umexpert.um.edu.my · web viewkedatangan islam ke tanah melayu telah mengubah segenap aspek...

36
Pemahaman Hadith Berkaitan Dengan Amalan Solat Berteraskan Pandangan Fuqaha’: Kajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan Mohd Khusyairie bin Marzuki* 1 Mohd Muhiden bin Abdul Rahman** 2 Abstract Solat adalah antara amalan yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Praktikal amalan solat secara umumnya mempunyai kaitan dengan kefahaman terhadap pandangan mazhab. Majoriti masyarakat Muslim di Kelantan adalah berpegang kepada mazhab al- Syafi’i dalam soal fiqh tanpa menafikan kecenderungan juga kepada pandangan dan mazhab yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemahaman dalam kalangan pelajar IPT di Kelantan terhadap amalan solat yang dipraktikkan, merujuk kepada pemahaman terhadap fiqh al-hadith berasaskan pandangan mazhab yang mewakili aliran fuqaha’. Fokus kajian adalah terhadap aspek kewajipan solat, faktor-faktor yang mendorong mereka untuk memahami hadith berkaitan amalan solat berasaskan mazhab al-Syafi’i dan kepentingan hadith tentang amalan solat menurut mazhab al- Syafi’i. Kajian ini dibuat hanya melibatkan salah satu IPT di Kelantan iaitu Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) sebagai sampling test untuk kemantapan borang soal selidik bagi mencapai objektif kajian. Borang soal selidik diedarkan kepada 10 orang responden. 1 Calon PhD di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 2 Prof Madya dan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. 1

Upload: doantruc

Post on 08-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Pemahaman Hadith Berkaitan Dengan Amalan Solat Berteraskan Pandangan Fuqaha’: Kajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan

Mohd Khusyairie bin Marzuki*1

Mohd Muhiden bin Abdul Rahman**2

Abstract

Solat adalah antara amalan yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Praktikal amalan solat secara umumnya mempunyai kaitan dengan kefahaman terhadap pandangan mazhab. Majoriti masyarakat Muslim di Kelantan adalah berpegang kepada mazhab al-Syafi’i dalam soal fiqh tanpa menafikan kecenderungan juga kepada pandangan dan mazhab yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemahaman dalam kalangan pelajar IPT di Kelantan terhadap amalan solat yang dipraktikkan, merujuk kepada pemahaman terhadap fiqh al-hadith berasaskan pandangan mazhab yang mewakili aliran fuqaha’. Fokus kajian adalah terhadap aspek kewajipan solat, faktor-faktor yang mendorong mereka untuk memahami hadith berkaitan amalan solat berasaskan mazhab al-Syafi’i dan kepentingan hadith tentang amalan solat menurut mazhab al-Syafi’i. Kajian ini dibuat hanya melibatkan salah satu IPT di Kelantan iaitu Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) sebagai sampling test untuk kemantapan borang soal selidik bagi mencapai objektif kajian. Borang soal selidik diedarkan kepada 10 orang responden. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS 21.0 untuk mendapatkan keputusan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap pemahaman yang sangat baik terhadap amalan solat berdasarkan hadith dari pandangan mazhab al-Syafi’i.

Kata Kunci :Amalan Solat, Pelajar IPT, Fiqh al-Hadith, Mazhab al-Syafi’i

1 Calon PhD di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.2 Prof Madya dan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri.

1

Page 2: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Pendahuluan

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian dan lain-lain, Ironinya, Islam yang diamalkan oleh rakyat Malaysia pada hari ini didapati banyak berlatarbekangkan nilai-nilai dalam mazhab al-Syafi’i. Hal ini mencerminkan bahawa pengaruh mazhab al-Syafi’i telah berakar umbi sejak turun temurun lagi. Perkembangan mazhab al-Syafi’i adalah sebahagian daripada sejarah kedatangan Islam ke Nusantara. Adapun tarikh sebenar kedatangan Islam ke Nusantara menjadi perdebatan dalam kalangan sejarawan. Persoalannya bilakah mazhab al-Syafi’i tiba ke Nusantara dan berkembang pengaruhnya ke Malaysia?3 Tarikh sebenar kedatangan Islam ke bumi Malaysia yang tidak dapat dipastikan telah mengundang pelbagai teori dan andaian berhubung dengannya. Ahli sejarah ada yang berpendapat mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke 12 Masihi. Ini terbukti dengan adanya catatan beberapa peruntukan mengenai undang-undang jenayah dan perniagaan Islam di atas Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari 1303 Masihi/14 Rejab 702 Hijrah.4

Hukum Kanun Melaka yang telah dikuatkuasa antara tahun 1414 hingga 1424 dianggap sebagai perundangan pertama yang diwujudkan di Tanah Melayu, di mana perundangan Islam yang digunakan dalam Hukum Kanun tersebut adalah berasaskan daripada mazhab al-Syafi’i. Oleh kerana itu, pemakaian mazhab al-Syafi’i dalam pengamalan hukum Islam di Gugusan Melayu termasuk Malaysia adalah berupa warisan tradisi yang masih berterusan hingga ke hari ini.5Malaysia mempunyai pelbagai institusi agama yang menobatkan manhaj ahl sunnah wa jamaah6 serta mazhab al-Syafi’i sebagai mazhab rasmi.7Kekuatan pengaruh mazhab al-Syafi’i di Malaysia merupakan suatu yang tidak dapat disangkal lagi.8Umat Islam hendaklah membersihkan diri mereka daripada amalan bid’ah, dalam i’tiqad atau dalam perbuatan serta segala akidah yang menyalahi akidah ahlu sunnah wal jamaah.9

3 Mohd Hapiz Mahaiyadin, Ini Mazhabku : Bagaiamana Saya Beriltizam dengan Mazhab (Sepang : Inspirasi Minda, 2017), 99.4Mohamed Azam Mohamed Adil, “Pengaruh Adat Tempatan dalam Menentukan Fatwa di Malaysia” (Kertas kerja,, Seminar Hukum Islam Semasa III Peringkatan Kebangsaan 2000, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 18-19 September 2000), 1.5Nizaita Omar dan Zulkifly Muda, “Pemakaian Mazhab Syafie dalam Pelaksanaan Ibadah Solat di kalangan Pesakit : Antara Tradisi dan Realiti” (Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005), 1.6Ahli Sunnah wal jamaah ialah golongan umat Islam yang berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah s.a.w dan mempunyai pandangan tersendiri dalam hal-hal ketuhanan (Usul al-Din) dan cabang-cabangnya. Lihat Zakaria @Mahmud Daud, “Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Pengaruhnya Terhadap Ajaran Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Perlis”(tesis kedoktoran, Universiti Malaya, 1997), 362.7Abdul Karim Ali et al,“ Pendekatan Malaysia dan Indonesia dalam menangani Perkembangan Aliran Pemikiran : Pro dan Kontra” (Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005), 1.8Noor Naemah Abd Rahman, “Impak Aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah di Perlis terhadap Perkembangan Hukum Islam Semasa : Analisis Terhadap Fatwa-Fatwa Tahun 1990-2000” (Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 28-29 September 2005), 1.9Abdul Ghani Shamsudin dan Norhashimi Saad, “Pembangunan Akhlak Ummah : Ke Arah Perspektif Islam” (Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Pembinaan Akhlak Dari Perspektif Islam, Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor,

2

Page 3: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Sejarah Ringkas Mazhab al-Syafi’i

Mazhab berasal dari perkataan Arab iaitu zahaba, yazhabu, zihaban membawa maksud pergi. Perkataan Mazhab pula membawa maksud perkara yang diyakini menjadi pegangan seseorang. Mazhab menurut Istilah ialah faham atau aliran hasil pemikiran seorang mujtahid tentang hukum-hukum Islam melalui ijtihad atas dasar al-Quran dan Hadith. Ini bermakna apabila disebut tentang mazhab al-Syafi’i misalnya, bermakna pendapat Imam Syafi’i tentang sesuatu hukum yang beliau ambil dari al-Quran dan al-Hadith berdasarkan analisa dan ijtihad beliau. Apabila disebut si pulan itu bermazhab al-Syafi’i, membawa maksud si pulan itu mengikut pendapat Imam al-Syafi’i tentang sesuatu masalah yang beliau ambil daripada al-Quran dan al-hadith, berdasarkan kepada analisa dan ijtihad beliau sendiri. Di Nusantara khususnya di Asia Tenggara pula mazhab yang menjadi pegangan majoriti umat Islam ialah mazhab al-Syafi’i10. Mazhab al-Syafi’i telah berkembang di Mesir kerana al- Syafi’i bermaustautin di sana sehingga akhir hayatnya.11

