bahasa arab komunikasi (bak) di sekolah...

11
1917 BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP): SOROTAN PEDAGOGI EFEKTIF Nor Azhan Norul ‘Azmi Adnan Mat Ali Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Umum mengetahui bahawa Bahasa Arab Komunikasi (BAK) adalah satu suntikan kurikulum terbaik dalam bidang pendidikan bahasa Arab di Malaysia untuk memperkasakan pengetahuan dan pembudayaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Antara objektif kajian ini adalah untuk i. Meninjau sejarah pembentukan kurikulum BAK di SBP dan isu pedagogi BAK. ii. mengenalpasti isu pengajaran dan pembelajaran BAK di SBP dan iii. mencadangkan pedagogi terkini dalam pendidikan BAK di SBP. Dapatan kajian menemui bahawa terdapat SBP yang berada di lokasi bandar dan luar bandar, ada kategori sekolah asrama yang menempatkan satu jantina sahaja. Antara isu yang dikenalpasti ialah pengajaran berpusatkan guru, terjemahan teks, kurangnya bahan bantu belajar dan kurang latihan secara amali. Kajian mencadangkan agar guru-guru melaksanakan beberapa teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka bagi melonjakkan lagi prestasi pelajar pada masa akan datang. Antaranya dengan mengadakan bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab dengan baik bukan sahaja dalam penulisan bahkan perbualan. Kata Kunci: Sekolah Berasrama Penuh, Bahasa Arab Komunikasi, & Pedagogi

Upload: dinhdien

Post on 13-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1917

BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

(SBP): SOROTAN PEDAGOGI EFEKTIF

Nor Azhan Norul ‘Azmi

Adnan Mat Ali

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Umum mengetahui bahawa Bahasa Arab Komunikasi (BAK) adalah satu suntikan

kurikulum terbaik dalam bidang pendidikan bahasa Arab di Malaysia untuk memperkasakan

pengetahuan dan pembudayaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama

Penuh (SBP). Antara objektif kajian ini adalah untuk i. Meninjau sejarah pembentukan

kurikulum BAK di SBP dan isu pedagogi BAK. ii. mengenalpasti isu pengajaran dan

pembelajaran BAK di SBP dan iii. mencadangkan pedagogi terkini dalam pendidikan BAK

di SBP. Dapatan kajian menemui bahawa terdapat SBP yang berada di lokasi bandar dan

luar bandar, ada kategori sekolah asrama yang menempatkan satu jantina sahaja. Antara isu

yang dikenalpasti ialah pengajaran berpusatkan guru, terjemahan teks, kurangnya bahan

bantu belajar dan kurang latihan secara amali. Kajian mencadangkan agar guru-guru

melaksanakan beberapa teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka bagi

melonjakkan lagi prestasi pelajar pada masa akan datang. Antaranya dengan mengadakan

bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab dengan baik bukan

sahaja dalam penulisan bahkan perbualan.

Kata Kunci: Sekolah Berasrama Penuh, Bahasa Arab Komunikasi, & Pedagogi

Page 2: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1918

PENGENALAN

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Sejarah Penubuhan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah

Kecemerlangan (BPSBPSK). BPSBPSK mula beroperasi sepenuhnya mulai 1 Jun 2008

dengan kelulusan waran perjawatan S49/2008, S178/2008 dan S262/2008. Pada

asalnya, pentadbiran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diuruskan oleh Unit Sekolah

Berasrama Penuh di bawah pengurusan Bahagian Sekolah. Selaras dengan penstrukturan

semula Kementerian Pelajaran Malaysia, mulai 1 Mac 2008 dan kelulusan waran perjawatan

S45/2008 telah dengan rasminya mewujudkan Bahagian Pengurusan Sekolah

Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster bagi mentadbir urus Sekolah Berasrama Penuh

(SBP) dan Sekolah Kluster (SK). Penekanan kerajaan terhadap Bidang Keberhasilan Utama

Nasional (NKRA) telah mewujudkan dua lagi sektor baru yang menyelaraskan pengurusan

dan operasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2010. Penubuhan sektor tersebut

membawa kepada pindaan nama baharu iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama

Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Terdapat 5 buah kategori SBP di Malaysia

iaitu: Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi , Sekolah

Menengah Agama Persekutuan, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah berasrama penuh di

Selangor dan keseluruhannya terdapat 70 buah sekolah serata Malaysia dalam semua

kategori.

