (%) Min

1 2 3 4 5

C09 Balasan Neraka Takut Pembalasan 0.7 - 4.3 41.0 54.0 4.5

C02 Ganjaran Syurga Beribadah dengan tenang 0.7 0.7 5.0 49.6 43.9 4.4

C03 Kisah para Nabi Bertakwa kepada Allah 0.7 - 5.1 42.8 51.4 4.4

C06 Kerap menyebut

pahala

Meningkatkan amalan ibadah

Sunat

0.7 - 9.4 40.3 49.6 4.4

C10 Kisah Firaun Hindar Syirik 0.7 - 9.4 56.8 33.1 4.2

C08 Perlantikan sebagai

pengawas Surau

Tingkat beribadah 1.4 - 14.4 56.8 27.3 4.1

C11 Bacaan Doa dalam

Bahasa Melayu

Kenyakinan terhadap Allah 2.2 2.2 8.6 57.6 29.5 4.1

C04 Hukuman Denda Istiqamah beribadah 1.4 - 21.7 54.3 22.5 4.0

C07 Hukuman Rotan Khusyuk beribadah 5.8 10.8 38.1 31.7 13.7 3.4

Min keseluruhan 4.2

Skala: 1= Sangat Tidak Setuju 2=Tidak Setuju 3=Kurang Setuju 4=Setuju 5=Sangat Setuju

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 112: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

112

b. Pembinaan Sakhsiah Diri

Berdasarkan analisis (Jadual 4.16), data menunjukkan metode targhib dan tarhib

memberi kesan pada tahap tinggi (skor min keseluruhan=4.5) dalam pembentukan sifat

diri. Kedua-dua metode memberi kesan pembentukan sifat rajin (min=4.5), amanah

(min=4.5), insaf (min=4.5), tidak putus asa (min=4.5) dan berani berkata benar

(min=4.4) dalam diri pelajar.

Jadual 4.16: Taburan peratusan dan min kesan metode targhib dan tarhib

dalam pembentukan sifat diri

BIL PERNYATAAN METODE

TARGHIB/ TARHIB KESAN SKOR (%) Min

1 2 3 4 5

C12 Pujian yang kerap Rajin - - 2.9 42.4 54.7 4.5

C13 Kata-kata Nasihat Amanah - - 2.2 43.9 54.0 4.5

C14 Kisah bala bencana yang

terdapat dalam al Quran

Insaf - - 2.2 41.7 56.1 4.5

C16 Kesedaran taubat Tidak putus asa - - 3.6 47.5 48.9 4.5

C15 Takut akan Neraka Berani berkata

benar

- - 3.6 51.8 44.6 4.4

Min keseluruhan 4.5

Skala: 1= Sangat Tidak Setuju 2=Tidak Setuju 3=Kurang Setuju 4=Setuju 5=Sangat Setuju

Selain pembentukan sifat diri yang baik, metode targhib dan tarhib juga merupakan

penggerak perubahan sifat negatif kepada sifat positif. Secara keseluruhan, Jadual 4.17

menunjukkan metode targhib merupakan metode yang mencapai tahap tinggi dalam

menggerakkan perubahan sifat negatif kepada positif iaitu motivasi lebih baik dari

hukuman (min=4.4), menyebut dosa dan pahala sebagai langkah untuk membentuk

disiplin yang baik (min=4.3) dan bacaan doa dalam Bahasa Melayu memotivasikan ke

arah tingkah laku yang baik (min=4.1). Manakala , metode tarhib pula mencapai tahap

sederhana tinggi iaitu hukuman perubah tingkah laku (min=3.6) dan PSP/Demerit

melahirkan akhlak mulia (min=3.5). Dapatan ini menunjukkan metode targhib

merupakan metode yang lebih mendominasi dalam merubah sifat negatif kepada sifat

positif berbanding metode tarhib .

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 113: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

113

Jadual 4.17: Taburan peratusan dan min metode targhib dan tarhib

sebagai penggerak perubahan sifat Negatif kepada Positif

BIL PERNYATAAN SKOR (%) Min

1 2 3 4 5

C17 Motivasi lebih baik dari hukuman - - 4.3 50.4 45.3 4.4

C21 Dosa Pahala bentuk disiplin - - 4.3 60.4 35.3 4.3

C20 Doa BM memotivasi ke arah baik - 1.4 10.1 62.6 25.9 4.1

C18 Hukuman perubah tingkah laku 4.3 5.0 31.7 46.8 12.2 3.6

C19 PSP/ Demerit lahir akhlak mulia 2.2 6.5 33.8 50.4 7.2 3.5

Min keseluruhan 4.0

Skala: 1= Sangat Tidak Setuju 2=Tidak Setuju 3=Kurang Setuju 4=Setuju 5=Sangat Setuju

c. Pembinaan Pembelajaran kondusif

Jadual 4.18 menjelaskan tentang metode targhib dan tarhib dalam pembinaan

pembelajaran kondusif dari aspek sifat pelajar. Dengan lapan item mencapai skor tinggi,

dapat dibuat kesimpulan bahawa metode targhib dan tarhib dapat merangsang

pembelajaran kondusif di kalangan pelajar. Antara kesan metode targhib dan tarhib

terhadap sifat pelajar dari segi pembelajaran kondusif ialah dapat mewujudkan

hubungan mesra guru dan pelajar (min=4.5), pelajar aktif dalam pembelajaran

(min=4.4), menarik minat pelajar dalam pembelajaran (min=4.4), meningkatkan

semangat pelajar belajar (min=4.4), memotivasikan sikap pelajar agar bersikap baik

(min=4.4), menarik minat pelajar yang lemah dalam P&P (min=4.2), dapat mengawal

disiplin pelajar dalam kelas (min=4.2) dan merangsang Kemahiran Berfikir Kreatif

Kritis (KBKK) (min=4.1). Walaubagaimanapun, terdapat responden (0.7%) menyatakan

sangat tidak setuju bahawa pemberian hadiah dapat merangsang pelajar lemah berminat

dalam pembelajaran dan mengaitkan hukum dosa dengan perbuatan haram dapat

merangsang KBKK dikalangan pelajar. Ini bersesuaian dengan pendapat Abd. Rahim

dalam buku Profesionalisme Motovasi, bahawa motivasi bilik darjah seperti memberi

dorongan yang baik mampu mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan perubahan

tingkah laku murid ke arah kebaikan.

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 114: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

114

Jadual 4.18: Taburan peratusan dan min metode targhib dan tarhib dalam

pembinaan pembelajaran kondusif dari aspek sifat pelajar KOD PERNYATAAN METODE

TARGHIB/ TARHIB KESAN SKOR (%) Min

1 2 3 4 5

C24 Senyuman oleh guru Hubungan mesra guru

pelajar

- 2.9 46.8 50.4 - 4.5

C22 Ganjaran Pahala Aktif dalam Pembelajaran - 1.4 60.4 38.1 - 4.4

C27 Kata-kata motivasi Menarik minat - 4.3 51.8 43.9 - 4.4

C30 Kelas Pembelajaran

Ceria

Tingkat semangat - 2.9 51.4 45.7 - 4.4

C31 Ganjaran pahala Memotivasikan sikap

pelajar

- 7.2 48.9 43.9 - 4.4

C26 Pemberian hadiah Menarik minat pelajar

lemah

0.7 9.4 56.8 33.1 0.7 4.2

C28 Menyebut tentang dosa Kawalan disiplin - 7.9 61.2 30.9 - 4.2

C29 Kaitan dosa dan

perbuatan haram

Merangsang KBKK 0.7 11.6 67.4 20.3 0.7 4.1

Min keseluruhan 4.3

Skala: 1= Sangat Tidak Setuju 2=Tidak Setuju 3=Kurang Setuju 4=Setuju 5=Sangat Setuju

Berdasarkan Jadual 4.19, data menunjukkan metode targhib dan tarhib lebih

memberi kesan dari sudut positif iaitu teknik galakan dan ancaman pada permulaan

pengajaran dapat merangsang rasa ingin tahu (min=4.3) mencapai skor tinggi. Manakala

kesan metode targhib dan tarhib dari sudut negatif pula mencapai skor sederhana tinggi

iaitu menyebut dosa dan pahala secara berulang-ulang menyebabkan pelajar bosan

(min=3.2). Data ini juga disokong dengan data yang diperolehi dalam kajian literatur

oleh Sharifah Norshah Bani. Ia menunjukkan bahawa pengulangan menyebut dosa dan

pahala boleh mendatangkan dua kesan iaitu bosan atau sikap ingin tahu jika ia

dilaksanakan dengan penerangan yang ikhlas oleh guru.

Jadual 4.19: Taburan peratusan dan min persepsi GPI terhadap pernyataan

kesan targhib dan tarhib dari sudut negatif dan positif

KOD PERNYATAAN SKOR (%) Min

1 2 3 4 5

C23 Menyebut Dosa dan Pahala secara

berulang-ulang menyebabkan pelajar

bosan

5.8 17.3 36.7 28.1 12.2 3.2

C25 Teknik Galakan dan ancaman pada

permulaan pengajaran merangsang

rasa ingin tahu

- 0.7 8.6 53.2 37.4 4.3

Skala: 1= Sangat Tidak Setuju 2=Tidak Setuju 3=Kurang Setuju 4=Setuju 5=Sangat Setuju

Sumber: Soal Selidik 2013

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 115: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

115

Analisis kesan metode targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam

mengikut persepsi responden/ GPI seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.20

menunjukkan ketiga-tiga aspek kesan adalah pada tahap tinggi. Kesan terhadap

pembentukan sakhsiah diri mendahului mencapai min keseluruhan tertinggi (4.5),

kemudian diikuti pembelajaran kondusif (4.3) dan pembinaan iman (4.2). Ini

bersesuaian dengan pendapat Dr. „Abdullah Nashih Ulwan bahawa metode targhib dan

tarhib amat penting dalam membina iman dan akhlak seorang murid.

Jadual 4.20: Min Keseluruhan bagi Tiga aspek kesan metode targhib dan tarhib

Bil Tiga aspek kesan metode

targhib dan tarhib

Min

Keseluruhan

Interpretasi

Skor Min

1 Pembinaan iman 4.2 Tinggi

2 Pembentukan sakhsiah diri 4.5 Tinggi

3 Pembelajaran kondusif 4.3 Tinggi

4.2.3 Keberkesanan amalan pengaplikasian Targhib dan Tarhib dari segi

pengalaman responden

Selain mengetahui amalan dan kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib

di kalangan responden, kajian ini akan menganalisa keberkesanan pengaplikasian

metode tersebut berdasarkan pengalaman responden berinteraksi dengan pelajar.

a. Metode Targhib: Galakan Tilawah al-Qur’an dengan ganjaran gandaan

pahala

Berdasarkan analisis (Jadual 4.21), data menunjukkan metode targhib

menggalakkan pelajar membaca al-Qur‟an dengan ganjaran pahala yang banyak

memberi kesan terhadap pelajar bermotivasi mempelajari tilawah al-Qur‟an. Jadual 28

menunjukkan peratusan yang tinggi pelajar yang berjumpa guru untuk mempelajari

Tilawah al-Qur‟an pada skala sangat kerap pada metode targhib dengan ganjaran

pahala. Daripada 79 orang responden yang menyatakan skala sangat kerap

menggalakkan pelajar baca al-Qur‟an dengan ganjaran pahala yang banyak, seramai 42

orang menyatakan skala sangat kerap dan kerap pelajar berjumpa mereka untuk

Page 116: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

116

mempelajari tilawah al-Qur‟an. 19 orang pula menyatakan agak kerap, manakala hanya

16 orang menyatakan tidak kerap dan 2 orang sahaja tidak pernah.

