bagaimana pemahaman terhadap an sosial dan emosi diperingkat umur tertentu membantu guru menjalankan...

Upload: lkp1922

Post on 30-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    1/26

    Tajuk:

    Berdasarkan Teori Perkembangan Gesell dan Havighurst, bincangkanbagaimana pemahaman terhadap perkembangan sosial dan emosi diperingkatumur tertentu membantu guru menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan

    di dalam bilik darjah.

    1.0 Pendahuluan

    Psikologi bermaksud kajian secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku

    manusia. Manakala psikologi pendidikan pula ialah kajian saintifik tentang tingkah laku

    manusia yang berkaitan dengan pendidikan serta prinsip yang membolehkan

    pembelajaran meningkat. Psikologi pendidikan penting bagi seseorang guru, ini adalahkerana sebagai seorang guru, perlu memahami perkembangan sosial dan emosi pelajar-

    pelajar di peringkat umur tertentu. Dengan itu, guru dapat memahami dan menjelaskan

    ciri pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Melalui

    memahami sosial dan emosi pelajar, guru dapat meramal serta mengawal tingkah laku

    pelajar.

    Selain itu, guru juga dapat menghuraikan perbezaan antara individu danmerancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan kebolehan

    pelajar serta menyelesaikan masalah pelajar dalam situasi pembelajaran. Seterusnya,

    guru juga dapat menggerakkan pelajar-pelajar mengikut kebolehan masing-masing, iaitu

    memahami dan menjelaskan naluri, desakan, keperluan, perbezaan individu, personaliti

    dan konsep kendiri. Dan ini pada akhirnya dapat meningkatkan mutu dan prestasi

    pendidikan Negara.

    Bagi tugasan kami ialah mengenai psikologi perkembangan, iaitu bagaimana

    pemahaman terhadap perkembangan sosial dan emosi di peringkat umur tertentu

    membantu guru menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah

    mengikut teori perkembangan Gesell dan Havighurst. Psikologi perkembangan ialah satu

    cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    2/26

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    3/26

    6 bulan-bayi boleh menggenggam objek.

    7 bulan-boleh duduk dan merangkak.

    12 bulan-berdiri dengan berpaut pada kerusi.

    Peringkat Kedua(1 hingga 2 tahun)

    kanak-kanak mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuhnya.

    mulamemahami makna jangan.

    Pada umur 2 tahun, boleh berjalan.Peringkat Ketiga

    (2 hingga 3 tahun)

    Boleh makan sendiri.

    Bercakap menggunakan ayat mudah.

    Boleh berlari.

    Peringkat Keempat(3 hingga 4 tahun)

    Boleh menunggang basikal beroda tiga. Boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.

    Peringkat Kelima

    (4 hingga 5 tahun)

    Mula bersosialisasi.

    Mengemukakan soalan beperingkat-peringkat.

    Bersedia untuk ke kelas prasekolah.

    (Suppiah Nachiappan, 2008)

    Dengan berpandukan kepada kelima-lima peringkat di atas, boleh dikatakan

    bahawa setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat pekembangan baru, dia

    akanmenunjukkan tingka laku yang tidak stabil kerana dia perlu memperlajari kemahiran

    koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap. Gesell juga menegaskan limatahun

    pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek-aspek lain yang

    membawa kepada perkembangan seterusnya.

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    4/26

    3.0 Teori Tugas perkembangan Robert Havighurst

    Robert J. Havighurst lahir pada 5 Jun, 1900.Beliau mula mengkaji perkembangan

    remaja dan proses pendidikan setelah menjadi guru Sains di sekolah tinggi dan maktab.

    Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya Human

    Development and Education yang diterbitkan pada tahun 1953. (Suppiah Nachiappan,2008) Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang

    tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur

    tertentu (Atan Long, 1980). Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan

    seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya. Dalam kehidupan kanak-

    kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai

    tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyrakat dan budaya di mana

    individu tersebut tinggal. (Suppiah Nachiappan, 2008)

    Terdapat 10 peringkat usiadalam teori tugas perkembangan Havighurst adalah

    seperti berikut:

    Peringkat Teori Tugas PerkembanganPeringkat bayi hingga awal

    kanak-kanak

    (0-2 tahun)

    Pada peringkat ini, bayi dan kanak-kanak cuba

    menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu

    bapa, adik-beradik dan pengasuhnya.

    Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-

    kanak beransur-ansur menjadi matang.Peringkat pertengahan kanak-

    kanak

    (2-3 tahun).

    Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai

    pergerakan yang mudah seperti menyuap

    makanan sendiri, turun naik tangga dan

    sebaginya.

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    5/26

    Selain itu, kanak-kanak peringkat ini juga boleh

    berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh

    terlibat dalam permainan fantasi yang

    menjadikan pisang sebagai telefon, dan juga suka

    bercakap, bermain seorang diri.

    Dia juga belajar mengawal pergerakan dan emosi

    dirinya.Peringkat Prasekolah

    (4-6 tahun)

    kanak-kanak peringkat ini belajar peranan

    mengikut jantina. Misalnya, kanak-kanak

    perempuan akanmeniru peranan ibunya seperti

    memasak, membasuh kain dan sebagainya.

    Selain itu, kanak-kanak juga berkawan dan

    bermain dengan kanak-kanak yang berada di

    sekitar rumahnya.

    Pada peringkat ini, kanak-kanak mula merasakan

    diri mereka sebagai satu entiti atau mula

    membentuk pandangan terhadap diri sendiri,

    iaitu muncuhnya teori kendiri.

    Seterusnya, kanak-kanak juga melalui perkembangan moral. Pada peringkat awal,

    mereka tahu jika mereka buat jahat akan dipukul

    atau didenda oleh ibu bapa.Peringkat Rendah

    (6-12 tahun)

    Peringkat ini kanak-kanak mula memasuki

    sekolah dan belajar bersahabat.

    Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak

    tersebut berada pada peringkat operasi konkrit,

    iaitu belajar membaca, menulis, mengira dan

    sebagainya.

    Pada peringkat ini juga Kanak-kanak boleh

    menilai diri sendiri dan orang lain.

    Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    6/26

    pasukan sesuatu permainan sesuatu permainan

    seperti bola sepak.Peringkat Awal Remaja

    (12-18 tahun)

    Pada peringkat ini, remaja akan mencapai

    kematangan fizikal seperti ketinggian

    maksimum.

    Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat

    operasi formal, iaitu boleh membuat pemikiran

    hipotetikal-deduktif.

