bahan sastera dalam pengajaran bm

12
CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Oleh: Roslinah binti Raya (Mac 2008) Universiti Brunei Darussalam 1.0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi. Bahasa dan sastera tidak seharusnya dipisahkan kerana keduanya diibaratkan seperti irama dan lagu. Jika salah satunya tiada, maka tidaklah bermakna salah satu yang lain itu. Di dalam karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai media pengantar untuk menyampaikan idea, mesej dan pandangan mengenai dunianya. Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karya sastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi. Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid itu berada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya menjadikan bahan sastera itu sebagai komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid. Di Negara Brunei Darussalam, sesetengah guru sekolah rendah masih kurang mahir menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru juga didapati kurang inisiatif dalam menggunakan bahan sastera dalam pengajaran, bahkan ada yang beranggapan bahawa bahan sastera tidak sesuai diajarkan di sekolah rendah. Perkara 1

Upload: rlinah

Post on 06-Jun-2015

11.851 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Artikel mengenai penggunaan Cerpen dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pengajaran imbuhan kepada murid-murid darjah 6 berasaskan cerpen yang telah dipilih.

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYUOleh: Roslinah binti Raya (Mac 2008)Universiti Brunei Darussalam

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi.

Bahasa dan sastera tidak seharusnya dipisahkan kerana keduanya diibaratkan seperti irama dan lagu. Jika salah satunya tiada, maka tidaklah bermakna salah satu yang lain itu. Di dalam karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai media pengantar untuk menyampaikan idea, mesej dan pandangan mengenai dunianya. Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karya sastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi.

Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid itu berada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya menjadikan bahan sastera itu sebagai komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid.

Di Negara Brunei Darussalam, sesetengah guru sekolah rendah masih kurang mahir menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru juga didapati kurang inisiatif dalam menggunakan bahan sastera dalam pengajaran, bahkan ada yang beranggapan bahawa bahan sastera tidak sesuai diajarkan di sekolah rendah. Perkara ini terjadi mungkin juga kerana guru tersebut kurang berminat dalam karya-karya sastera.

Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran seperti objektif, prinsip pemilihan serta kelebihan menggunakan bahan sastera, jenis-jenis bahan sastera dan cerpen sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya kertas kerja ini, diharap akan dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada guru-guru serta bakal guru.

2.0 SASTERA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001: 31), melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman,

1

Page 2: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yang digunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pengajaran guru menggunakan bahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca, lisan, menulis serta mempelajari peribahasa dan tatabahasa.

Berikut diterangkan objektif penggunaan, prinsip pemilihan dan kelebihan menggunakan bahan sastera.

2.1 Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Menurut Rozaiman (2007: 10), walaupun bahan sastera (BAHTERA) digunakan sebagai bahan pengajaran, namun dari segi penggabungjalinan, objektif dan tujuan mengajarkan kesusasteraan Melayu itu boleh dijadikan dasar pengajaran dan pembelajaran BAHTERA. Objektif-objektif khusus Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu tersebut adalah seperti berikut:

1. memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera;

2. menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera;3. menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta

mengahargai nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan;4. mengekalkan, menyuburkan dan memperkembangkan minat terhadap

kesusasteraan; dan5. membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera yang sepadan dengan

kemampuan pelajar.

Manakala objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2006:3) bagi sekolah-sekolah rendah juga mementingkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Objektif ke empat itu antara lain menyatakan:

‘membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan termasuk bahan-bahan kesusasteraan dan ilmiah’.

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001:32), pula menggariskan beberapa objektif tentang penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti berikut:

1. Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yang dibaca. Oleh itu semakin banyak pembacaan semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa.

2

Page 3: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

2. Memahami setiap hal dalam tatabahasa secara tidak langsung. Begitu juga dalam penggunaan bahasa daerah, ungkapan, istilah dan struktur ayat yang kesemuanya terjadi mengikut keadaan yang benar dalam karya sastera.

3. Membolehkan seseorang memberikan penafsiran atau interpretasi kepada sesuatu kenyataan yang ditemui dalam pembacaannya.

