pusat rehablitasi komuniti

19
Kandungan Isi Muka Surat 1.0 PENG ENALAN 1 2.0 OBJE KTIF PENUBUHAN PRK 1 3.0 KEMU DAHAN DI PRK 1 4.0 BAND ING BEZA KEMUDAHAN 7 5.0 BAND ING BEZA AKTIVITI 8 6.0 CADA NGAN PENYEDIAAN 9 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN 7.0 KESI MPULAN 11 8.0 RUJU KAN 12 i

Upload: apihmung

Post on 30-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan oum

TRANSCRIPT

Kandungan

Isi Muka Surat

1.0 PENGENALAN12.0 OBJEKTIF PENUBUHAN PRK13.0 KEMUDAHAN DI PRK14.0 BANDING BEZA KEMUDAHAN75.0 BANDING BEZA AKTIVITI86.0 CADANGAN PENYEDIAAN 9PERSEKITARAN PEMBELAJARAN7.0 KESIMPULAN11

8.0 RUJUKAN 12

1.0 PENGENALANKanak-kanak kelainan upaya juga termasuk dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) tetapi mereka masih lagi dalam tahap perkembangan minda dan tumbesaran fizikal. Untuk membantu mereka, terdapat pelbagai usaha yang telah kerajaan Malaysia sediakan. Antara usaha tersebut adalah menubuhkan Pusat Rehabilitasi Komuniti(PRK). 2.0 OBJEKTIF PENUBUHAN PRKPenubuhan PRK adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak kelainan upaya mendapat kemudahan perkhidmatan atau fasiliti yang dapat memaksimumkan potensi fizikal dan mental mereka.

Di samping itu, penubuhan PRK juga bertujuan untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat akses kepada perkhidmatan dan peluang bantuan dan mencapai integrasi social sepenuhnya di dalam komuniti dan masyarakat. Bab seterusnya akan membincangkan mengenai kemudahan di PRK dan banding beza kemudahan dan aktiviti kepada kanak-kanak sindrom Down dan kanak-kanak spastik. Selain itu, bab seterusnya juga akan membincangkan cadangan penyediaan persekitaran pembelajaran.3.0 KEMUDAHAN DI PRKSaya dan rakan-rakan telah melaksana kerja lapangan di sebuah PRK yang terletak di negeri Selangor. Pusat Rehablitasi Komuniti ini digabung dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK). PDK tersebut ialah PDK kampong Kenanga. PDK ini menawarkan perkhidmatan pemulihan carakerja dan fisioterapi.

Untuk memenuhi tugasan saya, maka saya telah memilih untuk memerhatikan kemudahan dan aktiviti bagi memenuhi keperluan kanak-kanak sindrom Down dan kanak-kanak spastik. Kedua-dua kategori kanak-kanak ini terdapat di PDK kampong Kenanga tetapi hanya terdapat dua orang sahaja kanak-kanak spastik manakala terdapat 6 orang kanak-kanak sindrom Down. Walaupun hanya terdapat dua orang sahaja kanak-kanak spastic tetapi mereka memerlukan pemerhatian yang lebih kerana mereka mempunyai masalah untuk bergerak dan memerlukan banyak bantuan daripada pekerja PDK untuk melakukan perkara rutin.

Sebelum saya menerangkan kemudahan dan aktiviti yang terdapat di PDK ini, saya akan menerangkan sedikit mengenai kanak-kanak sindrom Down dan kanak-kanak spastic. Kanak-kanak sindrom Down mengalami masalah kecacatan pada genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Istilah sindrom Down diambil sempena nama seorang doctor British iaitu doctor John Langdon Down. Beliau merupakan doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Kanak-kanak ini mempunyai Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

Selain itu, kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah berbanding purata kanak-kanak yang normal dan kadang kala terdapat kanak-kanak sindrom Down yang mengalami masalah terencat akal. Kadar kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Kanak-kanak sindrom Down mempunyai cirri fizikal yang boleh dikenalpasti iaitu mempunyai satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur.Di samping itu, kanak-kanak ini juga mempunyai masalah kesihatan termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea dan kegagalan thyroid. Walaupun mereka mengalami masalah tersebut, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupanSeterusnya saya akan menerangkan dengan ringkas mengenai kanak-kanak spastic. Kanak-kanak spastik bukanlah terdiri daripada mereka yang terencat akal, malah ada antara mereka yang lebih pandai dari kanak-kanak yang normal. Perkataan spastic diambil daripada bahasa perubatan iaitu Cerebral Palsy(CP). Kanak-kanak spastik mempunyai kesukaran untuk melakukan pergerakkan normal, kekalkan keseimbangan badan dan lain-lain fungsi motor kasar dan halus.

