bahasa melayu moden (2)

54
BAHASA MELAYU MODEN Disediakan oleh: 1. Lalla Hasna Binti Mohamed Idris 2. Saayah Binti Bakarim

Upload: eda-saayah-bakarim

Post on 17-Jun-2015

3.922 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa melayu moden (2)

BAHASA MELAYU MODEN

Disediakan oleh:1. Lalla Hasna Binti

Mohamed Idris2. Saayah Binti Bakarim

Page 2: Bahasa melayu moden (2)

4.1 Konsep Bahasa Melayu Moden

1. Perkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke- 19 hasil karangan Abdullah Munsyi.

2. Namun, ada pengkaji berpendapat pada zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden. Menurut mereka zaman ini sebenarnya bermula pada awal abad ke-20.

3. Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada (1957).

4. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia .

Page 3: Bahasa melayu moden (2)

Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa kebang

saan

Bahasa

perhubunga

n umum

Bahasa

pengantar

Bahasa

ilmiah di

sekolah &

institusi

pengajian

tinggi

Bahasa

rasmi

Bahasa

pentadbiran

Page 4: Bahasa melayu moden (2)

Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dan Bahasa Melayu

ModenBahasa Melayu Klasik

Tiada perancangan bahasa

Banyak dipengaruhi bahasa Arab

Menggunakan laras bahasa sastera lama

Banyak menggunakan ayat songsang & pasif

Banyak memanfaatkan bahasa istana/bahasa dalam

Page 5: Bahasa melayu moden (2)

4.2 TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu Moden Pramerdeka

Page 6: Bahasa melayu moden (2)

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi & berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusateraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam .

Pada awal pemerintahan British, bahasa Melayu masih digunakan dalam urusan rasmi jabatan-jabatan kerajaaan. Pegawai British yang bertugas di negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu & lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu.

Hasilnya, muncullah sarjana-sarjana bahasa Melayu ; R.O Winstedt, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, O.T Dussek, W.G Shellabear, J.Crawfurd, dan A.M Skinner.

Page 7: Bahasa melayu moden (2)

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Kononnya, Bahasa Inggeris lebih tinggi nilai ekonomi & statusnya berbanding bahasa Melayu.

Namun, perjuangan & pengembangan bahasa Melayu terus dipelopori cendekiawan berpendidikan Melayu dan Arab yang terdiri daripada wartawan, sasterawan, budayaman, guru-guru, dan ahli politik Melayu.

Pertubuhan-pertubuhan bahasa Melayu turut ditubuhkan. Sebagai contoh; Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa, Pejabat Karang Mengarang, PASPAM, dan ASAS 50.

Page 8: Bahasa melayu moden (2)

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ASING

TERHADAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

MODEN ERA PRAMERDEKA

Page 9: Bahasa melayu moden (2)
Page 10: Bahasa melayu moden (2)

WILLIAM MARSDEN (1754-1836)

Nama penuh beliau ialah William Marsden Dilahirkan pada 16 November 1754 di Verval,

Ireland. Berkhidmat di Sumatera Barat sehingga tahun

1779 dan mendalami peengetahuan dalam bahasa Melayu semasa berkhidmat di Sumatera.

Cacatan Hikayat Abdullah menyatakan bahawa beliau mempelajari bahasa Melayu daripada Syeikh Abdul Kadir.

Dengan adanya pengetahuan dalam bahasa Melayu dan sentiasa bergaul dengan penduduk tempatan beliau dapat mengumpul maklumat, kosa kata, dan data untuk menghasilkan karya tentang bahasa Melayu dan sejarah Sumatera.

Page 11: Bahasa melayu moden (2)

Tahun 1783, beliau menghasilkan buku yang bertajuk History of Sumatera. Buku tersebut mengandungi maklumat tentang adat istiadat dan cara hidup penduduk tempatan,serta sejarah perjuangan rakyat Aceh menentang kerajaan Portugis di Melaka.

W. Marsden merupakan orang pertama yang menemukan dan menyenaraikan kosa kata bahasa-bahasa dari Madagaskar di Lautan Hindi hingga Marquesas di Lautan Pasifik.

Beliau menyatakan bahawa induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah Austronesia kerana terdapat kekerabatan antara bahasa tersebut.

