bahasa melayu 2012

132
GARIS PANDUAN & TEKNIK JAWAB SOALAN UPSR BAHASA MELAYU 012/011 E R A J U K E J A Y A A B A H A S A M E L A Y U U P S R

Upload: government

Post on 02-Jun-2015

6.841 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu 2012

GARIS PANDUAN &TEKNIK JAWAB SOALAN

UPSR BAHASA MELAYU 012/011

T E R A J U K E J A Y A A NB A H A S A M E L A Y U

U P S R

Page 2: Bahasa Melayu 2012

ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN

SK SUNGAI MEGAT ARIS34250 TANJONG PIANDANG.

1. Guru Bahasa Melayu2.…………………….3.…………………….

Page 3: Bahasa Melayu 2012

KONSEP SOALAN-SOALAN UPSRBERKISAR KEPADA;-

DIRI

SEKOLAH

KELUARGA &MASYARAKAT

UPSR - LITERASI BAHASAPMR - PENGETAHUAN BAHASASPM - ILMU BAHASA

LITERASI - KEBOLEHAN MENULIS DAN MEMBACA

- CELIK HURUF

Page 4: Bahasa Melayu 2012

KERTAS 2KERTAS 2

MASA : 1 jam 15 minit

Page 5: Bahasa Melayu 2012

PENGENALAN

BENTUK

Terbahagi kepada tiga bahagian

Bahagian A –Memindahkan maklumat /Mentafsir bahangrafik

Bahagian C –Membuat ulasan

Masa 1 jam 15 mint

Bahagian B –Menulis karangan

Page 6: Bahasa Melayu 2012

UPSR (BAHASA MELAYU)UPSR (BAHASA MELAYU)FORMAT BAHARU MULAI 2005FORMAT BAHARU MULAI 2005

KERTAS 2

Markah.

Markah penuh : 60 markah

Bahagian A : 10 markahBahagian B : 30 markahBahagian C : 20 markah

Page 7: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN AMentafsir

BahanGrafik

15 minit

BAHAGIAN BKarangan

40 minit

BAHAGIAN CMembuat

Ulasan

20 minit

Page 8: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN ABAHAGIAN AMentafsir Bahan GrafikMentafsir Bahan Grafik

(Memindahkan maklumat dalam (Memindahkan maklumat dalam gambar)gambar)

• 10 markah• Tiada had

bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada 5 ayat sahaja.

• Ayat berdasarkan bahan grafik yang diberikan

Page 9: Bahasa Melayu 2012

APA ITU BAHAN GRAFIK ?APA ITU BAHAN GRAFIK ?

• Gambar - Tunggal @ Bersiri

• Carta• Graf• Jadual• Peta• Pelan

• Contoh : Gambar Tunggal

Page 10: Bahasa Melayu 2012

0102030405060708090

100

ALI SITI ABU SIDAH

BMMTBISNS

ANALISA PENCAPAIAN UJIAN BULAN MAC 2007

Page 11: Bahasa Melayu 2012

SOALAN BAHAGIAN A- Cadangan masa menjawab -

15 minit

-Wajib dijawab

-Soalan berdasarkan grafik yang diberi

-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal.

-Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang terdapat dalam gambar sahaja.

Page 12: Bahasa Melayu 2012

TERDAPAT DUA ARAHAN YANG POPULAR DALAM PEPERIKSAAN:

1.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR.

2.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR DI BAWAH.

Page 13: Bahasa Melayu 2012

UPSR 2005

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Page 14: Bahasa Melayu 2012

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANGGAMBAR DI BAWAH.

2006

Page 15: Bahasa Melayu 2012

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN PERSIAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG PERSIAPAN TERSEBUT.

2007

Page 16: Bahasa Melayu 2012

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

2008

Page 17: Bahasa Melayu 2012

2009

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yangterdapat dalam gambar di bawah.

Page 18: Bahasa Melayu 2012

2010

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yangterdapat dalam gambar di bawah.

Page 19: Bahasa Melayu 2012

PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A

1. Baca dan fahamkan arahan.- Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.(2005)- Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar/situasi di bawah.(2006)

- Gambar di bawah menunjukkan …………………. Tulis lima ayat yang lengkap tentang ………..tersebut.(2007)

2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalandengan bahan grafik yang diberi.

Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafikseberapa banyak yang ada dan tandakan atausenaraikan maklumat tersebut.

Page 20: Bahasa Melayu 2012

3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi.

a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan.i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.

Page 21: Bahasa Melayu 2012

ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar / situasi di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara

yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi.

iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

Page 22: Bahasa Melayu 2012

iii. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gotong-royong tersebut. - Maknanya calon mesti menulis ayat berhubungkait dengan segala aktiviti/perkara yang ada kaitan dengan gotong-royong yang terdapat dalam gambar tersebut.

iv. Ayat yang ditulis berfokus kepada aktiviti ataupun situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.

Page 23: Bahasa Melayu 2012

4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibinaseimbang.

Tiga ayat daripadagambar pertama ataudua ayat daripada gambarpertama.