Mazhab al-Syafi’i diasaskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafi’i12(769-820M)13. Pengasasan Mazhab ini adalah lahir daripada pengalaman dua aliran fiqh yang dipelajari oleh Imam Syafi’i iaitu Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Oleh itu, Mazhab al-Syafi’i boleh dianggap sebagai mazhab yang mengkombinasikan antara dua mazhab tersebut. Satu perkara yang unik di dalam Mazhab ini adalah terdapat dua aliran fatwa yang dikeluarkan oleh Imam al-Syafi’i sendiri iaitu al-qaul jadid di Mesir dan qaul al-qadim di Iraq. Perubahan fatwa ini dikatakan berpunca dari kelengkapan ilmu hadith yang diperolehinya di Mesir.14Imam Syafi’i adalah antara Imam Mazhab yang cintakan hadith dan kasihkan ahli hadith serta menekankan

21 September 1996), 9.10 Basri Ibrahim, “Pendirian Muslim terhadap Perbezaan Mazhab” (Kertas kerja, Seminar On Fiqh–Mazhab Empat : Antara Penyatuan dan Perpecahan, Auditorium Universiti IslamAntarbangsa (UIA), Gombak 11 Julai 2004), 1. 11Salleh Ahmad, “Khilaf 4 Mazhab : Punca dan Kesinambungan Pengaruh ”(Kertas kerja, Seminar On Fiqh –Mazhab Empat : Antara Penyatuan dan Perpecahan, Auditorium Universiti IslamAntarbangsa (UIA), Gombak 11 Julai 2004), 1. 12 Nama penuh Imam al-Syafi’i ialah Abu ‘Abd Allah, Muhammad Ibn Idris Ibn al-Abbas Ibn ‘Uthman Ibn Syafi’i Ibn al Shain Ibn ‘Ubayd Ibn ‘Abd Yazid Ibn Hashim Ibn al-Mutallib Ibn ‘Abd Manaf. Beliau adalah keturunan Qurasyh dan bertemu nasabnya dengan Rasulullah SAW pada Abd Manaf. Beliau dilahirkan di Ghazzah Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah/767M iaitu pada tahun yang sama dengan kematian Imam Abu Hanifah. Beliau meninggal dunia di Mesir pada tahun 204H /819M). Imam al-Syafi’i dibesarkan dalam keadaan yatim, bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih dalam buaian lagi. Ibunyalah yang membesar dan mendidik beliau di Mekah. Kecemerlangannya terserlah sejak kecil lagi, beliau menghafal al-Quran dalam lingkungan umur tidak sampai 7 tahun atau 9 tahun. Beliau juga dapat menghafaz hadith melalui pendengaran, penulisan dan pengumpulannya sejak kecil lagi. Beliau wafat di Mesir pada tahun 204H, dikebumikan di sana dan maqamnya amat terkenal dalam kalangan orang Mesir sehingga digelar masjid dan kampung yang terletak maqamnya dengan nama “Masjid al-Imam al-Syafi’i. Lihat Manna al Qattan,al-Tasyri’ wa al- fiqh al-Islamiy Tarikhan wa Manhajan (Beirut : Mu’assasah al-Risalah, 1985), 296-297. Lihat Muhammad Abu Zuhrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah (Kaherah : Dar al- Fikri al-‘Arabiy,1976), 226-229. Lihat Abdul Qadir al-Rahbawiy. al-Salah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah ma’a Adillati Ahkam (Beirut : Dar al-Salam littibaq wa al Nasyar wa al-Tawziq, 1987), 1613 Mohd Hapiz Mahaiyadin, Ini Mazhabku , : Bagaiamana Saya Beriltizam dengan Mazhab, 88.14Nizaita Omar dan Zulkifly Muda, “Pemakaian Mazhab Syafie dalam Pelaksanaan Ibadah Solat di kalangan Pesakit : Antara Tradisi dan Realiti, 2.

3

Page 4: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

yang lain supaya mengikut sunnah.15Peranannya dalam mempertahankan sunnah sebagai hujjah syarie tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun, malah ia perlu dicontohi oleh setiap pendukung Ilmu Fiqh dan Ilmu Hadith. Selain daripada berperanan luas dalam bidang fiqh Imam Syafi’i juga mempunyai peranan yang amat luas dalam bidang hadith16Mazhab-mazhab fiqh mempunyai jaringan dan ikatan yang sangat rapat antara satu sama lain.17

Manhaj Imam Syafi’i ketika berdalil dengan al-Sunnah.

Sunnah bererti jalan yang dilalui, sama ada jalan itu terpuiji atau tercela atau sesuatu yang telah menjadi tradisi atau tidak18. Sunnah ialah sesuatu yang berlawanan dengan bid’ah19.Ulama Usul fiqh mentakrifkan al-Sunnah sebagai perkataan, perbuatan, dan pengakuan Rasulullah s.a.w yang boleh ditetapkan atau dijadikan sebagai satu hukum.20 Kita dituntut supaya sentiasa menjadikan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai pegangan. Oleh kerana Baginda s.a.w adalah uswah bagi setiap warga Islam, maka sekaligus sunnah atau hadithnya hendaklah dijadikan pegangan.21Hadith mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam.22 Daripada pemerhatian yang dilakukan, didapati Imam Syafi’i semasa berdalil dengan al-Sunnah telah mengikuti langkah-langkah seperti beliau mendatangkan setiap hadith yang sahih padanya dari sedi sanad, yang berkaitan dengan sesuatu permasalahan hukum apabila ia sekata dari segi maknanya. Beliau juga menganalisis hadith-hadith tersebut mengikut analisis fiqhiyyah untuk sampai kepada topik kajian dan aspek-aspek fiqhiyyah lain yang berkaitan di mana beliau seterusnya memberikan gambaran yang lengkap tentang isu itu sendiri. Beliau juga memetik hukum-hukum fiqh daripada sejumlah hadith yang difahmi dari analisis yang lepas. Dalam keadaan wujudnya percanggahan pada tajuk perbincangan dalam hadith-hadith yang sahih padanya, beliau akan memastikan kewujudan hadith-hadith sahih yang bertentangan maksudnya itu terlebih dahulu, kemudian beliau akan menyatakan apa yang perlu diambil dari salah satunya dengan menggunakan ungkapan yang penuh sopan dan berdisplin sekiranya ia ternyata padanya pendapat yang tepat.23

Pemakaian Mazhab al-Syafi’i di Malaysia : Antara Tradisi dan Realiti

15Johari Mat, “ Riwayat Hidup Imam Syafie”(Kertas kerja, Seminar Imam Syafie), Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran (PERMATA) Kuala Lumpur, 10 Ogos 2002), 21.16Ismail Omar, “Peranan Imam Syafie dalam Mempertahankan Sunnah dan Manhaj Fiqh Beliau ketika berhujah dengannya” (Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004), 117Fadl Hasan ‘Abbas, ,Fiqh Agama : Antara Faham Literal dan Moderat terj. Zulkifli Mohd Yusoff et.al (Kuala Lumpur : Centre of Quranic Research Universiti Malaya, 2011), 68.18Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali, Ulum al-Hadith (Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, 2013), 16. 19Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali, Penghantar Usul al-Hadith (Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, 2014), 14.20 Mohd Muhiden Abd Rahman, Ulum al-Hadith (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), 14.21Fauzi Deraman,“Kaedah–Kaedah Berinteraksi dengan Hadis-Hadis Nabi s.a.w”(Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004), 1.22Zulkifli Hj Yusoff, “Peranan Institusi Pengajian Tinggi Islam dalam Kelangsungan Pengajian Hadith” (Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004), 5.23Ismail Omar, “Peranan Imam Syafie dalam Mempertahankan Sunnah dan Manhaj Fiqh Beliau ketika berhujah dengannya, 3-4.