    Manakala dari segi perkembangan emosi,

    mereka akantimbul pelbagai emosi seperti ingin

    kejayaan dan penghargaan serta kebolehan untuk

    mengawal emosi. Setersunya, remaja juga akanmembentuk

    kumpulan rakan sebaya dan mudah tertarik

    dengan rakan sebaya yang berlainan jantina.Peringkat Akhir Remaja

    (18-22 tahun)

    Remaja peringkat ini akan cubamendapat

    autonomi daripada ibu bapa dan berusaha

    membentuk identity mengikut jantina.

    Remaja akan menerap atau mematuhi nilai moraldalam masyarakat melalui pergaulan sosial.

    Biasanya remaja peringkat ini telah tamat

    pembelajaran dan dalam proses memilih kerjaya

    yang sesuai.Peringkat Awal Dewasa

    (22-34 tahun)

    Peringkat ini individu akan cubameneroka

    persahabatan intim dengan rakan yang berlainan

    jantina.

    Manakala bagi pasangan yang telah berkahwin

    akanmengasuh dan mendidik anak-anak.

    Individu akan berusaha memantapkan diri dalam

    perkerjaan dan akan membentuk gayahidup.Peringkat Pertengahan Individu mungkin menjadi ketua dalam pejabat

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    7/26

    Dewasan

    (34-60 tahun)

    atau mahir dalam pekerjaan.

    Bagi individu yang berjaya memupuk

    kebahagiaan dalam rumahtangga, akanberasa

    bahagia serta melibatkan diri dalam kerja amal

    untuk kebajikan masyarakat.Pada peringkat akhir dewasa

    pula (60-75 tahun),

    Pada peringkat ini, individu biasanya

    mempunyai pengetahuan yang mendalam

    tentang kerjaya akandihormati disebabkan

    sumbangannya yang besar.

    Individu pada peringkat ini juga akanmengubah

    tenaga selepas bersara seperti membuat kerja-

    kerja amal. Peringkat ini, mereka akanberpuas hati dan

    bersyukur atas takdir tuhan.Peringkat Tua

    (75 hingga meninggal dunia)

    Individu pada peringkat ini terpaksa menangani

    masalah kesihatan seperti nyanyuk dan

    sebagainya.

    Individu pada peringkat ini akanmengenang

    zaman muda dan dewasa dan juga berasa tenangmenanti saat untuk meninggal dunia.

    (Suppiah Nachiappan, 2008)

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    8/26

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    9/26

    mereka. Selain itu, mereka juga suka bertanya soalan dengan perasaan hairan

    umpamanya mengapa wujudnya perbezaan jantina antara dirinya dengan orang lain?

    Pada masa ini, guru prasekolah harus mengamalkan sifat kesabaran, sanggup mendengar

    dan menjawab pertanyaan kanak-kanak. Mereka tidak patut memarahi mereka dan

    mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menyakiti hati kanak-kanak.

    Menurut teori Havighurst pula, kanak-kanak pada peringkat ini suka berkawan dan

    bermain dengan kanak-kanak lain.(Suppiah Nachiappan, 2008) Selain itu, kanak-kanak

    juga suka terlibat dalam permainan kumpulan. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak

    mula melalui perkembangan moral peringkat awal iaitu mereka akan berkelakuan baik

    untuk mengelakkan hukuman. Oleh itu, pada peringkat umur ini, mereka akan mendengar

    percakapan ibu bapa dan nasihat guru. Dengan kata lain, guru akan menjadi teladan

    kepada kanak-kanak dengan menunjukkan sikap dan nilai murni yang positif. Guru harusmemberi pujian dan galakan kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik. Secara

    logiknya, jika diberi penghargaan, kanak-kanak akan menganggap itu adalah betul.

    Peringkat prasekolah merupakan alam persekolahan pertama bagi kanak-kanak.

    Oleh itu, alam persekolahan mesti menimbulkan perasaan seronok di kalangan kanak-

    kanak. Pada peringkat ini, guru hanya perlu mengajar benda yang asas dan tidak begitu

    mementingkan aspek menulis. Ini disebabkan kanak-kanak masih kecil, mereka tidak

    suka belajar benda atau angka yang susah dan memerlukan pemikiran yang panjang. Oleh

    itu, guru cuma perlu mengajar benda yang asas. Contohnya guru boleh memperkenalkan

    semua kanak-kanak yang berada dalam satu kelas. Ini membolehkan mereka saling

    mengenali dan berkominikasi antara satu sama lain. Kanak-kanak pada peringkat ini

    memang suka mengenali kawan baru.

    Selepas itu, guru boleh membawa semua kanak-kanak ke padang permainan untuk

    bermain bersama-sama. Dalam aspek ini, guru perlu mementingkan aspek keselamatan

    kanak-kanak. Ini disebabkan kanak-kanak masih kecil dan tidak tahu cara menjaga

    keselamatan diri. Guru harus memperhatikan tingkah laku kanak-kanak dari semasa kesemasa. Permainan yang boleh bermain pada peringkat umur ini termasuklah helang

    menangkap anak ayam, tingting, bermain papan gelongsor, jongkang-jongket dan

    sebagainya. Yang penting, kanak-kanak mendapat keseronokan dan tidak benci memasuki

    sekolah prasekolah untuk belajar.

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    10/26

    Ekoran itu, kanak-kanak harus diberi pendedahan tentang huruf abjab dari A hingga

    Z. Ini merupakan asas pembelajaran pada peringkat awal. Selain itu, huruf vokal

    umpamanya a, e, i,o ,u harus diperkenalkan kepada pelajar. Sehubungan itu, guru harus

    menunjukkan gambar yang asas kepada pelajar contohnya gambar anjing, rumah, epal,

    kereta dan sebagainya. Kemudian, guru akan mengajar kanak-kanak menyebut huruf

    vokal. Guru perlu mengulang beberapa kali sesuatu perkataan dalam beberapa sesi

    pembelajaran agar kanak-kanak dapat mengingat dengan sepenuhnya. Kanak-kanak lebih

    mudah mengingati sesuatu perkataan melalui gambar berbanding dengan menulis

    perkataan tersebut di papan tulis. Apa yang paling penting ialah guru tidak patut

    menghukum kanak-kanak sekiranya mereka tidak mengingati sesuatu perkataan yang

    telah dipelajari. Ini akan menyebabkan kanak-kanak benci kepada alam persekolahan.

