bahasa melayu moden penggal 1

50

Upload: rovina-samsudin

Post on 22-Oct-2015

388 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1
Page 2: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

KONSEPDefinisi- Perkembangan bahasa Melayu Moden

bermula pada abad ke-19 dengan bermulanya karya-karya Abdullah Munsyi.

- Selepas mencapai kemerdekaan bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malysia yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Page 3: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

KONSEP- Sebagai bahasa kebangsaan bahasa

Melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi, pentadbiran,perhubungan,pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti.

- Untuk mencapai matlamat di atas, satu perancangan bahasa bagi meningkatkan status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 4: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

CIRI-CIRI BM MODENMEMPUNYAI BUNYI-BUNYI BAHASA ( FONOLOGI)

MEMPUNYAI SISTEM / SUSUNAN ASPEK

BUNYI/RANGKAI KATA/ IMBUHAN (MORFOLOGI)

MEMPUNYAI BENTUK DARI ASPEK

FRASA/KLAUSA/NAHU DAN AYAT (SINTAKSIS)

MEMPUNYAI KAITAN MAKNA ANTARA BUNYI

YANG DIHASILKAN OLEH MANUSIA DAN

KEADAAN DI SEKELILING (SEMANTIK)

Page 5: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

1.BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

2. BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA

Page 6: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

Dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd. Said dan Za’ba.

Secara berkumpulan hanya bermula pada tahu 1888 apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Pengetahuan Bahasa (Pakatan)

Pertubuhan lain seperti PASPAM, Pejabat Karang Mengarang dan ASAS’50.

Page 7: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

TOKOH TEMPATAN

Page 8: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

MUNSYI ABDULLAH BIN ABDUL KADIR

Dikenali sebagai Abdullah Munsyi (1796-1854 M) dilahirkan di Kampung Masjid, Melaka.

Mempunyai pergaulan luas dengan pegawai dan paderi Inggeris dan mempengaruhi pemikiran dan penulisannya

Menghasilkan 5 buah karya seperti Syair Singapura Terbakar (1830), Kisah Pelayaran Abdullah (1838), Hikayat Abdullah (1849), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854) dan Dewa-ul-Kulub (1883)

Page 9: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

MUNSYI ABDULLAH BIN ABDUL KADIRMembina dan menggunakan kosa

kata yang banyak bagi mengungkap perkara-perkara yang baharu akibat daripada pertembungan budaya Barat dan Timur.

Menghasilkan karya berdasarkan pengalaman yang dilalui atau pengamatannya terhadap sesuatu perkara.

Page 10: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

MUNSYI ABDULLAH BIN ABDUL KADIR Amat mengambil berat tentang persoalan

bahasa Melayu, menerusi Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Turut membincangkan persoalan kemiskinan orang Melayu, politik, pentadbiran dan keagamaan.

Page 11: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

RAJA ALI HAJI

• Dilahirkan di Penyengat, Riau (1809-1870)

• Memainkan peranan bagi meningkatkan Penyengat sebagai pusat kebudayaan Melayu dan pusat pengetahuan Islam.

• Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti agama, bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang.

Page 12: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Raja Ali Haji• Dua karya sejarah – Kitab Salasilah

Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-rajanya dan Tuhfatul-Nafis.

• Karya syair – Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama, Syair Abdul Muluk dan Syair Hukum Nikah.

Page 13: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

RAJA ALI HAJI• Bustanul Katibin Lissubyanil-Muta’alimi

(Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia) – dalam bentuk cap batu – mengandungi mukadimah, 31 fasal, dan khatimah – dibahagi kepada 2 bahagian.

• Kitab Pengetahuan Bahasa – terbahagi kpd 2 bahagian, tatabahasa dan kamus – dianggap sebagai ensiklopedia.

Page 14: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

MEJAR DATO’ HAJI MOHD. SAID BIN HAJI SULAIMAN

Merupakan tokoh persuratan Melayu Johor (1876 – 1953)

Karya bercorak sejarah – Hikayat Queen Victoria (1904/5), dan Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar (1908)

Page 15: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

MEJAR DATO’ HAJI MOHD. SAID BIN HAJI SULAIMAN

Sumbangan terbesar sebagai penunjang Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan)

Buku bahasa yang dihasilkan – Buku Katan PBmPB Dirja Johor (1936), Jalan Bahasa Melayu (1937), Buku Ketetapan Hejaan Melayu (1941).