4

Page 5: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Dikatakan mazhab al-Syafi’i muncul pada zaman kerajaan Samudera-Pasai sewaktu ia diperintah ole raja keduanya, Meurah Silu atau Sultan Malik al-Salih(1261-1289M). Fakta ini diakui sendiri oleh Ibnu Batutah yang melawat Pasai pada tahun 1345M yang meyebut bahawa raja dan rakyatnya menganut mazhab al-Syafi’i. Mazhab al-Syafi’i dapat bertapak dengan kukuh di Nusantara dan di Tanah Melayu khususnya disebabkan oleh beberapa faktor seperti tokoh ulama yang menyebarkan ajaran Islam daripada ulama mazhab al-Syafi’i, sumber ilmu pengajaran tentang hukum fiqh yang disampaikan kepada masyarakat bersumberkan kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi’i. Kitab-kitab tersebut menjadi rujukan di hampir keseluruhan pusat pengajian pondok pada ketika itu.24Umat Islam di Asia Tenggara ini khususnya masyarakat Melayu dikenali sebagai penganut Mazhab al-Syafi’i yang setia. Dipercayai bahawa mereka telah beramal dengan hukum-hukum fiqh dari mazhab al-Syafi’i sejak kedatangan Islam ke alam Melayu lagi, lantaran pendakwah-pendakwah Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di rantau ini adalah dari kalangan merka yang bermazhab al-Syafi’i. Pengaruh mazhab al-Syafi’i menjadi dominan kerana tiada persaingan. Kedudukan serta pengaruh mazhab ini dalam masyarakat Melayu diperkukuhkan melalui sistem perundangan dan pendidikan. Dengan itu, mazhab al-Syafi’i menjadi mazhab rasmi bagi masyarakat Melayu dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang-orang Melayu adalah penganut mazhab al-Syafi’i yang fanatik.25

Secara tradisinya, pemakaian mazhab al-Syafi’i adalah menjadi teras kepada setiap penentuan hukum pelbagai fenomena semasa di Malaysia. Jesteru itu, pelbagai pihak dan badan rasmi agama seperti JAKIM telah mengeluarkan pelbagai bentuk bahan bercetak seperti risalah, buku, poster dan seumpamnya yang kelazimannya mengikut pandangan mazhab al-Syafi’i26. Realitinya di Malaysia kebanyakan masyarakat Islam adalah bermazhab al-Syafi’i. Ada di antara mereka yang terlalu ta’asub sehingga menolak mana-mana pandangan yang tidak berasaaskan mazhab al-Syafi’i. Sebahagian yang lain pula, ada yang menerima konsep talfiq dan ada juga yang lebih terbuka dengam membawa pemikiran tidak perlu bermazhab.27Pengaruh mazhab Syafii yang sudah sebati dalam jiwa masyarakat Melayu menyebabkan wujud satu perasaan tidak selesa apabila ada unsur-unsur pengaruh mazhab lain yang cuba di bawa masuk ke dalam masyarakat oleh gerakan reformisne yang memperjuangkan kebebasana bermazhab telah dianggap sebagai penyeleweng yang menggugat kestabilan dan kesatuan umat Melayu.28

24 Mohd Hapiz Mahaiyadin, Ini Mazhabku , : Bagaiamana Saya Beriltizam dengan Mazhab, 9525Abdullah Ishak, Islam di Nusantara (Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS),Jabatan Perdana Menteri,2000), 192.26Nizaita Omar dan Zulkifly Muda, “Pemakaian Mazhab Syafie dalam Pelaksanaan Ibadah Solat di kalangan Pesakit : Antara Tradisi dan Realiti , 4.27Shamsiah Mohamad dan Safinar Salleh, “Pendekatan dalam Penyelesaian Isu Muamalat Semasa” (Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005), 1.28Saadan Man, “Kesan Konflik Antara Aliran Tradisionalisme dan Reformisne dalam Perkembangan Pemikiran Hukum Islam di Malaysia” (Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005),5. Lihat juga Saadan Man, Islamic Reform : The Confict Between Traditionlists and Reformists Concerning Matter of Ibadah in Contemporary Malaysia”(tesis kedoktoran, University of Edinburgh, 2004), 298-300.

5

Page 6: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Sumbangan Mazhab al-Syafi’i ke Arah Pemahaman Hadith berkaitan Amalan Solat

Rahmat Allah yang terbesar kepada manusia ialah Islam dan Iman.29Islam sebagai al-din yang syumul dan fleksibel amat meraikan tabiat dan fitrah semula jadi insan yang berbeza dan berlainan antara individu dengan individu yang lain.30Penerimaan mazhab al-Syafi’I dalam kalangan majoriti penganut Islam di Malaysia telah diwarisi sejak turun temurun iatu dari tempoh kesultanan Melayu Melaka bermula dengan pengislamaan di Melaka. Kitab fiqh bermazhab al-Syafi’i, seperti kitab Fath al-Qarib telah diterima dalam sistem pemerintahan ketika itu. Penyebaran mazhab al-Syafi’I berlarutan untuk satu tempoh yang panjang sehingga ia menjadi sebati dengan penduduk Tanah Melayu. Terdapat juga teks-teks Undang-Undang Islam yang digunakan di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia yang menggunakan rujukan kitab Minhaj al-Talibin Imam Nawawi dan al-Majmu’ Imam Nawawi.31Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa mazhab al-Syafi’i sama ada melalui qaul qadim atau jadid telah turut berijtihad mengeluarkan beberapa pandangan khusus mengenai ibadah solat bermula dengan syarat sah solat, rukun-rukun solat, perkara yang membatalkan solat dan sebagainya. Hampir setiap perbahasan tentang persoalan atau permasalahan yang dihadapi diberikan penyelesaian berasaskan Mazhab al-Syafi’i.

Kedudukan Solat dalam Islam

Al-Quran dan sunnah merupakan sumber utama Islam yang disepakati. Kepentingan merujuk kepada al-Quran dan sunnah dalam segala hal tidak dapat dinafikan lagi.32Ummah akan dianggap berada di atas landasan yang betul sekiranya mereka menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan.33Ulama Islam sepakat menyatakan al-Quran hendaklah ditafsirkan keterangannya menerusi hadis-hadis sahih.34

Solat merupakan kewajipan yang difardukan ke atas setiap Mu’min 35. Kewajipan solat ke atas setiap orang Muslim lelaki dan perempuan, baligh, berakal.36 Solat adalah ibadat yang paling tinggi dan mulia dalam Islam, malah ia merupakan pokok (tiang) dalam binaan agama, tali

29 Johari Mat, “Aqidah 4 Imam Mazhab”(Kertas kerja, Seminar On Fiqh –Mazhab Empat : Antara Penyatuan dan Perpecahan, Auditorium Universiti IslamAntarbangsa (UIA), Gombak 11 Julai 2004), 1.30Syed Salim Syed Shamsuddin, “Kefahaman konsep Ikhtilaf Fiqhi dalam Menangani Isu Menuduh Bidaah dalam Permasalahan Fiqh : Satu Tinjauan Ringkas” (Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005), 1.31Mohd Hapiz Mahaiyadin, Ini Mazhabku , : Bagaiamana Saya Beriltizam dengan Mazhab,106-10832Mohd Muhiden Abdul Rahman, “ Penyebaran Hadith Mawdu’ dan Implikasinya kepada Masyarkat” (Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004), 1.33Abdul Karim Ali, “Metode Imam al-Syafii dan Ulama di Malaysia dalam Menangani Golongan yang Mempertikaikan Hadis : Satu Perbandingan dalam Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis. ed Ishak Hj Suliaman et al., (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2007), 151.34 Abdul Hayei Abdul Sukor “Pengajian Hadis : Tradisi dan Permasalahannya di Malaysia” (Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004), 1.35 Abi Bakr Jabir al-Jaza’iriy, Minhaj al-Muslim (Madinah al-Munawwarah : Maktabah al-Ulum wa Hikam, 2000), 166.36 Mustafa Khin dan Mustafa Bugho, Fiqh Manhaji ‘ala Mazhab Imam al-Syafi’i (Dimasq : Dar al- Qalam, 1998), 112

6

Page 7: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

pengikat keyakinan, puncak segala pengabdian yang memainkan peranan terpenting dalam kehidupan manusia untuk kebahagian dunia dan akhirat.37 Kedudukan Solat adalah amat tinggi dalam Islam. Ia merupakan tiang agama di mana agama tidak dapat ditegakkan dengan sempurna dalam diri seseorang kecuali setelah memberi perhatian yang serius tentang kewajipan dan kesempurnaannya. Disamping itu, solat juga merupakan tiang asas bagi amalan soleh yang lain.38 Kepentingan dan kewajipan solat kepada manusia tidak boleh dinafikan lagi kerana solat tidak boleh diganti bagi orang yang meninggalkannya. Dalam keadaan apa pun, solat tetap wajib dilakukan sesuai dengan kemampuan seseorang untuk melaksanakannya.39Solat diwajibkan oleh Allah kepada setiap orang mukmin. Seperti firman Allah dalam beberapa ayat al-Quran

40

Al-Nisa 4 : 103

Terjemahan : Kemudian apabila kamu telah selesai menunaikan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau kamu duduk dan semasa kamu berbaring.Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa) Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.

