citra islam dalam pembentukan manusia melayu moden di malaysia

28
CITRA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN MANUSIA MELAYU MODEN DI MALAYSIA : SUATU ANALISA. Pada dasarnya, kajian ini akan menumpukan perhatian terhadap peranan Islam dalam pembentukan manusia Melayu- Islam moden di Malaysia, yang bakal diperincikan dari pelbagai perspektif khusus membabitkan manusia Melayu era pasca merdeka. Ianya dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian penting, antaranya; (1) Pengenalan. (2) Peranan Islam dalam pembentukan manusia Melayu-Islam moden; (i) Islam dan jati diri keagamaan manusia Melayu moden. (ii) Islam dan kesedaran politik Melayu moden. (iii) Islam dan pembentukan golongan intelektual Melayu moden. (3) Kesimpulan. oleh, Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Noor Azam Abdul Rahman & Mohd Faizal Malik Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur. Telepon : 03-79676080/ 012-3192177. Email : [email protected] Email : [email protected] 1

Upload: muhammad-syahir

Post on 22-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ctt

TRANSCRIPT

CITRA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN MANUSIA MELAYU MODEN DI MALAYSIA : SUATU ANALISA

PAGE 1

CITRA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN MANUSIA MELAYU MODEN DI MALAYSIA : SUATU ANALISA.

Pada dasarnya, kajian ini akan menumpukan perhatian terhadap peranan Islam dalam pembentukan manusia Melayu-Islam moden di Malaysia, yang bakal diperincikan dari pelbagai perspektif khusus membabitkan manusia Melayu era pasca merdeka. Ianya dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian penting, antaranya;

(1) Pengenalan.

(2) Peranan Islam dalam pembentukan manusia Melayu-Islam moden;

(i) Islam dan jati diri keagamaan manusia Melayu moden.

(ii) Islam dan kesedaran politik Melayu moden.

(iii) Islam dan pembentukan golongan intelektual Melayu moden.

(3) Kesimpulan.

oleh,

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim,

Noor Azam Abdul Rahman & Mohd Faizal Malik

Jabatan Fiqh dan Usul,

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur.

Telepon : 03-79676080/ 012-3192177.

Email : [email protected] :[email protected]

CITRA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN MANUSIA MELAYU MODEN DI MALAYSIA : SUATU ANALISA.

Pengenalan.

Dalam lipatan sejarah Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa status kemerdekaan yang diperolehi oleh negara Malaysia tidak memberikan sifat mandiri yang sejati dan boleh dibanggakan oleh manusia Melayu. Dalam banyak hal, khususnya dalam soal bentuk pemerintahan sebuah negara bangsa, sifat dan paradigma pemikiran manusia Melayu masih lagi kekal mengikut paradigma warisan penjajah British, yang dilihat berpunca dari proses penjajahan pemikiran yang telah berjalan selama lebih daripada 450 tahun.

Namun begitu, keadaan ini telah mula berubah berpunca dari pelbagai faktor yang muncul di zaman pasca merdeka, seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan yang terpenting sekali adalah fenomena kebangkitan semula Islam era 1970an. Atas dasar tersebut kertas kerja ini akan cuba melihat bagaimana faktor kebangkitan semula Islam telah menjadi faktor terpenting yang membentuk manusia Melayu moden.

Peranan Islam dalam pembentukan manusia Melayu-Islam moden(i) Islam dan jati diri keagamaan manusia Melayu moden.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah barat, masyarakat alam Melayu (Nusantara) telah pun mempunyai tamadun material dan intelektual yang tinggi dan cemerlang. Akan tetapi kecemerlangan dan ketinggian ini sebelum kedatangan Islam tidak mempunyai asas perpaduan dan jati diri yang membezakannya dengan rumpun bangsa yang lain. Kemudiannya dengan kedatangan Islam ke rantau ini, rumpun Melayu telah menemui asas jati diri yang sebenar iaitu agama Islam yang kekal sehingga sekarang. Penetapan asas jati diri Islam ini telah diakui oleh kalangan akademia yang membahagikan ras bangsa masyarakat dunia kepada lima jenis; Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam), Mongolian (kulit kuning), Red Indian (kulit merah) dan Melayu Polinensia (kulit sawo matang). Dalam kerangka pembahagian ini ras Melayu telah digunakan dengan merujuk kepada tiga elemen utama, iaitu pertama, beragama Islam, kedua, mendiami kawasan Nusantara yang merangkumi Gugusan Kepulauan Melayu, Polinensia dan Madagaskar dan ketiganya, mengamalkan sosio budaya dan menggunakan bahasa Melayu.

Punca utama yang menyebabkan masyarakat Melayu memilih Islam sebagai asas untuk jati diri kemelayuan (Malayness) telah dilihat oleh kebanyakan sarjana moden antara lainnya adalah kerana kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam itu sendiri yang boleh dijelaskan dengan beberapa penerangan;

(1) Ajaran Islam amat bersesuaian dengan psikologi dan mentaliti masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup yang lemah lembut dan bersifat alami (menghormati keharmonian alam).

(2) Sifat ajaran Islam yang mudah difahami, rasional dan sesuai dengan fitrah manusiawi berbanding dengan agama lain.

(3) Cakupan agama Islam tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi merangkumi kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas persaudaraan (ukhuwwah). Asas persaudaraan ini juga tidak menerima segala bentuk pembahagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi Allah.

Pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata telah menguntungkan masyarakat Melayu kerana seperti mana berlaku kepada masyarakat Arab, Islam juga telah mengangkat martabat tamadun Melayu ke peringkat antarabangsa. Proses ini antara lainnya telah menimbulkan semangat perpaduan (internationalism) di kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, Ummah dan ukhuwwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi.

Dengan konsep jati diri ini umat Melayu berasa berbangga menganut Islam yang menjadikan mereka sebahagian daripada serangkaian ummah Islam, seperti mana halnya golongan Arab yang dipandang mulia oleh masyarakat Melayu. Faktor inilah juga yang menyebabkan di dalam sejarah alam Melayu kerap berlaku penentangan umat Melayu terhadap kuasa penjajah barat yang dianggap sebagai kuasa kafir dan hal ini telah diakui sendiri oleh mubaligh Kristian yang mengatakan bahawa orang Melayu sebagai golongan yang kuat berpegang kepada agama Islam. Apa yang jelasnya, sifat kemelayuan yang begitu sebati dengan Islam ini telah mengakibatkan sebarang serangan yang dibuat terhadap Islam akan dianggap seperti serangan yang dibuat terhadap asas kebudayaan Melayu.

Seterusnya, atas dasar ukhuwwah dan ummah Islam ini semua umat Melayu yang mendiami rantau alam Melayu telah berjaya disatukan dan menjalin hubungan yang erat sesama penganut Islam. Dalam soal ini, kita boleh melihat dua bentuk jalinan yang telah ditimbulkan oleh Islam. Iaitu :-

Pertama, hubungan intelektual yang mementingkan ilmu pengetahuan berasaskan pemupukan budaya ilmu yang sejati. Hubungan intelektual ini telah dijalinkan terutamanya yang bersangkutan dengan keperluan kepada tenaga-tenaga ulama untuk membantu usaha menyuburkan Islam di alam Melayu. Hal ini terbukti apabila setiap kawasan di alam Melayu mengamalkan sikap terbuka yang menerima kehadiran seseorang ulama luar dan kerap dilantik sebagai pakar rujuk untuk sesuatu institusi Islam. Begitu juga setiap kawasan saling bergantungan antara satu sama lain di dalam menentukan sesuatu pegangan keagamaan Islam. Sebagai contohnya, walaupun Sheikh Nuruddin al-Raniri berasal dari India, tetapi ia telah dilantik sebagai pakar rujuk utama untuk kerajaan Acheh. Begitu juga banyak persoalan agama yang rumit yang berlaku dalam kerajaan Melaka telah dirujuk secara rasmi kepada jemaah ulama di Acheh. Oleh sebab itu, dalam kerangka ini tidak hairanlah kalau ulama Patani dan kawasan lain telah diterima secara positif oleh masyarakat Tanah Melayu.

