bahan epil 1

Upload: nor-azlila

Post on 04-Jun-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    1/14

    Aktiviti 1:

    Laksanakan kajian dokumen mengenai pendidikan khas yang merangkumi:

    kategori individu berkeperluan khas;

    cara untuk mengenalpasti individu berkeperluan khas;

    aktivitipembelajaran dan pengajaran yang bertepatan dengan keperluan setiap individu

    khas;

    keperluan fizikal atau infrastruktur khas seperti peralatan; bahan dan lain-lain;

    lain-lain perkara yang difikirkan bersesuaian.

    Laporkan hasil pencarian dokumen anda dalam bentuk e-portfolio yang perlu dimuatnaik

    1.6 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

    Terdapat pelbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang ( 2000 ) menyatakan

    bahawa Pendidikan Khas ialah Pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi

    masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan pendengaran serta masalah dalam

    pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih

    mencabar. Berlainan pula dengan pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor ( 1998 ) yang

    menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi

    penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar

    terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental

    skills )

    Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah

    penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. di bawah

    rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid bermasalah

    pembelajaran belajar bersama-sama murid normal di dalam kelas yang sama. Mereka di ajar oleh guru

    yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.

    1.7 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

    Bermasalah pendengaran ( hearing impairment )

    Bermasalah penglihatan ( visual impairment )

    Bermasalah pembelajaran ( learning disabililities )

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    2/14

    Bermasalah kerencatan akal ( mental Retadation )

    Bermasalah tingkah laku dan emosi ( behavior disorders & emotional disturbance )

    Bermasalah pertuturan atau bahasa ( speech or language impairment )

    Pintar cerdas ( gifted and talented )

    Bermasalah fizikal ( physical disabilities )

    Bermasalah kesihatan ( health impairment )

    Masalah bergabung ( multiple problem )

    Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan kepada

    kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut

    dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental skills ). Pendekatan baru menolak

    pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan ( medical deficit model ).

    Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-

    peringkat kebolehan seseorang murid dengan dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti

    kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan

    membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari,

    kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.

    KAJIAN KES KE ATAS PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH ALIRANPERDANA

    Oleh

    Zaharah binti BadriABSTRAK

    Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenalpasti keberkesanan program pendidikan inklusif kepada

    murid berkeperluan khasdalam sekolah aliran perdana tanpa mengubahsuai sistem pendidikan sedia

    ada. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987

    dibawahKementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan FalsafahPendidikan Negara. Program

    Pendidikan Inklusif menitik beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid - murid dengan keperluan

    khas yang boleh menghadiri kelas biasabelajar bersama-sama dengan murid-murid biasa..

    1.0 Pengenalan

    Sekolah Kebangsaan Seri Bunian merupakan sekolah aliran perdana yang terletak 20kilometer dari

    bandar Pontian. Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar inimempunyai kira-kira 435

    orang murid. Terdapat seramai 29 orang guru di sekolah ini.Sekolah ini mempunyai 24 kelas biasa, dua

    buah kelas prasekolah, dan sebuah kelaspemulihan khas.Pada awal tahun 2013, sekolah didatangi oleh

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    3/14

    pegawai PPD Pontian bahagian PendidikanKhas. Pegawai tersebut memaklumkan bahawa beliau telah

    meluluskan permohonanpenjaga seorang murid berkeperluan khas untuk menjalani pendidikan wajib di

    sekolah aliranperdana. Murid tersebut telah menjalani pendidikan prasekolah di kelas pendidikan

    khasyang berada di bandar Pontian. Oleh kerana sekolah tersebut terletak jauh dari kediamandan

    penjaga tersebut mempunyai komitmen sebagai Imam maka permohonan diluluskanoleh PPD. Selain

    itu, murid tersebut juga telah menunjukan kemampuan beliau untukbersekolah di aliran perdana di

    samping sokongan kedua penjaga

    1.4 Persoalan kajian

    Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

    Apakah penerimaan rakan sekelas, guru yang mengajar dan pihak pentadbir?

    Bagaimanakah Zahirul dapat menyesuaikan diri dalam kelas dari segi sosial?

    Bagaimanakah perkembangan akademik Zahirul?

    2.0 Kepentingan Kajian

    P

    1.4 Persoalan kajian

    Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

    Apakah penerimaan rakan sekelas, guru yang mengajar dan pihak pentadbir?

