document1 - universiti teknologi malaysia · era perkembangan teknologi masa kini banyak...

23

Upload: others

Post on 09-Feb-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah
Page 2: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah
Page 3: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah
Page 4: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP KONSEP EKOSISTEM DALAM

SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT BERINTEGRASIKAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER.

HASLINDA BINTI ABU HASSAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2003

Page 5: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Biologi)”.

Tandatangan : …………………………………………………..

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : …………………………………………………..

Page 6: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah
Page 7: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : HASLINDA BINTI ABU HASSAN

Tarikh : ………………………………………...

Page 8: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda,

Abu Hassan Hj.Bakri & Rogayah Tahir

Dikau segalanya bagiku

Akan ku kenang jasa budimu

Akan ku abadikan kasih sayangmu

Buat Kekanda-kekanda, adinda

serta anak-anak saudara ku yang amat dikasihi,

terima kasih atas segala sokongan kalian

dan buat yang disayangi

Mohd Firdaus Bin Hj.Mohd Zali

Dikaulah penyeri hidupku, penawar resahku

Kejayaan ini milik kita bersama

Teman-teman seperjuangan

Kalian adalah semangatku

Terima kasih segalanya

Ya Rahman Ya Rahim

Maha Pemurah Maha Penyayang

Ku Bersyukur kehadrat mu, Ya Allah

Page 9: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek sarjana

muda, Proffesor Madya Aziz bin Nordin atas bimbingan dan dorongan yang diberi

sepanjang tempoh penyelidikan projek sarjana muda ini.

Ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

yang telah memberi keizinan untuk menjalankan penyelidikan ini.

Kerjasama daripada pihak sekolah yang terlibat bagi pihak pengetua-pengetua,

guru-guru, pelajar-pelajar dan rakan-rakan seperjuangan amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 10: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan pelajar terhadap

konsep. Ekosistem dalam subjek Biologi ingkatan empat berintegrasikan

Pembelajaran Berbantukan Komputer. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik

yang merangkumi maklumat latar belakang pelajar, soalan ujian dan soal selidik

persepsi pelajar. Kajian dijalankan di dua buah sekolah luar bandar daerah Batu Pahat,

Johor. Kesemua maklumat yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan

perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Hasil kajian mendapati

penguasaan pelajar selepas menggunakan perisian dalam proses pembelajaran

menunjukan peningkatan yang baik berbanding sebelumnya. Antara cadangan yang

dikemukakan ialah para guru Biologi seharusnya memanfaatkan kemudahan

pembelajaran seperti komputer dan perisian pembelajaran yang telah dibekalkan oleh

pihak Kementerian Pendidikan bagi menarik minat dan meningkatkan kefahaman

konsep pelajar. Kajian ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan bagi merangsang

lebih banyak perisian yang lebih berkualiti dihasilkan. Ia bukan sekadar

menyeronokkan, tetapi dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu

konsep dengan lebih baik dan berkesan.

Page 11: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the comprehensive understanding of

science concept (Ecosystem) in Biology among the form four pure science students

using Computer Assisted Instruction (CAI). The research was conducted at two

secondary schools in Batu Pahat, Johore. The instruments used included students’

background, test based on the topic Ecosystem in Biology Form Four's syllabus and

student’s perception questionnaire. Data were analyzed using the Statistical Package

for Social Science (SPSS). The results showed that the comprehensive understanding

of science concept (Ecosystem) was increased after using the software greater than

before. From the findings, it is suggested that Biology’s teachers have to maximize

the application of computer assisted instruction into their class to interest student’s

enthusiasm and increased the student’s science concepts using all the amenity that had

been received from the authorities. Hopefully this research will used as references to

excite the production of better quality software. It just not enjoyable but can

improved the student’s science concept.