Kedua, hubungan politik dan diplomatik Islam antara kerajaan alam Melayu dengan kerajaan Islam dunia. Hubungan politik ini telah dilihat sebagai mampu memperkukuhkan keadaan politik dalaman sesebuah kerajaan Melayu Islam. Mana-mana musuh asing yang beragama selain Islam seperti Kristian dan Buddha yang bertindak menceroboh sesebuah wilayah umat Islam akan dianggap sebagai musuh dan kerap kali bantuan ketenteraan telah turut diberikan oleh kerajaan Islam alam Melayu yang lain.

Dalam soal ini peranan politik kesultanan Islam tempatan di alam Melayu amat besar sekali dilihat bukan setakat dari tindakan menjemput ulama Islam asing selaku penasihat untuk usaha pemerintahan negara, bahkan juga turut menjalin hubungan erat dengan pemerintah kota Mekah. Hubungan ini telah mendedahkan alam Melayu kepada masyarakat Islam di Timur Tengah yang kemudiannya secara langsung telah memesatkan lagi jalinan intelektual antara kedua kawasan ini.

Dalam perkembangan selepas merdeka, khususnya di dalam era 1970an, terdapat sekumpulan generasi muda Melayu yang boleh dikatakan sebagai nucleus utama kepada kebangkitan Islam yang mengkaji akar umbi kebanggaan masyarakat Melayu yang berpunca daripada faktur agama Islam. Hal ini boleh dilihat sebagai contohnya daripada usaha S.M.Naquid al-Attas yang menolak status bapa sastera Melayu moden yang sebelumnya dinisbahkan kepada Abdullah Munsyi, yang dikatakan terlalu mengagung kewibawaan pihak British, sehingga melupakan sumbangan yang pernah dimainkan oleh sarjana Melayu-Islam silam. Sebaliknya, beliau telah menegaskan peranan Hamzah Fansuri yang mengikutnya telah bertanggungjawab melakukan pemodenan intelektual Islam di kalangan masyarakat Alam Melayu.

Tindakan ini secara langsung telah berjaya menghakis tren yang melupakan sumbangan Islam kepada rantau Alam Melayu dan menganggap kuasa British sebagai penyelamat masyarakat Melayu, yang rata-rata secara kuat dipegang oleh serangkaian pemimpin masyarakat Melayu. Seperti ditegaskan oleh Ahmad Hussain, golongan yang mewakili Dominant tradition ini telah mula tercabar dengan usaha golongan penentang ini. Tren ini kemudiannya telah sedikit sebanyak mempengaruhi kalangan sarjana Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Hal ini boleh dilihat daripada tren yang cuba menilai keberkesanan kebanyakan program dan disiplin pengajian keilmuan, yang didorong dengan semangat dan jiwa merdeka, dengan harapan ianya dapat berusaha menilai semula, menolak paradigma warisan penjajah dan menokok tambahnya dengan nilai-nilai baru yang lebih sesuai dengan realiti Malaysia.

Proses penemuan semula asas jati diri Melayu Islam ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi keutuhannya dengan pelbagai teori yang dikemukakan oleh sarjana Melayu selepas merdeka, seperti teori WAGASI Islam, teori peranan Islam di dalam membentuk ketuanan Melayu, teori pembentukan tamadun Melayu-Islam alaf baru dan teori kemajuan (progressif) yang terkandung di dalam ajaran Islam. Apa yang lebih penting lagi, kesemua teori-teori ini cuba menonjol asas kepercayaan world-view Tauhid masyarakat Melayu dan sekali gus menjadikannya sebagai asas perpaduan dan kebanggaan masyarakat Melayu moden.

Dalam perkembangan di tahun-tahun 1990an, telah muncul beberapa cubaan bagi mengugat asas jati diri ini dalam bentuk penyebaran idea yang anti Islam seperti penolakan hadis Rasulullah, penghinaan terhadap Rasulullah dan krisis murtad di kalangan anak gadis Melayu. Apa yang boleh dibanggakan adalah kebanyakan masyarakat Melayu moden telah menunjukkan respon yang cukup sensitive terhadap semua perkembangan ini, yang dijelmakan dalam pelbagai bentuk tindakan, seperti tindakan Persatuan Ulamak Malaysia yang mengadu keburukan tren ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu. Pendek kata, tidak seperti dilakukan oleh masyarakat barat yang mengamalkan sikap tidak kesah terhadap tindakan yang menghina intipati asas agama Kristian, masyarakat Melayu moden telah melakukan hal yang sebaliknya, didorong dengan rasa tanggungjawab keimanan untuk membela keutuhan agama Islam yang menjadi asas identiti kemelayuan masyarakat Melayu.

Jika dirujuk kepada teori yang dibuat oleh Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu sehingga sekarang yang terdiri antara lainnya;

(1) Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.

(2) Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din yang mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki mereka.

(3) Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk untuk amalan yang buruk.

(4) Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih, benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak ansur.

(5) Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manafaatnya dapat dinikmati sama oleh orang lain.

(6) Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu Ain dan fardhu kifayah.

(i) Islam dan kesedaran politik Melayu moden.

Pengaruh pandangan Islam yang sering dikatakan sebagai political Islam oleh sarjana barat telah merebak dengan cukup meluas di kalangan massa di Malaysia dalam era tahun 1970an. Hal ini boleh dirujuk dari perkembangan pengedaran buku-buku Islam daripada luar samada dalam bentuk asli ataupun terjemahan yang cukup meluas sekali. Kebanyakan buku-buku ini telah menerangkan tentang perbandingan di antara system politik Islam dengan system politik barat- yang menonjolkan perbezaan yang cukup jelas, khususnya apabila dirujuk kepada prinsip politik Islam seperti Hakimiah, Khalifah, Jahiliah moden, Syura dan Siyasah Syariah. Kesemua prinsip politik Islam ini yang dibandingkan dengan reality politik semasa di Malaysia yang lebih condong kepada pendekatan ala barat telah menimbulkan kematangan kesedaran politik di kalangan masayarakat Melayu.

Proses kematangan ini juga telah dimankinkan lagi dengan perkembangan suasana politik semasa tahun-tahun 1980an yang menyaksikan dominasi system politik Malaysia yang berteraskan fahaman sekularisme dan menjadikan Islam sebagai persoalan ritual semata-mata, telah mula berubah dengan naiknya Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana Menteri Malaysia keempat. Bertentangan dengan dasar-dasar perdana menteri sebelumnya, DM secara langsung telah turut menerapkan pelbagai prinsip tajdid Islam di dalam pemerintahan negara yang merangkumi aspek pentadbiran, perundangan, ekonomi, pendidikan dan aspek politik itu sendiri.

Akibatnya, kita dapat menyaksikan beberapa perkembangan positif yang menunjukkan kematangan politik manusia Melayu. Di antaranya;

(1) Demi untuk mengekalkan survival politik Melayu, berhadapan dengan tekanan politik daripada pihak bukan Melayu, pihak pemerintah Melayu dalam kebanyakan pembentukan dasar negara masih lagi mengekalkan prinsip ketuanan Melayu yang berasaskan kepada Islam. Mengikut Wan Mohd Nor Wan Daud, prinsip ketuanan Melayu ini berpunca dari tiga sebab yang utama; pertamanya, sifat awal dan ketinggian tamadun Tanah Melayu yang telah dibina oleh manusia Melayu, keduanya; nisbah pergorbanan dan darah manusia Melayu yang telah banyak dicurahkan untuk mempertahankan Tanah Melayu menghadapi penjajahan kuasa luar dan akhirnya ketiga, sifat tolenrasi dan kesudian manusia Melayu menerima bersama golongan bukan Melayu untuk tinggal menetap di Tanah Melayu. Maksudnya, walaupun pihak berkuasa politik Melayu cuba menerapkan prinsip politik ala pluralism demi untuk memastikan perpaduan semua kaum di Malaysia, tetapi asas jati diri dan ketuanan Melayu yang berteraskan Islam masih tetap secara teguh dipertahankan.