    Di samping itu, guru harus mengajar kanak-kanak tentang tatatertib dan adat bersusila. Contohnya beratur sebelum mengambil makanan dan minuman, mengucapkan

    terima kasih ketika menerima hadiah, memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan

    dan sebagainya. Jika tidak, apabila mereka memasuki sekolah rendah, mereka akan

    menjadi pelajar yang kurang berdisplin. Guru juga boleh mengajar nyanyian dan tarian

    asas. Contohnya lagu yang mudah dan senang didengar. Selain itu, guru harus menghias

    bilik darjah dengan gambar-gambar yang menarik. Ini dapat memberi suasana

    pembelajaran yang selesa kepada kanak-kanak. Ekoran itu, kanak-kanak pada peringkat

    umur ini suka bertanya soalan. Ini disebabkan mereka hairan dengan kewujudan objek

    dalam alam semester. Oleh sedemikian, guru seharusnya bersifat sabar dan sanggup

    menjawab pertanyaan mereka. Jika guru memarahi kanak-kanak disebabkan menanyakan

    soalan yang bukan-bukan, kanak-kanak tentu akan bersikap takut dan enggan bercakap

    banyak lagi.

    4.1.2 Peringkat sekolah rendah ( 6-12 tahun)

    Ketika kanak-kanak berusia 6 hingga 7 tahun, mereka akan memasuki sekolahrendah. Pada peringkat permulaan, sememangnya ada kanak-kanak yang tidak dapat

    menyesuaikan diri. Ini disebabkan mereka memasuki alam persekolahan baru. Mereka

    akan berdepan dengan guru dan pelajar yang baru. Mereka akan mula berasa takut dan

    tidak dapat menyesuaikan diri. Oleh itu, ada di kalangan mereka akan menangis dan

    enggan bersekolah. Sebagai guru sekolah rendah khususnya guru yang mengajar tahun 1.

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    11/26

    Mereka seharusnya menunjukkan sifat yang sabar dan peramah. Menurut teori

    havighurst, pada peringkat ini, kanak-kanak akan belajar bersahabat. Dari segi

    perkembangan kognitif, kanak-kanak tersebut akan berada pada peringkat operasi

    konkrit, iaitu belajar membaca, menulis, mengira dan belajar kemahiran permainan.

    Selain itu, kanak-kanak boleh menilai diri sendiri dan orang lain. (Suppiah Nachiappan,

    2008)

    Ketika kanak-kanak memasuki tahun satu, mereka akan didedahkan dengan amalan

    banyak membaca buku cerita sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa

    Cina ataupun bahasa lain. Setiap minggu, guru harus memperuntukan masa sekurang-

    kurangnya dua waktu untuk melakukan program nilam. Hadiah akan diberikan kepada

    kanak-kanak yang mencapai tahap pembacaan yang ditetapkan sebagai galakan. Selain

    itu, kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun akan mula belajar membaca serta membentuk suku kata, perkataan, ayat dan seterusnya ialah menulis

    karangan. Guru bahasa mesti mengadakan ujian lisan sekurang-kurangnya 2 kali dalam

    setahun untuk menguji tahap penguasaan bahasa pelajar.

    Kita sedia maklum bahawa tahap pencapaian pelajar adalah berlainan. Oleh itu, guru

    harus mengikut tahap pencapaian pelajar untuk mengajar. Jika pencapaian pelajar tidak

    begitu memuaskan, mereka akan memasuki kelas pemulihan. Guru kelas pemulihan akan

    mengajar dari peringkat asas. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya pelajar mempelajari

    benda yang asas dan mudah dipelajari serta mampu diikuti oleh mereka. Tambahan pula,

    guru juga dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Sekiranya keputusan

    mereka memuaskan, mereka akan masuk semula ke kelas biasa. Dalam mata pelajaran

    matematik mereka juga harus diberi pendedahan tentang asas pengiraan iaitu operasi

    tambah, tolak, darab dan bahagi. Guru juga harus menggunakan teknik peneguhan untuk

    memupuk kendiri positif pelajar demi menimbulkan keyakinan mereka dengan kesediaan

    belajar dengan kuat. Contohnya memberi hadiah, kad, alat tulis dan sebagainya. Di

    samping itu, kanak-kanak yang memasuki tahun 1 akan mula didedahkan dengan cara

    mencatat kerja rumah dalam buku catatan. Ini adalah memastikan mereka menyiapkan

    kerja rumah.

    Teori Havighurst menerangkan kanak-kanak suka melibatkan diri sebagai ahli

    sesuatu pasukan. (Suppiah Nachiappan, 2008) Oleh itu, kanak-kanak gemar mengikuti

    Pendidikan Jasmani di mana mereka berpeluang bermain bersama dengan rakan yang

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    12/26

    lain. Ketika waktu Pendidikan Jasmani, guru seharusnya membawa kanak-kanak ke

    padang untuk melakukan senaman dan aktiviti sukan yang asas. Dari segi sosial, bermain

    membolehkan kanak-kanak menunjukkan perasaannya, memainkan peranan, bersaing

    dan bekerjasama. Di samping itu, pelajar yang tergolong sebagai kategori atasan

    diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum contonya unit beruniform, kelab dan

    persatuan serta sukan dan permainan. Ini disebabkan selain daripada aktiviti

    pembelajaran, mereka juga terlibat dengan aktiviti luar bilik darjah.

    Sehubungan itu, kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah suka bersahabat.

    Mereka akan berinteraksi dengan rakan sekelas, rakan kepada rakan sekelasnya dan

    sebagainya. Dengan kata lain, ruang lingkup bagi pergaulan kanak-kanak sekolah rendah

    lebih luas daripada kanak-kanak prasekolah. Guru harus memberi penghargaan atau

    peneguhan yang positif bagi perlakuan seseorang kanak-kanak. Perlakuan yang tidak sesuai akan ditegur atau diberi peneguhan negatif. Ini seterusnya akan membentuk sikap

    seseorang kanak-kanak. Oleh itu, maklum balas mengenai perlakuan boleh mengukuhkan

    lagi sifat positif dan menghapuskan sikap negatif seseorang kanak-kanak.

    Emosi kanak-kanak pada peringkat ini adalah tidak menentu. Kadang-kadang

    emosi mereka sangat baik dan kadang-kadang sangat teruk. Oleh itu, guru harus bersikap

    prihatin terhadap setiap anak murid. Sekiranya pelajar menghadapi masalah khususnya

    masalah pelajaran dan kewangan, guru seharusnya berusaha mencari cara penyelesaian.

    Ada segelintir pelajar suka berkongsi perkara yang baik bersama guru. Contohnya

    mereka berkongsi bersama guru tentang perkara yang mengembirakan. Pada peringkat

    ini, mereka boleh menilai diri sendiri dan orang lain. Mereka akan bersaing secara adil

    dengan rakan yang lain. Misalnya melalui markah dalam peperiksaan. Mereka akan

    membuat perbandingan dengan rakan lain melalui pengiraan jumlah markah yang

    diperoleh.

    Sebagai guru, mereka perlu memahami dan menggunakan kesediaan pelajar untuk

    merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sertasepadan dengan kebolehan pelajar. Oleh itu, sebagai langkah pertama guru harus

    menggunakan induksi set yang menarik untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat

    mereka terhadap aktiviti pembelajaran yang berikutnya. Contohnya tayangan video.