41

Al-Baqarah 2 : 238

Terjemahan : Peliharalah kamu (kerjakanlah) dengan tetap dan sempurna pada waktunya segala solat fardu, khasnya solat wustha (Asar) dan berdirilah kerana Allah dalam solat dengan taat dan khusyuk.

Sesiapa yang mengingkari perintah Allah dalam mendirikan solat maka ianya telah melanggar batasan hukum syarak dan dikatakan sebagai seorang yang fasiq yang nyata. Hikmah

37Ahmad Hisham Azizan dan Che Zarrina Sha’ari, “Terapi Solat dalam Menangani Penyakit Gelisah (Anxiety) Menurut Psikoterapi Islam, Jurnal Usuluddin 29(Januari –Jun 2009), 1.38 Zaharudin Abdul Rahman, Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna, (Kuala Lumpur : Telaga Biru, 2012), 1.39 Mustafa Abdul Rahman, Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya (Selangor : Dewan Pustaka Fajar, 2005),78.40 Surah Al-Nisa : 10341 Surah al-Baqarah : 238

7

Page 8: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

pensyariatan kewajipan menunaikan solat antaranya dengan mendirikan solat seseorang itu dapat membersihkan diri dan mensucikan jiwanya, mendekatkan diri seorang hamba untuk bermunajat kepada Allah di dunia dan menjadikan seseorang itu hampir dengan Allah pada hari Akhirat kelak, seperti mana solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.

42

Al-Ankabut 29 : 45

Terjemahan : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadmu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesaannya) dan ingatlah Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Allah menjadikan Rasulullah s.a.w untuk menunjukkan bahawa kefarduan solat merupakan rukun yang kedua dalam Rukun Islam. Kedudukan solat dalam Islam sangat penting selepas mengucap dua kalimah syahadah43 sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Umar44 :

عن بن عمر رض��ي الل��ه عنهم��ا ق��ال ق��ال رس��ول الل��ه ص��لى الل��ه عيل��ه وس���لم :بني اإلس���الم على خمس : شهادة أن ال إله إال الل��ه وأن محم��دا رسول الله ، وإق��ام الص��الة ، وإيت��اء

الزكاة ، والحج ، وصوم رمضانTerjemahan : Islam dibina di atas lima dasar : Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan ibadah haji di baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.

42 Surah al-Ankabut : 4543Abdillah Hisham Abdul Wahab et al,“Pemakaian Hadith Syeikh Nik Mat Kechik Fatani di dalam kitabnya Wisyah al-Afrah wa Isbah al-Falah.” dalam Takhrij Hadith di Nusantara : Keperluan Masa Kini, ed Faisal Ahmad Shah et al (Kuala Lumpur, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2011), 206.44 Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab al-Iman, no hadith 8. Lihat Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. “Sahih al-Bukhari” (Beirut : Dar Ibn Kathir, 1987) j.1 c.3, 12.

8

Page 9: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Terdapat beberapa hadith lain yang menjelaskan tentang kelebihan mendirikan solat seperti sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim : 45

حدثنا يحي بن يحي التميمي وعثم��ان بن أبي ش��يبة كالهم��ا عن جري��ر ق��ال يحي أخبرنا جرير عن األعمش عن أبي س��فيان ق��ال س��معت ج��ابرا يق��ول سمعت النبي ص��لى الل��ه عيل��ه وس��لمرك يق���ول إن بين الرج���ل وبين الش���

والكفر ترك الصالةTerjemahan : “ Sesungguhnya, yang membezakan antara seorang lelaki, antara syirik dan kufur adalah dengan meninggalkan solat”.

Sabda Nabi Muhammad s.aw yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:-46

حدثنا عبد الله بن محمد المسندي قال حدثنا أبو روح الحرمي بن عمارة ق��ال ج��دثنا ش��عبة عن واف��د س��معت أبي يح��دث عن بن عم��ر أن رس��ول الل��ه صلى الله عيل��ه وس��لم ق�ال أم��رت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن ال إله إال الله وأن محمدا رسول الله ، ويقيم��وا الصالة، ويؤتوا الزكاة ، فإذا فعلوا ذلكموا م��ني دم��اءهم وأم��والهم إال عص��

بحق اإلسالم ، وحسابهم على الله.Terjemahan : Aku diperintahkan untuk membunuh (memerangi) manusia sehingga mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila mereka melakukan perkara tersebut maka haramlah bagiku untuk menumpahkan darah

45Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan Itlaq Ism al-Kufr ‘ala Man Tarak al-Salah, no hadith 82. Lihat Abu Husayn Muslim bin Hajjaj bin Muslim. “Sahih Muslim” (Beirut : Dar al-Ihya alTurath al-Arabiy, t.t) j.1, 88.46 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 17 Kitab al-Iman, Bab Fa in Tabu wa Aqamu al-Salah. no hadith 25.

9

Page 10: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

dan harta benda mereka kecuali dengan cara yang haq (Islam), Allahlah jua sebaik-baik Penghitung amalan mereka”

Solat juga dapat menghapuskan dosa dan kesalahan,47 seperti mana terdapat hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari , bahawa Rasululllah s.a.w pernah bersabda :48

عن أبي هري��رة رض��ى الل��ه أن��ه س��مع رس��ول الل��ه ص��لى الل��ه علي��ه وس��لم يقول : أرأيتم لو أن نهرا بباب أحدكم، يغتسل فيه كل يوم خمسا، ما تق�ول : ذلك يبقي من درن��ه . ق��الوا : ال يبقي من درن��ه ش��يئا، ق��ال : ف��ذلك مث��ل الص���لوات الخمس، يمح���و الل���ه به���ا

.الخطاياTerjemahan : “Apakah kalian dapat melihat bahawa sekiranya aliran air sungai yang mengalir ke rumah (mandi) 5 kali setiap hari masih terdapat kekotoran padanya?Mereka menjawab: Tidak ada kotoran. Maka Baginda s.a.w bersabda : “ Begitu juga dengan mendirikan solat lima waktu sehari, Allah akan (memadamkan) menghapuskan dosa-dosa”.

Penganalisaan Kajian

Analisis hukum adalah berdasarkan metodologi Fiqh al-Hadith. Metodologi Fiqh al-Hadith yang dilakukan oleh muhaddithin merujuk kepada analisis dan ijtihad daripada fuqaha yang mewakili pelbagai aliran mazhab dalam mengistinbat hukum-hukum daripada teks hadith Nabawi. Metodologi ini dilihat begitu popular digunapakai oleh muhaddithin di dalam menganalisis hadith-hadtih Nabawi. Terdapat kecenderungan muhaditthin yang memaparkan semua aliran pemikiran dan ijtihadiyyah fuqaha daripada pelbagai mazhab. Namun kebiasaanya pengarang akan mentarjihkan hukum tersebut melalui mana-mana pandangan yang berautoriti dan melakarkan kesimpulan yang tersendiri. Di antara contoh karya syarh al-hadith yang menggunakan pendekatan seperti ini ialah kitab Nayl al-Awtar,49 karya Shawkani dan Subul al-

47Ahmad Hisham Azizan dan Che Zarrina Sha’ari, “Terapi Solat dalam Menangani Penyakit Gelisah (Anxiety) Menurut Psikoterapi Islam, 36-37.48Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 44, Kitab Mawaqit al-Salah, Bab al-Salah al-Khams kafarah. No hadith 528.49Muhammad Ibn ‘Ali al-Shawkani, Nayl al-Awtar min Ahadith Sayyid al-Akhbar : Sharh Muntaqa al-Akhbar, (Beirut : Dar al Fan, 1973).