(2) Timbul kesedaran perpaduan di kalangan parti-parti politik Melayu di atas wadah perpaduan agama, berhadapan dengan cabaran luar dan dominasi politik golongan bukan Melayu. Dalam pertemuan muzakarah di tahun 2002 yang dilangsungkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, semua titik perpecahan umat Melayu-Islam yang merangkumi sifat hormat kepada dominasi barat, taasub kepada parti dan kejahilan telah dipersetujui dan dicerakinkan dengan cukup terperinci oleh parti-parti politik Melayu.

(3) Berlaku perubahan tren di dalam soal pemilihan ketua politik orang Melayu (PAS dan UMNO) kepada bentuk yang lebih terbuka dan berasaskan kriteria Islam. Hal ini boleh dilihat daripada perubahan pendekatan pemilihan ketua politik warisan tradisional yang biasanya terhad kepada kelas bangsawan dan ulamak semata-mata, kepada golongan professional Melayu yang menjanjikan bentuk pemikiran yang lebih dinamik.

(4) Isu-isu akhlak Islam telah dijadikan kriteria utama di dalam pemilihan ketua politik Melayu. Pelbagai cabaran telah mula dilakukan terhadap pendekatan pemilihan ketua yang lebih berasaskan kepada kepentingan kebendaan semata-mata. Apa yang jelasnya, sifat sesetengah tokoh korprat Melayu baru yang menceburi bidang politik untuk tujuan mendapatkan pulangan projek yang menguntungkan telah secara serius mula dicabar. Setiap ketua yang inginkan diri mereka diterima bertanding untuk sesuatu jawatan politik perlu menggunakan prinsip-prinsip Islam sebagai asas untuk menunjukkan keabsahan kepimpinan mereka.

(5) Sifat penerimaan parti politik Islam Melayu (PAS) terhadap konsep pilihanraya berasaskan sistem demokrasi dan sekali gus menolakkan pendekatan revolusi. Apa yang jelasnya, parti PAS tidak bersikap pasif di dalam menerima pakai system ala demokrasi ini, tetapi telah bertindak mengkaji dan menerangkan kesesuaiannya dengan ajaran Islam itu sendiri.

(6) Sifat keberanian masyarakat Melayu untuk menyatakan protes terhadap sesuatu dasar dan pendekatan yang tidak dipersetujui ataupun dilihat bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Hal ini boleh dilihat dengan cukup jelas daripada kemenangan parti PAS di dalam pilihanraya tahun 1990 dan 1999 yang berjaya menawan negeri Kelantan dan Terengganu - diakibatkan kononnya kerana isu kepincangan perjalanan pentadbiran negara serta isu penindasan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan.

(7) Pengaruh Islam yang lebih progressif telah dilihat menyerap masuk ke dalam kedua-dua parti politik Melayu, yang menjadikannya lebih relevan kepada kehendak Islam masyarakat Melayu. Sebagai contohnya, UMNO telah dianggap sebagai parti politik Islam yang terbesar di dunia, yang sering diabsahkan dengan sokongan kuat daripada beberapa orang tokoh ulamak Islam di peringkat antarabangsa, yang secara terang-terangan menyokong kuat setiap dasar yang bercorak Islam yang dilaksanakan untuk kepentingan umat Islam.

(8) Isu-isu yang menyentuh persoalan Islam dan pembangunan kerap menjadi isu utama yang perlu diperhatikan dengan lebih serius oleh kedua buah parti politik Islam, demi untuk menjadikan mereka sebagai parti yang diterima ramai oleh kalangan pengundi Islam di Malaysia. Hal ini boleh dilihat daripada perubahan sikap pengundi Melayu baru yang terdiri dari golongan professional yang telah menganggotai parti PAS kerana tertarik dengan pendekatan Islam bentuk moden yang diperjuangkan oleh parti ini, dan sekali gus menolak dakwaan bahawa parti PAS adalah parti orang kampung dan lulusan agama semata-mata. Begitu juga halnya dengan parti UMNO, yang telah turut dianggotai oleh kalangan lulusan agama dan golongan professional Melayu yang mendokong perjuangan bagi meningkatkan martabat umat Islam.

(ii) Islam dan pembentukan golongan intelektual Melayu moden.

Pengaruh Islam juga dapat dilihat telah melahirkan beberapa perkembangan menarik membabitkan kewujudan kelas intelektual Melayu moden yang lebih berjiwa Islam dalam segenap segi. Hal ini dapat dilihat daripada pelbagai perkara, antaranya;

Pertama, wujudnya pelbagai mekanisme dan institusi pendidikan yang telah melahirkan golongan intelingentsia Melayu moden yang mampu berfungsi bukan setakat sebagai warganegara yang baik, bahkan juga dapat bertindak sebagai intelektual ummah yang lebih kompeten. Pengaruh ini dapat dilihat di dalam semua lapisan masyarakat merangkumi system pendidikan menengah, IPTA dan kalangan pekerja berkolar biru.

Sebagai lanjutan daripada perkembangan kesedaran Islam, pelbagai usaha reformasi sistem pendidikan negara turut dijalankan secara berhemah. Di zaman selepas merdeka, pada dasarnya pihak kerajaan masih lagi meneruskan dasar pendidikan liberal ala barat warisan penjajah British, yang kononnya bakal membangunkan negara merdeka ini kepada suatu negara maju seperti negara barat. Kemudiannya, demi untuk memastikan agar agenda perpaduan kaum dan penyediaan tenaga kerja mahir boleh dijayakan melalui sistem pendidikan negara, pelbagai Jawatankuasa Pendidikan (Penyata Razak-1956, Akta Pendidikan-1961 dan Laporan Rahman Talib-1961) yang mengkaji keberkesanan dua agenda ini telah ditubuhkan.

Gelombang kebangkitan Islam kemudiannya turut terpengaruh kepada sektor pendidikan negara, apabila pelbagai kegagalan akibat dari pengekalan dasar pendidikan ala barat telah dikesan dengan meluas di Malaysia.Hal ini telah dijelaskan sebagai;

hasil kajian semula dasar pendidikan nasional bagi jangka waktu 1975-1980 yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati jurang perbezaan yang ketara di antara pencapaian akademik dan kemahiran yang agak baik berbanding dengan tahap kemerosotan pembentukan saksiah insan yang dihasilkan, dan sesuatu yang konkrit harus dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Apa yang jelasnya, terdorong dengan masalah krisis moral ini yang terhasil daripada kegagalan sistem pendidikan sebelumnya, suatu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji persoalan ini, dan sebagai hasil beberapa perubahan telah dijalankan, seperti;

(i) Nama Kementerian Pelajaran telah ditukar kepada Kementerian pendidikan Malaysia yang membawa paradigma berbeza iaitu Kementerian yang bakal memberikan pendidikan sejati ke arah yang lebih bersesuaian dengan prinsip moral dan bukannya terhad kepada pemberian pelajaran semata-mata.

(ii) Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi : Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN ini secara langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling substance sekali.

(iii) Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.