Bahasa Arab Komunikasi (BAK)

Mengikut Hasan basri, sukatan pelajaran Bahasa Arab untuk sekolah menengah telah

mengalami beberapa perubahan mengikut keperluan semasa. Kurikulum Bahasa Arab untuk

sekolah menengah menurut Zainal Abidin (1990) mula di gubal secara rasmi pada tahun

1977 dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Dalam tempoh

empat tahun pertama penubuhan SMKA, Kurikulum Bahasa Arab ini adalah berdasarkan

prosedur peperiksaan mata pelajaran tersebut yang sedia ada di Lembaga Peperiksaan

Malaysia. Sehinggalah pada tahun 1981 apabila Bahagian Pendidikan Islam Kementerian

Pendidikan Malaysia menyediakan dua sukatan pelajaran (SP) Bahasa Arab iaitu satu untuk

kegunaan di seluruh SMKA dan satu lagi untuk kegunaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

tertentu untuk tujuan pengajaran bahasa asing. Kandungan SP tersebut lebih menumpukan

kepada penguasaan sorf (morfologi) dan nahu (sintaksis) dengan objektif untuk

membolehkan pelajar menguasai aspek-aspek bahasa seperti fonologi, morfologi, tatabahasa

dan makna perkataan. Pelajar juga diharap akan dapat menguasai kemahiran bahasa seperti

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Manakala matlamat tertinggi SP ini adalah agar

pelajar dapat memahami tcks al-Quran dan as-Sunnah (Kementerian Pendidikan,2001).

Apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM), Kurikulum Bahasa Arab telah digubal semula. Sukatan Pelajarannya

telah dilaksanakan di semua SMKA, SBP dan Kelas Aliran Agama (KAA) mulai tahun

1991. Nama Bahasa Arab telah diubah kepada Bahasa Arab Komunikasi (BAK). Selain dari

itu Kernenterian Pendidikan juga telah mcluluskan satu mata pelajaran baru yang dikenali

sebagai Bahasa Arab Tinggi (BAT) dan dilaksan akan mulai 1992. Maka BAK dan BAT

telah mempunyai SP dan huraian sukatan pelajaran (HSP) yang berbeza, begitu juga dengan

buku teks dan format peperiksaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a). Pelaksanaan

Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dinyatakan dalam "Peraturan-

peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997- yang menyifatkan Bahasa Arab

Page 3: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1919

Komunikasi sebagai Mata Pelajaran Tambahan dan Bahasa Arab Tinggi sebagai Mata

Pelajaran Elektif dalam kumpulan kemanusiaan. Seterusnya Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Kurikulum Kebangsaan) 1997 juga memberi peruntukan waktu minimum seminggu bagi

mata pelajaran BAK sebanyak enam waktu x 40 minit dan bagi Bahasa Arab Tinggi (BAT)

sebanyak ernpat waktu x 40 minit. Mata pelajaran BAK ini ditawarkan kepada murid

Tingkatan I hingga Tingkatan 5 yang berminat manakala mata pelajaran BAT pula

ditawarkan kepada murid Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 yang berminat.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini walaubagaimanapun cuba untuk meneroka tiga objektif utama dalam Bahasa

Arab Komunikasi (BAK) di SBP. Antara objektif kajian ini adalah untuk:

i. Meninjau sejarah pembentukan kurikulum BAK di SBP.

ii. Mengenalpasti isu pengajaran dan pembelajaran BAK di SBP.

iii. Mencadangkan pedagogi terkini dalam pendidikan BAK di SBP.

Isu Pedagogi Bahasa Arab

Pelbagai kaedah perlu dimanfaatkan hasil daripada kajian dan sumbangan ahli pendidikan

dalam memperkasakan pengajaran dan pembelajaran di tanah air. Muhamadul Bakir Yaakub

(2007) mengatakan bahawa guru pada masa kini sedang giat berusaha untuk

mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran demi memastikan tahap penguasaan pelajar

berada pada tahap yang sepatutnya. Mengikut Ayad Abdullah (2008), kaedah penyampaian

dan kuliah semata-mata tidak lagi relevan kerana mempunyai unsur kekangan dalam

pemikiran serta keterbatasan dalam mencari bukti yang sahih bagi sesuatu perkara. Begitu

juga, apabila dilihat pengajaran bahasa Arab kini masih lagi tertumpu kepada kaedah lama

ini kerana tiada kesediaan dalam kalangan guru untuk mencuba teknik baharu. Padahal,

dunia sudah berkembang pesat dengan pelbagai teknologi yang bersedia membantu pengajar

untuk memajukan bidang pengajaran dan pembelajaran.

Dalam memperkatakan mengenai kepentingan mencari kaedah yang sesuai dengan

pengajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadat ini, maka pengajar perlu memahami objektif

kerjaya yang dilakukan. Menurut (Mohd. Yusuf Ahmad, 2010) pengajaran, pembelajaran

dan pendidikan merupakan tiga istilah yang tidak boleh dipisahkan dan ia mesti wujud dan

saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi dalam keadaan yang tertentu, ada kes di

mana pengajaran berlaku tetapi pembelajaran tidak berlaku. Ada juga di mana pengajaran

dan pembelajaran berlaku tetapi tiada elemen pendidikan. Kesannya, pelajar terumbang-

ambing dan tidak mencapai objektif isi kandungan serta hilang minat untuk belajar. Justeru,

inilah masanya untuk pengkaji-pengkaji bidang pendidikan bahasa Arab untuk tujuan

khusus supaya membawa mekanisme positif untuk kemajuan bidang ini.

