bahasa penjana minda - dbp.gov.my · pdf filecontoh-contoh frasa yang mengandungi ... diri di...

1

Click here to load reader

Upload: ngodan

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA PENJANA MiNDA - dbp.gov.my · PDF fileContoh-contoh frasa yang mengandungi ... diri di tanah air perlu meletakkan bahasa ... The proposal will come forward at the next

KATA DIALEK

PEDOMAN PENTERJEMAHAN Oleh Sa'odah Abdullah

Halaman TigaBH PILIH L3 22 (emel)

Ada banyak lagi frasa bahasa Inggeris yang mengandungi kata “come”, dan kali ini kita akan

terus menterjemah frasa-frasa tersebut. Contoh-contoh frasa yang mengandungi kata “come” dan terjemahannya adalah

seperti yang berikut:

cinta akan bahasa kebangsaan.

Klik DBP: Apakah penunjuk prestasi utama terhadap keberkesanan dan kejayaan program bahasa dan sastera?(KZS): Saya berpendapat bahawa program bahasa dan sastera tidak boleh diukur dengan prestasi atau kejayaan projek fizikal, umpamanya membuat sebuah bangunan. Hal ini kerana, sesebuah bangunan itu dapat dilihat daripada proses pembuatan-nya, iaitu dari awal pembinaan hinggalah siap mengikut spesifikasi dan masa yang ditetapkan. Manakala program bahasa dan sastera ini dapat kita ukur melalui kesedar-an masyarakat terhadap kecintaan mereka kepada bahasa dan sastera yang menjadi warisan bangsa Malaysia.

Kita berharap semua lapisan masyarakat, terutamanya masyarakat berbilang kaum seperti di negara ini dapat menghayati dan mencintai bahasa dan sastera kebangsaan. Oleh hal yang demikian, salah satu perka-ra yang kita tekankan ialah penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kaum bukan Melayu menyertai aktiviti pro-gram BBSN di seluruh negara.

Klik DBP: Mengapakah Sabah dipi­lih menjadi lokasi Pelancaran BBSN Peringkat Kebangsaan? (KZS): Salah satu sebab kita memilih lokasi pelancaran BBSN peringkat kebangsaan dan pelaksanaan Ekspo BBSN di Sabah adalah untuk memastikan penglibatan dan penyertaan pelbagai kaum di Sabah. Istimewanya di Sabah, komposisi kaum dan etniknya pelbagai dan unik. Lantaran itu, penggunaan bahasa kebangsaan menjadi bahasa komunikasi dan perpaduan utama

antara kaum dan etnik di Sabah. Tambahan pula, pada tahun ini juga genap usia 45 ta-hun Sabah menyertai Malaysia.

Pihak Pengurusan DBP juga mengucapkan jutaan terima kasih kepa-da Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdul-lah, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, dan barisan pimpinan kerajaan ne-geri kerana sudi men-jadi tuan rumah maj-lis Pelancaran BBSN Peringkat Kebangsaan. Kami juga merakam-kan terima kasih kepada Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Pelajaran, YB Datuk Haji Razali Ismail, yang banyak menyokong usaha memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan.

Klik DBP: Bagaimana penglibatan agen­si kerajaan, swasta, badan bukan kera­jaan, warga DBP dan media dalam mem­bantu program memperkasakan bahasa dan sastera?(KZS): Semua pihak mesti memainkan peranan penting dalam menjayakan pro-gram bahasa dan sastera kebangsaan. Hal ini kerana bahasa dan sastera adalah milik kita bersama. Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152 jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa

kebangsaan kita. Kalau semua rakyat

Malaysia menghormati Perlembagaan Negara, saya percaya, bangsa kita akan menjunjung bahasa kebangsaan yang menjadi cermin-an budaya bangsa Malaysia.

DBP berharap usaha memartabatkan baha-sa dan sastera dapat diteruskan bukan sahaja oleh pihak ke-rajaan, bahkan juga pihak badan bukan kerajaan dan swasta. Pihak media yang mempunyai pengaruh khalayak yang besar dan luas juga diharap-kan dapat menyiar-kan program mereka

dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul.

DBP akan terus memperjuangkan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan walau dalam apa jua keadaan dan cabaran. Usaha ini perlu diteruskan dan merupakan satu perjuangan yang belum selesai. DBP me-megang amanah rakyat dan pesanan saya kepada warga DBP, apa pun rintangan yang kita hadapi, kita perlu menjaga amanah dan kesetiaan kita kepada perjuangan bahasa dan sastera. Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan perlu diteruskan dan kita mesti bersatu padu.

Klik DBP: Apakah bahasa Melayu juga diterima atau diminati oleh penutur asing?(KZS): Bahasa Melayu amat indah dan

halus serta mudah dipelajari. Banyak orang luar negara seperti Rusia, China, Jepun, Korea, Jerman, Belanda dan sebagainya mahu belajar bahasa kita. Kita juga mendapat undangan untuk meng-hantar tenaga pengajar bahasa Melayu ke negara berkenaan. Kita berasa bangga betapa orang luar mahu belajar dan meng-hormati bahasa Melayu, maka kita sen-diri di tanah air perlu meletakkan bahasa kita ke mercu yang tinggi.