    Selain itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut

    kebolehan dan pengetahuan sedia ada. Guru harus menghubungkaitkan kemahiran asas

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    13/26

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    14/26

    Remaja adalah satu zaman persediaan ke arah kedewasaan. Salah satu sifat orang

    dewasa ialah bertanggungjawab. Ini kerana keharmonian institusi sosial terletak di tangan

    orang dewasa. Tanggungjawab boleh dilatih melalui sekolah. (Mohd Isa Yuddin 1997).

    Misalnya seseorang itu dilantik sebagai ketua darjah, pengawas, pengerusi kelab atau

    persatuan, ahli jawatankuasa dan jawatan lain. Semua ini adalah cara tersirat

    menanamkan sifat bertanggungjawab. Oleh itu, pepatah ringan sama dijinjing dan berat

    sama dipikul mestilah diamalkan oleh guru. Guru harus memberi peluang yang sama

    kepada pelajar untuk memikul tanggungjawab. Dalam aspek ini, guru harus percaya

    dengan kebolehan setiap pelajar. Mereka tidak patut mencuriga kebolehan dan

    kemampuan pelajar. Ini disebabkan remaja akan merasakan mereka tidak berguna dan

    merendahkan diri.

    Pada peringkat remaja, penggantungan emosi kepada ibu bapa akan bertambahkurang. Dengan kata lain, remaja akan bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka

    sendiri. Mereka tidak lagi mengaitkan ibu bapa dalam aktiviti kehidupan mereka.

    Kebebasan emosi ini dapat dicapai dengan mengalihkan pergantungan kepada rakan

    sebaya semasa usia remaja semakin meningkat. Pada peringkat ini, remaja akan cuba

    memberontak sekiranya kebebasan mereka disekat. Ini adalah salah satu langkah untuk

    ke alam kedewasaan. Oleh itu, guru haruslah bertindak sebagai agen pembentukan

    budaya pelajar. Ini disebabkan remaja pada peringkat ini suka mencabar, jika ada rakan

    lain mencabar mereka , mereka akan terdorong untuk melakukan kesilapan.

    Guru harus menginternalisasikan norma dan nilai dalam diri pelajar-pelajar supaya

    mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak cocok dengan kemahuan budaya

    masyarakat. Guru boleh cuba mengubah cara hidup pelajar yang tidak baik termasuklah

    aktiviti pelajar di luar sekolah. Contohnya menasihati pelajar supaya memilih kawan

    yang baik, cara pengisian masa lapang yang berfaedah dan sebagainya. Untuk

    membentuk budaya di kalangan pelajar, terlebih dahulu guru harus cuba berkomunikasi

    dan berinteraksi dengan pelajar supaya mengetahui apa yang difikir oleh pelajar. Justeru,

    guru boleh membentuk kawalan dalaman para pelajar. Selain itu, guru boleh berperanan

    sebagai rakan sebaya pelajar ketika berada di luar sekolah. Misalnya mengajak pelajar

    makan bersama pada hujung minggu, melakukan aktiviti sukan bersama-sama iaitu

    memancing, mendayung sampan, berbasikal dan sebagainya. Aktiviti ini lebih baik

    berbanding dengan menghabiskan kebanyakan masa bersama rakan sebaya yang asyik

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    15/26

    minum arak, bersoronok tanpa matlamat. Melalui cara ini, diharapkan pelajar dapat

    menumpukan perhatian dalam pelajaran.

    Selain itu, remaja yang berada pada peringkat ini berada di peringkat realistik.

    Mereka suka mendapatkan wang dengan usaha sendiri. Oleh itu, remaja perlu didedahkan

    kepada maklumat kerjaya sepanjang masa dan bukannya hanya selepas menduduki

    peperiksaan. Remaja pada peringkat ini suka menggunakan wang untuk tujuan tertentu

    contohnya ke pusat hiburan, minum arak, merokok dan sebagainya. Ada di kalangan

    mereka sanggup mencuri semata-mata hendak mendapatkan wang untuk membeli rokok.

    Masalah sosial pelajar akan kian bertambah. Masalah sosial termasuklah ponteng,

    merokok, vandalisme, buli, gengsterime dan sebagainya. Ada segelintir daripada remaja

    suka melanggar peraturan sekolah untuk menunjukkan kehebatan mereka. Sehubungan

    itu, guru harus bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingandan didikan kepada pelajar.

    Pada peringkat awal remaja, mereka juga mula tertarik kepada rakan sebaya

    daripada jantina yang berlainan. Ada di kalangan remaja akan mula bercinta dan mencari

    pasangan masing-masing. Biasanya remaja mengamalkan sikap tidak serius pada

    peringkat awal percintaan. Apa yang lebih membimbangkan, ada di kalangan remaja

    mengamalkan hubungan seks secara rambang dan akhirnya menyebabkan berlakunya kes

    penguguran dan pembuangan bayi. Jika hal ini berlaku, sudah tentu akan memberi kesan

    terhadap pembangunan negara. Oleh itu, pengajaran seks wajar dilaksanakan disebabkan

    niat ingin tahu terhadap seksual amat kuat di kalangan remaja.

    Pada zaman remaja, informasi tentang seksual seharusnya mula diberikan agar

    remaja tidak mencari informasi dari orang lain atau dari sumber-sumber yang tidak jelas

    dan keliru. Contohnya dengan melayari internet. Kadang-kadang maklumat dari internet

    adalah tidak tepat dan membawa ajaran sesat kepada remaja. Pemberian informasi

    seksual penting dalam mengingatkan remaja yang berada dalam potensi seksual yang

    aktif. Adalah berbahaya untuk perkembangan jiwa remaja jika mereka tidak memiliki pengetahuan dan informasi yang tepat. Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar

    remaja tidak mengetahui dampak dari perilaku seksual yang mereka lakukan, seringkali

    remaja tidak matang melakukan hubungan seksual tanpa memikirkan risiko yang akan

    mereka alami. Dengan adanya pendidikan seksual, sekurang-kurangnya pelajar akan

    diberi tunjuk ajar dan didikan daripada guru. Gurulah orang yang bertanggungjawab

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    16/26

    memimpin pelajar ke landasan yang betul. Di samping itu, pengajaran seksual akan

    menimbulkan kesedaran di kalangan remaja tentang risiko melakukan hubungan seks

    tanpa perancangan yang rapi. Selain itu, guru tidak harus segan menunjukkan kondom

    dan cara menggunakannya kepada pelajar.

    Remaja yang berada pada tahap ini tidak suka mengongkang. Oleh itu, guru tidak

    boleh memaksa pelajar melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh mereka. Dengan kata

    lain, cara mengajar pelajar sekolah menengah adalah berbeza dengan sekolah rendah.

