bahan bahasa melayu program perhalus 2012

26
1 BAHAN BAHASA MELAYU PROGRAM PERHALUS 2012 A.RUMUSAN CIRI-CIRI SEBUAH RUMUSAN YANG BAIK 1. Kandungannya terdiri daripada empat perenggan iaitu pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan. 2. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan. 3. Sebaik-baiknya satu isi disampaikan dalam satu ayat. 4. Jumlah perkataan hendaklah dibilang dan ditulis pada bahagian bawah sebelah kanan rumusan. KOMBINASI ISI TERSURAT DAN TERSIRAT DALAM RUMUSAN S 2 [ 4M ] 3 [ 6M ] 4 [ 8M ] 5 [ 10M ] 6 [12M ] T 6 [12M ] 5 [10M ] 4 [ 8M ] 3 [ 6M ] 2 [ 4M ] PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN 1. Baca arahan soalan, kemudian gariskan kehendak soalan iaitu fokus 1 [F1], fokus 2 [F2] dan fokus 3 [F3].

Upload: ahmad-zahiruddin

Post on 02-Aug-2015

633 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

1

BAHAN BAHASA MELAYU PROGRAM PERHALUS 2012

A.RUMUSAN

CIRI-CIRI SEBUAH RUMUSAN YANG BAIK

1. Kandungannya terdiri daripada empat perenggan iaitu pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.

2. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.3. Sebaik-baiknya satu isi disampaikan dalam satu ayat.4. Jumlah perkataan hendaklah dibilang dan ditulis pada bahagian bawah sebelah kanan

rumusan.

KOMBINASI ISI TERSURAT DAN TERSIRAT DALAM RUMUSAN

S 2 [ 4M ] 3 [ 6M ] 4 [ 8M ] 5 [ 10M ] 6 [12M ]

T 6 [12M ] 5 [10M ] 4 [ 8M ] 3 [ 6M ] 2 [ 4M ]

PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN

1. Baca arahan soalan, kemudian gariskan kehendak soalan iaitu fokus 1 [F1],

fokus 2 [F2] dan fokus 3 [F3].

2. Fokus 1 : Arahan mencari isi-isi tersurat yang terdapat dalam petikan –

biasanya tidak kurang daripada 08 isi.

3. Fokus 2 [F2] : Arahan mencari isi-isi tersirat yang tidak terdapat dalam

petikan.

4. Fokus 3 [F3] : Tidak melebihi 120 patah perkataan.

Page 2: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

2

Markah Pendahuluan

PENGGUNAAN KATA KUNCI DALAM FOKUS 1 [ARAHAN ISI TERSURAT]

1. Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab

2. Masalah/kekangan/halangan/kesan buruk

3. Cara-cara/langkah-langkah/usaha-usaha/tindakan-tindakan/kaedah-kaedah

4. Kepentingan/kebaikan/kelebihan/faedah/manfaat

5. Peranan/tanggungjawab

Contoh

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Petikan membincangkan

...kepentingan

Ayat pendahuluan mesti diakhiri dengan ....dalam/untuk masyarakat atau di negara kita.( untuk mendapatkan markah penuh 2 m)

Contoh Jawapan

Frasa yang diperlukan...jika tiada 0 markah

Kata Kunci soalan perlu ditukar( sinonim).....jika tidak 0 markah

kebaikan, kelebihan, faedah , manfaat

Page 3: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

3

kepentingan bahasa kebangsaan

Petikan membincangkan faedah bahasa kebangsaan untuk masyarakat.( 2markah)

Jika ... Petikan membincangkan faedah bahasa kebangsaan.( 1 markah)

Latihan

Anda diminta menulis pendahuluan rumusan bagi soalan-soalan berikut.

1-Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah untuk meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dan faedah-faedah memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

2-Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya banjir kilat dan cara-cara menangani masalah banjir kilat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

3- Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk sahsiah anak-anak dan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu bapa bagi membentuk akhlak anak-anak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Page 4: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

4

Cara-cara untuk mencari isi.