Kajian kebolehbacaan juga banyak dijalankan oleh pengkaji bahasa seperti Lorge (1944),

Klare (1969), Pikulskis (2002), Khadijah (1982) (Kamarulzaman Abd. Ghani et. al., 2006).

Tahap kebolehbacaan pelajar perlu dikaji dan dipertimbangkan supaya pembelajaran

menjadi lebih mudah. Dengan demikian, pengajar sudahpun menjaga aspek psikologi

pelajar dari segi latarbelakang pengajian dan kemampuan dalam berbahasa. Dalam kajian

Azman Che Mat & Ahmad Nazuki@Marzuki Yaakub (2010) mengatakan bahawa buku teks

Page 4: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1920

yang digunapakai di Malaysia juga mempunyai tahap kesukaran yang tinggi menyebabkan

pelajar menjadi lemah dalam subjek bahasa Arab. Justeru, kebolehbacaan mampu

mengelakkan fenomena ini berlaku dengan menggariskan bimbingan sepatutnya yang perlu

mencakupi teks agar berada pada tahap sederhana mengikut tahap pelajar. Contohnya,

William H. Dubay (2004) menjelaskan beberapa peraturan yang perlu ada dalam sesuatu

dokumen daripada JoAnn Hackos dan Dawn Stephen dalam Standard for Online

Communication (1997) meminta para penulis iklan supaya akur dengan cara standard yang

diterima semua peringkat. Antara peraturan penulisan dokumen yang dikemukakan ialah:

1. Menggunakan perkataan yang ringkas, mudah dan biasa digunakan.

2. Menjauhkan perkataan bersifat jargon.

3. Menggunakan bahasa yang biasa dari segi budaya dan jantina.

4. Menggunakan tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang betul.

5. Menggunakan ayat yang mudah, kata kerja aktif (active voice) dan dalam bentuk

kata kerja sekarang (present tense).

6. Memulakan arahan dengan perkara yang paling mustahak dahulu dengan memulakan

ayat melalui kata kerja suruh (action verb).

7. Menggunakan elemen grafik yang mudah seperti senarai langkah bersimbol dan

bernombor supaya maklumat mudah di akses secara visual.

Selain itu, ada juga kajian yang membincangkan mengenai keberkesanan kaedah

transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Kaedah ini dipraktikkan

untuk membolehkan pelajar yang lemah untuk menguasai bahasa Arab daripada bertulis

kepada sebutan (Azman Che Mat & Ahmad Nazuki@Marzuki Yaakub, 2010). Contohnya

transliterasi tulisan Arab kepada tulisan rumi iaitu mengeja perkataan Arab melalui tulisan

rumi. Sebenarnya, kaedah ini digunapakai oleh UKM untuk mengalih ejaan bahasa Arab

dalam kajian tesis akademik tetapi digunapakai oleh UiTM untuk pelajarnya. Walaupun ada

tanggapan daripada banyak pihak yang mengatakan proses transliterasi ini boleh

merosakkan sistem bunyi bahasa tetapi jika dikawal dan digunakan dengan alasan yang

munasabah, tidak mustahil perkara ini memberikan manfaat yang cukup besar kepada

pelajar lebih-lebih lagi mereka yang lemah dan masih baharu berjinak dengan bahasa.

Menurut Ahmad Rizal Md Rais (2015) melalui kajiannya terhadap 410 responden yang

terdiri dari guru-guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi zon Utara, Timur, Tengah

dan Selatan. Dapatan kajian menggambarkan bahawa penggunaan dan kemahiran guru

terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap sederhana. Antara usaha

yang dapat dilakukan ialah dengan mengadakan pelatihan bagi guru untuk menggunakan

teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, mengubal semula kurikulum disekolah

dengan melibatkan teknologi dalam meyampaikan topik yang diajarkan semasa proses

pengajaran yang disekolah. Pelatihan ini diutamakan bagi lebih dari 10 tahun mempunyai

kemahiran yang paling rendah. Latihan perlu dirancang dengan tepat iaitu dengan

memperhatikan tempoh latihan dan kandungan latihan tersebut. Latihan pun hendaknya

berterusan dengan tempoh yang tidak terlalu singkat dan juga tidak terlalu lama. Tempoh

latihan yang terlalu singkat tidak dapat memberikan masa yang cukup untuk guru untuk

melakukan “hands-on” penggunaan ICT.