Merujuk khusus kepada IPTA yang ada di dalam negara, bibit kebangkitan Islam juga telah menjana proses reformasi pendidikan di IPTA. Untuk memperjelaskan reality ini, tumpuan khusus akan diberikan kepada apa yang telah dilakukan oleh APIUM, di dalam menerapkan pendekatan tajdid bagi keperluan melahirkan lulusan pengajian Islam yang kompeten dalam keilmuan tradisi Islam dan keilmuan moden, ditambah pula dengan kemahiran social yang amat diperlukan untuk konteks Malaysia semasa. Secara ringkasnya, untuk mencapai hasrat ini dan juga menghakis segala nisbah keburukan yang sering dikaitkan dengan IPTA aliran Islam, APIUM telah menerapkan pelbagai pembaharuan penting, seperti;

(i) Menekankan subjek keagamaan Islam yang lebih menjuruskan kepada realiti Malaysia semasa dan bukannya bertumpu kepada realiti bukan Malaysia (Timur tengah) daripada zaman pertengahan silam. Sebagai contohnya, APIUM memperkenalkan subjek Fiqh Malaysia (Fiqh Kontemporari) di dalam kurikulum pengajian Syariah di peringkat ijazah pertama dan pasca siswazah. Gagasan Fiqh Malaysia tempatan ini adalah bagi menyediakan jawapan penyelesaian Islam untuk permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia semasa dan bukannya bergantung kepada warisan Fiqh silam yang tidak bersesuaian dengan realiti masyarakat Malaysia semasa.

(ii) Menekankan kepentingan membangunkan kaedah penyelidikan yang bersifat semasa terhadap disiplin pengajian Islam. Hal ini boleh dibuat dengan menanamkan ke dalam diri seseorang sarjana Islam tentang kepentingan penyelidikan ilmiah dalam usaha mengangkat martabat ummah. Apa yang menyedihkan adalah kedapatan sesetengah orang yang beranggapan bahawa sesuatu perjuangan Islam hanya perlu dilakukan dalam kegiatan politik semata-mata dan memandang rendah terhadap kegiatan keilmuan yang membabitkan penyelidikan ilmiah. Sikap simplistik ini menjadikan seseorang Islam itu lebih banyak bercakap dalam soal perjuangan tanpa mengisi matlamat perjuangannya dengan pengisian keilmuan yang bermakna.

(iii) Menerapkan S&T di dalam pengajian keilmuan Islam.

(iv) Memperkenalkan subjek yang boleh menjanakan daya kritikal dan kebolehan menyelesaikan masalah semasa kepada pelajar.

Begitu juga halnya dengan tren pihak kerajaan yang memperkenalkan konsep pembangunan Insan. Berbanding dengan sasaran golongan pelajar, konsep PI ini lebih dikhususkan kepada golongan pentadbir dan golongan yang terlibat dengan decision making di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta. Trend dan konsep PI ini timbul di Malaysia pada era tahun 1970-1980an, juga disebabkan oleh kesedaran sesetengah golongan pemikir Melayu terhadap kegagalan system pembangunan sumber manusia ala barat di dalam melahirkan golongan pekerja yang seimbang di antara kelulusan yang tinggi dengan pencapaian saksiah diri yang baik.Kesedaran ini timbul dengan begitu meluas sekali dimankinkan dengan dua faktor yang utama, pertamanya, keghairahan pihak pentadbir Melayu sendiri untuk merujuk kepada penyelesaian Islam terhadap masalah krisis nilai dan penyelewengan kolar biru yang berlaku di dalam perkhidmatan awam, keduanya, kebanjiran buku-buku reformasi Islam daripada luar negeri samada dalam bentuk teks yang asal ataupun terjemahan di Malaysia.

Pada peringkat awalnya, program PI ini telah dijalankan oleh badan perundingan swasta yang kemudiannya telah diterapkan secara bersepadu oleh INTAN sendiri di dalam program latihan pembangunan dan perkembangan kerjaya untuk kakitangan kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan, program PI anjuran INTAN ini telah turut diperkukuhkan asasnya dengan bantuan daripada beberapa orang sarjana Melayu-Islam yang ternama, seperti Muhammad Kamal Hassan, Syed Muhammad Naqiubb al-Attas, Wan Mohd Nor Wan Daud dan sebagainya. Gagasan PI ini dalam bentuk asas, kaedah operasi dan penilaian telah diterbitkan di dalam beberapa buah buku asas yang dipakai untuk semua program latihan dan kerjaya anjuran INTAN dan jabatan kerajaan yang lain.

Dalam banyak hal, program PI ini mengandungi beberapa elemen yang utama;

(i) Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad dan akal dalam melahirkan pekerja yang tinggi nilai akauntabilitinya di dalam menjalankan sesuatu perkerjaan sebagai ibadah, bagi memperolehi kejayaan (Falah) dan mengelakkan kerosakan (khusran).

(ii) Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan pembersihan jiwa (Tazkiyah al-Nafs) seseorang pekerja melalui pelbagai formula ala tasawuf seperti menanamkan kepentingan budaya ilmu, Muhasabah, Tafakur, zikir, taubat, kepentingan sifat Mahmuddah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah (tercela), Qiyamul lail dan sebagainya.Apa yang jelasnya, pengamalan formula-formula ini dapat mendidik dan membangunkan potensi elemen jasad dan roh manusia yang merupakan punca utama kepada pembentukan emosi manusia, menjadikannya lebih tenang dan seimbang.

(iii) Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan manusia, yang mana dalam banyak hal telah menjadikan ujian fizikal, pikiran dan emosional sebagai kaedah utama untuk menguji dan mendidik manusia agar menjadikannya sebagai insan yang teguh kekuatan fizikal, mental dan spiritual.

Kedua, wujudnya sarjana Melayu yang telah melahirkan gagasan dan pandangan bernas tentang bagaimana kelas intelektual Melayu moden perlu beroperasi di dalam masyarakat agar lebih bersesuaian dengan nilai-nilai Islam dan bertentangan dengan konsep intelektual barat yang berteraskan faham sekularisme. Seperti mana diperincikan oleh Azra Ayumardi tentang sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang intelektual Muslim, sarjana Melayu moden juga turut melakukan hal yang sama, seperti;

(i) Keperluan bagi seseorang intelektual mengamalkan keteguhan pendirian (istiqamah) dalam perjuangan dan tidak mudah lalai dan leka dengan perkembangan positif yang telah dicapai daripada gerakan kebangkitan Islam era 1970-1990an. Apa yang jelasnya, mengikut Muhammad Abu Bakar kerana terlalu leka dengan perkembangan positif ini menyebabkan sesetengah kalangan ummah Melayu-Islam terlepas pandang terhadap perkembangan faham sekularisme yang turut sama merebak secara meluas di dalam masyarakat.

(ii) Keperluan melakukan penganalisaan kritikal terhadap konsep intelektual semasa yang cuba menisbahkan lulusan agama dengan pelbagai nisbah negatif yang tidak sesuai dikaitkan dengan sifat seseorang intelektual yang amat diperlukan untuk zaman moden. Sebaliknya, berbanding dengan lulusan agama, lulusan bukan agama walaupun tidak dibekali dengan paradigma dan semangat pemikiran Islam yang jelas, telah ditonjolkan sebagai penyelamat umat Melayu Islam moden.

(iii) Keperluan untuk menjalinkan hubungan dan prihatin dengan nasib umat Islam lain di seluruh dunia, termasuk juga perlu prihatin dengan perkembangan dialog peradaban yang menyaksikan kelemahan tamadun barat sebagai akibat daripada fahaman sekularisme yang menjemput pelbagai masalah yang kronik kepada masyarakat dan alam sekitar.