Carikan kata kunci/ perkataan yang sinonim dengan kata kunci dalam petikan kemudian gariskan ayat tersebut.

Contoh ‘ kepentingan’- kebaikan, kelebihan, faedah , manfaat (- berfungsi dan berperanan)

Cari penanda wacana

Di samping itu,

Selain itu,

Seterusnya,

Sehubungan dengan itu

Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik yang paling besar dan atas kemampuannya sebagai lingua franca iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat selama beberapa abad di rantau ini. Di samping itu , bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat, perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat. Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.

Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah, bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu , bahasa kebangsaan juga dapat memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

Page 5: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

5

Latihan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekang peningkatan inflasi dan kesan inflasi kepada golongan berpendapatan rendah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

langkah-langkah - Cara-cara/langkah-langkah/usaha-usaha/tindakan-tindakan/kaedah-kaedah --- (perlu, sepatutnya,telah)

Pada umumnya inflasi bermakna ”kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga umum”. Harga umum bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam bidang ekonomi pada sesuatu masa tertentu. Oleh sebab terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka amat sulit untuk mendapatkan semua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam bidang ekonomi dan harga tersebut diukur dengan menggunakan indeks harga.

Oleh itu indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Perangkaan Negara. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan boleh menyebabkan kehidupan rakyat semakin tertekan. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap masyarakat yang suka berbelanja berlebihan menyebabkan peniaga menaikkan barangan sesuka hati. Untuk membendung masalah ini, masyarakat perlu dididik berbelanja secara berhemat. Akan tetapi tidak mungkin wang dapat diurus dengan baik jika wang sedia ada tidak mencukupi untuk menyara kehidupan seharian akibat inflasi yang tinggi. Kuasa membeli semakin menurun. Gaji RM5,000 sebulan pun masih tidak mencukupi. Maka, ramailah yang akan membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Kesannya, mereka ini tidak cukup rehat. Tidakkah hal ini akan memberi kesan negatif terhadap kerja-kerja utama mereka di pejabat. Akibatnya, produktiviti mereka semakin menurun. Impak besarnya sudah tentu kepada ekonomi negara secara keseluruhan.

Selain itu, kerajaan perlu mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran. Malah kerajaan sepatutnya menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan yang banyak melalui pinjaman. Kerajaan juga perlu melakukan pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barang-barang elektrik, dan elektronik. Seterusnya, kerajaan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, pemodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Usaha kerajaan meningkatkan sistem pengangkutan bertepatan untuk memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisien. Pembinaan LRT, lebuh raya dan sistem baru kereta api adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Dalam konteks industri makanan pula, usaha kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran diharapkan dapat mengurangkan inflasi.

Page 6: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

6

Kesimpulan

Kesimpulan perlu ada dua aspek – 2 markah

Ayat harus dimulai dengan ....

Kesimpulannya kita harus ........aspek pertama .... supaya/agar ......aspek kedua. ( 2 markah)

Latihan .Berdasarkan soalan 1 hingga 3 anda diminta menulis kesimpulan bagi menutup rumusan yang telah ditulis.

Kesan pertama, menjejaskan pembangunan negara.

Cara pertama, melaksanakan kempen di media massa.

Page 7: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

7

B.Karangan Rangsangan

Pendahuluan

Hafal , faham dan tulis.

Pada hari ini isu ......................................... sering diperkatakan.

Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin penting.

Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku?

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencari...............................

Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari........................