    Cara pengajaran guru haruslah berfokus kepada mendengar dan menerima pandangan

    pelajar. Contohnya dalam penulisan karangan, guru boleh memberi satu topik dan

    meminta pelajar mencari bahan terlebih dahulu. Kemudian, barulah melakukan sesi

    perbincangan di kelas. Ini membolehkan pelajar berfikir terlebih dahulu idea atau

    pandangan tersendiri. Jika guru tidak memberi masa kepada pelajar untuk membuat persediaaan, sudah tentu pelajar akan berasa bosan dan tidak ada idea untuk menulis

    karangan. Sebagai guru sekolah menengah, teknik dan kemahiran yang digunakan

    hendaklah kreatif. Contohnya menggunakan teknik menyoal, pembincangan,

    pembentangan, menggunakan audio visual, menggunakan powerpoint, OHB, penerangan,

    bercerita, lakonan dan sebagainya. Dengan kata lain, guru perlu menyediakan rancangan

    pengajaran yang sistematik dan tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran. Ini

    termasuklah set induksi yang menarik misalnya tayangan viedo, gambar, sesi soal jawab

    dan sebagainya. Pada akhir pembelajaran, guru harus memberi aktiviti kemahiran asas

    yang cukup sebagai aktiviti pengukuhan.

    4.1.4 Peringkat remaja akhir ( 18-22 tahun)

    Pada tahap akhir remaja iaitu dari umur 18 hingga 22 tahun, biasanya pelajar akan

    belajar di tingkatan 6 ( bawah dan atas), kolej, maktab dan universiti. Pada peringkat ini

    remaja akan cuba mendapat autonomi daripada ibu bapa. Remaja yang berada pada

    peringkat ini dikatakan sudah bebas daripada kawalan ibu bapa. Mereka akan berusahamembentuk identiti mengikut jantina. Contohnya kaum lelaki akan melaksanakan

    tanggungjawab mereka sebagai seorang lelaki. Selain itu, remaja dikatakan sudah matang

    dari segi pemikiran dan ada pendapat dan idea masing-masing. Mereka bebas bergaul

    dengan rakan yang bersesuaian dengan mereka. Mereka dapat membezakan baik dan

    buruk. Di samping itu, mereka akan menyertai aktiviti sosial contohnya menjadi

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    17/26

    sukarelawan di rumah orang yatim, orang tua dan sebagainya. Ketika mereka memasuki

    kolej, maktab, universiti dan sebagainya, sosialisasi di kalangan remaja adalah lebih luas

    berbanding dengan peringkat sebelumnya. Ini disebabkan mereka akan mengenali lebih

    ramai kawan yang berasal dari negeri dan bangsa yang berlainan.

    Pada peringkat ini, tugas guru lebih ringan berbanding dengan tahap lain. Dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran, guru tidak berdepan dengan pelbagai masalah.

    Peringkat ini ialah guru kurang bercakap sebaliknya pelajar perlu mengemukakan

    pandangan masing-masing. Tambahan pula, remaja dikatakan sudah matang dan tidak

    perlu ditegur lagi. Selain itu, proses pengajaran akan menjadi lebih cepat berbanding

    dengan peringkat sebelumnya. Ini disebabkan pelajar mampu mengikuti proses

    pembelajaran berkenaan. Teknik mengajar yang digunakan adalah lebih kurang sama

    dengan teknik mengajar pada sekolah menengah. Contohnya penggunaan audio visual, powerpoint, OHB dan sebagainya.

    4.2 Perbezaan Sosialisasi

    Guru dikehandaki memahami latar belakang pelajar dari segi perbezaan sosialisasi.

    Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada

    seseorang dalam masyarakat. (Amir Hasan Dawi, 2006) Masyarakat merupakan satukelompok sosial yang berbilang kaum yang hidup dalam sesebuah kawasan. Sosialisasi

    adalah proses sepanjang umur yang perlu dilalui oleh individu. Agen sosialisasi termasuk

    ibu bapa, guru, rakan sebaya dan media massa.

    Setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang kompleks. Teori Arnold

    Gesell menegaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola dan urutan

    yang terkawal. Hal ini berlaku bagi tingkah laku, pertumbuhan, tisu dan organ-organ. Ini

    bermakna tingkah laku seseorang individu akan berkembang berdasarkan baka dan

    genetik.(Kamarudin Hj.Husin, 1997) Pada awal kanak-kanak, keluarga adalah satu

    masyarakat kecil dengan terdiri ibu dan bapa di mana mereka berperanan untuk mengajar,

    membimbing serta mengasuh kanak-kanak. Pasa masa itu, kanak-kanak mula

    bersosialisasi dan mula mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Pada peringkat

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    18/26

    ini, mereka mula berhadapan dengan pelbagai konflik menyebabkan keadaan sosial dan

    kehidupan mereka menjadi lebih matang.

    Mengikut Teori Robert Havighurst, pada peringkat prasekolah (4-6 tahun) kanak-

    kanak mula berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain di tadika. Contohnya,

    permainan dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merancang

    permainan Ayam dengan Musang bagi kanak-kanak bermain kerana kanak-kanak suka

    bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar sesuatu tak formal dan tak

    terancang. Ini dapat memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi di kalangan kanak-kanak.

    Konsep meniru orang dewasa atau ibu bapa dapat disalurkan melalui aktiviti-aktiviti

    bermain. Melalui aktiviti permainan, kanak-kanak boleh mendapat kepuasan dan

    keseronokan.

    Sekolah memainkan peranan dalam menerapkan sosialisasi kepada pelajar denganmenyebarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Apabila kanak-

    kanak mula bersekolah guru bertanggungjawab mengembangkan kemahiran sosial

    mereka. Guru merupakan tunjang kepada gagal atau berjayanya seseorang murid kerana

    mereka bukan sahaja berperanan sebagai pendidik melalui pengajaran secara langsung

    tetapi juga membina semaksimum mungkin perkembangan dan tumbesaran murid

    (Rahimah Ahmad, 1999)

    Kanak-kanak mula memasuki sekolah dan belajar bersahabat pada peringkat sekolah

    rendah (6-12 tahun) mengikut teori Robert Havighurst. Oleh itu, guru perlu menyediakan

    aktiviti agar kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan-rakan. Contohnya, membaca,

    menyanyi dan melukis. Melalui aktiviti, kanak-kanak mula memupuk semangat

    kerjasama di kalangan kanak-kanak. Mereka oleh berfikir secara deduktif dan gemar

    mencuba sesuatu yang diminatinya. Namun, bukan semua kanak-kanak menyertai aktiviti

    ini kerana pada peringkat awal kanak-kanak mungkin dipukul atau didenda oleh ibu bapa

    akibat berkelakuan nakal. Keadaan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi

    pemikiran serta emosi kanak-kanak. Dengan itu, kanak-kanak tidak suka bergaul dengankawan-kawan dan menyertai aktiviti ini atau duduk senyap berseorangan. Oleh itu, guru

    perlu sentiasa berkomunikasi serta mengambil berat terhadap pelajar-pelajar yang

    menghadapi masalah ini.