10

Page 11: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Salam, 50karya al-San’ani. Namun terdapat juga karya Syarh al-hadith yang lebih cenderung memfokuskan kepada satu aliran pemikiran dan ijtihadiyyah fuqaha dari satu mazhab sahaja seperti mazhab al-Syafi’i. Contoh yang paling ketara ialah Bahr al-Mazi, karya Idris al-Marbawi (satu-satunya karya Syarh al-Hadith bagi Sunan al-Tirmidhi dalam versi Bahasa Melayu (lama) yang memfokuskan banyak pandangan Syafi’iyyah di dalam menganalisis teks hadith Nabawi.51Pengajian hadith adalah bidang yang penting dalam Islam sesuai dengan kedudukannya sebagai sumber kedua terpenting selepas al-Quran.52

Solat seseorang itu tidak diakui oleh syarak sebagai solat yang sah kecuali disempurnakan syarat-syarat berikut semasa solat iaitu suci dari hadas kecil dan hadas besar, suci badan, pakaian dan tempat mengerjakan solat, menutup aurat, mengetahui dengan yakin masuk waktu bagi solat fardhu dan mengadap kiblat seperti hadith-hadith riwayat Imam al-Bukhari.53

Contoh Hadith-Hadith Berkaitan Syarat Sah Solat

ح��دثنا إس��حق بن إب��راهيم الحنظلي ق��ال : أخبرن��ا ال��رزاق ق��ال : أخبرن��ا معم�ر عن هم�ام بن منب��ة أن�ه س��مع أبا هريرة يق��ول : ق��ال رس��ول الل��ه صلى الله عليه وسلم : ال تقبل صالة

54من أحدث حتى يتوضأ

Terjemahan : Tidak diterima solat seseorang yang masih dalam keadaan berhadas sehingga dia bersuci(berwuduk).

عن أبي هري��رة رض��ى الل��ه عن��ه أن إذا النبي صلى الله عليه وسلم قال:

قمت إلى الص����������������������������الة، 55 القبلة، استقبل ثم الوضوء، فأسبغ

50Muhammad Ibn Isma’il al-San’ani, Subul al-Salam : Sharh Bulugh al-Maram min jam‘al Ahkam (Kaherah : Idarat al-Tiba’ah al-Muniriyah).51Ishak Sulaiman, “Fiqh Hadhari sebagai Metod Semasa dalam Menganalisis Hadis-Hadis Hukum” (Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005),2. 52Fauzi Deraman, “Pengajian Hadith di Malaysia:Satu Tinjauan” dalam Khazanah al-Quran dan al-Hadith Nusantara ed Mustaffa Abdullah et al (Kuala Lumpur, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2009), 213.53 Johari Alias, Panduan Lengkap Ibadah Solat (Kuala Lumpur : Darul Numan, 1997), 27.54 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 312 j 1, Kitab al-Salah Bab al-Hayl. No hadith 6440.55 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 319 j 1, Kitab Wuduk, Bab Isba’u al-Wuduk. No hadith 139.

11

Page 12: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Terjemahan : Bila kamu berdiri hendak menunaikan solat, maka sempurnakanlah wudukmu, kemudian menghadap ke arah kiblat lalu takbirlah.

Rukun Solat ertinya beberapa perkara dan perbuatan yang tertentu, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Apabila salah satu daripada perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan itu tertinggal, maka solat tidak sah. Menurut mazhab Syafie terdapat 13 Rukun Solat iaitu niat, takbiratulihram, berdiri dalam solat fardhu bagi yang berkeupayaan, membaca al-Fatihah, Rukuk dengan tamakninah, iktidal dengan tamakninah, sujud dua kali dengna tamakninah, duduk antara dua sujud dengan tamakninah, duduk tasyahud akhir dengan tamakninah, membaca tasyahud akhir, membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir, membaca salam yang pertama dan tertib.56

Contoh Hadith-Hadith Berkaitan Rukun Solat

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : س��معتلم لى الل��ه علي��ه وس�� ول الل��ه ص�� رس��ا ول : إنم���ا األعم���ال بالنيات وإنم يق���

57لكل امرىء ما نوى...Terjemahan : “Segala amal ibadat itu hanya sah dengan berniat dan bagi setiap manusia diberi ganjaran menurut apa yang diniatkanya”

رضي الل��ه عن��هعن عمران بن حصين لى الل��ه قال : قال لي رسول الل��ه ص��ل قائم��ا ف��إن لم لم : ص�� علي��ه وس��تطع تطع فقاع���دا, ف���إن لم تس��� تس���

58فعلى جنب

Terjemahan : “Solatlah dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, solatlah dalam keadaan duduk, sekiranya dalam keadaan duduk tidak mampu, solatlah dalam keadaan sambil berbaring”.

56Zaharudin Abdul Rahman, Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna, 13. Lihat Syamsudin Muhammad al-Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj ila Makrifat al-Ma’ani alfaz Sharh al-Minhaj (Beirut : Dar Ihya al Turath al-Arabiy, 1958). Lihat juga Syihabudin Abi Abbas Ahmad Muhammad ‘Ali Ibn Hajar al-Hathami, Tuhfatul al-Muhtaj Bi Sharh al-Minhaj (Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2001).57Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii Jilid 1 (Kuala Lumpur : Pustaka Antara Sdn. Bhd, 2002), 121.58Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,367, j 1, Kitab al-Salah. No hadith. 1066.

12

Page 13: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Fiqh Awlawiyyat menuntut kita untuk mengutamakan perkara yang wajib ke atas perkara wajib, dan mendahulukan perkara yang wajib ke atas perkara sunat.59Bagi menyempurnakan serta mengelokkan kaedah manusia menyembah Allah selain dairpada rukun-rukun wajib, solat itu diselang–selikan dengan perbuatan atau bacaan yang disunatkan. Terdapat dua jenis perbuatan/bacaan sunat jika dilakukan iaitu Sunat Ab’ad dan Sunat Ha’iat. Sunat Ab’ad ialah amalan-amalan sunat yang dikuatkan dalam solat, jika ia tertinggal maka disunatkan menggantikannya dengan sujud sahwi. Sunat Ab’ad begitu dituntut dalam mazhab al-Syafi’i perlu mengerjaka sujud sahwi jika tertinggal.60 Antara amalan-amalan Sunat Ab’ad seperti membaca tahiyyat awal, membaca selawat dalam tahiyyat awal, membaca selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w ketika membaca tahiyyat akhir, membaca doa qunut pada solat Subuh. 61

Contoh Hadith Berkaitan Sunat Ab’ad Solat

Qunut di dalam solat Subuh juga digelar Qunut Ratibiyyah. Ia merupakan satu isu yang diperdebatkan di kalangan ulama fiqh silam dan semasa. Namun perbincangan para ulama yang munsif mendapati perbezaan ijtihad dalam hal wujud atau tidak wujudnya qunut Subuh adalah termasuk dalam kategori khilaf muktabar. Ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berijtihad tiada qunut ratibiyyah yang dilakukan secara berterusan dan tetap semasa solat Subuh. Mazhab Maliki dan mazhab al-Syafi’i menganggap ia sebagai sunat yang mana dibuat mendapat pahala, ditinggalkan tidak berdosa. Antara dalil utama yang mendasari khilaf ini adalah hadith dari Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad 62: -

ول الل��ه لى الل��ه علي��هم��ا زال رس�� ص��لم يقنت في الفج��ر حتى ف��ارق وس��

63الدنيا

Terjemahan : “Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam sentiasa berqunut di dalam solat Subuh sehingga baginda berpisah daripada dunia (wafat)”.

Contoh Hadith Berkaitan Sunat Haiat Solat :

59Yusuf al-Qaradawiy, Fi Fiqh al-Awlawiyyat : Dirasah jadidah fi Dau’i al-Quran wa al-Sunnah, terj . Ahmad Nuryadi Asmawi (Batu Caves : Thinker’s Library Sdn. Bhd, 1996), 150.60Fahrur Muis dan Muhammad Suhadi, Bahagianya apabila Solatmu Diterima Allah (Batu Caves : PTS Millenia Sdn. Bhd, 2014), 54.61Johari Alias, Panduan Lengkap Ibadah Solat, 29.62Zaharudin Abdul Rahman, Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna, 127. Hadith Riwayat Ahmad 1/162. Hadith telah dibincangkan oleh ahli Hadith dengan mengatakan terdapat seorang perawi bernama Abu Ja’afar Al-Razi yang sangat lemah serta mungkar dalam periwayatan hadith khususnya apabila dia bersendirian meriwayatkan sesuatu hadith. Keadaan ini menjadikan hadith ini dipertikaikan kekuatannya selain disebutkan bahawa perkataan “Qunut” di dalam bahasa arab boleh membawa makna yang pelbagai antaranya doa, berdiri, sukut, beribadah, tasbih, dan khusyu’.63 Hadith Riwayat Ahmad 1/162.