Page 16: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

MEJAR DATO’ HAJI MOHD. SAID BIN HAJI SULAIMAN

Karya sastera – Syair Alam dan Bangsa Melayu (1935), Syair Keadaan Tuhan dan Manusia Dunia dan Akhirat Juga (1935), Syair Panduan Perkahwinan (1936).

Dianugerahkan bintang kebesaran Seri Mahkota Johor, dan Seri Paduka Mahkota Johor.

Page 17: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)

Tokoh bahasa tahun 1920-an dilahirkan di Batu Kikir, N9. (1895-1973)

Menggunakan 4 nama samaran Anak Melayu Jati, Patriot, Zai Penjelmaan dan Za’ba.

Sumbangan paling menonjol dalam bidang kebahasaan khususnya aspek tatabahasa bahasa Melayu.

Buku penting – Pelita Bahasa Melayu (Penggal I-1940, Penggal 2-1946, Penggal 3-1949) – menjadi rujukan utama

Page 18: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)

Buku lain – Rahsia Ejann Jawi (1930), Ilmu Mengarang Melayu (1934), dan Daftar Ejaan Melayu (1941)

Terlibat secara langsung sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang, MPSI (1924-1939)

Dianugerahkan gelaran Pendeta ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru.

Page 19: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1
Page 20: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Pada peringkat awal pemerintahan Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat. Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat.

Page 21: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

TOKOH BARATR.O Winsted, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, O.T Dusek, W.G Shellabear, J. Crawford, A.M Skinner

Page 22: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

- Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan bahasa rasmi.

Page 23: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

William Marsden (1875-1836)Pegawai Syarikat Hindia Timur yang berkhidmat di Sumatera. Karya beliau termasuklah

A Dictionary Of Malayan Languange

A Grammar Of Malayan Languange

Page 24: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

R.O Winsted (1878-1966)Pegawai pemerintah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura. Karya beliau termasuklah:

The Malay Grammar (1914)A Practikal Modern malay-English Dictionary

An Unabbridged English Dictionary

Page 25: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

R.J Wilkinson (1867-1941)Malay-English Dictionary (1901)An Bridge Malay English- Dictionary(1914)

A malay History Of Riau And Johor

Page 26: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

W. G ShellabearCatalogue Of Dictionaries, Vocabolaries, Grammars and Alphabets

Grammar and Dictionaary Of Malay Languange

Travels Of Marcopolo

Page 27: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

DAN INSTITUSI

Page 28: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (PBmPB)

Salah sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum merdeka yang ditubuhkan di Johor Bharu, 1888.

Pengasasnya Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman.

Tujuan utama ditubuhkan utk mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu dan mewujudkan perpustakaan.

Page 29: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Matlamat PBmPB adalah untuk i. memelihara, memperlengkap dan

mempermoden dan memelihara tulisan jawi.ii. Menstandarkan ejaan dan perkataaniii. Mencipta perkataan baharuiv. Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikaniv. Mengedarkan Peredar atau jurnal enam bulan sekaliv. mengadakan perpustakaan.

Kegiatan utama ialah menghasilkan buku, membentuk istilah dan menganjurkan ceramah-ceramah bahasa.

Page 30: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA

Dikenali dengan nama PASPAM,

ditubuhkan pada 7 April 1934, atas

usaha Mohd. Al-Khatib (pengarang

Saudara) dan Ariffin Ishak.

Page 31: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYATujuan PASPAM adalah untuk i. mendirikan suatu roh perhubungan

berkenalan dan pergaulan serta mempererat perserikatan sahabat sesama ahli.

ii. Hendak memperluas sekalian ahlinya bagi mengarang keoada baca-membaca dan menggalakkan karang-mengarang di dalam bahasa dan buku-buku Melayu dan

iii. Mendirikan satu kutub khanah

Page 32: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA

Membentuk Lembaga Bahasa, kegiatannya i. mengeluarkan buku-buku adat Melayu ii. Membeli karangan-karangan daripada

ahli- ahli PASPAM iii. Mengatur tarikh-tarikh negeri Melayu iv. Mengeluarkan kamus Melayu v. mengadakan peraduan karang-mengarang vi. Mengeluarkan buku tahunan PASPAM

Page 33: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA

vii. Menentukan suatu ejaan yang tetap bagi ahli-ahli PASPAMviii. Mereka perkataan Melayu baharu daripada perkataan Inggeris

Menimbulkan kesedaran tentang ptgnya bergerak secara kolektif bagi memajukan bahasa dan persuratan Melayu

Page 34: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PEJABAT KARANG MENGARANG

Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada tahun 1924 – tonggak utama Za’ba, R.O Winstedt, O.T Dussek

Tujuan penubuhani. mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayuii. Mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat Melayuiii. Menerbitkan jurnal bergambariv. Mengadakan perpustakaan bergerak ke kampung-kampung

Page 35: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Pejabat karang Mengarang Menghasilkan “Siri Buku Teks Sekolah”, dan

“The Malay Home Library Series” Antara buku yang diterbitkan Ilmu Mengarang

Melayu, Pelita Bahasa Melayu, Pelita Mengarang, dan Daftar Ejaan Melayu.