Punca utama kepada masalah motor kasar dan halus ialah otak mereka mengalami kerosakkan di bahagian Cerebral Cortex, yang mengawal fungsi motor, fikiran dan fungsi deria.Terdapat 3 bentuk CP iaitu spastic, athetosis dan ataxia. Spastic merujuk pada kerosakan pada bahagian Cerebral Cortex, athetosis pula kerosakkan pada bahagian Basal Ganglia yang mengawal pergerakkan agar lebih teratur, tersusun dan tepat manakala Ataxia pula kerosakkan pada bahagian Cerebelum yang mengawal keseimbangan badan, postur koordinasi pergerakkan.

Selain itu, kerosakkan ini boleh melibatkan struktur otak lain yang menyebabkan mereka buta, pekak dan kesukaran untuk memahami sesuatu informasi. Setiap kerosakkan pada otak kanak-kanak spastik adalah unik dan tiada yang sama antara pesakit spastic, maka hal ini menjadikan klasifikasi kanak-kanak spastic menjadi lebih sukar.

Kanak-kanak sindrom Down dan kanak-kanak spastic di PDK kampong Kenanga bertuah kerana dapat berada di pusat ini. Hal ini kerana kemudahan pertama yang paling utama adalah pengangkutan. Kanak-kanak sindrom Down dan spastic yang tidak dapat hadir akibat masalah pengangkutan akan diambil oleh pekerja PDK menggunakan kenderaan PDK. Dengan adanya pengankutan ini, maka mereka sentiasa dapat hadir ke sesi-sesi yang diadakan dibawah program PRK.

Selain itu, kemudahan terapi rumah ke rumah juga dijalankan. Pekerja PDK yang terlatih akan bergerak dari PDK ke rumah kanak-kanak PDK untuk memberi terapi seperti terapi merangkak, terapi cara kerja serta urutan. Kanak-kanak yang terlibat dalam sesi ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk berada diluar kawasan rumah atau tidak sesuai bercampur dengan kanak-kanak lain akibat masalah kesihatan. Mereka tidak akan dipinggir kerana terdapat program ini yang member mereka peluang untuk memaksimumkan potensi fizikal dan mental mereka.

Kanak-kanak yang biasa terlibat dalam program ini ialah kanak-kanak spastic yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Mereka akan dikunjungi pekerja PDK dan kadang-kadang dikunjungi ahli terapi dibawah program PRK. Setiap minggu kanak-kanak ini akan mendapat rawatan atau terapi serta urutan yang boleh membantu perkembangan mereka dari segi fizikal, rohani, social dan pertuturan. Kemudahan seterusnya adalah tempat duduk khas atau meja khas untuk setiap kanak-kanak sindrom Down dan spastic mengikut masalah. Bagi kanak-kanak sindrom Down yang mempunyai kesukaran untuk duduk bersila akibat kegemukan, mereka akan disediakan kerusi khas yang bersesuain dengan badan dan fizikal. Manakala, bagi kanak-kanak spastic pula, meja khas yang boleh dicantumkan dengan kerusi roda turut disediakan. Meja khas ini memudahkan kanak-kanak spastic kerana mereka perlu beralih dari kerusi roda untuk duduk di atas kerusi biasa. Meja khas ini memudahkan mereka untuk meletak pinggan dan gelas ketika makan atau melakukan aktiviti seperti menulis dan mewarna.Selain itu, terdapat kerusi khas untuk kanak-kanak spastic seperti kerusi yang boleh membetulkan postur badan dan memastikan kanak-kanak spastic tidak tergelunsur atau terjatuh daripada kerusi akibat kelemahan anggota badan.

Disamping itu, terdapat kemudahan kerusi roda khas yang membantu kanak-kanak spastic dan sindrom Down untuk berjalan. Kerusi roda khas ini dapat membantu kanak-kanak menguatkan otot kaki dan membantu untuk berjalan dengan lebih cepat. Rajah di bawah merupakan contoh kerusi roda khas yang terdapat di PDK kampung Kenanga.