13

Page 14: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Sunat Hai’at juga telah menjadi amalan ketika mengerjakan solat seperti mengangkat kedua belah tangan sehingga ibu jari bersententangan dengan dua telinga pada empat tempat iaitu ketika Takbirul-Ihram, ketika hendak rukuk, ketika I’tidal (bangun dari rukuk), ketika bangun berdiri sesudah membaca tahiyyat awal. Selain itu, membaca doa Iftitah selepas takbiratul ihram, membaca ta’awuz, membaca surah atau ayat-ayat al-Quran pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca al-Fatihah, menguatkan bacaan Fatihah dan surah atau ayat al-Quran pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh kecuali makmum dan lain-lain.64

ول الل��ه معنا رس�� لى الل��هفم��ا أس�� ص��معناكم ,وم��ا أخفى لم أس�� علي��ه وس��

65عنا .أخفينا عنكم

Terjemahan : “Apa-apa yang diperdengarkan oleh Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam maka kami akan memperdengarkannya kepadamu (dengan menguatkan bacaan) dan apa yang Baginda sallahu ‘alaihi wassalam perlahankan daripada kami, kami turut memperlahankan daripada kamu”.

Menurut mazhab al-Syafi’i, perkara yang membatalkan solat adalah berlaku hadas kecil dan hadas besar, jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan, terkena najis secara langsung yang yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat, berkata-kata dengan percakapan luar solat, terbuka auratnya dengan sengaja, makan minum walaupun hanya sedikit, mengubah niat keika sedang bersolat dan bergerak besar berturut-turut 66Menambah rukun fi’li seperti sujud dan rukuk yang berlebihan maka batal solatnya.67

Contoh Hadith Berkaitan Perkara Membatalkan Solat

عن معاوية رضى الله عنه قال: ق��ال صلى الله عليه وس��لم: رسول الله ال

يصلح فيها شئu من كالم الن��اس إنم��ا64 Ibid. 3065 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,772 j 2, Kitab al-Salah. No hadith. 1066.66 Al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj (Beirut : Dar al-Fikr, t.t), 262. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh Islamiy wa Adillatuhu,( Beirut : Dar al-Fikr,1984), 1038, j 2.67Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid. Indahnya Hidup Bersyariat, (Kuala Lumpur : Telaga Biru, 2009), 103.

14

Page 15: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن68

Terjemahan : Sesungguhnya solat itu tidak patut dicampuri dengan sesuatu dari perkataan manusia, hanya yang patut padanya ialah tasbih, takbir dan membaca al-Quran.

Pemahaman Pelajar Tentang Hadith Berkaitan Solat Menurut Mazhab al-Syafi’i

Satu kajian telah dijalankan untuk untuk mengkaji tahap pemahaman dalam kalangan pelajar IPT di Kelantan terhadap amalan solat yang dipraktikkan, merujuk kepada pemahaman terhadap fiqh al-hadith berasaskan pandangan Mazhab al-Syafi’i. Kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai objekitf kajian seperti berikut : -

1) Mengkaji tahap pemahaman pelajar tentang tuntutan solat menurut Mazhab al-Syafi’i.

2) Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk memahami hadith berkaitan solat menurut Mazhab al-Syafi’i.

3) Menganalisis pemahaman pelajar tentang hadith kepentingan dan manfaat solat menurut Mazhab al-Syafi’i.

Kajian ini dibuat hanya melibatkan salah satu Insititut Pengajian Tinggi (IPT) di Kelantan terpilih iaitu Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) sebagai sampling test untuk kemantapan borang soal selidik bagi mencapai objektif kajian. Borang soal selidik diedarkan kepada 10 orang responden. Sampel Kajian adalah dalam kalangan pelajar Program Pengajian Diploma KUIS dengan kerjasama KTD, yang terdiri daripada mereka yang mengambil pengajian Diploma Perbankan Islam, Diploma Pengajian Islam (al-Quran dan al-Sunnah) dan Diploma Pengajian Islam.

Untuk memudahkan tujuan penganalisan, maka peratusan Sangat Setuju dan Setuju digabungkan menjadi Setuju dan dinyatakan juga peratusan Tidak Setuju.Instrumen pengukuran yang digunakan dalam borang soal selidik terdiri daripada 3 fokus utama kajian iaitu mengkaji tahap pemahaman pelajar tentang tuntuan solat menurut mazhab al-Syafi’i, mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk memahami hadith berkaitan solat menurut mazhab al-Syafi’i dan menganalisis pemahaman pelajar tentang hadith-hadith kepentingan dan manfaat solat berasaskan mazhab al-Syafi’i.

Kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman pelajar tentang tuntutan Solat menurut mazhab al-Syafi’i berkaitan solat seperti berikut : -

1. 40% sangat setuju, 40% setuju, 20% tidak setuju bahawa mereka mengetahui dan memahami syarat-syarat sah solat berdasarkan Mazhab al- Syafi’i

68 Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Salah , Bab Ma Yabtalu al-Salah, No hadith 1122

15

Page 16: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

40%40%

20%

Rajah 1.1 : Tahu/Faham Syarat Sah solatSangat SetujuSetujuTidak Setuju

2. 60% sangat setuju, 30% setuju, 10% tidak setuju, bahawa mereka mengetahui dan memahami perkara-perkara yang boleh membatalkan solat berdasarkan Mazhab al- Syafi’i

60%30%

10%

Rajah 1.2 : Tahu/Faham Perkara Batalkan Solat

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

3. 60% sangat setuju, 40% setuju, 0 % tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat dengan melaksanakan 13 rukun dalam solat menurut Mazhab al-Syafi’i

60%

40%

Rajah 1.3 : Melaksanakan 13 Rukun SolatKetika Menunaikan Solat

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

4. 10% sangat setuju, 60% setuju, 30% tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat dengan melaksanakan perkara-perkara sunat berasaskan Mazhab al-Syafi’i

5. 30% sangat setuju, 60% setuju, 10%, tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat berdasarkan kefahaman mereka tentang solat mengikut panduan Mazhab al-Syafi’i.

16

10%

60%

30%

Rajah 1.4 : Melakukan Perkara-Perkara Sunat dalam Solat

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

Page 17: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Hasil

Dapatan

Merujuk kepada Rajah 1.1 sehingga Rajah 1.5 didapati, hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa mereka mengetahui dan memahami syarat-syarat sah solat berasaskan mazhab al-Syafi’i berdasarkan peratusan yang menunjukkan sebanyak 80 % responden Setuju, dan 20 % Tidak Setuju. Apa yang kita dapat simpulkan di sini bahawa semua responden telah tahu dan faham perkara-perkara yang boleh membatalkan solat apabila keputusan menunjukkan sebanyak 90% responden bersetuju apabila mereka mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan solat. Hanya 10% yang menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju. Sebanyak 100% telah memilih untuk bersetuju bahawa mereka melaksanakan 13 Rukun Solat ketika menunaikan Solat. Mereka yang bersetuju dengan melakukan perkara-perkara sunat ketika dalam solat sebanyak 70% berbanding 30% yang menyatakan Tidak Setuju. Seramai 90% responden telah memilih untuk Setuju bahawa mereka menunaikan solat dengan mengikut panduan mazhab al-Syafi’i, dan seramai 10% Tidak Setuju.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk memahami hadith berkaitan solat menurut Mazhab al-Syafi’i seperti berikut :-

1. 20% sangat setuju, 50% setuju, 30%tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat fardu apabila mengetahui tentang hadith-hadith berkaitan solat berasaskan Mazhab al-Syafi’i

20%

50%

30%

Rajah 2.1 : Tahu hadith-hadith berkaitan Solat Berasaskan Mazhab al-Syafi’i

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

2. 30% sangat setuju, 30% setuju, 40%tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat berdasarkan ilmu pengetahuan tentang hadith-hadith cara/kaifiat menunaikannya menurut Mazhab al-Syafi’i

17

30%

60%

10%

Rajah 1.5 : Tunaikan Solat MengikutPanduan Mazhab al-Syafi’i

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

Page 18: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

30%

30%

40%

Rajah 2.2 : Tahu hadith-hadith kaifiat Solat Menurut Mazhab al-Syafi’i

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

3. 40% sangat setuju, 40% setuju, 20%tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat berdasarkan Mazhab al-Syafi’i setelah tahu hadith-hadith peringatan Nabi Muhammad s.a.w terhadap dosa meninggalkan kewajipan solat fardu

40%

40%

20%

Rajah 2.3 : Tahu hadith-hadith Peringatan Nabi -Dosa Meninggalkan Solat

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

4. 10% sangat setuju, 50% setuju, 40%tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat mengikut amalan Mazhab al-Syafi’i setelah mengetahui hadith-hadith mentaati perintah Allah dan Rasulullah s.a.w