Jadual 4.21: Taburan bilangan dan peratusan metode targhib galakan

tilawah al-Qur’an dengan ganjaran pahala.

Saya menggalakkan pelajar

baca al-Quran kerana

ganjaran pahala yang

banyak

Terdapat pelajar berjumpa saya untuk mempelajari

Tilawah al Quran.

Tidak

Pernah

Tidak

Kerap

Agak

Kerap

Kerap Sangat

Kerap

Jumlah

Agak Kerap n 1 3 4 3 - 11

% 16.7 8.8 11.1 7.7 - 7.9

Kerap n 3 15 13 15 3 49

% 50.0 44.1 36.1 38.5 12.5 35.3

Sangat Kerap n 2 16 19 21 21 79

% 33.3 47.1 52.8 53.8 87.5 56.8

Jumlah N 6 34 36 39 24 139

% 4.3 24.5 25.9 28.1 17.3

b. Metode Targhib: Galakan berbentuk hubungan akrab guru dengan murid

Berdasarkan analisis (Jadual 4.22), data menunjukkan metode targhib

hubungan akrab guru dan murid seperti membantu murid memahami pelajaran dan

memberi senyuman kepada murid kurang dipraktikkan oleh responden . Jadual tersebut

menunjukkan peratusan yang tinggi guru mewujudkan hubungan akrab dengan murid

pada skala agak kerap iaitu 60 responden (43.2%). Walaubagaimanapun, bilangan

murid yang berkongsi masalah dengan guru adalah pada skala kerap iaitu 58 responden

(41.7%) dan 29 daripadanya adalah yang kerap berjumpa dengan responden

menyatakan skala agak kerap mewujudkan hubungan akrab dengan murid. Ini

menunjukkan bahawa metode targhib berbentuk perbuatan atau „body language‟ tidak

perlu dilakukan terlalu kerap dan perkara yang penting ialah mendapat kepercayaan dari

pelajar. Oleh itu, apabila murid percaya dan merasai dirinya dihargai maka mudah bagi

mereka berkongsi masalah dengan guru.

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 117: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

117

Jadual 4.22: Taburan bilangan dan peratusan metode targhib hubungan

akrab bersama murid

Saya mewujudkan

hubungan akrab dengan

murid.

Terdapat murid yang berkongsi masalah

mereka kepada saya.

Tidak

Pernah

Tidak

Kerap

Agak Kerap Kerap Sangat

Kerap

Jumlah

Tidak Kerap n 2 9 5 5 2 23

% 50.0 45.0 14.3 8.6 9.1 16.5

Agak Kerap n 2 7 18 29 4 60

% 50.0 35.0 51.4 50.0 18.2 43.2

Kerap n - 3 11 22 12 48

% - 15.0 31.4 37.9 54.5 34.5

Sangat Kerap n - 1 1 2 4 8

% - 5.0 2.9 3.4 18.2 5.8

Jumlah N 4 20 35 58 22 139

% 2.9 14.4 25.2 41.7 15.8

c. Metode Tarhib: Ancaman dengan azab Neraka

Berdasarkan analisis (Jadual 4.23), data menunjukkan aplikasi metode tarhib

azab Neraka oleh GPI terhadap murid adalah kurang memberi kesan kerana bilangan

murid memberi respons dengan menangis adalah rendah pada skala sangat kerap iaitu 8

responden (5.8%) dan skala kerap ialah 20 responden (14.3%). Data ini menunjukkan

bahawa teknik menggambarkan azab Neraka di kalangan responden kurang memberi

kesan kepada sentuhan hati murid. Walaubagaimanapun, terdapat 8 responden yang

berjaya mengaplikasikan metode tarhib azab Neraka dengan baik kerana murid nya

sangat kerap memberi respons dengan menangis apabila bercerita tentang azab Neraka.

Daripada 8 responden tersebut, 5 responden daripadanya menyatakan skala sangat kerap

mengaplikasi metode tarhib azab Neraka dan 1 responden menyatakan bagi setiap

skala kerap, agak kerap dan tidak kerap.

Jadual 4.23: Taburan bilangan dan peratusan aplikasi metode tarhib azab

Neraka oleh GPI dan keberkesanannya di kalangan murid.

Saya menggambarkan

azab Neraka kepada

murid yang bising supaya

Terdapat murid yang menangis

apabila saya menceritakan

tentang neraka

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 118: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

118

mereka memberi

perhatian dalam

pembelajaran

Tidak

Pernah

Tidak

Kerap

Agak

Kerap

Kerap Sangat

Kerap

Jumlah

Tidak Pernah n 4 - -

- 4

% 10.8 - - - 2.9

Tidak Kerap n 11 4 6 - 1 22

% 29.7 10.5 16.7 - 12.5 15.8

Agak Kerap n 12 16 13 6 1 48

% 32.4 42.1 36.1 30 12.5 34.5

Kerap n 9 11 12 8 1 41

% 24.3 28.9 33.3 40 12.5 29.5

Sangat Kerap n 1 7 5 6 5 24

% 2.8 18.4 13.9 30 62.5 17.3

Jumlah N 37 38 36 20 8 139

% 26.7 27.3 25.9 14.3 5.8

d. Metode Tarhib: Ancaman dengan pemberitahuan tingkah laku murid

kepada ibubapa

Selain menggambarkan azab neraka kepada murid, tindakan pemberitahuan

tingkah laku murid kepada ibubapa juga merupakan salah satu metode tarhib . Tindakan

tersebut merupakan salah satu amalan yang diamalkan di sekolah bagi menyelesaikan

masalah pelajar diantara guru dan ibubapa. Berdasarkan analisis (Jadual 4.24), data

menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu 75

responden (54%) pada skala setuju dan 58 responden (41.7%) pada skala sangat setuju.

Walaubagaimanapun, bilangan responden berjumpa dengan ibubapa adalah rendah

kerana terdapat seramai 33 responden (23.7%) yang tidak pernah dan 47 responden

(33.8%) yang tidak kerap berjumpa dengan ibubapa jika murid melakukan kesalahan.

Ini menunjukkan bahawa responden mengaplikasikan tindakan ini sebagai langkah

terakhir dalam menyelesaikan masalah yang berlaku pada murid

Jadual 4.24: Taburan bilangan dan peratusan aplikasi metode tarhib

dengan pemberitahuan tingkah laku murid kepada ibubapa

Saya akan berjumpa dengan Perjumpaan guru dan ibubapa mampu Jumlah

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 119: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

119

ibubapa pelajar jika pelajar

melakukan kesalahan

melanggar peraturan sekolah

menyelesaikan masalah yang berlaku

kepada murid

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Tidak Pernah n 1 21 11 33

% 3 63.6 33.3 23.7

Tidak Kerap n 3 26 18 47

% 6.4 55.3 38.3 33.8

Agak Kerap n 2 14 14 30

% 6.7 46.7 46.7 21.6

Kerap n - 9 11 20

% - 45 55 14.4

Sangat Kerap n - 5 4 9

% - 55.6 44.4 6.5

Jumlah n 6 75 58 139

% 4.3 54 41.7

4.3 Dapatan Pandangan dan Pendapat GPI terhadap pelaksanaan Pendidikan

Islam

Di dalam bahagian ini, pengkaji membentangkan dapatan mengenai kesan pelaksanaan

Pendidikan Islam kepada pelajar mengikut persepsi responden/ GPI. Jadual 4.25

menunjukkan bahawa 48.2% responden bersetuju dan 36.0% sangat bersetuju

menyatakan pelajar yang mengikuti Pendidikan Islam akan mendorong mereka rajin

beribadah. Begitu juga dengan pelaksanaan penilaian Pendidikan Islam melalui

Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS), data menunjukkan 51.1% bersetuju dan

25.9% sangat bersetuju bahawa PBS memudahkan guru mendidik pelajar menjadi taat

pada perintah Allah dan berakhlak mulia. Walaubagaimanapun, terdapat 4.3%

responden sangat tidak setuju, 0.7% responden tidak setuju dan 18.0% kurang setuju

terhadap pernyataan PBS memudahkan guru mendidik pelajar dari segi pembinaan

keimanan dan sakhsiah diri.

Jadual 4.25: Taburan peratusan dan min persepsi GPI terhadap kesan

pelaksanaan Pendidikan Islam pada murid

KOD PERNYATAAN SKOR (%) Min

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 120: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

120

1 2 3 4 5

D01 Pelajar yang mengikuti Pend. Islam

akan rajin beribadah.

1.4 1.4 12.9 48.2 36.0 4.2

D33 Pembelajaran Berasaskan Sekolah

memudahkan guru mendidik pelajar

menjadi taat pada perintah Allah dan

berakhlak mulia

4.3 0.7 18.0 51.1 25.9 3.9

Skala: 1= Sangat Tidak Setuju 2=Tidak Setuju 3=Kurang Setuju 4=Setuju 5=Sangat Setuju

Berdasarkan kedua-dua pernyataan di atas, ia menunjukkan bahawa terdapat dua

pandangan yang berbeza di kalangan responden mengenai kesan pelaksanaan

Pendidikan Islam terhadap diri pelajar. Walaupun majoriti responden bersetuju dengan

pernyataan tersebut, terdapat lebih kurang 20% responden kurang atau tidak bersetuju

dengan pernyataan itu. Ini mungkin disebabkan beberapa masalah atau halangan yang

dihadapi oleh responden dalam merealisasikan matlamat Pendidikan Islam.

Berdasarkan soalan terbuka yang dikemukakan, responden telah memberikan

beberapa masalah atau halangan yang dihadapi dalam mencapai matlamat Pendidikan

Islam untuk melahirkan murid yang cemerlang dunia dan akhirat iaitu:

1. Tiada sokongan daripada ibubapa iaitu penerapan nilai murni yang

diamalkan di sekolah tidak dilakukan apabila pelajar berada di rumah.

2. Sikap pelajar yang kurang berminat kepada pendidikan agama.

3. Pengaruh hiburan dan media yang tidak terkawal.

4. Tekanan pada guru seperti beban kerja selain mengajar yang terlalu banyak

dan bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas.

5. Masa P&P Pendidikan Islam yang agak terhad dan tekanan menghabiskan

sukatan pembelajaran.

6. Sistem pendidikan yang tidak mengikut cara Islam sepenuhnya.

Sumber: Soal Selidik 2013

Page 121: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

121

Walaupun terdapat masalah atau halangan yang dihadapi, GPI tetap

melaksanakan beberapa program yang dijalankan samaada ketika atau diluar waktu

P&P Pendidikan Islam untuk melahirkan murid yang cemerlang dari segi rohani, akhlak

dan akademik. Antara aktiviti atau program yang dijalankan ialah:

1. Kem Bina Insan atau motivasi

2. Pemantapan pada ibadah solat

3. Program sentuhan kasih yang melibatkan ibubapa, guru dan pelajar

4. Program Tazkirah bersama guru-guru Islam

5. Aktiviti atau teknik P&P yang interaktif dalam kelas

6. Program Usrah yang konsisten

7. Program Anugerah Pelajar Contoh

Pelaksanaan program atau aktiviti kerohanian merupakan kesinambungan

pengaplikasian metode targhib dan tarhib terhadap pelajar yang diadakan diluar waktu

P&P kerana kekangan waktu P&P Pendidikan Islam yang agak terhad. Menurut Ustazah

Norlia, pelajar perlulah dibimbing dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, sebuah

program kem yang diadakan di SMK Kota Kemuning untuk murid yang bermasalah

pada tahun 2012 telah menimbulkan kesedaran di kalangan murid yang menyertainya.