(iv) Keperluan untuk bersikap prihatin dengan pelbagai masalah masyarakat seperti isu keruntuhan sosial di kalangan remaja Melayu semasa, yang disertakan pula dengan pelbagai gagasan bernas untuk menangani permasalahan tersebut.

(v) Keperluan untuk mengamalkan budaya ilmu yang positif membabitkan kesemua jenis ilmu pengetahuan yang berguna kepada diri dan masyarakat.

(vi) Keperluan untuk mengamalkan kerangka berfikir yang sihat, kritikal, selektif, celek ICT dan proaktif di dalam menghadapi cabaran globalisasi semasa.

(vii) Keperluan untuk tidak mudah terpukau dan menjadi pasif dengan propaganda meluas yang diberikan oleh media massa perdana akibat dari perkembangan pembangunan material yang amat pesat di Malaysia, bahkan perlu turut mengambil sikap solutionist dan kritikal terhadap sebarang perkembangan negatif yang timbul didalam negara, dengan harapan dapat memperbaiki keadaan ini melalui kaedah yang memperseimbangkan elemen pembangunan material dengan pembangunan insan yang lebih baik.

Ketiga, kewujudan golongan saintis Melayu baru yang mempunyai kecenderungan yang lebih islamik dan menghargai secara bertapis terhadap warisan leluhur masyarakat Melayu. Peri pentingnya golongan ini dalam konteks Malaysia semasa adalah tidak dapat disangkal lagi, memandangkan proses pembangunan tamadun Melayu Islam baru perlu kepada pandangan dan suntikan idea daripada pakar saintis Melayu ini, yang perlu dibangunkan melalui perancangan dari segi konsep dan pelan bertindak pembangunan S & T Islam yang lebih jitu.

Selepas Malaysia mencapai status kemerdekaan, di dalam era 1960an-1980an telah timbul beberapa usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia ke arah status yang lebih baik berbanding dengan zaman penjajahan kuasa barat. Usaha ini telah memberikan penekanan tentang betapa pentingnya masyarakat Malaysia ini meniru konsep pembangunan ala barat, dengan menerimapakai secara mutlak segala formula pemodenan barat yang diharapkan akan menaikkan taraf masyarakat Malaysia yang baru merdeka. Sikap bertaqlid kepada formula barat ini tidak terhad kepada penerimaan konsep barat secara makro semata-mata, bahkan turut cuba meniru sikap materialism dan sistem pemikiran barat yang lebih memberatkan kepada soal-soal rasionalisme -saintifik mengatasi pemikiran ala tradisionalism yang biasanya dipegang oleh masyarakat di sebelah timur.

Usaha ini telah menjadi agenda utama pihak pemerintah yang lebih dikenali dengan program Revolusi Mental yang kemudiannya disusuli pula dengan dasar DEB yang telah memberikan penekanan yang lebih terhadap subjek sains di dalam institusi pendidikan. Dalam soal ini, kita boleh memetik pandangan yang diberikan oleh seorang sarjana yang menyebut;

anak-anak Melayu yang dianggap cerdik di peringkat sekolah ditapis dan disalurkan agar menjurus ke bidang sains semata-mata. Program menghantar anak Melayu ke luar negara dalam pelbagai bidang sains dan teknologi dipertingkatkan ke tahap maksimum. Menjelang akhir tahun 1970an dan awal 1980an, program ini telah berjaya melahirkan satu masyarakat Melayu yang celik sains atau mempunyai kesedaran sains yang tinggi.

Strategi pemodenan ini kemudiannya telah dilanjutkan dengan cukup berkesan sekali oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Dr. Mahathir Mohamad, sehingga dasar PM keempat kerap digelar sebagai Mahathirisme yang mampu mengubah status Malaysia kepada negara maju seperti mana negara industri barat. Intipati utama Mahathirisme ini boleh dilihat kepada penekanan yang lebih terhadap peranan S&T, industri berat, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan dasar ICT dan menangani Islam dengan pendekatan yang lebih bersifat moden.

Ironisnya, mengikut pengamatan kritikal yang dibuat oleh beberapa orang sarjana-saintis Melayu moden, tanpa menafikan elemen positif yang mampu dicapai dengan dasar pemodenan Malaysia yang begitu pesat yang dirujuk khusus kepada penekanan terhadap subjek S&T, masih lagi terdapat beberapa kekurangan atau kelopongan yang ketara membabitkan proses pembangunan S&T di Malaysia. Hal ini dirujuk kepada :-

(i) Sikap berat sebelah ataupun ketiadaan pemindahan teknologi dari negara industri ke Malaysia, seperti mana yang diharapkan dalam proses pembangunan industri berat di Malaysia. Rata-ratanya, negara maju yang menjadi teraju utama projek usaha sama dengan syarikat Malaysia yang diharapkan bakal memindahkan S&T samada dalam bentuk hardware ataupun software, dikatakan telah tidak berbuat demikian.

(ii) Sikap yang menerimapakai pakej S&T ala barat yang diresapi dengan fahaman sekularisme tanpa ditapis menggunakan kerangka S&T Islam untuk jangka masa yang panjang telah mencetuskan krisis intelektual dan ekologi yang meruncing di Malaysia.

(iii) Kelas professional Melayu baru yang dilahirkan melalui dasar pemodenan dan DEB ini tidak menunjukkan paradigma pemikiran yang bersifat rasionalisme, objektifisme dan saintisme seperti yang diharapkan oleh Mahathirisme. Hal ini boleh dirujuk kepada sikap dan tren golongan ini yang dilaporkan telah terjebak dalam krisis mempercayai bomoh, ajaran sesat, kepercayaan occult dan sebagainya, yang biasanya dilakukan oleh masyarakat Melayu tradisional.

(iv) Kelas professional Melayu baru yang kononnya dilahirkan dengan dasar Penswastaan Malaysia telah terlibat dalam jumlah yang besar di dalam krisis pecah amanah, rasuah dan pelbagai kesalahan jenayah perdagangan.

Dalam konteks pembangunan S & T semasa, terdapat beberapa kecenderungan yang boleh dibanggakan, merujuk khusus kepada peranan yang dimainkan oleh kelas intelektual Melayu baru ini, seperti;

(i) Kelas intelektual-saintis Melayu ini telah bergabung di dalam NGO khusus , ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia) yang cuba menerap dan menyebarkan kesedaran tentang peri pentingnya masyarakat Melayu Islam mendokong usaha membangunkan S&T ala Islam.

(ii) Menghasilkan tulisan bentuk baru yang cuba menerangkan tentang konsep, kerangka dan bagaimana ICT moden yang menjadi nucleus utama kepada perkembangan globalisasi berfungsi serta mempengaruhi kalangan masyarakat Melayu. Motif utama tindakan ini antara lainnya bagi menyedarkan masyarakat Melayu tentang manafaat yang boleh diambil daripada perkembangan S&T ini.

(iii) Salah seorang daripada anggota ASASI iaitu Tengku Mohd Azzman Shariffadeen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, yang kemudiannya telah mencadangkan gagasan MSC kepada pihak kerajaan Malaysia. Apa yang lebih penting lagi, dilihat kepada kepakaran bidang kejuruteraan elektronik dan kecenderungan Islam yang tinggi, Tengku Mohd Azzman barang pastinya telah menyuntik nilai-nilai Islam sejati di dalam pembangunan projek MSC ini.