    Bagaimanakah Zahirul dapat menyesuaikan diri dalam kelas dari segi sosial?

    Bagaimanakah perkembangan akademik Zahirul?

    2.0 Kepentingan Kajian

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    4/14

    Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untukmencapai taraf

    negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dankekuatan rohani, moral dan

    etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,demokratik, liberal dan dinamik. Sistem

    pendidikan yang bertaraf dunia seharusnyamemperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

    mencapai aspirasi gagasansesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka

    masa panjangyang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara

    kita.Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi aset kepada setiap individu termasuklah

    golonganbekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciranmendapatkan

    pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakanperkhidmatan kepada

    golongan bekeperluan khas .Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam

    persekitaranmasyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar

    untukberinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengankehidupan

    masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkanprestasi akademik dan sosial

    yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatupersekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan

    inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja disekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan

    pusat- pusat biasa untukmemudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan

    Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihakseperti

    pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadisebahagian daripada

    pendidikan arus perdana di Negara kita.(Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozubi, 2010)

    Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuksemua kanak-

    kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini.Ibu bapa yang gagal

    mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah bolehdidakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi

    oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai

    Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi

    -deklarasiantarabangsa iaitu deklerasi

    Education for All (EFA)

    2000 dan

    Biwako Millenium Framework 2002

    . Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaianmengikut keperluan

    untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyaikecacatan/ketidakupayaan. Untuk

    memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dankementerian-kementerian lain yang dinyatakan diatas, memainkan peranan dalam

    menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad,2010).Kajian

    yang telah saya lakukan ini telah menepati kehendak dan saranan Dasar PendidikanWajib seperti yang

    dinyatakan di atas. Dengan ini, Zahirul telah mendapatkan hakpendidikan sepatutnya dengan sokongan

    pelbagai pihak dan juga atas usaha gigih beliauuntuk meneruskan pendidikan arus perdana.

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    5/14

    Definisi Pendidikan Inklusif

    Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikankepada murid-

    murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama denganmurid-murid normal, di

    dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul RahimSelamat, 1994). Dalam erti kata lain,

    pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluankhas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuanyang sesuai kepada mereka diberikan bagimembolehkan mereka mengikuti pengajaran dan

    pembelajaran bersama rakan sebayamereka (Kamariah Jalil, 1995)

    Pendidikan Inklusif di Malaysia

    Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya,dan istilah

    inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program

    Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun

    mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyaimasalah

    penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaranadalah antara mereka

    yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. DiMalaysia, murid-murid berkeperluan khas

    diberi peluang untuk menerima pendidikan denganmenghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan

    iaitu sekolah pendidikan khas; programintegrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif.

    Pendidikan khas di Malaysiapada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu

    KementerianKesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

    KementerianPelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia

    Program Pendidikan Khas Integrasi

    Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-muridberkeperluan khas

    Program Pendidikan Inklusif (PPI)

    Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasabersama-sama

    murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa,mendapat bimbingan sama

    rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh gurupendidikan khas (guru pembimbing

    nklusif Penuh

    Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelasaliran perdana dengan

    bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

    3.2.2.2 Inklusif Separa

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    6/14

    Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaranatau aktiviti

    tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikankhas (guru pembimbing)

    Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

    Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,persatuan

    dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations),

    ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

    Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang

    -

    orang Cacat pada 1986 telah membuka mata

    pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripadaitu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentanghal-hal berkaitan dengan

    kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangankanak-kanak berkeperluan khas yang

    berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khastelah bertambah, yang memperlihatkan

    kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluanpendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan

    Kerajaan yang terlibat denganpenyediaan pendidikan khas ialah:

    Persatuan Kanak-kanak Spastik

    (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan

    intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun

    Pusat Bimbingan Sinaran Matahari

    yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khaskemahiran hidup serta kemahiran sosial.

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    7/14

    Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa

    yang terlibat dengan intervensi awal bagikanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk

    kanak-kanak di antaraumur 6-16 tahun.

    Yayasan Sindrom Down Kiwanis

    (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan

    tumpuan ialah kepadakanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam

    pusatpendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia

    Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program PendidikanInklusif (PPI

    )

    Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau UnitedNations Educational

    Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolahbiasa yang mempunyai orientasi

    Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagimelawan sikap diskriminasi terhadap murid

    keperluan khas. UNESCO menggesa semuakerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan

    mendaftarkan murid berkeperluankhas di sekolah-sekolah biasa.

    Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyaisejarah yang agak

    panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudianbertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA)1990, dan beberapa pengubahsuaian pada

    akta ini pada tahun 1997. Semua akta inimemastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua

    murid, tanpa mengira sifat kurangupaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri

    pelajaran ini agak tekal diseluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci

    berbandingperundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikanmentafsir

    undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australiadan New Zealand, tiada

    perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukansecara khusus, perkhidmatan

    pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan muridberkeperluan khas.

    Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

    4.1 Perancangan tindakan

    Bagi mencapai objektif kajian ini, kolaberasi antara pelbagai pihak amat diperlukan. Berikutadalah

    senarai peranan dan tanggungjawab warga sekolah.

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    8/14

    A. Guru Besar

    i. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.ii. Bertanggungjawab terhadap

    pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas programpendidikan inklusif.iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi

    dan Objektif.iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan programpendidikan

    inklusif di sekolah.v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid programpendidikaninklusif di sekolah.vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikaninklusif

    di sekolah.vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.

    Guru Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik (GPK 1)

    i. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.ii. ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas programpendidikan

    inklusif

    iii. .iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektifiv.v. iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan programpendidikan

    inklusif di sekolah.

    vi. v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar programpendidikan inklusif di sekolah

    vii. .vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan programpendidikaninklusif di sekolah.

    viii. vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusifC. Guru Kelas

    i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .ii. Bersama guru pendidikan khas merancangdan menyediakan rancanganpengajaran semasa .iii. Menerima kemasukan murid berkeperluan khas.iv.

    Membuat penilaian.v. Membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas.

    D. Guru Mata pelajaran

    i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .ii. Bersama guru pendidikan khas merancang

    dan menyediakan rancanganpengajaran semasa .iii. Menerima kemasukan murid berkeperluan khas.iv.

    Membuat penilaian.v. Membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas.

    E. Guru Pendamping(saya)

    i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .ii.Merancang dan menyediakan rancangan

    pengajaran semasa bersama guru matapelajaran.iii.Membimbing murid berkeperluan khas secara

    individu atau berkumpulan di KelasPendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran

    di kelasaliran perdana.iv.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada murid berkeperluan khas

    selepaspengajaran dan pembelajaran di aliran perdana.v.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa

    / penjaga berhubung denganpenempatan ke progran pendidikan inklus

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    9/14

    F. Murid Berkeperluan Khas

    i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).ii. Tiada masalah tingkah laku

    berat.iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana

    iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

    G. Rakan pembimbing

    i. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas.ii. Rakan Pembimbing.

    iii. menjadi role model

    Ibu bapa

    i. Memberi sokongan moral terhadap murid berkeperluan khas.ii. Memberi motivasi kepadamurid berkeperluan khas.iii. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah.iv. Memberi

    kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

    .2 Pelaksanaan tindakan

    (KamariahJarji,1994) Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas didalam kelas

    biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkanmereka mengikuti

    pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(Weishaar & Borsa, 2001) Pelaksanaan

    Program Pendidikan Inklusif amat bergantungkepada pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari

    semua pihak termasuk pentadbir,guru-guru, murid-murid normal dan ibu bapa. Perancangan yang teliti

    adalah kunci utamakerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan

    telititermasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program

    Strategi Pelaksanaan ProgramSebelum Program

    1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif.

    2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuatpemilihan pelajar

    berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujiandiagnostik yang dijalankan oleh guru-guru

    yang telah dipertanggungjawabkan.

    3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikutiProgram Inklusif

    .4. GPK 1 mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliranperdana yang terlibat.Setiap

    guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telahmenyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar

    pelajar Pendidikan Khastersebut.

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    10/14

    5. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggiluntuk diterangkan tujuan

    dan kepentingan program ini terhadap anak-anakmereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat

    kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di

    kelasbiasa

    .6. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.

    7. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan matapelajaran yang sama

    dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas.

    8. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

    9. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana danwarga sekolah pada

    perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telahdiberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak

    sekolah turut memaklumkankepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif

    dijalankan

    .10. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiadaperubahan atau

    penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat keatas kelas yang dipilih. Namun

    demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindaksebagai mentor kepada mereka.