Page 12: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Halaman Kandungan vii

Senarai Jadual xi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

Page 13: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

viii

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Konsep 9

1.8.2 Mata pelajaran Biologi 9

1.8.3 KBKK 10

1.8.4 PBK 10

1.8.5 Ekosistem 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Apa itu PBK? 11

2.3 PBK Biologi 13

2.4 Pendapat Umum Tentang 15

Pembelajaran Berbantukan Komputer

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka bentuk Kajian 20

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 20

3.4 Instrumen Kajian 21

3.5 Kaedah Pemungutan Data 23

Page 14: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

ix

3.6 Penganalisaan Data 24

3.7 Jangkamasa Kajian 24

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Latar Belakang Pelajar 26

4.3 Analisis Persoalan Kajian 1 28

4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 31

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN

DAN CADANGAN

5.1 Ringkasan Kajian 35

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 36

5.2.2 Persoalan Kajian 1 38

5.2.3 Persoalan Kajian 2 43

5.3 Kesimpulan Kajian 45

5.4 Cadangan Kajian 46

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 48

Page 15: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

x

RUJUKAN 49

LAMPIRAN A - Jadual Kerja Penyelidikan

LAMPIRAN B - Soal selidik/ Soalan Ujian

LAMPIRAN C - Skema Markah Ujian

LAMPIRAN D - Surat Kebenaran Bahagian EPRD

Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

Surat Perakuan Diri Fakulti Pendidikan

Page 16: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang

kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu

daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu

yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan

penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM,1997). Atas alasan inilah

pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan satu sistem

pendidikan yang lebih bermutu berintegrasikan komputer dan teknologi bagi

menghasilkan masyarakat saintifik dan progresif iaitu masyarakat yang mempunyai

daya saing yang tinggi dan memandang jauh kehadapan serta menyumbang kepada

tamadun sains dan teknologi masa depan (Normanida, 2000). Lantaran itulah, inisiatif

awal telah diambil dengan mewujudkan Sekolah Bestari yang telah dirangkumkan

dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor). Sekolah ini

merupakan inisiatif awal untuk menerapkan pendidikan berbantukan komputer yang

Page 17: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

2

dilengkapi sistem multimedia yang lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran

(P&P).

Multimedia pada umumnya adalah teknologi maklumat terkini yang

membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi

(Baharuddin & Mohd,1995). Multimedia berasaskan komputer menjadikan proses

pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokan dan menarik disamping membantu

pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah (Brown & Bush,1992).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) pula ialah

aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk

membantu seseorang pelajar (Jamaludin,1989). Mikrokomputer digunakan untuk

menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk

oleh penulis perisian. Pelajar pula akan berinteraksi dengan program komputer atau

perisian melalui terminal (Nik Azis,1989). Dalam pengajaran berbantukan komputer

(CAI), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran

sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang

(explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh

komputer dalam CAI (Abd.Rahman, 1995). Pengajaran berbantukan komputer

melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi disamping aktiviti latih

tubi(PPK,1993; Jamaludin,1989).

Menyentuh mengenai penggunaan komputer dalam pendidikan, sistem ini

sebenarnya telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan luar negara. Kepesatan

bidang teknologi maklumat dan kecanggihan komputer dekad ini membawa sejumlah

besar pelajar diluar negara kepada satu suasana pembelajaran yang jauh lebih

berkesan dan menyeronokan. Mengikut beberapa kajian, pembelajaran berbantukan

Page 18: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

3

komputer yang dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dan berkesan mampu

mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah sikap pelajar (Papert,1980).

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan

merubah kandungan dan rekabentuk kurikulum setiap matapelajaran

(Jamaludin,1989 ; Nik Azis,1989). Pelajar-pelajar dan guru-guru di negara kita

seharusnya disediakan dengan kemahiran yang cukup untuk mengharungi dunia

pendidikan yang lebih mencabar ini. Namun, sejauhmana pengaplikasian PBK ini

berkesan terhadap penguasaan konsep/teori dalam pembelajaran sains di negara kita

masih lagi kabur. Jika satu masa dahulu, teknik pengajaran yang pelbagai dan alat

bantu mengajar (ABM) yang canggih sebagai pemudahcara amatlah ditekankan

dalam proses P&P, kini kualiti sesebuah perisian memainkan peranan yang penting

untuk membawa pelajar kepada suasana pembelajaran yang menyeronokan dan

berkesan.Charlene M.Czerrniak dan rakan-rakan menyatakan, untuk memastikan

kecintaan pelajar kepada subjek sains, guru-guru telah disarankan untuk menyediakan

pelbagai alat dan bahan untuk pelajar memberikan pelajar lebih pengalaman didalam

pengetahuan sains dan bahan ini termasuklah bahan-bahan multimedia. Oleh itu,

semua pihak baik Kementerian Pendidikan dan guru-guru haruslah berganding bahu

bagi melahirkan pelajar yang mampu menguasai pelajaran semaksimum mungkin

dalam kegairahan kita mengikut arus kemajuan teknologi maklumat dan komputer

abad ini.