Penyertaan program ini dipilih dari kalangan murid yang tidak lulus dalam peperiksaan

Pendidikan Islam. Program ini melibatkan pelbagai pihak iaitu murid, guru dan ibubapa.

Menurut beliau, program ini mampu memberikan kesedaran di kalangan peserta tentang

tanggungjawab mereka terutamanya pada agama dan ibubapa152

.

4.4 Kesimpulan

152 Temubual dengan Ustazah Norlia, Ketua Panitia Pendidikan Islam di SMK Kota Kemuning pada15 Mac 2013.

Page 122: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

122

Tinjauan terhadap pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam dikalangan guru Pendidikan Islam SMK di Shah

Alam mendapati bahawa amalan pengaplikasian metode targhib dan tarhib secara

keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian ini mendapati bahawa

responden lebih mengutamakan pengaplikasian metode targhib berbanding metode

tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aspek membentuk

sakhsiah murid.

Seterusnya, dapatan mengenai kesan metode targhib dan tarhib dalam P&P

Pendidikan Islam mengikut persepsi responden/ GPI menunjukkan kedua-dua metode

ini memberi kesan yang amat besar pada pembinaan iman, sakhsiah diri dan

pembelajaran kondusif di kalangan murid. Daripada dapatan analisis, kesan

pengaplikasian kesan metode targhib dan tarhib dalam ketiga-tiga aspek tersebut

adalah pada tahap tinggi.

Berdasarkan analisa kekerapan pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam

pengajaran dan pembelajaran serta dapatan deskriptif mengenai kesannya, kajian

mendapati bahawa responden kurang menguasai metode targhib dan tarhib dalam

P&P. Ini di sokong dengan data analisa deskriptif keberkesanan pengaplikasian metode

tersebut berdasarkan pengalaman responden berinteraksi dengan murid menunjukkan

peratusan yang rendah murid memberi respons atau tindak balas terhadap amalan

pengajaran guru.

Daripada analisa data yang dikemukakan sebelum ini, dapatlah dirumuskan

bahawa kesemua responden mengaplikasikan metode targhib dan tarhib dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk amalan walaupun terdapat 31.7%

responden yang tidak mengetahui maksud targhib dan tarhib.

Page 123: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

123

BAB 5

RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan

Bab ini membincangkan rumusan keseluruhan hasil dapatan kajian mengenai

metode targhib dan tarhib menurut al-Qur‟an dan pengaplikasian metode targhib dan

tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam.

Perbincangan ini merangkumi kefahaman metode targhib dan tarhib di kalangan GPI

semasa P&P, aplikasi metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran

serta kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Perbincangan ini dibentangkan mengikut objektif kajian ini dilakukan.

Kajian kuantitatif ini melibatkan data-data soalselidik sebagai data utama dan

data pemerhatian serta temubual merupakan data sokongan dalam kajian ini. Bab ini

juga melibatkan implikasi daripada dapatan kajian ini dan seterusnya pengkaji akan

mengutarakan beberapa cadangan lanjutan yang boleh dilaksanakan agar dapat

meningkatkan lagi kualiti yang ada pada guru Pendidikan Islam dan seterusnya

memajukan bidang ini dengan lebih cemerlang.

Page 124: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

124

5.1 Metode targhib dan tarhib menurut al-Qur’an dan pengaplikasiannya dalam

pendidikan

Metode targhib dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an merupakan salah satu

pendekatan untuk mencapai tujuan pendidikan iaitu pengabdian diri kepada Allah,

pembentukan insan soleh dan mewujudkan kemakmuran di muka bumi. Metode ini juga

merupakan pendekatan yang sering digunakan oleh Rasullullah saw dalam

perjuangannya menegakkan agama Islam.

Uslub al-targhib dan al-tarhib yang disampaikan Allah dalam al-Qur‟an terdiri dari

pelbagai bentuk samada ia diterima di dunia atau di akhirat. Bentuk targhib yang sering

disebut dalam al-Qur‟an dalam bentuk ganjaran di akhirat ialah ganjaran nikmat syurga,

pahala dan pengampunan dari Allah. Manakala ganjaran yang diterima di dunia lagi

ialah dalam bentuk keamanan, ketenangan hati, perasaan kasih sayang, rahmat dan juga

pemberian nikmat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Begitu juga dengan tarhib didatangkan dalam dua bentuk juga samada diterima

di dunia lagi atau di akhirat yang kekal abadi. Antara bentuk tarhib yang diterima di

dunia ialah berbentuk malapetaka seperti kisah-kisah umat Nabi Nuh yang

ditenggelamkan dalam banjir besar disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah,

tiada keberkatan pada harta. mata hati gelap iaitu sukar menerima kebenaran dan dalam

bentuk hukuman perundangan yang banyak terdapat dalam ayat-ayat hukum. Manakala

bentuk tarhib yang banyak disebut di dalam al-Qur‟an ialah ancaman dengan azab api

neraka.

Kedua- dua metode ini saling diperlukan dalam membina perisai diri supaya taat

pada perintah Allah. Ketaatan kepada Allah akan mendorong seseorang melakukan

ibadat dan seterusnya ibadat pula akan menghalang sifat keji dan mungkar serta

Page 125: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

125

mendidik jiwa manusia ke arah akhlak mulia yang menjadi benteng kepada gangguan

syaitan.

Metode targhib dan tarhib adalah merupakan metodologi yang penting dalam

pendidikan dalam usaha membangunkan insan kerana sememangnya manusia suka

kepada kata-kata yang manis, menggalakkan dan memberi semangat. Justeru, adalah

penting GPI menggunakan metodologi ini supaya hubungan yang rapat dengan murid

dapat dipupuk dan pembangunan insan dapat dilaksanakan dengan mudah. Namun

sesekali guru perlu juga menggunakan metode tarhib terutamanya kepada orang yang

bersikap degil.

Guru harus mampu memotivasikan pelajar kerana ini adalah fasa awal dalam proses

pembelajaran. Manusia mempelajari sesuatu kerana didorong oleh motivasi terhadap

sesuatu perkara. Tanpa motivasi, proses pembelajaran menjadi tidak bermakna dan tidak

berkesan. Oleh itu, pelajar perlu diberi kesedaran tentang motif dan kepentingan

pendidikan Islam dalam kehidupan mereka untuk terus belajar dan berusaha. Pelajar

yang bermotivasi dengan sendirinya akan tertarik dengan P&P. Tetapi untuk pelajar

yang tidak bermotivasi, guru perlu bermotivasi untuk menarik pelajar kepada P&P yang

dijalankan153

.

Dorongan atau dalam bahasa Inggeris reward adalah perkara yang mendapat

perhatian dalam Islam. Ajaran Rasullullah mempunyai elemen dorongan yang begitu

hebat. Dorongan-dorongan yang diberikan oleh nabi melepasi sempadan kehidupan

dunia. Pahala dan dosa adalah konsep dorongan dan hukuman yang jelas dalam Islam.

Ini adalah dorongan yang bersifat dunia dan akhirat. Akan tetapi, ia lebih cenderung

pada dorongan yang bersifat ukhrawi atau kehidupan selepas mati. Balasan ini

melibatkan persoalan iman dan kenyakinan.

153 Kamarul Azmi Jasmi ( 2007) Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: UTM, h.63.

Page 126: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

126

Pahala adalah dorongan yang memotivasikan kita untuk terus bergerak menuju

kecemerlangan di dunia dan akhirat. Adapun dosa adalah punca kepada turun dan

berkurangnya tahap motivasi seseorang.

Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menggalakkan murid

dengan menyebut janji-janji Allah yang termaktub dalam al-Qur‟an seperti mendapat

pahala yang berganda bagi orang yang membaca al-Qur‟an. Kemudian, guru perlulah

memberi peneguhan dengan pemberian pujian kepada pelajar yang bersungguh-sungguh

membaca al-Quran. Kedua-dua kaedah ini adalah merupakan metode targhib.

Terdapat banyak kepentingan targhib dan tarhib dalam Pendidikan Islam antaranya

ialah:

1. Menanamkan akidah Islami yang kukuh kerana bab akidah merupakan tajuk atau

pembelajaran yang pertama dan utama yang perlu dititikberatkan dalam diri

manusia.

2. Psikologi pendidikan iaitu membentuk akhlak murid samaada akhlak peribadi,

kawalan disiplin.

3. Menjelaskan hukum-hakam dalam bab ibadah seperti hukum solat fardu

berjamaah fardu kifayah.

4. Merangsang kemahiran berfikir kritis kreatif atau dikenali sebagai KBKK

seperti metode tarhib tentang arak dan judi dalam ayat 219:Surah Al-Baqarah.

Ayat ini diajar dalam Pendidikan Islam Tingkatan 1154

. Oleh itu, metode tarhib

yang terdapat dalam ayat ini akan mendorong murid berfikir kenapa Allah

mengatakan „pada arak dan judi terdapat dosa besar‟.

Pengaplikasian kedua-dua metode ini akan meningkatkan keimanan kepada Allah

s.w.t kerana mereka tahu hukuman yang akan dikenakan jika melanggar perintah Allah

154 Razali bin Sharif et al (2002), Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.

45.

Page 127: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

127

iaitu mendapat dosa dan azab di akhirat kelak. Murid juga akan dapat gambaran secara

terang tentang kenikmatan syurga dan kesengsaraan yang pedih di neraka. Sejurus itu

mereka akan takut untuk melakukan kesalahan kerana bimbang dengan hukuman yang

akan mereka terima kelak.

Selain itu, ia akan melahirkan modal insan yang cemerlang dengan akhlak dan

sahsiah yang terpuji. Disebabkan atas pengetahuan yang telah mereka pelajari melalui

metode ini mengenai nikmat syurga dan balasan neraka, ia akan mempengaruhi tingkah

laku mereka iaitu menjadi insan yang terpuji. Sifat rajin berusaha untuk menjadi sesuatu

yang lebih baik juga dapat dibentuk melalui penggunaan metode ini.

Sasaran utama pembelajaran pendidikan Islam adalah untuk menyemai benih

iman dalam diri murid bagi proses pembentukan Muslim sejati. Oleh itu, fokus utama

pembelajaran adalah pada hati, di mana hakikatnya bersifat lembut dan amat sensitif

serta mudah dipengaruhi oleh sifat mahmudah dan mazmumah. Guru-guru berperanan

menggalakkan murid mentarbiyah hati melalui pelbagai proses, contohnya penyucian,

pembersihan, pengawalan dan penyuburan. Selain itu, guru juga berperanan menanam

rasa kecintaan, kerinduan, kasih sayang serta penghargaan, pengiktirafan dan tidak

ketinggalan doa dan fadail untuk motivasi. Apabila hati telah terdidik, maka mudahlah

tujuan pendidikan Islam untuk membangunkan minda dan membentuk akhlak akan

tercapai.

Page 128: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

128

5.3 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian

5.3.1 Kefahaman metode targhib dan tarhib dikalangan Guru Pendidikan Islam

yang bertugas di SMK sekitar Shah Alam

Kefahaman metode targhib dan tarhib dikalangan responden adalah baik. Ini

kerana dapatan menunjukkan majoriti mereka mengetahui maksud kedua-dua metode

tersebut dan hanya 44 orang responden sahaja yang tidak mengetahui maksud targhib

dan tarhib. Walaubagaimanapun 44 responden tersebut tetap mengaplikasikan metode

targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam tanpa disedari.

Ini menunjukkan semua responden mengaplikasi metode targhib dan tarhib dalam

pengajarannya samada disedari atau tanpa disedari.