5. 30% sangat setuju, 40% setuju, 30%tidak setuju bahawa mereka menunaikan solat berasaskan mazhab al-Syafi’i apabila menyedari terdapat hadith tentang keutamaan mencari keredhaan Allah, mohon pengampunan dan ganjaran pahala / syurga

18

10%

50%

40%

Rajah 2.4 : Tahu hadith-hadith Mentaati Allah dan Rasulullah SAW

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

Page 19: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

30%

40%

30%

Rajah 2.5 : Tahu hadith-hadith -Cari Redha Allah, Mohon Pengampunan,

Ganjaran Pahala/Syurga

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

Hasil Dapatan

Dalam Rajah 2.1 hingga Rajah 2.5 pula menjelaskan, keputusan kajian tentang beberapa faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk memahami hadith berkaitan solat menurut mazhab al-Syafi’i di mana seramai 70% responden bersetuju bahawa mereka menunaikan solat fardu apabila mengetahui tentang hadith-hadith berkaitan solat berasaskan mazhab al-Syafi’i, manakala 30% Tidak Setuju. Sebanyak 60% daripada responden bersetuju bahawa mereka menunaikan solat berdasarkan ilmu pengetahuan tentang hadith-hadith cara/kaifiat menunaikannya, berbanding 40% yang tidak bersetuju. Responden yang mengetahui hadith-hadith berkaitan Peringatan Nabi tentang Dosa Meninggalkan solat 80% Setuju, 20% Tidak Setuju. Responden yang mengetahui hadith-hadith mengenai Mentaati Allah dan Rasulullah SAW adalah 60%Setuju, 40%Tidak Setuju. Adapun responden yang mengetahui hadith-hadith mencari keredhaan Allah, mohon pengampunan dan ganjaran pahala/syurga adalah sebanyak 70% Setuju,30%Tidak Setuju. Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa majoriti responden telah mengetahui hadith-hadith berkaitan solat, berdasarkan latar belakang pengajian mereka dalam bidang Pengajian Islam, secara tidak langsung mereka terdedah dan diberikan pendedahan tentang hadith dalam pengajian.

Keputusan juga menunjukkan bahawa pelajar dapat memahami hadith berkaitan kepentingan/manfaat solat menurut Mazhab al-Syafi’i seperti berikut :-

1. 20% sangat setuju, 60% setuju, 20%tidak setuju bahawa mereka mengetahui hadith-hadih tentang kepentingan untuk mempelajari solat yang sempuna berasaskan mazhab al-Syafi’i

20%

60%20%

Rajah 3.1 : Tahu hadith-hadith -Kepentigan Solat Dengan Sempurna

Sangat Setuju

Setuju

Tidak Setuju

19

Page 20: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

2. 10% sangat setuju, 70% setuju, 20%tidak setuju bahawa mereka mengetahui hadith-hadith berkaitan manfaat yang diperolehi bagi mereka menunaikan solat menurut mazhab al-Syafi’i

3. 20% sangat setuju, 70% setuju, 10%tidak setuju bahawa mereka mempelajari hadith berkaitan kepentingan solat kepada individu Muslim berdasarkan mazhab al-Syafi’i

20%

70%

10%

Rajah 3.3 : Belajar hadith-hadith -Kepentingan Solat Kepada Individu

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

4. 20% sangat setuju, 50%setuju, 30%tidak setuju bahawa mereka membaca buku yang menyatakan tentang hadith-hadith berkaitan manfaat solat mengikut pandang sisi Mazhab al-Syafi’i

20%

50%

30%

Rajah 3.4 : Baca buku hadith-hadith -Manfaat Solat Menurut Mazhab al-Syafi’i

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

5. 40% sangat setuju, 50% setuju, 10%tidak setuju bahawa mereka pernah mendengar ceramah/kuliah/tazkirah tentang hadith yang berkaitan dengan kepentingan/manfaat solat al-Shafiyyah (pengikut mazhab al-Syafi’i).

20

10%

70%

20%

Rajah 3.2 : Tahu hadith-hadith -Manfaat Solat

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

Page 21: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

40%

50%

10%

Rajah 3.5 : Pernah ikuti ceramah/kuliah/tazkirah-Kepentingan/Manfaat Solat

Sangat SetujuSetujuTidak Setuju

Hasil Dapatan

Rajah 3.1 hingga Rajah 3.5 pula adalah hasil kajian yang menunjukkan bahawa responden telah terdedah kepada pengajian hadith secara formal dan informal. Ini terbukti dengan 80% respeonden Setuju menyatakan mereka tahu hadith-hadith tentang kepentingan solat dengan sempurna, berbanding 20% Tidak Setuju. Sebanyak 90% responden Setuju mereka tahu tentang hadith-hadith mengenai manfaat solat kecuali hanya 10% responden yang Tidak Setuju. Mereka juga mengakui bahawa mempelajari hadith-hadith tentang kepentingan solat kepada individu di mana 80% responden Setuju, 20 % responden Tidak Setuju. Sebanyak 70% responden pula Setuju menyatakan bahawa mereka pernah membaca buku yang menyatakan tentang hadith-hadith berkaitan manfaat solat berasaskan mazhab al-Syafi’i, berbanding 30% yang Tidak Setuju. Sebanyak 90% responden Setuju mengatakan bahawa mereka pernah mendengar ceramah/kuliah/tazkirah tentang hadith yang berkaitan dengan kepentingan/manfaat solat al-Shafiyyah (pengikut mazhab al-Syafi’i) dan 10 % responden yang Tidak Setuju.

Kesimpulan

Peratusan yang tinggi responden memilih (Sangat Setuju dan Setuju) dalam soalan borang soal selidik mengenai tahap pemahaman pelajar tentang Solat berasaskan mazhab al-Syafi’i. Sebanyak 100% responden memilih Setuju bahawa mereka mengetahui 13 rukun Solat. Selain itu, faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk memahami hadith berkaitan solat menurut mazhab al-Syafi’i juga memberikan petunjuk bahawa mereka mengetahui hadith-hadith berkaitan solat. Dapatan kajian mendapati bahawa responden dapat memahami hadith berkaitan kepentingan/manfaat solat menurut mazhab al-Syafi’i yang dipelajari. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai tahap pemahaman yang sangat baik terhadap amalan solat berdasarkan hadith menurut mazhab al-Syafi’i. Apa yang kita dapat simpulkan di sini bahawa semua responden telah tahu dan faham syarat sah solat, rukun-rukun solat, perkara sunat dalam solat, dan perkara yang boleh membatalkan solat. Ini menggambarkan bahawa majoriti responden telah mengetahui hadith-hadith berkaitan solat, berdasarkan latar belakang pengajian mereka dalam bidang Pengajian Islam, secara tidak langsung mereka terdedah dan diberikan pendedahan tentang pengajian hadith. Mereka telah diberikan pendedahan kepada pengajian hadith secara formal dan informal, sejak sekolah rendah dan menengah. Ada juga dalam kalangan responden

21

Page 22: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

yang mengetahui hadith tentang kepentingan/manfaat solat melalui pembacaan kitab-kitab hadith, ada yang pernah menghadiri kuliah pengajian hadith di masjid atau melalui rancangan Celik Hadith yang disiarkan di kaca televisyen. Walau bagaimanapun kajian yang lebih menyeluruh harus dilakukan melibatkan latar belakang pelajar yang pelbagai dengan tidak hanya melibatkan mereka berlatar belakang pendidikan agama secara formal. Usaha ini penting untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar terhadap hadith-hadith berkaitan solat di Insitusi Pengajian Tinggi(IPT) yang lain. Harapan Pengkaji, mudah-mudahan dengan mengetahui hadith tentang solat dapat membantu mereka untuk lebih memahami tuntuan solat fardu lima waktu dan dapat melakukan penambahbaikan dalam solat fardu seharian.

Rujukan

Abdullah Ishak, Islam di Nusantara. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri, 2000.

Abdul Hayei Abdul Sukor “Pengajian Hadis : Tradisi dan Permasalahannya di Malaysia.” Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004.

Abdul Karim Ali et al, “Pendekatan Malaysia dan Indonesia dalam menangani Perkembangan Aliran Pemikiran : Pro dan Kontra.” Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005.

, “Metode Imam al-Syafi’i dan Ulama di Malaysia dalam Menangani Golongan yang Mempertikaikan Hadis : Satu Perbandingan dalam Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis. ed Ishak Hj Suliaman et al,. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2007.