    11. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalamsatu-satu kelas

    .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru ataupapan hitam dan memudahkan mereka

    untuk berinteraksi dengan guru dansebaliknya

    .12. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan.

    13. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal

    .14. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yangbersesuaian dengan

    keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif ataukelas pendidikan khas

    Semasa Program

    1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.

    2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta

    mengambil tindakan susulan.

    3. Murid pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangsama dengan pelajar lain.Semua muriddigalakkan terlibat secara aktif dalamsemua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah

    .4. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan

    pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . muridpendidikan khas yang tiada masalah akan terus

    melakukan tugasan yangdiberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid

    pendidikanKhas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah

    berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khassekiranya diperlukan.

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    11/14

    5. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, murid pendidikan khas ini sudah bolehberkomunikasi dengan

    guru-guru dan murid lain dan boleh bersosialisasidengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di

    sekolah malah di luar sekolah

    .6. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikanimpak positif kepada

    pembelajaran murid pendidikan khas.

    Selepas Program

    1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan murid danmencatatkanpencapaan akademik dan perkembangan kemahiran ke dalamRekod Prestasi.

    2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid pendidikan khas sentiasadijalankan secara

    berperingkat-peringkat.

    3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid

    .4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan Murid kepada ibu bapa ataupenjaga.

    Program Mentor Mentee

    1. Program Mentor Mentee diadakan bagi membantu murid berkeperluan khasyang terlibatsemasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    2. .2. Guru Pendamping adalah mentor kepada murid.3. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangantambahan yang

    diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasasesi menjalankan RPI

    4. .4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu murid ini menyediakanbahan-bahanrujukan seperti keratan akhbar, buku rujukan, laptop untukpencarian sumber maklumat bagi

    memastikan kerja kursus murid khas yangterlibat berjalan dengan lancer

    5. .5. Di samping itu, penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasadilakukan telahmemberi kesan dan impak yang mendalam kepada muridpendidikan khas yang terlibat dalam

    membentuk masa depan yang cemerlang

    5.0 Metodologi

    5.1 Teknik Mengumpul Data

    Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan

    datadeskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam

    kajianini diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa digunakandalampenyelidikan tindakan saya gunakan iaitu:

    5.1.1 Pemerhatian

    Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatianmerupakan

    teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, sayamelihat-lihat,

    mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami

    apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapatmerapatkan diri dengan

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    12/14

    murid di samping memerhati cara pergaulan Zahirul di dalam kelasdan memantau pencapaian

    beliau dalam setiap matapelajaran

    2 Temubual

    Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam pengumpulan data. Temu bual

    melibatkanperbualan antara saya dengan guru setiap matapelajaran yang mengajar Zahirul

    untukmendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam kajian ini, saya adalah

    guru(guru pendamping) dan juga penyelidik. Saya menemu bual Zahirul tentang

    pengalamanberada di kelas tersebut dan layanan rakan sekelas terhadap beliau. Selain itu saya

    jugamenemubual penjaga, dan rakan sekelas yang lain

    6.0 Dapatan dan Refleksi

    6.1 Dapatan Kajian

    Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang dijalankan, saya dapati bahawa Zahirul

    telahberjaya menyesuaikan diri di dalam bilik darjah bersama rakan sekelas yang lain. Padabulan

    pertama berada di kelas aliran perdana, Zahirul agak beremosi. Beliau sangat sensitif dan sering

    menangis terutamanya ada antara rakan sekelas yang menggunakan alat tulisbeliau atau

    bercakap kasar dengannya. Oleh itu saya memberi motivasi kepada Zahirul danrakan sekelasnya

    yang lain untuk bersosial cara yang baik sesama sendiri supaya masing-masing mendapat

    manfaat. Namun begitu, tiada laporan yang diterima menunujukkan rakansekelas yang

    mengejek atau memperlekehkan keupayaan Zahirul.Pada bulan seterusnya, emosi Zahirul lebih

    stabil dan mula bergurau dan berkomunikasibersama rakan sekelas yang lain. Apabila saya

    menebual rakan sekelas, saya dapati Zahiruldisenangi oleh rakan-rakannya. Rakan sekelas juga

    suka berkawan dan meninta tunjuk ajar dari Zahirul. Bakat melukis Zahirul juga semakin