Dapatan juga menunjukkan bahawa kecenderungan responden menambah ilmu

adalah tinggi kerana 27.4% responden memahami metode targhib dan tarhib melalui

perbincangan dan 22.1% responden mengetahuinya melalui pembacaan. Ini

menunjukkan bahawa responden berusaha menambahkan tahap kefahaman untuk

meningkatkan penguasaan kemahiran teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Usaha ini adalah amat penting bagi seorang guru supaya metode pengajaran yang

digunakan dapat menimbulkan dan merangsang minat serta kefahaman pelajar terhadap

pembelajaran.

5.3.2 Dapatan Deskriptif

Perbincangan di dalam bahagian ini akan mengupas hasil analisa dapatan deskriptif

mengenai amalan, persepsi dan pandangan GPI mengenai aplikasi metode targhib dan

tarhib dan kesannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 129: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

129

a. Aplikasi metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran

Amalan aplikasi targhib dan tarhib dikalangan responden dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah pada tahap sederhana tinggi ( Rujuk lampiran E). Ini menunjukkan

responden kerap mengaplikasikan metode ini ketika P&P mengikut situasi dan tujuan

pembelajaran.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengaplikasian metode targhib lebih

mendominasi berbanding metode tarhib dalam P&P. Berdasarkan pemerhatian yang

dijalankan dalam bilik darjah (Rujuk lampiran G dan H), kedua-dua informan kerap

mengaplikasikan ganjaran berbentuk pahala, syurga, pujian dan kata-kata nasihat.

Ganjaran pahala, syurga dan kata-kata nasihat digunakan untuk menggalakkan murid

meningkatkan amal ibadah. Manakala kata-kata pujian yang sering digunakan ialah

„bagus awak ni‟ dan „pandailah dia‟.

Data pemerhatian ini menyongkong data analisis soalselidik kajian yang

menyatakan bahawa ganjaran pahala dan syurga sering diaplikasi oleh responden ketika

permulaan pengajaran supaya murid memberi perhatian kepada pembelajaran,

menggalakkan murid beribadah, memberi kefahaman kepada murid tentang hukum

ibadah berkaitan halal dan haram dan galakan berakhlak mulia. Semua amalan metode

targhib yang diaplikasi ini adalah merupakan dorongan yang sangat penting bagi

membina kekuatan emosi, kekuatan jiwa dan kekuatan kerohanian . Amalan ini adalah

dorongan dalaman yang memerlukan kekuatan kerohanian pelajar terhadap perkara

ghaibiyyat iaitu syurga, pahala serta qada‟ dan qadar tentang kejayaan masa akan

datang.

Selain itu, terdapat satu amalan metode targhib yang diaplikasi secara kadang-

kadang atau tidak kerap oleh responden dalam P&P ialah pemberian hadiah. Pemberian

hadiah merupakan dorongan luaran yang diberikan secara berkala atau bertujuan. Jika

ia diamalkan secara kerap, dikhuatiri akan menyebabkan pelajar mengubah tingkah laku

Page 130: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

130

bukan secara ikhlas tetapi semata-mata untuk mendapatkan hadiah tersebut. Maka ia

akan menyebabkan matlamat pembinaan insan yang berakhlak mulia tidak akan

tercapai. Berdasarkan pemerhatian di dalam bilik darjah, ganjaran pemberian hadiah

digunakan ketika P&P tetapi guru menangguhkan pemberian hadiah tersebut pada

waktu yang lain. Amalan ini boleh mengundang sebarang kebarangkalian situasi iaitu

sekiranya guru lupa akan janjinya, ia akan menyebabkan murid kecewa.

Selain metode targhib, metode tarhib juga diaplikasikan dalam P&P. Antaranya

ialah ancaman dengan dosa, neraka dan kisah tauladan seperti bala bencana yang

menimpa umat Nabi terdahulu kerana kemungkaran yang dilakukan. Ketiga-tiga

amalan tersebut merupakan metode tarhib yang berbentuk lisan dan berkaitan dengan

perkara ghaibiyat. Responden kerap mengaplikasi amalan ini ketika memberi nasihat

kepada pelajar agar menjadi insan soleh dan berakhlak mulia. Selain itu, pemberian

amaran juga sering diaplikasi dalam P&P supaya murid berakhlak mulia. Berdasarkan

pemerhatian di dalam bilik darjah, informan perempuan sering menggunakan amaran

dengan cara memanggil nama pelajar yang bising dan amaran denda jika tidak

menyiapkan kerja sekolah berbanding informan lelaki.

Selain amaran, metode tarhib secara amali atau fizikal juga diamalkan dalam

P&P tetapi ia jarang diaplikasi. Antaranya adalah seperti pengabaian pelajar yang bising

dalam kelas, menghantar pelajar yang bising kepada kaunselor dan penggunaan rotan.

Kebiasaannya metode tarhib secara amali ini dilaksanakan sebagai langkah yang

terakhir apabila segala pendekatan metode targhib dan metode tarhib berbentuk lisan

telah digunakan.

Perbincangan ini menunjukkan bahawa penggunaan metode targhib adalah lebih

banyak diamalkan dalam P&P. Kemudian diikuti metode tarhib berbentuk lisan dan

tarhib secara amali pula dilaksanakan sebagai langkah yang terakhir.

Page 131: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

131

b. Kesan pengaplikasian metode targhib dan tarhib terhadap pengajaran dan

pembelajaran

Berdasarkan analisis kajian, persepsi responden terhadap kesan pengaplikasian

metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran dari tiga aspek iaitu

pembinaan iman, pembentukan sakhsiah diri dan pembelajaran kondusif ialah pada

tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa metode targhib dan tarhib merupakan

pendekatan yang terbaik diaplikasikan dalam P&P Pendidikan Islam.

Metode targhib dan tarhib yang sering disebut di dalam al-Qur‟an iaitu balasan

neraka, syurga, pahala dan kisah-kisah bala bencana umat Nabi terdahulu memberi

kesan yang tinggi kepada pembinaan iman. Ia juga merupakan metode yang boleh

merangsang pelajar memperbaiki kelemahan diri terutamanya dalam ibadah. Dapatan

menunjukkan metode targhib berbentuk ganjaran pahala dapat merangsang murid

berjumpa guru untuk mempelajari tilawah al-Qur‟an. Namun metode tarhib berbentuk

azab neraka kurang memberi kesan tindakbalas pelajar dengan tindakbalas menangis

atau takut. Ini menunjukkan teknik menggambarkan azab Neraka di kalangan responden

kurang menyentuh hati murid. Oleh itu, guru perlulah menambahkan ilmu dari segi

penguasaan teknik bercerita dan sentiasa membaca al-Qur‟an dan Hadith serta

maksudnya. Kekerapan menggambarkan syurga dan neraka pada setiap amalan akan

meningkatkan keimanan seseorang terhadap kekuasaan Allah.

Ini menunjukkan pembinaan iman adalah bermula dengan memperkenalkan

akidah yang benar dan menanam aqidah itu dengan utuh dalam jiwa. Imam Al Ghazali

Page 132: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

132

menjelaskan cara menanamkan akidah ialah dengan sentiasa membaca Al-Qur‟an dan

Hadith beserta maksudnya dan sentiasa menggalakan beramal ibadah155

.

Selain itu, terdapat kesinambungan antara amalan dan kesan berkaitan metode

tarhib amali seperti hukuman, denda, rotan dan sistem Demerit atau PSP di kalangan

responden. Secara amalannya, metode ini merupakan metode yang jarang diamalkan

oleh responden dalam P&P dan ia kurang memberi kesan kepada pembinaan iman atau

sakhsiah diri yang baik berbanding metode tarhib berbentuk dosa dan neraka.

Kebiasaannya hukuman dan denda diberi kepada pelajar yang melanggar peraturan

sekolah. Setiap hukuman atau denda perlu mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)

yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Lutfi, jika dendaan ini

tidak mengikut syarat yang diperuntukkan sudah tentu proses pengajaran guru menjadi

lebih sukar. Kemungkinan sesetengah murid akan beranggapan mereka adalah kalangan

yang hina dan terlalu sukar untuk menjadi insan yang pandai. Dendaan yang dikenakan

kepada mereka yang ingkar terhadap tugasan yang telah diberikan adalah sebagai

peringatan agar mereka tidak mengulangi kesilapan atau kecuaian yang telah

dilakukan156

.

Disamping itu, metode tarhib berbentuk amalan memberitahu tingkah laku

pelajar kepada ibubapa adalah salah satu tindakan yang menyelesaikan masalah murid,

namun ia juga jarang diaplikasi oleh responden. Secara kesimpulannya, dapatan

menunjukkan bahawa metode tarhib amali adalah merupakan pendekatan terakhir

dalam menyelesaikan masalah yang berlaku pada pelajar.

Selain dua kesan yang diperbincangkan, kedua-dua metode tersebut juga

memainkan peranan dalam mewujudkan pembelajaran kondusif. Metode targhib

155 Muhammad Nur „Abdullah Hafiz Suaid (2006) Manhaj al-Tarbiyyah al-Nabawiyyah li Atfal. Drs Harun Ar Rashid et al (terj.).

Klang: Klang Book Centre, h. 162.

156 Mohd Lutfi Ahmad ( 2012), “Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor: Kajian tentang Metode Pengajaran Pendidikan Islam”

(Disertasi untuk Sarjana Usuluddin bahagian II, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) h. 79-82.

Page 133: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

133

berbentuk ganjaran pahala adalah antara pendekatan yang utama dan sering digunakan

dalam mewujudkan pembelajaran yang kondusif. Ganjaran pahala dapat merangsang

murid bersemangat dan aktif dalam pembelajaran kerana ganjaran pahala yang besar

oleh Allah kepada orang yang menuntut ilmu. Selain itu, metode targhib berbentuk

pujian, senyuman dan kata-kata motivasi oleh guru juga merupakan metode targhib

yang boleh mendatangkan rasa aman, tenang dan kasih sayang dalam diri murid.

Pendekatan ini sering diamalkan oleh responden dalam mewujudkan pembelajaran yang

kondusif dan membentuk akhlak yang baik. Pengaplikasian metode ini akan mendorong

sifat ikhlas melakukan sesuatu perkara dikalangan murid.

Dorongan luaran seperti pemberian hadiah dan penganugerahan merupakan

metode targhib mampu memberi kesan dalam pembinaan iman dan mewujudkan

pembelajaran kondusif. Namun ia merupakan pilihan kedua setelah metode targhib

berbentuk lisan seperti ganjaran pahala, syurga dan pujian digunakan. Oleh itu, ia

perlulah dilakukan secara berkala. Kekerapan pengaplikasian dorongan luaran ini boleh

menimbulkan situasi negatif dikalangan pelajar iaitu sikap melakukan sesuatu perkara

hanyalah semata-mata kerana mahukan kebendaan dan ia akan menjauhkan sifat ikhlas

dalam diri.

Berdasarkan pemerhatian (Rujuk Lampiran F), pengkaji mendapati pengamalan

Islam dikalangan murid perlulah ditingkatkan terutama pemakaian tudung dikalangan

pelajar Islam perempuan dan adab terhadap tetamu. Walaubagaimanapun, pengkaji

mendapati terdapat hubungan akrab di antara guru dan murid. Oleh itu, guru perlu

mempertingkatkan usaha memberi kefahaman Islam terhadap murid.

Guru perlulah bijak memilih pendekatan pengajaran yang menarik. Guru bebas

memilih pendekatan dan kaedah yang sesuai kerana terdapat pelbagai kaedah kaedah

yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

Page 134: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

134

pemilihan pendekatan dan teknik pengajaran yang sesuai dengan minat murid, sudah

pasti dapat menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya dapat mencapai matlamat

Pendidikan Islam untuk melahirkan generasi bertakwa, berakhlak mulia dan

berketrampilan.