1.2 Latarbelakang Belakang Masalah

Menurut Poh (1996), Pendidikan sains yang berkesan bukan setakat

menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan pelajar – pelajar menyatakan

Page 19: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

4

semula fakta sains dalam peperiksaan. Sains sebenarnya adalah satu bidang

pengetahuan yang melibatkan kehidupan dan alam yang dikaji secara bersistem

dengan cara saintifik. Bidang pengetahuan ini meliputi kefahaman tentang sains itu

sendiri, kajian tentang manusia, alam dan interaksi manusia dengan alam.

Kebanyakan huraian dan penjelasan tentang pengetahuan sains ini dinyatakan dalam

bentuk konsep.

Sungguhpun konsep digunakan untuk menghuraikan fakta sains, namun

keupayaan seseorang pelajar untuk menguasai suatu konsep bukanlah mudah.

Menurut Poh Swee Leong (1996), konsep adalah satu idea yang abstrak. Penguasaan

kukuh sesuatu konsep sains memerlukan keupayaan penaakulan secara logikal dari

pelajar. Kebolehan pelajar untuk menaakul dan mendefinisi konsep serta menyusun

konsep dalam struktur kognitif dapat membantu pelajar mengekalkan ingatan

terhadap konsep itu bagi suatu jangka masa yang lebih panjang.

Lantaran itu, teknik pengajaran dan alat bantu mengajar perlulah disesuaikan

untuk memastikan penyampaian konsep dapat dilaksanakan dengan berkesan. Namun

begitu, pengaplikasian komputer sebagai alat bantu mengajar dekad ini, banyak

menimbulkan tanda tanya dikalangan para pendidik mahupun ibu bapa terhadap

kemampuan alat tersebut menggantikan lebih dari separuh tugas yang selama ini

diletakan dibahu guru-guru. Menurut ahli psikologi kognitif, pembelajaran yang

berkesan memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada stimuli dan

menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami maklumat baru dan

mengintegrasinya dalam struktur pengetahuan pelajar. Teori Gagne(1978) juga

menekankan pembelajaran bermakna. Gagne mencadangkan bahawa apa yang dikod

dalam ingatan bergantung kepada pemprosesan maklumat yang dikemukakan. Secara

keseluruhannya kita dapat lihat bahawa pemahaman konsep/teori sains yang kukuh

dapat dihasilkan melalui PBK dengan melibatkan pelbagai strategi pengajaran dalam

perisian yang digunakan termasuklah analisis idea utama, imegeri mental, pemetaan

Page 20: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

5

konsep dan “paraphrasing” (Charlene M.Czerniak, 1999). Melalui strategi-strategi

yang disebutkan tadi, pengguna PBK (pelajar-pelajar) mampu untuk memproses

data/maklumat sains dengan lebih berkesan, mengukuhkan ingatan dan daya

imeginasi melalui grafik yang disediakan dan mampu mengaplikasikan pengetahuan

yang diperolehi walaupun berdepan dengan konsep /teori sains yang abstrak. Strategi

yang diaplikasikan pada PBK ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh Schmid & Telaro (1990) telah mengesahkan

keberkesanannya dalam matapelajaran Biologi di sekolah tinggi.

Namun di Malaysia, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan

masih diserahkan kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam teknik

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang

masa untuk mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian

yang berada di pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak

sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu

disiplin, dan tidak sesuai dengan citarasa pendidik (Supyan Husin,1996). Bagi

perisian yang sedia ada, kebanyakannya lebih bercorak latih tubi yang tidak

melibatkan pelajar dalam pemprosesan maklumat secara aktif. Menurut ahli Psikologi

seperti Asubel, pembelajaran adalah satu proses yang aktif dan melibatkan

pemprosesan maklumat dan mengintegrasikan maklumat baru dengan pengetahuan

sedia ada pelajar. Ini adalah penting terutamanya dalam matapelajaran yang

memerlukan banyak pemprosesan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk teks

ekspositori seperti Biologi.