Kemudahan seterusnya adalah tandas mesra OKU yang disedia untuk kemudahan kanak-kanak spastic dan sindrom Down. Kanak-kanak sindrom down dan spastic sememangnya memerluka tandas khas untuk mereka supaya keselamatan dan keselesaan terjamin dan meminimumkan risiko kecederaan ketika menggunakan tandas. Hal ini kerana kanak-kanak sindrom down terutama kanak-kanak spastic mempunyai masalah fizikal. Kanak-kanak sindrom down kadangkala mempunyai masalah untuk membuang air besar kerana mempunyai kesukaran untuk duduk mencangkung. Selain itu, kanak-kanak spastic pula ada yang boleh merangkak atau bergantung pada bahagian anggota bahagian atas, maka mereka memerlukan tandas yang mempunyai tempat untuk memegang semasa menggunakan tandas. Rajah di bawah merupakan contoh tandas yang terdapat di PDK.

Kemudahan yang seterusnya adalah taman refleksologi kaki yang disediakan di PDK ini. Di taman ini, kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic dibantu oleh pekerja PDK untuk berjalan di atas laluan pejalan kaki refleksologi yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian tapak kaki serta meningkatkan deria pada bahagian tapak kaki. Selain itu, dengan berjalan di atas laluan pejalan kaki refleksologi ini juga dapat meningkatkan ransangan saraf kaki serta menguatkan otot kaki dan meningkatkan focus kanak-kanak sindrom down dan spastic ketika berjalan. Rajah di bawah merupakan laluan pejalan kaki di taman refleksologi.

Selain daripada kemudahan, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic di bawah program PRK di PDK ini. Aktiviti pertama yang saya perhatikan dijalankan adalah terapi pertuturan atau speech therapy. Terapi pertuturan sering dijalankan untuk meningkatkan kebolehan untuk bertutur kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic. Kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic mempunyai masalah pertuturan akibat masalah fizikal seperti lidah pendek, susunan gigi tidak elok dan kawalan bibir dan lidah bagi kanak-kanak spastic. Terapi pertuturan pada kebiasaannya dikendalikan oleh pekerja PDK dan kadangkala pakar terapi turut menjalankan terapi pertuturan. Terapi pertuturan dipantau oleh pakar terapi dari hospital yang berdekatan atau yang berkaitan dengan program PRK.

Di samping itu, PDK ini juga turut menjalankan aktiviti terapi pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic. Antara aktiviti yang dijalankan dalam terapi pekerjaan adalah menyusun meja dengan teratur, menyusun blok-blok kayu mengikut warna, membersihkan peralatan mengikut kemampuan kanak-kanak dan aktiviti melibatkan penggunaan tangan dominan. Aktiviti terapi pekerjaan turut melibatkan penyertaan ibu bapa atau penjaga. Terapi pekerjaan di jalankan oleh pekerja PDK dan dipantau oleh pakar terapi dan kadangkala dijalankan oleh pekerja PDK yang terlatih.

Di bawah program PRK, PDK ini juga menjalankan aktiviti fisioterapi yang melibatkan kanak-kanak spastic dan kanak-kanak sindrom down. Aktiviti fisioterapi yang dilaksanakan melibatkan aktiviti menggerakkan anggota badan yang berkait dengan motor kasar. Bagi kanak-kanak sindrom down, mereka sering mengikuti terapi fisioterapi yang melibatkan anggota badan psikomotor halus seperti meramas, menggentel dan memusing atau memulas menggunakan jari -jemari.

PDK ini juga kadangkala menjalankan terapi air dan kuda. Mengikut pengalaman lepas pekerja PDK, terapi ini dijalankan setelah mendapat tajaan atau sumbangan daripada pihak luar atau masyarakat. Hal ini kerana, terapi air dan berkuda memerlukan kos untuk membayar servis perkhidmatan dan sewa tempat.

4.0 BANDING BEZA KEMUDAHANDi dalam bab ini, saya memerhatikan terdapat perbezaan antara kemudahan yang disediakan untuk kanak-kanak spastic dan sindrom down. Bagi kanak-kanak spastic mereka disediakan bilik khas yang mempunyai alas lantai yang lembut manakala bagi kanak-kanak sindrom down mereka ditempatkan di bilik yang tidak mempunyai alas lantai yang lembut.

Selain itu, kanak-kanak sindrom down mempunyai tempat duduk khas yang tidak boleh memegang badan berbeza dengan tempat duduk kdaanak-kanak spastic. Tempat duduk kank-kanak spastic mempunyai pemegang pada bahagian kiri dan kanan kerusi. Tambahan lagi, bagi kanak-kanak spastic yang mempunyai masalah lemah bahagian pinggang diletakkan di atas kerusi yang mempunyai pengikat keselamatan.