5.3.3 Masalah Guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajaran

Dapatan perolehan kajian ini memperlihatkan beberapa masalah yang dihadapi oleh GPI

dalam usaha mereka mewujudkan kualiti P&P Pendidikan Islam.

Masalah dan Halangan

Berdasarkan kajian yang dibuat pengkaji dapat menghuraikan masalah-masalah kepada

tiga bahagian iaitu masalah guru, murid dan sekolah. Ketiga-tiga bahagian ini mewakili

ketiga-tiga responden tersebut.

1) Ibubapa

Tiada kesinambungan antara pendidikan di sekolah dan di rumah kerana kurangnya

penghayatan Islam dikalangan ibubapa. Hal ini dibuktikan dengan temubual terhadap

Ustazah Noraini:

“Masalahnya, mak ayah pelajar ni tak tekankan Islam dirumah157

.”

Petikan di atas membuktikan penghayatan dan pengamalan Islam di rumah adalah

kurang terutamanya dalam penekanan oleh ibubapa dalam bab solat dan amalan sunat.

Malah lebih mementingkan prestasi akademik berbanding agama.

157 Temubual dengan Ustazah Noraini, Ketua Panitia Pendidikan Islam di SMK Seksyen 27, Shah Alam pada 7 Mac 2013.

Page 135: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

135

2) Murid

Masalah murid juga adalah antara masalah yang besar yang akan dihadapi oleh setiap

guru-guru di sekolah. Antara masalah murid yang dapat pengkaji kumpulkan ialah tidak

berminat dengan Pendidikan Islam, malas belajar, tidak patuhi arahan dan kurang

kemahiran dalam membaca Al-Qur‟an dan jawi.

3) Persekitaran pendidikan

Selain itu, masalah berkenaan persekitaran pendidikan juga perlu dihadapi oleh

responden dalam kajian ini terutamanya dari segi beban kerja selain mengajar yang

banyak dan bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas. Berdasarkan

temubual dengan Pengetua SMK Seksyen 9 Shah Alam, majoriti guru Pendidikan Islam

yang bertugas di SMK Seksyen 9 Shah Alam terpaksa mengajar Pendidikan Islam 30

waktu seminggu. Menurut beliau lagi, masalah tersebut timbul kerana disebabkan

kurangnya guru Pendidikan Islam di daerah Petaling Perdana dan bilangan murid yang

ramai.

Walaupun terdapat masalah atau halangan yang dihadapi, GPI tetap

melaksanakan beberapa program yang dijalankan samaada ketika atau diluar waktu

P&P Pendidikan Islam untuk melahirkan murid yang cemerlang dari segi rohani,

akhlak dan akademik. Antara aktiviti atau program yang dijalankan ialah Kem Bina

Insan, Program sentuhan kasih yang melibatkan ibubapa, guru dan murid, Program

pemantapan solat dan menggunakan P&P yang interaktif dalam kelas.

Pelaksanaan program atau aktiviti kerohanian merupakan kesinambungan

pengaplikasian metode targhib dan tarhib terhadap pelajar yang diadakan diluar waktu

P&P kerana kekangan waktu P&P Pendidikan Islam yang agak terhad

Page 136: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

136

5. 4 Implikasi Dapatan Kajian

Secara keseluruhan, kajian yang dijalankan ini dapat memberi gambaran tentang

pengaplikasian metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran

dikalangan guru Pendidikan Islam di Shah Alam. Dapatan kajian ini telah menghasilkan

beberapa implikasi terhadap guru khususnya guru Pendidikan Islam, Pentadbir sekolah,

Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia serta penghasilan model

teori berkaitan dengan metode targhib dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran.

a) Guru

Kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang pelaksanaan metode targhib

dan tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di dalam kelas oleh

GPI. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat menggerakkan guru untuk mengaplikasikan

kedua-dua metode tersebut dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Disamping itu, guru juga disarankan sentiasa menambah ilmu berkaitan

uslub-uslub targhib dan tarhib yang terdapat dalam al-Qur‟an dan hadith melalui kitab-

kitab yang muktabar seperti Tafsir Ibnu Kathir dan Riyadus Salihin.

Dapatan kajian ini juga telah mendedahkan beberapa permasalahan GPI dalam

usaha untuk meningkatkan kualiti GPI dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

GPI juga memberikan beberapa cadangan bagi melahirkan murid yang cemerlang dari

segi rohani, akhlak dan akademik.

Page 137: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

137

b) Pentadbir Sekolah

Melalui dapatan kajian ini, didapati kebanyakkan GPI menghadapi masalah dengan

bilangan murid yang ramai bagi sesebuah kelas. Kepadatan murid dalam sesebuah kelas

dikenal pasti menyumbang beberapa perkara negatif kepada guru dan murid. Antaranya

guru hilang fokus ketika mengajar dan tidak dapat memberi perhatian kepada semua

murid dan kesannya timbul ketidakberkesanan dalam P&P. Murid juga terpaksa

belajar di dalam suasana yang tidak tenteram dan selesa yang akhirnya menjejaskan

pencapaian dalam pelajaran dan peperiksaan mereka. Justeru itu, pihak pentadbir

sekolah perlu lebih prihatin dan peka dalam menetapkan bilangan murid di dalam

sesebuah kelas supaya kualiti P&P dapat ditingkatkan dikalangan guru.

c) Jabatan Pelajaran Negeri dan KPM

Dapatan kajian juga menunjukkan kebanyakan sekolah menghadapi masalah

kekurangan GPI. Oleh itu, pihak bertanggungjawab seperti JPN dan KPM perlulah

mengambil tindakan seperti menambah keperluan GPI di sesebuah sekolah.

Selain itu , pihak yang bertanggungjawab seperti JPN dan KPM perlu menyediakan

kursus –kursus yang sesuai bagi meningkatkan lagi kualiti guru dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam. Melalui kursus yang disediakan secara tidak langsung

dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri GPI bagi diaplikasikan

dalam P&P.

Page 138: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

138

d) Penghasilan Model Metode Targhib Dan Tarhib Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah menghasilkan metode targhib dan tarhib

dalam Pengajaran Dan Pembelajaran yang dapat dijadikan panduan oleh GPI seperti

Rajah 1. Rajah dibawah ini menunjukkan proses metode targhib dan tarhib Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Guru perlulah mengaplikasi kedua-dua

metode mengikut kesesuaian tahap kefahaman pelajar, mengikut minat pelajar serta

suasana kelas semasa P&P berlangsung. Al-Ghazali juga memperakui kepentingan

memilih kaedah yang sesuai semasa menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan

mengukur tahap kemampuan pelajar disamping sentiasa meneladani Rasulullah saw

dalam pengajaran mereka.

Rajah 5.1 :Model Targhib Dan Tarhib Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

GURU

Metode Targhib Metode Tarhib

Hati Pelajar

Akhlak mulia

Keredhaan Allah

Pembinaan iman

Pembelajaran

kondusif

Page 139: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

139

Berdasarkan Rajah 5.1, sasaran utama metode targhib dan tarhib adalah untuk

menyemai benih iman dalam diri murid bagi proses pembentukan Muslim sejati. Oleh

itu, fokus utama pembelajaran adalah pada hati, di mana hakikatnya bersifat lembut dan

amat sensitif serta mudah dipengaruhi oleh sifat mahmudah dan mazmumah. Guru

perlulah mendorong murid mentarbiyah hati atau „jiwa dalam‟ dan menggerakkan

fizikal manusia bagi melakukan ketaatan kepada Allah. Perbuatan hasil daripada

gerakan „jiwa dalam‟ membuatkan manusia itu mampu bertahan dan terus konsisten dan

istiqamah dalam beribadah.

Guru yang perlulah mengaplikasikan kedua-dua metode ini dengan ikhlas dan

menggunakan bahasa yang betul sesuai dengan kefahaman para pendengar. Apabila

penyampaian guru berkesan, ia akan mampu mendidik pendengar supaya berakhlak

mulia dan bertakwa kepada Allah.

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji ingin mencadangkan beberapa kajian lanjutan

yang boleh dijalankan oleh penyelidik lain sebagai kesinambungan daripada kajian yang

telah dilasanakan ini.

(a) Kajian yang melibatkan responden atau sampel yang lebih besar

Pengkaji mendapati kajian ini hanya melibat daerah Shah Alam, Selangor sahaja.

Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya kajian akan datang melibatkan responden atau

sampel yang lebih luas dan mengikut zon iaitu utara, selatan, timur dan barat. Dengan

ini, hasil kajian akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai pengaplikasian

Page 140: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

140

metode Targhib Dan Tarhib Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dikalangan guru

Pendidikan Islam.

(b) Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan data soal selidik

sebagai data utama dan disokong oleh data pemerhatian. Oleh itu, pengkaji

mencadangkan supaya kajian seterusnya menggunakan data kualitatif sebagai data

utama dengan disokong oleh dapatan data kualitatif. Dengan ini, dapatan kajian akan

lebih terperinci dengan melihat sendiri corak pengaplikasian metode Targhib Dan

Tarhib dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian seterusnya juga boleh

menggunakan data pemerhatian sebagai data utama dan disokong oleh data pemerhatian

dan analisis dokumen sebagai data sokongan.

(c) Kajian yang melibatkan responden yang pelbagai

Kajian ini hanya melibatkan guru Pendidikan Islam di sekolah menengah sahaja.

Oleh itu, pengkaji mencadangkan supaya kajian seterusnya melibatkan guru-guru di

institusi yang berbeza seperti guru sekolah rendah, pensyarah Institut Pendidikan Guru

dan guru JQAF dengan menggunakan teori yang sama iaitu metode targhib dan tarhib

dalam pengajaran dan pembelajaran.

(d) Kajian berdasarkan persepsi murid

Kajian ini hanya mengambil kira pandangan guru sahaja dan tidak melibatkan

persepsi murid. Oleh itu, kajian seterusnya boleh dilaksanakan dengan mengambil kira

pandangan pelajar mengenai amalan guru dalam pengaplikasian Metode Targhib Dan

Tarhib Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dan meneliti kesannya terhadap diri

mereka.

Page 141: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

141

5.6 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, metode targhib dan tarhib sebagai suatu

rangsangan perubahan dalam diri pelajar diperakui berdasarkan persepsi responden.

Sejak zaman kegemilangan Islam lagi, Rasullullah saw telah membuktikan bahawa

kedua-dua metode ini dapat menggerakkan jiwa dan hati seseorang kepada yang lebih

baik.

Oleh itu, adalah menjadi suatu kewajipan kepada guru mempertingkatkan

kemahiran dalam diri dalam mengaplikasikan sebarang teknik atau metode pendidikan

agar dapat membimbing dan mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Ia selaras dengan

konsep guru cemerlang yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu

guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa

berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya

dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, pendidik perlulah membentuk murid yang muraqabah Allah

dan takut kepadaNya. Murid-murid yang terbentuk dalam nilai pendidikan Rabbani

akan merasa takut akan kehidupan akhirat dan ancaman kehidupan dunia. Seterusnya, ia

akan memberi kesan kepada jiwa dan lahirlah tingkah laku serta akhlak yang mulia.

Page 142: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

142

BIBLIOGRAFI

TAFSIR

„Abdullah Muhammad Basmeih (1983), Tafsir Pimpinan ar-Rahman, c.6. Kuala

Lumpur: Dar al-Fikr.

Abu al-Qasim Jad Allah Mahmud bin „Umar al-Zamakhsyari (1998), Al-Kashshaf an

Haqa‟iq Ghawamid al-Tanzil wa „Uyun al-„Aqawil fi Wujuh al-Ta‟wil, al-

Syeikh A‟dal Ahmad „Abdul Mawjud (ed.), 7.j . Ar-Riyadh: Maktabah al-

„Abikan.

