bahan refleksi.docx

10
REFLEKSI Dalam menghasilkan guru Bahasa Melayu yang dapat menangani dan mendepani pendidikan Bahasa Melayu, empat aspek berikut perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Ini berdasarkan pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat konsep Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) jika mahu menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh guru, termasuk guru-guru Bahasa Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan PPK? Shulman (1987) mendefinisikan PPK kepada pengetahuan guru menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan guru terhadap pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. PPK banyak melibatkan cara penyampaian guru secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran itu dapat difahami pelajar dengan mudah. PPK dapat memperkasa pengajaran guru Bahasa Melayu dari segi membimbing pelajar untuk memahami mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih bermakna seperti dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, pertuturan yang lancar dan sistematik, perwatakan yang ceria dan meyakinkan ketika kelas Bahasa Melayu, penjelasan topik yang disusun, diolah, diubah suai dan disampaikan berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar. Dengan adanya PPK ini, guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan. b. Pengetahuan isi kandungan Guru-guru Bahasa Melayu perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah: i. Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya. ii. Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa. iii. Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses

Upload: juliana-zainul

Post on 21-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN REFLEKSI.docx

REFLEKSI

Dalam menghasilkan guru Bahasa Melayu yang dapat menangani dan mendepani pendidikan Bahasa

Melayu,  empat aspek berikut perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Ini berdasarkan

pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat konsep Pedagogical Content

Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) jika mahu menghasilkan guru yang

cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sewajarnya

diikuti dan diamalkan oleh guru, termasuk guru-guru Bahasa Melayu.

Apakah yang dimaksudkan dengan PPK? Shulman (1987) mendefinisikan PPK kepada pengetahuan

guru menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan

memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan

guru terhadap pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri

setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan. PPK banyak melibatkan cara penyampaian guru secara berkesan

terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah,

penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran itu dapat

difahami pelajar dengan mudah.

PPK dapat memperkasa pengajaran guru Bahasa Melayu dari segi membimbing pelajar untuk memahami mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih bermakna seperti dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, pertuturan yang lancar dan sistematik, perwatakan yang ceria dan meyakinkan ketika kelas Bahasa Melayu, penjelasan topik yang disusun, diolah, diubah suai dan disampaikan berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar. Dengan adanya PPK ini, guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

b.    Pengetahuan isi kandungan

Guru-guru Bahasa Melayu perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:

i.               Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.

ii.             Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

iii.            Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.

Page 2: BAHAN REFLEKSI.docx

iv.           Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.

c.    Pengetahuan Kurikulum

Pengetahuan kurikulum bermaksud guru-guru Bahasa Melayu perlu memahami, mengetahui dan menguasai bagaimana kurikulum Bahasa Melayu itu dibina dan direka bentuk menjadi satu kurikulum yang sesuai untuk tahap kognitif pelajar. Antara elemen dalam pengetahuan kurikulum Bahasa Melayu itu ialah:

i.              Kesinambungan kurikulum: Hal ini bermaksud setiap kurikulum Bahasa Melayu yang dibina perlu saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, kurikulum Bahasa Melayu menengah rendah ada kesinambungan dengan kurikulum Bahasa Melayu menengah atas. Tajuk tatabahasa misalnya, jika di peringkat sekolah rendah, penekanannya diberikan kepada tatabahasa yang mudah, pembinaan ayat-ayat yang mudah, maka sebaliknya di peringkat menengah rendah dan atas, sudah pasti tatabahasa yang digunakan jauh lebih sukar berbanding tatabahasa pelajar sekolah rendah. Begitu juga dengan pembinaan ayat dan sebagainya.

ii.             Orientasi kurikulum: Penekanan kurikulum Bahasa Melayu yang berorientasikan peperiksaan perlu dikurangkan. Hal ini bermaksud, apabila kurikulum Bahasa Melayu lebih berfokus kepada peperiksaan, maka matlamat utama untuk membantu pelajar menguasai kesemua kemahiran bahasa, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain tidak tercapai. Pelajar hanya menguasai Bahasa Melayu untuk tujuan peperiksaan sahaja.

iii.            Pelaksanaan kurikulum: Guru-guru perlu memiliki pengetahuan bagaimana hendak melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan menyeluruh untuk membolehkan guru-guru membuat perancangan dan pelaksanaan pengajarannya mengikut tahap perkembangan dan kematangan pelajar. Apabila guru Bahasa Melayu memahami pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu tersebut, maka guru-guru dapat merancang pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu secara menyeluruh, terutamanya menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan bahasa. Hal ini penting diketahui dan dikuasai setiap guru agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu yang dibuat dapat disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa.