Latihan 2 .Huraikan pendapat anda tentang pentingnya menaman sayur-sayuran di pekarangan rumah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

Kata Kunci Soalan ( Sila lihat soalan dan fahami)

Soalan ( ayat yang dihitamkan) Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara meningkatkan amalan membaca dalam kalangan remaja di negara ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Menjimatkan perbelanjaan harian Memupuk semangat kejiranan Memperindah kawasan rumah Mengisi masa lapang

Page 8: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

8

Latihan 2

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

Semangat Kejiranan

Bergotong-royong

Kunjung-mengunjung

Bantu-membantu

Page 9: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

9

AMALAN MEMBACA

Peranan ibu bapa

Kempen galakan membaca

Program NILAM di sekolah

Harga buku yang berpatutan

Latihan 3

Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

Menulis isi

Page 10: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

10

Sesungguhnya ……………(kata kunci dan isi pertama)……. ……………………….................

Hal ini demikian kerana ………………..(bagaimana?) …………………………….. (AH)

Contohnya……………………………………………………………………………… (AC)

Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan…………………………(kesan).. ………. (AH)

Benarlah………………………………………………………………………………… (AS)

Sesungguhnya cara untuk meningkatkan amalan membaca ialah ibu bapa perlu memainkan

peranan.Hal ini demikian kerana (sebab) ibu penting dalam hidup anak-anak/ibu bapa ialah

orang yang paling rapat dengan anak-anak/ anak-anak merupakan amanah/ tanggungjawab ibu

bapa.Contohnya, membelikan buku cerita,akhbar, majalah dan lain-lain.( biar

banyak).Sekiranya hal ini dilakukan pasti akan membawa kebaikan.Benarlah ibu bapa boleh

memainkan peranan penting.

( Setiap isi ayat yang digunakan sama kecuali untuk isi, keterangan isi dan contoh.)

Soalan Karangan B

Kini sektor pekerjaan di negara kita hampir dimonopoli oleh pendatang tanpa izin.

Huraikan faktor-faktor kedatangan pendatang tanpa izin ke negara kita.

Page 11: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

11

Contoh Soalan

1.Remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong

Huraikan punca-punca berlakunya gejala ini.( Konsep menjawab seperti mana karangan A)

Contoh ( berdasarkan soalan 1)

Pendahuluan

Pada hari ini isu ____________(tema/kata kunci)_________selalu diperkatakan.

Hal ini kerana_______________( sebab) ________________________________

Persoalannya mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat?

Oleh itu marilah kita membincangkan _______________(soalan)__________________

Pada hari ini isu gotong-royong dalam kalangan remaja selalu diperkatakan.

Hal ini kerana remaja sekarang kurang melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Persoalannya mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat?

Oleh itu marilah kita membincangkan punca-punca berlakunya gejala ini.

Latihan 1

1. Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Page 12: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

12

Latihan 2

1. Kegawatan ekonomi telah menyebabkan harga barang dan kos perkhidmatan meningkat.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar menjadi pengguna yang bijak.

Langkah 2 isi satu.

5. Sesungguhnya _____(ayat tugasan)____ yang pertama ialah _________(isi pertama)

6. Hal ini demikian kerana_____________(bagaimana)___________

7. Sebagai contoh, __________________________________

7. Oleh itu kita *tidak dapat /dapat mewujudkan______________ yang _____________

Jelaslah ( isi pertama + ayat tugasan)

Sesungguhnya punca yang pertama ialah kekangan masa/jadual seharian yang

padat .Hal ini demikian kerana remaja terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah.

Sebagai contoh, latihan sukan, kelas tambahan, tuisyen dan juga pertandingan-

pertanding yang disertai.Oleh itu kita *tidak dapat /dapat mewujudkan remaja yang suka

bergotong-royong.Jelaslah jadual seharian yang padat punca remaja kurang melibatkan

diri dalam aktiviti gotong royong.

Page 13: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

13

Bagi perenggan yang seterusnya gunakan ayat yang sama tetapi berbeza dari segi isi

dan juga penanda wacana

Seterusnya,

Selain itu,

Punca seterusnya,

Penutup

1. Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama mengatasi / menyokong isu _________ini.

2. Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi

3. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat / negara yang gemilang

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama mengatasi / menyokong isu

_________ini.Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi . Semoga kita akan

dapat melahirkan masyarakat / negara yang gemilang.

Kertas 2

Page 14: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

14

Pastikan semua jawapan ditulis dengan ayat yang lengkap dan gramatis

Bagi soalan berdasarkan petikan , cari dengan teliti, pastikan kata kunci dan fikirkan

jawapan.Jawapan perlu ditulis berdasarkan markah ( jika soalan umum).

Geraarrrrrr!Aku terduduk. Detakan debar yang maha kencang dalam dadaku, menyebabkan aku

terduduk. Rentetan terus-menerus mengotori malam kampung kami. Pulau Pak Amat dibisingi bunyi bedilan dan ledakan yang entah mengapa. Dalam keadaan malam yang mencekik suara kami, tiba-tiba kudengar beduk subuh. Beduk dari Kampung Tuk Lukup. Tidak kudengar beduk dari kampungku sendiri. Mengapa?

Kudengar hingar-bingar daripada jiran-jiran. Ayahku bangun. Bukan. Ayahku hanya berdiri di atas lututnya saja. Kami dapat melihat api yang sedang menjulang di sebelah matahari jatuh. “Ya Tuhan!” aku berseru dalam hati.

“Perang!” sepatah keluar daripada mulut ayahku. Aku terhenyak semula ke dalam punggungku. Suatu ledakan menyala berhampiran pagar ubi kayu yang aku tanam. Kebisingan sudah merasuk dari sebelah-menyebelah. Kudengar ada tapak berlari di halaman rumah kami.

“Hassan!” laungan pendek dan tajam menyeru nama ayahku. “Jepun melanggar!” suara itu membantu menyalakan kegelapan dalam dada kami.

Ibuku meraung kecil. Abang dan adikku juga. Kami berkumpul rapat-rapat seolah-olah menyatakan perpaduan kami. Biarlah kami berhangus dalam keluarga. “Tidak!” Aku tiba-tiba membentak kepada hatiku sendiri. Tapi ayahku lebih dahulu bertindak sebelum aku berkata apa-apa.

“Keluar! Meniarap di tanah!” perintahnya.Kami berbondongan terjun ke tanah. Ibuku menyebut nama Allah tidak berhenti-henti.

Geraarrrr! Api menyembur ke mana-mana, mencerahkan halaman rumah kami. Aku berkumpul dekat ibuku.

(Dipetik daripada cerpen “Pahlawan Buntung” oleh S. Othman Kelantan, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 halaman 126 & 127)

i. Apakah yang dilakukan oleh keluarga Hassan apabila dia memberitahu Jepun sudah menyerang kawasan mereka? (3 markah)

Page 15: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

15

Tindakan yang dilakukan oleh keluarga Hassan apabila Jepun sudah menyerang kawasan mereka ialah ibu , abang dan adik meraung kecil, duduk rapat-rapat dan kemudiannya mereka sekeluarga terjun ke tanah.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah mereka takut akan peperangan? (3 markah)

Pada pendapat saya mereka takut akan peperangan kerana _____________________

______________,_______________________________________________________

dan__________________________________________________________________

ii. Jelaskan satu pengajaran yang diperoleh daripada petikan dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)

(Pengajaran boleh diolah berdasarkan nilai)

Contoh nilai menghargai.Mulakan ayat dengan frasa kita atau jangan.

Kita perlulah menghargai nyawa yang Tuhan kurniakan.Hasan dan keluarganya sedaya upaya untuk menyelamatkan diri sewaktu Jepun menyerang kampung mereka.

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional (Pelayaran yang penuh peristiwa)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Pergi kaupanggilkan budak hitam itu ke mari melawan bajak laut itu!”perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada Si Kembang Cinanya.

Awang Sulung berhelah, katanya dia hanya menjadi penunggu reban dan penyapu rumah saja.