    Semasa awal remaja dan akhir remaja, remaja akan membentuk kumpulan rakan

    sebaya tersendiri. Mereka lebih kecederungan bergaul dengan rakan sebaya serta saling

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    19/26

    bergantungan antara satu sama lain. Mereka juga mula melibatkan diri dengan menyertai

    kegiatan sosial dalam masyarakat terutamanya aktiviti yang memberi keselesaan atau

    faedah kepada kumpulan mereka. Remaja juga mula tertarik kepada rakan sebaya

    daripada jantina yang berlainan. Dengan ini, latar belakang keluarga memepengaruhi

    perkembangan sosial remaja. Antaranya termasuk ibu bapa menggunakan kaedah disiplin

    yang bersifat hukuman atau kawalan ketat untuk mengawal tingkah laku anak mereka.

    Keadaan ini menyebabkan mereka mempunyai keinginan bebas dari kongkongan ibu

    bapa. Ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap anak-anak juga membolehkan

    mereka berpeluang melanggar peraturan sekolah dan sentiasa bersedia membantu kanak-

    kanak dan menjawab soalan mereka ketika ditanya.

    Pasa peringkat ini, masalah displin yang timbul berkaitan dengan perkembangansosial kanak-kanak. Sekiranya remaja ingin bergaul dengan sekumpulan kawan tetapi

    tidak diterima atau tersisih oleh kumpulan tersebut. Akibatnya remaja tersebut akan

    hilang keyakinan untuk bergaul dan bersikap rendah diri. Ini kerana pada peringkat ini

    merupakan proses pertumbuhan berlaku menyebabkan mereka mengambil berat terhadap

    fizikal sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan mereka tidak suka akan suasana sekolah

    atau rakan sebaya menyebabkan masalah displin seperti ponteng sekolah, gengsterisme,

    melepak di siber kafe berlaku.

    Masalah displin menjadi isu topik perbincangan pada hari ini. Biasanya remaja pada

    peringkat ini cenderung memberontak, mereka mengganggap kawan adalah paling rapat

    dengan mereka semasa di sekolah. Sekira tidak diakui oleh kawan-kawan di sekolah

    maka mereka akan menyertai kumpulan gengster di luar sekolah. Tatkala, jenayah seperti

    mencuri, bergaduh, ponteng sekolah, kes buli pelajar dan sebagainya berlaku di kalangan

    pelajar. Ini akan memburukan perkembangan sosial remaja kerana sikap dan tingkah laku

    mungkin tidak diterima oleh masyarakat.

    Pada masa ini, guru perlu mengambil berat terhadap kepada kumpulan remaja inidari segi perkembangan sosial dengan menggunakan proses pengajaran yang menarik

    membolehkan pelajar tidak berasa bosan di sekolah. Remaja pada awal peringkat tidak

    suka pergi ke sekolah kerana proses pengajaran dan pembelajaran hari ini mungkin tidak

    menekankan keseronokan belajar tetapi selalu memberi tekanan-tekanan yang tertentu ke

    atas pelajar yang tidak tahan akan tekanan ini.

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    20/26

    Guru perlu menggalakan pelajar memupuk berfikir secara logikal dan kreatif serta

    gunakan komunikasi yang positif dan menggalakannya ketika berhubung dengan guru

    dan ibu bapa. Jika guru menggunakan cara berkomunikasi yang garang dan negatif boleh

    manakutkan remaja dan menghapuskan minat belajar dan meneroka. Contohnya, guru

    yang mengajar Sejarah kepada pelajarnya boleh menggunakan konsep sayang akan

    sekolah dan kemudian dalam sesi pembelajaran dan pengajaran akan terus menjurus pada

    konsep nasionalisme atau rasa kebangkitan kesedaran ke arah pemerintahan sendiri dalam

    bentuk kajian kes. Proses ini dapat diteruskan pada aktiviti yang bersifat kokurikulum

    seperti membersihkan kawasan sekolah, aktiviti bersukan, aktiviti berpakaian seragam

    dan sebagainya. Guru perlu mencungkil sikap pelajar yang malu dan diam untuk

    berkomunikasi dengan kawan-kawan lain dengan menggunakan kaedah perbincangan.

    Konsep dan kaedah ini dapat memberi pengalaman yang sesuai untuk hidup

    bermasyarakat dan berkumpulan.

    Pada peringkat awal dewasa iaitu antara umur 23 hingga 34 tahun, individu mula

    meneroka persahabatan intim dengan rakan berlainan jantina mengikut teori Robert

    Havighurst. Sebagai andaian, perkembangan sosial bersifat positif dipupuk sejak

    peringkat awal kanak-kanak maka pada masa inilah individu mula memantapkan diri

    dalam pekerjaan dan membentuk sebuah masyarakat yang menuju ke arah damai dan

    bertoleransi.

    Secara ringkasnya, teori Arnold Gesell menyatakan perkembangan individu

    berdasarkan pendidikan bebas dan perkembangan ditentukan secara semula jadi

    manakala Teori Robert Havighurst menyatakan perkembangan individu adalah

    dipengaruhi oleh persekitaran. Dengan itu, sosialisasi adalah proses saling mempengaruhi

    antara aspek peribadi individu dan konteks sosial di kalangan ibu bapa, guru dan rakan

    sebaya. Perkembangan sosial kanak-kanak berterusan sehingga mereka meningkat

    dewasa. Pergaulan di peringkat remaja semakin matang kerana mereka akan

    mempertinbangkan atau memelihara kepentingan personaliti dan peribadi sendiri.

    Namun, perkembangan sosial yang utama adalah bermula dari ibu bapa. Ibu bapa

    merupakan punca membimbing kanak-kanak berkomunikasi supaya bergaul dalam

    masyarakat yang kompleks sama ada memberi kebebasan memberi anak-anak bergaul di

    samping memberi pengajaran bergaul dengan kawan yang baik bahkan pepatah melentur

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    21/26

    buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya semua tahap perkembangan telah dilalui maka

    tidak wujud masalah untuk membina satu kehidupan norma yang sempurna.

    4.3 Memahami emosi pelajar pada peringkat yang berbeza

    Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah seseorang. The Oxford Dictionary Of

    Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman

    terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.

    Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia

    yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau

    mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.