Dapatan kajian Zawawi Ismail et. Al (2011) menunjukkan guru lebih banyak menggunakan

teknik pengajaran yang memerlukan respon terus dan ringkas seperti penggunaan teknik

soal jawab dan teknik dengar tutur. Manakala teknik-teknik lain kurang dilakukan oleh guru

seperti teknik gantian, penukaran, berteriak, latihan pengembangan, latihan betul salah,

Page 5: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1921

latihan lanjutan, lakonan dan karangan berangkap. Penggunaan teknik yang memerlukan

respon ringkas dan terus menghadkan peluang pelajar berkomunikasi dan secara tidak

langsung berperanan sebagai penghalang proses mengfungsikan bahasa untuk komunikasi.

Aspek dorongan dan peluang berkomunikasi menggunakan bahasa yang dipelajari adalah

prinsip utama pengajaran kemahiran bertutur berasaskan kepada pendekatan komunikatif.

Keadaan ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak

menepati ciri pengajaran komunikatif seperti yang dimuatkan dalam KBA.

Kajian daripada Ghazali Yusri (2013) mendapati bahawa pembelajaran berpusatkan guru

masih wujud dengan penekanan silibus dan kurikulum tertumpu kepada usaha guru

sepenuhnya dalam penyampaian. Pelajar hanya bertindak untuk menerima kandungan

kurikulum terbabit tanpa melibatkan aktovti berbentuk metakognitif. Apabila pelajar

mengahdapi masalah dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kandungan tersebut,

maka mereka akan terus berjumpa guru untuk mendapatkan jawapan yang sebenar. Ini

kerana mereka tidak dilatih untuk meneroka, berfikir secara kreatif dan kritir serta tidak

dapat membuat perbandingan antara masalah. Selain itu juga, aktiviti pasif lain yang

melibatkan PdP ini ialah pengajaran guru yang berteraskan terjemahan teks (Rosni Samah,

2007). Ini sebenarnya menjejaskan mutu pembelajaran pelajar terhadap bahasa kedua dalam

kemahiran seperti latihan mendengar dan bertutur bahasa asal. Ada kalanya terjemahan ini

sangat perlu dalam situasi di mana isi kandungan memerlukan terjemahan, akan tetapi

kebiasaan guru menterjemah setiap kali memasuki kelas bahasa tidak digalakkan lagi.

Dunia pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing atau bahasa kedua sudah banyak

mengalami transformasi semasa, contohnya daripada pengajaran berpusatkan guru kepada

pelajar, sistem pondok ditukar kepada sistem kurikulum teratur di sekolah dan juga

universiti, pelaksanaan program jQAF dan (Hofstetter, 1995) penggunaan multimedia dalam

kelas yang membolehkan pelajar berinteraksi secara terus kerana sudah mempunyai elemen

yang bersifat komunikatif. Terdapat juga beberapa kaedah dalam pengajaran bahasa Arab

terutamanya yang telah mengadaptasi banyak penemuan kajian seperti CALL iaitu

pembelajaran bahasa berbantukan komputer (Mohd Feham Md. Ghalib, 2008), namun

pencapaian objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran perlu penambahbaikan dari masa

ke masa. Sekarang dunia juga mempunyai teknologi tanpa sempadan yang dinamakan

internet. Dengan demikian, pengajar dan juga pelajar lebih mudah untuk mengakses

maklumat dan mempelajari isi kandungan dengan lebih interaktif seterusnya (Muhammad

Haron Husaini et. al, 2010) bertindak sebagai agen perubah daripada tren pengajaran lama

yang tidak berfungsi untuk situasi pengajaran yang tertentu.

CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN EFEKTIF

Hasil daripada pemerhatian dan kajian kepustakaan oleh pengkaji, maka beberapa cadangan

dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran cuba dirumuskan supaya menjadi kayu ukur

penentu kejayaan SBP. Kaedah-kaedah yang dinyatakan ini lebih bersifat PCK

(Pedagogical Content Knowledge) di mana pengkaji merasakan perlunya kaedah ini

diketengahkan secara meluas. Berikut adalah cadangan-cadangannya:

1. Memberi pencontohan yang mudah apabila membincangkan sesuatu topik serta

menggunakan perkataan yang biasa disebut dalam solat dan doa. Contohnya, kaedah

pencontohan yang diajukan oleh pengajar daripada perkataan muslimin, kafirin, rezeki,

solat, zikir, haji, iftitah, ruku’, sujud dan lain-lain dalam tajuk Alif Lam Shamsiyah dan

Page 6: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1922

Alif Lam Qamariyah (Mohd Puzhi Usop & Mohammad Seman, 2010). Perkataan-

perkataan yang selalu dibaca oleh pelajar mampu memberi kesan yang baik dalam

meningkatkan tahap kefahaman mereka. Selain itu, pengajar perlu banyak

menggunakan contoh kosa kata bahasa Arab yang mirip dengan bahasa ibunda pelajar

seperti perkataan masjid, baitullah, masjid al-Aqsa, taqwim dan lain-lain lagi.