Sebuah institusi penting dalam usaha mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu dan membantu meningkatkan kemajuan pendidikan sekolah Melayu.

Setelah dibubdarkan, diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 36: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

ANGKATAN SASTERAWAN 50

Dikenali ASAS 50, ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950.

Tokoh penting ialah Mohd. Arif Ahmad (MAS), Hamzah, Rosmera, Jymy Asmara, Masuri S.N, Keris Mas, dan Asraf.

Matlamat utama penubuhani. Memperluas dan meningkatkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.ii. Melindungi hak-hak ahli dan para pengarangiii. Mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh yang lama.

Page 37: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Angkatan Sasterawan 50Tumpuan utama adalah memperjuangkan

status politik bahasa dan memodenkan bahasaMelahirkan Kongres Bahasa dan Persuratan –

menubuhkan Balai Pustaka dan diubah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merupakan persatuan yang memperjuangkan politik bahasa agar bahasa Melayu dijadikan bahasa yang penting dalam sebuah negara yang merdeka.

Page 38: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1
Page 39: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA

Pelbagai usaha dijalankan bagi memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu dengan taraf perkembangan dan kemajuan masyarakat penuturnya.

Perancangan Bahasa – usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju.

Perancangan bahasa dilakukan di peringkat negara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 40: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran.

Mula ditubuhkan disebut sebagai Balai Pustaka

1959 – Ordinan DBP diluluskan oleh Parlimen dan DBP dinaikkan tarafnya menjadi sebuah badan berkanun.

Page 41: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Matlamat DBP

i. Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaanii. Memajukan bakat kesusasteraaniii. Mencetak dan menerbit atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah, dan bentuk persuratan lainiv. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah sesuaiv. Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan

Page 42: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Matlamat DBP

Melaksanakan banyak kegiatan kebahasaan – memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – mengadakan kempen bahasa

1960 – Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan pada setiap tahun di seluruh negara selama tujuh tahun – bertujuan membina keyakinan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Page 43: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Matlamat DBPTurut mencipta istilah baharu, menyediakan kamus, buku teks, majalah, risalah dan mengusahakan sistem ejaan baharu bersama Indonesia.

Page 44: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERANCANGAN BM MODEN1. Bahasa Kebangsaan- Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.

- Di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum, di mana setiap kaum mempunyai bahasa ibundanya sendiri, bahasa kebangsaan sangat penting sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum tersebut.

Page 45: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Bahasa KebangsaanPemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan kerana bahasa Melayu olah bangsa Melayu yang mewakili bangsa teramai. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman dahulu lagi.

- Oleh itu pada tahun 1969, bahasa Melayu telah dipilih secara rasminya sebagai bahasa kebangsaan Negara Malaysia.

Page 46: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERANCANGAN BM MODEN- Bahasa rasmi Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan

dalam semua urusan rasmi pegawai-pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi.

- Semua urusan rasmi kerajaan termasuk surat-menyurat, papan-papan tanda, boring-borang rasmi, penyimpanan rekod hendaklah menggunakan bahasa Melayu.

Page 47: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

- Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu juga digunakan oleh semua pemimpin Negara semasa berurusan dengan rakyat.

Page 48: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERANCANGAN BM MODENc. Bahasa Ilmu (pengantar)- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 pada tahun 1981.

- Pada tahun 1983, semua kursus di tahun pertama universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Page 49: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

Dasar Pelajaran Kebangsaan (1963/67) melalui Laporan Razak (1956) DAN Laporan Abdul Rahman Talib (1960) memperakui bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam semua sistem pendidikan negara.

Page 50: BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1

PERANCANGAN BAHASA MELAYU

- Disebut sebagai pembinaan dan pengembangan bahasa

- Dikembangkan dari dua segia) Perancangan Taraf Bahasab) Perancangan Korpus Bahasa