Page 16: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

16

“Pergi kau sekali lagi memujuknya dengan bahasa yang lemah lembut.”

“Hai Kakak Kembang, bagimana hendak melawan, tangan dan kakiku sakit-sakit!”

Mendengar alasan itu tahulah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apa yang mesti diberi kepada Awang Sulung itu lalu disuruhnya Si Kembang Cinanya mengambil limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung pergi mandi. Turunlah Awang Sulung mandi lalu menggosok badannya; sekali menggosok limau, dua tiga panau tercelik; hilang cahaya bulan, timbul cahaya panaunya.

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang penuh peristiwa’ dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

ii. Apakah helah yang diberikan oleh Awang Sulung apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memintanya melawan Bajak Laut? (2 markah)

Helah yang diberikan oleh Awang Sulung apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memintanya

melawan Bajak Laut ialah _______________________________________________________

______________________________________. Selain itu, _____________________________

____________________________________. Seterusnya, ____________________________

___________________________________________.

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan lanun dapat dibanteras? (4 markah)

Pada pendapat saya, kegiatan lanun dapat dibanteras dengan __________________________

____________________________________________________________________________

dan _________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________ .Selain itu, ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

dan _________________________________________________________________________

Page 17: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

17

____________________________________________________________________________

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional(Hikayat Indera Nata)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga itu seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dn naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”

Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”

Maka Indera Nata pun segeralah menarik tali gajah itu lalu dibawanya naik ke atas lembur dan naga itu pun menyeberangkanlah. Setelah sampai ia di seberang maka raksasa itu pun datanglah ke tepi laut. Maka tangannya disorongkan ke laut serta datang pertengahan laut itu

Maka lembur dan naga itu pun segeralah menarik tangan raksasa itu dua laki isteri dibawanya ke dalam laut. Hatta maka raksasa itu pun lemahlah dan ia pun matilah kedua laki isteri.

(Dipetik daripada ‘Hikayat Indera Nata’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 18: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

18

ii. Bagaimanakah cara Indera Nata membunuh raksaksa dua laki isteri? (2 markah)

iii. Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh lembur dan naga? (4 markah)

Soalan Novel

Beri tumpuan kepada bahagian latar, nilai, konflik, perwatakan ( watak sampingan), plot dan

teknik plot.

SPM 2011 Persoalan dan perwatakan watak utama

SPM JUN 2012 Tema dan pengajaran.

Calon perlu menjawab kedua-dua bahagian.Jika tidak mempu menjawab , anda perlu tulis apa-

apa sahaja yang berkaitan dengan novel.Pastikan jawapan yang anda tulis untuk soalan 4a dan

4b berbeza.( markah bahasa sekurang-kurangnya 2 markah)

Page 19: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

19

Novel Renyah yang dipelajari di Tingkatan 4

memaparkan beberapa latar masa.

Novel Sutera Dalam Lukisan yang dipelajari di

Tingkatan 5 memaparkan beberapa latar masa.

Datuk Dolhi,Datin Tominah

Bujei, Adila,Sameah , Alias

Page 20: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

20

4a.

4b.

Kerajinan(Nilai)

Pengajaran

Kita mestilah rajin membantu orang ramai.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang rajin membantu.

Persoalan

Persoalan insan yang rajin membantu orang ramai.

Page 21: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

21

-Bujei membantu menyiapkah khemah untuk majlis kenduri di rumah Sidang Saman.(SDL)

-Adila rajin membuat persiapan untuk majlis perkahwinan sepupunya Sameah.(SDL)

-Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku berkenaan dengan motivasi dan juga hal berkaitan perniagaan.

-Datin Tominah rajin menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemasyarakatan.

Kini sektor pekerjaan di negara kita hampir dimonopoli oleh pendatang tanpa izin.

Huraikan faktor-faktor kedatangan pendatang tanpa izin ke negara kita.

Page 22: Bahan Bahasa Melayu Program Perhalus 2012

22