Ahmad Mustaffa al-Maraghi (1946), Tafsir al-Maraghi, 30.j. . Mesir: Syarikat

Maktabah dan Percetakan Mustaffa al-Bab al-Halani.

Al-Hafiz Abi Al-Hussain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi

(t.t), Sahih Muslim, Bab Fadlu Solat al-Jamaah, No. Hadith : 650. Riyad : Dar

As-Salam.

Al-Qurtubi (2006), al-Jami‟ li Ahkam al-Qur‟an, „Abdullah bin „Abdul Mohsin al-

Taraki (ed.), c.1. Beirut: Muassasah al-Risalah lil-Toba‟ah wa Nasr wa al-Tauzi‟

Ar Razi (1981), Tafsir Al Fakhrul Razi Al Mushtahir Bi Al Tafsir Al Kabir Wa Mafatih

Al Ghaib, 32.j. Lubnan: Dar al-Fikr.

Ibnu Kathir (2000), Tafsir al-Qur‟an al-„Azim , Muhammad „Abdul Rahman al-

Mar‟ashli (ed.), j.4. Beyrout: Dar Ehia al-Tawrath al-„Arabi.

Page 143: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

143

Muhammad „Abduh (1947), Tafsir al-Manar. Di ta‟lif oleh Sayyid Muhammad Rashid

Redho,12.j.Kaherah: Huquiq al-Tab‟ah wa al-Tarjamah Mahfuzah liwarath tuhu.

Muhammad „Abduh (1954), Tafsir al-Qur‟an al-Hakim al-Mushtahar bi Ism Tafsir al-

Manar, j.3. Kaherah: T.P.

Salahuddin Abdullah et al. (2009), Tafsir Mubin, 6.j. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

Pustaka.

Sayyid Qutb (2000 ), Tafsir Fi Zilal al-Qur‟an. Yusoff Zaky Haji Yacob (terj.), j.6.

Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Wahbah al-Zuhaily ( 2001), Tafsir al-Munir. Hj. Mohd Salleh et al ( terj. ), j.3.

Selangor: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia and Publication.

BUKU-BUKU

„Abdullah Al-Amin Al-Na‟miy (1994), Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibn

Khaldun dan al-Qabisi. Mohd Ramzi Omar (terj.). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

„Abdullah Nashih Ulwan (1996), Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam.

Saifullah Kamalie et al.(terj.), j.2. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Abd Allah Nashih Ulwan (1994), Tarbiyyah al-Awlad fi al-Islam , 2.j, c.25. Kaherah:

Dar al-Salam.

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Salam Yussof (2010), Idea-idea Pendidikan berkesan Al-Ghazali dan Konfusius.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 144: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

144

Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Sunawari Long (2009), Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam.

Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM.

A. Hafiz Anshari A. Z.(1981), Rangsangan dan Ancaman. Al-Syeikh Husin Matar et al

(terj.), Surabaya: Al-Ikhlas.

Al-Imam Jalaluddin „Abdul Rahman As-Suyuti (4991), Jami‟ al-Ahadith al-Jami‟ al-

Saghir wa Zawai‟duhu wa al-Jami‟ al-Kabir, no. hadith 780 Qismu al-Awal ,

9.j. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-„Imrani, A. Hayei (1983), Hadha al-Qur‟an. Emiriyah Arab Bersatu:Ihya‟ Turas al-

Islami

Al-Mundhiri, Imam al-Hafiz Zaki al-Din „Abd al-„Azim Ibn „Abd al-Qawiyy (1994), al-

Targhib wa al-Tarhib, 4. j . al-Kaherah:Dar al-Hadith

____________(t.t.),al-Targhib wa al-Tarhib min al-Hadith al-Sharif, j.1. Bayrut : Dar

al-Fikr.

____________ (1991), Ithaf al-muslim bi ma al-targhib wa al-tarhib min ahadith al-

Bukhari Muslim. Bayrut: Dar al-Fakr al-Mu‟asir.

Al-Nahwi, Adnan „Ali Rida (2000), Al-tarbiyyah fi al-Islam: al-Nazariyyah wa al-

Manhaj. Riyad: Dar al-Nahwi.

Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi Ad-Damasqi (2006), Intipati Ihya‟

„Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-Orang Mukmin Imam Al-Ghazali. Abu

Hasan Din Al-Hafiz (terj.), Kuala Lumpur: Darul Fajr.

Blair et al.(1954), Educational Psychology. New York: The Macmillan Company.

Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Drs. Hanafi Mohamed (1996), Falsafah Pendidikan Menurut al-Qur‟an, Selangor:

Pustaka Ilmi.

Page 145: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

145

Dr. H. Rifat Syauqi Nawawi (2000), Metodologi Psikologi Islami. Yogyakarta: Pustaka

Pelajar.

Ghazali Darusalam (2004), Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam. Shah Alam;

Kamil dan Shakir Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi et al (2007), Pendidikan Islam kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Khader bin Ahmad et al. (2010), “Pendekatan al-targhib dan al-tarhib Dalam

Membentuk Remaja dan Belia Cemerlang”, dalam Mustaffa Abdullah et al.

(eds.), Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan al-

Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam.

Mahmud Salim „Abidat (1990), Dirasat fi „Ulum al- Qur‟an. Aman:Dar „Umar.

Manna‟ al-Qatan (1992), Mabahith fi „Ulum al-Qur‟an. Bayrut: Muassasah al-Risalah.

Maslow, Abraham H. (1970), Motivation and Personality, c.2. NewYork: Harper &

Row Publishers.

Mohd Hairudin Amin et al. (2011), Sekolah Agama Penjana Generasi Berakhlak,

Skudai: UTM.

Mohd Khairul Nizam (2012), Motivasi gaya Rasullullah. Selangor: PTS Millennia Sdn.

Bhd.

Mok Soon Sang (2010) Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muhammad Fuad „Abdul Baqi (2001),al-Mu‟jam al-Mufarras al-Alfaz al- al-Qur‟an al-

Karim, al-Qaherah:Dar al-Hadith.

Muhammad Nur „Abdullah Hafiz Suaid (2006) Manhaj al-Tarbiyyah al-Nabawiyyah li

Atfal. Drs Harun Ar Rashid et al (terj.). Klang: Klang Book Centre.

Page 146: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

146

Muhammad Sayyid Tantawi (1997), Mu‟jam I‟rab al-Alfaz al-Qur‟an al-Karim.

Nashirun: Maktabah Lubnan.

Nunnally (1976), Psychometric Theory. New York: Mc Graw Hill Book Company

Razali bin Sharif et al (2002), Buku Teks KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosinah Edinin (2012), Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:

Freemind Horisons Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Shahabuddin et al (2003), Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Pahang: PTS

Publications & Distributor Sdn. Bhd

Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed

M.Naquib Al-Attas satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala

Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

Yusuf al-Qardawi (1993), al-Muntaqa Min al-Targhib wa al-Tarhib lil Mundhiri, c.1.

al-Mansurah: Dar al-Wafa‟ al-Taba‟ah wa Nasr wa al-Tawzi‟.

Zahazan Mohamed (2006), Anakku Hebat Anakku Soleh. Kuala Lumpur: Telaga Biru

Sdn. Bhd.

KAMUS

al-Bustani , al- Mu‟allam Butrus (1987), Muhit al-Muhit : Qamus mutawwal li al-

Lughat al-A‟rabiyyah. Bayrut: Maktabah Lubnan

Ibn Manzur. Abu al-Fadl al-Din Muhammad al-Mukarram(1968), Lisan al-A‟rab, j. 4.

Bayrut: Dar al-Bayrut

Khalid M. Hussain et al. (1995), Kamus dwi bahasa : Bahasa Inggeris – Bahasa

Melayu, c. 10. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 147: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

147

Mahmud Yunus dan Muhammad Qasim Bakri (1930), al-Qamus al-Dhahabi. Misr: al-

Matba‟ah al-Rahmaniyyah

Noresah bt Baharom et al. (eds) (2002), Kamus Dewan, c.6. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Zulkifli Haji Mohd Yusoff et al (2009), Kamus al-Qur‟an. Batu Caves: PTS Islamika

Sdn. Bhd.

LATIHAN ILMIAH/DISERTASI/ TESIS

Abd Munir Mohamed Noh (2010), “Falsafah Pendidikan Menurut Ibn Khaldun dan

John Dewey: Kajian Perbandingan”, (Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan

Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM.

Mohd Asri bin Ali (2012), “Penguasaan Tarannum Pelajar Kelas Kemahiran al-Quran

Sekolah Menengah Kebangsaan di Shah Alam” (Disertasi Sarjana Pengajian

Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi).

Azhar Ahmad (2006). “Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan

Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak”, ( Tesis Doktor

Falsafah, UKM, Bangi)

Bazliah Naziri (2012) “Israilliyat: Kajian kefahaman guru Pendidikan Islam”. (Disertasi

untuk Sarjana Usuluddin bahagian II, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Fathiyah Mohd Fakhruddin, “Pembangunan Akhlak Remaja menurut Al- Qur‟an:

Kajian tentang pendekatannya terhadap pelajar Tingkatan Empat di Sekolah-

sekolah Menengah di Ampang Selangor Darul Ehsan”. (Disertasi Sarjana

Usuluddin, Bahagian Pengajian Bersama Akademi Pengajian Islam, UM, 2002).

Page 148: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

148

Kamarul Azmi b. Jasmi (2002), “Paradigma Imam al-Nawawi dalam Pembangunan

Insan: Satu kajian Teks Terhadap Kitab Riyad Al-Solihin”. (Disertasi Sarjana

Pendidikan, Universiti Malaya)

Jamiah Minhaj (1997), “Kedudukan Uslub Targhib dan Tarhib dalam Da‟wah”,

(Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur).

Jamil Hashim (1990), “Persoalan Targhib dan Tarhib menurut perspektif „Aqidah

Islamiah”, (Latihan Ilmiah , Fakulti Usuluddin Akademi Islam, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur).

Kamarul Ariffin b. Mohd Sharif (1998), “Konsep Pendidikan di dalam Surah Luqman

dan kaitannya dengan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM: Penekanan kepada

ayat 12-19 Surah Luqman”, (Disertasi Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya).

Mohd Lutfi Ahmad ( 2012), “Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor: Kajian

tentang Metode Pengajaran Pendidikan Islam” (Disertasi untuk Sarjana

Usuluddin bahagian II, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur)

Norasmah Hj. Othman (2002), “ Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di

Sekolah Menengah”, ( Tesis Doktor Falsafah, UKM, Bangi)

Rosnah Ali (2012), “Kualiti Guru Berasaskan al-Ghazali” (Disertasi untuk Sarjana

Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Sulaiman Muhammad Hasan (2003). “Tahqiq dan takhrij Kitab Hidayat al Habib Fi al-

Targhib Wa al-Tarhib oleh Syeikh Nur al-Din al-Raniri”, (Disertasi, Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor).

Sharifah Norshah Bani bt Syed Bidin (2009), “Impak Uslub Tabshir dan Indhar dalam

membentuk personaliti: kajian di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka

dan Batu Gajah, Perak”. (Tesis PHD, Jabatan al-Qur‟an dan al-Hadith, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Page 149: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

149

JURNAL/ SEMINAR

Abdul Razzak Abdul Rahman Al-Sa‟di (2003), “Konsep Irhab Di Dalam Al-Qur‟an

Dan Al-Sunnah Mengikut Pengertian Barat”, (Kertas Kerja 13, Muttaqa Ulama

Sedunia, Putrajaya, 10-12 Julai 2003).