Dua ayat daripadagambar kedua atautiga ayat daripadagambar kedua.

Page 24: Bahasa Melayu 2012

5. Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:-

a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.

Page 25: Bahasa Melayu 2012

Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-

a. Urutan nombor; 1. .……………………………………

2. …………………………………......

b. Urutan abjad; a. ……………………………………

b. ……………………………………

c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya) d. Perenggan

Ayat yang ditulis tidak semestinyaberkaitan antara satu sama lain

Page 26: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN A – 10 MARKAH

PENSKORAN KRITERIA

CEMERLANG( 9 -10 )

i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan grafik.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul

BAIK( 7 – 8 )

i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik.iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

MEMUASKAN( 4 – 6 )

i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan bahan grafik.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan

PENCAPAIAN TAHAP

MINIMUM( 1 – 3 )

i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik.ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan grafik.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

Page 27: Bahasa Melayu 2012

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAHHOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANGSUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.

Page 28: Bahasa Melayu 2012

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANGGAMBAR DI BAWAH.

Page 29: Bahasa Melayu 2012

CARA MENULIS AYAT

1. KENAL PASTI KATA KERJA YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR.

2. SENARAIKAN SEBERAPA BANYAK KATA KERJA YANG ADA.

Page 30: Bahasa Melayu 2012

CARA MENULIS AYAT

SIAPA KATA KERJA APA MANA/TUJUAN/OBJEK/PERKARA

AYAT TUNGGAL PENERANG/PELENGKAP AYAT

Page 31: Bahasa Melayu 2012

CARA MENULIS AYAT

SIAPA KATA KERJA APA

AYAT TUNGGAL

KATA KERJASIAPA APA

AYAT TUNGGAL

Page 32: Bahasa Melayu 2012

CARA MENULIS AYAT

SIAPA KATA KERJA

APA MANA/TUJUAN/OBJEK/PERKARA

PELAKU AKTIVITI OBJEK PERLUASAN AYAT

SIAPA - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR. - Aminah, Seorang budak lelaki, Ali…………………………..

KATA KERJA – AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN. - Menyapu, mengecat, mengikis………………………

Page 33: Bahasa Melayu 2012

APA – OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR. - penyapu, berus cat, pisau, …………………………….

SIAPA KATA KERJA

APA MANA/TUJUAN/OBJEK/PERKARA

MANA – TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR. - di kawasan sekolah, di Taman Sains ……………….

TUJUAN – SEBAB DAN UNTUK APA. - untuk menceriakan kawasan sekolah, ……………..

OBJEK – BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG. - sebatang penyapu, sebatang berus cat,……………

PERKARA – PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN. - dengan riang gembira, membersihkan kawasan……

Page 34: Bahasa Melayu 2012

APA YANG PERLU DITULIS

INGAT -

1. SIAPA/KATA KERJA

2. APA

3. MANA/TUJUAN/OBJEK/ PERKARA.

TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT MAJMUK. AYAT YANG DIBINA PERLU MENGANDUNGI KATA HUBUNG/KATA SENDI/KATA BANTU YANG SESUAI.dan, lalu, manakala, sambil, supaya, dengan, hingga…………..

Page 35: Bahasa Melayu 2012

Teknik Mengajar Menjawab Teknik Mengajar Menjawab Soalan Bahagian ASoalan Bahagian A

• Baca dan fahami arahan• Garis kata kunci (aktiviti/situasi/ayat lengkap)• Bulatkan aktiviti dalam gambar• Tulis kata kerja• Gunakan teknik WATAK – murid cemerlang• Guna teknik SAM – murid HALUS

Daripada peserta kursus pemantapanBahasa negeri Selangor di Pangkor

Page 36: Bahasa Melayu 2012
Page 37: Bahasa Melayu 2012

Teknik WATAKTeknik WATAKW A T A K

Watak Aktiviti Tempat Alat Keterangan

Rosnah memberi makanan kepada ikan

di kolam sekolahnya

pada waktu rehat.

Amir sedang menyiram pokok bunga

di taman sains

menggunakan penyiram bunga

agar pokok bunga hidup subur.

Ali dan Ani membuang sampah

ke dalam tong sampah

yang terletak di hadapan taman sains.

Lim dan Lina menggembur tanah

pada batas untuk mereka menanam sayur-sayuran.

Page 38: Bahasa Melayu 2012

Contoh Ayat - Teknik Contoh Ayat - Teknik WATAKWATAK

1. Rosnah memberi makanan kepada ikan di kolam sekolahnya pada waktu rehat.

2. Amir sedang menyiram pokok bunga di taman sains menggunakan penyiram bunga agar pokok bunga hidup subur.

3. Ali dan Ani membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di hadapan taman sains.

4. Lim dan Lina menggembur tanah pada batas untuk mereka menanam sayur-sayuran.

5. Kamala mencabut rumput yang tumbuh di sekeliling kolam ikan agar kawasan kolam itu bersih.

Page 39: Bahasa Melayu 2012
Page 40: Bahasa Melayu 2012

Teknik SAM (untuk murid HALUS)Teknik SAM (untuk murid HALUS)Gred D Gred D

Siapa Apa Mana/Bagaimana

Hassan menjual aiskrim di kantin.