Pembelajaran Biologi khususnya memerlukan pelajar memahami konsep dan

teori, mengingat setiap satu tindakbalas yang berlaku dengan tepat dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Setiap proses ini memerlukan teknik

pengajaran yang sesuai agar objektif pengajaran Biologi tercapai. Keberkesanan

mengintegrasi strategi kognitif dalam PBK untuk memproses maklumat yang

Page 21: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

6

dikemukakan masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Untuk menjayakan

rancangan memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran,

satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan perisian kursus yang

menepati sukatan perlu dijalankan ( Fisher,1990). Lantaran itu, kajian ini bakal

menyingkap tahap penguasaan konsep /teori pelajar dalam salah satu topik Biologi

Tingkatan 4 menggunakan PBK yang dihasilkan oleh seorang graduan Pendidikan

Biologi ,Universiti Teknologi Malaysia .

1.3 Pernyataan Masalah

Pengaplikasian komputer dalam pendidikan di negara kita banyak

menimbulkan kontroversi dikalangan para pendidik mahupun ibu bapa terhadap tahap

keberkesanannya.Walaupun setakat ini pengaplikasian secara menyeluruh diseluruh

sekolah rendah dan menengah di negara kita masih belum dilaksanakan, kegusaran

ibu bapa tampak jelas apatahlagi komputer hanya banyak digunakan dikalangan anak-

anak mereka tika ini untuk bermain dan berhibur melalui layar internet dan perisian

“Computer game” yang banyak dijual dipasaran. Adakah penggunaan PBK hanya

akan mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokan

tetapi tidak berkesan dari sudut penguasaan konsepnya?. Mungkinkah proses

pembelajaran tradisi jauh lebih baik berbanding pembelajaran menggunakan PBK

ini?. Oleh itu, kajian ini cuba menyingkap tahap penguasaan pelajar terhadap konsep

Ekosistem dalam matapelajaran Biologi Tingkatan 4 berintegrasikan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK).

Page 22: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

7

1.4 Persoalan Kajian

Dua persoalan yang diberi tumpuan dalam kajian ini dianalisis dan seterusnya

dibincangkan adalah seperti berikut:

i. Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan komputer dalam proses

pembelajaran Biologi terhadap kefahaman konsep sains pelajar?

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap pengaplikasian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam mata pelajaran Biologi?

1.5 Objektif Kajian

Ojektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar

terhadap konsep Ekosistem dalam matapelajaran Biologi Tingkatan 4 berintegrasikan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Selain itu, ia juga bertujuan untuk

menganalisis persepsi pelajar terhadap pengaplikasian PBK dalam proses Pengajaran

dan Pembelajaran (P&P) bagi subjek Biologi di sekolah.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini akan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek

Biologi dalam aliran sains tulen di dua buah sekolah di Batu Pahat ,Johor. Sebagai

Page 23: Document1 - Universiti Teknologi Malaysia · Era perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah

8

pengguna PBK, pelajar boleh memberikan pendapat dan makluman balik untuk

kegunaan penganalisaan melalui ujian dan dan soal selidik yang akan dijalankan

sebelum dan selepas proses pembelajaran menggunakan perisian dilaksanakan.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangkakan dapat menghasilkan satu statistik dan penganalisaan

baru mengenai tahap penguasaan pelajar terhadap konsep Ekosistem dalam

matapelajaran Biologi Tingkatan 4 berintegrasikan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK).

Maklumat yang diperolehi, diharap:

(i.) Dapat membantu pihak yang berkaitan termasuklah Kementerian Pendidikan

sebagai salah satu sumber rujukan bagi menghasilkan perisian pendidikan

yang berkualiti.

(ii.) Dapat membantu guru-guru yang menyediakan perisian secara persendirian

agar perisian yang bakal dihasilkan menarik dan berkesan tanpa sebarang

kekeliruan dan salah konsep terhadap pelajaran yang ingin disampaikan

kepada pelajar-pelajar.