Abdul Ghani Shamsudin dan Norhashimi Saad, “Pembangunan Akhlak Ummah : Ke Arah Perspektif Islam.” Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Pembinaan Akhlak Dari Perspektif Islam, Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor, 21 September 1996.

Abdul Qadir al-Rahbawiy. al-Salah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah ma’a Adillati Ahkam. Beirut : Dar al-Salam littibaq wa al Nasyar wa al-Tawziq, 1987.

Abdillah Hisham Abdul Wahab et al,“Pemakaian Hadith Syeikh Nik Mat Kechik Fatani di dalam kitabnya Wisyah al-Afrah wa Isbah al-Falah.” dalam Takhrij Hadith di Nusantara : Keperluan Masa Kini, ed Faisal Ahmad Shah et al. Kuala Lumpur, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2011.

Abi Bakr Jabir al-Jaza’iriy, Minhaj al-Muslim, Madinah al-Munawwarah : Maktabah al-Ulum wa Hikam, 2000.

Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali, Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, 2013.

, Penghantar Usul al-Hadith. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd, 2014.

Ahmad Hisham Azizan dan Che Zarrina Sha’ari, “Terapi Solat dalam Menangani Penyakit Gelisah (Anxiety) Menurut Psikoterapi Islam, Jurnal Usuluddin 29 (Januari –Jun 2009).

Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. “Sahih al-Bukhari.” Beirut : Dar Ibn Kathir, 1987. jil.1 cet 3

22

Page 23: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Abu Husayn Muslim bin Hajjaj bin Muslim. “Sahih Muslim.” Beirut : Dar al-Ihya al-Turath al-Arabiy, t.t. j.1

Al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar al-Fikr, t.t.Basri Ibrahim, “Pendirian Muslim terhadap Perbezaan Mazhab.” Kertas kerja, Seminar On Fiqh–

Mazhab Empat : Antara Penyatuan dan Perpecahan, Auditorium Universiti IslamAntarbangsa (UIA), Gombak 11 Julai 2004.

Fadl Hasan ‘Abbas, Fiqh Agama : Antara Faham Literal dan Moderat terj. Zulkifli Mohd Yusoff et.al. Kuala Lumpur : Centre of Quranic Research Universiti Malaya, 2011.

Fahrur Muis dan Muhammad Suhadi, Bahagianya apabila Solatmu Diterima Allah. Batu Caves : PTS Millenia Sdn. Bhd, 2014.

Fauzi Deraman, “Pengajian Hadith di Malaysia:Satu Tinjauan” dalam Khazanah al-Quran dan al-Hadith Nusantara ed Mustaffa Abdullah et al. Kuala Lumpur, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2009.

,“Kaedah–Kaedah Berinteraksi dengan Hadis-Hadis Nabi s.a.w.” Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004.

Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii Jilid 1. Kuala Lumpur : Pustaka Antara Sdn. Bhd, 2002),Ishak Sulaiman, “Fiqh Hadhari sebagai Metod Semasa dalam Menganalisis Hadis-Hadis

Hukum.” Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005.

Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid. Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur : Telaga Biru, 2009,

Ismail Omar, “Peranan Imam Syafie dalam Mempertahankan Sunnah dan Manhaj Fiqh Beliau ketika berhujah dengannya.” Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004.

Johari Mat, “Riwayat Hidup Imam Syafie.” Kertas kerja, Seminar Imam Syafie, Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran (PERMATA) Kuala Lumpur, 10 Ogos 2002.

, “Aqidah 4 Imam Mazhab.” Kertas kerja, Seminar On Fiqh–Mazhab Empat : Antara Penyatuan dan Perpecahan, Auditorium Universiti IslamAntarbangsa (UIA), Gombak 11 Julai 2004.

Manna al Qattan,al-Tasyri’ wa al- fiqh al-Islamiy Tarikhan wa Manhajan. Beirut : Mu’assasah al-Risalah, 1985.

Muhammad Abu Zuhrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah. Kaherah : Dar al-Fikri al-‘Arabiy, 1976.

Muhammad Ibn ‘Ali al-Shawkani, Nayl al-Awtar min Ahadith Sayyid al-Akhbar : Sharh Muntaqa al-Akhbar.” Beirut : Dar al Fan, 1973.

Muhammad Ibn Isma’il al-San’ani, Subul al-Salam : Sharh Bulugh al-Maram min jam‘al Ahkam.” Kaherah : Idarat al-Tiba’ah al-Muniriyah.

Mohd Hapiz Mahaiyadin, Ini Mazhabku : Bagaiamana Saya Beriltizam dengan Mazhab. Sepang : Inspirasi Minda, 2017.

Mohamed Azam Mohamed Adil, “Pengaruh Adat Tempatan dalam Menentukan Fatwa di Malaysia.” Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa III Peringkat Kebangsaan 2000, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 18-19 September 2000.

23

Page 24: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Mohd Muhiden Abdul Rahman, “Penyebaran Hadith Mawdu’ dan Implikasinya kepada Masyarkat.” Kertas kerja Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004.

Mohd Muhiden Abd Rahman, Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.Mustafa Abdul Rahman, Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya. Selangor : Dewan Pustaka

Fajar, 2005.Mustafa Khin dan Mustafa Bugho, al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab Imam al-Syafi’i. Dimasq :

Dar al- Qalam, 1998.Nizaita Omar dan Zulkifly Muda, “Pemakaian Mazhab Syafie dalam Pelaksanaan Ibadah Solat di

kalangan Pesakit : Antara Tradisi dan Realiti.” Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005.

Noor Naemah Abd Rahman, “Impak Aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah di Perlis terhadap Perkembangan Hukum Islam Semasa : Analisis Terhadap Fatwa-Fatwa Tahun 1990-2000.” Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 28-29 September 2005.

Salleh Ahmad, “Khilaf 4 Mazhab : Punca dan Kesinambungan Pengaruh.” Kertas kerja, Seminar On Fiqh–Mazhab Empat : Antara Penyatuan dan Perpecahan, Auditorium Universiti Islam Antarbangsa (UIA), Gombak, 11 Julai 2004.

Shamsiah Mohamad dan Safinar Salleh,“Pendekatan dalam Penyelesaian Isu Muamalat Semasa.” Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005.

Saadan Man,“Kesan Konflik Antara Aliran Tradisionalisme dan Reformisme dalam Perkembangan Pemikiran Hukum Islam di Malaysia.”Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005.

Islamic Reform:The Confict Between Traditionlists and Reformists Concerning Matter of Ibadah in Contemporary Malaysia.” Tesis kedoktoran, University of Edinburgh, 2004.

Syed Salim Syed Shamsuddin, “Kefahaman konsep Ikhtilaf Fiqhi dalam Menangani Isu Menuduh Bidaah dalam Permasalahan Fiqh : Satu Tinjauan Ringkas.” Kertas kerja, Seminar Hukum Islam Semasa IV Peringkat Kebangsaan 2005, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 28-29 September 2005.

Syamsudin Muhammad al-Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj ila Makrifat al-Ma’ani Alfaz Sharh al-Minhaj. Beirut : Dar Ihya al Turath al-Arabiy, 1958.

Syihabudin Abi Abbas Ahmad Muhammad ‘Ali Ibn Hajar al-Haithami, Tuhfatul al-Muhtaj Bi Sharh al-Minhaj. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2001.

Wahbah al-Zuhayli, Fiqh Islamiy wa Adillatuhu, Beirut : Dar al-Fikr, 1984.Yusuf al-Qaradawiy, Fi Fiqh al-Aulawiyyat : Dirasah jadidah fi Dau’i al-Quran wa al-

Sunnah, terj . Ahmad Nuryadi Asmawi. Batu Caves : Thinker’s Library Sdn. Bhd, 1996.Zaharudin Abdul Rahman, Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna. Kuala Lumpur : Telaga

Biru, 2012.Zakaria @Mahmud Daud, “Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Pengaruhnya Terhadap Ajaran

Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Perlis.” Tesis kedoktoran, Universiti Malaya, 1997.

24

Page 25: umexpert.um.edu.my · Web viewKedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah segenap aspek kehidupan masyarakat setempat. Ia mencakupi budaya hidup bermasyarakat, undang-undang perekonomian

Zulkifli Hj Yusoff, “Peranan Institusi Pengajian Tinggi Islam dalam Kelangsungan Pengajian Hadith.” Kertas kerja, Seminar Kebangsaan Hadis dan Isu-Isu Semasa, Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) 13 Mac 2004.

25