Menurut W. Marsden, bahasa Austronesia tersebar ke bahagian pesisir pantai timur(Lautan Pasifik), pantai barat(Lautan Hindi), dan selatan Asia(kawasan Nusantara).

Page 12: Bahasa melayu moden (2)

Beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu termasuk dalam keluarga bahasa Nusantara, iaitu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia,dan polinesia dengan induknya bahasa Austronesia.

Tahun 1812, beliau menerbitkan dua buah buku berkaitan bahasa Melayu iaitu A Grammar of The Malayan Language dan A Dictionary of The Malayan Language.

Kamus A Dictionary of The Malayan Language terbahagi kepada 2 bahagian iaitu perkataan-perkataan Melayu-Inggeris dan perkataan-perkataan Inggeris-Melayu.

Kesimpulannya, W. Marsden merupakan serjana Inggeris yang banyak melakukan penyelidikan terhadap bahasa. Karya-karya beliau banyak memberikan sumbangan yang sangat bernilai dalam proses pembakuan bahasa Melayu.

Page 13: Bahasa melayu moden (2)
Page 14: Bahasa melayu moden (2)

R.J.WILKINSON(1867-1941) Nama penuh beliau ialah Richard James Wilkinson. Beliau dilahirkan di Salonika, Greece pada tahun 1867. R.J. Wilkinson lulus dalam Indian Civil Service dengan

kelulusan dan kebolehan dalam bahasa Melayu dan dialek Hokkien.

Pada tahun 1889 beliau mencadangkan penubuhan Maktab Melayu Melaka bertujuan melahirkan guru-guru Melayu terlatih serta memperbaiki kualiti guru-guru yang dilatih.

Sumbangan terpenting beliau dalam perkembangan bahasa Melayu ialah, beliau telah menyusun sebuah kamus yang terkenal iaitu Malay-English Dictionary pada tahun 1901 yang tersusun dalam 2 jilid.

Beliau telah mengkaji erti setiap kosa kata dalam bahasa Melayu daripada orang Melayu sendiri.

R.J.Wilkinson telah melakukan transliterasi daripada huruf Arab kepada huruf Rumi.

Page 15: Bahasa melayu moden (2)

R.J. Wilkinson merupakan orang pertama yang mengalihkan huruf Arab ke Rumi.

Selain bidang perkamusan, beliau turut memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

Tahun 1904, satu jawatankuasa ditubuhkan oleh Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Melaka Bersekutu untuk mengkaji dan membentuk suatu sistem ejaan Rumi.

Beliau telah dilantik untuk mengetuai jawantankuasa tersebut. Jawatankuasa ini akhirnya menghasilkan satu sistem ejaan Rumi yang dikenali sebagai “Sistem Ejaan Wilkinson”.

R.J.Wilkinson juga telah mengumpul dan menerbitkan sebilangan besar cerita klasik Melayu untuk kegunaan penuntut-penuntut sekolah.

Beliau banyak memberikan sunbangan dalam bidang pendidikan,bahasa dan kesusasteran Melayu di negara ini.

Page 16: Bahasa melayu moden (2)
Page 17: Bahasa melayu moden (2)

R.O.WINSTEDT(1878-1966)

Nama penuh beliau ialah Richard Olaf Winstedt & dilahirkan di Oxford.

Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford dan memperoleh Master of Arts. Menerima Doctor of Letters pada 1920.

Pada tahun 1902, beliau datang ke Tanah Melayu untuk menajadi nazir sekolah-sekolah di Perak.

Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu bersekutu pada tahun 1916.

Page 18: Bahasa melayu moden (2)

Beliau bersara pada tahun 1935 dan pulang ke London. Di London, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di

Universiti London. Beliau dilantik sebagai reader dan akhirnya sebagai Honorary Fellow dalam bidang Melayu di School of Oriental and African Studies.

Pada tahun 1946, beliau bersara daripada perkhidmatan pendidikan aktif.

Sumbangan dalam bidang bahasa: Beliau telah menghasilkan 2 buah kamus iaitu A Practical

Modern Malay-English Dictionary(1952) dan An Unabridged English Dictionary(1958). Beliau juga menghasilkan kamus yang berjudul Dictionary of Colloquial Malay.

R.O.Winstedt turut menyusun tatabahasa Melayu berdasarkan 2 buah buku iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah. Berdasarkan 2 buah buku tersebut beliau menghasilkan karya tatabahasa yang berjudul Malay Grammar yang diterbitkan pada tahun 1914.