4. Menghayati keindahan bahasa dan mendorong melahirkan penggunaan bahasa yang baik serta menarik kepada perkembangan kebudayaan yang bernilai.

5. Karya sastera kebanyakannya mencerminkan dan merakamkan peristiwa perlakuan manusia, dapat mengenali sistem sosial dan sosiobudaya sekitar mereka.

6. Minat pelajar dapat dipupuk melalui pendedahan bahan-bahan sastera. Secara tidak langsung akan menanam atau menimbukan bakat yang terpendam dalam penulisan.

7. Untuk menyemai pemikiran positif dan kreatif serta optimis dalam menggalakkan hasrat dan proses pendidikan seumur hidup.

8. Untuk mendidik para pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang peranannya sebagai ahli sebuah komuniti.

2.2 Kelebihan Menggunakan Bahan Sastera

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam menggunakan bahasa yang meluas dan tinggi kerana karya-karya sastera mengandungi bahasa-bahasa yang indah, tinggi dan perbendaharan kata yang banyak.

Selanjutnya Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001) menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada pelajar kerana karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huaraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaraskan mengikut peringkat umur pelajar.

Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar. Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai dan menyesuaikan bahan sastera tersebut dengan pengajarannya.

Menurut Ismail Ahmad (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001), penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu akan membuka ruang kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya.

Manakala menurut Subadrah Nair (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001), pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar. Sebagai contoh penggunaan cerpen atau cerita rakyat akan dapat membantu pelajar

3

Page 4: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

mengenali watak-watak, memahamkan isi cerita dan meningkatkan perbendaharaan kata serta memupuk minat pelajar dalam bidang pembacaan.

Penggunaan bahan sastera seperti pantun, sajak, cerpen atau cerita rakyat juga akan membantu pelajar bukan Melayu mengenali kebudayaan orang-orang Melayu.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kelebihan yang dapat diambil manfaat dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru hendaklah mengambil inisiatif dalam memilih bahan-bahan yang sesuai bagi menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menyeronokkan bagi semua pelajar. Pemilihan bahan yang baik serta bersesuian akan menjadikan pelajar faham dan minat terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh guru.

2.3 Prinsip Pemilihan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Guru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunkan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yang akan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusaha mencari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku cerita rakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akan disenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa. Antaranya,

Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan bahan berupa petikan seperti berikut:

i. Pandangan guru Bahasa Melayu. ‘Apakah tujuan ia memilih sesuatu petikan itu?’

ii. Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.

iii. Linguistik dan pedagogi. ‘Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan?’

Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya bahasa yang baik, mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada pelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya. Pergerakan proses pembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi sukat-sukat bagi prinsip pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa.

Manakala menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi juga perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajar dalam kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun), tahap

4

Page 5: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

romantik (umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahap generalisasi (umur 16 tahun).

Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi pelajar akan memudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan. Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar belakang dan budaya pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atau tidak berkesan sama sekali.Dalam pada itu EL Moody seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip penting dalam pemilihan bahan iaitu:

i. Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar.

ii. Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak.iii. Adanya urutan kronologi.iv. Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan.

Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan bahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta mempertimbangkan perkara seperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan, objektif pengajaran dan sebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan dan tidak berkesan.

3.0 JENIS-JENIS BAHAN SASTERA TEMPATAN

Di Negara Brunei Darussalam terdapat banyak jenis bahan sastera sebagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan sastera tempatan bagi memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar. Berikut disenaraikan beberapa jenis sastera tempatan yang dijelaskan oleh Rozaiman (2007:17-21)

i. PantunBuku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang diungkayahkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi banyak perlambangan.

ii. SyairDewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.

5

Page 6: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

iii. PerambahanPerambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendaptakan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajarkan maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.

iv. Diangdangan / HikayatDiangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok, Hikayat Awang Si Ambok dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu.

v. CerpenCerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu (Brunei) Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya.

Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan saster tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.

