bacaan talqin

3

Click here to load reader

Upload: insan-biasa

Post on 03-Jul-2015

442 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bacaan Talqin

Bacaan Talqin:

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan QidamTuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawaMaha Suci Tuhan yang menjadikan matDan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewaMaha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaranUntuk menjadi iktibar kepada orang yang lalaiDan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidupIngatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasaMelainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukumManakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYAHendaklah kamu ingat akan janji-janji AllahYang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia iniSekarang kamu telah menuju masuk ke negeri AkhiratKamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembahDengan sebenar-benarnya melainkan AllahDan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh AllahIngatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamuIaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takutJanganlah kamu berdukacita dan risauSerta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYABahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,Sebagaimana kamu juga hamba Allah TaalaApabila mereka menyuruh kamu duduk,Mereka juga akan menyoal kamuMereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan merekaDengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betulJanganlah berasa gementar, janganlah cuakDan janganlah bergopoh-gapahBiarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Page 2: Bacaan Talqin

Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku,Baitullah itu kiblatku,Malahan solah lima waktu,Puasa di bulan Ramadhan,Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,Bahkan dari masa hidup hingga aku matiAku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimuInilah dia suatu dugaan yang paling besarIngatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam BarzakhSehingga sampai satu masa kelak,Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,Bahawasanya mati ini adalah benarSoalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benarBangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benarBerkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benarDihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benarMinum di kolam air nabi adalah benarAda syurga dan neraka adalah benarBahawasanya hari Kiamat tetap akan adanyaBegitu juga Tuhan yang Maha BerkuasaAkan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisahDan selamat tinggal kamu disisi Allah TaalaSemoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamuTuhan jua yang menetapkan hati kamuKami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah TaalaMenjinakkan hati kamu yang liarDan Allah menaruh belas kasihan kepada kamuYang berdagang seorang diri di dalam kubur iniMudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunanDan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidakdiseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahirabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”