(iv) Sifat ikut serta kalangan sarjana Melayu Islam semasa di dalam gagasan mewujudkan hubungan yang erat di antara keilmuan Islam klasik dengan S&T moden. Hal ini timbul berasaskan kepada gagasan tajdid Islam yang menuntut fuqaha Islam untuk mengetahui dan mengambil inisiatif untuk mempelajari keilmuan moden itu sendiri, khususnya pengetahuan ICT dan S&T.Hal ini ditegaskan memandangkan terdapat sesetengah sarjana Islam moden yang mengatakan bahawa antara faktur utama yang menyebabkan kegagalan proses reformasi dan penerapan S&T di dalam institusi pengajian Islam adalah kerana sikap sarjana Islam sendiri yang terlalu mengaku kalah dengan cara berserah dan bergantung sepenuhnya kepada keilmuan S&T barat, tanpa menyedari bahawa S&T barat di peringkat epistemologinya telah diresapi dengan idea dan ruh sekularisme yang tertanam secara halus di dalam keilmuan tersebut. Sepatutnya, berhadapan dengan dilema ini, sarjana Islam sendiri perlu menerima S&T barat secara berhemah yang diikuti pula dengan proses pengubahsuaian S&T barat ini dengan realiti masyarakat Islam, sebagaimana apa yang cuba dilakukan oleh Osman Bakar, Syed Hussein Nasr, Ziauddin Sardar dan ramai lagi tokoh-tokoh saintis moden Islam.

Kesimpulan

Sebagai rumusan akhir, dapat kita katakan bahawa seperti mana halnya Islam telah menimbulkan pelbagai perkembangan positif yang merujuk kepada proses pembangunan dan pemodenan masyarakat Melayu silam, hal yang sama juga telah dikesan secara meluas di dalam pembentukan manusia Melayu moden selepas merdeka. Dalam banyak segi, kalau kita menggunakan kayu ukur penilaian zaman moden ini, ternyata sekali Islam telah memainkan peranan yang cukup positif di dalam kedua-dua zaman, klasik dan moden di dalam dunia Alam Melayu. Tidak dapat dinafikan lagi, faktor utama yang menyumbang kepada fenomena ini berlaku adalah kerana sifat kesucian dan kesyumulan ajaran Islam itu sendiri yang penuh dengan pelbagai sumber dan prinsip bagi menjana perkembangan hidup manusia ke arah yang lebih baik. Hal ini telah dijelaskan dengan panjang lebar di dalam kajian ini yang menumpukan kepada tiga isu yang utama; isu jatidiri keagamaan, kesedaran politik dan intelektual manusia Melayu moden. Tegasnya, citra Islam yang sempurna ini dalam banyak keadaan telah meresap dan menjadi satu amalan dalam masyarakat Melayu. Bukan sahaja amalan yang bersifat luaran dan tempelan pada penampilan dan pakaian malah telah menjiwai setiap watak dan peribadi manusia Melayu itu sendiri, khususnya di Malaysia.

Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu 11, Anjuran UPSI, di Hotel Legend Kuala Lumpur, pada 26hb. Februari 2004.

Lukman Z. Mohamad, Globalisasi Dan Budaya Global : Ancaman Baru Kepada Masyarakat Dunia , dalam Globalisasi Di Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication, 2003, hlm 9-14.

Hassan Langgulung, Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu, Syarahan Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 29 Oktober 1987, Bangi, 1993, hlm 31

Asep Syamsul M. Romli, Demonologi Islam : upaya Barat membasmi kekuatan Islam, Jakarta, 2000, hlm 8-19

Untuk maklumat lebih lanjut sila lihat Ahmad Fauzi Abdul Hamid, The Formative Years Of The Dakwah Movement : Origins, Causes And Manifestations Of Islamic Resurgence In Malaysia , dalam Jurnal IKIM, v. 10, no. 2, 2002, hlm 87-124.

Maklumat tentang tipologi dan bentuk tamadun material dan intelektual ini boleh didapati dalam Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru, Kuala Lumpur : APMUM, 2001, hlm 27-40.

Hal ini dapat dilihat jelas apabila sebahagian besar daripada kerajaan negara kota alam Melayu ini saling berperang antara satu dengan lain yang menyebabkan tamadun ini telah mula pupus. Lihat Mohd Yusof Hasan, Dunia Melayu, Kuala Lumpur : DBP, 1991, hlm 12-15.

Maklumat lanjut tentang hakikat jati diri Melayu pada masa sebelum dan selepas menerima Islam, yang dikemukakan oleh sarjana barat dan sarjana Melayu sendiri boleh didapati dari Tengku Luckman Sinar, Jati Diri Melayu, Medan, 1994, hlm 8-22.

Mohd Yusof Hasan, Dunia Melayu, hlm 16.

Ibid., hlm 4.

Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu : Kajian Terhadap Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, 1992, hlm 1-3.

Ibid.

Lihat Zainal Abidin Borhan, Pantun Dan Peribahasa Melayu : Persoalan Jati Diri Dan Patriotisme , dalam (ed.) Abdul Latiff Bakar, Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu, Kuala Lumpur: APMUM, 2000, hlm 45-58.

Wan Abdul Halim Othman, Hubungan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu , dalam (ed. Wan Abdul Halim Othman Psikologi Melayu, Kuala Lumpur: DBP, 1993, hlm 61-101.

Mohd. Yusof Hassan, Dunia Melayu, hlm 3-4.

S.M. Naquid al-Attas, Preliminary Statement On a General Theory Of The Islamization Of The Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1969, hlm 4-7.

Seperti mana dipegang oleh agama Yahudi bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan tuhan. Lihat Ghazali Darusalam, Dakwah Islam Dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1998, hlm 30-39.

Quran 25:2; 36:36; 44:38-39; 50:38; 2:29 dan 28:80.

W.F. Wertheim, Indonesian society In Transition, The Hague, 1959, hlm 196.

Hashim Musa, Merekonstruksi, hlm 50.

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Kebudayaan Melayu Dan Islam Di Nusantara : Satu Analisa Pengkaedahan , dalam Seminar Hukum Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8hb. November 2000, hlm 18-19.

William Roff, The Origins Of Malay Nationalism, Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1980, hlm 41.

Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Abdullah, Gerakan Anti Penjajahan Di Malaysia 1511-1950 : Pengaruh Agama Dan Tarikat, Kuala Lumpur : Penerbit Kintan, 1994.

Charles Tisdall, Ideas Of Mohammedan Malaya , dalam The Missionary Review Of The World, v. xxxiv, 1916, hlm 348-349.

Isabella Bird, The Golden Chersonese And The Way Thither, Kuala Lumpur, 1967, hlm 20.

Untuk maklumat yang lebih mendalam lagi tentang konsep Ummah, sila lihat Jaffary Awang, The Notion of Ummah In Islam : The Response Of Malay Muslim Intellectuals In Malaysia, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham, 2000, khususnya dalam bab ketiga dan keempat.

Lihat Wan Mohd Nor Wan daud, Penjelasan Budaya Ilmu, Kuala Lumpur: DBP, 1997, hlm 108-109.

B.J.O.Schrieke, Indonesian Sosiological Studies, The Hague, 1957, part 2, hlm 261.

Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur: DBP, 1990, hlm 127-130.

Ibid., hlm 99-100.

Nabir Abdullah, Turki Dan Alam Melayu : Tinjauan Terhadap Sejarah Hubungan Keduanya , dalam Jebat, bil. 15, 1987, hlm 129-142.

Ibrahim Abu Bakar, Islamic Modernism In Malaya, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1994, hlm 2-6.

Abd. Jalil Borhan, Sumbangan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Alam Melayu , dalam Jurnal Syariah, v. 4, bil. 2, 1996, hlm 276-277.

Ibid., hlm 278.

Mohamad Abu Bakar, Pengaruh luar Dan Pengislaman Dalam Negeri : United Kingdom Dan Era Dalam Kebangkitan Semula Islam Di Malaysia , dalam ed. Mohammad Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2001, hlm 407-410.

Zahir Ahmad, Kesusasteraan Melayu : Moden, Tradisional atau Klasik , dalam (ed. Zahir Ahmad) Pengajian Kesusasteraan Melayu di Alaf baru, Siri Monograf Jabatan Kesusasteraan Melayu, Kuala Lumpur: APMUM, 2000, hlm 7-14.