4.0 CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DALAM BAHASA MELAYU

4.1 Cerpen Bertajuk ‘Satu Ringgit’ Sebagai Bahan Pengajaran Imbuhan {meN..} Bagi Darjah 6.

Sinopsis: Kisah seorang wanita yang mengenang kisah silamnya semasa berpuasa di bulan Ramadan. Dia dilatih berpuasa oleh kedua ibu bapanya secara berperingkat-peringkat iaitu, bermula dari setengah hari dan jika sudah berupaya, dia dilatih berpuasa sehari suntuk. Bapa saudaranya pula mendorongnya berpuasa dengan cara memberikan upah satu ringgit setiap hari dia berpuasa. Di samping bercerita tentang kisah satu ringgit, dia juga mengenang tentang suasana bulan Ramadan di zaman kanak-kanaknya dan dibandingkannya dengan suasana berpuasa pada masa kini. (Sila rujuk lampiran)

Kisah yang terkandung di dalam cerpen ini boleh digunakan bagi mendidik pelajar terutamanya pelajar di sekolah rendah, tentang nilai-nilai murni iaitu seperti, tidak mengerjakan ibadah terutamanya puasa kerana untuk mendapatkan wang.

6

Page 7: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

Selain itu, banyak aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang dapat diajarkan menggunakan cerpen yang dipilih. Sebagai contoh aspek tatabahasa tersebut ialah seperti, imbuhan, cakap ajuk dan cakap pindah, kata nama dan sebagainya. Manakala aspek kemahiran asas Bahasa Melayu juga boleh diajarkan seperti aspek kemahiran menulis, mendengar, bertutur dan membaca.

Berikut akan di huraikan tentang aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang penulis fikirkan sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan cerpen Satu Ringgit ini.

4.2 Aspek Tatabahasa Dan Kemahiran Asas Bahasa Melayu

Berdasarkan bahan cerpen Satu Ringgit ini, aspek tatabahasa yang difikirkan sesuai ialah, imbuhan me{N}. Pengajaran ini ditujukan untuk murid-murid darjah 6 sekolah rendah. Manakala aspek kemahiran asas yang diberi penekanan termasuklah kemahiran lisan, membaca dan menulis.

a. Kemahiran lisanKemahiran lisan ialah gabungan di antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita setelah guru membacakan cerpen tersebut. Murid-murid juga menyenaraikan imbuhan me{N} yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Selain itu guru juga boleh menyuruh murid menyenaraikan kata dasar daripada perkataan berimbuhan yang telah dinyatakan sebelumnya.

b. Kemahiran membacaMurid membaca petikan cerpen yang diberikan oleh guru. Namun ada baiknya jika penggabungjalinan bahan dibuat oleh guru iaitu dengan menggunakan tayangan slaid mengenai cerpen tersebut, supaya murid dapat membaca dengan jelas dan guru dapat menjimatkan masa serta wang dalam menyediakan banyak bahan bercetak. Penggabungjalinan ini juga bertujuan untuk menjadikan guru supaya lebih berkreativiti dan sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan memotivasi murid supaya mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan.

c. Kemahiran menulisKemahiran menulis boleh dipupuk melalui aktiviti membina ayat baharu berpandukan perkataan berimbuhan yang disenaraikan semasa aktiviti lisan. Guru juga boleh mengarahkan murid untuk menulis sinopsis cerpen yang mereka baca. Selain itu banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan seperti menuliskan nilai-nilai murni yang terdapat daripada cerpen tersebut, menuliskan sebuah karangan berpandukan perkataan imbuhan yang disenaraikan sebelumnya dan menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat di dalam cerpen tersebut.

Melalui aktiviti yang telah disenaraikan di atas, adalah diharapkan murid-murid akan dapat mengembangkan dan meningkatkan pemikiran intelek mereka dengan bantuan guru yang juga seharusnya mempunyai kreativiti yang tinggi. Guru perlu

7

Page 8: Bahan Sastera dalam pengajaran BM

menggunakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.

5.0 KESIMPULAN

Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepada kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah. Begitu halnya dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa memerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah.

Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera terutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri agar lebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guru perlu rajin dalam mencari sumber lain selain daripada hanya bergantung kepada penggunaan buku teks sahaja.

Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera aktiviti berterusan juga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan di luar darjah seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, berpidato dan peraduan berbahas. Dengan yang demikian khazanah kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan oleh generasi masa kini.

Rujukan:

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.

Sidang Penyusun. (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan

8