Page 19: Bahasa melayu moden (2)

Dalam bidang kesusteraan: R.O.Winstedt menghasilkan A History of Classical Malay

Literature dan menyunting Hikayat Bayan Budiman,Misa Melayu dan Hiakayat Anggun Cik Tunggal.

Karya-karya popular yang lain ialah The Malay Magician, A Simple Malay Reader, Malay Proverbs, The Malays: A Cultural History serta karya-karya yang berkaitan dengan sejarah separti History of Malaya,History of Riau and Johore, History of Perak dan sebagainya.

Dalam bidang pendidikan: Semasa beliau menjadi Penolong Pengarah Pelajaran

Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beliau ditugaskan untuk meneliti & membuat kaji selidik tentang pendidikan vernakular dan menyediakan satu laporan bagi perkembangan pendidikan Melayu.

Page 20: Bahasa melayu moden (2)

Pada tahun 1922, bertitik tolak daripada laporan tersebut, akhirnya Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim telah ditubuhkan.

Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan mendorong beliau menghasilkan 2 buah buku yang berkaitan dengan pendidikan iaitu Education in Malay pada tahun 1923 dan The Educational System in Malaya pada tahun 1931.

Page 21: Bahasa melayu moden (2)
Page 22: Bahasa melayu moden (2)

O.T.DUSSEK Nama penuh beliau ialah Oman Theodore

Dussek dan berketurunan Jerman. Dilahirkan di Surrey, England pada 16

November 1886. Sebaik tamat pengajian di Eastbourne College,

University of London, beliau ditugaskan sebagai guru di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1912.

Dilantik sebagai pengetua di Maktab Latihan Melayu Melaka pada tahun 1914.

Tahun 1923, dilantik sebagai Penolong Pengarah Pelajaran (Melayu) di samping memegang jawatan sebagai pengetua di Sultan Idris Training College(SITC-kini dikenali sebagai UPSI)

Page 23: Bahasa melayu moden (2)

Semasa bertugas di Maktab Latihan Melayu Melaka, beliau telah menyedari masalah kekurangan bahan bacaan ilmu dalam bahasa Melayu.

Beliau berusaha untuk memajukan pendidikan di sekolah Melayu serta meningkatkan pelbagai bidang ilmu dalam bahasa Melayu melalui Pejabat Karang Mengarang.

Pejabat Karang Mengarang telah menerbitkan buku-buku rujukan untuk sekolah Melayu khususnya serta masyarakat Melayu amnya untuk mengatasi masalah tersebut.

O.T. Dussek sentiasa menggalakkan guru dan golongan penulis agar menghasilkan karya dalam bahasa Melayu kerana beliau sendiri mengambil daya usaha menghasilkan karya sama ada dalam bentuk karya asli atau karya terjemahan.

Page 24: Bahasa melayu moden (2)

Antara buku yang dihasilkan oleh beliau:

- Kitab Pelita Mengarang (1923) yang ditulis bersama-sama Muhammad Hashim Haji Talib, Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2 (1926), Practical Modern Malay:An Introduction to The Colloquial Language Graduated Malay Reader(1949) dan Hujungan Kitab Hisab 2(1952)

Karya-karya terjemahan beliau yang paling penting:

- Macbeth (karya William Shakespeare) yang terbit pada tahun 1943 dan Topeng Hitam pada tahun 1934. Karya-karya tersebut diterjemah dengan kerjasama Mohammad Said Haji Hussein.

Page 25: Bahasa melayu moden (2)
Page 26: Bahasa melayu moden (2)

ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI(1796-1854)

Lebih dikenali dengan nama Abdullah Munsyi.

Dilahirkan di Kampung Masjid, Melaka pada tahun 1796.

Mendapat gelaran Munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajarkan pendidikan agama Islam kepada askar-askar Melayu di Melaka.

Karya-karya beliau memperlihat pembaharuan dari segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu moden.

Page 27: Bahasa melayu moden (2)

Pergaulan yang luas dengan pegawai dan Inggeris, pemikiran beliau telah banyak dipengaruhi oleh bangsa Inggeris.

Berbeza dengan karya-karya sebelumnya, beliau tidak lagi menulis hal-hal berkaitan dengan alam khayalan, sebaliknya menghasilkan karya berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang dilaluinya.