2. Mengajar tatabahasa Arab berpandukan teks yang sedia ada seperti ayat-ayat al-Qur’an

dan hadis. Pengajar tidak perlu bersusah payah mencari bahan bantu mengajar yang

baharu manakala pelajar pula sudah terbiasa dengan contoh yang dikemukakan. Ini

akan menggalakkan pelajar untuk mengetahui contoh dengan lebih mendalam dan

membantu pelajar untuk mengingat dengan mudah. Di harap dengan cara ini juga

pelajar dapat menambahkan pengetahuan dalam agama dengan sendiri. Contohnya,

(Mohd Puzhi Usop & Mohammad Seman, 2010) dengan menggunakan ayat-ayat al-

Qur’an yang mempunyai kata ganti nama (dhamir) dalam latihan untuk menggantikan

set latihan biasa daripada perkataan yang biasa dengan mengisi tempat kosong dalam

jadual dengan memenuhkan kotak yang tidak dilengkapi dengan dhamir lain.

3. Menjadikan mashaf al-Qur’an yang mempunyai tafsir dan terjemahan sebagai bahan

rujukan dan bahan bantu mengajar yang efektif dalam aktiviti dan latihan di dalam

kelas. Dengan demikian, bahan ini dapat menjimatkan masa kedua-dua belah pihak

iaitu pengajar dan pelajar. Pelajar tidak memerlukan masa yang lama untuk

menyesuaikan diri dengan latihan yang tidak dapat dijangka setiap kali menghadiri

kelas, sekaligus dapat mempertingkatkan mutu bacaan dalam al-Qur’an. Manakala

pengajar pula tidak perlu membuat persediaan yang lama untuk pengajarannya kerana

sudah terbiasa dengan tatabahasa,retorik dan makna-makna ayat al-Qur’an.

4. Mengambil kira pengubahsuaian semula teknik pengajaran lama yang tidak membantu

pelajar untuk mencapai objektif kandungan dengan menekankan kepada cara

penyampaian isi pengajaran yang mudah difahami (Aliza Alias dan Mohd Mokhtar

Tahar, 2006). Jadi, pencontohan berdasarkan gambar dan kosa kata bahasa Arab moden

(seperti haasub, haatif yadawi dan dardasyah) dianggap tidak lagi berjaya meraih minat

dan kefahaman pelajar tentang sesuatu topik berbanding pencontohan daripada

perkataan yang biasa digunakan dalam solat, zikir dan doa seharian seperti doa, insaf,

taubat, akbar, iftitah, ighfirli dan lain-lain.

5. Pengajar menekankan cara penyampaian menggunakan teknik imlak al-manqul atau

imlak al-manzur atau al-imlak ikhtiyari untuk mana-mana tajuk pelajaran. Manakala

(Maimun Aqsa Lubis, 2009) mengatakan bahawa pengajaran al-imlak al-ikhtiyari

mampu memberi kesan yang maksima dalam penguasaan pelajar untuk mendengar

perkataan, menulis dengan betul, dan juga mengingatinya dalam jangka masa lama.

Pengajaran berbentuk Imlak boleh dilakukan juga dengan menggunakan teknologi

seperti projektor LCD dan sedutan movie dengan menayangkan visual dan audio cara-

cara mengerjakan solat dalam bahasa Arab. Bahan bantu mengajar ini akan menjadikan

pelajaran lebih jelas dan menarik (Mohd. Yusuf Ahmad, 2010). Kaedah ini juga akan

membantu pelajar lemah dalam memperbaiki mutu pendengaran dan penulisan mereka.

6. Mengaplikasikan CLIL (Content and Language Integrated Learning) sebagai satu

pendekatan komunikatif alternatif bagi pelajar yang sudah mampu membimbing diri

sendiri. Justeru, kaedah pembelajaran kendiri di dalam kelas melalui pendekatan CLIL

adalah wajar untuk mendedahkan pelajar dengan ilmu agama yang lain selain

mengetahui kaedah bahasa Arab dan ilmu-ilmunya. Contohnya, pelajar diberi teks

berkaitan hukum-hukum fekah dalam bahasa Arab kemudian diarahkan untuk membuat

rumusan daripada teks terbabit. Bagaimanapun, harus diingat bahawa pendekatan ini

hanya sesuai untuk pelajar yang sudah boleh berdikari dengan sendiri dan mempunyai

kemampuan bahasa yang kukuh, manakala pelajar yang masih bergantung sepenuhnya

Page 7: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1923

kepada bimbingan dan tunjuk ajar pengajar ianya tidak sesuai dijalankan

(Kamarulzaman Abd. Ghani et. al, 2010).