Banyak kajian tentang budaya yang dilakukan oleh pengkaji tempatan telah terpengaruh dengan menggunakan kaedah dan rujukan yang disusun oleh penulis barat. Sebagai contohnya lihat kupasan yang diberi oleh Sulayman S. Nyang dan Samir Abed-Rabbo, Bernard Lewis And Islamic Studies : An Assesment , dalam (ed.) Asaf Hussain, Orientalism, Islam and Islamist, Vermont: Amana Books Inc., 1984, hlm 259-260.

Syed Ahmad Hussein, Muslim Politics And The Discourse On Democracy , dalam ed. Oleh Francis Loh Kok Wah and Khoo Boo teik, Democracy In Malaysia : Discourses And Practices, Richmond, Surrey : Curzon press, 2002, hlm 84-85.

Sikap ini timbul antara lainnya disebabkan oleh semangat nasionalisme Melayu yang mendedahkan banyak kelemahan yang dibuat oleh penjajah British. Lihat Muhammad Abu Bakar, Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan Rekonstruksi Realiti Sosial , dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur : DBP, 1993, hlm 312-314.

Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur : ISTAC, 2001, hlm 112-114.

Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun, hlm 48-49.

Lihat sebagai contohnya, Muhammad Abu Bakar, Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur : DBP, 1982, hlm 27-53.

Mohd. Napiah Abdullah, Penolakan Hadith Oleh Orientalis Dan Penulis Islam , dalam Islam Dalam Persepsi orientalisme, Terbitan Tak berkala no. 3, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, 1998, hlm 41-44.

Farish A. Noor, Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality , dalam NST, 4 November, 2000.

Lihat Mohd Farid Mohd Shahran, ABIM 30 Tahun, Beberapa Isu Penting Sepanjang Tiga Dekad, Kuala Lumpur, 2001, hlm 28-30.

Lihat Kontroversi Mengenai Memo Kepada Majlis Raja-Raja Melayu : Islam Dicabar, Rasulullah S.A.W. Uan Ulama Dihina, Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Kedah, Pulau Pinang, 2002, hlm 1-5.

Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun, hlm 48-49.

Fred R. Von Der Mehden, Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle East, Florida, 1993, hlm 83-85.

Mohamed Suffian Hashim, The relationship between Islam and the State in Malaya , dalam Intisari, 1962, v. 1, no. 1, hlm 8.

Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, Konsep Tajdid Dan Pemikiran Islam Dr. Mahathir : Satu Analisis, dalam Prosiding Seminar Dr. Mahathir pemikir Islam Abad ke 21, Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 66-86.

Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, hlm 112-114.

Hal ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah MP bukan Melayu di dalam parlimen Malaysia yang semakin bertambah kuat akibat dari pertentangan sesama parti orang Melayu-Islam, lebih-lebih lagi dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1995 dan 1999. Lihat data yang amat mendukacitakan ini di dalam Shukri Ahmad, Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Dari Tahun 1950an hingga 1990an , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 14, 2001, hlm 110-111.

Abdul Rahman Embong, Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam , dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002, hlm 10-11.

lihat Shaharuddin Maaruf, Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu, Singapura: Pustaka Nasional, 1993, hlm 99-116.

Maklumat lanjut tentang hal ini boleh didapati dalam Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Perubahan nilai dalam budaya politik Melayu , dalam ed. Oleh Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Nilai Orang Melayu, Sintok : Sekolah Pembangunan Sosial, UUM, 1996, hlm 90-101.

Ibid.

M.R.J. Vatikiotis, Political Change In Southeast Asia- Trimming The Banyan tree, London : Routledge, 1996, hlm 162.

Syed Ahmad Hussein, Muslim politics and the discourse on democracy , dalam ed. Oleh Francis Loh Kok Wah and Khoo Boo teik, Democracy In Malaysia : Discourses And Practices, Richmond, Surrey : Curzon Press, 2002, hlm 96-97.

Ibid., hlm 100.

Hal ini boleh dilihat daripada isu-isu Islam yang sering ditimbulkan dalam Perhimpunan Agung UMNO di tahun-tahun 1980-1990an. Lihat Syed Ahmad Hussein, Muslim Politics And The Discourse On Democracy , hlm 87.

Zulkifli Abd. Ghani, Gerakan Dakwah : Satu Takrifan Semula Untuk Melahirkan Islam Yang Progressif , dalam Himpunan kertas kerja Isu dan proses pembukaan minda umat Melayu Islam, Kuala Lumpur : DBP, 2002, hlm 257-258.

New Straits Times, 24 March 1997: 1.

Muhammad Abu Bakar, Polemik Negara Islam Dan Pembudayaan Politik Di Malaysia , dalam Himpunan Kertas Kerja Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Kuala Lumpur : DBP, 2002, hlm 161-174.

Syed Ahmad Hussein, Muslim Politics And The Discourse On Democracy , hlm 99.

Ibid., hlm 87-88.

Baharudin Ahmad, Falsafah Sains Dari Persepktif Islam, Kuala Lumpur : DBP, 1994, hlm viii-xiii.

Abd Halim el-Muhammady, Pendidikan Islam Era 2020 : Penghayatan Menyeluruh , dalam Pendidikan Islam Era 2020 : Tasawur dan Strategi, Kajang : Percetakan Bintang Jaya, 1993, hlm 18-19.

Ghazali Basri, Sistem Pendidikan Islam : Satu Tinjauan Awal Dalam Konteks Pendidikan Nasional , dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 9, bil. 1, 2000, hlm 37.

Ibid., hlm 38.

Ghazali Basri, Moral dan etika : Huraian konsep dan permasalahan dalam konteks pelaksanaan nilai murni di sekolah-sekolah , dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 2, 1990, hlm 51-54.

Abd. Rauf Dalip Pendidikan Islam Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Ke Arah Amalan Dan Penghayatan Nilai Islam , dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 2, 1990, hlm 38-45.

Maklumat lanjut boleh di dapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, Etika Penyelidikan Islam : Suatu Analisa , dalam Jurnal Afkar, bil. 1, 2000, hlm 179-182.

Maklumat lanjut boleh didapati dalam Buku panduan Program ijazah dasar tahun akademik 1999/2000.

Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, Konsep Fiqh Malaysia Untuk Tamadun Alam Melayu Alaf baru : Suatu Analisa Tentang Kepentingannya , dalam Jurnal Pengajian Melayu, bil. 13, 2003.

Maklumat lanjut tentang soal ini boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, Etika Penyelidikan Islam : Satu Analisa, hlm 179-182.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit UM, 1997, hlm 7-11.

Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, Sains Dan Teknologi (S&T) Dan Pengajian Syariah Di Malaysia : Analisa Terhadap Pengalaman APIUM , dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa Menghadapi Cabaran Globalisasi, Anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, di KISDAR, pada 24hb September 2003.

Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap Pengalaman APIUM , dalam Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Anjuran Fakulti pendidikan UTM, di Puteri Pan Pacific Hotel, Johor Bharu, pada 21hb. Oktober 2003.

Mohd. Kamal Hassan, Renungan Tentang Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia : Menghadapi Cabaran Abad ke-21 , dalam Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia : Cabaran Abad ke-21, Skudai : UTM, 2000, hlm 24-25.

Ibid., hlm 23.

Fred R. Von Der Mehden, Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle East, Florida, 1993, hlm 83-85.

Lihat dua artikel oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, pada mulanya merupakan teks syarahan perdana yang diberikan di INTAN dan kemudiannya diterbitkan dalam Wan Mohd Nor Wan Daud, Sikap Bertanggungjawab (Masuliah) Dari Sudut Agama, Sejarah Dan Pendidikan , dalam Jurnal Pemikir, Oktober-Disember, 2000 dan Insan Baik Teras Kewarganegaraan , dalam Jurnal Pemikir, Januari-Mac, 1996.