    Ibrahim Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami

    oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh

    berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih; adakalanya ia berbentuk

    negatif seperti sedih, marah, benci dan dendam. Menurut Gesell, emosi seseorang

    individu adalah semula jadi. Contohnya, tangisan mendayu-dayu meminta supaya ibu

    memeluknya. Menurut Havighurst pula, emosi seseorang adalah dipengaruhi oleh alam

    sekitarnya. (Suppiah Nachiappan, 2008)

    Guru-guru perlu memahami teori Gesell dan Teori Havighurst supaya bolehmengetahui bahawa kanak-kanak reaksi yang berlainan semasa memasuki zaman

    persekolahan. Contohnya, kanak-kanak mungkin berasa gembira atau takut pada hari

    pertama bersekolah. Menurut teori Gesell, kanak-kanak akan berasa takut dan menangis

    apabila berada situasi asing. Manakala menurut teori Havighurst, kanak-kanak akan

    berasa gembira apabila bersekolah kerana mereka ingin berkawan dan bermain dengan

    kanak-kanak yang lain yang berada di sekitar tadikanya. Jika guru tidak memahami

    kedua-dua teori, maka guru akan berkelang-kabut apabila menghadapi keadaan ini.

    Sebaliknya jika guru memahami kedua-dua teori, mereka mengetahui cara yang sesuai

    dan tepat untuk mengatasi keadaan ini dengan hati yang tenang.

    Pada peringkat ini, kanak-kanak mula membentuk penilaian terhadap diri sendiri.

    Ini juga merupakan perkembangan moral peringkat awal kanak-kanak. Jika ibu bapa atau

    guru tidak mendidik kanak-kanak tersebut dengan baik, akibatnya dia akan menjadi insan

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    22/26

    yang tidak berakhlak pada masa akan datang. Menurut teori Havighurst, kanak-kanak

    berkelakuan baik untuk mengelakkan hukuman atau denda daripada ibu bapanya.

    (Suppiah Nachiappan, 2008) Jika kanak-kanak tidak berkelakuan baik, ini menunjukan

    ibu bapanya tidak mendidik anak mereka dengan sewajarnya. Sebagai contohnya, ibu

    bapa tidak pernah menghukum atau denda anak mereka walaupun mereka melakukan

    kesalahan yang besar. Secara tidak langsungnya, ini telah menyebabkan perangai kanak-

    kanak menjadi tidak baik. Dengan ini, guru tidak boleh menegur atau menghukum kanak-

    kanak tersebut apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan. Jika guru menbuat

    demikian, kanak-kanak akan merajuk dan tidak mahu hadir ke sekolah. Untuk melicinkan

    proses pelajaran kanak-kanak, guru harus memberi nasihat kepada ibu bapa supaya

    mendidik anak mereka dengan sewajarnya. Dengan ini, dapat membantu perkembangan

    emosi kanak-kanak.

    Pada peringkat sekolah, kanak-kanak akan menonjolkan reaksi mereka sendiri

    dalam sesuatu masa melalui riak muka seperti ketawa, menangis, senyum, bermasaam

    muka dan langsung tidak berkata apa-apa. Daripada situasi yang kita lihat, di sini dapat

    kita rumuskan bahawa kanak-kanak memiliki emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah

    mengikut masa dan keadaan. Mereka sangat sensitif dan mudah menangis apabila ditegur

    dengan nada yang kasar seperti dimarahi oleh bapa. Seterusnya, emosi mereka turut

    berubah apabila diberi pujian setelah berjaya menyelesaikan sesuatu perkara lebih-lebih

    lagi dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat meningkatkan

    tahap ekstim kendiri dalam diri kanak-kanak tersebut.

    Perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah-ubah

    mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian guru atau rakan rakan sebaya.

    Menurut teori Havighurst, kanak-kanak mula memasuki sekolah dan belajar bersahabat

    pada peringkat sekolah rendah.(Suppiah Nachiappan, 2008) Kanak-kanak mula bergaul

    dengan kawannya. Untuk mandapat persahatan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar

    bekerjasama, toleransi, prihatin dan bertangguangjawab. Sebagai contohnya, kanak-

    kanak akan bersama dengan rakannya membuat sesuatu tugas yang diberi oleh guru.

    Sebagai guru yang bestari harus mejalankan mejalankan aktiviti berkumpulan untuk

    membantu kanak-kanak belajar bersosialisasi.

    Menurut teori Gesell, kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu tentang segala

    yang terdapat dalam alam sekitarnya pada peringkat ini. Oleh itu, kanak-kanak peringkat

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    23/26

    ini berminat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati

    oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta

    bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif

    dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan

    langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling. Lazimnya,

    kanak-kanak ini akan menghadapi konflik dalam diri seandainya mereka gagal dalam

    melakukan sebarang bentuk tugas yang diberikan dan keadaan ini akan menimbulkan

    perasaan rendah diri dan wujud kekecewaan dalam diri sendiri. Namun begitu,

    rangsangan daripada individu yang berkenaan terutama guru dan sahabat dapat

    memadamkan spekulasi yang mereka lemparkan terhadap diri mereka sendiri. Sebagai

    guru yang prihatin harus memberi bimbingan yang sewajarnya kepada mereka supaya

    mereka tidak putus asa.

    Pada peringkat ini, mereka akan mula memahami perasaan orang lain dan belajar

    menstabilkan emosi melalui intekrasi dan pengalaman. Kanak-kanak juga lebih

    cenderung untuk menarik perhatian orang lain. Mereka melakukan sesuatu untuk

    mendapatkan pujian atau pengiktirafan. Dengan ini, guru harus memuji atau memberi

    ganjaran kepada kanak-kanak jika mereka berprestasi baik. Hal ini kerana teori

    Havighurst menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini boleh menilai diri sendiri

    dan orang lain. (Suppiah Nachiappan, 2008) Oleh itu, guru tidak boleh berat sebelah

    terhadap kanak-kanak. Jika guru membuat demikian akan menimbulkan perasaan

    cemburu di kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir kanak-

    kanak yang begitu sensitif terhadap cemuhan. Ini menyebabkan mereka berasa jauh diri

    dan memisahkan diri daripada persekitaran mereka. Guru harus memberi bimbingan yang

    sesuai kepada kanak-kanak tersebut. Dengan ini, kanak-kanak boleh mencapaikan tugas-

    tugas yang ditetapkan oleh masyarakat.