    terserlah.Pihak pentadbir sekolah yang sama-sama menjayakan program ini juga telah berpuas

    hatidengan keadaan Zahirul dan kini beliau menjadi role model dan pemangkin semangat

    untukwarga sekolah. Kecekalan dan kesungguhan beliau terhadap aktiviti sekolah juga

    terserlahapabila beliau sering memdapat tempat apabila menyertai pertandingan di peringkat

    sekolahseperti pertandingan mewerna, pertandingan mereka kad ucapan dan kuiz-kuiz

    pelbagaikempen serta aktiviti.Dari segi akademik pula, Zahirul dapat mengikuti pengajaran dan

    pembelajaran di dalamkelas. Malahan beliau pula yang menjadi antara 3 murid terbaik dalam

    kelas bagi setiapmatapelajaran. Pencapaian ini sangat memberangsangkan walaupun beliau

    memerlukanlebih masa untuk menyiapkan tugasan.Oleh kerana beliau mula berkomunikasi,

    maka percakapan beliau semakin lancar dan yakin.

    Penjaga Zahirul memberikan komitmen 100%. Beliau jaga berpuashati dengan keadaanZahirul

    sekarang. Saya percaya setiap murid ada potensi sendiri, maka guru perlu melihatmurid

    mengikut keupayaan dan potensi diri murid tersebut.

    7.0 Penutup

    Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui

    untukmengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk

    memenuhikeperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru

    biasadan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru

    yangterlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    13/14

    segalamasalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif

    hendaklahbersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang.

    Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan

    samasekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru

    kelasPendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas

    yangmempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif

    memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan

    dapatdihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem

    pendidikanuntuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat

    pendidikanMalaysia dipersada dunia.

    Bibliografi

    Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006.

    Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khasdan Pelajaran Normal

    . Sabah: Annual Conference on Teacher Education

    .Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dankeberkesanan

    program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar.

    Prosiding Seminar KajianTindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua

    . m.s 83-86

    .Supiah Saad. 2010.

    Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan PendekatanPendidikan Inklusif di Malaysia

    . Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhDthesis.

    University of Warwick.

    Zaleha Tambi Adam. (1997).

    Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak KhasBermasalah Pembelajaran di sebuah

    sekolah di Kuala Lumpur.

    Tesis Masters

    yang tidakditerbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Kamariah Jalil. ( 1995 ).

    Ke Arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.

    Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terenggan

    Refleksi

    Setelah melakukan Aktiviti 1 dan Aktiviti 2, saya telah membaca pelbagai artikel dan kajiankes

    mengebai program pendidikan inklusif. Saya berasa betapa begitu penting pendidikanprogram

    inklusif ini kepada murid berkeperluan khas dan seterusnya kepada negaraMalaysia. Program

    seperti ini merupakan harapan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas

    untuk mengahadapi cabaran hidup apabila membesar kelak.Program ini juga mampu mengubah

    budaya persekitaran yang menganggap muridberkeperluan khas tidak mampu berdikari apatah

    lagi memberi sumbangan kepada negaratercinta.Menurut pemerhatian saya, kejayaan program

  • 8/13/2019 bahan epil 1

    14/14

    ini tidak hanya melibatkan guru pendampingsahaja. Sokongan dan komitmen pelbagai pihak

    amat perlu terutamanya daripada tampokpimpinan sekolah iaitu guru besar dan guru-guru yang

    lain. Semua sekolah mampumelaksanakan program pendidikan inklusif ini jika guru biasa

    bertindak luar biasa danberfikiran luar kotak.Setelah menjalankan kajian kes ketas seorang

    murid berkeperluan khas, saya dapatibahawa murid berkeperluan khas memerlukan perhatian

    daripada komuniti dan persekitaran.Tindakan mengasingkan murid-murid seperti ini daripada

    masyarakat sangat merugikansemua pihak. Ini kerana murid seperti ini mempunyai bakat dan

    semangat yang luar biasaberbanding murid-murid normal di dalam arus perdana. Kecekalan dan

    ketabahan beliaumemberi impak yang besar kepada saya untuk terus bersemangat

    memartabatkan programpendidikan inklusif di sekolah ini. Saya juga bertambah yakin untuk

    terus melaksanakanprogram ini di sekolah saya