Tandas bagi kanak-kanak sindrom down berbeza dengan tandas kanak-kanak spastic. Perbezaan yang paling ketara adalah tandas kanak-kanak spastic mempunyai lantai dan ruang yang luas bagi memudahkan kanak-kanak spastic memasuki tandas menggunakan kerusi roda. Manakala tandas bagi kanak-kanak sindrom down hanya mempunyai pemegang khas dan saiz tandas mereka adalah seluas tandas biasa.

Perbezaan kemudahan yang seterusnya adalah alat bantu berjalan atau kerusi roda khas. Bagi kanak-kanak sindrom down hanya terdapat satu jenis sahaja alat bantu berjalan tetapi bagi kanak-kanak spastic terdapat tiga jenis alat bantu berjalan. Selain daripada alat bantu berjalan yang lebih, kanak-kanak spastic turut disediakan dengan kasut khas untuk menguatkan tulang dan otot kaki.

Perbezaan yang terakhir yang saya dapati dari segi kemudahan adalah ketika saya melihat kanak-kanak ini berada di taman refleksologi. Ketika ditaman refleksologi, kanak-kanak spastic dibenarkan menggunakan laluan pejalan kaki refleksologi yang mempunyai pemegang manakala bagi kanak-kanak sindrom down mereka hanya menggunakan laluan pejalan kaki refleksologi yang tidak mempunyai pemegang. Akan tetapi kanak-kanak sindrom down ditemani oleh pekerja PDK semasa menggunakan laluan pejalan kaki refleksologi.5.0 BANDING BEZA AKTIVITIDari segi aktiviti pula, saya memerhatikan terdapat tiga perbezaan yang dijalankan di PDK ini yang melibatkan kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic. Kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic turut menjalankan aktiviti yang sama tetapi terdapat perbezaan dalam isi aktiviti yang dijalankan.

Bagi kanak-kanak spastic yang berada di PDK ini, kesemua mereka mempunyai masalah pertuturan yang serius berbanding kanak-kanak sindrom down. Semasa aktiviti terapi pertuturan, mereka iaitu kanak-kanak spastic melakukan aktiviti meniup belon dan meniup air menggunakan straw. Manakala kanak-kanak sindrom down pula hanya menjalankan aktiviti menyanyi dan menyebut perkataan sambil melihat pada cermin. Focus terapi pertuturan bagi kanak-kanak spastic adalah untuk mengawal otot mulut dan lidah manakala bagi kanak-kanak sindrom down pula berfokuskan kepada sebutan.

Semasa menajalankan terapi pekerjaan pula terdapat perbezaan aktiviti semasa kanak-kanak spastic dan kanak-kanak sindrom down melibatkan diri. Dalam terapi ini, aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak sindrom down melibatkan penggunaan psikomotor halus seperti menyusun blok-blok warna mengikut warna. Aktiviti untuk kanak-kanak spastic pula menyusun dan menolak kerusi yang ringan supaya teratur. Kanak-kanak spastic menggunakan pelbagai anggota badan untuk menyusun dan mengemaskan kerusi plastic yang kecil. Kanak-kanak spastic diberikan aktiviti yang mudah manakala kanak-kanak sindrom diberikan tugasan yang memerlukan koordinasi mata dengan tangan yang lebih tinggi.

Perbezaan aktiviti yang seterusnya adalah semasa terapi fisioterapi. Kanak-kanak sindrom down diberi doh dan pasir kinetic. Kanak-kanak sindrom down diminta meramas, menggentel dan bermain dengan doh dan pasir kinetic. Hal ini berbeza dengan kanak-kanak spastic. Mereka diberikan bola yang bersesuaian dengan saiz tapak tangan mereka. Mereka hanya perlu meramas bola tersebut dan menukar bola tersebut dari tangan kanan ke tangan kiri. Mereka akan mengulang aktiviti meramas bola dan menukar bola antara tangan sambil mengikut arahan pekerja PDK. Walaupun aktiviti tersebut seperti mudah tetapi bagi kanak-kanak spastic, aktiviti meramas dan menukar bola antara tangan kanan dan kiri adalah sukar. Walaupun terdapat perbezaan semasa menjalan aktiviti, perbezaan tersebut adala mengikut kesesuaian kanak-kanak dan tahap mereka. Hal ini untuk memaksimumkan pencapaian mereka dalam setiap aktiviti yang melibatkan kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic.

6.0 CADANGAN PENYEDIAAN PERSEKITARAN PEMBELAJARANBerdasarkan pemerhatian saya sepanjang menjalankan kerja lapangan di PDK kampung Kenanga atau lebih dikenali sebagai PDK Rawang, terdapat beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai untuk diaplikasikan dalam penyediaan persekitaran pembelajaran. Guru boleh melekatkan bahan-bahan ransangan atau bahan bacaan didinding kelas seperti kad huruf dan gambar-gambar haiwan atau tumbuhan supaya murid dapat melihat bahan-bahan tersebut dan sekaligus mampu meningkatkan perkembangan minda mereka.