7. Pengajar perlu menyediakan set kosa kata yang bercirikan istilah-istilah yang

digunapakai dalam ibadat untuk sesuatu isi kandungan atau menggunakan kamus yang

mempunyai ciri yang serupa. Jika pelajar dalam bidang kejururawatan mempunyai

kamus bagi istilah-istilah perubatan dan kejururawatan, maka sudah pasti kamus

sebegini juga perlu diterbitkan. Pengamal pendidikan bahasa Arab mesti berusaha

untuk memperbanyakkan kamus-kamus istilah untuk tujuan ibadat agar dapat

digunapakai oleh pengajar yang lain juga.

8. Pengajar harus mempunyai kesediaan dan motivasi yang tinggi dalam kerjaya sebagai

penggerak utama dalam membimbing pelajar mendalami bahasa kedua dan asing.

Seseorang pengajar yang tidak memperlihatkan minatnya dalam pengajaran akan

memberi kesan yang negatif kepada minat pelajar juga (Mohd Bakhir Abdullah, 2008).

Dengan demikian, antara ciri-ciri pengajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi

dalam pengajaran ialah pengajar bersedia untuk mencuba kaedah pengajaran baharu

mengikut peredaran zaman (Nik Mohd Rahimi Nik Yusof et. al, 2008). Contohnya,

menghadiri kursus, latihan dan bengkel tentang perkaedahan terkini dalam pengajaran

dan bersedia menggunakan teknologi maklumat yang meluas.

9. Pengajar harus tahu matlamat yang ingin dicapai mengikut tujuan khusus pengajaran

bahasa Arab itu dilaksanakan. Jika di Malaysia umpamanya, bahasa Arab diajar di IPT

(Naimah Abdullah et. Al, 2008) sebagai contoh UiTM adalah untuk mempersiapkan

graduan yang bakal menempuhi alam pekerjaan dengan bahasa tambahan untuk

menjadi lebih berdaya saing dalam perubatan, ekonomi, pelancongan, industri dan

sebagainya. Contohnya, jika bahasa Arab diajar untuk tujuan perubatan, maka pengajar

perlu melengkapkan pelajar dengan kemahiran bahasa yang berkaitan dengan perubatan

supaya matlamat dapat dicapai dan bukannya mengajar kaedah bahasa semata-mata.

Tambah Mohd. Yusuf Ahmad (2010), pengajar di maktab atau IPT juga harus membuat

senarai hasil pembelajaran dan langkah-langkah pengajaran seperti yang dibuat oleh

guru di sekolah juga supaya objektif pengajaran menjadi jelas.

10. Menggunakan teknik pengajaran yang berbentuk pemerolehan bahasa terhadap pelajar

dan bukannya terlalu berfokuskan kepada pembelajaran yang rasmi di dalam bilik

darjah atau kuliah pembelajaran. Melalui kaedah ini, pengajar akan membudayakan

sistem pengajaran berpustatkan pelajar di mana pelajar bebas berkomunikasi dan akan

memperolehi bahasa Arab secara semulajadi kerana terdapat persekitaran bahasa yang

baik (Saupi Man, 2007) membantu mereka untuk mengingati fakta dan sebagainya.

Kaedah ini sangat mudah diamalkan kerana ibadat sudah menjadi rutin wajib bagi umat

Islam. Pengajar bahasa Arab pula dibantu oleh pengajar ilmu agama lain dalam

memperbetulkan kesalahan pelajar jika berlaku.

11. Membuat rumusan hasil pembelajaran dan isi-isi penting sebagai peneguhan dan

pengukuhan (Mohd. Yusuf Ahmad, 2010) dengan mengaitkan isi pelajaran dengan

keperluan dalam beribadat. Sebagai contoh, pengajar berkata bahawa pelajaran yang

berlaku bukan untuk pengetahuan semata-mata, tetapi ia mempunyai kepentingan yang

sangat besar dalam menambahkan kesempurnaan dan kekhusyukan ibadat seharian.

Ibadat yang dilakukan juga menjadi sia-sia tanpa pengetahuan dan kefahaman terhadap

bacaan dalam ibadat.

12. Pengajar perlu membuat gabungjalin di antara kosa kata baharu dengan sejarah

pembentukan kosa kata itu sendiri atau sejarah lain yang berkaitan. Dengan demikian,

proses berfikir, memproses maklumat dan pengukuhan terus berlaku sebaik pelajar

disalurkan dengan maklumat terbabit. Sebagai contoh, perkataan ’abqari dalam bahasa

Arab membawa maksud pandai atau cerdik yang diambil daripada tempat tinggal jin

Page 8: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1924

dan orang Arab menganggap jin makhluk yang cukup pandai. Pelajar tidak harus

dibebani dengan senarai kosa kata yang banyak sehingga tidak mampu untuk

menerimanya atau pengajar hanya menyenaraikan kosa kata yang tidak diperlukan oleh

pelajar (Ana Bocanegra Valle, 2007). Pelajar juga hanya dibekalkan dengan senarai

kosa kata yang diperlukan sahaja.

