bahagian c bm ii.doc

2
Jawapan Soalan 1 Murid sekolah hendaklah menunggu bas di perhentian bas yang berhampiran dengan sekolah. Perbuatan dua orang budak yang menconteng dinding perhentian bas adalah suatu perbuatan yang tidak baik. Sikap Agilan yang berhati-hati di jalan raya walaupun jalan raya lenggang merupakan suatu sifat yang baik. Oleh sebab Agilan ketua pengawas, dia memberanikan dirinya untuk menegur perbuatan dua orang budak itu. Sikap tuduh menuduh dua orang budak itu harus dielakkan. Malah Agilan menegur sikap mereka yang tidak baik itu dengan sopan tetapi tegas. Walaupun Agilan ketua pengawas tetapi dia tidak menggunakan kekuasaannya untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Sikap lemah lembut Agilan telah menyedarkan dua orang budak itu sehingga mereka berjanji tidak akan menconteng dinding perhentian bas lagi.

Upload: dana-balan

Post on 01-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Pohon kekabu pohon kelapa,

Jawapan Soalan 1

Murid sekolah hendaklah menunggu bas di perhentian bas yang berhampiran dengan sekolah. Perbuatan dua orang budak yang menconteng dinding perhentian bas adalah suatu perbuatan yang tidak baik. Sikap Agilan yang berhati-hati di jalan raya walaupun jalan raya lenggang merupakan suatu sifat yang baik. Oleh sebab Agilan ketua pengawas, dia memberanikan dirinya untuk menegur perbuatan dua orang budak itu. Sikap tuduh menuduh dua orang budak itu harus dielakkan. Malah Agilan menegur sikap mereka yang tidak baik itu dengan sopan tetapi tegas. Walaupun Agilan ketua pengawas tetapi dia tidak menggunakan kekuasaannya untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Sikap lemah lembut Agilan telah menyedarkan dua orang budak itu sehingga mereka berjanji tidak akan menconteng dinding perhentian bas lagi. Jawapan Soalan 2

Kita haruslah mendengar dan mengamalkan nasihat ibu bapa. Di samping itu, kita juga harus menghormati guru dan rakan kita. Sikap hormat merupakan satu sifat yang mulia. Sifat ini sudah pasti disukai oleh semua. Kita juga hendaklah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Sekolah seharusnya kita sayangi dan cintai sepanjang masa. Selain itu, kita juga harus bersopan-santun semasa bertutur kerana ia adalah nilai budaya kita yang baik. Oleh itu, nilai ini hendaklah kita amalkan.