Mohd. Sahar Sidek, Pengurusan Organisasi Dari Persepktif Islam , dalam Pengurusan dalam Islam, Kuala Lumpur :Persatuan bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, 1996, hlm 143-145.

Yusoff Mohamad, Bina Insan : Satu Analisis Kaedah, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, 1989, hlm 30-38.

Muhd. Uthman el-Muhammady, Manusia sebagai khalifah di bumi , dalam Tasawwur Islam : Huraian Konsep Dan Implikasi Dalam Kehidupan, Kajang : IPI, 2002, hlm 23.

Mohd. Kamal Hassan, Nilai-nilai Universal Islam Tentang Kesejahteraan Masyarakat , dalam Ilmu Dan Kecemerlangan - Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur : IKIM, 1994, hlm 111-114.

Lihat sebagai contohnya kupasan yang dibuat oleh Muhammad Zainiy Uthman, Islam, Sains Dan Pemikiran Objektif : Suatu Perbandingan Ringkas , dalam Jurnal YADIM, bil. 2, November 2001, hlm 146-148.

Azyumardi Azra, Esei-esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta, 1998, hlm 43-47.

Lihat Muhammad Abu Bakar, Dakwah di persimpangan : Halatuju dan masa depan Islam di Malaysia , dalam ed. Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru, Bangi : UKM, 2000, hlm 207-219.

Untuk konteks Malaysia semasa, kupasan tentang konsep intelektual ini telah dilakukan oleh Syed Hussein al-Atas, Intelektual Masyarakat Membangun, Kuala Lumpur : DBP, 1992, hlm 10-44.

Syukri Ahmad, Aplikasi Konsep Ulama Dan Intelektual : Suatu Penilaian Kritis , dalam Jurnal Usuluddin, bil. 11, 2000, hlm 19-28.

Lihat sebagai contohnya Rahimin Affandi Abd. Rahim, Dakwah Dan Jalinan Intelektual Di Rantau Alam Melayu-Indonesia : satu analisa sejarah , dalam Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Indonesia-Malaysia, anjuran bersama Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara dan Fakulti Pengajian Islam, UKM, pada 18hb. Mei 2002, di Medan, Indonesia.

Wan Mohd. Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, hlm 25-40.

Lihat kupasan yang diberikan oleh Muhammad Kamal Hasan dalam Intellectual Discourse At The End Of The Second Millennium : Concerns Of A Muslim-Malay CEO, Kuala Lumpur : UIAM, 2001, hlm 113-116.

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Krisis Remaja Dan Media Massa Di Malaysia : Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam , dalam Jurnal usuluddin, bil. 10, 1999, hlm 125-134 dan juga Penyelesaian Masalah Gejala Sosial Di Malaysia Menurut Perspektif Islam , dalam Seminar Pembangunan Ummah Peringkat Kebangsaan, anjuran Unit Perundingan APIUM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, di Hotel Goldcourse, Kelang, pada 14hb. Julai 2003.

Saedah Siraj, Perkembangan Kurikulum : Teori Dan Amalan, Sungai Buloh: Alam Pintar Enterprise, 2001, hlm 15-19.

Muhammad Kamal Hasan, Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In Malaysia, Kuala Lumpur: UIAM, 1996, hlm 56-57 dan 93-97.

Lihat sebagai contohnya Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh, Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Proses Globalisasi Satu Tinjauan Dari Persepktif Islam , dalam Jurnal IKIM, v. 10, no. 2, 2002, hlm 137-162.

Russli Kamarudin, Realisme, Niccolo Machiavelli Dan Al-Ghazali : Satu Perbandingan , dalam Politik Malaysia : Perspektif Teori Dan Praktik, Bangi : Penerbit UKM, 2002, hlm 140-144.

Lihat sebagai contohnya sikap kritikal dan solutionist yang diambil oleh Prof. Muhammad Kamal Hasan terhadap krisis pecah amanah dan krisis moral di kalangan remaja di Malaysia dalam Toward actualizing Islamic ethical, hlm 233-252.

Ibid., hlm 184-216.

Hashim Musa, Islam : An Overview In History And Contemporary World , dalam Jurnal AFKAR, bil. 2, 2001, hlm 35-41.

Abdullah Alwi Haji Hassan tentang masalah-masalah semasa yang timbul akibat dari proses pemodenan di Malaysia. Abdullah Ali Haji Hassan, Permasalahan Intelektual Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa Di Malaysia , dalam (Ed.) Abdul Karim Ali dan Raihanah Azhari, Hukum Islam semasa bagi masyarakat Malaysia yang membangun, Kuala Lumpur : APIUM, 1999, hlm 160-166 dan Zulkiple Abdul Ghani, Teknologi Maklumat : Hubungannya Dengan Perkembangan Hukum Islam Semasa , dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, hlm 145-152.

Baharudin Ahmad, Falsafah Sains Dari Persepktif Islam, Kuala Lumpur, 1994, hlm viii-xiii.

Muhammad Syukri Salleh, Pembangunan Untuk Manusia Atau Manusia Untuk Pembangunan : Analisis Tentang Manusia Dalam Pembangunan Berteraskan Islam , dalam Konsep Dan Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, Pulau Pinang: USM, 1990, hlm 32-35.

Abdul Rahman Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication, 2001, hlm 136-140.

Shaharuddin Maaruf, Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu, hlm 99-115.

Mohd Zuhdi Marsuki, Pengajian Sains, Teknologi Dan Masyarakat: Pendekatan Bersepadu Ke Arah Wawasan 2020, dalam Pengajian Umum Di Alaf Baru, Bangi : Pusat Pengajian Umam, UKM, 2000, hlm. 283-287.

Hairudin Harun, Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat; Antara Akal Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital, Kuala Lumpur: DBP,2001, hlm 50-51.

Khoo Boo Teik, Paradoxes Of Mahathirism : An Intellectual Biography Of Mahathir Mohamad, Shah Alam : Oxford University Press, 2001, hlm 114-124.

Ibid., hlm 159-181.

Hairudin Harun, Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat; Antara Akal Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital, hlm 63-69.

Lihat Muhammad Kamal Hasan dalam Intellectual Discourse At The End Of The Second Millennium: Concerns Of A Muslim-Malay CEO, hlm 123-135.

Hairudin Harun, Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat; Antara Akal Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital, hlm 53-54.

Muhammad Kamal Hasan dalam Intellectual Discourse, hlm 113-116.

Lihat sebagai contohnya The New Straits Times, 15 Disember 1996.

Hairudin Harun, Kosmologi Melayu Dalam Era; Antara Akal Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital, hlm 55-56.

Muhammad Kamal Hasan, Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In Malaysia, Kuala Lumpur, 1996, hlm hlm 233-252.

Hairudin Harun, Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat; Antara Akal Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital, hlm 115-116.

Ibid., hlm 59-80.

Ibid., hlm 60-63.

Yusof Qardawi, Al-ijtihad Fi Shariah Al-Islamiyyah Maa Nadhratain Tahliyyatin Fi Ijtihad al-Muasir, Kuwait, 1980, hlm 127-128.

Ibid.

Baharudin Ahmad, Falsafah Sains Dari Persepktif Islam, Kuala Lumpur, 1994, hlm viii-xiii.

Yasien Mohamad, Islamization : A Revivalist Respone To Modernity , dalam Muslim Education Quarterly, v. 10, no. 2, 1993, hlm 17-18.

Lihat Zaini Ujang, Tinjauan Terhadap Pendidikan Bersepadu : Suatu Sorotan Dalam Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 2, bil. 1, 1989, hlm 39-42