Beliau menggunakan gaya bahasa yang tersendiri iaitu menggunakan bahasa perbualan sehari-hari dan mudah difahami tetapi masih terpengaruh oleh bahasa Melayu klasik.

Karya-karya beliau yang terkenal ialah Syair Singapura Terbakar(1830), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan(1838), Hikayat Abdullah(1849), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah(1854), dan Dewa-ul-Kulub(1883). Turut menterjemahkan Hikayat kalilah dan Daminah dari bahasa Tamil serta menerbit Sejarah Melayu.

Page 28: Bahasa melayu moden (2)
Page 29: Bahasa melayu moden (2)

RAJA ALI HAJI (1809-1870)

Nama penuh beliau ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dan berketurunan bangsawan Bugis.

Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat iaitu sebuah pulau di Riau pada ketika itu menjadi pusat kebudayaan & ilmu pengetahuan Islam di Kepulauan Melayu.

Karya bahasa beliau yang penting ialah Bustanul Katibin Lissubyanil-muta’alimin yang mempunyai 2 bahagian:a) penulisan tentang bahasa Melayub)tatabahasa Arab

Beliau cuba menerapkan sistem bahasa Arab dalam struktur ayat bahasa Melayu.

Page 30: Bahasa melayu moden (2)

Kitab Pengetahuan Bahasa tergolong dalam kategori kamus walaupun dalam erti yang sebenar bukan sebuah kamus. Terbahagi kepada 2 bahagian: a)tatabahasa

b)kamus Walaupun karya ini mempunyai

beberapa kelemahan , tetapi karya ini penting dan merupakan usaha pertama orang Melayu menyusun kamus.

Beliau dianggap sebagai tokoh bahasa yang penting kerana karya-karya beliau meletakkan asas pembinaan & pembakuan bahasa Melayu.

Beliau juga diaggap sebagai pencatat sejarah Nusantara yang pertama.

Page 31: Bahasa melayu moden (2)

2 buah kitab sejarah penting yang dihasilkan ialah:

a)Kitab Salasilah Melayub)Bugis dan Tuhfat al-Nafis

Sumbangan beliau dalam bidang kesusteraan tertumpu kepada puisi, khususnya syair.

a) Syair Gurindam Dua Belasb) Syair Jatuhnya Negeri Johorc) Syair Taman Permatad) Syair Abdul Muluke) Syair Siti Sainahf) Syair Hukum Nikah

Page 32: Bahasa melayu moden (2)
Page 33: Bahasa melayu moden (2)

Mohd. Said Bin Haji Sulaiman (1876-1955)

Mejar Dato’ Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura dan merupakan tokoh persuratan Melayu Johor.

Sumbangan terpenting beliau ialah peranan beliau sebagai teraju penting dalam Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan).

Beliau turut menulis makalah-makalah untuk Malayan Branch of The Royal Asiatic Society. Contohnya Pelangi (1926).

Beliau menulis 16 buah buku dalam bidang bahasa, sastera, sejarah, agama dan bidang lain secara umum.

Page 34: Bahasa melayu moden (2)

Bidang bahasa: - Karya beliau meliputi bidang

perkamusan, ejaan, tatabahasa, dan penggunaan bahasa.

- Buku Katan PBmPB Diraja Johor, Jalan Bahasa Melayu, Penokok dan Penambah, Manual of the Malay Language.

Bidang sastera: - Syair Alam dan Bahasa Melayu, Syair

Keadaan Tuhan dan Manusia Dunia dan Akhirat Juga, Syair Panduan Perkahwinan, Berzanji Nathar dan Tahribnya, dan Begitu Dia.

Page 35: Bahasa melayu moden (2)

Bidang sejarah: - Hikayat Queen Victoria, Tawarikh England,

Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar, dan Tawarikh Almarhum Sultan Ibrahim.

Karya Lain: - Mohamedan Calendar, Pohon Agama,

Penamaan bagi Nabi Muhammad S.A.W, dan Riwayat Hidup Mejar Dato’ Mohd. Said bin Haji Sulaiman.

Anugerah: a) bintang kebesaran Seri Mahkota Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor. b) mendapat penghormatan tertinggi daripada D.Y.M.M Sultan Ibrahim dengan kurniaan “Kerabat Diraja.”