13. Menurut Kamarul Shukri etc (2010) guru bahasa hendaklah mengadakan bengkel

pengajaran SPB dengan mendedahkan kepada para pelajar cara penggunaan strategi

pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar yang bermotivasi tinggi. Ini

disebabkan pelajar yang sentiasa bermotivasi dalam penggunaan SPB adalah mereka

yang berasa seronok ketika mempraktikkannya dan mendapati ia berkesan dalam

memperbaiki tahap pencapaian bahasa. Dengan kata lain, penggunaan SPB yang sering

diamalkan oleh pelajar bermotivasi tinggi adalah antara cara terbaik untuk

mempertingkatkan motivasi dan pencapaian bahasa pelajar. Memandangkan strategi

tampungan dan metafizik merupakan strategi yang paling kerap digunakan oleh ketiga-

tiga kumpulan motivasi maka penggunaan strategi tersebut perlu dimaksimumkan dan

diajarkan kepada para pelajar semasa mempelajari bahasa Arab.

14. Kajian perbandingan mengenai keberkesanan pengurusan sekolah adalah amat penting.

Penemuan kajian tersebut akan dapat mengenal pasti faktor penyumbang kepada

keberkesanan sesebuah sekolah (Muhammad Faizal A. Ghani, 2013). Selalunya,

perbandingan keberkesanan tersebut adalah berpandukan keputusan peperiksaan umum

sesebuah sekolah. Sekolah mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang akan

dijadikan model untuk mengenal pasti keberkesanan pengurusannya. Kajian Frost

(2010) menyokong pandangan tersebut dengan menemui kajian perbandingan antara

sekolah bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keberkesanan sesebuah sekolah dan

dijadikan panduan pengurusan kepada sekolah yang kurang cemerlang. Namun, kajian

perbandingan lebih tertumpu dalam kalangan sekolah cemerlang yang sama aliran

pengajian mereka. Ini disebabkan setiap sekolah yang berlainan aliran tidak mempunyai

budaya yang sama. Implikasinya, kajian mengenai perbandingan sekolah yang berlainan

aliran kurang sesuai untuk dikongsi penemuannya.

15. Mengikut Muhammad Haron Husaini et. 2014. Satu hakikat yang perlu diterima ialah

ianya perlu menjalankan beberapa kajian atau memanfaatkan kajian-kajian yang telah

dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dan pengkaji semasa dengan memuatkan

teks-teks yang sesuai sama ada kosa kata, susunan dan lain-lain elemen. Kajian ini juga

mencadangkan agar buku-buku yang telah dihasilkan mesti melalui proses serta tempoh

percubaan yang sesuai dan mencukupi, sebelum diguna pakai untuk satu tempoh yang

agak panjang. Semakan dan penambahbaikan perlu berlaku sekurang-kurangnya setiap

5 tahun.

KESIMPULAN

Pengajaran bahasa Arab untuk pelajar SBP perlu kepada lebih perhatian dan usaha daripada

pihak yang terbabit, halatuju yang jelas serta mekanisme yang kukuh (Mohd Bakhir

Abdullah, 2008) bagi melahirkan generasi umat Islam yang celik bahasa dalam kehidupan

dan alam kerjaya mereka. Pengajar juga harus menitikberatkan kaedah terkini seperti yang

disebutkan dalam perbincangan seperti CLIL dan PCK selain daripada mempunyai

kemahiran tertentu seperti menguasai kaedah pengajaran umum dan kurikulum, bermotivasi,

personaliti yang menarik dan pergaulan yang baik dengan pelajar (Nik Rahimi Nik Yusof,

2008). Kaedah yang bermutu selaras dengan perkembangan dan keperluan pelajar perlu

digarap dan dikaji dari masa ke masa agar objektif yang maksimum mampu dicapai. Akan

Page 9: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1925

tetapi, harus diberi perhatian oleh pengkaji terutama pengamal pendidikan yang bergelar

guru atau pensyarah bahawa sehebat mana kajian dilakukan, jika tiada usaha dan kesediaan

untuk melaksanakannya maka hasil kajian tersebut menjadi sia-sia sahaja. Motivasi pengajar

amat penting sekali kerana daripada nadi itulah terbentuk pelajar yang berkebolehan dalam

menguasai bahasa dalam ibadat mereka. Menurut Mohammad Abdillah Samsuiman (2014)

guru merupakan individu yang paling berpengaruh dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

Antaranya ialah guru perlu memupuk semangat dalam diri pelajar agar sentiasa membuat

persediaan sebelum bermulanya kelas, sentiasa mengulangkaji subjek bahasa Arab sama

seperti pelajaran lain, membuka kamus untuk menambah perbendaharaan kata bahasa Arab

dan mencari bahan bacaan Bahasa Arab. Selain daripada itu juga guru perlu memberi

galakan agar pelajar menyertai aktiviti dan pertandingan bahasa Arab di sekolah.

