bagaimana kakitangan sekolah membina hubungan yang kukuh dengan komuniti

2
How school staff build strong relations with community Usaha untuk menjalinkan hubungan yang kukuh di antara kakitangan sekolah dengan pihak komuniti luar dilaksanakan berdasarkan bukti yang konkrit seperti data, laporan dan maklumbalas yang diperolehi daripada hasil perbincangan pelbagai pihak. Proses penilaian bukan semata-mata proses refleksi sendiri tetapi semestinya berdasarkan model penilaian program yang mantap yang menjadi kebiasaan bagi semua pengurus program atau pihak sekolah . Program-program yang bertujuan meningkatkan jalinan hubungan di antara kakitangan sekolah dan pihak komuniti luar adalah a) Majlis Pemuafakatan perkongsian Kemajuan Pelajar, b) Sesi Perkongsian Ilmu dan Amalan Profesional antara guru-guru dan ibubapa, c) Skim Tuisyen Permata, d) Sekolah Angkat YB, dan e) Program Sekolah angkat Sarawak Energy Bhd. Setiap program yang telah dijalankan akan dinilai pada setiap tahap pelaksanaan dari perancangan sehingga tamatnya program berkenaan. Impak dari segi kesan jangka panjang dan jangka pendek akan dibincangkan semasa mesyuarat KPI Sekolah sebanyak 12 kali. Hasil jalinan hubungan yang baik juga dapat dinilai melalui pencapaian dalam bidang akademik dan bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan keadaan sekolah yang bersih dan ceria. Keberkesanan sekolah boleh diukur melalui proses iaitu proses pengurusan dan pentadbiran sekolah yang efektif, pengwujudan iklim budaya sekolah yang positif

Upload: tuan-badarina-t-jusoh

Post on 26-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hubungan sekolah dan komuniti

TRANSCRIPT

How school staff build strong relations with communityUsaha untuk menjalinkan hubungan yang kukuh di antara kakitangan sekolah dengan pihak komuniti luar dilaksanakan berdasarkan bukti yang konkrit seperti data, laporan dan maklumbalas yang diperolehi daripada hasil perbincangan pelbagai pihak. Proses penilaian bukan semata-mata proses refleksi sendiri tetapi semestinya berdasarkan model penilaian program yang mantap yang menjadi kebiasaan bagi semua pengurus program atau pihak sekolah . Program-program yang bertujuan meningkatkan jalinan hubungan di antara kakitangan sekolah dan pihak komuniti luar adalah a) Majlis Pemuafakatan perkongsian Kemajuan Pelajar, b) Sesi Perkongsian Ilmu dan Amalan Profesional antara guru-guru dan ibubapa, c) Skim Tuisyen Permata, d) Sekolah Angkat YB, dan e) Program Sekolah angkat Sarawak Energy Bhd. Setiap program yang telah dijalankan akan dinilai pada setiap tahap pelaksanaan dari perancangan sehingga tamatnya program berkenaan. Impak dari segi kesan jangka panjang dan jangka pendek akan dibincangkan semasa mesyuarat KPI Sekolah sebanyak 12 kali. Hasil jalinan hubungan yang baik juga dapat dinilai melalui pencapaian dalam bidang akademik dan bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan keadaan sekolah yang bersih dan ceria. Keberkesanan sekolah boleh diukur melalui proses iaitu proses pengurusan dan pentadbiran sekolah yang efektif, pengwujudan iklim budaya sekolah yang positif untuk pengajaran-pembelajaran, hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah dengan guru, guru dengan guru dan guru dengan pelajar, dan guru dengan ibu bapa. Kesimpulan kesemua program akan dibuat perbandingan serta cadangan penambahbaikan akan dibuat agar tindakan akan datang akan menjadi lebih cekap, berkesan dan kekal lebih lama.