Page 36: Bahasa melayu moden (2)
Page 37: Bahasa melayu moden (2)

ZAINAL ABIDIN AHMAd (1895-1973)

Lebih dikenali sebagai Za’ba dilahirkan di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.Turut menggunakan nama samaran lain seperti Anak Melayu Jati, Patriot, dan Zai Penjelmaan.

Merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan yang amat menonjol dalam bidang tatabahasa.

Buku tatabahasa: - Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940),

Penggal Kedua (1946), dan Penggal Ketiga (1949).

Page 38: Bahasa melayu moden (2)

Karya lain: Kitab Ilmu Bahasa Melayu(1926), Kitab Rahsia

Ejaan Jawi(1929), Rahsia Ejaan Jawi(1931), Daftar Ejaan Melayu[Jawi-Rumi(1938), Ilmu Mengarang Melayu(1951) dan Petua-petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya.

Juga memberikan sumbangan menerusi jawatan yang dipegang iaitu:

a) Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris

b) Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 39: Bahasa melayu moden (2)

Sumbangan lain: a) memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya di Singapura b) berjuang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi negara. c) memainkan peranan penting dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anugerah: a) dianugerahi gelaran Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga(1956) b) Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya(1959) dan UKM(1973), c) dianugerahi darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 1962.

Page 40: Bahasa melayu moden (2)

Pertubuhan-pertubuhan Bahasa

Melayu Moden Zaman Pramerdeka

Page 41: Bahasa melayu moden (2)

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa PBmPB @ Pakatan

Ditubuhkan pada 1988 di Johor Bahru. Diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman

dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munshi. Merupakan suatu perhimpunan belajar-mengajar

dalam pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu seperti persoalan ejaan & perkataan.

Pada akhir abad ke-19, kegiatan Pakatan agak lembap kerana kurang mendapat sambutan & menghadapi masalah kewangan.

Pada 14 April 1935, pertubuhan ini diberi gelaran “Diraja” oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Nama peryubuhan ini ditukar Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD).

Page 42: Bahasa melayu moden (2)

Tujuan PBmPBD: memelihara, memperlengkap, dan

memodenkan bahasa Melayua) menyeragamkan ejaanb) mencipta perkataan baharuc) menyediakan daftar kata (gugus kata)d) memelihara ejaan Jawi

Selepas dihidupkan semula, keanggotaannya melebihi 200 orang. Kegiatan utama: - menerbitkan buku - membentuk istilah - mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincangan

Page 43: Bahasa melayu moden (2)

Mohd. Said Sulaiman menjadi toggak utama pada masa tersebut. Beliau banyak menyumbang makalah dalam jurnal PBmPBD, disamping menghasilkan buku-buku untuk diterbitkan.

Antara tahun 1935-1947, pertubuhan ini berjaya menerbitkan 34 buah buku. 16 daripadanya adalah tentang ilmu bahasa Melayu iaitu: - bidang perkamusan, tatabahasa, ejaan, dan daftar kata.

Selebinya ialah buku-buku yang berkaitan sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan, dan maklumat tentang PBmPBD.

Page 44: Bahasa melayu moden (2)

Pertubuhan ini juga mengubah istilah seperti:

- jurucakap- setiausaha- kerja raya- jadual waktu

PBmPB melarang anggotanya menyebut @ mengeja sesuatu perkataan selain daripada yang ditetapkan.

Page 45: Bahasa melayu moden (2)

Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)

Pertubuhan ini bermula dengan ruangan “Sahabat Pena” dalam ahkbar Saudara pada tahun 1934.

Setelah ruangan ini tersebar ke ke seluruh Tanah Melayu, Syed Syeikh Ahmad Al – Hadi mengembang aktiviti Sahabat Pena dengan menubuhkan Persekutuan Pena menjadi Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM).

Tujuan pertubuhan:- mengeratkan hubungan

persaudaraan antara pencinta bahasa Melayu

- menggalakkan penulisan dan pembacaan buku- buku bahasa Melayu

Page 46: Bahasa melayu moden (2)

Pada 11 November 1934, PASPAM berjaya menganjurkan persidangan orang Melayu di seluruh TM.

Persidangan tersebut diadakan di Taiping, Perak. Persidangan ini penting untuk menimbulkan kesedaran persaudaraan dalam kalangan orang Melayu menerusi bidang persuratan.