Mak Cik Munah

menyapu sampah gunakan penyapu.

Ali dan Abu makan nasi sambil berbual.

Siti sedang minum seorang diri.

Amira buang sampah dalam tong sampah.

Contoh ayat :1.Hassan menjual aiskrim di kantin.2.Mak Cik Munah menyapu sampah gunakan penyapu.3.Ali dan Abu makan nasi sambil berbual.4.Siti sedang minum seorang diri.5.Amira buang sampah dalam tong sampah.

Page 41: Bahasa Melayu 2012

Teknik SAM (untuk murid HALUS tegar)Teknik SAM (untuk murid HALUS tegar)Gred E Gred E

Siapa Apa Mana

Hassan jual aiskrim di kantin.

Mak Cik Munah

sapu sampah di kantin.

Ali dan Abu makan nasi di meja.

Siti sedang minum di meja.

Amira buang sampah dalam tong sampah.

Contoh ayat :1.Hassan jual aiskrim di kantin.2.Mak Cik Munah sapu sampah di kantin.3.Ali dan Abu makan nasi di meja.4.Siti sedang minum di meja.5.Amira buang sampah dalam tong sampah.

Page 42: Bahasa Melayu 2012

Oleh - A.RAHMAN BIN HARON (SK SEMENYIH)Oleh - A.RAHMAN BIN HARON (SK SEMENYIH)

Page 43: Bahasa Melayu 2012
Page 44: Bahasa Melayu 2012
Page 45: Bahasa Melayu 2012
Page 46: Bahasa Melayu 2012

Pak Ali sedang memancing ikan

di sungai

dengan sebatang joran.

Page 47: Bahasa Melayu 2012

Pak Ali sedang memancing ikan

di sungai dengan sebatang joran.

S A

L A

Page 48: Bahasa Melayu 2012

Datuk

memancing ikan

di atas jeti

pada waktu petang.

Page 49: Bahasa Melayu 2012

Datuk memancing ikan

di atas jeti pada waktu petang.

S A

L K

Page 50: Bahasa Melayu 2012

Ah Kau memancing ikan

di tasik bagi mengisi masa lapangnya.

Page 51: Bahasa Melayu 2012

Ah Kau memancing ikan

di tasik bagi mengisi masa

lapangnya.

S A

L K

Page 52: Bahasa Melayu 2012

Kamil berusaha menarik

jorannya yang telah ditarik oleh sesuatu dari dalam sungai.

Page 53: Bahasa Melayu 2012

Kamil berusaha menarik jorannya yang telah ditarik

oleh sesuatu dari dalam sungai.

S A

KA

Page 54: Bahasa Melayu 2012

Puan Mary

sedangmenatang

dulang

berisi seekor ayam panggang untukdihidangkankepada tetamu.

Page 55: Bahasa Melayu 2012

PuanFatimah

membawa ayam panggang

mengguna-kan dulang

bagi makan malam mereka sekeluarga.

Page 56: Bahasa Melayu 2012

Nenek

sedangberjalan

ke ruangmakan

sambilmenatangdulang

berisi seekor ayam panggangyang masih panas lagi.

Page 57: Bahasa Melayu 2012

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAHHOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANGSUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.

Page 58: Bahasa Melayu 2012

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

Page 59: Bahasa Melayu 2012

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

Page 60: Bahasa Melayu 2012

Tulis lima ayat yang lengkap tentanggambar di bawah.

Page 61: Bahasa Melayu 2012

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambardi bawah.

Page 62: Bahasa Melayu 2012

Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Tulis lima ayat yang lengkaptentang persiapan tersebut

Page 63: Bahasa Melayu 2012

1. Gambar di atas menunjukkan persiapan majlis anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Indah Permai.

2. Ahmad dan Halim sedang mengangkat tempat berucap untuk diletakkan di atas pentas.

3. Dua orang budak perempuan menyusun hadiah untuk persiapan hari anugerah kecemerlangan.

4. Siti dan Asmah sedang menggantung kain rentang di atas pentas.

5. Seorang budak lelaki sedang menggantung gambar pada dinding manakala Husin pula memegang tangga.

Page 64: Bahasa Melayu 2012

a. Saya dan rakan-rakan saya sedang membuat persediaan untuk hari anugerah kecemerlangan sekolah saya.b. Supian dan Daud mengangkat sofa untuk diletak di hadapan pentas.c. Dua orang budak perempuan sedang menyapu sementara dua budak perempuan yang lain pula sedang menyusun hadiah.d. Maria dan Zaki sedang menghias pentas dengan memasang kain langsir di sekeliling pentas.e. Dua orang budak perempuan sedang menggantung kain rentang.

Page 65: Bahasa Melayu 2012

- Pada hari Sabtu yang lalu saya dan beberapa orang rakan saya mengemaskan dewan untuk majlis anugerah kecemerlangan.

- Mimi dan Zaleha sedang menyusun hadiah sempena hari anugerah kecemerlangan sekolah saya.

- Kami semua berasa gembira apabila dapat bergotong- royong membersihkan dewan sekolah.

- Dua orang budak perempuan sedang menyapu dewan.

- Dua orang budak lelaki sedang meletak pasu bunga di atas pentas.

Page 66: Bahasa Melayu 2012

Sekolah saya telah mengadakan hari anugerahkecemerlangan pada minggu lepas. Saya dan rakan-rakan saya sibuk mengemas dewan. Maznah dan Darina menyapu dewan yang kotor itu. Dua orang budaklelaki sedang mengalihkan kerusi yang berada di depanpentas. Dua orang budak perempuan sedang menyusunhadiah.

Page 67: Bahasa Melayu 2012

Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkangambar di bawah.

Page 68: Bahasa Melayu 2012

1. Pada hari Sabtu yang lalu, Mimi sekeluarga telah pergi berkelah di pantai Port Dickson.

2. Ibu dan kakak menyusun makanan di atas tikar, manakala saya membantu ayah mengeluarkan barang dari kereta.

3. Seorang budak lelaki menolong ibu dan ayahnya mengemas barang.

4. Saya dan kakak mandi-manda sambil menunggu ibu menyiapkan makanan.

5. Kami datang ke sana untuk berehat sambil bergembira dan boleh mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Page 69: Bahasa Melayu 2012

- Kami sekeluarga pergi berkelah di sebuah pantai yang indah dan permai.

- Saya dan adik sedang menolong ayah mengangkat barang keperluan untuk berkelah.

- Ibu sedang menyusun makanan di atas tikar.

- Ayah mengambil barang yang perlu untuk berkelah.

- Kami sekeluarga berkelah dengan penuh kegembiraan.

Page 70: Bahasa Melayu 2012

Maria dan keluarganya berkelah di tepi pantai.Mereka membawa peralatan untuk berkelah.Ibu membawa makanan dan minuman untukberkelah.Maria dan keluarganya sangat gembira dapatberkelah bersama-sama.Maria dan ibunya menyediakan makanan untuk Azman dan ayahnya.

Page 71: Bahasa Melayu 2012

• Seorang budak lelaki sedang menolong ayahnya mengangkat barang keperluan berkelah

• Seorang ibu pula sedang menyusun makanan di atas tikar manakala anak perempuannya menghulurkan makanan kepada ibunya.

• Mereka berkelah di sebuah pantai yang indah dan menarik.

• Mereka berkelah berhampiran sebuah pohon yang rendang.

• Mereka sekeluarga berasa sangat gembira dan seronok berkelah bersama-sama.

Page 72: Bahasa Melayu 2012

Tulis lima ayat yang lengkap tentanggambar di bawah.

Page 73: Bahasa Melayu 2012

GAMBAR & LATIHAN YANG TIDAK SESUAI/TIDAK LENGKAP

Page 74: Bahasa Melayu 2012
Page 75: Bahasa Melayu 2012
Page 76: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN BBAHAGIAN BKARANGANKARANGAN

• 30 markah• Tidak kurang 80

patah perkataan• Diberikan tiga

buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.

KaranganBerformat

Karangan Tidak

Berformat

Page 77: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN B

FORMAT

Tiga tajuk karangan diberi.Jawab SATU soalan

Pilihan soalanmungkin soalanberformat / tidakberformat

Jumlah perkataan tidak kurang 80 patah perkataan

Masa cadangan40 minit

Page 78: Bahasa Melayu 2012

BENTUK SOALAN

Corak karangan yang diujimungkin

BERFORMAT

TIDAK BERFORMAT

Apa dia karangan berformat dan karangantidak berformat ?

Contoh …..?????

Page 79: Bahasa Melayu 2012

Karangan Berformat:

- Surat Kiriman Rasmi- Surat Kiriman Tidak Rasmi - Syarahan- Dialog- Laporan- Berita- Ucapan- Perbahasan- Catatan Harian

Karangan Tidak Berformat:

- Cerita- Melengkapkan cerita- Keperihalan gambaran- Fakta- Auto biografi- Biografi- Gambar

Page 80: Bahasa Melayu 2012

UNTUK RENUNGAN

KARANGAN BERFORMAT:-

SURAT TIDAK RASMI - 2002/2009SURAT RASMI - 2000SYARAHAN - 2001DIALOG - 2003/2005/2006LAPORAN - 2004/2010BERITA - 2002/2007UCAPAN - 2006PERBAHASAN - 1998CATATAN HARIAN - 2005

KARANGAN TIDAK BERFORMAT

FAKTA - 2006/2008/2010KEPERIHALAN - 2005/2007/2008/2010MELENGKAPKAN CERITA - 2007/2009

Page 81: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN B – 30 MARKAH

PENSKORAN KRITERIA

CEMERLANG( 24 -30 ) i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik

untuk dibaca. - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.

BAIK( 17 – 23 ) i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca.

- Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema.iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.

MEMUASKAN( 11 – 16 ) i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas.

- Menyatakan idea dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah koma) - Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan.

PENCAPAIAN TAHAP

MINIMUM( 1 – 10 )

i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema - Idea tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami.ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

Page 82: Bahasa Melayu 2012

PANDUAN MENJAWABPANDUAN MENJAWAB1. Baca soalan dengan teliti.

2. Pilih tajuk atau soalan yang benar-benar dikuasai.

3. Fahami tajuk soalan dan kenal pasti sama ada jenis berformat atau sebaliknya.

4. Garisi kata kunci atau kehendak soalan.

5. Buat rangka karangan. Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi mencari isi. (kaedah peta minda, kaedah soalan, kaedah perkataan atau kaedah rangka)

6. Susun rangka karangan.

7. Tulis karangan mengikut format yang dikehendaki. Setiap satu isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya sekali.

8. Semak tatabahasa.

9. Pastikan tulisan kemas dan bersih.

Page 83: Bahasa Melayu 2012

Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatukarangan ?

Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki –Minimum TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ?

Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang berbentuk penceritaan.

Pertimbangan markah yang sesuai perlu diberi bagi isi yang disertakan contoh dan

huraian, isi beserta contoh atau isi sahaja.

Page 84: Bahasa Melayu 2012

YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN BIALAH :--

1. IDEA / ISI - BERAPA ?

2. MENEPATI TUGASAN – SESUAI/TIDAK?

3. PANJANG KARANGAN – JANGAN KURANG 80 pp

4. MEMATUHI FORMAT

5. PERENGGAN – PERLU ADA & BERAPA?

6. LARAS BAHASA

Page 85: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN CBAHAGIAN C

MEMBUATMEMBUAT

ULASANULASAN

Cadangan masa menjawab Bahagian C20 minit

Page 86: Bahasa Melayu 2012

Membuat UlasanMembuat Ulasan• 20 markah• Ulasan yang dibuat berpandukan

soalan kepada situasi yang diberikan.

• Tidak kurang 50 patah perkataan.

• *Tidak lebih daripada 50/60 patah perkataan.

Page 87: Bahasa Melayu 2012

Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/pernyataan/puisi/dialoq/rencana yangmengandungi banyak pengajaran/amalanbaik atau nilai-nilai murni.

Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.

Page 88: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN C• Bahagian ini amat penting .• Perlu memahami dan meneliti

dengan jelas petikan yang diberi.• Calon tidak digalakkan mencatat

atau menyalin semula .• Pastikan nilai-nilai murni yang

perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan.

• Tidak perlu menulis semula nama orang yang diceritakan .

Page 89: Bahasa Melayu 2012

• Pastikan mengikut arahan soalan .• Nilai murni yang disampaikan

boleh dicampur-aduk . • Nilai yang negatif tidak boleh

diterima.• Jawapan yang disampai dalam

satu perenggan.• Jawapan yang mempunyai lebih

daripada satu perenggan tidak diterima .

• Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita boleh diterima.

Page 90: Bahasa Melayu 2012

JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIKJENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK

Belajar bersungguh-sungguh Mendisiplinkan diri Menolong orang yg. ditimpa kesusahan Mengambil berat / memberi perhatian Luhur tanpa menyimpan rasa dendam Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan Tidak buang masa Menanam sikap rajin bekerja

Page 91: Bahasa Melayu 2012

JENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNIJENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNI

Baik hati Berdikari Berhemah tinggi Hormat Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kejujuran

Toleransi Kesyukuran Harmoni Berdisiplin Berwawasan Semangat

bermasyarakat Patriotisme Rasional Kesederhanaan Kerjasama Kerajinan

Page 92: Bahasa Melayu 2012

JENIS SOALAN : 3. PENGAJARANJENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN

Memelihara dgn. kasih sayang

Jasa dihargai dan dibalas

Menyayangi ibu bapa dan keluarga

Mensyukuri anugerah tuhan

Bersifat murah hati

Ucap terima kasih

Bersimpati pada golongan lemah

Sifat bertanggungjawab

Menepati masa Amanah Kesabaran

membawa kejayaan Menjaga

keselamatan Bersikap prihatin Mematuhi peraturan

Page 93: Bahasa Melayu 2012

Cara Menjawab Cara Menjawab SoalanSoalan

• Baca dan fahami situasi.• Gariskan kata kunci dalam soalan.• Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.• Tulis ulasan yang ringkas lebih kurang

5 hingga 10 ayat sahaja.• Panjang jawapan tidak kurang 50 patah

perkataan/tidak lebih daripada 50 atau 60 patah perkataan.

Page 94: Bahasa Melayu 2012

Contoh SoalanContoh SoalanMembuat UlasanMembuat Ulasan

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Page 95: Bahasa Melayu 2012

AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

BANGUN AWAL PAGI

MEMBANTU IBU

BERSARAPAN BERSAMA-SAMA

BERSARAPAN

BERSALAMAN DENGANAYAH DAN IBU

MEMBACA BUKU

MEMBERSIH KELAS

KELAS YANG CERIA

Page 96: Bahasa Melayu 2012

AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

BANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAIMASA

MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBANKERJA IBU/TANGGUNGJAWAB

BERSARAPAN BERSAMA-SAMA

MENGERATKAN HUBUNGANKASIH SAYANG/SILATURRAHIM

BERSARAPAN MENJAGA KESIHATAN/TIDAKLAPAR/DAPAT BERI TUMPUANKETIKA BELAJAR

Page 97: Bahasa Melayu 2012

AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

BERSALAMAN DENGANAYAH DAN IBU

MENGHORMATI IBU BAPA/MOHON RESTU

MEMBACA BUKU RAJIN/MENGHARGAIMASA

MENYAPU/MEMBERSIH KELAS

TANGGUNGJAWAB/MENJAGA KEBERSIHAN

KELAS YANG CERIASERONOK & SELESABELAJAR

Page 98: Bahasa Melayu 2012

Akhir sekali,

perlu

hendak

harus

patut

Kata BantuNilai murni/pengajaran

Kata Hubung Huraian Penanda

Wacana

dengan

kerana

agar

supaya

seperti

Selain itu,

Di samping itu

Seterusnya,

mesti

Page 99: Bahasa Melayu 2012

Contoh ulasan

Nilai yang saya peroleh ialah kita mestilah menghargai masa dengan bangun awal pagi.Selain itu, kita dapat meringankan bebankerja ibu seperti membantu ibu di dapur. Di samping itu, kita dapat mengeratkanhubungan kasih sayang dengan bersarapanbersama-sama. Seterusnya, kita perlulahmenghormati kedua-dua ibu bapa kita sepertiSalina yang bersalaman dengan ayah dan ibunya. Akhirnya, kita dapat menambahilmu pengetahuan dengan membaca buku.

Page 100: Bahasa Melayu 2012

Senaraikan nilai murni/pengajaran/amalan baik yang terdapat dalam petikan

1. Bangun awal pagi – disiplin diri2. Menolong ibu di dapur3. Bersarapan bersama – kasih sayang4. Bersalam – menghormati orang tua5. Rajin / tidak suka membuang masa6. Suka kepada kebersihan

Page 101: Bahasa Melayu 2012

Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menontontelevisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergike sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlahtiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapansekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa menguncibasikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalambarisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapatibahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpangoleh rakan untuk pulang ke rumah.

Page 102: Bahasa Melayu 2012

1. Tidur larut malam2. Membuang masa menonton televisyen3. Tidak bersarapan4. Tidak menghormati ibu bapa5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya6. Tergesa-gesa7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri8. Tidak menghormati lagu kebangsaan9. Menolong orang yang dalam kesusahan.

Page 103: Bahasa Melayu 2012

Kita mestilah menghargai masa dengan tidur pada masanya dan bangun awal kerana masa itu emas. Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah. Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat merah bernyala demi keselamatan diri sendiri. Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab dengan menjaga harta benda sendiri seperti basikal agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya, kita wajarlah bersemangat patriotik dengan berdiri tegak semasa lagu Negara-ku dinyanyikan sebagai tanda taat kepada Negara.

Page 104: Bahasa Melayu 2012

Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C

Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya … Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …

Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya … Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya …

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...

Page 105: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN C – Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikanini ialah ……………………………..(huraian).Seterusnya, ………………………..……………………...................................(huraian)……………...Di samping itu, ……………………….……………......(huraian)………………………………………..Selain itu, ……………………….……………………….……………………………..(huraian)………….………………………………………………………………Akhirnya, kita……………………….(huraian)……………………………………………………………..

•Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja. Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.

Page 106: Bahasa Melayu 2012

Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..………………….agar………………………(huraian)Kita juga perlu………………………untuk…………………………………………………….……(huraian)Seterusnya, kita perlu……………………………….untuk………………………………………..(huraian)Kita juga harus……………………………supaya………………………………………………….(huraian)Kita mestilah juga……………………………………bagi…………………………………………(huraian)

Apa yang penting setiap amalan/nilai/pengajaran mesti ada huraian

Page 107: Bahasa Melayu 2012

Elakkan daripada menulis ulasanmenggunakan perkataan,

“………………..itu merupakan amalan yangbaik”.“……………….itu merupakan sikap yang terpuji”.“……………….itu merupakan amalan yangmulia”.

Page 108: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN C – 20 MARKAH

PENSKORAN KRITERIA

CEMERLANG( 17 -20 )

i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul

BAIK( 12 – 16 )

i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

MEMUASKAN( 6 – 11 )

i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan

PENCAPAIAN TAHAP

MINIMUM( 1 – 5 )

i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

Page 109: Bahasa Melayu 2012

Aminah sedang membaca buku sambil

menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau

dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu

meminta wang daripada Aminah. Aminah telah

memberikan wang syiling baki wang sakunya

kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan

terima kasih sebelum pergi.

Menghargai masa

Belas kasihanMenghargai jasa

Page 110: Bahasa Melayu 2012

Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur

sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang

kepada murid-murid yang lebih kecil untuk

menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,

dia ternampak seorang murid tahun dua

membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah

menegur budak itu dan memberitahunya bahawa

perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh

menimbulkan berbagai-bagai kesan.

Berdisiplin

Simpati

Kebersihan

Page 111: Bahasa Melayu 2012

Aminah sedang membaca buku sambil

menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau

dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu

meminta wang daripada Aminah. Aminah telah

memberikan wang syiling baki wang sakunya

kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan

terima kasih sebelum pergi.

Melakukan aktiviti yang berfaedah

Orang lain akan membantu kita apabila kita ditimpa kesusahan

Disayangi dan dihormati

Page 112: Bahasa Melayu 2012

Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur

sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang

kepada murid-murid yang lebih kecil untuk

menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,

dia ternampak seorang murid tahun dua

membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah

menegur budak itu dan memberitahunya bahawa

perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh

menimbulkan berbagai-bagai kesan.

Tidak berlaku kemalangan

Menghormati kanak-kanak

Menjaga alam sekitar

Page 113: Bahasa Melayu 2012

Akhir sekali,

perlu

hendak

harus

patut

Kata BantuNilai murni/pengajaran

Kata Hubung Huraian Penanda

Wacana

dengan

kerana

agar

supaya

seperti

Selain itu,

Di samping itu

Seterusnya,

mestimengharg

aimasa

belas kasihan

berdisipin

Menghargai

jasasimpati

melakukan aktiviti

berfaedahdisayangi dan

dihormati

tidak ditimpa kemalangan

orang lain akan akan membantu

pulaMemberi murid kecil menaiki bas

Page 114: Bahasa Melayu 2012

CONTOH ULASAN YANG LENGKAP

Nilai murni dan pengajaran yang diperoleh daripada petikan ialah kita

mestilah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, kita perlulah mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang

orang lain kerana kita akan sentiasa disayangi dan dihormati. Di samping

itu, kita hendaklah sentiasa berdisiplin ketika menaiki bas agar kita tidak

ditimpa kemalangan. Seterusnya , kita juga harus menghargai jasa orang

yang telah membantu kita supaya apabila kita ditimpa kesusuahan ,orang

lain pula akan membantu kita. Akhir sekali, kita patut berasa simpati

kepada orang seperti Aminah memberikan murid-murid kecil menaiki

bas dahulu.

Page 115: Bahasa Melayu 2012

Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah:

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.

Page 116: Bahasa Melayu 2012

Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolahyang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedihmelihat cenderamata yang diperolehi daripadasahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adikkerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasabersalah dan meminta maaf kepada kakak.

Page 117: Bahasa Melayu 2012

GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA

A. CARA PEMERIKSAAN - UMUM

1. PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG

DIGARISKAN.

PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/ KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN

(IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DANANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN DISESUAIKANDENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN

Page 118: Bahasa Melayu 2012

2. BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA -

TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKORBERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN.

ISI

( ) KESALAHAN ISI

/\/\/\/\/\/\/ KESALAHAN STRUKTUR AYAT

KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN

KESALAHAN TANDA BACA

KESALAHAN EJAAN

KESALAHAN EJAAN BERULANG

KESALAHAN IMBUHAN

KESALAHAN IMBUHAN BERULANG

Page 119: Bahasa Melayu 2012

PANDUAN PEMERIKSA

1. BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI.

2. BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA. - PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH

SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN KALI KEDUA.

3. KETIKA MENILAI…LIHAT -> a. AYAT DAHULU ( BACA ) UNTUK MEMASTIKAN JAWAPAN YANG DITULIS MENJAWAB TUGASAN ATAUPUN TIDAK. b. PENGGUNAAN KATA (IMBUHAN) C. EJAAN & KOSA KATA d. TANDA BACA.

Page 120: Bahasa Melayu 2012

4. KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

5. KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

6. MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 1 MARKAH SAHAJA. Bahasa yang tidak difahami biji butirnya layak dapat 1 markah sahaja.

7. JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH KESELURUHAN AKAN TURUN.

8. JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN

Page 121: Bahasa Melayu 2012

PENANDAAN BAHAGIAN A

PENEKANAN UTAMA KEPADA;- PEMINDAHAN MAKLUMAT- TATABAHASA- STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT.

1. AYAT TERSIRAT TIDAK BOLEH DITERIMA. AYAT BERUNSUR NEGATIF DITOLAK SAMA SEKALI.

2. AYAT BERBENTUK DIALOQ BOLEH DITERIMA JIKA SESUAI DENGAN GAMBAR TETAPI

TIDAK DIGALAKKAN.

Page 122: Bahasa Melayu 2012

3. BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON. PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA.

4. JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK.

5. JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI

BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI 2 ISI SAHAJA.

6. JIKA CALON BUAT 4 AYAT SAHAJA PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA. SEKIRANYA

MEMPUNYAI LIMA AYAT BERKAITAN GAMBARLAYAK DAPAT MARKAH PENUH.

Page 123: Bahasa Melayu 2012

6. JIKA BUAT 2 ATAU 3 AYAT SAHAJA, ARAS PENSKORAN MEMUASKAN.

7. 1 AYAT SAHAJA – PTM

P/S : AYAT YANG GRAMATIS BERMAKSUD AYAT YANG DITULIS BERDASARKAN KEPADA PRINSIP NAHU ATAU TATABAHASA.

Page 124: Bahasa Melayu 2012

8. JAWAPAN DALAM BENTUK ESEI DITERIMA TETAPI SKOR PEMARKAHAN ARAS BAIK SAHAJA. BACA ESEI DAN CARI 5 ISI SAHAJA.

9. HURAIAN DAN CONTOH TIDAK DIBERI MARKAH. CARI AKTIVITI YANG YANG SESUAI DENGAN GAMBAR. ASPEK BAHASA TETAP DINILAI.

10. BAHASA MASIH DINILAI.

11. ISI TIDAK IKUT URUTAN DAN WATAK YANG BERBEZA-BEZA DITERIMA.

12. KALAU GAMBAR BERSIRI, AYAT MESTI SEIMBANG. KALAU ADA 2 GAMBAR. 3 + 2 = CEMERLANG

4 + 1 = BAIK 5 + 0 = MEMUASKAN.

Page 125: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN B

1. MESTI ADA PENDAHULUAN & PENUTUP.

2. UNTUK MENDAPAT SKOR YANG CEMERLANG, MESTI ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI + HURAIAN + CONTOH.

3. KALAU TIADA PENDAHULUAN, SKORNYA AKAN MENURUN. KALAU CEMERLANG BERI SKOR PADA CEMERLANG ARAS BAWAH.

4. SEKIRANYA BERFORMAT TETAPI TIADA BUAT IKUT FORMAT DIKEHENDAKI, TOLAK 2 MARKAH. BEGITU JUGA SEBALIKNYA.

Page 126: Bahasa Melayu 2012

5. MENYALIN SOALAN PENSKORAN PTM BAWAH ( 1 – 5 MARKAH )

6. DARI SEGI PEMBERIAN MARKAH, 1-5 KESALAHAN EJAAN MASIH BOLEH DAPAT CEMERLANG. 6 -10 PENSKORAN PADA TAHAP BAIK DAN 11 – 15 PENSKORAN MEMUASKAN. 16 KE ATAS PTM.

7. PENILAIAN LAMA BERBENTUK ANALITIKAL SESUAI DIGUNA PAKAI KETIKA P&P KERANA DAPAT BIMBING PELAJAR MENGENALPASTI KESALAHAN.

8. JIKA CALON TULIS LEBIH SOALAN, PERIKSA KARANGAN PERTAMA SAHAJA.

Page 127: Bahasa Melayu 2012

BAHAGIAN C

1. MENYALIN PETIKAN - MARKAH TIDAK LEBIH 2.

2. SEKIRANYA KURANG DARIPADA 50 PP, MARKAH AKAN TURUN.

3. TULIS DALAM BENTUK POINT, ARAS SKOR MAKSIMA BAIK SAHAJA.

4. ULAS SEKURANG-KURANGNYA 5 NILAI SAHAJA. SEKIRANYA NAK ULAS SEMUA PUN BOLEH. TIADA PEMOTONGAN MARKAH.

5. ULASAN BAIK TETAPI TIDAK MENCUKUPI 4 NILAI SKORNYA MENURUN.

6. MENYENARAIKAN SAHAJA NILAI/PENGAJARAN PENSKORAN MAKSIMUM 3 SAHAJA.

Page 128: Bahasa Melayu 2012

7. SEKIRANYA MENGULAS 5 NILAI/PENGAJARAN LAYAK CEMERLANG. KALAU ULAS 3 – 4 LAYAK DAPAT BAIK KALAU ULAS 2 MEMUASKAN TIDAK ADA ULASAN 1 MARKAH

8. MENJAWAB DALAM BENTUK PERNOMBORAN (TIDAK IKUT PERENGGAN) TETAPI ULASAN SERTA AYAT BAIK, PERKATAAN CUKUP, ARAS PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA.

Page 129: Bahasa Melayu 2012

Kesilapan yang biasa dilakukanoleh calon semasa menjawab

soalan peperiksaan

1.

1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan - Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.

2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

Page 130: Bahasa Melayu 2012

3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi

dan penutup. - tiada mempunyai perenggan.

4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta

struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau

dialog dalam jawapan.

6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal

menjawab cukup soalan.

7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.

Page 131: Bahasa Melayu 2012

PETUA SEORANG GURU

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap. Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sumbangan :

En. Jaafar Yusof

Guru Besar SK Palong 12 (F) Gemas, Negeri Sembilan.

Page 132: Bahasa Melayu 2012

SELAMAT BERTEMU LAGI.JUMPA LAGI DI LAIN MASA &

KETIKA.

Disampaikan oleh:-ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN

0164315302