Ahamad Asmadi Sakat et al. (2002), “Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat

dengan Metode al-Targhib dan al-Tarhib menurut al-Qur‟an dan al-Sunnah:

Pelaksanaannya dalam konteks Dakwah Serantau” (Kertas Kerja Seminar

Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia di Medan,Indonesia, 18

Mei 2002).

Noraziah Ahmad Nadzim et al (2010), “Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam

membentuk generasi Pelajar Rabbani”(Kertas kerja pada 1st International

Conference On Islamic Education di Holiday Villa Hotel & Suites Subang,

Malaysia, 29 November hingga 1 Disember 2010).

Norzulaili Mohd Ghazali et al (2005), “Metode Al-Quran Dalam Membina Akhlak Dan

Peribadi” , Jurnal Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian

Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia.

Syed Abdurahman Syed Hussin (2005), “Pendekatan Targhib Dan Tarhib Dalam

Penyampaian Dakwah”, Jurnal Usuluddin, Bil. 21, Julai 2005.

Zawawi Ahmad (1990), “Sumbangan Imam Nawawi Dalam Pendidikan”, (Kertas Kerja

Seminar Pemikiran Islam Ketiga, B.H.E. Islam Jabatan Perdana Menteri

kerjasama Akademi Islam UM, Kuala Lumpur, 18-20 Disember1990).

BAHAN INTERNET

http://nountilakad.blogspot.com/2012/01/metode-amaliibrah-wa-mauizah-dan.html, 16

April 2012.

Bahrudin ,

http://library.walisongo.ac.id/digilib/gdl.php?mod=browse&op=read&id=jtptiain-gdl-

s1-2006-bahrudinni-1595 , 16 April 2012.

http://ibnuqosim.blogspot.com/2010/10/mengenal-methode-targhib-dan-tarhib.html , 16

April 2012.

Page 150: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

150

Berita Harian Online,

www.b.harian.com.my/bharian/articles/Gejalasosialkronik/Article/print_html, 7 April

2012.

Arkib Utusan Online 14/04/2011, www.utusan.com.my , 7 April 2012.

Page 151: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

151

LAMPIRAN A

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari EPRD

Page 152: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

152

LAMPIRAN B

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari JPNS

Page 153: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

153

LAMPIRAN C

Surat Akuan Calon Ijazah Tinggi dari Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith , APIUM

Page 154: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

154

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN:

METODE TARGHIB DAN TARHIB MENURUT AL QURAN : APLIKASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN

ISLAM DI KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH SHAH ALAM

1. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai responden dalam kajian ini.

2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang anda berikan bagi

melaksanakan kajian ini.

3. Hasil kajian ini adalah bergantung sepenuhnya kepada ketetapan maklumat yang

anda berikan terhadap kesemua item dalam soal selidik ini.

4. Semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan digunakan untuk kajian

ini sahaja. Kerjasama anda untuk melengkapkan soalan-soalan yang

dikemukakan amatlah dihargai.

Terima Kasih.

PENYELIDIK

SITI AZIAH BINTI MD SAABAN

SARJANA USULLUDDIN

JABATAN AL QURAN DAN HADITH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

LAMPIRAN D

Page 155: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

155

SOAL SELIDIK KAJIAN

BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI RESPONDEN/ DEMOGRAFI GURU

ARAHAN:Sila tandakan jawapan anda dengan tanda (√ ) pada ruangan yang disediakan

Latar Belakang Diri

Responden

A01 Jantina

Lelaki

Perempuan

A02 Umur

20-30 tahun

31-40 tahun

41-45 tahun

46-50 tahun

51-59 tahun

A03 Status Perkahwinan

Berkahwin

Bujang

A04

Lama Berkhidmat

Sebagai Guru < 5 tahun

06-15 tahun

16-25 tahun

26-35 tahun

A05

Jawatan Dipegang

Sekarang Guru Kanan/ Guru Pakar/ Guru Cemerlang

Ketua Panitia

Guru Disiplin/Warden Asrama

Guru Tingkatan

Lain-lain (Nyatakan) _____________

A06 Pernah Mengajar

Ya Tidak

Pelajar

Tingkatan 1

Pelajar

Tingkatan 2

Pelajar

Tingkatan 3

Pelajar

Tingkatan 4

Pelajar

Tingkatan 5

Latar

belakangPengajian

A07 Kelulusan Akademik

Tertinggi SPM/MCE

Diploma/STPM/STAM

Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Pertama

Ijazah Sarjana

Ijazah Kedoktoran

Lain-lain (Nyatakan) _____________

Page 156: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

156

A08 Pengkhususan Pendidikan Ijazah Pertama

Usuluddin & Falsafah

Syariah Islamiah

Bahasa Arab & Kesusasteraan

Pendidikan Islam

Lain-lain (Nyatakan) _____________

A09 Tempat Kelulusan Pendidikan Ijazah Pertama

Dalam Negara

Luar Negara

A10 Penguasaan Bahasa Arab ( Sila Tanda √ )

Penguasaan Sangat Baik Baik Pertengahan Lemah Sangat

Lemah

i. Pembacaan

ii. Penulisan

iii.Pendengaran

iv.Percakapan

Sila nyatakan Ya/ Tidak pada pernyataan di bawah.

A11 Saya tahu maksud targhib dan

tarhib

Ya (Sekiranya anda menjawab Ya, sila ke pernyataan A101)

Tidak (Jika anda menjawab Tidak, sila ke pernyataan A102)

Sila tandakan jawapan anda dengan tanda (√ ) pada ruangan yang disediakan.

A101

Kali Pertama, Saya mengetahui mengenai metode Targhib dan tarhib

________

ketika belajar di Sekolah Menengah

ketika belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda

melalui pembacaan

melalui perbincangan atau perbualan dengan kawan-

kawan

A102 Saya pernah memberitahu murid bahawa setiap amalan kebajikan dan

keburukan

yang kita lakukan akan dibalas Allah dengan Syurga dan Neraka.

Ya

Tidak

A12

Berapa kalikah amaran yang Ustaz/Ustazah beri kepada pelajar yang

melakukan

kesalahan seperti tidak membuat kerja rumah sebelum diambil tindakan?

Satu kali

Dua kali

Tiga kali

Lebih 3 kali

Page 157: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

157

BAHAGIAN B: AMALAN GURU TERHADAP APLIKASI TARGHIB DAN TARHIB

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

ARAHAN: Berikut ialah pernyataan amalan pengajaran dalam Pendidikan Islam.

Sila bulatkan angka-angka yang disediakan berpandukan nilai yang ditunjukkan di bawah

pada persepsi anda.

1. Tidak Pernah (TP)

2. Tidak Kerap (TK)

3. Agak Kerap (AK)

4. Kerap (K)

5. Sangat Kerap (SK)

BIL KOMPONEN PENGAJARAN GURU TP TK AK K SK

a) Permulaan Pengajaran

B01 Saya mengetuai bacaan doa pada permulaan pengajaran. 1 2 3 4 5

B02 Pelajar membaca doa secara beramai-ramai pada 1 2 3 4 5

permulaan pengajaran

B03 Pelajar membaca doa dalam Bahasa Melayu 1 2 3 4 5

B04 Saya memberitahu pelajar agar memberi tumpuan 1 2 3 4 5

pada pengajaran kerana belajar ilmu itu adalah

pahala pada permulaan pengajaran.

B05 Saya menggunakan ayat al-Quran atau Hadith 1 2 3 4 5

sebagai set induksi.

B06 Saya memulakan pengajaran dengan menjanjikan 1 2 3 4 5

hadiah bagi pelajar yang menumpukan perhatian.

B07 Saya memulakan pengajaran dengan memberi 1 2 3 4 5

amaran denda kepada pelajar yang tidak memberi

tumpuan.

B08 Saya akan memastikan pelajar bersedia setiap kali 1 2 3 4 5

pengajaran.

b) Perkembangan Pengajaran

B09 Saya menggalakkan pelajar baca al-Quran kerana 1 2 3 4 5

ganjaran pahala yang banyak.

B10 Saya menggunakan kaedah bercerita mengenai kisah 1 2 3 4 5

para Rasul dan Nabi apabila mengajar tajuk kefahaman

ayat al-Quran

B11 Saya menjelaskan bahawa Syurga, Neraka, hati tenang, 1 2 3 4 5

pahala dan dosa adalah jawapan bagi soalan yang

bermula kata kunci 'hikmah'.

B12 Saya mengaitkan hukum ibadah seperti halal dan haram 1 2 3 4 5

dengan pahala dan dosa.

B13 Saya memberi hadiah kepada pelajar yang boleh 1 2 3 4 5

menjawab soalan dengan betul.

B14 Saya memberi pujian kepada pelajar yang dapat buat 1 2 3 4 5

tugasan dengan baik.

B15 Saya menggalakkan pelajar belajar bersungguh-sungguh 1 2 3 4 5

supaya dapat keputusan pelajaran yang baik.

Page 158: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

158

BIL KOMPONEN PENGAJARAN GURU TP TK AK K SK

B16 Saya sering menceritakan kisah bala bencana terhadap 1 2 3 4 5

kaum Nabi terdahulu yang engkar perintah Allah agar

pelajar menjadi mukmin yang taat pada Allah.

B17 Saya akan mengabaikan pelajar yang tidak beradab 1 2 3 4 5

di dalam kelas walaupun telah diberi amaran.

B18 Saya akan membantu pelajar yang tidak menguasai 1 2 3 4 5

pembelajaran ketika pelajar yang lain diberi tugasan.

B19 Saya akan membantu pelajar yang tidak menguasai 1 2 3 4 5

pembelajaran di luar kelas P&P.

B20 Saya menggunakan 'jenaka/humor' dalam pengajaran. 1 2 3 4 5

B21 Saya akan menghantar pelajar yang bising ketika 1 2 3 4 5

pengajaran kepada kaunselor.

B22 Saya menasihati pelajar agar hormat guru kerana biadap 1 2 3 4 5

terhadap guru merupakan suatu dosa.

B23 Saya mewujudkan kelas pembelajaran yang ceria dalam 1 2 3 4 5

kelas seperti kuiz.

B24 Saya menggambarkan azab Neraka kepada pelajar yang 1 2 3 4 5

bising supaya mereka memberi perhatian dalam

Pembelajaran

c) Penutup Pengajaran

B25 Saya akan memberi maklumbalas pada buku kerja 1 2 3 4 5

murid seperti Bagus, Cemerlang

B26 Saya akan memberi amaran kepada pelajar yang tidak 1 2 3 4 5

menyiapkan kerja rumah.

B27 Saya menasihati pelajar agar berakhlak mulia kerana

Allah 1 2 3 4 5

akan memberi ganjaran syurga.

d) Bahan Bantu Mengajar

B28 Saya menggantung ayat-ayat al-Quran atau Hadith 1 2 3 4 5

dalam kelas berkaitan ganjaran syurga dan neraka

B29 Saya akan membawa rotan ketika pengajaran. 1 2 3 4 5

B30 Saya akan mengajar murid berdasarkan buku teks 1 2 3 4 5

sahaja.

B31 Saya membuat rujukan bagi tajuk pengajaran dengan 1 2 3 4 5

membaca buku ilmiah yang lain.

e) Pengalaman

B32 Terdapat pelajar yang menangis apabila saya

menceritakan 1 2 3 4 5

tentang neraka.

B33 Terdapat pelajar yang berkongsi masalah mereka 1 2 3 4 5

kepada saya.

B34 Terdapat pelajar berjumpa saya untuk mempelajari 1 2 3 4 5

Tilawah al Quran.

B35 Saya akan berjumpa dengan ibubapa pelajar jika pelajar 1 2 3 4 5

melakukan kesalahan melanggar peraturan sekolah

Page 159: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

159

BAHAGIAN C: KESAN PELAKSANAAN METODE TARGHIB DAN TARHIB

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM.