Selain itu, sudut alatan psikomotor halus dan kasar juga perlu dibina supaya kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic dapat meluangkan masa mereka. Sebagai contohnya sudut permainan yang terdapat pelbagai permainan yang bersesuaian dengan kanak-kanak sindrom down dan kanak-kanak spastic. Permainan yang disediakan di sudut permainan mestilah permainan yang tidak bertoksid dan bebas kimia berbahaya. Selain itu, permainan yang mempunyai unsure pembelajaran seperti menyusun mengikut bentuk, memasukan objek mengikut bentuk dan permainan yang boleh mengeluarkan bunyi. Terdapat pelbagai permainan dipasaran yang bersifat menarik, selamat dan tahan lasak boleh didapati dengan mudah. Permainan seperti kuda getah boleh meningkatkan kekuatan otot paha kerana kanak-kanak boleh duduk diatas kuda getah dan melompat bersama kuda getah. Bagi kanak-kanak spastic, permainan yang sesuai untuk mereka adalah seperti memasukkan objek mengikut bentuk. Rajah 5 di atas adalah contoh permainan yang sesuai untuk di sediakan dalam sudut permainan.

Cadangan saya seterusnya adalah menyediakan peralatan yang boleh mengeluarkan bunyi yang dilekatkan pada dinding kelas atau bilik mereka. Sebagai contonhnya papan huruf yang boleh ditekan. Apabila kanak-kanak ini menekan huruf maka akan keluar bunyi yang menyebut nama huruf yang telah disentuh tadi. Selain huruf terdapat juga papan yang bergambar seperti gambar haiwan. Apabila kanak-kanak menekan gambar haiwan maka akan keluar bunyi haiwan beserta dengan nama haiwan tersebut. Rajah 6 dibawah merupakan contoh peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak. Apabila gambar disentuh maka bunyi akan keluar melalui speker yang terdapat pada alat tersebut.

7.0 Kesimpulan

Hasil daripada kerja lapangan ini, banyak perkara yang saya perlajari dan boleh diterapkan dalam amalan profesion perguruan. Kanak-kanak kelainan upaya memerlukan seberapa banyak bantuan dan kemudahan untuk meningkatan pencapaian fizikal dan mental. Pelbagai usaha yang telah kerajaan lakukan untuk membantu insane sebegini dan masyarakat sekeliling juga turut menyumbangkan bakti kepada kanak-kanak kelainan upaya.

Selain itu juga, mereka juga berhad untuk mendapat layanan dan pendidikan yang sama rata seperti insane yang lain. Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mencapai perkembangan fizikal dan mental secara maksimum seterusnya dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari.Setelah melalui kerja lapangan ini, semakin banyak yang saya pelajari bahawa kanak-kanak-kanak kelainan upaya yang berada di PDK yang menjalani terapi di bawah program PRK menunjukkan kesan positif dari segi perkembangan mental dan fizikal. Hal ini meningkatkan semangat saya untuk mendidik murid-murid pendidikan khas dengan lebih tekun.

(2603 patah perkataan)

8.0 RUJUKANDilayari pada 20 mac dilaman web http://pdkrawang.blogspot.com/p/blog-page.htmlDilayari pada 20 mac dilaman web http://www.store4electronictoys.comDilayari pada 20 mac dilaman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_DownDilayari pada 20 mac dilaman web http://whiteraven68.blogspot.com/2010/09/lawatan-ke-pusat-kanak-kanak-spastik.htmlDilayari pada 20 mac dilaman web http://pkpj.moh.gov.my/modules/mastop_publish/?tac=65

Rajah SEQ Figure \* ARABIC 1: Kerusi Roda Khas Untuk Kanak-Kanak Spastik Dan Sindrom Down

Rajah 2: Kerusi Roda Khas

Rajah SEQ Figure \* ARABIC 3: Tandas Oku Yang Mempunyai Banyak Pemegang Khas

Rajah SEQ Figure \* ARABIC 4: Laluan Pejalan Kaki Di Taman Refleksologi

Rajah SEQ Figure \* ARABIC 5:Contoh Permainan Untuk Psikomotor Halus Dan Koordinasi Mata-Tangan

Rajah SEQ Figure \* ARABIC 6: Papan Sentuh Dan Bunyi

i