    Pada awal peringkat remaja, mereka akan mengalami lonjakan pertumbuhan,

    sudah pasti mereka tidak menerima perubahan bentuk badan yang mendadak. Selain itu,

    sebilangan remaja tidak berpuas hati dengan perubahan pertumbahannya. Mereka akan

    menghabiskan masa dan tenaga untuk menjadikan bentuk badan mereka seperti yang

    diidamkan. Akhirnya merka tidak memberi tumpuan terhadap pelajarannya. Ejekan dan

    cemuhan perlu dielakkan pada masa ini. Hal ini kerana jiwa remaja sangat sensitif dan

    mudah tersentuh. Mereka akan merajuk dan menyembunyikan diri di dalam bilik berhari-

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    24/26

    hari jika perasaan tersentuh. Oleh itu, percakapan guru harus berhati-hati dan bertimbang

    sebelum mengkirtik mereka.

    Selain itu, perasaan ingin menang semakin bertambah pada jiwa remaja. Mereka

    suka menunjukkan kebolahan mereka supaya dapat penghargaan atau ganjaran. Dengan

    ini, guru harus memberi peluang bagi mereka memperkembangkan bakat mereka. Di

    samping itu, mereka juga akan menonjolkan diri untuk mandapat pengiktirafan rakan-

    rakannya. Hal ini kerana teori Havighurst menyatakan bahawa remaja akan membentuk

    kumpulan rakan sebaya pada peringkat ini. (Suppiah Nachiappan, 2008) Guru-guru harus

    memberi perhatian terhadap remaja untuk mengelakkan mereka bergaul dengan rakan

    sebaya yang tidak berdisiplin dan menjadi insan yang sombong.

    Menurut teori Havighurst, remaja mula tertarik kepada rakan sebaya daripada

    janitina yang berbeza pada peringkat ini. (Suppiah Nachiappan, 2008)Remaja lelaki akanmenunjukkan tanda-tanda seperti mengambil berat, menghantar hadiah atau surat cinta

    untuk menyatakan hasrat menjadi teman dating. Guru harus menjelaskan kepada pelajar-

    pelajar tentang cinta sejati, cinta monyet, dan cinta bodoh untuk mengelakkan

    remaja perempuan dan lelaki kecundang oleh nafsu dan melakukan perbuatan yang

    dilarang oleh undang-undang dan untuk mengelakkan kemahiran luar nikah. Selain itu,

    percintaan akan menjejaskan pelajaran seseorang remaja. Guru harus menjelaskan betapa

    penting pelajaran pada masa depan mereka.

    Pada peringkat akhir remaja, terdapat remaja yang belajar di kolej atau universiti.

    Terdapat juga telah menamatkan pelajaran dan dalam proses memilih kerjaya sesuai.

    Keadan ini menyebabkan pasangan kekasih berpisah di tempat berlainan. Oleh itu, boleh

    dikatakan perasaan rindu dan cemburu menguasai remaja pada peringkat ini. Rindu

    adalah perasaan mendalam yang lahir apabila seseorang remaja berjauhan daripada orang

    yang dikasihi. Oleh itu, terdapat pepatah Melayu mengatakan ungkapandemi cinta,

    lautan api sunggup ku harungi, yang bermaksud orang yang berada dalam percintaan

    sunggup membuat apa-apa perkara sekira perlu menempuh bahaya juga tidak takutasalkan dapat menemui kekasihnya. Cemburu juga lahir daripada perasaan kecewa atau

    marah sebab orang yang dikasihi menunjukkan kemesraan terhadap orang asing.

    Perasaan cemburu akan menyebabkan remaja lelaki dan perempuan melakukan tingkah

    laku yang boleh membawa akibat buruk kepada diri mereka. Sebagai contohnya, remaja

    lelaki akan bergaduh dengan remaja lelaki yang lain yang dianggapnya merampas

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    25/26

    kekasihnya. Kadangkala pergaduhan ini akan membawa kecederaan ataupun kematian.

    Remaja yang tidak mengawal emosinya, bermakna dia mungkin tidak mencapai sesuatu

    tugas perkembangan yang dinyatakan oleh Havighurst. Oleh itu, remaja tersebut harus

    memberi bimbingan kauseling yang sesuai supaya dapat mengawal emosinya.

    Secara kesimpulannya, Guru-guru harus memahami kedua-dua teori sebelum

    menjalankan sesuatu pengajian. Hal ini kerana guru-guru mesti dapat menentukan tahap

    emosi pelajar-pelajar sebelum memulakan perancangan atau pengajaran. Dengan

    kesedaran guru-guru terhadap desakan-desakan dan dorongan emosi boleh

    mempengaruhi kesemua pemikiran dan tingkah laku pelajar-pelajar. Ini dapat membantu

    guru menjalankan atau merancang aktiviti yang menarik dengan situasi dalam bilik

    darjah.

    Penutup

    Sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa sebagai seorang guru perlulah

    memahami perkembangan sosial dan emosi diperingkat tertentu untuk membantu dirinya

    menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah. Bagi tugasan

    kami, kami telah menggunakan tiga faktor utama yang mengikut teori perkembangan

    Gesell dan Havighurst iaitu, memilih kaedah yang sesuai, perbezaan sosialisasi dan juga

    emosi pelajar.

    Bagi faktor memilih kaedah yang sesuai. Sebagai seorang guru harus menentukan

    cara pengajaran yang sesuai bagi pelajar supaya objektif pengajaran kita tercapai. Oleh

  • 8/14/2019 Bagaimana Pemahaman Terhadap an Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan

    26/26

    itu, kita perlulah mengetahui pelajar di peringkat umur mana sebelum menentukan

    kaedah pengajaran. Selain daripada umur, unsur lain seperti kepantasan pelajar

    menerima pengajaran guru juga perlu diambil kira.

    Seterusnya bagi perbezaan sosialisasi pula, boleh dikatakan bahawa pelajar adalah

    datang dari latar belakang yang berlainan dan juga memiliki taraf sosial yang berlainan

    iaitu sama ada golongan atasan, golongan pertengahan dan juga golongan bawahan. Oleh

    itu, guru perlu mengambil serba sedikit mengenai latar belakang pelajar bagi

    memudahkan guru mengendali kerenah-kereneh pelajar yang berlainan.

    Emosi pelajar juga adalah mengikut pringkat umur tertentu. Bagi peringkat umur

    baru masuk persekolahan, mungkin pelajar risau dengan suasana sekolah. Manakala bagi

    pelajar yang memasuki sekolah menengah, emosinya bertukar pula iaitu mungkin iri hati

    terhadap pencapaian rakannya yang mendapat keputusan yang lebih baik daripadanya.Oleh itu, guru juga perlu mengambil kira emosi pelajar pada peringkat tertentu supaya

    dapat mengendalikan pelajar dengan lebih berkesan.

    Akhir kata, diharap guru dapat mengkaji dan memahami kedua-dua teori

    perkembangan Gesell dan Havighurst dengan lebih mendalam dan aplikasi dalam proses

    pengajaran seharian.