Page 3: BAHAN REFLEKSI.docx

iv.           Kandungan sukatan pelajaran: kandungan sukatan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga perlu berubah mengikut perubahan semasa yang berlaku. Perkara-perkara berkaitan dengan ICT, penilaian dan pentaksiran, kemahiran abad ke-21, kepelbagaian kecerdasan dan sebagainya perlu dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu selain mengekalkan perkara-perkara sedia ada seperti kemahiran bahasa, penerapan nilai dan lain-lain. Sebaik-baiknya kesemua perkara ini disebatikan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

Rumusannya, Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak mencabar keupayaan dan kebolehan guru Bahasa Melayu untuk mengajar dengan baik dan berkesan. Keadaan ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu perlu bersedia dan lebih terkehadapan dalam banyak perkara agar proses pengajarannya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.

Menurut Zamri Mahamod (2011) Kemahiran berkaitan dengan normal, nilai murni dan kerohanian ini bermaksud guru-guru Bahasa Melayu perlu menerapkan elemen-elemen ini ketika mengajar Bahasa Melayu. Penerapan dan penyebatian norma, nilai murni dan kerohanian ini tidak hanya diserapkan secara tersurat dalam kandungan kurikulum, tetapi juga secara tersirat. Menerapkan nilai rasa bersyukur mempelajari Bahasa Melayu, mencintai bahasa ibunda serta menyedari akan kepentingan ilmu bahasa dalam kehidupan serta menyepadukan ilmu bahasa dengan pelbagai ilmu/multidisiplin/merentas ilmu serta mengaitkan ilmu bahasa dengan ilmu dunia dan akhirat adalah penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran yang seimbang dalam aspek norma, nilai murni dan kerohanian.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali

sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri

ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang

mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga

kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk

individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak

mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan

merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang

secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan

cita-cita negara.

Menurut  http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafah-pendidikan.html

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem

pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber

inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai

beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga

pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.

Page 4: BAHAN REFLEKSI.docx

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”.

Ungkapan “tuntutlah ilmu sampai keliang lahad” merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi

menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu

bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan

dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat

dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan

secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya.

Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya

perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi

matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Ini turut disokong oleh membangunkan modal

insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di mana ia memberi fokus kepada sistem nilai,

aspek disiplin, sahsiah, dan jati diri pelajar. Setiap perancangan yang disusun tidak dapat lari dari

tujuan utama untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu,

pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

ii.          memperkembang potensi individu.

Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani.

Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah

unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat

penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur

emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat

perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah

laku yang baik.

Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan

penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur

intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah

sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan

potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

iii.            perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang

maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri

individu tersebut.

iv.           insan yang seimbang dan harmonis.

Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak

mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh

badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai

jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini

dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati

orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang

dihadapi dengan tenang dan cepat.

v.               kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Page 5: BAHAN REFLEKSI.docx

Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya

Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang

telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini

dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan

kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa

mengukuhkan kepercayaan beragama.

vi.             Berilmu pengetahuan

Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu

dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan

ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha

berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

vii.             Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan

tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga

merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran

yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan

unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai

mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan

dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang

perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

viii              Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan

sempurna. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan

negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan. Rakyat

Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup,

mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam

menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain.

ix.                          Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan

negara.           

Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara

dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat

kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai

teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita.