RUJUKAN

Ahmad Rizal Md Rais Abdul Razaq Ahmad & Anisa Saleha Norfarizah Adira Abd Hadi.

2015. Kompentensi Guru Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk)

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Proceeding: 7th International Seminar on Regional

Education, November 5-7, 2015. V1

Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar. 2006. Strategi Pengajaran Secara Individu dalam

Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan

UKM dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Ana Bocanegra Valle. 2007. English for Specific Purposes: Studies for Classroom

Development and Implementation. books.google.com.my.

Ayad Abdullah. 2008. Al-lughah Al-’Arabiyyah fi Malizia Ta’liman wa Ta’alluman:

Mu’awwiqat. Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institusi

Pengajian Tinggi Malaysia SEBAKA.

Azman Che Mat & Ahmad Nazuki@Marzuki Yaakub. 2010. Kegunaan Transliterasi Dalam

Bahasa Arab: Satu Keperluan dalam Konteks Pendidikan. Prosiding Wacana Pendidikan

Islam, Fakulti Pendidikan UKM dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Fred Thomas Hofstetter. 1995. Multimedia Literacy. New York: McGraw Hill.

Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan & Muhammad Azhar Bin Zailaini. Kurikulum Baru

Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi Sekolah Menengah. Masalah Pendidikan

Jilid 27

http://www.moe.gov.my/my/bpsbpsk. 10.48am. 28.4.2016

Kamarul Shukri Mat Teh1, Mohamed Amin Embi,Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Zamri

Mahamod. 2010.Hubungan Tahap Motivasi Dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Terengganu. Jurnal Teknologi, 52 Mei

2010: 57–67 © Universiti Teknologi Malaysia

Kamarulzaman Abd. Ghani et. al. 2006. Mengukur Kebolehbacaan Bahan-bahan Bacaan

Page 10: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1926

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002e). Sukatan pelajaran Bahasa Arab

Komunikasi KBSM. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

M. Hasyim. 2015. Andragogi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Arabiyât : Jurnal

Pendidikan Bahasa Arab dan Kebahasaaraban, 2, (1), 2015, 31-42 Seminar Pengajaran

Pembelajaran Berasaskan Masjid 2010 (SKPPBM 2010), 18-19

Mohammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman & Zamri Arifin. 2014. Hubungan

Antara Kualiti Guru Bahasa Arab Dan Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab

Jurnal Kemanusiaan Bil. 22 ISSN: 1675-1930 ©Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Feham Md. Ghalib. 2008. Pemanfaatan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa Arab.

Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi

Malaysia SEBAKA.

Mohd Puzhi Usop dan Mohammad Seman. 2010. Bahasa Arab untuk Ibadat. Kuala

Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.

Mohd. Yusuf Ahmad. 2010. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Masjid.

Muhamadul Bakir Yaakub. 2010. The Role of Educational Strategies in Human

Development: An Example of Using Key Word Method in Teaching Arabic As a Second

Language in Malaysia Mar. 2010, Volume 7, No.3 (Serial No.53) Journal of US-China

Public Administration, ISSN 1548-6591, USA 50.

Muhammad Faizal A. Ghani [1], Saedah Siraj [2], Radzuan Kassim [3], Husaina Banu

Kenayathulla [4], Shahril@Charil Marzuki [5], Faisol Elham. 2013. Amalan Sekolah

Cemerlang Di Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama: Satu

Perbandingan. The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2

Muhammad Haron Husaini, Muhd. Syukri Abd. Rahman, Ahmad Redzaudin Ghazali &

Naimah Abdullah, Norhayuza Mohamad & Ibrahim Abdullah. 2008. Pengajaran &

Pembelajaran Bahasa Arab di UiTM: Perkembangan, Cabaran dan Wawasan. Prosiding

Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

SEBAKA.

Nik Rahimi Nik Yusof et. al. 2008. Fan Tadris al-Lughah al-’Arabiyyah Lighair al-’Arab.

Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Norhidayati Abdullah. 2014. Tahap Kebolehbacaan Buku Al-Mursyid fi al-Lughah al-

Arabiah (1) IJISAE, Volume 1, Number 1. 2014 : 11-16

Rosni Samah. 2007. Isu Pembelajaran Bahasa Arab. PersidanganKebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) • disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-967- 5478-49-9• http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

Saupi Man. 2007. Asasiyyat Ta’lim al-Lughah al-Ajnabiyyah wa Ta’allumiha. Penerbitan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Page 11: BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) DI SEKOLAH …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1041-irsyad-2016.pdf · bengkel atau kursus intensif serta kem bagi membudayakan bahasa Arab

1927

William H. Dubay. 2004. The Principles of Readability. Impact Information, 126 E. 18th

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin

Othman . 2011. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Di

Malaysia. GEMA Online™ Journal of Language Studies 67 Volume 11(2) May 2011