ARAHAN: Berikut ialah pernyataan tentang kesan Metode Targhib dan Tarhib dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Sila bulatkan angka-angka yang

disediakan berpandukan nilai yang ditunjukkan di bawah.

1. Sangat Tidak Setuju (STS)

2. Tidak Setuju (TS)

3. Kurang Setuju (KS)

4. Setuju (S)

5. Sangat Setuju (SS)

BIL ITEM SKOR

STS TS KS S SS

PEMBINAAN KEIMANAN

C01 Pelajar yang mengikuti Pendidikan Islam akan sentiasa 1 2 3 4 5

beramal ibadah, zikir dan rajin bersembahyang.

C02 Ganjaran syurga menjadi pendorong untuk pelajar beribadah 1 2 3 4 5

dengan lebih tenang

C03 Bercerita mengenai contoh teladan kisah para Nabi 1 2 3 4 5

mampu mendidik pelajar bertakwa kepada Allah.

C04 Hukuman Denda seperti membersihkan Surau Sekolah 1 2 3 4 5

mampu mendidik pelajar lakukan amalan baik berterusan.

C05 Perkara utama yang perlu diajar kepada pelajar berkaitan 1 2 3 4 5

akidah ialah konsep syurga, neraka, pahala dan dosa.

C06 Kekerapan menyebut pahala merupakan pendorong utama 1 2 3 4 5

pelajar sering melakukan ibadah sunat seperti solat sunat.

C07 Hukuman Rotan kepada pelajar yang ponteng solat Zuhur 1 2 3 4 5

berjamaah akan mengubah sikapnya supaya beribadah dengan

khusyuk.

C08 Melantik menjadi pengawas Surau merupakan pendorong 1 2 3 4 5

pelajar sentiasa berusaha meningkatkan ibadah kepada Allah

C09 Janji-janji Allah tentang balasan neraka menimbulkan rasa 1 2 3 4 5

takut dalam hati pelajar

C10 Cerita mengenai Firaun mampu mengelakkan pelajar dari 1 2 3 4 5

melakukan perbuatan syirik.

C11 Bacaan Doa dalam Bahasa Melayu merupakan cara terbaik 1 2 3 4 5

menambah kenyakinan terhadap Allah

PEMBENTUKAN SAKHSIAH DIRI

C12 Pujian yang kerap kepada pelajar boleh mendorong mereka 1 2 3 4 5

rajin membantu guru.

C13 Kata-kata nasihat guru merupakan pendorong utama murid 1 2 3 4 5

bersikap amanah.

C14 Cerita-cerita di dalam Al Quran tentang balasan buruk orang 1 2 3 4 5

yang meninggalkan suruhan Allah dapat menginsafkan pelajar

C15 Perasaan takut akan Neraka mendorong pelajar berani berkata 1 2 3 4 5

benar walaupun terpaksa dihukum

C16 Kesedaran tentang pintu Taubat sentiasa terbuka mendorong 1 2 3 4 5

pelajar tidak berputus asa

C17 Metode motivasi lebih berkesan dari metode hukuman dalam 1 2 3 4 5

membentuk pelajar yang berakhlak mulia.

C18 Hukuman Rotan berperanan mengubah tingkah laku murid 1 2 3 4 5

Page 160: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

160

BIL ITEM SKOR

STS TS KS S SS

C19 Sistem PSP (Program Sistem Penalti) membantu melahirkan 1 2 3 4 5

pelajar berakhlak mulia

C20 Doa yang dibaca dalam Bahasa Melayu dapat memotivasikan 1 2 3 4 5

pelajar ke arah yang lebih baik.

C21 Sering menyebut dosa dan pahala akan membentuk pelajar 1 2 3 4 5

lebih berdisiplin .

PEMBINAAN PEMBELAJARAN KONDUSIF

C22 Menasihati pelajar agar belajar bersungguh-sungguh 1 2 3 4 5

untuk dapat pahala orang berilmu mampu merangsang mereka

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran

C23 Teknik pengajaran guru menyebut secara berulang- ulang 1 2 3 4 5

tentang dosa dan pahala menjadikan pelajar bosan

C24 Guru yang sering senyum kepada pelajar adalah faktor 1 2 3 4 5

utama terbinanya hubungan mesra guru dan pelajar.

C25 Teknik Galakan dan ancaman pada set induksi mampu 1 2 3 4 5

membangkitkan rasa ingin tahu pelajar terhadap topik

pengajaran.

C26 Pemberian hadiah kepada pelajar yang cemerlang mampu 1 2 3 4 5

menarik minat pelajar yang lemah dalam pembelajaran.

C27 Kata-kata seperti ' awak ni pelajar yang bagus' mampu 1 2 3 4 5

menarik minat pelajar terhadap Pendidikan Islam

C28 Menyebut dosa sebagai balasan kepada pelajar yang tidak 1 2 3 4 5

hormat pada guru merupakan salah satu teknik kawalan disiplin

dalam kelas.

C29 Pernyataan 'minum arak itu adalah dosa' mampu merangsang 1 2 3 4 5

akal seseorang memikirkan sebab pengharamannya.

C30 Kelas Pembelajaran Ceria seperti aktiviti kuiz mampu 1 2 3 4 5

meningkatkan semangat belajar .

C31 Ganjaran pahala yang berganda mampu mendorong pelajar 1 2 3 4 5

mempelajari atau membaca Al-Quran dengan baik.

C32 Perjumpaan guru dan ibubapa mampu menyelesaikan masalah 1 2 3 4 5

yang berlaku kepada murid.

C33 Pentaksiran berasaskan sekolah Pendidikan Islam memudahkan 1 2 3 4 5

GPI mendidik pelajar agar menjadi seorang yang taat perintah

Allah dan berakhlak mulia.

BAHAGIAN D:

D01 Apakah masalah/halangan yang dihadapi oleh GPI dalam mencapai matlamat Pendidikan

Islam iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan

akhirat?

D02

Apakah tindakan pertama anda apabila terdapat pelajar Islam melakukan

kesalahan

curi makan ketika bulan Ramadhan?

D03

Cadangan aktiviti atau program untuk melahirkan pelajar yang cemerlang

dari segi

rohani, akhlak dan akademik.

Terima kasih, Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal di atas kerjasama yang diberi.

Page 161: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

161

LAMPIRAN E

Min keseluruhan Amalan guru mengaplikasikan Targhib dan Tarhib dalam P&P

Pendidikan Islam

Bil Amalan guru mengaplikasikan Targhib dan

Tarhib

Min Keseluruhan

1 Pada Permulaan Pengajaran

3.4

2 Pada Perkembangan

Pengajaran

Aplikasi Targhib Untuk

Pembentukan Sakhsiah Diri

4.1

3 Aplikasi Tarhib Untuk

Pembentukan Sakhsiah Diri

3.1

4 Aplikasi Targhib Dan

Tarhib Untuk Penerangan

Matapelajaran

4.1

5 Pada Penutup Pengajaran 4.2

6 Bahan Bantu Mengajar 2.7

Min Keseluruhan Amalan Guru Mengaplikasikan

Targhib dan Tarhib Dalam P&P Pendidikan Islam

3.6

(Tahap sederhana

tinggi)

Page 162: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

162

LAMPIRAN F

Senarai Semak pemerhatian terhadap 10 buah SMK di Shah Alam

Bil Item Adab dikalangan pelajar 10 buah SMK yang mewakili populasi di

Shah Alam

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 Memberi salam pada tetamu / / / / /

2 Muka manis pada tetamu / / / /

3 Semua pelajar Perempuan Islam / / / / / /

memakai tudung

4 Hubungan mesra dengan guru / / / / / / / / / /

5 Memberi salam pada guru / / / / / / / / / /

Page 163: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

163

LAMPIRAN G

Pemerhatian di dalam Bilik Darjah

Peserta Kajian: Guru Pendidikan Islam 1

Mata Pelajaran: Pendidikan Islam Tingkatan 2

Tajuk: Kefahaman Hadith (AlQuran dan Hadith panduan hidup mukmin)

Masa: 8.50-10.10 pagi (7 Mac 2013/Khamis)

Maklumat Peserta Kajian:

1. Perempuan

2. 9 tahun berkhidmat dalam pendidikan

3. DG44

4. Jawatan sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam

Senarai semak aplikasi targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam

Bil. Bentuk targhib Kekerapan

1 2 3 4 5

1 Bacaan doa dalam Bahasa Arab /

2 Ganjaran pahala / / / /

1.Pahala untuk orang solat jamaah,baca Al Quran dan sabar.

3 Kata-kata nasihat

1. Tak baik sebut bodoh /

4 Pemberian hadiah tapi hadiah tiada diberi pada P&P /

5 Senyuman /

6 Syurga /

7 Penceritaan /

1.Rasullullah tinggalkan Al Quran dan Hadith

8 Pujian

1. Bagus awak ni / / / /

2. Pandailah dia / / /

9 Jenaka/humor

1. Nak kena rotan ni /

Bentuk tarhib

1 Dosa / / / /

1. Hukum tidak berpegang dengan Hadith

2 Neraka

3 Penceritaan bala bencana

4 Amaran

1. Kata-kata 'Siap kamu!' /

2. Denda tak bawa buku teks /

3. Menyebut nama pelajar yang bising / /

5 Pengabaian pelajar yang tidak beradab

Page 164: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

164

LAMPIRAN H

Pemerhatian di dalam Bilik Darjah

Peserta Kajian: Guru Pendidikan Islam 2

Mata Pelajaran: Pendidikan Islam Tingkatan 3

Tajuk:Tilawah Al-Quran Surah al-A'raf dan Adab pergi Masjid

Masa: 1.00- 2.00 petang (13 Mac 2013/ Rabu)

Maklumat Peserta Kajian:

1. Lelaki

2. 9 tahun berkhidmat dalam pendidikan

3. DG44

4. Jawatan sebagai Guru Kelas Kemahiran Al-Quran

Senarai semak aplikasi targhib dan tarhib dalam P&P Pendidikan Islam

Bil. Bentuk targhib Kekerapan

1 2 3 4 5

1 Bacaan doa oleh guru /

2 Ganjaran pahala / / /

1.Pahala orang baca Al-Quran, ajar baca al-Quran

2.Pahala yang berganda untuk sebarang kebaikan

3 Kata-kata nasihat / / / / /

1. Malaikat bersama orang yang menuntut ilmu

2. Keberkatan beramal dengan Hadith

3.Teruskan Tilawah al-Quran

4.Cintailah masjid sebab ada kelebihan

5. Perlu jaga hati supaya berkat hidup

4 Pemberian hadiah tapi kemudian /

5 Senyuman /

6 Syurga/ Kejayaan di Akhirat / / / / //

1.Baca Al-Quran dapat masuk syurga

2.Doa untuk cahaya dunia dan akhirat serta rahmat Allah

7 Penceritaan / / /

1.Kejadian Benar tentang ajaibnya doa berdasarkan Hadith

2.Kelebihan kita umat Nabi Muhammad

8 Pujian

1.Pandailah kelas ni /

2. Bagus / / / / ////

3.Alhamdullillah , tak de masalah /

9 Jenaka/humor / /

1. Itu budak darjah satu pun tahu

2.Tengok muka dia pun bercahaya amal doa

Bentuk tarhib

1 Dosa

2 Neraka /

1.Jangan terlibat dengan amalan bomoh syirik

3 Penceritaan bala bencana

4 Amaran

5 Pengabaian pelajar yang tidak beradab

Page 165: BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan - core.ac.uk · BAB PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan

165