bahan

12
PENGENALAN ??? KEPENTINGAN Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh !elain itu ia "uga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemah dalam pembela"aran dari semasa ke semasa Ia "uga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu penga"aran !elain itu# guru "uga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang akti$iti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka Pentaksiran dan penilaian "uga penting bagi menyediakan program atau akti$iti selan"utnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah Akti$iti tersebut a sama ada akti$iti pemulihan untuk murid yang lemah# akti$iti pengukuhan untuk menguasai dan akti$iti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir Ketiga-tiga tah ini mempunyai tahap kesukaran yang berbe%a-be%a mengikut tahap murid Penilaia dan pentaksiran "uga berperanan untuk men"adi asas membuat laporan kepada ibu bapa &elalui pentaksiran dan penilaian ini "uga murid dapat menilai diri mere sendiri 'engan ini mereka akan berusaha mema"ukan diri melalui akti$ disediakan

Upload: afiqah-mat-noor

Post on 04-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

PENGENALAN???

KEPENTINGANPenaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.

BAHAGIAN B: Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat.Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti muridyang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

ObjektifPenilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.Menurut Katz (1997) penaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.

Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Melalui penaksiran dan penilaian yang dilaksanakan, guru dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Oleh itu, penaksiran dan penilaian ini membolehkan guru merancang pelbagai aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan potensi murid ke tahap yang optimum.

PrinsipJames H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan. Jadi penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya.

Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran?Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak. Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang padat dan berguna. Saya berusaha membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui internet. Sebagai contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan daripada pelbagai Negara. Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat dilakukan melalui proses amali.Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain.Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai pembelajaran yang berkesan

KONSEP PENILAIAN BERTERUSAN Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak mempunyai tempoh akhir untuk menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tanpa mempunyai tempoh yang perlu ditetapkan. Ia bersifat formatif iaitu yang mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Penilaian ini tidak dilakukan pada masa tertentu seperti pada akhir bulan atau semester sebaliknya penilaian tersebut berlaku sepanjang masa. Menurut Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2004) menyatakan penilaian berterusan ialah penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan diakhiri dengan pengajaran. Penilaian ini dilakukan secara individu dan mengikuti perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa iaitu secara berterusan. Selain itu, mereka juga berpendapat penilaian ini memberi maklum balas kepada guru tentang gaya penyampaian dan bahan yang akan digunakan.Ringkasnya, penilaian berterusan ialah kemajuan perkembangan murid sepanjang proses p&p iaitu daripada awal, semasa dan di akhir pengajaran yang dilaksanakan. Kecekapan guru dalam mengendalikan penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian murid ke tahap yang optimum.

TEKNIK PENAKSIRAN DAN PENILAIANTerdapat beberapa teknik penaksiran dan penilaian secara sistematik berkaitan perkembangan dan kemajuan murid iaitu dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot dan rekod berterusan.

Senarai SemakSenarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi dan diberi perhatian dalam prosedur penggunaan senarai semak. Antaranya ialah senarai semak perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Penggunaan senarai semak bertujuan untuk menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Seterusnya, hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan kekal. Antara kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan senarai semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Hal ini kerana kerana segala panduan untuk membuat penilaian boleh didapati dalam senarai semak tersebut. Oleh itu, penggunaan senarai semak dalam membuat penilaian tidak memerlukan kepakaran tertentu. Namun begitu, penggunaan senarai semak dalam penaksiran dan penilaian masih mempunyai kelemahan dari segi informasi dan maklumat yang diperoleh. Penilaian menggunakan instrumen senarai semak hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan tidak menyeluruh. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memerhatikan tingkah laku yang lebih signifikan.

Skala KadarSkala kadar digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan sama ada secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang. Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa merancang skala kadar ialah pertama sekali guru perlu menentukan tajuk penilaian. Seterusnya menyatakan kemahiran, aktiviti dan tingkahlaku dengan jelas dan akhir sekali menyatakan penerangan skala.

Rekod AnekdotMenurut Saayah Abu (2007) rekod anekdot merupakan catatan ringkas yang menerangkan kejadan atau tingkah laku yang penting kepada guru. Ia menerangkan secara fakta serta objektif yang menerangkan bagaimana, di mana dan bila kejadian itu berlaku. Catatan ini perlu ditulis sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku oleh orang yang melihatkejadian itu. Rekod anekdot digunakan untuk merekod tingkah laku murid yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan kes konferensi. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Di samping itu, guru juga perlu memastikan peristiwa yang dicatat mengikut urutan.

Rekod BerterusanRekod Berterusan pula merupakan catatan lengkap berkenaan kejadian dan dicatat mengikut urutan masa dan berterusan pada masa kejadian berlaku (Saayah Abu, 2007). Catatan tersebut berbentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit. Rekod berterusan berbeza dengan rekod anekdot kerana ia merekod semua kejadian yang berlaku dan bukan hanya kejadian yang dipilih atau yang diperlukan sahaja. Catatannya juga menggunakan ayat yang pendek dan ringkas. Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.Antara kelebihan menggunakan rekod berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan rekod berterusan adalah memerlukan banyak masa. Rekod berterusan ini memerlukan guru memberi lebih tumpuan pada proses perekodan data yang diperoleh. Oleh itu, instrumen ini tidak sesuai digunakan untuk merekod pemerhatian secara kumpulan.

RUJUKAN

Azam Shah. (2010). Pelaksanaan proses pentaksiran. Retrieved September 3, 2014,from http://bakorlambok.tripod.com/prasekolah/pentaksiran_prasekolah.htm Bahagian Pembangunan Kurikulum. Pentaksiran perkembangan murid prasekolah.Saayah Abu. (2007). Menjadi guru tadika. Kuala Lumpur: PTS ProfessionalPublishing.