Page 6: BAHAN REFLEKSI.docx

TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAMAJLIS PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN 2013PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-202517 JUN 2014SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)PUTRAJAYA

http://buletinkpm.blogspot.com/2014/06/teks-ucapan-oleh-tpm-pada-majlis.html

PPPPM

21. Turut dipaparkan di dalam Laporan Tahunan 2013 PPPM ini ialah kejayaan inisiatif LINUS (Literasi dan Numerasi). Peningkatan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid menjadi keutamaan segera PPPM 2013-2025. Inisiatif LINUS telah mensasarkan 100 peratus murid menguasi literasi Bahasa Malaysia dan numerasi. Pada tahun 2013, LINUS 2.0 telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan bagi murid Tahun 3, iaitu 99.1 peratus murid menguasai literasi Bahasa Malaysia dan 99.3 peratus menguasai numerasi. Literasi Bahasa Inggeris Tahun 1 yang baharu dilaksanakan pada tahun lalu telah menunjukkan peningkatan yang ketara daripada saringan garis asas 50.1 peratus kepada 63.3 peratus dalam saringan 2. 

Page 7: BAHAN REFLEKSI.docx
Page 8: BAHAN REFLEKSI.docx

Pengajaran Efektif

Pengajaran yang efektif ialah satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Pengajaran yang efektif dihasilkan oleh guru yang efektif. Menurut satu kajian oleh Daveid G. Ryans (1959), guru yang efektif ialah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:- Bersikap adil dan tidak pilih kasih.- Bertimbang rasa dan baik hati.- Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.- Tenang dan stabil emosinya.- Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya berjenaka.- Berpersonaliti dinamik, iaitu menarik, tangkas dan kerap kali menghidupkan suasana bilik darjah.- Mempunyai kecerdasan tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangan yang luas.- Mempunyai imaginasi tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep dengan mudah serta cepat.- Bersuara lantang dan bertingkah laku beradab.- Bersabar. Kesabaran penting ketika guru membimbing murid-murid yang lemah dan nakal.

Page 9: BAHAN REFLEKSI.docx

- Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas. Murid-murid akan mempercayai guru seperti ini. Dengan itu murid lebih sedia berkongsi masalah dengan guru.- Bersikap tegas. Guru yang tegas dapat mewujudkan disiplin yang baik. Ini membolehkan pengajaran-pengajaran berjalan dengan licin.- Mementingkan ketepatan masa. Guru yang menepati masa ketika masuk ke bilik darjah dapat memulangkan tugasan murid akan dihormati murid-muridnya. Amalan seperti ini juga merupakan teladan yang baik bagi murid-murid.- Berdedikasi dan rajin. Guru yang berdedikasi kerap kali menyempurnakan tugasannya dengan baik. Dia sentiasa bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran murid yang maksima.- Sedia memberi galakan dan pujian. Sikap seperti ini akan mendorongkan lagi murid-murid untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka.

http://kakramgc.blogspot.com/2008/11/peranan-dan-tugas-guru-yang-efektif.html

Peribadi:

- Dedikasi terhadap pengajaran- Memudahcarakan pembelajaran dan pertumbuhan murid-murid- Prihatin terhadap kebajikan murid,ibu bapa dan rakan sejawat

Berunsurkan pengajaran:

-  Keupayaan menguruskan bilik darjah,tingkah laku dan masa-  Bersemangat untuk mengajar-  Kebolehan memotivasikan murid-  Cekap mengajar

Ketinggian Daya Intelektual:

- Gemar membaca,mentelaah,meneroka sesuatu-  Serasi dengan norma masyarakat,budaya dan sub budaya-  Kesihatan mental yang tinggi

Bersikap Positif:

Page 10: BAHAN REFLEKSI.docx

-  Percaya murid akan belajar-  Berusaha bantu murid-  Semai keyakinan dalam diri murid-  Tunjukkan minat dalam segala aktiviti murid

Proaktif:

-  Pertimbangkan segala isu yang berkaitan-  Jantina- Tempat duduk murid-  Kecerdasan murid-  Sediakan pelan tindakan secara mental

Bijak Dalam Pencegahan:

-  Pertimbangkan segala isu yang berkaitan-  Jantina-  Tempat duduk murid-  Kecerdasan murid-  Sediakan pelan tindakan secara mental

Kualiti peribadi

-  Komitmen-  Tanggungjawab-  integriti

Penghayatan dan amalan nilai

-  Kemahiran teknologi-  Nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam-  Tonggak dua belas

Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran

-  Kandungan mata pelajaran-  Strategi pengajaran-  Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran-  Kemahiran pengurusan bilik darjah-  Kemahiran motivasi

-  Kemahiran komunikasi