PASPAM menubuhkan Lembaga Bahasa pada tahun 1938 untuk mengkhususkan kegiatan dalam bidang bahasa & persuratan seperti:

- menerbitkan buku & kamus Melayu, membeli karangan daripada ahli2 PASPAM, mengadakan peraduan karang-mengarang, dan menggubal perkataan Melayu daripada bahasa Inggeris

Page 47: Bahasa melayu moden (2)

Pejabat Karang Mengarang Pertubuhan ini ditubuhkan di Maktab Pergurauan

Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1942. Pengasasnya ialah pengetua maktab tersebut iaitu O. T Dussek dan Za’ba.

Za’ba dilantik sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang. R. O Winstedt dan O.T Dussek menjadi penasihat.

Tujuan pertubuhan untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan sekolah-sekolah Melayu khususnya masyarakat Malayu.

Kegiatannya meliputi penerbitan buku-buku sekolah Melayu & bahan bacaan untuk masyarakat Melayu.

Page 48: Bahasa melayu moden (2)

Antara tahun 1924-1957, pertubuhan ini berjaya menerbitkan 85 buah buku untuk bacaan sekolah di bawah Malay School Series.

Buku-buku teks yang diterbitkan terdiri daripada perbagai bidang seperti: - Penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, ilmu hisab, ilmu alam, dan kesihatan.

Buku penting yang diterbitkan:a) Pelita bahasa Melayub) Ilmu Mengarangc) Daftar Ejaan Melayu

Page 49: Bahasa melayu moden (2)

Di bawah The Malay Home Library Series pula sebanyak 64 buah buku untuk bacaan umum diterbitkan antara tahun 1929-1957.

Kebanyakannya merupakan karya terjamahan daripada bahasa Inggeris seperti: a) Sang Maharaja Singa b) Hikayat Taman Ajaib c) Ali Baba dengan 40 penyamun d) Julius Ceasar

Sumbangan pertubuhan: - membina asas pengatahuan bahasa Melayu & ilmu karang mengarang dalam kalangan orang Melayu. - meyumbang perkembangan bahasa & persuratan Melayu. - memajukan pendidikan orang Melayu.

Page 50: Bahasa melayu moden (2)

Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50)

ASAS 50 merupakan pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa.

Persatuan ini dibentuk satu angkatan penulis generasi muda (Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Ismail, Masuri S. N. Asraf, dll).

Tujuannya untuk mengembangkan bahasa & kesusteraan Melayu serta memajukan pendidikan orang Melayu.

Perjuangannya tertumpu kepada pembaharuan dalam sastera dengan slogan “Seni untuk Masyarakat” dan status politik bahasa iaitu perjuangan bahasa & politik berjalan serantak.

Page 51: Bahasa melayu moden (2)

ASAS 50 menghimpunkan persatuan bahasa, sastera, budaya sehingga berjaya menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan .

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956), ASAS 50 mencadangkan: a) penubuhan Balai Pustaka kini Dewan Bahasa dan Pustaka) b) penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia c) bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah

Page 52: Bahasa melayu moden (2)

ASAS 50 juga mencadangkan bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan.

Peranan ASAS 50 dalam perkembangan bahasa Melayu: - aspek ejaan dan peristilahan hingga mengangkat taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sumbangannya dalam bidang bahasa dan persuratan amat penting ketika negara kita menuju kemerdekaan.

Page 53: Bahasa melayu moden (2)

Peranan Akhbar dan Majalah

Sebelum kemerdekaan, pertubuhan persuratkhabaran Melayu di TM begitu pesat.

Hal ini banyak dipengaruhi perkembangan pendidikan bahasa Melayu serta perkembangan alat cetak.

Sejarah persuratkhabaran Melayu bermula pada tahun 1876 apabila akhbar pertama iaitu Jawi Peranakan diterbitkan.

Selepas kemunculannya, bilangan akhbar dan majalah berbahasa Melayu terus bertambah sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.

Page 54: Bahasa melayu moden (2)

Antara tahun 1876-1941, sebanyak 147 akhbar dan majalah bahasa Melayu telah diterbitkan.

Akhbar dan majalah yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua: - Pengasuh, Al-Iman, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Warta Jenaka, Utusan Melayu, Majalah Guru, dan Panduan Guru.

Kewujudan akhbar dan majalah ini membolehkan karya berbahasa Melayu disalurkan kepada masyarakat Melayu serta mengembangkan bahasa Melayu moden pada zaman pramerdeka.