Sebenarnya hasrat orang luar datang ke Malaysia adalah untuk melihat wajah-wajah Malaysia yang asli dari segi baha-sa, sastera, budaya, makanannya dan sebagainya. Mereka juga teruja untuk ber-interaksi dengan rakyat Malaysia dengan bahasa Melayu. Mereka mahu melihat secara dekat budaya kita yang pelbagai kaum dan unik. Saya amat tertarik de- ngan negara China yang memelihara dan mendaulatkan bahasa ibundanya ketika mereka menjadi tuan rumah dan mengendalikan temasya sukan Olimpik di Beijing.

Klik DBP: Apakah harapan pihak Pe­ngurusan DBP terhadap program­pro­gram BBSN yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh negara?(KZS): Usaha memartabatkan bahasa dan sastera dilaksanakan sepanjang masa dan sepanjang BBSN. Tahun ini merupakan tahun ke-10 BBSN diada-kan. Dan pada tahun ini, sebanyak 72 aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan dalam BBSN yang dirancang dan dilak-sanakan oleh pelbagai pihak di seluruh negara. Menerusi aktiviti BBSN, pihak Pengurusan DBP berharap akan timbul kesedaran dan tanggungjawab bersama semua pihak dalam memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan.

BAHASA PENJANA MiNDA

Oleh Shariffulizan Malek

Baning dalam dialek Negeri Sem-bilan bermaksud degil, tidak mendengar nasihat. Contoh peng-

gunaannya: Baning boto budak ni, tak donga cakap orang (degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang).

Baning

BERITA HARIAN Rabu, 22 Oktober 2008

DARI MUKA 1

PERIBAHASA

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lam-bat-laun hilanglah bangsa itu.

Maksud peribahasa ini menunjukkan bahawa bahasa perlu disanjung dan tidak dipinggirkan demi menjaga maru-ah sesuatu bangsa. Sikap meminggir-kan bahasa akan melenyapkan bangsa sendiri dalam negara yang dibina sejak berkurun lamanya. Bak kata pepatah, “bahasa melambangkan jiwa bangsa” dan “bahasa menunjukkan bangsa”.

Hilang bahasa lenyap bangsa

Come for i) Datang untuk BI: Has he come for the parcel yet? mengambil BM: Sudahkah dia datang untuk mengambil

bungkusan itu?ii) Datang hendak BI: The hunter saw the wolf coming for the sheep. menyerang BM: Pemburu itu nampak serigala datang

menyerang biri-biri itu.

Come forward i) Tampil ke muka/depan BI: Many volunteers came forward with o�ers to help.BM: Ramai sukarelawan tampil ke hadapan untuk menawarkan pertolongan.

ii) Dikemukakan BI: The proposal will come forward at the next meeting. BM: Usul itu akan dikemukakan pada mesyuarat akan datang.

Come from i) Datang BI: The participants come from all over the world.BM: Para peserta itu datang dari seluruh dunia.

ii) Berasal BI: He comes from Africa but is now an American citizen.BM: Dia berasal dari Afrika tetapi kini menjadi warganegara Amerika.

iii) Datang dari BI: Most imported toys come from China. BM: Kebanyakan barang-barang permainan import datang dari China.

Come home iv) Kembali/pulang BI: He is sure to come home before late night.BM: Dia pasti pulang sebelum larut malam.

Come in i) Masuk BI: Please close the door after you come in.BM: Tolong tutup pintu selepas awak masuk.

ii) Sampai BI: The new stock should come in by next week.BM: Stok baru sepatutnya sampai menjelang minggu depan.

iii) Diterima BI: Not a single reply has come in.BM: Satu jawapan pun belum diterima.

iv) Mendapat tempat BI: She came in �rst in the squash tournament.BM: Dia mendapat tempat pertama dalam kejohanan skuasy.

v) Dipilih BI: When the new governor came in, crime rate was already high. BM: Semasa gabenor baru dipilih, kadar jenayah memang sudah tinggi pun.

vi) Menjadi fesyen BI: Baggy pants came in last year and are still popular. BM: Seluar gedoboh menjadi fesyen yang digemari pada tahun lepas dan masih lagi popular.

vii) Memainkan peranan BI: This is where she came in: her job is to distract the guard.BM: Di sinilah dia memainkan peranan: tugasnya adalah untuk mengalihkan perhatian pengawal.

Come in on Menyertai/ikut serta BI: The directors have not decided whether they would come in on the venture.BM: Para pengarah belum membuat keputusan sama ada mereka akan ikut serta dalam u saha itu.

Come into Mewarisi/menerima BI: Lisa came into the fortune when she reached 21.BM: Lisa mewarisi harta apabila mencapai usia 21 tahun.

Come of i) Terjadi pada BI: What came of the millionaire, nobody knows.BM: Apa yang terjadi pada jutawan itu, tidak seorang pun yang tahu.

ii) Hasil/akibat BI: That’s what comes of watching too much violent movies. BM: Itulah hasilnya menonton terlalu banyak �lem ganas.

iii) Berasal/datang BI: He comes of a family of musicians. daripada BM: Dia datang daripada keluarga pemuzik.

Come o� i) Menglupas/ tertanggal BI: The paint came o� easily as it was of inferior quality.BM: Cat itu mudah mengelupas kerana kualitinya yang rendah.

ii) Jatuh dari BI: He accidentally came o� his bicycle and hurt his knees.BM: Dia terjatuh dari basikalnya dan lututnya luka.

iii) Berjaya BI: Their attempt to blow up the building did not come o�.

BM: Percubaan mereka untuk meletupkan bangunan itu tidak berjaya.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh PenggunaannyaBahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya