bahan

22
Ulasan Artikel Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Perak, Malaysia Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Duratul Ain Hussin, Dr.Rokiah, dan Victor Feizal Knight, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan kelemahan artikel dan cadangan untuk penambah baikan artikel. Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Malaysia. Para penulis jurnal ini bersetuju bahawa masalah penglihatan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah ralat refraksi, ambliopia, strabismus dan pelbagai jenis penyakit okular. Hasil dapatan mereka mengesahkan bahawa pengesanan di peringkat awal penting untuk memastikan masalah mereka dapat diatasi pada usia yang awal. Hal ini dipersetujui Yeo Li Shuan (2013) yang mengulas dalam artikelnya di Kosmo mengenai jurnal ini. Beliau mengatakan bahawa kepekaan ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan sebarang masalah boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal usia kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat menyuarakan mengenai penglihatannya lantaran mereka masih kecil untuk mengenalpasti masalah mereka. Oleh yang demikian, jelaslah daripada tulisan jurnal ini dan ulasan Yeo Li Shuan bahawa, ibu bapa mestilah memerhatikan gerak-geri kanak-kanak dan peka pada aduan mereka untuk mengenalpasti jika mereka mempunyai masalah pengihatan. Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu, penulis menggunakan beberapa kaedah ujian mata untuk menyaring masalah mata kanak-kanak. Ujian-ujian yang digunakan ialah ujian katup, ujian akuiti visual, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi.

Upload: fatinah-r

Post on 15-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

go

TRANSCRIPT

Page 1: bahan

Ulasan Artikel

Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Perak, Malaysia

Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Duratul Ain Hussin, Dr.Rokiah, dan Victor Feizal Knight, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan kelemahan artikel dan cadangan untuk penambah baikan artikel.

Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Malaysia. Para penulis jurnal ini bersetuju bahawa masalah penglihatan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah ralat refraksi, ambliopia, strabismus dan pelbagai jenis penyakit okular. Hasil dapatan mereka mengesahkan bahawa pengesanan di peringkat awal penting untuk memastikan masalah mereka dapat diatasi pada usia yang awal. Hal ini dipersetujui Yeo Li Shuan (2013) yang mengulas dalam artikelnya di Kosmo mengenai jurnal ini. Beliau mengatakan bahawa kepekaan ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan sebarang masalah boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal usia kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat menyuarakan mengenai penglihatannya lantaran mereka masih kecil untuk mengenalpasti masalah mereka. Oleh yang demikian, jelaslah daripada tulisan jurnal ini dan ulasan Yeo Li Shuan bahawa, ibu bapa mestilah memerhatikan gerak-geri kanak-kanak dan peka pada aduan mereka untuk mengenalpasti jika mereka mempunyai masalah pengihatan.

Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu, penulis menggunakan beberapa kaedah ujian mata untuk menyaring masalah mata kanak-kanak. Ujian-ujian yang digunakan ialah ujian katup, ujian akuiti visual, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Penulis cenderung untuk melakukan pemeriksaan mata ini dengan melibatkan sebahagian besar iaitu 59.9% kanak-kanak ialah kanak-kanak Melayu. Sewajarnya, penulis perlu mengambil responden dengan jumlah bilangan kaum yang sama supaya bancian mengenai kanak-kanak bermasalah penglihatan dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu, penulis melakukan pemeriksaan mata hanya di satu kawasan iaitu di kawasan Sitiawan. Pada pandangan saya, penulis sepatutnya mengambil responden dari kalangan kanak-kanak yang berbeza negeri supaya pembaca dapat mengetahui masalah penglihatan kanak-kanak dari tempat lain.

Page 2: bahan

Selain itu, penulis jurnal ini juga tidak mengenalpasti sama ada kanak-kanak di kawasan tersebut mengalami masalah buta warna atau tidak kerana tiada sebarang ujian yang menunjukkan mereka mengkaji mengenai masalah buta warna. Menurut informasi yang dibekalkan oleh Colourblindness.com, sebanyak 5 peratus warga Asia yang terdiri daripada lelaki mengalami masalah buta warna. Dengan ini, kajian jurnal ini seharusnya menjalankan ujian penglihatan warna supaya masalah buta warna dalam kalngan kanak-kanak dapat dikesan pada peringkat awal lagi.

Saya berpendapat bahawa, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan mata seawal umur 4 tahun dan kerajaan Malaysia perlu mewajibkan pemeriksaan mata ini bukan sahaja di sekolah malah mewujudkan klinik bergerak di desa. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak yang masih tidak bersekolah di Malaysia dan kesihatan mereka tidak dipantau sepenuhnya di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan mewujudkan klinik bergerak di desa, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan di pedalaman juga dapat menerima rawatan yanng sepatutnya.

Saiful Bahri Kamaruddin (2012) dalam artikel menyatakan bahawa Kanak-kanak harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun seawal usia empat tahun lagi kerana masalah penglihatan di kalangan anak-anak muda semakin meningkat di negara ini.

Menurut Saiful Bahri lagi, Dr.Rokiah dalam kajiannya berkata bahawa kurang penjagaan kesihatan, tabiat membaca yang tidak betul dan terlalu lama melihat di jarak dekat boleh merosakkan penglihatan kanak-kanak prasekolah. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini. Hal ini kerana,kanak-kanak zaman sekarang sangat pantas terdedah kepada teknologi yang memerlukan penggunaan deria mata yang tinggi. Mereka menonton televisyen, bermain alat permainan perisian komputer, menggunakan gajet telefon bimbit, tablet dan banyak lagi sejak dari kecil. Pendedahan kepada gajet teknologi ini sedikit sebanyak mampu menjejaskan penglihatan mereka.

Penyelidikan oleh Chung (1996) yang dipetik daripada Saiful Bahri (2012), beliau menyatakan bahawa miopia di kalangan kanak-kanak Cina di Malaysia yang berusia antara 6-12 tahun adalah 33% dan ia meningkat kepada 50% di kalangan mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun. Bagi kanak-kanak Melayu berusia antara 7-12 tahun 8% didapati miopia dan meningkat kepada 20% apabila menjangkau usia antara 13 hingga 18 tahun. Perkara ini membuktikan bahawa taburan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan, berbeza mengikut kaum. Dengan ini, saya mencadangkan bahawa kajian mengenai masalah penglihatan bagi setiap kaum perlu dijalankan supaya pemerhatian yang lebih jelas dapat dilihat.

Jurnal ini merupakan hasil kajian Siti Norlina Muhamad & Mohd Nasir Ripin dari Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai, Johor Manakala Mohd Dani Muhamad daripada Centre For Islamic Thought And Understanding (CITU) UiTM Shah Alam, kajian terhadap pemupukan akhlak muslim menurut pandangan Ibnu Miskawayh. Perbincangan dalam jurnal ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarnya tentang

Page 3: bahan

pembentukan akhlak amat penting kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan iman. Sungguhpun fitrah semulajadi manusia adalah baik, ada ketikanya manusia mempunyai keinginan yang tersasar dari kebaikan. Akhirnya dalam mengejar kemajuan kebendaan, manusia mengorbankan keluhuran akhlak dan iman. Penulisan ini juga telah disokong oleh penulis dengan membawa sorotan tokoh contoh akhlak Islam terkemuka iaitu Ibnu Miskawayh dalam menghadapi keruntuhan akhlak masyarakat pada zamannya dan boleh diaplikasikan pada masa kini.

2.0 SASARAN PEMBACA

Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian dan jurnal ini adalah ditujukan kepada pemikir-pemikir ilmuan islam dan mahasiswa dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi. Idea ini kemudiannya dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat pendapat al-Ghazali yang berasaskan al-Quran dan Sunnah, sekaligus menolak dakwaan ahli falsafah barat yang mengatakan falsafah Islam merupakan disiplin ilmu yang berasal dan bersandarkan pada pemikiran Yunani.

3.0 RUMUSAN JURNAL

Isu akhlak bukan hanya terhad kepada aktiviti-aktiviti sosial, tetapi juga wujud dalam setiap aktiviti manusia seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Pemupukan nilai-nilai akhlak dan etika yang baik dalam kehidupan muslim mestilah dititikberatkan. Proses pemupukan akhlak muslim harus bermula dengan keluarga di rumah dan diteruskan dalam kehidupan sosial bermasyarakat. Keruntuhan akhlak yang berpunca daripada kemerosotan nilai-nilai akhlak boleh diatasi melalui peningkatan kualiti kehidupan keluarga. Ini boleh dilaksanakan melalui penghayatan terhadap tuntutan Islam dalam kehidupan seharian di samping penekanan terhadap disiplin dan membezakan dosa atau pahala dalam setiap tingkahlaku.

Maka sebab itulah, penulis melihat keperluan usaha untuk menjana semula akhlak Islam dalam masyarakat adalah dengan cara mencari penyebab berlakunya penyelewengan dalam masyarakat dan berusaha mengubati penyelewengan tersebut. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah denagn meluaskan pemikiran, kerana pemikiran yang sempit merupakan faktor berlakunya perbuatan jahat, bersahabat dengan orang yang berperibadi mulia kerana ia merupakan antara perkara yang boleh mendidik jiwa dan meneliti perjalanan hidup para nabi, ulama dan pahlawan Islam kerana ia boleh dijadikan teladan kepada orang yang mengkajinya.

3.1 PENILAIAN

Penulis cuba menterjemahkan apakah yang dimaksudkan dengan akhlak dan bagaimanakah pemupukan akhlak dibina oleh Ibnu Miskawayh bagi mengatasi gejala sosial pada zamannya dan diaplikasikan dalam konteks semasa. Bahkan pendekatan Ibnu Miskawayh ini terbukti masih releven sehingga kini.

Penulis juga memberikan senarai panjang contoh gejala sosial masyarakat masakini termasuklah jenayah berat, keganasan seksual, jenayah remaja, penderaan kanak-kanak, dan gejala

Page 4: bahan

rasuah. Banyak juga gelala sosial ini dibukti melalui “stakeholder” seperti kes ragut dalam berita Harian, 17 Jun 2004, jenayah remaja seperti peras ugut dan rogol dalam majalah dakwah, September 2006, rasuah dalam Utusan Malaysia, 17 jun 2004 dan sebagainya. Di samping itu juga penulis cuba mengfokuskan kepada etika hidup yang tinggi dan mulia sebagai hamba Allah menurut Ibnu Miskawayh antaranya pegangan agama yang mantap, usaha dari individu, bersahabat dengan orang baik dan sebagainya.

3.1.1 TEMA

Penulis telah memilih tema akhlak muslim dan langkah mengatasi masalah akhlak masakini mengikut metodologi Ibnu Miskawayh sebagai fokus utama penulisan. Ini bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau iaitu kepada kepada pemikir-pemikir ilmuan islam dan mahasiswa dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi.

3.1.2 CIRI-CIRI

Penulisan penulis ini bercirikan penulisan ilmiah dan dipersembahkan dengan mewujudkan ciri-ciri kajian dan dapatan. Hasil dapatan adalah bertujuan bagi menguatkan lagi hujah agar boleh menyakinkan pembaca menerima pendapat beliau.

3.1.3 KAITAN TEORI, PENDAPAT DAN AMALAN

Penulis telah berjaya memberikan pendapat daripada para sarjana dan ilmuan tentang pemupukan akhlak muslim. Di antaranya Ibnu khaldun (1995), mengatakan pasang surut sesebuah Negara dan tamadun banyak bergantung kepada sejauhmana umat itu berpegang kepada nilai-nilai yang tinggi. Penulis juga menggunakan pendapat penyair arab terkenal yang bernama Ahmad Shauqi tentang akhlak yang mana beliau mengatakan sesebuah masyarakat itu akan ada selagi ada akhlaknya. Sekiranya akhlaknya tiada, maka masyarakat akan lenyap. Penulis juga cuba membawa pendapat tokoh lain seperti Prof Khurshid Ahmad yang berpandangan Islam tidak menghalang manusia mengejar kemajuan, teknologi dan kekuasaan tetapi ia menghalang semua ini jika dijadikan sebagai matlamat dan tujuan hidup manusia. Menurut Prof Khurshid Ahmad lagi beliau mengatakan kemajuan, teknologi dan kekuasaan hanya dijadikan sebagai alat dalam mencapai tujuan hidup. Dalam erti kata lain melalui memahami hakikat tauhid, takwa dan adil yang sebenar akan menjadi asas kepada pemurnian akhlak seseorang muslim.

Selain itu terdapat juga pendapat ilmuan seperti Ziaudin sardar (1988) berpendapat masa hadapan Tamadun Islam banyak bergantung kepada sejarah. Kita juga memerlukan analisis terhadap pengalaman masa lalu di samping mengambil kira pengalaman masa kini agar kita mengambil pengajaran daripadanya. Penulis juga mengemukakan kenyataan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berhubung kes Rasuah (akhlak) yang mana melibatkan ramai orang kenamaan telah pun didakwa di mahkamah. Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung kes kes

Page 5: bahan

ragut dalam kategori jenayah berat, mengemukakan statistik perangkaan kementerian Pendidikan pada tahun 1994 berhubung kes jenayah remaja dan sebagainya.

Akhirnya, penulis membawa pembaca melihat kenyataan sorotan berita yang sering dipaparkan di“stakeholder” antaranya termasuklah berita harian, utusan Malaysia, majalah dakwah yang mana kesemuanya membincangkan tentang isu akhlak yang melibatkan kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga orang kenamaan. Oleh itu semua isu-isu akhlak ini perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang berkenaan bagi mengelakkan iainya menjadi barah dalam masyarakat sekaligus meruntuhkan akhlak ketamadunan manusia.

Tajuk Artikel :

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan TahapMotivasi Terhadap Program Pengajian

Penulis : Mazanah Muhamad & Adanan Mat JunohBilangan muka surat : 9 muka suratSumber : Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2):163-171(2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia PressJurnal ini adalah sebuah kajian penulis Mazanah Muhamad dan Adanan MatJunih untuk mengenal pasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melalui programpengajian jarak jauh di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL),Universiti Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap programtersebut. Penulis juga telah menjalankan kajian bagi 360 guru daripada empat pusatpembelajaran IDEAL telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumenyang digunakan bagi tujuan pengumpulan data 'Educational Participation Scale'(EPS) yang dibangunkan oleh Boshier (1973). Kajian ini mendapati tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah pembangunan professional, minat kognitif,kebajikan sosial, matlamat peribadi, aktiviti pembelajaran, jangkaan luaran, danperhubungan sosial. Penulis juga mendapati tahap motivasi guru terhadap programpengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi diantara guru berlainan bangsa, semester pengajian, program pengajian dan lokasisekolah

Artikel Asal : Ancaman Alam Sekitar – Satu Dimensi Baru dalam Kajian Keselamatan Rantauan – Isu dan Cabaran bagi Malaysia, Indonesia dan ASEAN (Prof. Dr. Khairulmaini Osman Salleh, PhD) Jabatan Geografi Universiti Malaya Sumber http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/KHAIRULMAINI.doc Ulasan Artikel :- 1.0 Pengenalan Pertumbuhan dan pencapaian ekonomi yang tinggi bagi Malaysia dan ASEAN dilihat telah meningkat menjelang abad ke-21 ini. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi kualiti hidup manusia. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada bekalan, kualiti dan kuantiti sumber alam sekitar. Pembangunan sumber telah mempengaruhi juga pertumbuhan pada sektor pertanian, industri, pelancongan dan perniagaan dan juga telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor ekonomi dan pembangunan. Kesan perdagangan dan perniagaan rantauan dan global ke atas pertumbuhan ekonomi negara ASEAN juga bermakna perhubungan, pembangunan alam sekitar perlu dikekalkan dan di pergiatkan untuk memenuhi permintaan dalaman. rantauan dan global yang semakin bertambah. Dengan perkataan lain, konsep keselamatan alam dan pembangunan alam sekitar tidak lagi tertumpu kepada isu-isu pencemaran tetapi juga ia turut merangkumi bencana alam seperti bencana tsunami, banjir, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Isu kepupusan sumber, penebangan hutan secara tidak terkawal, kestabilan ekonomi, jenayah rentasi sempadan, pemberontakan, penyakit juga merupakan isu

Page 6: bahan

pencemaran. bencana alam yang mampu meragut kestabilan ekonomi, tamadun dan nyawa, kepupusan sumber yang mampu membawa kepada pencetusan konflik antara negara, kegiatan jenayah merentasi sempadan yang menggugat keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara merupakan contoh kemampuan isu-isu ini menggugat kestabilan dan keselamatan negara. Justeru, Malaysia pada ketika ini telah mula mengorak langkah memperkukuhkan konsep keselamatan negara seiring dengan pembangunan dan pendekatan negara-negara maju dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara, rantauan dan global. 2.0 Ulasan 1 mengenai isu:- Keselamatan manusia- Negara, Rantauan dan Global Pembangunan ekonomi sesebuah Negara bergantung kepada bekalan sumber alam sekitar yang ada. Dalam hal ini, keselamatan alam sekitar berkait rapat dengan usaha untuk menghasilkan pembangunan mampan seperti yang terdapat dalam Deklarasi dan Persidangan yang dilaksanakan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Antara ulasan dan isu-isu utama yang diambil perhatian adalah kesan pembangunan alam sekitar dan manusia dan isu pencemaran alam dan kesannya terhadap manusia. Antara persidanganya adalah Stockhlom United Nations conference on the Human Envorement (1972), World Commission on Eviroment and Development (1987), Brunttland Report : Our Common Future (1987) Montreal Protocol, Kyoto Protocol (2005), Johannesburg Eatrh Submit ( Agenda 21 (2003) dan Global Warming Conference (2007) Bali, Indonesia. Kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar pada skala rantauan dan global akan melibatkan lebih ramai manusia terdedah kepada ancaman degradasi, pempupusan dan pencemaran alam sekitar. Keadaan iklim suatu kawasan mungkin akan terjejas sekira berlakunya pencemaran udara terdapatnya bahan-bahan pencemar di udara. Contohnya, bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun. Antaranya adalah Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor mengeluarkan Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksida dan debu, Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran menyebabkan pengeluaran gas karbon dioksida dan debu, Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia mengeluarkan Gas dan kimia beracun dan Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC). Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kualiti udara dalam persekitaran suatu kawasan. Keadaan ini juga menyebabkan kemerosotan kesihatan manusia. Selain itu, berlaku juga Penyusutan lapisan ozon, Pembentukan Hujan Asid, Kenaikan Suhu Di Bumi. Pencemaran air pula adalah berpunca daripada pembuangan bahan-bahan sisa kilang , tumpahan minyak dari kapal laut, pembuangan sampah-sarap dan najis , hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa. Kesan daripada pencemaran ini adalah menjejaskan kesihatan, kepupusan hidupan flora dan fauna dalam air, memberi kesan kepada alam. Selain itu, Pencemaran Tanah juga turut di cemari dan ini menyebabkan pembangunan sukar dilaksanakan. Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat, penyemburan racun serangga dan aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan . Kesannya menyebabkan hakisan tanah, membunuh haiwan dibawah tanah, menjejaskan kesihatan dan tanah menjadi tidak subur. Keadaan ini turut berlaku di negara-negara Sedang Membangun (NSM) dan negara Maju yang mengamalkan sektor Perindustrian sebagai sektor utama. Keadaan ini menyebabkan konflik isu keselamatan alam sekitar seperti pencemaran, kemerosotan sumber dan air, banjir, kepupusan sumber di beberapa sungai utama dunia, el nino dan el nina kenaikan paras laut dan pemanasan global. Antara kes yang terbaru adalah tumpahan minyak di Sungai Mississippi, Amerika Syarikat (2008). Begitu juga dengan kejadian El nino dan El nina yan berlaku di Amerika Syarikat, Filipina dan China. Dalam hal ini, Pembangunan sumber alam sekitar seperti yang di nyatakan lebih awal tadi bukan sahaja mengakibatkan perubahan pada perilaku proses alam sekitar tetapi pembangunan juga boleh menghauskan sumber alam sekitar termasuk sumber geologi dan sumber organik. Penghausan

Page 7: bahan

sumber– sumber ini akan mempengaruhi keteterusan operasi aktiviti tertentu seperti pembangunan. Lebih penting juga kehausan sumber – sumber ini akan mempunyai kesan terhadap perdagangan rantauan dan global yang boleh mempengaruhi kestabilan ekonomi sebuah negara. 3.0 Ulasan 2 mengenai isu:- Vulnerabiliti dan Adaptabiliti: Negara, Rantauan dan global Degradasi dan pempupusan sumber alam sekitar akan mengancam kehidupan manusia pada skala tempatan, rantauan dan global. Ancaman ini lebih kepada keteterusan kesejahteraan kehidupan manusia dan meliputi keselesaan, kesihatan dan keupayaan menjalankan aktiviti kehidupan harian secara berterusan. Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara. Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan sumber air. Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara dunia. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan peningkatan suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh. Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih panas.Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia. Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. 4.0 Ulasan 3 mengenai isu:- Pembangunan :- Isu, Cabaran dan Keterusan Pembangunan alam sekitar akan terus menjadi paksi kepada keseluruhan proses pembangunan di Malaysia, Indonesia dan ASEAN dan secara langsung pemangkin kepada integrasi, pembangunan alam dan perkembangan perdagangan rantauan dan global. Pembangunan merujuk kepada usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup melalui pertumbuhan ekonomi dan

Page 8: bahan

sosial. Sumber semulajadi dan pembangunan sumber-sumber semulajadi merupakan asas keperluan pembangunan yang boleh digunakan oleh manusia untuk tempoh yang lama sekiranya penggunaannya terkawal. Sebagai contoh, kegiatan pembersihan hutan secara besar-besaran telah dilakukan atas nama pembangunan iaitu untuk pembinaan kawasan perumahan, pembinaan lebuh raya, keperluan manusia yang lain, gangguan yang tenat kepada alam sekitar, mengganggu kitaran biogeokimia secara keseluruhan, mengurangkan kepelbagaian biologi. Sebagai contoh kejadian banjir besar yang berlaku di Johor, Selangor, Kedah, Perlis dan beberapa negeri di pantai timur dari akhir (2006) dan awal (2007) dan kes banjir di jakarta, indonesia turut dikaitkan dengan pengurusan pembangunan yang tidak sistematik. Kini Malaysia, Indonesia dan ASEAN turut bekerjasama dalam dan memainkan peranan dalam proses pembangunan. Pembangunan mampan juga disebut sebagai pembangunan lestari atau pembangunan seimbang (sustained development). Ia membawa maksud pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang. Kesedaran terhadap kepentingan perancangan alam sekitar atau pembangunan mampan menonjol selepas Persidangan Alam Sekitar anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Stockholm, pada tahun 1972. Konsep pembangunan ini lebih diberi perhatian berikutan penyebaran laporan Brundtland tentang ‘masa depan kita semua’. Selain itu pelaksanaan Agenda 21(1991) Eart Submit di Brazil juga menekankan aspek pembangunan diperingkan tempatan dan global. Selain itu, Sistem Akaun Negara (SAN) telah diperkenalkan oleh Malaysia untuk mengukurnilai sebenar penggunaan sumber alam. Pembangunan mampan bukan sahaja memberi kepentingan kepada peningkatan taraf hidup tetapi juga tidak mengganggu keharmonian alam sekitar. Kesimpulannya, alam sekitar dan pembangunan merupakan dua elemen penting yang harus diberi perhatian untuk membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat. Tidak dapat dinafikan pembangunan merupakan kayu pengukur kemajuan sesebuah negara tetapi pembangunan tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar adalah satu usaha yang bakal membawa padah kepada manusia sendiri. Alam sekitar dan pembangunan hendaklah berjalan seiring untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. 5.0 Cadangan dan Kritikan Isu Keselamatan Manusia, Negara, Rantauan dan Global Berdasarkan artikel tersebut dalam isu yang pertama iaitu Keselamatan Manusia, Negara, Rantauan dan Global penulis kurang memberi perhatian tentang kes dan isu yang terdapat di Malaysia sendiri. Dalam hal ini, isu di Malaysia atau ASEAN dilihat tidak begitu banyak dan penulis menumpukan isu di negara America, Afrika, Asia Timur dan sedikit di Negara Asia. Walaubagaimanapun, pada akhir isu ini penulis mula memfokuskan isu alam sekitar dan pembangunan di negara Malaysia dan negara ASEAN. Dalam pada itu juga isu –isu berkenaan krisis pasaran makan dan air dunia yang melada negara Afrika terutmanya Sudan dan beberapa negara Afrika yang lain dan peningkatan harga minyak yang tidak stabil di pasaran dunia akibat daripada konflik yang berlaku di negara pengeluar minyak dunia kini tidak di ambil perhatian oleh penulis, walaupun isu ini amatlahlah penting dalam proses pembangunan dan sumber alam di Malaysia mahupun negara ASEAN. Selain itu, persidangan yang terbaru antaranya berkenaan dengan sumber tenaga, air, sekuriti makanan dan kesihatan iaitu Persidangan G8 di Tokyo (2008) Mesyuarat Menteri Pembangunan G8 ini disertai oleh para peserta dari negara-negara G8 (Jepun, UK, AS, Jerman, Perancis, Kanada, Itali and Rusia), begitu juga dari Negara Brazil, China, India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Korea Selatan dan Afrika Selatan. Ahli-ahli Suruhanjaya Eropah, Suruhanjaya AU, Sekretariat ASEAN, OECD, UNDP, Bank Dunia, UNESCO, WHO dan UNICEF tidak di sentuh oleh penulis. Secara keseluruhanya, menunjukan bahawa isu pembangunan dan alam sekitar di Malaysia semakin mendapat perhatian dan menjadi persoalan utama dalam pembangunan negara. 6.0 Cadangan dan Kritikan Isu vulnerability dan Adaptabiliti Negara, Rantauan dan Global Berdasarkan artikel

Page 9: bahan

tersebut dalam isu yang kedua iaitu Isu vulnerability dan Adaptabiliti Negara, Rantauan dan Global penulis kurang memberi contoh dan kes yang spesifik, hanya sedikit sahaja contoh yang diberikan iaitu tumpahan minyak di selat Melaka dan kemarau dan kebakaran di Australia sedangkan terdapat banyak lagi kes yang berlaku antaranya adalah kejadian bencana banjir yang melanda Johor, pada Januari 2007 telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan mengakibatkan kemusnahan yang besar dan Pencemaran minyak di Teluk Jakarta dan Kepulauan Seribu pada tahun 2003 yang terjadi berturut-turut pada April-Mei 2004, Oktober 2004, dan Februari 2005, hingga memberi kesan kepada hidupan laut. Dalam hal ini penulis tidak menerangkan secara lebih detail tentang kesan kepada manusia dari segi pembangunan ekonomi, kesihatan, kegiatan harian, ekosistem, peranan rakyat dan pemerintah dalam menyelesaikan isu ini. Kesan perubahan iklim dan pemanasan global ini juga turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. Walaupun negara tidak terjejas secara langsung, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yang berpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengeluar gas rumah hijau utama dengan sumbangan melebihi 36 peratus jumlah pengeluaran dunia dilihat tidak komited dan enggan menandatangani Protokol Kyoto bagi mengekang tahap pengeluaran gas rumah hijau.Ternyata negara maju seperti AS bimbang pengehadan pengeluaran gas rumah hijau akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi mereka. Malangnya, impak pemanasan global akan lebih mendatangkan mudarat kepada negara dunia ketiga yang miskin seperti negara di Benua Afrika, Bangladesh dan negara di Asia Tenggara. 7.0 Cadangan dan Kritikan Isu Pembangunan :- Isu, Cabaran dan Keterusan Berdasarkan artikel tersebut isu yang ketiga iaitu Pembangunan :- Isu, Cabaran dan Keterusan. Jika dilihat secara trerperinci penulis tidak menyertakan perjanjian atau deklarasi untuk menangani masalah alam sekitar dan pembangunan di negara ASEAN. Pada peringkat ASEAN telah banyak perjanjian dibuat untuk memastikan persekitaran kehidupan dan pembangunan antara negara dikawal dan diselia dengan sewajarnya. Antara perjanjian yang telah dimeterai adalah Jakarta Declaration on Environment and Development (1997), Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and Development ( 1994), Singapore Resolution on Environment and Development (1992) dan The Kuala Lumpur Accord on Environment and Development (1990). Perjanjian ini merupakan satu isi penting untuk mengukuhkan lagi fakta-fakta dalam suatu artikel. Begitu juga dengan konsep Pembagunan Mampan dan Agenda 21 yang tidak di nyatakan dalam isu ini, sedangkan konsep ini adalah penting yang digunakan oleh semua Negara dalam proses pembangunan yang lestari. 8.0 Kesimpulan Ulasan, cadangan dan kritikan terhadap artikel ini diharap dapat menambahkan lagi maklumat dan data yang diperlukan untuk membolehkan saya dan rakan – rakan yang lain memahami dengan lebih mendalam lagi berkenaan isu Alam Sekitar dan Pembangunan di Malaysia, negara ASEAN dan negara-negara luar. Secara kesimpulanya, alam sekitar bukan sahaja membekalkan sumber untuk pembangunan dan perkembangan sistem hidup manusia tetapi di lihat sebagai satu yang strategik dan perlu di pertahankan sekiranya manusia ingin kekal hidup di bumi ini. Keselamatan manusia bergantung kepada keselamatan alam sekitar dan perhubungan ini akan terjejas sekiranya kualiti dan kuantiti alam sekitar terjejas, dan kesihatan alam sekitar dikompromikan. Apa yang hendak dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini adalah kepentingan dan keselamatan keselamatan alam sekitar dan pembangunan perlu di pertahankan

Page 10: bahan

dan perlu satu pendekatan pengurusan yang boleh mengimbangkan kehendak pembangunan dan kepentingan alam sekitar, supaya dapat digunakan oleh generasi manusia akan datang. Dalam ertikata lain, kita bertanggungjawab kepada apa yang berlaku dan pertanggungjawaban ini adalah mutlak keatas setiap individu manusia dan manusia perlu merasakan dan melaksanakan tanggungjawab ini. Inilah pemikiran dan paradigma yang perlu disantuni dan disambungkan kepada generasi seterusnya.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Kekuatan sesuatu bangunan dipengaruhi oleh faktor:*jenis  bahan yang digunakan

*bagaimana struktur tersebut ditempatkan

contoh, penggunaan bahan  dalam pembinaan bangunan daripada konkrit dan keluli adala lebih kuat

berbanding penggunaan bahan  kayu.

Kestabilan bangunan pula dipengaruhi oleh faktor:*bentuk bangunan

*luas tapak struktur *ketinggian bangunan

bentuk peramid adalah lebih stabil berbanding silinder walaupun mempunyai luas tapak yang sama.

keluasan tapak yang lebih besar meningkatkan kestabilan sesuatu bangunan

bangunan yang lebih rendah adalah lebih stabil berbanding bangunan yang tinggi

Rencana : Reka Bentuk Inovasi dan Reka CiptaIsu I (Reka Bentuk Inovasi Dan Reka Cipta) : Kestabilan Struktur

Oleh : Nur Adibah binti Harun

Setiap pembinaan amat mengutamakan kestabilan struktur sebagai asas dalam mekanik pepejal. Ini perlu dititikberatkan dalam memastikan struktur daripada faktor yang menyebabkan ia runtuh (Bazant, 2000). Sebuah struktur yang stabil mempunyai bahagian-bahagian yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambung yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang

Page 11: bahan

dijangkakan. Ini bermaksud struktur tersebut dikatakan stabil apabila dapat menampung beban dan tidak mudah retak. Sebuah struktur bangunan boleh dikatakan stabil apabila strukturnya statik di kedudukan yang sama tanpa mengalami sebarang pergerakan apabila berupaya menahan daya yang bertindak ke atasnya. Oleh itu, kestabilan struktur akan ditentukan terlebih dahulu melalui dua proses iaitu analisis struktur dan reka bentuk struktur (Kumar, 1998).

Kepentingan

Kestabilan struktur yang wujud dari zaman penjajahan menjadi bukti perkembangan sejarah yang dialami oleh sesebuah tempat. Contohnya di Melaka, Kota A’ Famosa tempat menjadi bukti bahawa Melaka pernah ditawan oleh penjajah Portugis pada tahun 1511. Diikuti pula dengan binaan Bangunan Stadthuys (1650) yang melambangkan kedatangan penjajah Belanda ke Melaka. Bangunan bersejarah ini merupakan kaedah terbaik dalam memberikan maklumat kepada masyarakat mengenai peristiwa yang telah berlaku pada masa itu.  

Gambar 1 dan 2 : Bangunan memaparkan rentetan perkembangan sejarah

Kewujudan struktur candi di Lembah Bujang sebagai monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha menjadi satu bukti penyebaran agama ketika itu. Ini melambangkan kehebatan struktur yang pernah menjadi rumah ibadat terkenal sebagai tempat penyimpanan patung dewa utama. Meskipun begitu, bahagian tapak sahaja yang berjaya dikekalkan di kesemua candi tersebut.

Page 12: bahan

 Gambar 3 : Rentetan perkembangan agama Hindu dan Buddha 

Gambar 4 : Struktur candi yang masih utuh 

Keutuhan bangunan lama seperti Istana Kenangan di Perak menjadi lambang kestabilan struktur seni bina Melayu tradisional. Penggunaan pasak iaitu kayu yang ‘dipaku’ dengan kayu daripada lantai hingga ke atap amat mengagumkan. Istana yang masih kukuh tersergam dengan keaslian reka bentuk menjadi lambang kebudayaan Melayu yang indah. Ditambah lagi dengan corak kelarai di dindingnya menjadikan motif alam sebagai lambang ketelitian masyarakat Melayu pada masa itu.

Gambar 5 : Corak kelarai lambang seni bina Melayu 

Page 13: bahan

Kini sektor pembinaan negara telah berjaya mengeksploitasi sepenuhnya teknologi canggih yang sedia ada. Buktinya dengan pembinaan pelbagai mercu tanda dan bangunan pencakar langit di seluruh pelosok negara. Sebagai contoh semasa pembinaan Menara Kuala Lumpur, kaedah pembinaan Slip Form atau acuan gelansar diperkenalkan dalam pembinaan terowong tegak menara (Faridah & Zuraidah, 1995).

Namun begitu, kita juga dikejutkan dengan kejadian bangunan runtuh yang telah menyebabkan kemusnahan harta benda serta mengorbankan puluhan nyawa seperti yang berlaku di Highland Towers (11 Disember 1993), Stadium Sultan Mizan (2 Jun 2009) dan Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar (14 Oktober 2010). Kejadian ini seolah-olah mempunyai rentetan pada tahun yang berikutnya. Menurut Ahamd Fauzi (2011), sudah tiba masanya semua pihak yang bertanggungjawab mengambil berat isu bangunan runtuh yang sekian lama dipandang remeh dan diperdolak-dalikan. Apa yang meragukan ialah runtuhan bangunan ini kerap berlaku pada bangunan komersial tetapi jarang sekali berlaku kepada mercu tanda dan bangunan pencakar langit.

Faktor

Kestabilan sesebuah struktur dipengaruhi oleh pelbagai faktor sama ada buatan, semula jadi dan lain-lain. Menurut Siti Mariam (2011), tragedi runtuhnya Highland Tower telah berlaku pada musim hujan iaitu selepas hujan tanpa henti selama 10 hari berturut-turut. Kadar aliran air bawah tanah yang banyak akibat hujan menyebabkan tanah menjadi lembab sehinggakan kekuatan struktur tanah terjejas. Kadar aliran air bawah tanah dan cuaca merupakan sebahagian daripada faktor semula jadi yang menyumbang kepada kejadian runtuhan bangunan.

          Dari segi faktor buatan, pemilihan bahan asas binaan menjadi punca utama ketidakstabilan struktur. Perkara ini berlaku kepada bangunan Sekolah Kebangsaan Gunung yang runtuh secara tiba-tiba disebabkan pengubahsuaian lantai simen tanpa konkrit yang kukuh (Azmi dan Siti Fatimah, 2010). Lantai simen tersebut tidak mampu menampung beban berat manusia dan peralatan kelas hingga menyebabkan berlaku runtuhan berkenaan.

Page 14: bahan

Gambar 6 : Runtuhan berlaku ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Bagi Stadium Sultan Mizan yang telah runtuh sebanyak dua kali, faktor lain-lain yang menyumbang kepada runtuhnya stadium tersebut ialah kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi serta tiada pengawasan dan kawalan kualiti dilakukan di tapak projek (Utusan Malaysia, 18 Julai 2013). Ini telah menyebabkan struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam masa kurang dari setahun tempoh pembinaan siap dijalankan.

Kesan

Impak yang timbul daripada kejadian ini begitu menakutkan terutamanya pertambahan dalam bilangan mangsa korban kejadian. Selain itu, mangsa yang terselamat akan menghadapi kesan psikologi yang membimbangkan iaitu trauma. Trauma menjadikan mangsa berada dalam ketakutan dan dibelenggu kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga.

Malahan kemusnahan harta benda yang bernilai juta ringgit amat merugikan apatah lagi melibatkan harta benda seperti rumah, bangunan dan kemudahan awam terutamanya jalan raya. Akibatnya, kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membina semula kemudahan atau memberikan bayaran pampasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Kejadian ini juga menyebabkan perubahan landskap yang amat ketara pada struktur tanah dan topografinya. Kawasan tanah tinggi berkemungkinan menjadi rata akibat tanah dan lumpur yang terkumpul sekali gus memberi kesan kepada ekosistem kawasan berkenaan. Tambahan pula, imej Malaysia sebagai negara yang membangun akan terjejas di mata dunia. Ia menampakkan kelemahan tenaga kerja negara dalam mengendalikan pembinaan di tanah air sendiri.

Pertelagahan antara pihak tertentu yang membawa kepada kes saman-menyaman akibat penyelewengan kelulusan Certificate of Fitness (CF) hanya sebagai retorik dalam meletakkan kesalahan kepada pihak lawan. Contohnya saman awam yang difailkan oleh kerajaan negeri Terengganu kepada pihak yang terlibat dengan projek pembinaan stadium yang melibatkan tuntutan bernilai jutaan ringgit.

Page 15: bahan

Gambar 7 dan 8 : Kesan runtuhan bangunan 

Peranan Kerajaan dan Masyarakat

Bagi mengelakkan kejadian buruk ini berulang lagi, kerajaan perlu mengatasi isu ini dengan mempraktikkan sistem pengurusan dan penyelengaraan bangunan yang lebih sistematik. Juru ukur bangunan diberikan tempat untuk bertindak sebagai juru runding yang mewakili kepentingan kerajaan bagi melakukan check and balance ke atas kerja yang dilakukan oleh kontraktor, akitek dan jurutera yang telah dilantik bagi memastikan pembangunan tidak mengundang padah (Ahmad Fauzi, 2011). Pihak ini bertanggungjawab untuk mengemukakan syor penambahbaikan kepada pembinaan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak berkaitan.            Penguatkuasaan undang-undang dengan memastikan bahan binaan yang digunakan melepasi ujian dan penilaian penentuan kualiti. Beberapa ujian seperti komposisi kimia, kehalusan, masa memejal dan kekuatan perlu dijalankan bagi mengawal mutu bahan yang digunakan. Kontraktor yang terpilih perlu mematuhi peraturan dan piawai yang ditetapkan. Kesemua kerja pembinaan perlu mengikut standard pembinaan dengan menyemak secara terperinci spesifikasi kerja dan merujuk kepada pakar perundingan yang dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sebarang permasalahan.              Selain itu, tender projek yang dipohon perlulah selari dengan keupayaan dan kemahiran yang dimiliki oleh sesebuah syarikat pembinaan. Keuntungan atas angin semata-mata tidak menjamin keutuhan syarikat pembinaan masing-masing kerana hasil pembinaan yang tidak berkualiti  ditambah pula pekerja yang tidak mahir akan mengundang lebih banyak masalah dan menyebabkan syarikat muflis.

Page 16: bahan

Kejadian ini memangkin kesedaran masyarakat untuk mengambil berat tentang aspek kestabilan struktur di dalam pembinaan bangunan kediaman mereka. Bangunan kediaman yang dibina adalah berdasarkan jangkaan keutuhan semaksimum mungkin. Masyarakat juga semakin peka dengan status pemaju dan kontraktor binaan yang dipilih bagi menjalankan projek pembinaan agar berbaloi dengan kewangan yang telah diperuntukkan.

 Gambar 9 dan 10 : Penyelesaian bangunan runtuh memerlukan kerjasama daripada semua pihak yang bertanggungjawab

Kesimpulannya saya amat bersetuju dengan kenyataan Ahmad Fauzi (2011) bahawa sudah tiba masanya isu bangunan runtuh tidak lagi dipandang enteng oleh pihak yang bertanggungjawab. Namun begitu, terpulang kepada pihak tersebut untuk menerima tekanan ini secara positif atau negatif kerana cara penerimaan masing-masing akan membezakan kesannya terhadap mereka.

Tidak dinafikan bahawa pekerja sektor pembinaan terdedah dengan pelbagai cabaran, dugaan dan desakan duniawi sehingga boleh menggugat pertimbangan. Tidak hairanlah jika ada di antara pekerja ini terlibat dalam aktiviti penyelewengan, penyalahgunaan dan melanggar piawai yang ditetapkan yang bukan sahaja membawa kesan kepada integriti diri malah kepada keseluruhan imej sektor pembinaan itu sendiri. Ini kerana masyarakat semakin hari semakin bijak menilai keupayaan, ketelusan dan daya usaha yang ditunjukkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam sektor pembinaan.

 Bibliografi

Ahmad Fauzi Md Sood. (2011, Mac 18). Bangunan Runtuh Bukan Isu Remeh. Berita Harian, 18.

Azmi Md Deros & Siti Fatimah Mohamed Anwar. (2010, Oktober 14). 10 Murid Cedera Lantai Sekolah Runtuh. Berita Harian, 5.

Bazant, Z. P. (2000). Structural Stability. International Journal Of Solids And Structures, 37(7), 55-67.

Diyana Rose Kamalludeen. (2009, Julai 25). Taipei 101 Gagah Hadapi Cabaran. Utusan Malaysia, 8.

Page 17: bahan

Faridah Taib & Zuraidah Ali. (1995). Siri Teknologi : Teknologi Terkini. Petaling Jaya, Selangor : Penerbit Pinang.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. (2009). Lembah Bujang. Diakses pada 5 Ogos 2014 dari http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/lembah-bujang.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. (2009). Kota A’ Famosa, Melaka. Diakses pada 5 Ogos 2014 dari http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/kota-a-famosa-melaka1. 

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. (2009). Istana Kenangan. Diakses pada 5 Ogos 2014 dari http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/istana-kenangan. 

Kumar, A. (1998). Stability Of Structures. Mumbai, India : Allied Publishers Limited.

Mohamad Hairi Arifin, Abdul Ghani Rafek, Ibrahim Abdullah & Mohd Rozi Umor. (2010). Geologi Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Bekas Terowong Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Sebagai Tapak Warisan Geologi. Bulletion Of Geological Society Of Malaysia, 56(4), 61-66. 

Rasimah binti Md Zain. (2013). Penilaian Integriti Struktur Robi Test Bed (Road Bridge Interface Test Bed) Di Atas Tanah Lembut. Disertasi Ijazah Sarjana Muda. Universiti Tun Hussein Onn. 

Sinar Harian. (2013, Februari 20). Lima Cedera Kerangka Lama Stadium Gong Badak Runtuh, 5.

Siti Mariam Elias. (2011, Februari). Tumbangnya Highland Towers Eratkan Kasih Sayang Saya Dan Isteri. Majalah MIDI, 23-26.

Thomas, M. F. (1991). Geomorfologi Tropika. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Utusan Malaysia. (2013, Julai 18). Tak Ikut Spesifikasi Punca Stadium Sultan Mizan Runtuh, 6.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2009). Kemalangan Melibatkan Runtuhan Struktur Bangunan. Diakses pada 5 Ogos 2014 dari www.dosh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=117:incident-regarding-collapse-of-building-structure&catid=440&Itemid=1127&lang=ms